The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Profil Impak Perpaduan SJKC Poey Sit 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ONG SOO YEAN Moe, 2024-06-09 04:25:16

Profil Impak Perpaduan SJKC Poey Sit 2024

Profil Impak Perpaduan SJKC Poey Sit 2024

Keywords: profil impak perpaduan SJKC Poey Sit 2024

45 | Page 3.2.5 Program Pemuafakatan Bersama Ibubapa Program ini diadakan setiap tahun, perbincangan guru kelas dengan ibubapa bagi mengatasi masalah kurikulum dan sahsiah murid dapat diatasi. Selain itu, program ini dapat memupuk semangat persahabatan dan perpaduan di kalangan ibubapa pelbagai bangsa dengan guru. Melalui program ini, ibubapa juga dapat mengadakan perbincangan mengenai perkembangan akademik anak-anak dalam kumpulan ‘Whatsapp’. Pameran hasil kerja murid juga dipaparkan pada hari berkenaan. Gambar 3.2.5: Program Pemuafakatan Bersama Ibubapa 3.2.6 Bantuan Persekolahan Sememang tidak dapat dinafikan, kolaborasi antara badan-badan kerajaan dan badan-badan NGO dapat membantu murid-murid SJKC Poey Sit. Terdapat beberapa jenis bantuan persekolahan telah disediakan untuk murid-murid yang berkeperluan, sama ada bantuan daripada badan kerajaan atau bantuan daripada badan NGO. Pihak sekolah juga berusaha memohon bantuan sumber kewangan atau peralatan daripada badan-badan NGO untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan tanpa diskriminasi. Pihak sekolah sentiasa bersikap adil dan saksama dalam menyalurkan bantuan persekolahan kepada murid-murid SJKC Poey Sit. Dengan adanya bantuan -bantuan ini diharap dapat merapatkan jurang sosio-ekonomi murid-murid di sekolah SJKC Poey Sit dan membantu mengurangkan tangunggan keluarga


46 | Page miskin di sekolah ini serta meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di sekolah ini demi kesejahteraan bersama. (I) BANTUAN KERAJAAN TAHUN TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 Tahun 1 10 3 5 Tahun 2 10 10 3 Tahun 3 8 10 2 Tahun 4 11 7 6 Tahun 5 9 8 5 Tahun 6 11 9 2 JUMLAH 59 47 23 Jadual 3.2.6 (a): Bantuan KWAMPM Mengikut Tahun Graf 3.2.6 (a): Bantuan KWAPM Mengikut Tahun Jadual dan Graf 3.2.6 (a) menunjukkan murid-murid yang mendapat bantuan KWAPM SJKC Poey Sit pada tahun 2022 hingga tahun 2024. Jumlah murid yang mendapat bantuan KWAPM semakin berkurangan pada Tahun 2024, iaitu seramai 23 orang murid sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa isi pendapatan keluarga murid SJKC Poey Sit semakin meningkatkan berbanding tahun-tahun sebelum ini.


47 | Page Kestabilan sosio-ekonomi membantu mengurangkan ketegangan atau perselisihan yang berkaitan dengan faktor ekonomi di kalangan murid. Sosio-ekonomi keluarga yang stabil dan sejahtera menjamin keharmonian di kalangan murid. Secara tidak langsung, murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang beransur-ansur baik. PENDAPATAN PERKAPITA TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 RM 400 - RM 300 15 10 5 RM 300 - RM 200 26 23 13 RM 200 - RM 100 17 13 4 RM 100 - RM 0 1 1 1 JUMLAH 59 47 23 Jadual 3.2.6 (b): Bantuan KWAPM Mengikut Pendapatan Perkapita Graf 3.2.6 (b): Bantuan KWAPM Mengikut Pendapatan Perkapita Jadual dan Graf 3.2.6.1(b) pula menunjukkan bantuan KWAPM mengikut pendapatan keluarga perkapita dari Tahun 2022 hingga 2024. Pendapatan keluarga perkapita telah mencatat penurunan yang ketara dari tahun 2022 hingga tahun 2024.Ini menunjukkan jurang ekonomi


48 | Page keluarga antara murid semakin berkurangan dan taraf hidup murid-murid sekolah ini semakin baik. Gambar 3.2.6 (a): Penyerahan Bantuan KWAPM Carta 3.2.6: Menu Makanan RMT dari Tahun 2022 hingga Tahun 2024


49 | Page Carta 3.2.6 menunjukkan kepelbagaian makanan yang disediakan oleh Kantin SJKC Poey Sit. Pihak sekolah dengan pihak penendar kantin berusaha untuk memenuhi keperluan dan selera murid tanpa mengira latar belakang dan budaya. Antara makanan Cina termasuk Bihun Sup Ayam, Nasi Ayam Kunyit, Bubur Nasi dan Bihun Goreng Cina. Manakala makanan Melayu terdiri daripada Nasi Paprik, Nasi Lemak, Nasi Ayam, Nasi Kari Ayam dan Nasi Goreng. Makaroni goreng dan Ayam KFC merupakan menu makanan yang paling disukai oleh murid. Menu makanan berubah setiap selang seminggu. Semua menu makanan adalah disediakan mengikut yang ditetapkan oleh kerajaan. Pemakanan yang seimbang dan khasiat dapat meningkatkan kesihatan dan kecerdasan murid. MAKANAN TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 CINA 4 4 3 MELAYU 6 5 5 LAIN-LAIN 0 1 2 JUMLAH 10 10 10 Jadual 3.2.6 (c): Kepelbagaian Makanan yang disediakan oleh Kantin Graf 3.2.6 (c): Kepelbagaian Makanan yang disediakan oleh Kantin


50 | Page Graf 3.2.6 (c) menunjukkan bahawa pelbagai makanan telah menghasilkan persefahaman dan penghargaan dalam kalangan murid. Pelbagai makanan bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara murid tanpa mengira latar belakang dan budaya yang berbeza, tetapi membentuk suasana perpaduan dan harmoni di sekolah. Gambar 3.2.6 (b): Murid RMT dan Pelbagai Makanan (II) BANTUAN AGENSI KEBAJIKAN (NGO) Pihak sekolah melalui badan-badan NGO, orang perseorangan dan sektor swasta memohon bantuan kebajikan kepada murid-murid sekolah ini. Jadual 3.2.6 (b) menunjukkan antara agensiagensi badan NGO yang telah bekerjasama dengan pihak sekolah membantu murid-murid di sekolah ini.


51 | Page AGENSI KEBAJIKAN (NGO) TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 Dana Pendidikan Chua Yew Beng 3 3 9 Dana Pendidikan Popular 10 10 0 Bantuan Kewangan En.Wei Qi Guang 10 10 0 Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang 10 21 0 Persatuan Teow Chew Kota Bharu 1 2 0 Yayasan Petronas 5 3 0 Yayasan Nanyang Press 18 0 0 Farmasi Alpro 1 1 1 Group PRV 342 0 0 LeHoo 20 350 0 En Xu Zhen Sen (Alumni) 340 0 0 Pn Li Ai Ping (Alumni) 5 0 0 Bantuan Berupa Peralatan 0 0 5 Jadual 3.2.6 (d): Bantuan Agensi kebajian (NGO) Graf 3.2.6 (d): Bantuan Agensi kebajikan (NGO)


52 | Page Melalui Dana Pendidikan Chua Yew Beng, keluarga yang kurang berkemampuan dan terpilih menerima bantuan wang tunai RM500. Setiap tahun pihak sekolah akan menghantar senarai nama murid yang terpilih kepada Yayasan ini. Pihak yayasan ini akan memilih muridmurid berdasarkan pendapatan isi rumah yang dipersetujui oleh yayasan tersebut. Program ini dapat membantu meringankan beban murid dan keluarga mereka. Gambar 3.2.6 (c): Dana Pendidikan Chua Yew Beng 10 orang murid berbilang bangsa telah dipilih untuk menerima bantuan alat tulis dan buku yang bernilai RM50 daripada Kedai Popular. Murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik telah menerima beg yang mengandungi alatan tulis. Pihak sekolah tidak hanya memilih murid berdasarkan bangsa atau kaum, tetapi juga melalui pelbagai kaedah agar muridmurid sekolah ini dapat menikmati hak keistimewaan ini. Gambar 3.2.6 (d): Dana Pendidikan Popular


53 | Page Saban tahun apabila tibanya tarikh hari jadi En Wei Qi Guang, beliau akan menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM2000 kepada 10 orang murid. Sikap pemurah hati beliau amat mengagumkan pihak sekolah. Semoga En Wei Qi Liang akan terus menyalurkan bantuan kepada murid-murid sekolah ini bagi membantu keluarga murid miskin sekolah SJKC Poey Sit tanpa mengira bangsa dan taraf sosio-ekonomi mereka. Gambar 3.2.6 (e): Bantuan Kewangan En Wei Qi Guang Pertubuhan kebajikan Insan Penyayang menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada keluarga B40 semasa pandemik Covid-19. Semasa pandemik Covid-19 melanda di negara kita, rata-rata keluarga murid-murid SJKC Poey Sit juga terkesan. Oleh yang demikian. Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang mengambil inisiatif membantu murid-murid sekolah ini dengan pengagihan beras kepada keluarga terkesan tanpa mengira kaum. Gambar 3.2.6 (f): Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang


54 | Page Bantuan kewangan RM200 kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik, bersikap terpuji dan berasal daripada keluarga yang miskin telah diberikan saban tahun oleh Persatuan Teow Chew, Kota Bharu kepada murid SJKC Poey Sit. Saban tahun sekurangkurangnya seorang murid dari sekolah ini terpilih untuk menerima sumbangan daripada Persatuan Teow Chew, Kota Bharu. Gambar 3.2.6 (g): Bantuan Kewangan Persatuan Teow Chew Kota Bharu Yayasan Petronas telah menghulurkan sumbangan beg sekolah dan peralatan sekolah kepada murid yang isi pendapatan rumah B40 setiap tahun. Murid -murid yang dipilih berdasarkan isi pendapatan tanpa mengira kaum dan bangsa. Pihak sekolah akan terus membantu murid-murid yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan kaum. Gambar 3.2.6 (h): Yayasan Petronas Tahun 2023


55 | Page Yayasan Nanyang Press telah menyumbangkan 18 set face Masks and face Shield kepada keluarga B40 semasa pendamik Covid-19. Gambar 3.2.6 (i): Yayasan Nanyang Press Bantuan kewangan RM100 setiap bulan selama 12 bulan atau setahun diberikan kepada murid dipilih berdasarkan isi pendapatan rumah yang miskin oleh Farmasi Alpro. Pihak sekolah sentiasa cakna terhadap kebajikan murid tanpa mengira jantina dan tempat tinggal murid. Wee Siew fen (2022) Alvina Tiaw (2023) Kang Xiao Zheng (2024) Gambar 3.2.6 (j): Bantuan kewangan Farmasi Alpro


56 | Page Agensi LeHoo telah menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada 20 keluarga B40 dan pekerja sekolah semasa pandemik Covid-19 bagi membantu meringankan beban mereka. Sumbangan ini sedikit sebanyak telah membantu warga sekolah dan murid-murid sekolah ini. Gambar 3.2.6 (k): Bantuan Bekalan Makanan Agensi LeHoo Alumni Pn Lee Ai Ping telah menghulurkan bantuan pembayaran komputer kepada 5 orang murid selama 6 bulan.. Manakala alumni En Xu Zhen Sen telah meyumbangkan Hand Sanitizer kepada semua warga sekolah. Gambar 3.2.6 (m): Bantuan Pembayaran Komputer oleh Pn Lee Ai Ping


57 | Page Gambar 3.2.6 (n): Bantuan Hand Sanitizer oleh En Xu Zhen Sen 3.2.7 Hari Kanak-kanak Hari kanak-kanak diadakan setiap tahun untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid sekolah ini. Banyak aktiviti dan hadiah cabutan disediakan pada hari berkenaan. Murid -murid juga disediakan bungkusan hari kanak-kanak oleh pihak sekolah. Pihak sekolah pula bertungkus -lumus saban tahun untuk mengutip derma dari pelbagai pihak untuk menjayakan program hari kanak-kanak. Pelbagai lapisan masyarakat setempat sama ada yang kaya atau miskin turut menderma dan menyumbang tenaga bagi memeriahkan sambutan hari kanak-kanak. Murid-murid sekolah ini tanpa mengira bangsa dan kaum bersama-sama menjayakan hari kanak-kanak setiap tahun. ini adalah keunikan SJKC Poey Sit.


58 | Page Gambar 3.2.7 (a): Hari Kanak-kanak yang paling disukai oleh Murid Gambar 3.2.7 (b): Pelbagai Aktiviti dijalankan Hari Kanak-kanak 3.2.8 Hari Kantin Hari Kantin diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Sekolah yang ke-84 . Murid-murid akan didedahkan dengan ilmu usahawan. Murid-murid sekolah ini dengan bantuan ibu bapa akan berusaha untuk menyediakan makanan supaya murid dapat menguruskannya dengan melaksanakan perniagaan. Murid -murid akan menjalankan urus niaga mereka dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Perpaduan dapat dipupuk melalui program ini.


59 | Page Gambar 3.2.8 (a): Aktiviti Jual Beli di Kalangan Murid Gambar 3.2.8 (b): Suasana Meriah Hari Kantin


60 | Page 3.2.9 Gotong Royong Madani Program Gotong Royong Madani merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan PIBKS. Program ini adalah berfokus kepada aspek bergotong-royong untuk membersih dan mencantikkan kawasan sekolah agar bersih dan selamat kepada semua warga sekolah ini. Program ini boleh memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kesejahteraan dan keharmonian sekolah. Gambar 3.2.9 (a): Aktiviti Recycle Gambar 3.2.9 (b): Aktiviti Keceriaan Taman


61 | Page Gambar 3.2.9 (c): Aktiviti Mural 3.2.10 Kem Kepimpinan Kem Kepimpinan diadakan bertujuan untuk melahirkan pemimpin sekolah yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid lain. Melalui kem ini, pemimpin sekolah difokuskan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan saksama tanpa mengira perbezaan kaum dan agama. Peningkatan pemahaman tentang perpaduan turut dilahirkan. Kem pemimpin yang dijalankan pada tahun 2023 terdiri daripada 30 orang pengawas, 25 orang pustakawan, 24 orang ketua dan penolong ketua kelas. Gambar 3.2.10: Peserta Kem Kepimpinan


62 | Page 3.2.11 Pelantikan Pengawas Sekolah TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN 14 16 14 16 11 20 30 30 31 Jadual 3.2.11 (a): Pengawas Mengikut Jantina Graf 3.2.11 (a): Pengawas Mengikut Jantina Jadual dan Graf 3.2.11 (a) menunjukkan jumlah pengawas sekolah dari tahun 2022 hingga 2024. Pada tahun 2022 dan 2023, jumlah pengawas adalah tetap, iaitu 14 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Namun pada tahun 2024, jumlah pengawas lelaki menurun menjadi 11 orang, manakala jumlah pengawas perempuan meningkat menjadi 20 orang. Pengawas sekolah SJKC Poey Sit dilantik terdiri daripada murid yang bersahsiah tinggi dan cemerlang dari sudut akademik serta kokurikulum tanpa mengira latar belakang dan budaya.


63 | Page TAHUN TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 Tiga 7 10 6 Empat 9 7 9 Lima 4 9 7 Enam 10 4 9 JUMLAH 30 30 31 Jadual 3.2.11 (a): Pengawas Sekolah Mengikut Tahun Graf 3.2.11 (a): Pengawas Sekolah Mengikut Tahun Pengawas merupakan “role model” kepada murid di sekolah. Sifat kepimpinan yang ada pada pengawas boleh memastikan murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kesejahteraan sekolah dijamin, maka perpaduan dan kerohanian sekolah ditingkatkan. Oleh itu, jumlah pengawas sekolah adalah ditetapkan sekurang-kurangnya seramai 30 orang murid setiap tahun. Peranan pengawas sekolah sangat penting dalam meningkatkan perpaduan di sekolah. Ini adalah kerana tindakan pengawas sekolah yang diambil dalam kalangan murid perlu adil dan saksama tanpa mengira latar belakang dan budaya.


64 | Page Gambar 3.2.11: Majlis Angkat Sumpah oleh Pengawas Sekolah 3.2.12 Program Pengisian Sahsiah Murid (SSDM) TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN 19 28 46 54 70 105 47 100 175 Jadual 3.2.12 (a): Amalan Baik (SSDM) mengikut Kes Graf 3.2.12 (a): Amalan Baik (SSDM) mengikut Kes


65 | Page Berdasarkan Jadual dan graf 3.2.12 (a), jumlah amalan baik dalam sistem SSDM telah dipaparkan. Bagi Tahun 2022 hingga tahun 2024, jumlah kes amalan baik yang dicatatkan telah meningkat dari 47 kes kepada 175 kes. Ini menunjukkan peningkatan kesedaran dan amalan moral di kalangan murid.Jadual 3.2.12 (b). KAUM TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 Cina 24 54 69 Melayu 4 14 17 Lain-Lain 4 7 10 JUMLAH 32 75 96 Jadual 3.2.12 (b): Amalan Baik (SSDM) Mengikut Kaum Graf 3.2.12 (b): Amalan Baik (SSDM) Mengikut Kaum KPI bagi peningkatan amalan baik yang ditetapkan oleh PPD Machang, iaitu sebanyak 0.02 % pada tahun 2024 telah dicapai. Ini menunjukkan pihak sekolah berjaya memupuk kesedaran moral dalam kalangan murid. Kejayaan ini juga menunjukkan bahawa murid bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga memiliki nilai-nilai moral yang tinggi tanpa mengira bangsa atau latar belakang mereka. Ini adalah langkah positif untuk mewujudkan perpaduan di sekolah.


66 | Page JENIS AMALAN BAIK TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 Kerja-kerja Mengecat 0 0 1 Membantu Melaksana Kerja-Kerja Landskap / Taman 0 0 3 Membantu Mengemas / Menyusun Atur Bilik-Bilik Khas 6 10 9 Membersih Kawasan / Bilik Khas 5 2 3 Menzahirkan Mana-Mana Amalan Baik 16 36 71 Sukarela Melapor Kes Salah Laku 0 3 2 Sukarela Membantu Guru 20 49 86 JUMLAH 47 100 175 Jadual 3.2.12 (c): Jenis Amalan Baik Graf 3.2.12 (c): Jenis Amalan Baik Jadual dan Graf 3.2.12 (c) menunjukkan jenis amalan baik yang dilakukan oleh murid dalam sistem SSDM pada tahun 2022 hingga tahun 2024. Peningkatan yang ketara bagi pelbagai jenis amalan baik telah dipaparkan dari tahun 2022 hingga tahun 2024 . Peningkatan amalan baik yang tertinggi dari tahun 2022 ke 2024 adalah sukarela membantu guru. Ia telah menambah sebanyak 66 kes. Seterusnya diikuti oleh jenis amalan baik yang mencatat peningkatan yang kedua tinggi tahun 2022 hingga tahun 2024 adalah menzahirkan mana-mana amalan baik, iaitu sebanyak 55 kes.


67 | Page Ini menunjukkan kesedaran yang tinggi dan penglibatan yang aktif dalam kalangan murid. Amalan baik yang dilakukan oleh murid akan diisi oleh guru dalam sistem SSDM tanpa mengira kaum dan latar belakang murid. Peningkatan jumlah amalan baik menunjukkan komitmen yang dapat meningkatkan keharmonian sekolah. 3.2.13 Program Hentikan Buli dan Gangguan Seksual Program ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menyebarkan info berkaitan natijah perlakuan buli dan gangguan seksual dalam kalangan murid ke arah amalan gaya hidup penyayang dan saling menghormati antara satu sama lain. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan peraturan sedia ada dilaksanakan dengan baik. Beberapa aktiviti-aktiviti dirancangkan dalam program ini, antaranya termasuklah majlis pelancaran, kempen, sesi tayangan video dan aktiviti mewarna poster bertema ‘Hentikan Buli’ Gambar 3.2.13 (a): Majlis Pelancaran Program Anti Buli dan Gangguan Seksual Gambar 3.2.13 (b): Kempen Program Anti Buli dan Gangguan Seksual


68 | Page Gambar 3.2.13 (c): Sesi Tayangan Video Bertema ‘Hentikan Buli’ Gambar 3.2.13 (d): Aktiviti Mewarna Poster ‘Hentikan Buli’ Melalui program ini dapat megukuhkan kefahaman dan kesedaran kepada murid-murid tentang gejala buli. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan secara bersepadu melibatkan aspek kurikulum, kokurikulum serta pembinaan sahsiah dan amalan sekolah penyayang. Perpaduan dan Kesejahteraan dalam kalangan murid turut dipupuk. 3.2.14 Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok Dan Vape Program ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dalam usaha menangani salah laku disiplin berkaitan rokok dan vape dalam kalangan murid sekolah supaya mereka boleh ke arah amalan gaya hidup yang sihat dan cerdas. Majlis pelancaran berkaitan rokok dan vape dilancarkan melibatkan semua


69 | Page murid tanpa mengira bangsa dan kaum. Tujuan program ini adalah untuk menyedarkan murid akan kesan negatif menghisap rokok dan vape. Selain itu, program ini membimbing murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak merokok dan menghisap vape. Dengan adanya kesedaran dan gaya hidup sihat di kalangan murid, maka perpaduan dan keharmonian boleh dipupuk. 3.2.14: Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape 3.2.15 Program Pemeriksaan Mengejut Unit disiplin dan pengawas sekolah mengadakan pemeriksaan mengejut kepada semua murid SJKC Poey Sit tanpa mengira latar bangsa dan kaum. Fokus utama pemeriksaan ini ialah memastikan murid sentiasa menjaga kekemasan diri dan kebersihan diri. Murid hendaklah memastikan kuku dan rambut dalam keadaan bersih dan pendek. Manakala bagi rambut, murid juga ditegur jika memotong rambut berfesyen. Kekemasan diri dan kebersihan diri perlu dipupuk dari sejak kecil lagi. Kekemasan dan kebersihan diri dapat meningkatkan produktiviti kehidupan dan mendisiplinkan diri. Amalan menjaga kekemasan dan kebersihan diri adalah penting bagi memupuk sikap disiplin di kalangan murid. Oleh itu, amalan menjaga kekemasan dan kebersihan diri perlu disemai dan dipupuk di kalangan murid agar perpaduan dan kesejahteraan boleh dipupuk. Sejajar dengan kata-kata hikmat, “ negara bersih, rakyat sihat; badan sihat, otak cergas”.


70 | Page Gambar 3.2.15: Program Pemeriksaan Mengejut 3.3 KOKURIKULUM Terdapat banyak program dan aktiviti yang telah disertai di bahagian kokurikulum. Semua aktiviti ini sangat membantu murid-murid dalam mengenal perpaduan dan mengamalkannya. Peserta dipilih tanpa mengambil kira perbezaan agama, bangsa mahupun latarbelakang sosioekonomi mereka. 3.3.1 Penubuhan Kumpulan Dikir Barat Sekolah Kumpulan Dikir Barat sekolah telah ditubuhkan sejak tahun 2016. Murid-murid pelbagai bangsa dan agama telah dipilih untuk menyertai kumpulan Dikir Barat Sekolah. Pada awal penubuhan dikir barat ini hanya sekadar membuat persembahan di dalam sekolah. Namun begitu, pada tahun 2023 pasukan dikir barat sekolah tiba-tiba menjadi begitu popular selepas mengadakan persembahan dalam Satu Program Peranakan Cina Kelantan. Seterusnya pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah Tahun 2023/24 persembahan dikir barat sekolah telah diviralkan dalam media sosial seperti di Youtube, Tik Tok


71 | Page dan facebook sehingga menarik minat Molek FM untuk mengadakan temubual dengan pihak sekolah. Pelbagai jemputan dari pihak luar untuk mengadakan persembahan Dikir Barat disebabkan kumpulan ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan menjadi satu tanda keharmonian perpaduan masyarakat di negeri Kelantan. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat memupuk sikap kerjasama dan toleransi di kalangan mereka malahan murid -murid berbangsa lain dapat mengenali nyanyian dikir barat ini dengan lebih dekat lagi. Gambar 3.3.1(a): Anjuran Persatuan Peranakan Cina Kelantan di Galeri Peranakan Cina Kelantan Tanah Merah Gambar 3.3.1 (b): Persembahan Dikir Barat SJKC Poey Sit (Facebook, 2023)


72 | Page Gambar 3.3.1(c): Persembahan dalam Pesta Buku anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di Mydin Mall, Tunjong Gambar 3.3.1(d): Persembahan dalam Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah Tahun 2023/24


73 | Page Gambar 3.3.1(e): Persembahan dikir barat dalam Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah Tahun 2023/24 mendapat liputan akhbar cina. Persembahan ini telah mendapat perhatian ramai dalam media sosial sehingga guru penasihat Pn.Ong Guat Lin berpeluang mewakili sekolah untuk bertemu bual dengan Molek FM. Gambar 3.3.1 (e): Perbualan talian antara DJ Molek FM dengan Pn. Ong Guat Lin (Facebook, 2024)


74 | Page Gambar 3.3.1 (f): Persembahan dalam Majlis Perasmian Kompleks Perpaduan Machang bersama Menteri Perpaduan Negara YB Datuk Aaron Ago Dagang


75 | Page Gambar 3.3.1 (g): Persembahan dalam Majlis Sambutan Hari Raya jemputan Syarikat ATV Ranger, Kota Bharu


76 | Page Gambar 3.3.1 (h): Kumpulan dikir barat sekolah mendapat jemputan daripada Media Prima Audio pada 20 Jun 2024 .


77 | Page 3.3.2 Pasukan Wushu Sekolah Pasukan Wushu Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 2017. Pasukan ini bermatlamat untuk mengembangkan seni bina diri masyarakat Cina kepada murid-murid. Jurulatih Pasukan Wushu sekolah adalah seorang Jurulatih Peringkat Negeri Kelantan yang selalu membawa kontijen Wushu untuk mewakili Kelantan ke Peringkat SUKMA. Ahli-ahli Wushu juga selalu mengadakan persembahan di atas pentas sekolah. Pasukan Wushu turut disertai oleh murid beragama melayu , siam dan cina. Melalui aktiviti ko-kurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Gambar 3.3.2: Persembahan Wushu 3.3.3 Program Jasamu Dikenang Program ini diadakan setahun sekali untuk memberikan penghargaan kepada muridmurid yang pernah mewakili sekolah dalam tahun semasa tanpa mengambil kira pencapaian mereka. Program ini dapat memupukkan perpaduan dalam kalangan murid kerana murid-murid akan bersatu-padu untuk menyertai pelbagai pertandingan demi kecemerlangan.


78 | Page Gambar 3.3.3: Jamuan Penghargaan Kecemerlangan Murid


79 | Page 3.3.4 Program Lawatan Sambil Belajar Program Lawatan Sambil Belajar diadakan setiap tahun. Melalui Program ini, murid-murid pelbagai kaum dan bangsa dapat mengadakan lawatan bersama-sama. Mereka dapat menginap di Homestay yang sama, makan bersama dan melakukan aktiviti bersama. Melalui program lawatan ini, murid-murid akan lebih mengenali kawan-kawan pelbagai bangsa. Selain itu, muridmurid bukan sahaja berpeluang untuk bekerjasama untuk menjayakan lawatan, tetapi mereka turut memupuk sikap toleransi dan saling faham memahami di kalangan murid. Dengan ini, perpaduan pelbagai kaum dapat dipupuk. Gambar 3.3.4 (a): Lawatan ke Kuala Sepetang, Perak


80 | Page Gambar 3.3.4 (b): The Lost World, Tambun Gambar 3.3.4 (c): Zoo Taiping


81 | Page Selain itu, pihak sekolah juga merancangkan lawatan sehari setiap tahun kepada semua murid. Pada tahun 2023, murid tahun 2 dan 4 berpeluang mengadakan lawatan sehari ke Sushi King- Tunjong. Murid-murid pelbagai kaum dan keturunan dapat belajar bersama-sama untuk membuat Sushi. Program ini mengeratkan lagi hubungan sesama murid dan mengenali bidang kerjaya. Gambar 3.3.4 (d): Lawatan Sehari ke Sushi King- Tunjong Lawatan sehari ke Jeram Mengaji oleh murid lebih bersifat kepada konsep santai. Muridmurid dapat berkelah di kawasan lata dan dapat melaksanakan aktiviti bersama. Melalui akvititi ini, murid dapat memupuk sikap kerjasama seperti aur dengan tebing.


82 | Page Gambar 3.3.4 (e): Lawatan Sehari ke Jeram Mengaji Melalui lawatan sehari ke Kampung Laut Tumpat, murid lebih mengenali adat dan budaya Kelantan. Gambar 3.3.4 (f): Lawatan Sehari ke Kampung Laut, Tumpat


83 | Page Gambar 3.3.4 (g): Lawatan Sehari Murid Tahun 6 Ke Tumpat, Kota Bharu


84 | Page 3.3.5 Program Perkhemahan Tahunan Sekolah Program Perkhemahan diadakan setiap tahun kepada murid Tahap 2. Melalui Program ini, ia dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid terutamanya semasa melaksanakan aktiviti. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi menanam sikap bekerjasama dan bermuafakat. Gambar 3.3.5 (a): Aktiviti Mencipta Logo Khemah Gambar 3.3.5 (b): Aktiviti BBQ untuk Makan Malam


85 | Page Gambar 3.3.5 (c): Aktiviti Pembinaan Khemah Gambar 3.3.5 (d): Aktiviti Pertandingan Kawad Kaki


86 | Page 3.3.6 Ko-Akademik dan Pertandingan Perpaduan di kalangan murid dapat dipupuk melalui penyertaan pertandingan dalam KoAkademik. Melalui latihan dalam Ko-Akademik, murid pelbagai bangsa dapat bergaul dengan mesra dan sama-sama memperbaiki kelemahan diri sendiri. Gambar 3.3.6 (a): Pertandingan Menulis Sajak Sempena Hari Ibu Gambar 3.3.6 (b): Pertandingan “Story Telling” peringkat SJKC dan SJKT


87 | Page Gambar 3.3.6 (c): Pertandingan Bercerita Bahasa Cina peringkat SJKC Gambar 3.3.6 (d): Pertandingan Deklamasi Sajak peringkat SJKC


88 | Page Gambar 3.3.6 (e): Pertandingan Kaligrafi peringkat SJKC 3.3.7 Soopa Balloon Perpaduan dapat dipupuk melalui permainan terutamanya bermain air. Pada 2 November 2023, Pihak sekolah telah menyambut hari Kanak-kanak dengan tema Poey Sit Water Park. Muridmurid pelbagai tahap dapat bermain soopa balloon dengan penuh gembira. Penerapan nilai perpaduan dapat dipraktik semasa mereka bermain air.


89 | Page Gambar 3.3.7: Suasana gembira dan meriah sempena Hari Kanak-kanak 3.3.8 Program Sukan Bersama Kelebihan murid yang belajar di SJKC adalah mereka berpeluang menceburi pelbagai sukan berpasukan. Permainan bola keranjang dan bola tampar dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum memupuk perpaduan dalam kalangan mereka. Nilai ini akan berkembang lagi apabila mereka dewasa nanti. Murid-murid membentuk pasukan bola keranjang 3 on 3 secara bersendiri untuk menyertai pertandingan di luar. Pertandingan ini menunjukkan murid-murid dapat membentuk pasukan sendiri tanpa mengira perbezaan kaum dan bangsa. Gambar 3.3.8: Pemainan Bola Keranjang 3 on 3


90 | Page 3.3.9 Program Zumba Bersama Program Zumba bersama diadakan setiap awal tahun dengan menjemput Biey Kayrin datang ke sekolah untuk Zumba bersama. Program ini bukan sahaja melibatkan murid, bahkan ibubapa pelbagai kaum juga dijemput hadir bersama. Melalui Zumba bersama ini, perpaduan dalam kalangan ibubapa dapat terjalin.


91 | Page Gambar 3.3.9: Program Zumba Bersama 3.3.10 Sambutan Tahun Baharu Cina Sambutan Tahun Baharu Cina diadakan setiap Tahun. Sambutan ini dapat memupuk perpaduan di kalangan warga sekolah. LPS dan PIBG sekolah turut menyediakan limau dan air kotak kepada semua warga sekolah dan murid-murid sekolah ini tanpa mengira kaum dan keturunan untuk sama-sama menyambut Tahun Baharu Cina.


92 | Page Gambar 3.3.10: Majlis Sambutan tahun Baru Cina 3.3.11 Sambutan Hari Raya Sempena Hari Guru Sekolah Tahun 2024 Program ini diadakan setiap Tahun sempena Sambutan Hari Raya Sekolah. Melalui Program ini, murid-murid pelbagai kaum dapat menikmati makanan yang dibawa oleh rakanrakan. Dengan itu, mereka makan makanan bersama-sama bagi mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Dalam aktiviti permainan kecil, murid-murid dapat bermain dalam kumpulan yang sama untuk memupuk kerjasama dalam kalangan mereka.


93 | Page Gambar 3.3.11 (a): Persembahan Murid sempena Sambutan Hari guru Gambar 3.3.11 (b): Aktiviti Permainan antara Guru-guru dan Murid-murid Gambar 3.3.11 (c): Pelbagai Makanan telah disediakan


94 | Page 3.3.12 Kelab Tarian Sekolah Kelab Tarian ditubuhkan untuk mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan murid. Murid-murid dapat mengenali pelbagai tarian kebudayaan masyarakat. Gambar 3.3.12: Persembahan oleh Kelab tarian Sekolah


Click to View FlipBook Version