The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jananimariappen123456, 2022-06-11 08:37:37

BM ASSESSMENT (1)

BM ASSESSMENT (1)

SENARAIKAN 5 KEKUATAN SETIAP NOVEL

Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah penulis menceritakan bahawa kita haruslah
mengamalkan ilmu yang dimiliki dengan sebaiknya. Selain itu, penulis juga menceritakan
bahawa kita perlu bertanggungjawab dalam menjaga amanah dan menjalankan tugas dengan
sebaik mungkin. Seterusnya, ialah kita juga haruslah sentiasa taat kepada perintah ibu bapa.

SENARAIKAN 5 KEKURANGAN SETIAP NOVEL

Kekurangan yang terdapat dalam novel ini adalah kekurangan perwatakan. Seterusnya ialah,
tidak digemari oleh semua pembaca terutamanya pembaca Tingkatan 4 dan 5 kerana bukan
semua meminati alam sekitar. Selain itu, penulis juga dapat memanjangkan sedikit ceritanya
dengan plot yang menarik.

SENARAIKAN 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SETIAP NOVEL

Penambahbaikan yang dapat dibuat dalam novel in ialah menambahkan perwatakan. Seterusnya,
memasukkan plot yang menarik saya para pembaca tidak berasa bosan. Selain itu juga, pembaca
juga haruslah berfikiran terbuka dan harus meminati bahawa alam sekitar amat penting pada
zaman sekarang.

RUJUKAN

http://bimasaktimenari.blogspot.com/2016/01/sinopsis-bab-demi-bab-tema-dan.html
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/10/Novel-Bimasakti-Menari.pdf
http://cikguazaruddin.blogspot.com/2019/01/sinopsis-novel-bimasakti-menari-bab-12.html
https://www.bumigemilang.com/novel-bimasakti-menari-k1-komsas-tingkatan-5/
https://www.rujukanspm.com/2017/10/sinopsis-novel-bima-sakti-menari-komsas.html
https://www.ipendidikan.my/novel-bima-sakti-menari.html
https://anyflip.com/yivbi/sorn/basic

PENGENALAN TENTANG SILIR DAKSINA

Haiqal yang mengalami konflik keluarga berpunca daripada perceraian ibu dan bapanya
sehingga menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandung, Abdullah Kayan.

BIODATA NIZAR PARMAN

Beliau dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 1973. Saya mendapat pendidikan sekolah rendah di SK
Seri Paya, Parit Raja dan bersekolah menengah di SMK Dato' Menteri, Ayer Hitam. Guru Bahasa
Melayu di SK Seri Lalang, Kluang, Johor. Selain itu, telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Bahasa
Melayu Negeri Johor mulai tahun 2002. Mula berkecimpung dalam penulisan kreatif pada tahun
1995. Memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri Perak
1995, tempat ketiga Sayembara Cerpen Hari Guru anjuran DBP - BPG 1998, dan hadiah saguhati
Sayembara Jubli Emas DBP kategori cerpen 2007. Karya-karya pernah tersiar dalam Mingguan
Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Dewan Pelajar, Mingguan Wanita dan URTV serta
beberapa buah tabloid.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat
hasil penulisan ayah kandungnya.

Teruja dengan kandungan manuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah
ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung
arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-
sebab tertentu.

Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.

Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang
keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.

Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini
dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit
demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ.

Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.

Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur
apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

SINOPSIS SETIAP BAB

Sinopsis Bab 1
TERSINGKAP RAHSIA

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah
disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan Fikiran
Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika Uminya membuka rahsia
tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya
memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk
mencari ayahnya Abdullah Kayan

Sinopsis Bab 2
KISAH SEORANG TEMAN

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian
STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu
Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di pantai
,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca
perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi
dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum
tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa
beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

Sinopsis Bab 3
SENASKAH MANUSKRIP LAMA

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai
kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkhidmatannya
untuk membimbing Ai Ling dalam subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya
Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusia dengan Ai Ling.
Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa
lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim.
Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun
getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motosikal Honda
70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana
semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi.
Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan
untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya
membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya
Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim
tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan
SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong
aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan
kerana kehabisan bateri.. Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke
Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim
menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-anaknya
belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan
memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang
Aiman di dalam pakaian sekolahnya.

Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah
meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah
memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat berminat
untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia
mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai
Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir
Ai Ling tidak selesa. ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke
Lim tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan.
Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa
aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli
bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke lim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku
berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan
aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah
aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang
tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling
menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya
sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari
nanti. Bagi menenangkan perasaan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat
sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.
iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling
begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan
membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli
dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan
terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana
perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke
Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan
tentang persiapan untuk majlis tersebut.

Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang dipanggil
Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi
meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada
dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri. iv Aku
berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar
yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta
aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku
yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi
aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu
pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakaknya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai
Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat
persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali
terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya, V Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak.
Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia
membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih
kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku
kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali
berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak
Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim
mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A.
Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku
teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih
memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama
mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan. Aku masih bercelaru fikirannya. Sehingga
lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih
merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya.
Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu
akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan
Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya.

Menumpang kasih akan Ai Ling vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju
mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk
persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30
malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan
Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap
Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan
persembahan. Aku mengambil peranan memukul kuburan iaitu gendang kecil yang
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan
tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat
tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli
alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan
pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-
anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB
Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan
D’Purnama terus hidup. vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak
sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai
Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya
kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3
tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman
yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu aku bahawa
arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan
mengenangkan kisah pahit dalam rumah tangganya. viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi
hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga
diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum
sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamasikan sasak. Persiapan semakin rancak.
Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan . Kumpulan zapin
juga berlatih dua atau tiga kali seminggu.

Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan
oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa
Allah memberikan kekuatan kepadanya . Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang
dibeli Tauke Lim. Mereka berbual-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling
tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca
manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama bersama-
sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat
dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk
Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.. Aku berharap
Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu
menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi
manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang
Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis .

Sinopsis Bab 4
DESAKAN HATI

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abdullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abdullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak
untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun
di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri.,
Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan
suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam
kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya
itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang
digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi
impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa
ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip itu ,
ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan.

Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang penulis yang menjadi johan
peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan
kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula
menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar
buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya
tentang ayahnya.

Sinopsis Bab 5
RINDU

Haikal mulai terasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada
Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama.
Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa
rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi
dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.
Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan
dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku
di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah
jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya
dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih
sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal
terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

Sinopsis Bab 6
SATU KETENTUAN

Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya
di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah
keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan
umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan, Umi menganggap ayah Haikal
seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan
perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa
tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang
anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada
bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara
mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal pulang ke kampung
ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi
perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti

Sinopsis Bab 7
PERJALANAN YANG JAUH

Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan
walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul
Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya masih
marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya.

Sinopsis Bab 8

TIBA DI KAMPUNG

Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai menunaikan solat subuh
berjemaah di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.
Pemandu teksi, Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana. Ketika Pak Cik Salleh
memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-debar.
Debaran makin kencang apabila dia sampai ke kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh membantu
Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya. Mereka tiba di sebuah warung. Apabila lelaki
separuh umur yang sedang menebar roti canai melihat Haikal masuk ke warung dia kehairanan.
Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal terus dipelawa makan roti
canai sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya. Lelaki
itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah. Haikal tertanya-tanya sama ada
Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh arwah ayahnya dalam manuskripnya.
Ketika Haikal menunggu Tauke Ong, ada pelanggan-pelanggan yang masuk ke warung
memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ketika itu,
seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatan amat mesra dengan pelanggan-pelanggan
yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji
akan membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah ayahnya
untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga Haikal sampai ke kampung itu. Di rumah arwah ayahnya,
Haikal mendapat tahu bahawa manuskrip itu diberi kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum
ayahnya meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu
menunaikan amanah menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa. Ketika ditinggalkan
bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di dinding.
Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal
sebak mengenangkan sikap umi yang tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih
melihat sekeping gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang
menerima anugerah daripada seorang sasterawan negara. Setelah puas menatap gambar, Haikal
mengalihkan pandangan ke rumah Tauke Ong. Dia mencari-cari sesuatu.

Sinopsis Bab 9
PERTEMUAN

Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah hari di
pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah Swee Hwa. Haikal
cuba mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal
bahawa dia akan menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal
diberitahu oleh Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi
amanah untuk menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah
ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia
berasa tidak terbalas sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa
dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak. Swee Hwa memecah
kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah ke Terengganu. Swee Hwa
hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita Cikgu Abdullah. Haikal menyambut perbualan
Swee Hwa dengan memuji kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga
fasih berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan Ratna yang masih
belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok makan dengan tangan.
Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal
terasa betapa bertuahnya Swee Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya.
Haikal yakin Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa ialah
watak yang dicipta oleh ayahnya dalam manuskrip itu. Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai
buku untuk membeli novel. Mereka meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee
Hwa terus menyatakan minat Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia
amat mesra dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member
gambaran tentang Swee Hwa. Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI Aisyah.
Terbayang kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah tempat adiknya
mengadu jika ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna
tetapi itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.

Sinopsis Bab 10
PUSARA

Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada Haikal untuk
kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang lokasi pusara arwah
ayahnya di kawasan perkuburan kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal. Sebelum
beredar Haikal terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal berasa satu
getaran aneh apabila membalas senyuman Swee Hwa. Sampai di kawasan perkuburan, Haikal
mencari sepohon pokok kemboja besar seperti yang diberitahu oleh Tauke Ong. Melihat pokok
kemboja yang berada di sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal terus menuju ke situ dan terlihat
nama Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal mengusap lembut batu nisan ayahnya.
Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus menangis kerana kerinduan
yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya. Haikal bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah
ayahnya di sisi orang yang beriman.. Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara ayahnya
namun dipujuk hatinya bahawa esok masih ada untuk dia datang lagi. Haikal membonceng
motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja beredar dari pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal
tergerak untuk berhenti berhampiran sekumpulan remaja yang sedang memancing di tepi parit.
Hikal memberi salam kepada seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja
yang dipanggil Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda kampung. Pak Cik
Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal. Seorang yang berjiwa besar, banyak
berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya orang yang baik begitu akan pergi menemui tuhan
mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar amat rapat dengan arwah ayah Haikal. Dia menganggap
arwah ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar seolah-olah melihat arwah
ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia masih terbayang-bayang
wajah arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik Bakar kerana banyak perkara
yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada Pak Cik Bakar. Senja itu Haikal menunaikan solat
berjemaah di masjid kampung untuk berkenal- kenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat
isyak dia terus ke gerai Wak Min. Hanya Mak Menah yang sibuk mengurus kedai. Mak Menah
sempat bertanya tentang perancangan Haikal selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM
nanti.
Daripada Mak Menah, Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak
kampung itu mulai berfoya-foya membuang masa dengan bermotosikal berbanding semasa
ayahnya aktif menggerakkan aktiviti kemasyarakatan di kampung, tidak ada anak-anak muda yang
berfoya-foya di tepi jalan di kampung itu. Mendengar kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja

untuk menyelami kisah hidup arwah ayahnya. Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik
Bakar menepuk belakang bahunya. Sebenarnya Pak Cik Bakar tidak menyangka Haikal akan
kembali ke kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa kampung itu sudah
lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali lagi dia memberitahu Haikal bahawa
dia seolah-olah bermimpi melihat kedatangan Haikal. Haikal mulai rasa bersalah kerana berasa
kehadirannya menyebabkan orang yang rapat dengan ayahnya teringat kembali arwah ayahnya.
Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan perasaannya apabila dua jemaah masjid Wak Arif
dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas menyapa sambil bergurau senda, Pak Cik Bakar
memperkenal mereka kepada Haikal, ahli kumpulan zapin kampung itu dahulu. Namun sekarang,
menurut Haji Salim orang muda sudah tidak meminati tarian zapin. Haikal yang tidak pernah
mendengar lagu-lagu zapin seperti yang dinukil oleh ayahnya dalam manuskrip teragak-agak
menjawab pertanyaan Haji Salim tentang minatnya dengan zapin. Daripada Pak Cik Bakar Haikal
mendapat tahu kumpulan zapin kampung itu sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif apabila
seorang demi seorang ahlinya meninggal dunia termasuk ayahnya. Pak Cik Bakar terus bercerita
tentang ayah Haikal ketika mereka berbual di anjung rumah Pak Cik Bakar setelah bersantai di
warung Wak Min.Keengganan Haikal untuk masuk berbual di dalam rumah mengingatkan Pak
Cik Bakar akan sikap arwah ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung rumahnya sehingga
pukul 2 atau 3 pagi. Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama
ayahnya Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri Purnama tetapi
tidak berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan tenang. Haikal mengakui bahawa
tidak banyak yang dia ketahui tentang ayahnya dan itulah penyebab yang kuat yang mendesak
hatinya datang ke kampung arwah ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit yang
diderita oleh arwah ayah Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada siapa yang tahu
penderitaan yang ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa? Mendengar Haikal menyebut nama Swee
Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke wajah Haikal lalu tersenyum. Pak Cik Bakar memberitahu
arwah ayahnya meletakkan diri Haikal dalam diri Swee Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya
mengubati luka hatinya. .
Pak Cik Bakar amat yakin Haikal akan dapat merasa ada sesuatu yang ditinggalkan oleh arwah
ayahnya dalam diri Swee Hwa untuk dia selami. Haikal hanya mengangguk-ngangguk tanda
bersetuju. Malam semakin lewat sedangkan mereka terus berbual-bual. Pak Cik Bakar amat
gembira jika Haikal mahu tinggal lebih lama di kampung. Dia membayangkan itulah keinginan

arwah ayahnya jika arwah masih hidup iaitu ingin Haikal kembali tinggal bersama-samanya di
kampung.. Haikal berjanji akan tinggal lebih lama jika segala urusannya selesai. Lebih-lebih lagi
dia sedang menunggu keputusan STPMnya. Namun Pak Cik Bakar berasa amat baik jika Hikal
terus menetap di Kampung Seri Purnama lantas mengusik-usik Haikal dengan anak Tauke Ong
sambil ketawa. Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal meminta izin untuk
pulang kerana ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk bertamu di rumahnya jika
ada kelapangan.

Sinopsis Bab 11
SUASANA BAHARU

Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang simpanan ayah Haikal
telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun Haikal memberitahu Tauke Ong bahawa
kedatangannya bukan untuk menuntut harta peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke Ong
menegaskan tindakannya itu bagi melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke Ong meminta
Haikal menguruskan sendiri harta arwah ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika ada
masalah. Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus menguruskannya kerana tiada
pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh Tauke Ong. Sebaliknya meminta Haikal belajar
mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke Ong terus bercerita tentang kesusahan hidupnya
kerana sikap abangnya yang kaki judi. Sepanjang bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji
kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong berjanji akan membantu Haikal menguruskan
kebunnya jika Haikal menyambungkan pengajiannya nanti. Haikal terus mencari Abang Bidin dan
Abang Salleh di warung Wak Min setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka. Mereka
berdua yang menjaga kebun kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka berbincang
tentang pengurusan dan upah kebun kelapa sawit Haikal. Menurut saranan Tauke Ong adalah lebih
baik Haikal mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin dan Abang Salleh kerana cara kerja mereka
yang sistematik dan upah yang tidak mahal.
Dalam seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa orang remaja di Kampung
Seri Purnama. Mereka amat mesra dan menerima kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal
diajak memancing bersama-sama pada waktu petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya
dengannya dan sedang menunggu keputusan STPM menjadi paling rapat dengan Haikal. Lazim

bekerja sambilan di kilang tekstil di Batu Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan semasa
menyambung pelajaran nanti. Masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual
bagi mengisi duit poket kerana malu untuk meminta-minta daripada ibu bapanya. Haikal
memberitahu Lazim tujuan dia kembali ke kampung untuk merungkai misteri di sebalik manuskrip
novel ayahnya dan menziarahi pusaranya bukan untuk mendapatkan harta peninggalan arwah
ayahnya setelah diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu menghabiskan malam
minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu melepak di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan
tidak menyusahkan Lazim. Ayah Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan
Jasmani semasa dia bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee
Hwa yang pada pandangan Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual.
Haikal juga berasa Swee Hwa sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil berbual- bual Haikal
teruja melihat sekumpulan kanak-kanak riang berbasikal.. Haikal menyatakan keseronokan tinggal
di kampung tetapi Lazim berpendapat orang kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar.
Namun bagi Haikal dia merasa kehilangan saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-
kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat menikmati detik-detik gembira itu. Spontan
itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia sekarang sudah berada di kampung itu dan memberi
semangat agar Haikal memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah ayahnya. Namun Haikal
kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan uminya. Haikal keliru ,
kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham ibu bapanya . Malam itu Lazim sampai di rumah
Haikal ketika bulan mengambang. Haikal menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat
mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke
arah rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim makan mi
goreng yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di rumahnya
dijawab apabila Lazim bertanya sama ada Haikal telah masuk ke dalam balai raya kampung itu.
Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke dalam balai raya Kampung Seri Purnama, Lazim segera
berjanji akan membawa Haikal ke situ keesokan petangnya.
Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui di dalam balai raya itu kelak.
Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dipercayai menyimpan banyak
rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah Haikal. Balai raya yang
dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke Kampung Seri Purnama.
Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti. Sambil makan Lazim

bercerita tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika di sekolah rendah.
Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa terkilan kerana langsung tidak
tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi semangat kepada Haikal agar menggunakan
kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya. Lazim berjanji akan membantu Haikal
bersama-sama orang-orang kampung. Akan tetapi impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya
jika dia tidak merapati Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya.
Akhirnya, perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh. Pagi sesudah solat subuh
berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba muncul
menyapanya lalu bertanya tentang Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja
kedengaran azan subuh. Swee Hwa menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa
mereka ke pekan untuk bersarapan. Peluang bersarapan dengan Swee Hwa digunakan untuk
bertanya tentang arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya
akan berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee Hwa mengakui dialah tempat arwah
ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia sedar dia tidak layak mengambil
tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud kerana ayahnya pernah bercerita
tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana mampu
membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.

SENARAIKAN 5 KEKUATAN SETIAP NOVEL

Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah ia merupakan cerita yang berlaku dalam kehidupan
seharian kita. la juga mempunyai jalan cerita yang menceritakan tentang seorang anak yang

mempunyai hasrat untuk mengetahui tentang ayahnya lebih lanjut dan manuskripnya. Novel ini
sesuai untuk dibaca oleh semua golongan terutamanya golongan remaja.

SENARAIKAN 5 KEKURANGAN SETIAP NOVEL
Kekurangan yang terdapat dalam novel ini adalah mempunyai konflik yang akan mengganggu
pembaca yang beremosional Novel ini juga kekurangan cerita. Novel ini tidak mempunyai cerita
yang banyak dan juga kekurangan perwatakan.

SENARAIKAN 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SETIAP NOVEL
Penambahbaikan yang dapat dibuat dalam novel ini ialah menambahkan perwatakan yang
bersesuaian. Seterusnya, menambahkan cerita yang sesuai dengan plotnya dan mempunyai jalan
cerita yang menarik dan juga menarik perhatian pembaca.

RUJUKAN
https://www.ipendidikan.my/novel-silir-daksina.html

https://karangan.net/novel-silir-daksina/
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html
https://www.andrewchoo.edu.my/wp-content/uploads/2019/10/NOVEL-SILIR-DAKSINA.pdf
https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/novel-silir-daksina-tingkatan-5-spm.html
https://www.bumigemilang.com/novel-silir-daksina-k1-komsas-tingkatan-5/
https://www.edubest.edu.my/wp-content/uploads/2022/02/Fokus-Novel-Tingkatan-5-Silir-
Daksina-1.pdf
https://anyflip.com/cnhpe/titn


Click to View FlipBook Version