The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arinanasbi, 2021-12-07 01:41:43

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MMYN 2021-2025

PIK MMYAN 2021 latest 30 nov

PIK MMYN 2021-2025

AHLI JAWATANKUASA
PELAN INDUK KECEMERLANGAN
MAKTAB MAHMUD YAN 2021-2025

PENASIHAT

Puan Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, AMK, BCK
Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud

PENYELARAS

Encik Mohd Asri bin Saad, BCK
Pengetua Maktab Mahmud Yan

PEGAWAI RUJUK

Pentadbiran dan Kurikulum Hal Ehwal Murid
Puan Latifah Binti Hj Hashim Encik Azman Bin Abdul Rahman
Kokurikulum
Encik Mohd Nasir Bin Che Omar

PENGUPAYA
Puan Latifah Binti Hj Hashim

PENERBITAN & PERCETAKAN

Ketua Editor Ketua Semakan
Puan Rohaizat Binti Zainol Puan Siti Mawar Binti Hashim

Editor Pegawai Semakan

Puan Sofiah Binti Hashim Puan Izzah Zahidah Binti Abdul Gani
Puan Atiah Binti Osman Puan Siti Nur Fatihah Binti Mohamad Daud

1

Ketua Cetakan PIK MMYN 2021-2025
Encik Mohd Solahuddin Bin Mahyuddin
Ketua Dokumentasi
Pegawai Cetakan Puan Suraya Binti Abdul Hamid
Encik Mohd Firdaus Bin Samshuddin
Encik Muhd Rafiqi Bin Farizat Pegawai Dokumentasi
Encik Mohd Hakimi Bin Zainol
Ketua Keurusetiaan Encik Syarif Muhammad Syaheed Bin Khalid
Encik Mohd Hanif Bin Zahari

Pegawai Keurusetiaan
Puan Norafidah Binti Hassan
Cik Hasniza Binti Md Kassim

2

PIK MMYN 2021-2025

KATA ALU-ALUAN SETIAUSAHA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD

Segala puji dan syukur kerana dengan rahmat dan kurnia-Nya buku Pelan
Induk Kecemerlangan Lembaga Maktab Mahmud bagi jangka masa 2021 –
2025 telah siap disusun dan diterbitkan.

Saya rasa teruja apabila Lembaga Maktab Mahmud telah berjaya
menyiapkan Pelan Induk Kecemerlangan yang akan menjadi pemangkin
dan garis panduan kepada semua warga kerja Lembaga Maktab Mahmud
dalam melaksanakan tugasan masing-masing.

Saya juga mengambil kesempatan yang berharga ini untuk mengucapkan
syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat atas usaha yang gigih
untuk menyediakan dan menerbitkan buku Pelan Induk Kecemerlangan ini.

Pelan Induk Kecemerlangan Lembaga Maktab Mahmud ini bermatlamat untuk merealisasikan visi dan
misi Lembaga Maktab Mahmud ke arah melaksanakan Transformasi Sistem Pendidikan di semua
sekolah di bawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah. Segala usaha ini adalah
dengan harapan agar berjaya melahirkan insan terbilang dalam memikul amanah agama, bangsa dan
negara.

Bagi mencapai maksud tersebut, Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah mengguna pakai Kurikulum
Bersepadu Dini (KBD), Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) untuk dilaksanakan di setiap sekolah seliaannya bagi melahirkan para ilmuan yang seimbang
dalam semua aspek duniawi dan ukhrawi.

Saya amat berharap semua warga kerja Lembaga Maktab Mahmud hendaklah memberi komitmen
yang jitu dalam menghayati isi kandungan Pelan Induk Kecemerlangan ini seterusnya berusaha gigih
menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.

Seterusnya hendaklah disusuli dengan pemantauan, penilaian dan penambahbaikan yang berterusan.
Saya amat yakin semua institusi pendidikan kita akan berjaya menghasilkan para murid cemerlang
sekiranya kita semua mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti dan terus beriltizam dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan buku Pelan
Induk Kecemerlangan ini. Semoga segala tenaga yang dicurahkan itu akan diberkati oleh Allah
Subhanahuwataala.

SHARIFAH NORULASYIKHAH SYED MOHAMAD AMK., BCK.

Setiausaha
Lembaga Maktab Mahmud
Negeri Kedah Darul Aman

3

PIK MMYN 2021-2025

KATA ALU-ALUAN PENGETUA MAKTAB MAHMUD YAN

Segala puji dan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa atas rahmat dan
limpahan kurnia-Nya, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi
Muhammad sallallahualaihiwasallam.

Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pelan Induk Kecemerlangan
Maktab Mahmud Yan atas usaha gigih menyiapkan Pelan Induk
Kecemerlangan 2021-2025 walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan
kekangan. Pelan Induk Kecemerlangan ini dirangka dengan menggariskan
langkah-langkah yang sistematik dalam menyahut hasrat murni Lembaga
Maktab Mahmud untuk meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Maktab
Mahmud secara menyeluruh demi bangsa dan nusa.
*Hasrat pengetua untuk 5 tahun akan datang (gambaran MMYN)

Pelan Induk Kecemerlangan ini diharapkan dapat menjadi panduan dan sumber hala tuju warga
sekolah untuk terus maju ke arah mencapai banyak kejayaan pada tahun ini dan tahun-tahun yang
mendatang.

Saya berharap agar warga sekolah sentiasa meningkatkan tadbir urus dan akuantabiliti dalam
pelaksanaan tugas dan obligasi yang telah diamanahkan supaya lahirnya sekolah cemerlang dengan
kemenjadian murid seperti yang dihasratkan oleh Lembaga Maktab Mahmud selaras dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

MOHD ASRI BIN SAAD, BCK.

Pengetua
Maktab Mahmud Yan
Negeri Kedah Darul Aman

4

PIK MMYN 2021-2025

VISI, MISI DAN MOTO
MAKTAB MAHMUD YAN

VISI

Menjadikan Maktab Mahmud Yan Sebuah Institusi
Pendidikan Agama Yang Sentiasa Cemerlang Dan

Unggul.

MISI

Penyampaian Perkhidmatan Secara Berterusan Ke Arah
Kecemerlangan Kurikulum, Hal Ehwal Murid,

Kokurikulum Dan Komuniti Yang Seimbang Serta
Harmonis Berlandaskan Syariat Islam Seterusnya
Melahirkan Insan Yang Berkualiti Demi Agama, Bangsa

Dan Negara Malaysia.

MOTO

BERILMU, BERIMAN, BERAMAL

5

PIK MMYN 2021-2025

PENGENALAN

Maktab Mahmud Yan ditubuh secara rasminya pada tarikh 1 Februari 1999 selepas termeterai
perjanjian di antara Koperasi Sekolah Agama Al-Tarbiyah Al-Auladiah Al-Diniah dengan Lembaga
Maktab Mahmud. Melalui perjanjian tersebut pihak koperasi bersetuju untuk menyerah kuasa
mengguna pakai, mentadbir dan mengurus tanah dan prasarana yang ada di atas tanah milik mereka
kepada Lembaga Maktab Mahmud. Majlis yang bersejarah itu telah disaksikan sendiri oleh Tan Sri
Dato’ Seri Sanuri B. Junid, Menteri Besar Kedah Darul Aman pada masa itu secara kebetulan anak jati
Kampung Acheh.
Bermulalah satu detik baharu sejarah pendidikan Maktab Mahmud dengan kewujudan cawangan
selepas lebih daripada 60 tahun Maktab Mahmud Alor Setar bergerak sebagai sekolah agama negeri
secara sendirian mengharungi arus pendidikan negeri Kedah.
Dengan keazaman dan iltizam yang jitu seluruh warga Maktab Mahmud Yan, kecemerlangannya terus
terukir dalam lipatan sejarah pendidikan negeri Kedah. Anak-anak didik Maktab Mahmud Yan
walaupun bilangan mereka kecil, namun mampu berdiri sama tinggi dengan pelajar-pelajar dari
sekolah yang sudah mantap di arena pendidikan.

VISI & MISI

Visi - Menjadikan Maktab Mahmud Yan sebuah institusi pendidikan agama yang sentiasa
cemerlang dan unggul.

Misi - Penyampaian perkhidmatan secara berterusan ke arah kecemerlangan kurikulum, hal
ehwal murid, kokurikulum dan komuniti yang seimbang serta harmonis berlandaskan syariat
islam seterusnya melahirkan insan yang berkualiti demi agama, bangsa dan negara malaysia.

MOTO

Berilmu, beriman, beramal

6

PIK MMYN 2021-2025

PIAGAM PELANGGAN
Dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Lembaga Maktab Mahmud serta selaras dengan Al-Quran dan As-sunnah, kami warga Maktab
Mahmud Yan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk :

1. Sentiasa memberi pendidikan berkualiti kepada murid-murid bagi memastikan pencapaian
cemerlang serta peningkatan yang berterusan dalam bidang akademik, kokurikulum dan
sahsiah diri.

2. Memastikan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berkesan bermula pada hari
pertama persekolahan hingga hari terakhir persekolahan.

3. Memastikan pengurusan peperiksaan dan pentaksiran sekolah diurus secara sistematik dan
terancang dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan

4. Memberikan perkhidmatan kaunter yang mesra, ikhlas dan berkualiti dan memastikan
maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

5. Memastikan semua staf/pegawai mengikuti latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya
tujuh (7) hari dalam tempoh setahun

6. Mengambil tindakan segera (dalam tempoh 24 jam) terhadap kes-kes kecemasan,
kemalangan dan sakit dalam kalangan pelajar.

7. Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada di tahap terbaik agar mencapai sifar kes
disiplin berat dan sederhana.

8. Memastikan penglibatan semua murid di dalam kegiatan kokurikulum dengan sekurang-
kurangnya satu (1) penyertaan untuk setiap bidang utama kokurikulum.

9. Memastikan prestasi Maktab Mahmud Yan terus berada pada tahap terbaik dengan
menerima sebarang cadangan dan teguran yang membina demi meningkatkan prestasi
perkhidmatan kami di sekolah ini.

7

PIK MMYN 2021-2025
KRONOLOGI PELAN INDUK KECEMERLANGAN MAKTAB MAHMUD YAN

PIK MMYN 2021 - 2025

PS MMYN (LMM) 2019 - 2021

PS MMYN (LMM) 2016 - 2018

PS MMYN (LMM) 2013 - 2015

PS MMYN 2012 - 2015

Pelan Induk Kecemerlangan Maktab Mahmud Yan 2021-2025 ialah dokumen pertama yang digarap
hasil gabungan idea secara kolektif oleh semua unit di Maktab Mahmud Yan sebagai panduan utama
yang menggariskan hala tuju 5 tahun bermula tahun 2021 hingga tahun 2025. Dokumen ini amat
penting untuk dijadikan garis panduan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Pelan ini merupakan kesinambungan 4 siri dokumen perancangan strategik yang disediakan oleh pihak
sekolah bersama Bahagian Akademik yang memfokuskan perancangan 3 unit utama iaitu Unit
Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum.
Pihak sekolah telah berjaya menghasilkan perancangan strategiknya sendiri untuk tempoh 3 tahun
mulai tahun 2012 . Walau bagaimanapun pada tahun 2013 pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud
melalui Bahagian Akademik serta penglibatan Maktab Mahmud Negeri Kedah telah menghasilkan
Perancangan Strategik 2013-2015. Dokumen strategik pertama ini memfokuskan 10 isu strategik
sebagai usaha melonjakkan tahap kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum, kemantapan
sahsiah terpuji dan kejayaan dalam lapangan kokurikulum.
Perancangan Strategik kedua dirangka untuk hala tuju 2016-2018. Perancangan ini dibina dengan
menyasarkan 15 isu strategik sebagai fokus meletakkan strategi dan tindakan yang berkesan.

8

PIK MMYN 2021-2025
Perancangan Strategik 2019-2021 meneruskan kecemerlangan Perancangan Strategik 2016-2018
dengan penumpuan terhadap 9 isu strategik dalam 3 bidang keberhasilan utama yang merangkumi
penekanan terhadap kurikulum, hal ehwal murid dan kokurilum di Maktab Mahmud Yan.
Sehubungan itu, enam (6) tindakan strategik telah diambil kira berdasarkan Kerangka Hala Tuju
Strategik Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam dalam pembentukan Pelan Induk
Kecemerlangan Maktab Mahmud Yan ini iaitu:

1. Menetapkan Hala Tuju Strategik,
2. Memperkasakan Kapasiti Organisasi,
3. Mengurus Pekerja Berkualiti,
4. Membangunkan Kompetensi Tenaga Kerja,
5. Pengurusan Prestasi, Pengiktirafan dan Ganjaran,
6. Pembentukan Budaya Kerja Berprestasi Tinggi

9

PIK MMYN 2021-2025

PROSES PEMBINAAN PELAN INDUK KECEMERLANGAN

Dokumentasi & Penerbitan PIK MMYN
2021-2025

Bengkel Pemurnian PIK MMYN 2021-2025
(28 Oktober 2021)

Bengkel Perbincangan Draf Akhir PIK MMYN 2021-2025
(24 Oktober 2021)

Bengkel Perbincangan Deraf 1 PIK
(18 Oktober 2021)

Bimbingan Berfokus Draf 1 PIK MMYN 2021-2025
(1-15 September 2021)

Bengkel Pembangunan PIK MMYN 2021-2025
(7,14 dan 21 Ogos 2021)

Sesi Dialog Bersama IABCU Penyediaan PIK MMYN 2021-2025
(31Julai 2021)

Maktab Mahmud Yan merupakan sebuah sekolah agama kerajaan negeri Kedah (SMAN) yang
diuruskan oleh pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1999
dengan pengambilalihan Madrasah al-Tarbiyyah al-Diniyyah al-Auladiyyah daripada pihak Koperasi
Kampong Acheh ( SABENA).

Bagi menjalankan pentadbiran yang cekap dan berkesan Maktab Mahmud Yan telah berusaha untuk
mendokumenkan Pelan Induk Kecemerlangan Maktab Mahmud Yan yang akan dijadikan panduan dan
asas gerak kerja. Pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuklah menjalinkan kerjasama dengan
Institut Aminudin Baki ke arah penyediaan pelan induk ini.

Pelan Induk Kecemerlangan Maktab Mahmud Yan bermula dengan cetusan idea dan saranan
daripada pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud untuk memastikan Maktab Mahmud Yan bergerak
dengan cemerlang berpandukan dokumen strategik yang menggariskan matlamat dan hala tujunya.

Bagi merealisasikan idea tersebut maka beberapa sesi dialog dan bengkel bagi merangka Pelan
Kecemerlangan Induk Maktab Mahmud Yan telah diadakan pada 31 Julai hingga 21 Ogos 2021 secara
atas talian. Sesi dialog dan bengkel berkenaan disertai oleh barisan pentadbiran dan guru Maktab
Mahmud Yan dengan bimbingan Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara (IABCU).

10

PIK MMYN 2021-2025

PELAN INDUK KECEMERLANGAN MAKTAB MAHMUD YAN 2021-2025

Pelan Induk Kecemerlangan Maktab Mahmud Yan merupakan satu garis panduan yang menyatakan
secara spesifik objektif-objektif serta tindakan-tindakan bagi mencapai dan merealisasikan hasrat
pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Maktab Mahmud.

Pelan ini menjadi penjana dan pemangkin kecemerlangan Maktab Mahmud Yan melalui tiga Bidang
Keberhasilan Utama iaitu Kemajuan Kurikulum, Kemajuan Kokurikulum dan Kemajuan Hal Ehwal
Murid.

Setiap satu bidang keberhasilan utama tersebut dipecahkan kepada dua subbidang iaitu
Pembangunan Pelajaran, Pengurusan Penilaian, Pembangunan Potensi Murid, Pembangunan Sukan
dan Permainan, Pembangunan Sahsiah Unggul Murid dan Pengurusan Kebajikan Murid.

Seterusnya Bidang Keberhasilan Utama dan Subbidang Keberhasilan Utama diupayakan oleh empat
pengupaya iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Kewangan dan
Bahagian ICT.

11

PIK MMYN 2021-2025
YAN

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA PENGUPAYA

KEMAJUAN KURIKULUM PENGURUSAN PENTADBIRAN

PENGURUSAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN

KEMAJUAN KOKURIKULUM

KEMAJUAN HAL EHWAL MURID PENGURUSAN KEWANGAN
PENGURUSAN ICT

12

PIK MMYN 2021-2025

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA MAKTAB MAHMUD YAN

Bidang Keberhasilan Utama (KRA) di Maktab Mahmud Yan merujuk 3 bidang utama sekolah yang
merangkumi penumpuan terhadap 3 tonggak utama iaitu Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal
Murid yang dipertanggungjawabkan kepada 3 orang pegawai dengan bidang tugas masing-masing
untuk menjayakan misi dan visi jabatan secara berfokus dalam mentadbir dan mengurus sekolah-
sekolah di bawah seliaannya.

Pengurusan Maktab Mahmud Yan menggariskan 3 Bidang Keberhasilan Utama (KRA) iaitu Kemajuan
Kurikulum, Kemajuan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid sebagai pemangkin dalam penentuan
objektif, KPI dan inisiatif untuk merancang dan melaksanakan program secara berfokus mengikut
keutamaan dan akauntabiliti.

3 Bidang Keberhasilan Utama yang telah ditetapkan akan diupayakan dengan 4 pengupaya yang
bergerak seiring untuk membawa dan memandu Maktab Mahmud Yan mencapai kejayaan dan
kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

KEMAJUAN KURIKULUM

Menumpukan gerak kerja untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam aspek kurikulum.

KEMAJUAN KOKURIKULUM

Menumpukan usaha untuk peningkatan kecemerlangan dan kejayaan dalam aktiviti kesukanan,
persatuan, badan beruniform dan koakademik.

KEMAJUAN HAL EHWAL MURID

Menumpukan terhadap peningkatan usaha pembinaan sahsiah murid, kemantapan disiplin, kesihatan
dan kebajikan murid yang berterusan.

13

PIK MMYN 2021-2025

KEMAJUAN KURIKULUM

Kemajuan kurikulum merujuk kepada penggemblengan usaha yang bersepadu dan berimpak tinggi
dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi yang terbaik dalam bidang kurikulum. Usaha ini
merangkumi proses menganalisis, mengenal pasti isu dan golongan sasar, meletakkan objektif dan
strategi, menyasarkan KPI, menentukan kepertanggungjawaban, melaksanakan program yang
berfokus dan mengulang analisis untuk penambahbaikan dalam seluruh aspek yang berkaitan.

Tindakan ini bertujuan membangunkan kemahiran kognitif, penguasaan keilmuan,
pengimplementasian kemahiran intelek para murid seterusnya meningkatkan kecemerlangan dari
segi kualiti dan kuantiti dalam semua tahap penilaian dan pentaksiran yang dianjurkan oleh Maktab
Mahmud Yan, Lembaga Maktab Mahmud, Pejabat Pendidikan Negeri dan Lembaga Peperiksaan
Malaysia.

Selaras dengan maksud tujuan tersebut, Maktab Mahmud Yan giat berusaha untuk meningkatkan
keupayaan, kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan kurikulum.

Berikut adalah 3 objektif Kemajuan Kurikulum yang disasarkan:

1. Meningkatkan pencapaian PENTAKSIRAN BILIK DARJAH( PBD) dari segi kualiti dan kuantiti.
2. Meningkatkan pencapaian AL- SYAHADAH AL -THANAWIYYAH AL- DINIAH dari segi kualiti dan

kuantiti.
3. Meningkatkan pencapaian SPM dari segi kualiti dan kuantiti.

Bagi mencapai objektif yang telah disasarkan, maka 3 inisiatif digariskan iaitu:

• Meningkatkan Program Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran yang berfokus.
• Memantapkan prestasi akademik melalui program pengayaan.
• Membangunkan projek elit.

Oleh itu, kemajuan kurikulum adalah satu keberhasilan utama yang amat penting untuk diberikan
tumpuan dan pemusatan idea serta gerak kerja oleh seluruh warga Maktab Mahmud Yan bagi
mencapai gagasan yang telah digariskan dalam Pelan Induk Kecemerlangan Maktab Mahmud Yan
Kedah 2021 - 2025.

14

ROAD MAP KEMAJUAN KURIKULUM

P1 : KPI STRAT

Objektif Petunjuk Prestasi Pemilik KPI Tov 2
Utama (KPI) 2020

KEBERHASILAN UTAM

OB 1: KPI 1: Peratus (%) Penolong 70
Meningkatkan murid mencapai TP Kanan 30
Prestasi Pentaksiran 4 dan TP 5
Bilik Darjah (PBD) Pentadbiran
Tingkatan 1 , 2 dan 3 KPI 2: Peratus (%) (PKP)
bagi semua mata murid mencapai TP
pelajaran dari segi 6
kualiti dan Kuantiti

OB 2: KPI 1: Gred Purata 2.00 1
Meningkatkan Prestasi Sekolah dalam
Al-Syahadah Penolong 42.37 47
AL- SYAHADAH Al-Thanawiyyah Kanan 25/59 25
AL -THANAWIYYAH Al-Diniah (SD)
Pentadbiran
AL- DINIAH (SD) KPI 2: Peratus (%) (PKP)
dari segi kualiti dan murid mendapat
pangkat MUMTAZ
kuantiti

PIK MMYN 2021-2025

TEGIK KURIKULUM Inisiatif (STRATEGI) Pertanggung
Jawaban
Sasaran
2021 2022 2023 2024 2025

MA: KEMAJUAN KURIKULUM

Memantapkan
65 60 55 50 45 elemen Pentaksiran

Bilik Darjah

Semua Guru

Membangunkan Kanan(GK)
amalan Ketua Panitia

Pembelajaran (KP)

35 40 45 50 55 Melalui Projek Elit

seperti

Pembelajaran

Berasaskan Projek

1.90 1.80 1.70 1.60 1.50 Guru Kanan
(GK)

Ketua Panitia
(KP)

7.17 55.60 58.33 61.54 67.69 Meningkatkan Guru Kanan
5/53 33/60 35/60 40/65 44/65 prestasi akademik (GK)
melalui program
Ketua Panitia
pengayaan (KP)

15

(80%) ke atas
dalam semua mata

pelajaran

KPI 3: Bilangan 3/59 5
murid mendapat 5.08 9
pangkat MUMTAZ
‘AALI (85%) ke atas
dalam semua mata
pelajaran

KPI 1: Gred Purata 1.81 1
Sekolah dalam SPM

OB 3: KPI 2: Peratus Penolong 6.82 11
murid mendapat Kanan 3/44 7
Meningkatkan Prestasi gred A dalam
Sijil Pelajaran semua mata Pentadbiran
Malaysia(SPM) pelajaran (PKP)

dari segi kualiti dan KPI 3: Bilangan
kuantiti murid mendapat
gred A+ dalam
semua mata 0
pelajaran

PIK MMYN 2021-2025

5/52 7/60 9/62 11/65 13/65 Membangunkan Guru Kanan
9.62 11.67 14.51 16.92 20.00 Projek Abqori. (GK)

Ketua Panitia
(KP)

1.77 1.73 1.69 1.64 1.60 Meningkatkan Semua Guru
prestasi akademik Kanan(GK)
1.66 15.09 18.33 21.66 23.10 melalui program Semua Ketua
7/60 8/53 11/60 13/60 15/65 Panitia(KP)
pengayaan dan
1 2 3 45 pengukuhan bagi GK
mata pelajaran
Pengayaan
kritikal Semua KP

Membangunkan Pengukuhan
projek elit KP

Matematik
Tambahan

KP B.I

16

KPI 4 : 81.80 85
Peratus murid
mengekalkan gred
cemerlang
(A+/A /A-)
dalam 7 mata
pelajaran

PIK MMYN 2021-2025

GK

Memantapkan KP Bm
prestasi akademik KP Sejarah

5.44 89.08 92.72 96.36 100 melalui program KP Sains
pengayaan bagi mata KP Usul

pelajaran yang KP Syariah
ditetapkan. KP LAM

KP AWAB

17

KAEDAH PENGUKURAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) KEMAJUAN KURIK

KEBERHASILAN UTAMA KPI

OB 1 : KPI 1 : Peratus (%) Murid mendapat TP 4 da
subjek

OB 1 : KPI 2 : Peratus (%) Murid mendapat TP 6 da
subjek

Kemajuan Kurikulum OB 2 : KPI 1 : Gred Purata Sekolah dalam AL-SYAHA
AL-THANAWIYYAH AL-DINIAH

OB 2 : KPI 2 : Peratus (%) murid mendapat pangka
(80% ke atas dalam semua mata pelajaran)

OB 2 : KPI 3 : Peratus (%) murid mendapat pangka
‘AALI (85% ke atas dalam semua mata pelajaran)

PIK MMYN 2021-2025

KULUM

KAEDAH PENGUKURAN KPI

alam semua OB 1: KPI 1: Berdasarkan analisa PBD yang dilaksanakan oleh setiap guru
dalam semua mata pelajaran.

alam semua OB 1 : KPI 2 : Berdasarkan analisa PBD yang dilaksanakan oleh setiap
guru dalam semua mata pelajaran.

(Berdasarkan TP ditentukan dalam Buku Panduan Pengurusan Penilaian
dan Pentaksiran oleh LPM dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) di sekolah.)

ADAH OB 2 : KPI 1 : Berdasarkan gred purata ditentukan oleh LMM dalam
analisis peperiksaan Al-Syahadah Al-Thanawiyyah Al-Diniah.

at MUMTAZ OB 2 : KPI 2 : Berdasarkan gred yang ditetapkan oleh LMM dalam analisis
peperiksaan Al-Syahadah Al-Thanawiyyah Al-Diniah.

at MUMTAZ OB 2 : KPI 3 : Berdasarkan gred yang ditetapkan oleh LMM dalam analisis
peperiksaan Al-Syahadah Al-Thanawiyyah Al-Diniah.

18

OB 3 : KPI 1 : Gred Purata Sekolah dalam SPM.

OB 3 : KPI 2 : Peratus murid mendapat gred A dala
mata pelajaran.

OB 3 : KPI 3 : Bilangan murid mendapat gred A+ da
semua mata pelajaran.

OB 3 : KPI 4 : Peratus murid mendapat gred A dala
pelajaran

PIK MMYN 2021-2025

OB 3 : KPI 1 : Berdasarkan analisis peperiksaan SPM yang ditentukan
oleh LPM.

am semua OB 3 : KPI 2 : Berdasarkan analisis peperiksaan SPM yang ditentukan
oleh LPM.

alam OB 3 : KPI 3 : Berdasarkan Gred yang ditetapkan oleh LPM untuk
peperiksaan SPM.

am 7 mata OB 3 : KPI 4 : Berdasarkan analisis peperiksaan SPM yang ditentukan
oleh LPM.

19

PIK MMYN 2021-2025

KEMAJUAN KOKURIKULUM

Kemajuan Kokurikulum di Maktab Mahmud didefinisikan sebagai apa-apa kegiatan yang dirancang
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Semua kegiatan bertujuan
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran serta nilai-
nilai yang dipelajari di bilik darjah di samping mengembang potensi diri, memupuk nilai estetika dan
sosial yang positif.
Pihak pengurusan unit Kokurikulum Maktab Mahmud Yan berusaha untuk membangun dan
meningkatkan keupayaan pengurusan Kokurikulum secara cekap dan berkesan. Hal ini bertujuan
untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Setiap kegiatan Kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang supaya mempunyai matlamat,
objektif, kaedah pelaksanaan dan skema penilaian yang pragmatis dan progresif supaya diwujudkan
peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam
bidang-bidang Kokurikulum yang mereka minati hingga ke peringkat antarabangsa.

Justeru dalam usaha memastikan hasrat ini tercapai, pengurusan Unit Kokurikulum Maktab Mahmud
Yan memberikan fokus kepada 2 objektif utama dengan pemberatan tumpuan terarah kepada:

1. Meningkatkan pencapaian prestasi Kokurikulum dari segi kualiti dan kuantiti
2. Meningkatkan kompetensi guru dalam pengurusan Kokurikulum

Bagi mencapai objektif berkenaan, inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

• Mengadakan program peningkatan kualiti dan kemahiran
• Meningkatkan kerjasama strategik melalui penganjuran bertaraf antarabangsa
• Meningkatkan kualiti sumber manusia dan pengurusan Kokurikulum

Dengan adanya pelan strategik ini, adalah diharapkan dapat memberikan hala tuju yang jelas kepada
penyelaras Kokurikulum dalam tempoh lima tahun yang mendatang untuk membuat perancangan
yang rapi dalam melaksanakan setiap perancangan dan strategi yang telah diatur sepertimana yang
digariskan dalam buku ini.

20

ROAD MAP KEMAJUAN KOKURIKULUM

KPI

Objektif Petunjuk Prestasi Pemilik KPI Tov 2021
Utama 2020 2.14
10
KEBERHASILAN UTAMA: KEMAJUAN KOKURIKULUM 2.30 55
6
OB 1: KPI 1 : Penolong
Meningkatkan Gred Purata Sekolah Kanan 50
pencapaian (GPS) dalam
prestasi kokurikulum (PAJSK) Kokurikulum
Kokurikulum dari
segi kualiti dan KPI 2 :
kuantiti Peratus (%) murid gred
A dalam PAJSK

KPI 3 :
Peratus (%) murid gred
B dalam PAJSK

OB 2 : KPI 1 : 2.15 2.10
Meningkatkan Gred Purata Sekolah Penolong
prestasi (GPS) dalam bidang
persatuan/kelab Persatuan/Kelab Kanan
(Koakademik) Kokurikulum
dari segi kuantiti KPI 2 :
& kualiti Bilangan pencapaian
murid dalam bidang
persatuan/kelab

PIK MMYN 2021-2025

STRATEGIK Inisiatif Pertanggung
Sasaran Jawaban

2022 2023 2024 2025

1.98 1.82 1.66 1.50

Setiausaha

15 20 25 30 Kokurikukum/

Penolong

Meningkatkan pencapaian Setiausaha
kokurikulum dengan Kokurikulum

meningkatkan penglibatan

60 65 70 75 murid secara menyeluruh

melalui penganjuran

aktiviti/program dengan

kerjasama PIBG & agensi luar.

1.90 1.75 1.60 1.40 Penyelaras
Persatuan/Kelab
Meningkatkan pencapaian Ketua/Penolong
koakademik dengan Guru Penasihat
meningkatkan penyertaan Persatuan/Kelab
murid yang ramai & berbakat

21

(Koakademik) di 22
peringkat : 11
Daerah/Zon (Johan) 11
Negeri (Johan) NA NA
Kebangsaan
(Penyertaan) 2.00 1.73
Antarabangsa
(Penyertaan)
KPI 1 :
Gred Purata Sekolah
(GPS) dalam bidang
Sukan/Permainan

OB 3 : KPI 2 : Penolong
Meningkatkan Bilangan pencapaian Kanan
prestasi murid dalam bidang
sukan/permainan sukan/permainan di Kokurikulum
dari segi kuantiti peringkat :
& kualiti 1 1
Daerah/Zon (Johan) NA NA
Negeri (Johan)
Kebangsaan NA NA
(Penyertaan)
Antarabangsa NA NA
(Penyertaan)

OB 4 : KPI 1 : Penolong 2.75 2.60
Meningkatkan Gred Purata Sekolah Kanan
prestasi unit (GPS) dalam bidang Kokurikulum
beruniform dari Unit Beruniform

PIK MMYN 2021-2025

33 4 dalam aktiviti/program
22 3 persatuan/kelab melalui
5 kerjasama dengan PIBG,
12 2 4 agensi luar, PPD, JPN dan IAB.

NA NA 1 3

1

1.65 1.50 1.39 1.30

12 3 Meningkatkan pencapaian Setiausaha Sukan
12 2 sukan/permainan dengan Penyelaras
memberi penekanan kepada
NA 1 2 aspek komitmen dan displin Sukan/Permainan
atlet melalui bimbingan Ketua/Penolong
NA NA 1 jurulatih luar. Guru Penasihat
3 Meningkatkan pencapaian
3 sukan/permainan dengan Kelab
kemudahan prasarana & Sukan/Permainan
2 peralatan sukan serta
1 peruntukan kewangan Penyelaras Unit
sekolah yang mencukupi di Beruniform
samping kemudahan fasiliti
sukan yang berdekatan. Ketua/Penolong
Guru Penasihat
2.40 2.20 2.00 1.80 Unit Beruniform

22

segi kuantiti & KPI 2 :
kualiti Bilangan pencapaian
murid dalam bidang
unit beruniform di 11
peringkat : NA 1
NA NA
Daerah/Zon (Johan)
Negeri (Johan) NA NA
Kebangsaan
(Penyertaan)
Antarabangsa
(Penyertaan)

PIK MMYN 2021-2025
Meningkatkan pencapaian
unit beruniform dengan
mempelbagaikan
aktiviti/program melalui
kolaborasi dengan agensi luar
(GO & NGO).

1 2 3 4 Meningkatkan pencapaian
1 2 3 3 unit beruniform dengan

menggabungjalinkan antara
1 1 1 2 pengalaman guru-guru

melalui jalinan & jaringan
dengan pihak luar serta
1 1 1 2 pengkongsian pintar jurulatih
luar.

23

KAEDAH PENGUKURAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) KEMAJUAN KOKU

KEBERHASILAN UTAMA KPI KORPORAT

OB 1: KPI 1 : Gred Purata Sekolah (GPS) dalam ko

OB 1: KPI 2 : Peratus (%) murid gred A dlm PAJSK

KPI 3 : Peratus (%) murid gred B dlm PAJSK

Kemajuan Kokurikulum

OB 2: KPI 1 : Gred Purata Sekolah (GPS) dalam bid
Persatuan/Kelab

OB 2: KPI 2 : Bilangan pencapaian murid dalam bi
persatuan/kelab (Koakademik) di peringkat daera
kebangsaan & antarabangsa

OB 3: KPI 1 : Gred Purata Sekolah (GPS) dalam bid
Sukan/Permainan

OB 3: KPI 2 : Bilangan pencapaian murid dalam bi
sukan/permainan di peringkat daerah, negeri, ke
antarabangsa
OB 4: KPI 1: Gred Purata Sekolah (GPS) dalam bid

OB 4: KPI 2: Bilangan pencapaian murid dalam bid
beruniform di peringkat daerah, negeri, kebangs

PIK MMYN 2021-2025

URIKULUM

okurikulum (PAJSK) KAEDAH PENGUKURAN KPI

OB 1: KPI 1: Berdasarkan penentuan GPS dalam sistem PAJSK
secara dalam talian yang dibangunkan oleh KPM

OB 1: KPI 2: Berdasarkan penentuan gred A dalam sistem
PAJSK secara dalam talian yang dibangunkan oleh KPM

dang OB 1: KPI 3: Berdasarkan penentuan gred B dalam sistem
PAJSK secara dalam talian yang dibangunkan oleh KPM
OB 2: KPI 1: Berdasarkan penentuan GPS bidang
persatuan/Kelab dalam sistem PAJSK secara dalam talian
yang dibangunkan oleh KPM

idang OB 2: KPI 2: Berdasarkan pencapaian Johan, Naib Johan &
ah, negeri, Tempat ke-3 dalam semua pertandingan koakademik yang
disertai di peringkat daerah, negeri, kebangsaan &
dang antarabangsa
OB 3: KPI 1: Berdasarkan penentuan GPS bidang
sukan/permainan dalam sistem PAJSK secara dalam talian
yang dibangunkan oleh KPM

idang OB 3: KPI 2: Berdasarkan pencapaian pingat Emas, Perak &
ebangsaan & Gangsa dalam semua kejohanan sukan yang disertai di
peringkat daerah, negeri, kebangsaan & antarabangsa
dang Unit Beruniform OB 4: KPI 1: Berdasarkan penentuan GPS bidang unit
beruniform dalam sistem PAJSK secara dalam talian yang
dibangunkan oleh KPM

dang unit OB 4: KPI 2: Berdasarkan pencapaian Johan, Naib Johan &

saan & antarabangsa Tempat ke-3 dalam semua pertandingan unit beruniform

24



PIK MMYN 2021-2025
yang disertai di peringkat daerah, negeri, kebangsaan &
antarabangsa

25

PIK MMYN 2021-2025

KEMAJUAN HAL EHWAL MURID

Kemajuan Hal Ehwal Murid merupakan proses perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid
berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran
kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksimum dan menyuburkan potensi
kepimpinan.

Antara isu strategik yang diberi tumpuan dalam kemajuan Hal Ehwal Murid ialah meningkatkan
kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan Hal Ehwal Murid di setiap sekolah supaya dapat melahirkan
murid-murid yang berdisiplin dan beretika untuk menjadikan sekolah sebagai tempat menuntut ilmu
terbaik. Aspek peningkatan sahsiah murid di sekolah juga diberi tumpuan utama supaya dapat
melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah terpuji.
Selain itu, aspek kualiti pengurusan keselamatan, kesihatan dan keceriaan (3K) juga diberi tumpuan
untuk membentuk sekolah sebagai institusi yang selamat, sihat dan ceria bagi meningkatkan motivasi
para murid.

Kemajuan Hal Ehwal Murid memberi tumpuan kepada 4 objektif iaitu:

1. Meningkatkan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan Hal Ehwal Murid di sekolah.
2. Meningkatkan sahsiah terpuji murid di sekolah.
3. Meningkatkan kualiti pengurusan keselamatan, kesihatan dan keceriaan (3K) di sekolah.
4. Meningkatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Bagi mencapai objektif yang disasarkan, 4 inisiatif yang akan diambil seperti berikut:

• Meningkatkan pemantauan di sekolah supaya setiap prosedur diikuti dan dilaksanakan oleh
warga sekolah.

• Meningkatkan kompetensi dan penglibatan murid pada Modul SUMUR.
• Memperkasa program keselamatan, kesihatan dan keceriaan (3K).
• Memperkasa bimbingan pengurusan emosi , sosialisasi dan interaksi murid.

Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan satu bidang yang amat penting di samping kemajuan
akademik di sekolah untuk kemenjadian murid pada masa depan. Diharapkan perancangan ini dapat
melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

26

PIK MMYN 2021-2025

ROAD MAP KEMAJUAN HAL EHWAL MURID

Kemajuan Hal Ehwal Murid merupakan proses perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid
berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran
kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksimum dan menyuburkan potensi
kepimpinan.

Antara isu strategik yang diberi tumpuan dalam kemajuan Hal Ehwal Murid ialah meningkatkan
kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan program Hal Ehwal Murid bagi setiap unit dalam HEM supaya
dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan beretika untuk menjadikan sekolah sebagai
tempat menuntut ilmu terbaik. Aspek peningkatan sahsiah murid di sekolah juga diberi tumpuan
utama supaya dapat melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah terpuji.

Selain itu, aspek kualiti pengurusan keselamatan, kesihatan dan keceriaan (3K) juga diberi tumpuan
untuk membentuk sekolah sebagai institusi yang selamat, sihat dan ceria bagi meningkatkan motivasi
para murid.

Kemajuan Hal Ehwal Murid memberi tumpuan kepada 4 objektif iaitu:

5. Meningkatkan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan program Hal Ehwal Murid di sekolah.
6. Meningkatkan sahsiah terpuji murid di sekolah.
7. Meningkatkan kualiti pengurusan keselamatan, kesihatan dan keceriaan (3K) di sekolah.
8. Meningkatkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dari segi kualiti dan kuantiti

Bagi mencapai objektif yang disasarkan, 4 inisiatif yang akan diambil seperti berikut:

• Meningkatkan pemantauan kepada setiap unit di bawah Hem supaya setiap prosedur diikuti
dan semua program dilaksanakan oleh guru guru dengan berkesan

• Meningkatkan kompetensi dan penglibatan murid pada Modul SUMUR.
• Memperkasa program keselamatan, kesihatan dan keceriaan (3K).
• Memperkasa bimbingan pengurusan emosi , sosialisasi dan interaksi murid.

Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan satu bidang yang amat penting di samping kemajuan
akademik di sekolah untuk kemenjadian murid pada masa depan. Diharapkan perancangan ini dapat
melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

27

ROAD MAP KEMAJUAN HAL EHWAL MURID

KPI ST

Objektif Petunjuk Prestasi Pemilik KPI Tov 2021
Utama 2020 80
80
KEBERHASILAN UTAMA: KEMAJUAN HAL EHWAL MURID 75

OB 1: KPI 1 : Peratus PK HEM 75
Meningkatkan pelaksanaan 5 PK HEM
kepatuhan dan program bagi setiap
keselarasan unit HEM berjalan
pelaksanaan mengikut ketetapan
program Hal Ehwal pentadbiran
Murid
KPI 2 : Peratus kualiti
pengurusan meningkat
terutama sistem
dokumentasi fail

KPI 1 : Peratus murid

mencapai sahsiah

terpuji (tahap 4) dalam 70 75

OB 2 : modul Sahsiah Unggul
Meningkatkan
kecemerlangan Murid (SUMUR)
sahsiah terpuji
murid PK HEM

KPI 2 : Bilangan kes 20 10
disiplin kategori
sederhana

PIK MMYN 2021-2025

TRATEGIK Inisiatif Pertanggung
Sasaran Jawaban

2022 2023 2024 2025

Meningkatkan pemantauan

dan bimbingan ke atas Setiausaha

85 90 95 100 setiap unit HEM supaya HEM dan
semua program yang semua ketua

ditetapkan oleh pentabiran unit HEM

sekolah dapat dilaksanakan

85 90 95 Meningkatkan kecekapan Setiausaha
dan efisiensi dalam HEM dan
100 melaksanakan tugas melalui semua ketua
semakan takwim dan fail unit HEM
pengurusan program

Meningkatkan kompetensi Guru

80 85 90 95 dan penglibatan murid Pengelola Unit
dalam Modul SUMUR Dakwah dan

melalui kerjasama Alumni Kerohanian

Memperkasakan Guru

5 1 0 0 penguatkuasaan disiplin Pengelola Unit
untuk mensifarkan kes Disiplin dan

disiplin kategori sederhana Tatatertib

28

KPI 1 : Peratus

pematuhan

pengurusan NA 80
keselamatan, kesihatan

dan keceriaan (3K)

OB 3:

Meningkatkan

pengurusan

keselamatan, KPI 2 : Bilangan pelajar PK HEM
kesihatan dan

keceriaan (3K) serta yang dapat diberikan 30 40

kebajikan dari segi bantuan kewangan

kualiti dan kuantiti

KPI 3 : Peratus NA 65
penarafan kantin
sekolah dan dewan
makan asrama

KPI 1 : Peratus murid

OB 4 : penerima bimbingan NA 60
Meningkatkan yang menunjukkan
perkhidmatan peningkatan akademik

Bimbingan dan PK HEM

Kaunseling dari segi KPI 2 : Bilangan murid
kualiti dan kuantiti yang menerima
bimbingan kaunseling
NA 50

(individu & kelompok)

PIK MMYN 2021-2025

Memperkasa program

keselamatan , kesihatan dan

85 90 95 100 keceriaan (3K) berdasarkan: Guru Unit 3K
1) Borang Pemeriksaan dan Warden
Kendiri Jabatan Kesihatan
Negeri Kedah . asrama

2) Instrumen Penilaian

Keceriaan Kelas / Bilik

Asrama

Meningkatkan hubungan

dengan individu dan agensi

50 60 70 80 luar untuk menambah dana

bagi menambah sumber Guru Unit
bantuan Kebajikan dan

pengurusan

Meningkatkan pemantauan kantin

70 75 80 85 berdasarkan borang
pemeriksaan kendiri Jabatan

Kesihatan Negeri Kedah

Memperkasakan bimbingan

70 80 90 100 pengurusan emosi ,
sosialisasi dan interaksi

murid

Kaunselor

Meningkatkan jumlah sesi
70 90 120 150 kaunseling (individu dan

kelompok) kepada murid

29

KAEDAH PENGUKURAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) KEMAJUAN HAL EH

KEBERHASILAN UTAMA KPI KORPORAT
Kemajuan Hal Ehwal Murid
OB 1: KPI 1 : Peratus pelaksanaan program
HEM mengikut ketetapan pentadbiran

OB 2: KPI 1: Peratus pencapaian SUMUR d

OB 2:KPI 2 : Bilangan kes disiplin kategori s

OB 3: KPI 1: Meningkatkan kualiti penguru
keselamatan, kesihatan dan keceriaan (3K)
sekolah

OB 3: KPI 2: Peratus penarafan kantin seko
dewan makan asrama
OB 4 : KPI 1 : Peratus murid penerima bimb
menunjukkan peningkatan akademik

OB 4 : KPI 2 : Bilangan murid yang menerim
bimbingan kaunseling

PIK MMYN 2021-2025

HWAL MURID

m setiap unit KAEDAH PENGUKURAN KPI

di sekolah OB 1: KPI 1: Berdasarkan rekod bimbingan dan pemantauan ke atas
sederhana setiap unit

OB 2: KPI 1: Berdasarkan rekod penilaian SUMUR sekolah
OB 2 : KPI 2 : Berdasarkan rekod fail laporan disiplin

usan OB 3: KPI 1: Berdasarkan Rekod Penilaian keselamatan, kesihatan
) di setiap dan keceriaan (3K) sekolah

olah dan OB 3: KPI 2: Berdasarkan Rekod Pemeriksaan Kendiri Jabatan
bingan yang Kesihatan Negeri Kedah

ma OB 4 : KPI 1 : Berdasarkan rekod pencapaian akademik pelajar fail
kaunseling

OB 4 : KPI 2 : Berdasarkan rekod sesi kaunseling individu dan
kelompok

30

PIK MMYN 2021-2025

PENGUPAYA: PENGURUSAN PENTADBIRAN

Bahagian Pengurusan Pentadbiran adalah seiring dan saling bantu membantu antara satu bahagian
dengan bahagian yang lain. Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan yang
berkesan dan memberikan perkhidmatan dengan cekap dan lancar dan dalam masa yang sama perlu
mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih sistematik, selesa dan kondusif.

Warga kerja MMYN merupakan lantikan Lembaga Maktab Mahmud yang mana kekal berkhidmat di
tempat yang sama sehingga bersara. Sehubungan ini, pentadbiran merasakan ada keperluan bagi
mengadakan satu kajian kepuasan pekerja bagi mengetahui sejauh mana pekerja telah berpuashati
dengan perkhidmatan dan pengurusan Lembaga serta persekitaran kerja yang sihat untuk warga
pekerja.

Selaras dengan usaha ini, pelaksanaan EKSA dalam organisasi MMYN akan dapat mewujudkan
suasana kerja yang lebih kemas, bersih, tersusun dan berimej korporat. Keadaan ini akan memberi
impak ke arah peningkatan produktiviti MMYN , penambahbaikan kualiti penyampaian perkhidmatan
serta membantu ke arah proses kerja yang lebih efektif dan mengurangkan kos operasi. Keselamatan
di tempat kerja juga akan lebih terjamin di samping dapat meningkatkan motivasi kerja warga MMYN.

Digariskan 1 objektif seperti berikut:

1. Meningkatkan persekitaran kerja yang fleksibel dan kondusif untuk produktiviti jabatan

Bagi mencapai objektif berkenaan, inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

• Meningkatkan tahap kepuasan kerja dengan mewujudkan persekitaran kerja yang fleksibel
dan kondusif

• Membudayakan persekitaran kerja yang kondusif menerusi amalan EKSA yang cekap dan
berterusan

Melalui Pelan Induk Kecemerlangan ini adalah diharapkan persekitaran kerja yang kondusif dapat
diwujud dan ditambahbaik dalam memastikan Lembaga Maktab Mahmud dapat meneruskan
kecemerlangan budaya kerja berprestasi tinggi.

31

ROAD MAD PENGUPAYA: PENGURUSAN PENTADBIRAN

KPI

Objektif Petunjuk Prestasi Pemilik KPI Tov 20
Utama 2020

PENGUPAYA: PENGURUSAN PENTADBIRAN

OB 1: KPI 1: Peratus tahap Pengetua TB 6
Meningkatkan kepuasan pekerja di TB T
persekitaran kerja tahap 4
yang fleksibel dan
kondusif untuk KPI 2: Tahap
produktiviti persekitaran kerja
jabatan yang kondusif.
(EKSA)

PIK MMYN 2021-2025

STRATEGIK 2024 2025 Inisiatif Pertanggung
Sasaran Jawaban

021 2022 2023

Meningkatkan tahap

kepuasan kerja

dengan mewujudkan

60 70 80 90 95 persekitaran kerja

yang fleksibel dan

kondusif PK

Membudayakan Pentadbiran

Cemerlang persekitaran kerja
Cemerlang
TB yang kondusif
Baik menerusi amalan
Memuaskan
EKSA yang cekap dan

berterusan

32

KAEDAH PENGUKURAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PENGURUSAN PEN

PENGUPAYA KPI KORPOR
Pengurusan Pentadbiran
OB 1: KPI 1: Peratus kepuasa
tahap 4

OB 2: KPI 1: Tahap persekita
kondusif

PIK MMYN 2021-2025

NTADBIRAN KAEDAH PENGUKURAN KPI
RAT
an pekerja di OB 1: KPI 1: Borang kepuasan pekerja tahap 1-4 MMYN

aran kerja yang OB 2: KPI 1: Kriteria Pensijilan EKSA yang diaplikasi melalui
penilaian kendiri dan pentadbiran LMM

33

PIK MMYN 2021-2025

PENGUPAYA: PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Pembangunan Pendidikan merupakan satu komponen terpenting di dalam sesebuah instutusi
pendidikan. Tugas dan peranan bahagian ini termasuklah merancang dan mengurus pelan intervensi
bagi meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah , kualiti pengajaran dan pemudahcaraan yang
dipraktikan oleh para guru serta mengenal pasti kekuatan, keperluan kemajuan dan pembangunan
pendidikan sekolah .Selain itu, bahagian ini juga berperanan untuk mewujud dan memperkukuhkan
jalinan dan jaringan strategik dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dengan pihak sekolah.

Bahagian Pembangunan Pendidikan telah mengenal pasti 2 objektif iaitu:

1. Meningkatkan kualiti pengurusan sekolah
2. Meningkatkan kerjasama strategik dalam bidang pengurusan dan kepimpinan

pendidikan

Bagi mencapai objektif berkenaan, inisiatif yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

• Meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah
• Meningkatkan kualiti pengajaran guru
• Meningkatkan kerjasama strategik dengan pihak luar.

Pihak sekolah mensasarkan Pembangunan Pendidikan sepertimana direncanakan akan dapat dicapai
dalam tempoh lima tahun sepertimana yang digariskan dalam buku PIK 2021-2025 ini.

34

ROAD MAP PENGUPAYA: PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

KPI

Objektif Petunjuk Prestasi Pemilik KPI Tov 2021
Utama 2020

PENGUPAYA: PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

OB 1: KPI 1: Peratus NA 30
Meningkatkan kepimpinan sekolah
kualiti yang mencapai
pengurusan tahap 4
sekolah
KPI 2: Peratus guru Pengetua
yang mencapai
kualiti PdPc melebihi 30 40
80 %

OB 2: KPI 1: Bilangan Pengetua NA 1
Meningkatkan program kolaboratif Pengetua NA 4
kerjasama yang dilaksanakan
strategik dalam
bidang KP 2 : Bilangan hari
pengurusan menghadiri kursus
dan dalam setahun
kepimpinan
pendidikan


Click to View FlipBook Version