The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by walaway2020, 2024-03-23 07:12:30

pekan

pekan

Penerbit: Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Jalan Kemunting. 25100 Kuantan, Pahang email: [email protected] Cetakan pertama 2022 Hak cipta AZA CARTOON GALLERY @HAK CIPTA TERPELIHARA Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk dengan sebarang cara sekalipun tanpa izin bertulis daripada Walaway Enterprise Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Aza Sofhi SKETCH: KUANTAN, PAHANG Penulis/Pelukis : Aza Sofhi. ISBN: 978-967-2769-06-4 1. Drawing--Malaysia--Kuantan (Pahang). 2. Kuantan (Pahang, Malaysia)--Description and travel. 3. Government publications--Malaysia. I. Judul. 741.09595123 Dicetak: IDD Supply & Services No 12 A Jalan Cempaka 15, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Selangor


Sejarah dan Pengenalan Kuantan Muka Surat 1 - 12 Pusat Pendidikan dan Pentadbiran Muka Surat 13 - 34 Kesenian dan Adat Budaya Muka Surat 35 - 60 Kegiatan Ekonomi Muka Surat 61 - 86 Tempat-tempat menarik Muka Surat 87 - 134 ISI KANDUNGAN


Sketch Kuantan << I Alhamdulillah, atas segala curahan hidayah dan maunah-Nya, Siri Buku Lakaran berjudul Sketch Kuantan, Pahang berjaya diterbitkan. Terima kasih dan sekalung tahniah diucapkan kepada Ikon Kartunis Pahang, Saudara Aza Sofhi kerana berjaya menghasilkan himpunan koleksi-koleksi lakaran berkaitan daerah Kuantan. Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) dalam mendokumentasikan kandungan tempatan dan seterusnya menyebarkan maklumat-maklumat ini terus kepada masyarakat. Buku Sketch Kuantan, Pahang yang berkonsepkan bahan bacaan santai ini juga berupaya untuk membantu merancakkan industri pelancongan setempat secara umumnya. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Saudara Aza Sofhi kerana sudi berkolaborasi bersama PPAP dalam menjayakan siri penerbitan kali ini. Diharapkan juga melalui usaha-usaha penerbitan sebegini dapat mempelbagaikan lagi sumber rujukan kepada masyarakat di luar sana. PRAKATA PENGARAH NOR ZAHIRA BINTI MUHAMMAD AZMI SMP., AAP., AMP. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang


II >> Sketch Kuantan SEKAPUR SIRIH Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SAW kerana dengan izin dan rahmat-Nya, saya diberi kesihatan yang baik dan dapat menyiapkan buku Sketch Kuantan ini. Buku ini merupakan buku kedua saya untuk Perpustakaan Awam Negeri Pahang. Buku ini berkonsep penulisan dan sketch tentang tempat-tempat menarik dalam negeri Pahang. Untuk menulis dan melukis serentak bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan penelitian dalam semua perkara begitu juga dengan pembahagian masa bekerja. Syukur Alhamdulillah saya berjaya mengatasi masalah tersebut berkat kesabaran serta dorongan daripada keluarga serta kawan-kawan yang professional dalam bidang yang sama. Terima kasih saya ucapkan kepada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa memberi dorongan serta semangat untuk saya terus berkarya terutama untuk karya bagi negeri Pahang. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakam jutaan terima kasih kepada Pengarah dan kakitangan Perpustakaan Awam Pahang kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk saya menerbitkan buku ini di bawah Penerbitan Perpustakaan Awam Negeri Pahang. Tanpa sokongan dan bantuan daripada Perpustakaan Awam Negeri tak mungkin buku ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Terima kasih untuk semua yang menyokong.


Sketch Kuantan << III Aza atau Abdul Razak bin Sofhi, lahir pada 20 Jun 1966 dan dibesarkan di Felda Padang Piol, Jerantut Pahang. Beliau mula melukis kartun sejak di bangku sekolah lagi, sekitar tahun 1980 sebagai sumber pendapatan sampingan. Hasil karya beliau banyak disiarkan dalam akhbar tempatan seperti Berita Harian, Metro, Warta Jenaka dan beberapa majalah Humor tempatan seperti Gelihati, Batu Api, Majalah Gila-Gila dan Majalah Peneroka terbitan Felda Beliau mendapat tawaran untuk bekerja sambil belajar di Penerbitan Majalah Gila-Gila bermula November 1988 Selepas mengikuti beberapa latihan, beliau diserapkan sebagai Kartunis Profesional. Hasil karya beliau kini banyak dipamerkan di dalam negara, di galeri-galeri dan muzium. Beliau juga ada membuat pameran lukisan di luar negara bersama-sama persatuan PEKATUN di Tokyo, Jepun dan Belgium. Hasil karya beliau juga mendapat tempahan daripada orang perseorangan, jabatan-jabatan kerajaan dan pihak korporat seperti PNB, Shell Malaysia, MIMOS, IJN,bank-bank, Nestle, Lee Jean, Baby Kiko, Maggi dan lain-lain. Kini, beliau mempunyai galeri sendiri di Jerantut, Pahang iaitu Aza Gallery yang menjadi tempat persinggahan bagi peminat kartun dan pelancong dalam perjalanan ingin pergi ke Taman Negara. Hasil karya beliau juga turut dijadikan cenderamata untuk dibawa pulang oleh pelancong dan pelawat. Aza juga telah terpilih menerima anugerah sebagai Tokoh Kartunis tahun 2019 oleh Rumah Kartun dan Komik Malaysia dan anugerah Ikon Kartunis Pahang pada tahun yang sama 2019. SIAPA AZA


IV >> Sketch Kuantan SINOPSIS Kuantan ialah sebuah bandaraya dan merupakan ibu negeri Pahang. Penduduk Kuantan terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% orang Cina, 10% orang India dan 1% kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan menghadap ke Laut China Selatan. Pusat pentadbiran negeri Pahang sebelum ini ialah di Kuala Lipis. Pada 27.8.1955 Kuantan diisytiharkan sebagai ibu negeri Pahang oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al- Mu’tasim Billah Shah. Kuantan cukup masyhur dengan pantai-pantainya. Selain itu, menara Kuantan 188 yang baru dibina telah menjadi ikon di tengah-tengah bandar. Pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung ada di sekitar menara ini. Kuantan merupakan pintu masuk ke Pantai Timur bagi mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur dan selatan Semenanjung. Kuantan terkenal dengan pantai-pantainya yang menarik. Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai TC antara pantai yang cukup terkenal dalam kalangan pengunjung sama ada dari negeri Pahang sendiri atau pengunjung negeri luar. Pantai Teluk Cempedak sangat sinonim dengan daerah Kuantan. Selain masyhur dalam negara, pelbagai kemudahan yang terdapat di sini menjadikannya destinasi pilihan percutian. Jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini pastinya memberi keselesaaan kepada pengunjung takala menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Majoriti penginapan popular di Kuantan juga mempunyai kemudahan yang sangat lengkap untuk anda jadikan sebagai destinasi sambutan hari keluarga, team building dan seminar syarikat. Selain itu, bandar Kuantan mempunyai banyak tempat makan yang istimewa dan menarik yang pasti tidak akan mengecewakan untuk acara ‘jalan jalan cari makan’. Sehari bercuti di Kuantan pasti tidak cukup untuk melawati kesemua destinasi menarik di sini. Terdapat juga banyak kedai makan yang istimewa dan menarik di Kuantan. Begitu juga dengan pusat-pusat membeli belah, pusat pendidikan pentadbiran dan pelbagai tempat keperluan masyarakat ada di Kuantan. Kuantan adalah sebuah bandaraya yang serba lengkap dan destinasi yang harus dikunjungi.


Sketch Kuantan << 1


2 >> Sketch Kuantan


Sketch Kuantan << 3 SEJARAH DAN PENGENALAN PEKAN Pekan bermula dengan penerokaan tanah oleh generasi terdahulu dengan cara bergotong royong. Berbekalkan tenaga yang ada, mereka membuka tanah menggunakan peralatan seperti kapak, beliung dan parang. Penduduk yang membuka tanah akan mendirikan rumah berhampiran dengan kawasan hutan yang dibuka dan seterusnya mengusahakan menjadi perkampungan dengan tanaman untuk kelangsungan hidup.


4 >> Sketch Kuantan GAMBAR NO. 12 buku pekan M/S 4 Pekan terbahagi kepada dua iaitu Pekan Baharu Dan Pekan Lama. Pekan Baharu didiami oleh Rakyat yang berasal dari negeri Pahang, sementara Pekan Lama pula didiami oleh Sultan, pembesar -pembesar Istana Pahang dan petugas petugas istana Pekan.


Sketch Kuantan << 5 GAMBAR NO 13 M/S . 5 Kebanyakkan kawasan di daerah Pekan merupakan kawasan bertanah rendah dan berpaya. Terdapat banyak tumbuhan seperti pokok-pokok bakau dan Nipah hidup subur. Kawasan yang tersebut ialah Kampung, Kuala Pahang, Kampung Nenasi, kampung Tanjong Agas dan lain-lain. Sungai yang mengalir menghasilkan kepelbagaian spesies hidupan air tawar dengan begitu banyak.


6 >> Sketch Jerantut Suasana perkampungan Melayu di Pekan yang sangat indah pada suatu masa dahulu. Penduduk membuka tanah dan mendirikan rumah dengan menggunakan atap dari daun nipah yang dianyam begitu unik. Tiang rumah pula digunakan kayu- kayu hutan yang disusun dengan rapi dan teguh.


Sketch Kuantan << 7 GAMBAR NO .23 M/S .7 Penduduk Pekan bukan hanya terdiri daripada anak tempatan malah terdapat juga pendatang dari luar, Antaranya ialah dari negeri Kelantan , Trengganu dan lain lain negeri lagi. Mereka berhijrah untuk mencari rezeki dan penempatan baru dengan budaya masing masing.


8 >> Sketch Kuantan Gambar no. 28 m/s. 8 Pada peringkat awal , kebanyakkan masyarakat tempatan dan individu yang datang dari luar bekerja sebagai nelayan di kampung kampung nelayan yang ada di Pekan . Kampung Kuala pahang antara kampung nelayan yang dihuni oleh penduduk tempatan dan orang yang berhijrah dari Kelantan dan Trengganu. Selian dari menjadi nelayan , mereka mula menukar cara hidup dengan melakukan pelbagai kerja lain sebagai sumber pendapatan.


Sketch Kuantan << 9 Gambar. 29 m/s 9 Bagi masyarakat orang asli, dahulu mereka hidup berpindah randah. Sekarang mereka sudah ada perkampungan sendiri. Mereka juga ada menerima bantuan perumahan, kewangan, bantuan pelajaran seperti bangsa lain yang ada di negara kita.


10 >> Sketch Kuantan Gambar no 33 m/s 10 Sekiranya berlaku bencana alam seperti ribut, banjir dan lain lain, pelbagai bantuan akan disalurkan kepada mangsa tersebut oleh pihak pemerintah sejak zaman pemerintahan Tun abdul Razak lagi.Tradisi ini dapat kita lihat dan terus diwarisi oleh Perdana Menteri ke 6 Dato Sri Najib yang menjadi kebanggan rakyat Pahang dahulunya.


Sketch Kuantan << 11 Gambar no 31 m/s 11 Pada suatu masa dahulu, Jalan ahmad merupakan antara kawasan bandar yang paling popular . Kawasan deretan kedai yang terawal didirikan yang menjadi tumpuan penduduk membeli barangan keperluan. Tempat ini menjadi salah satu tempat pesta jika terdapat majlis keramaian diadakan.


12 >> Sketch Kuantan Gambar no 24 m/s . 12 Jalan Engku Muda Mansor adalah kawasan pembangunan yang agak terbaharu berbanding dengan jalan Ahmad. Bangunan ini telah dibina dengan batu setinggi 3 tingkat. Gambar no. 25 M,S 13 Jalan Engku Muda Mansor terdapat juga bangunan rumah kedai setinggi tiga dan empat tingkat.Kawasan ini terdapat kedai gambar,peralatan eletrik,perabut dan lain lain


Sketch Kuantan << 13


14 >> Sketch Kuantan


Sketch Kuantan << 15 MUKA SURAT 15 ……. Gambar lain akn diberi UMP Universiti Malaysia Pahang kampus Kuala Pahang memilih perkampungan nelayan yang berhampiran untuk menyerapkan teknologi kepada masyarakat,berkonsepkan perkongsian bermanafaat kepada masyarakat setempat .Inisiatif ini mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri yang juga ahli Parlimen Pekan.Beliau mengumumkan peruntukan khas bagi menjalankan kerja pembaikan rumah di Kuala Pahang. Sebanyak 52 buah rumah dipebaiki di bawah projek faselift D” Kuala.Projek ini dapat menukar wajah identity Kuala Pahang kepada sebuah perkampungan yang menyokong inisiatif Pendidikan,pelancongan dan strategi lautan biru kebangsaan NBOS.


16 >> Sketch Kuantan Gambar no 88 UMP M/s 16


Sketch Kuantan << 17 Gambar Universiti Hicom/Kolej Komuniti M/s 17


18 >> Sketch Kuantan Ppd pekan merupakan sebuah badan berkanun negeri Pahang yang terlibat dengan pembangunan pendidikan. M/s. 18


Sketch Kuantan << 19 Gambar no 82 Muka surat 19


20 >> Sketch Kuantan Kedai buku Seri Wangi Gambar no 66 Muka surat 20


Sketch Kuantan << 21 PERPUSTAKAAN M/S 21


22 >> Sketch Kuantan Pejabat daerah Pekan M/s 22


Sketch Kuantan << 23 Peladang Gambar no 76 M/S 23


24 >> Sketch Kuantan RTC Gambar no 86 M/S 24


Stesyen Bas Pekan Gambar no 64 n/s 25


26 >> Sketch Kuantan Hopital Pekan Gambar no 65 M.S 26


Sketch Kuantan << 27 ISTANA lama M/S 27


28 >> Sketch Kuantan MASJID pekan Masjid ini terletak di tengah pusat bandar berhampiran dengan hospital Pekan . Keluasan masjid ini mampu menampung kira kira 1000 orang jemaah dalam satu satu masa. Masjid Sultan Ahmad Shah tersergam indah ,telah direka menggunakan batu marmar khas yang bersinar cantik apabila terkena pantulan cahaya matahari. Reka bentuk dalaman dan hiasan masjid yang bercirikan senibina zaman Uthmaniah menjadikannya sebuah masjid yang sangat indah dan menarik dengan seni ukiran khat di dinding masjid. MASJID M/s 28


Sketch Kuantan << 29 EKSTRA BALAI POLIS M/S…29


30 >> Sketch Kuantan Pejabat pos M/s ..30


Sketch Kuantan << 31 Kegiatan guru PKG M/s ..31


32 >> Sketch Kuantan Muzium M/s ,, 32


Sketch Kuantan << 33


34 >> Sketch Kuantan


Sketch Kuantan << 35 Kesenian Pekan Daerah Pekan terkenal dengan nama Pekan Bandar DiRaja. Kaum Bangsawan iaitu anak anak raja, pembesar istana pula ramai yang tinggal di bandar Pekan. Istana Leban Tunggal merupakan istana lama yang seni binaannya sangat unik dan masih kukuh berdiri hingga kini. Kesenian pertukangan kayunya juga sangat unik dan halus kesenian ukirannya,ini bermakna penduduk di sini mempunyai bakat seni pertukangan yang hebat. Gambar mo 18 istana Leban Tunggal M/S…. 35


36 >> Sketch Kuantan Gambar … 18 Istana Melati dibina dalam tahun 1966 di Kampung Mengkasatr Pekan, Istan ini pernah didiami oleh Yh Dato’ Maria Menado.Bangunan istana berbentuk design moden. m/s 36


Sketch Kuantan << 37 gambar….. 22 Istana Putih antara istana- istana lama di Pekan yang kini menjadi pusat untuk pelajar Tahfiz Al Quran. Ia merupakan istana yang dihuni oleh kerabat diraja pada zaman dahulu. Keunikan seni bina nya menjadi satu penarik dan Pekan terkenal dengan keunikan senibina bangunan lama menggunakan kayu. Gambar no 21 M/s 37


38 >> Sketch Kuantan Banyak banguanan kayu yang masih berdiri megah di bandar pekan . Hasil daripada ilham dan senibina daripada penduduk Pekan sendiri Gambar 46 M/s 38


Sketch Kuantan << 39 Bandar Pekan penduduknya terdiri dari pelbagai kaum ,Melayu ,China,India dan lain-lain bangsa, semua bangsa mempunyai adat dan budaya masing-masing.Adat budaya tersebut semua kaum atau bangsa boleh mengamalkannya tanpa menjejaskan perpaduan semua bangsa. Pic 32 m/s 39


40 >> Sketch Kuantan Bagi orang Melayu yang bukan terdiri dari kaum bangsawan , mereka tinggal di sekitar bandar pekan dan mendirikan rumah masing masing di sini. Pekan mempunyai rumah tradisinya , Rumah Pekan bentuknya memang menarik, disebelah rumah ibu terdapat serambi untuk berehat dan mempunyai tangga untuk naik ke rumah utama . daun tingkapnya panjang ke bawah membolehkan peredaran udara keluar masuk ke dalam rumah . Pada kebiasaanya atap rumah Pekan dibuat dari atap rumbia atau zink Pic 75 m/s 40


Sketch Kuantan << 41 Rumah rumah Pahang banyak didirikan di sekitar daerah Pekan pada suatu masa dahulu Sehingga kini, masih terdapat sebuah rumah contoh di kompleks tenun Pulau Keladi yang di jaga rapi bertujuan untuk tontonan generasi kini serta untuk tujuan rujukan kepada para pengkaji sejarah bangsa dan budaya. Pi 19 m/s… 41


42 >> Sketch Kuantan Masyarakat Pekan terdiri daripada golongan yang kuat beribadat dan patuh kepada ajaran agama.Kerajaan sedar perkara tersebut.Maka masjid-masjid dan kelas-kelas agama disediakan kepada mereka di masjid-masjid yang baharu didirikan dengan keunikan dan design tersendiri. Pic39 m/s 42


Click to View FlipBook Version