RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 42 PENUBUHAN ANAK SYARIKAT MILIK PENUH MYANGKASA HOLDINGS SDN. BHD.: MYANGKASA VENTURES SDN. BHD. 1. PENDAHULUAN 1.1 Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapatkan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-37 (MAPA 2023) berkaitan penubuhan MyANGKASA Ventures Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB). 1.2 Cadangan penubuhan MyANGKASA Ventures (MVSB) telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. Bil. 1/2023 pada 18 Januari 2023. 2 LATAR BELAKANG 2.1 Ketika ini MHSB adalah sebuah syarikat pegangan yang menguruskan aktiviti-aktiviti perniagaan peringkat syarikat dan kumpulan. MHSB sering menerima peluang perniagaan daripada rakan niaga terdiri daripada syarikat-syarikat perniagaan mahupun koperasi. 2.2 MyANGKASA Ventures Sdn. Bhd. akan mengambil alih justeru mengurus tadbir urusan penilaian dan tawaran perniagaan yang sedang diuruskan oleh MHSB. 2.3 Pemindahan fokus perniagaan ini adalah bertujuan untuk memindahkan risiko perniagaan dari MHSB kepada anak syarikatnya seterusnya dapat memperkasakan aktiviti perniagaan tersebut. 3. TUJUAN Tujuan meletakkan MyANGKASA Ventures Sdn. Bhd. sebagai anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. ialah supaya: 3.1 MyANGKASA Ventures Sdn. Bhd. akan mempunyai nilai dan aspirasi yang sama (shared aspirations and values) dalam satu kumpulan. 3.2 Kawal selia perniagaan dan operasi syarikat bersekutu berpusat di MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 3.3 Mengoptimumkan kos operasi. 3.4 Mengurangkan risiko perniagaan yang boleh memberi impak kepada MHSB secara langsung. 3.5 Memperkasakan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan oleh syarikat bersekutu dan rakan niaga MHSB.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 43 4. STRUKTUR PEGANGAN EKUITI 5. DASAR CADANGAN PENUBUHAN MYANGKASA VENTURES SDN. BHD. (MVSB) 5.1 Mengukuhkan MVSB sebagai anak syarikat yang mengeksplorasi peluang perniagaan yang berpotensi lengkap dengan menjalankan penilaian risiko perniagaan. 5.2 MVSB boleh diumpamakan sebagai sebuah syarikat inkubator perniagaan baru sama ada bagi pihak MHSB atau ANGKASA dan segala perjanjian kerjasama akan ditandatangani oleh MVSB. 5.3 Akan memindahkan perniagaan yang telah melalui proses penilaian dan analisa risiko kepada anak-anak syarikat yang bersesuaian. 5.4 MVSB akan membuat pemantauan dari segi pengurusan syarikat, tadbir urus dan prestasi syarikat bersekutu dan rakan niaga. 6. PENGURUSAN DAN KAWALAN 6.1 Pengurusan syarikat secara berpusat di MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. melibatkan pentadbiran, sumber manusia dan kewangan. Caj pengurusan secara bulanan akan dikenakan kepada syarikat.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 44 6.2 Pengurusan tadbir urus syarikat akan menggunakan prosedur dan aturan MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 6.3 Ahli Lembaga Pengarah (ALP) akan dilantik dengan komposisi mengikut Seksyen 11, GP 17: Garis Panduan Membentuk, Mempunyai, Memperoleh atau Menubuhkan Subsidiari yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan ANGKASA (JPDI). 6.4 Urusan pengurusan harian subsidiari oleh pegawai dan kakitangan sokongan yang akan dilantik oleh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. atau ANGKASA mengikut keperluan anak syarikat. 7. STRUKTUR MODAL SYARIKAT PEGANGAN DAN IMPLIKASI KEWANGAN 7.1 Modal Dibenarkan : RM100,000.00 7.2 Modal Berbayar : RM 10,000.00 dari MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 7.3 Berikut adalah unjuran aliran tunai MyANGKASA Venture Sdn. Bhd.: Tahun 1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) Terimaan Peruntukan Modal 10,000 Pendapatan: Komisen Jualan 287,474 672,305 1,039,440 Goodwill Fee 96,698 117,925 100,000 Dividen SPV 402,500 1,223,901 1,667,492 Jumlah Terimaan 796,672 2,014,131 2,806,932 Perbelanjaan Operasi Penggajian 50,000 100,000 150,000 Caj Pengurusan Berpusat 30,000 30,000 30,000
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 45 Tahun 1 (RM) 2 (RM) 3 (RM) Belanja Operasi 100,000 150,000 200,000 Perbelanjaan lain-lain 50,000 100,000 150,000 Jumlah Perbelanjaan Operasi 230,000 380,000 530,000 Lebihan / (kurang) Aliran Tunai 566,672 1,634,131 2,276,932 ROI 246% 430% 430% 8. PELAKSANAAN
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 46 9. PENGESYORAN Mohon kelulusan perwakilan di Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA 2023 (MAPA) mengenai penubuhan MyANGKASA Ventures Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat penuh MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB). KEPUTUSAN: SETUJU TIDAK SETUJU
KERTAS KERJA 5 CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI (INKUBATOR)
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 47 KERTAS KERJA 5 CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI (INKUBATOR) 1. PENGENALAN ANGKASA memainkan peranan yang jelas seperti yang termaktub di dalam Aspirasi Koperasi Malaysia sebagai badan puncak yang memelihara kepentingan gerakan koperasi di Malaysia. ANGKASA bertanggungjawab merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi dengan mengenal pasti dan memajukan bidang perniagaan baharu, membangun dan memperkukuhkan perniagaan sedia ada serta mewujudkan jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa. Melalui Model Perniagaan Koperasi yang diperkenalkan oleh ANGKASA berlandaskan peranan di dalam Aspirasi Koperasi Malaysia, dicadangkan Projek Pembangunan Perniagaan Koperasi (Inkubator) untuk kelulusan peruntukan kewangan agar dapat dilaksanakan demi kepentingan gerakan koperasi. Projek yang dicadangkan adalah seperti berikut: 1.1 Inkubator Projek Tanaman Kenaf Program atau projek yang dilaksanakan adalah merupakan salah satu daripada rantaian nilai (value chain) daripada keseluruhan program yang melibatkan komoditi kenaf. Program pemprosesan fiber kenaf merupakan inisiatif pihak Lembaga Kenaf dan Tembagau Negara (LKTN) dalam membantu petani atau pekebun kecil untuk meningkatkan pendapatan sedia ada melalui pemprosesan fiber kenaf premium secara ‘Bioretting’ pada peringkat ‘midstream’. Keperluan produk separa siap fiber kenaf premium di peringkat kilang pemprosesan yang juga milik LKTN di Saujana Setiu, Terengganu, menjadikan program tersebut telah menjadi antara fokus utama agensi berkenaan memperkembangkan program tersebut kepada lebih ramai golongan sasar. Cadangan pihak ANGKASA untuk melibatkan sektor koperasi dalam program ini menepati hala tuju pihak LKTN yang diyakini dapat dilaksanakan dengan baik. Objektif utama projek adalah untuk memperkenalkan Program Pemprosesan Fiber Kenaf Premium yang bermutu tinggi bagi mempelbagaikan aktiviti ekonomi di peringkat koperasi: a) Memberikan peluang janaan sumber ekonomi baharu kepada koperasi yang terlibat dengan member fokus kepada peringkat pemprosesan atau ‘mid-stream’ yang lebih cepat dari segi hasil pendapatan.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 48 b) Menepati hasrat atau dasar pihak LKTN untuk menarik lebih ramai penyertaan daripada kumpulan sasar untuk terlibat dengan program yang telah dirangka khususnya melalui sektor koperasi. c) Matlamat pihak LKTN dengan penglibatan lebih ramai penyertaan pada peringkat pemprosesan fiber kenaf secara ‘Bioretting’ tersebut akan lebih banyak penghasilan produk separuh siap berkenaan yang lebih berkualiti berbanding penghasilan fiber kenaf secara mekanikal. d) Memberikan gambaran baharu kepada masyarakat berkenaan potensi dan peluang yang boleh dimanfaatkan melalui komoditi kenaf secara keseluruhan. e) Menyokong dan merancakkan industri hiliran atau ‘downstream’ diperingkat pemain industri yang menghasilkan produk siap berdasarkan penghasilan fiber kenaf premium yang lebih terjamin sesuai permintaan di pasaran. 2.1 Inkubator Projek Tanaman Koko Program pemerkasaan pusat pengumpulan koko (pemilikan koperasi) yang melibatkan Koperasi Kluster Koko Pahang Semenanjung Berhad (KKKPSB) sebagai satu program pembangunan perniagaan bagi aktiviti koko di Malaysia. Cadangan program untuk bersamasama membantu koperasi membangunkan serta memperkasakan pusat pengumpulan hasil koko dengan pemilikan koperasi telah dihantar kepada pihak Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan juga kepada KKKPSB untuk pandangan dan kelulusan. Pihak LKM dan Koperasi pada dasarnya bersetuju dengan program yang dicadangkan. Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, jumlah keluasan bertanam bagi tanaman koko sehingga September 2020 adalah berjumlah 15,647 hektar dengan melibatkan hampir 14,776 pekebun kecil di seluruh Malaysia. Dari jumlah keluasan bertanam tersebut, jumlah keluasan bertanam di Semenjung adalah berjumlah 2,814 hektar atau 17.98 peratus daripada jumlah keseluruhan yang bertanam dengan tanaman koko. Dari segi pengeluaran, pengeluaran koko di Semenanjung Malaysia adalah berjumlah 201 ton dengan purata hasil pengeluaran sebanyak 0.071 ton / hektar. Adalah dijangkakan jumlah pekebun kecil di Semenanjung Malaysia adalah seramai 2,891 orang (berdasarkan purata keluasan tanaman berbanding bilangan pekebun kecil keseluruhan) Objektif program pusat pengumpulan koko koperasi adalah bertujuan untuk membantu pekebun/anggota dari segi pemasaran hasil tanaman koko di samping sebagai pusat setempat aktiviti koperasi di dalam membantu anggota yang rata-rata merupakan pekebun kecil.
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 49 3.1 Inkubator Projek Buluh Dalam usaha mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai sumber bahan mentah dan bagi memastikan ketersediaan berterusan industri kayu tempatan, Kerajaan melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah mewujudkan Program Pembangunan Ladang Hulan (PPLH) bagi menggalakkan pembangunan ladang hutan dengan sasaran dalam tempoh 15 tahun, program ini akan dapat menghasilkan 5 juta meter padu kayu. Buluh adalah sejenis tumbuhan berkayu dan berbatang ruas daripada famili rumput (Graminiae ). Di seluruh dunia terdapat lebih 50 genera buluh dengan lebih 1,200 spesis. Sebanyak 59 spesis buluh telah disenaraikan tumbuh hidup di Malaysia. Taburan habitat buluh boleh dijumpai di kawasan tropika dan sub-tropika. Di Asia Tenggara, istilah buluh juga disebut sebagai bamboo dengan terjemahan istilah Bamboo atau Bamboes. lanya diistilahkan secara botani (Neo-Latin) sebagai Bambusa. Pada asasnya, tanaman buluh mengeluarkan rebung dan batang berkayu. Pengurusan ladang buluh secara sistematik berupaya menghasilkan kedua-dua hasil iaitu rebung dan batang berkayu untuk industri hiliran. Rebung menjadi antara produk makanan yang bernutrisi tinggi dan boleh dipasarkan samada secara mentah atau dibuat acar. Batang buluh pula boleh diproses menjadi pelbagai produk lain seperti sumber tenaga lestari, produk perkayuan, produk tekstil, kertas serta produk berteknologi tinggi seperti arang teraktif (activated carbon) dan bioplastik. Selain penghasilan barangan, ladang buluh itu sendiri mempunyai nilai ekonomi alam sekitar iaitu karbon dagangan (carbon trading). Bergantung kepada saiz sesebuah ladang buluh, pelbagai produk hiliran boleh menjadi sumber ekonomi kepada komuniti dan negara. 4.1 Inkubator Projek “Food Security” Jaminan makanan ditakrifkan sebagai satu situasi apabila individu atau isi rumah, pada bilabila masa, memiliki akses ekonomi dan fizikal ke atas makanan yang cukup, selamat dan berkhasiat. Memenuhi keperluan dan citarasa pemakanan untuk hidup yang aktif dan sihat sepanjang masa. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), terdapat empat (4) komponen yang menjadi tunjang kepada jaminan makanan iaitu: i. Ketersediaan makanan (Availability) – Keperluan untuk adanya sumber yang boleh harap dan konsisten untuk mendapatkan makanan yang berkualiti. ii. Capaian makanan (Accessibility) – Kemampuan setiap individu atau isi rumah untuk menghasilkan dan / atau membeli makanan dengan sumber yang mencukupi. iii. Penggunaan makanan (Utilization) – Orang ramai mempunyai pengetahuan dan persekitaran asas yang bersih untuk memilih, menyediakan dan mengedarkan makanan sehingga mampu menghasilkan nutrisi yang baik, dan
RANCANGAN PERNIAGAAN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN ANGKASA KE-37 (MAPA 2023) 50 iv. Kestabilan makanan (Stability) – Keupayaan orang ramai untuk mengakses dan menggunakan makanan secara stabil dan berterusan dari semasa ke semasa. Untuk bergerak ke hadapan, bagi mengurangkan impak ketidakpastian jaminan bekalan makanan ‘food security’ kepada negara dan isi rumah, dasar makanan haruslah memberi tumpuan kepada pelaburan yang lebih besar dalam ketersediaan makanan, kebolehcapaian, penggunaan dan kestabilan bekalan makanan. Gerakan koperasi diharap dapat membantu kerajaan memainkan peranan yang lebih aktif bagi memenuhi keperluan ‘food security’ dalam negara khususnya kepada anggota dan masyarakat amnya, seperti Koperasi Ja Zenchu di Jepun menekankan bahawa ‘food security’ should place more importance on self suffiency and domestic production”. Koperasi pertanian di Jepun menjalankan kempen “Eat local, Grow local” 2. PENGESYORAN Mohon pandangan dan kelulusan jawatankuasa berkaitan Kertas Kerja Cadangan Projek Pembangunan Perniagaan Koperasi (Inkubator) bernilai RM 2,000,000.00. KEPUTUSAN: SETUJU TIDAK SETUJU
[email protected] +603 78042315 +603 78061977 Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1, Kelana Jaya, Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (Malaysian National Co-operative Movement) ANGKASACoop www.angkasa.coop