The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jananimariappen123456, 2022-06-11 08:37:37

BM ASSESSMENT (1)

BM ASSESSMENT (1)

TAJUK KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR : TANUJAA A/P DARSON
NO MAKTAB : PB190181
HOMEROOM : CG. ROSLIZA
NAMA GURU : CG.SITI NOR HARYANI BT. CHE NORDIN

ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN
2. PENGENALAN SETIAP 8 NOVEL
❖ PENGENALAN NOVEL
❖ BIOGRAFI SETIAP PENULIS
3. KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
4. SINOPSIS 8 NOVEL
❖ SINOPSIS KESELURUHAN
❖ SINOPSIS SETIAP BAB
5. SENARAIKAN 5 KEKUATAN SETIAP NOVEL
6. SENARAIKAN 5 KEKURANGAN SETIAP NOVEL
7. SENARAIKAN 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8. RUJUKAN-SEKURANG-KURANGNYA 15
❖ 7 RUJUKAN LINK WEB
❖ 1 RUJUKAN NOVEL

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Tuhan kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja folio ini dengan penuh sukses.

Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Siti Nor
Haryani BT Che Nordin ,selaku cikgu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyempurnakan tugasan penting
ini. Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada para rakan seperjuangan kerana telah
banyak menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan baik sekali.

Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
kalian hulurkan teramat saya hargai. Biar jasa jadi kenangan.

Sekian, terima kasih

PENGENALAN TENTANG LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

Novel 'Leftenan Adnan' ialah teks komsas bagi murid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bahagian penceritaan novel merangkumi 35
bab yang diberikan judul setiap satunya. Tiada sebarang ilustrasi di bahagian berkenaan yang
berjumlah 358 muka surat.

Terdapat lampiran bergambar dari muka surat 360 - 372, termasuk potret hitam putih Leftenan
Adnan sendiri. Selain itu, tersedia dua halaman glosari (374 - 375) yang berkisar terhadap istilah
ketenteraan. Pengarang juga mencatat senarai rujukan pada halaman terakhir.

Harga senarai naskhah Leftenan Adnan edisi murid ialah RM18.90. Walaupun murid
memperoleh skim pinjaman buku teks, tiada salahnya membeli naskhah tambahan, terutamanya
murid yang tinggal di asrama.

Teknik penceritaan novel Leftenan Adnan ialah sudut pandangan orang ketiga, iaitu kisah
disampaikan oleh pengarang. Sebagai sebuah novel sejarah, hampir keseluruhan novel ditulis
secara naratif (pengkisahan) dan dialog. Teknik monolog boleh dikatakan tiada.

Novel Leftenan Adnan sarat dengan maklumat walaupun mungkin murid berasa khuatir tidak
dapat mengingati begitu banyak fakta peristiwa, watak dan tempat. Bagi meredakan
kekhawatiran itu, ikhlaskan diri membaca novel tebal berkenaan, sambil menikmati pembacaan
yang santai. Insya-Allah, menerusi bimbingan guru berpengalaman, novel Leftenan Adnan
menjadi bacaan yang mudah, ringan, menimbulkan rasa teruja dan memupuk jati diri yang
mendalam.

BIODATA ABDUL LATIP TALIB

Abdul Latip bin Talib, 61, anak Rembau tetapi kini menetap di Jelebu, Negeri Sembilan. Kini,
beliau penulis residen PTS Fortuna, sebuah syarikat penerbitan terkemuka tanah air, milik Ainon
Mohamad. Abdul Latip dikenali lewat novel-novel sejarah beliau. Novel sejarah Islam beliau
berjaya menembusi pasaran negara Brunei yang begitu ketat peraturannya. Pak Latip Juga tidak
sunyi daripada kecaman terhadap kesahihan fakta dalam karya novel sejarah beliau. Sejak
berkecimpung dalam dunia penulisan pada tahun 1999, Pak Latip telah menghasilkan 50 buah
novel, termasuk siri novel sejarah Islam terbitan PTS berjumlah 30 naskhah semuanya. Novel
'Leftenan Adnan' edisi murid ini juga berunsur sejarah dan dilesenkan oleh PTS kepada Mika
Cemerlang Sdn. Bhd. selaku penerbit rasmi untuk teks novel komsas tingkatan empat wilayah
selatan Semenanjung.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

SINOPSIS KESELURUHAN

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai
Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban.
Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama
42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup
berjuang sehingga ke hujung nyawa.

SINOPSIS SETIAP BAB

Sinopsis Bab 1

Darah Pahlawan

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah.
Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa
yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka
kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya
hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Sinopsis Bab 2

Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung
menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang
menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah
pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.

Sinopsis Bab 3

Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain
perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu
mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika
membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan.
Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang
kayu pula.

Sinopsis Bab 4

Dusun Durian Di Tanah Perkuburan

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak Saidi
yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun
itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan
orang kampung menyayanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan
buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu
Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol
Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak
memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan
baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British
boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan
British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

Sinopsis Bab 5

Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan hasrat
untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan
bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak
Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga
orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan
kehendak Pak Saidi.

Sinopsis Bab 6

Guru Besar Steward

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-
anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak
mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.

Sinopsis Bab 7

Mereka Tidak Mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di
sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak
Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar
anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil.
Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu
yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah
dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk
Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Sinopsis Bab 8

Seteguh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah,
Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan
terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak
mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar
undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di
sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya
supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British
tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang
perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara
akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian
dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah
Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak
mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi
walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Sinopsis Bab 9

Anak-Anak Kampung

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris
kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah
walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji
dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila
besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari
serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali.
Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang
yang mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak
Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya mungkin Nordin
salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di
sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap
menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

Sinopsis Bab 10

Masuk Jawi Basikal Baharu

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar.
Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila
dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum
selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang
dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

Sinopsis Bab 11

Yakin Boleh

Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok
belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan
pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang
bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana
syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta
beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama
dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun
ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada
Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari
pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua
manakala Nizam mendapat tempat ketiga.

Sinopsis Bab 12

Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak
muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju
dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah
mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka
tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

Sinopsis Bab 13

Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang
askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar
mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk
menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula
bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.

Sinopsis Bab 14

Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak
muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.
Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang
bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon
tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak
bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita
anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Sinopsis Bab 15

Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan
ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari
Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi
tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.

Sinopsis Bab 16

Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental
bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang
mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati
Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar
ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama
ditinggalkan.

Sinopsis Bab 17

Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat
sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia
berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Sinopsis Bab 18

Berhari Raya Di Kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir
Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir
Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup
bahagia.

Sinopsis Bab 19

Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan
hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.
Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera
British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi.
Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Sinopsis Bab 20

Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan
satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu
mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan
Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang penting.
Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya
dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya
bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah
penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung
berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan mencadangkan pasukan
pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan
bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan
India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah
yang harus mempertahankan tanah air.

Sinopsis Bab 21

Di Ambang Perang

Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu
dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka
menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana
Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak
British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya
penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka
bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh
rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar,
kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah
seorang daripada mereka ialah Samad.

Sinopsis Bab 22

Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan tentera
di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pegawai baru yang akan datang melaporkan diri pada
sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix
datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya Pegawai
Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang di pantainya.
Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali
reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari
lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera British
mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan
Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan.

Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan
termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan
Adnan.

Sinopsis Bab 23

Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana
tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera
Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga
kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya
berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil
memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.

Sinopsis Bab 24

Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra
mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha
pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit.

Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula
mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar
Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu
Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang
disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang
kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu
kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka
menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini
berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam
British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil
telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra.
Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan
pasukan pertahanan mula berundur.

Sinopsis Bab 25

Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera British
di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk
Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops
Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di
situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api
Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh
tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan
Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh.

Akhirnya tentera Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan
bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang
merupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera
membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai
Petani.

Sinopsis Bab 26 : Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan British HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British
itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11
Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan
tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera
Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom
Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah
sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun
bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk
memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion
Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah
mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut
tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Sinopsis Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat
tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di
Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap
paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert
Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall.
Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak
Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun
memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan
kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang
tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh
mempertahankan Tanah Melayu.

Sinopsis Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura
berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan
tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri Jepun pula
menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun
dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura
berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal
terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan
menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-
sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk
bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu.

Adnan dan anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun
anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi
mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Sinopsis Bab 29 : Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera
Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip
Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu Penghulu
Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya
mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati
ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan
kebimbangan Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan
menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah
beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula
ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan
Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu
mempertahankan Pasir Panjang.

Sinopsis Bab 30 : Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap
sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur
diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua
pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu.
Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun
tidak berupaya mengalahkan askar Melayu.

Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang
menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan
bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera
Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu.
Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun
banyak kehilangan nyawa.

Sinopsis Bab 31 : Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun
sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba
dihujani dengan tembakan mesin gan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun
menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih
kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana
musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia.
Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan
memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji
Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Sinopsis Bab 32 : Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berkelanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesin gan jenis Lewis
Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan
bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang
berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya
menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang
menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersungguh-sungguh. Tentera Jepun
yang marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah
berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni.

Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada
dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya
telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu
di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok
tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Sinopsis Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana
terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula
yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang
yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan
askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung
mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.

Sinopsis Bab 34 : Darah Mengalir di Sungai Ramal

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan
bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera
Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di
tanah Melayu

Sinopsis Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan.

Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan
anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah
dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan
baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah
dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal
dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama
memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya
mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat
tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit
leukimia.

SENARAIKAN 5 KEKUATAN SETIAP NOVEL

Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah ia mempunyai cerita yang menarik. Ia juga
mempunyai pengajaran yang bermanfaat iaitu bekerjasama untuk menjayakan sesuatu misi atau
perancangan. Pembaca dapat memahami cerita denagn mudah.

SENARAIKAN 5 KEKURANGAN SETIAP NOVEL

Kelemahan yang terdapat dalam novel ini adalah perwatakan harus menggunakan teknologi
dengan sebaiknya. Cerita kemungkinan akan kurang digemari oleh kanak-kanak yang tidak suka
teknologi. Novel tersebut hendaklah mempunyai cerita yang panjang sikit.

SENARAIKAN 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SETIAP NOVEL

Penambahbaikan yang dapat dibuat dalam novel ini adalah memanjangkan cerita novel. Selepas
itu, pengarang juga haruslah menulis cerita yang digemari oleh semua orang bukan sekadar
kanak-kanak. Pengarang menceritakan tentang teknologi dan kemungkinan menguraikan secara
lebih mendalam.

RUJUKAN

https://www.studocu.com/my/document/sunway-university/business-law/sinopsis-novel-left-
adnan-bab/20588701
https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html
https://www.scribd.com/doc/305749640/Sinopsis-Novel-Leftenan-Adnan-Wira-Bangsa-doc
https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-bangsa/
https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-leftenan-adnan-wira.html
https://www.slideshare.net/MasnizaMustafa/sinopsis-leftenan-adnan
https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-leftenan-adnan-wira-bangsa.html
https://books.google.com.my/books/about/Leftenan_Adnan_wira_bangsa.html?id=s5NHtRPV5i
QC&redir_esc=y

PENGENALAN TENTANG DI SEBALIK DINARA

Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya
Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia
berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan
pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun
dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan
Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.

BIODATA DAYANG NOOR

Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya
Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia
berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan
pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun
dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan
Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

SINOPSIS KESELURUHAN

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA
gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang
Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama
Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu
dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka.
Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan
Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah
inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman
untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha.
Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus
projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr.
Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang
menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft
Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara
tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik
kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan
mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi
Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan
jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan
Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihadapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu
apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai
pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya
sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan
Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya.
Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia
bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi
hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas
di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu
tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya
Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan
mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar
dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl melalui sesi
bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke
dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan
ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah
silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan
identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh
Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida
tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang
apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia.
Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn
berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui
telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun
tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara
dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah

membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung
Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di
Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl
masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl
(Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

SINOPSIS SETIAP BAB

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai

bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan
dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke
KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat
kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali
lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa menunggu
Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk
masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu
simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat
mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama
dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium

yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa.
Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam
simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana
Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga
Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya
mencari juru runding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah
berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perak.
Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang
dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk
dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha

dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di
Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi
peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta
kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh
empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang
Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara
yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di

Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul
Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih
termasuk penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik
dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia
memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah
Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem
Dinara. Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-
sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan
perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada
di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai
physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke
dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi
akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak
akan mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul

Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang
ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram
menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara,
tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus
bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya
inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan
mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa
Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa
meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada
perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat memikirkan tentang
Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula
bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah
dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan
tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama
Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi
kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya.
Pada malam itu Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha

berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke
dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta
pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan
butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika
Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram.
Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang
bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan oleh
Shida melalui kajiannya di Arkib.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-

ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba
Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat
meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu mereka
diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya
kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa
perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis
dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai utk makan
malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak
mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu abangnya
mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya adalah
anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha

pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi
hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula
maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke
hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa
soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada
Farisha mengandung.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 9

Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha
dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telah pun ditanam
dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan
teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang
mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari
sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang
menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia
sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha
menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin
datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini
gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini mereka berjaya kerana
WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepas Itu Aqram pula mencari maklumat pada badan
Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar
menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha
terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi
doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scan itu adalah dalam
pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti.
Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh
Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi
menyarankan bahawa Shida akan menggantikan tempat Farisha.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 10

Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama
Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam
mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa
yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk
lagi. Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan
merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat
berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang
lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana
perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit
gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya
lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup
melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah ingin
membuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap
murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menembus
mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau kesalahan Dr.Maxi yang
tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum
malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 11

Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada
abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang
Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan
bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah
diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha
dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai
bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di
Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk mempengaruhi
otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl
mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan
diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan
Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke
Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam
masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl
menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad
Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa
dia memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 12

Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha
bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti
apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia
berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang
dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina.
Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar.
Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat
pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida.
Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul
Anwar dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya
ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha
dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar
Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik
Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya
itu. Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam
keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin
tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagu
kegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia
mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat
mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah
beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan
kenangan dan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah
stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha,
menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu
menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk
melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 13

Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa
kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida.
Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak
melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima
oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang
sama Farisha telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di
sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah
sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya
menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh
gila dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan
dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa
Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang

sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa
aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl.
Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha
mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh malam
Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar,
dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu
semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup. Tetapi
terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam percakapannya
Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan
bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu
ialah Karl.

SENARAIKAN 5 KEKUATAN SETIAP NOVEL

Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah ia memberi info banyak tentang teknologi dan
mempunyai satu peringatan bahawa menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin. Novel ini
juga mengingatkan bahawa kita hendaklah mempercayai Tuhan.

SENARAIKAN 5 KEKURANGAN SETIAP NOVEL
Kelemahan yang terdapat dalam novel ini adalah tidak mempercayai Tuhan. Novel ini juga
haruslah tidak memberitahu banyak info tentang teknologi. Hal ini kerana, berkemungkinan
sesetengah pembaca tidak menyukai novel yang berkaitan dengan teknologi.

SENARAIKAN 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SETIAP NOVEL
Penambahbaikan yang dapat dibuat dalam novel ini ialah mengurangkan info tentang teknologi.
Di samping itu, tidak melibatkan Tuhan dan tidak terlalu menulis info tentang teknologi.

RUJUKAN

https://www.ipendidikan.my/novel-di-sebalik-dinara.html
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
https://www.academia.edu/33345506/Tema_Di_Sebalik_Dinara_karya_Dayang_Noor
https://karangan.net/soalan-soalan-novel-di-sebalik-dinara/
http://bahasamalaysiatingkatan4.blogspot.com/p/di-sebalik-dinara.html
https://www.scribd.com/document/342408159/Di-Sebalik-Dinara
https://qcikgubm.blogspot.com/2015/03/analisis-novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
https://www.scribd.com/doc/275706474/Novel-Di-Sebalik-Dinara-Ting4-Full

PENGENALAN TENTANG JENDELA MENGHADAP JALAN

Sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur
untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya menempuh
semua ujian tersebut dengan semangat yang kental. Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat
oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, peristiwa
tersebut menguatkan keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali
gus cuba membantu mereka.

BIODATA RUHAINI MATDARIN

Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah
sepenuh masa hamba Allah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan,
pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa
buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge
sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016
memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya terhadap
kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain
yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli
Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi
pembimbing dan mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen
anjuran unit Penerbitan DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama
SUNTIK, sebuah program bicara karya eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang
dianjurkan setiap bulan bermula bulan Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara santai Kupi
& Snek Sastera Malaysia - sejak Oktober 2020.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

SINOPSIS KESELURUHAN

Lili adalah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya
lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang
membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak
belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan
moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke
kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak
Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan
terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah
ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah
ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang
berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-
anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan
datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah

pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ
dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

SINOPSIS SETIAP BAB


Click to View FlipBook Version