The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqjb03, 2021-12-08 01:00:12

E-PORTFOLIO BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

EDUCATION

LAPORAN FENN-WU 47

Ditubuhkan sejurus Jurang perbezaan Menagatakan Bahasa
selepas berlakunya antara kaum dapat Melayu merupakan
dikurangkan dengan bahasa yang mudah untuk
penentangan usaha membentuk dipelajari kerana kaum
daripada kaum Cina sebuah pendidikan yang Cina telah memiliki
pengalaman mengenai
yang tidak tidak bersifat bahasa Melayu melalui
bersependapat perkauman. kebiasaan pertuturan
dengan cadangan mereka dalam pergaulan
yang dikemukakan
dalam Laporan seharian.
Barnes (1951).

48

Ditubuhkan
pada 6 Mei
1956.

LAPORAN RAZAK MATLAMAT:-

-mewujudkan satu sistem peraturan pelajaran kebangsaan sebagai wadah
dalam menyatukan semua murid walaupun mereka berbeza kaum dan
dengan menggunakan peraturan yang boleh diamalkan oleh semua kaum.

- menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

-mengutamakan semua sekolah perlu mengamalkan sikap yang lebih ke arah
Tanah Melayu.

-setiap sekolah juga mesti menggunakan sukatan pelajaran yang sama pada
semua sekolah dan berusaha mencari penyelesaian yang boleh menjaga
kedudukan bahasa Melayu dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
bahasa Melayu dalam diri setiap warganegara.

Antara cadangan yang telah membawa perubahan yang besar terhadap sistem
pelajaran:-

- sekolah-sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan India tetap
diteruskan untuk mencapai kemajuan selain penubuhan sekolah-sekolah rendah
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

-Sistem pelajaran di Tanah Melayu disusun semula dan memberikan sukatan
pendidikan yang sama bagi setiap sekolah.

- kedudukan guru-guru dan nazir-nazir di sekolah akan disatukan dalam satu
kumpulan perkhidmatan dan gelaran guru Sekolah Melayu, Cina dan Tamil tidak
lagi digunakan.

-Bahasa Melayu dititikberatkan bagi menjadikannya sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa pengantar di setiap sekolah.

- Institut yang menjalankan bidang bahasa khususnya bahasa Melayu perlu
ditubuhkan.

- Kementerian Pelajaran perlu diwujudkan untuk membina satu misi dan visi yang
boleh meningkatkan mutu dan kualiti sekolah-sekolah di samping mewujudkan
sistem pentadbiran pelajaran yang licin di Persekutuan Tanah Melayu.

- Sistem peperiksaan seperti Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan
Tanah Melayu diperkenalkan di semua sekolah menengah, menyelaras atau
memajukan pelajaran teknik dan mewujudkan pelajaran menengah lanjutan.

Ordinan Pelajaran 1952 49

Diluluskan oleh Mengubah struktur Setiap individu Masyarakat
Majlis Perundangan sistem pelajaran di dapat majmuk yang
Persekutuan (MPP) terdiri daripada
Malaysia. memanfaatkan pelbagai kaum
pada tanggal 21 pengetahuan, digalakkan dapat
November 1952. kema-hiran dan menyesuaikan
juga perwatakan diri antara satu

yang baik. sama lain.

Sekolah-sekolah kebangsaan akan Ordinan Pelajaran Membentuk
ditubuhkan dalam dua jenis bentuk 1952 telah masyarakat yang
mampu bersatu
pendidikan:- melancarkan satu padu walaupun
dasar dan terdapat perbezaan
- sekolah yang beraliran bahasa di antara mereka.
Inggeris dengan menjadikan Bahasa memperbaharui
Melayu sebagi mata pelajaran yang sistem pelajaran

wajib Warganegara yang Mereka diberi
berumur 6 sehingga peluang untuk
- sekolah yang beraliran Melayu 12 tahun diwajibkan menyambung
dengan mata pelajaran bahasa mendapat pelajaran pelajaran ke
Inggeris sebagai bahasa kedua. peringkat sekolah
secara percuma menengah ataupun
Mata pelajaran yang lain yang diberikan oleh
seperti bahasa Cina dan vokasional
pihak kerajaan berdasarkan
Tamil yang dijadikan selama 6 tahun. kelayakan dan
bahasa perantara juga pencapaian mereka.
boleh disediakan dalam
sistem pelajaran tetapi Menurut Penyata Pelajaran 195 (2008),
dalam perbahasan untuk melulusakan
dengan syaratnya:- Penyata Pelajaran 1952, Datuk E. E. C

• perlu mempunyai Thuraisingam menyatakan penyata
15 orang pelajar pelajaran itu adalah bertujuan untuk
atau lebih
mengikut mengukuhkan asas perpaduan di
kesesuaian negara serta menggambarkan sistem
bahasa perantara pendidikan “vernakular” moden dan
yang dijalankan. membentuk kokurikulum pelajaran
mengikut keperluan dan keadaan ketika

itu.

50

3.2 BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA
Pascamerdeka atau lebih dikenali dengan zaman selepas merdeka.Zaman
pascamerdeka ini bermula selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 sehinggalah tahun 1967. Merujuk kepada Perkara 152
Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu telah termaktub dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan di Tanah Melayu. Dalam hal ini, bahasa Melayu yang telah dirasmikan
sebagai bahasa kebangsaan dan mestilah dituliskan dalam apa-apa sahaja bentuk
tulisan sepertimana yang terkandung dalam undang-undang oleh parlimen dengan
syarat-syarat tertentu. Antara syarat tersebut ialah tiada satu individu yang boleh
dilarang atau ditahan perbuatannya daripada menggunakan bagi apa-apa makna,
selain maksud rasmi ataupun mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Seterusnya,
perkara yang terkandung dalam Fasal ini tidak boleh menyentuh hak Kerajaan
Persekutuan ataupun mana-mana hak Kerajaan Negeri demi menjaga kesejahteraan
penggunaan bahasa serta pengajiannya bagi mana-mana kaum yang lain di Tanah
Melayu. Sepertimana yang kita ketahui, sejak Persekutuan Tanah Melayu telah
mencapai kemerdekaan dan berpeluang untuk membentuk satu pemerintahan yang
mengikut acuan sendiri, Suruhanjaya Reid telah meletakkan dasar yang begitu tinggi
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana jumlah penduduk yang bertutur dalam bahasa Melayu pada waktu
itu sangat besar. Menurut kajian mendapati bahawa sebanyak 49.78 peratus
golongan yang dibentuk bahkan kaum Cina mencapai 37.1 peratus, manakala kaum
India pula sebanyak 11 peratus.Selain itu,sifat bahasa Melayu itu sendiri yang
dianggap pribumi dalam kalangan masyarakat menyebabkan pembentukan jati diri
yang unggul dalam diri setiap rakyat di negara ini. Selanjutnya, sistem komunikasi
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara telah lama berlaku dan
tidak menjadi masalah dalam kalangan penduduk. Bahasa Melayu juga telah kian
lama menjadi bahasa dalam sistem pentadbiran di negara ini. Sesungguhnya, bahasa
Melayu yang memainkan peranan yang penting sebagai bahasa kebangsaan dan
menjadi wadah dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
yang berbilang kaum ini jelas terbukti keberkesanannya dan dilihat juga tidak
membantutkan sistem pengajaran bahasa lain serta penggunaannya dalam
kehidupan seharian.Detik 7 Mac 1957, Penyata Razak telah diterima dan diluluskan
secara sepakat oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan. Semua golongan

51

masyarakat dapat menerima baik dengan sistem pelajaran kebangsaan yang
diwujudkan dalam sebuah negara yang merdeka. Selanjutnya, mampu menyediakan
sepenuhnya kehendak masyarakat dan mampu mempertingkatkan lagi sistem
kebudayaan, sosial dan ekonomi ke peringkat kecemerlangan yang boleh
membuktikan bahawa bahasa Melayu itu sebagai bahasa nasional serta sentiasa
melindungi perkembangan aspek budaya dan bahasa kaum yang lain yang menetap
di Persekutuan Tanah Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amat penting peranannya pada zaman
moden ini. Sebaik sahaja DBP mula dijadikan sebagai badan berkanun selepas
parlimen telah meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Hal ini
memberikan kuasa autonomi kepada DBP kerana mampu menggubal dasar tentang
matlamat yang terdapat dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal ini juga bererti
mereka boleh menggubal dasar-dasar sedia ada, merancang dengan bijaksana dalam
membentuk strategi yang bernas untuk membangunkan bahasa dan sastera dan juga
mampu menjalankan perniagaan dan penerbitan buku-buku yang bertepatan dengan
profession penerbitan dan amalan perusahaan yang sentiasa tegak berdiri dan
berkembang. Demi melahirkan rakyat yang mampu menerima bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dengan kepelbagaian kaum yang
wujud dan negara yang baru merdeka, maka satu orientasi telah ditubuhkan.
Misalnya, Gerakan psikologi yang dijalankan dalam program bahasa yang besar
dengan penglibatan rakyat daripada pelbagai kaum. Gerakan ini telah berlangsung
selama tujuh tahun bermula pada tahun 1960-1966 yang melibatkan setiap negara.
Selanjutnya, Minggu Bahasa Kebangsaan juga telah dilancarkan oleh DBP pada 30
Januari 1960 sebagai usaha untuk menjadikan bahasa Melayu salah satu amalan
yang harus dilakukan dalam kehidupan seharian dalam kalangan rakyat. Sebagai
bukti yang kukuh bahawa negara kita menggunakan bahasa yang boleh difahami dan
dipraktikan oleh pelbagai anggota masyarakat sebagai bahasa perantaraan. Di
samping itu, menjadi medium dalam memberikan pendedahan yang mampu
meyakinkan seluruh rakyat bahawa bahasa Melayu memiliki keistimewaannya yang
tersendiri dan menjadi bahasa dalam menimba ilmu pengetahuan serta membuktikan
kepada masyarakat dari seluruh pelosok dunia bahawa bahasa kebangsaan akan
mencapai gelaran bahasa yang kaya raya pada suatu hari nanti dengan kehadiran
generasi baharu dalam membangunkannya. Pelajar juga mendapat kesedaran

52

bahawa bahasa Melayu juga mempunyai bentuk yang khas dan bersifat dinamik yang
mampu menerima segala perbendaharaan kata daripada bahasa asing yang
bersesuaian dengan keperluan bahasa tersebut.

Mahfudz bin Abdul Hamid (1960) menyatakan bahawa:

Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam dua
bentuk iaitu pertama, acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala lapangan; dan yang kedua,
ialah melalui peraduan-peraduan untuk menimbulkan keinginan menyertai
dalam penggunaan dan perkembangan bahasa itu. Dalam menjalankan
acara-acara itu segala tugas dibahagi kepada peringkat-peringkat, iaitu
peringkat daerah, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. (p. 48)

Seminar Bahasa dan Sastera telah dilaksanakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur pada tanggal 15 April 1962 berikutan daripadan anjuran
bersama antara DBP dengan Perpustakaan Universiti Malaya. Tun Haji Abdul Razak
bin Dato’ Hussein selaku Timbalan Perdana Menteri yang merasmikan seminar
tersebut dan juga telah membincangkan sebanyak 50 kertas kerja yang telah
disumbangkan oleh beberapa tokoh bahasa selama empat hari dalam seminar itu.
Antara perkara yang menjadi perbincangan utama ialah bahasa dan kesusasteraan,
ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Hal ini merangkumi segala isu dan
masalah yang berlaku dalam aspek kesusasteraan, pembinaan perpustakaan yang
bermatlamat untuk mengembangkan lagi ilmu kesusasteraan dan persuratan Melayu
yang boleh dijadikan sumber ilmu khususnya dalam bidang pendidikan yang menjurus
kepada pembentukan sebuah masyarakat yang bermutu tinggi.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah berkuatkuasa sepenuhnya pada tanggal
11 April 1963. Hal ini diikuti dengan pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
pada 1 September 1967 selepas 10 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Implikasinya, pada 1 Julai 1971, kedua-dua akta tersebut telah digabungkan bersama
menghasilkan nama baharu iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Pindaan 1967).

Rundingan dalam mencapai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia-
Indonesia telah dijalankan pada 27 Jun 1967 dan melibatkan pertemuan antara
Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin
Ismail selaku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Team Ahli Bahasa

53

Komando Tertinggi Indonesia (KOTI) yang dipengerusikan oleh Nyonya S. W.
Ruddjiati Muljadi. Rundingan ini mengemukakan hasrat untuk mencapai sebuah
sistem ejaan yang baharu bersifat ilmiah, praktikal serta sesuai untuk kedua-dua
bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Rundingan tersebut dapat
digambarkan dengan ikatan persaudaraan yang begitu kukuh dan harmoni. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap pendapat dan hujah yang diutarakan dapat dibahas
oleh kedua-dua belah pihak secara ilimiah dan mendalam. Natijahnya, mereka sebulat
suara dalam mengembangkan ejaan menerusi dua bahasa yang berbeza kerana
perkara itu dianggap adalah wajar dan sesuai dengan kehendak kemampuan ilmiah
dan keperluan praktikal. Malah, hubungan kedua-dua bahasa dapat direalisasikan
dan hal ini mesti diperkukuh lagi menerusi pelbagai medium tidak kira secara tulisan
mahupun lisan.Secara tidak langsung,Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia dapat
dilaksanakan pada tahun 1967. Pelbagai kempen yang telah dijalankan menerusi
akhbar, radio, televisyen, majalah dan juga ceramah yang dianjurkan oleh DBP untuk
memberikan kefahaman dan penjelasan mengenai Ejaan Bersama kepada seluruh
rakyat.

Pada tahun 1967, bahasa Melayu telah diwajibkan menjadi bahasa rasmi yang
tunggal dalam semua urusan rasmi negara sepertimana yang termaktub dalam Akta
Bahasa Kebangsaan 1967 yang telah diluluskan oleh Parlimen. Hal ini telah
mengubah dasar-dasar terdahulu kerana bahasa Melayu telah menggantikan tempat
bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Kedudukan bahasa Melayu menjadi lebih
kukuh selepas DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah
mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi Persekutuan Malaysia
pada tanggal 1 September 1967 dan pada masa yang sama Surat Pekeliling Am no.
12 tahun 1967 telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi menetapkan
bahawa bermula Tarikh tersebut hanya bahasa Melayu yang diimplementasi dalam
semua acara rasmi yang dilaksanakan kecuali urusan di Parlimen, Dewan-Deawn
Negeri dan Mahkamah yang dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris mengikut
dasar yang termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Peristiwa bersejarah ini
berlaku kerana tindakan daripada pihak Parlimen yang telah meluluskan Rang
Undang-undang bahasa Melayu dalam sidangnya yang berlangsung pada pada bulan
Mac 1967. Bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa rasmi yang tunggal merupakan
satu titik permulaan dalam sejarah kemerdekaan negara. Bukan itu sahaja, sekiranya

54

bahasa Melayu telah dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pihak, maka
kemerdekaan yang kita ingin capai dapat disempurnakan sebagaimana yang
diperkatakan oleh Tunku Abdul Rahman,Perdana Menteri Pertama Malaysia.
Pelbagai kempen dan juga program telah dijalankan seperti Minggu dan Bulan Bahasa
Kebangsaan, perjuangan politik bahasa dan meningkatkan jumlah penghasilan buku-
buku ilmiah dalam bahasa Melayu sebagai uslub untuk memajukan bahasa Melayu.
Oleh itu, kita diperintahkan untuk berusaha dalam mengembangkan dan
memartabatkan bahasa ibunda dengan menggunakan serta memajukannya sebagai
bahasa rasmi negara yang mampu mencapai kemajuan dan peningkatan taraf yang
lebih tinggi. Seterusnya, kerjasama serantau diperlukan untuk memantapkan bahasa
Melayu sehingga ke peringkat antarabangsa. Sebagai contohnya, kerjasama antara
negara Malaysia dan Indonesia menerusi penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-
Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 yang bertujuan untuk melangkah ke era yang
baharu bagi mewujudkan kerjasama kebahasaan antara negara serantau. Malah,
keberkesanan penubuhan ini telah membawa kepada perubahan Majlis Bahasa
Indonesia-Malaysia (MBIM) kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-
Malaysia (MABBIM) selepas negara Brunei menyertai kerjasama ini pada tahun 1985.
Hal ini secara tidak langsung dapat membentuk satu kolobrasi yang utuh antara
negara serantau sekali gus membina masa depan bahasa Melayu yang terus
berkembang maju di rantau ini. Namun begitu, usaha dalam memperkasakan bahasa
Melayu tidak terhenti begitu sahaja bahkan program pengantarabangsaan bahasa
Melayu juga giat dijalankan dalam memperkukuh kerjasama antara negara dari
seantero dunia. Tamsilnya, hubungan kerjasama antara Malaysia dengan China yang
telah lama terjalin tidak kira sama ada dari segi ekonomi mahupun pendidikan.
Menerusi kerjasama ini, China yang menitikberatkan hubungan dua hala dengan
negara-negara Asia khususnya Malaysia telah mula menawarkan pengajian Melayu
pada tahun 1960 yang bertempat di Beijing Foreign Studies University. Kesannya,
sebanyak 16 universiti dan kolej telah menyediakan pengajian Melayu ini. Hal ini
secara tidak langsung memberikan ruang dan peluang kepada orang luar bukan
sahaja mempelajari bahasa Melayu akan tetapi mendalami dan menghayati bahasa
Melayu itu sendiri serta seni, budaya, politik, ekonomi dan sosial yang mampu
melahirkan seorang yang dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara negara.

55

56

4.0 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

Menurut Puteri Roslina dalam artikel cabaran pemerkasaan bahasa Melayu
dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia (2020), bahasa ialah cerminan
budaya,penghubung dengan masa silam,dan penjelmaan keseluruhannya. Hal ini
bermaksud bahawa bahasa merupakan satu penanda aras bagi menunjukkan budaya
ataupun nilai jati diri masyarakat dan bangsa. Selain itu, bahasa memiliki pelbagai
fungsi dalam mengembangkan tradisi budaya mengikut kehendak zaman. Bahasa
Melayu sendiri telah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sepertimana
yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi membina
sebuah negara bangsa yang berdaulat. Termeterainya Akta Pendidikan 1996
menjanjikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah khususnya
dalam bidang pendidikan. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu
menjadi bahasa ilmu dalam memperkasakan lagi budaya dan martabat negara.
Masyarakat Malaysia perlulah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang
mampu mencapai segala matlamat dan aspirasi mereka dalam merealisasikan
kemajuan negara bukan sahaja dari pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga
peningkatan budaya melalui bahasa Melayu. Menurut Asmah (1993) pula,
perancangan sesuatu bahasa sangat penting terutama dalam proses penyatuan
negara dan masyarakat. Dengan kepelbagaian kaum dan budaya negara kita,
sememangnya menjadi kelebihan bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai medium
mengeratkan hubungan silahturahim dan hal ini mewujudkan suasana negara yang
aman dan harmoni dengan adanya keseragaman bahasa dalam kalangan
masyarakat. Pandangan masyarakat terhadap bahasa Melayu yang menyatakan
tiada berkemampuan untuk berdaya saing dengan bahasa asing yang lain dalam
pelbagai aspek perlu ditangkis kerana masyarakat yang tidak berpegang teguh
dengan bahasa merupakan masyarakat yang menghancurkan bangsanya sendiri.
Persoalannya, apakah kita mampu untuk membawa bahasa ibunda kita ke arah yang
pencapaian lebih tinggi yang menempatkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi
khususnya pada era modenisasi ini? Oleh itu, kita haruslah bergabung sinergi dalam
memperkasakan bahasa Melayu agar menjadikannya lebih hebat, kukuh dan terus
mekar lestari walaupun arus pemodenan kuat membadai.

57

4.1 CABARAN BAHASA MELAYU

Menurut Ku Hasnan dalam artikel cabaran pemerkasaan bahasa Melayu dalam
usaha mencapai negara bangsa di Malaysia (2020), bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan bagi Malaysia, Brunei dan Indonesia. Masyarakat Malaysia
menghadapi masalah kerana mereka agak keliru dengan panggilan yang sepatutnya
sama ada “Bahasa Malaysia” ataupun “Bahasa Melayu”. Namun, seperti yang
tertakluk dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mengatakan
bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Beberapa tahun selepas itu,
bahasa Melayu telah digantikan dengan bahasa Malaysia dan hal ini menyebabkan
semua kementeria dan institut pengajian tinggi diarahkan untuk menggunakan istilah
“bahasa Malaysia” dalam surat rasmi, dokumen dan notis. Peralihan ini dikatakan
mempunyai peranannya yang tersendiri kerana mampu mempupuk semangat
perpaduan antara kaum di Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan budaya. Dalam
usaha mencapai negara bangsa, negara Malaysia terpaksa menghadapi pelbagai
masalah dalam merealisasikannya disebabkan beberapa faktor yang perlu
dititikberatkan dalam pembentukan negara bangsa seperti faktor politik. Hal ini
dikatakan demikian kerana, politik mempunyai medium yang lebih besar untuk
memperjuangkan negara bangsa ini. Sebagai contohnya, menyamakan taraf bahasa
Melayu dengan bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu semakin sukar untuk
dikembangkan dan diperluas sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di
negara kita. Hal ini juga sudah tentu memberikan saingan yang hebat memandangkan
bahasa Inggeris masih berada di kedudukan tertinggi. Tambahan pula, masyarakat
sendiri tidak yakin dengan kemampuan dan potensi bahasa Melayu dalam menggalas
peranan bahasa Inggeris. Menurut Syed Hussein Al-attas dalam artikel cabaran dan
reaksi pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di
Malaysia (2014), seorang hakim yang tidak mahir dalam bahasa kebangsaan sudah
tentu tidak yakin terhadap kemampuan bahasa kebangsaan untuk digunakan dalam
persidangan mahkamah. Perkara tersebut berlaku kerana galakan dan pengaruh
semasa penjajahan pihak British yang hanya menetapkan penguasaan ilmu dan
kemahiran bahasa Inggeris membolehkan masyarakat melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi, mendapat pekerjaan dan dihormati oleh seluruh masyarakat.
Secara tidak langsung, masyarakat menganggap bahasa Inggeris merupakan bahasa

58

yang wajib dipelajari dan bahasa Inggeris dipandang tinggi. Malah, negara Malaysia
telah melancarkan beberapa dasar kerajaan untuk membentuk sebuah negara
bangsa seperti Laporan Razak 1956, Perlembagaan Malaysia, Wawasan 2020 dan
banyak lagi.Hal ini menunjukkan bahawa pelbagai rencana dan usaha yang
berterusan perlu dilaksanakan untuk mencapai negara bangsa dan Malaysia sendiri
telah berusaha sedaya upaya menerusi kegiatan politik. Bukan itu sahaja, kita juga
mempunyai peluang untuk membangunkan bahasa ibunda kita selaras dengan
perkembangan semasa. Tidak dapat disangkal lagi bahawa seiring dengan peredaran
zaman yang semakin pantas berjalan ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada
penduduk Malaysia khususnya remaja yang telah terdedah dengan pelbagai
kemudahan teknologi yang semakin rancak membangun. Mereka dilihat semakin
kurang mengambil berat dan peduli terhadap penguasaan mereka dalam bahasa
Melayu. Selain kaum Cina dan India yang masih lagi kurang fasih dalam berbahasa
Melayu, kaum Melayu juga dikatakan tidak tahu menggunakan bahasa Melayu
dengan betul dan tepat kerana mereka tidak mementingkan lagi tatabahasa sebagai
peraturan dalam bahasa Melayu. Natijahnya, bahasa Melayu akan dianggap memiliki
taraf yang rendah dan sudah pastinya akan lebih rendah lagi jika tiada kesedaran
dalam diri mereka. Sebahagian ahli- ahli politik jelas tidak mahir dalam pertuturan dan
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu.

Sebagaimana yang kita ketahui, masyarakat kini tidak lagi mengutamakan identiti
bahasa Melayu ini kerana mereka telah terjebak dalam penggunaan bahasa “rojak”
yang dimaksudkan dengan percampuran bahasa Melayu dengan bahasa asing yang
lain seperti bahasa Inggeris, bahasa India dan bahasa Cina. Menurut Syed Mazhair
(2018), perkara yang semakin merisaukan ialah generasi muda yang dikenali sebgai
generasi Y didapati semakin cenderung menggunakan bahasa yang rancu dalam
komunikasi seharian dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa
Inggeris sehingga menghasilkan bahasa rojak yang menenggelamkan peranan
bahasa Melayu yang standard. Semua ini berlaku kerana sikap masyarakat hari ini
yang tidak mahu menggunakan, mengeja atau menyebut sesuatu perkataan dalam
bahasa Melayu yang panjang dan sukar dan hal ini menyebabkan mereka
meringkaskannya dalam bentuk yang mudah. Hal ini secara tidak langsung akan
menjadi kebiasaan dan budaya mereka dalam menjalani kehidupan seharian
terutamanya ketika penggunaan pelbagai aplikasi yang semakin maju seperti aplikasi

59

Whatsapp, Telegram, Facebook dan sebagainya dalam menghantar maklumat secara
atas talian kepada kenalan. Hal ini sedikit sebanyak memberikan kesan negatif
kepada usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu. Bahasa slanga juga semakin
rancak digunakan oleh masyarakat khususnya remaja.Menurut Siti Hajar (2009),
penggunaan slanga ini boleh merebak daripada kumpulan asalnya sehingga
mewujudkan bahasa yang mudah untuk difahami. Manakala menurut Asmah (2008)
pula, slanga ialah kata dan frasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal dan
tidak dikatakan sebagai halus. Hal ini jelas terbukti bahawa bahasa slanga digunakan
dalam situasi yang tidak formal dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat.
Bahkan mereka menganggap penggunaan slanga memudahkan sesuatu bahasa itu
untuk difahami dan memperindah suasana kepada yang lebih mesra dan hidup.
Namun begitu, ia sebenarnya akan merendahkan lagi taraf dan nilai bahasa Melayu
sekiranya kita tidak memulakan langkah pengawalan dalam membendung
penggunaan bahasa slanga dalam kalangan masyarakat. Generasi muda tidak akan
menggunakan penggunaan bahasa yang betul jika tiada bimbingan dan didikan yang
boleh dilakukan demi menggunakan bahasa Melayu standard. Bahasa slanga jelas
semakin ketara apabila wujudnya penciptaan laman media sosial yang
memperlihatkan keadaan pengguna masih terus menggunakan bahasa ini tanpa
berasa salah sekalipun. Mereka menganggap apa-apa yang dimuatnaik atau
dikongsikan tidak memberi kesan kepada bahasa kita. Selain itu, apabila kita tidak
memelihara corak penggunaan bahasa ibunda kita, maka kita sedang membina
kehancuran akhlak, adab dan tamadun yang patut kita genggam dengan teguh. Tidak
dilupakan juga, nilai-nilai kesantunan bahasa juga sememangnya semakin menjunam
dengan adanya pemakaian bahasa-bahasa yang kasar dan kesat tanpa berlapik
seperti unsur-unsur hinaan, cacian, makian dan sebagainya yang berleluasa
diperkatakan dalam media sosial pada era modenisasi ini. Oleh itu, semua pihak
perlulah mengambil langkah yang proaktif dalam mendepani masalah ini supaya
bahasa ibunda kita dijaga dan dipelihara sekali gus bahasa yang terpelihara dengan
baik mampu membentuk seorang insan yang berperwatakan yang unggul dengan
akhlak dan adabnya yang tinggi nilainya serta mempamerkan budaya yang positif dan
mulia.

60

Sebaik sahaja negara kita telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai
usaha kerajaan untuk mengembalikan dan memperjuangkan identiti serta kedaulatan
negara terutamanya dalam bidang pendidikan. Maka, mereka telah meletakkan
matlamat yang begitu tinggi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang
maju dan mampu bersaing dengan negara-negara lain seperti China, Jepun dan
Amerika Syarikat dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang utama
dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Mereka melihat bahawa generasi muda
bukan sahaja mahir dalam bidang Sains dan Matematik bahkan mampu menguasai
bahasa Inggeris dengan lebih sempurna dan lancar dan seterusnya membawa negara
Malaysia ke peringkat global. Namun begitu, dasar ini dilihat tidak mendapat
sambutan yang begitu baik kerana ramai pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh bahasa
yang membantah pembaharuan ini sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa
mengkaji semula dasar ini. Jika kita berfikir dengan kritis, dinamis dan kreatif,
sebenarnya kita tidak perlu menguasai bahasa lain jika kita sendiri mempunyai
kebijaksanaan dalam menghasilkan teknologi hasil ciptaan Malaysia dan pada masa
yang sama akan mengembangkan bahasa Melayu yang memainkan peranan yang
penting dalam menyampaikan maklumat dan idea mengenai teknologi tersebut.
Selain itu, menurut Kamisah Ariffin & Misyana Susanti Husin (2011) menyatakan
bahawa percampuran kod dan pertukaran kod antara bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris kerap berlaku dalam pengajaran di universiti awam dan telah dianggap satu
norma atau kebiasaan. Tambah Muthusamy (2010) mendapati percampuran kod
sebagai fenomena biasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang melibatkan
percampuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Tamil atau Cina dan
bahasa Cina kepada bahasa Inggeris. Kedua-dua kajian jelas menunjukkan bahawa
bahasa Melayu bukan lagi menjadi bahasa yang tunggal ataupun utama dalam
kehidupan masyarakat kita pada hari ini memandangkan mereka semua telah mahir
dalam berbahasa asing dan juga kebiasaan mereka dalam mengucapkannya.
Seharusnya generasi muda inilah yang perlu mengambil tindakan dalam
memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu ini di mata dunia. Walaupun
mereka hidup dalam dunia yang serba moden dan canggih namun sepatutnya mereka
menggunakan keistimewaan itu dalam meluaskan lagi bahasa Melayu biar satu dunia
melihat betapa tingginya nilai kesantunan bahasa ibunda yang sekian lama kita
genggam.

61

Persaingan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di negara kita semakin rancak
diperkatakan kerana kedua-dua bahasa ini menjadi simbolik kepada penguasaan dari
segi ekonomi, politik, pendidikan dan sosial. Bahasa Melayu yang dijulang kembali
kepentingannya selepas kemerdekaan terpaksa menghadapi masalah disebabkan
oleh masyarakat mula mengambil perhatian terhadap bahasa Inggeris. Sepertimana
yang kita lihat, dalam sektor pendidikan memperlihatkan penguasaan bahasa Inggeris
yang semakin memuncak diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di seluruh insitusi pendidikan. Menurut Hashim Musa (2004), hal ini juga telah
mewujudkan peningkatan terhadap penggunaan bahasa Inggeris di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Tidak dilupakan juga, kita juga dapat menyaksikan
betapa banyaknya pengiklanan dan pameran yang disiarkan tidak kira di televisyen,
poster, laman sosial dan sebagainya membuktikan dalam bidang perniagaan dan
perdagangan lebih menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu dalam
mempromosikan jenama barangan mereka dan hal ini berkemungkinan dengan
mengimplementasikan bahasa Inggeris dapat melebarkan jualan ke seluruh dunia
serta menampakkan perniagaan mereka berbeza daripada yang lain.

Pada era moden ini, dilihat bahawa bahasa Melayu semakin hari semakin
bertambah cabarannya untuk terus tegak berdiri kerana sistem ekonomi negara
ataupun dunia lebih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam
berkomunikasi ataupun ketika seseorang peniaga ataupun lebih dikenali sebagai
“businessman” sedang menjalankan perniagaan khususnya syarikat besar seperti
Apple, Facebook, Tesla dan sebagainya. Hal ini sudah pasti akan melemahkan lagi
kedudukan bahasa Melayu memandangkan bahasa Inggeris telah mendominasi
sistem perhubungan antarabangsa. Sepertimana yang kita sedia maklum, dalam
bidang perniagaan membuktikan bahawa bahasa Melayu kurang diamalkan oleh
pelbagai jenis syarikat perniagaan ataupun industri yang menyebabkan bahasa kita
menjadi janggal dalam dunia perniaagaan. Peristiwa ini berlaku disebabkan oleh
bahasa Malaysia tidak mempunyai banyak istilah yang tepat yang boleh diguna pakai
untuk menjelaskan maksud dalam bidang ekonomi. Sesungguhnya, penguasaan
bahasa Inggeris yang begitu meluas dalam bidang ekonomi menunjukkan bahawa
dunia sekarang amat mementingkan kerjasama ekonomi antarabangsa. Apabila
tiadanya kerjasama ekonomi yang dibentuk, maka akan menjejaskan ataupun
melumpuhkan ekonomi sesebuah negara serta membantutkan hubungan dua hala

62

antara dua negara dalam perkembangan sistem ekonomi. Namun, sebenarnya kita
sudah membinasakan martabat dan identity bahasa Melayu itu sendiri sedangkan
bahasa inilah yang kita perlu pupuk dan kukuhkan sehingga ke akhir hayat.

Cabaran bahasa Melayu akan terus berlaku dan masih wujud seiring dengan
perkembangan semasa dan kelalaian masyarakat Malaysia sendiri. Dengan
pertumbuhan penciptaan pelbagai peranti yang serba canggih dan moden ini
menyebabkan lebih banyak pembuatan aplikasi-aplikasi dalam satu peranti seperti
permainan video dan media sosial. Hal ini juga telah berlakunya permasalahan dalam
bidang bahasa khususnya bahasa Melayu. Teo (2006) menyatakan bahawa:

Kerancuan dalam bahasa Melayu sebenarnya sudah lama terjadi dalam tiga
aspek iaitu yang pertama, tidak mengikut pembakuan nahu bahasa Melayu
seperti ejaan dan unsur tatabahasa lain. Kedua, berlaku percampuran bahasa
khususnya bahasa Inggeris sama ada dari segi perkataan, frasa, ayat atau
wacana dan ketiga, penggunaan bahasa Melayu dalam ranah rasmi digantikan
dengan bahasa Inggeris sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

Hal ini secara jelas membuktikan bahawa kerancuan dalam bahasa Melayu telah lama
berlaku dan penggunaannya yang tidak selari dan tidak memenuhi segala peraturan
yang telah ditetapkan dalam nahu bahasa Melayu. Penggunaan yang salah ataupun
berlanggar dengan hukum menyebabkan mengalami kesukaran dalam
mengembangkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Apabila hal ini telah berlaku,
maka penghayatan yang mendalam mengenai nilai yang terkandung dalam bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu tidak dapat dicapai. Kerancuan bahasa Melayu ini boleh
berlaku dalam pelbagai cara dan keadaan tertentu sama ada secara tulisan mahupun
lisan. Kerancuan bahasa berlaku sewenang-wenangnya dalam iklan (Nor Shahila et.
al., 2016), papan-papan tanda perniagaan (Masitah et. al., 2018), filem (Mohd
Syuhaidi & Nor Audra Dayana, 2018), dan urusan-urusan rasmi (Fariza et. al., 2018).
Namun begitu, zaman yang telah beralih kepada dunia moden sememangnya
menambahkan lagi isu kerancuan ini khususnya dalam media sosial. Hal ini telah
mengakibatkan berlakulah kekeliruan dalam bahasa Melayu dan memburukan lagi
keindahan bahasa yang digunakan. Menurut Kartini (2018), media sosial telah
memberi ruang kepada penggunaan pelbagai variasi bahasa. Hal ini sepertimana
yang dipaparkan dalam media sosial yang jelas menunjukkan pengguna

63

menggunakan bahasa mereka sendiri tanpa mengikut bahasa Melayu standard
seperti yang berlaku di negeri Sabah rata-rata menggunakan sistem ejaan yang
mengikut unsur bunyi bahasa Sabah. Sebagai contohnya, parumpak (perompak), buli
(boleh), tapuk (sembunyi) dan banyak lagi sehingga menjadi kebiasaan mereka tidak
kira semasa berkomunikasi dalam talian ataupun bersemuka. Secara
keseluruhannya, kerancuaan bahasa Melayu semakin berleluasa diamalkan sehingga
bahasa Melayu yang asal menjadi tidak jelas ataupun kabur kerana kita sendiri tidak
mempraktikkannya dengan betul.

Menurut Muthusamy (2005), fenomena alih kod itu terjadi dalam masyarakat
yang penuturnya mempunyai lebih daripada satu bahasa seperti di Malaysia.
Sepertimana yang kita semua tahu, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang
unik kerana terdiri daripada pelbagai bahasa, budaya, kaum, agama dan sebagainya.
Kita boleh perhatikan menerusi percampuran kod yang sangat jelas pada frasa, klausa
dan ayat. Hal ini jelas menjadi cabaran kepada bahasa Melayu memandangkan
wujudnya percampuran kod yang berlaku dalam komunikasi penduduk Malaysia. Hal
ini dikatakan demikian kerana, percampuran kod menjadi bukti bahawa mereka
berkeupayaan untuk menggunakan bahasa asing. Malah, kesukaran dalam
menggunakan suatu bahasa itu menyebabkan mereka terpaksa beralih kod dengan
memasukkan kata-kata yang diketahuinya daripada bahasa asing ke dalam bahasa
ibunda. Penguasaan pelbagai bahasa menyebabkan terjadinya percampuran kod
yang menjadi amalan seperti percampuran bahasa Melayu-bahasa Inggeris dan hal
ini berlaku sekiranya seseorang penutur sering menukarkan penggunaan satu bahasa
ke satu bahasa yang lain. Umpamanya, bahasa Malaysia digunakan pada permulaan
ayat dalam berkomunikasi kemudiannya digantikan dengan bahasa Inggeris dan hal
ini berlaku secara bergantian sehingga selesai berucap atau berbual. Sememangnya
percampuran kod ini telah merebak dengan sangat pantas dan cepat sehingga
menjadi satu fenomena ataupun ‘Trend’ yang digunakan pada masa sekarang.
Kesannya, bahasa Melayu menjadi semakin tenggelam dan kita akan kehilangan satu
harta yang perlu dipelihara untuk kemajuan pendidikan, budaya dan ilmu sekali gus
bahasa Melayu menjadi mundur dan dikatakan memiliki taraf yang rendah.

PENDIDIKAN CABARAN 64
BAHASA EKONOMI
BAHASA MELAYU
SLANGA/ROJAK PENTADBIRAN
KERAJAAN

KERANCUAAN PERCAMPURAN
BAHASA KOD

65

Cabaran Bahasa Menurut Kamisah Ariffin & Penguasaan bahasa Inggeris yang
Melayu dalam Misyana Susanti Husin (2011) semakin memuncak diterapkan ke
bidang pendidikan
menyatakan bahawa dalam proses pengajaran dan
Menjadikan bahasa Inggeris percampuran kod dan pembelajaran di seluruh insitusi
sebagai bahasa yang utama pertukaran kod antara bahasa
dalam mata pelajaran Sains Melayu dan bahasa Inggeris pendidikan. Menurut Hashim
kerap berlaku dalam Musa (2004), hal ini juga telah
dan Matematik. Mereka pengajaran di universiti awam
melihat bahawa generasi dan telah dianggap satu mewujudkan peningkatan
muda bukan sahaja mahir norma atau kebiasaan. terhadap penggunaan bahasa
dalam bidang Sains dan Inggeris di Institusi Pengajian
Matematik bahkan mampu
menguasai bahasa Inggeris Tinggi Awam (IPTA).
dengan lebih sempurna dan

lancar dan seterusnya
membawa negara Malaysia

ke peringkat global.

66

CABARAN
BAHASA MELAYU
DALAM BIDANG

EKONOMI

Sistem ekonomi negara ataupun dunia Bahasa Melayu kurang diamalkan oleh pelbagai
lebih menggunakan bahasa Inggeris jenis syarikat perniagaan ataupun industri yang
menyebabkan bahasa kita menjadi janggal
sebagai bahasa utama dalam dalam dunia perniaagaan. Peristiwa ini berlaku
berkomunikasi ataupun ketika disebabkan oleh bahasa Malaysia tidak
seseorang peniaga ataupun lebih mempunyai banyak istilah yang tepat yang boleh
dikenali sebagai “businessman” sedang diguna pakai untuk menjelaskan maksud dalam
menjalankan perniagaan khususnya bidang ekonomi.
syarikat besar seperti Apple, Facebook,

Tesla dan sebagainya.

PENTADBIRAN KERAJAAN 67

Menyamakan taraf Memberikan Masyarakat
bahasa Melayu saingan yang hebat sendiri tidak yakin
dengan bahasa
Inggeris memandangkan dengan
menyebabkan bahasa Inggeris kemampuan dan
bahasa Melayu masih berada di potensi bahasa

semakin sukar untuk kedudukan Melayu dalam
dikembangkan dan tertinggi. menggalas
diperluas sebagai
bahasa kebangsaan peranan bahasa
dan bahasa rasmi di Inggeris.

negara kita. Perkara tersebut berlaku Menurut Syed Hussein Al-attas
kerana galakan dan (1991), seorang hakim yang tidak
Secara tidak langsung, pengaruh semasa mahir dalam bahasa kebangsaan
masyarakat sudah tentu tidak yakin terhadap
penjajahan pihak British kemampuan bahasa kebangsaan
menganggap bahasa yang hanya menetapkan untuk digunakan dalam persidangan
Inggeris merupakan
bahasa yang wajib penguasaan ilmu dan mahkamah.
dipelajari dan bahasa kemahiran bahasa
Inggeris dipandang
Inggeris membolehkan
tinggi. masyarakat melanjutkan
pelajaran ke peringkat
lebih tinggi, mendapat
pekerjaan dan dihormati
oleh seluruh masyarakat.

BAHASA SLANGA/ROJAK 68

penggunaan bahasa “rojak” Menurut Syed Mazhair (2018), perkara yang Mereka menganggap
yang dimaksudkan dengan semakin merisaukan ialah generasi muda penggunaan slanga
yang dikenali sebgai generasi Y didapati memudahkan sesuatu bahasa
percampuran bahasa semakin cenderung menggunakan bahasa itu untuk difahami dan
Melayu dengan bahasa yang rancu dalam komunikasi seharian memperindah suasana kepada
asing yang lain seperti yang lebih mesra dan hidup.
bahasa Inggeris, bahasa dengan mencampuradukkan bahasa Melayu
India dan bahasa Cina. dengan bahasa Inggeris sehingga
menghasilkan bahasa rojak yang

menenggelamkan peranan bahasa Melayu
yang standard.

Bahasa slanga digunakan Menjadi kebiasaan dan budaya Menurut Siti Hajar (2009),
dalam situasi yang tidak mereka dalam menjalani kehidupan penggunaan slanga ini boleh
merebak daripada kumpulan
formal dan menjadi seharian terutamanya ketika asalnya sehingga mewujudkan
kebiasaan dalam penggunaan pelbagai aplikasi yang bahasa yang mudah untuk
difahami. Manakala menurut
kehidupan masyarakat. semakin maju seperti aplikasi Asmah (2008) pula, slanga ialah
Whatsapp, Telegram, Facebook dan kata dan frasa yang digunakan
dalam situasi yang tidak formal
sebagainya dalam menghantar dan tidak dikatakan sebagai
maklumat secara atas talian kepada
halus.
kenalan.

Sikap masyarakat hari ini yang tidak Merendahkan lagi taraf dan nilai
mahu menggunakan, mengeja atau bahasa Melayu sekiranya kita tidak
menyebut sesuatu perkataan dalam memulakan langkah pengawalan
bahasa Melayu yang panjang dan dalam membendung penggunaan

sukar dan hal ini menyebabkan bahasa slanga dalam kalangan
mereka meringkaskannya dalam masyarakat.

bentuk yang mudah.

69

Teo (2006) menyatakan bahawa kerancuan Kerancuan dalam bahasa
dalam bahasa Melayu sebenarnya sudah lama Melayu telah lama berlaku
terjadi dalam tiga aspek iaitu yang pertama, dan penggunaannya yang
tidak mengikut pembakuan nahu bahasa Melayu tidak selari dan tidak
seperti ejaan dan unsur tatabahasa lain. Kedua, memenuhi segala peraturan
berlaku percampuran bahasa khususnya bahasa yang telah ditetapkan dalam
Inggeris sama ada dari segi perkataan, frasa, nahu bahasa Melayu.
ayat atau wacana dan ketiga, penggunaan
bahasa Melayu dalam ranah rasmi digantikan
dengan bahasa Inggeris sama ada sebahagian
atau sepenuhnya.

KERANCUAN
BAHASA

Boleh berlaku dalam Menurut Kartini (2018),
pelbagai cara dan media sosial telah memberi
keadaan tertentu sama ruang kepada penggunaan
ada secara tulisan pelbagai variasi bahasa.
mahupun lisan.

70

Menurut Muthusamy Percampuran kod yang sangat
(2005), fenomena alih kod itu jelas pada frasa, klausa dan
terjadi dalam masyarakat ayat.
yang penuturnya mempunyai
lebih daripada satu bahasa
seperti di Malaysia.

Percampuran kod menjadi PERCAMPURAN Percampuran kod ini telah
bukti bahawa mereka KOD merebak dengan sangat
berkeupayaan untuk pantas dan cepat sehingga
menggunakan bahasa asing. menjadi satu fenomena
ataupun ‘Trend’ yang
digunakan pada masa
sekarang.

Menurut Muyken (2016),
mendefinisikan
percampuran kod sebagai
penggunaan lebih daripada
satu bahasa dalam
pertuturan.

71

4.2 MASA DEPAN BAHASA MELAYU
Masa depan bahasa Melayu dilihat semakin berkembang dengan penguasaan

yang lebih baik daripada seluruh masyarakat tidak kira peringkat umur, bangsa,
budaya dan agama. Kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu searas dengan
bahasa-bahasa yang lain semakin jelas dan terbukti mampu memandangkan
masyarakat sedar akan pemerkasaan bahasa ibunda ini dan berusaha dalam
memperbaharui dan mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu. Hal ini dapat
dibuktikan menerusi perancangan yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka secara sistematik dan bermatlamat. Seterusnya, suatu jawatankuasa telah
dibentuk dalam satu bahagian khas yang berfungsi untuk membentuk istilah-istilah
baharu dan sehingga kini sebanyak lebih 600 ribu istilah teknikal yang telah dibentuk.
Dengan isitilah-istilah tersebut menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah
berkembang kerana telah mencakupi pelbagai bidang ilmu seperti kejuruteraan,
kedoktoran, kehakiman dan sebagainya serta disiplin. Hal ini mewujudkan laras
bahasa yang digunakan berdasarkan setiap bidang ilmu pengetahuan dan jelas
membuktikan kepelbagaian penggunaan bahasa Melayu mengikut situasi dan
keadaan. Bahasa Melayu sudah pasti dapat bersaing dengan bahasa lain seperti
bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Jepun dan sebagainya sehingga diangkat
sebagai bahasa yang bitara oleh seantero dunia. Dalam bidang pendidikan pula,
bahasa Melayu telah dijadikan sumber bahasa yang utama dalam setiap bidang ilmu
dan pelajar-pelajar dapat menerima pendidikan dalam bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Dari segi bentuknya yang lebih dinamik menyebabkan bahasa
Melayu boleh dimasukkan ke dalam apa sahaja bidang yang wujud pada era
modensasi ini. Seluruh pihak tidak kira dari pihak bawahan sehingga pihak atasan
perlulah berganding bahu untuk memperkasakan dan mempertingkatkan bahasa
ibunda kita dengan mengaplikasikan pelbagai cara untuk memperindah dan
memurnikannya agar bahasa Melayu ini bukan sahaja dianggap sebagai bahasa akan
tetapi sumber kekuatan dalam memajukan diri dan bangsa serta mampu memberikan
segala idea dan pendapat dalam seluruh aspek. Bukan itu sahaja, dengan
termeterainya Pekara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
menjanjikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan membuktikan bahasa
Melayu menjadi gagah berdiri kerana tugasnya semakin berat dan terbukti mampu
menjadi bahasa pentadbiran, bahasa rasmi, bahasa pengantar,dan bahasa

72

komunikasi umum serta bahasa yang digunakan dalam pembelajaran ilmu di sekolah-
sekolah dan Institut Pengajian Tinggi.

termeterainya Pekara 152 dalam Dilihat semakin berkembang Suatu jawatankuasa telah dibentuk
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan penguasaan yang dalam satu bahagian khas yang berfungsi
yang menjanjikan bahasa Melayu sebagai lebih baik daripada seluruh untuk membentuk istilah-istilah baharu
bahasa kebangsaan membuktikan bahasa masyarakat tidak kira dan sehingga kini sebanyak lebih 600
Melayu menjadi gagah berdiri kerana peringkat umur, bangsa, ribu istilah teknikal yang telah dibentuk
tugasnya semakin berat dan terbukti budaya, agama. yang mampu menunjukkan bahawa
mampu menjadi bahasa pentadbiran,bahasa bahasa Melayu mencakupi pelbagai
rasmi,bahasa pengantar,dan bahasa bidang ilmu seperti kejuruteraan,
komunikasi umum serta bahasa yang kedoktoran, kehakiman dan sebagainya
digunakan dalam pembelajaran ilmu di serta disiplin.
sekolah-sekolah dan Institut Pengajian
Tinggi. MASA Perancangan
DEPAN yang telah
Kemampuan bahasa BAHASA dilaksanakan oleh
Melayu menjadi bahasa MELAYU Dewan Bahasa
ilmu searas dengan dan Pustaka
bahasa-bahasa yang Dalam bidang pendidikan secara sistematik
lain semakin jelas dan pula,bahasa Melayu telah dan bermatlamat.
terbukti mampu dijadikan sumber bahasa yang
memandangkan utama dalam setiap bidang
masyarakat sedar akan ilmu dan pelajar-pelajar dapat
pemerkasaan bahasa menerima pendidikan dalam
ibunda ini dan bahasa Melayu sebagai bahasa
berusaha dalam pengantar.
memperbaharui dan
mempertahankan
kedaulatan bahasa
Melayu.

73

5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, sejarah perkembangan bahasa Melayu boleh dilihat
menerusi struktur penggunaannya yang berubah mengikut perkembangan zaman.
Bahasa Melayu yang dahulunya dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno mula
menempatkan bahasa Melayu ini telah lama wujud di atasa muka bumi. Pelbagai teori
yang dikemukakan oleh pelbagai tokoh-tokoh yang menjalankan kajian mengenai
asal-usul Melayu ini seperti Hendrik Kern, James Collins dan Robert Blust. Hendrik
Kern yang berpegang teguh dengan teorinya yang mengatakan bahawa Melayu
berasal daripada golongan manusia daripada Austronesia.Manakala tokoh seperti
James Collins dan Robert Blust yang berpendapat bahawa orang Melayu berasal
daripada Kepulauan Borneo.Namun,walaupun terdapat pelbagai teori sejarah asal-
usul Bahasa Melayu ini akan tetapi sejarahnya masih lagi dilihat kabur kerana
penelitian mengenai sejarah kuno belum terlalu mendalam.Perkembangan bahasa
Melayu juga mempunyai tiga tahap pada dasarnya iaitu bahasa Melayu Kuno,bahasa
Melayu Klasik,dan bahasa Melayu Moden.Ketiga-tiga tahap ini mempunyai latar
belakangnya yang tersendiri.Bahasa Melayu Kuno yang banyak menerima pengaruh
bahasa Sanskrit kerana pada era tersebut muncul kerajaan Hindu ataupun pengaruh
agama Hindu. Hal ini juga telah mewujudkan perkembangan dalam sistem tulisan
seperti tulisan pallava dan sistem tulisan kawi. Seterusnya, zaman bahasa Melayu
Klasik pula wujud semasa perkembangan agama Islam di Kepulauan Melayu. Kosa
kata bahasa Arab banyak dimasukkan ke dalam bahasa Melayu Klasik sehingga
wujudnya sistem tulisan jawi yang diasaskan daripada huruf Arab mengikut bunyi
bahasa Melayu. Selain itu,bahasa Melayu Moden lebih banyak menerima pengaruh
bahasa Eropah seperti bahasa Inggeris. Perkembangan Bahasa Melayu Moden mula
ketara selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ini telah
menyebabkan wujudnya sistem tulisan rumi yang sememangnya mendapat tentangan
daripada mereka yang mempertahankan sistem tulisan Jawi. Dalam perkembangan
sistem tulisan memperlihatkan pelbagai perubahan sistem tulisan Bahasa Melayu
yang berlaku sejajar dengan keperluan dan kehendak zaman. Dalam perkembangan
sistem tulisan Jawi dan Rumi juga diambil kira dalam mengembangkan lagi sistem
tulisan tersebut. Sebagai contohnya, terdapat dua perkembangan ejaan Jawi ini iaitu
perkembangan tahap I dan perkembangan tahap II (Siti Hajar, 2009). Kedua-dua
perkembangan ini disusun secara mendalam dalam beberapa tahap lagi. Misalnya,

74

tahap pertama mempunyai empat tahap iaitu sistem ejaan Arab yang digunakan
sepenuhnya, tanda baris pada ejaan digugurkan, huruf-hurf vokal digunakan,dan
kedua-dua suku pertama dan suku kedua mempunyai huruf saksi. Manakala dalam
tahap kedua juga mempunyai bilangan tahap yang sama iaitu mempunyai empat
tahap secara kasarnya terdiri daripada ejaan Pakatan Bahasa Melayu Pesuratan Buku
Diraja Johor, sistem ejaan Jawi Za’ba, sistem ejaan Dian dan Pedoman Ejaan Jawi
yang disempurnakan. Selain itu, sistem tulisan Rumi juga terkena tempias yang sama
seperti sistem tulisan Jawi kerana melalui beberapa fasa perkembangan. Antaranya
ialah sistem ejaan Rumi yang diperkenalkan oleh Wilkinson. Beliau berpendapat
terdapat dua bahagian dalam sistem ejaan Rumi iaitu perumian secara harafah dan
perumian secara fonetik yang berkaitan dengan bunyi. Namun begitu, kelemahan
yang terdapat dalam sistem ejaan ini terpaksa digantikan dengan sistem ejaan yang
diperkenalkan oleh Za’ba. Sistem Ejaan Za’ba mula terbentuk ketika beliau membuat
beberapa perubahan ataupun penambahbaikan terhadap sistem Ejaan Wilkinson.
Selanjutnya, sistem ini lazimnya digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu
sehingga digelar sebagai Ejaan sekolah. Sistem Ejaan Rumi selepas Za’ba juga telah
dilaksanakan sebagai satu sitem yang berfungsi untuk membuat penambahbaikan
terhadap sistem Ejaan Za’ba dan seterusnya digunakan dalam sektor pendidikan
bahasa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan Brunei.Antara contoh sistem
Ejaan Rumi selepas Za’ba ialah Ejaan Rumi Fajar Asia, sistem Ejaan Kongres dan
sistem Ejaan Rumi baharu. Secara kesimpulannya, sistem tulisan dan bahasa ini
berlaku melalui beberapa fasa perkembangan mengikut pengaruh luar yang datang
ke Kepulauan Melayu. Hal ini juga membuktikan bahawa sistem tulisan mendapat
beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dalam merancakkan lagi sistem tulisan
dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak menghadapi pelbagai cabaran dalam
perkembangannya tidak kira sebelum ataupun selepas merdeka. Peranan daripada
pelbagai pihak untuk memartbatkan bahasa Melayu mula dipamerkan dengan
pertubuhan organisasi seperti Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50), Pejabat Karang
Mengarang, Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa dan sebagainya yang
mengorak langkah membangunkan bahasa Melayu sebelum merdeka. Perjuangan ini
juga dikuatkan lagi dengan kemunculan tokoh-tokoh bahasa yang terdiri daripada
wartawan, guru-guru Melayu, budayawan dan sasterawan juga mampu bekerjasama
bagi merealisasikan segala matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu selepas merdeka pula memperlihatkan bahawa terdapat pelbagai

75

perancangan yang giat dilaksanakan bagi meneruskan perjuangan organisasi
ataupun tokoh-tokoh sebelum ini dengan melaksanakan pembaharuan kepada
strategi pengembangan bahasa Melayu agar selari dengan perkembangan
zaman.Hasrat ini diperjuangkan oleh satu badan yang dikenali sebagai Dewan
Bahasa dan Pustaka dalam memainkan peranan yang cukup penting dalam membina
masa depan bahasa Melayu yang lebih cerah serta mampu memajukan taraf bahasa
tersebut. Dengan situasi semasa, kemajuan dalam bahasa Melayu dianggap serius
dan hal ini memerlukan pelan strategik untuk menunjukkan bahasa Melayu juga
mampu bersaing dengan bahasa-bahasa yang lain serta berupaya untuk menerima
pelbagai istilah baharu dalam bidang profesional dan teknikal.

Seperti dengan kehidupan manusia yang selalu menghadapi pelbagai dugaan
dan masalah, bahasa Melayu juga jelas menerima banyak cabaran dalam
memartabatkannya sejak dari zaman dahulu lagi. Cabaran- cabaran ini tidak lain tidak
bukan memberikan suntikan semangat kepada pejuang-pejuang bahasa untuk terus
mengambil langkah yang proaktif dalam membentuk generasi baharu yang
menghargai seni warisan kita. Misalnya, bahasa Melayu mendapat persaingan amat
tinggi terutamanya dalam era moden ini berikutan daripada lonjakkan penciptaan
teknologi moden yang lebih mengutamakan bahasa selain bahasa Melayu kerana
dikatakan bahasa kita tidak memiliki istilah yang tepat untuk digunakan khususnya
dalam bidang ekonomi. Cabaran demi cabaran terpaksa dihadapi dalam
memperkasakan bahasa Melayu memberikan satu tamparan yang hebat dalam
merealisasikan hasrat untuk mencapai negara bangsa yang berdaulat.Namun,dengan
wujudnya cabaran ini telah membuka mata dan minda masyarakat khasnya Malaysia
dalam bersama-sama memainkan peranan penting untuk membina masa depan yang
cerah untuk bahasa ibunda kita. Secara tidak langsung, bahasa Melayu telah
mencapai matlamatnya untuk dikembangkan dan diperluas dalam era moden ini agar
bahasa Melayu mempunyai taraf yang sama atau lebih tinggi lagi dengan bahasa-
bahasa yang wujud di atas muka bumi ini. Sebagai buktinya, negara asia yang maju
seperti Jepun, Korea Selatan dan China telah berjaya mencapai negara bangsa dan
negara maju kerana mementingkan pengekalan budaya menerusi bahasa nenek
moyang mereka. Hal ini jelas membuktikan bahawa kemajuan yang ingin dicapai
bukan sahaja daripada pemabangunan fizikal tetapi peningkatan budaya itu sendiri

76

yang memainkan peranan yang begitu penting dalam membentuk masyarakat yang
luar biasa.

6.0 SUMBER RUJUKAN

Ahamad Syafiq Amir. (n.d.). Bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka.

https://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik-3-

iankaka.pdf

Ahmad Fadhullah Adnan. (2021, Mei 2021). Bahasa slanga cemar imej

bahasa Melayu.Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/nasional/2021/05/bahasa-slanga-cemar-imej-
bahasa-melayu/
Ayul Ashrul. (n.d.). Sejarah dan sistem ejaan bahasa Melayu.
https://idoc.pub/documents/sejarah-dan-sistem-ejaan-bahasa-melayu-
dvlr9k1v3xlz
Dewi Yunairi & Wasudewa Bhattacarya. (2020). Implementasi Bahasa Kawi
sebagai semboyan institusi di Indonesia. Jurnal Teologi, 11 (2). 222-232.
http://ejournal.ihdn.ac.id/index.php/Sphatika/article/view/1795/1401
Eddy Terinisip. (2018, Oktober 20). Bahasa Melayu Pramerdeka. [PowerPoint
slides]. Slideshare. https://www.slideshare.net/EddyTerinisip1/bahasa-melayu-
pramerdeka
Helen, C., & Jacklyn, M. (n.d.). Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan
bahasa Melayu. https://www.scribd.com/presentation/165277739/Kerjasama-
Serantau-Dan-Pengantarabangsaan-Bahasa-Melayu
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad (2020). Cabaran
pemerkasaan bahasa Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di
Malaysia. Asian People Jurnal, 3 (2). 181-191.
https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/152/150
Khadijah binti Sidek. (2021, November 10). Mengantarabangsakan bahasa
Melayu perlu kerjasama. Berita Harian.
https://origin.bharian.com.my/rencana/sastera/2021/02/788776/mengantarabangsak
an-bahasa-melayu-perlu-kerjasama

77

Kihob, A. J., & Saidatul Nornis Mahali. (2020). Kerancuan bahasa dalam karangan
murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Jurnal Pusat Penataran
ilmu & Bahasa, 31 (2). 97-132.
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/2633/1869

Muthusamy, P. (2017). Komunikasi percampuran kod dalam masyarakat
multilingual di Malaysia. Jurnal of Business and Social Development, 5 (1).
36-48. https://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/5-
KOMUNIKASI-w-.pdf

Namri Sidek. (2019, Ogos 17). 3 jenis tulisan orang Melayu
lama: Rencong, Pallava, Kawi. https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-orang-
melayu-sebelum-jawi-rencong-pallavi-dan-kawi.html

Nurlidyawati Jasmin. (2017, April 30). Sejarah perkembangan ejaan Rumi dan
Jawi. [PowerPoint slides]. Slideshare.
https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-
ejaan-rumi-dan-jawi

Nur Syazwani Zain. (n.d.). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka
dan Pascamerdeka. https://anyflip.com/egftm/tuwl/basic

Nik Yusri Musa, Ilham Che Daud @ Zakaria, Nazri Muslim & Jamsari Ilias
(2017). Sejarah perkembangan Seni khat dan pengaruhnya terhadap tulisan
Jawi di Nusantara. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara,18 (3). 30-42.
http://journalarticle.ukm.my/13685/1/28326-90448-7-PB.pdf

Nik Safiah Karim, Farid Muhammad Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid
Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan (3rd ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Aida Mahmor & Norzaliza Haji Ghazali. (2019). Trend
percampuran kod generasi muda masa kini.
http://repo.uum.edu.my/26720/1/SMTC%202019%20112%20%20120.pdf

Noorhidayah Omar. (n.d.). Ejaan Jawi Rumi.
https://www.academia.edu/19550342/Ejaan_jawi_rumi

Sharifah Darmia Binti Sharif Adam. (2014). Cabaran dan reaksi pelaksanaan
bahasa kebangsaan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di Malaysia.
Procedia Social and Behavioral Sciences, 134 .305-315.
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814031632


Click to View FlipBook Version