INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN NG HUI YEE PISMP AMBILAN JUN 2022 2021242340292
1.BIODATA 2. BAHAGIAN A Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Pendaftaran ahli Folio/buku log/laporan aktiviti Pembentukan jawatankuasa Pakaian seragam Takwim dan perancangan aktiviti pasukan Peranan dan tanggungjawab pemimpin Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik dan terancang 3. BAHAGIAN B Prinsip Asas Pandu Puteri Dasar Pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Isyarat wisel serta isyarat tangan Lagu Pandu Puteri Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia Isi Kandungan 2 6 10 20 22 32 35 39 47 55 57 61 63 63 65 67 68
Isi Kandungan 4. BAHAGIAN C Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi Sejarah Perkembangan Struktur Organisasi 5. BAHAGIAN D Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Pandu Puteri Tunas (PPT) Merancangan program / aktiviti 6. RUJUKAN 73 77 83 86 90
BAHAGIAN A
Pendaftaran ahli Melalui Sistem e-Daftar di sekolah / daerah / cawangan masing-masing. Ahli Seumur Hidup Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Yuran: RM250.00 sekali bayar sahaja. Kelayakan: Ahli PPPM yang berumur 35 tahun. Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahu. Contoh: Jika umur 30 tahun, bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM275.00 Cetak/scan borang dan hantar ke ibu pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran. Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan
Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild RM5.00 Dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran baru. Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut: Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama “PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA” di ibu pajabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Resit dikeluarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk setiap pembayaran. Bank : CIMB Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia Nombor Akaun : 1426-0006320-004 Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan
Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli PanduPuteri Tunas / Remaja / Renjer) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk setiap ahliPandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin /Guild Trefoil) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula Sebelum 31 Mac setiap tahun Yuran ini adalah dibayar kepada Persatuan PanduPuteri Malaysia untuk bayaran kuota kepadaPersatuan Pandu Puteri dan Pengakap PuteriSedunia (WAGGGS) Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan
Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut: Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalangatas nama"PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" diIbu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bayaran dimasukkan terus ke akaun PersatuanPandu Puteri Malaysia. Resit perlulah diambil daripada pihak yang menerimayuran sebagai bukti pembayaran. Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Bank : CIMB Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia Nombor Akaun : 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia)
Folio / Buku Log / Laporan Aktiviti merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Ia juga merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas dan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Sebuah folio / buku log / laporan aktiviti sepatutnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menlahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual. Folio / Buku Log / Laporan Aktiviti
Penyimpanan Folio Lambang Pandu Puteri Biodata Diri Nama kumpulan, Lambang Kumpulan, Cogan Kata Kumpulan dan Senarai Ahli Laporan perjumpaan, refleksi dan minit mesyuarat Nota, Kertas kerja artikel, salinan sijil, gambar aktiviti, lakaran,koleksi kata-kata hikmah Pengendalian Pasukan Buku Log Pasukan Kotak Kumpulan Kewangan Kumpulan / Pasukan Sudut Kumpulan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan / COH
Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas. Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran menelitidan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual. Buku Log
Buku Log Jenis-jenis Buku Log (a) Buku Log Peribadi Buku Log ini mengandungi: Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang disekolah, daerah, negeri atau kebangsaan. Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat) Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat) (b) Buku Log Kemajuan Buku Log ini mengandungi: Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas Laporan Lencana kecekapan (c) Buku Log Acara Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai. Contoh acara adalah seperti: Perkhemahan/ Cuti pasukan Khidmat Lain-lain projek
Buku Log Ciri-Ciri Buku Log Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalamanyang dilalui. Pastikan: Bahan-bahan disusun kemas Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan Keaslian dan kreativiti amat digalakkan Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak KECUALI biodata / profil diri
Buku Log Kandungan Buku Log (setiap buku log) (a) Biodata/ Profil Diri Biodata atau profil diri secara ringkas bagi memudahkan pembacamengetahui siapa penulisnya. Nama No. Mykad / No Mykid / No surat beranak Tarikh lahir Alamat rumah No telefon rumah / No telefon bimbit Alamat e-mail Nama & alamat sekolah No telelefon sekolah Nama pasukan Nama Kumpulan Berenam(b) Penglibatan Dalam Kegiatan Pandu Puteri Jawatan yang dipegang Pencapaian dalam Pandu Puteri Senarai acara Pandu Puteri yang disertai
Buku Log Susunan/Urutan Kandungan Dalam Buku Log Kemajuan Pandu Puteri Tunas 1.Biodata / Profil diri 2.Lencana Dunia 3.Lencana Pandu Puteri Tunas 4.Lambang Kumpulan Berenam sendiri 5.Peringkat Pra –Persetiaan 6.Peringkat Calit Emas 7.Peringkat Tangga Emas 8.Peringkat Tangan Emas 9.Skim Lencana Kecekapan
Laporan Aktiviti Kandungan laporan aktiviti Tarikh, tempoh, aktiviti atau program yang dihadiri Laporan atau penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan Renungan – ceritakan dengan ringkas pengalaman baharu yangdiperoleh semasa menyertai acara Sertakan lampiran seperti: Bahan asal atau salinan bercetak gambar-gambar acara salinan sijil penyertaan/pencapaian/penghargaan Perakuan bahawa pengisian adalah hasil peribadi atau individu Tanda tangan pemimpin atau penilai yang menyemak pengisianbuku log tersebut
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT: PANDU PUTERI TUNAS 1. AHLI JAWATANKUASA PENGERUSI : SETIAUSAHA : AJK : 2. JUMLAH MURID TERLIBAT : LELAKI : PEREMPUAN : Tahun 4 : Tahun 5 : Tahun 6 : Jumlah : 3. AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN: 4. KEKUATAN: 5. KELEMAHAN : 6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 7. RUMUSAN Contoh Laporan Aktiviti Kokurikulum
LAPORAN AKTIVITI PANDU PUTERI TUNAS Aktvit: Agenda: 1) Nyanyian Lagu Dunia 2) Membaca persetaan Pandu Puteri 3) Melantk Ahli Jawatankuasa dan pembentukan kumpulan bagi sesi 2019 4) Mencadang dan merancang aktvit bagi sesi 2019 Tarikh: Masa: Tempat: Kreatf Gambar : Contoh Laporan Aktiviti
Pembentukan Jawatankuasa
Pembentukan Pasukan Pandu Puteri Tunas
Pakaian untuk Istiadat, Upacara dan Majlis Rasmi Pilihan A : Kebaya Labuh Kebaya labuh warna biru muda potongan “Princess Line” di hadapan dan berlisu pemadam di bahagian belakang, labuh di bawah punggung (paras genggaman tangan). Lengan padanan rata panjang Bagi yang beragama Islam, belah kelepat bertindih boleh dijahit 8-10cm dari pergelangan tangan untuk memudahkan mengambil wujuk untuksolat. Belah ini disudahkan dengan butang katup. Kain labuh berlisu tunggal lebar 15cm dari kelim tepi di sebelah kiri. Jika suka kocek tersembunyi, boleh dijahit di sebelah kanan dengan berzip di kiri. Sepasang flashes bahu PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA dijahit dikelim bahagian lengan kanan dan kiri. Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM. (jika bertudung) Penampang dipaaki di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5 sahaja tidaktermasuk tag nama. Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri - 5cm di bawah flash bahu. Pakaian Seragam
Pakaian Seragam Pilihan B : Baju Kurung Teluk Belanga Berwarna biru muda berpesak (tanpa hiasan kun), labuhdi bawah paras lutut, kain berlisu disusun di sebelah kiri. Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagianlengan kanan dan kiri. Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM. (jika bertudung) Penampang dipakai di sebelah dada kiri. Lencanamaksima 5 sahaja tidak termasuk tag nama. Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri - 5cm di bawah flashes.
Pakaian Seragam Pilihan C :Blaus dan Seluar Blaus Blaus hijau PPPM, potongan bush jacket, berlengan padanan rata panjang,kolar lurus, labuh blaus di bawah punggung. Seluar Seluar berwarna biru tua potongan lurus, belah berzip di hadapan, dua kocek ditepi kiri dan kanan, ben pinggang dengan getah cerut di tepi kanan dan kiri. Kasut Kasut kulit/PVC hitam bertumit rendah (sau setengah inci) Tudung Tudung berwarna hitam (plain) tanpa manik atau sulaman dimasukkan ke atasblaus. Brooch PPPM disematkan pada bahagian dagu.Tudung sutera PPPM ukuran panjang dipakai di leher dan dikenakan woggle Aksesori dan lencana Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri. Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri 5cm di bawah flashes bahu. Beg tangan rasmi PPPM
Pakaian Seragam Pilihan C :Blaus dan Seluar Pakaian Kasual Batik Persatuan Pandu Puteri Malaysia Baju batik kurung / kebaya Tudung berwarna putih. (sekiranya bertudung) Kasut hitam Beg hitam
Pakaian Seragam Rasmi Ketua Pesuruhjaya Ketua Cawangan dan Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia PAKAIAN RASMI Baju Biru Kebaya/Kurung Tudung PPPM (sekirangnya bertudung) Penampang di dada sebelah kiri Sekiranya Baju Kebaya Baju menutupi punggung dan ukuran serong dihadapan baju adalah 3cm Kain Baju Kebaya berlipat di hadapan tanpa belah. Kain untuk baju kurung bersusun di tepi kiri. PENAMPANG Lencana dunia Lencana Pesuruhjaya (Silver) Lencana Waran Ketua Pesuruhjaya Cawangan Lencana Waran Pesuruhjaya PPPM Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada) Satu lencana anugerah tertinggi Tag nama Sekiranya seorang Ketua pesuruhjaya Pandu Puteri Raja, maka iaboleh memakai Lencana Pandu Puteri Raja. KASUT Kasut “court” berwarna hitam (tutup di hadapan) Bertumit 1 ½ “ BEG TANGAN Berwarna hitam keluaran PPPM
Pakaian Rasmi Ketua Pesuruhjaya Cawangan & Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Semasa Acara Luar atau Semasa Perjalanan atau Perkhemahan BAJU Baju Logo pemimpin Berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes) SELUAR Seluar “slack” berwarna biru gelap TUDUNG Tudung hitam (plain) dimasukkan ke dalam blaus. (sekiranya bertudung) SKAF PANJANG Skaf panjang di leher menggunakan woggle PPPM KASUT Kasut court berwarna hitam (tutup di hadapan) Bertumit 1 ½ BEG TANGAN Berwarna hitam keluaran PPPM
Pakaian Seragam Rasmi Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia PAKAIAN RASMI Baju biru kebaya/kurung Tudung PPPM (sekiranya bertudung) Penampang di dada sebelah kiri Sekiranya baju kebaya – baju menutupi punggung dan ukuran serong dihadapan baju adalah 3 cm Kain baju kebaya berlipat di hadapan tanpa belah Kain untuk baju kurung – bersusun si tepi PENAMPANG Lencana Dunia Lencana Pemimpin (Emas) Lencana Waran Lencana Seumur Hidup (sekiranya ada) Sekiranya seorang pemimpin adalah Pandu Puteri Raja, maka ia bolehmemakai Lencana Pandu Puteri Raja. KASUT Kasut „court‟ berwarna hitam (tutup di hadapan) Bertumit 1 ½ “ BEG TANGAN Berwarna hitam keluaran PPPM
Pakaian Rasmi Pemimpin Persatuan PanduPuteri Malaysia Semasa Acara Luar atau Semasa Perjalanan atau Perkhemahan BAJU Baju Logo Pemimpin berwarna hijau dengan tanda bahu (flashes) SELUAR Seluar„slack‟ berwarna biru gelap TUDUNG (sekiranya bertudung) Tudung hitam plain dimasukkan ke dalam baju. SKAF PANJANG Skaf panajng di leher menggunakan woggle PPPM KASUT Kasut„court‟ warna hitam (tutup di hadapan) Bertumit 1 ½ „ BEG TANGAN Berwarna hitam keluaran PPPM
Pakaian Tamabahan untuk Perjalanan Semua Pesuruhjaya dan Pemimpin JAKET Jaket kain hijau berlogo PPPM Potongan stail bush jacket dengan potongan labuh hingga ke paras bawahpunggung. SELUAR Berwarna biru tua potongan lurus, kelepet biasa Belah berzip di hadapan, dua kocek di tepi kanan dan kiri Ben pinggang dengan tujuh pembawa tali pinggang KOT/BLAZER Warna biru tua sepasang dengan seluar, lapel biasa Dua poket hadapan di bawah paras pinggang Bahagian belakang berbelah slit di tengah belakang. Perlu lebih labuh sedikit jika jaket dipakai di luar. Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri (pertengahan di antara bahu dan siku).
Pakaian Tamabahan untuk Perjalanan Semua Pesuruhjaya dan Pemimpin KASUT Kasut kulit/PVC hitam Bertumit rendah (4-5cm) TUDUNG Tudung sutera dikenakan woggle. Collar pin atau brooch PPPM disematkan di bahagiandagu atau digunakan sebagai skaf – diikat di lehermengikut gaya yang disukai dengan menggunakanwoggle atau brooch PPPM. AKSESORI DAN LENCANA Sepasang flashes bahu “PANDU PUTERI MALAYSIA” dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri. Beg tangan rasmi PPPM
Takwim dan Perancangan Aktiviti Pasukan PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS PRINSIP ASAS PANDU PUTERI TUNAS ANUGERAH TOPAZ I ANUGERAH TOPAZ II ANUGERAH TOPAZ III ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KPC ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KP
BULAN AKTIVITI TARIKH TINDAKAN MAC Pendaftaran dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali-1 APRIL Pengenalan kepada Pandu Puteri Tunas Kali-2 MEI Pembahagian ahli kepada Kumpulan Berenam dan pengenalan kepada lagu dan logo Kumpulan Kali-3 MEI Pengenalan kepada ikatan dan simpulan Kali-4 JUN Pengenalan kepada lagulagu kepanduan Kali-5 Takwim Tahunan Pandu Puteri Tunas
JULAI Asas Pertolongan Cemas Kali-6 OGOS Aktiviti Bulan Kemerdekaan Kali-7 SEPTEMBER Jemari Emas Puteri 1 Menghasilkan kraftangan dari barangan terpakai Kali-8 SEPTEMBER Little Chef Kali-9 OKTOBER My Survival Menghasilkan gajet perkhemahan Kali-10 NOVEMBER Growing Up, Glowing Up Kali-11 NOVEMBER Jemari Emas Puteri 2 Mesyuarat Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 20XX Kali-12 Takwim Tahunan Pandu Puteri Tunas
Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin Pengerusi Bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan persatuan. Bertanggungjawab mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Persatuan. Menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Persatuan dalam pelaksanaan tugas mereka. Menentukan akaun persatuan disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke cawangan. Bertanggungjawab dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan persatuan tersusun rapi.
Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin Setiausaha Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. Membantu Jawatankuasa Persatuan dalam memelihara perhubungan dengan badanbadan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain. Bertanggungjawab memberi bantuan secretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Persatuan terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. Naib Pengerusi Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan persatuan. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Persatuan.
Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin Bendahari Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kirakira bulanan dan tahunan. Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di persatuan dan unit. Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Persatuan. Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Tahunan Persatuan dan memajukan ke persatuan. Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan kewangan dan audit. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta persatuan seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain.
Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin Ahli Jawatankuasa Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan sebaik mungkin. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.
Pengurusan Badan Beruniform secara Sistematik 1. DEFINISI UNIT BERUNIFORM Satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan keahlian dan mempunyai dasardasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi. Badan Beruniform di sekolah merupakan salah satu pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah. Ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakan mengenai penyertaan muridmurid dalam aktiviti kokurikulum.
Pengurusan Badan Beruniform secara Sistematik 2. RASIONAL Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman se'ara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.
Pengurusan Badan Beruniform secara Sistematik 3. MATLAMAT Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwiba, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidangbidang yang diceburi pada masa akan datang.
Pengurusan Badan Beruniform secara Sistematik 4. OBJEKTIF AM Guru-guru dan murid-murid akan mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan badan beruniform di sekolah. mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan badan beruniform secara berkesan. mengetahui dan memahami kaedah dan strategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli badan beruniform yang dipimpin mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan badan beruniform yang dipimpin. mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwiba, berketrampilan dan berwawasan.
Pengurusan Badan Beruniform secara Sistematik 5. OBJEKTIF KHUSUS Menjelaskan matlamat dan tujuan badan beruniform di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan badan beruniform. Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan badan beruniform. Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan akti$iti dan kegiatanbadan beruniform di sekolah berdasarkan peran'angan dan undangundang. Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan. Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rukun negara perlembagaan negara dan Wawasan 2020.
BAHAGIAN B
Prinsip Asas Pandu Puteri Prinsip asas Pandu Puteri berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri. Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri membentuk sistem nilai moral bagi setiap individu yang menjadi ahli Pandu Puteri. Sistem nilai ini menjadi panduan hidup ahli Pandu Puteri. Seseorang yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri dihadapan seorang Pemimpin Berwaran hendaklah memakai Lencana Pelantikan danLencana Dunia. Seseorang anak gadis, wanita remaja dan wanita dewasa dengan sukarela menyertai Persatuan ini sebagai seorang ahli. Seseorang ahli persatuan yang telah melafazkan Persetiaan Pandu Puteri perlu memberi penglibatan yang penuh dan padu kepada Persatuan Pandu Puteri dan sentiasa mengamalkan semangat Pandu Puteri.
Prinsip Asas Pandu Puteri Sejak tahun 1993 Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengenakan yuran keahlian mengikut kadar semasa seperti yang berikut: Ahli muda RM 2.00 setahun Ahli Dewasa RM 5.00 setahun Ahli Seumur Hidup RM 250.00 seorang sekali Kadar bayaran yuran yang dibayar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan akandipertimbangkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia setiap lima tahun. Jumlah yuran keahlian yang dikenakan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperingkat cawangan dan daerah hendaklah mengikut keputusan Majlis Mesyuarat Agung peringkat cawangan atau daerah.
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang AM Dasar Pertubuhan Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang merupakan satu ketetapan yang digubal untuk dipatuhi bagi menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang AM Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu PuteriMalaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan Sistem Kumpulan(Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.
VISI "PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA BERTUJUAN MENJADISEBUAH ORGANISASI YANG DINAMIK, EFEKTIF UNTUK WANITAREMAJA DAN WANITA DEWASA PERSATUAN PANDU PUTERIMALAYSIA AKAN MENONJOLKAN IMEJ YANG SELARI DENGANPROGRAM BERKUALITI YANG MENYEDIAKAN WANITA REMAJA DANWANITA DEWASA HARI INI UNTUK MENJADI PEMIMPIN BERWIBAWAHARI ESOK." MISI "PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA MEMPUNYAI KOMITMENDALAM MELAHIRKAN GOLONGAN WANITA REMAJA DAN WANITADEWASA YANG BERKALIBER MELALUI PENERAPAN ILMU,KEMAHIRAN DAN NILAI PANDU PUTERI DEMI KEPENTINGAN NUSA,BANGSA DAN MASYARAKAT SEJAGAT."
Kepemimpinan KEPEMIMPINAN Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan barisan pemimpin untuk mendidik dan memimpin ahli wanita dan dewasa. Barisan pemimpin dikategorikan mengikut peningkatan seperti yang berikut: Pemimpin Tidak Berwaran Seorang pemimpin tidak berwaran perlu mengikuti kursus Prawaran dan melafazkan atau membaharui Persetiaan Pandu Puteri. Pemimpin boleh memakai lencana pelantikan pelantikan pemimpin. Pemimpin yang telah menguruskan pasukan sekurang-kurangnya tiga bulan dan diselia oleh pemimpin berwaran atau Pesuruhjaya Daerah akan dilantik sebagai pemimpin berwaran.
Kepemimpinan Pemimpin Berwaran Pemimpin berwaran boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Calit Emas serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer sehingga Kelas Dua. Pemimpin berwaran digalakkan mengikuti kursus lanjutan supaya boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja. Pemimpin berwaran seterusnya boleh melayakkan diri dan memperoleh Mutiara I, Mutiara II, Mutiara III dan Mutiara IV.