The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

-By Nurul Balqis
NOVEL-NOVEL
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Disebalik Dinara
Jendela Menghadap Jalan
Pantai Kasih
Songket Berbenang Emas
Tirani
Bimasakti Menari
Silir Daksina

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrl.blqx, 2022-06-11 13:58:36

Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5, 4 Zon Di Malaysia

-By Nurul Balqis
NOVEL-NOVEL
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Disebalik Dinara
Jendela Menghadap Jalan
Pantai Kasih
Songket Berbenang Emas
Tirani
Bimasakti Menari
Silir Daksina

dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya
yang sangat gemar berjudi.

BAB 4

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal bagaikan
dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke
kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu.
Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu
menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju
dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk
menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip
ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan
Ratna kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka
tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa
ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna
,berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada
persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat
daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya.
Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian
umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk
berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama
ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling
dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal
tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak
hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di
Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal
bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk
merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal
terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu.
Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki

101

peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal
amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi
dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6

Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya di sana
Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah keras. Hasrat
Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan umi membuka punca
perpisahannya dengan Abdullah Kayan, Umi menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan
diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu
Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke
kampung halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal
mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada bertemunya ketika ayahnya datang
berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan
umi membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui
keputusan Haikal. Walid berjanji memberi perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti

BAB 7

Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan walid akan
menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul Aisyah yang
menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya masih marah dan jengkel
akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya.

BAB 8

Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan solat subuh berjemaah
di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi,
Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana. Ketika Pak Cik Salleh memberitahu Haikal mereka
sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-debar. Debaran makin kencang apabila dia
sampai ke kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh membantu Haikal untuk sama-sama mencari rumah
ayahnya. Mereka tiba di sebuah warung. Apabila lelaki separuh umur yang sedang menebar roti canai
melihat Haikal masuk ke warung dia kehairanan. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu
Abdullah, Haikal terus dipelawa makan roti canai sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk
membawanya ke rumah arwah ayahnya. Lelaki itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya

102

Mak Menah. Haikal tertanya-tanya sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan
oleh arwah ayahnya dalam manuskripnya. Ketika Haikal menunggu Tauke Ong, ada pelanggan-
pelanggan yang masuk ke warung memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik
sesama sendiri. Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatah amat mesra dengan
pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Tauke
Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah
ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga Haikal sampai ke kampung itu. Di rumah arwah
ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa manuskrip itu diberi kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum
ayahnya meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu
memunaikan amanah menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa. Ketika ditinggalkan
bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di dinding. Dilihatnya
satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal sebak
mengenangkan sikap umi yang tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih melihat
sekeping gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang menerima
anugerah daripada seorang sasterawan negara. Setelah puas menatap gambar, Haikal mengalihkan
pandangan ke rumah Tauke Ong. Dia mencari-cari sesuatu.

BAB 9

Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan.
Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba
mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa dia
akan menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal diberitahu oleh
Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi amanah untuk
menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah ayahnya. Tauke Ong juga
mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa tidak terbalas sehingga
mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa dengan Haikal untuk makan tengah hari
di sebuah restoran mamak. Swee Hwa memecah kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia
tidak pernah ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita Cikgu
Abdullah. Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan memuji kebudayaan dan pejuang bangsa
yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal
teringat akan Ratna yang masih belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok
makan dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai
memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya Swee Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding

103

dirinya. Haikal yakin Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa
ialah watak yang dicipta oleh ayahnya dalam manuskrip itu. Selesai makan tengah hari, mereka ke
kedai buku untuk membeli novel. Mereka meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee
Hwa terus menyatakan minat Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat
mesra dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member gambaran
tentang Swee Hwa. Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang
kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah tempat adiknya mengadu jika
ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna tetapi itulah
pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.

BAB 10

Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada Haikal untuk
kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang lokasi pusara arwah
ayahnya di kawasan perkuburan kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal. Sebelum beredar
Haikal terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal berasa satu getaran aneh
apabila membalas senyuman Swee Hwa. Sampai di kawasan perkuburan, Haikal mencari sepohon
pokok kemboja besar seperti yang diberitahu oleh Tauke Ong. Melihat pokok kembja yang berada di
sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal terus menuju ke situ dan terlihat nama Abdullah bin Kayan di
atas batu nisan putih.Haikal mengusap lembut batu nisan ayahnya. Bacaannya terhenti beberapa kali
ketika membaca yasin. Haikal terus menangis kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah
ayahnya. Haikal bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman..
Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara ayahnya namun dipujuk hatinya bahawa esok masih
ada untuk dia datang lagi. Haikal membonceng motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja
beredar dari pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak untuk berhenti berhampiran sekumpulan remaja
yang sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam kepada seorang lelaki yang berusia sekitar
40-an di dalam kumpulan remaja yang diapnggil Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan
anak muda kampung. Pak Cik Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal. Seorang
yang berjiwa besar, banyak berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya orang yang baik begitu akan
pergi menemui tuhan mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar amat rapat dengan arwah ayah Haikal. Dia
menganggap arwah ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar seolah-olah melihat
arwah ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia masih terbayang-
bayang wajah arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik Bakar kerana banyak perkara
yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada Pak Cik Bakar. Senja itu Haikal menunaikan solat

104

berjemaah di masjid kampung untuk berkenal- kenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat isyak
dia terus ke gerai Wak Min

BAB 11

Haikal menyatakan keseronokan tinnggal di kampung tetapi Lazim berpendapat orang kampung berasa
seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal dia berasa kehilangan saat-saat gembira yang
dilihatnya pada zaman kanak-kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat menikmati detik-
detik gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia sekarang sudah berada di kampung
itu dan memberi semangat agar Haikal memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah ayahnya.
Namun Haikal kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan uminya. Haikal
keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham ibu bapanya . Malam itu Lazim sampai di
rumah Haikal ketika bulan mengambang. Haikal menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat
mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke arah
rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim makan mi goreng
yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di rumahnya tejawab apabila
Lazim bertanya sama ada Haikal telah masuk ke dalam balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal
belum lagi masuk ke dalam balai raya Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa
Haikal ke situ keesokan petangnya. Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui
di dalam balai raya itu kelak. Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dia
percaya menyimpan banyak rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah
Haikal. Balai raya yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke
Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti. Sambil
makan Lazim bercerita tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika di sekolah
rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa terkilan kerana langsung tidak
tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi semangat kepada Haikal agar menggunakan
kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya. Lazim berjanji akan membantu Haikal bersama-
sama orang-orang kampung. Akan tetapi impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya jika dia tidak
merapati Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Akhirnya, perbualan
terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh. Pagi sesudah solat subuh berjemaah di masjid,
Haikal duduk di tangga rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba muncul menyapanya lalu bertanya tentang
Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja kedengaran azan subuh. Swee Hwa
menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa mereka ke pekan untuk bersarapan. Peluang
bersarapan dengan Swee Hwa digunakan untuk bertanya tentang arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui

105

sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya akan berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee
Hwa mengakui dialah tempat arwah ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia
sedar dia tidak layak mengambil tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana
ayahnya pernah bercerita tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada Swee
Hwa kerana mampu membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.

106

KEKUATAN

Leftenan Adnan Wira Bangsa
kekuatan novel ni ialah ia menunjukkan tentang keberanian dan keperwiraan seorang anggota tentera
Melayu dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh kuasa asing. Banyak semangat
patriotisma dalam diri bila penulis menceritakan detik-detik cemas perang dunia ke-2. Penceritaan yang
sangat menarik dan dapat membuatkan pembaca seolah merasai sendiri keadaan ketika peraang.
Disebalik Dinara
kekuatan novel ni ialah ia menunjukkan novel ini mempunyai plot yang tersusun, watak yang pelbagai
serta latar tempatan seperti Lapangan Terbang Senai, KLIA, Kulai, Nilai, Seremban melekatkan lagi
imaginasi pembaca. Kisah yang bertemakan sains teknologi ini pada pandangan saya telah berjaya dari
segi teknologinya
Jendela Menghadap Jalan
kekuatan novel ni ialah ia menunjukkan tentang ketaat terhadap ibu bapa agar segala pekara yang
dilakukan direhai. Selain itu, Jalan cerita yang menarik sehingga membolehkan pembaca menjadi
seronok ketika membacanya. Penulis juga menerapkan pelbagai nilai murni dan mengajar hal-hal
baharu yang mungkin kita tidak tahu.
Pantai Kasih
kekuatan novel ni ialah ia menunjukkan tentang penulis menggunakan ayat yang senang difaham oleh
para pembaca dan bahasa yang diggunakan senang disampaikan. Terdapat watak yang menerapkan
nilai yang bagus untuk kita seperti watak seorang yang gigih.

107

Songket Berbenang Emas
kekuatan novel ni ialah ia menunjukkan tentang kekuatan dan pengorbanan seorang gadis miskin yang
begitu mementing ilmu pendidikan demi masa depan. Dalam masa yang sama bergelut dengan
kesempitan kewangan, masalah penyakit si ibu, layanan si nenek yang begitu bencikan keluarganya,
sikap liar adiknya dan kesukaran dalam menjaga adik-adiknya kerana ketiadaan ibu bapanya.Dalam
pahit, masih ada manisnya, di mana dia dikejar oleh cinta 2 orang jejaka. Begitu beruntung kerana
bakal suami begitu memahami kehendak dan keinginannya sehingga merelakan pemergiannya ke Jepun
bagi menyambung cita-citanya.
Tirani
kekuatan novel ni ialah ia menunjukkan tentang kekuatan dan ketabahn seorang dalam mengharungi
cabaran yang sukar dalam kehidupannya. Novel ini juga mempunyai tema yang menarik. Selain itu,
novel ini mempunyai pembangunan karakter yang menarik.
Bimasakti Menari
kekuatan novel ni ialah ia menunjukkan tentang Sebuah novel yang mengangkat tema perjuangan
mempertahankan alam sekitar. Belatar-belakangkan zaman masa hadapan (PM ke-10) di daerah Kuala
Selangor. Kuala Selangor yang dahulunya terkenal dengan aktiviti melihat bintang dan kelip-kelip kini
telah terganggu dengan pencemaran alam sekitar dan pencemaran cahaya. Bintang-bintang di langit tak
dapat lagi dilihat, dan kelip-kelip pula diancam kepupusan. Dua orang anak muda, Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik cuba untuk mengembalikan sinaran bintang dan tarian kelip-kelip ke Kuala
Selangor dengan mencadangkan projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Namun usaha mereka itu cuba
dihalang oleh individu yang tidak berpuas hati.Sebuah lagi novel menarik karya Sri Rahayu. Novel
yang ditulis dengan baik, penuh dengan teori-teori sains serta konflik. Sesuailah karya ni dijadikan
bahan bacaan KOMSAS di beberapa buah negeri

108

Silir Daksina
kekuatan novel ni ialah ia menunjukkan tentang keharmonian antara kaum Melayu dan Cina dan
mengagumi ketabahan protagonis cerita ini yang berani mengejar impiannya dalam bidang seni. Yang
saya paling suka adalah keindahan gaya penulisan Nizar Parman. Bahasanya senang difahami dan prosa
beliau amat mudah, ringkas serta sesuai untuk pelbagai golongan pembaca, tidak kira tua atau muda.
Saya begitu suka buku ini sampai photostate secara rahsia, tau! :D haha. Buku inilah yang memulakan
fasa percintaan saya dengan dunia penulisan Bahasa Melayu dan membuat saya lebih kagum akan
bahasa tersebut.

109

KEKURANGAN

Leftenan Adnan Wira Bangsa

Kekurangan novel ini ialah ia menunjukkan novel ini memang sedih. Pembinaan plotnya agak menarik
pada mulanya tetapi lama kelamaan, plotnya ada drag sikit. Namun, akhiran cerita ini adalah sangat
sedih and komponan sasteranya sangat complex dari segi emosi kerana saya rasa seumpama saya
seorang askar yang melalui segala kesukaran yang disebutkan. Buku ini telah mengajar saya untuk
menghargai askar2/pejuang2 dalam negara ini.

Disebalik Dinara

Kekurangan novel ini ialah ia menunjukkan tentang kajian sains yang mengorbankan orang lain sebagai
ujikaji seterusnya membawa kerosakan. Ini jelas pada watak Karl yang telah tega menanam microcip di
dalam tubuh Farisha, anak tidak sah tarafnya dengan Medina semasa bayinya tanpa bius. Karl juga
telah menyediakan Farisha dengan otak yang sangat genius hanya sebagai alat untuk dia memindahkan
`dirinya' setelah dia mati. Namun perkara itu tidak terjadi kerana Farisha dilindungi oleh abangnya.
Tempat Farisha telah diganti oleh rakan serumahnya Shida, kerana jangka hayat Karl sudah terlalu
nazak dan virus sudah hampir menyerang Dinara. Dalam satu sesi komunikasi antara Shida dan Karl,
Karl telah berbuat sesuatu hingga menyebabkan Karl `hidup semula' di dalam tubuh Shida

Jendela Menghadap Jalan

Kekurangan novel ini ialah ia menunjukkan tentang sikap datuk dan nenek Lili yang enggan bercerita
kisah di sebalik jendela menghadap jalan. Kedua, isu kubah nak pasang atas bumbung surau atau buat
masjid baru dan kes penderaan Che Jah dan anak-anak nya. Takkan penduduk kampung tak reti fikir
sampai budak umur 17 tahun pula yang selesaikan masalah ni.Buku ni sarat maklumat kesihatan dan
pengajaran. Rasa macam dalam lecture Perubatan Tradisional pun ada masa baca buku ni. Dia bukan
selitkan info dan nilai murni, dia mampatkan. Rasa macam info tu jadi 'filler' buku ni je.

Pantai Kasih

Kekurangan novel ini ialah ia menunjukkan buku itu sangat mengecewakan. Saya rasa penulis sama
ada tergesa-gesa dalam menulis atau dia tidak mempunyai idea untuk menulis kerana dia terus
mengulang ayat yang sama.

110

Songket Berbenang Emas

Kekurangan novel ini ialah ia menunjukkan tentang Jalan cerita yang agak meleret yang menyebabkan
pembaca berhenti membaca. Corak pada muka kulit hadapan tidak menarik perhatian. Penulis perlu
menggunakan gaya penulisan yang lebih terperinci.

Tirani

Kekurangan novel ini ialah ia menunjukkan tentang penulis hampir tidak membuat sebarang kajian
tentang prosedur rhinoplasty/kosmetik. Jalan ceritanya menyimpang dari plot utama yang mengekalkan
budaya Sarawak. Pembangunan watak juga MENGERIKAN, untuk sekurang-kurangnya. Waheeda
benar-benar memaafkan bekas suaminya kerana anak perempuannya meyakinkannya WALAUPUN
SEGALA PERKARA YANG DILAKUKAN SELAMA DUA PULUH TAHUN LEPAS. Apatah lagi
dia juga menceraikannya atas hidung anak perempuannya LMAO. Itu benar-benar tidak sopan dan
alasan kecil untuk menceraikan seseorang.Saya juga minta maaf tetapi nama wataknya sangat pelik?
Saya tahu ia adalah rekaan tetapi memandangkan latar tempat (Malaysia/Singapura), mereka boleh
memilih lebih banyak nama Malaysia. Nama-nama itu hanya terdengar seperti mereka keluar terus dari
alam semesta Star Wars atau sesuatu. Seperti bagaimana pengarang mencipta nama-nama ini?

Bimasakti Menari

Kekurangan novel ini ialah ia menunjukkan tentang jalan cerita yang kurang menarik. Penulis tidak
mempunyai plot yang begitu kukuh. Jalan cerita yang membuatkan pembaca bosan membacanya. Akhir
sekali, novel ini mempunyai beberapa konflik yang kurang menarik perhatian.

Silir Daksina

Kekurangan novel ini ialah ia menunjukkan tentang novel ini berkisarkan mengenai Haiqal, seorang
pelajar yang sedang menunggu keputusan STPM yang ingin menjejaki semula ayahnya yang sudah
lama meninggal dunia. Akhirnya, Haiqal serba.sedikit memahami perihal hidup ayahnya, Abdullah bin
Kayan semasa beliau masih hidup dahulu.Pada pendapat saya, tiada yang menarik dalam novel ini
melainkan adat dan kebudayaan di Johor dan suasana masyarakat majmuk yang negara kita sangat
sanjungi.

111

PENAMBAHBAIKAN

Leftenan Adnan Wira Bangsa
Penambahbaikan bagi novel ni ialah penulis perlu memberikan pendedahan tentang apa yang berlaku
terhadap mayat Leftenen Adnan. Selain itu penulis perlu menggunakan perkataan yang senang difahami
agar jalan cerita tidak meleret.
Disebalik Dinara
Penambahbaikan bagi novel ni ialah pada awal pembacaan, saya tidak menyukai cara penulisan yang
dibuat seperti baca buku yang ditulis budak- budak. Jalan cerita yang bagus. Tapi saya berharap
penulis menggunakan teknik 'show don't tell' kerana ia akan membuatkan buku ini bertambah menarik.
Kalau jalan cerita yang menarik tapi cara penulisan yang teruk apa gunanya.
Jendela Menghadap Jalan
Plot buku ini terasa seperti menonton hayunan bandul-menyapu dari kiri ke kanan tanpa sebab
langsung, dan keseluruhan proses itu amat membosankan. beberapa bahan promosi yang terang-
terangan untuk perubatan tradisional, pertelingkahan antara boomers dan milenium tentang masjid,
penculikan, penderaan domestik dan tajuk falsafah tentang jendela yang tidak mempunyai kaitan apa-
apa dengan penipuan rawak yang diberikan oleh buku ini kepada kita. Dan kerana buku itu memerlukan
beberapa penambahan dramatik, datuk dan nenek MC memutuskan untuk menunggu sehingga AMAT
akhir buku itu untuk mendedahkan mengapa buku itu bertajuk 'Jendela Menghadap Jalan'. Dan itupun
terasa terpaksa, seperti penulis ingin menunjukkan kepada kita betapa falsafah dan bijaknya dia, tetapi
gagal sama sekali. Pengguguran tajuk adalah hebat dan semuanya, tetapi ini hanya sia-sia.
Pantai Kasih
Penambahbaikan bagi novel ni ialah penulis tidak perlu mengulang ayat yang sama sehingga ayat
menjadi tidak betol. Penulis perlu memberikan focus terhadap watak sampingan supaya watak itu tidak
bosan dibaca. Selain itu penulis boleh memberitahukan sesuatu situasi dengan lebih terperinci.

112

Songket Berbenang Emas
Penambahbaikan bagi novel ni ialah penulis tidak perlu meleret sesuatu situasi sehingga menyebabkan
pembaca berhenti membaca. Selain itu penulis boleh mengubah corak pada muka kulit hadapan..
Penulis perlu menggunakan gaya penulisan yang lebih terperinci.
Tirani
Penambahbaikan bagi novel ni ialah penulis perlu tidak meletakkan usaha yang cukup dalam cerita ini.
Penulis menceritanya terlalu terperinci membuatkan buku ini agak bosan untuk dibaca. Peristiwa
penting terlalu kurang dan pendek.
Bimasakti Menari
Penambahbaikan bagi novel ni ialah penulis boleh memperbaiki gaya penulisan dalam novel ini dan
membina jalan cerita yang lebih terperinci. Selain itu penulis boleh mengurangkan maklumat yang
tiada kena mengena dengan jalan cerita dan menambah plot yang lebih kukuh.
Silir Daksina
Penambahbaikan bagi novel ni ialah penulis perlu menulis permulaan jalan cerita yang tidak terlalu
padat agar pembaca senang memahami isi yang hendak disampaikan oleh novel ini. Selain itu, penulis
boleh menjelaskan maksud ayat menggunakan ayat yang lebih bombastik! Penulis boleh
memanjangkan lagi jalan cerita.

113

RUJUKAN

Leftenan Adnan Wira Bangsa
- https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html
- https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/
Disebalik Dinara
- http://bahasamalaysiatingkatan4.blogspot.com/p/di-sebalik-dinara.html
Jendela Menghadap Jalan
- https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html
Pantai Kasih
- https://www.academia.edu/38963382/NOVEL_PANTAI_KASIH_AZMAH_NORDIN
Songket Berbenang Emas
- https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
Tirani
- https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
Bimasakti Menari
- https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
Silir Daksina
- https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html

114


Click to View FlipBook Version