KIT PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
COVSEIMADSA -19
Edisi 1, 23 Ogos 2021
PENGENALAN
KIT PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
SEMASA COVID-19
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
KUALA LUMPUR 2021
Bahagian Pengurusan Bencana Operasi
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
PENGENALAN
Cetakan Pertama 2021
@ Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 2021
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ibu Pejabat Pertahanan
Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Maktab Perguruan Islam, Sungai Merab,
43000, Kajang, Selangor.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
KIT PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN APM SEMASA COVID-19.
– Edisi 1, 23 Ogos 2021.
Mode of access: Internet
eISBN 978-967-11395-8-5
1. Malaysia. Angkatan Pertahanan Awam.
2. Civil defense--Malaysia--Handbooks, manuals, etc.
3. COVID-19 Pandemic, 2020- --Handbooks, manuals, etc.
4. Government publications--Malaysia.
5. Electronic books.
I. Malaysia. Bahagian Pengurusan Bencana Operasi. Angkatan Pertahanan Awam.
353.9509595
Diterbitkan oleh :
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi),
Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Jalan Maktab Perguruan Islam, Sungai Merab,
43000, Kajang, Selangor
Laman web : http://www.civildefence.gov.my
Telefon : 03-8920 6000
Faksimili : 03-8920 6360
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
PENGENALAN
Prakata
World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan Pandemik COVID-19
di seluruh dunia pada 11 Mac 2020. Penularan COVID-19 perlu dibendung dan
kerjasama seluruh dunia amat diperlukan. Justeru, sebagai salah satu langkah
pencegahan penularan COVID-19 ini, Malaysia telah melaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020.
Sehubungan itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengambil
inisiatif untuk menyediakan Kit Penyampaian Perkhidmatan Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia semasa COVID-19 yang boleh dirujuk oleh semua
warga APM dengan mengambilkira perubahan dalam pelbagai aspek selepas
PKP tamat.
Tujuan Kit ini adalah untuk memberi maklumat kepada seluruh warga APM
mengenai Garis Panduan, tatacara dan kaedah-kaedah yang memudahkan
seluruh warga APM dalam mengoperasikan tugas dan peranan dalam
pengurusan bencana.
Bersama-sama kita semua memainkan peranan penting untuk menghentikan
penularan wabak COVID-19. Pada masa yang sama juga, kita mengamalkan
norma kerja baharu dalam memastikan penyampaian perkhidmatan APM
sentiasa lancar kepada rakyat.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
KANDUNGAN
BAB 1 Mengenai COVID-1 1
Kesan-kesan semasa dan selepas Pandemik COVID-19 3
terhadap perkhidmatan warga APM
BAB 2 Garis Panduan Asas Operasi Pejabat APM 4
Semasa dan Selepas Pelan Pemulihan Negara (PPN)
Tatacara Bekerja Semasa & Selepas Pelan Pemulihan Negara 5
Perjalanan Ke Tempat Kerja 7
Nasihat Kepada Ketua Jabatan : Sekiranya ada warga APM 8
yang bergejala COVID-19
Garis Panduan untuk Mesyuarat, Sidang Media dan Acara 9
Cegah COVID-19 : Kesesuaian Penganjuran Program 10
Cegah COVID-19 : Tindakan Penganjur Program 11
Cegah COVID-19 : Tindakan Peserta Program 12
Garis Panduan untuk Penjarakan Fizikal di Tempat Kerja 13
BAB 3 Garis Panduan Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan Di 14
Tempat Kerja APM semasa & selepas Pelan Pemulihan
Negara (PPN)
Garis Panduan Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan Di 15
Tempat Kerja APM
BAB 4 Garis Panduan Bekerja Dari Rumah (Work From Home) 21
Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) Berikutan Perintah 22
Kawalan Pergerakan Dan Penutupan Premis Kerajaan
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
KANDUNGAN
BAB 5 Integriti & Disiplin 25
Tanggungjawab warga APM Dalam Memelihara Integriti & 26
Disiplin
BAB 6 Garis Panduan Pengurusan Kes Positif COVID-19 Di Pejabat 27
APM
BAB 7 Garis Panduan Nyahkuman Di Pejabat APM 31
BAB 8 Garis Panduan Pengurusan Jenazah (Dalam dan Luar 33
Hospital) 44
48
BAB 9 Garis Panduan Pengurusan Person Under Surveillance
(PUS) Di PMA/Hotel/ILA
BAB 10 Garis Panduan Pemerkasaan Komuniti
BAB 11 Garis Panduan Penugasan Semasa Perintah Kawalan 51
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 54
BAB 12 Way Forward (Disaster Management Digital Framework)
Garis Panduan Penggunaan TracAPM
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
BAB 1
Mengenai COVID-19
Bagaimana COVID-19 Memberi Kesan Terhadap Warga
APM
Sumber Rujukan:
Kementerian Kesihatan Malaysia
(http://www.moh.gov.my.indez.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-guidelines)
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 1
BAB : 1
MENGENAI COVID-19 SIMPTOM
Sakit Kepala & Sakit Tekak
Jangkitan SAR-CoV-2, virus Demam
yang menyebabkan wabak Batuk
COVID-19, boleh Sesak Nafas
menyebabkan penyakit
dari kadaran ringan PENULARAN
hingga teruk, dan dalam
beberapa kes, boleh Melalui Batuk & Bersin Sentuhan Dengan Orang Sentuhan Permukaan
membawa maut. Dari Orang Yang Yang Dijangkiti Yang Tercemar
Menurut Kementerian Dijangkiti
Kesihatan Malaysia, gejala
COVID-19 akan LANGKAH BERJAGA-JAGA
mengeluarkan simptom
dari dua (2) hari hingga 14
hari selepas jangkitan.
Informasi terkini
Kementerian Kesihatan
Malaysia :
http://www.moh.gov.my/inde
x.php/pages/view/2019-ncov-
wuhan-guidelines
Amalkan Jarak Selamat Basuh Tangan Dengan Work From Home
Sabun Selama 20 saat
Tutup Mulut Semasa Pakai Topeng Muka Bersih & Basmi
Batuk & Bersin Kuman Sekerap
Mungkin
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 2
BBAABB :: 11
KESAN-KESAN SEMASA DAN SELEPAS PANDEMIK COVID-19 TERHADAP
PERKHIDMATAN WARGA APM
COVID-19 menyebabkan gangguan terhadap perkhidmatan warga APM semasa
dan selepas pandemik. Akibatnya, tempat kerja mungkin akan mengalami:
1 Ketidakhadiran
Warga APM berkemungkinan tidak hadir kerana mereka sakit akibat wabak
COVID-19, menjadi penjaga ahli keluarga yang sakit, merupakan penjaga
kepada kanak-kanak jika sekolah atau pusat jagaan harian ditutup;
mempunyai orang berisiko di rumah seperti anggota keluarga yang
mempunyai imunisasi yang lemah; atau mungkin bimbang untuk datang
bekerja kerana takut dengan penyebaran.
2 Gangguan Perkhidmatan
Warga APM tidak dapat hadir untuk bekerja kerana Kawalan Pergerakan
khasnya bagi kerja-kerja pentadbiran yang bukan dikategorikan di bawah
perkhidmatan penting.
3 Gangguan Bekalan Makanan
Penghantaran bekalan dari kawasan yang terjejas oleh wabak COVID-19
mungkin ditangguhkan atau dibatalkan tanpa pemberitahuan.
4 Kematian
Warga APM meninggal dunia disebabkan COVID-19. Oleh yang demikian,
jabatan perlu menyediakan pelan kontigensi bagi menghadapi situasi
dimana pentadbiran dan pengurusan pejabat yang terjejas akibat
kekurangan sumber manusia secara mengejut.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 3
BAB 2
Garis Panduan Asas Operasi Pejabat APM Semasa &
Selepas Pelan Pemulihan Negara (PPN)
Sumber Rujukan:
1. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
2. Kementerian Kesihatan Malaysia
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 4
BBAABB: :22
TATACARA BEKERJA SEMASA & SELEPAS PELAN PEMULIHAN
NEGARA (PPN)
1 Kehadiran Bekerja
1. Bekerja menggunakan Waktu Bekerja Fleksi (WBF)
2. Bekerja dari rumah sama ada secara penggiliran atau sepenuh masa.
(Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan dan memberi kelonggaran bagi
sebahagian pegawai yang berkeperluan untuk hadir ke pejabat atas sebab
kerja yang memerlukan tugasan berkenaan perlu diselesaikan di pejabat
sahaja perlu hadir ke pejabat)
2 Tertakluk Kepada
1. Keperluan fungsi jabatan dan kondisi tempat / lokasi kerja masing-
masing.
2. Peratusan kakitangan yang dicadangkan hadir adalah sehingga 50%.
Namun Ketua Jabatan boleh menentukan peratusan kehadiran yang
diperlukan mengikut tugas / fungsi jabatan tanpa menjejaskan prinsip
asas & objektif untuk beroperasi.
3 Keberadaan Di Pejabat
Hanya pegawai yang memerlukan keberadaan di pejabat perlu hadir ke
pejabat. Tertakluk kepada pegawai tersebut tidak di bawah satu Perintah
Kuarantin (Quarantine Order) atau Perintah Tinggal Di Rumah (Home
Surveillance Order) yang dikeluarkan oleh pegawai yang diberi kuasa
(Authorized Officer).
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 5
BBAABB :: 22
TATACARA BEKERJA SEMASA & SELEPAS PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
4 Waktu Operasi Pejabat
v 8 pagi sehingga 5 petang
v Isnin sehingga Jumaat
v Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan penetapan masa kakitangan
bekerja di pejabat atau lokasi yang diperlukan mengikut keperluan
fungsi jabatan.
5 Pegawai Yang Bekerja Dari Rumah Perlu Mematuhi Peraturan
1. Sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat / bekerja yang
ditetapkan oleh Kerajaan.
2. Sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke
pejabat atau mana-mana lokasi lain.
3. Memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.
(Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang melanggar
arahan yang ditetapkan melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatan.
Pegawai yang tertakluk kepada Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam,
1996)
6 Peraturan, Garis Panduan dan Surat Edaran
Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan pematuhan kepada semua
PERATURAN, GARIS PANDUAN dan SURAT EDARAN yang dikeluarkan oleh
pihak berkuasa Kerajaan yang berkenaan sebagai langkah pencegahan
wabak COVID-19.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 6
BBAABB: :22
PERJALANAN TEMPAT KERJA
1 Sebelum Perjalanan
1. Mendapatkan nasihat terkini mengenai perjalanan.
2. Menilai risiko yang berkaitan dengan rancangan perjalanan.
3. Pastikan perjalanan tidak berisiko tinggi dalam penyebaran COVID-19.
4. Memberi kemudahan kepada pekerja dengan alatan membasuh
tangan.
5. Menyediakan topeng muka.
2 Semasa Perjalanan
1. Membawa topeng muka dan hand sanitizer.
2. Elak berada di tempat yang sesak dan bersentuhan dengan orang yang
menunjukkan gejala.
3. Mendapatkan rawatan perubatan segera jika mengalami gejala.
3 Pulang (Selepas Perjalanan)
1. Memantau sendiri kesihatan di rumah seperti yang disarankan oleh
KKM.
2. Mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami
gejala seperti batuk, demam atau kesukaran bernafas.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 7
BBAABB :: 22
NASIHAT KEPADA KETUA JABATAN
SEKIRANYA ADA WARGA APM YANG BERGEJALA COVID-19
1 Pantau
Pantau pekerja yang mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sukar
bernafas.
2 Dapatkan Rawatan
Pastikan pekerja mendapatkan rawatan segera sekiranya bergejala.
3 Pesanan Kepada Kakitangan
1. Sentiasa memakai pelitup muka.
2. Kerap mencuci tangan dengan sabun.
3. Amalkan etika batuk dan bersin yang betul.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 8
BBAABB :: 22
GARIS PANDUAN UNTUK MESYUARAT, SIDANG MEDIA DAN ACARA
Tanggungjawab Ketua Jabatan dan Urus Setia
1 Sebelum
Membentuk dan membuat satu persetujuan pelan persediaan bagi
mengelakkan jangkitan di mesyuarat atau acara.
2 Semasa
Menyediakan maklumat atau taklimat, sebaiknya secara lisan dan bertulis
mengenai COVID-19. Pendekatan yang dilakukan oleh pihak penganjur
hendaklah selamat untuk peserta.
3 Selepas
Menyimpan maklumat peserta untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu
(1) bulan. Ini membolehkan pihak KKM dapat mengesan individu yang
berkemungkinan terdedah dengan jangkitan COVID-19 selepas melibatkan
diri dengan mesyuarat atau acara yang dijalankan.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 9
BBAABB :: 22
KESESUAIAN PENGANJURAN PROGRAM
1 Pemilihan Lokasi
Penganjuran program di tempat awam hendaklah mendapat kebenaran
daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN) mengikut kebenaran yang terkandung dalam
Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang berkuatkuasa.
2 Kemampuan Penganjur
Mengambil kira kemampuan pihak penganjur program untuk melaksanakan
dengan sebaiknya langkah-langkah pencegahan dan kawalan dalam
kalangan peserta program bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19
semasa program tersebut diadakan.
3 Tindakan
Tindakan haruslah dilaksanakan oleh para peserta dan penganjur bagi
bersama-sama mencegah penularan jangkitan COVID-19 semasa
penganjuran program terbabit.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 10
BBAABB :: 22
TINDAKAN PENGANJUR PROGRAM
1 Saringan
Menjalankan saringan dalam kalangan peserta program dan TIDAK
membenarkan mana-mana peserta yang dikesan mempunyai demam
mahupun gejala jangkitan saluran pernafasan (seperti sakit tekak, batuk,
selsema) untuk menghadiri program tersebut, disamping menasihatkan
mereka untuk mendapatkan rawatan.
2 Sediakan Cecair Pencuci Tangan
Menyediakan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) dalam kuantiti yang
mencukupi dan diletakkan di lokasi-lokasi strategik untuk kegunaan para
peserta program.
3 Mengikuti Perkembangan Terkini
Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai kejadian jangkitan
COVID-19 dan Langkah-Langkah pencegahan serta kawalan yang disyorkan
daripada laman web yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia, sebagaimana berikut:
v http://www.moh.gov.my
v http://infosihat.gov.my/
v http://kpkesihatan.com/
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 11
BBAABB :: 22
TINDAKAN PESERTA PROGRAM
1 Bergejala
Jika bergejala jangkitan saluran pernafasan, berehat di rumah bagi
mengelakkan jangkitan kepada orang lain dan elakkan dari menghadiri
program berkaitan, disamping turut mendapatkan rawatan bagi gejala yang
dialami.
2 Etika Batuk
Mengamalkan etika batuk – iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu
apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta
merta.
3 Mencuci Tangan
Sentiasa menjaga kebersihan, khususnya cuci tangan dengan cara yang
betul dan lebih kerap – iaitu gunakan air dan sabun sekurang-kurangnya
untuk tempoh selama 20 saat atau gunakan hand sanitizer.
4 Pakai Pelitup Muka
Sentiasa membawa pelitup muka serta bahan pencuci tangan (hand
sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 12
BBAABB :: 22
GARIS PANDUAN UNTUK PENJARAKKAN FIZIKAL DI TEMPAT KERJA
1 Pekerja digalakkan untuk duduk 6 Rancang waktu kerja dengan
di rumah dan memaklumkan sistematik (penggiliran kerja)
majikan sekiranya tidak sihat
atau mempunyai gejala-gejala supaya tidak semua berada di
pejabat pada masa yang
demam, batuk dan selsema. sama.
2 Jika ada rakan sekerja didapati 7 Hadkan jumlah peserta di
mempunyai gejala seperti di dalam mesyuarat. Jika tidak
boleh dielakkan, pastikan
atas ketika di tempat kerja, mesyuarat dilakukan tidak
elakkan kontak dengan rakan
tersebut dan maklumkan melebihi satu (1) jam.
kepada majikan untuk 8 Pekerja adalah digalakkan
memberikan arahan untuk makan bersendirian di
pemeriksaan dan kuarantin.
meja sendiri.
3 Pekerja digalakkan untuk 9 Elakkan berkumpul di tempat
melakukan mesyuarat dan kerja atau dimana-mana
tempat yang kecil dan
perbincangan menggunakan tertutup seperti bilik mesin
medium secara (video
conference). cetak.
4 Pekerja digalakan untuk tidak 10 Elakkan perhimpunan
berjabat tangan. berkaitan kerja dalam skala
yang terlalu besar, tidak
melebihi 10 orang (contoh :
5 Jarakkan ruang kerja sekurang- mesyuarat, perjumpaan
kurangnya satu (1) meter.
selepas kerja dan sebagainya)
11 Elakkan perjalanan kerja yang
tidak penting ke luar
kawasan.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 13
BAB 3
Garis Panduan Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan Di
Tempat Kerja APM
Sumber Rujukan:
1. Garis Panduan Pengurusan Kes Positif COVID-19 di Pejabat APM
2. Garis Panduan Pengendalian Isu-isu Berhubung Penularan Jangkitan Wabak COVID-19 di
Premis Kerajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 16 Mac 2020.
3. Prosedur Kerja Selamat Pencegahan COVID-19 di Tempat Kerja oleh Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia.
4. Annex 25 : COVID Guide for Workplace oleh KKM
5. Annex 26 : COVID Guide for Social Distancing oleh KKM
6. Annex 36 : Garis Panduan Pembersihan Dan Disinfeksi Di Tempat Awam oleh KKM.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 14
BBAABB :: 23
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PELANGGAN DI TEMPAT KERJA APM
1 Tujuan
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan langkah-langkah yang boleh
diambil oleh pegawai yang bertugas dan pelanggan yang mendapatkan
perkhidmatan di kaunter perkhidmatan dalam usaha mengawal penularan
jangkitan wabak COVID-19.
2 Latar Belakang
Dalam membendung wabak COVID-19 yang semakin menular ini, beberapa
tindakan langkah berjaga-jaga harus dilaksanakan demi menjaga
kesejahteraan pegawai yang bertugas di kaunter perkhidmatan dan
pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan APM di seluruh
Malaysia.
3 Pengurusan Pelanggan
Dalam tempoh penularan wabak COVID-19 ini, semua pihak memainkan
peranan penting untuk menghentikan penyebaran wabak COVID-19 dan
pada masa yang sama memastikan penyampaian perkhidmatan APM
sentiasa berjalan dengan efektif dan lancar. Perkhidmatan secara talian juga
harus disediakan bagi meningkatkan capaian perkhidmatan.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 15
BBAABB :: 23
TANGGUNGJAWAB PELANGGAN
1 Memakai pelitup muka sebelum masuk ke premis.
2 Diwajibkan beratur, mengimbas suhu dan QR Kod MySejahtera terlebih
dahulu.
3 Pelanggan yang tidak sihat atau memiliki suhu badan 37.5 oC atau lebih
DILARANG masuk dan dinasihatkan ke klinik kesihatan yang berdekatan
untuk pemeriksaan lanjut.
4 Memastikan penjarakkan fizikal diamalkan.
5 Diwajibkan untuk menggunakan hand sanitizer di pintu masuk sebelum
mendapatkan perkhidmatan.
6 Memberi keutamaan kepada warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan
ibu mengandung.
7 Menjalankan urusan berseorangan tanpa membawa teman kecuali bagi
mereka yang memerlukan bantuan seperti warga emas, OKU dan ibu
mengandung.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 16
BBAABB :: 23
TANGGUNGJAWAB AGENSI
1 Memastikan suhu badan pelanggan diperiksa di pintu masuk sebelum
dibenarkan masuk ke premis.
2 Pastikan pelanggan yang masuk ke premis telah lengkap dua (2) dos vaksin
dan menunjukkan sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera sebelum masuk
ke premis.
3 Menghadkan bilangan pelanggan yang masuk ke dalam premis.
4 Memastikan pelanggan memakai pelitup muka sebelum masuk ke dalam
premis.
5 Memastikan pelanggan yang masuk ke dalam premis menggunakan hand
sanitizer yang disediakan.
6 Memastikan jarak tempat duduk pelanggan adalah selamat sekurang-
kurangnya satu (1) meter dengan menandakan kawasan penjarakkan di
tempat duduk berkenaan.
7 Memastikan penjarakkan fizikal antara pelanggan dan pegawai yang
bertugas sekurang-kurangnya satu (1) meter ketika melakukan transaksi
dalam memberikan perkhidmatan.
8 Pegawai haruslah sentiasa mengamalkan 6 Nilai Bersama ketika berhadapan
dengan pelanggan untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 17
BBAABB :: 23
PENYEDIAAN BAHAN KEPERLUAN DAN NOTIS KESEDARAN COVID-19
1 Penyediaan Hand Sanitizer
Menyediakan hand sanitizer secukupnya dan diletakkan di
tempat yang sesuai seperti di pintu masuk, pintu keluar
dan setiap kaunter perkhidmatan.
2 Notis Kesedaran COVID-19
1. Mempamerkan notis kempen kesedaran; tiada persentuhan secara
fizikal seperti bersalam, penjarakkan fizikal dan penggunaan pelitup
muka.
2. Mempamerkan notis dan poster mengenai penjagaan kebersihan
kendiri.
3. Mempamerkan notis dan poster yang berkaitan dengan COVID-19.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 18
BBAABB :: 23
TANGGUNGJAWAB PENGURUS / PENYELIA
1 Sentiasa berbincang bersama pegawai mengenai COVID-19:
v Memastikan pegawai sentiasa mengamalkan kebersihan (hygiene) iaitu
dengan menggunakan hand sanitizer atau mencuci tangan
menggunakan sabun.
v Sentiasa memaklumkan perkembangan terkini mengenai COVID-19.
v Memastikan pegawai dibekalkan dengan pelitup muka dan memakai
dengan betul sepanjang waktu bertugas.
2 Sentiasa memantau operasi keseluruhan pejabat / kaunter perkhidmatan
dengan memastikan semua pegawai dan pelanggan mematuhi garis
panduan yang telah disediakan.
3 Memastikan suhu badan semua pegawai yang bertugas di pejabat diambil
dan direkod sebelum masuk ke pejabat masing-masing untuk tujuan
pemantauan.
4 Memastikan kerja nyah cemar (disinfect) dilakukan secara berkala:
v Sejam sekali bagi tempat-tempat yang selalu dipegang oleh pelanggan
seperti pemegang pintu, kaunter hadapan, kerusi (ruang menunggu)
dan kaunter perkhidmatan.
v Dua (2) kali sehari bagi kawasan yang kurang disentuhi.
Semua bahan buangan terpakai seperti pelitup muka (mask), sarung tangan
dan tisu muka harus dibuang mengikut kaedah yang betul berdasarkan
Langkah-Langkah yang dikeluarkan oleh KKM.
Mematuhi saranan penjagaan kebersihan yang dikeluarkan oleh KKM dari
semasa ke semasa.
Memastikan hand sanitizer mencukupi dan diletakkan di tempat yang sesuai
seperti di pintu masuk / keluar dan di setiap kaunter perkhidmatan.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 19
BBAABB :: 23
LAIN-LAIN
1 Pegawai yang tidak sihat haruslah memaklumkan kepada Ketua Jabatan /
Pengurus / Penyelia secepat mungkin dan wajib menjaga kebersihan kendiri
dan sentiasa memaklumkan perkembangan tahap kesihatan pegawai
kepada Ketua Jabatan / Pengurus / Penyelia. Pegawai yang mempunyai suhu
badan 37.5oC atau lebih atau mempunyai simptom batuk, demam, selsema,
sakit tekak atau kesukaran pernafasan mesti dirujuk ke klinik / hospital
dengan secepat mungkin.
2 Sesiapa yang dikategorikan sebagai Person Under Surveillance (PUS), Person
Under Investigation (PUI) atau Positif COVID-19, mesti melaporkan status
mereka kepada Ketua Jabatan secepat mungkin. Tindakan tatatertib akan
diambil jika melanggar arahan daripada pihak KKM.
3 Selain daripada peruntukan dalam Garis Panduan ini, semua pegawai
hendaklah mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh KKM bagi tujuan
mengawal penularan jangkitan COVID-19 di pejabat masing-masing.
4 Rujukan SOP / Garis Panduan dari sumber yang lain:
v Garis Panduan Pengurusan Kes Positif COVID-19 di Pejabat APM
v Garis Panduan Pengendalian Isu-isu Berhubung Penularan Jangkitan
Wabak COVID-19 di Premis Kerajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam
bertarikh 16 Mac 2020.
v Prosedur Kerja Selamat Pencegahan COVID-19 di Tempat Kerja oleh
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber
Manusia.
v Annex 25 : COVID Guide for Workplace oleh KKM
v Annex 26 : COVID Guide for Social Distancing oleh KKM
v Annex 36 : Garis Panduan Pembersihan Dan Disinfeksi Di Tempat Awam
oleh KKM.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 20
BAB 4
Garis Panduan Bekerja Dari Rumah (Work From Home)
Sumber Rujukan:
1. Garis Panduan Pengoperasian Pejabat, Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2021
2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 (Dasar Bekerja Dari Rumah)
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 21
BBAABB :: 24
ARAHAN BERKERJA DARI RUMAH
1 STAY AT HOME, STOP COVID 19
Bagi pegawai yang telah di arah untuk bekerja dari rumah, perkara-perkara
berikut hendaklah dipatuhi:
v Sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat / bekerja yang
ditetapkan oleh Kerajaan:
v Sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke
pejabat atau mana-mana lokasi lain: dan
v Memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.
Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi
perkara-perkara yang dinyatakan di para 3 melainkan mendapat kebenaran
Ketua Jabatan.
Pegawai adalah tertakluk kepada Perintah-perintah Am Perkhidmatan
Awam.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 22
BBAABB :: 24
ARAHAN BERKERJA DARI RUMAH
2 Garis Panduan Bekerja Dari Rumah
Peraturan asas untuk dipatuhi:
v Pastikan nombor penting / kecemasan untuk dihubungi
v Pastikan semua pegawai mengetahui arahan / nasihat terkini Kerajaan,
tindakan anda sebagai majikan dan apa yang anda perlu lakukan jika
anda dipanggil untuk bekerja.
v Pastikan pegawai dan kakitangan memahami dan mematuhi semua
dasar dan proses berkaitan COVID-19 dan sentiasa menyemak
maklumat terkini.
v Pastikan semua pegawai dan kakitangan mendapat perkembangan
terkini dan nasihat rasmi dari Kerajaan.
Bagi memastikan prestasi dan produktiviti tidak terjejas, perkara-perkara
seperti berikut adalah digalakkan:
v Pastikan anda mempunyai capaian internet di rumah;
v Pastikan e-mel anda, nombor hubungan anda tersedia dan pelanggan
penting anda dimaklumkan;
v Pastikan barangan elektronik untuk anda bekerja seperti telefon
bimbit, meja komputer dan computer riba berfungsi dengan baik;
v Muat turun perisian konferen atas talian supaya dapat mengadakan
dan menghadiri mesyuarat secara atas talian yang diperlukan;
v Dapat log masuk ke e-mel jabatan / HRMIS; dan
v Pastikan anda boleh mengakses aplikasi dan dokumen anda walaupun
berada di rumah.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 23
BBAABB :: 24
ARAHAN BERKERJA DARI RUMAH
3 3R : Norma Baharu Kerja Dari Rumah
RUTIN
Kekalkan jadual waktu bekerja seperti biasa, berhenti pada waktu rehat
dan apabila tamat waktu kerja.
REHAT
Rehat selama 15 minit bagi setiap 2 jam dengan melakukan X-brak seperti
melakukan regangan atau senaman ringan. Hirup udara segar dan lihat
pemandangan luar.
RUANG
Sediakan ruang yang sesuai dan selesa untuk bekerja.
4 Penjarakan Fizikal Untuk Individu dan Keluarga Di Rumah
1. INDIVIDU YANG SAKIT : Untuk sesiapa yang yang mempunyai gejala-
gejala batuk, demam, selsema dan yang berkaitan.
2. ELAK DI TEMPAT SESAK : Mana-mana individu yang mempunyai sakit
kronik, harus mengelakkan diri dari pergi ke tempat yang sesak
seperti perhimpunan atau perjumpaan besar.
3. HADKAN REKREASI DI TEMPAT AWAM : Hadkan aktiviti rekreasi atau
mana-mana kelas, mesyuarat dan aktiviti santai.
4. STOK MAKANAN DAN UBAT : Beli dan simpan stok mencukupi untuk
makanan dan ubat-ubatan bagi mengelakkan daripada keluar dengan
kerap.
5. PENGHANTARAN BARANG : Penggunaan perkhidmatan penghantaran
ke rumah bagi mendapatkan makanan, ubat-ubatan, barangan runcit
dan mana-mana barang keperluan.
6. HADKAN TETAMU : Hadkan penerimaan tetamu di rumah.
7. KOMUNIKASI : Gunakan teknologi untuk berkomunikasi dengan
keluarga dan rakan-rakan yang jauh.
8. PEMBAYARAN ATAS TALIAN : Pertimbangkan penggunaan
pembayaran atas talian untuk mana-mana pembayaran bil dan utiliti.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 24
BAB 5
Integriti & Disiplin
Sumber Rujukan:
1. Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1952 [Akta 221]
2. Akta Rahsia Rasmi, 1972
3. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
4. Kaedah-kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970
5. Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 25
BBAABB :: 25
INTEGRITI & DISIPLIN
1 Amaran Kepada Pegawai Pertahanan Awam
Tanggungjawab Pegawai dan Kakitangan APM dalam memelihara Integriti
sebagai Perkhidmatan Awam semasa menggunakan kemudahan media
sosial dan internet.
DATA REKOD KENYATAAN VIDEO AUDIO VISUAL
“Dalam situasi Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkaitan COVID-19,
tuan/puan dilarang menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan tidak
tepat (berita palsu) sama ada dalam bentuk data, rekod, kenyatan, video,
audio visual dan sebagainya kepada umum melalui pelbagai saluran media”
2 Tindakan
Sebagai Pegawai dan kakitangan APM, tuan/puan boleh diambil tindakan
sekiranya didapati melakukan kesalahan tersebut termasuk:
v Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1952 [Akta 221]
v Akta Rahsia Rasmi 1972
v Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
v Kaedah-kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam ) 1970
v Perintah Am : Peraturan-peraturan pegawai awam
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 26
BAB 6
Garis Panduan Pengurusan Kes Positif Di Pejabat APM
Sumber Rujukan:
Garis Panduan Pengurusan Kes Positif COVID-19 Di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 27
BBAABB :: 26
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KES POSITIF COVID-19 DI PEJABAT APM
1 Objektif
Memastikan pengurusan kes positif COVID-19 dan pengurusan kontak
rapat kes positif COVID-19 dapat diuruskan dengan kadar segera dan
mengikut SOP yang telah ditetapkan dalam usaha mengekang penularan
pandemic COVID-19.
2 Tindakan Pekerja
1. Segera memberi makluman kepada majikan / penyelia, jika
mempunyai gejala berkaitan COVID-19.
2. Menjalani ujian saringan COVID-19 (swab test) di mana-mana fasiliti
kesihatan kerajaan atau swasta.
3. Melaksanakan kuarantin kendiri (self-quarantine) di rumah sehingga
keputusan swab test diperolehi.
4. Sekiranya keputusan negatif : hadir ke tempat kerja seperti biasa.
5. Sekiranya keputusan positif : meneruskan self-quarantine sehingga
dihubungi oleh PKD/CAC.
Bergejala Menjalani Ujian Kuarantin Maklum Contact
COVID-19 Kendiri kepada PKD Tracing
Fasiliti Fasiliti
Kerajaan Swasta
Disahkan Negatif Tamat
Tamat
Lapor kepada Disahkan Hospital / PKRC Selesai Kuarantin
Penyelia Positif Kuarantin Kendiri 28
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
BBAABB :: 26
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KES POSITIF COVID-19 DI PEJABAT APM
3 Tindakan Pentadbiran
1. Membuat pengasingan terhadap pekerja yang bergejala / disahkan
positif COVID-19.
2. Membuat / memberi pemakluman kepada:
i. PKD : Pengurusan kes positif dan kontak rapat
ii. BSM : Pengurusan rekod staf positif COVID-19
: Perkhidmatan kaunseling kepada staf / anggota
berkaitan
iii. BPA : Pengurusan rekod pegawai / anggota sukarela positif
COVID-19
iv. BKP : Pengurusan sanitasi / dekontaminasi pejabat dan
v. BPBO : Penilaian risiko
: Surat arahan kuarantin kendiri kepada staf positif dan
kontak rapat.
Catatan: Penyelia Negatif Tamat
a) Operasi Pejabat : Diteruskan
b) Kontak rapat :
Tiada keperluan laksana swab melainkan
diarahkan KKM atau mengalami gejala
Positif
BKP BPBO BPA
Staf Tetap / Kontrak Staf Sukarela
Arahan Kuarantin
Unit Kaunseling Kendiri Rekod / Senarai
Rekod / Senarai Staf Staf Positif
Dekontaminasi
Positif Pejabat
Dekontaminasi
Kenderaan
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 29
BBAABB :: 26
GARIS PANDUAN PENGURUSAN KES POSITIF COVID-19 DI PEJABAT APM
3 Tindakan Pengoperasian
1. Penilaian keupayaan pengoperasian.
2. Pemakluman PDPA kepada PNPA / PNPA kepada IPPA.
3. Laksana tindakan berkaitan:
Kuarantin di Rumah / Hospital / Anggota Positif
PKRC
Tindakan PPAN / PPAD Laksana Perkhidmatan
Perkhidmatan Tidak Berjalan
BPBO (IPPA) / PNPA
Tiada keperluan untuk tutup Berjalan
10 hari Dekontaminasi Pejabat
Dekontaminasi Aset & Pemakluman ke PKOP
Peralatan Operasi Hantar pasukan sokongan
Pengesanan Kontak
Rapat
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 30
BAB 7
Garis Panduan Nyahkuman Di Pejabat APM
Sumber Rujukan:
1. Annex 8 : The Infection Prevention and Control (IPC) Measures When Corona Virus Disease
(COVID-19) Infection is Suspected or Confirmed
2. Annex 36 : Garis Panduan Pembersihan Dan Disinfeksi Di Tempat Awam oleh KKM.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 31
BBAABB :: 27
GARIS PANDUAN NYAHKUMAN DI PEJABAT APM
1 Jika permukaan adalah kotor, maka ia perlu dibersihkan menggunakan
bahan pencuci atau sabun dan air sebelum dinyahkuman.
2 Proses nyahkuman boleh dilakukan menggunakan cecair peluntur atau
alkohol kimia yang mengandungi minimum 70% alcohol.
3 Pastikan permukaan yang hendak dinyahkuman adalah sesuai dan boleh
menggunakan cecair peluntur.
4 Cara penyediaan cecair peluntur yang betul:
v 5 sudu besar (1/3 penutup) cecair peluntur untuk 1 galon atau 3.8 liter
air; atau
v 4 sudu teh / sudu kecil cecair peluntur untuk 1 kuart atau 950 ml air
5 Jangan campur air peluntur dengan ammonia atau mana-mana cecair
peluntur yang lain
6 Untuk permukaan yang lembut, bersihkan bahagian yang kotor atau
tercemar menggunakan cecair pembersih yang sesuai untuk permukaan
tersebut. Selepas dibersihkan bahagian yang tercemar:
v Jika barangan tersebut boleh dicuci, cuci barangan tersebut mengikut
kesesuaian menggunakan kadar kepanasan air yang sewajarnya untuk
barang tersebut dan keringkan barang tersebut sepenuhnya.
7 Ikut arahan pada label produk cecair peluntur untuk penggunaan dan
pengudaraan yang betul.
8 Cecair peluntur yang belum
luput tarikh adalah berkesan
untuk nyahkuman virus corona
jika dilarutkan dengan betul.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 32
BAB 8
Garis Panduan Pengurusan Jenazah
(Dalam Dan Luar Hospital)
Sumber Rujukan:
1. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
2. Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221)
3. Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20 (MKN20)
4. Garis Panduan Pengurusan Kematian Disyaki COVID-19 Di Dalam Hospital Semasa
Pandemik (KKM 2020/Annex20)
5. Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam COVID-19 Edisi 2020
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 33
BBAABB :: 28
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH DALAM HOSPITAL
1 Pengenalan
Garis panduan ini disediakan sebagai satu dokumen rujukan dan panduan
kepada semua pihak yang terlibat bagi mengendalikan pengurusan mayat
semasa pandemic COVID-19 dengan mengambil kira pandangan pakar dan
ketetapan polisi dan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM)
2 Tugas Dan Peranan
1 Membantu Mengambil Mayat / Jenazah Daripada Unit / Wad Dalam
Hospital
1. Terima makluman daripada Penolong Pegawai Perubatan (PPP) /
Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) yang bertugas untuk
mengambil mayat di wad / jabatan kecemasan.
2. Pakai pakaian / peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai.
3. Ambil mayat / jenazah bersama-sama PPK di wad / unit dengan
menggunakan troli mayat berpenutup.
4. Membantu PPK menyemak butir-butir simati pada body tag yang
berada pada mayat / jenazah.
5. Membantu PPK membawa mayat ke atas troli mayat.
6. Membantu PPK membawa mayat ke Jabatan Perubatan Forensik
dengan menggunakan troli mayat berpenutup.
7. Serah dokumen yang berkenaan kepada PPP yang bertugas di
kaunter.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 34
BBAABB :: 28
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH DALAM HOSPITAL
2 Tugas Dan Peranan
2 Urusan Penyimpanan Mayat / Jenazah
1. Pakai pakaian / peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai.
2. Membantu PPK menyemak tiga (3) body tag lengkap diisi dengan
butir-butir mayat.
3. Pastikan body tag adalah sepadan dengan butir-butir simati.
4. Membantu PPK memasukkan mayat / jenazah ke dalam peti sejuk
mayat.
5. Letakkan mayat dalam posisi telentang dengan bahagian kepala
menghadap pintu peti sejuk mayat.
6. Tutup peti sejuk mayat dengan kemas.
7. Catat senarai mayat / jenazah pada borang penyimpanan /
pergerakkan mayat.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 35
BBAABB :: 28
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH DALAM HOSPITAL
2 Tugas Dan Peranan
3 Pengurusan Mayat / Jenazah COVID-19 Bagi Pengecaman Waris Di Bilik
Mayat
1. PPK menerima makluman dan senarai mayat / jenazah daripada
Penyelaras Pengurusan Mayat / Jenazah COVID-19
2. Membantu PPK menyemak lokasi dan butir-butir mayat / jenazah
yang diuruskan.
3. Pakai pakaian / peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai.
4. Membantu PPK mengeluarkan mayat / jenazah dari peti sejuk mayat
ke troli mayat.
5. Membantu PPK Menyusun atur mayat / jenazah mengikut turutan.
(Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung) SIHAT
SEPANJANG HAYAT, KUALITI SEPANJANG MASA.
6. Membantu PPK membawa mayat / jenazah ke bilik pengurusan
mayat / jenazah COVID-19 dan meletakkan mayat / jenazah pada
posisi yang betul untuk pengecaman dan juga tayammum serta solat
bagi jenazah yang beragama Islam.
7. Pastikan kebersihan tangan (hand hygiene) dilakukan setiap kali
selepas menyentuh beg mayat dan persekitarannya dengan
menggunakan alcohol handrub yang telah disediakan.
8. Membantu PPK mengangkat dan memasukkan mayat / jenazah ke
dalam keranda yang telah disediakan.
9. Membantu PPK mengangkat dan memasukkan keranda ke dalam
kenderaan mayat / jenazah.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 36
BBAABB :: 28
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH DALAM HOSPITAL
3 Proses Kerja
1. Mengadakan perbincangan dengan pihak hospital.
2. Kenalpasti penugasan dan bantuan yang diperlukan oleh pihak
hospital.
3. Kenalpasti petugas dan bilangan.
4. Petugas yang sudah dikenalpasti hendaklah sihat tubuh badan, tidak
mempunyai penyakit kronik, telah menerima dua (2) dos suntikan
vaksin dan berumur 50 tahun ke bawah.
5. Menghantar laporan melalui TracAPM yang disediakan setiap hari
apabila selesai tugas mengikut shif.
4 Peralatan Yang Diperlukan
1. Sarung tangan getah dua (2) pasang
2. Tyvek Suit
3. Face Mask N95
4. Shoe Cover
5. Head Cover
6. Face Shield
7. Apron
8. But Getah (Disyorkan tinggi lutut)
9. Pembasmi kuman 0.5% SodiumHypocloride (1:10)
10. Penyembur untuk pembasmi kuman (sprayer)
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 37
BBAABB :: 28
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH LUAR HOSPITAL
1 Peranan Agensi
1 Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
1. Menerima maklumat kematian dari orang awam.
2. Menyediakan Personal Protective Equipment (PPE) asas
(Facemask dan Gloves) untuk menjalankan siasatan sebelum ke
lapangan.
3. Pergi ke lapangan untuk menjalankan siasatan awal.
4. Memaklumkan kepada PKD sekiranya mengesyaki kematian
berkaitan COVID-19.
5. Menguruskan dan menghantar mayat ke hospital di bawah
seliaan PKD.
6. Menjalankan tugas mengendalikan mayat seperti biasa jika
kematian bukan disyaki COVID-19.
2 Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
1. Menerima maklumat daripada pihak PDRM.
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKD) menjalankan
siasatan lanjut di lapangan.
3. Mengeluarkan surat pemakluman kematian disyaki COVID-19.
4. Menyediakan PPE untuk pengurusan mayat di rumah dan tempat
pengebumian.
5. Menyelia pengurusan mayat oleh PDRM.
• Pemakaian PPE yang betul.
• Proses dekontaminasi di tempat kejadian dan kenderaan.
6. Memaklumkan kepada Unit Kesihatan Awam (UKA) di hospital
mengenai penghantaran kes kematian disyaki COVID-19 ke
hospital.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 38
BBAABB :: 28
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH LUAR HOSPITAL
1 Peranan Agensi
3 Jabatan Perkhidmatan Forensik (JPF)
1. Menerima mayat dan surat pemakluman kematian disyaki
COVID-19.
2. Membuat pemeriksaan mayat.
3. Melengkapkan borang daftar kematian dan permit mengkubur
(LM02).
4. Pengurusan mayat mengikut Garis Panduan Pengurusan Mayat
COVID-19.
5. Menyerahkan mayat kepada waris dan proses pengkebumian
diselia oleh APM.
4 Jabatan Agama Islam Negeri / Daerah
1. Memberi panduan tatacara pengendalian mayat muslim
(Tayamum / Solat Jenazah)
2. Memberi nasihat keagamaan berkaitan pengendalian mayat
muslim dari semasa ke semasa.
3. Cara pengurusan jenazah secara biasa (Tambahan)
5 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
1. Menerima mayat yang telah disempurnakan oleh JPF.
2. Menyelaras penghantaran mayat ke tempat pengkebumian /
crematorium.
3. Menyelia proses pengkebumian oleh waris si mati.
4. Menyelaras kerja-kerja dekontaminasi.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 39
BBAABB :: 28
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH LUAR HOSPITAL
1 Peranan Agensi
6 Bukan Islam
Syarikat yang dilantik dalam pengurusan mayat akan mengadakan
Latihan kepada APM dan agensi-agensi lain. Antara Latihan yang
diperlukan adalah:
1. Cara pengurusan mayat secara biasa.
2. Cara pengurusan mayat semasa pandemik (pilihan)
3. Membantu menasihati dari segi aspek proses pengurusan mayat.
4. Membantu memberikan nasihat-nasihat yang berkaitan dengan
adab dan lain-lain yang perlu.
2 Proses Kerja
SEBELUM
1. Menerima maklumat kematian dari Jabatan Forensik (JPF) di hospital
atau melalui waris.
2. Menerima dokumen dari Unit Kesihatan Awam (UKA) Hospital.
3. Bagi mayat bukan muslim, mayat diserahkan kepada waris si mati
untuk proses pengebumian / kremasi. (Diselia oleh pegawai APM
yang berkaitan).
4. Mendapatkan maklumat daripada keluarga / waris berkaitan dan
bergerak ke lokasi.
5. Menyelaras taklimat dan proses pemakaian PPE mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 40
BBAABB :: 28
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH LUAR HOSPITAL
2 Proses Kerja
SEMASA
1. Enam orang waris atau petugas yang telah siap memakai PPE akan
terlibat semasa proses pengebumian.
2. Memastikan proses pengebumian dijalankan dengan betul.
3. Memastikan waris yang tidak terlibat dengan proses pengebumian
berada jarak yang selamat.
4. Menjalankan proses dekontaminasi dilaksanakan disetiap proses
lapisan pengebumian jenazah.
SELEPAS
1. Memastikan PPE yang telah digunakan ditanggalkan mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan sebaik sahaja proses pengebumian
selesai.
2. Memastikan semua PPE yang telah diguna, dibuang dengan
menggunakan plastik khas.
3. Memastikan semua yang terlibat dengan proses pengebumian
menjalankan proses dekontaminasi.
4. Menjalankan proses dekontaminasi ke atas semua yang terlibat
(kenderaan/ van jenazah dan peralatan yang digunakan semasa proses
pengebumian.
5. Memastikan proses dekontaminasi dilakukan ditempat yang telah
ditetapkan.
6. Waris yang terlibat dalam proses pengebumian digalakkan menaiki satu
kenderaan.
7. Menasihati waris dan petugas yang terlibat untuk balik dan terus mandi.
8. Menasihati waris agar tidak menyebarkan gambar atau video yang
diambil semasa proses pengebumian.
9. Menyediakan laporan kematian lengkap diisi oleh waris untuk tujuan
rekod.
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 41
BBAABB :: 28
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH LUAR HOSPITAL
3 Carta Alir
1. Terima maklumat kematian.
2. Terima dokumen dari UKA hospital.
3. Bergerak ke lokasi dan dapatkan maklumat dari waris.
4. 6 waris dan petugas siap memakai PPE semasa proses pengebumian.
5. Jalankan proses dekontaminasi di setiap lapisan pengkebumian
jenazah.
6. Pastikan semua PPE yang digunakan dibuang dengan menggunakan
plastik khas.
7. Jalankan proses dekontaminasi ke atas kenderaan, peralatan dan
tempat yang diguna pakai.
8. Menyediakan laporan kematian lengkap diisi oleh waris untuk tujuan
rekod.
4 Pengebumian Jenazah
1 Dilaksanakan oleh waris / APM pihak yang dilantik
2 Menentukan susun atur di lokasi pengebumian ditandakan
a) Laluan masuk dan keluar
b) Tempat ”donning” dan “doffing” PPE
c) Jarak selamat / had (50 meter) untuk waris atau individu yang
tidak terlibat dengan proses pengebumian (tidak memakai PPE)
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 42
BBAABB :: 28
GARIS PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH LUAR HOSPITAL
4 Pengebumian Jenazah
3 Menentukan proses pengebumian / kremasi dilaksanakan dengan
sempurna dan mengikut SOP
a) Petugas memakai PPE.
b) Keranda dibawa keluar dari kenderaan.
c) Petugas melaksanakan dekontaminasi pada lapisan luar keranda.
d) Keranda dibuka dan petugas melaksanakan dekontaminasi pada
bahagian dalam (jika berkaitan)
e) Petugas turun ke liang kubur dan menempatkan jenazah atau
keranda diturunkan ke dalam liang kubur dengan menggunakan
tali.
f) Liang kubur ditutup / ditimbus (bersama tali jika berkaitan)
g) Petugas pengebumian menanggalkan (doffing) PPE dengan betul.
h) PPE yang telah dipakai dimasukkan ke dalam beg plastik khas.
i) Melaksanakan dekontaminasi ke atas semua petugas, kenderaan
dan peralatan berkaitan.
j) Menasihatkan waris yang terlibat untuk balik menggunakan satu
kenderaan, terus balik dan segera mandi.
k) Menasihatkan waris untuk tidak merakamkan (video / gambar)
sepanjang proses pengebumian dilaksanakan.
4 Peralatan Yang Diperlukan
a) PPE level 3 (pakai buang).
b) Pam penyembur (spray pump) sanitasi / dekontaminasi.
c) Cangkul dan penyodok tanah.
d) Tali nylon (pakai buang).
e) Boot getah.
f) Baldi / water pump untuk keringkan liang kubur yang dipenuhi air
(jika berkaitan).
g) Lampu limpah (flood light) untuk operasi malam (jika berkaitan).
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 43
BAB 9
Garis Panduan Pengurusan Person Under Surveillance
(PUS) DI Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Dan Stesen
Kuarantin (Hotel dan ILA)
Sumber Rujukan:
Garis Panduan Proses Kemasukan dan Kuarantin Person Under Surveillance
(PUS)Yang Tiba Dari Luar Negara Bermula 24 Julai 2020
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 44