KATA-KATA ALUAN
DATUK HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera
Penerbitan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi semua sekolah rendah
dan menengah di seluruh Malaysia merupakan satu usaha mensejahterakan minda murid
oleh pihak Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Menerusi dapatan saringan minda sihat
kebangsaan, keperluan untuk melakukan intervensi ke atas murid sasaran ini amat
diperlukan ekoran keputusan yang diperoleh tidak mencapai tahap minima bagi
kesejahteraan mental. Modul ini juga merupakan wadah yang amat penting dalam
merawat emosi murid yang berada pada tahap rendah untuk mengikuti pelbagai aktiviti
terapi emosi bagi mengembalikan emosi mereka ke paras normal atau sejahtera. Modul
(PRISMA) yang diterbitkan ini bakal menjadi salah satu medium rujukan bagi semua Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dalam usaha mencapai aspirasi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menerusi anjakan 10 dalam memaksimumkan
keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
Meskipun penularan Virus Covid-19 memberikan cabaran dalam menjalankan usaha ini,
namun peningkatan kadar vaksinasi warga Malaysia sangat memberangsangkan.
Keputusan ini membenarkan sesi persekolahan bersemuka dapat dilakukan. Justeru,
semua (GBK) akan dapat melakukan intervensi secara bersemuka dengan lebih berkesan.
Selain itu, kita sebagai warga pendidik harus memastikan keadaan sekolah sentiasa
menjadi institusi yang selamat untuk seluruh warganya.
Pandemik Covid-19 memberikan peluang kepada (GBK) untuk mengubah cara berfikir
dan bertindak secara kritis dan kreatif bagi mengatasi isu berkaitan bimbingan dan
kaunseling khususnya dalam bidang psikososial dan kesejahteraan mental murid.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua Jurulatih Utama Guru Bimbingan dan
Kaunseling Kebangsaan dan Negeri yang telah bertungkus lumus dalam usaha penerbitan
modul ini. Semoga modul ini memberi impak kepada kemenjadian murid dan menjadi
kebanggaan warga Guru Bimbingan dan Kaunseling Malaysia dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
MODUL PRISMA | i
KATA-KATA ALUAN
ENCIK ZAINAL BIN ABAS
PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang
merakamkan kata-kata aluan dalam Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi
semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan
modul ini. Intervensi dalam aspek psikososial dan kesejahteraan mental murid amat
penting dan bermanfaat kepada kumpulan murid sasaran dalam usaha memperkasakan
kemahiran pengurusan emosi juga sosial.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Jurulatih Utama Kebangsaan dan
Negeri yang bersama-sama menjana idea dalam penghasilan naskhah modul ini. Emosi
murid merupakan elemen terpenting dalam kemenjadian dan kecemerlangan dunia
pendidikan. Kestabilan elemen psikologi ini membantu dalam usaha mencapai kualiti
pembelajaran dan impak sahsiah yang bestari dalam kalangan murid. Sebagai Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di peringkat sekolah haruslah bijak memainkan peranan
utama bagi memastikan intervensi dapat dijalankan dengan berkesan.
Selain itu, saya turut sama menggesa agar semua jurulatih utama di peringkat negeri
bersama (GBK) di seluruh negara untuk terus menjana siri pencambahan idea juga inovasi
dalam mempelbagaikan penghasilan kreativiti untuk dunia pendidikan bimbingan dan
kaunseling. Hasil karya ini mampu memberikan impak pada kecemerlangan akademik,
sahsiah dan kokurikulum murid kerana merupakan hasil didikan kognitif, jiwa dan tingkah
laku ke arah nilai positif sebagai penggalak pembinaan karakter juga kecemerlangan secara
total. Semoga nadi (GBK) mampu membina landskap pendidikan Malaysia menjadi sebuah
arena kecemerlangan global menjelang tahun 2025.
MODUL PRISMA | ii
KATA-KATA ALUAN
ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON
TIMBALAN PENGARAH,
SEKTOR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia atas kejayaan
menerbitkan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi sekolah rendah dan
menengah. Pembinaan modul ini adalah salah satu komitmen Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam usaha untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025.
Melalui pelan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia terus bertekad untuk meningkatkan
pencapaian murid dengan menyediakan sistem pendidikan yang efisien. Peningkatan kualiti,
ekuiti dan akses dalam pendidikan akan terus diperkukuh untuk memastikan kelangsungan
kejayaan yang telah dicapai sejak negara mencapai kemerdekaan. Di bawah anjakan ke-10
(memaksimumkan keberhasilan murid dalam setiap ringgit), pelbagai program dirangka dan
dilaksanakan di peringkat bahagian dan sekolah bagi merealisasikan aspirasi pelan ini,
khususnya dalam menghasilkan kemenjadian murid dan pembentukan karakter murid.
Ketika negara dilanda wabak pandemik Covid-19, bermula tahun 2020 hingga 2021, ramai
murid yang terkesan dan mengalami gangguan emosi disebabkan penutupan sekolah, faktor
ekonomi keluarga, kehilangan ahli keluarga rapat dan masalah-masalah lain yang timbul
kesan daripada pandemik Covid-19. Berikutan peningkatan kes kesihatan mental murid yang
semakin membimbangkan, kementerian melalui Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya
Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, mengambil inisiatif melaksanakan Program
Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu yang dijalankan kepada semua murid sekolah rendah
dan menengah dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan
kesejahteraan diri dan kesihatan mental murid. Modul Program Intervensi Minda Sihat
(PRISMA) adalah kesinambungan daripada Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu
yang memberi fokus kearah peningkatan kemahiran murid meregulasi emosi dengan baik
dan kemahiran gaya daya tindak murid dalam mengendalikan masalah emosi dan tingkah
laku.
Guru Bimbingan dan Kaunseling telah diberi mandat untuk melaksanakan program intervensi
minda sihat ini di sekolah. Diharapkan penghasilan modul ini dapat membantu para Guru
Bimbingan dan Kaunseling dalam melaksanakan program-program intervensi minda sihat di
sekolah dengan lebih teratur dan berkesan.
MODUL PRISMA | iii
ISI KANDUNGAN
1.0 KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA i
2.0 KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH ii
HARIAN, KPM iii
3.0 KATA-KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENGURUSAN
1
HAL EHWAL MURID, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN 4
KPM 5
4.0 PROSEDUR PELAKSANAAN 6
5.0 JADUAL PELAKSANAAN PRISMA 7
6.0 TEMPLAT PRA, PASCA DAN PENILAIAN 11
7.0 INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PRISMA 12
8.0 TEMPLAT DOKUMENTASI 13
9.0 BORANG LAPORAN SUSULAN 14
10.0 CARTA ANSUR MAJU 16
11.0 STRUKTUR INTERVENSI KHUSUS
12.0 LIRIK LAGU TEMA 17
13.0 SOALAN PRA 19
14.0 KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
14.1 AKTIVITI 1 - KU TAHU APA KU RASA 25
14.2 AKTIVITI 2 - URUS KEMARAHAN 29
15.0 REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION) 32
15.1 AKTIVITI 3 – RELAKSLAH
15.2 AKTIVITI 4 - SENTOSA RASA 34
15.3 AKTIVITI 5 - SODA JIWAKU 36
16.0 MOTIVASI (MOTIVATION)
16.1 AKTIVITI 6 – MELASTIK KE LANGIT 39
16.2 AKTIVITI 7 – JOM UBAH 40
17.0 EMPATI (EMPATHY) 44
17.1 AKTIVITI 8 - AKU DALAM KASUTMU
17.2 AKTIVITI 9 - TEDUHAN KASIH
17.3 AKTIVITI 10 – WIRA DAN WIRAWATI
MODUL PRISMA | iv
ISI KANDUNGAN
18.0 KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS) 46
18.1 AKTIVITI 11 - PETA HATIKU
49
18.2 AKTIVITI 12 - TENANG ITU BAHAGIA 51
18.3 AKTIVITI 13 - WASIAT KASIH 55
19.0 SOALAN PASCA 56
20.0 RUJUKAN ATAU SUMBER 57
21.0 PENGHARGAAN
MODUL PRISMA | v
PROSEDUR PELAKSANAAN
SEBELUM
1.0 Pelaksanaan Fasa Kenal Pasti Peserta
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) akan menganalisa hasil Saringan Minda Sihat
dan mengenal pasti murid yang memilih skor 2 dan 3 pada item nombor 9 dalam
instrumen Patient Health Questionnaire (PHQ-9) untuk menjadi peserta program.
GBK juga perlu memilih peserta untuk menjadi kumpulan kawalan. GBK meminta
peserta kumpulan kawalan menjawab soalan pra, instrumen PHQ-9 dan General
Anxiety Disorder (GAD-7).
Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada semua peserta dan ibu bapa/penjaga
berkaitan pelaksanaan Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) beserta jadual
aktiviti untuk makluman dan memastikan mereka memberi komitmen dalam
program ini.
2.0 Dokumen
2.1 Analisa Dapatan Saringan Minda Sihat
2.2 Senarai Nama Peserta Kumpulan Kawalan
2.3 Soalan Pra
2.4 Instrumen Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9)
2.5 Instrumen General Anxiety Disorder-7 (GAD-7)
2.6 Senarai Nama Peserta Program
2.7 Surat Makluman Kepada Ibu Bapa/Penjaga
2.8 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga
2.9 Senarai Keperluan Program
2.10 Jadual Pelaksanaan Program
MODUL PRISMA | 1
PROSEDUR PELAKSANAAN
SEMASA
1.0 Pelaksanaan Fasa Intervensi
Fasa Intervensi akan dimulakan dengan soalan pra, instrumen PHQ-9 dan GAD-7
melalui pautan google form. Dapatan soalan pra, instrumen PHQ-9 dan GAD-7 akan
dikongsi bersama GBK sekolah PRISMA berkenaan selepas Jawatankuasa Penilaian
Kementerian Pendidikan Malaysia membuat rumusan.
Pelaksanaan Intervensi oleh fasilitator (GBK) akan berpandukan aktiviti dan domain
ansur maju seperti dalam Modul PRISMA Menengah Rendah. Fokus pelaksanaan
fasa ini adalah bagi meningkatkan tahap sosial emosi, kemahiran gaya daya tindak,
minda yang sihat dan sejahtera.
Pada akhir program, GBK akan mengendalikan soalan pasca, instrumen PHQ-9 dan
GAD-7 melalui pautan google form yang akan dimaklumkan. Dapatan soalan pasca,
instrumen PHQ-9 dan GAD-7 akan dikongsi bersama GBK sekolah PRISMA
berkenaan selepas Jawatankuasa Penilaian Kementerian Pendidikan Malaysia
membuat rumusan. Instrumen penilaian program juga akan diberikan kepada
semua peserta.
2.0 Dokumen
2.1 Borang Kehadiran Peserta
2.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga
2.3 Soalan Pra dan Pasca (Pautan Google Form)
2.4 Instrumen Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9)
2.5 Instrumen General Anxiety Disorder-7 (GAD-7)
2.6 Jadual Pelaksanaan Program
2.7 Modul PRISMA Menengah Rendah
MODUL PRISMA | 2
PROSEDUR PELAKSANAAN
Domain Emosi Kendiri (Self Awareness)
Aktiviti 1 : Ku Tahu Apa Ku Rasa
Aktiviti 2 : Urus Kemarahan
Domain Regulasi Kendiri (Self Regulation)
Aktiviti 3 : Relakslah
Aktiviti 4 : Sentosa Rasa
Aktiviti 5 : Soda Jiwaku
Domain Motivasi (Motivation)
Aktiviti 6 : Melastik ke Langit
Aktiviti 7 : Jom Ubah
Domain Empati (Empathy)
Aktiviti 8 : Aku dalam Kasutmu
Aktiviti 9 : Wira dan Wirawati
Aktiviti 10 : Teduhan Kasih
Domain Kemahiran Sosial (Social Skills)
Aktiviti 11 : Peta Hatiku
Aktiviti 12 : Tenang Itu Bahagia
Aktiviti 13 : Wasiat Kasih
2.8 Instrumen Penilaian Keberkesanan Program
2.9 Lirik Lagu Tema Program
SELEPAS
1.0 Pelaksanaan Fasa Pelaporan Program
Urus setia program menyediakan pelaporan menggunakan tapak yang telah
disediakan untuk tujuan dokumentasi. GBK meminta peserta kumpulan kawalan
menjawab soalan pasca, instrumen PHQ-9 dan GAD-7. GBK perlu menghantar
laporan susulan peserta ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
2.0 Dokumen
2.1 Tapak Pelaporan Program
2.2 Soalan Pasca
2.3 Instrumen Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9)
2.4 Instrumen General Anxiety Disorder-7 (GAD-7)
2.5 Borang Laporan Susulan
MODUL PRISMA | 3
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM PRISMA
MODUL PRISMA | 4
TEMPLAT PRA, PASCA DAN PENILAIAN
MENENGAH (PRA)
https://forms.gle/d96zowf5c6RB8Lvh6
MENENGAH (PASCA)
https://forms.gle/Gv82cMLQGQCg2DMB8
MENENGAH (PENILAIAN)
https://forms.gle/TXaMcfwEwNZaKobC6
MODUL PRISMA | 5
INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM
MODUL PRISMA | 6
TEMPLAT DOKUMENTASI
MODUL PRISMA | 7
TEMPLAT DOKUMENTASI
MODUL PRISMA | 8
TEMPLAT DOKUMENTASI
MODUL PRISMA | 9
TEMPLAT DOKUMENTASI
MODUL PRISMA | 10
BORANG LAPORAN SUSULAN INTERVENSI
MODUL PRISMA | 11
CARTA ANSUR MAJU
SELF AWARENESS SELF MOTIVATION EMPATHY SOCIAL SKILL
REGULATION ( MOTIVASI ) (EMPATI) (KEMAHIRAN
(KESEDARAN
KENDIRI) ( REGULASI SOSIAL)
KENDIRI )
1.Memantau Mengurus emosi 1.Mengambil 1.Mengesan dan 1.Mengurus
diri untuk inisiatif dan memahami pelbagai emosi
diri. mengawal bersungguh- perasaan dalam
keadaan. sungguh untuk orang lain. perhubungan.
2.Menguasai memperbaiki
tindakan diri. 2.Keserasian 2. Mahir
sendiri. dengan memimpin,
2.Merangsang individu yang berunding dan
3.Mempunyai emosi untuk pelbagai latar menyelesaikan
penilaian mencapai belakang. konflik.
realistik sesuatu
tentang matlamat.
keupayaan diri.
SEGAR MINDA SIHAT MINDA SEJAHTERA MINDA
Sumber rujukan : Daniel Goleman, Ph.D.
MODUL PRISMA | 12
STRUKTUR INTERVENSI KHUSUS
Tempoh
Saringan Profil Murid Penataran • Soalan Pra • Soalan Pasca Pelaporan
Minda (Intervensi Intervensi • Intervensi • Saringan dan
Sihat 1 Umum dan
Khusus Khusus Minda Sihat 2 Dokumentasi
Khusus)
MODUL PRISMA | 13
LIRIK LAGU TEMA
CINTAKAN KETENANGAN HATI VOKAL
Duhai engkau sang belahan jiwa https://youtu.be/ez0N_TNZXGE
Kisahmu terukir dalam minda
Di setiap langkah ku selalu berdoa TANPA VOKAL
Semoga kita gembira
https://youtu.be/1fCf1i2dZl4
Duhai engkau tambatan hatiku
Sinarkanlah bahgiamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa mindaku
Teruslah bahagia hatiku
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita gembira
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Mindaku pasti selalu terjaga
Dan aku pasti bahagia
Oooooooooooooo…….
Duhai engkau tambatan hatiku
Sinarkanlah bahgiamu di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa mindaku
Teruslah bahagia hatiku
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita gembira
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Tenangkan hatiku selalu terjaga
Dan aku pasti bahagia
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Tenangkan hatiku selalu terjaga
Dan aku pasti bahagia…
(Ulang rangkap ini 2 kali)
Oooooooooooooo……
Adaptasi daripada lirik dan lagu Cinta Sampai Mati (Kangen Band)
MODUL PRISMA | 14
AKTIVITI LIRIK LAGU TEMA
CINTAKAN KETENANGAN HATI
Duhai engkau sang belahan jiwa
K_ _ _ _ _ _ terukir dalam m_ _ _ _
Di setiap langkah ku selalu berdoa
Semoga kita g_ _ _ _ _ _
Duhai engkau tambatan hatiku
S_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ _ di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa m_ _ _ _ _ _
T_ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita g_ _ _ _ _ _
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
M_ _ _ _ _ _ p_ _ _ _ selalu terjaga
Dan aku pasti b_ _ _ _ _ _
Ooooooooooooooooo…
Duhai engkau tambatan hatiku
S_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ _ di hidupku
Ku ingin kau tahu betapa m_ _ _ _ _ _
T_ _ _ _ _ _ _ b_ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
Bersujud dan lalu aku meminta
Semoga kita g_ _ _ _ _ _
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
T_ _ _ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _ selalu terjaga
Dan aku pasti b_ _ _ _ __
Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa
T_ _ _ _ _ _ _ _ h_ _ _ _ _ selalu terjaga
Dan aku pasti b_ _ _ _ __
(Ulang rangkap ini 2 kali)
Oooooooooooooo…
Adaptasi daripada lirik dan lagu Cinta Sampai Mati (Kangen Band)
MODUL PRISMA | 15
SOALAN PRA
SOALAN PRA (SEKOLAH MENENGAH)
Kerjasama anda dimohon untuk menjawab maklum balas berikut dengan jujur dan
terbuka berdasarkan penyataan berikut yang menggambarkan diri anda. Terima kasih.
1-Sangat Tidak Setuju (STS)
2-Tidak Setuju (TS)
3-Tidak Pasti (TP)
4-Setuju (S)
5-Sangat Setuju (SS)
Bil Penyataan Skala
1 Saya tahu perasaan saya 1 2345
2 Saya dapat membuat keputusan dengan baik 1 2345
3 Saya boleh menilai kemampuan diri saya 1 2345
4 Saya dapat menguruskan emosi dengan berkesan 1 2345
5 Saya dapat menyiapkan tugasan dengan tenang 1 2345
6 Saya boleh mengawal emosi apabila menghadapi keadaan 1 2 3 4 5
sukar
7 Saya berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki 1 2345
kekurangan diri
8 Saya cepat bangkit daripada kekecewaan 1 2345
9 Saya bersemangat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan 1 2 3 4 5
10 Saya dapat rasa kesusahan orang lain 1 2345
11 Saya boleh menangani konflik dengan baik 1 2345
12 Saya boleh bekerjasama dalam menyelesaikan masalah 1 2345
MODUL PRISMA | 16
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
AKTIVITI 1 : KU TAHU APA KU RASA
OBJEKTIF:
Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. mengenalpasti emosi diri,
2. mempelajari cara mengurus emosi dengan berkesan,
3. mengaplikasikan teknik mengurus emosi dengan baik.
MASA : 30 minit
BAHAN : Video Minda Sihat : Jom Kenali Emosi
: Lampiran 1 - Emosi Anda
: Pensil warna
LANGKAH:
1. Murid menonton tayangan video berdurasi 3 minit.
2. Murid diterangkan cara mengurus emosi dengan baik.
3. Murid mengisi lampiran 1 dengan mewarnakan ruangan yang menggambarkan
emosi mereka.
4. Murid mengaitkan tajuk pembelajaran dengan pengalaman hidup masing-masing.
5. Murid membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH:
i- Ukur baju di badan sendiri – Tiap-tiap sesuatu perkara yang dibuat itu hendaklah
dipilih sesuai dengan kebolehan kita.
ii-Berhampar lapik, berlicin daun – Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik
dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan yang buruk.
https://www.youtube.com/watch?v=mGlCf48eB9E
MODUL PRISMA | 17
LAMPIRAN 1
MODUL PRISMA | 18
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
AKTIVITI 2 : URUS KEMARAHAN
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat;
1. menyatakan maksud kemarahan,
2. mengenal pasti tahap kemarahan,
3. menyenaraikan 6 strategi mengurus kemarahan.
MASA : 60 minit
BAHAN : Lampiran 2 - ANGER MAP
LANGKAH : Termometer Perasaan yang
1. Murid diterangkan oleh GBK mengenai
menggambarkan emosi diri.
Marah ~ saya di luar kawalan
Risau ~ saya gelisah
Sedih ~ saya kecewa
Gembira ~ saya okay
Sangat gembira ~ saya tenang
2. Murid juga diterangkan bahagian-bahagian badan yang menimbulkan rasa
tidak selesa apabila MARAH?
Kepala saya
Muka saya
Mulut saya
Hati saya
Tangan saya
Perut saya
Kaki saya
3. Murid mendengar penjelasan GBK bahawa apabila MARAH murid perlu ada
kawalan diri iaitu saya tak boleh :-
Memukul atau tolak orang
Merosakkan barang
Memarahi orang lain
Menyakiti hati orang lain
Mengganggu orang lain
Mencederakan diri sendiri
MODUL PRISMA | 19
KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS)
4. Murid diterangkan tentang 6 strategi urus kemarahan yang boleh dilakukan oleh
murid iaitu:
Tarik nafas
Kira 1-10
Minta pertolongan orang lain sekiranya tidak mengawal kemarahan
Minum air
Melukis atau mewarna
Tenangkan diri
5. Murid dibimbing oleh GBK untuk membuat teknik pernafasan mengawal
kemarahan berpandukan teknik 5 penjuru bintang :-
Mulakan pada setiap nafas mengikut 5 penjuru bintang
Tarik nafas
Tahan
Hembus nafas
Teruskan sehingga menjelajahi keseluruhan 5 penjuru bintang
Diulangi sebanyak 2 kali
6. Murid mengisi lampiran 2 - ANGER MAP.
7. Murid membuat rumusan aktiviti bersama-sama dengan GBK.
FALSAFAH :
i - Seperti Air Dalam Kolam: Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.
ii - Air Dalam Terenang : Hidup yang tenang dan tenteram.
MODUL PRISMA | 20
EDARAN GURU
RUJUKAN GURU
RUJUKAN 1
RUJUKAN 2
MODUL PRISMA | 21
EDARAN GURU
RUJUKAN 3
RUJUKAN 4
MODUL PRISMA | 22
EDARAN GURU
RUJUKAN 5
MODUL PRISMA | 23
LAMPIRAN 2
NAMA MURID: ………………………………………………
MODUL PRISMA | 24
REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION)
AKTIVITI 3 : RELAKSLAH
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. menjelaskan tentang kesejahteraan emosi,
2. menangani tekanan dengan berkesan,
3. berasa lega dengan aktiviti yang dijalankan.
MASA : 30 minit
BAHAN : Muzik Relaksasi (https://www.youtube.com/watch?v=MVKGZuErg8c)
LANGKAH:
1. Murid diberikan penerangan tentang kesejahteraan emosi.
2. Murid dibimbing untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah :
Aktiviti 2.1 : Tarik nafas dan hembus (3 kali).
Aktiviti 2.2 : Regangan kaki (dilakukan dalam kiraan 8)
- Murid berdiri tegak.
- Murid mengangkat kaki separas pinggang.
- Kedua-dua tangan murid memegang pinggang
- Murid menukar arah kaki.
Aktiviti 2.3 : Regangan bahu (dilakukan dalam kiraan 8)
- Murid membengkokkan tangan ke depan dada.
- Murid menolak siku ke dalam dengan sebelah tangan lain bersilang.
- Tangan capai tulang belakang.
- Tarik siku dengan tangan bebas.
- Murid menukar arah tangan.
MODUL PRISMA | 25
REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION)
Regangan tangan (dilakukan dalam kiraan 8)
- Murid meluruskan tangan kanan ke hadapan.
- Pastikan tapak tangan menghadap hadapan.
- Tangan kiri murid pula meregangkan jari-jari tangan kanan ke belakang.
- Tukar arah tangan.
Aktiviti 2.5 : Regangan sisi
- Murid membengkokkan badan ke kanan dan tahan dalam kiraan tiga.
- Murid berdiri tegak semula dan ulang ke sisi kiri.
*Ulang aktiviti 2 hingga aktiviti 5 sebanyak 2 kali sehingga muzik tamat.
3. Murid membuat rumusan daripada aktiviti yang dijalankan.
FALSAFAH :
Badan cergas membina pemikiran yang positif.
MODUL PRISMA | 26
EDARAN GURU
PERINGATAN
Sebelum murid menjalankan aktiviti, guru perlu memastikan:
murid perlu mengambil sarapan/makan terlebih dahulu sebelum
memulakan aktiviti,
murid harus memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti,
murid berada dalam kesihatan yang baik,
murid menjalankan aktiviti di kawasan yang bersesuaian.
KESEJAHTERAAN EMOSI
Menunjukkan ketenangan Seseorang yang mengalami
fikiran seseorang tahap kesejahteraan emosi
yang tinggi merasakan emosi
yang lebih menyenangkan
KESAN KESEJAHTERAAN EMOSI
Mewujudkan Meningkatkan
pemikiran positif keyakinan diri
Dapat Mempunyai Tahap harga diri
memikirkan ketenangan tinggi
pilihan-pilihan
yang lebih dalaman
positif
MODUL PRISMA | 27
AKTIVITI 1 EDARAN GURU
AKTIVITI 2
AKTIVITI 4 AKTIVITI 3
AKTIVITI 5
MODUL PRISMA | 28
REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION)
AKTIVITI 4 : SENTOSA RASA
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. menyatakan ketidakstabilan emosi,
2. mengenalpasti cara-cara untuk meredakan emosi,
3. meningkatkan perasaan tenang dalam diri.
MASA : 30 minit
BAHAN : Pen
: Kertas warna
: Gunting
: Gam/stapler/sellotape
LANGKAH :
1. Murid diberikan gambaran kehidupan seperti air berkarbonat di dalam tin
oleh GBK.
Setiap perkara yang mencetuskan ketidakstabilan emosi dianggap seperti
menggoncang tin air berkarbonat.
Air akan kembali tenang sekiranya murid dapat mengawal
ketidakstabilan emosi.
2. Murid diterangkan cara meredakan ketidakstabilan emosi oleh GBK.
3. Murid menggunting kertas warna secara memanjang.
4. Murid menulis emosi yang pernah mengganggu dirinya dalam tempoh dua
minggu yang lalu di atas kertas yang telah digunting.
5. Murid menulis cara meredakan ketidakstabilan emosi pada kertas yang sama
di bahagian belakang.
6. Murid menyambung kesemua kertas tersebut menjadi rantaian kertas. Ini
menggambarkan emosi yang tidak diuruskan akan menjadi lebih rumit dan
akan mengganggu diri murid.
7. Murid memutuskan rantaian kertas tersebut jika cara tersebut telah
membantu meredakan ketidakstabilan emosi yang dialami.
8. Murid membuat refleksi.
FALSAFAH :
Air dalam terenang - Hidup yang tenang dan tenteram.
MODUL PRISMA | 29
EDARAN GURU
*Sumber: Buku teks Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 (KSSM) – muka surat 140.
MODUL PRISMA | 30
EDARAN GURU
MODUL PRISMA | 31
REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION)
AKTIVITI 5 : SODA JIWAKU
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. menyatakan strategi mengawal kemarahan,
2. mengenalpasti cara-cara mengawal kemarahan,
3. meningkatkan kawalan emosi kendiri.
MASA : 30 minit
BAHAN
: Pen
: Lampiran 5
LANGKAH :
1. Murid diterangkan perkara yang boleh dilakukan untuk mengawal kemarahan
oleh GBK.
2. Murid berkongsi perkara yang selalu dilakukan apabila dalam keadaaan
marah.
3. Murid memilih perkara yang boleh dilakukan untuk mengawal kemarahan
berdasarkan lampiran 5.
4. Murid menulis cara-cara lain yang sesuai bagi mengawal kemarahan mereka.
5. Murid membuat refleksi dengan bimbingan GBK.
FALSAFAH :
Seperti kuda lepas dari pingitan - Sangat bergembira, sebab bebas daripada
kongkongan.
MODUL PRISMA | 32
LAMPIRAN 5
Strategi mengawal emosi kendiri untuk ________________________
(nama)
Sebelum saya meletup,
saya boleh ……
Bulatkan beberapa idea untuk digunakan
Minta Pergi Tarik nafas Kira 1 - 10
pertolongan berjalan-jalan dalam-dalam
Rehat Minum air Bercakap dengan Fikirkan sesuatu
sebentar kosong
seseorang yang gembira
Ini adalah beberapa idea yang dapat menolong saya tenang
MODUL PRISMA | 33
MOTIVASI (MOTIVATION)
AKTIVITI 6 : MELASTIK KE LANGIT
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. menyatakan cara untuk menyelesaikan masalah,
2. menyenaraikan masalah yang dihadapi,
3. bertindak untuk menyelesaikan masalahnya.
MASA : 30 minit
BAHAN : Gelang getah
: Lampiran 6
LANGKAH :
1. Murid diterangkan cara menjalankan aktiviti melastik ke langit oleh GBK.
2. Murid melastik 1 gelang getah ke arah atas.
3. Murid diminta menetapkan 1 sasaran.
4. Murid melastik menggunakan 1 gelang getah pada sasaran yang ditetapkan.
5. Murid mengulangi langkah 4 sehingga tepat mengenai sasaran.
6. Murid menyatakan apa yang dialaminya.
7. Murid mencari jalan penyelesaian dengan bantuan GBK.
8. Murid membuat refleksi.
FALSAFAH :
Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air - Tak usah takut-takut kerana sama-
sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.
MODUL PRISMA | 34
LAMPIRAN 6
MELASTIK KE LANGIT
Sila nyatakan isu yang mengganggu hidup anda.
Isu/Masalah/Kekangan/Cabaran:
Kekuatan diri:
Penyelesaian:
Tahniah…
Anda mampu mengubah hidup anda
MODUL PRISMA | 35
MOTIVASI (MOTIVATION)
AKTIVITI 7 : JOM UBAH
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat;
1. menyatakan kebiasaan dalam berfikir,
2. membezakan cara berfikir,
3. mengubah cara berfikir membina.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran 7
: Pen atau pensil
LANGKAH :
1. Murid diminta menyenaraikan kata-kata yang selalu bermain dalam fikiran
semasa melakukan sesuatu pekerjaan/ tugasan.
2. Murid bersoal jawab dengan GBK tentang kata-kata yang telah disenaraikan.
3. Murid mengisi edaran yang diberikan oleh GBK.
4. Murid dan GBK berbincang tentang pemikiran yang membina.
5. Murid membuat rumusan dengan bimbingan GBK.
FALSAFAH :
Alah bisa, tegal biasa – Sesuatu tugas atau pekerjaan yang susah untuk selesaikan
akan jadi senang jika sudah dibuat berkali-kali.
MODUL PRISMA | 36
LAMPIRAN 7
MINDA YANG BERKEMBANG
(Growth Mindset)
Apa yang boleh saya katakan kepada diri sendiri?
Kebiasaan Jom ubah
Saya tidak pandai dalam Apa yang saya belum buat
hal ini lagi ni?
MODUL PRISMA | 37
EDARAN GURU
MINDA YANG BERKEMBANG
(Growth Mindset)
Apa yang boleh saya katakan kepada diri sendiri?
Kebiasaan Jom ubah
Saya tidak pandai dalam Saya kena cuba buat ni
hal ini
Ia sudah cukup baik Saya berada di laluan
yang betul
Saya mengalah Saya akan cuba cara lain
untuk selesaikannya
Ini terlalu sukar Saya memerlukan sedikit
masa untuk siapkan
Saya tidak boleh Saya yakin ia boleh
menjadikannya lebih baik diperbaiki
Saya tidak boleh Saya akan latih diri supaya
selesaikan soalan dapat selesaikannya
Matematik itu Kesilapan itu menolong
saya belajar dengan lebih
Saya telah membuat
kesilapan baik
Dia sangat pintar. Saya Saya akan belajar dari
tidak sepintar dia kawan
Rancangan A tidak Pasti ada cara lain untuk
berjaya selesaikannya
MODUL PRISMA | 38
EMPATI (EMPATHY)
AKTIVITI 8 : AKU DALAM KASUTMU
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. menyatakan perasaan orang lain,
2. memahami perasaan orang lain,
3. membuat tindak balas yang sesuai dengan situasi.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran 8 - Empati
LANGKAH :
1. Murid diterangkan maksud empati.
2. Murid diedarkan bahan lampiran empati.
3. Murid mengisi lampiran empati.
4. Murid membuat rumusan aktiviti empati.
5. Murid membuat rumusan berdasarkan falsafah dan dibimbing oleh GBK.
FALSAFAH :
Lain Dulang Lain Kaki, Lain Orang Lain Hati : Dalam kehidupan ini, setiap insan
berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus
kita terima dan fahami meskipun aneh.
MODUL PRISMA | 39
LAMPIRAN 8
MODUL PRISMA | 40
EDARAN GURU
MODUL PRISMA | 41
EMPATI (EMPATHY)
AKTIVITI 9 : TEDUHAN KASIH
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat:
1. menjelaskan emosi orang lain,
2. mengenalpasti cara memberi tindak balas yang baik berdasarkan situasi,
3. meningkatkan keyakinan dalam memahami perasaan orang lain.
MASA : 30 Minit
BAHAN : Lampiran 9
LANGKAH :
1. Murid menerima edaran kertas lampiran.
2. Murid diminta menyatakan emosi berdasarkan situasi.
3. Beberapa orang murid diminta membacakan emosi yang dinyatakan.
4. Murid diminta memberi maklum balas berdasarkan situasi emosi yang
dinyatakan.
5. Murid membuat rumusan berdasarkan falsafah dan dibimbing oleh GBK.
FALSAFAH :
Condong diumpil, lemah dianduh: memberi pertolongan kepada orang-orang
dalam kesusahan.
MODUL PRISMA | 42
LAMPIRAN 9
MODUL PRISMA | 43
EMPATI (EMPATHY)
AKTIVITI 10 : WIRA DAN WIRAWATI
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti, murid dapat:
1. menjelaskan maksud empati,
2. mengenal pasti kebaikan empati,
3. penghargaan sebagai wira dan wirawati.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran 10 ( Wira dan Wirawati)
: Kertas A4
LANGKAH :
1. Murid diberikan lampiran 10 dan kertas A4.
2. Murid diminta membaca dan memilih salah satu perkara pada lampiran 10.
3. Murid menulis pilihan yang telah dibuat dalam kertas A4.
4. Murid berkongsi pengalaman berkaitan empati berdasarkan lampiran 10.
5. Murid dan GBK membincangkan dan memberi maklum balas terhadap
perkara yang dipilih.
6. Murid akan diberi penghargaan wira dan wirawati atas perkongsian
pengalaman empati.
7. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK.
FALSAFAH :
Sakit sama mengaduh, luka sama mengiuk: sama-sama bertanggungjawab dalam
melakukan sesuatu perkara iaitu sama ada susah atau senang dikongsi bersama.
MODUL PRISMA | 44