Journal Seni Kinalawao Koubasanan Sabah 2023
Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan opsyen Pendidikan Seni Visual daripada Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Keningau telah menerbitkan Kinalawao Koubasanan Sabah pada 5 Februari 2023. Penghasilan jurnal ini telah mengambil masa lebih kurang dalam 3 minggu untuk menyiapkannya yang telah dijayakan oleh pelajar-pelajar opsyen Pendidikan Seni Visual ambilan Jun 2022. Kumpulan pelajar dari opsyen seni ini terdiri daripada 19 orang yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Karya-karya yang dihasilkan dalam jurnal ini merupakan karya bagi kod subjek PSVK1084 iaitu Asas Lukisan yang bertemakan "Kebudayaan" yang dikendalikan oleh pensyarah En. Johanes Bulot @ Bulat dan kod subjek PSVK1094 iaitu Asas Catan yang bertemakan "Kebudayaan" serta "Flora dan Fauna" yang dikendalikan oleh pensyarah En.Thadius Gugau. Selain itu, tujuan journal ini diterbitkan adalah untuk memartabatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat kebangsaan dan dapat mengasah lagi bakat seni yang ada pada diri pelajar.
Versi ini hanya merupakan penerbitan sementara sehingga diterbitkan pada Laman Web Rasmi IPGKK.
-
Follow
-
0
-
Embed
-
Share
-
Upload