Sketch Kuantan << 43 Mengikut seorang penulis dari barat mengatakan orang-orang melayu adalah antara orang-orang yang kreatif.Contohnya,di kampung mesti ada beberapa orang lelaki yang pandai bertukang,membuat bot,membuat rumah dalam masa yang sama ia boleh berzanji,pada waktu malamnya dia boleh mengajar Al-quran ,menjalin pukat atau menjahit pukat atau jala dan lain-lain kebolehan.Bagi kaum wanita pula,ada juga yang mempunyai beberapa kebolehan seperti menajahit ,mengayam tikar,menyanyi,memasak dan lain-lain. Begitulah cara hidup orang-orang di pekan,mereka juga ada yang mempunyai kebolehan seperti ini sehingga kini
44 >> Sketch Kuantan Dulunya nelayan hanya menangkap ikan,sekarang nelayan digalakkan supaya menjual terus hasil tanpa menggunakan orang tengah.Dulunya ramai nelayan yang boleh membuat perahu atau bot sendiri.Mereka ada caranya tersendiri untuk bertukang membuat perahu atau bot. Pic37 M/s 44
Sketch Kuantan << 45 Bagi penduduk yang agak miskin terutama di sekitar Kuala Pahang,kerajaan telah merancang dan telah menyiapkan rumah-rumah nelayan secara teratur.Termasuk plan ekonominya di Kuala Pahang dengan susunan dan design rumah yang selesa. Pic36 m/s 45
46 >> Sketch Kuantan Dari segi pengangkutan awam,duulnya masyarakat Pekan sukar untuk mendapat kemudahan pengangkutan seperti sekarang banyak teksi dan basbas untuk ke mana-mana destinasi.Terdapat 2 jenis perhidmatan bas di Pekan iaitu bas ekspres dan bas henti-henti dan ada 5 konsotium dulunya yang beroperasi iaitu Cepat Eksperes,Utama Ekspres,Rapid Kuantan,Rahmat Alam dan Mara.Antara bas yang popular satu masa dahulu ialah bas putih hitam sekarang sudah tiada lagi dan menjadi kenang-kenangan bagi masyarakat Pekan. Pic40 m/s 46
Sketch Kuantan << 47 Dulur Pekan mundur,jalanraya tidak banyak yang berturap. jalan kecil sempit dan berlopak. Kini Pekan antara daerah yang terbaik sistem jalan rayanya.Ia ada jalanraya 4 lorong untuk 2 hala Pic 35 m/s 47
48 >> Sketch Kuantan Dahulu,nelayan membuat jeti sendiri untuk menaikkan hasil tangkapan mereka ke darat.Sekarang jabatan perikanan telah membuat jeti baharu,yang lebih kemas dan selesa untuk kemudahan nelayan memungut hasil laut dari bot-bot yang tiba dari laut ke daratan. Pic43 m/s 48
Sketch Kuantan << 49 Masyarakat Pekan yang lama tinggi dengan adat dan budaya, mereka tidak melupakan atau meninggalkan adat budaya yang dibawa dari zaman -berzamana. Kini terpulanglah kepada generasi muda zaman sekarang samada ingin teruskan ataupun tidak. Pic 42 m/s 49
50 >> Sketch Kuantan Untuk mendapat pakaian yang lebih murah , penduduk daerah Pekan boleh mengunjungi Pekan Sehari di Bandar Pekan,atau menempahnya di beberapa kedai tukang jahit di bandar Pekan dengan harga yang berpatutan. Pic 44 m/s 50
Sketch Kuantan << 51 Di dalam daerah Pekan terdapat sebuah tempat bernama Chini. Di sinin terkenal dengan Tasik Chini. Mengikut ceritanya Chini dibuka oleh sekumpulan kaum asli Jakun dam mereka mendiami di pinggir Tasik itu.Kaum ini juga hidup denga adat budaya mereka tersendiri di sini Pic 47 m/s 51
52 >> Sketch Kuantan Kaum asli Jakun mendiamin pinggir tasik sejak sekian lama dahulu. Mereka berkampung dan bermasyarakat di sini. Pic 48 M/s 52
Sketch Kuantan << 53 Bagi kaum -kaum Asli yang tinggal di daerah daerah Pekan . Mereka juga ada adat budaya sendiri seperti lagu dan tarian, tarian yang popular iaitu tarian Sewang. Ramai pemimpin Melayu juga pandai mengikut tarian ini, bila majlis keramaian yang berkaitan dengan masyarakat orang asli,tarian ini selalu juga didendangkan di majlis tersebut. Pic 50 M,s 53
54 >> Sketch Kuantan Tempat yang menjadi tumpuan pada masa yang lampau bila ada keluarga sakit, mereka akan berjumpa dengan bomoh. Sekarang tidak lagi, budaya itu sudah semakin berkurangan. Kini telah ada klinik dan hospital yang canggih didirikan dengan bayaran yang jauh lebih murah berbanding berubat dengan cara bomoh Pic 55 m/s 54
Penduduk Pekan masih ada yang mengekalkan budaya tradisi lama terutama dalam adat perkahwinan, adat meminang , bersanding dan adat berpantang selepas bersalin, Acara berkompang , bersilat dan bergendang antara acara memeriahkan majlis .Apabila zaman semakin berunah karoke merupakan acara yang paling meriah. Pic 57 m/s 55
Antara makanan yang popular di Pekan ialah puding Diraja. Puding Diraja kesukaan piha istana. Merupakan makanan pencuc mulut. Puding DiRaja ada dijual di Serambi Pekan, Pasar minggu, Pekan Sehari dan Pasar malam. Istimewa puding ini ialah lemak manis , terdapat makanan jala emas pisang lemak manis yang digoreng , badam dan kismis di dalamnya. Pic 59 m/s 56
Sketch Kuantan << 57 Pekan lebih dikenali ramai sebagai tempat lahirnya pendekar yang handal bermain senjata menentang penjajah dahukunya. Kebanyakkan penduduk di Kampung ramai berkebolehan dalam seni mempertahankan diri iaiyu silat. Disebabkan ramai mewarisi seni ini maka banyak gelanggang silat didirikan untuk melatih generasi baru supaya dapat mewarisi seni pendekar ini. Kebanyakkan anak anak bujang di sini hebat sebagai pendekar sejati. Pic 67 m/s 57
58 >> Sketch Kuantan Pekan juga sebuah daerah yang menyajung tinggi adat dan seni budaya . Antaranya seni gendang Pahang . Adat bergendang iaitu gendang Pahang tradisi lama ini masih lagi diamalkan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Uniknya dendang Pahang tidK sama dengan permainan di negeri-negeri lain PIC 68 m/s 58
Sketch Kuantan << 59 Sebelum majlis bermula , pemain gendang akan berlatih bermain gendang dengan lagu-lagu tradisi lama Pahang. Kemudian barulah mereka sulami dengan lagu-lagu moden seperi lagu lagu Melayu atau lagu-lagu rentak 60an, 70an, 80an, 90an dan lain lain. Kalau lagu -lagu moden, biasanya muda mudilah menyanyikan lagu -lagu tersebut. Pic 69 m/s 59
60 >> Sketch Kuantan Sambil bergendang mereka juga ada tarian, terutama tarian piring. Maka bergendang berhiburlah mereka sehingga larut malam. Kebiasaannya situasi ini berlaku di Kampung kampung pada zaman dahulu bertujuan untuk hiburan kepada tetamu dan saudara mara yang bertungkus lumus membuat kerja kerja kenduri. Pic 70 M/s 60
Sketch Kuantan << 61 Tradisi gendang Pahang satu masa dahulu juga digunakan untuk mengiringi pembesar istana melawat kawasan , melalui jalan sungai. Pada zaman dahulu , apabila pembesar naik ke darat penduduk akan menyambut pula dengan nyanyian dan diiringi dengan gendang. Pic 71 M/s 61
62 >> Sketch Kuantan Tradisi gendang ini juga bukan sekadar untuk hiburan. Tradisi gendang ini juga digunakan untuk mentera, mengubat orang sakit. Sejauh mana kebenarannya untuk sembuh tidak dapat diketahui. Pic 72 M/s 62
Sketch Kuantan << 63 Sayangnya pemain gendang tradisi di tempat kenduri semakin berkurangan sedikit demi sedikit telah diambil alih oleh set karoke, maka dengan ini ramailah yang ikut serta yang tua dan muda menyumbangkan lagu siang dan malam. Maka ramailah artis-artis penyanyi muda lahir dari cubaan-cubaan awalnya dari tempat kenduri. Majlis kenduri juga bolehlah dianggap sebagai penyumbang kepada akedemi seni suara tempatan. Pic 74 Ms 65
Pada asalnya, gendang digunakan untuk acara persilatan sahaja, tetapi golongan dari gelanggang silat inilah yang membawa keluar permainan gendang ini untuk menjadi sebahagian persembahan hiburan. Pic 73 M/s 64
Sketch Kuantan << 65 Pekan dikenali ramai sebagai tempat lahirnya pendekar yang handal bermain senjata menentang penjajah. Kebanyakkan penduduk di kampung ramai berkebolehan dalam seni silat mempertahankan diri. Maka disebabkan ramai yang mewarisi seniini, maka banyak gelanggang silat didirikan untuk melatih generasi baru supaya dapat mewarisi seni pendekar ini. ni masih lagi diamalkan di majlis majlis keramaian seperti majlis perkahwinan uniknya gendang Pahang tidak sama dengan permaianan gendang di negeri- negeri lain. M/s 66
66 >> Sketch Kuantan Gendang Pahang popular satu masa dahulu,ia dimainkan ketika ada majlis keramaian atau majlis rasmi.Pada masa ini Gendang Pahang terus diajar kepada kaum muda mudi yang berminat,usaha -usaha tersebut terus dilakukan supaya Seni Gendang Pahang tidak hilang ditelan zaman. Penghargaan kepada Jabatan Kesenian Malaysia Negeri Pahang kerana meneruskan usaha-usaha memartabatkan seni Gendang Pahang. Sebelum majlis bermula, pemain gendang akan berlatih bermain gendang dengan lagu-lagu tradisi lama Pahang, Kemudian barulah mereka sulami dengan lagu lagu moden sepertin lagu-lagu Melayu, atau lagu lagu rentak 60an, 70an, 80an dan 90an dan lain-lain.kalau Lagu moden, muda-mudilah yang menyanyikan lagu lagu tresebut. Terdapat beberapa negeri yang mempersembahkan Tarian Piring . Persembahan Tarian Piring berasal dari negeri Pahang biasanya akan dipersembahkan kepada penonton dalam majlis tertentu. Silat melayu juga aktif di Kuantan terutama di perkampungan pingir bandar,dimana terdapat beberapa buah gelanggang silat didirikan di kampung-kampung termasuk bandar dan beberapa persatuan seni bela diri ditubuhkan. Sambil Bergendang mereka juga ada tarian, terutama tarian piring. Maka bergendang berhiburlah mereka sehingga larut malam , biasanya majlis begini berlaku di Kampung kampung pada zaman dahulu.bertujuan untuk hiburan kepada tetamu dan saudara marayang bertubgkus lumus membuat kerja M/s 67
Sketch Kuantan << 67
68 >> Sketch Kuantan
Sketch Kuantan << 69 Pada peringkat awal, kebanyakkan masyarakat tempatan dan individu yang datang dari luar ke sini mereka bekerja sebagai nelayan. Manakala perkampungan nelayan di sini antaranya ialah kampung Kuala Pahang, Nenasi,Tanjong Agas dan lain lain .Pic ms 29 Pic Ms 36 Muka surat 69
70 >> Sketch Kuantan Ini adalah antara wajah kampung setinggan nelayan di Kuala Pahang sebelum dibangunkan oleh pihak pentadbiran suatu masa dahulu. Pic ms 15 buku pekan Muka surat 70
Sketch Kuantan << 71 Pasar kontena ikan segar ini berada di tepi Pantai Kuala Pahang berhadapan dengan masjid baru Kuala Pahang. Ini adalah salah satu projek ekonomi dan daya tarikan bagi orang-orang yang mahukan ikan segar dan murah. Pada sebelah Pagi ramai orang yang datang untuk mendapatkan ikan yang murah dan segar termasuk juga hasil laut yang lain. Pelanggan yang datang bukan saja dari penduduk tempatan malah ada juga yang datang dari luar daerah Pekan, Ini adalah satu kemudahana yang penting dan menarik untuk penduduk Kampung Kuala Pahang. Pic 87 Ms 71
Kemudian, hasil dari laut itu dijadikan pendapatan hiliran oleh penduduk dengan mengusahakan restoren makanan laut . Terdapat bengkel mengusahakan produk dari hasil laut seperti membuat perusahaan keropok keping, ikan masin dan lain lain. Medan ikan bakar juga adalah projek tarikan baru di Kuala pahang. Projek feselift D’ Kuala pahang antara lain bagi menyokong pembangunan kompleks ikan bakar yang dibangunkan dengan pihak UMP dan kerjasama majlis pembagunan wilayah ekonomi pantai timur ECERDc yang mewujudkan peluang perniagaan makanan dikendalikan oleh pengusaha kecil dan sederhana. Jikan kita datang menjamu selera di sini kita boleh memilih ikan yang segar untuk dimasak atau dibakar. Selain itu, keropok ikan, ikan masin juga dijual disini dengan harga berpatutan untuk di bawa pulang. Pic ms Ms 72 72 >> Sketch Kuantan
Sketch Kuantan << 73 Berbalik kepada dataran nelayan Kuala pahang. Kawasan ini adalah kawasan lapang berhadapanpan dengan laluan bot keluar masuk dari laut ke jeti perikanan yang berhampiran dengan masjid. Di sinilah dulunya beca ada disediakan untuk pelancong bersiar siar di sekitar Kuala Pahang disamping menghirup udara segar dari laut Pic 80 ms 73
74 >> Sketch Kuantan Di Pekan juga terdapat Kawasan-kawasan yang sesuai dengan tanaman padi. Antara tempat yang mengusahakan tanaman tersebut ialah Kampung Pahang Tua, Lamir dan Ganchong. Pic padi Pertanian adalah salah satu sumber ekonomi penduduk Pekan, Pejabat Peladang terdapat di pekan untuk membantu peladang dalam aspek memberi khidmat nasihat dan bantuan mendapatkan peraalatan perladangan dengan harga yang berpatutan. Peladang boleh mendapat khidmat nasihat dalam cara penguanaan baja, racun dan peralatan pertanian yang diperlukan. Pic ms 76, 77 Ms 74
Sketch Kuantan << 75 Bagi mereka yang minat menjahit baju atau yang minat berfesyen untuk keluarga, segala jenis fesyen baju dan pelbagai jenis kain pasang berlaianan warna dan corak ada di jual di pusat bandar Pekan . Pic ms 62 Muka surat 75
76 >> Sketch Kuantan Tempat makan yang mendapat tempat di hati pengunjung di Pekan, antaranya ialah di lokasi yang mudah untuk disingah dan mempunyai lot pakir yang luas.Seperti D’Kuala,Serambi Pekan, sekitar bandar Mentiga dan lain-lain.Antara makanan popular dan dicari oleh pelancong dari luar ialah martabak Makasar dan Puding Diraja selain kuih-kuih kampong yang lain. Pic restoren kat bandar pekan ms 76
Sketch Kuantan << 77 Sumber ekonomi yang lain ialah penanaman kelapa sawit oleh pihak Felda,seperti di Felda Chini,ia adalah antara ladang yang berdekatan dengan bandar Pekan.Selain pihak felda ada juga pihak swasta dan orang persaorangan yang membuka kebun dan ladang untuk sumber ekonomi di sekitar Pekan.Selain dari itu tanaman nenas juga ada di ushakan oleh kaum orang asli. muka surat 77
78 >> Sketch Kuantan Gerai - gerai makanan juga diusahakan oleh penduduk tempatan dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan sepert ikan bakar, keropok lekor , makanan laut dan masakan ala Thai . Pengusaha restoren di sini mendapatkan ikan- ikan segar serta hasil tangkapan laut dari beberapa perkampungan nelayan yang berhampiran. Pic restoren kat Pekan Riverfront muka surat 78
Sketch Kuantan << 79 Projek Agropolitan adalah salah satu projek membangun ekonomi penduduk luar bandar dengan bantuan dari ECERDC. Dua projek diushakan iaitu menternak biri-biri jenis Doper dan perladangan penanaman kelapa sawit,Ia dijalankan di tiga Kawasan iaitu di Runchang, PAP Batu 8 dan PAP Tanjung batu. Muka surat 79
80 >> Sketch Kuantan Penduduk yang ada tanah di tepi pantai dan ada modal mereka akan membina chalet di tepi pantai dan menyewakanya pula kepada pelancong,termasuk dengan pakage mkan dan minum. Pic chalet kat pekan, nenasi Muka surat 80
Sketch Kuantan << 81 Tempat makan sememangnya tidak susah untuk mencarinya disekitar Pekan kerana,pengusaha makanan sememangnya banyak di sini,Hanya konsep tempat makan sahaja yang berbeza untuk sesuatu majlis atau untuk hidangan biasa. Serambi pekan Muka surat 81
82 >> Sketch Kuantan Di bandar Pekan terdapat juga pusat perniagaan yang besar dibuka di sini seperti Mydin, Tunas manja, Pantai Selamat dan Lain-lain. Semua harga barang boleh dikatakan harga mampu milik untuk rakyat di Pekan, seiring dengan pembanguanan yang semakin bertambah pesat terutama di kawasan idusri berat di Peramujaya . dikenali juga sebagai Pekan Automotif Park. Pic ms 63 Ms 82
Sketch Kuantan << 83 Tidak semua penduduk sekitar pantai menjana ekonomi menjadi nelayan atau membuka restoran. Ada penduduk membuka perkampungan chaley tempat tinggal untuk sewaan kepada pengunjung. Ada juga penduduk yang membuka taman permainan seperti sewaan ATV untuk pelancong bermain melawat sekitar pantai. Muka surat 83
84 >> Sketch Kuantan River Front adalah tempat riadah di dalam bandar dan terdapat tempat menjamu selera di tepi sungai. Di sini waktu petangnya ada pelbagai jenis makanan yang dijual untuk pengunjung,antaranya kuih muih, satay dan yang popular sekarang food truck yang menjual cendol. Cendol juga makanan yang laris kerana keenaka dari resepinya.. . Dulunya River front agak rendah tebingnya dan mudah dinaiki air ketika musim tengkujuh, tapi sekarang projek menaikkan tebing telah dibuat dan projek menambak ini telah menyelesaikan sedikit sebanyak masalah banjir di daerah Pekan Pic ms 79 Muka surat 84
Sketch Kuantan << 85 Jika inginkan merasai masakan dari pantai timur di waktu pagi, pelancong bolehlah mencari gerai-gerai di tepi-tepi jalan atau ke dalam kawasan kampong.nasi kerabu,nasi berlauk,kuih-muih kampong ada di jual selain teh tarik dan roti canai. Muka surat 85
86 >> Sketch Kuantan Musim buah-buahan menjadi satu sumber ekonomi kepada penduduk tempatan bagi mereka yang ada kebun buah-buahan.Pada musim ini penduduk akan berniaga pelbagai jenis buah-buahan di tepi jalan atau di pasar.Antara buah-buah yang popular dan laris ialah buah durian dan ada juga durian dari daerah-daerah lain di Pahang yang di bawa ke Pekan untuk di jual di Pekan. Muka surat 86
Sketch Kuantan << 87 Jenis durian yang popular ialah Musang King,D24,Blackthorn,Durian Duri Hitam dan lain-lain. selain durian yang baka dari kampong Muka surat 87
88 >> Sketch Kuantan Pengusaha homestay di sekitar taman-taman perumahan di bandar juga banyak, termasuk juga di sekitar kawasan kampong yang berdekatan dengan bandar Pekan.Perkara ini amat memudahkan bagi pelancong yang nak bermalam di Pekan. Muka Surat 88
Sketch Kuantan << 89 Salah satu hotel di Pekan Hurian Ms 89
90 >> Sketch Kuantan Hotel vistana Pusat ekonomi di bandar Pekan Muka surat 90
Sketch Kuantan << 91 Pasar Pekan Muka surat 91
92 >> Sketch Kuantan Ekspo yang diushakan oleh pihak swasta juga banyak memberi peluang kepada pengusaha IKS terlibat dalam perniagaan. Ms 92