The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farishirshad99, 2021-09-09 01:28:19

BUKU LOG PENGAKAP KLM IPG

assignment unit beruniform

Keywords: BUKU LOG

50

Membuat Unggun Api
1. Kaedah “fire triangle” yang berbentuk huruf A.
2. Menggunakan 3 elemen iaitu haba, angin dan bahan bakar.
3. Bentukkan huruf A menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf A
menghala ke arah angin.
4. Letakkan bahan mudah terbakar di dalam huruf A dan nyalakan api.
5. Seterusnya, kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk
nyalakan api secara berterusan.

Bahan
1. Kertas tebal
2. Sarang telur
3. Surat khabar
4. Lilin
5. Dahan atau ranting kayu

Jenis-Jenis Kraf Api
1. Hunter’s fire
- Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu ini juga berfungsi sebagai
tungku untuk memasak kerana ia disusun rapat.

2. Reflector fire
- Fungsi utama api jenis ini ialah untuk menghalakan haba ke satu arah seperti
memanaskan badan.
- Boleh digunakan untuk memanggang.

50

51

3. Star fire
- Boleh menggunakan kayu yang pelbagai saiz dan panjang.

4. Teepe fire
- Paling sesuai dan mudah digunakan.
- Akan tetapi, sukar untuk didirikan kerana perlu disusun dan
seimbangkan kayu.

5. Log cabin fire
- Senang dan mudah untuk didirikan kerana ia sangat stabil.
- Apabila terbakar, api hanya membakar di bahagian dalam kayu.

51

52

6. Long council fire
- Dikenali sebagai ‘api piramid’.
- Sangat stabil dan mudah membakar.
- Senang dinyalakan.

7. Ropes Craft
- Kemahiran asas berkaitan dengan ikatan dan simpulan tali.
- Ikatan tali perlu dipelajari untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
- Dalam kraf tali, ia penting untuk membuat ikatan pada pelbagai jenis kraf dalam
aktiviti perkhemahan.

52

53

Jenis-Jenis Ikatan
1. Ikatan Overhand
2. Ikatan Figure Eight
3. Ikatan Eight Double

4. Ikatan Double Overhand

53

54

Joiner Knots
1. Granny

2. Reef
3. Fisherman

4. Surgeon’s

54

55

5. Sheet bend

Loop Knots
1. Bowline

2. Double bowline

55

56

3. Man harness
4. Running bowline

End Securing Knots
1. Clove hitch

56

57

2. Double half hitch
3. Half hitch
4. Timber hitch

57

58

Lashing
1. Square

2. Round

3. Diagonal

58

59

4. Continuous

3. Wood Craft
- Dalam perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk membina kraf kayu
atau disebut sebagai ‘Gajet’.
- Gajet penting dalam aktiviti luar dan mempunyai pelbagai fungsi iaitu
memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan dan menjadikan
aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan teratur.

Jenis-Jenis Wood Craft
1. Ampai kain

2. Meja dan kerusi

59

60

3. Tempat buang sampah

4. Dapur, bowl stand, hook, mug tree, cook shelter

5. Tangga
60

61

4. Tool Craft
- Kemahiran menggunakan alatan semasa berada di luar atau dalam hutan.
- Kemahiran ini penting kerana dapat membantu dan memudahkan individu
melakukan aktiviti ketika berada di hutan.

Jenis-Jenis Alat/Senjata
1. Club (belantan)
2. Pisau
3. Batu
4. Kayu
5. Buluh
6. Besi

5. Khemah
- Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan aktiviti luar.
- Ciri-ciri tapak atau kawasan khemah:
a) Mendapatkan kebenaran dan maklumat
b) Kemudahan asas seperti bekalan air
c) Kawasan lapang
d) Tidak terlalu jauh dengan penduduk atau perkampungan
- Mendirikan khemah:
a) Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam.
b) Berlawanan dengan arah tiupan angin.
c) Tempat yang selamat dan sesuai seperti tanah rata, lapang, teduh, dan selesa.
d) Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua dan mudah
tumbang, berumput tebal dan dipenuhi lalang supaya mengelakkan serangga atau
binatang berbisa.

61

62

Jenis-Jenis Khemah

1. Ridge Tent: Mempunyai tiang melintang sepanjang bumbung dan diperbuat
daripada material nylon ringan. Ia mudah dibawa dan dilipat.

2. Frame tent: Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan
keluarga. Rangka khemah akan dipasang dahulu kemudian dilengkapi dengan
kanvas.

3. Dome tent: Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan
fleksibel. Bersifat ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan
seperti di sekolah dan sebagainya.

62

63

4. Bell tent: Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini
jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’.

6. Shelter (tempat berteduh)
- Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
- Boleh melindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk.
- Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya.
Jenis-Jenis Shelter
1. Phoco-lean-to: Mudah dan cepat dibina. Hanya diikat pada dua batang pokok
dan shelter ini tertutup pada satu bahagin sahaja. Pastikan shelter ini tidak
menghala ke arah angin.

63

64

2. Phoco tent: Mudah dibina dan juga diikat pada dua batang pokok. Namun,
shelter ini tertutup pada dua bahagian, kiri dan kanan.
3. One man shelter: Mudah dan terhalang dari rintangan angin. Saiz shelter ini
lebih kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.

64

65

PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH

Penjagaan Khemah
1. Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.
2. Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
3. Tidak mencuci khemah dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci yang
mengandungi bahan kimia.
4. Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada
ancaman haiwan perosak dan di tempat yang kering.
5. Pastikan semua alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah diperiksa dan
lengkap sebelum disimpan.
6. Peraturan Keselamatan Khemah
7. Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan
keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
8. Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan.
9. Mengutamakan faktor kesihatan dan aspek makanan, minuman, pakaian dan
tapak perkhemahan.
10. Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta
menghargai kawasan sekitar.
11. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam
menghadapi sebarang gangguan keselamatan.
12. Merokok, berjudi, minuman keras adalah dilarang.
13. Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan semua aktiviti.
14. Memaklumkan kepada ketua pasukan/kumpulan, fasilatator atau kepada
pengerusi jawatankuasa perkhemahan jika menghadapi kesulitan seperti masalah
kesihatan dan keselamatan.
15. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa berhenti sehingga
rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan.
16. Peserta tidak dibenarkan berenang selain pada waktu yang telah ditetapkan jika
berkhemah berhampiran sungai, pantai atau tasik.
17. Dilarang memiliki apa-apa senjata yang merbahaya seperti senjata api, dadah
dan alat-alat yang menyalahi undang-undang.
18. Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang
terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.

65

66

Keselamatan Khemah
1. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah.
2. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
3. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
4. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang lain
daripada memasuki khemah.
5. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
6. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
7. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.
8. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.
JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA
Jenis-Jenis Gajet
1. Rak kasut

2. Ampaian

66

67

3. Pintu gerbang

4. Tiang bendera dan pagar
5. Papan kenyataan
6. Meja makan
7. Penyangkut periuk

8. Tempat alatan

Kegunaan Gajet
1. Sebagai tempat menyimpan, menyusun, memperagakan bahan, alat, pakaian
dan maklumat.
2. Melindungi makanan.

67

68

3. Mengelakkan kemalangan.
4. Mudah untuk dirujuk.
5. Mengindahkan pemandangan.
6. Menambah keselesaan tapak perkhemahan.

15.6. IKHTIAR HIDUP
Ikhtiar hidup atau ‘survival’ ialah keupayaan atau kebolehan kita untuk

meneruskan hidup dalam situasi kecemasan seperti berada di dalam hutan, di laut
dan sebagainya. Situasi kecemasan ini adalah apabila kita terputus dengan hubungan
luar dan tanpa mempunyai bekalan makanan yang cukup dan memerlukan kita
berikhtiar mencari tempat berteduh dan mencari makanan sendiri dengan
menggunakan sumber alam yang ada. Selain itu, ikhtiar hidup boleh diertikan sebagai
usaha ikhtiar yang dilakukan oleh seseorang untuk terus hidup ketika menghadapi
sesuatu halangan, bencana atau ancaman. Keupayaan dan kemampuan ikhtiar hidup
kepada persiapan diri kita dan sumber alam. Bagi individu yang mempunyai
pengalaman terhadap persekitaran dan kemahiran ikhtiar hidup, masalah yang
dihadapi dapat diatasi dengan mudah dan selamat.

Tujuan
- Mendapat pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut,
di bukit, di gunung dan rimba.
- Memperoleh pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari makanan,
perlindungan dan punca-punca air.
- Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa
menjalani ikhtiar hidup.
- Membina keyakinan diri untuk hidup.
- Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan dapat menikmati
keindahannya.
- Mencari dan menggunakan alam semulajadi sebagai makanan untuk terus
hidup.
- Bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi
merbahaya.

Pelaksanaan/Aktiviti/Cadangan Aktiviti Ikhtiar Hidup Semasa Perkhemahan
1. Konsep dan Kaedah
a) Peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. 4-5 orang dalam satu-
satu kumpulan.
b) Setiap kumpulan akan dibawa ke suatu tempat yang ditetapkan di dalam hutan
dan ditinggalkan.

68

69

c) Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan keperluan bahan mentah yang
minimum di samping tiga punting mancis.
d) Peserta digalakkan untuk mencari sumber makanan daripada alam sekitar.
e) Peserta hendaklah menyiapkan semua tugasan tersebut dalam jangka masa
yang telah ditetapkan.

Keperluan Kumpulan
1. Sebilah parang
2. 3 puntung mancis
3. Sehelai poncho
4. Bahan makanan mentah (beras, telur, tepung)
5. Mastin- 1
6. Buluh- 1 batang

Arahan Tambahan Ikthiar Hidup
1. Anda dilarang sama sekali untuk menebang pokok di sekitar kawasan
penempatan.
2. Dilarang membunuh binatang liar.
3. Dilarang membakar hutan, semak dan rumput.
4. Tidak dibenarkan merayau-rayau di luar kawasan penempatan seorang diri.
5. Elakkan turun ke sungai atau laut secara seorang diri.
6. Jangan menegur atau hairan kepada sesuatu yang ganjil (takbur).
7. Jangan membuat bising atau menganggu kehidupan lain.
8. Dilarang membuang sampah merata-rata.
9. Jangan melakukan atau melanggar peraturan yang ditetapkan.

Langkah-Langkah Am Keselamatan
1. Memakai jungle boot, seluar tebal dan baju berlengan panjang
2. Pastikan tempat perlindungan selamat dan selesa.
3. Guna bahan-bahan yang dibekalan sebaik mungkin.
4. Elak daripada memakan tumbuhan yang tidak dikenali.
5. Menentukan jalan keluar semasa kecemasan.

Perkara-Perkara yang Perlu Diberi Perhatian
69

70

1. Keselamatan
a) Bahaya-bahaya dari alam semulajadi seperti bentuk mukabumi, angin dan ribut
petir.
b) Bahaya serangan binatang buas.
c) Kegunaan tumbuhan sebagai bahan ubatan.
d) Rekaganti senjata sebagai perlindungan diri.
e) Penggunaan unggun api.

2. Makanan
a) Mengeksploitasi sumber-sumber yang ada untuk mendapatkan makanan dan
minuman.
b) Mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan.
c) Memerhatikan makanan haiwan yang tertentu untuk memastikan makanan yang
selamat untuk dimakan.
d) Simpan sumber makann yang ada untuk masa kecemasan.

3. Utamakan Keselamatan
a) Percaya kepada Tuhan.
b) Yakin pada diri sendiri.
c) Peka kepada bahaya sekeliling.
d) Kurang perlakuan membazir

Panduan- Panduan Khas Semasa Menjalani Ikhtiar Hidup
1. Memilih tapak yang sesuai untuk perlindungan rekaganti. Perlindungan rekaganti
adalah perlindungan yang perlu dibuat sendiri dengan menggunakan sumber-sumber
yang boleh diperolehi daripada alam sekitar. Di antara tapak perlindungan yang
mudah dibuat ialah pokok poncor, pisang sesikat, pondok pokok tumbang dan
‘backwoodsman’.
a) Jenis atau bentuk tempat perlindungan berdasarkan tempoh masa.
b) Keperluan untuk melindungi diri daripada hujan, panas, angin atau ancaman
binatang buas, ular atau serangga yang merbahaya.
c) Pemilihan tapak yang sesuai:-
- berdekatan dengan sumber air
- berekatan kayu api yang mencukupi
- terdapat bahan untuk membina tempat perlindungan
- tempat yang rata, tinggi dan kering dan saliran yang baik.

70

71

d) Gunakan alam semulajadi.

2. Mencari dan mengenalpasti sumber air. Sebolehnya tempat berteduh atau
tempat perlindungan hendaklah di tempat yang mudah mendapatkan sumber air:
- Sumber dari tumbuhan
- Lopak-lopak air
- Perigi
- Hujan
- Tadahan embun

3. Mencari dan mengenalpasti sumber makanan. Di dalam aktiviti Ikhtiar Hidup,
makanan terbahagi kepada dua kategori:
a) Tumbuhan
Kebanyakan tumbuhan di dalam hutan boleh dimakan. Sekiranya kita was-was kita
boleh memerhatikan monyet atau burung makan kerana apa yang mereka makan, kita
juga boleh memakannya. Anda boleh mencuba sedikit tumbuhan tersebut dengan
lidah. Sekiranya terasa pedas atau menggigit ianya beracun. Anda juga boleh
menggosok tumbuhan pada lengan, sekiranya terasa gatal elakkan daripada
memakannya. Di samping itu berhati-hati apabila berjumpatumbuhan atau buahan
yang mengandungi banyak lendir, kerana ianya juga bahaya untuk dimakan.

4. Ciri-ciri tumbuhan yang perlu dielakkan untuk dimakan:
- Rasanya pedas dan pahit.
- Tumbuhan yang mengeluarkan getah berwarna putih,
- Tumbuhan yang berwarna cerah seperti warna merah.
- Rasanya menggigit lidah.
- Tumbuhan yang banyak lendir,
- Tumbuhan yang kurang pasti boleh dimakan.

5. Tumbuhan yang boleh dimakan:
- Pokok palma seperti nipah, rotan, rumbia dan kelapa yang mempunyai umbut
dan buah.
- Buluh yang ada rebung.
- Pucuk paku.

71

72

- Buah-buahan hutan seperti kepayang, cermai, tampoi, durian dan sebagainya.
- Jenis buah ubi.
- Jenis kulat tidak beracun.
- Tumbuhan herba seperti tongkat ali.
- Haiwan

6. Kemahiran Menghidupkan Api Dalam Keadaan Seperti Hujan, Angin Dan Lain-
Lain
a) Panduan menghidupkan api Api adalah penting untuk:
- Memasak
- Memanaskan badan
- Menghalau haiwan

7. Jenis-jenis kayu untuk menghidupkan api Terdapat tiga jenis kayu yang sering
digunakan iaitu:
- Ranting kayu – ranting yang digunakan untuk menyalakan api
- Kayu lambat bakar –kayu yang menghasilkan bara untuk memanggang
- Kayu cepat bakar – kayu yang terbakar dengan kuat

8. Tapak untuk menyalakan api Tapak mestilah:
- Jauh dari khemah dan pokok
- Kering
- Dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya apinya tidak merebak ke
tempat lain.

9. Menghidupkan api
a) Api jenis Tee Pee atau Wigham
- Letakkan habuk kayu atau daun kering di atas tanah.
- Sebatang kayu ditekan ke dalam tanah condong ke arah daun atau habuk kayu
tersebut.
- Letakkan ranting-ranting kayu menegak dan menindih kayu yang ditekan ke
tanah tersebut.
- Nyalakan api
b) Api Bersilang

72

73

- Letakkan dua potong kayu yang lebih kurang sama besarnya di atas tanah
dalam kedudukan selari.
- Tindih kayu secara berselang seli menjadi beberapa lapisan.
- Letakkan ranting-ranting kayu dan daun-daun kering di dalam lapisan kayu-
kayu tersebut.
- Nyalakan api.

10. Cara Memasak Makanan
a) Memanggang
- Alatan yang diperlukan ialah bilah buluh/ ranting kayu dan ikan/ayam.
- Bilah buluh dibelah dua sehingga membentuk Y.
- Kemudian ikan/ ayam disepit di celah belahan buluh dan hujungnya diikat
dengan akar.
- Bagi memanggang roti lilit, adunan yang telah siap dililit pada bilah buluh/
ranting kayu. (Adunan roti lilit ialah tepung gandum, gula/garam, air, telur)

b) Memasak nasi
- Alatan yang diperlukan ialah buluh.
- Terdapat dua cara memasak nasi yang boleh digunakan.
- Cara yang pertama ialah ruas buluh ditebuk pada bahagian tengah dan
bahagian lebihannya dijadikan tudung.
- Beras yang telah dibasuh dimasukkan ke dalam ruangan yang telah ditebuk
dan diisi air secukupnya.
- Lubang tersebut ditutup semula dengan tudung dan api dinyalakan.
- Cara yang kedua ialah buku buluh ditebuk dan dibersihkan.
- Kayu berbentuk Y digunakan sebagai penyokong.
- Buku yang telah dibersihkan, dimasukkan ke dalam buluh tersebut dan
dimasak.
c) Memasak dalam tanah.
- Alatan yang diperlukan ialah tanah liat dan daun pisang
- Sebagai contoh dalam aktiviti memasak ikan.
- Ikan yang telah dibersihkan, dibungkus dengan daun pisang.
- Kemudian ikan tersebut dibalut dengan tanah liat.
- Setelah itu, ikan tersebut dimasukkan ke dalam lubang dan lubang itu ditimbus
dengan tanah.
- Unggun api dibuat di atas timbusan tersebut selama 30 minit.

73

74

- Ikan yang telah masak dihidangkan.
- Perhatian :- Cara ini boleh juga digunakan untuk memasak bahan makanan
yang lain seperti telur, ubi kentang, ubi keledek, ubi kayu dan lain-lain.

d) Memasak dalam darurat
- Peperangan, bencana alam dan sebagainya.
- Alatan yang diperlukan ialah kawah, beras, pisang, lobak merah, kekacang,
ayam, bawang merah, putih, halia, minyak, ikan bilis, udang kering.
- Cara memasak (biasanya dilakukan secara bergotong-royong)

15.7. MALAM KEBUDAYAAN DAN PERMAINAN PENGAKAP

1. Malam Pengakap (Malam Kebudayaan)

Tujuan Malam Pengakap

➢ merupakan acara kemuncak - diada di tempat-tempat lapang dan
terdapat aktiviti seperti nyanyian, lakonan dan tarian bagi tujuan
menghlbur

➢ menghilangkan rasa bosan selepas penat bekeria & berkhemah
➢ melatih bertatatertib
➢ taat dan mengikut perintah
➢ mencungkil bakat terpendam
➢ bekerjasama dan tolong menolong
➢ latihan mengukur masa
➢ tahu menilai, menghargai dan menghormati orang lain
➢ menghilang rasa malu
➢ berkeyakinan dan mempercayai diri sendirl
➢ untuk kepuasan diri dan bukan menunjuk-nunjuk

2. Prosedur acara Malam Pengakap

2.1 Siapakah yang merasmikannya ?

2.2 Selepas perasmian beberapa buah lagu rancak nyanyian beramai-ramai - semua
peserta

2.3 Pertuniukan (acara di selang-seli) contoh Nyanylan beramal-ramal

✓ Lakonan pendek
✓ Nyanyian kumpulan
✓ Tarian

74

75

✓ Nyanylan "round song"
✓ Stunt
2.4 Selitkan juga cerita pendek bertemakan nasihat
2.5 Selepas setiap acara, selitkan " Yell “
2.6 Lagu yang mengandungi pantun seperti " Rasa Sayang dan Trek Tek-Tek " di
pertengahan acara
2.7 Acara yang baik dikemudian persembahannya
2.8 Penutup dengan lagu Negaraku dan dilakukan tatkala acara sedang memuncak

3. Jurulatih menerang tentang persediaan Malam Pengakap
3.1 Tempat yang sesual
3.2 Acara/program
3.3 Juruacara
3.4 Orang yang merasmikan
3.5 Peserta
3.6 Jemputan (sediakan tempat duduk)
3.7 Perkara-perkara lain yang perlu

PANDUAN PENGISIAN MALAM PENGAKAP
1. Lagu Beramai-Raniai
Pastikan lagu tersebut boleh dinyanyi oleh semua orang dan semua yang
mengambil bahagian.
2. Round Song
Satu latihan yang baik untuk tatatertib dan mengikut rentak yang sama.
3. Lakonan/Sketsa
Lakonan sebaiknya pendek dan anggaran 3 hingga 5 minit. Temanya tidak
menyentuh agama, perkauman atau bangsa. Tidak perlu banyak alatan dan elak
mengguna alatan merbahaya.

75

76

4. Tarian
Jenis tarian kebudayaan dan bertema budaya tempatan dan pergerakan
Pengakap. Memadai 2 atau 3 tarian seperti joget, lnang dan tarian gajah.
5. Celoteh
Boleh diselit tetapi berunsur nasihat dan menghibur hati. Jangan menyindir /
rnenyakit hati peserta lain.
6. " Yell " :
Diada pada akhir sesuatu acara sebagal menanda penghargaan.

15.8. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
Peralatan Umum
1. Peta Topo kawasan
2. Borang Berkaitan
3. Penanda kawalan
4. Puncher
5. Alat tulis/buku catatan
6. Alat perhubungan radio
7. Protektor
8. Jam digital

Peralatan Peserta
1. Pakaian yang sesuai
2. Kasut sukan
3. Topi
4. Bekalan air 1 liter
5. Makanan ringan
6. Ubatan peribadi
7. Baju hujan

76

77

Prosedur Pengendalian Aktiviti
1. Sebelum Aktiviti:
a) Penyediaan landasan
b) Taklimat jurulatih dan peserta
c) Semakan alatan dan logistic
d) Peralatan kecemasan
e) Pengagihan kumpulan

2. Semasa Aktiviti
a) Peserta berkumpul di tempat permulaan.
b) Jurulatih berada di lokasi sebelum peserta dilepaskan
c) Ketua aktviti memberi taklimat
d) Peserta diberikan alatan
e) Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan.
f) Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan lain. Masing-masing bergerak
mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara berkumpulan.

3. Selepas Aktiviti
a) Jurulatih mengumpul perserta dan memastikan bilangan cukup.
b) Mengenalpasti tahap kesihatan peserta.
c) Jika terdapat kecederaan, hendaklah diberikan rawatan secepat yang mungkin.
d) Semua alatan dikembalikan. Jika rosak atau hilang sila laporkan kepada pihak
bahagian logistic.
e) Sesi refleksi

77

78

KOMPAS

1. Kompas adalah alat penunjuk arah yang bekerja berdasarkan gaya medan
magnet.

2. Pada kompas selalu terdapat sebuah magnet sebagai komponen utamanya.

3. Magnet tersebut biasanya berbentuk sebuah jarum penunjuk.

4. Saat magnet penunjuk tersebut berada dalam keadaan bebas, maka akan
mengarah ke utara-selatan magnet bumi.

5. Inilah yang dijadikan dasar dalam pembuatan kompas dan alat navigasi
berbasis medan magnet yang lain.

6. Umumnya kompas terdiri dari 3 komponen kompas, yaitu badan kompas, jarum
magnet, dan skala arah mata angin.

7. Badan kompas berfungsi sebagai pembungkus dan pelindung komponen utama
kompas.

8. Jarum magnet dipasang sedemikian rupa agar bisa berputar bebas secara
horizontal.

9. Skala penunjuk umumnya berupa lingkaran 360° dan arah mata angin.

78

79

KOMPAS BIDIK

Fungsi utamanya untuk mempermudah menghitung sudut sasaran bidik (tempat atau
benda) secara langsung. Cara pemakaiannya dengan membidikkan kompas ke
sasaran secara langsung sekaligus membaca sudut sasaran pada skala kompas.
Besar sudut yang dibuat oleh arah bidikan dan arah jarum (utara) itulah sudut
sasarannya (bearing).

KOMPAS SILVA

Fungsi utamanya untuk mempermudah perhitungan dan pembacaan pada peta
secara langsung. Badan atau pembungkus kompas silva selalu dibuat transparan
untuk mempermudah pembacaan peta yang diletakkan di bawahnya

79

80

15.10. SIMPULAN DAN IKATAN

1. Simpul Manuk.

Kegunaan simpul manuk:

- Untuk mengikat tali pada tiang atau balak.

- Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikat seraya, ikat silang
gunting dan lilit kacang atau ular.

Cara membuat simpulan manuk:

1. Mulakan simpul pada kayu.

2. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.

3. Tarik hujung tali.

12 3

45

80

81

2. Simpul Buku Sila
Kegunaan Simpul Buku Sila:

- Untuk mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas
- Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Cara membuat Simpulan Buku Sila:
1. Letakkan hujung tali A dan hujung tali B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A dibawah B
3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di

bawah.

81

82

3. Simpul Tindih Kasih.
Kegunaan simpul tindih kasih:

- Untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
- Digunakan dalam kerja-kerja penyelamat.
Cara-cara membuat Simpul Tindih Kasih:
1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2. Masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan

tersebut.

12 3

45 6

78
82

83

4. Simpul Bunga Geti.
Kegunaan Simpul Bunga Geti:

- Untuk menyambung tali yang berlainan jenis dan berlainan saiz.
Cara membuat Simpul Bunga Geti:

1. Mulakan simpul.
2. Masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
3. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

5. Simpul Balak.
Kegunaan Simpul Balak:

- Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
- Untuk memastikan kayu tidak licin dan mudah digerakkan.
Cara membuat Simpul Balak:
1. Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
2. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

83

84

6. Simpul Belit.

Kegunaan Simpul Belit:

- Untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau
pancang kerana cara begini lebih muda untuk dibuka semula serta tidak
mudah tertanggal.

Cara membuat ikatan Simpul Belit:

TIGA JENIS IKATAN.
1. Ikatan Seraya

Kegunaan Ikatan Seraya:
- membuat jambatan, menara dan sebagainya.

Cara membuat Ikatan Seraya:
1. Langkah pertama: dimulakan dengan membuat simpul manuk.
2. Kemudian, lilit dengan kemas dan ketat dan dimatikan dengan simpul
manuk juga.

84

85

2. Ikatan Serong.
Kegunaan ikatan serong:

- untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
Cara membuat Ikatan Serong:

1. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
2. Belitkan membujur dan melintang.
3. Setersunya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
4. AKhir sekali, matikan ikat serong menggunakan simpul manuk.

3. Ikatan Lilit Kacang.
Kegunaan ikatan Lilit Kacang:

- Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh untuk membuat lantai
sesuatu gadjet.

Cara membuat Ikatan Lilit Kacang:
1. Mulakan dengan menggunakan simpul manuk atau lilit balak.
2. Ikat secara berselang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang
hingga selesai.

4.

85

86

15.11. ASAS KAWAD KAKI
BAHASA HUKUMAN
Kawad Statik

1. Baris, baris sedia!
2. Baris, senang diri!
3. Rehatkan diri
4. Scout…Luruskan barisan!
5. Scout…Buka barisan.. Gerak!
6. Ke kanan lurus!
7. Pandang depan
8. Bergerak ke kanan, kanan sing!
9. Menghadap kehadapan, kiri sing!
10. Bergerak ke kiri, kiri sing!
11. Menghadap kehadapan, kanan sing!
12. Menghadap kebelakang, belakang sing!
13. Menghadap ke hadapan, belakang sing!
14. Dua langkah ke kiri, gerak
15. Tutup barisan, gerak!
16. Keluar……. Baris.

Kawad Dinamik
1. Bergerak ke kiri...kiri pusing
2. Dari kiri / kanan…cepat jalan
3. Kiri belok
4. Tukar Langkah, Maju
5. Kiri belok
6. Hormat.. hormat ke kanan.. hormat
7. Pandang depan
8. Bergerak ke kanan..bertiga-tiga.. belakang pusing
9. Skuad..henti
10. Menghadap ke hadapan..kiri pusing
11. Skuad akan mara menghadap..dari tengah..cepat jalan
12. Hormat ke hadapan..hormat

86

87

KAWAD STATIK, DINAMIK DAN FORMASI

PERBARISAN MASUK PADANG / LITAR

1. Peserta memasuki litar pertandingan dari laluan masuk sebelah kanan secara
berjalan lalu dan berhenti di tengah litar menggunakan bahasa hukuman
Skuad....henti.

2. Ketua Platun memberi arahan supaya semua ahli menghadap ke pentas utama
menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan.kanan pusing.

3. Sekiranya posisi Ketua Platun agak rapat dengan barisan hadapan, Ketua Platun
boleh berundur dengan kaedah melangkah ke belakang kaedah ‘Buka Barisan’.
Pergerakan adalah mengikut bahasa sendiri tanpa sebarang bahasa hukuman.

4. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan maju 1 langkah dan
barisan belakang berundur 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam
keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Buka barisan...gerak.

5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah dibuka diluruskan
dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang
depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan.

6. Ketua Platun kemudiannya akan berpusing menghadap ke hadapan pentas utama
melalui arah kanan. Seterusnya mara ke hadapan beberapa langkah jika perlu. Ketua
Platun akan berhenti di hadapan Ketua Pengadil dan memberi tabik hormat,
seterusnya memberi lapor pertandingan selepas tabik dijatuhkan. Bahasa hukuman
lapor pertandingan ialah:

Assalamualaikum / Selamat sejahteta Tuan. Platun ......... seramai 31 orang siap
sedia untuk diuji Tuan.

Setelah diberi keizinan Ketua Platun sekali lagi memberikan tabik hormat dan
menyebut Terima kasih Tuanselepas tabik dijatuhkan. Selepas itu Ketua Platun akan
bergerak ke kiri dan berjalan menuju semula ke posisi asal dan berhenti mengahadap
ke arah ahli untuk memulakan pergerakan kawad statik.

87

88

Kawad Statik

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan
menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.

2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan bahasa
hukuman Begerak ke kanan...belakang pusing.

3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasa
hukuman Ke kanan...pusing.

4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat
menggunakan bahasa hukuman Mengadap ke hadapan...belakang pusing.

5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah
dan barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam
keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Tutup barisan ...gerak.

6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup diluruskan
dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya
Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan.

Kawad Dinamik

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan
menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.

2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan
menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan....cepat jalan.

3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli
membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok.
Sebanyak 2 kon yang akan dilalui pada laluan ini.

4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,
Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah
semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah "3 kali
sebutan secara berturut-turut selepas setiap perbuatan dan disusuli dengan
perkataan Maju selepas perbuatan tukar langkah yang ketiga.

88

89

5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli
membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok.
Sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan ini.

6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,
Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat
ke arah kanan semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman
Hormat...hormat ke kanan....hormat. Semasa ahli terakhir menghampiri
kawasan pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik
hormat menggunakan bahasa hukuman Pandang...depan.

7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik
ke kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak
ke kanan...bertiga-tiga...belakang pusing.

8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan
ahli untuk berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad...henti.

9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan
pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke
hadapan..kiri pusing.

10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas
hormat dan mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama-sama
keseluruhan platun menggunakan bahasa hukuman Skuad akan mara
menghadap...dari tengah...cepat jalan. Pergerakan adalah sebanyak 14
langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. Ketua Platun mengarahkan
semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim dengan
menggunakan bahasa hukuman hormat ke hadapan...hormat. Perbuatan
tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3 kiraan 3 saat sahaja.

89

90

15.12. ASAS PERTOLONGAN CEMAS
● TUJUAN DAN PRINSIP
TUJUAN

1. Untuk Menyelamatkan Nyawa
● Jika tidak sedar diri (pengsan) pastikan bahawa saluran udaranya tidak
terganggu.
● Pastikan ia bernafas.
● Hentikan pendarahannya.

2. Untuk Mengelakkan Kecederaan Menjadi Bertambah Teruk
● Jangan alihkan pesakit kecuali terpaksa elakkan sebarang kecederaan
bertambah parah.
● Selesakan dan berikan keyakinan kepada pesakit.
● Berikan lindungan daripada kesejukan, kepanasan dan keadaan yang lembab.

3. Mendapatkan Bantuan Kecemasan
● Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans atau doktor dengan
kadar segera.
● Pastikan anda sentiasa berada disisi pesakit sehingga bantuan sampai.

PRINSIP
1. Menyelamatkan nyawa.
2. Mengurangkan kesakitan.
3. Mengelakkan keadaan bertambah teruk.
4. Mendapatkan bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

90

91

ANDUH DAN BALUTAN, MERAWAT LUKA DAN GIGITAN
● ANDUH DAN BALUTAN

Pembalut Segi Tiga

Pembalut terdiri daripada sejenis kain putih yang berukuran lebih kurang 140 cm x 90
cm x 90 cm. I boleh digunakan bagi menuap atau menjauhkan bahagian yang patah
daripada bengkak, menyapu bahagian yang cedera, menahan darah keluar di arteri,
dan menolong mengangkat atau membawa pesakit. Kegunaannya bergantung
kepada perkara di atas dan dapat diubahsuaikan saiznya dengan penggunaannya.
Sebesar kain – sehelai penuh
Pembalut besar – lipatkan dua
Pembalut kecil - lipatan tiga
Gunakan ikatan buku sila semasa menggunakannya.

Anduh
Anduh digunakan untuk mengampu dan merehatkan anggota atas serta menjauhkan
anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu dan leher. Terdapat
tiga jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan anduh segitiga.
Jenis-jenis Anduh

● Anduh besar (large arm sling): mengampu bahagian anggota atas yang luka
atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

91

92
● Anduh tiga segi/Anduh St. John’s (triangular sling): menahan pendarahan

anggota atas. - Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula. -
Mengampu anggota atas yang cedera.
● Anduh kecil (small arm sling): mengampu kecederaan di bahagian bahu. -
Mengampu tulang klavikal yang cedera. - Mengampu anggota atas yang
cedera.
● Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling): mengampu pergerakan
anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

Balutan anduh besar/ anduh lengan
Fungsi ikatan anduh besar di lengan ini adalah untuk menyokong bahagian anggota
atas badan yang luka atu tercedera serta mengurangkan pergerakan serta sakit di
bahagian atas anggota badan.

92

93

A. Luka bahu B. Pergelangan tangan

C . Luka lutut D. Ikatan buku sila

E. Anduh Kepala

93

94

F. Anduh patah kaki

MERAWAT LUKA
Jenis-jenis Luka.

● Luka terhiris (incised wound)- luka yang disebabkan oleh benda-benda atau
senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu
garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh,
pisau cukur dan sebagainya.

● Luka terkoyak (lacerated wound)– luka yang berkeadaan terkoyak yang
kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak
tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau
sebagainya.

● Luka lebam (contusion)- luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana
darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan
oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan
penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.

● Luka tembus (punctured wound)- luka atau kecederaan yang disebabkan oleh
objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja
lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak.
Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya

RAWATAN AM
1. Bersihkan luka daripada kotoran. Bersihkan bahagian luka pada air yang
mengalir jika boleh sehingga bersih.
2. Basuh tangan anda sebelum atau selepas memberikan bantuan kecemasan
kepada seseorang untuk menghindarkan daripada infeksi dan juga gunakan
kain bebat sucihama (sterile bandage) jika boleh.
3. Hentikan pengaliran darah dengan menekan ke ruas atas luka, atau tautkan
rapat-rapat bahagian yang terpotong. Letakkan kain bebat yang tebal dengan
94

95

kemas di atas bahagian yang luka jika kain bebat yang sesuai tidak diperolehi,
gunakan sebarang pembalut lapek atau bahan-bahan yang serupa dengannya
ataupun kertas tisu. Berikan tekanan yang kemas untuk 10 minit, dan seboleh-
bolehnya terlentangkan pesakit itu.

4. Jika luka berlaku pada anggota tangan atau kaki, tinggikan bahagian yang
cedera untuk meredakan pendarahan. Selesa dan yakinkan pesakit.

5. Jika darah masih mengalir meresapi pada pembebatan pertama, pastikan
bebatannya berada di tempat yang betul. Jika masih juga berdarah, tambahkan
selapis lagi kain bebat – JANGAN BUANG kain bebat yang pertama tadi.

6. Biarkan bahagian yang luka berada dalam kedudukan yang tinggi beberapa
ketika selepas pendarahan dapat dihentikan. Doktor seharusnya memeriksa
kesemua luka yang teruk. Jika perlu dijahit supaya cepat sembuh.

7. Luka tusukan, contohnya tercucuk paku yang berkarat atau digigit anjing boleh
menyebabkan jangkitan kemudiannya. Oleh yang demikian suntikan ANTI-
TETANUS (Kancing Gigi) perlu diberikan.

Objek-objek luar seperti kaca, besi atau serpihannya, kemungkinan terlekat
dalam bahagian luka, selepas sesuatu kemalangan. Ia hanya boleh dibuang
oleh pembantu Kecemasan sahaja, itupun kalau objek-objek tersebut terlekat
dilapisan luar kulit sahaja. Jika objek luar itu terbenam dalam, lekapkan kain
bebat di tepi sekeliling objek sebelum mengenakan tekanan untuk
memberhentikan pengaliran darah.

GIGITAN

Sengatan Kala Jengking, Lipan, Tebuan, dan Lebah

Tanda-tanda dan gejala

● Sakit di tempat sengatan atau gigitan.

● Bengkak, lebam dan keluar darah.

● Tempat gigitan menjadi panas.

● Mangsa gelisah.

● Mangsa mengalami sesak nafas.

● Berlaku renjatan.

Rawatan

1. Bawa mangsa ke tempat yang selamat.

2. Tenangkan mangsa.

95

96

3. Sekiranya mangsa renjat – periksa gerak nadi dan pernafasan. Berikan
rawatan CPR jika perlu.

4. Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan sakit dan bengkak.
5. Cuci tempat sengatan.
6. Dapatkan rawatan perubatan.

Digigit Lintah atau Pacat
Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan
berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan
pembekuan darah lambat.

Rawatan
1. Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau secara
membakar badan binatang tersebut. Jangan mencabut lintah yang melekat
kerana ianya boleh menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka.
2. Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia bagi
mengurangkan kegatalan.
3. Balut luka dengan kemas.
4. Dapatkan rawatan perubatan.

Patukan Ular Berbisa
Ular berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf atau pun sistem
darah yang menyebabkan berlakunya pendarahan di seluruh badan. Contohnya ular
senduk atau “king cobra”.Ular laut menyebabkan berlakunya gangguan pada sistem
saraf dan sistem pernafasan. Manakala ular jenis ular kapak menyebabkan sistem
pendarahan terganggu di mana darah tidak mudah membeku dan keluar melalui
semua sistem badan.
Tanda-tanda

➔ Sakit di tempat patukan.
➔ Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak.
➔ Darah keluar di tempat patukan.
➔ Terdapat tanda patukan di tempat patukan.
➔ Sesak nafas.

96

97

➔ Gelisah, keletihan dan berasa anggota sejuk.
➔ Gerak nadi berdenyut pantas dan lemah.
➔ Berlaku renjatan.
Rawatan
1. Tenangkan mangsa.
2. Longgarkan pakaian mangsa.
3. Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak.
4. Awasi mangsa dari renjatan.
5. Cuci tempat cedera dan buat pembebatan.
6. Dapatkan rawatan perubatan segera.

MELECUR, PITAM DAN PATAH, KERACUNAN DAN TERSELIUH
TERBAKAR DAN MELECUR

1. Berhentikan kebakaran (Burning Stops) - sejukkan bahagian anggota yang
terbakar selama 20 minit. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kepanasan. -
Tentukan ia tidak merebak dan kurangkan kesakitan supaya tidak berlaku
renjatan.

2. Tentukan mangsa tersebut bernafas (Breathing Maintain).
3. Periksa tahap kebakaran (Body Examine).

● SEJUKKAN – COOL: Letakkan bahagian yang cedera dengan cermat
ke dalam air sejuk yang mengalir secara perlahan-lahan atau rendam
anggota itu ke dalam air sejuk.

● BEBATKAN – COVER: Bebatkan dengan kain yang telah dibasahkan.
● PEMINDAHAN: Hantarkan ke hospital dengan serta-merta.

PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang
menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan
mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.
Punca-punca Pitam

● Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.

97

98

● Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan.
● Kesakitan kuat akibat kecederaan.
● Kelaparan atau terlalu dahaga.
● Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit.
Tanda-tanda dan Gejala
➔ Mangsa mengadu pening
➔ Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
➔ Muka dan tangan jadi pucat
➔ Berpeluh dengan banyak
➔ Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
➔ Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
➔ Hilang kesedaran.
Rawatan Am Pitam
1. Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
2. Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan

tundukkan kepala mangsa ke bawah.
3. Longgarkan pakaian mangsa.
4. Tenangkan mangsa.
5. Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan

mangsa telah pengsan.
6. Apabila mangsa telah pulih, berikan minuman.
7. Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
8. Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

98

99

PATAH
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada
ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.
Punca-punca Patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung

● Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan,
pukulan, tendangan atau kemalangan.

● Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya,
berlaku pengecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba,
menyebabkan tulang patah.

Jenis-jenis Patah
● Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
● Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol
keluar di bahagian luar kulit.
● Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.
● Patah Remuk (Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.
● Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam
tulang yang patah itu.
● Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada
tulang kanak-kanak dan bayi.
● Pecah Remuk (Depressed fracture)
Tulang yang patah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain.
Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-tanda dan Gejala Patah

➔ Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
99


Click to View FlipBook Version