BUKU 6 RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA Melalui Aplikasi Tele-conferencing Zoom Meeting 24 JUN 2023 (SABTU) MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE - 37 (MAPA 2023)
BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Pendahuluan 2. Ringkasan Permohonan Kelulusan Rancangan Memperkasakan Perniagaan Koperasi melalui Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA 3. Cadangan Pembelian dan Pembangunan Tanah di Sungai Tong, Mukim Hulu Nerus, Setiu, Terengganu bagi Projek Inkubator Tanaman Kelapa Varieti Gadong Green Dwarf Secara Integrasi Dengan Penternakan Meliponini Antara ANGKASA dan Pewaris Gadong Plantation (PGP) 4. Cadangan Rintis Ternakan Ayam Gerakan Koperasi 5. Kertas Cadangan Permohonan Peruntukan Tambahan Pembinaan Kilang Pemprosesan Baharu Projek Pembungkusan dan Pemborongan Beras Jenama Melati 6. Cadangan Penubuhan 5 Anak Syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) ➢ MyANGKASA Green Technology Sdn. Bhd. ➢ MyANGKASA Trading Sdn. Bhd. ➢ MyANGKASA Retail Sdn. Bhd. ➢ MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. ➢ MyANGKASA Ventures Sdn. Bhd.
BIL. PERKARA MUKA SURAT 7. Cadangan Projek Pembangunan Perniagaan Koperasi (INKUBATOR) ➢ Inkubator Projek Tanaman Kenaf ➢ Inkubator Projek Tanaman Koko ➢ Inkubator Projek Buluh ➢ Inkubator Projek Food Security
PENDAHULUAN
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 1 RANCANGAN MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN KOPERASI UNTUK KELULUSAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) Bagi merealisasikan peranan ANGKASA dalam memperkasakan gerakan koperasi, ANGKASA telah mewujudkan “Pelan Induk Ekonomi Strategik” (Strategic Economic Master Plan (SEM)) yang telah menetapkan halatuju yang lebih luas untuk gerakan koperasi bagi membolehkan koperasi menjadi penggerak utama aktiviti sosio-ekonomi negara. Lima (5) projek memperkasa koperasi yang akan dilaksanakan oleh ANGKASA melibatkan gerakan koperasi seperti berikut: 1. CADANGAN PEMBELIAN DAN PEMBANGUNAN TANAH DI SUNGAI TONG, MUKIM HULU NERUS, SETIU, TERENGGANU BAGI PROJEK INKUBATOR TANAMAN KELAPA VARIETI GADONG GREEN DWARF SECARA INTEGRASI DENGAN PENTERNAKAN MELIPONINI KERJASAMA DI ANTARA ANGKASA DAN PEWARIS GADONG PLANTATION (PGP) ANGKASA melalui Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu bercadang untuk membeli sebidang tanah seluas 26.5 ekar yang terletak di Sungai Tong, Mukim Hulu Nerus, Terengganu. Projek Pembangunan Tanah tersebut adalah sebagai Projek Inkubator Tanaman Kelapa Varieti Gadong Green Dwarf secara integrasi dengan Penternakan Meliponini kerjasama di antara ANGKASA dan Pewaris Gadong Plantation (PGP). 2. CADANGAN PROJEK RINTIS TERNAKAN AYAM GERAKAN KOPERASI Cadangan projek rintis ternakan ayam gerakan koperasi dalam ekosistem ternakan ayam dengan peruntukan sebanyak RM10 juta secara Revolving Credit Fund. 3. CADANGAN PERUNTUKAN TAMBAHAN PEMBINAAN KILANG PEMPROSESAN BAHARU PROJEK PEMBUNGKUSAN DAN PEMBORONGAN BERAS JENAMA MELATI Cadangan memperkasakan Konsortium ke arah Pembangunan Perniagaan ANGKASA melalui Peruntukan Tambahan Pembinaan Kilang Pemprosesan Baharu Projek Pembungkusan dan Pemborongan Beras melibatkan pelaburan ANGKASA berjumlah RM 604,100.00 4. CADANGAN PENUBUHAN LIMA ANAK SYARIKAT MYANGKASA HOLDINGS SDN. BHD. (MHSB) Persidangan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-28 tahun 2012 telah meluluskan rancangan Perniagaan ANGKASA bagi menubuhkan subsidiari yang akan mengurus dan melaksanakan pengembangan aktiviti perniagaan ANGKASA. Sehubungan itu MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) telah diperbadankan pada Disember 2012 dan memulakan operasinya secara rasmi pada April 2013.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 2 Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023), dibentang lima cadangan penubuhan anak syarikat MHSB seperti berikut untuk kelulusan: i. MyANGKASA Green Technology Sdn. Bhd. ii. MyANGKASA Trading Sdn. Bhd. iii. MyANGKASA Retail Sdn. Bhd. iv. MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. v. MyANGKASA Ventures Sdn. Bhd. 5. CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI (INKUBATOR) ANGKASA pada dasarnya memainkan peranan penting dalam pembangunan perniagaan koperasi secara keseluruhannya. Aspirasi Gerakan Koperasi jelas menyatakan peranan ANGKASA dalam pembangunan perniagaan koperasi. Antara cadangan projek pembangunan perniagaan inkubator ialah: i. Inkubator Projek Tanaman Kenaf ii. Inkubator Projek Tanaman Koko iii. Inkubator Projek Tanaman Buluh iv. Inkubator Projek Food Security
RINGKASAN PERMOHONAN KELULUSAN RANCANGAN MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN KOPERASI MELALUI PELAN INDUK EKONOMI STRATEGIK ANGKASA
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 3 RINGKASAN PERMOHONAN KELULUSAN RANCANGAN MEMPERKASAKAN PERNIAGAAN KOPERASI MELALUI PELAN INDUK EKONOMI STRATEGIK ANGKASA Bil. Projek Tahun Pelaksanaan Sumber Pembiayaan Permohonan Peruntukan (RM) (Pembiayaan Projek) Analisa Kewangan Pendapatan Setahun (RM) Unjuran Pendapatan untuk Tempoh 5 / 10 Tahun (RM) 1 Cadangan Pembangunan Tanah Di Sungai Tong, Mukim Hulu Nerus, Setiu, Terengganu 2023 ANGKASA 1,955,046.00 141,750.00 702,900.00 2 Cadangan Projek Rintis Ternakan Ayam Gerakan Koperasi 2023 ANGKASA 9,924,500.00 19,134,310.00 23,257,873.00 3 Cadangan Peruntukan Tambahan Pembinaan Kilang Pemprosesan Baharu Projek Pembungkusan Dan Pemborongan Beras Jenama Melati 2024 ANGKASA 604,100.00 8,283,340.00 13,667,617.00 4 Cadangan Penubuhan lima Anak Syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) 2023 TIADA 0.00 18,688,578.76 27,006,917.73 5 Cadangan Projek Pembangunan Perniagaan Koperasi (Inkubator) 2023 ANGKASA 2,000,000.00 0.00 0.00 JUMLAH 14,483,646.00
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 4 PENGESYORAN i. Anggaran perbelanjaan bagi melaksanakan projek ini akan diperolehi dari kewangan ANGKASA berjumlah RM 14,483,646.00 untuk tempoh 5 hingga 10 tahun operasi. ii. Perincian dan pemantauan akan dibuat oleh Jawatankuasa berikut: a) Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Koperasi. b) Jawatankuasa Kumpulan Perniagaan Koperasi. KEPUTUSAN: SETUJU TIDAK SETUJU
KERTAS KERJA 1 CADANGAN PEMBELIAN DAN PEMBANGUNAN TANAH DI SUNGAI TONG, MUKIM HULU NERUS, SETIU, TERENGGANU BAGI PROJEK INKUBATOR TANAMAN KELAPA VARIETI GADONG GREEN DWARF SECARA INTEGRASI DENGAN PENTERNAKAN MELIPONINI ANTARA ANGKASA DAN PEWARIS GADONG PLANTATION (PGP)
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 5 KERTAS KERJA 1 CADANGAN PEMBELIAN DAN PEMBANGUNAN TANAH DI SUNGAI TONG, MUKIM HULU NERUS, SETIU, TERENGGANU BAGI PROJEK INKUBATOR TANAMAN KELAPA VARIETI GADONG GREEN DWARF SECARA INTEGRASI DENGAN PENTERNAKAN MELIPONINI ANTARA ANGKASA DAN PEWARIS GADONG PLANTATION (PGP) 1. PENGENALAN Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) berkaitan Cadangan Pembelian dan Pembangunan Tanah di Sungai Tong, mukim Hulu Nerus, Setiu, Terengganu. Projek Pembangunan Tanah tersebut adalah sebagai Projek Inkubator Tanaman Kelapa Varieti Gadong Green Dwarf (GGD) secara integrasi dengan Penternakan Meliponini kerjasama di antara ANGKASA dan Pewaris Gadong Plantation (PGP). 2. LATAR BELAKANG PROJEK ANGKASA melalui Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu dalam perancangan membeli sebidang tanah seluas 26.5 ekar yang terletak di Sungai Tong, Mukim Hulu Nerus, Terengganu. Tanah tersebut berpotensi untuk dibangunkan dengan tanaman kelapa secara integrasi bersama Penternakan Meliponini. Di Malaysia, kelapa merupakan salah satu tanaman komoditi yang penting untuk ekonomi negara kerana permintaan yang tinggi terutamanya untuk produk-produk seperti kelapa biji, kelapa parut, santan, sabut kelapa untuk pertanian dan sebagainya. Pewaris Gadong Plantation (PGP) merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti berkaitan pertanian dan perladangan serta industri hiliran berasaskan tanaman kelapa. Pewaris Gadong Plantation juga menawarkan khidmat nasihat konsultansi tentang tanaman secara fertigasi pintar kepada bakal-bakal usahawan serta beberapa agensi di Malaysia. PGP berhasrat untuk terlibat dalam melaksanakan Projek Inkubator Tanaman Kelapa di tanah yang terletak di Sungai Tong, Mukim Hulu Nerus, Setiu, Terengganu yang diperoleh melalui pembelian tanah oleh ANGKASA untuk diusahakan dengan tanaman kelapa varieti Gadong Green Dwarf (GGD) secara integrasi bersama Penternakan Melipononi dan tanaman selingan iaitu tembikai merah. PGP berhasrat menghasilkan produk kelapa segar (kelapa tua) untuk memenuhi pasaran sedia ada melalui model kerjasama dengan koperasi-koperasi di negeri Terengganu.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 6 3. OBJEKTIF PROJEK 3.1 Objektif Jangka Pendek 3.1.1 Merangka, merancang dan menyiapkan pelan pembangunan tapak untuk tanaman kelapa varieti GGD secara integrasi dengan Penternakan Meliponini dan tanaman selingan iaitu tembikai. 3.1.2 Membuat ujian analisa tanah di kawasan tapak untuk mengetahui kesesuaian tanah bagi tanaman kelapa dan tembikai. 3.1.3 Membersihkan dan meratakan seluruh kawasan tapak untuk kerja-kerja menanda baris tanaman, menggali parit, membajak dan merotor tanah dan memancang lubang tanaman. 3.1.4 Memulakan kerja-kerja pembinaan infrastruktur asas seperti sistem perparitan dan pengairan, pagar, jalan ladang, dan pembangunan sumber air seperti menggunakan kolam takungan 3.2 Objektif Jangka Sederhana 3.2.1 Memulakan penanaman kelapa GGD secara menyeluruh mengikut keluasan tanah yang ditetapkan. 3.2.2 Memulakan penanaman tembikai merah sebagai tanaman selingan untuk tempoh 6 pusingan tanaman (tempoh 2 tahun pertama). 3.2.3 Memulakan Penternakan Meliponini di tapak pada tahun ketiga (3) penanaman kelapa. 3.2.4 Menghasilkan kualiti kelapa mengikut keperluan dan spesifikasi pasaran semasa. 3.2.5 Menjalankan pelan pemasaran kelapa GGD dan madu kelulut secara meluas di dalam negara. 3.2.6 Menawarkan program kerjasama dengan koperasi-koperasi di negeri Terengganu. 3.2.7 Membangunkan program usahawan agropreneur dalam menguruskan ladang integrasi. 3.2.8 Menjalankan dan menghasilkan pembenihan inbred kelapa GGD untuk dipasarkan. 3.2.9 Memperluaskan penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) di ladang – ladang tanaman kelapa GGD. 3.2.10 Membangunkan dan mempromosikan program agro pelancongan di tapak projek ke seluruh Terengganu dan negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 3.3 Objektif Jangka Panjang 3.3.1 Menjadi pembekal dan pengeluar utama kelapa varieti GGD di Malaysia bagi memenuhi permintaan semasa. 3.3.2 Memenuhi pasaran berasaskan kelapa GGD dan madu kelulut berskala besar yang melibatkan pasaran luar negara. 3.3.3 Membangunkan pusat pemprosesan produk hiliran kelapa dan madu kelulut untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 7 3.3.4 Menjadikan tapak sebagai pusat agro pelancongan sebagai tarikan pelancong khususnya di peringkat antarabangsa. 3.3.5 Memperkasakan aktiviti ekonomi dan keusahawanan gerakan koperasi yang terlibat dengan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka 4. KAEDAH KERJASAMA BIL MAKLUMAT KETERANGAN 4.1 Model Perniagaan Projek adalah berbentuk inkubator 4.2 Pemilikan Projek Pemilikan projek adalah ANGKASA Pusat melalui JPAN Terengganu a) Fasa 1 ● ANGKASA sebagai pemilik Projek dan Pewaris Gadong Plantation (PGP) sebagai Konsultan Projek. ● Jangka masa Fasa 1 adalah sepanjang tempoh Objektif Jangka Pendek dan Objektif Jangka Sederhana berlangsung. b) Fasa 2 ● Objektif Jangka Panjang berlangsung ● Penawaran menyertai Projek dari segi pemilikan ekuiti dan terbuka kepada koperasi – koperasi di Negeri Terengganu. 4.3 Peranan ANGKASA ● Suntikan dana awal untuk pemangkin industri dan menyediakan tapak projek serta infrastruktur Pewaris Gadong Plantation ● Konsultan, Pengurus Projek, Kontrak Pembelian (Buy Back Policy), Pembekal Input, Bimbingan Niaga, Pembekal Teknologi JPAN Terengganu ● Pengumpulan dan pemilihan koperasi-koperasi yang terlibat dalam projek ● Perhubungan dengan agensi-agensi berkaitan yang terlibat di peringkat negeri. ● Promosi tapak projek sebagai pusat agro pelancongan Koperasi ● Pemindahan teknikal dan pengetahuan dalam tanaman kelapa, tembikai dan penternakan meliponini. 4.4 Perjanjian ● ANGKASA & Pewaris Gadong Plantation ● ANGKASA & Koperasi (Akan diuruskan oleh Bahagian Undang-Undang ANGKASA) 4.5 Kawalan Kewangan ● Menggunakan akaun induk ANGKASA ● Kawalan adalah berdasarkan lejer projek
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 8 BIL MAKLUMAT KETERANGAN 4.6 Penyertaan Koperasi ● Tawaran dibuka kepada 10 buah koperasi yang menunjukkan minat menyertai projek ● Tawaran kos projek adalah berdasarkan nilai kos permulaan ANGKASA 5. KAEDAH PERLAKSANAAN 5.1 Melibatkan empat lot tanah dengan jumlah keluasan adalah 26.5 ekar/ 10.7441 hektar. ● Kawasan: Pasir Nering ● Mukim: Hulu Nerus ● Daerah: Setiu ● Negeri: Terengganu 5.2 Perincian Lokasi Projek: LOT TANAH KELUASAN (EKAR) CATATAN Lot 2002 7.4 Kampung Lot 2003 8.8 Tidak boleh ditanam atau dibiarkan tumbuh pohon-pohon getah di atas tanah ini kecuali jenisjenis yang diluluskan oleh Ketua Pejabat Tanaman Terengganu. Lot 9498 2.4 SO Lot 7 8.0 Jumlah Keluasan Tanah 26.5 5.3 Perincian cadangan pecahan lokasi tanah mengikut keluasan: 5.3.1 Keluasan untuk Pembangunan Ladang Kelapa dan Tembikai: 25 ekar JENIS TANAMAN KELUASAN (EKAR) Kelapa Gadong Green Dwarf dan tembikai (Tanaman tembikai ditanam di antara tanaman kelapa sebagai tanaman selingan) 5.3.2 Keluasan untuk pembangunan infrastruktur: 1.549 ekar. Berikut senarai infrastruktur yang akan dilaksanakan. i. Sistem perparitan ii. Pagar iii. Jalan ladang iv. Pembangunan sumber air (kolam takungan/ tadahan) v. Sistem pengairan vi. Pejabat vii. Stor penyimpanan alatan pertanian viii. Pusat pengumpulan hasil ix. Rumah pekerja
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 9 5.4 Projek ini akan dilaksanakan secara inkubator di bawah penyelarasan JPAN Negeri Terengganu sebelum dikembangkan kepada gerakan koperasi anggota ANGKASA di negeri Terengganu. 5.5 Konsep yang akan dilaksanakan adalah konsep integrasi tanaman kelapa GGD bersama Penternakan Meliponini. 5.6 Melibatkan 2 Fasa iaitu Fasa 1: ANGKASA sebagai pemilik Projek dan Pewaris Gadong Plantation (PGP) sebagai Konsultan Projek. 5.7 Jangka masa Fasa 1 adalah sepanjang tempoh Objektif Jangka Pendek dan Objektif Jangka Sederhana berlangsung. 5.8 Fasa 2: Sepanjang Objektif Jangka Panjang berlangsung. Penawaran menyertai Projek dari segi pemilikan ekuiti dan terbuka kepada koperasi – koperasi di Negeri Terengganu. 5.9 Pendapatan utama projek adalah kelapa segar (kelapa tua), sabut kelapa, madu kelulut (meliponini) dan tembikai. 5.10 Syarikat Pewaris Gadong Plantation sebagai Pengurus dan Konsultan Projek mengamalkan sistem Kontrak Pembelian Balik (Buy Back Policy) di mana syarikat ini akan menguruskan pembelian dan pemasaran produk. 6. IMPLIKASI KEWANGAN PROJEK 6.1 Anggaran kos keseluruhan projek RM 1,955,046.00 ● Kos Pembelian tanah: RM 570,000.00 ● Kos Pembangunan Projek: RM1,385,046.00 6.2 Kadar Pulangan Pelaburan @ Return on Investment (ROI) sebanyak 25.81%. 6.3 Tempoh Bayaran Balik Modal @ Payback Period pada Tahun ke 6. 6.4 Anggaran Hasil dan Pendapatan Tahunan mengikut Kategori JENIS PENDAPATAN ANGGARAN JUMLAH HASIL TAHUNAN ANGGARAN JUMLAH PENDAPATAN TAHUNAN (RM) Kelapa 375,000 (biji) 562,500 Sabut Kelapa 13,125 (guni)/ 656,250 kg 78,750 Tembikai 70,875 141,750 Madu Meliponini 2,000 (kg) 300,000
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 10 6.5 Unjuran Aliran Tunai Tahunan Keseluruhan (untuk Tempoh 10 tahun) TAHUN JUMLAH JUALAN (RM) JUMLAH KOS (RM) UNTUNG / RUGI (RM) 0 0.00 1,148,112.00 -1,148,112.00 1 141,750.00 283,118.00 -141,367.60 2 141,750.00 282,692.60 -140,942.60 3 0.00 241,123.60 -241,123.60 4 941,250.00 242,373.60 698,876.40 5 941,250.00 242,049.60 699,200.40 6 941,250.00 239,074.60 702,175.40 7 941,250.00 238,299.60 702,950.40 8 941,250.00 238,299.60 702,950.40 9 941,250.00 238,299.60 702,950.40 10 941,250.00 238,349.60 702,900.40 7. PELAN TINDAKAN PROJEK BIL PELAN TINDAKAN SASARAN TINDAKAN 7.1 Penyediaan Kertas Cadangan Mac 2023 7.2 Kelulusan MAPA Jun 2023 7.3 Kelulusan SKM Julai 2023 7.4 Proses Pembelian Tanah Oktober 2023 7.5 Menandatangani Perjanjian Februari 2024 7.6 Dokumentasi dan Urusan dengan Pihak Berkuasa Tempatan Mac 2024 7.7 Penyediaan Tapak Tanaman April 2024 7.8 Mula Menanam Mei 2024 7.9 Pemantauan dan Hasil Sepanjang tempoh penanaman sehingga pengeluaran hasil (Mei 2028) 8. PENGESYORAN Mohon pandangan dan kelulusan jawatankuasa berkaitan Kertas Cadangan Pembelian dan Pembangunan Tanah di Sungai Tong, mukim Hulu Nerus, Setiu, Terengganu. Cadangan bagi Projek Pembangunan Tanah tersebut adalah Projek Inkubator Tanaman Kelapa varieti Gadong Green Dwarf secara Integrasi dengan Penternakan Meliponini antara ANGKASA dan Pewaris Gadong Plantation (PGP) dengan pelaburan ANGKASA bernilai RM 1,955,046.00. KEPUTUSAN: SETUJU TIDAK SETUJU
KERTAS KERJA 2 CADANGAN PROJEK RINTIS TERNAKAN AYAM GERAKAN KOPERASI
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 11 KERTAS KERJA 2 CADANGAN PROJEK RINTIS TERNAKAN AYAM GERAKAN KOPERASI 1. PENGENALAN Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) berkaitan cadangan projek rintis ternakan ayam gerakan koperasi dalam ekosistem ternakan ayam dengan peruntukan sebanyak RM 9,924,500.00 khasnya untuk belian anak ayam (DOC), makanan ternakan (pellet), vitamin dan ubatan secara Revolving Credit Fund. 2. LATAR BELAKANG PROJEK 2.1 YAB Perdana Menteri telah membuat kenyataan media supaya “ANGKASA terlibat dalam ekosistem industri ayam dengan sasaran 30 Juta ekor ayam setahun’’. Surat YAB Perdana Menteri kepada ANGKASA bertarikh 5 Ogos 2022 berkaitan Jihad Memerangi Orang Tengah dan Aspirasi Kesejahteraan Keluarga Malaysia juga adalah berkaitan. 2.2 ANGKASA telah membentangkan kertas kerja dan slaid cadangan penglibatan gerakan koperasi dalam aktiviti ternakan ayam di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekuriti Makanan Bil 4/2022 di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 26 Jun 2022. 2.3 Pada 29 Jun 2022, Seksyen Pembangunan Ekonomi Koperasi KUSKOP telah memohon ANGKASA membentangkan kertas kerja dan slaid pembentangan cadangan penglibatan gerakan koperasi dalam aktiviti ternakan ayam bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekuriti Makanan Bil 5/2022 2.4 Pada 26 September 2022 ANGKASA telah membentangkan kertas kerja berkenaan kepada Ketua Setiausaha (KSU) KUSKOP. 2.5 Laporan kemajuan libat urus penglibatan gerakan koperasi Anggota ANGKASA telah dibentangkan kepada SUB Pembangunan Ekonomi Koperasi KUSKOP telah dibentangkan pada 20 Januari 2023. 2.6 Dicadangkan gerakan koperasi dilibatkan secara langsung di dalam ekosistem penternakan ayam. 3. OBJEKTIF PROJEK 3.1 Objektif Jangka Pendek (Julai 2023) 3.1.1 Memperkasa koperasi penternak sedia ada yang menjalankan aktiviti penternakan ayam; 3.1.2 Menyusun semula penglibatan koperasi dalam rantaian nilai pengeluaran ayam;
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 12 3.1.3 Membantu koperasi menjalankan penternakan ayam selaras dengan inisiatif gerakan koperasi; 3.1.4 Membantu koperasi memasarkan ayam segar pada harga berpatutan; dan 3.1.5 Membuat tempahan input ternakan. 3.2 Objektif Jangka Sederhana (Januari 2024 hingga Disember 2024) 3.2.1 Memulakan penternakan ayam gerakan koperasi. 3.2.2 Membangunkan industri pemprosesan ayam halal gerakan koperasi melalui kerjasama strategik; 3.2.3 Membina rangkaian logistik pengangkutan ayam segar gerakan koperasi; 3.2.4 Memantau harga pengeluaran dan pasaran ayam segar dan; 3.2.5 Menyusun semula koperasi yang terlibat dalam rantaian nilai pengeluaran ayam 3.3 Objektif Jangka Panjang (Januari 2025 hingga Disember 2026) 3.3.1 Menguasai rantaian nilai pengeluaran ayam segar gerakan koperasi; 3.3.2 Menjadi pembekal utama input ternakan ayam kepada penternak; 3.3.3 Mengukuhkan sistem rantaian nilai koperasi dalam pengeluaran ayam; dan 3.3.4 Mengeluarkan ayam bagi pengeluaran produk hiliran pemprosesan ayam. 4. KAEDAH KERJASAMA / PELAKSANAAN MAKLUMAT KETERANGAN Kaedah pelakasanaan Projek Inkubator (Projek Rintis) Jumlah kos RM 9,924,500.00 Kadar Keuntungan @ Return on Investment (ROI) 95% Sumber pembiayaan ● ANGKASA ● Peruntukan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ● Peruntukan RM10 juta khas untuk belian DOC, makanan ternakan, vitamin dan ubatan Pendapatan projek ● Ayam hidup ● Ayam segar / ayam bulat
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 13 5. PIHAK YANG TERLIBAT DAN PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT PERANAN ANGKASA i. Pemudah cara penglibatan gerakan koperasi dalam rantaian nilai pengeluaran ayam. ii. Membekalkan input ternakan kepada koperasi terlibat. iii. Kerjasama strategik dengan pemilik pusat, penyembelihan dan bilik sejuk beku di Semenanjung dan Sabah/Sarawak. iv. Menyediakan jaminan kontrak pemasaran hasil ternakan kepada gerakan koperasi. v. Mengurus dan menyelaras peruntukan “revolving fund credit’ yang disediakan. Koperasi i. Menyediakan infrastruktur reban tertutup untuk tujuan penternakan ayam. ii. Menternak dan mengeluarkan ayam segar untuk memenuhi keperluan semasa negara. Rakan Strategik i. Membekal input ternakan kepada penternak gerakan koperasi. ii. Menyediakan logistik berkaitan pengangkutan dan penyimpanan ayam segar. iii. Menyediakan kemudahan pusat penyembelihan dan bilik sejuk beku yang berskala besar untuk kawalan stok penimbal. iv. Memproses hasil ternakan milik koperasi untuk pasaran tempatan
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 14 6. EKOSISTEM / RANTAIAN NILAI PROJEK 7. IMPLIKASI KEWANGAN PROJEK 7.1 Kos kewangan / pelaburan 7.1.1 Peruntukan berjumlah RM9,924,500.00 menggunakan peruntukan dalaman ANGKASA untuk menjalankan projek rintis ternakan ayam. 7.1.2 Pecahan peruntukan adalah seperti berikut: PERKARA KOS (RM) Anak ayam (DOC) 1,885,000.00 Makanan Ternakan (pellet) 7,020,000.00 Ubatan & vitamin 97,500.00 Pengangkutan 6,000.00 Pemprosesan ayam 916,000.00 Jumlah 9,924,500.00 7.1.3 Sumber kewangan bagi projek ini adalah menggunakan peruntukan dalaman ANGKASA.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 15 7.1.4 Unjuran aliran tunai bagi setiap pusingan tahun pertama : PUSINGAN PENDAPATAN (RM) KOS (RM) UNTUNG/RUGI (RM) 1 19,134,310.00 9,925,000.00 9,209,310.00 2 20,091,026.00 10,375,125.00 9,715,901.00 3 21,095,577.00 10,847,756.00 10,247,821.00 4 22,150,356.00 11,344,019.00 10,806,337.00 5 23,257,873.00 11,865,095.00 11,392,778.00 Jumlah 105,729,142.00 54,356,995.00 51,372,147.00 7.1.5 Sumber kewangan bagi projek ini adalah menggunakan peruntukan dalaman ANGKASA. 7.1.6 Penggunaan peruntukan ini dilakukan secara revolving credit fund dengan menyalurkan pembiayaan / pulangan projek yang akan digunakan untuk pusingan dan dikembalikan balik kepada tabung pembiayaan berkenaan. 7.1.7 Peruntukan sebanyak RM10 juta per pusingan hanya khas untuk belian anak ayam (DOC), makanan ternakan (pellet), vitamin dan ubatan secara revolving credit fund. 8. PELAKSANAAN PROJEK 8.1 Projek Rintis Ternakan Ayam Gerakan Koperasi – Koperasi Pembangunan Kg Tersusun Mawai Baru Berhad: - i. Bil Reban : 10 buah reban 2 tingkat ii. Kapasiti ternakan : 140,000 ekor ayam 8.2 Bagi mengukuhkan penglibatan koperasi dalam program ternakan ayam ini satu ekosistem yang baik dan lengkap dibangunkan bagi memastikan koperasi boleh terlibat secara lebih tersusun dalam rangkaian nilai pengeluaran ayam dari peringkat huluan hingga ke hiliran. 8.3 Tabung revolving credit fund ditubuhkan bagi memastikan kelangsungan projek ini. 8.4 Pembekalan bahan input ternakan kepada koperasi akan menggunakan peruntukan daripada tabung berkenaan dan pulangan kepada tabung berkenaan dilakukan setelah ayam hidup dijual dan ayam segar dipasarkan kepada pengguna. 8.5 ANGKASA membekalkan input ternakan kepada koperasi dan ayam berkenaan diternak oleh koperasi sebelum dibeli semula oleh ANGKASA untuk diproses dan dipasarkan kepada pengguna. 8.6 Kitaran ini akan berlarutan sehingga lima pusingan ternakan setahun bagi sesebuah koperasi. Koperasi berkenaan akan memulakan operasi penternakan menggunakan peruntukan dalaman bagi pusingan yang seterusnya.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 16 8.7 Carta proses operasi projek rintis ternakan ayam per pusingan: 9. PENGESYORAN Mesyuarat adalah dipohon untuk menimbangkan dan bersetuju berhubung cadangan penglibatan gerakan koperasi ahli ANGKASA dalam ekosistem ternakan ayam dengan peruntukan sebanyak RM 9,924,500.00 secara revolving credit fund. KEPUTUSAN: SETUJU TIDAK SETUJU
KERTAS KERJA 3 KERTAS CADANGAN PERUNTUKAN TAMBAHAN PEMBINAAN KILANG PEMPROSESAN BAHARU PROJEK PEMBUNGKUSAN DAN PEMBORONGAN BERAS JENAMA MELATI
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 17 KERTAS KERJA 3 KERTAS CADANGAN PERUNTUKAN TAMBAHAN PEMBINAAN KILANG PEMPROSESAN BAHARU PROJEK PEMBUNGKUSAN DAN PEMBORONGAN BERAS JENAMA MELATI 1. TUJUAN Kertas cadangan ini adalah untuk memohon pandangan dan kelulusan dari Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) bagi Memperkasakan Konsortium ke arah Pembangunan Perniagaan ANGKASA melalui Peruntukan Tambahan Pembinaan Kilang Pemprosesan Baharu Projek Pembungkusan dan Pemborongan Beras melibatkan pelaburan ANGKASA berjumlah RM 604,100.00. 2. LATAR BELAKANG PROJEK Konsortium Koperasi Tanaman Padi Perlis Berhad adalah inisiatif ANGKASA untuk mewujudkan gabungan koperasi pertanian terutamanya yang terlibat dalam industri tanaman padi. Konsortium telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan telah dianggotai oleh 13 buah koperasi anggota. Mendapat suntikan pembiayaan Qard Al Hasan sebanyak RM 1 juta, koperasi dalam usaha mempelbagaikan lagi aktivitinya selaras dengan tujuan asal penubuhannya iaitu menarik minat petani-petani bersatu dan bergerak malalui wadah berkoperasi. Bermula tahun 2016, Konsortium Koperasi telah berjaya memiliki lesen Pembungkusan dan Pemborongan beras dengan kuota tahunan sebanyak 166 metrik tan. Segala prasarana bermula dari penyediaan premis kilang, mesin pemprosesan, pengangkutan dan logistik dan sebagainya sudah siap sepenuhnya pada akhir 2017 dan mula beroperasi pada awal 2018. Pada masa ini pemasaran beras Jenama Melati hanya tertumpu di kawasan utara melalui lantikan pengedar dan kedai runcit. Kilang pemprosesan beras tersebut beroperasi dan menyewa di tapak tanah dan premis banggunan milik Koperasi Kampung Padang Lati Perlis Berhad di Beseri, Perlis. Kertas Cadangan Pembinaan Kilang Baharu Projek Pembungkusan dan Pemborongan Beras Jenama Melati telah dibentang dan mendapat kelulusan dalam Rancangan Perniagaan ANGKASA pada Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022). Jumlah Kos Projek yang diluluskan di MAPA 2022 adalah sebanyak RM 1,150,000.00.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 18 3. OBJEKTIF PROJEK 3.1 Objektif Jangka Pendek - Penyelesaian isu semasa (Jun 2023-Oktober 2024) 3.1.1 Penarikan Diri Rakan Kongsi Koperasi Kampung Padang Lati Perlis Berhad pada tahun 2020 telah mengambil tindakan dengan menarik diri sebagai ahli konsortium dan juga rakan kongsi dalam Projek Pembungkusan dan Pemborongan Beras yang mana koperasi ini adalah pemilik premis dan tapak kilang beroperasi. 3.1.2 Kos Sewaan Tapak Kilang Pihak pemilik tapak iaitu Koperasi Kampung Padang Lati Berhad telah menaikkan kadar sewaan bulanan sehingga RM 1 ribu yang tidak mampu ditampung oleh Konsortium. 3.1.3 Meningkatkan prasarana dan kemudahan kilang Koperasi Kilang di naik taraf kepada fully automatic packaging. 3.1.4 Akses kepada mobiliti dan logistik Perpindahan lokasi lebih memudahkan mobiliti dan logistik disebabkan lokasi sedia ada jauh dari jalan utama dan terpaksa melalui jalan kampung yang sempit. 3.1.5 Ruang Pergudangan Ruang sedia ada tidak mampu untuk menempatkan jumlah jumbo (beras mentah) melebihi 10 tan dan stok beras telah diproses mengikut kuota maksima. 3.1.6 Standard Kilang Pembinaan kilang baharu yang memenuhi standard Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice – GMP) dan Persijilan Halal JAKIM. 3.2 Objektif Jangka Sederhana-Memaksimakan Peluang November 2024-November 2025 3.2.1 Stabilkan dari segi kuantiti dan kualiti Kilang baru boleh menstabilkan kuantiti dan kualiti beras disebabkan lokasi, luas ruang dan penyimpanan stok. 3.2.2 Mengoptimumkan penggunaan mesin pembungkusan Kapasiti kilang dapat dioptimakan penggunaan iaitu dapat memproses sehingga 8 tan beras sehari. 3.2.3 Pelan Pemasaran yang lebih luas Pemasaran yang lebih luas terutamanya sasaran pasaran untuk kawasan utara.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 19 3.2.4 Usahasama dengan BA100 Wujudkan kerjasama dan membina rangkaian pemasaran menggunakan platform BA100. 3.3 Objektif Jangka Panjang - Keterjaminan sumber makanan (Disember 2025 dan seterusnya) 3.3.1 Wujudkan rangkaian pengedaran seluruh negara Membina rangkaian pengedar dan jualan runcit dengan keutamaan kepada Gerakan koperasi seluruh Malaysia. 3.3.2 Keterjaminan makanan Memastikan sumber makanan utama rakyat dapat dibekalkan dengan kualiti yang baik dan harga berpatutan. 4. KONSEP PELAKSANAAN PROJEK 4.1 Konsep Asal Projek Konsep asal model pelaksanaan pembinaan kilang ini seperti mana yang diluluskan oleh MAPA 2022 adalah penglibatan 3 pihak iaitu: PIHAK YANG TERLIBAT SKOP TUGAS ANGKASA i. Suntikan modal dan khidmat nasihat pengurusan / kewangan ii. Pemantauan projek dari semasa ke semasa Konsortium i. Pemilik Beras Jenama Melati ii. Pengendali dan operator kilang iii. Pemasaran dan jualan beras Jenama Melati iv. Menyediakan infrastruktur asas peralatan kilang pemprosesan v. Pemilik Lesen Pembungkusan dan Pemborongan beras dari Lembaga Kawal Selia Padi dan Beras Koperasi Kampung Paya Berhad i. Penyediaan tapak kilang dengan keluasan 0.458 hektar
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 20 4.2 Untuk Kertas cadangan ini konsep asal model pelaksanaan telah dimurnikan semula dengan perubahan seperti berikut: 4.2.1 Penglibatan Koperasi Kampung Paya Berhad sebagai penyedia tapak kilang dengan keluasan 0.458 hektar ditukar kepada ANGKASA pusat sebagai pemilik tanah dan penyediaan tapak premis kilang. 4.2.2 Penglibatan Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis. 4.2.3 Projek berbentuk inkubator dengan penglibatan pihak yang terlibat seperti berikut: PIHAK YANG TERLIBAT SKOP TUGAS ANGKASA i. Suntikan modal dan khidmat nasihat pengurusan dan kewangan ii. Pemilik Tanah/tapak kilang JPAN Perlis i. Pemilikan Projek untuk mewakili ANGKASA pusat dalam keseluruhan aspek pengurusan dan operasi ii. Penasihat dan pelaksana kerja bagi hal-hal berkaitan dokumen dan teknikal projek Konsortium i. Lesen Pembungkusan dan Pemborongan Beras ii. Pemilik peralatan mesin dan kilang pemprosesan Beras Seksyen Konsortium (Seksyen di bawah Kumpulan Pembangunan Koperasi) i. Pemantauan projek ii. Khidmat nasihat teknikal berkaitan pembangunan industri asas tani
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 21 4.3 Pelaksanaan Projek Pelaksanaan asal projek adalah berkonsepkan inkubator BUTIRAN FASA 1 FASA 2 Fungsi Dan Peranan i. ANGKASA sebagai pemilik projek melalui JPAN Perlis ii. Konsortium Koperasi Tanaman Padi Perlis Berhad sebagai pemilik peralatan kilang dan Lesen Pembungkusan dan Pemborongan Beras i. Penawaran menyertai projek dari segi pemilikan ekuiti dan syer akan terbuka kepada koperasi di negeri Perlis Konsep Pelaksanaan Inkubator Penyertaan Koperasi Jangka Masa Jun 2023 – Nov 2025 Dis 2025 dan seterusnya 5. PERUBAHAN CADANGAN 5.1 ANGKASA berperanan sebagai pemilik tanah dan juga menyediakan tapak untuk pembinaan kilang baharu pemprosesan beras 5.2 Menanggung semua kos yang melibatkan pembelian dan penyediaan tapak premis 5.3 Maklumat Tanah/Perincian Lokasi: Mukim : Arau, Perlis Lot : 6340 Keluasan : 0.9905H /2.48 ekar/990.5M2 Pemilikan : Individu Status : Tanah Pertanian Harga : RM 520,000.00 (boleh dirunding)
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 22 5.4 Kapasiti Kilang Pemprosesan SEMASA KILANG BARU ● Operasi Kilang adalah berdasarkan permintaan dari jualan runcit dan pengedar ● Nilai jualan bulanan antara RM 1,000-RM 3,000 sahaja ● 8MT Pengeluaran / hari ● 12 jam operasi ● Beras 5 kg = 400 beg (10,400 beg/bulan) ● Beras 10 kg = 600 beg (15,600 beg/bulan) ● Anggaran Pendapatan Harian = RM 20,000.00 ● Anggaran Pendapatan semasa = RM 10,000.00 ● Pertambahan Pendapatan =RM 10,000.00/hari 6. IMPLIKASI KEWANGAN BIL PERKARA JUMLAH PERUNTUKAN (RM) 1. Pembelian Tanah 520,000.00 2. Penyediaan tapak / tambun tanah 400 lori x RM 165.00 66,000.00 3. Membina lintasan masuk ke tapak Hume 5’kaki x 4 unit 8,000.00 4. Kos Ubah Syarat Tanah ● Permohonan ● Sijil Carian 100.00 5. Premium tambahan ● 10% daripada perbezaan nilaian industri kepada nilaian pertanian (Berdasarkan pengiraan oleh juru nilai) 10,000.00 JUMLAH 604,100.00
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 23 7. UNJURAN PENDAPATAN TAHUNAN SELEPAS PEMBINAAN KILANG (TEMPOH 5 TAHUN) TAHUN JUMLAH JUALAN (RM) JUMLAH KOS (RM) UNTUNG/RUGI (RM) 1 8,283,340 7,230,579 1,052,761 2 8,986,680 7,828,364 1,158,316 3 10,334,682 8,204,182 2,130,500 4 11,884,884 8,598,819 3,286,065 5 13,667,617 9,013,221 4,654,396 8. PELAN TINDAKAN BIL PELAN TINDAKAN SASARAN 1 Penyediaan Kertas Cadangan Mei 2023 2 Kelulusan MAPA Jun 2023 3 Kelulusan SKM Julai 2023 4 Proses Pembelian Tanah Oktober 2023 5 Perjanjian Februari 2024 6 Dokumentasi dan urusan dengan pihak berkuasa tempatan Mac 2024 7 Pembinaan Premis Kilang April 2024 8 Perpindahan Mesin dan Peralatan Julai 2024 9 Try Run Kilang Baru Ogos 2024 10 Operasi berjalan Oktober 2024
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 24 9. PENGESYORAN Mohon pandangan dan kelulusan jawatankuasa berkaitan kertas cadangan memperkasakan konsortium ke arah Pembangunan Perniagaan ANGKASA, Konsortium Koperasi Tanaman Padi Perlis Berhad melalui Peruntukan tambahan untuk Pembinaan Kilang Pemprosesan Baharu Projek Pembungkusan dan Pemborongan Beras dengan pelaburan ANGKASA bernilai RM 604,100.00. KEPUTUSAN: SETUJU TIDAK SETUJU
KERTAS KERJA 4 CADANGAN PENUBUHAN 5 ANAK SYARIKAT MYANGKASA HOLDINGS SDN. BHD. (MHSB)
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 25 KERTAS KERJA 4 CADANGAN PENUBUHAN LIMA ANAK SYARIKAT MYANGKASA HOLDINGS SDN. BHD. (MHSB) (MEMATUHI GARIS PANDUAN 17: GARIS PANDUAN MEMBENTUK, MEMPUNYAI, MEMPEROLEH ATAU MENUBUHKAN SUBSIDIARI) PENUBUHAN ANAK SYARIKAT MILIK PENUH MYANGKASA HOLDINGS SDN. BHD.: MYANGKASA GREEN TECHNOLOGY SDN. BHD. 1. PENDAHULUAN 1.1 Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapatkan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) berkaitan penubuhan MyANGKASA Green Technology Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) 1.2 Cadangan penubuhan MyANGKASA Green Technology Sdn. Bhd. (MGTSB) telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. Bil. 1/2023 pada 18 Januari 2023. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Green Technology atau Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta mengoptimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk kepada produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: 2.1.1 Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. 2.1.2 Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan 2.1.3 Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. 2.2 Objektif kepada galakan Teknologi Hijau 2.2.1 Mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi. 2.2.2 Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara. 2.2.3 Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa. 2.3 Ketika ini MHSB adalah sebuah syarikat pegangan yang menguruskan aktiviti-aktiviti perniagaan peringkat syarikat dan kumpulan. MHSB sering menerima peluang perniagaan
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 26 daripada rakan niaga terdiri daripada syarikat-syarikat perniagaan mahupun koperasi yang ingin bekerjasama dalam pemasaran produk berasaskan Teknologi Hijau. 2.4 MyANGKASA Ventures Sdn. Bhd. akan mengambil alih justeru mengurus tadbir urusan teknologi hijau yang sedang diuruskan oleh MHSB. 2.5 Pemindahan fokus perniagaan ini adalah bertujuan untuk memindahkan risiko perniagaan dari MHSB kepada anak syarikatnya seterusnya dapat memperkasakan aktiviti perniagaan tersebut. 3. TUJUAN Tujuan meletakkan MyANGKASA Green Technology Sdn. Bhd. sebagai anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. ialah supaya: 3.1 MyANGKASA Green Technology Sdn. Bhd. akan mempunyai nilai dan Aspirasi yang sama (Shared Aspirations and Values) dalam satu kumpulan. 3.2 Kawal selia perniagaan dan operasi syarikat berpusat di MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 3.3 Mengoptimumkan kos operasi. 3.4 Mengurangkan risiko perniagaan yang boleh memberi impak kepada MHSB secara langsung. 3.5 Memperkasakan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan oleh anak syarikat dan memohon geran insentif teknologi hijau dari mana-mana kementerian dan agensi yang berkenaan. 4. STRUKTUR PEGANGAN EKUITI
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 27 5. DASAR CADANGAN PENUBUHAN MYANGKASA GREEN TECHNOLOGY SDN. BHD. (MGTSB) 5.1 Membolehkan pengukuran keberkesanan perniagaan dan produktiviti. 5.2 Mengukuhkan MGTSB sebagai anak syarikat yang mengeksplorasi peluang perniagaan dan insentif / geran berasaskan teknologi hijau 5.3 MGTSB boleh diumpamakan sebagai sebuah syarikat inkubator perniagaan baru sama ada bagi pihak MHSB atau ANGKASA dan segala perjanjian kerjasama akan ditandatangani oleh MGTSB. 5.4 Akan memindahkan perniagaan yang telah melalui proses penilaian dan analisa risiko kepada anak-anak syarikat yang bersesuaian. 6. PENGURUSAN DAN KAWALAN 6.1 Pengurusan syarikat secara berpusat di MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. melibatkan pentadbiran, sumber manusia dan kewangan. Caj pengurusan secara bulanan akan dikenakan kepada syarikat. 6.2 Pengurusan tadbir urus syarikat akan menggunakan prosedur dan aturan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 6.3 Ahli Lembaga Pengarah (ALP) akan dilantik dengan komposisi mengikut Seksyen 11, GP 17: Garis Panduan Membentuk, Mempunyai, Memperoleh atau Menubuhkan Subsidiari yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan ANGKASA (JPDI). 6.4 Urusan pengurusan harian subsidiari oleh pegawai dan kakitangan sokongan yang akan dilantik oleh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. atau ANGKASA mengikut keperluan anak syarikat. 7. STRUKTUR MODAL SYARIKAT PEGANGAN DAN IMPLIKASI KEWANGAN 7.1 Modal Dibenarkan: RM100,000 7.2 Modal Berbayar : RM 10,000 dari MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 7.3 Berikut adalah unjuran aliran tunai MyANGKASA Green Technology Sdn. Bhd: TAHUN 1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) Terimaan Peruntukan Modal 10,000 0.00 0.00 Pendapatan Teknologi Hijau 100,000 250,000 350,000 Jumlah Terimaan 110,000 250,000 350,000 Perbelanjaan Operasi
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 28 TAHUN 1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) Penggajian 20,000 25,000 30,000 Caj Pengurusan Berpusat 30,000 30,000 30,000 Belanja Operasi 25,000 30,000 35,000 Perbelanjaan lain-lain 10,000 20,000 30,000 Jumlah Perbelanjaan Operasi 85,000 105,000 125,000 Lebihan / (kurang) Aliran Tunai 25,000 45,000 55,000 ROI 29% 43% 44% 8. PELAKSANAAN 9. PENGESYORAN Mohon kelulusan perwakilan di Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA 2023 (MAPA) mengenai penubuhan MyANGKASA Green Technology Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB). KEPUTUSAN: SETUJU TIDAK SETUJU
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 29 PENUBUHAN ANAK SYARIKAT MILIK PENUH MYANGKASA HOLDINGS SDN. BHD.: MYANGKASA TRADING SDN. BHD. 1. PENDAHULUAN 1.1 Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapatkan kelulusan dari Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) atas penubuhan MyANGKASA Trading Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB). 1.2 Cadangan penubuhan MyANGKASA Trading Sdn. Bhd. (MTSB) telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. Bil. 1/2023 pada 18 Januari 2023. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Ketika ini MHSB adalah sebuah syarikat pegangan yang menguruskan aktiviti-aktiviti perniagaan peringkat syarikat dan kumpulan. MHSB sering menerima peluang perniagaan daripada rakan niaga terdiri daripada syarikat-syarikat perniagaan mahupun koperasi. 2.2 MyANGKASA Trading Sdn. Bhd. akan mengambil alih justeru mengurus tadbir urusan aktiviti perniagaan inkubator yang diuruskan oleh ANGKASA dan cadangan aktiviti perniagaan dari MHSB. Aktiviti perniagaan inkubator yang sedang dijalankan oleh ANGKASA seperti Kedai ANGKASA Mart, Kedai CoopFarmasi, Pusat CPRC, Projek CoopHardware dan Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS). 2.3 Pemindahan fokus perniagaan ini adalah bertujuan untuk memindahkan risiko perniagaan dari ANGKASA dan MHSB kepada anak syarikatnya seterusnya dapat memperkasakan aktiviti perniagaan tersebut. 3. TUJUAN Tujuan meletakkan MyANGKASA Trading Sdn. Bhd. sebagai anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. ialah supaya: 3.1 MyANGKASA Trading Sdn. Bhd. akan mempunyai nilai dan Aspirasi yang sama (Shared Aspirations and Values) dalam satu kumpulan. 3.2 Kawal selia perniagaan dan operasi syarikat bersekutu berpusat di MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 3.3 Mengoptimumkan kos operasi dan memaksimumkan pendapatan. 3.4 Mengurangkan risiko perniagaan yang boleh memberi impak kepada ANGKASA dan MHSB secara langsung. 3.5 Memperkasakan aktiviti perniagaan yang telah dijalankan oleh ANGKASA
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 30 4. EKOSISTEM RANTAIAN NILAI 5. STRUKTUR PEGANGAN EKUITI
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 31 6. DASAR CADANGAN PENUBUHAN MYANGKASA TRADING SDN. BHD. (MTSB) 6.1 Mengukuhkan MTSB sebagai anak syarikat yang mengeksplorasi peluang perniagaan yang berpotensi lengkap dengan menjalankan penilaian risiko perniagaan. 6.2 MTSB boleh diumpamakan sebagai sebuah syarikat inkubator perniagaan baru sama ada bagi pihak MHSB atau ANGKASA dan segala perjanjian kerjasama akan ditandatangani oleh MTSB. 6.3 Akan memindahkan perniagaan yang telah melalui proses penilaian dan analisa risiko kepada anak-anak syarikat yang bersesuaian. 6.4 MTSB akan membuat pemantauan dari segi pengurusan syarikat, tadbir urus dan prestasi syarikat bersekutu dan rakan niaga. 7. PENGURUSAN DAN KAWALAN 7.1 Pengurusan syarikat secara bedpost di MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. melibatkan pentadbiran, sumber manusia dan kewangan. Caj pengurusan secara bulanan akan dikenakan kepada syarikat. 7.2 Pengurusan tadbir urus syarikat akan menggunakan prosedur dan aturan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 7.3 Ahli Lembaga Pengarah (ALP) akan dilantik dengan komposisi mengikut Seksyen 11, GP 17: Garis Panduan Membentuk, Mempunyai, Memperoleh atau Menubuhkan Subsidiari yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan ANGKASA (JPDI). 7.4 Urusan pengurusan harian subsidiari oleh pegawai dan kakitangan sokongan yang akan dilantik oleh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. atau ANGKASA mengikut keperluan anak syarikat. 8. STRUKTUR MODAL SYARIKAT PEGANGAN DAN IMPLIKASI KEWANGAN 8.1 Modal Dibenarkan: RM100,000.00 8.2 Modal Berbayar : RM 10,000.00 dari MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 8.3 Kos projek dari ANGKASA 8.4 Berikut adalah unjuran aliran tunai MyANGKASA Trading Sdn. Bhd.: TAHUN 1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) Terimaan Peruntukan Modal 10,000 Pendapatan 6,212,907 7,455,488 8,946,586 Jumlah Terimaan 6,222,907 7,455,488 8,946,586 Perbelanjaan Operasi Kos Jualan 4,463,231 5,355,877 6,427,052
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 32 TAHUN 1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) Penggajian 700,464 770,510 847,561 Caj Pengurusan Berpusat 30,000 30,000 30,000 Belanja Operasi 284,618 331,230 364,352 Perbelanjaan lain-lain 262,229 300,552 330,607 Jumlah Perbelanjaan Operasi 5,740,542 6,788,169 7,999,572 Lebihan / (Kurang) Aliran Tunai 482,365 667,319 947,014 ROI 8.40% 9.83% 11.83% 9. PELAKSANAAN 10. PENGESYORAN Mohon kelulusan perwakilan di Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA 2023 (MAPA) mengenai penubuhan MyANGKASA Trading Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB). KEPUTUSAN: SETUJU TIDAK SETUJU
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 33 PENUBUHAN ANAK SYARIKAT MILIK PENUH MYANGKASA HOLDINGS SDN. BHD. : MYANGKASA RETAIL SDN. BHD. 1. PENDAHULUAN 1.1 Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapatkan kelulusan dari Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) atas penubuhan MyANGKASA Retail Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB). 1.2 Cadangan penubuhan MyANGKASA Retail telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MHSB Bil. 1/2023 pada 18 Januari 2023. 2. LATAR BELAKANG 2.1 MyANGKASA Retail Sdn. Bhd. akan mengambil alih operasi dan pengurusan perniagaan bagi Program BA100 ANGKASA. Buat masa ini, pengurusan operasi dan aktiviti pemborongan diuruskan sepenuhnya menerusi inkubator ANGKASA. 2.2 Pemindahan operasi dan aktiviti pemborongan perniagaan ini bertujuan untuk memindahkan risiko perniagaan dari ANGKASA kepada anak syarikatnya seterusnya dapat memperkasakan aktiviti perniagaan tersebut. 3. TUJUAN Tujuan meletakkan MyANGKASA Retail Sdn. Bhd. sebagai anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. ialah supaya: 3.1 MyANGKASA Retail Sdn. Bhd. akan mempunyai nilai dan aspirasi yang sama (shared aspirations and values) dalam satu kumpulan. 3.2 Kawal selia perniagaan dan operasi yang berpusat di MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 3.3 Mengoptimumkan kos operasi dan memaksimakan keuntungan. 3.4 Mengurangkan risiko perniagaan yang boleh memberi impak kepada ANGKASA secara langsung. 3.5 Memperkasakan rantaian nilaian perniagaan bagi Program BA100 berdasarkan teras berikut: i. Aktiviti pemborongan dan pengedaran ii. Aktiviti jualan iii. Aktiviti perniagaan koperasi iv. Aktiviti tambah nilai perniagaan
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 34 4. STRUKTUR PEGANGAN EKUITI 5. DASAR CADANGAN PENUBUHAN MYANGKASA RETAIL SDN. BHD. 5.1 Membolehkan pengukuran keberkesanan perniagaan dan produktiviti. 5.2 Mengkhususkan MyANGKASA Retail Sdn. Bhd. sebagai syarikat yang menguruskan aktiviti perniagaan Program BA100. 5.3 Memindahkan risiko perniagaan ke anak syarikat. 5.4 Meneroka peluang-peluang perniagaan hiliran dan huluan berkaitan makanan untuk koperasikoperasi Malaysia. 6. PENGURUSAN DAN KAWALAN 6.1 Pengurusan syarikat secara berpusat di MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. melibatkan pentadbiran, sumber manusia dan kewangan. Caj pengurusan secara bulanan akan dikenakan kepada syarikat. 6.2 Pengurusan tadbir urus syarikat akan menggunakan prosedur dan aturan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 35 6.3 Ahli Lembaga Pengarah (ALP) akan dilantik dengan komposisi mengikut Seksyen 11, GP 17: Garis Panduan Membentuk, Mempunyai, Memperoleh atau Menubuhkan Subsidiari yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan ANGKASA (JPDI). 6.4 Urusan pengurusan harian subsidiari oleh pegawai dan kakitangan sokongan yang akan dilantik oleh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. atau ANGKASA mengikut keperluan anak syarikat. 7. STRUKTUR MODAL SYARIKAT PEGANGAN DAN IMPLIKASI KEWANGAN 7.1 Modal Dibenarkan : RM100,000.00 7.2 Modal Berbayar : RM 10,000.00 dari MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 7.3 Kos projek dari ANGKASA 7.4 Berikut adalah unjuran aliran tunai MyANGKASA Retail Sdn. Bhd.: Tahun 1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) Terimaan Peruntukan Modal 10,000 Pendapatan Perniagaan 8,000,000 9,612,000 11,534,400 Jumlah Terimaan 8,010,000 9,612,000 11,534,400 Perbelanjaan Operasi Kos Barang Dijual 6,500,000 7,150,000 7,865,000 Penggajian 250,000 300,000 350,000 Caj Pengurusan Berpusat 30,000 30,000 30,000 Belanja Operasi 250,000 300,000 350,000 Perbelanjaan lain-lain 100,000 150,000 200,000 Jumlah Perbelanjaan Operasi 7,130,000 7,930,000 8,795,000 Lebihan / (kurang) Aliran Tunai 880,000 1,682,000 2,739,400 ROI 12.34% 21.21% 31.14%
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 36 8. PELAKSANAAN 9. PENGESYORAN Mohon kelulusan perwakilan di Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA 2023 (MAPA) mengenai penubuhan MyANGKASA Retail Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB). KEPUTUSAN: SETUJU TIDAK SETUJU
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 37 PENUBUHAN ANAK SYARIKAT MILIK PENUH MYANGKASA HOLDINGS SDN. BHD.: MYANGKASA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. 1. PENDAHULUAN 1.1 Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapatkan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) berkaitan penubuhan MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB). 1.2 Cadangan penubuhan MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MHSB Bil. 1/2023 pada 18 Januari 2023. 2. LATAR BELAKANG 2.1 ANGKASA telah mewujudkan lapan (8) Sektor Peneraju Pembangunan Perniagaan Koperasi yang bertujuan untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi serta mengeksplorasi bidang perniagaan baru. Sektor Peneraju akan mengeksplorasi dalam rantaian nilai sesuatu perniagaan yang boleh memberi impak kepada koperasi. 2.2 Salah satu sektor yang dibangunkan oleh ANGKASA ialah Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan dengan memberi fokus kepada koperasi yang terlibat dalam aktiviti perniagaan berasaskan pelancongan (domestik atau luar negara), produk dan perkhidmatan penjagaan diri dan kesihatan. 2.3 Terdapat enam (6) buah koperasi yang telah terlibat dalam menjalankan aktiviti umrah. Isu utama yang dikenalpasti dalam gerakan koperasi yang terlibat dalam perniagaan pelancongan umrah melalui agen pelancongan masing-masing adalah: i. Kurang kemampuan dalam menjalankan aktiviti secara berskala besar. ii. Persaingan sengit antara agen pelancongan koperasi dan agen umrah persendirian dalam menawarkan perkhidmatan yang terbaik. iii. Kos penerbangan dan penginapan yang semakin meningkat menjadi punca utama ketidakmampuan agen pelancongan koperasi bersaing dengan baik dalam perniagaan ini. iv. Perubahan peraturan dari kerajaan Arab Saudi. v. Kurang keyakinan oleh Jemaah kepada agen umrah koperasi kerana kesan negatif yang berlaku dalam industri umrah. 2.4 Mantan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Hamzah Zainuddin pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2016 Menteri Bersama Para Pemimpin Koperasi Malaysia di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya telah menyarankan agar ANGKASA menubuhkan Tabung Umrah bagi menyediakan perkhidmatan kepada umat Islam mengerjakan ibadah umrah. Susulan dari itu, kertas konsep CoopUmrah dan Tabung Umrah dihasilkan setelah beberapa kajian dan perbincangan dilakukan.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 38 2.5 Ketika ini MHSB adalah sebuah syarikat pegangan yang menguruskan aktiviti-aktiviti perniagaan peringkat syarikat dan kumpulan. MHSB sering menerima peluang perniagaan daripada rakan niaga terdiri daripada syarikat-syarikat perniagaan mahupun koperasi yang ingin bekerjasama bersama ANGKASA dan MHSB dalam industri umrah dan ziarah. 2.6 ANGKASA telah melibatkan MHSB dalam kumpulan operasi yang membantu menguruskan operasi pengurusan jemaah bersama operator yang telah dilantik oleh ANGKASA dan membuat promosi serta pemasaran. 2.7 MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. (tertakluk kepada kelulusan nama syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia) akan mengambil alih justeru mengurus operasi umrah dan pengurusan jemaah yang sedang diuruskan oleh MHSB seperti berikut: i. Bertindak bagi pihak ANGKASA untuk menguruskan operasi projek merangkumi pendaftaran dan pengurusan jemaah umrah bersama operator, pengurusan kewangan dan pembayaran. ii. Menguruskan pengagihan beg dan peralatan umrah kepada Jemaah. iii. Pengurusan maklumat umrah berpusat (helpdesk). iv. Membantu membuat promosi dan pemasaran. 2.8 Pemindahan fokus perniagaan ini adalah bertujuan untuk memindahkan risiko perniagaan dari MHSB dan ANGKASA kepada anak syarikatnya seterusnya dapat memperkasakan aktiviti perniagaan tersebut. 3. TUJUAN Tujuan meletakkan MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. ialah supaya: 3.1 MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. akan mempunyai Nilai dan Aspirasi yang sama (Shared Aspirations and Values) dalam satu kumpulan. 3.2 Kawal selia perniagaan dan operasi syarikat berpusat di MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 3.3 Mengoptimumkan kos operasi. 3.4 Mengurangkan risiko perniagaan yang boleh memberi impak kepada MHSB secara langsung. 3.5 Jenis perniagaan: i. Perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri ii. Perniagaan pengendalian pelancongan luar negeri iii. Perniagaan pengendalian pelancongan luar negeri (umrah, ziarah & haji) iv. Perniagaan agensi pengembaraan 3.6 Memperkasakan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan oleh anak syarikat dan memohon lesen operator umrah / ziarah bagi pihak ANGKASA dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 39 3.7 Menguruskan pengurusan jemaah bagi Projek CoopUmrah ANGKASA. 3.8 Membuat kerjasama strategik dengan rakan niaga secara perkongsian ekuiti. 4. EKOSISTEM / RANTAIAN NILAI 5. STRUKTUR PEGANGAN EKUITI
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 40 6. DASAR CADANGAN PENUBUHAN MYANGKASA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. (MTTSB) 6.1 Membolehkan pengukuran keberkesanan perniagaan dan produktiviti. 6.2 Mengukuhkan MTTSB sebagai anak syarikat yang mengeksplorasi peluang perniagaan dalam rantaian nilai industri umrah dan ziarah. 6.3 MTTSB boleh diumpamakan sebagai sebuah syarikat inkubator perniagaan baru sama ada bagi pihak MHSB atau ANGKASA dan segala perjanjian kerjasama akan ditandatangani oleh MTTSB. 6.4 Akan memindahkan perniagaan yang telah melalui proses penilaian dan analisa risiko kepada anak-anak syarikat yang bersesuaian. 7. PENGURUSAN DAN KAWALAN 7.1 Pengurusan syarikat secara berpusat di MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. melibatkan pentadbiran, sumber manusia dan kewangan. Caj pengurusan secara bulanan akan dikenakan kepada syarikat. 7.2 Pengurusan tadbir urus syarikat akan menggunakan prosedur dan aturan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 7.3 Ahli Lembaga Pengarah (ALP) akan dilantik dengan komposisi mengikut Seksyen 11, GP 17: Garis Panduan Membentuk, Mempunyai, Memperoleh atau Menubuhkan Subsidiari yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan ANGKASA (JPDI). 7.4 Urusan pengurusan harian subsidiari oleh pegawai dan kakitangan sokongan yang akan dilantik oleh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. atau ANGKASA mengikut keperluan anak syarikat. 8. STRUKTUR MODAL SYARIKAT PEGANGAN DAN IMPLIKASI KEWANGAN 8.1 Modal Dibenarkan : RM100,000.00 dari perkongsian ekuiti antara rakan niaga 8.2 Modal Berbayar : RM 10,000.00 dari MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 8.3 Berikut adalah unjuran aliran tunai MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd.: Tahun 1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) Terimaan Peruntukan Modal 10,000 Perolehan 3,539,000 4,582,550 5,626,100 Jumlah Terimaan 3,549,000 4,582,550 5,626,100 Perbelanjaan Operasi Kos Jualan 3,300,570 4,261,771 5,232,273
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 41 Tahun 1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) Penggajian 20,000 25,000 30,000 Caj Pengurusan Berpusat 30,000 30,000 30,000 Belanja Operasi 25,000 30,000 35,000 Perbelanjaan lain-lain 10,000 20,000 30,000 Jumlah Perbelanjaan Operasi 3,385,570 4,366,771 5,357,273 Lebihan / (kurang) Aliran Tunai 163,430 215,779 268,827 ROI 4.82% 4.94% 5.01% 9. PELAKSANAAN 10. PENGESYORAN Mohon kelulusan perwakilan di Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA 2023 (MAPA) mengenai penubuhan MyANGKASA Travel & Tours Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB). KEPUTUSAN: SETUJU TIDAK SETUJU