Firman Allah SWT :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah
mereka menutupkan kain tudung ke dadanya ……………….
(Surah An-Nuur : Ayat 31)
BAHAGIAN AYAT Berdasarkan maksud ayat di atas, mengapakah masih ramai wanita Islam
KEFAHAMAN hari ini mengabaikan tuntutan berpakaian sedemikian?
( BATAS-BATAS Jawapan :
PERGAULAN )
Ramai wanita hari ini menganggap berpakaian menutup aurat seperti
bertudung labuh melepasi dada, longgar dan bersarung kaki adalah
ketinggalan zaman.(I) Cara berpakaian sebegini menyekat mereka untuk
terus berkecimpung dalam kehidupan yang memerlukan pergerakan
yang cepat, pantas dan berfesyen, sedangkan hakikatnya tuntutan
berpakaian sebegini telah pun diwajibkan ke atas setiap muslimah lebih
1400 tahun dahulu setelah perutusan Nabi Muhammad SAW.(H) Tanpa
disedari sebenarnya tanggapan mereka ini telah dipengaruhi oleh adat
budaya barat yang menghendaki sebaliknya iaitu mempamerkan
kecantikan diri yang secara tidak langsung mengundang bahaya dan
mudarat kepada diri sendiri seperti pergaulan bebas yang mengakibatkan
tercabulnya maruah dan kehormatan diri.(HL) Justeru, kefahaman
terhadap tuntutan agama sewajarnya dihayati dan diselaraskan dengan
kesesuaian yang tidak mengganggu tugasan harian sekaligus mendapat
ganjaran pahala kerana melaksanakan kewajipan agama.(K)
Pada hari ini, ramai di kalangan remaja suka berpasangan,
berpegang tangan dan duduk berdua-duaan di tempat sunyi.
BAHAGIAN AYAT Ramalkan apakah yang akan berlaku pada negara kita sekiranya gejala
KEFAHAMAN sosial ini tidak dibendung dalam kalangan remaja.
( BATAS-BATAS Jawapan :
PERGAULAN )
Negara akan kekurangan pemimpin dalam kalangan belia(I) kerana
remaja lebih kepada aktiviti sosial yang tidak berfaedah(H) seperti suka
lepak, bercinta dan melakukan aktiviiti kurang sopan.(HL) Oleh itu,
remaja perlu diberi kesedaran agar mengutamakan pembangunan negara
bukannya mementingkan nafsu semata-mata dengan aktiviti sosial.(K)
51 | P a g e MFCK, SMK PAHI
BAHAGIAN AYAT A seorang yang berpendidikan tinggi, merupakan pengurus sebuah
KEFAHAMAN syarikat yang sangat dihormati dalam syarikatnya kerana beliau
sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya. Oleh kerana
( HIDAYAH ALLAH ) kesibukannya dalam mengurus syarikat, beliau seringkali
mengabaikan solatnya dan tidak bergaul dengan jiran.
SURAH AN-NUR :
(AYAT 35) Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah anda membantu A untuk
menjadi muslim yang seimbang antara dunia dan akhirat. Jelaskan dua
hujah anda.
Jawapan :
Sentiasa menasihatinya(I) supaya dia dapat membezakan antara
tuntutan ilmu Fardu A’in dan Fardu Kifayah(H) untuk menjaga hubungan
dengan Allah(HL) seperti kewajipan menunaikan solat. ( isi pertama )
Sentiasa mengajaknya menghadiri majlis-majlis ilmu agama(I)
supaya dia mengetahui kewajipan menjaga hubungan sesama manusia(H)
seperti memenuhi jemputan ke majlis yang diadakan oleh jiran.
( isi kedua )
Sebagai rakan yang baik/perihatin kita mestilah melaksanakan amar
makruf nahi mungkar supaya hidup diberkati Allah.(K)
KBAT [6 markah]
BAHAGIAN AYAT Gambar: Doktor sedang merawat pesakit
KEFAHAMAN
Sebagai seorang doktor, bagaimanakah tugasan anda dapat mendekatkan
( HIDAYAH ALLAH ) diri kepada Allah SWT.
SURAH AN-NUR : Jawapan :
(AYAT 35)
Bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh(I) kerana bekerja juga
dianggap sebagai ibadah di sisi Allah(H) seterusnya mendidik diri
menjadi seorang pekerja yang jujur, amanah dan takut kepada Allah.(HL)
Oleh itu, bekerja dengan niat kerana Allah dapat membentuk diri menjadi
muslim yang bertaqwa.(K)
52 | P a g e MFCK, SMK PAHI
ALLAH MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA SESIAPA YANG
DIKEHENDAKINYA.
BAHAGIAN AYAT Mengapakah masih terdapat golongan yang tidak diberikan hidayah
KEFAHAMAN oleh Allah.
Berikan hujah anda.
( HIDAYAH ALLAH )
Jawapan :
SURAH AN-NUR :
(AYAT 35) Orang yang sering melakukan maksiat tidak diberikan hidayah(I) kerana
golongan ini lalai daripada mengingati Allah SWT.(H) Seterusnya
keadaan ini menyebabkan mereka semakin tersesat dan tidak
melaksanakan perintah Allah.(HL) Oleh itu, kita hendaklah mentaati
perintah Allah supaya hidup kita sentiasa tenang dan berada dalam
keredhaanNya.(K)
Maksud : Ilmu tanpa amal seperti pokok tanpa buah.
BAHAGIAN AYAT Kata-kata hikmah di atas mempunyai kaitan dengan proses mendapatkan
KEFAHAMAN hidayah Allah SWT.
( HIDAYAH ALLAH ) Buktikan kebenarannya.
SURAH AN-NUR : Jawapan :
(AYAT 35)
Sesungguhnya kita perlulah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari
( SPM 2019 ) dalam kehidupan seharian untuk mendapatkan hidayah Allah (I). Hal ini
kerana setiap ilmu yang dipelajari akan membimbing kita ke jalan
kebenaran dan menolak fahaman yang sesat (H). Kesannya hidup kita
akan menjadi lebih tenang dan dirahmati oleh Allah (HL). Oleh itu, kita
hendaklah berusaha menuntut ilmu dengan tekun dan mempraktikkan
ilmu yang ada agar dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi
mukmin yang berjaya (K).
53 | P a g e MFCK, SMK PAHI
BAHAGIAN AYAT Gambar : Orang sedang solat
KEFAHAMAN
Ramalkan keadaan generasi Y pada masa hadapan jika mereka patuh
( PERIBADI MUKMIN ) mengamalkan ibadat seperti dalam gambar di atas.
Jawapan :
Masyarakat akan sentiasa bersatu-padu(I) terhasil dari aktiviti solat
berjemaah yang dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.(H)
Masyarakat akan terhindar dari perkara negatif seperti perpecahan,
hasad dengki dan lain-lain yang mengugat perpaduan.(HL) Oleh yang
demikian, ajaran Islam tentang solat berjemaah mesti dihayati dan
dilaksanakan supaya masyarakat hidup sejahtera.(K)
BAHAGIAN AYAT Isi kandungan al-Quran dapat menarik minat orang bukan Islam untuk
KEFAHAMAN mendekati Islam.
Kemukakan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
( KEMULIAAN
AL-QURAN ) Jawapan :
( SPM 2017 ) Sesungguhnya kandungan al-Quran cukup lengkap dalam semua perkara
kehidupan(I). Contohnya di dalamnya terdapat hal-hal berkaitan akidah,
ibadah, politik, ekonomi, jenayah dan sebagainya(H). Kesannya, al-Quran
menjadi tempat rujukan terbaik apabila menghadapi sebarang kekeliruan
dan permasalahan untuk semua manusia sehingga ke hari kiamat(HL).
Oleh itu, kita hendakkah mengakui kebesaran al-Quran yang menjadi
panduan semua manusia ke jalan yang diredai Allah(K).
54 | P a g e MFCK, SMK PAHI
TINGKATAN 4
( BAHAGIAN HADIS )
BAHAGIAN HADIS SOALAN KBAT.
( MAKANAN YANG Rakan sekelas anda mengalami masalah obesiti dan sering mengambil
BAIK ) makanan yang berlebihan. Pada pandangan anda, mengapakah rakan
anda tidak mengamalkan sunnah Rasulullah SAW serta adab makan dalam
Islam.
Jawapan :
Tidak mendalami ilmu hadis dan sunnah Rasulullah SAW(I) kerana
Rasulullah SAW adalah contoh tauladan dalam setiap aspek kehidupan(H)
seperti adab makan dan makanan sunnah yang baik untuk kesihatan.(HL)
Oleh itu, umat Islam hendaklah menghayati sirah dan sunnah Rasulullah
SAW sebagai panduan kehidupan.(K)
BAHAGIAN HADIS Gambar di atas menunjukkan beberapa isu dalam produk makanan.
( MAKANAN YANG
Huraikan hujah anda terhadap apa yang akan berlaku sekiranya umat
BAIK ) Islam mengabaikan pemilihan makanan yang halal dan baik.
Jawapan :
Umat Islam akan mudah melakukan dosa dan maksiat(I) kerana ibadah
tidak diterima Allah.(H) Antara syarat penerimaan ibadah adalah makan
makanan yang halal.(HL) Umat Islam mestilah memastikan makanan
yang dimakan adalah halal baik untuk kesihatan.(K)
55 | P a g e MFCK, SMK PAHI
BAHAGIAN HADIS Pada pandangan anda, apakah peranan masyarakat Islam bagi menangani
( MAKANAN YANG masalah di atas.
BAIK ) Jawapan :
Peranan masyarakat Islam dalam menangani masalah tersebut ialah
dengan sentiasa berhati-hati dan memilih makanan yang diyakini halal
sahaja.(I) Di samping itu sentiasa mengikuti perkembangan industri halal
melalui laman web Jakim dan sebagainya.(H) Ini kerana sebaran
maklumat yang tidak jelas akan menyebabkan masyarakat keliru.(HL)
Sehubungan itu, umat Islam perlu lebih peka dan sentiasa bekerjasama
dengan pihak berkuasa untuk memastikan produk halal terpelihara.(K)
Anda ingin mengusahakan kedai makanan, bagaimana anda
memastikan perniagaan anda menjadi satu ibadah.
Berikan hujah anda berdasarkan pemahaman hadis di atas.
BAHAGIAN HADIS Jawapan :
( MAKANAN YANG
Sesuatu perniagaan akan menjadi ibadah apabila perniagaan tersebut
BAIK ) menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh syariat Islam dengan cara tidak
menjual benda-benda yang haram(I) seperti menjual arak, dadah dan
sebagainya(H) kerana menjual benda-benda yang diharamkan ini boleh
merosakkan masyarakat.(HL). Untuk mendapat keredhaan Allah kita
hendaklah menjual benda-benda yang halal sahaja.(K)
56 | P a g e MFCK, SMK PAHI
BAHAGIAN HADIS Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat hari ini didakwa berpunca
( MAKANAN YANG daripada kurangnya penghayatan terhadap tuntutan hadis di atas.
Bincangkan.
BAIK )
Jawapan :
Pembentukan akhlak dan sahsiah seseorang insan sangat berkait rapat
dengan cara pengambilan makanan(I). Ini telah dijelaskan dalam hadis
Rasulullah SAW yang diriwayat oleh Imam Muslim sejak lebih 1400 tahun
yang lalu(H). Tuntutan ini bertepatan dengan cara gaya yang ditunjukkan
dalam piramid makanan seimbang yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia(H). Apabila seorang insan mengambil makanan tanpa
mengira kehalalan dari segi bahan atau sumber, ianya akan mengganggu
pertumbuhan akal yang sihat(H). Ketidakseimbangan badan dan akal
menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir dengan waras(HL). Keadaan
ini akan memudahkan mereka dipengaruhi oleh persekitaran yang tidak
sihat(HL) seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang
mengakibatkan berleluasanya gejala sosial dalam masyarakat(HL).
Justeru pihak berwajib hendaklah berganding bahu memberi pencerahan
tentang tuntutan ini sama ada melalui kempen, edaran risalah dan
ceramah-ceramah yang dilaksanakan secara berkala(K).
KBAT : 8 markah
BAHAGIAN HADIS Kebanyakan produk makanan di pasaran dihasilkan oleh orang
( MAKANAN YANG bukan Islam.
BAIK ) Sebagai seorang Islam, apakah pandangan anda terhadap situasi tersebut?
Jawapan :
Prihatin dan berhati-hati tentang status halal(I) dengan memastikan
tanda halal JAKIM.(H) Ini kerana makanan yang baik menjamin
kesempurnaan.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha memberi
kesedaran kepada umat Islam agar menjadi pengeluar produk Muslim.(K)
57 | P a g e MFCK, SMK PAHI
MAKAN KETIKA LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG.
Pada pandangan anda, mengapakah amalan pemakanan di atas patut
diamalkan dalam kehidupan kita. Berikan hujah anda.
BAHAGIAN HADIS Jawapan :
( MAKANAN YANG Amalan makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang perlu
BAIK ) diamalkan kerana ia adalah sunnah Rasulullah SAW(I) yang bertujuan
mendidik kita supaya berdisiplin dalam pengambilan makanan.(H)
Seterusnya ia akan menjadikan tubuh badan kita sihat dan dapat
beribadah dengan sempurna serta mengelakkan obesiti.(HL) Sebagai
umat Islam kita perlulah makan mengikut masa dan kadar yang sesuai
supaya tidak mengganggu ibadah dan urusan seharian.(K)
Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.
BAHAGIAN HADIS Buktikan kebenaran pernyataan di atas dengan mengemukakan hujah
( MAKANAN YANG anda.
BAIK ) Jawapan :
( SPM 2016 ) Sesungguhnya Islam membenarkan kita memakan sesuatu yang haram
ketika darurat.(I) Contohnya, diharuskan memakan daging babi jika tidak
terdapat makanan yang halal ketika itu.(H) Kesannya, keadaan ini dapat
menyelamatkan nyawa seseorang daripada mati kebuluran.(HL) Oleh itu,
kita hendaklah meyakini bahawa Islam adalah agama yang suci dan tidak
menyusahkan penganutnya sama ada dalam makanan, musafir dan
pakaian.(K)
58 | P a g e MFCK, SMK PAHI
BERSATU
KITA TEGUH
BERCERAI
KITA ROBOH
BAHAGIAN HADIS Berdasarkan slogan dan pemahaman hadis di atas, bagaimana perpaduan
dapat diamalkan dalam kalangan murid di sekolah.
( PERPADUAN TERAS Huraikan.
KEJAYAAN )
Jawapan :
( SPM 2016 )
Sesungguhnya perpaduan dapat diamalkan melalui aktiviti gotong-
royong di kalangan pelajar.(I) Contohnya, bersama-sama membersihkan
kelas atau kawasan sekolah.(H) Kesannya, keadaan ini dapat
mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan persaudaraan.(HL) Oleh itu,
kita hendaklah bersatu-padu antara satu sama lain agar hidup menjadi
aman damai.(K)
Isu penindasan terhadap masyarakat Islam secara berterusan oleh musuh
Islam di beberapa negara Islam seperti Palestin, Syria, Pattani dan
beberapa negara lain, dilihat sebagai satu kegagalan umat Islam
menangani masalah ini. Huraikan hujah anda yang menyokong pernyataan
tersebut.
BAHAGIAN HADIS Jawapan :
( PERPADUAN TERAS Umat Islam seperti kuasa besar di Timur Tengah hanya menyaksikan
KEJAYAAN ) sahaja peperangan dan penindasan terhadap orang Islam di negara
lain.(I) Ini kerana tiadanya ukhuwwah dan rasa persaudaraan yang kuat
di kalangan umat Islam.(H) Sebagai contohnya Mesir yang menutup pintu
negaranya kepada rakyat Palestin.(HL) Jelas terbukti isu penindasan dan
peperangan di negara Islam telah menunjukkan bahawa umat Islam
sudah semakin terhakis ukhuwwahnya dan masing-masing tidak
menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan.(K)
PERPADUAN SANGAT PENTING KEPADA KESTABILAN BANGSA
DAN NEGARA.
BAHAGIAN HADIS Bagaimanakah perpaduan tersebut boleh dicapai. Berikan hujah anda.
( PERPADUAN TERAS Jawapan :
KEJAYAAN )
Perpaduan dapat dicapai melalui pergaulan seharian(I) seperti
mengamalkan sikap bersopan santun ketika berbual sesama
masyarakat.(H) Hal ini dapat menjamin keamanan dalam komuniti
masyarakat. (HL) Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan sifat mahmudah
dalam kehidupan seharian supaya semangat perpaduan sentiasa
terjalin(K).
59 | P a g e MFCK, SMK PAHI
BAHAGIAN HADIS Merujuk kepada petikan akhbar di atas, masyarakat muslim terdedah
( PERPADUAN TERAS dengan pelbagai isu muamalah khususnya jual beli sehingga menimbulkan
perselisihan faham dan pergaduhan.
KEJAYAAN )
Pada pendapat anda, sejauh manakah umat Islam telah didedahkan
dengan ilmu muamalat Islam seperti jual beli, sewa, gadaian dan
sebagainya.
Jawapan :
Umat Islam hanya mendapat maklumat dan pendedahan asas tentang
muamalah Islam(I) seperti asas dalam urusan jual beli dan pinjaman.(H)
Walau bagaimanapun dalam urusan seharian mereka lebih terikut
dengan emosi dan nafsu sehingga mengabaikan batasan hukum
syarak.(HL) Sehubungan itu, pendedahan tentang muamalah Islam perlu
lebih kerap diadakan melalui media cetak dan elektronik.(K)
BAHAGIAN HADIS
( PERPADUAN TERAS
KEJAYAAN )
( SPM 2015 )
Jawapan :
Sifat negatif seperti hasad dengki(I) akan meyebabkan seseorang tidak
senang dan tidak berpuas hati dengan kejayaan orang lain.(H) Ini akan
menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk
menjatuhkan orang lain.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah menjauhi
segala sifat keji dan negatif supaya hidup diberkati oleh Allah.(K)
60 | P a g e MFCK, SMK PAHI
BAHAGIAN HADIS
( PERPADUAN TERAS Jawapan :
KEJAYAAN )
( SPM 2015 )
Umat Islam diperintahkan saling mengasihi antara satu sama lain kerana
kita mempunyai akidah yang sama/umat Islam adalah bersaudara.(I)
Umat Islam yang hidup bersatu-padu dan tolong-menolong akan
menjadikan kehidupan mereka sentiasa aman dan bahagia.(H)
Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim
“ ….. َو ُك ْونُ ْوا ِع َبادَ الل ِه ِإ ْخ َوانًا.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah saling
menyayangi sesama Islam agar maruah Islam dipandang tinggi.(K)
61 | P a g e MFCK, SMK PAHI
BAHAGIAN HADIS 103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan
janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu
( PERPADUAN TERAS ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah
KEJAYAAN ) mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-
orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu
Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan
ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
(Surah Ali“Imran : 103)
( SPM 2017 ) Pada pendapat anda mengapakah umat Islam perlu berpegang teguh
kepada ayat di atas dalam memastikan kelangsungan ukhuwah umat Islam
terus terjamin.
Jawapan :
Sesungguhnya umat Islam perlu berpegang teguh kepada ayat tersebut
supaya kehidupan masyarakat menjadi aman damai (I). Hal ini kerana
masyarakat saling tolong-menolong dan mengelakkan pergaduhan
antara satu sama lain (H). Kesannya hubungan silaturahim antara umat
Islam akan bertambat erat (HL). Oleh itu, kita hendaklah bersatu padu
dalam setiap perkara kebaikan agar hidup diberkati oleh Allah (K).
62 | P a g e MFCK, SMK PAHI
TINGKATAN 5
( BAHAGIAN HADIS )
BAHAGIAN HADIS SOALAN KBAT.
( KEHIDUPAN DI Budaya melepak dan berpeleseran semakin menular di kalangan remaja hari
DUNIA IBARAT ini. Pusat membeli belah, cyber café dan pusat hiburan menjadi tempat
perkumpulan remaja yang ingin mencari keseronokan.
SEORANG
PERANTAU ) Apakah akibat kepada masa depan negara jika golongan ini tidak diberi
kesedaran tentang masa depan mereka.
Jawapan :
Negara akan mundur dan mudah dikuasai oleh kuasa asing(I) kerana
remajanya yang leka dengan hiburan dan mengabaikan pendidikan.(H)
Negara-negara yang mundur di dunia adalah kerana warga negaranya
terutama remaja tidak berilmu dan tidak mahu berubah.(HL)
Kesimpulannya, sebagai semua pihak perlu bekerjasama menangani isu ini
seperti penguatkuasaan undang-undang, melalui program motivasi dan
kerohanian serta peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.(K)
BAHAGIAN HADIS
( KEHIDUPAN DI
DUNIA IBARAT Maksud ayat : Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar
dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
SEORANG mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati
PERANTAU ) kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.
( SPM 2015 ) (Surah al-Asr : 1 – 3 )
63 | P a g e Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah orang yang tidak menghargai
masa itu orang yang rugi?
Jawapan :
Sesungguhnya orang yang tidak menghargai masa adalah orang yang rugi
kerana masa itu emas.(I) Hal ini kerana masa yang sudah berlalu pasti tidak
akan kembali lagi.(H) Contohnya seseorang yang menghabiskan masa
dengan perkara negatif seperti melepak dan berfoya-foya, sudah tentu masa
depannya akan musnah.(HL) Kesimpulannya, kita hendaklah menggunakan
masa yang diberikan oleh Allah sebaik-baiknya agar kita menjadi insan
yang berjaya di dunia dan di akhirat.(K)
MFCK, SMK PAHI
BAHAGIAN HADIS Pengurusan masa yang efektif menjamin kejayaan seseorang
( KEHIDUPAN DI Huraikan pernyataan di atas dengan mengemukakan hujah yang bernas.
DUNIA IBARAT
Jawapan :
SEORANG
PERANTAU ) Sesungguhnya pengurusan masa yang baik dapat mendisiplinkan diri
seseorang (I). Hal ini kerana ia menjadikan kehidupan seseorang menjadi
( SPM 2018 ) lebih teratur dan sistematik (H). Kesannya seseorang itu akan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi (HL ). Oleh
itu, kita hendaklah menggunakan masa yang ada dengan aktiviti berfaedah
agar hidup diberkati oleh Allah (K).
BAHAGIAN HADIS Napoleon pernah berkata :
“ Rahsia kemenanganku di medan peperangan tersembunyi di sebalik
( KEHIDUPAN DI kelemahan musuhku yang tidak tahu nilai masa lima minit ”
DUNIA IBARAT
Bagaimana pernyataan di atas boleh mendorong anda untuk mencapai
SEORANG kejayaan? Huraikan.
PERANTAU )
Jawapan :
( SPM 2019 )
Sesungguhnya saya akan menggunakan masa dengan bijak dan efektif
seperti menyediakan jadual waktu belajar(I). Hal ini kerana ia menjadikan
kehidupan saya menjadi lebih teratur, sistematik dan berkualiti (H).
Kesannya saya dapat menyiapkan sesuatu kerja mengikut waktu yang telah
ditetapkan dan memudahkan saya mencapai cita-cita yang diinginkan (HL).
Oleh itu, kita hendaklah memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik
mungkin agar hidup diberkati oleh Allah (K).
BAHAGIAN HADIS Sejarah membuktikan bahawa Alahuddin al-Ayyubi telah mencapai
kemenangan besar dalam Perang Salib. Rahsia kemenangannya
( ORANG BERIMAN ialah beliau hanya memilih tentera yang melazimi qiamullail.
KEKASIH ALLAH )
Merujuk pernyataan di atas, huraikan hubung kait antara amalan qiamullail
( SPM 2018 ) dengan kejayaan seseorang individu muslim dalam kehidupan.
Jawapan :
Sesungguhnya orang yang melazimi qiamullail adalah orang yang tinggi
disiplin dirinya (I). Hal ini kerana seseorang itu sanggup bangun di tengah
malam semata-mata untuk beribadat kepada Allah (H). Kesannya,
seseorang itu akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat kerana
kehidupannya diberkati oleh Allah (HL). Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
melakukan amalan sunat seperti qiamullail agar jiwa sentiasa tenang (K).
64 | P a g e MFCK, SMK PAHI
Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawasanya Allah SWT
tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada
manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim
ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai
akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka,
dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa
tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan
orang yang lain. - (Riwayat Muslim)
BAHAGIAN HADIS Berdasarkan hadis di atas, ilmu akan terhakis dari atas muka bumi dengan
cara dimatikan para alim ulama; ataupun ulama itu dimatikan fungsinya,
( ORANG BERIMAN seperti digam, atau ditarik balik tauliah mengajarnya; atau memang ada
KEKASIH ALLAH ) orang yang mahu menyekat fungsi alim ulama.
Pada pandangan anda, mengapakah umat Islam sendiri memusuhi para
ulama dan menyekat dakwah mereka, sedangkan Allah telah memberi
ancaman yang keras kepada sesiapa yang memusuhi walinya.
Jawapan :
Hal Ini terjadi disebabkan iman mereka lemah(I) kerana remajanya asyik
dengan hiburan dan tidak bertamadun(H) sehinggakan mengabaikan
pelajaran dan tidak memahami tanggungjawab sebagai rakyat.(HL)
Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya,
terutama menyedarkan remaja hari ini tentang pentingnya menuntut
ilmu.(K)
BAHAGIAN HADIS Petikan akhbar di atas menggambarkan masalah keruntuhan moral remaja
di Malaysia. Bagaimanakah iman yang sempurna mampu menyelesaikan
( ORANG BERIMAN masalah di atas.
KEKASIH ALLAH )
Jawapan :
Iman yang sempurna akan menjadi benteng kepada seseorang daripada
melakukan maksiat(I) bahkan ianya mampu membezakan antara mana
yang baik dan buruk.(H) Keadaan ini akan mendorong seseorang untuk
melakukan kebaikan dan terhindar daripada godaan syaitan.(HL)
Kesimpulannya, kita hendaklah mendalami ilmu agama dan beramal soleh
agar iman kita bertambah mantap.(K)
65 | P a g e MFCK, SMK PAHI
SELAMAT MAJU JAYA
BUAT YANG TERBAIK UNTUK PENDIDIKAN ISLAM SPM 2020
KAMI DOAKAN KAMU SEMUA AGAR SENTIASA SIHAT, TEKUN
BELAJAR DAN MEMPEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG.
A+IN-SYA ALLAH DALAM GENGGAMAN
66 | P a g e MFCK, SMK PAHI