KESUSASTERAAN
MELAYU
MOHAMAD AFIQ BIN JETRINE
ISI KANDUNGAN
• PENDAHULUAN
• KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
• FUNGSI KESUSASTERAAN
• MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR PERAHU HAMZAH FANSURI
• PENUTUP
01
PENDAHULUAN
APA ITU KESUSASTERAAN MELAYU?
• Hasil karya ataupun hasil seni yang dicipta untuk tujuan yang tertentu
dan mempunyai kesinambungan daripada pengalaman dan
pengetahuan yang ingin disampaikan oleh penulis.
• Satu hasil karya dan hasil ciptaan seni yang telah lama wujud dalam
kalangan masyarakat Melayu yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu
iaitu dijadikan sebagai hiburan, pendidikan, alat dakwah, kritikan sosial,
dan sebagainya.
• Hasil karya sastera telah bersatu dan berintegrasi sehingga menjadi
sebati dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu.
“Kesusasteraan merupakan kumpulan buku-buku yang
indah bahasanya dan baik isinya.”
01 02
Istilah Suku kata sas- membawa
kesusteraan yang maksud mengarahkan,
berasal daripada mengajar, mendidik, dan
bahasa Sanskrit membimbing manakala -
tra pula bermasud alat.
iaitu castra
(kitab suci). 04
03
Sastra merujuk “su” merujuk kepada
kepada alat makna yang indah atau
untuk baik dan “sastera”
membimbing. membawa maksud buku
atau huruf.
“ Sastera merangkumi
pelbagai aspek yang
menggunakan bahasa yang
bersifat kreatif”
-Ismail Hussein (1998)
02
KONSEP
KESUSASTERAAN
MELAYU
Menurut Pandangan Tokoh
Ismail Kesusasteraan merangkumi semua
Hussein aspek yang menggunakan kata-kata
(1993) atau bahasa yang bersifat kreatif.
Kesusasteraan merupakan Abu Bakar
seni bercorak intelektual. Hamid
(1997)
Menurut Pandangan Tokoh
Syed Ali Sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu
Ashraf yang berseni tetapi ianya merangkumi
(1989) segala aktiviti manusia secara kreatif.
Kesusasteraan itu adalah Hashim
ciptaan seni yang disampaikan Awang
(1987)
melalui bahasa.
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Satu bentuk karya Disampaikan dalam Kebanyakan hasil
yang berseni dan bentuk ungkapan karya sastera yang
mempunyai estetika yang spontan yang meliputi unsur-unsur
(unsur keindahan) berasal daripada
yang disampaikan perasaan yang estetika dan
menerusi bahasa. mendalam oleh kehalusan yang
penulis. ditulis sama ada
dalam bentuk novel,
cerpen, drama, sajak
dan sebagainya
04 05 03
Penulis selalunya akan Menggunakan bahasa Sastera juga
mengadaptasikan ataupun dengan gaya bahasa yang menyimpulkan hasil
mengekpresikan setiap hasil indah untuk karya yang indah dengan
pemikiran menerusi bahasa menyampaikan idea, berintikan inspirasi
yang mempunyai unsur mesej, pengajaran yang kehidupan manusia yang
semantik dan linguistik untuk meliputi setiap
memudahkan interaksi pengalaman hidup dan boleh dijadikan
pemahaman antara penulis diceritakan kepada pengajaran dan
dan masyarakat. masyarakat. sandaran dalam hidup.
“Kesusasteraan juga menjadikan
masyarakat memiliki penguasaan
kefahaman, perbendaharaan kosa
kata, tatabahasa dan sebagainya.”
Sastera dan bahasa tidak lagi
boleh dipisahkan dan
mempunyai hubungan yang
kukuh dalam menjadikan karya
sastera yang bermakna.
Sastera merangkumi unsur-unsur seperti
seni bahasa yang indah, akaliah atau
sisipan ilmu dan pemikiran pengarang,
sensori/daya sensitiviti pengarang,
tersurat & tersirat, estetika/keindahan
dari segi bahasa, realiti kehidupan dan
alternatif.
FUNGSI
KESUSASTERAAN
MELAYU
ALAT DAKWAH PENDIDIKAN
HIBURAN KRITIKAN SOSIAL
PENDIDIKAN
Hasil karya sastera yang dihasilkan dipenuhi Penghasilkan karya-karya sastera lazimnya
dengan kewujudan unsur-unsur pengajaran dikaitkan dengan pengalaman yang pernah dilalui
ataupun didikan yang boleh diketengahkan dalam
oleh penulis ataupun pengarang dan dijadikan
kalangan masyarakat. sebagai tatapan kepada umum.
Menerusi kisah-kisah yang ditulis oleh pengarang Setiap kronologi ataupun peristiwa yang
sememangnya merangkumi pelbagai bidang ilmu berlaku dalam kehidupan pengarang diisi
tidak kira ekonomi, politik, sosiologi dan agama. dengan pelbagai mesej-mesej yang ingin
disampaikan dan hal ini memerlukan
masyarakat untuk mendalami dan
menghayatinya setiap pengajaran tersebut.
Pengalaman yang diceritakan oleh “Jalan penceritaan kisah pengalaman
pengarang akan dijadikan sebagai
prosa ataupun puisi yang diadun
ataupun disebatikan dengan wujudnya
unsur-unsur seperti nilai moral,
pengajaran dan pengetahuan yang
bernilai tinggi.
mereka yang memukau hati masyarakat sudah
semestinya mereka akan lebih menghayati dan
menikmati karya-karya mereka dan secara
tidak langsung dapat menerapkan unsur-unsur
pengajaran ataupun menimba ilmu
pengetahuan yang boleh membawa
masyarakat ke arah kebaikan dan perubahan
yang lebih baik.”
Contoh karya sastera yang mendidik masyarakat
Karya filem “Si Tanggang” merupakan
sebuah filem yang mengisahkan
kehidupan seorang pemuda yang
bernama Tanggang yang menderhakai
ibunya sehingga dia disumpah oleh
ibunya menjadi batu dengan keizinan
Tuhan.
• Filem ini mendidik masyarakat untuk tidak
melakukan sesuatu perbuatan yang
menderhakai ibu bapa kerana mereka
telah berkorban harta dan nyawa dalam
membesarkan anak-anak.
HIBURAN
Hasil karya yang bermutu Masyarakat terdahulu Keindahan kata-kata
tinggi sudah semestinya boleh mendapatkan yang diungkapkan, irama
memiliki enam elemen hiburan secara lebih dan rentak yang disusun,
utama seperti hiburan, realiti ataupun nyata serta keupayaan karya
didaktik, imaginasi, emosi, menerusi sastera sastera untuk memukau
intelek dan teknik. secara lisan. emosi pembaca atau
pendengar dengan
Salah satu tarikan Hiburan yang disampaikan wujudnya unsur
utama untuk mempunyai mutu yang kelucuan dan sebagainya
masyarakat tinggi kerana mempunyai menghasilkan elemen
nilai pengajaran yang boleh hiburan.
menggemari sastera. diambil sebagai teladan
(berhibur sambil beramal).
Hiburan akan disampaikan Orang-orang tua akan
dari mulut ke mulut dan hal bercerita ataupun
ini sebenarnya akan berbual dengan jiran,
menguatkan lagi hubungan sahabat, anak ataupun
masyarakat dahulu. cucu-cicitnya
Hal ini sering kali sahaja akan berlaku selepas masyarakat dahulu
penat bekerja ataupun pulang dari kerja seharian dan menjadikan
masa rehat mereka untuk berhibur dan menghilangkan rasa penat
dan tekanan kerja.
• Sifat yang dilhat terlalu “bodoh”
sehingga menimbulkan masalah dengan
melakukan kesilapan kerana kebodohan
tetapi melucukan.
• Contoh situasi ketika beliau keliru
dalam memilih tempat majlis kenduri
yang sepatutnya dia hadiri terlebih
dahulu kerana pada masa yang sama
beliau ingin mengahadiri ketiga-tiga
tempat majlis kenduri akibat sifat
tamak dan haloba.
ALAT DAKWAH
Karya sastera juga mempunyai keupayaan
untuk mendidik dan membimbing masyarakat
terutamanya golongan anak muda ataupun
remaja.
Dapat menyampaikan unsur didaktik iaitu nilai
moral kepada masyarakat untuk mengambil
iktibar ke arah kebaikan.
Medium untuk menyampaikan ilmu agama yang Medium untuk menyampaikan dakwah
boleh dijadikan tatapan untuk meningkatkan lagi khususnya kepada golongan anak muda
ketakwaan kepada Allah SWT. kerana karya sastera melibatkan nilai-nilai
intrinsik dan ekstrinsik.
Nilai intrinsik –Unsur-unsur dalaman yang
mempengaruhi penciptaan karya.
Nilai ekstrinsik -Unsur-unsur luaran yang
mempengaruhi penciptaan karya.
Karya sastera yang
berunsurkan dakwah mampu
membimbing manusia ke
arah kesedaran dan
kebangkitan Islam sejati di
samping memberi
kefahaman Islam yang
syumul kepada masyarakat.
Karya sastera mampu
mengaitkan setiap pesanan
sama ada dari aspek
peraturan ataupun hukum
hakam agama.
Maklumat tambahan
Siti Hawa Kedatangan Islam ke daerah ini
(2002) telah membawa perubahan dalam
pelbagai aspek kehidupan
Penghasilan karya-karya ilmu masyarakat Melayu bukan sahaja
Islam dalam bahasa Melayu ini dari segi iktikad tetapi juga
telah mentransformasikan pembaharuan dari segi penulisan.
bahasa Melayu sebagai bahasa
Ilmu yang menjadi medium Ismail
penyebaran pelbagai cabang (1983)
ilmu Islam.
Pengaplikasian Endoi dalam karya sastera
Kesenian Melayu yang Dalam lirik tersebut
mempunyai unsur-unsur sebenarnya terdiri daripada
hiburan disertakan dengan penyampaian mesej dakwah
penyampaian mesej-mesej dari aspek akidah, syariat dan
pesanan berunsur dakwah
yang disampaikan secara akhlak untuk dipraktikkan
lisan dalam bentuk nyanyian. dalam kalangan masyarakat
dengan lebih berkesan.
Penghasilan puisi tradisional,
penggunaan endoi
dimasukkan dalam karya
sastera kerana memiliki lirik
yang amat baik dalam
mendidik dan menyampaikan
dakwah kepada masyarakat.
KRITIKAN SOSIAL
01 02
Karya sastera yang Sastera juga mampu
dihasilkan oleh memasukkan isu-isu mengenai
pengarang merangkumi kepincangan yang sering sahaja
kritikan sosial dari berlaku dalam kalangan
aspek masyarakat, masyarakat seperti keruntuhan
ekonomi dan politik. akhlak, kesantunan budi bahasa,
kekangan dan sebagainya.
Penggunaan kaedah sosiologi
sastera sememangnya
membuktikan wujudnya hubungan
antara sastera dengan kehidupan
masyarakat.
Mana Sikana Pendekatan ini mempunyai hubungan yang
(2015) rapat dengan sistem masyarakat kerana
memaparkan realiti sebenar kehidupan
masyarakat.
Penyampaian mesej FUNGSI KRITIKAN Pengajaran kepada
terhadap pembaca SOSIAL DALAM masyarakat
SASTERA
• Karya sastera yang • Memberikan nilai
kritis dan imaginatif moral kepada
mampu pembaca melalui
menyampaikan penghasilan karya
seribu satu jawapan sastera yang
terhadap persoalan mengkritik sosial
yang disertai dengan masyarakat
unsur keindahan dan secara tersurat
jenaka. ataupun tersirat.
Teguran kepada masyarakat
• Setiap karya sastera yang dihasilkan
adalah melalui fenomena atau
pengalaman yang benar-benar
berlaku dalam kehidupan masyarakat.
BUKTI KARYA SASTERA BERPERANAN MENJADI KRITIKAN SOSIAL
SOSIAL karya sastera Munsyi yang
MASYARAKAT
(KEPINCANGAN YANG mengkritik mengenai perilaku
BERLAKU DALAM
MASYARAKAT) masyarakat Melayu yang sering
melupakan kelebihan belajar dan
tidak mahir menggunakan bahasa
pengantar sendiri. Masyarakat Melayu sendiri
yang tidak mahu untuk
memperoleh ilmu
pengetahuan menerusi
pembelajaran dan diibaratkan
kacang lupakan kulit kerana
dikatakan membuang bahasa
ibunda sendiri.
Golongan bawahan terpaksa Sosial ekonomi merujuk
menanggung bebanan yang berat kepada taraf hidup
sedangkan golongan atasan dapat masyarakat.
merasai kenikmatan dan kemewahan.
“Taraf hidup masyarakat pada ketika itu
yang memperlihatkan cara orang yang
berkuasa mengurus ekonomi secara tidak
adil dan saksama.”
(SOSIAL EKONOMI)
Kritikan politik yang dibincangkan
dalam karya sastera pula
melibatkan perkara-perkara yang
berkaitan hal kepimpinan ataupun
politik kerana pada zaman dahulu
berlakunya konflik dalam kalangan
pihak istana.
Cerpen Ayam, Kaduk dan Raja
merupakan kisah seorang pemuda yang
Bernama Hakim ingin mendapatkan
semula tanah datuknya yang tergadai
akibat kekalahan datuknya, Pak Kaduk
dalam pertandingan ayam walaupun
sebenarnya dia tidak kalah dalam
pertandingan tersebut tetapi sikap lurus
bendulnya menyebabkan raja mudah
merampas tanah miliknya.
MANIFESTASI
AKAL BUDI SYAIR
PERAHU HAMZAH
FANSURI
APAKAH YANG
DIMAKSUDKAN DENGAN
MANIFESTASI AKAL BUDI?
Manifestasi merujuk Akal Budi
kepada perbuatan bermaksud berunsurkan
menjelaskan, fikiran. fikiran, akal
memperlihatkan, dan juga
menyatakan dan akhlak.
menghasilkan sesuatu
menjadi kenyataan.
AKAL BUDI Perbuatan, pemikiran dan sikap yang
ditunjukkan oleh seseorang manusia
Penulis karya seni
menyampaikan akal yang mengandungi nilai
budi dalam hasil karya kebijaksanaan, ketenangan jiwa dan
mereka dengan
bijaksana dalam keindahan (estetika).
mengutarakan idea
dan pemikiran.
Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah.
Hamzah Fansuri menghasilkan sebuah karya seni sastera iaitu syair
Perahu dengan menyajikan kata-kata yang indah berisikan tentang
kisah sebuah kehidupan manusia dalam mencapai pulai kemenangan
iaitu akhirat dan cara manusia meningkatkan keimanan supaya
mampu menjalani setiap cabaran dan dugaan hidup dengan penuh
kesabaran dan sebaik-baiknya. Dalam syair ini juga mengandungi
nilai ketauhidan dalam diri manusia.
Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.
Syair Perahu yang dicipta oleh Hamzah Fansuri ini juga menasihati kita untuk
sentiasa mengenali diri sendiri agar dapat mengenali Tuhan yang telah mencipta
seluruh makhluk. Manusia diibaratkan sebagai perahu kerana manusia juga
menjelajahi kehidupan di atas muka bumi ini yang penuh dengan pelbagai dugaan
dalam mengharunginya dalam perjalanan menuju ke tempat yang diidamkan iaitu
alam akhirat yang kekal. Persamaan ini adalah sebagai penunjuk untuk memahami
betapa sulitnya dalam mendapat keredaan Allah SWT dan mencapai syurga-Nya.
Pada masa yang sama, kehidupan di dunia juga hanyalah bersifat sementara
sedangkan kehidupan yang kekal abadi ialah alam akhirat.
Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.
Penulis juga memasukkan unsur kesedaran dalam syair ini
untuk menjelaskan betapa pentingnya melengkapkan bekalan
dalam perjalanan mengharungi lautan yang luas yang
diterjemahkan dalam kehidupan seorang manusia yang wajib
mengumpul pahala secukupnya sebagai bekalan di tempat
yang dituju iaitu akhirat agar mencapai kejayaan di dunia dan
di akhirat.
Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu
Bait ini menunjukkan betapa pentingnya
perlengkapan bekalan yang secukupnya
selama mengharungi perjalanan yang penuh
dengan pancaroba. Bekalan ini merupakan
keperluan yang nantinya sangat berguna bagi
menuju ke tempat yang akan ditujui.
Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.
Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang
manusia atau hamba kepada Allah SWT, selain
berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-
Hadis, kita juga diwajibkan untuk sentiasa
melakukan amal kebajikan dalam mencapai
kesejahteraan di akhirat dan menjadikan diri
manusia yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.
Setiap perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang
manusia yang sedang dalam memperkukuh iman dan
menyiapkan setiap bekalan akhirat sering kali didatangi
dengan ujian ataupun halangan yang menghadang.
Rintangan yang dihadapi perlulah dilalui dengan penuh
kesabaran dan semangat juang yang tinggi agar kita
tidak mudah jatuh ke lembah kehancuran.
Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.
Semakin kuat nilai keimanan, semakin berat dan
banyak tentangan yang perlu dihadapi. Halangan
tersebut diibaratkan sebagai penyebab utama
dalam melemahkan manusia serta imannya.
Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.
Hamzah Fansuri meletakkan manusia sebagai seorang pengembara
dan perantau. Sekiranya pengembara ini tidak mampu mendepani
cabaran yang dilalui, maka mereka akan mudah berputus asa dan
membawa mereka ke arah kehancuran. Oleh hal yang demikian,
seorang manusia tidak boleh leka dengan kemewahan dunia dan
harus memanfaatkan masa dengan mengumpulkan pahala sebagai
bekalan yang cukup untuk hari akhirat kelak,
Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.
Kita perlulah memiliki pedoman dalam
kehidupan kerana hidup ini terlalu sempit jika
tiada pedoman dan tujuan yang hakiki.
Sekiranya kita mempunyai pedoman dalam
kehidupan kita sudah pasti jalan kehidupan
selanjutnya iaitu hari akhirat kita akan
memperoleh kemenangan.
Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.
Kita hendaklah terus memperkuatkan iman
dalam diri, terus giat menjalankan amal kebajikan
dengan sebanyaknya, dan pertahankan ilmu
yang dimiliki supaya memperoleh kebaikan di
akhirat. Perjalanan menuju ke akhirat tidaklah
mudah dan sangat jauh jalan yang harus
ditempuhi serta terdapat banyak tentangan yang
perlu dihadapi.
Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.
Kita sebagai manusia seharusnya
melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dan
amalan kebaikan kerana dalam menjalani
kehidupan tidaklah begitu mudaj jika tidak
mempunyai bekalan yang secukupnya. Kita
perlu memperteguh iman kita dengan sentiasa
berpegang teguh dengan kalimah
Lailahaillallah dengan begitu kukuh.
Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.
Sesiapapun yang berpegang dengan kalimah
Lailahaillallah sudah pasti akan sentiasa
dalam keadaan selamat dan dipermudahkan
segala urusannya dalam menempuhi segala
liku-liku kehidupan. Pedoman yang dimiliki
akan membolehkan kita memperbaiki
kesilapan diri dan jalan hidup kita untuk
menuju ke tempat tujuan akhir kita.
La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.
Tauhid Lailahaillallah yang dipegang dengan
kukuh nescaya melindungi manusia dari
pelbagai masalah yang akan dihadapi dan
sentiasa dalam penuh ketenangan dan
kesabaran. Manusia seharusnya tetapi
berjalan di jalan yang benar seiring dengan
ajaran agama dan tidak menyimpang dari
arah kebenaran.
Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.
Kehidupan seseorang dalam mengharungi
perjalanan hidup yang terlalu kelam maka
akan ada perjalanan yang terdapat cabaran
yang luar biasa dan situasi inilah yang
menguji tahap keimanan manusia walaupun
telah banyak berusaha sudah pasti akan
bertemu juga dengan situasi tersebut. Ramai
manusia yang gagal dan kalah dalam
menghadapinya dan sering menyalahi takdir.
Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar,
perbaik kemudi jangan berkisar.
Tuhan akan sentiasa memberi rintangan
kepada manusia dalam usaha menjalani
kehidupan seharian. Setiap cabaran yang
dihadapi akan menghacurkan atau
memesongkan akidah manusia akan tetapi
manusia mestilah memperkukuh
keimanannya agar tidak mudah terpesong
disebabkan tentangan tersebut.