The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqjb03, 2021-12-08 01:00:12

E-PORTFOLIO BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

EDUCATION

• TELEFON: 087-331444/331444 • FAKS: 087-331817

• Laman Web: ipgkk.moe.edu.my • E-Mel: [email protected]

e-Portfolio

Nama penuh: Mohamad Afiq bin Jetrine
No. Matrik: P21014642

PPISMP BAHASA MELAYU
AMBILAN JUN 2021
SEMESTER I

BMMB 1074
SEJARAH PERKEMBAGAN

BAHASA MELAYU

SEMESTER SEPT 2021– SEPT 2022

NAMA PENUH MOHAMAD AFIQ BIN JETRINE
KAUM KADAZANDUSUN
JANTINA LELAKI

AGAMA ISLAM
ALAMAT EMEL [email protected]
TARIKH LAHIR 30 APRIL 2003
NO TELEFON 0128197685

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1-3
1.0 PENGENALAN
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM 5-9
10-13
TULISAN DALAM BAHASA MELAYU 14-18
2.1 SISTEM TULISAN PALLAVA 19-20
2.2 SISTEM TULISAN KAWI 21-23
2.3 SISTEM TULISAN JAWI 24-30
2.4 SISTEM EJAAN JAWI ZA’BA
2.5 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES 32-33
2.6 PEDOMAN EJAAN RUMI KONGRES 33-49
50-54
3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU PRAMERDEKA DAN 56
PASCAMERDEKA 57-70
3.1 BAHASA MELAYU PRAMERDEKA 71-72
3.2 BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA
73-76
4.0 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA 76-77
MELAYU
4.1 CABARAN BAHASA MELAYU
4.2 MASA DEPAN BAHASA MELAYU

5.0 RUMUSAN

6.0 SUMBER RUJUKAN



1

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu dituturkan oleh orang Melayu. Orang Melayu mempunyai asal usul
yang masih kabur kerana kajian yang tidak mendalam mengenai sejarah kuno Asia
Tenggara. Asal bahasa yang terdapat dalam kumpulan Nusantara adalah daripada
bahasa di Pulau Jawa dan Pulau Sumatera. Bahasa Melayu terdapat di dalam
kumpulan Nusantara bersama-sama Aceh dan Minang dan mempunyai tiga tahap
perkembangan iaitu bahasa Melayu Kuno, Klasik dan Moden mengikut peredaran
zaman.Bahasa Jawa dan Bahasa Melayu menjadi induk bahasa dalam cabang
Nusantara. Menurut Nik Safiah dalam sejarah perkembangan ejaan Rumi dan Jawi,
bahasa Melayu bermula pada abad ke-7 iaitu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno.
Semasa zaman bahasa Melayu Kuno, kebanyakannya lebih kepada pengaruh
Bahasa Sanskrit dengan bukti penemuan batu bersurat di Kepulauan Melayu seperti
di Kedukan Bukit, Palembang (683 M). Maka wujudnya penggunaan tulisan Pallava
dan tulisan Rencong pada ketika itu. Terdapat beberapa teori asal-usul Melayu seperti
Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada Bahasa Austronesia dari Yunan dan teori
terbaharu yang mengatakan asal orang Melayu dari Pulau Borneo. Mengikut teori
terbaharu tersebut,mereka dikatakan bergerak dalam tiga bentuk kumpulan yang
besar melalui tiga arah, iaitu Barat bergerak ke Sumatera Barat, manakala ke Timur
Laut menuju ke Kepulauan Filipina dan Taiwan dan bergerak ke Barat Daya iaitu
Sumatera Selatan dan Jawa Barat. Sebaik sahaja penyebaran ajaran Islam mula
berkembang di Kepulauan Melayu sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengaruh
bahasa Sanskrit yang dipengaruhi oleh agama Hindu. Orang Melayu mula menerima
sedikit demi sedikit mengenai hukum-hakam dan syariat Islam serta berjinak-jinak
memahami dan mempelajari bahasa Arab kerana ingin mendalami isi ajaran yang
terkandung dalam Kitab Al-Quran. Hal ini juga telah mengubah sistem tulisan Palliva
kepada tulisan Arab dan bahasa Melayu Kuno juga telah beralih kepada bahasa
Melayu Klasik yang lebih menggunakan tulisan Arab dalam karangan dan penulisan.
Kedatangan Islam di Kepulauan Melayu sejajar dengan penghijrahan pedagang-
pedangan Arab yang datang singgah untuk berniaga telah membawa kepada
pembelajaran dan pengembangan tulisan Arab sekali gus mereka juga mengajarkan
kepada penduduk mengenai ajaran Islam. Selepas kedatangan Arab, muncul pula
pihak Inggeris ke kepulauan Melayu dan hal ini mengakibatkan berlakunya peralihan
sistem bahasa dan sistem tulisan. Pada ketika itu, sistem bahasa dikenali sebagai

2

bahasa Melayu Moden dan telah menggunakan sistem tulisan Rumi yang telah
diperkenalkan oleh pihak British. Namun, terdapat pelbagai bantahan yang dilakukan
kerana segelintir masyarakat mahu menegakkan sistem tulisan Jawi. Secara
keseluruhannya, kedatangan dan penyebaran pengaruh-pengaruh asing di
Kepulauan Melayu menjadi salah satu faktor kepada perubahan sistem bahasa dan
sistem tulisan.

3

Orang Melayu Menurut J.Crawford: Bahasa Melayu
mempunyai asal terdapat di dalam
usul yang masih -asal bahasa yang terdapat
dalam kumpulan Nusantara kumpulan
kabur kerana adalah daripada bahasa di Nusantara
kajian yang bersama-sama
tidak mendalam Pulau Jawa dan Pulau Aceh dan Minang.
mengenai Sumatera.
sejarah kuno Tiga tahap
Asia Tenggara -Bahasa Jawa dan Bahasa perkembangan
Melayu menjadi induk
Beberapa teori asal- bahasa dalam cabang iaitu bahasa
usul Melayu: Nusantara Melayu

- Bahasa Melayu Zaman bahasa Melayu Kuno,Klasik,dan
dikatakan berasal Kuno, kebanyakkannya Moden mengikut
daripada Bahasa lebih kepada pengaruh
Austronesia dari Bahasa Sanskrit dengan peredaran
zaman
Yunan bukti penemuan batu
bersurat di Kepulauan
- teori terbaharu Melayu seperti di Kedukan
yang mengatakan Bukit,Palembang (683 M).
asal orang Melayu
dari Pulau Borneo Mengubah sistem tulisan Muncul pula pihak
Palliva kepada tulisan Inggeris ke kepulauan
Penyebaran ajaran
Islam mula Arab dan bahasa Melayu Melayu dan hal ini
Kuno juga telah beralih mengakibatkan
berkembang di kepada bahasa Melayu
Kepulauan Melayu berlakunya peralihan
sedikit sebanyak Klasik yang lebih sistem bahasa dan
menggunakan tulisan
memberi kesan Arab dalam karangan sistem tulisan
kepada pengaruh
bahasa Sanskrit dan penulisan
yang dipengaruhi
oleh agama Hindu

4

5

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

2.1 SISTEM TULISAN PALLAVA

Sebelum kedatangan Islam di Kepulauan Melayu, kebanyakan penduduk
menganut agama Hindu dan mengamalkan kepercayaan Animisme. Hal ini
menyebabkan berlakunya pembentukan sistem kehidupan masyarakat sama ada dari
segi kebudayaan, tulisan, serta pegangan adat. Menurut Asmah Omar dalam artikel
sejarah perkembangan seni Khat dan pengaruhnya terhadap tulisan Jawi di
Nusantara (2017) menyatakan bahawa keseluruhan wilayah jajahan Srivijaya seperti
Tanah Melayu, Kepulauan Borneo, Selatan Pattani dan beberapa kepulauan
Nusantara menggunakan Bahasa Sanskrit dan penulisan ketika itu menggunakan
tulisan Pallava dan tulisan Kawi. Sistem tulisan Pallava dikatakan mempunyai bentuk
yang lebih kompleks berbanding dengan sistem tulisan yang lain. Masyarakat Melayu
yang berada di bawah jajahan Sriwijaya lebih menggunakan bahasa Sanskrit yang
dikatakan sebagai bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu ini meminjam perkataan
daripada Bahasa Sankrit kerana tiada perkataan yang sesuai bagi memperkenalkan
konsep kebudayaan asing. Bukan itu sahaja, bentuk tulisan pada masa itu juga dilihat
berbeza-beza mengikut kumpulan masyarakat di Nusantara. Tulisan Pallava adalah
tulisan yang ditulis di dalam epik Kuno agama Hindu dan tulisan tersebut dibawa dari
negara India (Asmah Omar, 2005). Terdapat banyak penemuan bukti penggunaan
tulisan Pallava sebagai tulisan Bahasa Melayu seperti penemuan batu bersurat di
Kedukan Bukit, Palembang (683M), Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kapur,
Pulau Bangka (686M) dan Karang Brahi, Meringin, berada di daerah Hulu Jambi
(686M). Menerusi sistem tulisan Pallava, menunjukkan sifatnya yang menarik dalam
bentuk perkataan bahasa Melayu Kuno. Sebagai buktinya, bahasa Melayu Moden
kebanyakkan perkataannya menggunakan huruf b sementara bahasa Melayu Kuno
pula menggunakan huruf w seperti wulan untuk bulan dan wuat bagi buat. Perubahan
dari segi tatabahasa juga dilihat pada pengguguran e pepet seperti dngan atau
penambahan huruf a iaitu dangan untuk dengan yang digunakan pada masa ini.
Manakala dari segi imbuhan pula memperlihatkan awalan mar- dan ni- digunakan
tetapi berbeza dengan bahasa Melayu Moden yang menggunakan awalan ber- dan
di-. Selain itu, huruf konsonan yang digunakan adalah seperti bh, ph, dh dan kh.

6
Bermulanya pada abad ketujuh, Kerajaan Sriwijaya telah menjadikan tulisan Pallava
sebagai tulisan dalam bentuk rasmi serta ditulis dalam bahasa Melayu.

Rajah 1.0 Contoh gambar tulisan Pallava

7
Rajah 2.0 Penemuan batu bersurat di Talang Tuwo,Palembang (684M)
Rajah 3.0 Penemuan batu bersurat di Kedukan Bukit,Palembang (683M)
Rajah 4.0 Penemuan batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M)

8

Rajah 5.0 Penemuan batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, berada di daerah Hulu
Jambi (686M)

SISTEM TULISAN PALLAVA 9

Sebelum kedatangan Islam di Kepulauan
Melayu, kebanyakan penduduk menganut
agama Hindu dan mengamalkan kepercayaan

Animisme

Berlakunya Menurut Asmah Omar (2005), Sistem tulisan
pembentukan sistem keseluruhan wilayah jajahan Pallava dikatakan
Srivijaya seperti Tanah Melayu, mempunyai bentuk
kehidupan Kepulauan Borneo, Selatan yang lebih kompleks
masyarakat sama Pattani dan beberapa kepulauan berbanding dengan
sistem tulisan yang
ada dari segi Nusantara menggunakan
kebudayaan, tulisan bahasa Sanskrit dan penulisan lain
serta pegangan adat ketika itu menggunakan tulisan

Pallava dan tulisan Kawi.

Bentuk tulisan Peminjaman Masyarakat Melayu yang
pada masa itu perkataan daripada berada di bawah jajahan
bahasa Sankrit kerana
juga dilihat tiada perkataan yang Sriwijaya lebih
berbeza-beza menggunakan bahasa
sesuai bagi Sanskrit yang dikatakan
mengikut memperkenalkan sebagai bahasa Melayu
kumpulan konsep kebudayaan
masyarakat di Kuno
Nusantara asing

Tulisan yang Penemuan batu Sifatnya yang menarik dalam bentuk
ditulis di dalam bersurat di Kedukan perkataan bahasa Melayu Kuno:
epik Kuno agama
Hindu dan tulisan Bukit,Palembang - menggunakan huruf w seperti wulan
tersebut dibawa (683M), Talang Tuwo, untuk bulan dan wuat bagi buat
dari negara India Palembang (684M),
(Asmah Omar, - pengguguran e pepet seperti
Kota Kapur, Pulau dngan,atau penambahan huruf a iaitu
2005). Bangka (686M) dan
dangan untuk dengan
Karang Brahi,
Meringin, berada di - awalan mar- dan ni- digunakan
daerah Hulu Jambi
- huruf konsonan yang digunakan
(686M) adalah seperti bh, ph, dh dan kh.

10

2.2 SISTEM TULISAN KAWI

Sistem tulisan kawi di Jawa mula dipengaruhi oleh aksara Pallava semasa
kedatangan pengaruh agama Hindhu dan Budha di sana sehingga merebak ke Bali
pada abad ke-16 dan lahirnya Tulisan Bali. Selain Bali, Borneo, Jawa dan Sumatera
juga menggunakan sistem tulisan ini. Tulisan kawi wujud sekitar abad kelapan dan
telah digunakan oleh orang-orang Melayu terdahulu seiring dengan penggunaan
sistem tulisan Jawi pada ketika itu. Seterusnya, perkataan Kawi itu dipetik daripada
perkataan Bahasa Sanskrit serta budaya-budaya agama Hindu. Dalam bahasa
Sanskrit, Kawi itu berasal daripada perkataan ‘kavya’ bermaksud ‘penyajak’ ataupun
‘penyair’. Jika dilihat dari sudut keistimewaan Kawi ini, di India khususnya
menganggap perkataan Kawi ini melambangkan ketertinggian pengetahuan
seseorang,berpandangan jauh dan dikatakan sebagai seorang yang cerdik dan bijak.
Terdapat banyak penemuan batu bersurat yang memaparkan telah lama wujudnya
penggunaan tulisan Kawi ini seperti penemuan batu nisan orang berbangsa Melayu
di Pengkalan Kempas,Sungai Ujung,Negeri Sembilan dan batu nisan tersebut bertulis
Ahmad Majnun. Batu bersurat itu ditulis dalam kedua-dua sistem tulisan iaitu kawi dan
jawi sekitar tahun 1463. Selanjutnya, penemuan dua artifak di daerah Tapanuli,
Sumatera dan batu bersurat Joreng (1179M) serta batu bersurat Padang Lawas
(1213M). Semasa di bawah pemerintahan Kerajaan Majapahit aksara Kawi mula
ditemui pada prasasti di seluruh wilayah Melayu sehingga datangnya pengaruh Arab
dan agama Islam. Pada ketika itu,tulisan Kawi terdiri daripada bahasa Melayu,
Sanskrit dan Jawa Purba. Ciri-ciri yang terdapat dalam tulisan Kawi antaranya iaitu
mempunyai sejumlah 47 huruf namun ada beberapa huruf yang bentuk dan
penggunaannya tidak ketahui kerana kurang bukti yang diamalkan dalam sistem
bertulis Kawi. Seterusnya, penyusunan aksara Kawi ini ditulis secara mendatar dari
kiri ke kanan dan secara menegak dari atas ke bawah. Di samping itu, tulisan kawi ini
perlu ditulis secara rapat tanpa meninggalkan ruang kosong.

11
Rajah 6.0 Contoh gambar tulisan Kawi

Mula dipengaruhi Aksara Kawi mula 12
oleh aksara ditemui pada Merebak ke Bali pada

Pallava semasa prasasti di seluruh abad ke-16 dan
kedatangan wilayah Melayu lahirnya Tulisan Bali,

pengaruh agama sehingga datangnya Borneo, Jawa dan
Hindhu dan Budha pengaruh Arab dan Sumatera juga

agama Islam menggunakan sistem
tulisan ini

Wujud sekitar abad SISTEM Dipetik daripada
kelapan dan telah TULISAN
digunakan oleh orang- perkataan Bahasa
orang Melayu terdahulu KAWI
Sanskrit, Kawi itu
seiring dengan
penggunaan sistem tulisan berasal daripada
perkataan ‘kavya’
Jawi pada ketika itu bermaksud ‘penyajak’
ataupun ‘penyair

serta budaya-budaya

agama Hindu

Perkataan Kawi ini Terdapat banyak penemuan batu
melambangkan bersurat seperti:-
ketertinggian
pengetahuan *penemuan batu nisan orang
berbangsa Melayu di Pengkalan
seseorang,berpandanga
-n jauh dan dikatakan Kempas,Sungai Ujung
sebagai seorang yang
cerdik dan bijak *Negeri Sembilan dan batu nisan
tersebut bertulis Ahmad Majnun

-Batu bersurat itu ditulis dalam
kedua-dua sistem tulisan iaitu kawi

dan jawi sekitar tahun 1463

*penemuan dua artifak di daerah
Tapanuli,Sumatera dan batu

bersurat Joreng (1179M) serta batu
bersurat Padang Lawas (1213M)

13

CIRI-CIRI TULISAN KAWI

Mempunyai sejumlah 47 Penyusunan aksara Kawi ini Tulisan kawi ini perlu
huruf namun ada ditulis secara mendatar dari ditulis secara rapat
tanpa meninggalkan
beberapa huruf yang kiri ke kanan dan secara
bentuk dan menegak dari atas ke bawah. ruang kosong.

penggunaannya tidak
ketahui kerana kurang
bukti yang diamalkan
dalam sistem bertulis Kawi

14

2.3 SISTEM TULISAN JAWI

Menurut Siti Hajar dalam sejarah perkembangan ejaan Rumi dan Jawi (2017),
nama jawi merupakan satu kata adjektif berasal daripada perkataan (kata nama)
bahasa Arab iaitu Jawah yang mana dikaitkan dengan satu daerah di Asia Tenggara
iaitu Javadwipa. Manakala menurut Noresah (2014) pula mentakrifkan tulisan jawi
sebagai tulisan yang menggunakan huruf-huruf jawi atau huruf Arab. Sistem tulisan
ini dikatakan berkembang seiring dengan kedatangan ataupun penyebaran agama
Islam yang mula berkembang pada abad ke-13 di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu
pada ketika ini berfungsi sebagai penyebaran agama Islam kepada masyarakat dan
diperlukan sebagai medium untuk memperkukuhkan asas akidah dalam jiwa
masyarakat. Ajaran Islam yang menuntut masyarakat pada masa itu untuk membaca
kitab Al-Quran telah menyebabkan mereka mempelajari dan mengamalkan tulisan
Jawi dalam kehidupan mereka. Menurut Awang Sariyan (2010) pula menjelaskan
Islam sebagai agama sejagat telah membantu dalam menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa antarabangsa melalui penyerapan istilah-istilah dasar berkaitan
dengan akidah dan ibadah-istilah yang digunakan umat Islam lain di dunia.
Seterusnya, tulisan Jawi menjadi salah satu faktor yang menyebabkan terbentuknya
perbendaharaan kata yang bertambah untuk menghasilkan idea-idea baharu yang
terdapat dalam ajaran agama Islam. Pada abad ke-14, memperlihatkan bagaimana
pengaruh Arab mula berkembang dan sedikit demi sedikit pengaruh Sanskrit mula
terkubur. Dari segi bentuk fizikal pula menunjukkan bahawa tulisan Jawi ini
menggunakan huruf-huruf ataupun abjad-abjad serta lambang daripada Bahasa Arab
dalam tulisan Melayu. Malah, tulisan Jawi yang diperkenalkan jelas menunjukkan
berlakunya peralihan dan perubahan daripada bahasa Melayu Kuno kepada bahasa
Melayu Klasik. Bukti pengaruh tulisan jawi di Tanah Melayu adalah dengan penemuan
Batu bersurat di Terengganu pada tahun 1303 (Siti Hajar, 2009). Menerusi Batu
Bersurat ini terdapat ejaan jawi dan struktur bahasanya lebih ke arah Bahasa Melayu.
Selanjutnya, tulisan dalam bahasa Melayu lazimnya ditulis dan dibaca yang dimulakan
dari kiri sebaliknya tulisan jawi pula ditulis dan dibaca dari sebelah kanan. Apabila
tulisan Jawi ini mengalami penggabungan antara satu huruf dengan huruf lain dalam
bentuk karangan ataupun penulisan akan mengubah beberapa bentuk bagi huruf
yang tertentu. Menurut Siti Hajar (2009) dalam sejarah perkembangan ejaan Rumi
dan Jawi (2017), terdapat dua perkembangan ejaan Jawi iaitu perkembangan

15
peringkat satu dan peringkat dua. Dalam perkembangan peringkat pertama
menampakkan terdapat empat tahap iaitu penggunaan sistem ejaan Arab secara
sepenuhnya,baris ejaan digugurkan, huruf vokal digunakan dan penggunaan huruf
vokal pada suku kata pertama dan suku kata kedua. Manakala pada peringkat kedua
juga mempunyai empat tahap iaitu sistem ejaan P. BM. P. B Diraja, sistem ejaan
Za’ba, sistem ejaan Dian dan penyempurnaan pedoman ejaan Jawi. Kesimpulannya,
kita haruslah mengembangkan penggunaan tulisan Jawi kepada seluruh masyarakat
dari seantero dunia untuk mempertahankan identiti bangsa Melayu Islam yang telah
lama wujud dan tidak membiarkannya terus terkubur tanpa usaha dalam
membangunkannya.

Rajah 7.0 Contoh tulisan Jawi

16
Rajah 8.0 Penemuan Batu bersurat di Terengganu pada tahun 1303 M.

17

SISTEM TULISAN JAWI

Menurut Siti Hajar (2009),nama menurut Noresah (2014) Menurut Awang Sariyan (2010)
jawi merupakan satu kata adjektif pula mentakrifkan tulisan jawi menjelaskan Islam sebagai
berasal daripada perkataan (kata agama sejagat telah
sebagai tulisan yang
nama) bahasa Arab iaitu Jawah menggunakan huruf-huruf jawi membantu dalam menjadikan
yang mana dikaitkan dengan satu Bahasa Melayu sebagai bahasa
atau huruf Arab
daerah di Asia Tenggara iaitu antarabangsa melalui
Javadwipa penyerapan istilah-istilah dasar
berkaitan dengan akidah dan
ibadah-istilah yang digunakan

umat Islam lain di dunia.

Menjadi salah satu faktor yang Dari segi bentuk fizikal pula Tulisan Jawi yang
menyebabkan terbentuknya menunjukkan bahawa tulisan jawi ini diperkenalkan jelas
perbendaharaan kata yang menggunakan huruf-huruf ataupun menunjukkan berlakunya
abjad-abjad serta lambang daripada peralihan dan perubahan
bertambah untuk daripada bahasa Melayu
menghasilkan idea-idea baharu Bahasa Arab dalam tulisan Melayu Kuno kepada bahasa

yang terdapat dalam ajaran Melayu Klasik.
agama Islam

Bukti pengaruh tulisan jawi di Tulisan jawi pula ditulis dan Apabila tulisan jawi ini
Tanah Melayu adalah dengan dibaca dari sebelah kanan mengalami penggabungan
penemuan Batu bersurat di antara satu huruf dengan
Terengganu pada tahun 1303 (Siti
huruf lain dalam bentuk
Hajar, 2009). karangan ataupun penulisan
akan mengubah beberapa

bentuk bagi huruf yang
tertentu

Peringkat -penggunaan sistem 18
satu ejaan Arab secara

sepenuhnya

- baris ejaan digugurkan

-huruf vokal digunakan
dan penggunaan huruf
vokal pada suku kata
pertama dan suku kata

kedua

Menurut Siti Hajar
(2009), terdapat dua
perkembangan ejaan

Jawi iaitu
perkembangan
peringkat satu dan
peringkat dua.

Peringkat kedua - sistem ejaan P. BM. P. B
Diraja

-sistem ejaan Za’ba

sistem ejaan Dian

-penyempurnaan pedoman ejaan
Jawi

19

2.4 SISTEM EJAAN JAWI ZA’BA

Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba telah memperkasakan
dan memperjuangkan tulisan Jawi sehingga kecintaan beliau terhadap tulisan jawi
membawa kepada penghasilan beberapa buah karya mengenai tulisan jawi seperti
Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ejaan Rumi Za’ba diperkenalkan bertujuan
untuk membuat perubahan daripada sistem ejaan sebelumnya iaitu sistem ejaan
Wilkinson kerana terdapat kelemahan terhadap sistem tersebut. Penggunaannya
yang meluas di sekolah-sekolah di Tanah Melayu menyebabkan sistem ini juga
dikenali sebagai Ejaan Sekolah. Sistem ini telah diperhalusi dan dan disusun secara
sistematik walaupun memakan masa yang agak lama dan dimasukkan ke dalam
beberapa buah buku bertajuk Pedoman Bahasa yang diterbitkan oleh Pejabat Karang
Mengarang (SITC) iaitu Ilmu Bahasa penggal pertama (1926), Pelita Bahasa Melayu
penggal pertama (1941), dan daftar ejaan Melayu (Jawi-Rumi) dan semua buku ini
adalah hasil karangan Za’ba sendiri. Terdapat pembaharuan yang diperkenalkan
dalam sistem ejaan Rumi Za’ba. Antaranya ialah huruf-huruf bahasa Melayu
dikelaskan kepada huruf saksi dan huruf benar. Umum mengetahui bahawa sistem ini
tidak menggunakan teori dan kaedah linguistik kerana sistem ini hanya menekankan
konsep bunyi bahasa Melayu menerusi huruf-huruf Rumi yang diimplementasikan
dalam sistem ejaan Jawi dalam bahasa Melayu. Sepertimana yang ditekankan dalam
sistem ejaan yang lain, sistem ejaan Za’ba juga mempunyai hukum-hukum tertentu
kerana sistem ini memuatkan 40 peraturan yang dibincangkan. Umpamanya,
peraturan 1 sehingga 5 membincangkan mengenai huruf vokal dalam suku kata
pertama dan suku kata kedua yang diseragamkan sekiranya suku kata kedua adalah
suku kata tertutup. Seterusnya, bunyi imbuhan awalan pe-dan me- tetap dikekalkan
sekiranya bertemu dengan huruf I, m, n, ng, ny, r, w dan y pada awal huruf kata dasar.
Manakala sistem ejaan yang terdapat dalam bahasa asing khususnya bahasa Inggeris
yang telah diterapkan dalam bunyi bahasa Melayu akan dieja dalam sebutan Melayu
seperti sain, geran dan saman. Selain itu, partikel berbentuk si- perlu disertakan
dengan tanda sempang dan huruf s wajib digunakan dalam huruf besar sekiranya
bergabung dengan kata nama khas.

Kecintaan Za’ba SISTEM EJAAN RUMI ZA’BA 20
terhadap tulisan jawi
membawa kepada Diperkenalkan Sistem ini telah
bertujuan untuk diperhalusi dan
penghasilan
beberapa buah membuat dan disusun
karya mengenai perubahan daripada secara sistematik
tulisan jawi seperti
Daftar Ejaan Melayu sistem ejaan walaupun
sebelumnya iaitu memakan masa
(Jawi-Rumi). yang agak lama
sistem ejaan dan dimasukkan ke
Sistem ejaan Za’ba Wilkinson. dalam beberapa
juga mempunyai buah buku bertajuk
hukum-hukum Terdapat pembaharuan Pedoman Bahasa
tertentu kerana yang diperkenalkan dalam yang diterbitkan
sistem ini sistem ejaan Rumi Za’ba;
memuatkan 40 - huruf-huruf bahasa Melayu oleh Pejabat
peraturan yang dikelaskan kepada huruf Karang Mengarang
dibincangkan.
saksi dan huruf benar (SITC).
• Huruf saksi (a, e, I, o,
Ilmu Bahasa
u) penggal pertama
• Huruf benar(a-z)
(1926), Pelita
Bahasa Melayu
penggal pertama
(1941) dan daftar
ejaan Melayu
(Jawi-Rumi) dan
semua buku ini

adalah hasil
karangan Za’ba

sendiri.

21

2.5 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

Sistem ejaan rumi kongres mula terbentuk selepas berlakunya penggunaan
pelbagai sistem atau peraturan ejaan rumi di Tanah Melayu dan Singapura yang
menyebabkan sistem ejaan Za’ba dilihat banyak kelemahan dan pengguna juga tidak
berpuas hati terhadap sistem itu. Hal ini juga membawa kepada berlakunya sistem
ejaan kongres hasil daripada rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Ketiga yang telah dijalankan di Singapura pada tahun 1956. Selain di Tanah Melayu
dan Singapura, Indonesia juga terlibat dalam perubahan ini. Negara Indonesia
mengalami perubahan ejaan berdasarkan sistem ejaan Belanda manakala di Tanah
Melayu pula lebih ke arah sistem ejaan British. Kesan daripada perubahan sistem
ejaan ini telah menyebabkan ahli-ahli bahasa untuk mencari jalan penyelesaian dalam
menyatukan sistem ejaan serantau. Maka, mereka telah mengorak langkah dengan
melakukan beberapa pembaharuan yang dikatakan agak radikal sehingga mendapat
perhatian daripada pihak kerajaan pada tahun 1957. Hal ini juga telah mewujudkan
sebuah Jawatankuasa Ejaan yang bertujuan untuk menganalisis setiap inti pati yang
terdapat pada kongres tersebut dan hubungkaitnya dengan ejaan rumi serta ejaan
Bahasa Indonesia. Terdapat empat dasar pengejaan Bahasa Melayu dengan huruf
rumi perlu dititikberatkan iaitu ejaan di Malaysia dan di Indonesia hendaklah
diseragamkan. Seterusnya, pemetikan perbendaharan kata dari bahasa-bahasa asing
perlu bersandarkan kepada peraturan sistem fonologi Bahasa Melayu dalam
penyusunannya. Selanjutnya, penetapan sistem ejaan berdasarkan satu ataupun
pelbagai kaedah. Di samping itu, pelaksanaan hukum-hukum ejaan yang mudah
diguna pakai bagi memperlihatkan sistem fonologi lebih baik berbanding sistem
fonetik kerana satu fonem dapat dibuktikan hanya dengan satu tanda huruf sahaja.
Bagi merealisasikan usaha untuk menyamakan sistem ejaan di Malaysia dan sistem
ejaan di Indonesia maka termeterailah satu perjanjian persahabatan antara Malaysia
dan Indonesia sehingga membawa kepada wujudnya pembentukan sistem ejaan
bersama ataupun Ejaan Malindo antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1959.
Namun, segala yang dirancang tidak dapat dicapai kerana ejaan kongres ini setiap
lambang-lambang fonetiknya tidak pernah diamalkan sebelum ini sehinggakan sistem
ejaan kongres ini ditukarkan kepada satu sistem ejaan yang baharu.

Berlakunya sistem 22
ejaan kongres hasil
daripada rumusan Di Tanah Melayu
Kongres Bahasa dan pula lebih ke arah
Persuratan Melayu
Ketiga yang telah sistem ejaan
dijalankan di Singapura British.
pada tahun 1956.

Terbentuk selepas SISTEM
berlakunya EJAAN RUMI
penggunaan
KONGRES
pelbagai sistem
atau peraturan Perubahan sistem
ejaan rumi di ejaan ini telah
Tanah Melayu dan
menyebabkan ahli-ahli
Singapura. bahasa untuk mencari

Indonesia juga terlibat jalan penyelesaian
dalam perubahan ini dalam menyatukan
kerana mengalami sistem ejaan serantau.

perubahan ejaan
berdasarkan sistem

ejaan Belanda.

Termeterainya satu perjanjian Segala yang dirancang
persahabatan antara tidak dapat dicapai kerana

Malaysia dan Indonesia ejaan kongres ini setiap
sehingga membawa kepada lambang-lambang

wujudnya pembentukan fonetiknya tidak pernah
sistem ejaan bersama diamalkan sebelum ini
ataupun Ejaan Malindo sehinggakan sistem ejaan
antara Malaysia dengan kongres ini ditukarkan
Indonesia pada tahun 1959. kepada satu sistem ejaan

yang baharu.

23

DASAR PENGEJAAN BAHASA MELAYU DENGAN
HURUF RUMI

Ejaan di Malaysia Pemetikan Penetapan sistem Pelaksanaan
dan di Indonesia perbendaharan ejaan hukum-hukum
kata dari bahasa- ejaan yang mudah
hendaklah bahasa asing perlu berdasarkan satu diguna pakai bagi
diseragamkan bersandarkan ataupun pelbagai memperlihatkan
kepada peraturan sistem fonologi
*Termeterailah satu sistem fonologi kaedah.
perjanjian Bahasa Melayu lebih baik
berbanding sistem
persahabatan dalam fonetik kerana satu
antara Malaysia penyusunannya.
dan Indonesia fonem dapat
Selanjutnya, dibuktikan hanya
sehingga penetapan sistem dengan satu tanda
membawa kepada ejaan berdasarkan
huruf sahaja.
wujudnya satu ataupun
pembentukan pelbagai kaedah.
sistem ejaan
bersama ataupun
Ejaan Malindo
antara Malaysia
dengan Indonesia
pada tahun 1959.

24

2.6 PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Sepertimana yang kita ketahui,sistem ejaan Rumi yang digunakan pada ketika itu
ialah Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang telah diperkenalkan pada 16 Ogos
1972 hasil daripada usaha sama antara Malaysia dan Indonesia dalam perbincangan
mengenai penyatuan sistem ejaan yang diadakan pada tahun 1967 selepas
berlakunya konfrontasi Indonesia-Malaysia sebelum tahun tersebut. Di negara
seberang iaitu Indonesia, sistem ini lebih dikenali sebagai Ejaan Bahasa Indonesia
yang disempurnakan. Sistem ini dicipta bagi memenuhi keperluan kedua-dua
masyarakat bahasa di Malaysia dan Indonesia yang berbeza dari segi sejarah
perkembangannya dan latar belakang sosiolinguistik serta berguna untuk semua
rakyat di Malaysia dan Indonesia. Bukan itu sahaja, sistem ini dilihat amat cekap dan
mudah bagi menerima sistem ejaan rumi yang seterusnya. Menurut Sulaiman Masri
et al. dalam sejarah dan sistem ejaan bahasa Melayu menyatakan bahawa perkara-
perkara yang penting yang terdapat dalam sistem ini ialah penggunaan abjad,
penulisan kata, penulisan unsur serapan. Menerusi penggunaan abjad, terdapat 26
huruf yang mempunyai bentuk dan sebutan yang tertentu. Dalam sistem ini
menyediakan tiga kelompok bunyi seperti huruf vokal, diftong dan konsonan. Huruf
Vokal terdiri daripada lima huruf iaitu a, e, i, o, u dan sebahagian daripada kelima-lima
huruf ini mempunyai struktur yang pendek dan panjang. Kedua-dua bentuk dapat
dikenalpasti menerusi kewujudan lambang akritik di bahagian atasnya, jika bentuk
yang pendek terdapat lambang diakritik di bahagian atasnya manakala bentuk yang
panjang pula tiada lambang diakritik digunakan. Penyelerasan huruf vokal ini
bertujuan untuk mengeja setiap perkataan asli dalam bahasa Melayu. Dalam hukum
penyelerasan huruf vokal hanya menetapkan hanya dua huruf vokal diselaraskan
dalam kata dasar. Seterusnya, diftong pula terbahagi kepada tiga bunyi iaitu bunyi
huruf ‘au’, ‘ei’ dan ‘oi’. Manakala huruf konsonan pula terdiri daripada 26 huruf
konsonan yang mempunyai 27 fonem dan daripada 26 huruf konsonan lima
daripadanya merupakan gabungan dua huruf konsonan seperti gh, kh, ng, ny dan sy.
Di samping itu, terdapat tiga lagi huruf yang digunakan sejak tahun 1972 seperti q, v
dan x. Ketiga-tiga huruf ini mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu huruf q
digunakan dalam padanan huruf jawi iaitu huruf qaf. Sementara huruf v pula lazimnya
digunakan apabila berlakunya pengambilan ejaan daripada bahasa asing seperti
Bahasa Inggeris. Selanjutnya, huruf x diletakkan pada pangkal kata istilah khusus

25
seperti istilah sains, muzik, perubatan dan sebagainya. Dalam penulisan kata,
peraturan-peraturan tertentu dapat dilihat melalui penggunaan kata dasar yang harus
ditulis secara berjarak-jarak ataupun berpisah-pisah. Kata turunan memperlihatkan
gabungan kata, imbuhan awalan, akhiran dan apitan perlu disusun dengan benar.
Tidak dilupakan juga, penggunaan kata sempang ke dalam kata ganda yang ditulis
secara lengkap dan sempurna seperti kereta-kereta dan kanak-kanak. Penulisan
unsur serapan merujuk kepada pengambilan unsur-unsur yang terdapat dalam
bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sanskrit dan sebagainya.
Malah, terdapat dua perkara lagi yang perlu dititikberatkan dalam sistem ini seperti
penulisan huruf dan tanda baca. Sepertimana yang kita ketahui, berlakunya
pengguguran huruf e yang bertanda (ĕ) yang terdapat dalam sistem ejaan Rumi Za’ba
seperti (ĕ)mak menjadi emak akan tetapi tetap dikekalkan fungsi huruf e sebagai e
pepet dan e tailing. Selain itu, gabungan dua huruf konsonan seperti ch dan sh
telahpun digantikan. Bagi tanda baca seperti (‘) digugurkan fungsinya sebagai huruf
hamzah dan ain serta diubah kepada huruf ‘k’.

Rajah 9.0 Contoh penggunaan abjad

26

Rajah 10.0 Lima contoh huruf vokal dan penggunaannya
dalam kata

27

Rajah 11.0 Jadual pola keselarasan vokal

Rajah 12.0 Beberapa contoh huruf konsonan dan penggunaannya
dalam kata

28

Rajah 13.0 Tiga contoh huruf diftong dan penggunaannya dalam
kata

Rajah 14.0 Jadual gabungan huruf konsonan dan contoh penggunaannya

29
Rajah 15.0 Contoh pemakaian tanda baca

30

PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA
MELAYU

Usaha sama antara Terhasilnya Ejaan Di
Malaysia dan Indonesia Rumi Baharu Bahasa Indonesia,sistem
Malaysia yang telah ini lebih dikenali
dalam perbincangan diperkenalkan pada 16
mengenai penyatuan sebagai Ejaan
Ogos 1972. Bahasa Indonesia
sistem ejaan yang
diadakan pada tahun yang
disempurnakan.
1967 selepas
berlakunya konfrontasi Dilihat amat cekap Dicipta bagi memenuhi
dan mudah bagi keperluan kedua-dua
Indonesia-Malaysia menerima sistem masyarakat bahasa di
sebelum tahun tersebut. ejaan rumi yang
seterusnya. Malaysia dan
Menurut Indonesia yang
Sulaiman,M. et al. berbeza dari segi

(2006),perkara- sejarah
perkara yang perkembangannya dan
penting yang
terdapat dalam latar belakang
sistem ini ialah sosiolinguistik serta
penggunaan berguna untuk semua
rakyat di Malaysia dan
abjad,penulisan
kata,penulisan Indonesia.
unsur serapan.

Terdapat dua
perkara lagi yang
perlu dititikberatkan
dalam sistem ini
seperti penulisan
huruf dan tanda

baca.

31

32

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA

Sejarah Melayu menyaksikan cara perkembangan bahasa Melayu itu yang
melalui tiga tahap seperti bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan bahasa
Melayu Moden. Ketiga-tiga tahap ini dipengaruhi oleh pelbagai bahasa asing seperti
bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Eropah seperti bahasa Inggeris. Dengan
kemajuan peradaban bahasa Melayu ini, memperlihatkan betapa agungnya sifat dan
peranan bahasa Melayu dari dahulu sehingga kini. Buktinya, bahasa Melayu pernah
dijadikan sebagai lingua franca semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan diplomatik dari segi
hubungan perdagangan serantau dan masyarakat pada ketika itu menggunakan
bahasa Melaya secara meluas. Penguasaan bahasa Melayu menjadikan lebih ramai
pedagang datang ke Kepulauan Melayu untuk berniaga hasil mereka ataupun
membeli barangan-barangan dan hasil bumi yang ada di Kepulauan Melayu.
Kepesatan dalam sektor perdagangan menyebabkan lebih ramai pedagang asing
berdagang dan pada masa yang sama mereka juga membawa masuk unsur-unsur
kebudayaan mereka sehingga menyebabkan berlakunya perubahan dan
perkembangan budaya Melayu dari segi bahasa dan sistem tulisan.

Negara Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan memperlihatkan bahasa
Inggeris mendominasi sistem bahasa di negara semasa zaman pemerintahan
penjajah yang datang ke Tanah Melayu sekitar abad ke-16. Hal ini menyebabkan
bahasa Melayu semakin kurang peranannya kerana peralihan kuasa pada masa itu.
Apabila warisan bangsa terjejas, maka masyarakata Melayu semakin hari semakin
hilang identitinya. Sebagai contohnya, bahasa Melayu yang menjadi bahasa utama di
tanah Melayu telah digantikan dengan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa
pentadbiran,bahasa pengantara,dan bahasa ilmu yang semakin meluas pengaruhnya
ketika itu. Pada tahun 1942, kedatangan pihak penjajah dari Jepun bukan sahaja
memudaratkan sistem kehidupan masyarakat di Tanah Melayu tetapi juga mencabar
kedaulatan bahasa Melayu pada masa itu. Hal ini dikatakan demikian kerana, bahasa
Jepun telah dijadikan bahasa utama dalam semua urusan dan sektor di Tanah
Melayu. Natijahnya, bahasa Melayu semakin hilang tanpa jejak. Pengaruh Bahasa
Inggeris amatlah meluas dalam bidang pendidikan menyebabkan pelajar-pelajar
semakin kurang menggunakan bahasa ibunda dan hal ini telah memusnahkan

33

harapan bangsa yang menginginkan generasi yang membangunkan bahasa Melayu.
Sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai Tindakan
dan strategi yang dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat dalam memartbatkan
bahasa Melayu yang menjadi kedaulatan yang perlu dipelihara. Peristiwa ini telah
membawa kepada pengenalan satu undang-undang yang menjaga kepentingan
bahasa Melayu dalam perlembagaan yang dikenali sebagai Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Melayu. Dalam perlembagaan ini, bahasa Melayu telah
diangkat menjadi bahasa kebangsaan. Bukan itu sahaja, menerusi Penyata Razak
1956 yang berperanan untuk mencapai matlamat bahasa Melayu untuk dijadikan
sebagai bahasa ilmu ataupun bahasa pengantara dalam sektor pendidikan. Oleh hal
yang demikian, tertubuhnya pelbagai organisasi dan timbulnya semangat perjuangan
tokoh-tokoh bahasa untuk memperkasakan lagi bahasa Melayu sebelum mencapai
kemerdekaan dan selepas mencapai kemerdekaan. Kedua-dua zaman ini mempunyai
objektif yang sama iaitu memartabatkan bahasa Melayu agar terus berdiri teguh
setaraf dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.

3.1 BAHASA MELAYU PRAMERDEKA

Sebelum Tanah Melayu di bawah pemerintahan pihak penjajah seperti kuasa
British, Bahasa Melayu itu sendiri memainkan peranan yang penting sebagai bahasa
pengantar ataupun bahasa berkomunikasi dalam kalangan penduduk di Tanah
Melayu. Sepertimana yang kita sedia maklum, bahasa Melayu pramerdeka merujuk
kepada penggunaan bahasa Melayu sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Setelah British mula menjajah Tanah Melayu, Bahasa Melayu telah dikembangkan
fungsinya dengan menjadi bahasa rasmi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu
Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan serta di Negeri-negeri Melayu tidak
Bersekutu seperti Johor, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Selain itu, bahasa Melayu
tidak hanya menjadi bahasa pengantar akan tetapi menjadi wahana untuk
mengembangkan karya penulisan serta digunakan untuk menyampaikan maklumat
kepada semua penduduk yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pertuturan ataupun berkomunikasi.Sebelum menjelangnya kemerdekaan,ternyata
bahasa Melayu telah dianggap penting kerana sifatnya yang boleh menyatukan
semua rakyat ataupun sebagai alat perpaduan.Hal ini telah membawa kepada
perjuangan semangat nasionalisme masyarakat di Tanah Melayu yang semakin
memuncak kerana menginginkan kedaulatan tanah air khususnya dalam bidang

34

pendidikan dan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.Pada tahun
1950,terbentuknya pertubuhan yang memperjuangkan bahasa Melayu sehingga
tahun 1957 iaitu Anggota Sasterawan 50 atau lebih dikenali dengan panggilan
ringkasnya ASAS 50. Pertubuhan yang ditubuhkan di Singapura ini telah diasaskan
oleh beberapa orang tokoh iaitu Muhammad Arif Ahmad, Kamaludin Muhammad,
Hamzah Hussein, Rosmera dan Jimmy Asmara. Matlamat yang ingin dicapai oleh
mereka menerusi pertubuhan ini ialah ingin mempertingkatkan isu bahasa dan kualiti
ilmu kesusasteraan Melayu. Seterusnya, memelihara kepentingan, hak dan kebajikan
penulis dan pengarang serta menerapkan konsep penulisan yang baharu.

Dalam mencapai matlamat iaitu mempertingkatkan isu bahasa dan kualiti ilmu
kesusasteraan Melayu, ASAS 50 telah berazam menjadikan matlamat tersebut
sebagai hala tuju kepada pencapaian kemerdekaan, keadilan sosial dan peningkatan
daya intelektual dalam kalangan penduduk. Bagi membuktikan mereka benar-benar
untuk memajukan bahasa ibunda ini serta kesusasteraannya, ASAS 50 telah berjaya
menghasilkan satu bentuk karangan penulisan berbentuk cerpen dan sajak dengan
temanya yang bersifat kritikan kepada masyarakat khususnya golongan atasan demi
membela nasib mereka yang berada pada golongan bawahan seperti petani, buruh
dan nelayan yang ditindas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Walaupun
setiap karya tersebut mendapat tentangan dan juga memiliki beberapa kekurangan,
namun usaha sederap ini membuatkan mereka berjaya memartabatkan nilai
kesusasteraan Melayu menerusi majalah dan akhbar. Selepas tamatnya perang dunia
kedua, ASAS 50 telah memodenkan kesusasteraan Melayu dan tertubuhnya ASAS
50 2002. Selanjutnya, ASAS 50 lebih mementingkan pemodenan dan perkembangan
Bahasa Melayu menerusi usaha sama dalam bidang politik. Kesusasteraan bahasa
Melayu diluaskan peranannya menjadi bahasa Kebangsaan tanah air. Namun begitu,
sistem bahasa ini dikatakan tidak mencapai tahap yang boleh diterima pakai kerana
perkembangannya tidak diselaraskan dengan sistematik serta belum dipiawaikan.
Selain itu, kelemahannya lebih ketara dalam aspek tatabahasa apabila sistem ini
masih menggunakan tatabahasa Za’ba beserta dengan sistem ejaan Za’ba dan sistem
ejaan Kongres. Dengan menekankan konsep perjuangan, Angkatan Sasterawan 50
menerusi peranan penulisnya telah mengeluarkan tema yang bertajuk “Seni untuk
masyarakat” dan “Seni untuk seni”. Memandangkan semua ahli dalam ASAS 50 ini
adalah merupakan wartawan yang berkhidmat di beberapa syarikat seperti Utusan

35

Melayu, Berita Harian dan juga beberapa majalah yang lain telah menyebabkan
konsep “Seni untuk masyarakat” lebih mendominasi berbanding “Seni untuk seni”.
Malah, mereka telah melaksanakan konsep perjuangan itu dalam bentuk penulisan
cerpen, sajak dan karya seni yang berkait rapat dengan isu bahasa menerusi media
cetak. Kesannya, karya penulisan tersebut dapat menjadi sumber semangat kepada
golongan bawahan kerana tema-tema yang terkandung di dalam karya itu dapat
mengangkat martabat dan maruah mereka di samping menjadi titik utama kepada
mencapai kemederkaan.

Dengan segala usaha dan juga matlamat yang dibawa oleh ASAS 50 telah
mempengaruhi guru-guru Melayu untuk menubuhkan sebuah badan yang dikenali
sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. Mereka telah merancang
untuk menjalankan perjumpaan antara guru-guru Melayu yang dijalankan di Kelab
Kota Raja, Singapura pada tanggal 1 Oktober 1950. Majlis perjumpaan yang diatur
oleh Cikgu Mahmud Ahmad bersama-sama dengan Kesatuan Guru-guru Melayu
Singapura (KGMS) itu dilaksanakan dengan tujuan menubuhkan satu kumpulan yang
mampu membanting tulang memajukan Bahasa Melayu. Pihak kerajaan telah
bersetuju bagi mengesahkan dan mendaftar pertubuhan ini pada 26 April 1951.
Sememangnya penubuhan Lembaga Bahasa Melayu (LBM) ini sedikit sebanyak
dilihat menjadi penyambung kepada konsep yang dipegang oleh Angkatan
Sasterawan 50 iaitu konsep perjuangan dalam memperkukuhkan lagi kedudukan dan
taraf bahasa Melayu. Melalui penerbitan Berita Lembaga yang hanya disampaikan
kepada ahli-ahlinya sahaja serta diedarkan dalam empat keluaran itu tidak membawa
kepada pembaharuan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu akan tetapi
bermula tahun 1950 mendapati perkembangannya dan peningkatan penghasilan
buku-buku tatabahasa Melayu. Hal ini bererti penulis Melayu semakin bertambah
minat dalam menciptakan hasil karya mereka. Pada tahun 1956, Biro Terjemahan
Melayu telah mengeluarkan buku-buku yang dijadikan sebagai bahan pelajaran
bahasa Melayu seperti “Ilmu mengarang Melayu” dan “Pelita Bahasa Melayu” iaitu
merupakan hasil karya tulisan Za’ba.

Pada tanggal 12 dan 13 April 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
telah dijalankan yang bertempat di Hotel Sea View, Singapura dengan matlamat untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bukan itu sahaja,
persuratan Melayu perlu diterapkan dengan tulisan Rumi dan Jawi sehingga

36

waujudnya keputusan lain yang diusulkan nanti. Pada tanggal 1 dan 2 Januari 1954,
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang kedua telahpun diadakan di Sekolah
King George, Seremban untuk mewujudkan hubungan dua hala antara ahli persuratan
Melayu dengan Indonesia,dan menginginkan sebuah Majlis rasmi seperti Majlis
Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, serta
Majlis Mesyuarat Bandaran yang mengimplementasikan bahasa Melayu secara
seimbang. Seterusnya, menjadikan bahasa Melayu sebagai keutamaan bagi setiap
ketua jabatan dan mengadakan satu penghargaan bagi mereka yang menghasilkan
karangan-karangan yang cemerlang pada setiap tahun. Selanjutnya, tulisan Rumi
diterapkan ke dalam sebuah kamus yang lengkap dan pencapaian yang tinggi dalam
bahasa Melayu dijadikan kriteria yang wajib ada pada juruhebah radio dan wakil
daripada Kongres Pesuratan Melayu dilantik menjadi Jawatankuasa Penapis Filem
yang berkebolehan untuk memartabatkan bahasa ibunda menerusi filem. Angkatan
Sasterawan 50 mula memberikan cadangan kepada pihak berkewajipan dalam
menjadikan tulisan Rumi sebahagian daripada bahasa Melayu pada tahun 1954.
Bermula 16 sehingga 21 September 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
telah dijalankan di Johor Bahru dan Singapura. Perjumpaan pada kali ini dihadiri lebih
kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan
persuratan Melayu seluruh negara. Menerusi hasil perjumpaan ini, maka terbentuknya
sebuah badan yang dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang
memainkan peranan yang penting dalam memelihara hal ehwal persuratan Melayu
yang diharapkan agar identiti bahasa Melayu dapat dipertahankan dan melebarkan
tradisi dan budaya masyarakat di Tanah Melayu suatu hari nanti. Malah, Dewan
Bahasa dan Pustaka juga berfungsi untuk mengenalpasti, menyiasat, menyelidik,
mengumpul semula dan memperhalus segala hasil kesusasteraan Melayu sejak
zaman prasejarah lagi. Tambahan pula, mereka juga berpendapat bahawa bahasa
kebangsaan perlu ditingkatkan melalui aktiviti pendidikan dan persekolahan. Dewan
Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan
di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor (Penubuhan Balai Pustaka, 2008). Penubuhan
itu bergerak seiring dengan masyarakat yang mula melaungkan perjuangan dan
semangat kemerdekaan tanah air pada tanggal 22 Jun 1956. Dewan Bahasa dan
Pustaka mula mengorak langkah dengan berusaha menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan mengembangkannya serta diangkat sebagai
bahasa rasmi dalam sebuah negara bangsa yang merdeka. Sebaik sahaja

37

Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dengan adanya perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, maka pada tahun 1949, operasi Dewan Bahasa dan Pustaka mula
berpindah ke ibu kota iaitu Kuala Lumpur dan terletak di bangunan bekas Wad
Hospital Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur. Sementara itu, DBP diiktiraf menjadi
Badan Berkanun menerusi Akta Parlimen pada tahun 1959. DBP mempunyai kuasa
untuk menggubal dasar-dasarnya dengan lebih khusus dan mengatur strategi dalam
membina dan membangunkan kesusasteraan bahasa Melayu dengan lebih jitu dan
mantap. Hal ini sudah pasti akan memberikan peluang seluas-luasnya kepada kita
untuk bersama-sama memperjuangkan bahasa Melayu agar mampu bersaing dengan
bahasa yang lain serta menghadapi cabaran globalisasi yang kita sedang hadapi
sekarang.

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan berdiri megah sekiranya tiada matlamat
yang ingin direalisasikan. Maka, DBP telah mula menyusun perancangan dalam
memartabatkan bahasa Melayu. DBP menginginkan bahasa Melayu ini bukan sahaja
dijadikan bahasa kebangsaan akan tetapi bahasa Melayu ini juga dapat diperkayakan
dan dimajukan seiring dengan perkembangan semasa. Selain itu,masyarakat perlu
membina kemahiran dan bakat mereka dalam bidang kesusasteraan Melayu
terutamanya dalam bahasa kebangsaan. Selanjutnya, menyeragamkan sistem ejaan
dan bunyi sebutan serta menggubal istilah-istilah tertentu dalam bahasa Melayu. Di
samping itu, DBP menjadi sumber utama dalam pernerbitan dan percetakan hasil-
hasil penulisan seperti buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain lagi tidak kira dalam
bahasa Melayu ataupun bahasa lain. Sebagaimana yang kita telah ketahui, ASAS 50
menekankan konsep perjuangan mereka dalam memartabatkan bahasa Melayu dan
usaha ini masih lagi diteruskan dengan mengemukakan cadangan yang berguna
seperti isu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam kalangan penduduk dan
pelajar di sekolah-sekolah rendah sehingga ke peringkat institut tinggi pada 15
Disember 1954. Dewan Bahasa dan Pustaka mula berpindah pada 31 Januari 2002
dan sekarang terletak di Jalan Wisma Putra. Peranan DBP pada kali ini amat penting
dalam membina sebuah komuniti di Malaysia yang berilmu pengetahuan khususnya
dalam bahasa Malaysia. Dunia pendidikan dilihat tidak begitu mengutamakan
kedudukan bahasa Melayu sebelum tahun 1956. Namun, ketika sekolah-sekolah
Melayu telah dijadikan sebahagian daripada organisasi Penang Free School (1819)

38

yang menjadikan sekolah Melayu di Gelupur sebagai sekolah Melayu tertua di
Malaysia menyebabkan bahasa Melayu telah berjaya memasuki dunia pendidikan dan
sistem pendidikan pada masa itu lebih mementingkan pengajaran agama seperti
peraturan ataupun hukum dalam agama Islam serta membaca kitab suci Al-Quran.

Sebaik sahaja Persekutuan Tanah Melayu telah diberikan kuasa untuk
membentuk pemerintahan sendiri, Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau lebih
dikenali sebagai Penyata Razak 1956 mula ditubuhkan pada bulan September 1956.
Penubuhan ini menjadi dasar utama untuk merealisasikan matlamat dalam
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jawatankuasa ini tegak
berdiri selepas daripada hasil penilaian Jawatankuasa Pelajaran yang ditubuhkan
pada September 1955 dan diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran ketika itu
iaitu Dato’ Abdul Razak Bin Hussein. Jawatankuasa ini telah selesai menyiapkan
tugas-tugas mereka dalam penyediaan laporan sebagai Penyata Jawatankuasa 1956
pada 14 April 1956.

Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan mula dijalankan di sekolah-sekolah
Melayu semasa pemerintahan pihak British dan dijadikan sebagai bahasa pengantar
dan mata pelajaran khusus sejak 1900 di maktab perguruan dengan menjadikan hasil
karya penulisan Za’ba yang berbentuk tiga jilid seperti Ilmu Mengarang Melayu dan
Daftar Ejaan Melayu sebagai sumber rujukan. Zaman Pramerdeka yang bermula
sebelum tahun 1957 memperlihatkan tertubuhnya beberapa lagi jawatankuasa yang
mampu menyelidik dan mengkaji keberkesanan sistem persekolahan dan
menghasilkan beberapa laporan seperti Laporan Barnes (1951), Laporan Fen-Wuu
(1951), Ordinan Pelajaran (1952) dan Laporan Razak (1956). Setiap laporan ini
mempunyai peranannya yang tersendiri dalam memantapkan lagi bahasa Melayu
khususnya dalam bidang pendidikan.

Pertama sekali, Laporan Barnes (1951) mula ditubuhkan pada tahun 1950. L.
J Barnes menjadi pengerusi dalam laporan tersebut. Sepertimana yang kita lihat,
nama laporan tersebut diambil daripada nama pengerusinya sendiri. Laporan Barnes
telah mengemukakan beberapa cadangan iaitu pelajar Melayu dapat meningkatkan
pencapaian mereka di sekolah vernakular dan juga dalam bahasa Inggeris.

39

Seterusnya, laporan ini juga menitikberatkan peningkatan kualiti guru,pencapaian
pedagogi pelajar di maktab dan mewujudkan kokurikulum latihan guru yang lebih
sesuai. Selanjutnya, mengemukakan idea yang mampu memperbaiki sistem
pentadbiran menerusi dua cara iaitu membangunkan Penguasa Pendidikan
Tempatan ataupun badan tempatan dengan kedua-dua mempunyai fungsi yang
sama. Di samping itu, laporan ini juga berpendapat bahawa sekolah kebangsaan yang
menjadikan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Salah
satu daripada kedua-dua bahasa ini yang dijadikan bahasa pengantar,secara
automatiknya bahasa yang satu lagi akan menjadi bahasa kedua. Laporan Barnes
mempunyai matlamat yang begitu besar dalam mewujudkan sekolah Melayu untuk
menjadikan sebuah masyarakat yang cemerlang dari segi pengetahuan dan
kemahiran dan masyarakat Melayu dapat dirangsangkan ataupun digalakkan untuk
mencapai kedudukan yang setaraf dengan kaum yang lain dalam sebuah masyarakat
yang majmuk dan mencipta kewarganegaraan atau sebuah negara yang mempunyai
kepelbagaian kaum yang saling bersatu padu. Namun begitu, Laporan Barnes tidak
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaum cina kerana mereka tidak
bersetuju dengan pembubaran pendidikan vernakular cina. Natijahnya, Laporan
Barnes terpaksa digantikan dengan Laporan Fenn-Wu.

Laporan Fenn-Wu ditubuhkan sejurus selepas berlakunya penentangan
daripada kaum Cina yang tidak bersependapat dengan cadangan yang dikemukakan
dalam Laporan Barnes (1951). Menerusi laporan ini, jurang perbezaan antara kaum
dapat dikurangkan dengan usaha membentuk sebuah pendidikan yang tidak bersifat
perkauman. Namun, Laporan Barnes telah mengetepikan fungsi bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Menurut Laporan Fenn-Wu, bahasa Melayu merupakan
bahasa yang mudah untuk dipelajari kerana kaum Cina telah memiliki pengalaman
mengenai bahasa Melayu melalui kebiasaan pertuturan mereka dalam pergaulan
seharian. Satu Jawatankuasa khas telah dibentuk dalam mempertimbangkan dan
juga mencari jalan penyelesaian mengenai cadangan kedua-dua laporan iaitu
Laporan Barnes (1951) dan Laporan Fenn-Wu.

Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) telah meluluskan pembentukan
Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali sebagai Ordinan Pelajaran 1952 pada tanggal

40

21 November 1952. Penubuhan ini telah mengubah struktur sistem pelajaran di
Malaysia. Penyata ini ditubuhkan dengan matlamat yang begitu jelas dan utuh. Setiap
individu dapat memanfaatkan pengetahuan, kemahiran dan juga perwatakan yang
baik. Seterusnya, masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum digalakkan
dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Selain itu, membentuk masyarakat
yang mampu bersatu padu walaupun terdapat perbezaan di antara mereka. Setiap
matlamat ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa usaha yang kukuh. Oleh itu,
Ordinan Pelajaran 1952 telah melancarkan satu dasar dan memperbaharui sistem
pelajaran. Antara Inti pati yang terdapat dalam penyata ini ialah sekolah-sekolah
kebangsaan akan ditubuhkan dalam dua jenis bentuk pendidikan iaitu sekolah yang
beraliran bahasa Inggeris dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagi mata pelajaran
yang wajib dan sekolah yang beraliran Melayu dengan mata pelajaran bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua. Mata pelajaran yang lain seperti bahasa Cina dan
Tamil yang dijadikan bahasa perantara juga boleh disediakan dalam sistem pelajaran
tetapi dengan syaratnya iaitu perlu mempunyai 15 orang pelajar atau lebih mengikut
kesesuaian bahasa perantara yang dijalankan. Warganegara yang berumur 6
sehingga 12 tahun diwajibkan mendapat pelajaran secara percuma yang diberikan
oleh pihak kerajaan selama 6 tahun. Setelah tamat pengajian, mereka diberi peluang
untuk menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah ataupun vokasional
berdasarkan kelayakan dan pencapaian mereka. Menurut Penyata Pelajaran 195
(2008), dalam perbahasan untuk melulusakan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C
Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk
mengukuhkan asas perpaduan di negara serta menggambarkan sistem pendidikan
“vernakular” moden dan membentuk kokurikulum pelajaran mengikut keperluan dan
keadaan ketika itu.

Laporan Razak 1956 mula ditubuhkan pada 6 Mei 1956. Dato’ Abdul Razak Bin
Dato’ Hussein selaku pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengemukakan
perkara-perkara yang dicadangkan dalam Jawatankuasa Pelajaran 1956. Laporan
Razak 1956 ingin mewujudkan satu sistem peraturan pelajaran kebangsaan sebagai
wadah dalam menyatukan semua murid walaupun mereka berbeza kaum dan dengan
menggunakan peraturan yang boleh diamalkan oleh semua kaum di samping
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara cadangan yang
telah membawa perubahan yang besar terhadap sistem pelajaran ialah sekolah-

41

sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan India tetap diteruskan
untuk mencapai kemajuan selain penubuhan sekolah-sekolah rendah yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sistem pelajaran di Tanah
Melayu disusun semula dan memberikan sukatan pendidikan yang sama bagi setiap
sekolah. Tidak dilupakan juga, kedudukan guru-guru dan nazir-nazir di sekolah akan
disatukan dalam satu kumpulan perkhidmatan dan gelaran guru Sekolah Melayu, Cina
dan Tamil tidak lagi digunakan. Bahasa Melayu dititikberatkan bagi menjadikannya
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di setiap sekolah. Hal ini
membuktikan bahawa mata pelajaran bahasa Melayu menjadi kriteria yang mesti ada
untuk mendapatkan bantuan di setiap sekolah dan harus menjadi bidang yang
dipelajari oleh semua pelajar. Institut yang menjalankan bidang bahasa khususnya
bahasa Melayu perlu ditubuhkan agar mampu melahirkan guru-guru bahasa Melayu
yang mantap dan berkualiti serta melakukan penyelidikan yang lebih mendalam
mengenai penggunaan bahasa yang wujud di Tanah Melayu. Jawatankuasa ini juga
berpendapat bahawa Kementerian Pelajaran perlu diwujudkan untuk membina satu
misi dan visi yang boleh meningkatkan mutu dan kualiti sekolah-sekolah di samping
mewujudkan sistem pentadbiran pelajaran yang licin di Persekutuan Tanah Melayu.
Sistem peperiksaan seperti Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan
Tanah Melayu diperkenalkan di semua sekolah menengah, menyelaras atau
memajukan pelajaran teknik dan mewujudkan pelajaran menengah lanjutan.

Penyata Razak 1956 amat mengutamakan semua sekolah perlu mengamalkan
sikap yang lebih ke arah Tanah Melayu. Setiap sekolah juga mesti menggunakan
sukatan pelajaran yang sama pada semua sekolah dan berusaha mencari
penyelesaian yang boleh menjaga kedudukan bahasa Melayu dan meningkatkan ilmu
pengetahuan dalam bahasa Melayu dalam diri setiap warganegara. Secara
kesimpulannya, semua cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak
ini adalah salah satu titik permulaan dalam proses pendidikan tanah air yang
membawa kepada wujudnya Dasar Pelajaran Kebangsaan yang sudah pasti mampu
melahirkan semua masyarakat yang maju dan bitara serta sentiasa Bersatu tidak kira
ketika susah dan juga senang tanpa melihat jurang perbezaan antara satu sama lain.

42

Sebuah badan yang dikenali sebagai Pejabat Karang Mengarang mula
ditubuhkan pada tahun 1924 yang terletak di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).
Penubuhan badan ini diasaskan oleh beberapa orang tokoh iaitu O. T. Dussek dan
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). Pada tahun 1957, merupakan tahun terakhir
pengoperasian Pejabat Karang Mengarang ini kerana peranannya telah diambil alih
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Matlamat penubuhan badan ini ialah mampu
menerbitkan dan mengeluarkan buku-buku dalam bahasa Melayu di setiap sekolah
dan jurnal bergambar yang mampu menjadi sumber bahan bacaan bagi orang Melayu.
Seterusnya, kawasan luar bandar juga tidak terkecuali dalam menimba ilmu kerana
badan ini menyediakan kemudahan perpustakaan bergerak.

Pada tahun 1888, tertubuhnya sebuah organisasi yang dikenali sebagai
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu yang berpusat di Johor
Bahru.Pakatan ini telah diasaskan menerusi idea oleh Dato Seri Diraja Abdul Rahman
Andak bersama rakan seperjuangnya iaitu Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi. Pakatan
ini telah mengubah namanya kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-
buku Diraja pada tanggal 7 April 1934. Penubuhan ini bertujuan untuk menyusun,
melindungi, memperbaharui serta memperlengkap Bahasa Melayu. Seterusnya,
lazimnya mengadakan dan mengatur program seperti ceramah dan perbincangan
mengenai masalah yang sering dilakukan oleh masyarakat dalam bahasa Melayu
seperti isu ejaan. Selain itu, menubuhkan perpustakaan yang boleh dijadikan sebagai
wahana dalam membudayakan amalan membaca. Wujudnya penghasilan bahan
bacaan iaitu majalah Peredar dan buku-buku seperti Jalan Basa Melayu (1937), Buku
Katan (1936-1937), Perihal Tanah Jawa (1939) dan Peribahasa (1930) serta mencipta
istilah hasil daripada penterjemahan bahasa asing seperti pejabat (office) dan
setiausaha (secretary).

43
Rajah 1.0 Pejabat Karang Mengarang

Berpusat di Pakatan 44
Johor Bahru Belajar
Mengajar Diasaskan menerusi
Pengetahuan idea oleh Dato Seri
Bahasa Diraja Abdul Rahman
Andak bersama rakan
Melayu seperjuangnya iaitu
Dato’ Muhammad
Mengubah namanya Ibrahim Munsyi.
kepada Pakatan Bahasa
Melayu dan Persuratan
Buku-buku Diraja pada
tanggal 7 April 1934.

Menyusun, TUJUAN PENUBUHAN Menubuhkan
melindungi, perpustakaan yang boleh
memperbaharui serta dijadikan sebagai wahana
memperlengkap dalam membudayakan
Bahasa Melayu. amalan membaca.

Mengadakan dan penghasilan bahan bacaan
mengatur program seperti *majalah Peredar
ceramah dan * buku-buku
perbincangan mengenai - Jalan Basa Melayu (1937)
masalah yang sering -Buku Katan (1936-1937)
dilakukan oleh masyarakat -Perihal Tanah Jawa (1939)
dalam bahasa Melayu -Peribahasa (1930)
seperti isu ejaan. *mencipta istilah hasil daripada
penterjemahan bahasa asing
-pejabat (office)
- setiausaha (secretary)

Pejabat Karang 45
Mengarang
Pada tahun 1957,merupakan
Ditubuhkan pada tahun Diasaskan oleh beberapa tahun terakhir pengoperasian
1924 yang terletak di orang tokoh iaitu O.T. Pejabat Karang Mengarang ini
Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI). Dussek dan Zainal Abidin kerana peranannya telah
Ahmad (Za’ba). diambil alih oleh Dewan Bahasa

Mampu menerbitkan dan Pustaka.
dan mengeluarkan buku-
Kawasan luar bandar
buku dalam bahasa juga tidak terkecuali
Melayu di setiap dalam menimba ilmu
sekolah,dan jurnal kerana badan ini
menyediakan
bergambar yang mampu kemudahan
menjadi sumber bahan perpustakaan
bergerak.
bacaan bagi orang
Melayu.

LAPORAN BARNES Nama laporan 46
tersebut diambil
-Ditubuhkan pada daripada nama Matlamat
tahun 1950.
pengerusinya -mewujudkan sekolah Melayu untuk
-L. J Barnes menjadi sendiri menjadikan sebuah masyarakat yang
pengerusi dalam cemerlang dari segi pengetahuan dan
laporan tersebut.
kemahiran
Laporan ini juga - masyarakat Melayu dapat
menitikberatkan dirangsangkan ataupun digalakkan
peningkatan kualiti untuk mencapai kedudukan yang
guru, pencapaian setaraf dengan kaum yang lain dalam
pedagogi pelajar di sebuah masyarakat yang majmuk
-mencipta kewarganegaraan atau
maktab dan sebuah negara yang mempunyai
mewujudkan kepelbagaian kaum yang saling
kokurikulum latihan
guru yang lebih sesuai. bersatu padu

Laporan ini juga Salah satu daripada
berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini
sekolah kebangsaan yang dijadikan bahasa

yang menjadikan pengantar, secara
bahasa Melayu atau automatiknya bahasa
bahasa Inggeris sebgai
bahasa pengantar. yang satu lagi akan
menjadi bahasa kedua.
Mengemukakan idea yang
Mengemukakan mampu memperbaiki
beberapa sistem pentadbiran
cadangan menerusi dua cara iaitu

membangunkan Penguasa
Pendidikan Tempatan

ataupun badan tempatan
dengan kedua-dua

mempunyai fungsi yang
sama.


Click to View FlipBook Version