The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pendidikan Seni Visual daripada Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Keningau telah menerbitkan Kinalawao Koubasanan Sabah pada 5 Februari 2023. Penghasilan jurnal ini telah mengambil masa lebih kurang dalam 3 minggu untuk menyiapkannya yang telah dijayakan oleh pelajar-pelajar opsyen Pendidikan Seni Visual ambilan Jun 2022. Kumpulan pelajar dari opsyen seni ini terdiri daripada 19 orang yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Karya-karya yang dihasilkan dalam jurnal ini merupakan karya bagi kod subjek PSVK1084 iaitu Asas Lukisan yang bertemakan "Kebudayaan" yang dikendalikan oleh pensyarah En. Johanes Bulot @ Bulat dan kod subjek PSVK1094 iaitu Asas Catan yang bertemakan "Kebudayaan" serta "Flora dan Fauna" yang dikendalikan oleh pensyarah En.Thadius Gugau. Selain itu, tujuan journal ini diterbitkan adalah untuk memartabatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat kebangsaan dan dapat mengasah lagi bakat seni yang ada pada diri pelajar.

Versi ini hanya merupakan penerbitan sementara sehingga diterbitkan pada Laman Web Rasmi IPGKK.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1011-27-claudia, 2023-02-27 21:04:27

Journal Seni Kinalawao Koubasanan Sabah 2023

Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pendidikan Seni Visual daripada Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Keningau telah menerbitkan Kinalawao Koubasanan Sabah pada 5 Februari 2023. Penghasilan jurnal ini telah mengambil masa lebih kurang dalam 3 minggu untuk menyiapkannya yang telah dijayakan oleh pelajar-pelajar opsyen Pendidikan Seni Visual ambilan Jun 2022. Kumpulan pelajar dari opsyen seni ini terdiri daripada 19 orang yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Karya-karya yang dihasilkan dalam jurnal ini merupakan karya bagi kod subjek PSVK1084 iaitu Asas Lukisan yang bertemakan "Kebudayaan" yang dikendalikan oleh pensyarah En. Johanes Bulot @ Bulat dan kod subjek PSVK1094 iaitu Asas Catan yang bertemakan "Kebudayaan" serta "Flora dan Fauna" yang dikendalikan oleh pensyarah En.Thadius Gugau. Selain itu, tujuan journal ini diterbitkan adalah untuk memartabatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat kebangsaan dan dapat mengasah lagi bakat seni yang ada pada diri pelajar.

Versi ini hanya merupakan penerbitan sementara sehingga diterbitkan pada Laman Web Rasmi IPGKK.

ISI KANDUNGAN 01 SEKAPUR SIRIH PEMBUKA KATA 05 NOTA EDITOR 07 KARYA-KARYA PELAJAR 47 GALERI 51 AUTOGRAF 06 PENDAHULUAN


SEKAPUR SIRIH PEMBUKA KATA


Salam Sejahtera. Terima kasih kepada warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan Kata Alu-Aluan dalam Jurnal Seni KINALAWAO KOUBASANAN SABAH 2023. Ucapan tahniah dan syabas dirakamkan kepada sidang redaksi jurnal dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan jurnal seni yang sungguh bermakna ini. Penerbitan jurnal seni ini bertujuan untuk menyemai apresiasi terhadap seni khususnya flora dan fauna serta seni kebudayaan yang terdapat di Sabah. Apresiasi seni merupakan sebuah proses penghayatan sesebuah karya seni. Ia afdal bagi menanam rasa penghargaan dan cinta terhadap seni serta keindahan yang wujud dalam persekitaran. Selain itu, seni berfungsi sebagai pemangkin untuk meningkatkan dan mengembangkan kemampuan kreativiti yang amat diperlukan kini. Sesungguhnya, penerbitan jurnal seni ini bukan sahaja berperanan sebagai langkah untuk meningkatkan kreativiti dan potensi individu dalam penghasilan karya, bahkan turut merungkai inti pati pembelajaran dan ilmu pengetahuan yang amat diperlukan dalam pembentukan seorang guru. Proses pencarian ilmu perlulah diperluaskan, sejajar yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat. Akhir kata, saya mendoakan agar segala usaha murni untuk menuntut ilmu dan apresiasi dalam seni sebagai budaya di kalangan siswa pendidik IPG Kampus Keningau terus cemerlang dalam berkhidmat kepada negara. Sekian, terima kasih. “SEPAKAT DAN KOLEKTIF MENJULANG KECEMERLANGAN” Doti bin Asing Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau K A T A A L U-A L U A N P E N G A R A H IP G K A M P U S K E NIN G A U DOTI BIN ASING PENGARAH IPG KAMPUS KENINGAU I


K A T A A L U-A L U A N TIM B A L A N P E N G A R A H IP G K A M P U S K E NIN G A U NAIMA BINTI KADIR TIMBALAN PENGARAH IPGKK Naskhah ini merupakan suatu lapangan atau landasan buat para pelajar memaparkan idea-idea yang bernas dan karya menarik. Saya berharap dengan penghasilan jurnal ini semua pelajar dan pihak yang terlibat memperoleh maklumat dan pendedahan tentang keindahan budaya yang terdapat di negeri Sabah yang mana ia telah dijadikan sebagai sumber ilham untuk menghasilkan karya mereka. Dengan adanya penerbitan jurnal ini, berharap agar siswa dan siswi pendidik khususnya akan sentiasa bersemangat untuk terus berkarya pada masa akan datang. Sesungguhnya walaupun pelbagai cabaran yang harus mereka hadapi semasa proses menghasilkan karya, hal ini sedikit sebanyak boleh membantu siswa-siswi pendidik dalam membentuk sahsiah dirinya. Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat seluruh warga IPG Kampus Keningau untuk terus berusaha dalam mencapai kegemilangan dan memajukan pendidikan di Malaysia. Sekian, terima kasih. "SEPAKAT DAN KOLEKTIF MENJULANG KECEMERLANGAN" Naima binti Kadir Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada sidang redaksi serta semua pihak atas usaha gigih bagi merealisasikan penerbitan Jurnal Seni KINALAWAO KOUBASANAN SABAH 2023. Saya percaya penerbitan jurnal ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua warga IPGKK terhadap kejayaan institut ini. II


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Puji dan syukur saya sentiasa panjatkan kepada Hadrat Ilahi atas semua kurnia dan rahmat limpah-Nya, sehingga selesai penghasilan jurnal yang berjudul KINALAWAO KOUBASANAN SABAH 2023 ini meskipun dengan cara yang sangat sederhana. Harapan saya untuk jurnal ini semoga ia menjadi suatu medium agar tercetusnya rasa cinta akan seni dalam sanubari para pembaca. Sekali gus menzahirkan rasa syukur kepada keindahan flora dan fauna serta kebudayaan yang terdapat di negeri Sabah. Semoga dengan Jurnal Seni ini, para pembaca dan pelajar memperoleh sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang tradisi dan amalan masyarakat Sabah dan mampu memperluaskan layar ilmu untuk kegunaan kendiri. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga sehingga terbitnya Jurnal Seni ini. Semoga penerbitan jurnal seperti ini diteruskan dengan usaha sepakat yang sedia ada agar dapat menjulang kecemerlangan. Sekian. “SEPAKAT DAN KOLEKTIF MENJULANG KECEMERLANGAN” Thadius bin Gugau Ketua Jabatan Sains Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau K A T A A L U-A L U A N K E T U A J A B A T A N S AIN S S O SIA L IP G K K THADIUS BIN GUGAU KETUA JABATAN SAINS SOSIAL IPGKK III


Salam mesra, Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, jurnal seni Kinalawao Koubasanan Sabah dapat disiapkan dengan jayanya. Seterusnya, ucapan terima kasih diajukan kepada seluruh warga Institut Pengajian Guru (IPG) Kampus Keningau yang telah membantu tanpa syarat untuk menyempurnakan tugasan ini. Sekalung penghargaan ingin saya berikan kepada mentor dan pensyarah Pendidikan Seni Visual kami, iaitu En. Johanes Bulot@Bulat dan En. Thadius bin Gugau atas dorongan serta usaha mereka untuk membimbing pelajar PPISMP Pendidikan Seni Visual Kampus Keningau sepanjang proses ini. Tidak lupa juga kepada sahabat seperjuangan saya, barisan editor dan kesemua sembilan belas orang pelajar PPISMP PSV yang telah mengambil bahagian dalam merealisasikan buku ini dari awal sehingga terbit. Dalam jurnal ini, telah dibukukan 38 karya hasil pelajar berilhamkan kebudayaan Negeri di Bawah Bayu dan sarwa inti rimba Borneo yang adiwarna. Seyogianya semangat, ilmu dan pengalaman yang kami peroleh melalui penghasilan jurnal ini dapat kami terapkan dalam mendidik mutiara negara apabila pengajian tamat kelak. ‘Sahmura Seni’ Claudia Amber Fredoline Ketua Editor PISMP PSV IPGKK KETUA EDITOR N O T A E DIT O R KIN A L A W A O K O U B A S A N A N S A B A H 2 0 2 3 IV


PENGENALAN Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pendidikan Seni Visual daripada Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Keningau telah menerbitkan Kinalawao Koubasanan Sabah pada 5 Februari 2023. Penghasilan jurnal ini telah mengambil masa lebih kurang dalam 3 minggu untuk menyiapkannya yang telah dijayakan oleh pelajar-pelajar opsyen Pendidikan Seni Visual ambilan Jun 2022. Kumpulan pelajar dari opsyen seni ini terdiri daripada 19 orang yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Karya-karya yang dihasilkan dalam jurnal ini merupakan karya bagi kod subjek PSVK1084 iaitu Asas Lukisan yang bertemakan "Kebudayaan" yang dikendalikan oleh pensyarah En. Johanes Bulot @ Bulat dan kod subjek PSVK1094 iaitu Asas Catan yang bertemakan "Kebudayaan" serta "Flora dan Fauna" yang dikendalikan oleh pensyarah En.Thadius Gugau. Selain itu, tujuan journal ini diterbitkan adalah untuk memartabatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat kebangsaan dan dapat mengasah lagi bakat seni yang ada pada diri pelajar.


KARYA-KARYA PELAJAR


Nama: Alice Kong Chak Lin Tarikh Lahir: 2 Februari 2003 Tempat Asal: Sibu, Sarawak Sek. Lama: SMK Tiong Hin, Sibu, Sarawak Tokoh Seni Kegemaran: Mohd. Hoessein Enas SUMANDAK PESTA KAAMATAN, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini menceritakan seorang perempuan yang berasal dari Sarawak telah melihat sekumpulan orang Kadazan berkumpul di kampung untuk berterima kasih kepada Tuhan (Kinoingan) dan roh-roh untuk tuaian yang lebih baik. Dia diajak untuk mengikuti pesta tersebut dengan memakai pakaian Dusun berserta topi dari Papar. Dia diberitahu bahawa Pesta Kaamatan ini sangat penting kerana bertujuan untuk menghormati Bambaazon dan berterima kasih kepada Tuhan atas hasil tuaian yang melimpah. BIODATA PENGKARYA


BAK CHANG , 2022 MAKANAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER KARYA INI MERUPAKAN MAKANAN TRADISIONAL CINA YANG DIMAKAN KETIKA PERAYAAN DUAN WU. TERDAPAT SATU LAGI NAMA BAGI PERAYAAN INI ADALAH DRAGON BOAT FESTIVAL YANG MENJELASKAN PADA ZAMAN DAHULU MASYARAKAT MENCAMPAKKAN BAK CHANG KE SUNGAI UNTUK MENYEMBAH QU YUAN TETAPIIKAN-IKAN DI SUNGAI ITU MEMAKAN BAK CHANG YANG DICAMPAK. DEMIKIAN DARI HAL ITU BERMULALAH PEMBINAAN PERAHU NAGA DAN MEREKA RAMAI-RAMAI MENDAYUNG KE TENGAH SUNGAI DAN MENCAMPAKKAN BAK CHANG KE DALAM SUNGAI SAMBIL MEMALU GENDANG UNTUK MENGHALAU IKAN-IKAN TERSEBUT.


Nama: Bennly Koolin Tarikh Lahir: 16 Mei 2003 Tempat Asal: Tamparuli, Sabah Sek. Lama:SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu, Sabah Tokoh Seni Kegemaran: Gustave Doré BIODATA PENGKARYA THE GREAT HORNBILLS AND THE ORCHIDS, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini memperlihatkan salah satu keunikan dan keindahan alam yang dapat kita nikmati. Spesies ini merupakan salah satu spesies yang terancam. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk melindungi haiwan ini agar generasi akan datang masih dapat menikmati keindahan alam seperti ini melalui mata mereka sendiri dan bukannya melalui gambar dari buku-buku.


TARIAN MAGUNATIP, 2022 TARIAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Lukisan ini membawa tema tarian tradisional daripada kaum Murut iaitu tarian Magunatip. Lukisan ini mempersembahkan salah satu gaya yang dipersembahkan semasa tarian ini dilakukan dan pakaian yang dipakai semasa mempersembahkan tarian ini dipanggil 'puputul' iaitu jaket yang diperbuat daripada kulit kayu dan 'aba puputul' iaitu cawat yang diperbuat menggunakan isi kayu, kedua-duanya dipakai oleh penari lelaki. Tarian ini dipersembahkan pada setiap majlis Hari Magavau iaitu perayaan bagi memuja semangat padi dan bertujuan untuk memeriahkan lagi upacara yang diadakan.


Nama: Claudia Amber Fredoline Tarikh Lahir: 8 September 2003 Tempat Asal: Penampang, Sabah Sek. Lama: SMK Peter Mojuntin, Penampang, Sabah Tokoh Seni Kegemaran: August Friedrich Schenck, Luliya Litvinova BIODATA PENGKARYA TOPIODO, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini menggambarkan seorang ‘Unduk Ngadau’ yang memperagakan Sinombiaka Tinombunan iaitu baju tradisi bagi Dusun Liwan Tambunan yang menetap di Sabah. Karya ini tertumpu kepada seorang gadis yang memakai aksesori tradisional di pinggulnya iaitu himpogot dan tangkong. Kedua-dua aksesori itu bukan sahaja melambangkan kekayaan tetapi juga meningkatkan kecantikan pemakainya dengan memahat badan mereka dengan anggun. ”Topiodo” membawa maksud kekemasan dan kecantikan semula jadi.


LINUT KOROHIANKU, 2022 MAKANAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Linut, atau dalam nama lain Ambuyat/ Sagu, merupakan makanan ruji yang boleh didapati pada bahagian batang sagu sawit. Hidangan ini merupakan makanan kebangsaan Brunei, tetapi turut menjadi makanan tempatan di Sarawak, Sabah dan Labuan. Tajuk “Linut Korohianku” boleh diterjemahkan sebagai Linut Kegemaranku


Nama: Dexter Ling Shi En Tarikh Lahir: 12 Jun 2003 Tempat Asal: Sarikei, Sarawak Sek. Lama: SMK Tinggi Sarikei, Sarikei, Sarawak Tokoh Seni Kegemaran: Claude Monet BIODATA PENGKARYA PAKAIAN TRADISIONAL, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini adalah untuk menyerlahkan butiran khas dan keistimewaan serta keunikan pakaian tradisional, pakaian tradisional kepala (topi sinulatan, adalah gabungan bulu burung Kenyalang dan bulu burung Enggang) dan rantai manik (pinakol).


AIR TERJUN, 2022 FLORA COLOURED PENCIL ON PAPER Pemandangan semula jadi pergunungan di tepi air terjun indah sekali. Pohonpohon pokok di sekeliling tebing kelihatan hijau dan mekar. Dari sebelah gunung keluar air terjun dengan deras dan warnanya putih macam kapas serta suaranya bergema di langit. Aliran sungai yang bersih dan dihias dengan batu-batu yang besar.


Nama: Donny Markenny Bariou Tarikh Lahir: 17 Julai 2003 Tempat Asal:Keningau, Sabah Sek. Lama: SMK Sindumin, Keningau, Sabah Tokoh Seni Kegemaran: Leonardo da Vinci BIODATA PENGKARYA THE WARRIOR, 2022 OIL ON CANVAS ‘Red Indian’ yang berasal dari Amerika dijadikan sebagai rujukan dan juga sumber pembaharuan yang diambil dalam menghasilkan kebudayaan pemakaian tradisional baharu bagi seorang pahlawan tempatan Sabah.


GAUNG SINUANGGA, 2022 PAKAIAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Gaung Sinuangga adalah merupakan pakaian tradisi moden Kadazandusun di Sabah. Gaung' pakaian lelaki (baju lengan panjang), souva (seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru. Sinuangga' pakaian perempuan- baju blaus pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Pakaian ini digunakan semasa perayaan seperti kaamatan, perkahwinan dan juga acara adat istiadat.


Nama:Hani Nadhirah binti Mohd Zaki Tarikh Lahir: 4 Jun 2004 Tempat Asal: Muar, Johor Sek. Lama: Sekolah Seni Malaysia Johor Tokoh Seni Kegemaran: Dato Chuah Thean Teng BIODATA PENGKARYA SEPAK MANGGIS DI WAKTU LAPANG, 2022 OIL ON CANVAS Sepak Manggis merupakan sebuah sukan tradisi oleh masyarakat Bajau dan Kadazandusun Tindai dan selalu dimainkan ketika keramaian seperti perkahwinan. Namun dalam hasil karya ini sepak manggis dimainkan pada waktu lapang oleh seorang remaja yang tinggal di sebuah perkampungan di Kota Belud. Kotak yang telah dihias dan diisi dengan hadiah yang lumayan serta digantung pada buluh yang berukuran 25 kaki, remaja itu cuba untuk menimbang bola takraw itu sehingga dapat memecahkan kotak tersebut. Begitulah cara permainan sepak manggis. Sepak manggis ini selalunya dimainkan beramai-ramai supaya dapat membina lagi perpaduan dalam masyarakat lebih-lebih lagi ketika hari keramaian


ZAPIN JOHOR MUSIC INSTRUMENT, 2022 ALAT MUZIK TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Tarian Zapin sangat terkenal di negeri Johor kerana ianya merupakan sebuah tarian budaya yang menarik dan sering ditarikan ketika keramaian. Seni muzik yang dimainkan tidak kurangnya unik sehingga menarik perhatian setiap yang menontonpersembahan tarian zapin. Antara yang sangat memainkan peranan dalam muzik zapin ini ialah petikan gambus yang memberi peranan sebagai melodi dalam lagu dan menyerikan lagi persembahan tarian zapin. Setiap penonton sentiasa tersenyum dengan seni budaya dari Johor ini kerana keindahan seni yang disajikan.


Nama: Kartini Kassim Tarikh Lahir: 5 Januari 2003 Tempat Asal: Kota Kinabalu, Sabah Sek. Lama: Sekolah Seni Malaysia Sabah Tokoh Seni Kegemaran: Rembrandt BIODATA PENGKARYA SERIMPAK MERAH, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini berkisarkan sebuah cerita “Kanang and The Serimpak”. Pengkarya memfokuskan unsur tradisi etnik Bajau Samah iaitu Serimpak emas asli yang diturunkan daripada nenek moyang. Serimpak ini dikatakan mengandungi entiti iaitu “embo-embo” yang dipercayai dapat mengabulkan permintaan tetapi bergantung kepada sikap dan niat seseorang itu.


PENARI IGAL-IGAL, 2022 TARIAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Karya ini bertemakan budaya kesenian etnik bajau di Sabah. Karya ini menggambarkan keharmonian tarian igal-igal yang memberi penegasan kepada dua figura sebagai platform bagi pengkarya mengekspresikan penghargaan dan janji


Nama: Madelin Anak Dolam Tarikh Lahir: 9 Ogos 2003 Tempat Asal: Bau, Sarawak Sek. Lama: SMK Bau, Bau, Sarawak Tokoh Seni Kegemaran: Leonardo da Vinci BIODATA PENGKARYA FLORA SABAH, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini menggambarkan bunga terbesar iaitu bunga Rafflesia. Bunga Rafflesia atau juga dikenali sebagai pakma juga telah dijadikan sebagai bunga rasmi negeri Sabah kerana ia kebanyakannya hanya terdapat di Kepulauan Borneo iaitu negeri Sabah dan Sarawak. Karya yang menggambarkan bunga yang terkenal ini memberikan mesej bahawa tumbuhan ini semakin terancam akibat dari perbuatan manusia ketika penerokaan hutan dilakukan. Oleh yang demikian, di era yang moden ini, perbuatan tersebut sememangnya tidak wajar lagi untuk dilakukan demi menjaga khazanah negara.


SAPE, 2022 ALAT MUZIK TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Sape merupakan sebuah alat muzik yang amat dikenali di negeri Sarawak iaitu Bumi Kenyalang. Sape ini merupakan alat muzik jenis kordofon yang berasal dari kaum Orang Ulu terutamanya suku-suku Kenyah dan Kayan. Sape berbentuk seperti gambus yang panjang bertali empat. Ia diperbuat daripada satu batang pokok Jokuvang sepanjang 1 meter. Di permukaan sape ini biasanya didapati ukiran motif Orang Ulu yang diwarna menggunakan warna merah dan hitam.


Nama: Mohammad Asziq bin Mohd Zain Tarikh Lahir: 23 Julai 2003 Tempat Asal: Tawau, Sabah Sek. Lama: SMK Tawau, Tawau, Sabah Tokoh Seni Kegemaran: Vincent van Gogh BIODATA PENGKARYA GLOBALISASI KAUM,2022 OIL ON CANVAS Bangsa asli Amerika, ‘Red Indian’ yang hampir pupus. Sumpit orang Murut senjata yang dipandang enteng namun sangat memudaratkan. Terabai mewakili kaum Iban yang mempunyai pahlawan hebat dengan slogan ‘Agi Idup Agi Ngelaban’.


AIR TERJUN, 2022 FLORA COLOURED PENCIL ON PAPER Lukisan ini menggambarkan kawasan air terjun yang berada di Tambunan, Sabah di mana menjadi salah satu kawasan tarikan kerana keindahan alamnya.


Nama:Nor Aisah binti Masilin Tarikh Lahir: 24 Disember 2004 Tempat Asal: Ranau, Sabah Sek. Lama:SMK Timbua, Ranau, Sabah Tokoh Seni Kegemaran: Pablo Picasso BIODATA PENGKARYA MEMETIK DAUN TEH DI SABAH, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini mengisahkan tentang seorang wanita berbangsa Dusun Ranau sedang memetik daun teh untuk dieksport ke seluruh Sabah malahan menembusi pasaran antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana, hanya satu sahaja ladang teh yang ada di kepulauan Borneo iaitu Ladang teh Ranau Sabah.


KINOMULOK OM KINOMBURA, 2022 TARIAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Karya lukisan menggunakan media kering ini mengisahkan tentang puteri dari kayangan iaitu Kinomulok yang turun ke bumi untuk melawat anaknya Kinombura yang ditinggalkan bersama ayahnya Kudingking 8 tahun yang lalu. Waktu berputar dengan sangat laju sehinggga kini Kinombura merupakan anak dara sunti yang mana ia dipanggil sebagai sumandak. Kinomulok yang begitu merindui Kinombura pun begitu bahagia sebaik sahaja menjumpai Kinombura.


Nama:Nur Afifah Farahiyah binti Sakeran Tarikh Lahir: 18 Mei 2004 Tempat Asal: Sarikei, Sarawak Sek. Lama: SMK Sarikei Baru, Sarikei, Sarawak Tokoh Seni Kegemaran: Mohd Hoessein Enas & Syed Ahmad Jamal BIODATA PENGKARYA WANITA MURUT BERLATIH MOGUNATIP ,2022 OIL ON CANVAS Karya ini adalah tentang seorang wanita Murut yakni salah satu etnik yang ada di negeri di bawah bayu yang sedang berlatih tarian Mogunatip sambil mengenakan pakaian tradisional wanita kaum Murut . Namun, pakaian tersebut tidak bercorak dan wanita itu juga tidak mengenakan sebarang perhiasan. Ini menunjukkan bahawa wanita itu daripada keluarga sederhana. Hal ini dikatakan sedemikian kerana pada zaman dahulu, tidak semua orang mampu memiliki perhiasan dan pakaian tradisi walaupun pakaian tradision kaum sendiri. Karya ini menunjukkan realiti yang berlaku pada zaman dahulu. Namun begitu, tidak sedikit pun menunjukkan kecacatan adat dan budaya kaum Murut kerana kaum ini sangat menjaga budaya kaum mereka tanpa mengira mereka dari keluarga kaya atau bukan. Sikap seperti ini haruslah kita jadikan sebagai contoh mulia yang perlu diikut supaya keindahan adat dan budaya tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.


SILATONG, 2022 ALAT MUZIK TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Karya ini memaparkan alat musik tradisional di Sarawak. Namun, alat musik yang paling ditekankan adalah Silatong yakni alat musik tradisional kaum Bidayuh. Di Sarawak, Masyarakat Bidayuh terdiri daripada pelbagai daerah seperti daerah Serian, Padawan, dan Bau. Hasil kajian daripada para pengkaji alat musik mendapati bahawa Silatong memiliki banyak perbezaan mengikut daerah seperti bilangan tali, saiz dan cara memainkannya. Silatong diperbuat daripada batang buluh dan diukirkan dengan pelbagai corak serta ianya mampu meniru bungi gong. Seribu kali sayang, alat musik ini tidak dikenali ramai bahkan masyarakat di negerinya sendiri terutamanya generasi kini.


Nama: Nur Fatin Nazihah binti Marip Tarikh Lahir: 19 Januari 2003 Tempat Lahir: Beaufort Sekolah Lama: SMK Saint Mary Limbahau, Papar, Sabah Tokoh Seni Kegemaran: Salvador Dalí BIODATA PENGKARYA HUTAN TROPIKA, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini memperlihatkan suasana hutan yang dipenuhi dengan flora dan fauna. Burung Enggang dan bunga Rafflesia yang digabungkan dalam sebuah lukisan melambangkan hutan yang terdapat di kawasan Borneo.


AIR TERJUN, 2022 FLORA COLOURED PENCIL ON PAPER Karya ini menonjolkan pemandangan air terjun yang indah di tengah hutan berserta aliran sungai. Kecantikan alam semula jadi yang dijadikan tempat pelancongan menarik para pelancong dari luar negeri dan negara. Namun, penjagaan rapi amatlah penting bagi memastikan keindahan alam ini dapat dikekalkan agar pelancong dapat menghargai dan menikmatinya.


Nama: Nurul Nazeeha binti Samsudin Tarikh Lahir: 27 April 2004 Tempat Lahir: W.P. Kuala Lumpur Sekolah Lama: SMK Majakir Papar, Sabah Tokoh Seni Kegemaran: Dzulkifli Buyong POSTER BURUNG ENGGANG DI SABAH , 2022 OIL ON CANVAS Karya ini menggambarkan keindahan fauna yang popular di Negeri Bawah Bayu iaitu Burung Enggang. Burung ini mempunyai pelbagai spesies dengan nama yang berbezabeza. Namun demikian, spesies Burung Enggang yang terdapat di dalam karya ini adalah Great Hornbill atau nama saintifiknya ialah Buceros Bicornis. Malah burung ini juga dikenali sebagai Burung Enggang Papan di dalam kalangan masyarakat tempatan. BIODATA PENGKARYA


KUIH LAPIS, 2022 MAKANAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Kuih Lapis atau dipanggil Kuih Pelangi merupakan sejenis kuih yang popular dan disediakan setiap hari untuk hidangan terutama untuk minum petang. Kuih Lapis yang paling popular adalah dari warna putih dan merah yang merupakan identiti bendera Malaysia. 'Kuih Lapis Putih-Merah' ini boleh dikatakan sebagai kuih lapis rakyat Malaysia. Rasanya yang lemak dan manis serta teksturnya yang lembut menjadikan kuih ini bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak malahan orang dewasa sama ada lelaki dan perempuan tanpa mengira kaum.


Nama: Rowena Anak Ngelambong Tarikh Lahir: 17 Januari 2003 Tempat Lahir: Hospital Sibu, Sarawak Sek. Lama: SMK Jalan Oya, Sibu, Sarawak Tokoh Seni Kegemaran: Mohd Hoessein Enas BIODATA PENGKARYA PEMANDANGAN DI DASAR LAUT, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini mengisahkan tentang kehadiran penyu iaitu subjek utama dalam karya ini yang saban hari semakin terancam. Oleh itu, pemandangan di dalam laut yang saya hasilkan ini menggambarkan suasana hidupan laut yang indah sekiranya ia dipelihara dan dipulihara oleh manusia.


NGEPAN KUMANG, 2022 COLOURED PENCIL ON PAPER Lukisan ini bertemakan pakaian tradisional. Jadi, saya mengambil pakaian tradisional orang Iban di Sarawak sebagai tajuk saya. Ngepan ini digelar “Ngepan Indu Iban” atau “Ngepan Kumang” kerana asal usul Ngepan adalah daripada seorang Dewi yang bernama Kumang pada suatu ketika dahulu. Dewi ini sangatlah pandai menenun, menganyam, baik hati dan sangat cantik. Oleh itu, semasa sang Dewi ingin menenun, pada masa itu, dia terus terfikir untuk membuat sebuah pakaian yang cantik dan boleh dipakai oleh semua kaum wanita pada masa itu. Jadi, sang Dewi pun terus menenun dan membuat pakaian yang dipanggil Ngepan. Lalu, sang Dewi itu memakai pakaian tersbut dan ramai yang memujinya sangat cantik seperti bidadari. Oleh itu, pakaian tradisional orang Iban digelar “Ngepan Kumang” sehinggalah sekarang.


Nama: Sherny Betty Peter Tarikh Lahir: 8 Oktober 2004 Tempat Lahir: Tamparuli, Sabah Sek. Lama: SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu, Sabah Tokoh Seni Kegemaran: Vincent van Gogh BIODATA PENGKARYA PERMAINAN CONGKAK, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini menunjukkan bagai seorang wanita sedang membawa penonton untuk bermain permainan congkak bersama-sama. Hal ini kerana, permainan congkak mempunyai banyak manfaat seperti mengajar kita untuk menghitung, sentiasa bersabar dan bersikap jujur. Sesungguhnya, dalam meniti arus zaman silih berganti, pelbagai kemajuan dan pembangunan dinikmati, namun memartabatkan segala warisan kebudayaan itu merupakan tanggungjawab bersama.


TARIAN SINGA, 2022 TARIAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Tarian singa (舞狮, wǔshī) ialah tarian tradisional warisan Cina yang dipersembahkan sempena Tahun Baru Cina dan perayaan Cina di mana penari meniru pergerakan singa. Kostum ini dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang di hadapan bertindak sebagai kostum singa dan seorang di belakang sebagai kaki belakang singa. Tarian singa ini diiringi dengan gong, gendang, dan mercun yang dikatakan membawa 'tuah'. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai upacara membuang roh jahat dan meminta tuah. Pengkarya banyak menggunakan warna panas seperti jingga dan merah untuk menampilkan suasana yang ceria, meriah dan riang. Manakala warna sejuk seperti hijau dan biru menimbulkan suasana selesa, menarik dan seimbang.


Nama: Siti Nur Dania Hairurazi Tarikh Lahir: 1 September 2004 Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor Sek. Lama: SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor Tokoh Seni Kegemaran: Vincent van Gogh BIODATA PENGKARYA PERMAINAN TRADISIONAL SEPAK MANGGIS , 2022 OIL ON CANVAS Karya ini mengisahkan tentang permainan tradisional yang dinamakan sepak manggis yang bermaksud menendang bola tinggi mengenai sasaran dimana sepak manggis biasanya dimainkan ketika majlis keramaian seperti perkahwinan. Selain itu, permainan ini terkenal di kawasan utara negeri Sabah khususnya bagi masyarakat kaum Bajau yang mendiami daerah Tuaran, Kota Belud dan Kota Marudu. Seterusnya, dikatakan kewujudan permainan ini adalah turun-temurun yang diwarisi oleh nenek moyang mereka kerana permainan ini berkaitan dengan sosialisasi masyarakat setempat. Kini, permainan sepak manggis ini bukan sahaja menjadi satu kemestian bagi masyarakat Bajau apabila mengadakan majlis keramaian malahan ia juga merupakan satu daya tarikan yang baik ke daerah Kota Belud.


SATE KAJANG, 2022 MAKANAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Sate mula dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad ke 19. Sate ini sejenis makanan yang diperbuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi dan dibakar menggunakan api. Sate juga mempunyai pelbagai jenis seperti sate ayam, sate daging dan sebagainya. Selain itu, sate ini dinamakan sate Kajang kerana ia dijual di Kajang yang dikatakan tempat itu adalah syurga sate. Sate ini juga bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi ia juga terkenal hingga ke luar negara. Di samping itu juga, biasanya sate dihidangkan dengan nasi impit dan bawang tetapi perbezaannya disini karya sate yang saya hasilkan ini saya meletakkan kuih gulung atau disebut juga kuih ketayap yang merupakan kuih tradisi yang popular di Malaysia sebagai pencuci mulut agar ada keseimbangan rasa pada hidangan makanan itu. Akhir sekali, saya juga meletakkan hiasan pada lukisan sate itu iaitu bunga raya dan daun agar sate itu kelihatan lebih menarik dan menyelerakan.


Nama: Veronice Bani Anak Richard Tarikh Lahir: 25 Ogos 2003 Tempat Lahir: Sibu, Sarawak Sek. Lama: SMK Jalan Oya, Sibu, Sarawak Tokoh Seni Kegemaran: Vincent van Gogh POSTER FLORA DAN FAUNA DI SABAH , 2022 OIL ON CANVAS Karya ini berbentuk poster yang menggambarkan bunga Rafflesia dan seekor burung Enggang di Negeri Sabah. Bunga Rafflesia merupakan bunga terbesar di dunia dan menjadi bunga rasmi di Negeri Sabah. Begitu juga dengan Burung Enggang tersebut yang merupakan spesies Great Hornbill atau nama saintifiknya Buceros Bicornis merupakan spesies yang terbesar daripada keluarga burung Enggang lain. BIODATA PENGKARYA


BAJU TRADISIONAL ORANG ULU, 2022 PAKAIAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Karya ini menggambarkan pakaian tradisional wanita bagi kaum etnik orang ulu. Pakaian tradisional orang ulu ini merupakan salah satu pakaian tradisional kaum etnik yang terdapat di negeri Sarawak. Pakaian tradisional ini melambangkan kecantikan kepada wanita yang memakainya pada zaman dahulu dan masih digunapakai oleh pelbagai etnik di Sarawak agar pakaian tradisional ini sentiasa menjadi warisan penting di negeri tersebut.


Nama: Via Clarisa Morgan Tarikh Lahir: 7 November 2004 Tempat Lahir: Beaufort, Sabah Sek. Lama: SMK Saint Paul, Beaufort, Sabah Tokoh Seni Kegemaran: Claude Monet & Michelangelo MOTIF SIA PINUKUNG, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini mengisahkan tentang permainan tradisional yang dinamakan sepak manggis yaCatan ini mempersembahkan situasi seorang gadis ataupun 'sumandak' yang sedang menjahit motif tradisional di beranda rumahnya. Motif yang dijahit oleh sumandak tersebut merupakan motif yang terdapat pada busana tradisional suku Kadazandusun dari daerah Membakut yang digelar sebagai 'Sia Pinukung'. Pada umumnya, terdapat beberapa versi Sia Pinukung Membakut yang mengandungi motif-motif yang melambangkan kepercayaan dan cara hidup masyarakat Kadazandusun Membakut masa lampau. Melalui catan ini, saya berharap agar generasi muda tergerak hati untuk mempelajari keunikan seni dan budaya dari daerah masing-masing. BIODATA PENGKARYA


SUMANDAK, 2022 ALAT MUZIK TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Lukisan ini mempamerkan seorang sumandak, iaitu gadis dalam Bahasa Kadazan yang sedang memainkan sompoton sambil memakai busana tradisional kaum Kadazan di suasana kampung dengan hamparan sawah padi yang indah belaka. Sompoton merupakan sejenis alat muzik erofon tradisional dari Sabah. Selain itu, terdapat alat muzik tradisional Sabah seperti seruling dan gong dalam karya ini. Alat-alat muzik berikut biasanya dimainkan semasa terdapat keramaian atau perayaan misalnya, Hari Kaamatan. Melalui karya 'Sumandak' ini, semoga lebih banyak kaum muda dari negeri di bawah bayu mencontohi 'sumandak' tersebut dan terbuka hati untuk mempelajari cara memainkan alatalat muzik Sabah agar keunikan warisan budaya kita dapat dipamerkan.


Nama: Xaviera Jesuit Kelana Anak Jones Tarikh Lahir: 1 Disember 2002 Tempat Lahir: Bau, Sarawak Sek. Lama: SMK Bau, Bau, Sarawak Tokoh Seni Kegemaran: Claude Monet BIODATA PENGKARYA PEMANDANGAN SUNGAI POLUMPUNG, KOTA BELUD, SABAH, 2022 OIL ON CANVAS Karya ini mengisahkan kehidupan masyarakat di Sabah yang sangat menjaga alam sekitar dengan baik dan bersih terutamanya sungai di Polumpung dengan pemandangannya yang indah dan air yang jernih seperti di negara barat.


CIK SITI WAN KEMBANG, 2022 PAKAIAN TRADISIONAL COLOURED PENCIL ON PAPER Karya ini menggambarkan sebuah pakaian tradisional Raja perempuan yang memerintah negeri “Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerang Tergayung” iaitu daerah di Kelantan pada abad ke-17 yang mengutamakan pakaian kemban kerana ia merupakan pakaian awal sebelum pakaian berjahit. Walau bagaimanapun, pakaian ini kelihatan lebih sopan berbanding dengan kemban basahan jika digayakan dengan baik dan kemas. Oleh kerana ia adalah satu pakaian yang istimewa dan unik, pakaian ini masih dipakai sehingga hari ini sebagai menghadiri majlis makan malam, pertandingan ratu cantik dan tarian klasik.


GALERI Proses Persiapan Karya


G A L E R I P a m e r a n R i n t i s S e n i 1 . 0 2 9 / 1 1 / 2 0 2 2


G A L E R I L a w a t a n d a r i p a d a I P G K o t a B h a r u , K e l a n t a n 1 / 2 / 2 0 2 3


Click to View FlipBook Version