The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ijoe2074, 2022-11-06 22:32:48

Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) SM (RENDAH)

MODUL PRISMA - SM (RENDAH)

LAMPIRAN 10

MODUL PRISMA | 45

KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)

AKTIVITI 11 : PETA HATIKU

OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat:
1. menyatakan cara penjagaan diri (self care),
2. meningkatkan penjagaan diri (self-care) dalam diri murid,
3. mengaplikasikan tips penjagaan diri (self-care) yang berkesan.

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas A4
: Pensil

LANGKAH :
1. Murid melukis peta hati (rujuk Edaran Guru- Peta Hatiku).

2. Murid membuat 9 pecahan bahagian pada peta hati.

3. Murid diminta untuk menulis di setiap pecahan tersebut iaitu:-

 Apakah yang menggembirakan hatinya?
 Apakah aktiviti yang disukai?
 Siapakah orang yang disayanginya?
 Apakah benda/barang yang disukai?
 Apakah makanan kegemarannya?

4. Murid membincangkan aktiviti tersebut bersama-sama dengan GBK.

5. Murid dijelaskan cara untuk mengenalpasti perkara yang boleh memberikan
kegembiraan dalam diri.

6. Murid merumuskan aktiviti yang dijalankan melalui teknik penjagaan diri self-
care yang berkesan.

FALSAFAH :
i- Berkubu sebelum alah: Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.

ii- Sediakan payung sebelum hujan: Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu
bencana.

MODUL PRISMA | 46

EDARAN GURU

CONTOH PETA HATIKU

MODUL PRISMA | 47

EDARAN GURU
TEKNIK PENJAGAAN DIRI “SELF-CARE” YANG BERKESAN

Lakukan aktiviti
bersenam

Makan makanan Elakkan diri daripada
berkhasiat peranti / telefon
bimbit 30 minit
(buah-buahan & sebelum tidur
sayur-sayuran)

Raikan kemenangan TEKNIK PENJAGAAN DIRI Lakukan aktiviti
kecil SELF CARE doodle / mewarna

YANG BERKESAN

Baca buku kesukaan Berfikiran positif
sebelum tidur

Kekalkan senyuman
setiap hari

MODUL PRISMA | 48

KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)

AKTIVITI 12 : TENANG ITU BAHAGIA

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat;
1. menyatakan beberapa jenis emosi manusia,
2. membezakan emosi yang negatif dan positif,
3. menggunakan cara menenangkan diri yang sesuai.

MASA : 30 Minit
BAHAN
: Lampiran 12
: Pen atau pensil

LANGKAH :

1. Murid diminta oleh GBK untuk menyatakan beberapa jenis emosi manusia
seperti marah, geram, tertekan, seronok dan lain-lain.

2. Murid mendapat gambaran jenis-jenis emosi negatif dan positif.

3. Murid diberi penerangan tentang keperluan teknik menenangkan diri apabila
mengalami emosi negatif.

4. Murid diberikan bahan edaran – Lampiran 13.

5. Murid diminta menulis perubahan pada fizikal manusia apabila mempunyai
emosi negatif seperti marah, sedih dan lain-lain.

6. Murid membuat rumusan dengan bimbingan GBK.

FALSAFAH :
Seperti air dalam kolam: orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.

MODUL PRISMA | 49

LAMPIRAN 12

APABILA SAYA MARAH ……

Telinga saya Mata saya
_________________
_________________

Mulut saya Wajah saya
_________________ _________________

Badan saya Tangan saya
_________________ _________________

Kaki saya
_________________

APA PERUBAHAN LAIN YANG ANDA KESAN?

MODUL PRISMA | 50

EDARAN GURU

JENIS EMOSI

SEJAHTERA KURANG SEJAHTERA

Gembira Sedih
Suka Marah
Kecewa
Seronok Cemas
Bersemangat Takut
Gelisah
Cinta Bimbang
Sayang
Bangga

MODUL PRISMA | 51

EDARAN GURU

APABILA SAYA MARAH ……

Telinga saya Mata saya
merah dan hangat kemerahan

Mulut saya Wajah saya
mengetap bibir kemerahan dan

Badan saya hangat
bergetar
Tangan saya
menggeletar

Kaki saya
menggeletar

APA PERUBAHAN LAIN YANG ANDA KESAN?

Saya rasa ingin lari Badan saya berpeluh

Pernafasan saya cepat Saya rasa gementar
Saya rasa ingin menangis
Percakapan mengikut emosi ketika
marah

MODUL PRISMA | 52

KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS)

AKTIVITI 13 : WASIAT KASIH

OBJEKTIF :

Pada akhir aktiviti murid dapat;
1. menyatakan pesanan yang diingati daripada orang yang tersayang,
2. meningkatkan penghargaan kendiri murid,
3. menunjukkan kasih sayang dan dihargai sebagai seorang anak.

MASA : 30 minit

BAHAN : Sampul surat
: Lampiran 13
: Pen

LANGKAH :

1. Murid diminta menulis kata-kata nasihat yang paling terkesan di hati mereka
daripada orang-orang tersayang (ibu bapa, penjaga, datuk atau nenek) pada
bahan lampiran.

2. Murid bersoal jawab dengan GBK tentang;
i. bilakah orang-orang tersayang berkata begitu?
ii. dalam keadaan bagaimana?
iii. kenapa?

3. Murid diterangkan tentang kasih sayang ibu bapa atau penjaga kepada anak-
anak dalam pelbagai cara dan keadaan.

4. Murid diminta memasukkan edaran ke dalam sampul surat.

5. Murid menulis nama dan alamat mereka sendiri.

6. Murid diminta meletakkan surat tersebut di bawah bantal dan membaca setiap
malam sebelum tidur untuk menghayati kasih sayang orang-orang tersayang.

FALSAFAH :
Batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya: Orang yang
keras hati itu hanya dapat dipujuk dengan kata yang lemah lembut

MODUL PRISMA | 53

LAMPIRAN 13

“WASIAT KASIH”

PESANAN / WASIAT ORANG TERSAYANG

…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………

MODUL PRISMA | 54

SOALAN PASCA

SOALAN PASCA (SEKOLAH MENENGAH)

Kerjasama anda dimohon untuk menjawab maklum balas berikut dengan jujur dan
terbuka berdasarkan penyataan berikut yang menggambarkan diri anda. Terima kasih.

1-Sangat Tidak Setuju (STS)
2-Tidak Setuju (TS)
3-Tidak Pasti (TP)
4-Setuju (S)
5-Sangat Setuju (SS)

Bil Penyataan Skala

1 Saya tahu perasaan saya 1 2345

2 Saya dapat membuat keputusan dengan baik 1 2345

3 Saya boleh menilai kemampuan diri saya 1 2345

4 Saya dapat menguruskan emosi dengan berkesan 1 2345

5 Saya dapat menyiapkan tugasan dengan tenang 1 2345

6 Saya boleh mengawal emosi apabila menghadapi 1 2345
keadaan sukar 1 2345
1 2345
7 Saya berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki
kekurangan diri

8 Saya cepat bangkit daripada kekecewaan

9 Saya bersemangat dalam menyelesaikan sesuatu 1 2345
tugasan 1 2345

10 Saya dapat rasa kesusahan orang lain

11 Saya boleh menangani konflik dengan baik 1 2345

12 Saya boleh bekerjasama dalam menyelesaikan masalah 1 2 3 4 5

MODUL PRISMA | 55

RUJUKAN ATAU SUMBER

1. Teori Kecerdasan Emosi; Daniel Goleman
2. https://www.youtube.com/watch?v=mGlCf48eB9E
3. https://www.youtube.com/watch?v=MVKGZuErg8c

MODUL PRISMA | 56

PENGHARGAAN

PANEL MODUL INTERVENSI MINDA SIHAT (PRISMA) :

1. Encik Mohd Pilus bin Abdullah - BPSH, Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Encik Khairul Shahril bin Mamat - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

3. Encik Sallehuddin bin Saad - Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

4. Encik Mohd Ezuari bin Ahmad - Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

5. Encik Mohd Azirul bin Ismail - Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

6. Encik Mohd Rosny bin Mohd Rasid - Jabatan Pendidikan Negeri Johor

7. Puan Wan Shafiah binti Wan Ab. Rahman - Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

8. Puan Norhuda binti Othman Zailu - Jabatan Pendidikan Negeri Perak

9. Encik Muhammad Fazli bin Abu Bakar - Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

10. Encik Muhamad Nazarul Hazwan bin Abd Razak - Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

11. Encik Muhamad Nasir bin Ali - Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

12. Encik Mohd Redzuan bin Snusi - Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

13. Puan Mardianah binti Haji Mohd Ibno - Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

14. Puan Effa Rinny Octavia binti Paidin - Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

15. Encik Ahmad Subhi Marzuki bin Che Ab Razab - Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur

16. Puan Sadiah bin Jakob - Jabatan Pendidikan WP Labuan

17. Tuan Haji Mohamad Nasir bin Mustapha - Jabatan Pendidikan WP Putrajaya

18. Puan Hartini binti Ahmad - SMK Telok Panglima Garang, Selangor

19. Puan Rabiatul Adawiah binti Ismail - SMK (P) Raja Zarina, Selangor

20. Puan Zubaidah binti Mat @ Ahmad - SMK Kota Kemuning, Selangor

21. Puan Nor Azita binti Buyong - SMK Kajang Utama, Selangor

22. Puan Nur Nadiah binti Maruziki - SMK Agama Tun Rahah, Selangor

22. Puan Nurulhuda binti Ramli - SMK Sungai Besar, Selangor

23. Encik Amirul Amin bin Sa’aroni - SK Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor

24. Puan Wan Noor Asyirah binti Wan Mohd Zaidi - SK Kebun Baru, Selangor

25. Encik Mahyarruddin bin Shuhadi - SK Methodist (ACS), Perak

26. Puan Mahfuzah binti Mahmud - Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehudin, Kedah

27. Puan Hazwani binti Abd Hamid - SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang

28. Cik Siti Khadijah binti Saad - SMK Mentakab, Pahang

29. Puan Zawiah binti Ismail - SM Teknik Melaka, Melaka

30. Puan Noor Hazlina binti Abdul Halim - SMK Durian Tunggal, Melaka

31. Encik Mohd Zahari Safuan bin Draffar - SK Ganun, Melaka

32. Encik Nur Mustaqim bin Abu Bakar - SK Taman Bukit Rambai, Melaka

33. Encik Baharudin bin Abd Rahman - SK Kompleks Seberang Takir, Terengganu

34. Encik Kamaruzaman bin Jalil - SMK Tengku Bariah, Terengganu

35. Encik Marhuzairi bin Maktar - SK Pauh Jaya, Pulau Pinang

36. Puan Siti Aishah binti Abd Talip - SMK Senai, Johor

37. Puan Salzul Rahman bin Mashaddu Rahman - SMK Paduka Tuan, Johor

38. Puan Siti Suhila binti Abdul Rahman - SMK Munshi Sulaiman, Johor

39. Puan Lingeswarry a/p Ramasamy - SK Sawah Dato’, Johor

40. Encik Azizilfikri bin Zahari - SK Kampung Maju Jaya, Johor

41. Puan Cheng Yee Ling - SJKC Keng Koon, Pulau Pinang

MODUL PRISMA | 57

PENGHARGAAN

42. SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
43. SEMUA JURULATIH UTAMA MINDA SIHAT NEGERI
44. SEMUA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ILUSTRASI MODUL:

1. Encik Mahyarruddin bin Shuhadi - SK Methodist (ACS), Perak
2. Encik Marhuzairi bin Maktar - SK Pauh Jaya, Pulau Pinang
3. Puan Nurulhuda binti Ramli - SMK Sungai Besar, Selangor

MODUL PRISMA | 58


Click to View FlipBook Version