The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mini Projek Kepimpinan Instruksional

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sabskbt3, 2021-12-16 09:19:30

Kisah Dari Sekolah (Sab - Za)

Mini Projek Kepimpinan Instruksional

KISAH 6

Sepanjang tempoh kerjaya beliau sebagai seorang pendidik,
sebanyak tiga orang pengetua beliau pernah berkhidmat di bawah
kepimpinan pengetua tersebut. Di SMK Seri Kampar pengetuanya
ialah Datin Rohani Bin Idris (2007 sehingga 2010), En Adnan Bin
Yaakob (2011 sehingga 2013) manakala Encik Zulkarnain Shah Bin
Mokhtar selaku pengetua cemerlang (2014 sehingga kini). Antara
pengalaman beliau berada di bawah kepimpinan pengetua tersebut
adalah sifat kepimpinan yang cemerlang ditunjukkan oleh mereka.
Di bawah pentadbiran En Mohd Zulkarnain Shah, ada berberapa
pengalaman yang beliau tidak pernah lupakan antaranya yang
pertama pengetua ini banyak menunjukkan sifat kepimpinan melalui
teladan. Oleh itu, seseorang petadbir perlu menunjukkan contoh
dan teladan yang baik kepada kakitangan sokongan bawahannya.
Contohnya, apabila pengetua ini nampak sampah di hadapannya,
beliau akan mengutip sampah tersebut, tidak lokek untuk
membantu mengecat dinding sekolah, membaiki tandas tersumbat
di sekolah, dan sanggup turun padang memberi kerjasama kepada
guru yang lain dalam menyiapkan tugasan. Ini mencerminkan satu
keadaan yang sangat baik di mana guru-guru akan berasa malu
seandainya tidak membuat tugasan dengan baik seperti beliau.
Oleh itu,seorang pengetua yang berkesan akan dapat melahirkan
bukan sahaja guru yang berkesan yang mana secara tidak langsung
meningkatkan tahap profesionalisme para guru di sekolahnya
malah juga dapat membentuk pelajar yang berkesan.

Kedua, pengetua ini sentiasa bersifat terbuka. Ini kerana budaya

47

kerja yang teratur, komited yang tinggi bagi proses
penambahbaikan akan meningkatkan martabat pengetua sebagai
model contoh dalam pedagogi serta kerelaannya berkongsi
kepakaran dengan guru-guru-guru terutamanya yang baru
bertugas. Sebagai contoh, pengetua akan mendengar dan menerima
idea dan pandangan dari semua pihak untuk menjayakan program
sekolah tanpa mengira latar belakang seseorang itu sama ada dari
pihak staf sokongan, tukang kebun, pekerja pembersihan, guru, ibu
bapa atau murid sekalipun. Ini membentuk ciri-ciri seorang
pengetua yang berdemokrasi kerana guru-guru dan staf-staf
bawahannya turut sama melibatkan diri dan membuka ruang
kepada guru-guru lain menyatakan pendapat masing-masing.
Justeru itu, corak kepimpinan yang bersifat terbuka ini akan
disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Sifat yang ketiga ialah
pengetua ini seorang yang sangat menghargai guru dan staf.
Seperti yang kita ketahui sifat menghargai ini bukan hanya terhad
kepada guru malah kepada semua staf sokongan sekolah yang
banyak bertindak dalam pentadbiran sekolah. Sebagai contoh,
pengetua selalu mewujudkan pelbagai jenis anugerah seperti
anugerah guru dan staf yang hadir 100%, anugerah panitia
cemerlang, anugerah guru inovasi, anugerah pakaian guru dan staf
yang kemas dan sebagainya.

Bagi sifat yang keempat iaitu seorang berhemah tinggi dalam
menegur. Sebagainya contoh sekiranya pengetua mendapati ada
beberapa kesilapan yang dilakukan oleh staf bawahannya,
pengetua akan memberi maklum balas terhadap apa yang telah
dilakukan oleh guru tersebut dengan memuji tindakan yang baik
sebagai pengukuhan dan sokongan serta memperbetulkan jika

48

terdapat kesilapan dengan memberi bimbingan tanpa bertangguh.
Ini tidak akan menyebabkan seseorang itu berasa putus asa dan
lemah semangat dalam bekerja dan akan menyebabkan seseorang
itu akan berubah ke arah yang lebih baik. Sifat yang terakhir iaitu
seorang yang peramah dan menunjukkan wajah yang sentiasa
menyenangkan guru-guru dan kakitangan sekolah. Maka, dari situ
ia dapat membentuk budaya kerja dan persekitaran sekolah yang
ceria. Oleh itu, pengetua adalah teras kepada pengurusan
pendidikan di sekolah. Pemimpin dan pengikut hendaklah sentiasa
saling mentaati dan saling menghargai di antara satu sama lain.

Antara pengalaman manis beliau berkhidmat di bawah
kepimpinan pengetua tersebut adalah beliau telah menerima
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2009. Ini
disebabkan pengetua yang membimbing beliau ketika itu iaitu Datin
Rohani semasa berkhidmat di SMK Sri Kampar telah banyak
membantu beliau dari segi hal ehwal sekolah. Pengetua ini seorang
yang sangat tegas dan berdedikasi ketika menjalankan tugasnya.
Beliau berterima kasih kepada pengetua tersebut kerana telah
membuat kejutan dengan membawa satu rombongan bas dari
sekolah ke hari perkahwinan beliau. Seterusnya pengetua yang
bernama Encik Adnan pula telah membantu beliau membuat
pertukaran sekolah yang lebih dekat dengan kawasan kediaman
rumah beliau di Seri Iskandar dan membantu beliau mendapatkan
opsyen subjek kimia untuk diajar di sekolah yang baru. Ini kerana
pada ketika itu beliau terbabit dalam kemalangan pada tahun 2013
akibat terpaksa berulang alik pada jarak yang jauh dari sekolah ke
rumah iaitu melebih 45km. Bagi pengetua di SMK Tronoh pula, Encik
Zulkarnain Shah merupakan seorang pengetua yang rajin

49

mewujudkan anugerah kepada guru-guru dan staf bawahannya di
sekolah. Apabila seseorang guru itu berjaya menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh pentadbir sekolah, maka guru tersebut akan
diraikan dengan pemberian sijil, medal, cenderahati atau
sumbangan wang ringgit sebagai tanda penghargaan dari pihak
sekolah.

Pada pendapat beliau, seseorang pengetua seharusnya memiliki
ciri-ciri kepimpinan seperti bersifat demokrasi dan minat
berkomunikasi secara terbuka. Komunikasi yang terbuka ini merujuk
kepada komunikasi yang berlaku dua hala tanpa ada perasaan ego
dan juga tidak menekankan kepada sifat autokratik. Oleh itu, guru
dan kakitangan lain mempunyai ruang yang bebas untuk memberi
pandangan dan membuat keputusan demi kecemerlangan sekolah.
Sebagai contoh, pengetua telah mewujudkan green-screen studio
untuk guru-guru sekolah membuat pengajaran dan pembelajaran
secara dalam video atau menggunakan medium YouTube channel
dalam menyampaikan pengajaran kepada murid-murid sewaktu
pandemik Covid-19. Video yang dihasilkan oleh guru-guru tersebut
telah mendapat anugerah daripada pihak JPN. Oleh itu, pengetua
tidak lokek untuk memberi sumbangan kepada guru-guru dalam
merealisasikan impian mereka dengan membeli peralatan seperti
smart tv dan visualizer untuk menggalakan guru-guru menjadi lebih
kreatif dan berinovasi dalam penyampaian ilmu kepada murid.
Pengetua seorang yang sangat mengalu-alukan idea yang dapat
meningkatkan kecemerlangan sekolah dan juga meningkatkan
profesionalisme guru-gurunya. Pengetua ini tidak kedekut dalam
mencari sumbangan untuk menjayakan program sekolah. Ini kerana
kata-kata pengetua iaitu “Cikgu buat dahulu, duit boleh dicari”

50

memberi makna yang sangat besar kepada guru-guru sekolah
untuk meneruskan usaha ke arah pencapaian sesuatu program
sekolah. Seterusnya, sifat yang perlu ada pada seseorang pengetua
ialah bertindak sebagai pentadbir dan pengurus di sekolah. Ini
kerana kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada
sejauh mana golongan pentadbir melaksanakan tanggungjawab
mereka secara serentak iaitu sebagai pentadbir atau pengurus serta
sebagai pemimpin pengajaran. Dalam mengurus dan mentadbir
sekolah banyak perkara yang perlu dilakukan oleh pengetua
semasa sesi waktu persekolahan. Oleh itu, seseorang pengetua
yang berkesan hendaklah melaksanakan pentadbiran dengan
melibatkan sekumpulan pekerja di bawahnya dengan cara yang
disenangi. Sebagai seorang pemimpin sekolah seharusnya
mempunyai semangat, kesedaran yang tinggi dan mempunyai jiwa
yang kuat serta cita-cita yang tinggi untuk membawa sekolah
mencapai matlamat.

Sepanjang beliau terlibat dalam profesion perguruan, antara
cabaran yang perlu beliau tempuhi ialah semasa diberi
tanggungjawab untuk merancang sesuatu program perlu mengikut
strategi pengajaran yang sesuai. Ini kerana gaya pembelajaran
setiap murid adalah berlainan dari satu individu ke individu yang
lain. Sebagai guru, beliau perlu mengambil tahu jenis-jenis gaya
pembelajaran muridnya supaya tidak ada yang tercicir di dalam
setiap pengajaran. Keduanya pula ialah, sewaktu menjayakan
program sekolah, beliau perlu berupaya menarik minat murid
kepada apa-apa jua yang ingin disampaikan. Ini kerana guru perlu
berusaha ke arah menonjolkan kreativiti lebih tinggi untuk menarik
minat dan keseronokan murid untuk terus mengikuti pengajarannya.

51

Kreativiti ini bukan hanya terletak kepada pengetahuan kandungan
sesuatu mata pelajaran, sebaliknya guru perlu menguasai
pendekatan, kaedah dan teknik bersesuaian dengan keupayaan
muridnya.

Secara kesimpulannya, antara nasihat yang boleh dikongsi
dengan para guru untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya
dalam era pendidik abad ke-21 ini ialah guru perlu mempunyai
tahap efikasi kendiri yang tinggi kerana ia mampu menarik murid
agar terlibat dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan. Ia secara
langsung akan meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Efikasi kendiri guru terdiri
daripada tiga dimensi iaitu penglibatan pelajar, strategi pengajaran
dan pengurusan bilik darjah. Ketiga-tiga dimensi ini harus bergerak
seiring dan perlu ada dalam jiwa seseorang guru kerana ia akan
dapat meningkatkan pencapaian pelajar, lebih-lebih lagi generasi
alfa pada hari ini yang memerlukan kepelbagaian strategi agar
dapat menarik minat mereka untuk menumpukan perhatian ketika
berada di dalam kelas. Justeru itu, guru-guru sewajarnya yakin dan
percaya bahawa mereka perlu mengajar dengan baik sehingga
matlamat pengajaran dapat dicapai.

52

REFLEKSI

Refleksi keseluruhan menerusi temu bual terhadap senario yang
diperolehi:

Pertama, hasil temubual kami terhadap enam orang guru
mengenai kepimpinan instruksional pengetua ialah kami dapati
pengetua sebagai agen pelaksana perubahan di institusi sekolah
di mana ia berperanan efektif dalam melaksana perubahan yang
melibatkan perubahan struktur organisasi secara komprehensif
iaitu meliputi bidang tugas dan tanggungjawan akademik,
kokurikulum, penyelidikan, penilaian dan pentaksiran. Keyakinan
pemimpin terhadap pelaksanaan perubahan menjurus kepada
usaha bagi meningkatkan kesediaan guru supaya menerima
perubahan dan seterusnya melaksanakan perubahan di sekolah.
Dalam inisiatif mengubah sekolah, pengetua turut mempunyai
pelbagai peranan dalam menerajui kemajuan sekolah tetapi
untuk menjayakan pelaksanaan perubahan meliputi peranan
sebagai pengurus atau perintis yang mampu memberi kesan yang
positif terhadap keperluan berubah, penerimaan perubahan dan
penghayatan kepada perubahan itu secara keseluruhan.

Kedua, kami juga mendapati seseorang pengetua dalam
sesebuah sekolah seharusnya menjadi penjana utama dan
pembimbing kepada sesuatu perubahan. Hal ini menunjukkan
tugas seorang pemimpin amat penting dalam memastikan
perubahan dalam masyarakat. Dalam usaha melakukan
perubahan, seorang pengetua menjalankan tugasnya untuk
mentadbir dan memimpin sebuah organisasi pastinya terdapat
pelbagai cara dan pendekatan yang diambil untuk memastikan

53

sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan dapat dijalankan
dengan sempurna. Oleh itu, kepimpinan instruksional pengetua
perlu mempunyai kepakaran dan kemahiran serta mempunyai
kualiti hasil kerja yang tinggi. Paling penting adalah pengetua
sebagai pemimpin di sekolah harus melakonkan peranannya
dengan cara yang berkesan bagi membawa perubahan dan
kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di
sekolahnya.

Ketiga, rumusan kami kepada temu bual enam orang guru
mengenai kepimpinan instruksional pengetua sekolah ialah
pengetua diibaratkan sebagai pemimpin budaya, dalam hal ini
pengetua memainkan pernaan sebagai “high priest”. Kepimpinan
budaya ini sangat penting bagi mencapai kecemerlangan
sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat
menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan
memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang
dapat menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sekolah yang
unik. Peranan ini termasuklah mengadakan aktiviti sosialisasi
guru dan pelajar dengan budaya sekolah. Ini termasuklah
mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada
sesuatu kejayaan yang dicapai. Kepimpinan seperti ini sering
memperlihatkan usaha bagi mengekalkan imej dan prestij
sekolah. Di samping itu, peranan ini juga melibatkan usaha untuk
menarik perhatian setiap guru dan pelajar di sekolah dan juga
orang lain terhadap pencapaian matlamat sekolah dan
perhubungan yang mesra.

Keempat adalah program-program pembangunan guru dan
penambahbaikan dalam aspek mentoring, pengurusan bilik

54

darjah yang berkesan, peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran dan perkongsian pintar guru-guru adalah antara
perkara yang perlu ditekankan oleh pengetua. Selain itu, dasar-
dasar sekolah juga perlu ditambahbaik bagi memberi ruang dan
peluang untuk perubahan positif. Fokus penambahbaikan sekolah
lebih ditumpukan kepada segala apa yang memberi faedah
kepada murid-murid, khususnya peningkatan pembelajaran
mereka di dalam kelas. Tindakan penambahbaikan sekolah ini
memerlukan satu perancangan yang sistematik dan perancangan
ini dilaksanakan dan diurus secara berterusan dalam
penambahbaikan sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah seperti
hubungan, disiplin, nilai dan budaya dan juga keadaan-keadaan
yang memberi kesan kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas perlulah dijadikan sasaran
perubahan. Oleh itu, pengetua bertanggungjawab terhadap
prestasi dirinya sendiri dan juga guru, pelajar serta staf-staf
yang lain di sekolahnya. Tidak akan wujud prestasi tanpa
kepimpinan yang berkesan yang perlu dikuasai melalui proses
pembelajaran. Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa apa
yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan
sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetuanya.

Kelima, dalam menentukan keberkesanan sekolah, pengetua
sebagai pemimpin di sekolah perlu mempunyai kemahiran
kepimpinan dan pengurusan yang profesional dan bermatlamat
serta bijak merangka dan melaksanakan strategi bagi memenuhi
visi dan misi sekolah. Justeru itu, pengetua perlu menggunakan
ciri-ciri humanitarian atau “modestly effective”. Fokus utama
pengetua bercirikan demikian adalah iklim sekolah
atau perhubungan antara perseorangan. Apabila membuat

55

keputusan, pengetua ini mengamalkan penglibatan bersama
yang bertujuan untuk melibatkan dan mendorong staf dalam
membuat keputusan bersama. Oleh yang demikian, staf akan
merasa dihargai. Pengetua seperti ini menunjukkan tingkah laku
yang proaktif dalam membuat keputusan yang melibatkan aspek
iklim sekolah. Jika sesuatu keputusan yang akan diambil,
pengetua terlebih dahulu akan berbincang dengan stafnya serta
keputusan yang akan dibuat adalah berasaskan maklumat dan
kajian penyelidikan dan hasil analisis maklumat ini menjadi
sumber untuk membuat keputusan. Dengan mengekalkan
suasana yang kondusif ini semua perancangan dapat berjalan
dengan lancar dengan mendapat kerjasama semua pihak bagi
melicinkan lagi pentadbiran serta perjalanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Akhir sekali, kemahiran pengurusan dan proses pengajaran
dan pembelajaran terkini adalah sesuatu yang perlu dikuasai
oleh pengetua dan guru-guru dalam memastikan kecemerlangan
akademik dan kokurikulum. Hal ini berkait rapat dengan
pencapaian dan kemenjadian pelajar kelak. Berdasarkan kepada
perbincangan menerusi temu bual dengan keenam-enam guru
maka jelaslah di sini bahawa untuk menerajui sesebuah
organisasi pendidikan terutama untuk mencapai matlamat
sekolah cemerlang, pengetua perlu mempunyai ilmu
pengetahuan yang relevan serta mempunyai kepakaran dalam
pendidikan di samping mempunyai kebolehan memimpin. Dalam
masa yang sama pengetua adalah sebagai perancang yang
berwibawa dan berkesan. Oleh yang demikian, aspek ini
memerlukan ketelitian serta kemahiran yang tinggi bagi
menangani pelbagai situasi yang mungkin timbul seperti soal

56

keberkesanan program, kerjasama antara staf, sumber kewangan
dan sebagainya. Pentadbir pendidikan seperti pengetua perlu
mengikuti pelbagai kaedah atau program yang berkaitan dengan
pendidikan terkini sesuai dengan era kemajuan komunikasi dan
maklumat (ICT). Sekolah yang berjaya dan cemerlang
memerlukan semangat kerja berpasukan yang tinggi. Tanpa
penyertaan semua pihak, perancangan yang diatur mungkin
gagal atau tidak berkesan. Amalan seperti ini boleh membawa
kepada keberkesanan pembelajaran dan pengajaran serta
memberi impak kepada tercapainya matlamat sekolah
cemerlang.

57

RUJUKAN

Yusnita Ghani & Mohamed Yusoff Mohd Nor.2015. Ciri Pengetua
Cemerlang, Cabaran Dan Masalah Dalam Mencapai Sekolah
Berprestasi Tinggi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ayunni Binti Jasni. 2013. Kepimpinan Pengetua Cemerlang Di
Sekolah Menengah Di Daerah Muar Johor. Diperolehi daripada
tesis Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran).
Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Kalaichelvi Bhaskaran & Aida Hanim A.Hamid. 2020. Amalan
Kepimpinan Instruksional Pengetua Di Sekolah Menengah Di
Bandar Banting. International Journal of Education and
Pedagogye. Vol.2, No. 1, 264-284.

Gurumoorthy a/l Poobalan & Mohd Izham Bin Hj. Mohd Hamzah.
2017. Kepimpinan Instruksional Pengetua Dan Hubungannya
Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Daerah Beluran. Diperolehi
daripada Seminar Kebangsaan Sains dan Psikologi dalam
Pendidikan. Sarawak: Kuching.

Muzzafar Malek & Jamalullail Abdul Wahab. 2020. Ciri-ciri
Pengetua Guru Besar (PGB) Unggul. Jurnal Dunia Pendidikan. Vol.
2, No.4, 1-8.

Shafinaz binti A.Maulod, Chua Yan Piaw & Leong Mei Wei. 2016.
Kepimpinan Instruksional Pengetua Dan Hubungannya Dengan
Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan. Jilid 19. Bil. 2. (73-92).

58

Mohd Zaini Bin Ismail. 2009. Amalan Kepimpinan Instruksional
Pengetua Sekolah Menengah Berprestasi Tinggi Dengan Sekolah
Menengah Berprestasi Rendah Di Daerah Kota Setar Kedah Darul
Aman. Diperolehi daripada tesis Ijazah Sarjana Muda
(Pengurusan Pendidikan). Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Rozila Md. Yusof & Jamalul Lail Abdul Wahab. 2019. Kepimpinan
Instruksional Pengetua Dan Hubungannya Dengan Komitmen Guru
Di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Di Daerah Seremban.
International Journal Of Education, Psychology and Counseling.
Volume: 4 Issues: 33. (pp.107-121).

Hall B (1986). Leadership support for staff development:
A school building level model. Retrieved from ERIC ED 275029.

Hallinger P, Murphy JF (1985). Assessing the instructional
management behaviour of principals. The Elementary School
Journal, 86(2):217-247.

Hallinger P, Murphy JF (1987). Principals instructional
management. Educational Leadership, 45(1):54-61.

Howel Hussein M (1997). Leadership and school effectiveness.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.l B (1981). Profile of
principalship. Educational Leadership, 38(4):333-336.

Rosnah Ishak, Muhammad Faizal & Saedah Siraj (2014) Amalan
Pembelajaran di Sekolah Berprestasi Tinggi, Bil 1, Isu 2.

59

e-buku


Click to View FlipBook Version