100
➔ Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
➔ Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.
➔ Terdapat kecacatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota
menjadi lebih pendek.
➔ Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
➔ Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.
Rawatan Am Patah
1. Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di
tempat kejadian kecuali keadaan berbahaya di situ.
2. Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
3. Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR
sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.
4. Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan
pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut
kesesuaian.
5. Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut
keadaan dan tempat yang patah.
6. Dapatkan bantuan perubatan segera.
PATAH-PATAH TERTENTU
Pecah Tengkorak Kepala
Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.
Tanda-tanda dan Gejala
➔ Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
➔ Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
➔ Muntah.
➔ Mangsa berkeadaan gelisah.
➔ Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
➔ Nafas berbunyi kuat
100
101
Rawatan
1. Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.
2. Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa.
Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.
3. Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan
nadi tidak berfungsi.
4. Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
5. Dapatkan bantuan perubatan segera.
Patah Tulang Rahang
Tanda-tanda dan Gejala
➔ Sakit pada bahagian dagu atau rahang.
➔ Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.
➔ Bengkak dan lebam di bahagian belakang.
➔ Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.
➔ Gigi mangsa berselisih.
Rawatan
1. Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam
keadaan baik.
2. Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan
dagu.
3. Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
4. Dapatkan bantuan perubatan.
Patah Tulang Belakang
Tanda-tanda dan Gejala
➔ Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.
➔ Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.
➔ Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.
➔ Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah.
Rawatan
101
102
1. Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.
2. Tenangkan mangsa.
3. Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan
pesakit.
4. Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
5. Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.
6. Dapatkan rawatan perubatan.
Patah Tulang Rusuk
Tanda-tanda dan Gejala
➔ Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.
➔ Bengkak dan lebam di tempat cedera.
➔ Susah bernafas
Patah Anggota Atas
Rawatan
1. Tenangkan mangsa.
2. Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan
anduh.
3. Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu
bahagian yang tercedera.
4. Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
5. Dapatkan rawatan perubatan.
Patah Tulang Paha
Rawatan
1. Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
2. Tenangkan mangsa.
3. Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
4. Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.
5. Dapatkan rawatan perubatan.
102
103
Patah Tulang Tibia dan Fibula
Rawatan
1. Letak mangsa dalam keadaan selesa.
2. Tenangkan mangsa.
3. Rawat kecederaan.
4. Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan cuba
membetulkan tulang yang patah.
5. Dapatkan rawatan perubatan.
AWAS !
Jangan pindahkan mangsa. Jangan gerakkan bahagian yang tercedera. Jangan
masukkan tulang yang tersembul. Jangan balut ketat.
KERACUNAN
Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang
bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan
yang sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan.
Cara-cara Racun Masuk ke dalam Tubuh
A. Sistem pemakanan – Secara makan atau minum bahan-bahan yang
berbentuk pepejal atau cecair. Contohnya terminum racun, ubat-ubatan,
makanan tercemar dan sebagainya.
B. Sistem pernafasan – Melalui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di
udara. Contohnya gas karbon dioksida, Karbon monoksida, kotoran, debu-
debu racun serangga dan lain-lain.
C. Melalui suntikan urat darah atau otot – Biasanya ia berbentuk cecair.
Contohnya menyuntik ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah,
sengatan binatang bisa dan patukan atau gigitan ular berbisa.
D. Serapan kulit – Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga
yang terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem badan. Contohnya racun
malation dan paraquat.
Tanda-tanda dan Gejala
➔ Pening kepala dan tidak sedap badan.
➔ Loya dan muntah-muntah.
103
104
➔ Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum.
➔ Mengalami sesak nafas.
➔ Mangsa di dalam keadaan gelisah.
➔ Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk.
➔ Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah.
➔ Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan.
➔ Berpeluh dengan banyak.
➔ Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan
atau terminum racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang
dimakan.
➔ Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil
secara suntikan atau kerana gigitan.
➔ Berlaku renjatan.
Rawatan Am Keracunan
➢ Tenangkan mangsa.
➢ Longgarkan pakaian mangsa.
➢ Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan
pernafasan. Beri bantuan CPR jika perlu.
➢ Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas-bekas
yang terdapat di sekeliling mangsa.
➢ Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa
dalam keadaan pengsan.
➢ Dapatkan rawatan perubatan.
Keracunan Melalui Sistem Pemakanan
Tanda-tanda dan Gejala
➔ Sakit perut.
➔ Loya dan muntah-muntah.
➔ Gelisah dan pucat.
➔ Berlaku cirit-birit.
➔ Mangsa mengadu dahaga.
104
105
➔ Terdapat tanda melecur atau terbakar di bibir dan mulut mangsa bagi racun jenis
yang membakar.
➔ Terdapat bau racun apabila mangsa bernafas atau bercakap.
➔ Berlaku renjatan.
Rawatan
➢ Tenangkan mangsa.
➢ Longgarkan pakaian yang ketat.
➢ Cuba keluarkan bahan yang beracun dengan memberi air yang dicampur
garam sebanyak mungkin, atau mengeletek bahagian leher atau kerongkong
mangsa. Ini boleh dilakukan bagi racun yang bukan jenis membakar.
➢ Sekiranya bahan membakar – jangan cuba muntahkan mangsa dengan cara
di atas kerana ini membahayakan mangsa. Jika mangsa sedar cuba
meneutralkan dengan bahan-bahan air yang dicampur limau bagi racun alkali
dan air tepung jika sekiranya bahan asid.
➢ Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh
meniarap.
➢ Betulkan saluran pernafasan. Periksa gerak nadi dan pernafasan. Lakukan
CPR jika pernafasan terhenti.
➢ Dapatkan rawatan perubatan beserta dengan bahan yang boleh menjadi bukti
jenis keracunannya. Contohnya bekas ubat, muntah atau bekas-bekas
kosong pengisi bahan beracun tersebut.
Keracunan melalui Saluran Pernafasan
Tanda-tanda dan Gejala
➔ Mangsa mengadu pening.
➔ Lemah dan tidak bertenaga.
➔ Loya dan muntah-muntah.
➔ Mangsa mengadu sukar atau sesak nafas.
➔ Muka mangsa dalam keadaan pucat dan mangsa dalam keadaan gelisah.
➔ Pergerakan nadi pantas dan lemah.
➔ Berlakunya renjatan.
Rawatan Keracunan melalui Sistem Pernafasan.
105
106
➢ Bawa mangsa ke tempat yang berudara.
➢ Tenangkan mangsa dan longgarkan pakaian yang ketat.
➢ Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh
meniarap. Periksa gerak nadi dan pernafasan. Beri bantuan CPR segera
sekiranya pernafasan atau gerak nadi mangsa terhenti.
➢ Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Keracunan melalui Serapan Kulit
Tanda-tanda dan Gejala
➔ Pening dan badan menjadi lemah.
➔ Loya dan muntah.
➔ Terdapat tanda kegatalan atau bintik-bintik merah di tempat yang terkena
racun.
➔ Badan menjadi sejuk.
➔ Sesak nafas dan nadi berdenyut cepat.
➔ Berlaku renjatan.
Rawatan
➢ Tenangkan mangsa.
➢ Cuci tempat terkena racun dengan air yang banyak.
➢ Letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa.
➢ Dapatkan bantuan perubatan.
Keracunan Melalui Suntikan atau Gigitan
Tanda- tanda dan Gejala
➔ Mangsa mengadu pening dan lemah.
➔ Loya dan muntah-muntah.
➔ Gelisah dan badan menjadi sejuk.
➔ Mangsa mengalami kesukaran bernafas.
➔ Gerak nadi menjadi cepat dan lemah.
➔ Mangsa berkedaan pucat dan keletihan.
106
107
➔ Terdapat tanda-tanda suntikan atau gigitan di badan.
➔ Terdapat tanda bengkak pada tempat sengatan atau gigitan.
➔ Terjadi renjatan.
Rawatan
➢ Tenangkan mangsa dan letakkan mangsa dalam keadaan selesa.
➢ Dapatkan butir-butir keracunan dari mangsa.
➢ Berikan rawatan CPR jika mangsa dalam keadaan terhenti pernafasan atau
pergerakan nadinya.
➢ Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
TERSELIUH
Terkehel (Dislocation)
Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari acuan
persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang tanpa melibatkan
kecederaan tulang.
Tanda-tanda dan Gejala Terkehel
➔ Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.
➔ Bengkak dan lebam bahagian sendi.
➔ Tidak dapat menggerakkan anggota yang tercedera.
➔ Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.
➔ Terdapat tanda-tanda am renjatan.
Rawatan
1. Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa.
2. Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau anduh bagi
mengurangkan pergerakan.
3. Jangan cuba memasukkan kembali sendi yang cedera atau mengurut-urut
bahagian tersebut.
4. Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
5. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
107
108
Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligamen pada bahagian persendian
akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala Tergeliat
➔ Sakit bahagian yang tercedera.
➔ Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.
➔ Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat
menggerakkan anggota tersebut.
Rawatan
➢ Tenangkan mangsa dan jangan menggerakkan anggota terlibat.
➢ Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.
➢ Jangan mengurut bahagian cedera.
➢ Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat mengurangkan sakit
atau bengkak.
➢ Dapatkan rawatan perubatan.
Salah Urat (Strain)
Ketegangan urat yang terjadi akibat pergerakan yang berlebihan anggota yang
terlibat.
Tanda-tanda dan Gejala Salah Urat
➔ Sakit dan tegang otot-otot.
➔ Susah mengerakkan anggota tetapi tetap dapat bergerak.
Rawatan
➢ Rehatkan bahagian yang terlibat.
➢ Beri demahan sejuk atau sapu minyak panas untuk mengurangkan sakit.
➢ Ampu dan rehatkan bahagian yang terlibat.
➢ Beri minum air yang banyak.
Kekejangan otot (Cramp)
108
109
Kekejangan otot terjadi apabila otot-otot menguncup secara tiba-tiba akibat dari
pergerakan yang berlebihan, kehilangan garam dalam badan melampau, suhu yang
terlampau sejuk. Kecutan otot yang berlaku ini menyebabkan otot menjadi pendek
dan sakit yang kuat.
Tanda-tanda dan Gejala Kekejangan Otot
➔ Sakit yang kuat terjadi secara tiba-tiba di tempat yang mengalami
kekejangan.
➔ Terjadi gumpalan otot pada bahagian yang terlibat. Otot menjadi keras dan
tegang.
➔ Tidak dapat meluruskan anggota yang terlibat.
Rawatan
➢ Baringkan mangsa dan tenangkannya.
➢ Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan.
➢ Beri demahan, dan beri minum minuman dengan banyak.
➢ Rehatkan bahagian yang tercedera.
➢ Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.
PEMULIHAN PERNAFASAN
Keutamaan yang mesti adalah membetulkan kedudukan salur pernafasan,
memastikan oksigen cukup masuk ke paru-paru dan memastikan peredaran darah
yang cukup bagi membawa oksigen. Terdapat beberapa kaedah pemulihan
pernafasan yang boleh dipraktikkan semasa mangsa mengalami terhenti
pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:-
● Pemulihan mulut ke mulut
● Pemulihan mulut ke hidung
● Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkuk
● Kaedah Holger Neilson
● Kaedah Selvester’s
● Kaedah Schafers
109
110
MULUT KE MULUT
Cara praktik:
● Rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa.
● Tutup hidung mangsa secara picitan hidung.
● Lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat sambil mata
memerhatikan bahagian dada mangsa.
● Hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik dan tiada
kebocoran dari celah bibir mangsa.
● Lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar melalui hidung.
● Lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang dewasa.
Manakala, 1 hembusan setiap 3 saat bagi kanak-kanak dan bayi.
● Pemulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat bernafas
sendiri atau apabila tiba bantuan perubatan.
MULUT KE HIDUNG
Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut mangsa
di mana kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan.
Cara praktik:
● Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa.
● Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar
melalui mulut.
● Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa
hembusan, perhatikan naik dan turun bahagian dada bagi menentukan udara
masuk atau tidak ke paru-paru.
● Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.
● Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke
mulut.
110
111
KAEDAH HOLGER NEILSON
Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan.
Kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau
gemuk dan berperut buncit.
Cara praktik:
● Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan
mangsa mengampu bahagian kepala dan mukanya.
● Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke
hadapan supaya saluran pernafasan mangsa terbuka.
● Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa.
● Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang
scapula.
● Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat
di bahagian tulang scapula mangsa.
● Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada
mangsa mengembang. Lakukan selama kira-kira 2 saat.
● Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa.
● Kaedah ini dilakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau
sehingga tiba bantuan perubatan
111
112
KAEDAH SELVESTERS
Cara praktik:
● Letakkan mangsa dalam baringan melentang.
● Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih
mengepit bahagian kepala mangsa.
● Dongakkan kepala mangsa.
● Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian
dada mangsa.
● Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih.
Jangan gunakan kaedah kekuatan tenaga menekan dada mangsa kerana ini
boleh mencederakan dada mangsa.
● Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat.
● Angkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi
ruang dada dan mengembang kira-kira 2 saat.
● Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulangkali
sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.
KAEDAH SCHAFERS
Cara praktik:
● Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan
mangsa mengampu bahagian kepalanya.
● Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung mangsa
dengan muka mengarah ke arah kepala mangsa.
● Letakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. Kenakan
tekanan dengan menggunakan berat badan ke atas mangsa sekama kira-kira
2 saat.
● Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan.
● Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau
sehingga tibanya bantuan perubatan.
112
113
BAHAGIAN E JALUR GEMILANG
Merahmu bara,semangat waja,
16.1 LAGU-LAGU PATRIOTIK Putihmu bersih budi pekerti,
Kuning berdaulat,payung negara,
KERANAMU MALAYSIA Biru perpaduan kami semua.
Buruh,nelayan dan juga petani, Puncak dunia telah kau tawan,
Gaya hidup kini dah berubah, Lautan luas telah kau redah,
Anak-anak terasuh mindanya, Membawa semangat jiwa merdeka,
Lahir generasi bijak pandai. Semarak jaya kami warganya.
Pakar IT,pakar ekonomi, Empat belas melintang jalurnya,
Jaguh sukan dan juga jutawan, Semua negeri dalam Malaysia,
Berkereta jenama negara, Satu suara satu semangat,
Megah menyusur di jalan raya. Itu sumpah warga berdaulat.
Alam siber,teknologi terkini, JALUR GEMILANG, DIBAWAH NAUNGANMU,
Kejayaan semakin hampiri, JALUR GEMILANG, KAMI SEMUA BERSATU,
Biar di kota,ataupun desa,
Kita semua,pasti merasa bangga. PERPADUAN, KETAATAN,
AMALAN MURNI RAKYAT MALAYSIA.
c/o: JALUR GEMILANG, MEGAH KAMI TERASA,
Keranamu,kami mendakap tuah, JALUR GEMILANG, KIBARKANLAH WAWASAN,
Keranamu,kami bangsa berjaya,
MERAH, PUTIH, BIRU, KUNING,
Keranamu kami hidup selesa, JALUR SEMANGAT KAMI SEMUA.
Limpah budi kemakmuran negara.
Berkibarlah,berkibarlah,berkibarlah,
Keranamu,kami bebas merdeka, JALUR GEMILANG......
Keranamu,nyawa dipertaruhkan,
Keranamu rela kami berjuang,
Demi bangsa kedaulatan negara.
Keranamu negara Malaysia,
Malaysia....
TERIMA KASIH MALAYSIA.
113
114
TANAH PUSAKA DIRGAHAYU OH TANAH AIRKU
Sungguh gemilang negeriku, Kau,persada indah permai,
Yang ku puja oh tanah MALAYSIA, Pepohon menghijau,menghias pantai,
Putera puterimu tersenyum riang ria,
Dimerata dunia,
Harum semerbak namamu oh MALAYSIA. TUMPUAN PELANCONG,
DAN JUGA PARA PENIAGA,
Aman makmur kaya raya, BATIK SONGKET TENUNAN
Selama-lama hidup maju jaya, MENAWAN,
TERKENAL MERATA DUNIA.
Kau tanah pusaka,
Negaraku yang berdaulat dan merdeka. Kepadamu oh pertiwi,
Kasihku abadi sejati murni,
TANAH PUSAKA BERTUAH, Relaku berbakti demi berkorban diri,
BERBAGAI BANGSA DI DALAMNYA, Padamu ku curah sumpah,setia dan janji,
DIRGAHAYU OH TANAH AIRKU.....
HIDUP AMAN DAN BERSAMA,
BERSATU KERJA UNTUK MALAYSIA.
Musuh melanggarku gempur,
Sungguh rela kugugur kerana,
Kau TANAH PUSAKA,
BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH
MATA....
UNTUKMU MALAYSIA
Padamu Malaysiaku berjanji,
Padamu ku akan berbakti,
Seluruh jiwa raga ku serahkan,
Demi kejayaan bangsa.
Aman makmur damai sejahtera,
Akan kujunjung dan kujaga,
Berastu rela junjung setia,
Membela bangsa tercinta.
Syukurku selalu kepada ilahi,
Atas segala rahmatnya,
MALAYSIAku negara maju jaya,
Baktiku hanya untukmu....
114
16.2 LAGU-LAGU PENGAKAP 115
DI SINI BERKUMPUL DI SINI SENANG DI SANA SENANG
Di sini di sini, kita berkumpul Di sini senang di sana senang
Di sini di sini, kita berkumpul Di mana-mana hatiku senang
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Di sini senang di sana senang
Here we are, here we are, here we are Di mana-mana hatiku senang
Lai. lai, lai, lai, lai, lai .
again
Here we are, here we are, here we are UNDANG PENGAKAP
Dipercayai taat berguna
again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Bersaudara berbudi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi kasihkan binatang
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Menurut perintah
Huan si, huan si, huan si, huan si, huan Tabah hati, berjima
si, ooi Suci fikiran
Porengeh, porengeh, engeh porengeh Suci perkataan
Porengeh, porengeh, engeh porengeh Suci perbuatan
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi MENTARI DAN BULAN
Ho hoi mentari maharaja siang
APA GUNA KELUH KESAH Hoi hoi rembulan permaisuri malam
Apa guna keluh kesah Di waktu siang mentari menjelang
Apa guna keluh kesah
Di waktu malam bulan pun
Pengakap tak pernah bersusah mengambang
Apa guna keluh kesah
Di kala itu pengakap berdendang
There is no reason to be sad Demi cita-cita sampai ke bintang
There is no reason to be sad
We are always happy together
There is no reason to be sad
115
TANYA SAMA POKOK 116
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang BURUNG BERBUNYI
Nanti jawab pokok Dengarlah itu burung berbunyi
Angin yang goncang
Apa sebab goncang Bagai suara orang menyanyi
Nanti jawab angin Riang gembira bercampur sayu
Langit nak hujan Sambil terbang ke hilir ke hulu
Tanya sama langit Terbang kerana mencari makan
Apa sebab hujan?
Nanti jawab langit Selagi ada nyawa di badan
Tanyalah awan Di waktu petang mencari pokok
Awan nanti kata Untuk tidur menantikan esok
Aku kandung air
APA GUNA KELUH KESAH
Sampai tempat sejuk Apa guna KELUH KESAH* (2X)
Aku pun cair pengakap tak pernah KELUH KESAH*
Tengok dalam air apa guna KELUH KESAH*
Nampak bayang-bayang *MALAS - MALAS
*TIDUR MALAM
Campak satubatu *GOSOK GIGI
Bayangpun hilang *MANDI PAGI
*MAKAN NASI MENTAH
*GADUH GADUH
116
117
BAHAGIAN F
REKOD SEMAKAN OLEH PENSYARAH PENASIHAT
BIL PERKARA TARIKH T/TANGAN CATATAN
1.
2.
3.
4.
117
118
118