The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34421161, 2021-07-31 04:23:37

HIMPUNAN SOALAN KBAT 2020

PENDIDIKAN ISLAM

Keywords: KBAT

_______________________________

PENDIDIKAN ISLAM SPM
TAHUN 2020

MODUL KBAT
SOALAN DAN JAWAPAN

Disusun Oleh :

Ustaz Mohd Fadhli Bin Che Kamarudin
SMK Pahi, Kelantan

1|P ag e MFCK, SMK PAHI

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

A. Cara mudah mengenal item KBAT

i. Guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji, dan
melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. Sebaliknya,
murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan
pengetahuan dalam situasi berbeza.

ii. Mesti ada stimulus. (sekurang-kurangya stimulus ringkas tetapi
merangsang dengan mendalam murid berfikir) Stimulus boleh menjelma
dalam bentuk situasi, gambar, keratan akhbar, dialog, lirik lagu, dll.

iii. Soalannya luar biasa (not familiar) tetapi masih dalam lingkungan
kehidupan seharian. (bukan terangkan …. Jelaskan ...... .
(Berdasarkan pernyataan di atas, …… Bagaimanakah anda ……,
Cadangkan/ramalkan …….. Pada pandangan anda apakah yang akan
berlaku )

iv. Soalannya tidak berulang dan tiada dalam buku tetapi tajuk mengikut
huraian sukatan.

v. ## calon tetap jawab dalam perenggan bukan dalam point
vi. ##kesimpulan tidak boleh ulang isi
vii. ##kesimpulan boleh bentuk cadangan

B. CARA MENJAWAB SOALAN KBAT
i. Jawapan dalam bentuk esei pendek satu perenggan

JUM. MARKAH ISI HURAIAN HURAIAN KESIMPULAN JUM
(I) (H) LENGKAP (K)
1M
1 markah 1 Isi - (HL) -
sahaja 2M
2 markah 1H - 3M
3 markah 1I 1H 4M
4 markah 1H - - 6M
6 markah 1I 2H 1K
1I 1 HL -
2I 1 HL 1K
1K

ANDA INGIN MENGUSAHAKAN KEDAI MAKANAN, BAGAIMANA ANDA MEMASTIKAN
PERNIAGAAN YANG JALANKAN ANDA MENJADI SATU IBADAH

Berikan hujah anda berdasarkan pemahaman hadis di atas.

2|P ag e MFCK, SMK PAHI

RUBRIK: DESKRIPTOR

SKOR CALON MENGEMUKAKAN JAWAPAN TEPAT, HURAIAN JELAS
(CONTOH/DALIL/HIKMAH) & TINDAKAN (KESIMPULAN)
4 CALON MENGEMUKAKAN JAWAPAN TEPAT, HURAIAN
(CONTOH/DALIL/HIKMAH) & TINDAKAN (KESIMPULAN)
3 ADA 1 ISI HURAIAN RINGKAS
2 CALON MENGEMUKAKAN MANA-MANA SATU ISI SHJ
1 TIADA JAWAPAN
0

JAWAPAN:

Perniagaan tersebut menepati syariat Islam dengan cara tidak menjual benda-
benda haram [1m - isi] seperti tidak menjual arak, dadah dan sebagainya
[1m – contoh] kerana barangan haram ini boleh merosakkan masyarakat
[1m – Huraian/penjelasan Lengkap]. Untuk mendapat keberkatan Allah
dalam perniagaan, kita hendaklah menjual barangan halal. [1m –
rumusan/kesimpulan/saranan]

C. Contoh kata tugas yang boleh digunakan ketika pembinaan item
KBAT

KATA TUGAS TUGASAN STEM SOALAN DAN KEPADA BERDASARKAN
Apakah SOALAN TAJUK [KONTEN] SIAPA TAJUK
Nyatakan Individu/diri
Siapakah Satu  Pengertian/maksud/taarif sosial Tajuk dalam
Dimanakah dua  Ciri/tanda/sifat masyarakat/ sukatan
Berapakah tiga  faktor/Punca/sebab negara pelajaran
T erangkan empat  kesan/keburukan/akibat masalah tingkatan 4
Huraikan  Sebab Islam suruh dan 5
Jelaskan   Sebab Islam Larang
Senaraikan hikmah/kebaikan/kepentin
Bagaimanakah  gan/usaha /peranan /cara
Cadangkan  / langkah atasi/ bendung/
 tangani
 contoh
 rukun
 syarat wajib
 syarat sah
perkara wajib
hukum
hukum dan alasan

3|P ag e MFCK, SMK PAHI

PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS 1

TINGKATAN 4
( BAHAGIAN AKIDAH )

BAHAGIAN AKIDAH SOALAN KBAT.
DOSA-DOSA BESAR
Sebagai pegawai di Majlis Perbandaran , bagaimana anda menyedarkan
( MENIPU ) masyarakat agar tidak tertipu dengan pelbagai iklan jualan palsu .

Jawapan :

Sentiasa berhati–hati dan teliti terhadap suatu iklan(I) dengan menyemak
kepada pihak yang berkaitan.(H) Hal ini dapat mengelakkan dari
terpedaya dengan iklan palsu seperti jualan murah.(HL) Oleh itu, jangan
ghairah dan mudah tergoda apabila membaca suatu iklan sebelum pasti
kesahihan.(K)

BAHAGIAN AKIDAH Institusi kewangan Islam telah banyak tertubuh di Malaysia. Ia ditubuhkan
sebagai satu alternatif kepada institusi kewangan konvensional.
DOSA-DOSA BESAR Sebagai seorang penasihat institusi kewangan Islam, bagaimanakah anda
( RIBA ) memastikan urusan kewangan Islam sentiasa patuh syariah.

Jawapan :

Memastikan tiada unsur riba dan gharar(I) dalam setiap urus niaga.(H)
Hal ini kerana amalan tersebut suatu yang ditegah dalam Islam.(HL) Oleh
itu, pemantauan perlu sentiasa dilakukan demi memastikan tiada
percampuran unsur halal dan haram.(K)

BAHAGIAN AKIDAH Ramalkan keadaan ekonomi negara jika semua pihak menjauhi amalan riba.

DOSA-DOSA BESAR Jawapan :
( RIBA )
Ekonomi negara akan kukuh(I) kerana semua pihak mengamalkan
muamalah yang berlandaskan syariat.(H) Sebagaimana firman Allah yang
bermaksud “ Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba”.(HL)
Oleh itu, kita mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan tegas
ke atas orang yang mengamalkan riba agar ekonomi negara berada dalam
yang stabil.(K)

4|P ag e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AKIDAH Gambar ragut
Berdasarkan gambar di atas , apakah respon anda sekiranya kejadian
DOSA-DOSA BESAR seperti di atas berlaku di hadapan anda.
( MENCURI /
MEROMPAK ) Jawapan :

Menjerit meminta tolong / melawan sekira berdaya(I) supaya disedari
oleh orang ramai / dapat bantu menyelamatkan mangsa(H). Hal ini
kerana ia satu tanggungjawab sesama insan(HL). Oleh itu, kita hendaklah
sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mangsa perbuatan ragut.

BAHAGIAN AKIDAH Ramai remaja mengekses internet yang mana segelintir portal dan blok
mengkritik dan menghamburkan kata-kata kesat dan makian terhadap
DOSA-DOSA BESAR kepimpinan negara. Sebagai rakyat bertanggungjawab, bagaimanakah
( MENGUMPAT / cara untuk mengatasi masalah tersebut.
MEMFITNAH )
Jawapan :

Memberi nasihat supaya memilih portal yang bermanfaat sahaja terutama
yang berkaitan dengan pembelajaran(I) seperti kaedah belajar yang
berkesan(H). Dengan cara ini dapat mengelakkan pelajar daripada
melayari portal yang boleh meracuni minda(HL). Kesimpulannya, kita
perlu berfikir dengan lebih matang untuk melaporkan isu-isu yang
berkaitan dengan orang lain(K).

BAHAGIAN AKIDAH Penyebaran berita-berita dan cerita-cerita palsu melalui laman sosial
seperti dalam gambar di atas semakin berleluasa.
DOSA-DOSA BESAR Apakah tindakan anda sekiranya menerima berita tersebut melalui salah
( MENGUMPAT / satu laman sosial di atas?
MEMFITNAH )
Jawapan :

Tidak menyebarkan berita tersebut/menyelidiki kebenarannya(I) kerana
kemungkinan berita tersebut merupakan fitnah(H) agar dapat
memelihara keaiban yang boleh mencemarkan maruah seseorang(HL).
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati dalam setiap tindakan agar
maruah Islam terpelihara(K).

5|P ag e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AKIDAH Peningkatan jumlah penagih dadah yang berterusan memerlukan suatu
DOSA-DOSA BESAR penyelesaian. Seorang pengawai mencadangkan supaya semua penagih
( ARAK / DADAH ) diasingkan di pulau yang terpencil.
Beri hujah anda terhadap cadangan tersebut.

Jawapan :

Setuju dengan cadangan tersebut(I) supaya tiada pihak dapat berjumpa
dengan mereka(H). Ini dapat memastikan mereka benar-benar dapat
meninggalkan tabiat tersebut(HL). Oleh itu, segala usaha yang dilakukan
tidak akan sia-sia jika mereka kembali semula ke pangkal jalan(K).

ATAU

Tidak setuju dengan cadangan tersebut(I) kerana bertentangan dengan
prinsip kemanusiaan.(H) Ini akan menyebabkan mereka terasing dan
terpisah dengan ahli keluarga.(HL) Oleh itu, kita hendaklah berusaha
sedaya mampu untuk membantu para penagih agar kembali ke pangkal
jalan.(K)

BAHAGIAN AKIDAH Gambar berkaitan penyalahgunaan ubat batuk.
DOSA-DOSA BESAR
( ARAK / DADAH ) Sebagai seorang ketua pelajar, bagaimanakah anda membanteras gejala
di atas.

Jawapan :

Saya akan menasihati rakan-rakan dengan baik(I) kerana amalan tersebut
boleh menyebabkan kerosakan pada otak.(H) Contohnya terdapat kajian
yang membuktikan minum ubat batuk berlebihan lebih teruk daripada
menghisap rokok.(HL) Oleh itu, amalan ini perlu dijauhi oleh semua pihak
agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cemerlang.(K)

6|P ag e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AKIDAH Fenomena mengikut budaya K-Pop semakin menular di kalangan remaja
DOSA-DOSA BESAR Islam yang membawa kepada cara hidup bebas antara lelaki dan
perempuan.
( ZINA ) Sebagai seorang tokoh budayawan, sarankan pandangan anda kepada
pihak yang berkenaan berkaitan isu di atas.

Jawapan :

Mengawal kemasukan budaya K-Pop(I) supaya remaja tidak terikut.(H)
Sepatutnya kita perlu mengharamkan / menyekat konsert /
menghentikan siaran di media elektronik.(HL) Oleh itu, satu hiburan
alternatif lain yang tidak bercanggah dengan Islam diperlukan untuk
memastikan negara kita diberkati Allah.(K)

Kerajaan telah menyediakan rumah perlindungan gadis hamil luar
nikah sejak tahun 1975 untuk memberi perlindungan dan pemulihan
kepada mereka.

BAHAGIAN AKIDAH Berdasarkan pernyataan di atas, adakah usaha ini dapat memberi kesan
kepada pembangunan sakhsiah remaja. Berikan pendapat anda.
DOSA-DOSA BESAR
( ZINA ) Jawapan :

Ya,(I) mereka tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut(H) kerana
mereka menyedari kesalahan yang telah dilakukan akan diazab oleh Allah
dan hukumannya adalah berdosa besar.(HL) Oleh itu, kita hendaklah
mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan sentiasa
menjaga maruah diri agar hidup diberkati.(K)

BAHAGIAN AKIDAH

DOSA-DOSA BESAR Berdasarkan data di atas, huraikan kesan jangka panjang sekiranya gejala

( ZINA ) tersebut tidak dibendung.

Jawapan :

7|P ag e Kehidupan masyarakat porak peranda(I) kerana saling kata-mengata
kepada orang yang membuang bayinya.(H) Keadaan ini menyebabkan
perpaduan tidak dapat diwujudkan dalam masyarakat.(HL) Oleh itu, kita
hendaklah mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian dan
sentiasa menjaga maruah diri agar hidup diberkati.(K)

MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AKIDAH Ali seorang hartawan yang berjaya telah meninggal dunia dan
meninggalkan dua orang anak berusia dua tahun dan lima tahun.
DOSA-DOSA BESAR
( MEMAKAN HARTA Sebagai bapa saudara dan orang yang bertanggungjawab terhadap
mereka, terangkan perkara yang patut anda lakukan untuk membela nasib
ANAK YATIM ) kedua-dua anak tersebut.

( SPM 2016 ) Jawapan :

Sesungguhnya saya akan menjaga harta tersebut dengan sebaik mungkin
dan menyerahkannya apabila mereka sudah baligh.(I) Hal ini kerana
harta tersebut adalah warisan / faraid yang layak mereka terima.(H)
Kesannya, kehidupan mereka akan lebih terurus dan mampu menjalani
kehidupan seperti orang lain.(HL) Oleh itu, kita hendaklah amanah dalam
menjaga harta anak yatim supaya hidup kita diberkati Allah.(K)

BAHAGIAN AKIDAH Masih ada sebilangan masyarakat yang mengamalkan ajaran nenek
( KHURAFAT ) moyang mereka yang bercanggah dengan Islam seperti amalan mandi
bunga untuk membuang perkara malang dalam diri. Berikan hujah anda
terhadap pernyataan tersebut.

Jawapan :

Ini terjadi kerana mereka jahil tentang perkara khurafat(I) kerana
menganggap ia suatu yang tidak bertentangan dengan Islam disebabkan
telah lama diamalkan(H) seperti mandi bunga kerana menghilangkan
gangguan hantu.(HL) Oleh itu, penjelasan perlu dilakukan supaya
masyarakat tidak berterusan melakukannya.(K)

Contoh perbuatan khurafat

BAHAGIAN AKIDAH Sejauh manakah anda bersetuju perbuatan di atas boleh menyebabkan
( KHURAFAT ) masyarakat Islam menjadi mundur.

Jawapan :

Bersetuju kerana masyarakat tidak berusaha untuk memajukan diri dan
mengharapkan nasib sahaja.(I) Mereka semata-mata mengharapkan
kepada nasib dan kepercayaan sahaja.(H) Ini bertentangan dengan
konsep Islam yang sebenar yang menggalakkan umat Islam seperti kata
hukama’ sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.(HL) Oleh itu, kita
hendaklah menjauhi amalan-amalan khurafat supaya kita tidak
ketinggalan zaman.(K)

8|P ag e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AKIDAH Ramai umat Islam yang hidup dalam kemakmuran dan kemewahan.
( KUFUR ) Namun begitu ada segelintir yang menyalahguna untuk kegunaan maksiat
dan bermewah-mewah hingga melampau.
Sebagai seorang penceramah agama, bagaimana anda menyemai akhlak
remaja supaya tidak bersikap kufur nikmat.

Jawapan :

Saya akan memberi pendedahan kepada mereka tentang kelebihan
bersedekah dan keburukan berbelanja dengan boros(I) melalui ceramah
dan risalah yang diedarkan.(H) Ini akan menyebabkan mereka lebih
berdisiplin dan menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah.(HL) Oleh
itu, kita hendaklah menggunakan nikmat Allah ke jalan yang baik supaya
hidup diberkati Allah.(K)

Budaya menghantar ibubapa yang tua, uzur dan tidak
berkemampuan ke rumah orang tua atau pusat jagaan dilihat

semakin ketara sejak kebelakangan ini. Situasi ini dapat dikesan
berdasarkan kepada jumlah bilangan penghuni semakin meningkat.

BAHAGIAN AKIDAH Sejauhmanakah situasi di atas mempengaruhi keruntuhan insitusi
kekeluargaan. Berikan hujah anda.
DOSA-DOSA BESAR
( MENDERHAKAI IBU Jawapan :

BAPA ) Budaya menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atau pusat jagaan
melambangkan tidak ada perasaan kasih sayang antara satu sama lain (I).
Keadaan ini berlaku kerana adanya sifat mementingkan diri sendiri (H)
sehingga hilang rasa hormat menghormati antara satu sama lain seperti
yang berlaku pada hari ini anak sanggup meninggalkan ibubapa di tepi
jalan/ataupun anak-anak sanggup membiarkan ibubapa yang uzur hidup
bersendirian tanpa pembelaan (HL). Kesimpulannya setiap anak wajib
mentaati ibubapa mereka agar tidak termasuk dalam golongan anak
derhaka.(K)

Golongan munafik bersama-sama dengan orang Islam ketika umat
Islam dalam kekuatan dan menjadi musuh serta menindas orang
Islam tanpa rasa belas kasihan ketika orang Islam lemah.

BAHAGIAN AKIDAH Pada pandangan anda sebagai seorang pendakwah, mengapakah
(NIFAK / MUNAFIK) wujudnya golongan yang bersifat sedemikian.

Jawapan :

Wujudnya golongan yang bersifat sedemikian untuk menghancurkan
Islam(I) kerana tidak benar-benar beriman kepada Allah.(H) Mereka
sentiasa berpura-pura untuk kepentingan diri sendiri.(HL) Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa berwaspada dengan tindakan mereka agar Islam tidak
hilang.

9|P ag e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AKIDAH Antara ciri orang munafik ialah apabila bertengkar dia melampaui
(NIFAK / MUNAFIK) batas.

Sebagai seorang ketua pelajar, bagaimanakah anda memastikan pelajar
sekolah anda tidak bersikap sedemikian.

Jawapan :

Saya akan menasihati supaya sentiasa bertolak ansur(I) sekiranya
berlaku perselisihan faham, tetapi sebaiknya segera memaafkan.(H) Ini
dapat mengelakkan dari berlarutan atau pergaduhan yang besar.(HL)
Oleh itu, jangan membesarkan suatu perkara yang kecil hingga
melampaui batas.

BAHAGIAN AKIDAH Seorang rakan anda iaitu Amar Lee, baru sahaja memeluk agama Islam.
Dia menghadapi masalah dengan keluarga dan di tempat kerja. Keadaan
tersebut amat merungsingkan fikiran sehingga dia menyuarakan hasrat
untuk kembali ke agama asalnya.
Sebagai rakan karibnya, bagaimana anda berusaha untuk menyelamatkan
akidah Amar Lee .

Jawapan :

(RIDDAH / MURTAD) Saya akan menasihatinya supaya tidak keluar Islam(I) dengan
menjelaskan bahawa Allah sentiasa membantu orang yang
bermasalah.(H) Kita sepatutnya sentiasa berdoa dan jangan putus
asal.(HL) Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bertawakal kepada Allah
supaya sentiasa dalam rahmat Allah. (K)

Anda mendengar ceramah agama di sebuah masjid. Penceramah
menerangkan tentang isu-isu berkaitan remaja. Antara isu yang disentuh
berkaitan keruntuhan iman dan gejala sosial sehingga membawa kepada
masalah riddah.

BAHAGIAN AKIDAH Pada pandangan anda, bagaimanakah isu riddah ini boleh menggugat
(RIDDAH / MURTAD) usaha kerajaan dalam penerapan nilai-nilai Islam.

Jawapan :

Boleh menjatuhkan maruah agama Islam(I) kerana orang-orang bukan
Islam tidak yakin dengan kebenaran Islam.(H) Keadaan ini menyebabkan
semua usaha kerajaan untuk menerapkan nilai Islam tidak akan
berjaya.(HL) Kesimpulannya, kerajaan harus mengenakan tindakan
kepada mana-mana golongan yang menyebarkan ajaran atau fahaman
yang bertentangan dengan Islam hingga merosakkan akhlak.(K)

10 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Amalan sihir boleh dilakukan dengan pelbagai cara melalui perantaraan
syaitan yang menyebabkan berlakunya permusuhan dalam kalangan
masyarakat.

BAHAGIAN AKIDAH Sebagai pemimpin masyarakat, bagaimanakah anda memastikan
( SIHIR ) masyarakat di kawasan anda bebas dari amalan sihir.

Jawapan :

Memberi penerangan melalui ceramah / mesyuarat / perjumpaan(I)
tentang keburukan amalan sihir.(HL) Ini kerana amalan sihir akan
menimbulkan pergaduhan malah membatalkan akidah.(HL) Oleh itu,
masyarakat perlu sentiasa nasihat menasihati dan berbaik sangka antara
satu sama lain

BAHAGIAN AKIDAH Memakai susuk salah satu perbuatan sihir yang bertujuan menarik
( SIHIR ) perhatian orang terhadap pemakainya.

Pada pandangan anda, ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya
perbuatan tersebut berleluasa dalam masyarakat.

Jawapan :

Hilang kepercayaan antara masyarakat (I) kerana kehebatan seseorang
itu dengan bantuan jin/ gunakan bantuan jin untuk berkuasa. (H) Akibat
perbuatan tersebut akan menimbul permusuhan dan pergaduhan.(HL)
Oleh itu, kemajuan tidak dapat dicapai kerana tidak wujud perpaduan dan
keharmonian dalam masyarakat. (K)

BAHAGIAN AKIDAH Perbuatan pemujaan dan mempercayai batu yang boleh mengubah nasib
( SYIRIK ) seseorang adalah suatu amalan syirik . Amalan ini masih wujud dalam
kalangan masyarakat Melayu pada zaman moden kini.

Sebagai seorang pegawai JAKIM , bagaimana anda mendidik masyarakat
Melayu supaya meninggalkan amalan tersebut.

Jawapan :

Saya akan mengedarkan risalah @ beri ceramah(I) tentang akidah Islam
sebenar / supaya tidak tersebar.(H) Sepatutnya kita perlu mempelajari
ilmu akidah dengan hadir kuliah agama.(HL) Oleh itu, kita hendaklah
bersama-sama membenteras amalan sihir agar tidak berterusan dalam
masyarakat.(K)

11 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Sebaik-baik orang yang bersalah ialah yang segera bertaubat memohon
keampunan Allah SWT atas segala dosa yang dilakukan.

BAHAGIAN AKIDAH Pada pandangan anda, bagaimana suasana negara sekiranya pernyataan
tersebut dihayati oleh setiap individu.
( TUNTUTAN
BERTAUBAT ) Jawapan :

Negara akan aman dan makmur(I) kerana rakyat tidak lagi melakukan
kejahatan dan jenayah.(H) Keadaan ini dapat memberi tumpuan kepada
usaha pembangunan dan kemajuan negara.(HL) Oleh itu, setiap individu
perlu taat kepada Allah agar kerajaan tidak perlu lagi bersusah
membenteras perbuatan jenayah.(K)

BAHAGIAN AKIDAH Gambar orang sedang bertaubat

( TUNTUTAN Pada pandangan anda, mengapakah terdapat segelintir umat Islam
BERTAUBAT ) melakukan perkara di atas ketika di penghujung usia.

Jawapan :

Perkara ini berlaku disebabkan ingin berseronok dahulu / silap faham
tentang konsep taubat(I) dengan beranggapan umur masih panjang / bila
tua baru bertaubat.(H) Sepatutnya kita perlu bertaubat bila terlanjur
melakukan dosa.(HL) Oleh itu, kita hendaklah bersedia setiap masa
kerana kematian tidak mengira muda atau tua .

FRAME KBAT

Sesungguhnya ………………………………(…is…i …) ………………………………. (1m). Hal ini
kerana / Contohnya …………………(…hu…r…ai…an…)………………… (2m). Kesannya,
……………………(…h…u…ra…ia…n…le…ng…k…a…p …) ………………….. (3m). Oleh itu, kita
hendaklah ……(…ke…s…im…p…ul…an…)………. agar …………………………………………..…. (4m)

12 | P a g e MFCK, SMK PAHI

TINGKATAN 5
( BAHAGIAN AKIDAH )

BAHAGIAN AKIDAH SOALAN KBAT.
( AJARAN SESAT )
Ahmad terlibat dengan ajaran sesat sehingga melakukan solat hanya
dengan berniat sahaja.
Sebagai seorang rakan, bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda.

Jawapan :

Menyedarkan dan menasihati Ahmad (I) supaya kembali kepada akidah
yang betul (H) seperti mendalami ilmu agama dengan menghadiri kelas
agama dari guru-guru yang diiktiraf (HL). Oleh itu, seharusnya kita
mempelajari ilmu dari pihak yang diiktiraf supaya tidak terpesong (K).

BAHAGIAN AKIDAH Rumuskan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya isu ini tidak
( AJARAN SESAT ) ditangani dengan segera oleh pihak yang bertanggungjawab.

Jawapan :

Sekiranya pihak bertanggungjawab seperti JAKIM dan Majlis Agama Islam
Negeri tidak mengambil tindakan, lebih banyak lagi ajaran sesat akan
muncul (I). Ini akan mengakibatkan bertambahnya kekeliruan dan
kecelaruan pada akidah umat Islam seperti Rasul Melayu, Tuhan Harun
dan Ayah Pin (H). Seterusnya semakin sukar bagi mereka untuk
menentukan ajaran yang manakah benar dan sebaliknya. Akibatnya umat
Islam akan berpecah belah dan maruah Islam dan umat Islam di pandang
hina (HL). Akhirnya tidak mustahil penghayatan Islam akan lenyap di
bumi Malaysia dan muncul generasi murtad yang berupaya mencetuskan
peperangan saudara yang menghancurkan negara dan umat Islam
keseluruhannya (K).

13 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AKIDAH Mutakhir ini muncul banyak ajaran yang bertentangan dengan pegangan
( AJARAN SESAT ) akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Keadaan ini telah menimbulkan
kekeliruan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat Islam.
Sekiranya rakan anda terlibat dengan perbuatan tersebut , apakah nasihat
anda kepadanya.

Jawapan :

Menasihatinya supaya meningkatkan lagi kefahaman tentang ilmu
tauhid(I) dengan menghadiri kelas-kelas pengajian di masjid atau
ceramah.(H) Hal ini dapat mengelakkan dari wujudnya sebarang
kekeliruan tentang fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.(HL)
Kesimpulannya, pemahaman yang jelas tentang ilmu tauhid dapat
mengelakkan diri dari terikut ajaran yang sesat dan salah. (K)

Huraikan tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam
memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat demi membanteras
ajaran sesat.

BAHAGIAN AKIDAH Jawapan :
( AJARAN SESAT )
Sesungguhnya pihak kerajaan hendaklah sentiasa menganjurkan ceramah
( SPM 2019 ) dan forum agama di serata tempat seperti di kampung, masjid, dewan
masyarakat dan sebagainya (I). Hal ini kerana program tersebut dapat
memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat dan meningkatkan
lagi kefahaman mereka tentang bahaya ajaran sesat (H) Kesannya
masyarakat dapat mengenalpasti dan menjauhkan diri mereka daripada
sebarang ajaran dan amalan yang bertentangan dengan Islam (HL).
Kesimpulannya, pemahaman yang jelas tentang ilmu tauhid sudah pasti
dapat mengelakkan diri dari terikut ajaran yang sesat dan salah (OM).

AQIDAH AHLI SYIAH KHAWARIJ
SUNNAH WAL

JAMAAH

BAHAGIAN AKIDAH Ramalkan suasana dan keadaan negara sekiranya kepelbagaian pegangan
( AQIDAH AHLI SUNNAH akidah seperti di atas diamalkan.

WALJAMAAH ) Jawapan :

Negara akan huru hara(I) kerana mereka berselisih pendapat dalam
banyak perkara.(H) Ini akan mengakibatkan perpaduan tergugat dan
menjejaskan ekonomi.(HL) Oleh itu, kita perlulah berpegang kepada satu
akidah yang benar iaitu aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana ia
menjamin keamanan negara, kesejahteraan dan kejayaan dunia
akhirat.(K)

14 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Bagaimanakah berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah boleh
menjamin tidak akan sesat selama-lamanya?.

Jawapan :

BAHAGIAN AKIDAH Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah bererti berpegang
( AQIDAH AHLI SUNNAH dengan al-Quran dan as-Sunnah.(I) Kedua sumber ini adalah sumber
utama dalam Islam.(H) Rasulullah SAW juga telah memberi jaminan
WALJAMAAH ) bahawa orang yang berpegang dengan dua sumber ini tidak akan sesat
selama-lamanya. Di samping itu mazhab ini juga mengikuti perjalanan
para sahabat dan menentang perbuatan bid’ah iaitu perbuatan yang tidak
dilakukan oleh Rasulullah SAW terutama dalam perkara ibadah.(HL)
Kesimpulannya, akidah umat Islam akan selamat dan tidak akan sesat
selama-lamanya selagi berpegang dengan sumber-sumber di atas.(K)

BAHAGIAN AKIDAH Gambarkan suasana keluarga sekiranya semua ahli dalam keluarga
tersebut menghayati perkara di atas.
( IMAN MUTIARA
HIDUP ) Jawapan :

Keluarga akan aman dan harmoni (I) kerana semua ahli keluarga taat kepada
perintah Allah SWT (H) seperti solat berjemaah, usrah keluarga, tadarus
al-Quran dan saling erjay menyayangi (HL). Oleh itu, nasihat-menasihati dalam
kalangan ahli keluarga sewajarnya diamalkan supaya setiap perlakuan tidak
terkeluar dari landasan Islam.(K)

BAHAGIAN AKIDAH Berdasarkan situasi di atas, pada pendapat anda, bagaimanakah untuk
mewujudkan keseronokan dalam beribadah.
( IMAN MUTIARA
HIDUP ) Jawapan :

Usaha yang boleh dilakukan ialah memantapkan iman (I) dengan melakukan
ibadat tanpa melengah-lengahkannya dan solat berjemaah (H). Dengan solat
berjemaah dapat mendisiplinkan diri (HL). Apabila erjaya mendisiplinkan diri,

hati menjadi tenang seterusnya dapat melakukan ibadah dengan khusyuk.(K)

15 | P a g e MFCK, SMK PAHI

TINGKATAN 4
( BAHAGIAN IBADAH )

SOALAN KBAT. PAKEJ A
Andalusia:
PAKEJ B -RM5990.00
Al-Hijrah: -100m dari Masjidil
-RM4999.00
-300m dari Masjidil Haram

Haram

BAHAGIAN IBADAH Encik Muhammad adalah seorang jurutera Petronas yang telah
( LAMBAIAN KAABAH ) memperolehi bonus sebanyak RM60,000.00. Dia bercadang untuk
menunaikan ibadat umrah.

Pakej manakah yang menjadi pilihan Encik Muhammad? Berikan hujah
anda.
Jawapan :

Memilih Pakej A(I) kerana jaraknya lebih dekat.(H) Ini memudahkan
untuk beliau berulang-alik dari hotel ke Masjidil Haram pada setiap
waktu.(HL) Kesimpulannya, seseorang perlu mengambil kira kemudahan
dan kemampuan untuk mencapai kepuasan dalam beribadat.(K)

ATAU

Memilih Pakej B(I) kerana ia lebih murah dan praktikal.(H) Ini dapat
menjimatkan wang untuk perbelanjaan pada perkara yang lain.(HL)
Kesimpulannya, seseorang perlu merancang perbelanjaan dengan baik
untuk menjamin kestabilan ekonomi keluarga.(K)

Saie merupakan salah satu daripada rukun haji. Ibadat ini
mengingatkan tentang peristiwa Siti Hajar yang berulang kerana
mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s.

Pada pendapat anda bagaimanakah iktibar dari amalan di atas dapat
BAHAGIAN IBADAH membentuk jati diri pelajar dalam kehidupan harian.
( LAMBAIAN KAABAH ) Jawapan :

16 | P a g e Sebagai seorang pelajar kita hendaklah bersabar menghadapi cabaran
dalam menuntut ilmu.(I) Ini akan melahirkan sifat bersungguh-sungguh
dan tidak berputus asa(H) seperti bermusafir untuk mendapat ilmu.(HL)
Oleh itu, kita hendaklah menanam sifat jihad dalam menghadapi cabaran
hidup supaya kita sentiasa cemerlang.(K)

MFCK, SMK PAHI

Mengerjakan ibadat haji adalah merupakan suatu jihad.

Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

Jawapan :

BAHAGIAN IBADAH Sesungguhnya mengerjakan ibadat haji adalah suatu jihad melalui
( LAMBAIAN KAABAH ) pengorbanan kewangan dan perbelanjaan yang banyak untuk urusan
tersebut (I). Hal ini kerana kita perlu menyediakan perbelanjaan seperti
( SPM 2019 ) tiket, kelengkapan haji, perbelanjaan semasa musim haji dan juga nafkah
kepada ahli keluarga yang ditinggalkan (H). Kesannya, kita sudah pasti
akan berusaha dan berjuang untuk mendapatkan kewangan yang lebih
bagi menampung perbelanjaan haji sama ada melalui tabungan di
peringkat awal ataupun melakukan kerja tambahan (HL). Oleh itu, kita
hendaklah menguatkan semangat dan bersedia berkorban untuk
mengerjakan haji agar hidup diredhai Allah (K).

BAHAGIAN IBADAH En. Azmi tidak sempat melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah kerana
( LAMBAIAN KAABAH ) kesesakan lalu lintas.

( DAM ) Berdasarkan situasi di atas, berikan pendapat anda.

Jawapan :

Hajinya sah(I) tetapi ia dikenakan dam.(H) Dam Tertib dan Takdir kerana
melontar Jamrah Aqabah adalah wajib haji.(HL) Oleh itu, kita hendaklah
berusaha dengan keras / sentiasa mengikut nasihat petugas Tabung Haji
supaya kita tidak tertinggal daripada melakukan perkara-perkara wajib
haji atas sebab-sebab yang boleh dielak supaya kita mendapat haji
mabrur / supaya kita tidak dikenakan denda/dam.(K)

BAHAGIAN IBADAH Logo halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM seperti
( SEMBELIHAN ) di atas adalah untuk memudahkan masyarakat memilih
makanan yang halal. Terdapat sesetengah pihak membuat
17 | P a g e logo halal sendiri bertujuan untuk melariskan jualan
kepada masyarakat Islam.

Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Islam jika masalah ini tidak
ditangani oleh pihak berwajib.

Jawapan :

Masyarakat akan tertipu dengan logo halal yang dipamerkan.(I) Ini
menyebabkan mereka terbeli barangan tidak halal dan memakannya.(H)
Ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada diri dan masyarakat
Islam.(HL) Oleh itu, kita perlulah berhati-hati dalam membeli barangan
dan pastikan logo halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Pihak
berwajib perlulah membuat pemantauan dan mengenakan hukuman
terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal.(K)

MFCK, SMK PAHI

Kajian saintifik membuktikan sembelihan mengikut cara
Islam adalah kaedah yang terbaik.

BAHAGIAN IBADAH Berikan hujah anda untuk membuktikan pernyataan di atas.
( SEMBELIHAN )
Jawapan :

Sesungguhnya sembelihan cara Islam adalah menggunakan alat yang
tajam (I) yang boleh mematikan binatang dengan cepat tanpa
diseksa(H). Ini menyebabkan darah kotor dapat dikeluarkan dengan
segera untuk menjamin kebersihan daging(HL). Kesimpulannya, Islam
sangat mementingkan sifat ihsan dalam semua perkara termasuk dalam
sembelihan.(K)

BAHAGIAN IBADAH Ah Chong menyertai aktiviti korban yang dijalankan di taman
( KORBAN ) perumahannya. Apakah pandangan anda mengenai situasi ini.

Jawapan :

Ah Chong boleh menyertai aktiviti tersebut (I) dengan menghulurkan
bantuan dari segi kerja-kerja pembersihan semasa berlangsungnya
aktiviti tersebut (H). Ini dapat memupuk semangat perpaduan di
kalangan masyarakat (HL). Kesimpulannya, amalan gotong-royong ini
dapat melahirkan masyarakat yang harmoni (K)

BAHAGIAN IBADAH Bagaimanakah ibadah korban dapat memupuk perasaan kasih sayang dan
( KORBAN ) silaturrahim dalam kalangan umat Islam.

( SPM 2015 ) Jawapan :

Ibadah korban dapat memupuk kasih sayang dan silaturahim melalui
penyembelihan binatang korban dan daging korban itu disedekahkan
kepada fakir miskin (Isi-1m). Maka orang miskin dapat bersama-sama
menikmati daging korban dan berterima kasih atas pemberian tersebut
(H-1m). Ini dapat mengeratkan hubungan baik dan silaturahim antara
orang yang berkorban dan orang yang menerima pemberian daging
tersebut. (HL-1m) Oleh itu, ibadah korban dapat memupuk rasa kasih
sayang sesama umat Islam tanpa mengira miskin atau kaya (K-1m)

18 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Jual beli secara on line atau atas talian sudah menjadi fenomena biasa
dalam masyarakat masa kini. Jelaskan pandangan anda, adakah ia
menepati syariat sebagaimana yang telah anda pelajari.

BAHAGIAN IBADAH Jawapan :
( JUAL BELI )
Jual beli secara on line menepati syariat sekiranya menepati syarat jual
beli.(I) Jual beli tersebut perlu mempunyai syarat yang jelas dan tiada
unsur penipuan.(H) Barangan yang dijual perlu dinyatakan harga, saiz,
bentuk dan keadaan serta barang yang dibeli dapat dihantar kepada
pembeli mengikut masa yang ditetapkan.(HL) Oleh itu, kita hendaklah
berhati-hati dalam melakukan jual beli atas talian ini agar jual beli
tersebut sah dan mengikut peraturan syarak.(K)

BAHAGIAN IBADAH Syarikat memainkan peranan yang penting dalam menyokong
( SYARIKAT ) pembangunan negara. Ramalkan situasi yang akan berlaku kepada
ekonomi negara jika semua syarikat menjalankan perniagaan
berlandaskan syariat.

Jawapan :

Ekonomi negara akan bertambah maju(I) kerana syarikat-syarikat akan
bersaing secara sihat.(H) Ia akan mendatangkan kesan yang positif
kerana masing-masing mengamalkan sifat jujur dan amanah dalam
urusan.(HL) Oleh itu, kita hendaklah bertangungjawab dalam
mengendalikan urusan syarikat dengan baik dan berlandaskan syariat
agar beroleh keuntungan yang diberkati Allah.(K)

BAHAGIAN IBADAH Ramai belia masa kini suka berhutang semata-mata untuk mengamalkan
( HUTANG ) gaya hidup mewah dan berpoya-poya. Ramalkan apa yang akan berlaku
kepada belia sekiranya tabiat ini menjadi satu budaya.

Jawapan :

Masa depan belia akan gelap dan tiada hala tuju(I) kerana dibebani
dengan hutang yang banyak.(H) Ini disebabkan terlalu mengikut hawa
nafsu mengakibatkan diri dalam kesusahan.(HL) Oleh itu, hendaklah kita
merancang pengurusan kewangan dan elakkan boros ber belanja supaya
hidup bahagia.(K)

19 | P a g e MFCK, SMK PAHI

TINGKATAN 5
( BAHAGIAN IBADAH )

SOALAN KBAT.

BAHAGIAN IBADAH Acara persandingan masih diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia
( PERKAHWINAN ) walaupun upacara tersebut merupakan budaya orang India.

Pada pendapat anda mengapakah amalan ini masih diteruskan dalam
masyarakat Islam hari ini.

Jawapan :

Amalan bersanding ini tidak bersalahan dengan ajaran Islam(I) kerana ia
bertujuan untuk menghebahkan dan memperkenalkan kepada orang
ramai bahawa mereka ini adalah pasangan yang baru diijab kabulkan(H)
dengan syarat pasangan pengantin perlulah menutup aurat dan tidak
melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.(HL) Oleh itu, persandingan
yang dilakukan hendaklah mematuhi ajaran Islam dan tiada perkara yang
ditegah seperti memakai pakaian ketat, jarang dan terbuka aurat.(K)

Datuk

Ali Aminah

Fatimah Ahmad

BAHAGIAN IBADAH Fatimah merancang ingin berkahwin dengan Ahmad tetapi mendapat
tentangan daripada datuknya.
( KAIFIAT Berikan hujah anda mengapakah datuknya menentang rancangan tersebut
PERKAHWINAN )

Jawapan :

Datuk Ismail menentang rancangan tersebut kerana mereka adalah
sepupu yang begitu hampir dengan keluarga Fatimah.(I) Perkahwinan
yang begitu boleh menyebabkan penyakit keturunan(H) serta
persengketaan keluarga yang berpanjangan.(HL) Oleh itu, elakkan
perkahwinan dengan ahli keluarga yang hampir kerana boleh
mengundang mudarat yang lebih besar.(K)

20 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Seorang lelaki ingin berkahwin tetapi pihak keluarga perempuan
menetapkan kadar mahar yang agak tinggi dan di luar kemampuannya.
Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya situasi ini
berterusan.

Jawapan :

BAHAGIAN IBADAH Kadar mahar yang terlalu tinggi akan membebankan pihak lelaki yang
( MAHAR ) ingin berkahwin(I) sehingga terpaksa meminjam sejumlah wang yang
besar ataupun cuba mendapatkan wang dengan cara yang salah(H). Di
dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan “ Sebaik perkahwinan
seseorang perempuan adalah yang rendah mahrnya”.(HL) Oleh itu,
permudahkanlah sesuatu perkahwinan itu agar tidak mengundang
perkara yang lebih buruk.(K)

BAHAGIAN IBADAH Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya persaingan
( MAHAR ) menetapkan nilai mahar yang lebih tinggi menjadi budaya dalam
masyarakat.

Jawapan :

Persaingan dalam penetapan nilai mahar akan mengakibatkan kadar
mahar menjadi semakin mahal(I) kerana ia menjadi seolah-olah
perlumbaan untuk memiliki seorang perempuan.(H) Ini berlaku kerana
masyarakat cintakan kebendaan dan mahu nama serta kemegahan
daripada taat kepada perintah Allah.(HL) Oleh itu, permudahkanlah
sesuatu perkahwinan itu agar tidak mengundang perkara yang lebih
buruk.(K)

21 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Masih terdapat dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia
hari ini lebih mementingkan adat budaya berbanding amalan sunnah
Rasulullah SAW.

Kemukakan hujah anda dengan menghubungkaitkan amalan masyarakat
dan syariat Islam.

BAHAGIAN IBADAH Jawapan :
( WALIMATUL URUS )
Majlis perkahwinan dalam Islam mengutamakan tuntutan wajib iaitu
kesempurnaan akad iaitu ijab dan kabul di samping amalan seperti
walimatulurus. Walimatulurus handaklah menepati syarat-syarat dalam
Islam, antaranya bersederhana dalam semua aspek(I) termasuk
hidangannya yang halal dan tidak terlalu mewah yang menyebabkan
amalan berhutang dan pembaziran yang sememangnya dilarang dalam
Islam(H). Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

‫أو لم ولو بشاة‬

“Adakanlah kenduri walaupun seekor kambing”.(HL) Cara berpakaian
dan perhiasan pengantin hendaklah menepati tuntutan Islam. Unsur
khurafat seperti istiadat menepung tawar adalah ditegah sama sekali
kerana boleh merosakkan akidah umat Islam.(I) Begitu juga kanopi
jamuan untuk jemputan lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan
supaya kejadian maksiat dapat dielakkan(H). Ketidakfahaman konsep
perkahwinan dalam Islam menyebabkan ramai masyarakat hari ini
mengutamakan adat dan budaya. Alasannya ianya sekali seumur hidup
biarlah majlis ini dapat menjadi kenangan manis yang diabadikan kepada
anak cucu.(K)

KBAT : 6 markah

22 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Masyarakat Melayu hari ini lebih cenderung mengadakan walimatulurus
dengan menggunakan khidmat perunding perkahwinan.

Huraikan pandangan anda dengan mengemukakan dua alasan.

Jawapan :

BAHAGIAN IBADAH Dewasa ini kerjaya sebagai perunding perkahwinan sangat mewah dan
( WALIMATUL URUS ) dikenali ramai. Situasi ini kerana ramai dalam kalangan masyarakat hari
ini mementingkan keselesaan, kesenangan dan penjimatan masa serta
tenaga apabila mengadakan walimatulurus.(I) Satu ketika dahulu unsur
kerjasama, hubungan silaturrahim dan budaya tolong menolong dapat
dibaja melalui majlis kenduri-kendara.(H) Keletihan dan kesukaran dapat
diatasi dengan amalan walimatulurus sebagaimana masih diamalkan
oleh segelintir masyarakat Melayu di luar Bandar.(HL) Pakej sebegini
sememangnya memudahkan pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu
bersusah payah memikirkan semua persediaan jamuan, persandingan
dan layanan para jemputan.(HL) Urusan perkahwinan sebegini juga
menjimatkan masa kerana urusan sebelum dan selepas majlis seperti
membersih peralatan dan kawasan, termasuk memasang dan menyimpan
kanopi, semuanya diuruskan oleh perunding.(HL) Justeru mereka hanya
menyediakan sejumlah wang yang mencukupi mengikut pakej tertentu
walaupun kadangkala mereka terpaksa membuat pinjaman daripada
saudara mara hatta melalui bank.(K)

KBAT : 6 markah

Kenal pasti perkara yang tidak menepati syariat Islam dalam majlis
perkahwinan dan berikan komen anda.

Jawapan :

BAHAGIAN IBADAH Mengadakan kenduri kahwin secara berlebih-lebihan sehingga membazir
( WALIMATUL URUS ) (Isi-1m). Makanan, minuman dan persediaan seperti bunga telur yang
mahal kosnya dibuang setelah majlis selesai (H-1m). Perbuatan
( SPM 2015 ) membazir ini dilarang oleh agama. Sesungguhnya perbuatan membazir
itu saudara syaitan (HL-1m). Oleh itu kenduri kahwin hendaklah
dirancang dengan baik agar tidak membazir dan diadakan mengikut
kemampuan agar mendapat keberkatan Allah SWT (K-1m)

23 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN IBADAH Ahmad dan Aminah telah lama berkahwin tetapi mereka sering
( FASAKH ) bergaduh kerana sikap Ahmad yang tidak bertanggungjawab terhadap
rumahtangga.

Berdasarkan situasi di atas, berikan komen anda.

Jawapan :

Ahmad gagal memberi nafkah zahir / tidak menunaikan
tanggungjawab.(I) Ahmad akan menceraikan Aminah / Aminah akan
menuntut fasakh.(H) Tidak boleh rujuk jika talak 3/Dipanjangkan aduan
ke mahkamah.(HL) Oleh itu, sebagai seorang suamihendaklah
menunaikan tanggungjawab dalam berumahtangga / supaya rumah
tangga aman rumah tangga aman / elak perceraian.(K)

 Betulkan yang biasa

 Biasakan yang betul

 Betulkan niat
 Tentukan matlamat

BAHAGIAN IBADAH Berdasarkan pernyataan di atas, kaitkan dengan amalan poligami dalam
( POLIGAMI ) masyarakat masa kini.

Jawapan :

Poligami dibenarkan dalam Islam(I) dan mempunyai pelbagai hikmah jika
dilakukan dengan tujuan yang betul.(H) Isteri tidak akan rasa dirinya
dianiaya jika suami mampu berlaku adil serta kasih sayang yang tidak
berkurangan terhadap dirinya dan anak-anak.(HL) Oleh itu, jika sesuatu
perkara dilakukan mengikut panduan syariat yang betul akan mendapat
kebahagiaan dunia dan akhirat.(K)

BAHAGIAN IBADAH Pada pendapat anda, mengapakah sebahagian wanita kini menentang
( POLIGAMI ) amalan seperti yang dipaparkan dalam pernyataan di atas.

Jawapan :

Salah faham terhadap konsep poligami dalam Islam(I) kerana mereka
enggan berkongsi suami dan menganggap hak wanita telah diabaikan.(H)
Hakikatnya tujuan berpoligami adalah kemungkinan untuk mendapatkan
zuriat ataupun untuk memenuhi keperluan batin suami kerana isteri
yang sakit.(HL) Kesimpulannya, utamakanlah keadilan dan ukurlah
kemampuan diri jika ingin berpoligami.(K)

24 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN IBADAH Encik Ali seorang ahli perniagaan yang telah berkahwin tetapi belum
( ANAK ANGKAT ) dikurniakan anak. Beliau telah mewasiatkan semua hartanya kepada anak
angkatnya.

Berdasarkan situasi di atas, wajarkan En. Ali bertindak sedemikian.
Berikan hujah anda.

Jawapan :

Tidak wajar(I) kerana anak angkat hanya layak menerima tidak lebih
daripada 1/3 harta bapa angkatnya.(H) Ini adalah kerana mungkin akan
timbul salah faham kepada penerima harta pusaka yang lain seperti ibu,
bapa saudara dan lain-lain lagi.(HL) Kesimpulannya, jagalah hak anak
angkat dengan tidak menimbulkan kemarahan dan kebencian waris yang
lain.(K)

TINGKATAN 4
( BAHAGIAN TAMADUN ISLAM / TOKOH )

SOALAN KBAT.

Amalan pilih kasih yang diamalkan oleh segelintir pemimpin
kerajaan Bani Umaiyah merupakan salah satu faktor yang
mendorong kejatuhan kerajaan tersebut.

BAHAGIAN TAMADUN Merujuk pernyataan di atas, bagaimanakah anda dapat mengambil
ISLAM / TOKOH pengajaran daripada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah supaya
( KERAJAAN BANI kemerdekaan negara Malaysia dapat dikekalkan?
UMAIYAH )
Jawapan :

Saya akan mengamalkan prinsip keadilan dan mengelakkan amalan pilih
kasih dalam kehidupan pada setiap masa(I) tanpa mengira bangsa, warna
kulit dan keturunan(H) kerana sifat pilih kasih akan menyebabkan
berlaku keadaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.(HL) Oleh
itu, saya dapat mengekalkan nikmat keamanan dan kesejahteraan yang
dikecapi selama ini, seterusnya dapat mengelakkan musuh negara
mengambil peluang untuk menghancurkan negara

25 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Maklumat di bawah menerangkan faktor-faktor kegemilangan kerajaan
Bani Umaiyah.

 Penguasaan ilmu pengetahuan
 Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
 Semangat jihad yang tinggi

BAHAGIAN TAMADUN Sejauh manakah kebenaran faktor-faktor tersebut mempengaruhi
ISLAM / TOKOH kegemilangan sesebuah bangsa dan negara.
( KERAJAAN BANI
UMAIYAH ) Jawapan :

Penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang melahirkan umat yang kuat
daripada segi mental dan fizikal(I) seperti menguasai ilmu fardhu ain dan
fardhu kifayah.(H) Teknologi maklumat dan globalisasi ini adalah aset
terpenting kejayaan dan kemajuan sesuatu bangsa.(HL) Kesimpulannya,
untuk melahirkan bangsa yang bertamadun dan berdaya saing perlulah
mempunyai semangat juang yang tinggi dan bersungguh untuk
menerokai pelbagai cabang ilmu.(K)

Dialog Ustaz Amran dengan En. Azhari

Ustaz Amran : Azhar, kamu tahu tak siapa Imam Malik?
En. Azhari : Tahu ustaz, ustaz pernah ajar dulu. Beliau pengasas

Ustaz Amran Mazhab Maliki
: Apa yang kamu faham pendiriannya dalam
En. Azhari pencarian Ilmu?
: Beliau seorang yang sangat tegas dengan prinsip
BAHAGIAN TAMADUN Ustaz Amran terutama dalam soal mencari ilmu.
ISLAM / TOKOH : Betul tu.

( IMAM MALIK R.A. ) Merujuk dialog di atas, bagaimanakah anda mampu menguasai sesuatu
bidang ilmu?

Jawapan :

Saya perlu berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu(I) kerana ilmu
perlu dipelajari secara tekun dan istiqomah untuk menguasainya.(H)
Terdapat galakan menuntut ilmu dalam hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.(HL) Oleh
itu, kita hendaklah berusaha, fokus kepada pelajaran, taat kepada guru
untuk berjaya dalam bidang ilmu.(K)

26 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN TAMADUN Merujuk maklumat di atas, bagaimanakah anda mampu meraih
ISLAM / TOKOH kecemerlangan dalam pembelajaran sebagaimana Imam al-Bukhari
rahimahullah?
( IMAM AL-BUKHARI
RAHIMAHULLAH ) Jawapan :

Saya akan hadir ke sekolah setiap hari. Oleh itu, saya tidak akan
ketinggalan dalam pelajaran.(I) Peningkatan dalam kemahiran dan
penguasaan ilmu dapat direalisasikan dengan mematuhi disiplin
menuntut ilmu(H). Justeru membina jadual sendiri dan akur pada jadual
mesti dipastikan. Menghadirkan diri ke kelas tuisyen dapat memberi
pencerahan dengan ramai guru yang berpengalaman dan melayari
internet memudahkan kita dapat lebih banyak maklumat mengenai
sesuatu mata pelajaran.(HL) Membetulkan niat serta mentaati guru serta
ibu bapa dan sedia berkongsi ilmu dan maklumat dengan rakan sebaya
dapat memantapkan kefahaman.(I) Untuk mendapatkan keberkatan dan
kejayaan yang hakiki tidak lupa saya bermunajat dan berdoa kepada Allah
SWT supaya dipermudahkan segala urusan dalam pembelajaran.(HL)
Oleh itu, saya akan lebih bersedia menghadapi setiap ujiam dan
peperiksaan dan insya Allah kejayaan akan saya kecapi.(K)

KBAT : 6 markah

27 | P a g e MFCK, SMK PAHI

TINGKATAN 5
(BAHAGIAN TAMADUN ISLAM / TOKOH )

SOALAN KBAT.

BAHAGIAN TAMADUN Kegemilangan kerajaan Abbasiyah bergantung kepada beberapa faktor,
ISLAM / TOKOH antaranya penghayatan konsep kerja sebagai ibadah. Pada pandangan
anda, bagaimana konsep ini dapat diterapkan dalam kehidupan anda
sebagai pelajar.

Jawapan :

( KERAJAAN BANI Saya akan belajar dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh(I) kerana
ABBASIYAH ) meyakini sifat ihsan inilah yang akan mendorong seseorang untuk
mendapatkan pahala dan keredhaan Allah.(H) Ini akan membolehkan kita
mencapai kejayaan yang cemerlang melalui usaha yang tekun dan kerja
yang sempurna.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah melaksanakan
sesuatu pekerjaan dengan penuh bertanggungjawab supaya hasilnya
berkualiti.(K)

Umat Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah telah merintis
penguasaan ilmu sains dan teknologi, contohnya Khalifah
al-Makmun memerintah sekumpulan ahli falak mengukur lilitan
bumi. Mereka mendapati jaraknya ialah 40,253 kilometer. Jarak
tersebut hanya lebih 0.46% dari jarak yang terkini iaitu 40,068
kilometer.

BAHAGIAN TAMADUN Bagaimanakah persediaan yang perlu anda lakukan supaya umat Islam
ISLAM / TOKOH masa kini sentiasa mendepani dalam bidang tersebut?

( KERAJAAN BANI Jawapan :
ABBASIYAH )
Saya akan berusaha melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain dan
fardhu kifayah seperti ilmu sains, fizik, kimia dan biologi(I) dengan
belajar secara gigih dan bersungguh-sungguh untuk menguasai
kepakaran dan kemahiran ilmu tersebut(H) kerana ilmu tersebut
mendominasi kehidupan manusia yang semakin kompleks di era
globalisasi ini dan umat Islam akan ketinggalan dari arus perdana dunia
jika mengabaikan ilmu tersebut.(HL) Oleh itu saya dapat membuat
persediaan awal supaya penguasaan umat Islam dalam bidang ilmu sains
dan teknologi seperti yang dilakarkan dalam sejarah oleh kerajaan
Abbasiyah dapat saya realisasikan.(K)

28 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN TAMADUN Sejauh manakah kebenaran faktor-faktor tersebut mempengaruhi
ISLAM / TOKOH kejatuhan sesebuah bangsa dan negara di dunia?

( KEJATUHAN Jawapan :
KERAJAAN BANI
Saban hari di dada akhbar memaparkan rusuhan dan pemberontakan
ABBASIYAH ) berlaku di merata dunia antaranya Myanmar, Libya, Mesir dan Rusia.
Keadaan ini berpunca daripada perselisihan aliran fahaman agama antara
Islam, Kristian, Budhha atau fahaman Syiah dan Sunni dan sebagainya
yang merupakan punca kejatuhan dan keruntuhan bangsa dan negara di
dunia sebelum ini.(I) Situasi ini akan menyebabkan ekonomi negara
merudum dan rakyat hidup dalam kemiskinan dan kelaparan.(H)
Akibatnya kestabilan politik tergugat. Rakyat menjadi pelarian di negara
sendiri. Contohnya konflik di Iraq, Syria dan Palestin serta negara
Yaman.(HL) Seterusnya kuasa-kuasa besar dunia akan mengambil
peluang dan kesempatan untuk menjajah dan menguasai bangsa dan
negara tersebut.(K)

Ibnu Sina merupakan seorang tokoh terkenal dalam bidang perubatan
yang sangat sukar dan mencabar. Pada pandangan anda sebagai seorang
pelajar bagaimanakah cara anda untuk mencontohi Ibnu Sina.

BAHAGIAN TAMADUN Jawapan :
ISLAM / TOKOH
Saya akan sentiasa fokus ketika guru mengajar(I) agar dapat memahami
( IBNU SINA ) semua yang disampaikan oleh guru(H) di samping mendapat keberkatan
dan keredhaan guru.(HL) Kesimpulannya, adab dengan guru merupakan
faktor penting untuk seseorang itu berjaya.(K)

29 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN TAMADUN Setelah HAMKA melalui pelbagai ujian dan halangan dalam pencarian
ISLAM / TOKOH ilmu, beliau kemudiannya telah dinobatkan sebagai tokoh ulama tersohor
di Nusantara.

Merujuk pernyataan di atas bagaimanakah anda mencontohi HAMKA
untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

Jawapan :

( HAMKA ) Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu(I) kerana
ilmu dapat menjadikan seseorang mulia pada pandangan manusia dan di
sisi Allah.(H) Sebagaimana firman Allah tentang perbezaan orang berilmu
iaitu firman Allah yang bermaksud “ Allah mengangkat darjat orang-
orang yang berilmu.(HL) Oleh itu, hendaklah kita tekun dan terus
berusaha mencari ilmu agar beroleh kejayaan yang cemerlang.(K)

TINGKATAN 4
( BAHAGIAN ADAB & AKHLAK ISLAMIAH )

BAHAGIAN ADAB SOALAN KBAT.
( AKAL CAHAYA
KEHIDUPAN ) Dewasa ini sering berlaku kes-kes buli pelajar yang tinggal di asrama
sehingga menyebabkan kematian mangsa buli. Perkara ini berlaku kerana
pelajar yang sering mengambil tindakan secara melulu.

Sebagai seorang pelajar asrama, bagaimanakah anda menggunakan akal
bagi mengatasi masalah di atas dengan baik.

Jawapan :

Seorang pelajar perlu berfikir berdasarkan ilmu yang ditetapkan oleh
Allah SWT.(I) Seorang pelajar hendaklah menggunakan nikmat dengan
sebaik mungkin supaya dapat mengelakkan perkara yang mero sakkan
diri sendiri dan orang lain.(H) Akal yang berfikir berlandaskan wahyu
dapat menyelesaikan pelbagai masalah. Akal yang berdasarkan ilmu
al-Quran dan Sunnah dapat meyelamatkan diri dari kemusnahan.(HL)
Kesimpulannya, kita sebagai seorang pelajar perlu sentiasa menjaga akal
mengikut landasan syarak supaya dapat berfikir secara rasional.(K)

30 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN ADAB Ramai dalam kalangan wanita yang bertudung tetapi tidak menepati
syarak. Sebagai seorang muslim, cadangkan cara untuk mengatasi masalah
( ADAB BERHIAS tersebut.
DIRI )
Jawapan :

Saya akan menasihati dan memberi penerangan kepada kaum wanita(I)
supaya menghayati tuntutan pemakaian yang dianjurkan oleh Islam
melalui ceramah dan risalah.(H) Dengan ini, mereka tidak akan terdedah
dan tidak terikut dengan apa jua bentuk fesyen terkini yang mungkin
melanggar syariat Islam.(HL) Oleh itu, kita hendaklah mempelajari ilmu
akhlak dan agama agar hidup sentiasa diberkati Allah .(K)

BAHAGIAN ADAB Selawat Perdana dengan pelbagai jenama seperti KL Berselawat sedang
( ADAB DENGAN popular dalam negara kita sehingga program tersebut dianjurkan hingga
RASULULLAH SAW ) ke peringkat kebangsaan. Berikan hujah anda.

BAHAGIAN ADAB Jawapan :
( ADAB DENGAN
RASULULLAH SAW ) Program tersebut amat baik sebagai tanda kasih sayang dan cinta kita
kepada Rasulullah SAW.(I) Melalui program ini, masyarakat Islam akan
berselawat bersama-sama dan memperolehi pengetahuan tentang kisah
hidup Rasulullah SAW.(H) Malah kita juga akan memperoleh syafaat
daripada Baginda SAW sekiranya kita sering menperingati Rasulullah
SAW. (HL) Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga adab dengan
Rasulullah SAW walau apa jua program sekalipun supaya kita dikasihi
Allah dan Rasul.(K)

Terdapat pihak atau golongan yang secara terang-terangan menghina dan
memperlekehkan Rasulullah SAW. Mereka mengeluarkan pelbagai
kenyaatan dalam facebook yang mengguris perasaan umat Islam.

Ramalkan bagaimana keadaan masyarakat sekiranya keadaan sedemikian
dibiarkan

Jawapan :

Masyarakat akan berpecah belah(I) kerana saling tuduh menuduh antara
satu sama lain.(H) Akibatnya tiada kerjasama dalam aktiviti ekonomi
sedangkan Islam sangat mementingkan perpaduan dan kerjasama seperti
firman Allah yang bermaksud “ Bekerjasamalah dalam melakukan
kebaikan dan bertaqwa”.(HL) Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
memuliakan Rasulullah SAW dan menjaga keamanan yang dikecapi
supaya hidup sentiasa bahagia.(K)

31 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Gejala vandalisme yang berlaku di tempat rekreasi menunjukkan
kurangnya sikap kesedaran dalam masyarakat menghargai
kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Ini
telah menimbulkan kesulitan kepada pengunjumg lain untuk

berekreasi di tempat tersebut.

BAHAGIAN ADAB Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini
daripada terus berleluasa?
( ADAB DI TEMPAT
REKREASI ) Jawapan :

( SPM 2018 ) Mewujudkan penjagaan dan pengawasan yang sistematik (I). Hal ini
kerana ia dapat mengelakkan perbuatan yang boleh mendatangkan
keburukan di tempat rekreasi (H). Kesannya keadaan ini akan
menyedarkan para pengunjumg tentang perbuatan vandalisme ini adalah
satu kesalahan besar (HL). Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil
tindakan tegas kepada pelaku vandalisme agar keceriaan di tempat
rekreasi sentiasa terpelihara. (K)

BAHAGIAN ADAB CONTOH VANDALISME

( ADAB DI TEMPAT Ramalkan suasana taman jika perkara di atas tidak dibendung.
REKREASI )
Jawapan :

Jika perkara tersebut tidak dibendung maka segala kemudahan dan
kelengkapan yang disediakan akan rosak dan tidak berfungsi.(I) Ini akan
menyusahkan pengguna lain untuk menggunakan kemudahan tersebut
lebih-lebih lagi sewaktu kecemasan.(H) Keadaan ini akan menyebabkan
suasana taman tidak menarik dan mengurangkan jumlah kedatangan
pelancong.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah bersama-sama menjaga
kemudahan di tempat rekreasi supaya kos untuk memperbaikinya dapat
dijimatkan dan demi kepentingan bersama.(K)

32 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN ADAB Sejak akhir-akhir ini, kegiatan vandalism dalam kalangan remaja semakin
serius.
( ADAB MENJAGA
KEMUDAHAN AWAM ) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini
daripada terus berleluasa?

Jawapan :

Menyemai didikan agama dan moral oleh guru / ibu bapa / Mengadakan
kempen(I) agar mereka berhenti daripada melakukan kerosakan.(H) Ini
kerana perbuatan tersebut dilarang dalam Islam / berdosa / menjatuhkan
maruah diri.(HL) Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berganding bahu
membasmi masalah vandalisme dalam kalangan remaja agar kemudahan
awam yang disediakan dapat digunakan oleh orang ramai dengan
selamat.

BAHAGIAN ADAB Ramalkan apakah yang akan berlaku jika perkara ini berterusan.
Jawapan :
( ADAB MENJAGA
KEMUDAHAN AWAM )

Pengguna akan berada dalam kesusahan(I) kerana tidak dapat
menggunakan kemudahan tersebut terutama ketika dalam kecemasan(H)
seperti untuk menghubungi pihak polis, hospital atau bomba,
menyebabkan mereka tidak mendapat bantuan disaat mereka sangat
memerlukan.(HL) Oleh itu, hendaklah kita menggunakannya dengan
sebaik mungkin agar ia dapat digunakan oleh orang ramai. Tindakan
tegas perlu dikenakan keatas mereka yang melakukan vandalisme
tersebut.(K)

33 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN ADAB Gambar di atas adalah kesan daripada perbuatan vandalisme yang berlaku
dalam masyarakat. Ramalkan apakah persepsi pelancong apabila melihat
( ADAB MENJAGA perbuatan di atas, berikan hujah anda.
KEMUDAHAN AWAM )

Jawapan :

Gambaran di atas akan mencacatkan pemandangan sesiapa sahaja yang
melihatnya(I) sekaligus membayangkan akhlak umat Islam yang tidak
baik(H) kerana tidak menjaga harta benda awam dengan sebaiknya /
suka merosakan kemudahan awam / perbuatan seperti ini akan
menghilangkan sumber ekonomi negara melalui sektor perlancongan
(HL). Oleh itu, menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk menjaga alam
ini dengan sebaiknya (K)

Huraikan mana-mana satu kesan menyalahgunakan kemudahan awam
sama ada (a) atau (b).
(a) aspek ekonomi
(b) aspek sosial

Jawapan :

(a) Aspek ekonomi

BAHAGIAN ADAB Sesungguhnya kesan menyalahgunaan kemudahan awam dari aspek
ekonomi ialah akan menyebabkan berlakunya banyak pembaziran harta
( ADAB MENJAGA kerajaan (I). Hal ini kerana pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan
KEMUDAHAN AWAM ) perbelanjaan yang besar untuk membaikpulih kerosakan yang
berlaku (H). Kesannya, keadaan ini akan merugikan negara dan boleh
( SPM 2017 ) menyebabkan negara mundur (HL). Oleh itu, kita hendaklah
menggunakan kemudahan awam sebaik mungkin agar dapat dinikmati
bersama (K).

(b) Aspek sosial

Sesungguhnya kesan menyalahgunaan kemudahan awam dari aspek
sosial ialah akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam
masyarakat (I). Hal ini kerana anggota masyarakat saling tidak berpuas
hati atas tindakan vandalisme yang menyusahkan kehidupan mereka
terutamanya ketika kecemasan (H). Kesannya, keadaan ini akan
memutuskan hubungan silaturahim dan dipandang serong oleh orang
lain (HL). Oleh itu, kita hendaklah menggunakan kemudahan awam
sebaik mungkin agar dapat dinikmati bersama (K).

34 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN ADAB Perpatah melayu ada mengatakan “ Bagai kacang lupakan kulit ”.
( ADAB MENJAGA Terdapat segelintir anak-anak pada zaman moden ini suka menghantar ibu
ORANG SAKIT ) bapa mereka yang sakit ke rumah penjagaan orang-orang tua.

Berikan hujah anda sebagai anak yang soleh adakah wajar seorang anak
mengabaikan ibu bapa yang terlantar sakit.

Jawapan :

Pada pendapat saya anak-anak berkewajipan menjaga ibu bapa yang
sedang sakit.(I) Kasih sayang anak lebih mengurangkan beban
penderitaan kesakitan ibu bapa.(H) Pengabaian menjaga ibu bapa boleh
menyebabkan anak-anak mendapat dosa.(HL) Menjaga orang sakit adalah
tuntutan fardhu kifayah dan wajib bagi ahli waris yang terdekat.(K)

BAHAGIAN ADAB Hospital mesra ibadah merupakan satu konsep baharu yang memberikan
perkhidmatan terbaik dan profesional dalam memberi keselesaan kepada
( ADAB MENJAGA pesakit untuk melakukan ibadah.
ORANG SAKIT )
Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep ini dapat dilaksanakan oleh
( SPM 2015 ) pihak pengurusan hospital?

Jawapan :

Pada pendapat saya konsep ini dapat dilaksanakan dengan menyediakan
surau di setiap wad atau bilik sakit.(I) Penyediaan ini termasuklah
kemudahan tempat wuduk, buku panduan ibadah dan bilik solat yang
berasingan lelaki dan perempuan.(H) Keadaan ini akan mengurangkan
pergerakan pesakit dan memudahkan pesakit melakukan ibadah pada
bila-bila masa.(HL) Kesimpulannya, pihak pengurusan hospital perlulah
menyediakan perkhidmatan tempat solat yang terbaik untuk kemudahan
pesakit dan pelawat menunaikan ibadah.(K)

35 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Rakan sekelas anda meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Anda
sebagai ketua kelas akan menziarahi jenazah selepas waktu persekolahan.

BAHAGIAN ADAB Cadangkan nasihat anda kepada rakan sekelas apabila berada di rumah
jenazah.
( ADAB MENZIARAHI
JENAZAH) Jawapan :

Kita hendaklah menasihatinya agar bersabar dengan musibah yang
diterima dari Allah SWT(I) kerana setiap musibah yang diterima akan
diberi ganjaran pahala dan akan dihapuskan dosa(H) seperti hadis
Rasulullah SAW sabar itu separuh dari iman.(HL) Oleh itu, kita hendaklah
menjaga perlakuan semasa menziarahi jenazah sebagai tanda
menghormati keluarga si mati.(K)

TINGKATAN 5
( BAHAGIAN ADAB & AKHLAK ISLAMIAH )

SOALAN KBAT.

BAHAGIAN ADAB Berdasarkan gambar di atas, sebagai seorang muslim bagaimanakah anda
( ADAB BERJIHAD ) mengatasi godaan tersebut?

Jawapan :

Saya akan berusaha melawan godaan syaitan dengan menumpukan
perhatian sepenuhnya terhadap ibadah yang sedang dilakukan
terutamanya di dalam solat.(I) Dengan cara memahami setiap bacaan
yang sedang dibaca(H) agar dapa tmenghadirkan keikhlasan dan
kekhusyukan dalam beribadah.(HL) Oleh itu, untuk menjadi muslim yang
sejati kita hendaklah sentiasa berusaha menghindarkan diri dari
gangguan dan was-was syaitan

36 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN ADAB Pada pendapat anda bagaimanakah jihad yang dianjurkan oleh Islam
( ADAB BERJIHAD ) dapat melahirkan remaja yang mempunyai jati diri dan istiqamah dalam
menangami masalah di atas.

Jawapan :

Jihad yang dianjurkan adalah jihad melawan hawa nafsu(I) iaitu
mengawal diri daripada melakukan perkara maksiat dan mempunyai
kekuatan menangkis segala godaan syaitan(H) dalam mengharungi
kehidupan terutama sebagai remaja perlu mendekatkan diri kepada
Allah.(HL) Oleh itu, remaja Islam perlu membina kekuatan dalaman
dengan mendalami ilmu agama agar selamat di dunia dan akhirat.(K)

Berjihad mempertahankan negara adalah kewajipan ke atas semua umat
Islam apabila pemimpin mengistiharkan peperangan.

Berikan pendapat anda bagaimana cara memupuk semangat jihad di
kalangan belia negara ini.

BAHAGIAN ADAB Jawapan :
( ADAB BERJIHAD )
Menggalakkan belia terlibat dalam aktiviti berteraskan ketenteraan
seperti sukarelawan polis, tentera wataniah atau pasukan gerakan am.(I)
Pertubuhan seumpama ini dapat mendedahkan kepada belia dengan
aktiviti lasak seperti kawat, perkhemahan dan latihan ala ketenteraan dan
menembak.(H) Kesannya belia akan disemai semangat juang dan disiplin
yang tinggi sehingga sanggup berkorban dan berjihad dalam
mempertahankan negara apabila diserang.(HL) Kesimpulannya,
semangat jihad dapat dipupuk di kalangan belia di negara ini sekiranya
mereka didedahkan dengan aktiviti ketenteraaan.(K)

37 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN ADAB Berdasarkan gambar di atas, huraikan pandangan anda sebagai pengguna
( ADAB BERMUSAFIR ) jalanraya, apakah yang akan berlaku sekiranya undang-undang tersebut
tidak dipatuhi terutamanya ketika bermusafir?

Jawapan :

Pada pandangan saya bahaya bakal menimpa(I) seperti kemalangan
jalanraya.(H) Ini disebabkan sikap terburu-buru semasa bermusafir
untuk sampai cepat ke tempat yang dituju.(HL) Oleh itu, semasa kita
bermusafir penting bagi kita mematuhi undang-undang jalan raya.(K)

Anda bersama dua rakan dari sekolah di ibukota Kuala Lumpur merancang
untuk melaksanakan aktiviti lasak dengan mendaki gunung Kinabalu.

Bagaimana anda merangka perjalanan anda supaya mendapat keredhaan
Allah SWT.

BAHAGIAN ADAB Jawapan :

( ADAB BERMUSAFIR ) Sebelum musafir, kami akan melaksanakan solat dan melantik ketua
kumpulan.(I) Dalam perjalanan kami akan solat jamak dan qasar secara
berjemaah.(H) Kami juga akan menjaga adab-adab dalam musafir dengan
tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat
agama.(HL) Kesimpulannya dalam perjalanan yang mendapat redha Allah
kami iringi dengan doa supaya selamat pergi dan balik.(K)

Melancong yang mematuhi hukum syarak atau melancong bersyariat akan
memberi manfaat kepada diri dan masyarakat.

BAHAGIAN ADAB Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

( ADAB BERMUSAFIR ) Jawapan :

( SPM 2018 ) Melancong membawa ahli keluarga bercuti sama ada di dalam atau luar
negara (I). Hal ini kerana ia dapat menggembirakan anak-anak dan
mengeratkan silaturrahim ahli keluarga (H). Kesannya, ia boleh
menambahkan keimanan dengan mensyukuri nikmat dan rezeki kurniaan
Allah (HL). Oleh itu, melancong dapat memupuk keluarga yang bahagia
serta mendatangkan kesan ekonomi yang baik yang baik kepada
negara.(K)

38 | P a g e MFCK, SMK PAHI

“Cintailah Negara Kita”

Berdasarkan slogan di atas, sebagai seorang pelajar huraikan perkara
yang boleh anda lakukan bagi merealisasi slogan tersebut

BAHAGIAN ADAB Jawapan :

( ADAB BERNEGARA ) Sebagai seorang pelajar, saya akan berusaha menerapkan semangat
patriotisme dalam diri(I) dengan cara menghayati dan mengamalkan
prinsip-prinsip rukun negara(H) kerana ianya dapat melahirkan seorang
warganegara yang memiliki nilai-nilai murni yang boleh dicontohi oleh
orang lain.(HL) Oleh yang demikian, sebagai seorang pelajar kita perlu
memupuk semangat cintakan Negara dalam usaha membangunkan
negara.(K)

Logo ini sebagai tanda manifesto kecintaan terhadap negara .

BAHAGIAN ADAB Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat
( ADAB BERNEGARA ) mengabaikan manifesto tersebut.

Jawapan :

Negara akan menjadi lemah dan mundur (I). Hal ini kerana rakyat tidak
mempedulikan negara (H). Ini mengakibatkan rakyat bersikap
mementingkan diri sendiri (HL). Oleh itu, kita perlu menunjukkan
kecintaan terhadap negara dengan jelas sebagai tanda semangat
sayangkan negara.(K)

BAHAGIAN ADAB Berdasarkan gambar di atas,
( ADAB BERNEGARA ) wajarkah pembangunan negara
hanya dinilai dari segi kemajuan
fizikal dan prasarana.
Berikan hujah anda.

Jawapan :

Tidak wajar(I) kerana pembangunan yang dibina atas dasar kemajuan
duniawi semata-mata akan mendatangkan kesan buruk terhadap
rakyat(H). Contohnya akan berlaku hakisan tanah, tanah runtuh dan lain-
lain(HL). Kesimpulannya kemajuan yang dibina atas dasar keimanan akan
menjamin kesejahteraan semua.(K)

39 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN ADAB
Gambar di atas berkaitan dengan penghayatan kecintaan terhadap negara.

( ADAB BERNEGARA ) Huraikan cara lain yang menunjukkan anda cinta kepada negara.

( SPM 2017 ) Jawapan :

Sesungguhnya saya akan menunjukkan tanda kecintaan kepada negara
dengan menyertai kempen mengibarkan jalur gemilang (I). Hal ini kerana
ianya akan menyuntik semangat patriotisme dan bangga dengan tanah air
sendiri (H). Kesannya, saya akan lebih bersemangat untuk mengekalkan
keamanan dan menaikkan nama baik negara di persada dunia (HL). Oleh
itu, kita hendaklah bersama-sama mempertahankan maruah negara dan
agama sepanjang masa agar dipandang mulia oleh negara lain (K).

                               

BAHAGIAN ADAB               
( ADAB BERNIAGA )
Maksud: “ Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan
( SPM 2016 ) bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari
langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka
Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”

(Surah al-A’raf : 96)

Merujuk kepada ayat di atas, huraikan bagaimana mendapatkan
keberkatan dalam perniagaan.

Jawapan :

Sesungguhnya untuk mendapat keberkatan dalam perniagaan ialah
dengan cara tidak menjual benda-benda haram seperti tidak menjual
arak, dadah dan sebagainya.(I) Hal ini kerana ianya dapat mengelakkan
masyarakat daripada rosak dan musnah.(H). Kesannya, kita akan
mendapat pahala dan dikasihi oleh orang lain.(HL) Oleh itu, kita
hendaklah menjaga adab-adab dalam perniagaan agar sumber
pendapatan kita halal dan berkat.(K)

40 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Sabda Rasulullah SAW :

“Allah merahmati seorang yang bertolak ansur ketika berjualbeli

dan ketika berurusan.” Riwayat Al-Bukhari

BAHAGIAN ADAB Berdasarkan hadis di atas, andaikan anda seorang peniaga, mengapakah
( ADAB BERNIAGA ) perkara tersebut perlu ada dalam urusan jualbeli?

Jawapan :

Sebagai seorang peniaga saya perlu bertolak ansur dalam urusan jualbeli
kerana ia dapat menarik minat lebih ramai pelanggan(I) kerana
pelanggan lebih suka sekiranya mereka dilayan dengan baik dan lemah
lembut.(H) Hal ini akan menyebabkan peniaga mudah mendapat
keuntungan.(HL) Oleh itu, sikap bertolak ansur perlu diamalkan agar
peniaga disenangi oleh pelanggan.

Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Kuala Lumpur anda singgah di
Ayer Keroh membeli durian. Sampai di rumah, empat daripada sepuluh biji
durian yang anda beli, buruk dan tidak elok.

BAHAGIAN ADAB Sebagai seorang pengguna bijak apakah tindakan anda untuk memberi
( ADAB BERNIAGA ) pengajaran kepada peniaga yang suka menipu.

Jawapan :

Membuat laporan kepada persatuan pengguna atau Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa supaya diambil tindakan
kepada peniaga tersebut.(I) Ini bertujuan untuk memberi kesedaran
mereka bahawa menipu merupakan dosa besar dan dilaknati Allah
SWT.(H) Sebagaimana Hadis Rasululllah SAW yang bermaksud ; “ Sesiapa
yang menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (Riwayat
Muslim).(HL) Oleh itu, kita hendaklah menjalankan perniagaan dengan
jujur dan penuh bertanggungjawab supaya rezeki yang diperolehi
diberkati Allah.(K)

BAHAGIAN ADAB Kepimpinan Melalui Tauladan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan
pernyataan di atas.
( ADAB DENGAN
PEMIMPIN ) Jawapan :

Pemimpin hendaklah menjaga negara dan rakyat dengan baik(I) supaya
ekonomi negara akan bertambah baik serta kehidupan rakyat akan lebih
sejahtera.(H) Pemimpin juga perlu mengamalkan akhlak yang baik
supaya dapat dicontohi oleh rakyat.(HL) Kesimpulannya, pemimpin yang
baik akan menjadi idola rakyat serta akan disanjung oleh rakyat.(K)

41 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN ADAB Pemimpin merupakan manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan
( ADAB DENGAN kesilapan.

PEMIMPIN ) Huraikan pandangan anda apakah yang akan terjadi sekiranya rakyat
menegur pemimpin dengan cara menyebarkan aib atau memburuk-
burukkan pemimpin secara terbuka.

Jawapan :

Pada pandangan saya, menyebarkan aib atau memburuk-burukkan
pemimpin merupakan satu kesalahan dan perbuatan yang ditegah dalam
Islam(I) kerana ia akan menyebabkan maruah pemimpin tercalar.(H)
Seterusnya akan mengakibatkan usaha pembangunan yang dirancang
oleh pemimpin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.(HL) Oleh itu,
sebagai seorang rakyat sepatutnya kita menegur pemimpin dengan
saluran yang betul tanpa mengaibkan pemimpin tersebut.(K)

BAHAGIAN ADAB  ….                          

( ADAB DENGAN Maksud : Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul
PEMIMPIN ) (Nya), dan Ulil Amri di antara kamu.

( SPM 2015 ) ( Surah al-Nisa: 59 )

Sebahagian ahli tafsir berpendapat “ Ulil Amri ” dalam ayat di atas
bermaksud pemimpin manakala sebahagian lain mentafsirkannya sebagai
ulama.
Beri pendapat anda berserta hujah.

Jawapan :

Pada pendapat saya ‘Ulil Amri’ dalam ayat di atas bermaksud pemimpin
(Isi-1m). Pemimpin adalah ketua yang bertanggungjawab dan berkuasa
terhadap orang yang dipimpinnya (H-1m). Contohnya ketua keluarga
ialah seorang bapa. Kita mesti mentaati perintah bapa selagi perintahnya
tidak bertentangan dengan perintah Allah dan Rasulnya (HL -1m).
Kesimpulannya, sesebuah keluarga akan aman dan bahagia bila anak
mematuhi perintah ibu bapa yang merupakan pemimpin dalam sesebuah
keluarga (OM-1m)

42 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN ADAB Gambar di atas merupakan salah satu pencemaran alam yang dilakukan
oleh manusia.
( ADAB MEMELIHARA
ALAM ) Andaikan anda pemimpin di kawasan tersebut, huraikan perkara yang
sepatutnya anda lakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Jawapan :

Perkara yang sepatutnya saya lakukan adalah menguatkuasakan undang-
undang yang lebih ketat terhadap pelaku kesalahan tersebut(I) dengan
cara membuat pemantauan berkala atau meletakkan pegawai-pegawai
khas untuk meronda kawasan tersebut.(H) Dengan cara ini, masyarakat
tidak akan berani membuang sampah sesuka hati seterusnya dapat
mengelakkan perkara merbahaya seperti penyakit berjangkit daripada
berlaku.(HL) Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang penting sebagai
langkah pengawalan dari berlakunya pencemaran alam secara
berleluasa.(K)

……….                  

Maksud : “Telah berlaku pelbagai kerosakan di darat dan di laut
disebabkan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia …

( Surah ar-Rum : 41 )

BAHAGIAN ADAB Berdasarkan ayat di atas, kerosakan alam sekitar disebabkan oleh perbuatan
dan sikap manusia itu sendiri.

( ADAB MEMELIHARA Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.
ALAM )
Jawapan :
( SPM 2016 )
Sesungguhnya aktiviti pembalakan yang haram dan tidak terkawal telah
membawa kemusnahan alam. (I) Hal ini kerana manusia terlalu rakus
mengaut keuntungan tanpa mengambil kira kesan dan akibatnya.(H)
Kesannya, habitat binatang akan musnah dan menyebabkan tanah runtuh
serta banjir lumpur.(HL) Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama
memelihara alam sekitar dengan sebaiknya supaya generasi akan datang
dapat menikmatinya.(K)

43 | P a g e MFCK, SMK PAHI

PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS 2

TINGKATAN 4
( BAHAGIAN AYAT KEFAHAMAN )

SOALAN KBAT

BAHAGIAN AYAT Bersyukur kepada Allah SWT boleh dijelmakan melalui kemurahan
KEFAHAMAN hati dalam membelanjakan harta fi sabilillah.

( MANUSIA PERLU Kemukakan pandangan anda berdasarkan pernyataan di atas.
BERSYUKUR)
Jawapan :
(SPM 2019)
Sesungguhnya harta adalah amanah daripada Allah yang boleh kita
salurkan ke jalan yang baik seperti bersedekah ke jalan yang baik.(I) Hal
ini kerana Allah menyuruh kita untuk berkongsi rezeki yang diperolehi
bersama golongan yang memerlukan.(H) Kesannya rezeki yang kita
perolehi akan lebih berkat di samping kita dapat membantu meringankan
beban yang dihadapi oleh orang lain.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah
sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan Allah agar dapat meningkatkan
keimanan dalam diri.(K)

Al-Quran dan hadis merupakan panduan hidup umat Islam yang
diturunkan kepada nabi Muhammad dan daripada kata-kata
Rasulullah SAW.

BAHAGIAN AYAT Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah manusia perlu berfikir
KEFAHAMAN mengikut panduan wahyu. Kemukakan hujah anda.

( RASUL PENYAMPAI Jawapan :
WAYHU )
Allah menyuruh kita supaya berfikir berdasarkan wahyu untuk
mengelakkan kita daripada tersesat dan menyimpang daripada ajaran
Islam.(I) Orang-orang yang mengikut wahyu akan mendapat rahmat
daripada Allah dan dapat meningkatkan ketakwaan.(H) Kesannya kita
akan mendapat kebahagiaan kerana mengikut jalan yang lurus, iaitu jalan
yang diredhai oleh Allah.(HL) Kesimpulannya, wahyu diberikan Allah
untuk membimbing akal supaya manusia dapat hidup dalam ketenangan
sama ada di dunia ataupun akhirat.(K)

44 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AYAT Bagaimanakah umat Islam hari ini mampu menjamin keutuhan Islam
KEFAHAMAN sehingga digeruni oleh orang lain? Huraikan.

( LARANGAN Jawapan :
MEMPERSENDAKAN
Sesungguhnya umat Islam perlulah menguatkan pertahanan negar a pada
AGAMA ) setiap masa (I). Hal ini kerana ianya dapat mengelakkan pihak lain untuk
mencerobohi keamanan Negara (H). Kesannya umat Islam akan sentiasa
(SPM 2017) dihormati dan dipandang mulia oleh bangsa lain (HL). Oleh itu, kita
hendaklah bersatu-padu dalam menjaga kesucian agama Islam agar
digeruni oleh agama lain (K).

BAHAGIAN AYAT Hari ini banyak lahirnya fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan
KEFAHAMAN Islam. Bagaimanakah anda yang diamanahkan sebagai pegawai di Jabatan
( LARANGAN Mufti Negeri Sembilan dapat menangani permasalahan tersebut.

MEMPERSENDAKAN Jawapan :
AGAMA )
Sentiasa memantau aktiviti kumpulan yang berkaitan dengan agama(I)
supaya tidak bercanggah dengan aliran yang dibenarkan oleh syarak.(H)
Mengambil tindakan undang-undang dan menasihati jika mereka
menyeleweng.(HL) Oleh itu, setiap kumpulan atau individu yang
menyampaikan ajaran agama perlu mendapat tauliah terlebih dahulu
agar dapat disahkan kebenaran ajaran yang disampaikan.(K)

BAHAGIAN AYAT Kehidupan mengejar kemewahan membentuk generasi yang individualistik
KEFAHAMAN dan mengabaikan hubungan sesama manusia.

( AQIDAH TERAS Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah untuk mewujudkan
KEHIDUPAN ) keseimbangan antara kemewahan dengan ikatan persaudaraan.
Berikan hujah anda.
Surah Al-An’am :
( Ayat 161-163 ) Jawapan :

Meningkatkan amalan hidup bermasyarakat (I) supaya dapat
mengeratkan silaturrahim sesama umat.(H) Perbuatan di atas dapat
mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.(HL) Kesimpulannya, kita
hendaklah memelihara hubungan baik antara sesama manusia supaya
dapat membina perpaduan dan kekuatan umat Islam.(K)

45 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AYAT Sejauhmanakah perbuatan dalam gambar di atas boleh menjejaskan
KEFAHAMAN perkembangan pendidikan remaja masa kini.

( CIRI-CIRI MUKMIN ) Jawapan :

Perkembangan pendidikan akan terbantut dan bermasalah(I) kerana
terlalu mengikut hawa nafsu dan tidak minat untuk belajar.(H) Akibatnya
pelajar gagal dalam peperiksaan dan akan terjejas masa hadapan.(HL)
Oleh itu, pelajar sewajarnya memberi tumpuan terhadap pembelajaran
demi menjamin kecemerlangan masa hadapan.(K)

Jika kamu gagal merancang, kamu merancang untuk gagal.

BAHAGIAN AYAT Bagaimanakah anda mengaplikasikan ungkapan di atas untuk mencapai
KEFAHAMAN kecemerlangan dalam pembelajaran? Huraikan.

( CIRI-CIRI MUKMIN ) Jawapan :
( Ayat : 1- 5 )
Sesungguhnya saya akan mengaplikasikan ungkapan tersebut dengan
( SPM 2018 ) menyediakan jadual kerja dan mematuhi jadual yang disediakan (I). Hal
ini kerana ia akan memudahkan saya untuk mengulangkaji pelajaran
mengikut subjek yang telah ditetapkan dalam jadual (H). Kesannya ia
akan menjadikan kehidupan saya menjadi lebih teratur dan sistematik
(HL). Oleh itu, kita hendaklah mempunyai wawasan hidup dan merancang
sesuatu dengan baik agar hidup diberkati oleh Allah (K).

BAHAGIAN AYAT Orang Islam wajib menjaga kehormatan diri dan menjaga
KEFAHAMAN maruahnya sama ada ketika berseorangan dan semasa
bermuamalat. Panduan untuk menjaga imej diri dan maruah ini
merangkumi cara berpakaian, percakapan dan muamalat.

Berdasarkan pernyataan di atas mengapakah Allah menyuruh umat Islam
supaya menjaga kehormatan diri. Berikan hujah anda.

( CIRI-CIRI MUKMIN ) Jawapan :

MENJAGA Allah menyuruh kita supaya menjaga kehormatan diri supaya maruah
KEHORMATAN DIRI seseorang itu tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan.(I)
Seterusnya menjadikannya umat yang cemerlang sepertimana Rasulullah
Surah Al-Mukminun SAW.(H) Oleh itu kita akan menjadi umat contoh kepada bangsa lain
( Ayat : 5-7 ) disebabkan mengamalkan akhlak yang terpuji.(HL) Kesimpulannya,
dengan menjaga akhlak diri, kehidupan seseorang akan bertambah baik
kerana hidup dirahmati oleh Allah.(K)

46 | P a g e MFCK, SMK PAHI

Ciri-ciri mukmin dalam ayat 5 hingga 11 ialah : Menjaga Kehormatan Diri,
Menunaikan Amanah, Menepati Janji dan Memelihara Solat.

BAHAGIAN AYAT Ramalkan kemungkinan yang akan berlaku kepada umat Islam jika ciri-ciri
KEFAHAMAN yang tersebut di atas di abaikan.

( CIRI-CIRI MUKMIN ) Jawapan :

Surah Al-Mukminun Sesungguhnya umat Islam akan menjadi semakin mundur dan lemah (I).
( Ayat : 5-11 ) Hal ini kerana mereka tidak memiliki ciri-ciri mukmin sejati dan sering
melanggar perintah Allah (H). Kesannya umat Islam akan mudah
( SPM 2019 ) terpengaruh dengan maksiat dan musuh Islam juga mudah mengambil
kesempatan atas kelemahan umat Islam (HL). Oleh itu, kita hendaklah
mengamalkan ciri-ciri mukmin yang berjaya seperti menunaikan amanah
dan janji agar hidup diberkati oleh Allah (K).

BAHAGIAN AYAT Dewasa ini ramai ibubapa terlalu sayangkan anak sehingga takut
KEFAHAMAN menasihati mereka kerana bimbang anak akan lari dari rumah.

( NASIHAT LUQMAN Apakah yang akan berlaku kepada golongan remaja sekiranya sikap ini
AL-HAKIM ) wujud dalam diri setiap ibubapa.

Jawapan :

Dikhuatiri anak–anak akan menderhaka kepada ibubapa(I) kerana
ibubapa tidak menghukum anak-anak yang melakukan kesalahan.(H)
Sikap ini akan menjadikan anak-anak tidak hormati ibubapa dan
biadap.(HL) Oleh itu, ibubapa sewajarnya bersikap tegas dalam mendidik
anak-anak dan jangan terlalu memanjakan mereka.(K)

MH 370
MH 17

BAHAGIAN AYAT Kejadian yang melibatkan pesawat tersebut di atas telah menggemparkan
KEFAHAMAN dunia dan memberikan kesan yang besar kepada pihak yang terlibat.

( NASIHAT LUQMAN Ramalkan tindakan yang sepatutnya anda ambil jika situasi ini menimpa
AL-HAKIM ) keluarga anda.

SABAR : Jawapan :
Surah Luqman
Jika kejadian ini menimpa saya, saya harus redha / bersabar dalam
( Ayat 17 ) menghadapi musibah tersebut(I) dengan melakukan amalan seperti
muhasabah diri dan berzikir.(H) Hal ini dapat meningkatkan keimanan /
menjadikan saya lebih tenang.(HL) Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
mengingati Allah / beriman kepada qadak dan qadar supaya jiwa sentiasa
tenang jika diuji dengan sesuatu / musibah.(K)

47 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AYAT Mencegah kemungkaran menjadi tanggungjawab kepada setiap
KEFAHAMAN muslim sama ada mencegah dengan perbuatan, perkataan
ataupun dengan hati.
( NASIHAT LUQMAN
AL-HAKIM ) Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah mencegah kemungkaran
dengan hati merupakan selemah-lemah iman. Kemukakan hujah anda.
AMAR MAKRUF :
Surah Luqman Jawapan :

( Ayat 17 ) Mencegah kemungkaran dengan hati merupakan selemah-lemah iman
kerana orang yang melakukan kemungkaran tidak ditegur.(I) Perlakuan
ini akan menyebabkan maksiat akan terus berleluasa dan menjadi-
jadi.(H) Sewajarnya kita hendaklah menegur kemungkaran melalui
perbuatan atau lidah agar orang yang melakukan maksiat dapat kembali
ke jalan Allah.(HL) Kesimpulannya, menegur kemungkaran secara
hikmah dapat menjadikan masyarakat kembali taat kepada Allah dan
dapat mengelakkan kemurkaan Allah.(K)

                          

BAHAGIAN AYAT           
KEFAHAMAN
104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
( NASIHAT LUQMAN kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan
AL-HAKIM ) merekalah orang-orang yang berjaya.

(Surah Ali“Imran : 104)

Ramalkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya perintah Allah SWT
dalam ayat di atas diabaikan.

AMAR MAKRUF : Jawapan :
Surah Luqman
Sesungguhnya, jika perintah Allah dalam ayat tersebut diabaikan akan
( Ayat 17 ) menyebabkan kemungkaran semakin berleluasa (I). Hal ini kerana
masyarakat hanya mementingkan diri sendiri dan membiarkan kejahatan
( SPM 2017 ) berlaku di sekeliling mereka (H). Kesannya kehidupan masyarakat
menjadi tidak tenteram dan berada dalam ketakutan (HL). Oleh itu, kita
hendaklah melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar
dalam masyarakat agar hidup diberkati oleh Allah(K).

48 | P a g e MFCK, SMK PAHI

BAHAGIAN AYAT Antara faktor berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
KEFAHAMAN Islam kini adalah hasil daripada pengaruh media massa.

( NASIHAT LUQMAN Huraikan hujah anda terhadap pernyataan di atas.
AL-HAKIM )
Jawapan :
JAGA ADAB
BERKOMUNIKASI Sesungguhnya keruntuhan akhlak remaja berlaku disebabkan pengaruh
media massa yang banyak memaparkan cerita-cerita yang berunsur
Surah Luqman lucah.(I) Hal ini kerana ia akan mendorong remaja untuk mencuba dan
( Ayat 18-19 ) terlibat dengan pergaulan bebas.(H) Kesannya akan mencemarkan
maruah remaja dan merosakkan masa depan mereka.(HL) Oleh itu, pihak
( SPM 2016 ) kerajaan hendaklah mengawal program-program yang disiarkan agar
dapat membentuk masyarakat yang berakhlak mulia.(K)

Rakan anda tidak disenangi oleh rakan-rakan yang lain kerana
sering bersifat sombong. Anda sering menasihatinya tetapi tetap
tidak dihiraukan.

Wajarkah anda memutuskan perhubungan persahabatan tersebut untuk
memberi pengajaran kepadanya? Huraikan.

BAHAGIAN AYAT Jawapan :
KEFAHAMAN
Saya wajar memutuskan perhubungan persahabatan tersebut (I). Hal ini
( NASIHAT LUQMAN kerana saya perlu menjauhkan diri daripadanya agar tidak terpengaruh
AL-HAKIM ) dengan sifat sombongnya itu (H). Kesannya rakan saya itu akan
menyedari kesilapannya lalu memberikannya ruang untuk muhasabah
JAGA ADAB diri sendiri (HL). Oleh itu, kita hendaklah menjauhi sikap sombong dan
BERKOMUNIKASI bersedia mendengar nasihat orang lain agar hidup aman damai (K).

Surah Luqman Atau ;
( Ayat 18-19 )
Saya tidak wajar memutuskan perhubungan persahabatan tersebut (I).
( SPM 2019 ) Hal ini kerana saya seharusnya tidak boleh berputus asa dan terus
mencuba dengan cara lain agar terbuka hatinya untuk berubah biarpun
mengambil masa yang lama (H). Contohnya saya boleh berdoa kepada
Allah supaya memberikan hidayah kepada rakan saya agar dia bertaubat
dan insaf atas perbuatannya kerana kita kena yakin hidayah adalah milik
Allah (HL). Oleh itu, kita hendaklah sentiasa membantu rakan kita dan
berusaha mengubah sikapnya yang tidak baik agar dapat hidup dengan
sejahtera (K).

49 | P a g e MFCK, SMK PAHI

TINGKATAN 5
( BAHAGIAN AYAT KEFAHAMAN )

SOALAN KBAT.

BAHAGIAN AYAT Andai rasul masih ada ketika ini gambarkan peranan dan dakwah rasul
KEFAHAMAN kepada generasi Y yang masing-masing sibuk dengan gajet masing-masing.

( NABI MUHAMMAD Jawapan :
SAW PESURUH
ALLAH SWT ) Andai rasul masih ada peranan baginda makin mencabar(I) kerana ra mai
dalam kalangan generasi leka permainan game dan media sosial yang
melekakan(H) seterusnya baginda juga akan berhadapan dengan geja la
sosial yang semakin meningkat.(HL) Oleh itu, sebagai seorang Islam kita
mesti kambali kepada ajaran rasul supaya selamat di dunia dan
di akhirat.(K)

BAHAGIAN AYAT CARA BERPAKAIAN … Janganlah mereka
KEFAHAMAN memperlihatkan perhiasan tubuh

( BATAS-BATAS mereka kecuali yang zahir
PERGAULAN ) daripadanya, dan hendaklah mereka

menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka, dan
janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka…. An Nur 31

BATAS AURAT

Merujuk gambar dan pernyataan ayat di atas, buktikan pakaian dan
ibadah saling berkaitan.

Jawapan :

Seseorang yang menutup aurat sudah dikira sebagai melaksanakan
ibadah.(I) Hal ini kerana menutup aurat merupakan tuntutan agama dan
wajib dilaksanakan.(H) Kesannya orang yang menutup aurat akan
disayangi oleh Allah(HL). Oleh itu kita hendaklah berpakaian mengikut
syarak supaya kita tergolong sebagai orang yang beriman.(K)

50 | P a g e MFCK, SMK PAHI


Click to View FlipBook Version