The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GPS N44 Jemoreng, 2021-11-22 08:57:44

5 TAHUN JUANDA JAYA

Buku

Diterbitkan oleh
Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB)

Cawangan N44 Jemoreng
Pusat Khidmat DUN N44 Jemoreng

Kampung Pergau
96250 Matu, Mukah, Sarawak
© Dr. Juanda Jaya, 2021
Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar
ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan
cara apa juga sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin daripada penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia
Data Mengkatalog-dalam-penulisan

Dr. Juanda Jaya
5 Tahun Juanda Jaya/Dr. Juanda Jaya

ISBN 978-967-2637-10-3

Dicetak Oleh
Esping Apparels & Printing Co.
No 26 Jalan Wan Alwi, Milan Square

93350 Kuching, Sarawak

JU5ANTDAHA UJNAYA

Juanda Jaya

KANDUNGAN

KATA PENGANTAR OLEH YAB KETUA MENTERI SARAWAK
3

KATA PENGHARGAAN DATO’ MURSHID DIRAJA DR. JUANDA JAYA
7

SEPINTAS LALU DAERAH MATU
11

BAB 1
UCAPAN PERTAMA PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN

NEGERI SARAWAK / MAIDEN SPEECH
13

BAB 2
PROJEK RAKYAT

23

BAB 3
PROJEK PROGRAM TRANFORMASI LUAR BANDAR (RTP)

89

BAB 4
MINOR RURAL PROJECT-PROGRAM PEMBAIKAN

RUMAH MISKIN SARAWAK (MRP-PPRMS)
135

BAB 5
PROGRAM SANTUNAN KASIH

157

BAB 6
PROGRAM JALINAN MESRA

179

BAB 7
LAWATAN KEPIMPINAN NEGERI

203

BAB 8
DATO’ MURSHID DIRAJA DALAM MEDIA

219

BAB 9
UCAPAN PERBAHASAN ADUN N.44 JEMORENG DALAM
PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK

(2016-2020)
225

PNGHARGAAN
349

1

TAPAK PUSAT
KOMERSIL MATU
(MATU NEW TOWNSHIP)

KATA PENGANTAR OLEH
YAB KETUA MENTERI SARAWAK

SARAWAK adalah negeri terbesar di Malaysia. Sejak merdeka ia tidak
terlepas daripada pelbagai pancaroba pembangunan. Namun ini bukan
alasan untuk kerajaan tidak membangunkan kawasan luar bandar yang
jauh akibat negeri yang luas dan penduduknya berterabur di serata
pelusuk pesisir dan pedalaman Sarawak. Buku ini merupakan suatu
rekod yang amat baik untuk dikongsi kepada semua pihak. Ia adalah
suatu manifestasi betapa seriusnya kerajaan GPS Sarawak yang saya
pimpin, yang mahu melihat kawasan luar bandar terus meningkat maju
dan kemakmuran dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat Sarawak.

Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya telah tamat belajar di Universiti
al-Azhar pada tahun 1995. Beliau kembali ke Sarawak dan bertugas di
agensi-agensi Islam di Sarawak seperti di Pertubuhan HIKMAH, Jabatan
Mufti Negeri Sarawak dan Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak selama
hampir 20 tahun. Semasa perkhidmatan beliau dalam Perkhidmatan
Awam Sarawak, beliau telah menamatkan pangajian Ijazah PhD di UKM.
Pada tahun 2009, beliau dipinjamkan oleh Kerajaan Sarawak selama 6
tahun sebagai Mufti Perlis setelah beliau dijemput oleh pihak Istana
Perlis. Ketika berlaku transisi pertukaran Ketua Menteri Sarawak
daripada TYT Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kepada Almarhum Pehin
Sri Adenan Satem, beliau telah diminta kembali berkhidmat di Sarawak
oleh TYT Tun dan Pehin Sri Adenan. Akhirnya sewaktu Pilihan Raya
Negeri Sarawak pada tahun 2016, kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera
Bersatu (PBB) telah meminta beliau untuk menceburi politik secara
sepenuh masa bagi turut serta dalam kepimpinan politik di Sarawak dan
berkhidmat kepada rakyat dengan bertanding di DUN N.44 Jemoreng.
Beliau akur menyahut arahan para pimpinan negeri untuk menyuntik
darah baharu, muda dan daripada kalangan agamawan agar politik
Sarawak terus maju ke hadapan.

Setelah saya diamanahkan menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 13
Januari 2017, fokus membangunkan kawasan luar bandar adalah agenda
utama kepimpinan GPS Sarawak yang saya wujudkan. Kawasan DUN
N.44 Jemoreng yang diwakili oleh Saudara Ustaz Dr Juanda ini tidak
ketinggalan daripada limpahan agenda pembangunan kawasan luar
bandar. Hingga kini sekitar RM600 juta (RM0.6 billion) telah dikomit
untuk perlaksanaan projek bagi DUN N.44 Jemoreng sahaja.

3

TAPAK
JAMBATAN IGAN

Untuk 5 tahun akan datang, bermottokan MENJAMIN KEMAKMURAWN,
KESTABILAN DAN KEGEMILANGAN SARAWAK, saya memberikan
jaminan bahawa sekiranya, kerajaan GPS sedia ada terus disokong
oleh rakyat untuk memimpin negeri Sarawak, Sarawak akan terus
ditingkatkan kemakmurannya, kestabilan akan dijadikan agenda utama,
manakala kegemilangan akan dijadikan sebagai gps atau kompas dan
kiblat halatuju negeri Sarawak yang saya pimpin untuk masa hadapan
Sarawak yang lebih cerah.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat di kawasan DUN
N.44 Jemoreng atas pembangunan yang terus melimpah dibawa oleh
Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Parti GPS. GPS berikrar bahawa
pembangunan yang lebih hebat dan agresif akan terus dibawa ke kawasan
ini. Juga saya mengucapkan terima kasih atas sokongan padu rakyat di
kawasan DUN N.44 Jemoreng yang berterusan kepada GPS.
Sekian. Salam hormat.

(DATUK PATINGGI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI
BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG)

5

IGAN

KATA PENGANTAR
OLEH DATO’ MURSHID DIRAJA DR JUANDA BIN JAYA

Menjadi ahli politik sepenuh masa bukanlah pilihan kerjaya yang
terbaik. Ia memakan seluruh masa dan kehidupan. Tetapi jika menjadi
ahli politik untuk berkhidmat kepada rakyat dan memperjuangkan hak
dan pembangunan bagi rakyat di kawasan yang diwakili, medan politik
yang praktikal adalah lapangannya.

5 tahun yang lalu iaitu pada suku pertama tahun 2016, saya diminta
oleh kepimpinan utama negeri Sarawak dan Parti PBB ketika itu untuk
terjun ke alam politik sepenuh masa. Saya menolak kerana saya tahu
realiti alam politik itu bagaimana. Politik itu tidak kotor. Politik itu
adalah sebahagian daripada agama iaitu bagi menguruskan kemaslahatan
manusia. Politik akan kotor jika ia dikuasai oleh ahli-ahli politik yang
jahat dan rakus berjuang untuk kepentingan sendiri. Akur dengan
permintaan dan desakan para pemimpin serta kerana menghormati
pandangan mereka yang telah banyak berjasa untuk Negeri Sarawak bagi
meneruskan kesinambungan kepimpinan, dengan bertawakal kepada
ALLAH sepenuhnya, saya meredah dunia politik yang penuh pancaroba
dan onak diri.

Ya, setelah 5 tahun. Tekaan saya tepat. Politik bukanlah medan untuk
bermain-main. Ia tempat kerja yang serius. Ia juga bukanlah tempat
untuk mengumpul kekayaan dan kemasyhuran diri sendiri. Ia tempat
mengabdi diri kepada kepentingan rakyat di bawah dan akur kepada
keputusan pemimpin di atas. Ia ibarat bermain dengan YOYO. Harus
bijak menjaga kestabilan dan pertimbangan tindakan.

Hasil setelah 5 tahun perkhidmatan saya yang serba kekurangan itu
dipersembahkan dalam buku ini. Sebagai suatu rekod dan catatan masa
depan. Setiap projek, kerja dan program yang dijalankan masing-masing
ada ceritanya yang tersendiri yang akan dicatat dalam buku yang
lain. Melobi kepimpinan untuk meluluskan projek, memujuk agensi
menyediakan data, memahamkan rakyat tentang proses pembangunan
masa depan, itulah warna warni di sebalik semua kandungan buku ini.

Perlu saya akui, rakyat di kawasan DUN N44 Jemoreng amat terhutang
budi kepada YAB Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari
bin Tun Datuk Abang Haji Openg yang telah meluluskan ratusan juta
ringgit kos projek bagi membangunkan kawasan. Ratusan juta ringgit
lagi sedang menunggu untuk pelaksanaan. Dana lebih 1 billion ringgit
akan dicurahkan bagi pembangunan kawasan Daerah Matu dan Daerah
Kecil Igan dalam perancangan tahun-tahun mendatang. Ringkasnya, YAB
Datuk Patinggi Abang Jo tidak pernah menolak apa sahaja permohonan
pembangunan bagi kawasan ini yang saya kemukakan kepada beliau.
Luar biasa prihatin pemimpin ini.

7

PANTAI KUALA MATU

Ya, Datuk Patinggi Abang Jo benar-benar mahu melihat kawasan luar
bandar segera membangun dengan disediakan segala prasarana keperluan
rakyat agar dalam suatu masa yang terdekat, kawasan luar bandar akan
setara pembangunannya dengan kawasan bandar. Rekod dalam buku
ini adalah bukti keikhlasan dan kesungguhan kepimpinan GPS di bawah
teraju YAB Datuk Patinggi Abang Jo. Saya sebagai wakil beliau hanya
melaksanakan tugas dan amanah beliau di mana saya termampu.

5 tahun berkecimpung dalam alam politik sepenuh masa ini amat
melelahkan kerana rasa tanggungjawab kepada rakyat yang diwakili.
Walaupun sebagai ADUN biasa, kita tidak punya banyak kuasa dan dana,
namun dengan usaha dan sokongan pelbagai pihak terutama rakyat di
kawasan dan kepimpinan GPS di Petra Jaya, alhamdulillah landskap
bumi Daerah Matu dan Daerah Kecil Igan mula berubah.

Perancangan jangka masa panjang itu ada pada pihak Kerajaan Negeri
di Petra Jaya dan pada Pejabat Daerah Matu di Bruan Jaya, tetapi bagi
saya, segala perancangan hanyalah umpama MELUKIS MIMPI jika ia
tidak dilobi dan dilaksanakan di atas bumi. Rakyat hanya akan percaya
janji apabila realiti pembangunan itu nampak TEGAP BETATEP di atas
bumi Daerah Matu dan Daerah Kecil Igan.

Impian menjadikan MATU MAJU sentiasa tersemat di hati dan ia
suatu cabaran besar bagi saya dan team pembangunan di Matu. Tetapi
dengan semangat MESYUARAT ITU BERKAT, insya impian ini akan jadi
kenyataan.

Saya cukup terhutang budi kepada rakyat di kawasan DUN N44
Jemoreng yang sudi memilih saya 5 tahun yang lalu. Juga sudi melayan
perubahan pembangunan fizikal dan mental yang dibawa. Saya juga ingin
merakamkan penghargaan kepada semua Agensi Kerajaan di kawasan,
Pusat Khidmat, ahli-ahli parti PBB dan penyokong GPS yang tidak
jemu membantu saya berkhidmat kepada rakyat. Bagi pihak GPS, saya
berikrar bahawa pembangunan semua sudut akan terus diperjuangkan
untuk rakyat di kawasan DUN N.44 Jemoreng

Buku ini adalah sebahagian daripada bukti apa yang telah kita semua
lakukan dengan bantuan semua pihak. Pasti ada banyak kekurangan.
Saya pohon kemaafaan daripada rakyat di kawasan dan saya pohon
keampunan daripada Allah SWT. Semoga Allah memelihara kita semua

MENJAMIN KEMAKMURAN,
KESTABILAN DAN KEGEMILANGAN SARAWAK
SARAWAK UNTUK SEMUA
SEMUA UNTUK SARAWAK

Wassalam

9

SEKAAN,
MATU

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

SEPINTAS LALU DAERAH MATU

Sejarah Pentadbiran
Matu telah diisytiharkan sebagai Daerah penuh yang ke-48 pada 5 Mei 1991.
Sebelum itu, Matu adalah sebuah Daerah Kecil di bawah pentadbiran Bahagian
Sarikei. Apabila Bahagian Mukah
diwujudkan pada 1 Mac 2002,
pentadbiran Daerah Matu
dipindahkan ke bawah
Pentadbiran Bahagian Mukah.

Keluasan Banguan Pejabat Daerah Matu Kedua

Daerah Matu berkeluasan 677.28 km. persegi yang meliputi Daerah Kecil Igan,
iaitu satu-satunya Daerah Kecil di bawah pentadbirannya. Kawasan pentadbiran
Daerah Matu adalah sekitar Pekan Matu, Igan sehinggalah ke kawasan Bungan,
Sawai, Batang Lassa dan Sungai Passin.

Penduduk
Secara umumnya, kaum Melanau merupakan penduduk majoriti utama di Daerah
Matu di samping kaum-kaum lain seperti Melayu, Iban dan Cina. Pecahan bilangan
penduduk Daerah Matu mengikut kaum adalah seperti berikut :

Kaum Bilangan Peratus Bangunan Pentadbiran Kerajaan
(orang) yang Pertama di Daerah Matu
Melanau 14,300 70.7% sekitar Tahun 1962
Melayu 3.5%
700 15.3% 11
Iban 3,100 0.5%
Bidayuh 100 3.0%
Lain-lain 600
Bumiputera 3.0%
600 0.5%
Cina 100 3.5%
Lain-lain 700

Bukan
Warganegara

Jumlah 20,200 100.00%

Unjuran Penduduk (semakan semula)
Berasaskan Banci Penduduk dan
Perumahan Malaysia 2010, Tahun 2017
Sumber: Portal Rasmi Data Sarawak

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

SEPINTAS LALU DUN N.44 JEMORENG
N.44 Jemoreng ialah kawasan pilihan raya baharu di Sarawak. Sebelum proses
persempadanan semula yang terkini, kawasan ini dikenali sebagai DUN N.38
Jemoreng dan DUN N.24 Matu-Daro. Sewaktu Pilihan Raya Negeri ke-11 pada 7
Mei 2016, kerusi ini telah dimenangi oleh YB Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda
Jaya.

Keputusan Pilihan Raya Negeri ke-11, 2016

Parti Calon Undian %
BN Juanda Jaya 5,084 77.43
Bebas Abdullah Saminan 1,295 19.72
Amanah Kiprawi Suhaili 187
Jumlah undian sah 6,566 2.85
Jumlah kertas undi ditolak 133 100.00
Kertas undi tidak dikembalikan 30
Keluar mengundi 6,729 69.38
Pengundi berdaftar 9,699 69.40
Majoriti 3,789
Peratusan mengundi
BN kekal

12

“Menjamin

KKK EEEGMSEATMKAI LMBAUINLRGAAA NNN
Sarawak”
#S a r a w a k u n t u k s e m u a
semuauntukSarawak
BAB 1
UCAPAN PERTAMA
PERSIDANGAN
DEWAN UNDANGAN
NEGERI SARAWAK /
MAIDEN SPEECH

13



5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL PERTAMA
DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK KELAPAN BELAS

JUMAAT, 10 JUN 2016

Tuan Speaker: Ahli Yang Berhormat for Tuan Speaker, DUN N.44 Jemoreng amat
Jemoreng. setia kepada kerajaan Barisan Nasional
Y.B. Dato’ Murshid DiRaja Dr Juanda sejak Merdeka. Setia kerana rakyat
Bin Jaya: Tuan Speaker, Ahli-Ahli Yang N.44 yakin dengan politik Kerajaan
Berhormat. yang mengutamakan keharmonian.
Kita yakin hanya dengan kestabilan
Saya ingin merakamkan ucapan politik, pembangunan negeri dapat
menjunjung kasih atas ucapan dipercepatkan.
pembukaan Tuan Yang Terutama yang di
Pertua Negeri Sarawak pada hari Rabu, Namun begitu Tuan Speaker,
8 Jun 2016 yang lalu. Sesungguhnya pembangunan asas yang telah rancak
ucapan Tuan Yang Terutama Tun berjalan sekian lama masih berhajatkan
amat bermakna untuk kesinambungan untuk pembaikan yang berterusan.
keamanan dan pembangunan Negeri Kita tahu bahawa perkembangan-
Sarawak. perkembangan penduduk dan keperluan
rakyat tidak selari dengan kepesatan
Gandingan kepimpinan di antara pembangunan yang ada. Sewaktu
Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Pilihanraya Negeri yang lalu, sebagai
Amat Berhormat Ketua Menteri adalah calon yang baru, saya dikejutkan dengan
gandingan yang kita doakan mampu keluhan lama penduduk kampung yang
membawa kemakmuran berterusan sepatutnya sudah lama selesai. Mereka
untuk Negeri Sarawak. Bak kata pepatah meminta belas kasihan Kerajaan untuk
Arab, dengan izin, Sebaik-baik pemimpin memastikan keperluan asas rakyat
pengganti bagi sebaik-baik pemimpin dipenuhi. Keperluan air paip yang bersih,
yang terdahulu. Hakikatnya, Tuan Yang bekalan elektrik yang tidak terganggu
Terutama Tun telah diganti oleh Yang dan liputan telekomunikasi internet
Amat Berhormat Ketua Menteri yang yang baik adalah amat menyedihkan
amat mencintai rakyat Sarawak dan di kawasan N.44 Jemoreng masih
cukup memahami aspirasi rakyat negeri lagi dilanda oleh masalah bekalan
ini. Jelasnya, kini Sarawak beranjak elektrik yang sering terganggu hingga
daripada era politik pembangunan mendatangkan kerugian kepada rakyat
kepada politik transformasi luar bandar. dari sudut perniagaan dan peralatan
yang rosak. Demikian juga liputan
telefon dan internet yang tidak menentu,
sekejap ada, lama tidak ada. Lebih perit
lagi, masalah bekalan air paip yang
tidak menentu, sekejap ada, lama tidak

15

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

ada. Lebih perit lagi, masalah bekalan air Oleh itu, saya mohon
paip yang sepatutnya mengeluarkan air mengutarakan kepada pihak Menteri
bersih yang selamat untuk digunakan. yang bertanggugjawab soal pentadbiran
Tetapi malangnya keluar air berwarna awam Negeri agar mengambil perhatian
kuning dan berkeladak. Musibah soal khidmat Pejabat Daerah Kecil
ini akan sampai ke kemuncaknya Igan di bawah N.44 Jemoreng. Pejabat
menjelang hari perayaan terutama ada tetapi Pegawai Tadbir tidak ada.
perayaan 58 Raya Aidilfitri yang tinggal Khabarnya hanya ada Pembantu Am
beberapa hari saja lagi. Rendah yang jaga pejabat. Amat malang
sekali bagi orang-orang kampung
Sampai bilakah musibah ini dari Kampung Igan dan kampung-
akan berlaku? Saya mohon Menteri kampung sepanjang Batang Igan yang
yang berkenaan dengan elektrik, air ada urusan rasmi dengan Kerajaan
dan telekomunikasi dapat memberikan sering menghadapi masalah kerana
maklumbalas dan penyelesaian bilakan tiada pegawai di pejabat. Penduduk
musibah ini akan berakhir. Apakah kampung yang miskin ini terdesak dan
tindakan pembaikan yang telah dan terpaksa mengeluarkan ongkos untuk
akan dilakukan? Sedangkan saya pergi ke Pekan Matu/Mukah/Dalat
dapati janakuasa elektrik besar ada di untuk melakukan urusan dengan pihak
Mukah. Rumah-rumah pam dan tangki- Kerajaan. Saya mohon agar kewujudan
tangki air yang besar juga tersergam Pegawai Tadbir sebelum ini di Pejabat
indah di tepi-tepi jalan dan tiang-tiang Daerah Kecil Igan dikembalikan dan
telekomunikasi juga gagah berdiri. dikekalkan agar urusan pentadbiran
Semua prasarana ini telah wujud, tetapi rakyat dapat dijalankan. Rakyat N.44
masalah-masalah lama masih berlaku. sudah cukup setia dengan Kerajaan
Apakah fungsi semua perkara yang sedia ada maka sewajarnya sokongan
sudah siap terbina ini kalau bukan ini dibalas dengan perkhidmatan yang
tujuannya adalah untuk membantu terbaik. Tuan Speaker, 53 prinsip
rakyat? Tuan Speaker, Tuan Yang yang dicanangkan oleh Yang Amat
Terutama Tun telah menyentuh di dalam Berhormat Ketua Menteri adalah
ucapan pembukaan soal keperluan suatu anjakan paradigma perubahan
semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang besar dalam landskap politik
menjalinkan hubungan yang baik di Sarawak. Asasnya adalah untuk
dengan Kerajaan dan rakyat. Tidak kira membela dan mempertahankan hak
Ahli Yang Berhormat Barisan Nasional rakyat. Transformasi luar bandar
ataupun Ahli Yang Berhormat dalam adalah latar utama era zaman Tok
kalangan pembangkang. Sudah pasti Nan. Memandangkan semua tempat
inilah kehendak sebuah Kerajaan yang mendapat tempias transformasi
bertanggungjawab kepada rakyatnya. luar bandar ini, maka kawasan
Saya amat menjunjung kasih ucapan N.44 juga tidak mahu ketinggalan.
ini. Pembangunan infrastruktur amat

16

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

diperlukan masyarakat luar bandar. penjelasan lanjut status perkara ini di
Maka kewujudan feri-feri yang melintasi kawasan N.44.
sungai-sungai di kawasan N.44 perlu
diakhiri dengan pembinaan jambatan. Tuan Speaker, Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri baru-baru
Saya mohon Menteri yang ini telah mengumumkan persetujuan
berkenaan menjelaskan tentang bagi pembinaan semula SMK Matu. Saya
kedudukan terkini cadangan pembinaan ingin merakamkan ucapan terima kasih
jambatan merentasi Sungai Igan bagi atas perkara ini. Saya tahu masih terlalu
menghubungkan Matu dengan Kampung banyak prasarana sekolah di kawasan
Igan. Ini penting bagi mempercepatkan N.44 perlukan perhatian segera pihak
pertumbuhan ekonomi, pergerakan Kerajaan. Selain itu, isu pentadbiran
komoditi mentah dan keperluan rakyat. sekolah menurut daerah masing-masing
Buat masa ini kewujudan feri cukup masih perlu diperkemaskan. Saya
membuang masa hingga lebih satu mendapat rungutan melalui Facebook
jam. Kalau rumah terbakar pasti tidak dari sekolah-sekolah di kawasan Igan
sempat diselamatkan, kalau ada orang dan Batang Igan di mana mereka
yang sakit dibimbangi tidak sempat diletakkan di bawah Pejabat Pelajaran
sampai ke hospital dalam keadaan masih Daerah Dalat dan bukannya di bawah
bernyawa. Tuan Speaker, kewujudan Pejabat Pelajaran Daerah Daro/Matu.
Koridor Pembangunan SCORE yang Ini sering menimbulkan masalah kerana
beribu pejabat di Mukah amat besar apabila mereka mengikuti program
ertinya untuk pembangunan kawasan di Dalat, mereka kurang mendapat
persisir pantai. Saya mengesyorkan perhatian dan kasih sayang kerana
agar liputan kawasan pembangunan kawasan mengundi mereka adalah
yang dibawa oleh pihak RECODA dapat di N.44 Jemoreng di bawah Pejabat
mencakupi kawasan N.44 kerana Igan Pelajaran Daerah Maro. Saya mohon jasa
berada bersebelahan dengan Mukah, baik menteri berkaitan pendidikan agar
maka wajar dari Mukah ia dikembangkan memberikan pertimbangan keinginan
hingga ke Matu. Maka saya mohon sekolah-sekolah di Igan dan Batang
jawapan Menteri yang berkenaan. Tuan Igan agar mereka dipindahkan dan
Speaker, pembangunan infrastuktur diletakkan di bawah pejabat pendidikan
juga wajar selari dengan pembangunan Pejabat Daerah Daro yang lebih sesuai
kesihatan dan pendidikan. Saya yakin dengan mereka.
kemudahan kesihatan di N.44 masih
belum mencukupi. Ia wajar ditingkatkan. Tuan Speaker, pembangunan
Bahkan kewujudan doktor-doktor fizikal tidak akan lengkap tanpa
terlatih di Klinik-Klinik Kesihatan pembangunan spiritual. Hak kebebasan
Kampung wajar diberi perhatian. Saya beragama dan mengamalkan
mohon Menteri yang berkenaan ambil kepercayaan masing-masing adalah
inisiatif bagi perkara ini dan pohon asas perlembagaan Negeri ini dan

17

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

kontrak sosial yang telah disepakati lebih Islam Sarawak yang telah lama tidak
setengah abad lalu di negara ini. Ia wajar disemak sejak 2001, 15 tahun yang lalu.
dipertahankan dan dipertingkatkan. Ini membabitkan perkara-perkara yang
Menyentuh soal meningkatkan syiar boleh menggugat kemandirian Negeri
Islam sewaktu Pilihan Negeri baru- Sarawak dalam membuat keputusan
baru ini sebagai calon yang baru, saya sendiri tentang pengamalan agama
merasa amat terganggu apabila sering Islam di Negeri Sarawak.
diperingatkan oleh rakyat N.44 tentang
kewujudan tapak masjid Daerah Matu Sudah ratusan tahun Sarawak
yang telah dilakukan upacara pecah aman sentosa di bawah konsep Unity in
tanah 20 tahun yang lalu iaitu pada Diversity Bhinneka Tunggal Ika dengan
tahun 1996. Adalah amat sedih sudah izin bersatu dalam kepelbagaian. Maka
20 tahun tanah dipecahkan tapi hingga sewajarnya hal ini dipertahankan dan
kini tiada khabar berita. Bangunan dikekalkan. Kalau tidak, keputusan-
pejabat Daerah sedia ada telah sekian keputusan agama yang bersifat Ijtihadiy
lama tersergam indah. Namun masjid yang boleh merugikan kemaslahatan
daerahnya tidak muncul tiba, barangkali Negeri Sarawak akan dibebankan
masih di alam ghaib. Penduduk N.44 kepada masyarakat Islam di Sarawak.
yang lebih 90% beragama Islam wajar Contohnya isu penggunaan kalimah
diberikan jawapan oleh Menteri yang Allah yang dengan begitu jelas, YAB
berkenaan apakah status sebenar Ketua Menteri menyatakan ia adalah
Masjid Daerah Matu yang telah hak agama masing-masing untuk
terbengkalai sejak 20 tahun yang lalu? menggunakannya. Saya bimbang
Bilakah ia akan dibina? Berapa kos keputusan tidak rasmi entiti muzakarah
dan bagaimana ia akan dibina? Tuan fatwa kebangsaan yang berkeputusan
Speaker, seiring dengan manifesto dan melarang bukan Islam menggunakan
53 prinsip yang dicanangkan oleh YAB kalimah Allah akan dibebankan kepada
Ketua Menteri berkaitan penurunan Majlis Islam Sarawak dan umat Islam di
kuasa persekutuan kepada Negeri, suka Sarawak. Hal ini boleh berlaku kerana
saya sebutkan dalam dewan yang mulia Seksyen 41 dan 42 Ordinan Majlis Islam
ini bahawa keperluan memastikan Sarawak 2001 menjelaskan tentang ada
penurunan kuasa ini juga perlu ruang kuasa pihak Persekutuan dalam
dipanjangkan pada urusan berkaitan melakukan generalisasi keputusan
dengan agama terutama agama Islam. fatwa peringkat kebangsaan ke Negeri
Semua kita tahu bahawa urusan agama Sarawak. Sedangkan telah dinyatakan
adalah hak Negeri sebagaimana dinaskan tadi bahawa di antara elemen utama
oleh perlembagaan. Maka dicadangkan perlembagaan negara kita adalah,
kajian dan penilaian menyeluruh urusan agama adalah hak mutlak
dilakukan terhadap beberapa perkara Kerajaan Negeri. Saya mohon menteri
dalam undang-undang yang berkaitan yang berkenaan menjelaskan apakah
dengan syariah dan ordinan Majlis sikap Majlis Islam Sarawak berkaitan

18

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

penggunaan 60 kalimah Allah bagi bukan bulan selepas daripada akad? Fokus kita
Islam di Sarawak dan apakah sikap adalah, apakan dosa anak ini hingga
kita di Sarawak terhadap pemakaian dihukumkan dengan fatwa sedemikian?
Seksyen 41 dan 42 Ordinan Majlis Islam Apatah lagi apabila ibu bapa mereka
Sarawak 2001 yang pada pandangan menafikan berlakunya zina? Setahu
saya boleh menjejaskan dengan teruk saya menuduh orang berzina dosanya
kawalan kuasa kawalan kuasa agama di besar dan boleh dikenakan hukuman
peringkat Negeri dan pihak Persekutuan qazaf. Setahu saya juga tidak wujud
telah diberikan ruang yang cukup luas dalam kanun jenayah Islam bahawa zina
untuk memberikan pengaruh dan boleh disabitkan dengan bukti lahirnya
keputusan berkaitan fatwa kepada umat anak. Menurut Islam, sabitan zina
Islam di Negeri Sarawak. hanya dengan pengakuan pelaku atau
saksi mukmin lelaki 4 orang. Kita bukan
Tuan Speaker, begitu juga dengan promosi zina, tetapi kita perjuangkan
keputusan muzakarah fatwa kebangsaan untuk menutup aib manusia yang
pada 10 Jun 2003 yang meletakkan telah Allah tutupkan daripada hamba-
anak yang lahir kurang daripada 6 hambanya. Yang lebih membuktikan lagi
bulan 2 lahzah qamariyah adalah berlakunya kecelaruan dan ambiguity
sebagai anak tak sah taraf, anak zina. akibat kita bergantung dengan naskah
Saya fikir fatwa ini telah diterima pakai pihak Persekutuan ialah dalam Seksyen
di Sarawak dan telah dikuatkuasakan 114 Ordinan Undang-undang Keluarga
oleh Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Islam Sarawak 2001 dinyatakan tempoh
Pendaftaran Negara Negeri Sarawak. maksimum 4 tahun qamariayah selepas
Sedangkan fatwa bersifat ijtihady ini perkahwinan dibubarkan kerana
cukup mudah untuk dipertikaikan, di kematian atau penceraian, perempuan
mana, apakan kemaslahatan agama janda yang belum berkahwin semula
dicapai daripada fatwa seperti ini? ini boleh mendakwa bekas suaminya
Apakah kita mahu menuduh ibu bapa sebagai bapa bagi kandungannya
mereka berzina dengan mensabitkan kecuali bekas suami menafikannya. Ini
anak mereka sebagai anak tidak sah cukup tidak konsisten dan bercelaru.
taraf? Kalau benar anak itu anak zina Ini semua adalah contoh keperluan
apakah pula tindakan kita terhadap ibu semakan fatwa dan undang-undang
bapa yang dituduh berzina tadi? Pelbagai perlu dilakukan bagi memastikan Negeri
kesan dan anggapan hukum agama dan Sarawak terus progresif ke hadapan
perundangan akan terbabit? Fatwa itu dalam pengamalan agama Islam.
menyatakan bahawa anak yang lahir
kurang 6 bulan 2 lahzah daripada akad Tuan Speaker, bukan sekadar
perkahwinan seolah-olah menjadi anak Ordinan Induk Majlis Islam Sarawak
haram walaupun tiada pengakuan zina memerlukan semakan semula, Ordinan-
daripada bapa dan ibunya. Bagaimana Ordinan yang lain juga perlu dikaji
jika anak itu lahir selepas 7 bulan, 8 berdasarkan perubahan semasa seperti

19

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

Ordinan Undang-Undang Keluarga 3 kali suci sekitar 3-4 bulan. Tetapi
Islam 2001. Contohnya, pada Seksyen 7 ada juga khabar berita Negeri-Negeri
berkaitan umur minimum perkahwinan tertentu tentang mereka yang memohon
lelaki kurang 18 tahun dan wanita perceraian selama bertahun-tahun
kurang 16 tahun di mana Hakim Syariah proses tidak selesai. Ini sudah mengatasi
boleh memberi kebenaran berkahwin perintah agama. Saya mohon Menteri
secara bertulis dalam keadaan kurang yang berkenaan jelaskan apakah tempoh
daripada usia minimum itu. Saya mohon minima dan maksima proses perceraian
pandangan Menteri berkenaan tentang di Mahkamah Syariah Sarawak?
kewajaran klausa kebenaran Hakim Apakah tempoh minima dan maksima
Syariah. Biasanya, Hakim Syariah akan yang pernah direkodkan? Juga apakah
benarkan perkahwinan bawah umur. ada cadangan untuk menghalang media
Saya bukan ingin berbahas soal sah atau dari melaporkan prosedur kes-kes
batal, tetapi sebagai sebuah Kerajaan perceraian kerana ia boleh mengaibkan
yang bertanggungjawab, apakah wajar dan memalukan pasangan. Di samping
kita benarkan anak-anak yang masih ia jelas bertentangan dengan ajaran
bersekolah dan perlukan pendidikan Islam dan menceroboh hak privasi
terbaik dalam menghadapi dunia yang pasangan berkenaan.
semakin mencabar ini berkahwin dan
seterusnya mengundang permasalahan Tuan Speaker, Yang Amat
lain dalam masyarakat kita? Pohon Berhormat Ketua Menteri jelas mahukan
pandangan Menteri yang berkenaan. Sarawak sebagai Negeri yang bebas
daripada sebarang bentuk pemikiran
Tuan Speaker, perkahwinan dan ekstrimis. Ekstrimis sama ada dalam
perceraian adalah lumrah kehidupan. bentuk melampau ke hadapan atau
Perkahwinan pada usia yang wajar melampau mundur ke belakang (dengan
adalah diharuskan demi memelihara izin Ifrat dan Tafrit). Saya mohon
maruah diri dan agama. Maka sebab penjelasan Menteri yang berkenaan
itulah perkahwinan yang wajar perlu berkaitan kehadiran penceramah-
dimudahkan prosesnya. Demikian juga penceramah berkaitan Islam dari
dengan perceraian yang wajar perlu luar Sarawak atau luar Malaysia.
dimudahkan prosesnya sebab bila jodoh Bagaimanakah tapisan dilakukan?
sudah habis maka tiada apa yang boleh Apakah ia benar-benar telus? Saya
dilakukan lagi. Tetapi malangnya kita dapati ada penceramah luar negara yang
sering mendengar keluhan masyarakat turut disenarai hitam oleh pihak JAKIM
berkaitan dengan proses perceraian boleh bebas berleluasa berceramah
yang panjang masanya dan liputan di Sarawak. Ada pula penceramah
berita sensasi proses perceraian yang yang kelulusan agamanya diragui juga
boleh mengaibkan kedua-dua pasangan. bebas berceramah di masjid-masjid di
Agama Islam meletakkan hukum Sarawak. Kita tidak mahu menuduh
tempoh idah perceraian sebanyak pemikiran dan amalan agama seseorang.

20

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

Tetapi, kita tidak mahu sama sekali kerana ia bersifat tidak kondusif. Juga
pemikiran ekstrimis masuk ke Sarawak kerana syubhat dan keraguan-keraguan
menyebarkan racun mereka. Kita juga berkaitan perkara ini boleh menjejaskan
tidak mahu amalan mengkultuskan keharmonian Negeri ini yang telah
Guru Agama atau Ustaz yang akhirnya disepakati oleh generasi-generasi yang
membawa kepada ketaksuban membabi terdahulu. Mari kita ambil semangat
buta dan membuta tuli masuk ke Negeri sabda Nabi Muhammad SAW: “Idraul
Sarawak. Akhir sekali Tuan Speaker, Hududa Bisyubhat” Hadis Riwayat
Allah SWT sifatkan di dalam Al-Quran At-Tirmidzi Al-Baihaqi dan Al-Hakim.
negara makmur Saba atau Sheba di Elakkan perlaksanaan perlaksanaan
Wilayah Yaman, selatan Tanah Arab hudud bila berlaku keraguan-keraguan
suatu ketika dulu sebagai “Baldatun tentang perlaksanaannya. Biarlah kita
toiyyibatun warabbun ghafur” (Negeri utamakan keharmonian dan kehidupan
yang sejahtera dan diampuni oleh yang aman sentosa daripada keraguan-
Tuhan) quotation dari Surah Saba ayat keraguan politik oleh mereka yang
15. mahu mempolitikkan agama. Politik
dan agama sewajarnya membawa
Kita mahukan Sarawak yang kekal keharmonian kehidupan bernegara,
sejahtera selama-lamanya dan diberkati bukannya memecah belahkan rakyat
oleh Allah SWT, Tuhan semesta alam. dan bangsa seperti berlaku di kawasan
Cukuplah dengan kesejahteraan yang sebelah sana.
telah dan akan diusahakan secara
bersungguh-sungguh oleh Kerajaan ini Tuan Speaker, untuk akhirnya
sebagai tanda kita taatkan perintah saya ingin rakamkan ucapan terima
Allah SWT dalam kehidupan bernegara. kasih yang tidak terhingga atas perhatian
Cukuplah dengan konsep kesejahteraan dan masa yang diberikan. Juga saya
yang diabadikan dalam Surah Quraish mahu merakamkan terima kasih atas
ayat 4: “Alladzhi at amahum min juq sokongan penduduk N.44 Jemoreng
wa aamanahum min khauf” (Yang kepada saya dalam pilihanraya Negeri
memberikan manusia makan daripada yang lalu. Juga sumbangan mantan
kelaparan dan memberi manusia Adun N.38 Jemoreng, Encik Abu Seman
keamanan daripada ketakutan. Jahwie yang tidak akan kami lupakan.
Cukuplah kesejahteraan yang ditandai Semoga Allah mengampuni kita semua
dengan rakyat dijaga daripada kelaparan pada hari ini berkat hari Jumaat. Amin,
dan ketakutan sebagai tanda kita taat Amin Ya Rabbal Alamin. Selamat Hari
melaksanakan tuntutan agama dalam Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai.
bernegara. Soal-soal yang lain yang Selamat Berpuasa, Ramadhan Mubarak.
remeh sebenarnya seperti isu hudud Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
dan pemerkasaan kuasa Mahkamah Sekian, terima kasih.
Syariah yang dipolitikkan itu kita tidak
masukkan dalam agenda Negeri kita

21



“Menjamin

KKK EEEGMSEATMKAI LMBAUINLRGAAA NNN
Sarawak”
#S a r a w a k u n t u k s e m u a
semuauntukSarawak
BAB 2
PROJEK RAKYAT

23



5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA
2.1 JABATAN KERJA RAYA SARAWAK

2.1.1 JAMBATAN IGAN – RM285.0 JUTA

25



JAMBATAN IGAN

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.1 JAMBATAN IGAN – RM285.0 JUTA (sambungan)

28

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.1 JAMBATAN IGAN – RM285.0 JUTA (sambungan)

-Sehingga Julai 2021

29

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.1 JAMBATAN IGAN – RM285.0 JUTA (sambungan)

30

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.2 DEWAN MASYARAKAT IGAN – RM3.0 JUTA

31

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.3 PEJABAT DAERAH MATU, BRUAN JAYA – RM5.0 JUTA

32

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.3 PEJABAT DAERAH MATU, BRUAN JAYA – RM5.0 JUTA (sambungan)

33

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.4 STESEN PERTANIAN KUALA IGAN, MATU, MUKAH – RM4.5 JUTA

34

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.5 CADANGAN BINA BARU PUSAT BIMBINGAN AL-QURAN DAN TAHFIZ
MATU BAHAGIAN MUKAH – RM9.70 JUTA

Kerja-kerja menambak tanah di tapak Pusat Bimbingan Al-Quran dan Tahfiz Matu

35

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.6 CONSTRUCTION AND COMPLETION OF JALAN KAMPUNG IGAN TO
RUMAH PANJANG SUNGAI ILAS AND KAMPUNG SAH, KEBUAW,
BATANG IGAN (FASA 1), MUKAH, SARAWAK – RM69.0 JUTA

36

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.7 TTHE CONSTRUCTION OF ROAD TO KPG KEBUAW IGAN, MATU –
RM6.0 JUTA

37

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.8 JALAN AKSES KE TAPAK KAUL IGAN, DAERAH MATU, BAHAGIAN
MUKAH – RM4.5 JUTA

38

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.9 CADANGAN JALAN AKSES KE TAPAK KAUL IGAN, FASA 2 (PINTU
GERBANG, PARKIR DAN REKREASI) – RM1.5 JUTA

39

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.10 CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI DAN REKREASI
IGAN, DAERAH MATU, BAHAGIAN MUKAH – RM13.8 JUTA

40

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.10 CADANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI DAN REKREASI
IGAN, DAERAH MATU, BAHAGIAN MUKAH – RM13.8 JUTA (sambungan)

41

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.1.11 CADANGAN NAIKTARAF JALAN PROTOKOL KPG TENGAH IGAN, DAERAH
MATU, BAHAGIAN MUKAH – RM1.5 JUTA (BELUM BERMULA)

2.1.12 CADANGAN JALAN KG SEBERANG BAWANG – RM12.5 JUTA (BELUM
BERMULA)

2.1.13 CADANGAN JALAN KG SEBERANG TIAN (1.9 KM) – RM15.0 JUTA
(BELUM BERMULA)

42

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA
2.2 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SARAWAK

2.2.1 BINA BARU TITI KONKRIT DI KAMPUNG TIAN, DAERAH MATU,
BAHAGIAN MUKAH, SARAWAK (4.412 KM) – RM6.1 JUTA

43

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.2.2 PEMULIHARAAN TEBINGAN SUNGAI MATU, DAERAH MATU,
BAHAGIAN MUKAH, SARAWAK (WATERFRONT MATU) – RM2.0 JUTA

44

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.2.3 MEMBINA BENTENG KAWALAN HAKISAN TEBING SUNGAI IGAN,
DAERAH MATU, BAHAGIAN MUKAH (WATERFRONT IGAN) – RM5.0 JUTA

45

5 TAHUN DATO’ MURSHID DIRAJA

2.2.4 PROJEK PEMBERSIHAN 20 SUNGAI DI MATU – RM2.0 JUTA

46


Click to View FlipBook Version