The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mini Projek Kepimpinan Instruksional

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sabskbt3, 2021-12-16 09:19:30

Kisah Dari Sekolah (Sab - Za)

Mini Projek Kepimpinan Instruksional

Cerita Dari
Tempat Kerja




Dirimu Inspirasiku...

Sabariah binti Abu Bakar (S20100708)
Norzaliza binti Razi (S20100767)

MED 7093 - Instructional Leardership In Education

(Prof.Madya Dr. Aziah binti Ismail)

Nama : Sabariah binti Abu Bakar
No. Matriks : S20100708

Pengalaman Bekerja : 12 tahun.
Sekolah : SK Batu Tiga, Tapah, Perak.

“Jika ingin terbang tinggi,
terbanglah bersendirian,
dan jika inginkan terbang

lebih jauh, terbanglah
secara berkumpulan…”

SIDANG REDAKSI

Nama : Norzaliza binti Razi
No. Matriks : S20100767

Pengalaman Bekerja : 14 tahun
Sekolah : SMJK Poi Lam


“You don’t have to be
great to start, but you
need to start
to be great”

PRAKATA




Setinggi-tinggi kesyukuran dizahirkan ke hadrat Ilahi, Tuhan
sekalian alam dengan izinNya, dapat menyiapkan buku digital atau
e-book Konsep Kepimpinan Instruksional : Cerita dari tempat kerja.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga buat Prof. Madya Dr. Aziah binti Ismail,
pensyarah bagi subjek MED7093 Instruvtional Leadership
In Education yang sentiasa memberi bimbingan,
sokongan, motivasi serta menjadi rujukan utama kami
dalam menyempurnakan tugasan ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada responden-responden
kami atas kerjasama dan kesudian berkongsi pengalaman yang
bernilai dalam memimpin sesebuah organisasi, kata-kata semangat,
nasihat, motivasi serta ilmu yang dikongsikan begitu memberi
suntikan semangat untuk kami terus berada dalam bidang
pendidikan dan menjadi pembakar semangat buat kami untuk
melangkah lebih jauh lagi sekiranya berpeluang pada masa
hadapan. Begitulah cabaran dan pengalaman bernilai yang kami
perolehi hasil daripada temubual dengan pemimpin-pemimpin yang
sangat memberi inspirasi dan motivasi yang tinggi.

Tidak lupa juga rakan-rakan serta keluarga yang sentiasa
memberi sokongan dan dorongan dalam menghasilkan e-book ini.
E-book ini bukan sekadar hanya sebagai tugasan, malah memberi
pengalaman baru dalam penulisan buku digital dan meningkatkan
ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada kami. Semoga e-book
ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.
Terima kasih.

ISI KANDUNGAN

Konsep Kepimpinan dan Kepimpinan 1
Instruksional.

Latar Belakang dan Kisah. 10
Kisah 1, 2 dan 3
(Sabariah Abu Bakar – S20100708)
Kisah 4, 5 dan 6
(Norzaliza Razi– S20100767)

Refleksi 53

Rujukan 58

Konsep Kepimpinan dan
Kepimpinan Instruksional

Pengetua atau guru besar merupakan pemimpin yang diberi
mandat atau dipertanggungjawabkan dalam memastikan seluruh
warga sekolahnya, terutama kumpulan pelaksana seperti guru
dalam menjalankan proses pengajaran yang berkesan, profesional
bagi mencapai objektif pendidikan yang dirancang. Oleh yang
demikian, apakah konsep yang boleh diaplikasikan oleh pemimpin
sekolah agar matlamat dan objektif yang dirancang akan tercapai
tanpa mengabaikan keperluan guru-guru dalam merealisasikan
objektif tersebut?

Amalan kepimpinan yang diterajui oleh pemimpin yang faham
akan peranannya dalam memastikan iklim pembelajaran di sekolah
yang perlu dilaksanakan boleh dikenalpasti melalui kajian-kajian
yang telah dilaksanakan oleh Hallinger dan Murphy (1987) dengan
menyenaraikan tiga demensi utama dalam membina kepemimpinan
pengajaran iaitu mendefinisikan matlamat sekolah, mengurus
kurikulum dan pengajaran serta memupuk iklim pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Di samping itu juga, elemen-elemen penting yang perlu
dipraktikkan oleh pemimpin sekolah agar proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan berkesan dan mendapat impak yang
besar dalam melonjakkan kecemerlangan murid sekolah tersebut.
Apakah elemen-elemen tersebut? Bagi menjawab persoalan ini,

1

penulis menjalankan kajian berbentuk kualitatif dengan kaedah
pemerhatian, bukti dokumentasi dan menemu bual bersama
beberapa orang guru besar atau pengetua sekolah dan juga
guruguru akademik biasa mengenai pengalaman mereka berkhidmat
dengan pengetua sekolah yang secara keseluruhannya guru besar
atau pengetua sekolah ini mempunyai pengalaman antara 5
sehingga 20 tahun menerajui kepimpinan sebagai pemimpin utama di
sesebuah sekolah.

Sebuah model kepimpinan sekolah yang dibina Yap (2006)
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beliau dalam memimpin
dan mengurus sekolah menunjukkan elemen penghargaan dan
pengiktirafan adalah pendekatan pengurusan dan kepimpinan yang
sangat berkesan. Pernyataan penghargaan dan pengiktirafan sama
ada dalam bentuk pemberian hadiah, sijil dan imbuhan kewangan
atau sekadar ucapan terima kasih adalah amat bermakna dalam
konteks membina hubungan antara pemimpin dan orang yang
dipimpinnya.

Penulis memperkenalkan kepimpinan instruksional iaitu
kepimpinan yang berkaitan terus dengan proses pengajaran dan
pembelajaran, interaksi antara guru serta murid. Menurut Keefe and
Jenkins (2002), kepimpinan instruksional merupakan peranan
pengetua atau guru besar dalam memberikan hala tuju, sumber dan
sokongan kepada guru dan murid untuk meningkatkan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Penulis juga mengemukakan hubungan
antara kepimpinan instruksional dan keberkesanan sekolah. Davis
and Nicklos (1986) membuktikan bahawa peranan pengetua dan
guru besar sangat diperlukan dalam mempromosikan program

2

perkembangan staf untuk mencapai matlamat sekolah. Sokongan
pengetua dan guru besar dalam program perkembangan staf
termasuklah peningkatan pengetahuan, kemahiran komunikasi dan
penyertaan dalam membuat keputusan di kalangan guru (Hall,
1986). Kemudian penulis menghubungkaitkan kepimpinan
instruksional dengan pencapaian akademik. Menurut Andrews’
(1987), kepemimpinan instruksional pengetua dan guru besar adalah
secara berhubungan positif dengan pencapaian akademik murid
dalam peperiksaan sekolah. Pada masa yang sama, penulis juga
menyatakan peranan pengetua dan guru besar sebagai pemimpin
instruksional adalah memberi panduan kepada guru mengenai
kurikulum dan pedagogi, mendorong murid menganalisis kelemahan
diri mereka dan membimbing guru serta murid.

Antara isu-isu yang menarik yang telah disenaraikan oleh
penulis hasil daripada kajian kualitatif yang telah dijalankan,
didapati 5 amalan utama yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin
sekolah terhadap kumpulan pelaksana iaitu para guru dan juga
pelanggan sekolah tersebut iaitu murid-murid dapat mengekalkan
prestasi yang cemerlang pada setiap masa.

Penulis menyenaraikan hasil kajian yang telah dijalankan,
terdapat 5 dimensi utama kepimpinan pengajaran bagi aspek
memupuk iklim pembelajaran dalam melonjak kecemerlangan
sekolah iaitu mengawasi masa pengajaran (MMI), memberi insentif
kepada murid, memberi insentif kepada guru, menggalakkan
perkembangan profesional dan sentiasa kelihatan di sekolah.

Bagi mengupas 5 dimensi tersebut, dapatan kajian oleh penulis

3

menyatakan pemimpin sekolah perlu sentiasa mengawasi masa
pengajaran (MMI) oleh guru-guru digunakan paling optimum dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan sentiasa
mengawasi kepatuhan guru dalam melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan.
Antara kaedah-kaedah yang digunakan dalam memastikan
kepatuhan pada masa tersebut, guru-guru tidak dibenarkan
mengadakan sesi perjumpaan, mesyuarat dan lain-lain aktiviti
semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Konsep guru
ganti juga disediakan sekiranya guru perlu menghadiri kursus atau
taklimat di luar sekolah atau tidak hadir bertugas dengan sebab-
sebab yang dibenarkan. Rekod kehadiran kelas juga disediakan bagi
membuktikan kehadiran guru tepat pada masanya dan murid juga
tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa sebarang keperluan yang
mendesak. Dengan cara ini, penulis menyatakan kaedah kawalan
kelas lebih berkesan dan teratur.

Implikasi kajian ini adalah pengetua dan guru besar di Malaysia
mampu mengamalkan dimensi kepimpinan instruksional dalam
sekolah masing-masing. Penulis mencadangkan semua pengetua
dan guru besar mesti mengikuti latihan formal yang berkaitan
dengan kepemimpinan instruksional, terutamanya dari segi
pengurusan kurikulum, alat bantu mengajar serta pendedahan
kepada teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk membolehkan mereka melaksanakan peranan kepemimpinan
instruksional di sekolah masing-masing dengan lebih berkesan.
Implikasi kedua menunjukkan bahawa pengetua tidak memberikan
perhatian terhadap semua dimensi kepimpinan instruksional dan
hanya memberi keutamaan terhadap beberapa dimensi tertentu

4

sahaja. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar guru besar yang
cemerlang harus peka terhadap semua dimensi kepemimpinan
instruksional dengan mendedahkan diri mereka kepada pelbagai
aktiviti kepemimpinan instruksional. Implikasi ketiga menyatakan
kepimpinan instruksional pengetua dan guru besar dapat memberi
kesan terhadap pencapaian akademik. Dengan ini, penulis
mencadangkan pengetua dan guru besar harus melengkapkan diri
dengan pengetahuan terkini berkaitan dengan kurikulum dan
sentiasa berbincang dengan semua guru untuk memastikan guru-
guru juga terdedah dengan ilmu terkini. Pengetua dan guru besar
juga perlu memberi maklum balas mengenai prestasi murid serta
mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru yang
berada di bawah penyeliaannya. Cadangan ini adalah sama seperti
pandangan Stiggins (1999) yang menyatakan kepemimpinan
instruksional melibatkan sokongan berterusan terhadap
perkembangan kurikulum dan seterusnya memastikan kecekapan
guru terhadap pencapaian pelajar.

Dalam dimensi ini, saya berpendapat adakalanya guru-guru
akan berasa sedikit tertekan akibat sentiasa diperhatikan oleh
pengetua dan guru besar dengan mengawal kehadiran guru ke kelas
dan pengawasan-pengawasan lain yang agak keterlaluan boleh
mengakibatkan perasaan guru sedikit gelisah dan kurang selesa
dalam menyampaikan sesi pembelajaran apabila sering diselia
sepanjang masa. Walau bagaimanapun, guru-guru sudah pasti
sentiasa bersedia dengan pengajaran yang berkesan demi melihat
kemenjadian murid mereka pada masa hadapan.

5

Penghargaan dan pujian sudah pasti menjadi satu bentuk motivasi
yang tinggi dalam jiwa murid-murid di sekolah. Elemen kedua,
memberi insentif kepada murid, menjadi teras utama seseorang
pemimpin dalam menyuburkan jiwa murid-murid untuk terus belajar
kerana setiap usaha dan sumbangan mereka kepada sekolah
dihargai oleh guru-guru terutamanya pengetua dan guru besar. Bagi
menzahirkan penghargaan tersebut, penulis menyatakan pengetua
dan guru besar perlulah sentiasa memberi pujian, penghargaan,
hadiah sampingan kepada murid yang telah menunjukkan
kecemerlangan dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah
terpuji pada majlis-majlis seperti perhimpunan rasmi sekolah agar
menjadi contoh dan memberi semangat serta galakan kepada
murid-murid lain dalam melakar kejayaan dalam sesebuah sekolah.

Guru-guru juga sentiasa dahagakan penghargaan dan pujian
daripada majikannya dalam menjadikan mereka lebih bersemangat
dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang guru. Sebagai
seorang pemimpin yang profesional, mereka akan melihat dalam
pelbagai aspek, keperluan guru dalam memantapkan proses
pengajaran yang efektif dengan hasil yang maksima dengan
menyediakan kursus-kursus dalaman atau luaran sebagai medium
dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
serta memberi pengalaman dan menambah pengetahuan sedia ada
guru dalam perkembangan pendidikan semasa. Di samping itu, guru-
guru juga perlu diberikan penghargaan yang sewajarnya atas daya
usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan seperti
menganugerahkan sijil penghargaan di atas pencapaian dalam
mengekalkan kecemerlangan sesebuah sekolah agar lebih
termotivasi dan dapat mengekalkan aura positif dalam menjalankan
tugas.

6

Adakalanya, guru-guru perlu diberi latihan dalam perkhidmata
agar proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa dapat
dipertingkatkan lagi sama ada dari segi penyampaian, dasar
kurikulum terkini yang sentiasa berubah mengikut keperluan oleh
penggubal dasar, agar guru-guru tersebut tidak ketinggalan dan
sentiasa dapat memahirkan diri dan mengoptimumkan pengajaran di
dalam kelas.

Penulis juga menyatakan, sebagai seorang pemimpin, keberadaan
di sekolah amatlah diperlukan oleh seluruh warga sekolah, walau
bagaimanapun tuntutan tugas-tugas luar perlu dipenuhi atas dasar
keperluan perkhidmatan. Oleh sebab itu, integriti seorang guru
dalam menjalankan tugas tidak bergantung dengan adanya
pemimpin di sekolah atau dengan ketiadaannya. Namun, terdapat
beberapa cara yang dilakukan oleh pengetua dan guru besar bagi
menunjukkan keberadaan di sekolah dengan meluangkan masa
bersama guru-guru semasa sesi coffee talk dan sentiasa hadir dalam
perhimpunan mingguan bersama murid dan para guru.

Terdapat beberapa rujukan telah digunakan oleh penulis untuk
membuktikan fakta yang diperolehi. Penulisan ini membawa manfaat
kepada golongan pemimpin sekolah iaitu pengetua dan guru besar
supaya melahirkan guru-guru yang berjaya dan sekolah yang
berprestasi cemerlang. Lima dimensi yang sering ditekankan oleh
penulis tadi dapat diamalkan oleh pengetua dan guru besar di
sekolah untuk menambahbaikan pencapaian sekolah sama ada dari
segi kurikulum mahupun kokurikulum. Guru-guru dan murid-murid
yang telah mendapat galakan dan pujian akan lebih bermotivasi
tinggi dan berusaha mencapai tahap pencapaian yang lebih

7

cemerlang dan gemilang untuk sekolah mereka. Dalam masa yang
sama, murid-murid dan guru-guru yang lain juga akan menjadikan
insentif tersebut sebagai suatu dorongan dan pengiktirafan bagi
meningkatkan keyakinan diri sekaligus dapat mengharumkan nama
sekolah dengan landskap kejayaan.

Walaupun guru besar dalam kajian ini telah menunjukkan sifat
positif terhadap kepimpinan instruksional, ada juga pengetua dan
guru besar di sekolah lain yang masih tidak dapat mengamalkan
dimensi kepimpinan instruksional dengan sebaik-baiknya. Mereka
dihadkan oleh pelbagai faktor dan kesannya pencapaian akademik
serta organisasi sekolah tersebut kurang memuaskan. Oleh itu,
jelaslah bertapa pentingnya pengetua dan guru besar perlu
mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang
mencukupi untuk mengamalkan kepemimpinan instruksional. Oleh
yang demikian, setiap pengetua dan guru besar bolehlah mengetahui
kekuatan dan kelemahan diri serta menjalankan penambahbaikan
dalam mengurus dan mentadbir organisasi sekolah. Diharapkan

perkara-perkara yang dinyatakan di dalam penulisan ini dapat
menjadi suatu contoh dan menjadi teladan kepada pengetua dan
guru besar untuk menjalankan perubahan demi meningkatkan
pencapaian sekolah serta mewujudkan iklim sekolah yang harmoni.

Kesimpulannya, penulisan ini membincangkan lima aspek yang
akan memupuk iklim pengajaran bersama dengan kepentingannya,
antarannya adalah mengawasi masa pengajaran, memberi insentif
kepada murid, memberi insentif kepada guru, menggalakkan
perkembangan profesional dan sentiasa kelihatan di sekolah.
Penulisan ini telah memberikan cadangan yang bermanfaat kepada

8

para pengetua dan guru besar untuk memperkembangkan sekolah
masing-masing. Selain itu, guru-guru dan murid-murid juga akan
mendapat kebaikan sedangkan cara kepimpinan pengetua dan guru
besar telah berubah dan mereka dapat menambahbaikkan kualiti diri
serta meningkatkan maruah sekolah. Walaupun sesetengah amalan
mungkin membawa kelemahan, tetapi keseluruhannya adalah
berkesan kepada sesebuah sekolah untuk menjadi sekolah yang
cemerlang. Penulis merumuskan, kajian ini menunjukkan bahawa
amalan dimensi dapat memupuk iklim pembelajaran yang kondusif
di sekolah dan sesuai dipraktikkan oleh pengetua dan guru besar
dalam melonjak kecemerlangan sekolah.

Adalah dicadangkan kepimpinan sekolah dilatih untuk
menginstitusikan amalan kepimpinan organisasi pembelajaran
dengan pemantauan pihak berkenaan. Dari sudut amalan,
kepimpinan sekolah perlu mengaplikasikan amalan tersebut
berdasarkan konteks sekolah masing-masing. Namun, pembangunan
modal insan guru perlu diberi perhatian sewajarnya dalam
melaksanakan amalan kepimpinan tersebut selaras dengan
pembinaan dalam pencapaian pelajar. Pembangunan diri dan
profesionalisme guru adalah strategi yang dapat menjamin
peningkatan pencapaian pelajar dan keberkesanan sekolah secara
keseluruhannya.

9

PENULIS :

SABARIAH BINTI ABU BAKAR
S20100708




KKIISSAAHH 11
KISAH 2
KISAH 3

10

Latar Belakang Responden

KISAH 1

Nama : Encik Razif (bukan nama sebenar)
Jantina : Lelaki
Umur : 56 tahun
Kelulusan Ikhtisas :

Sijil Perguruan Asas,
Maktab Perguruan Kinta.
Diploma Pendidikan (Pengurusan),
Institut Aminuddin Baki.
Tempoh berkhidmat : 34 tahun
Jumlah sekolah :
4 buah sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Catatan pengalaman :
Guru biasa – 9 tahun
Pegawai di PPD – 22 tahun
Guru besar – 3 tahun
Anugerah / Penghargaan :
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(1993, 2001, 2005 dan 2011)

11

Kata Kunci Kisah 1

“Bekerjalah bersama-sama saya,
bukan bekerja untuk saya”.



“Melangkah Jauh Sekondak Hati”.



Tiada perbandingan antara pekerja.
Semua pekerja memberi sumbangan
kepada kejayaan sekolah.

Budaya santai, makan bersama-sama,
menu yang sama.

Tiada ramalan cuaca untuk bertemu majikan.



Penerapan nilai – Kerja berpasukan.



Murid kalis masa hadapan.



12

KISAH 1

Seorang pemimpin pengajaran yang sangat berdedikasi, rajin
dan mudah mesra dengan semua pekerjanya. Begitulah gambaran
awal yang boleh digambarkan untuk GB Razif (bukan nama sebenar)
berpengalaman hampir 22 tahun di PPD dan akhirnya menjadi guru
besar di sebuah sekolah telah menjadikan beliau begitu mudah
berurusan dengan semua guru dan sangat mengambil berat
kebajikan guru-guru, murid-murid dan seluruh warga sekolah.

Memperkenalkan slogan “Melangkah Jauh Sekondak Hati”
yang membawa maksud mencipta kejayaan yang lebih hebat
dengan sepenuh hati untuk sekolah telah menjadikan beliau begitu
komited dengan tugas-tugas kepemimpinan utama dan sangat
disenangi oleh guru-guru dan juga murid-murid semuanya. GB Razif
merupakan penduduk tempatan di situ memberi kelebihan
kepadanya mendapat sokongan bantuan berbentuk tenaga, wang
ringgit dan kerjasama yang kuat bersama komuniti setempat
apabila menjalankan sesuatu aktiviti seperti gotong royong atau
program-program yang melibatkan aktiviti luar dari kawasan
sekolah seperti merentas desa dan lain-lain lagi.

Frasa “Bekerjalah bersama-sama saya, bukan bekerja untuk
saya”, begitu sinonim dengan jiwanya dapat dibuktikan dengan
perubahan demi perubahan yang berlaku di sekolah tersebut
terutamanya dari aspek keceriaan sekolah sama ada di dalam bilik-
bilik kelas, bilik-bilik khas dan juga landskap sekolah. Mempunyai
kemahiran dekorasi landskap dan bijak dalam menentukan warna
yang digunakan untuk mengecat bangunan sekolah, telah

13

menjadikan sekolah tersebut begitu indah dan ceria sekali. Kerajinan
dan kesungguhan bekerja tanpa mengira masa dan tenaga telah
menjadi contoh dan teladan kepada guru-guru lain untuk turut
serta membantunya tanpa perlu dipaksa dan semua guru-guru
bekerja dalam suasana yang gembira dan menyeronokkan.

GB Razif juga sukakan budaya santai seperti dalam satu
keluarga dengan memperkenalkan budaya makan bersama-sama
pada waktu rehat. Lantaran itu, Kelab Guru dan Kakitangan sekolah
tersebut mengambil inisiatif mengumpul duit dari setiap staf untuk
menempah makanan pada setiap hari dengan pengusaha kantin
sekolah dengan konsep makan bersama, menu yang sama seperti
dalam sebuah keluarga.

Dalam konsep kepimpinan beliau juga, beliau sering meraikan
semua staf di sekolah secara adil dan sama rata. Pada beliau,
setiap orang ada peranan dan tanggungjawab serta turut
menyumbang kepada sesuatu kejayaan yang dikecapi dan berhak
diberi penghargaan yang sama rata. Tiada istilah membodek
ataupun ‘mengipas’ apabila pemimpin juga telus dan penuh
integriti. Oleh yang demikian, beliau bukan sahaja disegani tetapi
disayangi oleh semua warga sekolahnya. Budaya kerja berpasukan
yang ditunjukkan menjadi bukti kukuh dalam kalangan warga
sekolah tersebut bersatu hati dan saling bekerjasama malah
sanggup berkorban masa, tenaga dan juga wang ringgit semata-
mata untuk memastikan kerja itu sempurna dan berjaya.

GB Razif juga sentiasa berbincang dengan guru-guru setiap
perancangan sekolah dan berkongsi setiap dapatan atau arahan
terkini dari pihak atasan secara dua hala, mendengar pendapat
guru-guru juga sentiasa memberi ruang dan peluang untuk guru-
guru menyuarakan pandangan atau kritikan yang sewajarnya dan

14

bersesuaian dengan sesuatu isu atau masalah yang timbul.
Kemesraan dan keterbukaan beliau dalam menangani sesuatu
masalah dapat diatasi dengan mudah kerana beliau meletakkan
kepercayaan kepada guru-guru dalam membuat keputusan yang
memberi manfaat sama ada kepada murid-murid, sekolah, ibu
bapa atau masyarakat sekitarnya.

Keperibadian beliau yang mesra dan mudah didekati merapatkan
hubungan sesama staf dan komunikasi serta hubungan sosial
menjadi begitu harmoni sekali. Keadaan ini dapat dilihat semasa
negara berhadapan dengan wabak yang mengancam nyawa iaitu
Covid-19. Apabila terdapat dalam kalangan warga sekolah yang
terpaksa dikuarantinkan atau diuji dengan jangkitan virus Covid-19
ini, beliau dengan pantas akan memastikan setiap keperluan dan
kebajikan pekerjanya dilengkapi dan dipenuhi secepat mungkin
tanpa mengira pangkat atau darjat setiap pekerja yang berada di
bawah penyeliaannya. Bacaan yaasin akan dibuat secara atas
talian sebagai ikhtiar dan bermunajat memohon kesembuhan dan
perlindungan kepada seluruh ahli keluarga sekolahnya. Mengutip
sumbangan ikhlas bagi meringankan beban mana-mana staf yang
diuji dengan sebarang musibah atau lain-lain kesusahan yang
dihadapi.

Keprihatinan dan cakna beliau kepada kebajikan semua
stafnya menjadikan beliau sering mendapat tempat di hati setiap
stafnya. Kehadiran beliau dirai dan ketiadaannya dicari-cari.
Begitulah GB Razif dalam tempoh setahun lagi akan menamatkan
perkhidmatannya kerana akan bersara pada tahun hadapan. Guru-
guru sudah mula menghitung hari, mengira detik perpisahan itu.
Ini kerana kehadirannya sangat bermakna dan memberi erti yang

15

sangat luar biasa.

Beliau juga merupakan seorang yang pemurah dan sering
meraikan hari-hari istimewa guru-guru seperti hari ulangtahun
kelahiran ataupun ulangtahun perkahwinan stafnya dengan
memberi ucapan, menyunting video dan adakalanya membuat
kejutan dengan menghadiahkan kek dan sebagainya. Ucapan
penghargaan dan terima kasih telah menjadi kelaziman beliau
dalam menghargai setiap usaha atau sumbangan daripada setiap
stafnya sama ada secara langsung ataupun tidak.

Beliau juga meletakkan matlamat dalam kemenjadian murid-
murid di sekolahnya dengan frasa “Murid Kalis Masa Hadapan” yang
memberi maksud bahawa murid-murid yang akan dihasilkan
mampu berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat dalam dunia
pendidikan, berkemahiran, berketrampilan serta berkualiti di masa
hadapan. Ini dapat dilihat pada kesungguhan beliau dalam
memastikan murid-murid tetap meneruskan pembelajaran PDPR
dalam tempoh pandemiK dan PKP baru-baru ini.

Beliau sendiri mengambil inisiatif dengan masuk ke
perkampungan murid asli dan menghantar modul-modul
pembelajaran demi melihat proses pembelajaran terus berjalan
walaupun dengan penutupan sekolah. Melaksanakan aktiviti-
aktiviti secara atas talian dan ceramah-ceramah motivasi agar
semangat belajar murid-muridnya sentiasa segar dan bermotivasi
tinggi.

Memandangkan tempoh kepimpinan beliau sebagai guru besar
dalam tempoh PKP dan penutupan sekolah, maka banyak
perancangan beliau terjejas dan tergendala terutamanya dalam
hasrat beliau dalam kemenjadian murid dalam bidang sukan dan

16

kebitaraan sekolah dalam bidang kesenian Islam sebagai mana
hasrat beliau pada awal kepimpinan beliau sebagai seorang guru
besar.

Kesimpulannya, seorang pemimpin yang disanjungi dan disegani
lahir dari sifat kepimpinan yang ikhlas dari hati nurani yang berjiwa
murni.

17

Latar Belakang Responden

KISAH 2

Nama : Encik Ahmad (bukan nama sebenar)
Jantina : Lelaki
Umur : 52 tahun.
Kelulusan Akademik :

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian Bimbingan
Dan Kaunseling (Universiti Putra Malaysia /2002)
Kelulusan Ikhtisas :
Sijil Perguruan Malaysia (Opsyen Bahasa Melayu /1990)
Kelulusan Lain :
Sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
(Npqel) / 2013
Diploma Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan /2013
Tempoh berkhidmat : 27 tahun
Jumlah sekolah :
6 buah sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Catatan pengalaman :
Guru – 19 tahun
Pegawai di PPD – 7 bulan.
Guru besar – 7 tahun
Anugerah / Penghargaan :
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, 2004, 2014
Sijil Penghargaan Sempena Majlis Apresiasi “Terima Kasih
Cikgu” Tahun 2019 (PPD Batang Padang)
Pingat Perkhidmatan Baik Pengakap Negeri Perak Tahun
2019

18

Kata Kunci Kisah 2

Kerja adalah sumber rezeki, amanah,
tanggungjawab dan ibadah.
Komitmen pimpinan puncak.
Disiplin dalam bekerja.
Kepentingan menjaga masa -MMI.
Murid menjadi keutamaan.
Mengikuti perkembangan semasa.

19

KISAH 2

Guru Besar Ahmad (bukan nama sebenar) merupakan seorang
GB yang sangat mementingkan pencapaian akademik untuk setiap
murid-murid di sekolahnya. Bermula dengan pendidikan di Pra
Sekolah sehinggalah ke tahun 6, matlamatnya hanya satu,
kecemerlangan akademik, sahsiah dan berdisplin.

Jadi, kisah GB ini saya kongsikan dalam penceritaan yang lebih
santai dan mudah difahami dan banyak pengalaman-pengalaman
yang dikongsikan memberi sebuah inspirasi kepada saya dalam
memimpin sesebuah sekolah. Tanggungjawab dan amanah yang
besar dipegang oleh setiap GB sebagai pemimpin nombor satu di
sekolah. Beliau bukan sahaja perlu memastikan kecemerlangan
akademik murid-muridnya malah seluruh warga sekolah di bawah
pemantauan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua.

Dari masuk pagar utama hinggalah ke hujung kawasan sekolah
semua perlu ditadbir oleh beliau. Dari pengawal keselamatan,
pekerja pembersihan, pengusaha kantin, pembantu am rendah,
pembantu tadbir, murid-murid, guru-guru sehinggalah guru-guru
penolong kanan semuanya di bawah seliaan beliau.

“Kerja adalah sumber rezeki, amanah, tanggungjawab dan ibadah”.

Frasa di atas dapat kita gambarkan GB seorang yang sangat
menjaga masa, setiap pagi, setibanya di sekolah, beliau tidak betah
duduk di dalam biliknya, malah beliau sendiri akan berdiri di pintu

20

pagar utama menyambut kedatangan murid-murid, guru-guru dan
seluruh warga sekolah semuanya. Contoh yang beliau tunjukkan,
datang awal ke sekolah adakalanya membuatkan guru-guru dan
murid-murid menjadi malu untuk hadir lewat ke sekolah pada
setiap hari. Secara tidak langsung, keberadaan GB pada awal pagi
memberi kesan yang positif untuk warga sekolah tersebut.

Sering mengungkapkan keberkatan rezeki dan keberkatan ilmu
yang diterapkan melalui ucapan-ucapan secara tidak langsung
mengingatkan betapa pentingnya pengurusan masa yang berkualiti.
Rutin harian beliau berjalan diseluruh kawasan sekolah
terutamanya di bilik-bilik kelas menjadikan proses PDPC berjalan
dengan sistematik sekali terutamanya pada sesi pertama kelas
bermula. Adakalanya beliau sendiri yang berada di kelas-kelas
yang ketiadaan guru pada masa pertama PDPC bagi mengawal dan
menguruskan kelas yang ketiadaan guru. Sikap yang beliau
tunjukkan, membuatkan guru-guru lebih peka dengan waktu dan
lebih bersedia tanpa melengah-lengahkan masa.

GB Ahmad juga, mewajibkan bacaan yaasin pada setiap pagi
bagi mengawal disiplin murid-murid di sekolahnya. Oleh yang
demikian, masalah murid-murid bising, berlari-lari di sekolah dapat
diatasi dengan mudah.

Murid menjadi keutamaan. Inilah yang sering diingatkan kepada
guru-guru semua. Demi memastikan kecemerlangan akademik
murid-muridnya sentiasa meningkat, GB Ahmad akan masuk ke
kelas-kelas untuk memantau proses pengajaran guru, membantu
dan membimbing murid-murid yang lemah dan adakalanya

21

mengajar di kelas-kelas tambahan dan sebagainya. Pada
pandangan beliau, biarlah beliau sendiri yang turun padang
mengajar bersama dengan guru-guru bagi memastikan
kecemerlangan akademik meningkat. Lantaran komitmen yang
ditunjukkan oleh beliau, telah terbukti, dalam tempoh setahun
beliau berkhidmat di sekolah tersebut, prestasi akademik meningkat
dengan begitu cemerlang sekali. Kecemerlangan akademik tersebut
diukur pada pencapaian UPSR pada tahun semasa dan
dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini yang kita dapat
lihat dari sudut kejayaan yang luar biasa.

Dari sudut lain pula, GB Ahmad agak kurang memberi
perhatian penuh kepada aspek keceriaan sekolah. Sekolah agak
suram dari pengurusan keceriaan bilik-bilik khas, papan-papan
kenyataan, dinding-dinding bangunan sekolah mahupun landskap
sekolah tersebut. Ini kerana tumpuan beliau lebih kepada
kemenjadian murid, kecemerlangan akademik, ko akademik, sahsiah
terpuji dan disiplin murid-murid yang menjadi prioriti.

Maka seluruh warga sekolah terutama guru-guru perlu
memastikan perkembangan dan kemajuan murid dipertingkatkan.
Oleh yang demikian, kursus-kursus dalaman sering diadakan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran guru dan lebih professional. Sering
berkongsi maklumat-maklumat terkini, dasar-dasar kurikulum,
maklumat-maklumat perkeliling yang dikeluarkan oleh KPM perlu
dihadam sebaik-baiknya oleh semua guru.

Pada peringkat awal kepimpinan beliau, terdapat sedikit
tekanan dalam kalangan guru-guru kerana sering kali dipantau di

22

bilik-bilik kelas. Namun keadaan tersebut boleh diterima oleh guru-
guru apabila GB Ahmad menunjukkan sifat prihatin terhadap guru-
guru yang berhadapan dengan masalah peribadi dan masih boleh
bertoleransi, berkomunikasi dan memahami serta prihatin terhadap
guru-guru di bawah seliaannya.

Kesimpulannya dari kisah ini, seorang pemimpin pengajaran
perlu ada ketegasan dan komitmen yang tinggi dalam memastikan
kecemerlangan akademik murid-muridnya dan pada masa yang
sama masih mengekalkan kemesraan dalam hubungan sosial
bersama warga sekolahnya.

23

Latar Belakang Responden

KISAH 3

Nama : Encik Mohd Hafiz (bukan nama sebenar)
Jantina : Lelaki
Umur : 48 tahun
Kelulusan Akademik :

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Sekolah Rendah) dengan kepujian UPSI
Tempoh berkhidmat : 24 tahun
Jumlah sekolah : 3 buah sekolah
Catatan pengalaman :
Guru – 23 tahun
Guru Besar – 1 tahun
Anugerah / Penghargaan :
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(2003, 2013 dan 2020)

24

Kata Kunci Kisah 3

Kerja adalah kepentingan,
keluarga adalah keutamaan.

Tiada jurang komunikasi.

Lingkungan kerja yang seronok.



Pembelajaran sepanjang hayat,
menjadi pemudah cara.



Keistimewaan diagih sama rata,
kejayaan dirai bersama.
Sentiasa tenang dalam senyuman,
penuh keyakinan, terselit ketegasan.

25

KISAH 3

GB Mohd Hafiz (bukan nama sebenar) baru sahaja dilantik
menjadi GB dalam tempoh kurang daripada setahun. Walaupun
masih pada peringkat awal sebagai pemimpin nombor 1 di sekolah,
kepimpinannya tidak perlu dipertikaikan kerana beliau berada
dalam bidang pentadbiran dalam satu tempoh yang agak lama dan
corak kepimpinan beliau yang begitu komited dengan tugas dan
penuh dedikasi tidak perlu disanggah lagi.

“Kerja adalah kepentingan, keluarga adalah keutamaan”
menunjukan beliau seorang yang sangat bertanggungjawab dan
bekerja keras dalam memastikan kecemerlangan sekolah dalam
pelbagai aspek sama ada dari segi kecemerlangan akademik
mahupun sahsiah dan kepribadian murid. Dalam masa yang sama,
GB Mohd Hafiz juga merupakan ketua yang begitu cakna dengan
permasalahan yang terpaksa dihadapi oleh setiap pekerja di bawah
seliaannya terutama apabila melibatkan ahli keluarga terdekat
seperti anak-anak yang masih kecil, ibu bapa yang kurang sihat
yang memerlukan perhatian atau rawatan di hospital akan mudah
mendapat kelulusan cuti ataupun budi bicara yang berhemah dan
toleransi yang tinggi daripada beliau. Beliau akan cuba sedaya
upaya memikirkan bersama jalan penyelesaian yang terbaik bagi
kedua-dua pihak. Oleh yang demikian, semua stafnya akan lebih
memberi khidmat terbaik dan bermotivasi tinggi dalam
meleaksanakan tugas dan amanah yang diberikan kerana rasa
dihargai dan diambil peduli ketika mana mereka terpaksa
berhadapan dengan situasi di luar jangkaan.

26

Beliau seorang yang mudah mesra dan senang didekati dan
tiada jurang komunikasi. Sering berbincang, berkongsi idea dan
pendapat juga memberi ruang yang luas kepada guru-guru dalam
menyuarakan pandangan serta bersikap terbuka, berlapang dada
menerima kritikan dari staf bawahannya.

Keperibadian beliau yang begitu ‘low profile’ meletakkan rasa
hormat yang tinggi dalam kalangan guru terhadap kepimpinan
beliau. Apabila suasana dan iklim tempat kerja yang seronok dan
bahagia, sudah pasti setiap jiwa yang berada di sekolah tersebut
turut juga merasa gembira dan mampu bekerja lebih masa tanpa
mengira penat lelah, tenaga dan juga harta benda semuanya ingin
memberi sumbangan bersama-sama dalam satu pasukan sekolah
yang telah diikat rasa sehati sejiwa demi “Satu Tekad Satu
Matlamat” menggapai kegemilangan.

Beliau juga menunjukkan kepimpinan yang berintegriti,
berkeyakinan, profesional dan sentiasa peka dengan dasar-dasar
kurikulum semasa, perubahan, pekeliling dan lain-lain yang
berkaitan dengan penuh amanah dan menyampaikan maklumat-
maklumat tersebut dalam taklimat-taklimat di sekolah ataupun
LADAP bersama guru-guru. Sentiasa memberi galakan dan
dorongan kepada guru-guru untuk sentiasa bersedia dan belajar
kemahiran-kemahiran terkini, sama ada kemahiran-kemahiran
pedagogi, ICT atau lain-lain kemahiran profesional bagi
meningkatkan lagi kualiti profesional guru. Beliau sendiri akan
memastikan yang beliau juga sentiasa belajar teknologi-teknologi
terkini seiring dengan perkembangan pendidikan semasa yang
berubah mengikut peredaran zaman.

27

GB Mohd Hafiz sentiasa menghargai setiap sumbangan dan
usaha guru-guru dalam mencipta kejayaan untuk sekolah sama
ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum dengan
mengucapkan ucapan tahniah dan terima kasih sebagai ucapan
penghargaan daripada beliau. Adakalanya beliau begitu bermurah
hati membuat jamuan ringkas demi menunjukkan rasa penghargaan
beliau dan bersyukur pada sesuatu kejayaan yang dikecapi. Di
samping itu juga, program-program ‘team building’, hari keluarga,
lawatan menjadi acara tahunan bagi mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan semua staf di bawah penyeliaannya.

Senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya, seolah-olah
beliau tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Sehinggalah
suatu hari, beliau diuji dengan penyakit yang memerlukan
pembedahan segera kerana jantung beliau mula menunjukkan
masalah yang agak serius. Namun, semangat beliau tetap
berkobar-kobar dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan
kesakitan yang beliau tanggung dengan menunjukkan ketenangan
dan sentiasa tersenyum seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Begitulah seorang pemimpin yang berjiwa besar, sentiasa berfikiran
positif dan bersemangat kental.

Bermula dari episod itu, gerak kerja beliau terpaksa lebih
berhati-hati dan sedikit terjejas memandangkan beliau perlu
sentiasa memantau tahap kesihatan beliau agar terjamin dan
berada pada tahap yang memuaskan.

Kesimpulannya dari kisah ini, pemimpin pengajaran yang
benar-benar berjiwa pemimpin akan menjadi pemimpin yang

28

benar-benar komited dengan kepimpinannya, berkeyakinan,
bersemangat, bermotivasi tinggi, disegani dan mudah didekati.
Walaupun, beliau masih baru sebagai guru besar, tetapi beliau
berjaya memimpin organisasinya dengan baik dan cemerlang.

29

PENULIS :

NORZALIZA BINTI RAZI
S20100767




KIKSIASHAH4 1
KISAH 5
KISAH 6

30

Latar Belakang Responden

KISAH 4

Nama guru : Puan Puteri Nur Izzati binti
Megat Ahmad Nordin

Umur : 26 tahun
Kelulusan akademik :

Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan
pendidikan di Universiti Sains Malaysia.
(Major : Bahasa Melayu, Minor: Sastera
Tempoh berkhidmat : 2 tahun
Subjek yang diajar : Bahasa Melayu

31

Kata Kunci Kisah 4

Buatlah yang terbaik dan janganlah menolak

1 sebarang tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan.

“ Sentiasa memastikan pelajar memperoleh
ilmu pengetahuan dan segala kemahiran

2 yang diperlukan bagi membolehkan mereka

menghadapi hidup dalam dunia sebenar
selepas tamat umur persekolahan.”

Tidak lokek dalam berkongsi ilmu dengan
guru

Kepimpinan berwibawa

Sentiasa menjadi pemimpin yang kreatif
dan inovatif

Persekitaran pembelajaran yang responsif

Kesabaran yang tinggi dan nilai kasih sayang
yang kental

32

KISAH 4

Sepanjang beliau berada di dalam bidang pendidikan ini, hanya
2 buah sekolah yang beliau pernah mengajar iaitu sekolah agama
kluster iaitu SMK Sheikh Abdullah Tanim Nibong Tebal, Pulau Pinang
dan SMJK Poi Lam Chemor, Perak. Semasa tempoh perkhidmatan
beliau di SMK Sheikh Abdullah Tanim ini, majoriti pelajar terdiri
daripada pelajar berbangsa Melayu dan beragama Islam. Mereka
merupakan pelajar tahfiz dan kategori pencapaian pelajar ini
adalah sangat baik. Pengalaman bekerja di sekolah ini adalah lebih
mudah berbanding pelajar dari sekolah menengah harian. Ini kerana
pelajar sekolah ini lebih berdisiplin dan mudah menerima
pengajaran guru dengan lebih baik. Pelajar sekolah ini adalah
pelajar yang tinggal di asrama dan mempunyai waktu sesi
persekolahan yang lebih bersistematik. Sesi persekolahan pelajar ini
bermula pada jam 7.20 pagi. Sekolah ini berasaskan kepada
pendidikan agama. Pada perhimpunan pagi pelajar akan
memulakan hari mereka dengan bacaan doa dan berzikir sebelum
masuk ke kelas masing masing. Pelajar ini ditanam dengan sikap
yang lebih berdisiplin kerana sekolah ini mementingkan akhlak
peribadi yang mulia dalam menimba ilmu pengetahuan.

Antara pengalaman perkhidmatan beliau di sekolah pertama
adalah selama 6 bulan iaitu pada tahun 2019. Ini kerana sekolah ini
merupakan sekolah praktikal bagi beliau. Selama berkhidmat di
bawah kepimpinan pengetua SMK Sheikh Abdullah Tanim iaitu Encik
Mohamad Aziz banyak perkara yang boleh dipelajari dari pengetua
ini kerana figura pentadbir ini suka memberi salam kepada

33

semua guru yang berselisih dengannya. Di samping itu sikap beliau
yang suka merendah diri itu merupakan satu senjata kejayaan. Bagi
kepimpinan pengetua ini, beliau mendapati pengetua ini seorang
yang santai, berdedikasi dan seorang yang bertanggungjawab
walaupun tahun 2019 adalah tahun terakhir perkhidmatan
pengetua tersebut sebelum bersara. Pengetua ini seorang yang
sangat membantu dalam hal ehwal sekolah. Kata-kata yang tidak
dilupakan oleh beliau ialah “Buatlah yang terbaik dan janganlah
menolak sebarang tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan”
adalah kata-kata nasihat yang berguna kepadanya sepanjang
menjadi guru yang berjaya suatu hari nanti.

Bagi sekolah yang kedua iaitu SMJK Poi Lam, sekolah ini
merupakan sekolah menengah harian dan tidak mempunyai asrama
manakala pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu
kaum Melayu, Cina dan India. Oleh kerana itu, majoriti pelajarnya
adalah berbangsa Cina. Apabila beliau mula berkhidmat di sekolah
ini, barulah beliau dapat merasai pengalaman baru kerana mula
mendidik pelajar yang pelbagai bangsa di sini. Antara pengalaman
beliau berkhidmat di sekolah SMJK Poi Lam Ipoh di bawah
kepimpinan pengetua iaitu Puan Teng Yoon Yin yang baru menjadi
pengetua di sekolah ini sejak tahun 2020. Bagi beliau kehadiran
pengetua ini telah membawa sinar baru di sekolah ini. Ini
merupakan pengalaman baru bagi beliau yang berkhidmat di
bawah seorang pengetua perempuan. Pengetua ini merupakan
seorang yang rajin, mudah mesra dan bersemangat dalam
melaksanakan tugasnya. Pada pandangan beliau, pengetua ini
selalu turun padang dalam menguruskan hal ehwal pelajar dan
tidak hanya memberi arahan semata-mata. Sebagai contoh,

34

sewaktu sesi persekolahan dalam era pandemik Covid-19 ini, guru
dan pelajar perlu mengikuti SOP yang ketat. Guru-guru perlu
memantau keadaan murid semasa mereka pulang dari sekolah.
Oleh itu, pengetua ini sanggup berpanas dan berhujan demi
memastikan keselamatan pelajar terjamin ketika pulang dari
sekolah. Selain daripada itu, beliau juga sentiasa memberi kata-
kata semangat dalam menghadapi cabaran sewaktu tempoh
pengajaran dan pembelajaran dalam era pandemik yang sangat
mencabar ini. Antara kata-kata nasihat yang tidak dilupakan oleh
beliau dari pengetua ini ialah “Sentiasa memastikan pelajar
memperoleh ilmu pengetahuan dan segala kemahiran yang
diperlukan bagi membolehkan mereka menghadapi hidup dalam
dunia sebenar selepas tamat umur persekolahan." Ini kerana
pendidikan sekolah ini bermatlamat memupuk semangat perpaduan
ke arah mewujudkan pelajar yang bersatu padu serta dinamik.

Bagi beliau, ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang pengetua di
sekolah dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan terutama
dalam aspek pengajaran dan pembelajaran adalah tidak lokek
dalam berkongsi ilmu dengan guru. Ini kerana kemahuan dan
keinginan guru untuk berubah dan dahagakan transformasi akan
memudahkan perkongsian ilmu itu berlaku. Kebiasaannya pengetua
sekolah mempunyai pengalaman yang lebih luas berbanding guru-
guru yang lain, justeru itu pengetua sekolah perlu menjalankan
tanggungjawabnya dan amanahnya dengan betul dan tepat supaya
ia dapat memberi impak peningkatan mutu kerja dan
mempengaruhi prestasi akademik para pelajar. Di samping itu juga
pengetua sekolah perlu menunjukkan sifat kepimpinan berwibawa
supaya guru-guru di bawah kepimpinannya akan menjadi lebih

35

lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas.

Antara cabaran-cabaran yang beliau hadapi terutamanya
apabila diberi tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran di sekolah adalah pelajar pada masa kini terdedah
dengan teknologi serta mempunyai akses terhadap maklumat yang
tinggi. Oleh itu, beliau perlu menyediakan satu kaedah
pembelajaran yang lebih menarik dan fleksibel yang sesuai dengan
minat pelajar terhadap perkembangan dunia teknologi. Selain itu,
beliau perlu menunjukkan sikap adil dan tidak prejudis kepada
mana-mana kaum. Di dalam kelas terdapat pelbagai karenah dan
ragam murid-murid. Seorang guru yang profesional perlu
menerapkan sikap adil dan saksama kepada semua murid tanpa
mengira bangsa dan budaya. Ini kerana jika guru tidak dapat
mengawal diri menangani sesuatu permasalahan, guru akan
dituduh tidak adil. Kemungkinan yang akan berlaku adalah guru
dianggap prejudis terhadap sesuatu kaum apabila murid yang
dimarahi guru adalah berlainan bangsa dengan guru. Oleh itu,
seseorang pendidik itu perlu berhati-hati dalam mengendalikan
murid supaya guru tidak dianggap prejudis dan tidak adil terhadap
sesuatu bangsa dan kaum.

Oleh itu, untuk menjadi seorang guru abad ke-21 ini, guru
perlu berusaha dengan lebih gigih dan bertanggungjawab. Ini
kerana guru sentiasa dikaitkan dengan pemimpin yang kreatif dan
inovatif serta berani mencuba dan mengambil risiko. Selain itu, guru
perlu membentuk persekitaran pembelajaran yang responsif dan
menghormati keperluan pembelajaran semua pelajar. Ini bagi
menggalakkan standard tingkah laku yang sesuai dengan

36

perkembangan yang menyokong persekitaran yang produktif untuk
semua pelajar dan juga memaksimumkan masa pengajaran melalui
pengurusan rutin serta peralihan yang berkesan. Justeru itu, guru
perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan
kesabaran yang tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa
dua sifat penting itu, guru akan berhadapan dengan masalah.
Panduan ini ditunjukkan oleh Rasullullah SAW dalam menjadikan
amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa.

37

Latar Belakang Responden

KISAH 5

Nama guru : Nur Fazirin binti Roslan

Umur : 26 tahun

Kelulusan akademik :
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan
Kepujian (Kerja Sosial)

Tempoh berkhidmat : 3 tahun
(2018 sehingga kini)

Jumlah sekolah : 1 buah sekolah iaitu
Madrasah Al-Hikmah Meru, Perak
(sekolah agama harian swasta)

Pengalaman :
Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Murid
Guru kelas
Mengajar subjek Sejarah SPM dan PT3.

Pencapaian :
Mendapat anugerah 100% lulus subjek
Sejarah SPM pada tahun 2019.

Subjek yang diajar : Sejarah

38

Kata Kunci Kisah 5

Mewujudkan budaya 3C iaitu budaya al-

1 quran, budaya bersih dan budaya

menepati waktu.

Tidak memaksa guru membuat tugasan

Ringan tulang

Turun padang membantu guru dan pelajar
Bertanggungjawab

Bekerja kuat

Pemurah
Penyayang

39

KISAH 5

Sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah, hanya seorang
sahaja pengetua yang beliau pernah berkhidmat iaitu Encik
Mohamad Ukasyah Bin Azhari. Pengetua ini telah menjalankan
tanggungjawabnya di sekolah ini selama 8 tahun. Antara
pengalaman beliau semasa berada di bawah kepimpinan pengetua
ini ialah pengetua ini seorang yang tidak memaksa guru dalam
membuat sesuatu tugasan dan lebih kepada mengikut kemampuan
guru dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Seandainya terdapat
situasi di mana guru perlu menyiapkan tugasan secepat yang
mungkin, pengetua ini tidak kekok untuk membantu guru tersebut
dan pengetua sanggup turun padang membantu guru dan pelajar.
Ini kerana turun padang adalah satu yang wajar dilakukan oleh
pengetua kerana ianya dapat membantu pihak pentadbir dalam
membuat keputusan yang tepat bagi membantu menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi di sekolah-sekolah. Selain itu,
pengetua ini mempunyai peraturannya tersendiri iaitu 3C iaitu
budaya al-quran, budaya bersih dan budaya menepati waktu. Bagi
budaya al-quran, guru dan pelajar dikehendaki untuk membaca al-
quran pada setiap pagi sebelum memulakan sesi persekolahan.
Bagi budaya bersih pula, pelajar dikehendaki menjaga kebersihan di
kawasan tandas, kantin, kelas dan kawasan persekitarannya
dengan baik dan kemas. Contohnya, pelajar dikehendaki
membersihkan tandas sekolah pada hari gotong-royong sekolah
iaitu pada setiap hari Rabu atau Jumaat. Guru pula bertindak
sebagai pemantau dalam aktiviti gotong royong tersebut dan
memberi bantuan seandainya diperlukan oleh pelajar. Di samping

40

itu juga, budaya yang terakhir iaitu budaya menepati waktu akan
dibahagikan kepada tiga zon seperti zon hijau, zon kuning dan zon
merah. Contohnya waktu zon ini perlu diikuti oleh setiap guru dan
pelajar semasa hadir ke sekolah. Contohnya zon hijau iaitu pada
pukul 7.00 pagi sehingga 7.15 pagi, zon kuning iaitu pukul 7.15 pagi
sehingga 7.30 pagi dan zon merah iaitu 7.40 pagi sehingga 7.50
pagi.

Antara pengalaman manis beliau berkhidmat di bawah
kepimpinan pengetua tersebut ialah pengetua ini seorang yang

sangat bertanggungjawab dan bekerja kuat terhadap tugasnya.
Pengetua ini juga seorang yang pemurah dan sayang akan sekolah
serta seorang yang ringan tulang membantu guru-guru yang lain
dalam menjayakan aktviiti sekolah sehingga berjaya. Sebagai
contoh, selepas selesai majlis anugerah pelajar dan hari bertemu
waris, pengetua tidak akan tinggalkan dewan tersebut kerana
pengetua ingin memastikan kebersihan kawasan dewan dan
sekitarnya kemas dan teratur walaupun kebanyakkan guru-guru
telah beredar ketika majlis tamat. Di samping itu, pengetua juga
suka berbelanja guru-guru sekolahnya makan pada setiap hari
Jumaat. Disebabkan sikap penyayang yang ditunjukkan pengetua
seperti seorang bapa kepada beliau, menyebabkan pengetua ini
disanjung dan dihormati oleh semua guru di sekolah ini. Pada
pendapat beliau, antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang
pengetua sekolah ialah mempunyai sikap yang komited terhadap
tugas. Ini kerana pengetua bersifat sebagai ketua di barisan
hadapan jentera pendidikan harus mencerminkan sifat komited dan
mengambil berat terutama terhadap kebajikan dalam pengurusan
serta pentadbiran sekolah yang diselia dalam mencapai matlamat

41

melahirkan pelajar yang cemerlang. Selain itu, amalan yang boleh
meningkatkan kualiti pengurusan bagi seorang pengetua ialah
bertimbang rasa, berperikemanusiaan dan melaksanakan
tanggungjawab secara bersama. Ini kerana pengetua yang
berkualiti sudah tentu akan menghasilkan sekolah yang berkesan
dan membawa banyak kecemerlangan kepada organisasinya.

Sepanjang beliau terlibat dalam profesion perguruan, antara
cabaran yang dihadapi terutamanya apabila diberi tanggungjawab
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dari
segi tahap penguasaan murid dalam satu kelas yang berbeza. Ini
kerana ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang
diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk
memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang
demikian, guru perlu kreatif dalam mempelbagaikan cara atau
kaedah yang perlu digunakan untuk mengajar murid sama ada yang
cerdik dan pintar mahupun yang sederhana ataupun lemah. Di
samping itu juga, guru perlu memastikan bahawa pelajar sentiasa
bersemangat dan bermotivasi tinggi di dalam kelas. Seperti yang
kita ketahui, motivasi dapat menimbulkan minat seseorang murid
terhadap mata pelajaran di sekolah. Minat murid ini bergantung
pada bagaimana seorang guru mengajar di dalam kelas.
Penggunaan motivasi seperti berbentuk penghargaan dan kasih
sayang dapat membantu murid minat terhadap mata pelajaran
yang diajar. Guru yang prihatin sangat disukai oleh murid-murid.
Apabila seseorang guru prihatin terhadap muridnya, murid akan
berasa bahawa mereka dihargai dan murid menyukai guru serta
meminati mata pelajaran yang diajar manakala pelajar akan dapat
menerima apa sahaja yang diajar oleh guru dan berusaha mencapai

42

kejayaan. Seterusnya ialah untuk memupuk akhlak yang baik dalam
kalangan pelajar. Keadaan ini mungkin wujud kerana guru
merupakan orang yang kerap berinteraksi denagn pelajar. Tanpa
proses menerapkan nilai-nilai murni ke dalam mata pelajaran yang
diajar, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dalam semua
aspek tidak akan berhasil kerana hanya melalui penerapan nilai
murni dalam pendidikan mampu mendidik insan yang rasional,
amanah, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-
sifat mulia yang dipersetujui agama dan masyarakat.

Sebagai penutup, antara nasihat beliau dalam menjadi
seorang pendidik yang berjaya di era abad ke-21 ini adalah seorang
guru perlu mengikut arus peredaran semasa dalam penguasaan
teknologi seiring dengan dunia pendidikan pada masa kini.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar
akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik
serta mudah untuk difahami. Justeru itu, pelajar tidak mudah
merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang
ditunjukkan melalui ICT. Selain itu, seorang guru juga perlu sentiasa
kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan
kata lain, guru menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan
kepada murid yang bermaksud pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan secara dua hala iaitu guru mengajar dan murid belajar.
Guru dikehendaki sentiasa mencabar keupayaan berfikir muridnya
dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar dan alat bantu

43

pengajaran yang menarik minat murid. Sesungguhnya melahirkan
murid yang berinovasi dan kreatif ini menjadikan murid sentiasa
berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada
diri sendiri. Oleh itu, inilah ciri-ciri murid yang perlu dilahirkan demi
menjadi warganegara yang boleh menghadapi cabaran masa
depan. Di samping itu juga, hubungan baik antara pihak sekolah
khasnya guru dan ibu bapa pelajar memainkan peranan penting
untuk mencapai kecemerlangan sesebuah sekolah. Perkara lebih
besar dalam keterhubungan sekolah bergantung kepada cara
sekolah menggalakkan keterlibatan pelajar, dengan memupuk
komunikasi secara terbuka dengan guru. Oleh itu, ibu bapa harus
mengambil peluang untuk terlibat secara aktif dalam akademik dan
kehidupan sekolah anak mereka.

44

Latar Belakang Responden

KISAH 6

Nama guru : Hannan Najibah Binti Mohd Nasir

Umur : 37 tahun

Kelulusan akademik :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pendidikan
Dengan Sains
Major: Kimia, Minor: Biologi

Tempoh berkhidmat : 14 tahun
(2007 sehingga kini)

Jumlah sekolah : 2 buah sekolah
SMK Seri Kampar di Kampar Perak (2007-2013)
SMK Tronoh Perak (2014 – sehingga kini)

Anugerah / Penghargaan :
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di SMK Seri
Kampar (2009)

Subjek yang diajar : Kimia

45

Kata Kunci Kisah 6

Mewujudkan green-screen studio untuk

1 guru-guru sekolah.
2 “Cikgu buat dahulu, duit boleh dicari”

Bersifat terbuka

Berdemokrasi dan minat berkomunikasi
secara terbuka

Menghargai guru dan staf

Berhemah tinggi dalam menegur

Peramah dan menunjukkan wajah yang
sentiasa menyenangkan

Tahap efikasi kendiri yang tinggi

46


Click to View FlipBook Version