95 | Page 3.3.13 Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kejohanan Sukan Tahunan sekolah diadakan setiap tahun. Selain dapat mencungkil bakat murid, ia juga dapat mengeratkan hubungan di antara ibubapa dengan guru, guru dengan murid dan sekolah dengan SK Pulai Chondong. Ini kerana SJKC Poey Sit tiada padang dan perlu meminjam padang dengan sekolah berdekatan. Gambar 3.3.13 (a): Permainan Sukaneka Gambar 3.3.13 (b): Juara Pasukan Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan SJKC Poey Sit, Tahun 2023
96 | Page Gambar 3.3.13 (c): Fotografi antara Pemenang, Pengerusi PIBG SJKC Poey Sit dan Guru Besar SK Pulai Chondong, Mohd Rofi (bersara). 3.3.14 Sambutan Hari Kemerdekaan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah diadakan setiap tahun. Dalam sambutan tersebut, perarakan Kemerdekaan diadakan. Semua warga sekolah akan mengadakan perarakan sejauh 4 km di sekitar kawasan Pulai Chondong dengan laungan Merdeka. Program sambutan ini pernah mendapat perhatian daripada Utusan melayu Online dan disiarkan di suratkhabar. Melalui Perarakan, semangat perpaduan dapat dipupuk. Semasa perarakan, murid-murid berpakaian tradisional atau pakaian etnik masing-masing.
97 | Page Gambar 3.3.14 (a): Suasana Meriah sempena Hari Kemerdekaan Gambar 3.3.14 (b): Aktiviti Perarakan sempena Hari Kemerdekaan
98 | Page BAB 4 PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN DENGAN PIHAK LUAR Jalinan bersama merupakan konsep atau inisiatif yang menekankan kerjasama dan kolaborasi antara pelbagai pihak untuk kesejahteraan dan perpaduan masyarakat. Program-program atau aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pihak luar tanpa mengira bangsa dan kaum boleh merapatkan hubungan antara sekolah dengan komuniti. Melalui kerjasama antara pihak luar dan sekolah dapat memupuk nilai-nilai keharmonian dan perpaduan antara satu sama lain. Dengan demikian, jalinan bersama ini dapat menjadi tonggak penting dalam membangun masyarakat yang inklusif dan harmonis. 4.1 JALINAN BERSAMA JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 4.1.1 Program Kenali Budaya Kita Program ini telah diadakan pada 5 Oktober 2023 dengan kerjasama JPNIN yang diadakan di sekolah. Program ini bermatlamat untuk memperkenalkan budaya pelbagai kaum kepada masyarakat setempat terutamanya murid-murid di sekolah. Dalam Program ini, pakaian tradisional, makanan, alat muzik dan kraftangan pelbagai kaum dapat diperkenalkan.
99 | Page Gambar 4.1.1(a): Busana Tradisional (Fashion Show) Gambar 4.1.1(b): Tradisi Minum Teh dan Seni Lukisan Kebudayaan Gambar 4.1.1(c): Seni Khat & Kaligrafi
100 | Page Gambar 4.1.1(d): Intergrasi Budaya (Menghasilkan Tanglung) Gambar 4.1.1(e): Tarian Silang Budaya Gambar 4.1.1(f): Integrasi Makanan Tradisional Pelbagai Kaum
101 | Page 4.2 JALINAN BERSAMA NGO 4.2.1 ( a ) Konsert & rakaman MV SJKC Pihak sekolah telah mengadakan jalinan bersama NGO luar iaitu Persatuan Muzik Negeri Kelantan untuk menyertai konsert nyanyian anjuran bersama NGO di Kelantan. Dalam Konsert ini, murid-murid berpeluang untuk mengenali murid-murid sekolah lain disamping mendapat pengalaman baharu. Selepas Konsert diadakan, rakaman MV telah diadakan di Premis Sekolah.
102 | Page Gambar 4.2.1: Iklan Konsert Nyanyian Pada bulan Ogos 2022, warga sekolah telah mengambil bahagian dalam pembikinan MV kemerdekaan Dandelion & Fo Huang Shan Malaysia yang telah diviralkan ke seluruh Malaysia. Gambar 4.2.1(b): Konsert & rakaman MV SJKC
103 | Page · 4.2.2 Bengkel Kemahiran Bola Keranjang Anjuran Bersama Milo Gambar 4.2.2: Bengkel Kemahiran Bola Keranjang Anjuran Bersama Milo Untuk program pembangunan sukan bola keranjang, pihak sekolah telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada Milo untuk melaksanakan bengkel kemahiran bola keranjang. Pasukan bola keranjang sekolah telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai bengkel ini. Murid-murid sekolah ini dapat bekerjasama dengan murid sekolah ini dalam bengkel kemahiran ini. Pihak sekolah berkeyakinan bahawa perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti sukan.
104 | Page 4.2.3 Jalinan Bersama Persatuan Karate-Do, Kelantan Penubuhan Kelab Karate-Do bertujuan memberi peluang kepada murid-murid sekolah ini mempelajari kemahiran Karate-Do. Jurulatih , En Goo Chee Meng telah dijemput untuk melatih murid-murid sekolah ini. Pelaksanaan aktiviti ini dijalankan diluar waktu ko-kurikulum iaitu pada setiap hari Isnin bermula jam 3 petang. Dengan Penubuhan Kelab ini, murid pelbagai bangsa dapat melaksanakan aktiviti bersama dan membantu mengeratkan lagi hubungan kaum. Gambar 4.2.3: Simulasi Karate-Do
105 | Page Gambar 4.2.3: Kelab Karate-Do SJKC Poey Sit 4.2.4 Jalinan Bersama LeHoo Pihak sekolah telah mengadakan jalinan dan jaringan dengan NGO LeHoo untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah. Lehoo telah membekalkan MV dan bahan bacaan “Di Zi Gui” kepada sekolah. Pada akhir tahun, satu pertandingan penghafalan “Di Zi Gui” akan diadakan. Semua hadiah dan pengadil pertandingan disediakan oleh pihak Lehoo. Melalui program ini, perpaduan dalam kalangan murid dapat dipupuk. Gambar 4.2.3: Penyampaian Hadiah dalam Pertandingan penghafalan “Di Zi Gui”
106 | Page 4.2.5 Jalinan Bersam Jantan , Ozel , Cys dan Jh Alumglass Melalui sokongan sumber kewangan daripada pelbagai syarikat dan pakar pelukis yang bergelaran Tito, Mural sekolah yang berkonsep sukan dapat siap dihasilkan dalam tempoh masa 2 hari. Gambar 4.2.3: Hasil Mural Sekolah dari Pelukis Tito 4.3 JALINAN BERSAMA SEKOLAH BERDEKATAN Pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program bersama sekolah berdekatan dengan bermatlamat untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum.
107 | Page 4.3.1 Sekolah Persendirian Chung Hwa, Kok Lanas 4.3.1.1 Bengkel Yoyo Cina Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan permainan Yoyo Cina kepada semua murid. Melalui permainan, sikap hormat-menghormati adat resam bangsa dan kaum dapat perkukuhkan. Murid-murid juga didedahkan teknik -teknik asas bermain Yoyo Cina. Gambar 4.3.1 (a): Bengkel Yoyo Cina
108 | Page 4.3.1.2 Ceramah Hala Tuju Murid Ceramah ini diadakan dengan kerjasama pihak sekolah dengan SMP Persendirian Chung Hwa, Kok Lanas. Ceramah ini akan memberikan pendedahan kepada murid selepas tamat Tahun 6. tanpa mengira kaum dan keturunan. Ceramah ini lebih bersifat kepada perkongsian bekas murid dengan murid Tahun 6. Ceramah seperti ini juga diadakan melalui individu-individu yang berkebolehan dalam bidang tertentu. Gambar 4.3.1 (b): Ceramah Hala Tuju Murid 4.3.2 Penubuhan Pasukan Korfball Daerah Machang Pasukan Korfball Daerah Machang telah ditubuhkan pada tahun 2023 atas hasil usaha jalinan dan jaringan 3 buah SJKC di Daerah Machang. Murid-murid pelbagai kaum dan bangsa di 3 buah SJKC ini didedahkan dengan permainan ini dan seterusnya mewakli negeri Kelantan ke Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Shah Alam, Selangor. Jurulatih turut hadir untuk memberikan tunjuk ajar kepada Pasukan Korball Daerah Machang. Dengan adanya Team Korfball ini, perpaduan di Kalangan 3 buah sekolah dan murid pelbagai bangsa Team Korfball dapat dieratkan lagi. Pasukan Korfball Daerah Machang merupakan satu-satunya team korfball di negeri Kelantan.
109 | Page Gambar 4.3.2: Pasukan Korfball Daerah Machang
110 | Page 4.3.3 Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris SJKC Daerah Machang Penganjuran Pertandingan Ujian Bertulis 3 bahasa diadakan setiap tahun supaya murid-murid pelbagai kaum ketiga-tiga buah SJKC Daerah Machang berpeluang untuk mengenali kawankawan baharu dan meningkatkan kemahiran Bahasa cina dan bahasa Inggeris. Gambar 4.3.3: Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris SJKC 4.3.4 Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong Jalinan dan jaringan dengan SK Pulai Chondong diadakan berdasarkan program yang dianjurkan setiap tahun. Larian 4X100 meter berganti-ganti merupakan acara tahunan yang akan disertai oleh wakil sekolah semasa Kejohanan Olahraga SK Pulai Chondong. Penyertaan acara ini dapat mengeratkan lagi hubungan guru-guru sekolah dengan SK Pulai Chondong. Gambar 4.3.4: Kejohanan Olahraga SK Pulai Chondong
111 | Page 4.3.5 Bengkel Kemahiran Asas Bola Keranjang SJKC PPD Machang Bengkel ini dapat berjaya diadakan atas sokongan daripada Jurulatih Bola Keranjang Kebangsaan. Gambar 4.3.5: Bengkel Kemahiran Asas Bola Keranjang SJKC Daerah Machang
112 | Page 4.4 JALINAN MELALUI AHLI LPS DAN PIBG AJK LPS dan PIBG mengadakan Lawatan Penanda aras ke sekolah berdekatan setiap tahun supaya dapat memberi input untuk memajukan sekolah dan seterusnya memupuk perpaduan dalam kalangan AJK LPS dan PIBG 4.4.1 Lawatan Penanda Aras Ke SJKC Chung Cheng, Kota Bharu Gambar 4.4.1: Lawatan Penanda Aras Ke SJKC Chung Cheng, Kota Bharu
113 | Page 4.4.2 Lawatan Penanda Aras Ke SJKC Yuk Tze, Tumpat Gambar 4.4.2: Lawatan Penanda Aras Ke SJKC Yuk Tze, Tumpat 4.4.3 Program Ziarah kasih harmoni GB SJKC Pulau Pinang ke SJKC Poey Sit Gambar 4.4.3: Program Ziarah kasih harmoni GB SJKC Pulau Pinang ke SJKC Poey Sit
114 | Page 4.5 JALINAN BERSAMA AGENSI KERAJAAN 4.5.1 Klinik Kesihatan Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang disedikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah tanpa mengira bangsa dan kaum bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optima kepada murid-murid sekolah ini. Melalui pemeriksaan kesihatan, tahap kesihatan murid boleh dikesan dengan lebih awal. Gambar 4.5.1(a): Suntikan dan pemeriksaan kesihatan murid Tahun Satu Gambar 4.5.1(b): Pemeriksaan kesihatan murid Tahun Enam
115 | Page 4.5.2 Klinik Pergigian Rawatan pergigian telah dilaksanakan oleh klinik pergigian Pulai Chondong,Kelantan kepada semua murid SJKC Poey Sit dari Tahun Satu hingga Tahun Enam tanpa mengira bangsa dan keturunan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah taklimat cara menggosok gigi, pemeriksaan gigi semua murid, rawatan susulan pergigian kepada murid. Pihak sekolah sentiasa memberi kerjasama yang secukupnya kepada kakitangan Klinik Pergigian demi kebaikan murid sehingga berjaya mendapat Sijil Anugerah Kerjasama pada tahun 2023. Gambar 4.5.2(a): Pemeriksaan Gigi murid Tahun 1 hingga Thaun 6 Gambar 4.5.2 (b): Program Memberus Gigi (LMG)
116 | Page Gambar 4.5.2 (c): Taklimat cara menggosok gigi Gambar 4.5.2 (d): Penyampaian Sijil Anugerah Kerjasama antara Sekolah dan Pihak Klinik Pulai Chondong
117 | Page 4.5.3 Jabatan Bomba Latihan pencegahan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya satu kali setiap tahun di SJKC Poey Sit dengan kerjasama Jabatan Bomba Machang. Antara matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang bahaya kebakaran dan tindakan yang tepat harus diambil ketika menghadapi situasi kecemasan dengan latihan praktikal seperti menggunakan alat pemadam api dan cara menyelamatkan diri semasa kebakaran. Beberapa simulasi kebakaran telah diadakan oleh pegawai Bomba yang terlibat. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat didedahkan secara terus. Kesedaran terhadap amalan keselamatan perlu dipupuk dari awal lagi agar amalan positif sentiasa tersemat dalam kalangan murid. Dengan itu, suasana kesejahteraan dan perpaduan sekolah dapat dipertingkatkan. Gambar 4.5.3 (a): Taklimat Pencegahan Kebakaran Gambar 4.5.3 (b): Simulasi Penggunaan Alat Pemadam Api
118 | Page 4.5.4 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Program Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Keramah Insaniah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Program ini berjaya menangani permasalahan disiplin dan salah laku di kalangan murid dan mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif di antara pihak sekolah dengan pihak polis. Selain itu, program ini juga menangani isu disiplin khususnya yang berkaitan dengan nilai adab dan sahsiah murid. Program ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid dan seterusnya meningkatkan kesefahaman, kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara semua pihak. Gambar 4.5.4: Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Keramah Insaniah bersama PPS
119 | Page 4.5.5 Ceramah Menjaga Kebersihan Diri Ceramah ini diadakan anjuran pihak sekolah bersama Klinik Kesihatan Daerah Machang. Program ini dijalankan untuk semua murid tanpa mengira bangsa dan kaum. Ceramah telah disampaikan oleh pegawai Klinik Kesihatan. Tujuaan ceramah ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dalam kalangan murid, bagi menjamin peningkatan taraf kesihatan dan seterusnya secara langsung dapat juga menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat menjaga kebersihan diri di kalangan murid. Dengan adanya kesedaran kebersihan diri, maka mewujudkan suasana yang indah dan menimbulkan keharmonian sekolah. Gambar 4.5.5 (a): Ceramah Menjaga Kesihatan Diri Gambar 4.5.5(b): Simulasi 7 Langkah Pencucian Tangan
120 | Page 4.5.6 Penglibatan Sukarelawan Sekolah SUKARELAWAN TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 Ibu Bapa 37 35 38 Penjaga 0 0 0 KSIB 0 0 0 Komuniti 13 32 0 Agensi 16 14 11 Lain-Lain 4 10 0 JUMLAH 70 91 49 Jadual 3.5.6 (a): Penglibatan Sukarelawan Sekolah Graf 3.5.6 (a): Penglibatan Sukarelawan Sekolah Jadual dan Graf 3.5.6 (a) menunjukkan jumlah penglibatan sukarelawan sekolah pada Tahun 2022 hingga Tahun 2024. Ibubapa mencatatkan jumlah penglibatan sukarelawan sekolah yang paling tinggi pada Tahun 2022 hingga Tahun 2024. Ini telah terbukti bahawa ibubapa bukan sahaja mengambil berat kemajuan pendidikan anak mereka tetapi mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah tanpa mengira latar belakang dan keturunan bagi membantu sekolah.
121 | Page BIDANG TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024 Akademik 29 0 0 Sahsiah 26 23 8 Ko-Kurikulum 19 58 79 Infrastruktur 3 10 4 JUMLAH 77 91 91 Jadual 3.5.6 (b): Penglibatan Sukarelawan Sekolah mengikut Bidang Graf 3.5.6 (b): Penglibatan Sukarelawan Sekolah mengikut Bidang Penglibatan sukarelawan sekolah bukan sahaja memberikan manfaat kepada murid dalam proses pembelajaran tetapi memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan yang erat antara semua pihak, termasuk pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penglibatan Ibu Bapa, komuniti dan pihak swasta (PIBKS). Selain itu, penglibatan sukarelawan sekolah juga membantu dalam memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Dengan penglibatan sukarelawan sekolah dalam pelbagai aktiviti sekolah, mereka telah menghasilkan suasana yang positif dan menyokong, serta mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan di kalangan semua pihak. Oleh itu, penglibatan sukarelawan sekolah bukan sahaja membantu dalam meningkatkan prestasi akademik dan pembangunan sahsiah murid, tetapi juga memupuk dan memperkukuhkan perpaduan sekolah.
122 | Page BAB 5 IMPAK Kejayaan dalam bidang kokurikulum yang diraih warga SJKC Poey Sit telah menjadi faktor utama kemenjadian murid-murid sekolah. Sikap dan pemikiran , hati budi serta nilai insaniah diterap di lubuk sanubari warga murid sekolah ini. Justeru, murid-murid SJKC Poey Sit dapat menguasai kemahiran teknikal dan insaniah yang berperanan membentuk personaliti melalui pertumbuhan dan kematangan peripadi. Melalui bidang ko kurikulum, murid -murid juga disemai nilai kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum dan darjat. Murid-murid SJKC Poey Sit telah berjaya mendapat pelbagai kejayaan dalam pelbagai bidang. Kejayaan demi kejayaan yang tercipta oleh murid-murid sekolah ini telah mengharumkan nama sekolah. 5.1 PENCAPAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH DALAM DAERAH 5.1.1 Kejohanan Merentas Desa Jajahan Machang Tahun 2024 Gambar 5.1.1 (a): Kang Khai Shin mendapat nombor ke-9 dalam Kejohanan Merentas Desa (Kategori L10)
123 | Page Gambar 5.1.1 (b): Koh Joevy mendapat nombor ke-10 dalam Kejohanan Merentas Desa (Kategori P12) 5.1.2 Kejohanan Olahraga MSSD Machang Tahun 2023 Gambar 5.1.2: Nur Alya Izara Binti Sulaiman memperoleh pingat emas dalam Acara Lontar Peluru
124 | Page 5.1.3 Kejohanan Merentas Desa MSSD Machang Tahun 2023 Gambar 5.1.3: Koh Joevy memperoleh tempat ke-2 dalam acara merentas desa Kategori P12 5.1.4 Kejohanan Badminton MSSD Machang Tahun 2023 Gambar 5.1.4: Kang Khai Shin mendapat Pingat Gangsa dalam Acara Perseorangan Lelaki badminton
125 | Page 5.1.5 Pertandingan Tulisan Khat PPD Machang Tahun 2023 Gambar 5.1.5: Damiea Binti Rosdi dan Hamizan Daris Bin Noor Hanan mendapat Johan dan Tempat ke-3 dalam Pertandingan Tulisan Khat 5.2 PENCAPAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH DALAM NEGERI 5.2.1 Pertandingan Catur Cina Peringkat SJKC Kelantan Gambar 5.2.1: Fong Ee Luo telah mendapat nombor ke-11 dalam Pertandingan Catur Cina
126 | Page 5.2.2 Kejohanan Merentas Desa Peringkat SJKC Kelantan Gambar 5.2.2 (a): Koh Joevy mendapat Johan dalam acara Merentas Desa Peringkat SJKC kelantan. Gambar 5.2.2 (b): Ong June Shern mendapat Nombor ke-9 dalam acara yang sama.
127 | Page 5.2.3 Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Peringkat Negeri Kelantan Gambar 5.2.3: Ong Wei Yean mendapat tempat ke-10 dalam pertandingan Syarahan Bahasa Cina peringkat Negeri kelantan. 5.2.4 Pertandingan Kaligrafi Peringkat Negeri Kelantan Gambar 5.2.4: Ong June Shern Naib Johan Pertandingan Kaligrafi Peringkat Negeri Kelantan.
128 | Page 5.2.5 Kejohanan Merentas Desa Anjuran NGO Peringkat Negeri Kelantan Gambar 5.2.5: Ong June Shern mendapat Nombor ke-6 manakala Arvina Tiaw Nombor ke-10 dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Kelantan. 5.2.6 Pertandingan Kitar Semula Peringkat Negeri : Saguhati Atas usaha semua pihak dan warga sekolah telah melaksanakan Program Kitar Semula Peringkat Sekolah. SJKC Poey Sit telah memperoleh Hadiah Saguhati dalam pertandingan Perkiss Tahun 2022. Gambar 5.2.6: SJKC Poey Sit mendapat nombor saguhati
129 | Page 5.2.7 Kejohanan Wushu Tertutup Negeri Kelantan Tahun 2022 Gambar 5.2.7: Pasukan Wushu Perempuan sekolah berjaya memperoleh Johan, Naib Johan, ke-3 dan ke-4 dalam acara "Wu Bu Quan" 5.2.8 Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu (Piala Perpaduan) Gambar 5.2.8: Yilai A/P Anoi mendapat Johan, Eun Xue Zhen mendapat nombor ke-5, manakala nombor ke-10 disandang oleh Lee Hui Tying dan Wee Mei Yun (Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022)
130 | Page Gambar 5.2.8: Naib Johan Pasukan Ujian Bertulis & Naib Johan Keseluruhan Pertandingan 5.3 PENCAPAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH DALAM KEBANGSAAN 5.3.1 Malaysia National Korfball Championship 2023 Gambar 5.3.1 (a): Pasukan Team A Machang berjaya menduduki tempat ke 7 peringkat kebangsaan
131 | Page Gambar 5.3.1 (b): Pasukan Team B Machang mendapat tempat ke 9 peringkat kebangsaan Gambar 5.3.1 (c): Kang Pei Pei dan Koh Joevy dianugerahkan peserta terbaik dalam Kejohanan tersebut.
132 | Page Gambar 5.4.1 (a): Tan Jin Zhe telah mewakili negeri dalam Kejohanan Bola Keranjang MSSM Malaysia yang berlangsung di Putrajaya pada tahun 2019. 5.3.2 Tokoh Anugerah Semangat LLG Pn. Lua Sim Boi , Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah SJKC Poey Sit telah menjadi tokoh sekolah yang berjaya mendapat Anugerah Semangat LLG kebangsaan atas kesungguhan beliau berbakti kepada sekolah. Kesungguhan beliau membantu pihak sekolah sememangnya amat dikagumi. Anugerah ini merupakan satu kejayaan bagi pihak sekolah. Kejayaan beliau juga mendapat liputan daripada wartawan akhbar China Press dan Sin Chew Daily.
133 | Page Gambar 5.3.2 (a): Majlis Penyampaian Anugerah Semangat LLG Kebangsaan Gambar 5.3.2 (b): Temubual dengan Pn. Lua Sim Boi (China Press, 2022)
134 | Page Gambar 5.3.2 (c): Berita Sumbangan Pn. Lua Sim Boi (Sin Chew Daily, 2022)
135 | Page 5.4 PENCAPAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH DALAM ANTARABANGSA 5.4.1 Kejohanan Terbuka Taekwondo Yogyakarta, Indonesia Cheng Lick Kent memperolehi Johan dalam pertandingan tersebut pada tahun 2019. Adik Cheng Lick Kent telah menyertai pelbagai pertandingan dan mengharumkan nama sekolah di persada bidang Taekwondo. Gambar 5.4.1: Cheng Lick Kent memperolehi Johan dalam Kejohanan Terbuka Taekwondo Yogyakarta, Indonesia (Tahun 2019)
136 | Page BAB 6 INOVASI 6.1 PONDOK WAWASAN (宏愿亭) Pondok Wawasan telah dibina oleh Jemaah Pengurus Sekolah Poey Sit pada tahun 2018 hasil sumbangan orang kenamaan tempatan Pn. Boi Kim Kee dan PIBG sekolah. Reka bentuk Pondok Wawasan ini adalah bercorak Siam. Pondok ini mempamerkan kad-kad nilai murni supaya dapat merangsang murid-murid yang pelbagai bangsa untuk bersatu padu dibawah satu bumbung. Murid-murid juga dapat menggunakan pondok ini untuk membaca buku cerita, bermain catur, chess, batu seremban ataupun congkak pada waktu lapang. Secara tidak langsung, murid-murid didedahkan dengan permainan tradisional pelbagai kaum. Gambar 6.1: Pondok Wawasan (宏愿亭)
137 | Page 6.2 TAMAN BERADAB (学礼园) Taman Beradab Confucions siap dibina pada tahun 2024 atas sumbangan NGO LeHoo. Taman Beradab Confucions ini dibina atas usaha untuk menyemaikan nilai-nilai murni Confusions kepada murid-murid. Ajaran Confucius yang menekankan kepada sopan santun, hormat-menghormati, kasih sayang dapat diterapkan dalam pondok beradab ini. Berlandaskan kepada pembinaan Taman Beradab ini, pihak sekolah berharap penerapan nilai murni kepada murid-murid pelbagai bangsa di sekolah dapat mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan warga sekolah. Gambar 6.2: Taman Beradab (学礼园)
138 | Page 6.3 TAMAN PERMAINAN BERTEMA ANGKASA (童心园) Taman Permainan Bertema Angkasa yang siap dibina pada tahun 2023 bertujuan untuk memupuk perpaduan di kalangan murid ketika bermain. Taman Tema ini dibina atas sumbangan orang kenamaan tempatan En.Chew Teck Peng dalam usaha untuk membantu pihak sekolah mengeratkan lagi hubungan pelbagai kaum. Perpaduan ibarat sebuah tanaman yang harus dipupuk. Pihak sekolah berpendapat bahawa jika murid-murid dapat melaksanakan aktiviti bersama semasa di bangku sekolah, nilai perpaduan dapat disemai dan bersarang dalam lubuk hati murid-murid sekolah ini. Gambar 6.3: Taman Permainan Bertema Angkasa (童心园)
139 | Page 6.4 MURAL RUMAH MELAYU 3D Mural Rumah Melayu 3D telah dihasilkan pada tahun 2022 atas usaha dan kerjasama daripada guru, akp, tukang kebun, para ibubapa dan pengawal keselamatan sekolah ini. Penghasilan mural Rumah Melayu 3D di SJKC Poey Sit melambangkan pihak sekolah menghormati kepelbagaian bangsa dan kaum. Pihak sekolah cuba mewujudkan satu bangsa satu sudut di kawasan sekolah ini. Mural ini telah menjadi salah satu tapak sesi bergambar semasa menerima lawatan dari pihak luar. Gambar 6.4: Mural Rumah Melayu 3D