The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NG HUI YEE IPG-Pelajar, 2024-03-17 12:11:13

Buku Log Pandu Puteri

X13_NG HUI YEE_MPU3441a_T1

Pemimpin Pandu Puteri Tunas Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dipimpin oleh wanita dewasa yang dikenali sebagai Kakak Setia dan Penolongnya yang dikenali sebagai Siti Setia. Pelantikan Pemimpin Tidak Berwaran Pesuruhjaya Daerah bertanggungjawab melantik pemimpin Pandu Puteri Tunas. Oleh sebab hampir semua Pasukan Pandu Puteri Tunas bertapak di sekolah rendah, Pesuruhjaya Daerah dikehendaki bekerjasama dengan pihak sekolah, pihak Pegawai Pendidikan Daerah, dan jika perlu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan dengan urusan pelantikan ini. Setelah pelantikan dipersetujui oleh pihak sekolah, Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan seterusnya mengambil tindakan mencadangkan pemimpin tidak berwaran diberi waran Kakak Setia atau Siti Setia. Cadangan ini hendaklah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Sebelum mencadangkan seorang pemimpin itu diberi waran, Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan mesti berpuas hati bahawa calon berkenaan: mempunyai sahsiah yang baik dan mempunyai pendirian tetap untuk membolehkan dia memimpin dan memajukan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya. benar-benar berminat dan memahami Pandu Puteri Tunas yang dipimpinnya. memahami Misi dan Visi Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). bersetuju dengan matlamat asas program Pandu Puteri Pemimpin Pandu Puteri Tunas


sanggup menerima dan taat kepada Persetiaan, dan Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia; sedia dilantik sebagai ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia, jika ia belum pernah menjadi Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Siswi, Pandu Puteri Tingkatan 6 dan Pandu Puteri Politeknik. bersedia mengikuti Kursus Prawaran, dan kursus lanjutan. Ini adalah untuk membolehkannya memimpin pasukan. bersedia mendapatkan latihan tambahan seterusnya melalui pelbagai Kursus yang akan diadakan dari semasa ke semasa. berupaya mengendalikan perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Tunasnya. Pemimpin Pandu Puteri Tunas


Persetiaan Pandu Puteri "Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa, dan, Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri."


Undang-undang Pandu Puteri boleh dipercayai. sentiasa taat dan setia. suka menolong orang lain. bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. sentiasa bersopan santun. sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. sentiasa menurut perintah. bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. sentiasa berjimat cermat. suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.


Cogan kata Selalu Sedia ‘Selalu Sedia’ merupakan cogan kata Pandu Puteri yang bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk sebarang imbuhan dan balasan. Pandu Puteri Tunas Tolong Orang Selalu (TOS) Selalu Sedia Selalu Sedia - Terus Berkhidmat Pandu Puteri Remaja Pandu Puteri Renjer


Ikrar Pandu Puteri Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kapada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia Menolong orang setiap masa Mematuhi undangundang Pandu Puteri


Lambang Trefoil Bintang pecah empat belas : Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri. : 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunuk jalan yang benar. Logo Pandu Puteri Malaysia


Lambang Trefoil (tiga cabang) *Warna emas trefoil Bintang"bintang pada cabang trefoil Jalur Tapak : - Ikrar Pandu Puteri -Matahari yang bersinar"sinar di langit biru : Bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan danundang"undang Pandu Puteri. : Jalur kompas sebagai penunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri : Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri Lencana Pandu Puteri Dunia


Isyarat Pandu Puteri Pada dasarnya, Isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Dalam kedua-dua keadaan ini Isyarat Pandu Puteri dilakukan. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. Caranya adalah seperti berikut: 1. Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. 2. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 3. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 4. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15- 25 cm dari telinga kanan.


Cara Memberi Hormat: 1.Tiga jari tangan kanan ditegakkan. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 2. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 3. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ. 4. Isyarat dan Hormat Pandu Puteri


Berjabat Tangan Pandu Puteri Berjabat tangan sesama ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kiri. Berjabat tangan dengan orang lain selain daripada ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kanan.


Khidmat Pandu Puteri Pandu Puteri Tunas membuat khidmat dengan cara menolong orang setiap harisama ada di rumah atau di sekolah. Pandu Puteri Renjer memberi khidmat sekurang-kurangnyasekali sehari. Contoh khidmat: Menolong ibu mencuci pinggan selepas makan malam. Menolong ayah membersihkan akuarium. Menolong jiran yang tua memotong rumput. Menolong guru mengangkat buku.


Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan. Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahantertentu tanpa perlu menjerit. Berikut merupakan isyarat wisel yang digunakan bagi Pasukan Pandu Puteri: Satu tiupan pendek: SEDIA Satu tiupan panjang: DIAM atau MEMBANTU Banyak tiupan pendek: SEMUA DATANG CEPAT Tiupan pendek-panjang: BERSEDIA atau pendek-panjang AMARAN/BAHAYA Tiupan pendek-pendek - pendek-panjang: KETUA KUMPULAN DATANG KE SINI Tiupan pajang-panjang-panjang: PERGI DARI SINI Enam tiupan pendek, satu tiupan panjang, enam tiupan pendek: PANGGILAN KE DAPUR JURUM MASUK Isyarat wisel


Terdapat isyarat lain bagi arahan seperti isyarat tangan. Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai. Isyarat tangan


Lagu Pandu Puteri Versi Bahasa Melayu Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. English Version Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good Whose promises we were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all, both great and small All we can give All we can give.


Bendera Malaysia 14 jalur melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan negeri-negeri di Malaysia. Warna merah melambangkan keberanian. Warna kuning melambangkan warna diraja. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat. Warna putih melambangkan kesucian. Anak bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.


Bendera Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.


Bendera Pandu Puteri Dunia Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri danPengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


BAHAGIAN C


Sejarah Perkembangan Persatuan Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di SIngapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.


Sejarah Perkembangan FASA PENUBUHAN Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Methodist Girls School Kuala Lumpur pada tahun 1916. Penubuhan pasukan dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykeet. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemanrd dilantik Yang Di-Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.


Sejarah Perkembangan FASA PERKEMBANGAN Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa tersebut. Kerajaan negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan secara rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama. Kerajaan juga turut memberi sumbangan dan peruntukan sebanya dua ribu ringgit mulai tahun 1932. FASA HALANGAN Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perbuhan takhta dan Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun bermula 1942 hingga 1946. Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.


Penubuhan pasukan pandu puteri pertama di sekolah perempuan methodist, Kuala Lumpur. 1916 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan ibu pejabat pandu puteri di Calcurra, India. 1957 Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur. 1958 PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958. 1960 PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dan diterima sebagai ahli Tenderfoot. 1966 PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958.


2005 2006 2007 2008 2011 KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Al-Haji’ telah dilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS. Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Penjer. Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada ‘9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering’’. Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan Persidangan Dunia ke- 34. PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. 2007


Struktur Organisasi Peringkat Antarabangsa


Struktur Organisasi Peringkat Kebangsaan


Struktur Organisasi Peringkat Daerah


Struktur Organisasi Peringkat IPG


Struktur Organisasi Peringkat Sekolah


BAHAGIAN D


Tahun 3 Pra Persetiaan 1. Persetiaan, Undang-undang, Cogan Kata, Isyarat, Hormat, Berjabat Tangan, Senyuman dan Khidmat. 2. Lingkungan Pandu Puteri Tunas, Upacara Pelantikan Pandu Puteri Tunas, Hormat Besar, Pow-Wow dan Terbang Naik. 3. Cerita asal usul “Brownie”, Tunas Puteri dan Pandu Puteri Tunas. 4. Persahabatan Pandu Puteri Tunas. 5. Khidmat – menolong orang lain setiap hari. Calit Emas 1. Simpulan: - Lilit mati biasa - Buku Sila - Ikatan Bunga Geti - Simpul Pemukat - Lilit Dua Simpul - Lilit Manuk 2. Bendera Malaysia, Bendera Negeri sendiri, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan bendera Dunia WAGGGS 3. Mendandan perca kain dan tali. 4. Menyediakan meja makan dan membasuh pinggan mangkuk untuk empat orang. 5. Pandu Puteri Tunas (Brownie) Antarabangsa. Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Pandu Puteri Tunas (PPT)


Tahun 4 Calit Emas 6. Undang-undang jalan raya. 7. Menjaga kebersihan diri. 8. Membuat pergerakan fizikal. 9. Kasih sayang – Keluarga. 10. Bercerita alam semula jadi. Tangga Emas 1. Permainan Kim 2. Penggunaan Kompas 3. Melipat baju 4. Membersihkan kasut 5. Penyampaian perutusan 6. Kehidupan berkeluarga Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Pandu Puteri Tunas (PPT)


Tahun 5 Tangan Emas 1. Lagu Kebangsaan “Negaraku ” 2. Isyarat wisel dan isyarat tangan 3. Menyalakan api dan menjerang air 4. Membasuh dan menyeterika baju Lencana Kecekapan Individu Perkhemahan / Cuti Pasukan Pandu Puteri Tunas Tahun 6 Lencana Kecekapan Individu Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Pandu Puteri Tunas (PPT)


BULAN JENIS AKTIVITI TARIKH JANUARI Pendaftaran Mesyuarat Agung Pembahagian Kumpulan berenam FEBRUARI Prapersetiaan Persetian Pandu Puteri Tunas Cogan Kata Pandu Puteri Tunas Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Perancangan Aktiviti Tahunan Pandu Puteri Tunas


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Perancangan Aktiviti Tahunan Pandu Puteri Tunas MAC Membuat lingkungan hormat Latihan Kawad Lembaran kerja (Cantum keratan) MEI Keselamatan jalan raya Membuat kad ucapan untuk kawan Kebersihan tempat perjumpaan & diri sendiri Kesihatan


JUN Simpulan Lembaran kerja mengenai simpulan JULAI Mengenali dan mengetahui bendera Lembaran kerja (cantuman bendera) Melukis bendera negeri masing-masing Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Perancangan Aktiviti Tahunan Pandu Puteri Tunas


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Perancangan Aktiviti Tahunan Pandu Puteri Tunas OGOS Permainan KIM Mencuci dan membersih kasut Melipat pakaian SEPTEMBER Permainan membawa peutusan Mengikat bungkusan OKTOBER Jahitan asas NOVEMBER Membuat bola daripada perca kain


Rujukan PENGURUSAN Dan Pentadbiran | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved March 16, 2024, from https://www.scribd.com/presentation/139025578/PENGURUSAN-DanPentadbiran PANDU PUTERI - Pengurusan dan Pentadbiran. (n.d.). Sites.google.com. Retrieved March 16, 2024, from https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/norshafarinas-w1- panduputeri/pengurusan-dan-pentadbiran Struktur Dan Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved March 16, 2024, from https://www.scribd.com/doc/53661519/Struktur-Dan-OrganisasiPersatuan-Pandu-Puteri-Malaysia-1 Persetiaan Pandu Puteri | PDF. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/doc/296064720/Persetiaan-Pandu-Puteri Logo Pandu Puteri Malaysia | PDF. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/doc/311588802/Logo-Pandu-Puteri-Malaysia Isyarat Pandu Puteri | PDF. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/595377379/Isyarat-Pandu-Puteri Carta Organisasi Pandu Puteri SK Dan SMK | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved March 16, 2024, from https://www.scribd.com/doc/126771823/Carta-Organisasi-PanduPuteri-SK-Dan-SMK Hormat Pandu Pteri | PDF. (n.d.). Scribd. Retrieved March 16, 2024, from https://www.scribd.com/doc/62248850/hormat-pandu-pteri SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA - Flip eBook Pages 1- 20 | AnyFlip. (n.d.). Anyflip.com. https://anyflip.com/ljxkc/kgpi/basic


Click to View FlipBook Version