The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aleyani Jamari, 2022-03-16 22:17:12

PELAN STRATEGIK KUIS 2014-2018

PELAN STRATEGIK KUIS 2014-2018

[PELAN STRATEGIK KUIS] 2014-2018

ELEMEN PENENTU KEJAYAAN
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Kejayaan KUIS untuk mencapai misi dan visi melalui pelan strategik ini bergantung kepada
beberapa elemen berikut:-

STRUKTUR ORGANISASI

Struktur organisasi KUIS diperkukuhkan untuk memperkasa bidang pendidikan ke arah mencapai
matlamat strategik yang ditentukan. Struktur organisasi yang mantap dan pelaksanaan tugasan
secara fleksibel seperti kerja berpasukan, kreatif dan inovatif untuk peningkatan operasi KUIS
selaras dengan hasrat MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor.

PENGURUSAN ILMU (KNOWLEDGE MANAGEMENT)

Sesuai dengan penubuhan KUIS sebagai pusat ilmu, penstrukturan dan agihan ilmu perlu
dilakukan dengan lebih efisyen agar segala ilmu yang diajar sampai kepada semua pihak.
Pengurusan ilmu yang sistematik mampu menjadikan KUIS sebagai sebuah pusat pencambahan
ilmu yang terbilang. Sejajar dengan hasrat KUIS untuk melahirkan Da'ie, Ulama dan Umara',
kepentingan ilmu aqli & naqli adalah pemacu kepada matlamat penubuhan sesebuah Universiti
Islam yang unggul.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN (HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT)

KUIS adalah organisasi yang dinamik yang perlu meluaskan pengaruhnya kepada dunia luar
yang mampu membina kepakaran modal insan melalui program pembangunan kompetensi
yang sesuai dalam bidang-bidang kritikal dan strategik. Ini termasuk perancangan strategik,
proses yang membolehkan ahli organisasi yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang - peluang baru,
mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih
global dan sering berubah – ubah.

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Penggunaan ICT adalah sebagai satu keperluan masa sekarang dan kesepaduan kepada sistem
perhubungan dan komunikasi yang berkesan. Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
perlulah seiring dengan konsep perkongsian maklumat iaitu warga KUIS saling bertindak agen
sebaran maklumat yang tepat. Sistem pengurusan yang teratur dengan kemudahan ICT yang
lengkap mampu mempercepatkan segala urusan pelbagai pihak.

SUMBER KEWANGAN YANG KUKUH

Penggerak kepada sesebuah institusi adalah sumber kewangan yang kukuh. Hasrat untuk
menjadikan KUIS sebagai sebuah Universiti Wakaf adalah sangat relevan kerana ianya dapat
membantu meningkatkan prasarana serta pembangunan sedia ada. Bantuan dan sokongan
daripada MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor serta badan swasta lain sangat membantu dalam
urusan pentadbiran harian KUIS.

62

2014-2018 [PELAN STRATEGIK KUIS]

MEKANISMA PELAKSANAAN
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Bagi memastikan setiap bahagian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Strategi dan pelan tindakan di dalam pelan strategik ini akan dipantau dan dibuat
kajian semula mengikut jadual perancangan seperti dalam Jadual 1.

Penilaian pencapaian Pelan Strategik ini akan dijalankan pada setiap enam bulan. Untuk
menentukan keberkesanan pelaksanaan objektif strategik, strategi, program dan tahap
penyampaian sasaran prestasi yang ditetapkan, satu kajian semula Pelan Strategik dan Kajian
Keberkesanan akan dibuat pada tahun 2016. Kajian tersebut akan turut mengambilkira senario
baru perubahan persekitaran dan tumpuan strategik KUIS.

BIL. PERKARA TARIKH CADANGAN

1. Mesyuarat Pemantauan Pelan Strategik Setiap 3 bulan

2. Penilaian Pencapaian Setiap 6 bulan

3. Penilaian Keberkesanan dan Kajian Semula Pelan Strategik KUIS Setiap tahun
2014-2018

Jadual 1: Jadual Perancangan Pemantauan dan Penilaian Pelan Strategik

Dalam pada itu, bagi memantapkan tadbir urus dan memastikan pelaksanaan Pelan Strategik
ini berjalan dengan berkesan satu jawatankuasa khas telah diwujudkan. Jawatankuasa ini
dinamakan Jawatankuasa Pelan Strategik KUIS. Keahlian jawatankuasa adalah seperti di Jadual
2 di bawah.

JAWATAN KEAHLIAN

Pengerusi Rektor KUIS

Setiausaha Timbalan Rektor Pengurusan Korporat
Ahli-Ahli (Pembangunan & Pengantarabangsaan)

Semua Pengurusan, Ketua Bahagian & Dekan

Jadual 2: Jawatankuasa Pelan Strategik KUIS

Jawatankuasa ini akan bertindak sebagai penyelaras utama di dalam pemantauan, penilaian
dan kajian semula Pelan Strategik KUIS 2014-2018 berdasarkan kepada pengukuran dan pelan
tindakan yang ditetapkan.

63

2014-2018 [PELAN STRATEGIK KUIS]

THE WAY FORWARD
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Selepas perancangan strategik ini dilaksanakan yang akan berakhir pada tahun 2018,
peranan KUIS diharapkan akan lebih menyerlah dalam aspek pengurusan dan
pembangunan insan. Oleh kerana agenda pengurusan dan pembangunan insan
adalah agenda yang berterusan, maka perancangan strategik 5 tahun bukanlah
suatu tempoh yang cukup untuk mengukur pencapaian sesebuah organisasi secara
holistik. Perancangan ini perlu diteruskan lagi bagi membangunkan dan
memantapkan lagi transformasi pengurusan institusi pendidikan Islam berdasarkan
kepada keperluan dan kehendak semasa.

Selepas tahun 2018, KUIS mempunyai gagasan dan berwawasan untuk mencapai ke
tahap seperti berikut:

 Menjadi Sebuah Universiti Islam Terunggul Di Negeri Selangor
 Menjadi Sebuah Tempat Rujukan Utama Dalam Pelbagai Bidang Penyelidikan

Sama Ada Di Peringkat Negeri, Nasional atau Antarabangsa
 Menjadi Sebuah Institusi Pendidikan Islam Yang Berorientasikan Wakaf
 KUIS Memiliki Kepakaran Dalam Pelbagai Bidang Ilmu Dan Melahirkan Graduan

Yang Berketrampilan Sebagai Da’ie, Ulama dan Umara Yang Membimbing Dan
Memimpin Ummah Pada Masa Akan Datang.

64

2014-2018 [PELAN STRATEGIK KUIS]

BAB 4
PENUTUP

65

2014-2018 [PELAN STRATEGIK KUIS]

PENUTUP

Kejayaan Pelan Strategik KUIS 2014-2018 ini amat bergantung kepada sistem
pelaksanaan dan pemantauan yang mantap. Pemantauan perlu diadakan secara
berkala dan dibuat penambahbaikan pada setiap peringkat supaya sasaran yang
ditetapkan dapat dicapai. Dalam era globalisasi, persaingan menjadi begitu sengit
bagi mendapatkan pelajar yang berkualiti untuk menyambung pelajaran ke IPT dan
untuk menarik pelajar antarabangsa menyambung pelajaran ke negara ini.

Perkembangan ICT meningkatkan mobiliti pelajar dan penyebaran maklumat secara
meluas bagi membolehkan orang ramai membuat perbandingan secara menyeluruh
ke atas keberkesanan sesuatu program pengajian dan institusi pengajian tinggi yang
berkualiti. Corak pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga turut berkembang
daripada cara konvensional (kehadiran pelajar secara sepenuh masa) kepada
kepelbagaian kaedah pembelajaran seperti program eksekutif, pembelajaran melalui
kemudahan elektronik dan sistem maya, sistem kemasukan secara terbuka dan
sebagainya.

Pelan strategik ini dikenal pasti sebagai kunci kegemilangan Sistem Pengurusan KUIS.
Pelan Strategik ini telah menggariskan Objektif Strategik, Strategi dan Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) yang perlu dilaksanakan sebagaimana yang dirancang. Pelan Strategik
KUIS ini juga penting bukan sahaja kepada MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor akan
tetapi kepada pelbagai pihak yang mempunyai kaitan dengan pengajian tinggi
termasuk pihak berkepentingan, pelajar, ibu bapa, institusi dalam dan luar negara
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan KUIS.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
dalam menghasilkan dan menjayakan Pelan Strategik KUIS 2014-2018 ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung.

66


Click to View FlipBook Version