KATA-KATA ALUAN
DATUK HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Penerbitan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi semua sekolah rendah
dan menengah di seluruh Malaysia merupakan satu usaha mensejahterakan minda murid
oleh pihak Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Menerusi dapatan saringan minda sihat
kebangsaan, didapati keperluan untuk melakukan intervensi ke atas murid sasaran ini
amat diperlukan ekoran keputusan yang diperolehi tidak mencapai tahap minima bagi
kesejahteraan mental. Modul ini juga merupakan wadah yang amat penting dalam
merawat emosi murid yang berada pada tahap rendah untuk mengikuti pelbagai aktiviti
terapi emosi bagi mengembalikan emosi mereka ke paras normal atau sejahtera. Modul
(PRISMA) yang diterbitkan ini bakal menjadi salah satu medium bagi semua guru
bimbingan dan kaunseling (GBK) dalam usaha mencapai aspirasi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menerusi anjakan 10 dalam memaksimumkan
keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
Meskipun penularan Virus Covid-19 memberikan cabaran dalam menjalankan usaha ini,
namun kadar vaksinasi warga Malaysia telah mencapai angka positif dan
memberangsangkan. Keputusan ini membenarkan sesi persekolahan bersemuka dapat
dilakukan. Justeru, semua (GBK) akan dapat melakukan intervensi secara bersemuka
dengan lebih berkesan. Selain itu, kita sebagai warga pendidik harus memastikan
keadaan sekolah sentiasa menjadi institusi yang selamat untuk seluruh warganya.
Pandemik yang menular memberikan peluang kepada (GBK) untuk mengubah cara
berfikir dan bertindak secara kritis dan kreatif bagi mengatasi isu berkaitan bimbingan
dan kaunseling khususnya dalam bidang psikososial dan kesejahteraan mental murid.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua jurulatih utama guru bimbingan dan
kaunseling kebangsaan dan negeri yang telah bertungkus lumus dalam usaha penerbitan
modul ini. Semoga modul yang berjaya diterbitkan bakal menjadi kebanggaan warga guru
bimbingan dan kaunseling Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | i
KATA-KATA ALUAN
ENCIK ZAINAL BIN ABAS
PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang
merakamkan kata-kata aluan dalam Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi
semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan
modul ini. Intervensi dalam aspek psikososial dan kesejahteraan mental murid amat
penting dan bermanfaat kepada kumpulan murid sasaran dalam usaha memperkasakan
kemahiran pengurusan emosi juga sosial.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan jurulatih utama kebangsaan dan
negeri yang bersama-sama menjana idea dalam penghasilan naskhah modul ini. Emosi
murid merupakan aset terpenting dalam kemenjadian dan kecemerlangan dunia
pendidikan. Kestabilan elemen psikologi ini membantu dalam usaha mencapai kualiti
pembelajaran dan impak sahsiah yang bestari dalam kalangan murid. Sebagai Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di peringkat sekolah haruslah memainkan peranan utama
untuk memastikan intervensi ini dapat dijalankan dengan berkesan.
Selain itu, saya turut sama menggesa agar semua jurulatih utama di semua peringkat
bersama (GBK) di seluruh negara untuk terus menjana siri pencambahan idea juga inovasi
dalam mempelbagaikan penghasilan kreativiti untuk dunia pendidikan bimbingan dan
kaunseling. Hasil karya ini mampu memberikan impak kepada kecemerlangan akademik,
sahsiah juga kokurikulum murid kerana pendidikan psikologi merupakan didikan kognitif,
jiwa dan tingkah laku ke arah nilai positif sebagai penggalak pembinaan karakter juga
kecemerlangan secara total. Semoga nadi (GBK) mampu membina landskap pendidikan
Malaysia menjadi sebuah arena kecemerlangan global menjelang tahun 2025.
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | ii
KATA-KATA ALUAN
ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON
TIMBALAN PENGARAH,
SEKTOR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia atas kejayaan
menerbitkan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi sekolah rendah dan
menengah. Pembentukan modul ini adalah salah satu komitmen Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam usaha untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025.
Melalui pelan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia terus bertekad untuk meningkatkan
pencapaian murid dengan menyediakan sistem pendidikan yang efisien. Peningkatan kualiti,
ekuiti dan akses dalam pendidikan akan terus diperkukuh untuk memastikan kelangsungan
kejayaan yang telah dicapai sejak negara mencapai kemerdekaan. Di bawah anjakan ke-10
(memaksimumkan keberhasilan murid dalam setiap ringgit), pelbagai program dirangka dan
dilaksanakan di peringkat bahagian dan sekolah bagi merealisasikan aspirasi pelan ini,
khususnya dalam menghasilkan kemenjadian murid dan pembentukan karakter murid.
Ketika negara dilanda wabak pandemik Covid-19, bermula tahun 2020 hingga 2021, ramai
murid yang terkesan dan mengalami gangguan emosi disebabkan penutupan sekolah, faktor
ekonomi keluarga, kehilangan ahli keluarga rapat dan masalah-masalah lain yang timbul
kesan daripada pandemik Covid-19. Berikutan peningkatan kes kesihatan mental murid yang
semakin membimbangkan, kementerian melalui Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya
Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, mengambil inisiatif melaksanakan Program
Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu yang dijalankan kepada semua murid sekolah rendah
dan menengah dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan
kesejahteraan diri dan kesihatan mental murid. Modul Program Intervensi Minda Sihat
(PRISMA) adalah kesinambungan daripada Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu
yang memberi fokus kepada meningkatkan kemahiran murid meregulasi emosi dengan baik
dan kemahiran gaya daya tindak murid dalam mengendalikan masalah emosi dan tingkah
laku.
Guru Bimbingan dan Kaunseling telah diberi mandat untuk melaksanakan program intervensi
minda sihat ini di sekolah. Diharapkan penghasilan modul ini dapat membantu para Guru
Bimbingan dan Kaunseling dalam melaksanakan program-program intervensi minda sihat di
sekolah dengan lebih teratur dan berkesan.
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | iii
ISI KANDUNGAN
1.0 KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA i
2.0 KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN ii
SEKOLAH HARIAN, KPM
3.0 KATA-KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENGURUSAN iii
HAL EHWAL MURID, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KPM
4.0 PROSEDUR PELAKSANAAN 1
5.0 JADUAL PELAKSANAAN PRISMA 5
6.0 TEMPLAT PRA, PASCA DAN PENILAIAN 6
7.0 INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PRISMA 7
8.0 TEMPLAT DOKUMENTASI 8
9.0 BORANG LAPORAN SUSULAN 12
10.0 CARTA ANSUR MAJU 13
11.0 STRUKTUR INTERVENSI KHUSUS 14
12.0 LIRIK LAGU TEMA PRISMA 15
13.0 SOALAN PRA 17
14.0 KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
14.1 AKTIVITI 1 : HIKMAH LIMA JARI 18
14.2 AKTVITI 2 : CAWAN EMOSI SAYA (CESA) 20
14.3 AKTIVITI 3 : A.P.A (APA PERASAAN ANDA?) 22
15.0 REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION)
15.1 AKTIVITI 4 : LIMA PENJURU BINTANG 24
15.2 AKTIVITI 5 : AROMA PERNAFASAN 26
16.0 MOTIVASI KENDIRI (SELF MOTIVATION)
16.1 AKTIVITI 6 : DETIK MASA 27
16.2 AKTIVITI 7 : DIRIKU SANGAT BERHARGA 29
16.3 AKTIVITI 8 : JURNAL SKRIP POSITIF (J.S.P) 32
17.0 EMPATI (EMPHATY)
17.1 AKTIVITI 9 : SERLAHKAN EMPATI 35
17.2 AKTIVITI 10 : PETA EMPATI 37
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | iv
18.0 KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS) ISI KANDUNGAN
18.1 AKTIVITI 11 : BANGKIT SEMULA
18.2 AKTIVITI 12 : 30 HARI MENCINTAI DIRI 40
43
19.0 SOALAN PASCA 47
20.0 RUJUKAN ATAU SUMBER 48
21.0 PENGHARGAAN 49
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | v
PROSEDUR PELAKSANAAN
SEBELUM
1.0 Pelaksanaan Fasa Kenal Pasti Peserta
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) akan menganalisa hasil Saringan Minda Sihat
dan mengenal pasti murid yang memilih skor 2 dan 3 pada item nombor 9 dalam
instrumen Patient Health Questionnaire (PHQ-9) untuk menjadi peserta program.
GBK juga perlu memilih peserta untuk menjadi kumpulan kawalan. GBK meminta
peserta kumpulan kawalan menjawab soalan pra, instrumen PHQ-9 dan General
Anxiety Disorder (GAD-7).
Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada semua peserta dan ibu bapa/penjaga
berkaitan pelaksanaan Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) beserta jadual
aktiviti untuk makluman dan memastikan mereka memberi komitmen dalam
program ini.
2.0 Dokumen
2.1 Analisa Dapatan Saringan Minda Sihat
2.2 Senarai Nama Peserta Kumpulan Kawalan
2.3 Soalan Pra
2.4 Instrumen Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9)
2.5 Instrumen General Anxiety Disorder-7 (GAD-7)
2.6 Senarai Nama Peserta Program
2.7 Surat Makluman Kepada Ibu Bapa/Penjaga
2.8 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga
2.9 Senarai Keperluan Program
2.10 Jadual Pelaksanaan Program
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 1
PROSEDUR PELAKSANAAN
SEMASA
1.0 Pelaksanaan Fasa Intervensi
Fasa Intervensi akan dimulakan dengan soalan pra, instrumen PHQ-9 dan GAD-7
melalui pautan google form. Dapatan soalan pra, instrumen PHQ-9 dan GAD-7 akan
dikongsi bersama GBK sekolah PRISMA berkenaan selepas Jawatankuasa Penilaian
Kementerian Pendidikan Malaysia membuat rumusan.
Pelaksanaan Intervensi oleh fasilitator (GBK) akan berpandukan aktiviti dan domain
ansur maju seperti dalam Modul PRISMA Menengah Atas. Fokus pelaksanaan fasa
ini adalah bagi meningkatkan tahap sosial emosi, kemahiran gaya daya tindak,
minda yang sihat dan sejahtera.
Pada akhir program, GBK akan mengendalikan soalan pasca, instrumen PHQ-9 dan
GAD-7 melalui pautan google form yang akan dimaklumkan. Dapatan soalan pasca,
instrumen PHQ-9 dan GAD-7 akan dikongsi bersama GBK sekolah PRISMA
berkenaan selepas Jawatankuasa Penilaian Kementerian Pendidikan Malaysia
membuat rumusan. Instrumen penilaian program juga akan diberikan kepada
semua peserta.
2.0 Dokumen
2.1 Borang Kehadiran Peserta
2.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga
2.3 Soalan Pra dan Pasca (Pautan Google Form)
2.4 Instrumen Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9)
2.5 Instrumen General Anxiety Disorder-7 (GAD-7)
2.6 Jadual Pelaksanaan Program
2.7 Modul PRISMA Menengah Atas
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 2
PROSEDUR PELAKSANAAN
Domain Kesedaran Kendiri (Self Awareness)
Aktiviti 1 : Hikmah Lima Jari
Aktiviti 2 : Cawan Emosi Saya (CESA)
Aktiviti 3 : A.P.A (Apa Perasaan Anda)
Domain Regulasi Kendiri (Self Regulation)
Aktiviti 4 : Lima Penjuru Bintang
Aktiviti 5 : Aroma Pernafasan
Domain Motivasi Kendiri (Self Motivation)
Aktiviti 6 : Detik Masa
Aktiviti 7 : Diriku Sangat Berharga
Aktiviti 8 : Jurnal Skrip Positif (J.S.P)
Domain Empati (Empathy)
Aktiviti 9 : Serlahkan Empati
Aktiviti 10 : Peta Empati
Domain Kemahiran Sosial (Social Skills)
Aktiviti 11 : Bangkit Semula
Aktiviti 12 : 30 Hari Mencintai Diri
2.8 Instrumen Penilaian Keberkesanan Program
2.9 Lirik Lagu Tema Program
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 3
PROSEDUR PELAKSANAAN
SELEPAS
1.0 Pelaksanaan Fasa Pelaporan Program
Urus setia program menyediakan pelaporan menggunakan tapak yang telah
disediakan untuk tujuan dokumentasi. GBK meminta peserta kumpulan kawalan
menjawab soalan pasca, instrumen PHQ-9 dan GAD-7. GBK perlu menghantar
laporan susulan peserta ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
2.0 Dokumen
2.1 Tapak Pelaporan Program
2.2 Soalan Pasca
2.3 Instrumen Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9)
2.4 Instrumen General Anxiety Disorder-7 (GAD-7)
2.5 Borang Laporan Susulan
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 4
JADUAL PELAKSANAAN PRISMA
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 5
TEMPLAT PRA, PASCA DAN PENILAIAN
MENENGAH (PRA)
https://forms.gle/d96zowf5c6RB8Lvh6
MENENGAH (PASCA)
https://forms.gle/Gv82cMLQGQCg2DMB8
MENENGAH (PENILAIAN)
https://forms.gle/TXaMcfwEwNZaKobC6
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 6
INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PRISMA
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 7
TEMPLAT DOKUMENTASI
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 8
TEMPLAT DOKUMENTASI
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 9
TEMPLAT DOKUMENTASI
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 10
TEMPLAT DOKUMENTASI
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 11
BORANG LAPORAN SUSULAN
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 12
CARTA ANSUR MAJU
SELF AWARENESS SELF SELF EMPATHY SOCIAL SKILL
REGULATION MOTIVATION (EMPATI) (KEMAHIRAN
(KESEDARAN
KENDIRI) ( REGULASI ( MOTIVASI SOSIAL)
KENDIRI ) KENDIRI )
1.Memantau Mengurus emosi 1.Mengambil 1.Mengesan dan 1.Mengurus
diri untuk inisiatif dan memahami pelbagai emosi
diri. mengawal bersungguh- perasaan dalam
keadaan. sungguh untuk orang lain. perhubungan.
2.Menguasai memperbaiki
tindakan diri. 2.Keserasian 2. Mahir
sendiri. dengan memimpin,
2.Merangsang individu yang berunding dan
3.Mempunyai emosi untuk pelbagai latar menyelesaikan
penilaian mencapai belakang. konflik.
realistik sesuatu
tentang matlamat.
keupayaan diri.
SEGAR MINDA SIHAT MINDA SEJAHTERA MINDA
Sumber rujukan : Daniel Goleman, Ph.D.
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 13
STRUKTUR INTERVENSI KHUSUS
Tempoh
Saringan Profil Murid Penataran • Soalan Pra • Soalan Pasca Pelaporan
Minda (Intervensi Intervensi • Intervensi • Saringan dan
Sihat 1 Umum dan
Khusus Khusus Minda Sihat 2 dokumentasi
khusus)
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 14
CINTAKAN KETENANGAN HATI LIRIK LAGU TEMA
Duhai engkau sang belahan jiwa VOKAL
Kisahmu terukir dalam minda
Di setiap langkah ku selalu berdoa https://youtu.be/WOrgHI1Qjgk
Semoga kita gembira
TANPA VOKAL
Duhai engkau tambatan hatiku
Sinarkanlah bahgiamu di hidupku https://youtu.be/0Kj5tSWMNF8
Ku ingin kau tahu betapa mindaku
Teruslah bahagia hatiku
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita gembira
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Mindaku pasti selalu terjaga
Dan aku pasti bahagia
Oooooooooooooo…….
Duhai engkau tambatan hatiku
Sinarkanlah bahgiamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa mindaku
Teruslah bahagia hatiku
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita gembira
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Tenangkan hatiku selalu terjaga
Dan aku pasti bahagia
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Tenangkan hatiku selalu terjaga
Dan aku pasti bahagia…
(Ulang 2 kali)
Oooooooooooooo……
Adaptasi daripada lirik dan lagu Cinta Sampai Mati (Raffa Affar)
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 15
LIRIK LAGU TEMA
CINTAKAN KETENANGAN HATI
Duhai engkau sang belahan jiwa
__________ terukir dalam ________
Di setiap langkah ku selalu berdoa
Semoga kita ___________
Duhai engkau tambatan hatiku
___________ ____________di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa ___________
____________ __________ ______________
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita ___________
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
__________ ___________ selalu terjaga
Dan aku pasti ____________
Oooooooooooooo…….
Duhai engkau tambatan hatiku
___________ ____________ di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa ___________
___________ ____________ ____________
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita ___________
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
_____________ ____________ selalu terjaga
Dan aku pasti _____________
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
_____________ _____________ selalu terjaga
Dan aku pasti ____________…
(Ulang 2 kali)
Oooooooooooooo……
Adaptasi daripada lirik dan lagu Cinta Sampai Mati (Raffa Affar)
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 16
SOALAN PRA
SOALAN PRA (SEKOLAH MENENGAH)
Kerjasama anda dimohon untuk menjawab maklum balas berikut dengan jujur dan
terbuka berdasarkan penyataan berikut yang mengambarkan diri anda. Terima kasih.
1-Sangat tidak bersetuju (STS)
2-Tidak bersetuju TS)
3-Tidak pasti (TP)
4-Bersetuju (S)
5-Sangat Setuju (SS)
Bil Penyataan Skala
1 Saya tahu perasaan saya 1 2345
2 Saya dapat membuat keputusan dengan baik 1 2345
3 Saya boleh menilai kemampuan diri saya 1 2345
4 Saya dapat menguruskan emosi dengan berkesan 1 2345
5 Saya dapat menyiapkan tugasan dengan tenang 1 2345
6 Saya boleh mengawal emosi apabila menghadapi keadaan 1 2 3 4 5
sukar
7 Saya berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki 1 2345
kekurangan diri
8 Saya cepat bangkit daripada kekecewaan 1 2345
9 Saya bersemangat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan 1 2 3 4 5
10 Saya dapat rasa kesusahan orang lain 1 2345
11 Saya boleh menangani konflik dengan baik 1 2345
12 Saya boleh bekerjasama dalam menyelesaikan masalah 1 2345
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 17
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
AKTIVITI 1 : HIKMAH LIMA JARI
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. mengenal pasti keistimewaan dan kekurangan diri,
2. menguruskan emosi negatif,
3. meningkatkan semangat positif dalam diri.
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas A4/ lukisan, pensel, pensel warna/krayon.
: Lampiran 1- Gambar Dua Belah Tangan
LANGKAH :
1. Murid membuat lakaran besar tapak tangan kiri dan kanan di atas kertas
A4/lukisan secara melintang.
2. Murid menulis lima keistimewaan/ kekuatan diri pada tapak tangan kanan.
3. Kemudian murid menyenarai 5 kelemahan/kekurangan diri pada tapak tangan
kiri.
4. Murid berbincang dan menyenaraikan cara memperbaiki kekurangan diri.
5. Murid mewarna lakaran tapak tangan mengikut kreativiti masing-masing.
6. Murid membina cogan kata diri dan melafazkan dengan bersemangat.
7. Murid dipilih secara rawak untuk pembentangan hasil kerja.
8. Murid membentangkan hasil kerja kepada rakan-rakan yang lain.
9. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH :
i. Kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal – Tiap-tiap sesuatu ada dengan
kelebihan masing-masing.
ii. Kuat burung kerana sayap – Berasa (berkuasa) kuat kerana ada kelebihannya
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 18
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
LAMPIRAN 1
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 19
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
AKTIVITI 2 : CAWAN EMOSI SAYA (CESA)
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. menyatakan emosi bahagia dan tidak bahagia dalam diri,
2. menyenaraikan emosi yang ingin dikekalkan,
3. menilai semula emosi yang ingin dihapuskan.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran 2 - Gambar Cawan
LANGKAH :
1. Murid diberi kertas lampiran ( gambar cawan).
2. Murid diminta untuk menyenaraikan apakah emosi bahagia yang ingin disimpan
dalam cawan mereka.
3. Murid diminta untuk menyenaraikan apakah emosi atau pengalaman tidak
bahagia yang ingin dikeluarkan dari cawan mereka.
4. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil cawan emosi mereka.
5. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH :
i. Semak dalam diri sendiri adakah kita boleh menjadi murid yang baik dengan
cawan yang kosong sahaja tanpa diisi dengan pengalaman bahagia.
ii. Ketenangan dan keyakinan diri tidak boleh dirasai selagi emosi negatif masih
disimpan dalam diri (cawan).
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 20
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
LAMPIRAN 2
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 21
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
AKTIVTI 3 : A.P.A ( Apa Perasaan Anda?)
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. mengenal pasti emosi diri,
2. menguruskan emosi negatif,
3. meningkatkan semangat positif dalam diri.
MASA : 30 minit
BAHAN : Pensel, pensel warna/krayon.
: Lampiran 3 - Carta Aliran Perasaan
LANGKAH :
1. Murid menerima edaran Carta Aliran Perasaan (CAP - Lampiran 3) kepada
murid.
2. Murid diminta memberikan respon kepada arahan situasi yang tercatat di
dalam CAP.
3. Kemudian murid diminta melukis emoji di dalam kotak kosong yang disediakan,
murid boleh melukis lebih dari satu emoji yang sesuai dengan respon terhadap
situasi yang diberikan.
4. Murid dipilih secara rawak untuk pembentangan hasil kerja.
5. Murid membentangkan hasil kerja kepada rakan-rakan yang lain.
6. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH :
i. Jika anda tidak mengenali diri manakan mungkin anda akan dapat mengenali
orang lain.
ii. Temui dirimu dan kamu akan menemukan kebebasanmu - Gillian Duce.
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 22
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
LAMPIRAN 3
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 23
REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION)
AKTIVITI 4 : LIMA PENJURU BINTANG
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. menjelaskan teknik pernafasan yang betul,
2. mengamalkan teknik pernafasan yang betul,
3. meningkatkan rasa tenang.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran 4 – Teknik Pernafasan Lima Penjuru Bintang
LANGKAH :
1. Beberapa orang murid diminta menunjukkan cara mereka bernafas.
2. Murid bersoal jawab dengan guru.
i. Apakah yang dikenal pasti daripada cara rakan murid bernafas?
ii. Adakah terdapat perbezaan daripada cara mereka bernafas?
iii. Bagaimana perasaan mereka apabila bernafas?
iv. Bagaimanakah teknik pernafasan yang betul ?
3. Murid ditunjukkan teknik pernafasan melalui gambar .
4. Murid mengikut arahan berikut :
i. Rehatkan badan anda, tutup mata dan bernafas melalui hidung sahaja.
ii. Pastikan semua udara masuk ke dalam paru-paru dengan meletakkan
tangan di perut dan kira satu hingga empat perlahan-lahan.
iii. Selepas menarik nafas, tahan nafas anda dan kira satu hingga empat.
iv. Jangan buka mulut anda. Cuba tahan nafas sehingga kiraan empat .
v. Hembuskan nafas dalam kiraan empat saat.
vi. Ulangi langkah tersebut sebanyak 5 kali.
5. Murid mengaplikasikan teknik pernafasan lima penjuru bintang.
6. Murid boleh mengulangi kitaran teknik pernafasan ini dua kali sehari sehingga
sekurang-kurangnya empat kali setiap sesi.
7. Murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH :
i. Seperti air dalam kolam – Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.
ii. Air dalam terenang – Hidup yang tenang
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 24
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
LAMPIRAN 4
TEKNIK PERNAFASAN LIMA PENJURU BINTANG
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 25
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
AKTIVITI 5 : AROMA PERNAFASAN
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. mengurus emosi diri,
2. mengawal emosi yang negatif,
3. meningkatkan semangat positif dalam diri.
MASA : 30 minit
BAHAN : Rakaman muzik yang menenangkan ( jika perlu )
LANGKAH :
1. Murid diminta membayangkan sedang memegang makanan kegemaran di
tangannya. Contoh: Ayam goreng, nasi lemak, laksa, sup ayam.
2. Murid diminta secara perlahan-lahan menarik nafas melalui hidung untuk
menikmati bau keenakan/kelazatan makanan kegemarannya.
3. Murid juga diminta secara perlahan-pahan menghembuskan nafas melalui
mulut seolah-olah sedang menghembus makanan kegemaran yang sedang
panas untuk menyejukkannya.
4. Ulang sebanyak mana yang sesuai dan diperlukan.
5. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH :
Jika anda mengalami depresi, anda hidup di masa lalu, jika anda bimbang, anda
hidup di masa depan dan jika anda dalam damai, anda hidup di masa sekarang –
Lao Tzu.
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 26
MOTIVASI DIRI (SELF MOTIVATION)
AKTIVITI 6 : DETIK MASA
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. menjelaskan cara mengendalikan stres secara positif,
2. mengaplikasikan kemahiran pengurusan masa,
3. menyediakan jadual tugas harian yang lengkap.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran 5 - Kuadron Pengurusan Masa
LANGKAH :
1. Murid diminta menyatakan cara mereka mengendalikan stres.
2. Murid menjelaskan cara mengendalikan stres dengan positif.
3. Murid dan GBK bersoal jawab tentang cara mereka menguruskan masa dalam
kebiasaan baharu.
4. Murid mendengar penerangan GBK tentang cara mengaplikasikan kemahiran
pengurusan masa dengan menggunakan Lampiran 5 – Matrik Pengurusan Masa
i. Perhatikan jangka masa yang diambil untuk melakukan sesuatu tugas.
ii. Rancang jadual tugas harian yang lengkap mengikut keutamaan.
iii. Pastikan adanya waktu rehat di antara tugasan.
iv. Senarai dan jadualkan tugas mengikut keutamaan. Lakukan tugas yang
penting terlebih dahulu. Selepas dilaksanakan, beri ganjaran pada diri
anda. (contoh memuji, mendengar muzik dan lain-lain)
v. Jika kerja anda tertangguh, kaji punca dan buat jadual semula.
vi. Buat pemantauan akan kemajuan dan keberkesanan anda
menguruskan masa.
5. Murid dan GBK merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH :
Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah.
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 27
MOTIVASI DIRI (SELF MOTIVATION)
LAMPIRAN 5
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 28
MOTIVASI DIRI (SELF MOTIVATION)
AKTIVITI 7 : DIRIKU SANGAT BERHARGA
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. mengenal pasti sebab-sebab yang mengganggu kesejahteraan emosi,
2. menguruskan emosi dengan baik,
3. menyelesaikan masalah dengan yakin.
MASA : 30 Minit
BAHAN : Kertas A4 dan Pensil warna
LANGKAH :
1. Murid diberikan sehelai kertas A4 dan alat tulis.
2. Murid diminta menyatakan satu masalah yang dihadapi dalam kehidupan.
3. Murid diminta melukis gambar pokok seperti dipaparkan dan mengisi ruang
yang disediakan.
4. Setiap murid akan diminta membentangkan hasil kerja mereka dengan
bimbingan GBK.
5. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK.
FALSAFAH :
i. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya.
ii. Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.
iii. Mempercayai bahawa setiap orang adalah pakar dalam kehidupan mereka
sendiri. (Solution Focus Brief Therapy)
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 29
MOTIVASI DIRI (SELF MOTIVATION)
LAMPIRAN 6
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 30
MOTIVASI DIRI (SELF MOTIVATION)
EDARAN GURU
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 31
MOTIVASI DIRI (SELF MOTIVATION)
AKTIVITI 8 : JURNAL SKRIP POSITIF (J.S.P)
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. menyenaraikan perkara yang positif / yang baik tentang diri,
2. berdialog dengan diri sendiri menggunakan ayat positif,
3. rasional dan yakin dalam mengurus emosi dengan baik.
MASA : 40 Minit
BAHAN : Lampiran 7 - Jurnal Skrip Positif
LANGKAH :
1. Murid diberikan penerangan tentang skrip positif diri.
2. Murid membuat jurnal bicara diri.
3. Setiap murid akan di minta untuk berkongsi jurnal mereka dengan bimbingan
GBK.
4. Murid perlu membuat simulasi / contoh bagaimana cara mereka melakukan
bicara diri.
5. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK.
FALSAFAH :
i. Emosi dapat dikawal dengan meningkatkan peneguhan diri.
ii. Percakapan akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita.
iii. Kata-kata yang baik kepada diri akan meningkatkan keyakinan dan kemampuan
diri.
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 32
MOTIVASI DIRI (SELF MOTIVATION)
LAMPIRAN 7
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 33
MOTIVASI DIRI (SELF MOTIVATION)
EDARAN GURU
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 34
EMPATI (EMPHATY)
AKTIVITI 9 : SERLAHKAN EMPATI
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. mengenal pasti emosi orang lain,
2. memberi maklum balas dengan berhemah berdasarkan situasi,
3. meningkatkan rasa empati.
MASA : 30 Minit
BAHAN : Lampiran 8 – Serlahkan Empati
LANGKAH :
1. Murid menerima edaran kertas lampiran.
2. Murid di minta menggariskan emosi yang dinyatakan.
3. Beberapa orang murid di minta membacakan emosi yang digariskan.
4. Murid diminta memberi respon berdasarkan situasi emosi yang dinyatakan.
5. Murid membentangkan hasil dapatan aktiviti.
6. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK.
FALSAFAH :
Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 35
EMPATI (EMPHATY)
LAMPIRAN 8
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 36
EMPATI (EMPHATY)
AKTIVITI 10 : PETA EMPATI
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. menjelaskan maksud empati,
2. mengaplikasikan kemahiran empati dalam komunikasi,
3. membantu orang lain dalam menyelesaikan isu yang dihadapi melalui
perkongsian perasaan dan komunikasi berkesan.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran 9 - Peta Empati
: Kertas nota berpelekat (pelbagai warna)
LANGKAH :
1. Murid mendengar penerangan maksud empati.
2. Murid diberikan Lampiran 9 dan kertas nota berpelekat.
3. Murid diminta menuliskan satu isu / masalah yang dihadapi oleh remaja di atas
kertas nota lekat, sebagai contoh buli emosi / body shaming dan
menampalkannya di ruangan isu.
4. Murid mengenal pasti dan menulis di atas kertas nota berpelekat apa yang ingin
mereka dengar, fikirkan, lihat, katakan dan lakukan lalu menampalkannya
diruangan dalam bulatan (harapan kami).
5. Apabila bahagian dalam bulatan (harapan kami) selesai, isikan bahagian luar
bulatan (realiti) melalui setiap enam bahagian sekali lagi dan fokus pada
perkara yang mungkin didengar, difikirkan, dilihat, dilakukan, dan dirasakan oleh
murid berdasarkan realiti sebenar.
6. Murid dan guru membincangkan realiti sebenar yang berlaku berdasarkan
harapan murid.
7. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK.
FALSAFAH :
i. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
ii. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 37
EMPATI (EMPHATY)
LAMPIRAN 9
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 38
EMPATI (EMPHATY)
EDARAN GURU
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 39
KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)
AKTIVITI 11 : BANGKIT SEMULA
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat:
1. menjelaskan kemahiran gaya daya tindak,
2. mengaplikasikan kemahiran gaya daya tindak dalam situasi mencabar,
3. meningkatkan keyakinan apabila berhadapan situasi mencabar.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran 10 - Nota Kemahiran Gaya Daya Tindak
: Lampiran 11 - Borang Kemahiran Gaya Daya Tindak
LANGKAH :
1. Murid diberi penjelasan mengenai kemahiran daya tindak.
2. Murid diminta menyatakan kemahiran gaya daya tindak masing-masing
mengikut situasi semasa dalam Lampiran 11 - Borang kemahiran gaya daya
tindak.
3. Murid berkongsi kemahiran gaya daya tindak yang telah dibuat sebentar tadi.
4. Murid dan GBK merumuskan aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH :
i. Enggan seribu daya mahu sepatah kata – Kalau tidak suka biasanya banyak
alasannya
ii. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga
ke hulu - Segala daya upaya akan dilakukan untuk menyampaikan maksud.
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 40
KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)
LAMPIRAN 10
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 41
KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)
LAMPIRAN 11
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 42
KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)
AKTIVITI 12 : 30 HARI MENCINTAI DIRI (MINDFULNESS)
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat;
1. mengetahui tentang kesedaran kendiri,
2. mengurus emosi dengan baik,
3. meningkatkan semangat positif dalam diri.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran 12 - 30 Hari Mencintai Diri
LANGKAH :
1. Murid diberikan maklumat tentang kesedaran kendiri (mindfulness).
2. Murid diberikan edaran Lampiran 12 - 30 Hari Mencintai Diri oleh GBK.
3. Murid diberi panduan untuk mengaplikasikan aktiviti 30 hari mencintai diri oleh
GBK.
4. Murid mengisi petak kosong dengan aktiviti yang bersesuaian dengan diri murid
bagi meningkatkan kesedaran kendiri.
5. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH :
Ketidaksempurnaan itu indah. Kita semua tidak sempurna. Jika semuanya lahir
sempurna, kita tidak akan pernah belajar dan tidak akan pernah berkembang –
‘Beyonce’
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 43
KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)
LAMPIRAN 12
MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) | 44