kepada nombor 9 kerana nilai 10 telah dipinjam daripada rumah
puluh.
11. Peserta kajian diberi penerangan bahawa sekiranya lompatan
melalui petak merah, maka nilai 1 perlu ditolak daripada rumah
puluh.
12. Jawapan terakhir bagi soalan ini ialah 16.
34
Aktiviti 5 : Menjalankan operasi tolak dengan menggunakan
Tahap Kad ‘Lompat-Lompat’.
Bahan
Instrumen : Semi konkrit.
: Kad ‘Lompat-Lompat’, pen marker, lembaran
kerja.
: Nota lapangan, soalan temu bual, lembaran kerja.
Langkah
1. Satu Kad ‘Lompat-Lompat’ 2D yang diadaptasi daripada pelan
‘Lompat-Lompat’ telah disediakan.
2. Saya menunjukkan satu soalan operasi tolak kepada peserta kajian.
3. Soalan bagi operasi tolak adalah seperti berikut :
24 – 16 =
4. Peserta kajian dibimbing untuk menulis ayat matematik tersebut
dalam bentuk lazim berdasarkan apa yang telah dipelajari dalam
Aktiviti 4.
5. Peserta kajian dikehendaki merujuk kepada rumah sa.
6. Peserta kajian dikehendaki membulatkan digit 4 pada bahagian
kanan kad ‘Lompat-Lompat’.
7. Peserta kajian dikehendaki melukis anak panah sambil membilang
enam langkah ke arah kiri.
8. Semasa anak panah berhenti pada digit 8, maka digit 8 ditulis pada
ruang jawapan rumah sa.
9. Sekiranya anak panah melalui petak berwarna merah, maka nilai 1
perlu ditolak daripada rumah puluh.
10. Jawapan bagi soalan ini ialah 8.
35
11. Sebelum P&P berakhir, peserta kajian diberi lembaran kerja untuk
menguji kefahaman mereka.
12. Lembaran kerja yang diselesaikan oleh peserta kajian digunakan
sebagai data analisis dokumen.
36
Aktiviti 6 : Menyelesaikan soalan operasi tolak dalam
lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan
Tahap semula tanpa bantuan Kad sebagai BBM.
Bahan
Instrumen : Abstrak.
: Lembaran kerja.
: Nota lapangan, soalan temu bual, lembaran kerja.
Langkah
1. Peserta kajian diberi lima soalan untuk menguji kefahaman mereka
berkaitan dengan konsep operasi tolak yang melibatkan
pengumpulan semula.
2. Peserta kajian dikehendaki menyelesaikan soalan lembaran kerja
tanpa menggunakan bantuan kad.
3. Lembaran kerja ini menitikberatkan ketepatan cara peserta kajian
memindahkan ayat matematik ke dalam bentuk lazim dan ketepatan
jawapan.
4. Lembaran kerja yang diselesaikan telah saya semak dan dijadikan
sebagai data analisis dokumen.
37
4.2 Kaedah Pengumpulan Data
Bagi mewujudkan triangulasi data, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah
pengumpulan data dalam kajian ini, iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen.
4.2.1 Pemerhatian
Menurut Zamri Mahamod dan Nor Rasah Lim (2011), pemerhatian
merupakan cara yang terbaik untuk mengumpul data asal ‘first hand
encounter’ tentang peserta kajian. Lazimnya, dalam pemerhatian,
pengkaji akan melihat, mendengar, memerhati dan melibatkan diri
secara langsung atau tidak langsung untuk mendapatkan maklumat
serta untuk memahami perkembangan yang berlaku di dalam bilik
darjah. Othman Lebar (2014) mengatakan bahawa kaedah
pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data yang bersifat
kualitatif dan sesuai digunakan bagi kajian kualitatif seperti kajian
tindakan. Jenis pemerhatian yang digunakan oleh pengkaji dalam
kajian tindakan ‘Lompat-Lompat’ ialah pemerhatian tidak berstruktur
dengan menggunakan nota lapangan sebagai instrumen. Semasa
tindakan dijalankan, perubahan tingkah laku dan perasaan peserta
kajian telah diperhatikan dan dicatatkan dalam nota lapangan.
4.2.2 Temu Bual
Azizah Hamzah (2010) telah mendefinisikan temu bual sebagai
perbualan dua hala antara pengkaji dengan peserta kajian, dalam
rangka memahami pandangan selepas tindakan ‘Lompat-Lompat’
dilaksanakan. Kaedah temu bual yang digunakan adalah temu bual
berstruktur iaitu dengan menyediakan beberapa soalan terbuka terlebih
dahulu sebelum memulakan sesi temu bual dengan peserta kajian.
Semasa temu bual, pengkaji telah mengemukakan soalan mengikut
kesesuaian situasi untuk mendorong peserta kajian memberi maklumat
tentang pandangan peserta kajian terhadap aktiviti atau tindakan
‘Lompat-Lompat’ dalam membantu mereka dalam menguasai
38
kemahiran operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 50 yang
melibatkan pengumpulan semula.
4.2.3 Analisis Dokumen
Menurut Babbie (2010), pengumpulan data melalui kaedah analisis
dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan
masalah yang ingin dikaji. Kamarul Azmi Jasmi (2012) pula
mengatakan bahawa kaedah analisis dokumen mempunyai kesahan
yang tinggi. Bagi kajian ‘Lompat-Lompat’, dokumen yang pengkaji
analisis adalah markah lembaran kerja peserta kajian. Setiap kali
tindakan dilaksanakan, peserta kajian diberi lembaran kerja mengikut
kemahiran tertentu untuk melihat penguasaan mereka. Antara aspek
yang diberi perhatian ialah ketepatan jawapan bagi menentukan
penguasaan peserta kajian. Kesemua soalan yang disediakan adalah
merujuk kepada Buku Panduan Pengajaran dan Pengajaran Matematik
(Bahagian Pendidikan Khas, 2019).
4.3 Cara Menganalisis Data
Menganalisis data merupakan satu proses yang berterusan yang melibatkan
pemeriksaan makna ke atas tindakan dan kata-kata manusia. Memberi makna
melibatkan cantuman pelbagai kata, pengkelasan data mengikut kategori dan
tema yang sesuai dan tepat serta intepretasi tentang apa yang dikatakan oleh
seseorang individu dan apa yang dilihat oleh pengkaji.
Analisis data biasanya meneroka perhubungan antara kategori-
kategori yang signifikan berkaitan dengan sesuatu perkara, manusia, peristiwa
serta sifat dan nilai mereka. Jadual 3 menunjukkan bagaimana pengkaji
menganalisis data berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada ketiga-tiga
kaedah pengumpulan data. Pengkaji berpendapat cara ini adalah sesuai
dengan reka bentuk kajian ini yang berbentuk kualitatif. Analisis bertema yang
dilakukan oleh pengkaji adalah secara induktif iaitu pengkaji akan
39
meringkaskan data dan mengelaskan mengikut kategori dan akhirnya
memberi tema.
Jadual 3.
Cara menganalisis data.
Kaedah Instrumen Jenis Data Cara Menganalisis
Data
Pemerhatian Nota lapangan Teks
Analisis bertema
Temu bual Soalan temu bual Transkrip temu Analisis bertema
bual
Analisis bertema
Analisis Lembaran kerja Markah Kekerapan peratus
dokumen
Rajah 13 pula menunjukkan proses cara penganalisisan data yang
dilakukan oleh pengkaji dalam kajian ini.
Rajah 13. Proses menganalisis data kajian.
40
Langkah 1 : Membaca Data
Langkah pertama yang pengkaji lakukan selepas mendapat data ialah
membaca data. Pada peringkat ini pengkaji akan meneliti semula data yang
diperolehi melalui kaedah pemerhatian, dokumen dan temu bual. Misalnya jika
data temu bual, pengkaji akan membaca semula transkrip yang telah
dihasilkan. Manakala data yang didapati melalui kaedah analisis dokumen,
pengkaji akan menyemak lembaran kerja peserta kajian.
41
a) Pemerhatian
Rajah 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 merupakan nota lapangan yang dicatat oleh
pengkaji semasa pemerhatian terhadap setiap peserta kajian sepanjang
aktiviti tindakan ‘Lompat-Lompat’ dijalankan.
Peserta Kajian 1 (PK1)
Soalan yang diberi ialah 14 + 17. PK1 menunjukkan muka yang seronok semasa diberitahu bahawa
hari ini akan menjalankan aktiviti yang berunsurkan kinestatik, iaitu melompat sambil membilang
nombor. PK1 menumpukan sepenuh perhatian semasa pengkaji memberi penerangan tentang cara
menulis ayat matematik dalam bentuk lazim mengikut nilai tempat sa dan puluh. Semasa pengkaji
mengemukakan soalan untuk menguji kefahamannya, PK1 dapat menjawab dengan berjayanya.
Semasa pengkaji menunjukkan contoh melompat sambil membilang, PK1 juga memberi perhatian
kepada pengkaji. Apabila aktiviti dimulakan, PK1 dapat melaksanakan mengikut apa yang pengkaji
tunjukkan dan berjaya menjawab soalan yang diberi dengan betul. Namun begitu, PK1 telah
menggunakan masa yang lebih panjang untuk menyelesaikannya. Hal ini kerana PK1 telah
melakukan kesalahan, di mana dia melompat dua petak tetapi hanya melaungkan satu nombor dan
perlu melompat semula. PK1 tahu bahawa dia telah tersilap dan ingin membuat semula lagi.
“Seronoknya boleh main!” kata PK1 selepas melompat dan menjawab soalan dengan betul.
Peserta Kajian 2 (PK2)
Soalan yang diberi ialah 34 + 18. PK2 menunjukkan muka yang seronok apabila diberitahu aktiviti
yang dijalankan adalah berunsurkan kinestatik. Apabila pengkaji memberi penerangan tentang cara
menulis ayat dalam bentuk lazim, PK2 tidak memberi perhatian. Semasa pengkaji menunjukkan
contoh untuk membentuk dan membilang, PK2 telah memberikan perhatian yang sepenuhnya. PK2
dapat menjawab soalan pengkaji, di mana tambah merujuk kepada melompat ke arah hadapan.
Namun begitu, semasa melompat, PK2 langsung tidak mengikut arahan yang telah diberi. PK2
membilang dari nombor 1 tetapi bukan mengikut soalan operasi tambah yang telah pengkaji
tunjukkan. PK2 terus melompat sembil membilang melebihi 10 dan tanpa berhenti. Apabila dibimbing
untuk membilang dan melompat sekali lagi, PK2 dapat membilang dengan betul.
Peserta Kajian 3 (PK3)
Soalan yang diberi ialah 19 + 25. PK3 tidak menunjukkan muka yang terlalu seronok apabila
diberitahu aktiviti yang dijalankan adalah berunsurkan kinestatik. Seperti biasa, PK3 telah
menunjukkan sepenuh perhatian sepanjang P&P dijalankan, sama ada semasa diberi penerangan
menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul atau ditunjukkan contoh untuk melompat
dan membilang. PK3 berjaya melompat dan membilang mengikut arahan yang diberi dan dapat
menjawab soalan yang diberi dengan jayanya.
Rajah 14. Catatan nota lapangan pemerhatian terhadap Aktiviti 1 (Tahap
Konkrit) pada 17 Jun 2019.
42
Peserta Kajian 1 (PK1)
Soalan yang diberi ialah 17 + 26. PK1 terus dapat mengingat kembali aktiviti sebelum ini (konkrit)
semasa pengkaji memberi BBM kad ‘Lompat-Lompat’ kepada mereka. PK1 dapat memindahkan
ayat matematik yang telah ditunjukkan kepada bentuk lazim dengan tepat. Apabila pengkaji
menunjukkan contoh untuk menyelesaikan soalan dengan menggunakan BBM kad ‘Lompat-
Lompat’, PK1 telah memberikan sepenuh perhatian kepada pengkaji. Apabila diberi soalan, PK1
dapat membulatkan nombor dan membilang berdasarkan arahan pengkaji. Namun begitu, jawapan
yang diberi oleh PK2 adalah salah kerana kecuaian. PK1 telah melukis satu anak panah melalui dua
petak, di mana satu anak panah adalah hanya untuk satu petak. Selepas ditegur, PK2 dapat
menyelesaikan soalan tersebut dengan betul.
Peserta Kajian 2 (PK2)
Soalan yang diberi ialah 15 + 18. Semasa diberi BBM kad ‘Lompat-Lompat’, PK2 sangat
bersemangat untuk menjalankan aktiviti pada hari ini. Namun begitu, apabila diminta untuk menulis
ayat matematik dalam bentuk lazim, PK2 telah melakukan kesalahan, iaitu menulis nombor 5 dalam
ruang rumah puluh. Apabila diminta untuk merujuk balik kepada contoh yang telah pengkaji
tunjukkan, PK2 dapat mengesan kesalahannya dengan segera. Selepas itu, PK2 dapat
menyelesaikan soalan tersebut dan mendapat jawapan yang tepat dengan menggunakan BBM.
Peserta Kajian 3 (PK3)
Soalan yang diberi ialah 15 + 16. PK3 dapat mengingat semula aktiviti (konkrit) yang telah dijalankan
semasa ditunjukkan BBM kad ‘Lompat-Lompat’. PK3 dapat memindahkan ayat matematik ke dalam
bentuk lazim dengan tepat. PK3 telah mengemukakan soalan kepada pengkaji semasa mula untuk
membulatkan digit pada kad ‘Lompat-Lompat’. ‘Cikgu, bolehkah saya membulatkan nombor ini?’
kata PK3 sambil menunjukkan digit 6. Selepas mendengar penerangan daripada pengkaji, PK3 telah
membulatkan digit 6 dan melompat 5 langkah ke arah kanan. Selepas itu, PK3 telah mendapat
jawapan yang tepat dengan mengikut langkah yang pengkaji tunjukkan.
Rajah 15. Catatan nota lapangan pemerhatian terhadap Aktiviti 2 (Tahap Semi
Konkrit) 24 Jun 2019
43
Peserta Kajian 1 (PK1)
Bagi soalan pertama yang diberi, PK1 berjaya menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan
betul. Tanpa bantuan BBM, PK1 menggunakan masa yang sangat panjang untuk meyelesaikan
masalah ini. PK1 menggunakan cara membilang jari. Namun begitu, PK1 telah gagal menjawab
soalan yang pertama disebabkan kecuaian. Selepas ditegur dan diminta untuk membilang semula,
PK1 barulah mengesan kesalahannya. Bagi soalan kedua, PK1 dapat menulis ayat matematik
dalam bentuk lazim dengan betul. Kali ini, PK1 telah dapat menyelesaikan soalan ini dengan tepat
dalam masa yang lebih singkat berbanding dengan soalan pertama.
Peserta Kajian 2 (PK2)
Bagi soalan yang pertama, PK2 telah meminta bantuan daripada PK3 untuk menyemak jawapan
baginya. PK3 memberitahu PK2 bahawa dia telah salah meletakkan nilai tempat. PK2 selepasnya
membuat pembetulan. Selepas itu, PK2 terus menulis jawapan bagi soalan 29 + 16 ialah 43. Dia
terus mengangkat tangan selepas menulis jawapan. Pengkaji telah cuba membimbing semula PK2
untuk membilang sambil melukis anak panah pada kertas tetapi PK2 enggan mencuba. ‘Cikgu, yang
ni susah sangatlah!” Kata PK2. Bagi soalan kedua pula, PK2 dapat menulis ayat matematik dalam
bentuk lazim dengan betul tetapi gagal untuk menjawab. Bagi kedua-dua soalan, PK2 langsung tidak
cuba untuk membilang dan terus menulis jawapan dengan sesuka hati.
Peserta Kajian 3 (PK3)
Bagi kedua-dua soalan yang diberi, PK3 dapat menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan
tepat. PK3 telah menggunakan cara membilang sambil melukis anak panah pada kertas putih untuk
mendapatkan jawapan. PK3 merupakan peserta kajian yang menyelesaikan kedua-dua soalan
dalam masa yang paling singkat. Jawapan PK3 bagi kedua-dua soalan adalah tepat.
Rajah 16. Catatan nota lapangan pemerhatian terhadap Aktiviti 3 (Tahap
Abstrak) pada 30 Jun 2019
44
Peserta Kajian 1 (PK1)
Apabila dikemukakan soalan berdasarkan Aktiviti 1 dan 2, PK1 telah berjaya menjawab soalan
tersebut. Apabila PK1 ditunjukkan semula pelan ‘Lompat-Lompat’, PK1 telah menunjukkan muka
yang seronok. PK1 telah menumpukan sepenuh perhatian semasa memberi penerangan dan
menunjukkan contoh kepada mereka. Apabila pengkaji meminta salah seorang peserta kajian untuk
menunjukkan contoh, PK1 merupakan peserta kajian yang paling cepat mengangkat tangan.
Apabila diberi satu lagi soalan, PK1 tetap boleh menjawab dengan betul. PK1 boleh membantu
pengkaji memberi penerangan kepada PK2. “Operasi tambah mula dari kanan dan melompat ke
belakang kerana tolak itu semakin kurang”, kata PK1 kepada PK2.
Peserta Kajian 2 (PK2)
Apabila ditunjukkan pelan ‘Lompat-Lompat’, PK2 berjaya menceritakan cara penggunaannya bagi
operasi tambah. Apabila pengkaji memberi penerangan, PK2 asyik melihat kepada pelan ‘Lompat-
Lompat’ dan kurang memberikan perhatian. PK2 dapat memindahkannya ke dalam bentuk lazim
dengan betul. PK2 gagal mendapatkan jawapan yang betul kerana dia melompat ke arah kanan
tetapi bukan cara operasi tolak. Selepas ditegur, PK2 masih menunjukkan muka yang keliru. Oleh
itu, pengkaji telah memberi satu soalan lagi. PK2 telah berjaya mendapat jawapan yang betul
dengan mengikut langkah PK1. Sekali lagi, PK2 diberi satu lagi soalan. Kali ini, PK2 dibimbing satu
langkah demi satu langkah. Akhirnya PK2 dapat menjawab dengan betul.
Peserta Kajian 3 (PK3)
Semasa diminta menunjukkan contoh untuk melakukan operasi tambah, PK3 dapat melakukannya
dengan betul. Sepanjang pengkaji memberi penerangan, PK3 telah benyak menjawab soalan yang
telah pengkaji kemukakan. Soalan yang diberi ialah 33 – 26. PK3 berjaya memindahkan ayat
matematik operasi tolak ke dalam bentuk lazim dengan betul. PK3 juga telah mengemukakan
soalan. “Cikgu, bolehkah saya bermula nombor di bawah (merujuk kepada digit 6)?” tanya PK3. PK3
melaksanakan setiap langkah mengikut arahan yang pengkaji beri semasa menyelesaikan dua
soalan. PK3 mendapat jawapan yang tepat bagi kedua-dua soalan ini.
Rajah 17. Catatan nota lapangan pemerhatian terhadap Aktiviti 4 (Tahap
Konkrit) pada 7 Julai 2019
45
Peserta Kajian 1 (PK1)
Soalan yang diberi ialah 24 – 18. PK1 dapat menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan
tepat. PK1 telah cuba untuk mengingat semula langkah-langkah yang telah dipelajari dalam Aktiviti
4. PK1 berjaya menjalankan pengiraan dengan betul. Apabila diberitahu bahawa jawapannya bagi
soalan ini adalah tepat, PK1 telah menunjukkan muka yang seronok dan meminta soalan lagi. PK1
berjaya menjawab ketiga-tiga soalan yang diberi dengan tepat.
Peserta Kajian 2 (PK2)
Soalan yang diberi ialah 42 – 28. PK2 telah menggunakan langkah-langkah bagi operasi tambah
untuk menyelesaikan soalan ini. PK2 telah membulatkan nombor di bahagian kiri dan bergerak ke
arah bahagian kanan. Jawapan yang diberi oleh PK2 ialah 20, di mana nilai rumah sa adalah
bertambah manakala nilai rumah puluh semakin kurang. Apaila diminta untuk menyemak, PK2 tidak
dapat mengesan kesalahannya. Apabila diberitahu bahawa jawapannya adalah salah, PK2 telah
menunjukkan muka yang keliru. Selepas mendengar penjelasan daripada pengkaji, PK2 telah
membuat satu percubaan lagi dengan soalan yang lain. Kali ini, PK2 masih melakukan kesalahan
yang sama dengan soalan pertama. Apabila ditegur, PK2 barulah mengesan kesalahannya dan
membuat pengiraan sekali lagi untuk mendapatkan jawapan yang betul.
Peserta Kajian 3 (PK3)
Soalan yang diberi ialah 43 – 18. Semasa mendapat soalan dan BBM kad ‘Lompat-Lompat’, PK3
merupakan peserta kajian yang paling cepat untuk menulis ayat matematik dalam bentuk lazim. PK3
berjaya menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan tepat. Semasa pengkaji ingin
membimbing PK3 untuk menjawab soalan, PK3 menunjukkan bahawa dia ingin cuba sendiri terlebih
dahulu. Dia membulatkan digit 2 pada bahagian kanan terlebih dahulu dan melukis lapan anak
panah ke arah kiri. PK3 berjaya mendapat jawapan yang betul. PK3 telah menjawab tiga soalan lagi.
Jumlah soalan yang telah dijawab oleh PK3 ialah empat. PK3 dapat menjawab tiga soalan dengan
betul tetapi satu yang salah kerana terlupa untuk menolak satu nilai daripada rumah puluh.
Rajah 18. Catatan nota lapangan pemerhatian terhadap Aktiviti 5 (Tahap Semi
Konkrit) pada 14 Julai 2019
46
Peserta Kajian 1 (PK1)
PK1 dapat menerangkan konsep operasi tolak kepada rakan-rakannya, iaitu nilai semakin kurang.
Apabila ditunjukkan soalan (31 – 14), PK1 dapat menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan
betul. Selepas itu, PK1 telah mengisi ruang jawapan rumah puluh terlebih dahulu dengan 1. Selepas
itu, PK1 telah mengingat semula cara untuk menyelesaikan soalan operasi tolak. Sebelum menulis
jawapan, PK1 telah mengeluarkan jari sebanyak dua kali untuk membilang. Selepas itu, PK1 terus
menulis digit 7 pada ruang jawapan rumah sa. PK1 terus bertanya pengkaji sama ada jawapannya
betul atau salah. Apabila pengkaji mengangguk kepala dan memberitahunya bahawa jawapannya
adalah betul, PK1 terus menjerit Yeah! Dan menunjukkan muka yang gembira.
Peserta Kajian 2 (PK2)
Apabila diberi soalan, PK2 terus meminta kad ‘Lompat-Lompat’ daripada pengkaji. Apabila pengkaji
meminta dia cuba untuk menyelesaikan soalan tanpa BBM, dia terus merajuk. “Cikgu, yang ni saya
tak tahu nak buat macam mana!”, kata PK2. Namun begitu, pengkaji masih tidak memberi kad
‘Lompat-Lompat’ kepadanya. Pengkaji membimbing dia dengan mengingat semula langkah-langkah
yang kita lakukan sebelum ini. Bagi setiap soalan yang pengkaji kemukakan, dia hanya menjawab
‘Tak tahu!’ sahaja. Selepas itu, dia terus menulis jawapan tanpa mengingat semula atau membilang.
Oleh itu, jawapannya adalah salah.
Peserta Kajian 3 (PK3)
PK3 dapat menulis ayat matematik yang diberi dalam bentuk lazim dengan betul. Semasa menjawab
soalan yang pertama (13 – 5), PK3 telah menulis nombor dari 1 hingga 9 dan 1 hingga 3, termasuk
petak merah di atas kertas. Dia telah memotong lima nombor bermula dari nombor 3 di bahagian
kanan. Dia telah menulis nombor 8 pada ruang jawapan rumah sa. Apabila diminta untuk
menyelesaikan soalan yang seterusnya (32 – 13) tanpa melukis, dia telah menggunakan masa yang
agak panjang. Dia mengeluarkan dua jari dan meletak balik. Selepas itu, dia menulis nombor 1 di
atas kertas dan mengeluarkan semula 10 jari dan menolak 1. Dia terus menulis 9 di ruang jawapan
sa. Bagi ruang jawapan puluh, dia berfikir lama sebelum menulis 1. Selepas itu, dia bertanya
pengkaji sama ada jawapannya betul atau salah. Apabila pengkaji mengangguk kepala, dia
menunjukkan muka yang gembira. Pengkaji telah memberi satu soalan lagi (42 – 16) kepadanya
dan memintanya untuk menjawab tanpa melukis. Kali ini, PK3 telah menggunakan cara yang sama
dengan soalan kedua, menulis nombor 4 pada kertas dan menolak 4 daripada 10 jari. Jawapannya
bagi soalan ini adalah betul.
Rajah 19. Catatan nota lapangan pemerhatian terhadap Aktiviti 6 (Tahap
Abstrak) pada 21 Julai 2019
47
b) Analisis Dokumen
Pengkaji juga telah mengumpul data melalui kaedah analisis dokumen seperti
lembaran kerja. Lembaran kerja bagi setiap peserta kajian telah disemak untuk
mengenal pasti kesalahan serta kelemahan mereka. Semua kesalahan dan
kelemahan yang telah dikenal pasti digunakan untuk tujuan penambahbaikan
bagi aktiviti yang seterusnya.
c) Temu Bual
Temu bual yang dijalankan dengan peserta kajian telah dicatatkan dan dibuat
dalam bentuk transkripsi. Pengkaji membaca transkripsi temu bual tersebut
dan menganalisisnya mengikut kod-kod yang telah ditentukan
Langkah 2: Memilih Data
Pemilihan data oleh pengkaji adalah secara induktif. Bermula dengan
pengkaji membaca data yang diperolehi sambil mencatatkan maklumat-
maklumat penting dengan menggunakan highlight. Selepas itu, maklumat
tersebut dikategorikan mengikut kod tertentu dan seterusnya dikumpulkan
dalam satu-satu tema tertentu supaya mudah dirujuk untuk dianalisis.
Pengesahan kategori dan tema dilakukan bersama penyelia pengkaji.
a) Pemerhatian
Jadual 4 menunjukkan data pemerhatian telah dikodkan kepada 5 kategori
berdasarkan maklumat dalam jadual 5, 6 dan 7.
48
Jadual 4.
Petunjuk penentuan kod bagi data pemerhatian.
Kod Penerangan/Kategori Tema
Motivasi
1 Keseronokan Ciri Tindakan ‘Lompat-
2 Bermain Lompat’
3
Aktiviti hands-on Pemindahan Pengetahuan
4
Rangsangan sensori
5
Menghubungkan pengetahuan sedia
ada dengan pengetahuan baru
Jadual 5
Penentuan kod bagi borang catatan nota lapangan terhadap pemerhatian
PK1.
Aktiviti Bahan Tindakan Kod
1 Menunjukkan muka seronok 1
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
2 Melompat bersungguh-sungguh 2
3 Menjawab dengan betul 5
4 Menjerit seronok 1
Ingat kembali 4
5 Menumpukan perhatian 2
6 Menulis ayat matematik dalam bentul lazim dengan betul 5
Menjawab dengan betul 5
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Menjawab dengan betul 5
Menunjukkan muka seronok 1
Mengingat langkah 3
Cepat mengangkat tangan 2
Melompat bersungguh-sungguh 2
Menjawab dengan betul 5
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Ingat semula 4
Menunjukkan muka seronok 1
Menjawab dengan betul 5
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Ingat semula 4
Menjawab dengan betul 5
Menjerit yeah! 1
49
Jadual 6
Penentuan kod bagi borang catatan nota lapangan terhadap pemerhatian PK2
Aktiviti Bahan Tindakan Kod
1 Menunjukkan muka seronok 1
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
2 Melompat bersungguh-sungguh 3
3 Menjawab soalan lisan 2
4 Menjawab dengan betul 5
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
5 Ingat kembali 4
6 Menjawab dengan betul 5
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Ingat kembali 4
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Menumpukan perhatian 2
Menjawab soalan dengan betul 5
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Mengemukakan soalan 5
High 5 dengan rakan 1
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Jadual 7
Penentuan kod bagi borang catatan nota lapangan terhadap pemerhatian
PK3.
Aktiviti Bahan Tindakan Kod
1 Menunjukkan muka seronok 1
Menumpukan perhatian 2
2 Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
3 Melompat bersungguh-sungguh 2
4 Mengemukakan soalan 2
5 Menjawab dengan betul 5
6 Ingat kembali 4
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Menjawab dengan betul 5
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Menjawab soalan dengan betul 5
Ingat kembali 4
Melompat bersungguh-sungguh 2
Menjawab soalan secara lisan 5
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Mengemukakan soalan 5
Menjawab soalan dengan betul 5
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Menjawab soalan dengan betul 5
Menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dengan betul 5
Menjawab soalan dengan betul 5
Menunjukkan muka gembira 1
50
b) Temu Bual
Pengkaji telah membaca transkripsi temu bual tersebut dan menganalisisnya
mengikut kod-kod yang telah ditentukan. Jadual 8 menunjukkan maklumat
temu bual telah dikodkan kepada 5 kategori dan seterusnya diberi tema yang
sesuai. Kod-kod yang ditentukan adalah bertujuan untuk menjawab persoalan
kajian tindakan saya, iaitu sejauh mana tindakan ‘Lompat-Lompat’ dapat
membantu murid-murid pemulihan Tahun 1 dalam menguasai kemahiran
operasi tambah dan tolak yang melibatkan pengumpulan semula.
Jadual 8
Petunjuk penentuan kod bagi data temu bual dengan peserta kajian.
Kod Penerangan Kategori
1 Keseronokan Motivasi
2 Bermain Ciri Tindakan ‘Lompat-
3 Aktiviti hands-on Lompat’
4 Rangsangan sensori
5 Menghubungkan pengetahuan sedia ada Pemindahan Pengetahuan
dengan pengetahuan baru
51
Jadual 9
Penentuan kod bagi data temu bual dengan PK1.
Aktiviti Petikan Kod
1, 2, 5
Kita melompat hari ini… sangat seronok… semua
1, 3, 5
orang boleh main sama-sama… saya ingat cikgu 1, 5
cakap tadi… operasi tambah kita lompat ke depan… 1, 2, 5
1, 4
kerana nombor jadi lebih besar (sambil melompat 5
1 untuk menunjukkan contoh kepada saya)… kalau
pijak petak merah kita kena tambah satu di sini
(tunjuk rumah puluh)… saya suka kelas hari ini… tak
sama dengan kelas lain… hari ini tak duduk saja…
boleh main… tak bosan… seronok kelas Cikgu
Ng… kalau tiap-tiap kali buat macam ni lagi best…
Sama… semua nombor sama dengan hari itu…
petak merah pun ada… lompat ke depan kerana
sini ada simbol tambah… berhenti di sini so tulis
2 nombor ini… lepas tu kena tambah satu kat sini
(tunjuk rumah puluh) sebab ada lalu petak merah
ini…. Dua nombor tambah jawapan jadi lebih
besar… boleh… saya boleh jawab di depan… saya
suka macam ni… boleh lukis…
Soalan sama… masa saya buat saya ingat masa
saya lompat dan lukis… tengok sini dulu (tunjuk
3 rumah sa)... lepas 9 ialah 10… 10 itu sama dengan
kotak merah… so kena tambah 1 di sini (tunjuk
rumah puluh)… sekarang saya sudah tau buat
macam mana… seronoklah dapat jawab soalan….
Yeah! hari ini boleh main lagi… suka kelas macam
ni… kelas lain tak ada buat macam ini… masa kelas
cikgu lain tak boleh main… kali ini ialah tolak… saya
4 tahu… tambah ialah lebih banyak… tolak ialah
menjadi kurang… sebab tu lah kita lompat ke
belakang… ada satu lagi yang tak sama dengan hari
itu… kalau pijak kotak merah kita tolak… hari itu
ialah tambah…
Hari ini seronok… sebab semua soalan saya boleh
buat… lepas tu saya ajar kawan… saya tau nak
5 buat macam mana… sebab hari itu sudah belajar
untuk lompat… saya masih ingat masa kita lompat
sama-sama…
Kerja hari ni susah… saya boleh buat dua soalan
saja… satu soalan saya buat lama… buat pertama
6 sekali salah… saya padam lagi buat semula… saya
faham operasi tolak… nombor jadi kecil… kalau
tak cukup tolak… kena mula dengan 9 semula…
kerana sini (tunjuk rumah puluh) sudah kurang 1….
52
Jadual 10
Penentuan kod bagi data temu bual dengan PK2.
Aktiviti Petikan Kod
1, 3, 5
Kelas hari ini tak sama… seronok… boleh main… tak 1, 4, 5
macam kelas hari lain… semua petak ada nombor… --
1, 2, 4, 5
dari nombor yang kecil ke nombor besar… lompat
4, 5
1 ke depan kerana nombor jadi besar… tambah itu --
nombor jadi besar… hari ni saya boleh jawab banyak
soalan… saya boleh jawab lebih banyak lagi… kalau
lain kali saya boleh jawab betul lagi cikgu boleh bagi
hadiah tak?
Kad ini ialah hari tu kita lompat… saya guna pen
yang warna merah… saya paling suka warna
merah… seronok sebab boleh kira sama-sama
2 dengan kawan… masa saya tulis ayat matematik saya
buat salah… kawan saya bagitau… lepas tu saya
ubah… yang satu digit itu tulis kat kotak bahagian
kanan… lepas tu soalan lain saya boleh tulis semua
betul…
Cikgu, kenapa hari ini tak macam hari tu? Hari tu kita
kira sambil lompat dan lukis… hari ini susah sikit…
3 dua-dua buat pun salah… kalau ada kad itu saya
mesti buat betul… yang ini saya tak tau buat macam
mana…
Hari ini saya enjoy sangat… boleh sambil main
sambil belajar… dalam kelas pun tak boleh main…
tapi sini boleh… sama dengan hari itu… semua petak
mula dari nombor kecil dan semakin besar… tapi
4 yang hari ini kita lompat belakang… hari itu lompat
depan… kerana tolak ialah ambil keluar…
maksudnya menjadi kurang… oleh itu lompat
belakang ke nombor kecil… saya boleh jawab
semua soalan hari ini…
Saya boleh buat sikit… PK1 ajar saya buat… yang ini
sama dengan yang hari itu kita lompat… ada
banyak petak… nombor pun sama… tapi saya rasa
susah kerana saya ada beberapa kali buat macam
5 tambah… bulat nombor kat tempat yang salah…
lepas tu masa saya lompat tak dapat kira… tapi
selepas itu saya sentiasa ingat bulat di kanan dan
gerak ke nombor yang kecil… macam ini baru
betul… tadi lembaran kerja saya tau buat semua…
mesti betul…
Cikgu, yang ini susah… (soalan 32 – 17) cikgu, 2 tak
6 cukup… macam mana nak buat? Saya tak faham…
cikgu, saya nak buat macam hari itu… ada kad dan
boleh lukis… yang ini tak ada… saya tak boleh buat…
53
Jadual 11
Penentuan kod bagi data temu bual dengan PK3.
Aktiviti Petikan Kod
Kelas hari ini tak sama dengan kelas hari lain… hari ini
kita main… sangat syok… dalam kelas lain tak ada yang
macam ini… saya dah tahu operasi tambah… masa tulis
1 dalam bentuk lazim, semua digit kena sama… kena 1, 2, 3, 5
betul… kalau salah jawapan akan salah… tambah
maksud lebih so kena lompat ke depan… sebab
nombor semakin besar… saya suka kelas macam ini…
lain kali nak lagi… kalau macam ini baru tak bosan…
Kelas hari ini seronok juga… aktiviti macam sama dengan
hari itu… kita buat operasi tambah… hari itu lompat… hari
ini melukis… tapi yang ni (merujuk kepada BBM kad
2 ‘Lompat-Lompat’) sama dengan hari itu yang kita 1, 4, 5
lompat… yang nombor lepas ni (tunjuk petak merah)
mula semula dengan 1… sebab sudah tambah di sini
(tunjuk rumah puluh)… saya rasa soalan sangat easy…
saya boleh jawab semua soalan…
Tadi saya dapat jawab betul tiga soalan… soalan macam
hari itu… saya sudah tau tulis dalam bentuk lazim…
tapi sangat susah nak kira tak boleh lompat dan tak ada
kad untuk tengok… tapi saya boleh ingat… tambah ialah
3 nombor jadi besar… lepas tu kena tambah satu di sini 5
(tunjuk rumah puluh) kalau lebih 10… lepas tu mula
balik dengan nombor 1… saya rasa seronok sebab
sekarang saya sudah boleh buat soalan macam ini…
dulu saya buat saya tulis saja tak fikir kerana saya tak tahu
nak buat macam mana…
Hari ini kita belajar operasi tolak… hari ini best juga
kerana boleh main macam hari itu… hari ini permainan
sama dengan hari itu… ada banyak petak… semua petak
4 ada nombor… lepas tu kita lompat di atas petak itu… hari 1, 2, 3, 4
ini lompat ke belakang… kerana tolak ialah nombor jadi
kecil… lepas tu lalu yang merah tu kena tolak… hari itu
ialah tambah… semua jawapan ialah kecil… yang ini
kena ingat… tak boleh salah… baru boleh jawab soalan
dengan betul…
Saya masih ingat yang hari tu… tolak kena ke
belakang… nombor jadi lebih kecil… mula dari sini
(tunjuk bahagian kanan)… lepas tu ke arah sini (tunjuk ke
arah kiri)… saya faham yang warna merah itu ialah 4
10… sebab kalau kira ke belakang selepas 1 dan lepas
5 merah itu mula semula dengan 9… saya suka kelas
macam ini… ada kad untuk belajar… saya boleh faham
tengok ini… sebab hari tu pun sudah lompat… sama
saja… tadi semua soalan cikgu bagi saya sudah siap
semua… saya boleh buat lagi banyak… sangat
senang…
54
Saya dapat jawab tiga soalan saja… kerana tadi saya buat
salah dan saya buat semula… masa saya buat soalan
pertama saya lukis semula kotak-kotak macam hari itu
baru mula kira… saya boleh ingat kerana hari itu ada
6 main… soalan yang kedua itu saya ingat balik dan kira 4, 5
dalam otak… lepas tu saya lukis untuk check jawapan…
jawapan itu salah… saya lupa tolak satu… satu soalan
lagi… saya kira dalam otak… dan ingat nak tolak satu
(rujuk kepada rumah puluh)… saya check balik.. jawapan
betul… Seronoklah saya sudah boleh buat…
c) Analisis Markah Lembaran Kerja
Setiap kesalahan yang telah dilakukan oleh peserta kajian semasa menjawab
soalan telah pengkaji kenal pasti. Perbandingan hasil kerja peserta kajian
dalam setiap peringkat juga telah dilakukan untuk melihat perkembangan
peserta kajian dan keberkesanan tindakan ‘Lompat-Lompat’ dalam membantu
mereka untuk menguasai kemahiran operasi tambah dan tolak dalam
lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan semula.
Langkah 3: Mempersembah dan Menginterpretasi Data
Selepas membaca dan memilih data, data dipersembahkan dalam bentuk
carta, jadual, graf atau teks. Data yang telah dianalisis dalam bentuk deskriptif
akan diceritakan oleh pengkaji dalam bentuk naratif. Selepas data
dipersembahkan dalam bentuk yang sesuai, data-data tersebut telah
diintepretasikan bagi menjelaskan makna serta menunjukkan implikasi dan
kesannya.
Langkah 4: Mentafsir Data dan Membuat Kesimpulan
Akhir sekali, pengkaji akan mentafsir data dan membuat kesimpulan terhadap
data yang telah diperolehi. Pentafsiran data merujuk kepada penceritaan
semula data dalam bentuk naratif. Dalam langkah ini, pengkaji memperihalkan
dan menjelaskan situasi berdasarkan pengintegrasian pelbagai data.
55
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian merupakan bahagian yang membincangkan hasil analisis data
dan memaparkan hasil penemuan kajian. Oleh itu, pengkaji telah menyusun
data daripada ketiga-tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu
bual dan analisis dokumen dan merumus supaya keputusan keseluruhan
dapat dibuat bagi memberi makna kepada persoalan kajian. Ini sesuai dengan
apa yang disarankan oleh Lowe dan Zemliansky (2010) bahawa kajian harus
disusun dan dirumus untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan
menyeluruh tentang hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan.
Umumnya pengkaji berpendapat segala data yang dikumpul
sebenarnya banyak membantu pengkaji menjelaskan tentang apa yang
berlaku ke atas peserta kajian apabila tindakan ‘Lompat-Lompat’
dilaksanakan. Setelah menyemak data kajian yang telah dianalisis, pengkaji
mendapati persoalan kajian terjawab bagaimana tindakan ‘Lompat-Lompat’
dapat meningkatkan penguasaan murid-murid pemulihan Tahun 1 bagi
kemahiran operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 50 yang melibatkan
pengumpulan semula. Jadual 12 menunjukkan markah yang diperolehi oleh
setiap peserta kajian dalam lembaran kerja yang telah dibuat selepas setiap
aktiviti dijalankan. Manakala jadual 13 merupakan hasil analisis markah
lembaran kerja setiap orang peserta kajian dalam bentuk peratus.
56
Jadual 12
Markah lembaran kerja yang diperolehi oleh peserta kajian.
Jenis Operasi Aktiviti PK1 Markah ( / 5) PK3
Matematik 4 PK2 4
Tambah Aktiviti 1 5 3 5
Aktiviti 2 5 5 4
Tolak Aktiviti 3 4 2 4
Aktiviti 4 3 4 5
Aktiviti 5 3 3 3
Aktiviti 6 0
Jadual 13
Analisis dokumen lembaran kerja peserta kajian dalam peratus.
Aktiviti Peratus jawapan betul ( / 100%)
Tambah
PK1 PK2 PK3
93.33% 66.67% 86.67%
Tolak 66.67% 46.67% 80.00%
Berdasarkan jadual 12 dan jadual 13, pengkaji telah mendapati bahawa
dengan menggunakan ‘Lompat-Lompat’, dua daripada tiga orang peserta
kajian telah menguasai kemahiran operasi tambah dan tolak dalam lingkungan
50 yang melibatkan pengumpulan semula, kerana peratus jawapan yang betul
dalam lembaran kerja dua orang peserta kajian ini adalah tinggi, iaitu 93.33%
dan 86.67%. Manakala seorang lagi gagal menguasai kemahiran tersebut
dalam peringkat abstrak. Bagi kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 50
yang melibatkan pengumpulan semula pula, peratus jawapan betul bagi PK3
adalah tertinggi, diikuti oleh PK1 dan PK2. Berdasarkan jadual 12, PK2
langsung tidak boleh menjawab soalan pada dalam Aktiviti 6, iaitu peringkat
abstrak.
57
Aktiviti 1
Pengkaji percaya bahawa kejayaan peserta kajian 1 dan 2 menyelesaikan
lembaran kerja dalam operasi tambah (Aktiviti 1) adalah disebabkan oleh ciri
tindakan ‘Lompat-Lompat’ yang dapat memenuhi keperluan situasi kehidupan
sebenar peserta kajian iaitu bermain. Sememangnya ramai pengkaji bidang
pendidikan mengakui pengajaran bercorak permainan banyak membantu
murid belajar. Dalam erti kata lain, aktiviti ‘Lompat-Lompat’ yang telah
dijalankan oleh pengkaji dengan menyediakan petak kepada peserta kajian
untuk melompat sambil membilang telah memberi peluang kepada mereka
untuk belajar sambil bermain. Pengkaji berpandangan bahawa mungkin
peserta kajian berpendapat mereka hanya bermain sahaja tetapi sebenarnya
cara ini secara tidak langsung telah membantu mereka faham proses operasi
tambah dan tolak dalam lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan semula.
Buktinya mereka boleh menceritakan kembali cara-cara permainan dalam
peringkat konkrit semasa operasi tambah.
Kalau pijak petak merah kita kena tambah satu di sini (tunjuk rumah puluh),
sebab sini 9, lepas 9 ialah kotak kesepuluh, so yang warna merah ialah 10.
(PK1)
……. so kena lompat ke depan… sebab nombor semakin besar…
(PK2)
Tindakan ‘Lompat-Lompat’ ini bukan sahaja memenuhi keperluan
kehidupan peserta kajian, tetapi juga telah memotivasikan mereka untuk
melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Motivasi yang ditunjukkan oleh
peserta kajian dapat dilihat dari segi keseronokan yang ditunjukkan oleh riak
wajah dan tutur kata peserta kajian. Keadaan ini boleh dibuktikan melalui data
temu bual terhadap ketiga-tiga orang peserta kajian.
Yeah! Hari ini boleh main lagi. Saya suka kelas macam ni.
(PK1)
58
Hari ini saya enjoy sangat. Boleh sambil main sambil belajar.
(PK2)
Hari ini best kerana boleh main.
(PK3)
Bukti yang lain dapat ditunjukkan adalah melalui nota lapangan pengkaji.
….menunjukkan muka yang seronok semasa diberitahu bahawa hari ini akan
menjalankan aktiviti yang berunsurkan kinestatik, iaitu melompat sambil
membilang nombor.
Catatan nota lapangan terhadap PK1 pada 17 Jun 2019
…..menunjukkan muka yang seronok apabila diberitahu aktiviti yang
dijalankan adalah berunsurkan kinestatik.
Catatan nota lapangan terhadap PK2 pada 17 Jun 2019
Rajah 20 menunjukkan gambar muka peserta kajian yang seronok
melaksanakan Aktiviti 1 dan 2.
Rajah 20. Peserta kajian melompat di atas pelan ‘Lompat-Lompat’.
59
Jika dilihat kepada markah lembaran kerja semasa Aktiviti 1, didapati
PK2 telah gagal menjawab dua soalan. Selepas meneliti semula dapatan
kajian, pengkaji telah mendapati bahawa salah satu faktor yang menyebabkan
PK2 gagal menjawab soalan tersebut dengan betul adalah kerana PK2 tidak
memberi fokus kepada penerangan yang disampaikan oleh pengkaji tentang
konsep pengumpulan semula tetapi hanya memahami konsep operasi
tambah. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa PK2 hanya memahami
konsep operasi tambah. Manakala catatan lapangan pengkaji menunjukkan
PK2 tidak fokus kepada apa yang disampaikan oleh pengkaji dan inilah
menyebabkan PK2 gagal menjawab lembaran kerja dengan baik.
Semua petak ada nombor, dari kecil ke besar. Tambah ialah jadi lebih so kena
lompat ke depan.
(PK2)
PK2 tidak memberi perhatian dan asyik melihat kepada pelan yang telah
disediakan. Semasa pengkaji menunjukkan contoh untuk membentuk dan
membilang, PK2 telah memberikan perhatian yang sepenuhnya.
Catatan nota lapangan terhadap PK2 pada 17 Jun 2019
60
Aktiviti 2
Lembaran kerja peserta kajian berdasarkan Aktiviti 2 telah menunjukkan
bahawa ketiga-tiga orang peserta kajian boleh menjawab kesemua soalan
operasi tambah dengan tepat. Pengkaji berpendapat tindakan ‘Lompat-
Lompat’ telah membantu ketiga-tiga orang peserta kajian menghubungkan
pengetahuan sedia ada mereka dengan pengetahuan baru. Ini kerana
pengetahuan sedia ada mereka tentang cara operasi tambah dan
pengumpulan semula daripada aktiviti peringkat konkrit telah membantu
mereka untuk melaksanakan operasi tambah dan pengumpulan semula dalam
bentuk semi konkrit. Dalam peringkat ini, peserta kajian sudah mempunyai
gambaran yang sedia ada dalam minda mereka tentang bagaimana operasi
hendak dilakukan. Bayangan ini terbentuk kerana mereka telah mengaitkan
aktiviti yang telah dijalankan pada peringkat konkrit dengan carta BBM kad
‘Lompat-Lompat’ yang telah diberi. Keadaan ini dibuktikan melalui data temu
bual yang didapati semasa sesi temu bual dijalankan dengan peserta kajian.
Saya masih ingat lagi yang hari itu.
(PK1)
Kad ini ialah yang hari itu kita lompat punya.
(PK2)
Saya faham. Soalan sangat easy. Saya boleh buat semua.
(PK3)
Bukti lain boleh ditunjukkan melalui gambar di bawah. Gambar ini telah
menunjukkan bahawa peserta kajian boleh mendapat jawapan bagi soalan
operasi tambah dengan menggunakan bantuan BBM kad ‘Lompat-Lompat’.
61
Rajah 21. Peserta kajian menggunakan BBM kad ‘Lompat-Lompat’.
62
Aktiviti 3
Analisis lembaran kerja bagi Aktiviti 3 menunjukkan bahawa PK1 dan PK3
telah berjaya menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50
yang melibatkan pengumpulan semula kerana mereka boleh berfikir secara
abstrak untuk menjawab soalan berkenaan. Hal ini kerana tindakan ‘Lompat-
Lompat’ telah memberi rangsangan sensori kepada mereka dan
meningkatkan ingatan serta kefahaman mereka terhadap konsep
pengumpulan semula. Semasa peringkat konkrit dijalankan, peserta kajian
dapat membilang bahan maujud, iaitu pelan yang disediakan. Semasa
peringkat semi konkrit, peserta kajian menghubungkaitkan pengalaman bahan
maujud dengan bahan 2D. Dalam dua peringkat ini, peserta kajian telah
mendapat rangsangan dari segi kinestetik dan penglihatan. Rangsangan ini
telah menyebabkan peserta kajian memahami dan mengingati konsep
pengumpulan semula. Oleh itu, dua orang peserta kajian ini boleh menjawab
soalan operasi tambah secara abstrak. Bukti-bukti dilihat daripada ayat-ayat
yang dijawab oleh PK1 dan PK2 semasa sesi temu bual dijalankan.
Masa saya buat saya ingat masa saya lompat dan lukis. Lepas tu saya boleh
jawab.
(PK1)
Masa saya buat soalan pertama saya lukis semula kotak-kotak macam hari itu
baru mula kira. Saya boleh ingat kerana pernah main.
(PK2)
Bukti-bukti lain boleh dilihat daripada lembaran kerja PK1 dan PK3.
63
Lembaran kerja PK1 (operasi Lembaran kerja PK3 (operasi
tambah). tambah).
Rajah 22. Lembaran kerja PK1 dan PK 3 (operasi tambah).
Namun begitu, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa PK2 telah
gagal menguasai kemahiran ini dalam peringkat abstrak. Hal ini kerana PK2
gagal untuk mengenal pasti perhubungan antara peringkat konkrit dan
peringkat semi konkrit yang telah dijalankan. Keadaan ini telah menyebabkan
PK2 gagal menjawab soalan operasi tambah secara abstrak. Data temu bual
yang didapati dapat membuktikan bahawa PK2 tidak memahami konsep
pengumpulan semula.
Saya buat dua-dua soalan pun salah. Saya tak tau nak buat. Kalau bagi kad
saya mesti boleh buat.
(PK2)
64
Aktiviti 4
Lembaran kerja dalam Aktiviti 4 telah menunjukkan ketiga-tiga orang peserta
kajian berupaya untuk menjawab 4 daripada 5 soalan operasi tolak selepas
menjalankan aktiviti peringkat konkrit. Pengkaji percaya bahawa tindakan
‘Lompat-Lompat’ berjaya membantu meningkatkan kefahaman peserta kajian
kerana melibatkan aktiviti hands-on. Oleh itu peserta kajian mudah
menceritakan semula bagaimana operasi tolak dilaksanakan semasa
peringkat tersebut. Keadaan ini boleh dibuktikan melalui data temu bual yang
telah didapati.
Tolak ialah menjadi kurang. Sebab tu lah kita lompat ke belakang. Kalau pijak
kotak merah kena tolak 1 kerana itu ialah 10.
(PK1)
Tolak ialah ambil keluar, maksudnya menjadi kurang. Oleh itu lompat belakang
ke nombor kecil. Saya boleh jawab semua soalan hari ini
(PK2)
Warna merah itu ialah 10, kerana setiap kali saya kira kalau ada sebelas kotak,
tapi sana tulis 1 sahaja… so yang merah itu ialah 10.
(PK3)
65
Aktiviti 5
Berdasarkan Aktiviti 5, analisis lembaran kerja telah menunjukkan bahawa
PK3 berjaya menguasai kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 50 yang
melibatkan pengumpulan semula manakala PK1 dan PK2 masih lemah dalam
penguasaan ini. Kejayaan PK3 menguasai kemahiran ini adalah disebabkan
pengetahuan sedia ada peringkat konkrit (Aktiviti 4) telah membantu PK2
mengaitkan hubungan dengan pengetahuan baru (Aktiviti 5). Buktinya melalui
dapatan temu bual, PK3 boleh menjelaskan cara kemahiran operasi tolak itu
dilaksanakan.
Saya masih ingat yang hari tu… tolak kena ke belakang… nombor jadi lebih
kecil… mula dari sini (tunjuk bahagian kanan)… lepas tu ke arah sini (tunjuk
ke arah kiri)… saya faham yang warna merah itu ialah 10… sebab kalau kira
ke belakang selepas 1 dan lepas merah itu mula semula dengan 9… saya
suka kelas macam ini… ada kad untuk belajar… saya boleh faham tengok
ini… sebab hari tu pun sudah lompat… sama saja… tadi semua soalan cikgu
bagi saya sudah siap semua… saya boleh buat lagi banyak… sangat
senang…
(PK3)
Manakala rajah 23 telah menunjukkan bahawa PK3 dapat menyelesaikan
soalan dengan menggunakan BBM kad ‘Lompat-Lompat’.
Rajah 23. BBM kad ‘Lompat-Lompat’ PK3.
66
Sebaliknya PK1 dan PK2 hanya berjaya menjawab 3 daripada 5 soalan
dalam lembaran kerja. Ini disebabkan mereka kemungkinan aktiviti konkrit
yang dilaksanakan oleh mereka tidak membantu mereka menguasai
kemahiran operasi tolak dan pengumpulan semula ini. Kesannya
menyebabkan mereka tidak faham bagaimana operasi ini perlu dilaksanakan.
Bukti catatan nota lapangan telah menunjukkan bahawa PK1 sebenarnya
terlupa menolak satu nilai daripada rumah puluh.
PK1 dapat menjawab tiga soalan dengan betul tetapi satu yang salah kerana
terlupa untuk menolak satu nilai daripada rumah puluh.
Catatan nota lapangan pada 14 Julai 2019 terhadap PK1.
Manakala bukti catatan nota lapangan menunjukkan bahawa PK2
masih keliru dengan nilai nombor semasa mereka membuat soalan operasi
tolak dengan menggunakan BBM kad ‘Lompat-Lompat’.
…Apabila diminta untuk menyemak, PK2 tidak dapat mengesan
kesalahannya. Apabila diberitahu bahawa jawapannya adalah salah, PK2
telah menunjukkan muka yang keliru. Selepas mendengar penjelasa daripada
pengkaji, PK2 telah membuat satu percubaan lagi dengan soalan yang lain.
Kali ini, PK2 masih melakukan kesalahan yang sama dengan soalan pertama.
…
Catatan nota lapangan pada 14 Julai 2019 terhadap PK2.
Bukti lain boleh dilihat daripada data temu bual yang dijalankan selepas
Aktiviti 5 antara pengkaji dengan peserta kajian. Data temu bual telah
menunjukkan bahawa PK1 dan PK2 menghadapi masalah dalam menjawab
soalan yang diberi.
Saya buat salah. Kawan saya bagitau saya.
(PK1)
Saya rasa sangat susah.
(PK2)
67
Aktiviti 6
Akhir sekali, dalam Aktiviti 6 (peringkat abstrak), PK1 dan PK3 berjaya
menjawab 3 soalan dengan betul manakala PK2 langsung tidak dapat
menjawab soalan. Kejayaan PK1 dan PK3 adalah kerana pengetahuan sedia
ada mereka yang dipelajari dalam Aktivti 4 dan 5 telah membantu
menyesuaikan dengan pengetahuan baru (Aktiviti 6) untuk memahami konsep
pengumpulan semula secara abstrak. Hal ini kerana setiap peringkat dalam
tindakan ‘Lompat-Lompat’ mempunyai hubungan yang rapat dan saling
berkaitan antara satu sama lain. Melalui tiga peringkat, mereka dapat melihat
hubungan antara tiga peringkat ini. Semasa menjawab soalan dalam Aktiviti
6, mereka mengaitkan kesemua aktiviti yang telah dijalankan untuk
mewujudkan satu pembelajaran yang bermakna. Keadaan ini boleh dibuktikan
melalui data temu bual yang telah didapati.
Saya faham operasi tolak. Kalau tak cukup tolak, kena mula dengan 9 semula
dan sini tolak 1 (rumah puluh).
(PK1)
Soalan yang kedua itu saya buat kotak dalam otak, ingat balik dan kira dalam
otak.
(PK3)
68
Bukti-bukti yang lain boleh didapati daripada kaedah analisis dokumen, iaitu
lembaran kerja PK1 dan PK3.
Lembaran kerja PK1 (operasi tolak). Lembaran kerja PK3 (operasi tolak).
Rajah 24. Lembaran kerja PK1 dan PK3 (operasi tolak).
Namun begitu, PK2 gagal membuat soalan operasi tolak secara abstrak
dalam Aktiviti 6. Hal ini kerana PK2 tidak mampu untuk mencari hubungan
yang wujud dalam setiap peringkat. PK2 tidak dapat mengaitkan pengetahuan
sedia ada, iaitu pengetahuan dalam Aktiviti 4 dan Aktiviti 5 dengan
pengetahuan yang baru. Pembelajaran yang bermakna tidak wujud bagi PK2.
Hal ini boleh dibuktikan melalui data temu bual dengan PK2. Dapatan temu
bual telah menunjukkan bahawa PK2 tidak memahami konsep pengumpulan
semula.
Cikgu, yang ni susah. Saya tak faham. Saya tak boleh buat.
(PK2)
Secara kesimpulannya, setelah pengkaji meneliti dan menganalisis
kesemua dapatan kajian, pengkaji berpendapat secara keseluruhannya
bahawa tindakan ‘Lompat-Lompat’ telah berjaya membantu sebahagian besar
peserta kajian menguasai kemahiran operasi tambah dan tolak dalam
lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan semula. Tiga elemen utama
69
dikenal pasti sebagai membantu peserta kajian dalam penguasaan operasi
tambah dan tolak yang melibatkan pengumpulan semula iaitu motivasi, ciri-ciri
tindakan ‘Lompat-Lompat’ dan pemindahan pengetahuan. Aspek
keseronokan telah menwujudkan motivasi di kalangan peserta kajian,
manakala bermain, hands-on dan ransangan sensori sebagai ciri ‘Lompat-
Lompat’ telah membantu sebahagian besar peserta kajian menguasai
kemahiran operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 50 yang melibatkan
pengumpulan semula. Selain itu juga aktiviti peringkat konkrit, semi konkrit
pula turut membantu peserta kajian memindahkan pengetahuan sedia ada
mereka apabila berhadapan dengan situasi peringkat abstrak. Setiap aktiviti
dan peringkat memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan
keberkesanan tindakan ‘Lompat-Lompat’. Peserta kajian mendapat
pengetahuan baru dalam setiap peringkat dan menghubungkan semua
pengetahuan untuk menghasilkan satu pembelajaran yang bermakna.
Rajah 25 menunjukkan secara ringkas bagaimana tindakan ‘Lompat-
Lompat’ membantu meningkatkan penguasaan dua peserta kajian dalam
kemahiran operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 50 yang melibatkan
pengumpulan semula. Namun kegagalan PK2 adalah disebabkan
kemungkinan tempoh masa aktiviti yang dijalankan antara peringkat konkrit
dengan semi konkrit dan abstrak telah menyebabkan PK2 mudah lupa tentang
apa yang telah dipelajarinya sebelum ini berbanding dengan rakan yang lain.
70
Bagaimana Tindakan ‘Lompat-Lompat’ Bantu
Meningkatkan Penguasaan Murid-Murid
Pemulihan Tahun 1 Bagi Kemahiran Operasi
Tambah Dan Tolak Dalam Lingkungan 50 Yang
Melibatkan Pengumpulan Semula
Motivasi Faktor Ciri Pemindahan Pengetahuan
Tindakan • Menghubungkan
‘Lompat-Lompat’ pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan
• Keseronokan baru
• Bermain
• Hands on
• Ransangan
sensori
Rajah 25. Cara tindakan ‘Lompat-Lompat’ membantu peserta kajian.
71
REFLEKSI
Pencapaian dua orang peserta kajian menguasai kemahiran operasi tambah
dan tolak dalam lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan semula dalam
tindakan ‘Lompat-Lompat’ ini telah membuat pengkaji merenung kembali
beberapa perkara yang dirasakan perlu diberi perhatian. Sebelum kajian ini
dijalankan, isu yang dihadapi oleh pengkaji adalah masalah peserta kajian
tidak menguasai kemahiran operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 50
yang melibatkan pengumpulan semula. Punca ini disebabkan oleh kerana
peserta kajian tidak dapat melaksanakan operasi tambah dan tolak nombor
yang besar, membezakan nilai tempat dan memindahkan ayat matematik ke
dalam ayat lazim. Namun, hasil kajian ini telah membawa satu perubahan
yang positif terutamanya ke atas dua peserta kajian dan sedikit sebanyak
kepada seorang lagi peserta kajian.
Keseluruhannya pengkaji berpendapat tiga komponen atau elemen
tindakan ‘Lompat-Lompat’ iaitu motivasi, ciri-ciri tindakan ‘Lompat-Lompat’ dan
pemindahan pengetahuan telah membantu mengatasi ketiga-tiga masalah
yang dihadapi oleh peserta kajian. Elemen yang pertama iaitu motivasi telah
menyebabkan peserta kajian merasa seronok untuk belajar. Apabila
diperkenalkan tindakan ini semasa peringkat konkrit, ketiga-tiga peserta kajian
menunjukkan emosi mereka yang seronok. Keseronokan dapat bermain ini
sudah memberi motivasi dan semangat dan seterusnya memudahkan mereka
mempelajari matematik. Perasaan yang sama turut dikongsi oleh pengkaji
kerana merasa sangat gembira dapat membantu ketiga-tiga peserta kajian
melakukan pengiraan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 50 yang
melibatkan pengumpulan semula dengan betul pada kali pertama. Pengkaji
berpendapat jika sebelum ini faktor ketiadaan keseronokan yang dapat
memberi motivasi telah menjejaskan peserta kajian dalam memberi tumpuan
72
dalam pembelajaran matematik. Bruner (seperti petikan dalam Ping, 2018)
memandang motivasi sebagai kekuatan internal dalan proses belajar. Bruner
juga berpendapat bahawa aktiviti konkrit akan merangsang keseronokan,
keyakinan diri dan minat belajar dan membantu mengekalkan ingatan.
Menurut Durmus dan Karakirik dalam Tan dan Salingay (2018), pengalaman
keseronokan akan membawa kepada sikap yang positif murid terhadap
matematik. Hafiziani Eka Putri (2015), berpendapat aktiviti konkrit yang
menarik akan membantu murid mencegah kesilapan dalam menentukan
operasi matematik (nilai tempat) dan meningkatkan pemahaman tentang
pengumpulan semula dalam mempelajari matematik. Kajian ini selari dengan
kajian Joan (2018) bahawa aktiviti konkrit dapat memupuk minat murid
mempelajari mata pelajaran abstrak. Dapatan kajian ini juga selari dengan
kajian lepas yang dijalankan oleh Siti Norbaizura Awad (2010) yang
menunjukkan bahawa faktor motivasi adalah faktor utama yang dapat
menggalakkan murid-murid melibatkan diri dan memberi perhatian terhadap
sesuatu pembelajaran. Garris, Ahlers dan Driskell (2012) pula berpendapat
bahawa elemen didik hibur, seperti permainan memainkan peranan yang
penting dalam memberi keseronokan dan motivasi kepada murid-murid.
Apabila mereka berasa seronok dan melibatkan diri dalam proses
pembelajaran, maka mereka akan mendapat sesuatu input yang baharu
berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan. Sebelum kajian ini dilakukan,
pengkaji kurang mempunyai kesedaran tentang pengaruh motivasi terhadap
pembelajaran peserta kajian. Oleh itu, selepas kajian tindakan ‘Lompat-
Lompat’ dijalankan, pengkaji percaya bahawa tindakan ‘Lompat-Lompat’ yang
mempunyai unsur keseronokan telah berjaya membantu memotivasikan
peserta kajian menguasai kemahiran berkenaan.
Sebelum tindakan ‘Lompat-Lompat’ diperkenalkan, pengkaji
berpendapat bahawa permainan hanya digunakan untuk menarik minat murid-
murid tetapi bukan digunakan sebagai kaedah untuk belajar menguasai ilmu
pengetahuan. Namun begitu, dapatan kajian telah membuktikan bahawa
tindakan ‘Lompat-Lompat’ yang berunsurkan permainan telah berjaya
membantu peserta kajian untuk memahami konsep operasi matematik.
Menurut Bruner (seperti petikan dalam Joan, 2018), permainan di peringkat
73
konkrit akan menggalakkan murid aktif belajar dan ini mengaktifkan pula
proses asimilasi dan akomodasi pengetahuan kognitif murid. Hasilnya murid
akan menguasai kemahiran matematik dan seterusnya faham konsep
matematik. Kajian ini selari dengan kajian Chang dan Koay (2017) bahawa
permainan dalam peringkat konkrit telah membantu murid memahami operasi
matematik dengan baik. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (seperti dalam
petikan Intan Safinas Mohd Ariff Albakr, Fazilah Idris, Mazrah Ibrahium &
Alwaih Ibrahim, 2011) pula berpendapat bahawa penggunaan kaedah
permainan adalah bertujuan untuk memberi pengalaman yang sebenar
kepada murid-murid dalam sesuatu pembelajaran. Manakala Kamarul Azmi
Jasmi, Mohd Faeez Illias, Ab. Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd Hamzah
(2011) juga mengakui bahawa permainan dalam pembelajaran dapat memberi
peluang kepada murid-murid untuk mendapat pengalaman yang dapat
dikaitkan dengan pengetahuan yang ingin dipelajari. Menerusi kajian ini,
pengkaji berpendapat apabila peserta kajian melakukan aktiviti ‘Lompat-
Lompat’ seolah-olah mereka bermain ‘Lompat-Lompat’ seperti mana yang
mereka lakukan dalam permainan seperti “lompat kotak”. Ini memudah dan
membantu mereka memahami proses operasi tambah dan tolak dalam
lingkungan 50 sehingga membawa kepada konsep pengumpulan semula.
Menurut Durmus dan Karakirik (seperti petikan dalam Tan dan Salingay,
2018), pengalaman pembelajaran secara permainan dalam matematik ini
akhirnya akan membentuk sifat positif murid untuk mudah belajar dan faham
konsep matematik.
Menurut Bruner (1996) aktiviti pembelajaran kanak-kanak yang
berumur lingkungan 7 hingga 11 tahun masih bergantung kepada objek-objek
konkrit dan pengalaman secara hands-on. Mereka pada masa ini masih
kurang mampu berfikir secara abstrak. Oleh itu aktiviti hands-on
menggunakan bahan konkrit bagi tajuk-tajuk abstrak amat diperlukan bagi
membolehkan murid memahami konsep matematik dengan baik. Tanpa
pembelajaran yang berbentuk tindakan seperti sentuhan, perasaan dan bahan
konkrit, amat sukar seseorang itu dapat menerangkan jika dia tidak pernah
melakukannya. Oleh itu pengkaji berpendapat kejayaan tindakan ‘Lompat-
Lompat’ juga disebabkan murid mendapat peluang belajar melalui aktiviti
74
hands-on dengan bahan konkrit. Dalam tindakan ‘Lompat-Lompat’, peserta
kajian melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti peringkat konkrit dan
seterusnya mendapat pengalaman hidup sebenar (Chang dan Koay, 2017).
Keadaan ini juga telah meningkatkan ingatan peserta kajian terhadap setiap
langkah pelaksanaan dan seterusnya dapat mengaitkannya di setiap peringkat
seterusnya. Ingatan memainkan peranan yang penting dalam membantu
peserta kajian membuat perhubungan antara setiap peringkat dan seterusnya
memahami konsep pengumpulan semula. Aktiviti hands-on juga dapat
membantu peserta kajian memahami konsep ini kerana memberi pengalaman
sebenar kepada mereka. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian yang
dijalankan oleh Lee dan Ooi (2017) yang mengatakan bahawa aktiviti hands-
on telah berjaya meningkatkan kefahaman murid-murid berkaitan dengan
topik yang disampaikan. Menurut Kwon dan Mary (2018), aktiviti hands-on
memerlukan murid menggunakan pelbagai deria untuk memanipulasikan
bahan-bahan yang disediakan serta memberi peluang kepada mereka untuk
mengalami pengalaman pembelajaran yang sebenar dan bermakna. Patry
(2010) juga berpendapat bahawa aktiviti melibatkan bahan konkrit telah
memberikan hasil yang positif terhadap pembelajaran melalui aktiviti minds-
on dan hands-on. Sebelum ini, pengkaji tidak menitikberatkan aktiviti hands-
on dalam pembelajaran. Namun begitu, dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa peserta kajian menunjukkan perubahan yang positif melalui aktiviti
hands-on. Oleh itu, pengkaji percaya bahawa aktiviti hands-on dalam tindakan
ini dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian dan seterusnya membantu
mereka dalam menguasai kemahiran operasi tambah dan tolak dalam
lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan semula.
Pengkaji telah mendapati bahawa tindakan ‘Lompat-Lompat’
mempunyai ciri-ciri rangsangan sensori. Semasa pengkaji mengajar
kemahiran operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 50 yang melibatkan
pengumpulan semula, pengkaji telah mendapati bahawa peserta kajian gagal
untuk menjawab soalan berkenaan. Walaupun pengkaji telah memberi
penjelasan berkali-kali kepada mereka, mereka masih tidak dapat memahami
konsep pengumpulan semula. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan tindakan
‘Lompat-Lompat’ yang menekankan tiga peringkat, iaitu peringkat konkrit,
75
semi konkrit dan abstrak. Ketiga-tiga peringkat ini memainkan peranan yang
sangat penting dalam pembelajaran matematik, di mana memberi peluang
kepada peserta kajian untuk belajar melalui rangsangan deria (Flores, Matkin,
Burbach, Harding, 2012). Dalam peringkat konkrit, peserta kajian berpeluang
untuk memanipulatifkan bahan konkrit dan dapat belajar melalui rangsangan
sensori motor. Dalam peringkat ini, peserta kajian telah mendapat
pengalaman berkaitan dengan konsep pengumpulan semula. Peringkat ini
memainkan peranan yang penting kerana setiap pengalaman yang didapati
melalui rangsangan sensori motor akan disimpan dalam ingatan peserta
kajian. Aktiviti dalam peringkat ini perlulah dijalankan secara berulang-ulang
kali bagi mengukuhkan dan mengekalkan konsep tersebut dalam ingatan
peserta kajian (Landy, Charlesworth & Ottmar, 2016). Selepas peserta kajian
dapat mengingati konsep nilai tempat dan pengumpulan semula, mereka
memindahkan konsep dan ingatan tersebut ke dalam bentuk visual, seperti
gambar, rajah atau carta semasa peringkat semi konkrit. Oleh itu, pengkaji
mendapati bahawa rangsangan sensori memainkan peranan yang penting
dalam membantu peserta kajian mengingat konsep pengumpulan semula.
Faktor yang paling dominan dalam membantu mengatasi ketiga-tiga
masalah peserta kajian iaitu operasi dan tolak nombor yang besar, mengenal
pasti kedudukan nilai tempat dan seterusnya keseluruhan konsep
pengumpulan semula adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh
ketiga-tiga peringkat aktiviti dalam tindakan ‘Lompat-Lompat’. Hal ini kerana
tindakan ‘Lompat-Lompat’ membantu peserta kajian untuk menjalankan
proses pemindahan pengetahuan menerusi peringkat konkrit, semi konkrit dan
abstrak. Menurut Tan dan Salingay (2015), susunan aktiviti ini yang berturutan
telah membantu peserta kajian untuk menyusun konsep pengumpulan semula
secara sistematik. Pertama sekali, peserta kajian memahami konsep
pengumpulan semula melalui kehidupan yang sebenar. Mereka
menghubungkaitkan pengalaman diri dengan pengetahuan yang baru dalam
peringkat konkrit dengan memanipulatifkan bahan konkrit. Dalam peringkat
semi konkrit pula, peserta kajian memindahkan pengetahuan sedia ada yang
diperolehi dalam peringkat konkrit kepada peringkat semi konkrit, iaitu dalam
bahan konkrit kepada imej. Selepas itu, peserta kajian mengaitkan
76
pengetahuan yang diperolehi dan memindahkan pengetahuan tersebut ke
dalam bentuk perwakilan simbol (bahasa) yang membolehkannya menjawab
soalan operasi tambah dan tolak yang melibatkan pengumpulan semula
secara abstrak. Ketiga-tiga peringkat ini mempunyai hubungan yang sangat
rapat antara satu sama lain. Menurut Bruner (1996) campuran ketiga-tiga
aktiviti ini telah membantu peserta kajian memindahkan pengetahuan dapat
bentuk perwakilan yang dikenali sebagai maklumat. Mohd Daud Hamzah
(seperti petikan dalam Nilam Syahrina Mohd Yusof, 2010) berpendapat
bahawa kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan kehidupan
seharian. Pendapat ini selaras dengan pendapat Mazlena Murshed (2013)
yang menunjukkan bahawa pemindahan pembelajaran melibatkan
rangsangan deria daripada situasi sebenar. Murid-murid mengaitkan
pengalaman kehidupan seharian dalam pembelajaran untuk mendapatkan
pengetahuan baru melalui aktiviti seperti padanan, penjenisan, reguan dan
susunan aturan. Sebelum ini, pengkaji tidak menyedari bahawa pentingnya
mengaitkan kehidupan seharian dalam pembelajaran bagi murid-murid untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan yang baru. Namun begitu, dapatan kajian ini
telah menunjukkan bahawa setiap peringkat memainkan peranan dalam
membantu peserta kajian untuk mengaitkan pengetahuan dan seterusnya
memahami konsep pengumpulan semula. Oleh itu, pengkaji berpendapat
bahawa proses pemindahan pengetahuan adalah sangat penting bagi peserta
kajian untuk membentuk pembelajaran yang bermakna dan seterusnya
membentuk struktur kognitif untuk memahami konsep pengumpulan semula.
Setelah menjalankan kajian tindakan ‘Lompat-Lompat’, pengkaji juga
telah mendapati salah seorang peserta kajian tidak mencapai tahap yang baik
dalam menguasai sepenuhnya kemahiran operasi tambah dan tolak dalam
lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan semula. Selepas meneliti
kesemua dapatan kajian, pengkaji telah mendapati bahawa guru memainkan
peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana dalam
proses pembelajaran Matematik, guru berperanan sebagai pembimbing yang
membantu murid-murid untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan yang baru supaya dapat memahami sesuatu konsep (Halloluwa,
Kaushalya & Bandara, 2011). Namun begitu, sepanjang aktiviti ini
77
dilaksanakan, ada beberapa bahagian yang kurang ditekankan oleh pengkaji
sebagai pembimbing yang baik dalam membimbing peserta kajian memahami
konsep pengumpulan semula. Keadaan ini telah menyebabkan seorang
peserta kajian tidak memahami konsep pengumpulan semula dengan
berkesan melalui tindakan ‘Lompat-Lompat’. Oleh itu, pengkaji telah sedar
bahawa bagi memastikan tindakan ‘Lompat-Lompat’ dapat membantu peserta
kajian dengan berkesan, pengkaji perlulah memainkan peranan yang lebih
dalam membantu peserta kajian.
Sebagai guru pemulihan, pengkaji bertanggungjawab untuk
memastikan murid-murid dapat menguasai satu kemahiran dengan
sepenuhnya sebelum beralih kemahiran yang lebih tinggi. Keadaan ini
disokong oleh Dewi Mohd. Salleh (2013) yang berpendapat bahawa sekiranya
murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran yang asas, maka mereka akan
menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran yang seterusnya. Pengkaji
sebagai guru pemulihan perlulah sentiasa berpegang kepada nilai pendidikan,
di mana murid pemulihan berhak untuk menerima pendidikan yang baik sesuai
dengan kemampuan mereka.
Secara kesimpulannya, melalui kajian tindakan ‘Lompat-Lompat’,
pengkaji berjaya memperolehi banyak pengetahuan dan pengalaman yang
baharu untuk menambah baik amalan diri sendiri dalam membantu murid-
murid pemulihan Tahun 1. Misalnya, dalam merancang dan melaksanakan
sesuatu aktiviti P&P, beberapa aspek yang penting perlulah diambil kira,
seperti motivasi, ciri-ciri sesuatu aktiviti atau BBM dan bagaimana pemindahan
pengetahuan berlaku kepada murid-murid supaya objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai. Selain itu, pengkaji juga perlulah memastikan bahawa
tindakan atau kaedah yang digunakan adalah sesuai dengan murid-murid
supaya menjadi pembelajaran bermakna kepada mereka.
78
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Selepas meneliti dapatan kajian dan menjalankan refleksi, pengkaji telah
mendapat pengetahuan yang baru untuk meningkatkan profesionalisme diri
sendiri dalam membantu murid-murid pemulihan untuk menguasai kemahiran
operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan
semula. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi
perhatian dan ditambah baik bagi memastikan tindakan ini dapat membantu
pengkaji untuk menambah baik amalan pengajaran diri sendiri dengan lebih
berkesan.
Pertama sekali, pengkaji bercadang untuk menjalankan
penambahbaikan dari segi meningkatkan lagi motivasi peserta kajian dalam
pelaksanaan kajian tindakan. Pengkaji telah mendapati bahawa peserta kajian
berasa seronok dan bermotivasi dalam proses pembelajaran pada peringkat
konkrit. Dalam peringkat semi konkrit dan abstrak pula, motivasi mereka untuk
belajar semakin kurang. Salah seorang peserta kajian pernah menyatakan
bahawa dia mengharapkan sebarang hadiah apabila dia berjaya menjawab
soalan yang diberikan dalam lembaran kerja. Oleh itu, untuk mengekalkan
motivasi belajar mereka bagi ketiga-tiga peringkat, pengkaji bercadang untuk
memberi ganjaran, seperti hadiah kepada mereka sebagai peneguhan dan
memotivasikan mereka.
Seterusnya, pengkaji juga mempunyai idea untuk menambah baik dari
segi penggunaan bahan untuk menghasilkan pelan ‘Lompat-Lompat’. Pada
asalnya, pengkaji telah menghasilkan pelan ‘Lompat-Lompat’ dengan
menampalkan kertas A4 yang ditulis nombor di atas lantai. Keadaan ini telah
menyebabkan pelan ini tidak tahan lama kerana mudah koyak apabila peserta
kajian melompat dan memijak di atasnya. Apabila kertas A4 tersebut koyak
atau beralih, pengkaji terpaksa memberhentikan aktiviti tersebut untuk
mengubah balik kedudukan pelan ‘Lompat-Lompat’ tersebut. Keadaan ini
79
telah menyebabkan berlakunya pembaziran masa bagi pelaksanaan tindakan
‘Lompat-Lompat’. Oleh itu, pengkaji bercadang untuk menghasilkan pelan
‘Lompat-Lompat’ dalam bentuk lain, seperti tikar yang tahan lama. Pelan
‘Lompat-Lompat’ yang dihasilkan dalam bentuk tikar adalah lebih sesuai
kerana dapat tahan lama di samping boleh dihasilkan dalam berbagai-bagai
warna yang dapat menarik minat peserta kajian.
Selain itu, pengkaji juga ingin menambah baik dari segi kreativiti
pelaksanaan tindakan ‘Lompat-Lompat’. Pada asalnya, pengkaji
mengemukakan soalan kepada peserta kajian dan peserta kajian dikehendaki
menulis ayat matematik dalam bentuk lazim dan seterusnya menyelesaikan
soalan tersebut. Sekiranya pengkaji boleh merancang satu alternatif yang
lebih kreatif, iaitu memberi peluang kepada peserta kajian untuk menentukan
nombor dalam operasi tersebut, pasti akan dapat meningkatkan lagi minat
peserta kajian dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, peserta kajian
diberi dadu dan dikehendaki membaling dadu untuk menentukan nombor yang
diletakkan dalam operasi tersebut. Dadu juga boleh digantikan dengan bahan-
bahan yang lain seperti kad nombor yang boleh dicabut oleh peserta kajian
atau roda nombor yang boleh dipusing oleh peserta kajian.
Akhir sekali, penambahbaikan yang akan dilakukan oleh pengkaji
adalah dari segi pelaksanaan. Sebelum ini, setiap peringkat aktiviti
dilaksanakan pada hari yang berbeza. Hal ini telah menyebabkan peserta
kajian menghadapi masalah mengingat kembali perjalinan aktiviti di setiap
peringkat. Keadaan ini juga telah menyebabkan salah seorang peserta kajian
menghadapi masalah menguasai kemahiran operasi tambah dan tolak dalam
lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan semula. Oleh itu, pengkaji
berhasrat untuk melakukan perubahan dari segi tempoh pelaksanaan, iaitu
melakukan semua aktiviti dalam ketiga-tiga peringkat dalam masa satu hari
sahaja dan hanya satu kemahiran sahaja yang disampaikan pada hari
tersebut. Sebagai contoh, pada hari Isnin, peserta kajian mempelajari operasi
tambah nombor dua digit tambah dengan nombor satu digit. Pada hari
tersebut, peserta kajian didedahkan ketiga-tiga peringkat konkrit, semi konkrit
dan abstrak secara berturutan. Pada keesokan harinya, peserta kajian
80
didedahkan kemahiran yang lain tetapi melaksanakan langkah-langkah yang
sama.
Adalah diharapkan bahawa cadangan-cadangan penambahbaikan ini
akan dapat membantu murid-murid pemulihan Tahun 1 menguasai kemahiran
operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan
semula dengan lebih efektif.
81
RUJUKAN
Azizah Hamzah. (2010). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya.
Jurnal Pengajian Media Malaysia, 1-10.
Babbie, E. (2010). The practice of social research. Wadsworth: Belmont.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 1. Putrajaya, Malaysia:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Bahagian Pendidikan Khas. (2019). Buku panduan pengajaran dan
pembelajaran Matematik Pendidikan Pemulihan Khas. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bakhtiar Rashidi. (2012). Penggunaan Partial Sums dalam membantu murid
pemulihan khas menjawab operasi tambah dengan mengumpul
semula. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Ambilan Januari
2009, 78-90.
Barboody, A. J. & Purpura, D. J. (2017). Early number and operations: Whole
numbers. Vancouver: National Council of Teachers of Mathematics.
Brownell, W. A. (2015). Borrowing in substraction. The Journal of Educational
Research, 415-424.
82
Bruner, J. S. (1996). The culture of education. London, London: Harvard
University Press.
Butler, F. M., Miller, S. P., Crehan, K., Babbit, B. & Pierce, T. (2013). Fraction
instruction for students with mathematics disabilities: Comparing two
teaching sequences. Learning Disabilities Research and Practice, 99-
111. doi:10.1111/1540-5826.00066
Chang, S. H., Lee, N. G. & Koay, P. L. (2017). Teaching and learning with
concrete-pictorial-abstract sequence: A proposed model. The
Mathematics Educator, 17(1), 1-28. doi:0218-9100
Chow, F. M. & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian tindakan: Konsep dan amalan
dalam pengajaran. Puchong, Malaysia: Penerbitan Multimedia.
Dewi Mohd Salleh. (2011). Penguasaan 3M dalam kalangan murid-murid
Pemulihan Khas: Kajian kes di salah di salah sebuah sekolah di
kawasan Kapit, Sarawak.
Dunlosky, J., Rawson, K. A., Marsh, E. J., Nathan, N. J. & Willigham, D. T.
(2013). Improcing students' learning with effective learning techniques:
Promising directions from cognitive and educational psychology. 5-40.
doi:10.1177/1529100612453266
Flores, K. L., Matkin. G. S., Burbach, M. E. & Harding, E. (2012). Deficient
critical thining skills among collge graduates: Implications for
leadership. Diakses daripada https://doi.org/10.1111/j.1469-
5812.2010.00672.x
Gan, T. H., Wong, W. C., Mohd Nordin Abdullah, Lau, T. K., Haslan Manja,
Maimunah Mohd Tahir & Teh, K.H. (2015). The teaching of primary
mathematics. Diakses daripada
http://www.docstoc.com/docs/73729925/2015-Teaching-Primary-
Mathematics
83