BIL PERKARA JUMLAH HARGA
Sumbangan daripada pihak
1 Cenderahati
Bunting pengusaha kantin
2. RM 60.00
(majlispelancaran)
RM 20.00
3. Belon RM 5.00
4 Reben RM100
5 Sijil RM10 X 110 orang
= RM1100
6 Hamper RM 1285.00
JUMLAH
12.0 PENUTUP
Dengan penganjuran kempen ini, diharapkan agar semua murid dan
guru lebih peka terhadap peraturan-peraturan kantin sekolah terutamanya
tertib makan di kantin. Selain itu, diharapkan juga kempen ini dapat
mempertingkatkan lagi kebersihan kantin sekolah seterusnya secara tidak
langsung dapat memelihara kesejahteraan sekolah.Menjadi harapan pihak
penganjur dengan kempen ini dapat menyuburkan akhlak baik pada murid
dan dapat membentuk peribadi terbaik yang dapat dicontohi.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
________________________ __ ___________________
(NOOR LAILA BT MOHD YUSOFF) (NORHAYATI BT MOHD ZAINI)
Penyelaras Program, Pengerusi Program,
Idola Kantin. Idola Kantin.
Disahkan oleh,
__________________________
(FIRDAUS BIN HJ ABU HANIFAH)
Guru Besar,
Sek . Keb. Bukit Sentosa.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA
JALAN BS 7, BUKIT SENTOSA 2
RAWANG, SELANGOR
LAPORAN PROGRAM
“IDOLA KANTIN”
2020
ANJURAN:
UNIT KANTIN
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA
NAMA PROGRAM:
Program Idola Kantin
PENDAHULUAN:
Program Idola Kantin ini dianjurkan untuk semua murid dan guru di Sekolah
Kebangsaan Bukit Sentosa, yang mana bertujuan memberi kesedaran yang lebih
mendalam terhadap peraturan – peraturan di kantin sekolah terutamanya terhadap tertib
makan di kantin. Pengisian program ini merangkumi pendedahan semula terhadap
peraturan-peraturan kantin dan penganugerahan kepada murid yang mengamalkan
tertib yang betul semasa di kantin. Kempen ini juga bertujuan membentuk peribadi murid
mengamalkan akhlak yang baik dan sopan serta menjadi contoh kepada murid yang
lain.
Pelancaran program ini telah diadakan pada 24 Febuari 2020 (Isnin) semasa sesi
perhimpunan rasmi persekolahan. Semasa pelancaran ini, murid-murid dan guru-guru telah
didedahkan semula dengan peraturan-peraturan kantin sekolah dan tertib makan di kantin
sekolah. Seterusnya, pada setiap hujung bulan bermula Febuari 2020 enam orang murid
dari sesi pagi dan enam petang telah dipilih dan dianugerahkan sebagai “Idola Kantin”.
Hadiah yang disumbangkan oleh pihak pengusaha kantin ialah berupa voucher makanan
MATLAMAT:
Matlamat kempen ini adalah untuk mempertingkatkan amalan tertib makan yang
betul semasa makan di kantin, di samping mengukuhkan lagi pematuhan
terhadap peraturan – peraturan kantin sekolah.
Memupuk akhlak yang baik sekaligus membentuk peribadi yang terpuji semasa
berada di kantin dan dapat dicontohi.
OBJEKTIF:
Program Kempen Idola Kantin ini diadakan demi mencapai beberapa objektif iaitu:
1. Menggalakkan murid – murid dan guru – guru mengamalkan tertib makan yang betul
di kantin sekolah.
2. Memberi kesedaran kepada murid dan guru tentang kepentingan menjaga tertib
makan di kantin.
3. Meningkatkan sahsiah di kalangan murid.
4. Mengukuhkan lagi pematuhan terhadap peraturan – paraturan kantin.
5. Menjaga kebersihan kantin dan sekolah.
REFLEKSI:
1. KEKUATAN PROGRAM
Program Idola Kantin ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak,
termasuklah pihak pengusaha dan pekerja kantin, guru-guru dan murid-murid. Kempen ini
dapat mempertingkatkan amalan tertib makan yang betul semasa makan di kantin, serta
mengukuhkan lagi pematuhan terhadap peraturan – peraturan kantin sekolah terutamanya
di kalangan murid-murid. Penghargaan dan anugerah yang disampaikan pada setiap bulan
kepada murid contoh (Idola) yang telah mengamalkan amalan tertib di kantin telah
menyuntik semangat di kalangan murid-murid lain untuk terus mengamalkan amalan tertib
di kantin. Persaingan sihat ini juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi
pematuhan peraturan-peraturan kantin oleh murid-murid. Mereka lebih peka dengan
perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan dan tidak sepatutnya dilakukan di kantin. Selain
itu, program ini telah memberi impak yang baik terhadap kebersihan kantin sekolah.
Kepekaan murid-murid terhadap kebersihan kantin juga telah menyumbang kepada
kebersihan sekolah ini sendiri.
Selain itu, murid Idola Kantin akan diberikan dengan sijil khas dan nama mereka
akan dimasukkan ke dalam sistem SSDM sekolah dibawah amalan baik. Ini dapat
menggalakkan murid dalam meningkatkan sahsiah mereka di sekolah terutamanya ketika
berada di kantin sekolah.
2. KELEMAHAN PROGRAM
Kelemahan kempen ini ialah ketidakhadiran murid ke sekolah untuk menebus
voucher makanan dan sekaligus ini menyukarkan pihak kantin untuk menguruskannya.
Selain itu, pihak guru yang bertugas juga mempunyai kekangan masa untuk mengenalpasti
idola kantin kerana waktu rehat hanya 20 minit.
3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi menambah baik lagi pelaksanaan program ini, dicadangkan agar pihak
pengusaha kantin bekerjasama dengan guru-guru bertugas mingguan dalam melaksanakan
pemilihan murid tertib di kantin.
4. PENUTUP
Penganjuran kempen ini diharap dapat mencapai objektif yang diharapkan dan dapat
diteruskan pada masa akan datang. Kempen ini masih berterusan sehingga bulan
Oktober 2020.
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IDOLA KANTIN 2020
IDOLA KANTIN PADA BULAN FEBRUARI 2020
Disediakan oleh: Disemak oleh:
………………………….. …………………………………….
(AZLILI BINTI MURAD) (NOR HAYATI BT MOHD ZAINI)
Ketua Unit Kantin (Sesi Petang) GPK Hal Ehwal Murid
SK Bukit Sentosa SK Bukit Sentosa
Disahkan oleh:
……………………………….
(FIRDAUS B ABU HANIFAH)
Guru Besar
SK Bukit Sentosa
3.3.2
PENGURUSAN DISIPLIN
MURID
Rujukan : SKBS.700-10/1/1( )
Tarikh : 06 Januari 2020
Semua Ibu bapa/ Penjaga,
Murid Sek.Keb. Bukit Sentosa.
Tuan/Puan,
MAKLUMAN PERATURAN PEMAKAIAN UNIFORM SEKOLAH DAN KEKEMASAN DIRI MURID
Perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan/puan perlu mematuhi peraturan pemakaian uniform sekolah dan
kekemasan diri mengikut yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
3. Peraturan pemakaian uniform sekolah dan kekemasan diri adalah seperti di lampiran.
4. Diharapkan melalui surat makluman ini, pihak tuan/puan dapat memantau pemakaian uniform sekolah dan
kekemasan diri anak agar anak jagaan tuan/puan sentiasa mematuhi peraturan sekolah seperti yang telah dinyatakan di
dalam buku peraturan sekolah. Oleh itu, sekiranya didapati anak tuan/puan tidak mematuhi peraturan pemakaian
uniform sekolah dan kekemasan diri yang telah ditetapkan pada sesi persekolahan 2020, pihak Unit Disiplin dan Unit
Pengawas tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sepatutnya berdasarkan surat pekeliling dan SOP tatacara
pengurusan disiplin murid.
5. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
………………………………….
(EN FIRDAUS BIN HJ ABU HANIFAH)
Guru Besar,
Sek. Keb. Bukit Sentosa
s.k : fail Sekolah
fail Unit Disiplin
LAMPIRAN
1. Rambut
1.1 Tidak dibenarkan mewarna atau menggunakan gel pada rambut.
1.2 Panjang rambut lelaki tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Istilah Rambut panjang bagi murid lelaki SKBS ialah seperti berikut :
1.2.1 Di belakang – rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga.
1.2.2 Di depan - rambut menutupi garisan tengah dahi.
1.2.3 Di sebelah - rambut menutupi kedua-dua belah telinga atau sebahagian daripadanya dan
“sideburn” melebihi garisan tengah hidung.
1.2.4 Di atas - panjang rambut lebih daripada 3 inci.
1.3 Sekiranya murid melanggar peraturan, maka pihak sekolah akan memotong dengan potongan 2.
1.4 Bagi murid perempuan yang bertudung hendaklah memakai anak tudung manakala murid perempuan
bukan islam rambut hendaklah diikat dengan kemas dan rapi/bereben hitam.
2. Kuku
2.1 Kuku murid mestilah sentiasa pendek dan tidak memakai inai atau pewarna kuku.
3. Lencana
3.1 Semua murid-murid di mestikan memakai lencana sekolah.
3.2 Lencana hendaklah dipakai di atas saku sebelah kiri murid-murid lelaki dan sebelah kiri atas bagi murid
perempuan.
3.3 Lencana yang kabur warnanya mestilah diganti baru.
3.4 Semua murid di mestikan memakai tanda nama yang dibeli dengan pihak sekolah.
3.5 Tanda nama hendaklah dipakai di bawah lencana sekolah.
4. Kasut dan sarung kaki/stoking
4.1 Semua murid dimestikan memakai kasut. Selipar tidak dibenarkan kecuali terdapat kecederaan di kaki.
4.2 Semua murid dimestikan memakai sarung kaki/stoking mengikut warna kasut.
5. Kehadiran murid ke sekolah
5.1 Sesi pagi – Murid perlu berada di sekolah selewat-lewatnya jam 7.20 pagi. (Isnin- Jumaat)
5.2 Sesi petang - Murid perlu berada di sekolah selewat-lewatnya jam 1.20 petang (Isnin) manakala
jam 12.50 (Selasa, Rabu, Khamis) dan jam 2.00 (Jumaat).
……………………………………………………… potong di sini……………………………………………………
(Sila kembalikan semula kepada guru kelas)
Saya……………………………..adalah ibu /bapa/penjaga kepada murid yang bernama………………………….dari
kelas……………………………… bersetuju dengan peraturan sekolah serta berjanji akan memastikan anak jagaan saya
sentiasa akur dan mematuhi segala peraturan sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Terima Kasih.
Tandatangan Murid Tandatangan ibu/bapa/penjaga
……………………….. ……………………………..
() ()
Tarikh:
PELAN OPERASI SK BUKIT SENTOSA TAHUN 2020
Sektor/PPD/ MELUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN JADUAL 3
Sekolah BERKEMAMPUAN
Bidang/Unit UNIT HAL EHWAL MURID SKBS/HEM/PS/03
Nama Pemantapan Sahsiah (OPS SPOTCHECK & SMART LOOK)
Program
Objektif Bilangan kes salah laku kekemasan diri diminimumkan.
Tempoh Sehari
Semua Murid dan pengawas sekolah
Kumpulan Unit Disiplin dan Unit Pengawas
Sasaran
Tanggungja
wab
1. Perbincangan dan pengagihan tugas
2. Taklimat kpd semua murid tentang peraturan pemakaian
seragam dijalankan setiap bulan.
3. Taklimat kepada unit pengawas- agihan tugas
Proses 4. Pelaksanaan - pemeriksaan setokin,kasut, seluar, rambut,
Kerja kuku dan pakaian seragam/PEMERIKSAAN BEG
SEKOLAH
5. Surat akuan dan tandatangan kesalahan disiplin
6. Amaran dan nasihat
7. Sistem ssdm
Kekangan (Tulis masalah semasa atau selepas program dilaksanakan semasa pemantauan atau sepanjang program)
.Kekangan masa dan jumlah murid yang terlalu ramai.
Pemantauan (Oleh siapa dan bagaimana pemantauan dilakukan serta ulasan setiap bulan)
Guru Disipin, setiausaha unit HEM, dan guru bertugas.
Dijalankan selepas perhimpunan, selepas rehat dan di mana sahaja.
Penilaian (Selepas program dilaksanakan. Bergantung kepada pencapaian objektifnya)
Pada peringkat awal tahun murid mematuhi peraturan. Murid terlalu ramai agar sukar untuk
mengesan murid melanggar peraturan.
Penambahb (Berdasarkan hasil penilaian/pemerhatian, nyatakan penambahbaikan setiap tiga bulah (mengikut keadaan) untuk
aikan meningkatkan keberkesanan program (semasa dan akan datang)
Semua guru perlu memainkan peranan Iaitu menegur terus murid apabila melakukan
kesalahan kekemasan diri.
Nama Penilai : Tandatangan Penilai :
Tarikh :
PELAN OPERASI UNIT PENGAWASSK BUKIT SENTOSA TAHUN 2020
Sektor/PPD/S MELUASKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI JADUAL 3
ekolah DAN BERKEMAMPUAN
Bidang/Unit UNIT HAL EHWAL MURID SKBS/HEM/PS/03
Nama Watikah perlantikan Pengawas
Program
Objektif Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang terlibat atas sumbangan
mereka dalam membantu pengurusan sekolah berjalan dengan lancar
Tempoh Sehari
Kumpulan Barisan pengawas sekolah
Sasaran
Tanggungjaw Unit Pengawas
ab
Proses 1. Perbincangan dan pengagihan tugas para guru unit pengawas.
Kerja 2. Taklimat kpd semua pengawas sekolah.
3. Taklimat kepada unit pengawas- agihan tugas
4. Raptai
5. Nasihat kepada para pengawas.
Kekangan (Tulis masalah semasa atau selepas program dilaksanakan semasa pemantauan atau sepanjang
program)
Tiada
Pemantauan (Oleh siapa dan bagaimana pemantauan dilakukan serta ulasan setiap bulan)
Guru Disipin, setiausaha unit HEM, dan guru bertugas.
Dijalankan semasa perhimpunan sekolah.
Penilaian (Selepas program dilaksanakan. Bergantung kepada pencapaian objektifnya)
Majlis berlangsung dengan lancer.
Penambahbaik (Berdasarkan hasil penilaian/pemerhatian, nyatakan penambahbaikan setiap tiga bulah (mengikut
an keadaan) untuk meningkatkan keberkesanan program (semasa dan akan datang)
Kekangan masa.
Nama Penilai : Tandatangan Penilai :
Tarikh :
SK BUKI
T SENTOSA, 48300 RAWANG, SELANGOR
KERTAS KERJA
PROGRAM ‘JOM KE SEKOLAH ‘
TAHUN 2020
TARIKH: 20 JANUARI 2020
HARI: ISNIN
MASA: 7.20 – 9.00 PAGI
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN SKBS
KERTAS KERJA
PROGRAM JOM KE SEKOLAH SK BUKIT SENTOSA, 48300 RAWANG, SELANGOR
TAHUN 2020
PENGENALAN
Program Jom ke Sekolah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah
laku murid,.Penglibatan pihak Polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan
Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM. Pegawai Perhubungan Sekolah juga boleh menjadi sumber
rujukan pihak sekolah berkaitan undang-undang dan salah laku disiplin
Program ini juga diharapkan dapat menghindar murid daripada ponteng sekolah, membantu
mencegah salah laku disiplin murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang
menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
OBJEKTIF
1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah
dan pihak PPS.
2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan
jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di
dalam atau di luar sekolah.
3. Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan
memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada
warga sekolah dan ibu bapa.
PERLAKSANAAN
Tarikh: 20 Januari 2020
Hari: Isnin
Masa: 7.30 – 8.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKBS
SASARAN:
Semua murid SKBS
AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Firdaus bin Abu Hanifah (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi :Pn Nor Hayati bt Mohd Zaini (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Pn. Rosni bt Kassim (PK Pentadbiran)
: Pn Anisah bt Jamian (PK Kokurikulum)
: Pn Siti Zaleha bt Ahmad Sahim (PK Petang)
Penyelaras : En Rosmadi bin Johari (Ketua Guru Disipln)
Penolong Penyelaras : Pn Khadijah bt Ismail (Guru Bimbingan Kaunseling)
Setiausaha : Pn Nur Shahirah bt Mohamad Azmi (Setiausaha Disiplin)
AJK PELAKSANA
Juru acara : Pn Rahimah bt mokhtar
PA Sistem : En Rosmadi b Johari
: En Abdul wahab b Hanafi
Buku Program : Pn Nur Shahirah bt Mohamad Azmi
Pn Khadijah bt ismail
Jurugambar : Pn Ruzaimah bt Yusuf
Bunting : Pn Khadijah bt Ismail
Gimik dan Notice Board PPS : Pn. Mariani bt Mahmud
Pn Rohaya bt Hashim
Laporan Dokumentasi : Pn Nur Shahirah bt Mohamad Azmi
Pn Khadijah bt Ismail
Kawalan Disiplin Murid : Semua G
TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
7.20. Pagi Murid dan guru berhimpun
7.30 Pagi Ucapan Guru Bertugas Guru bertugas
Nyanyian Lagu Negaraku,
Selangor, dan sekolah
Bacaan doa Pengawas bertugas
Bacaan Ikrar Guru bertugas
Ucapan Guru Bertugas
Ucapan Alu-aluan Pengacara Pn Rahimah bt Mokhtar
Majlis
Ucapan PK Hal Ehwal Murid Pn Nor Hayati bt Mohd Zaini
Ucapan Pegawai Polis Seranta Sarjan 194699
(PPS) Rosmalina bt Azizan
(Penolong Pegawai Penyiasat)
Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotk
IPD Hulu Selangor
Ucapan Guru Besar En Firdaus bin Abu Hanifah
Gimik dan Perasmian Program
Perasmian Papan Kenyataan Sarjan 194699 Rosmalina bt
Bersurai Azizan
9.00 pagi
ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH SUMBER
BIL PERKARA RM 60.00 PCG UBK
1. Bunting Jom Ke Sekolah (1)
JUMLAH KESELURUHAN RM 60.00
PENUTUP
Semoga objektif yang disasarkan akan menjadi kenyataan dan harapan untuk melihat murd-murid
SKBS hadir ke sekolah dengan sepenuhnya tercapai . Jalinan mantap antara SKBS dan PDRM
diharapkan dapat menjadi medan membentuk sahsiah murid-murid kearah yang lebih positif dan
berkesan.
Semoga Allah jua yang memberkati usaha murni kita demi kejayaan anak-anak didik SKBS 2020
ini..
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
…………………. …………………… ……………………
(FIRDAUS B ABU HANIFAH)
(KHADIJAH BT ISMAIL (NOR HAYATI BT MOHD ZAINI) Guru Besar
Guru Bimbingan Kaunseling PK Hal Ehwal Murid
KERTAS KERJA SAMBUTAN BULAN ANTI DADAH TAHUN 2020
SK BUKIT SENTOSA, 48300 RAWANG, SELANGOR
1.0 PENGENALAN
Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan disambut setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari
Anti dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan
generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang
demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan
lapisan komuniti masyarakat.
Selain itu, menerusi aktiviti – aktiviti yang diatur, murid – murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini
sebaik - baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid – murid secara menyeluruh demi
melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada
pembangunan sosial negara sekali gus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.
Program ini juga dibuat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah”.
2. 0 MATLAMAT
1. Untuk memastikan murid – murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan
mengamalkannya;
2. Supaya murid – murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan
keselamatan masyarakat.
3. 0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut:
1. Memastikan murid – murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat;
2. Mendidik murid – murid tentang keburukan dadah seawal peringkat pra sekolah lagi;
3. Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah;
4. Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid – murid
4.0 Perlaksanaan
Tarikh : 10 Februari 2020
Hari : Isnin
Masa : 7.30 Pg & 5.30 Ptg
Tempat : Tapak Perhimpunan
KUMPULAN SASARAN
Seluruh warga sekolah
PENASIHAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN BULAN ANTIDADAH
: FIRDAUS B. ABU HANIFAH
PENGERUSI : NOR HAYATI BT. MOHD ZAINI
NAIB PENGERUSI : ROSNI BT KASSIM
ANISAH BT JAMIAN
SITI ZALEHA BT AHMAD SAHIM
PENYELARAS : RAMANI A/P RAMACHANDRAN
PENOLONG PENYELARAS : ZARIAYATI LAILI BT ZAKARIA
AJK PELAKSANA
Buku Program
Ramani Ramachandran
Norbaizura Bt Baharom
P.A Sistem
Rosmadi B. Johari
Izhan B. Zuki
Gimik Perasmian
Ruzaimah Bt Yusof
Ramani Ramachandran
Zuraidah Bt Mahemad Zuki
Gegantung
En. Zainuddin B. Ali
Pertandingan Sajak
Zalena Bt Rasedin
Rosmaniza Bt Ali
Pertandingan Mewarna
Zainudin B.Ali
Maimunah Bt Yusof
Pertandingan Nyanyian
Mohammad B. Kamari
Suresh Panneer Selvam
Pertandingan Jombola
Mohd Shukry B. Abdul Rahman
Tayangan Video
Abdul Wahab B. Hanafi
Widyan B. Ramli
Kuiz Anti Dadah
Ruzaimah Bt Yusof
Ramani Ramachandran
Juru gambar
Mohammad B. Kamari
Noorwati Bt Jaafar
Laporan Dokumentasi
Khadijah Bt Ismail
Jaslina Bt Ismail
6.0 PROGRAM BULAN ANTIDADAH
HARI AKTIVITI TINDAKAN
PPDa & Kelab
10.2.2020 Perhimpunan
Nyanyian Lagu Negaraku, Selangor dan Selangor
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar
Ucapan Guru Bertugas
Ucapan Alu –aluan Pengacara Majlis
Ucapan Pegawai AADK Hulu Selangor
Gimik Perasmian
Bacaan Ikrar Antidadah Ketua Murid
Minggu 2 Kuiz Antidadah Kelab Antidadah
Setiap Minggu Tayang Video Panitia PK
Minggu 3 Pertandingan Jombola Panitia PJ
Minggu 4 Pertandingan Nyanyian Panitia Muzik
Pertandingan Mewarna Pra sekolah – Tahun Panitia Seni
Pertandingan Sajak Panitia BM
28.2.2020 Majlis Penutup Bulan Antidadah PPDa & Kelab
Penyampain Hadiah
7.0ANGGARAN PERBELANJAAN
Hadiah
1. Kuiz Anti Dadah RM 2.00 X 12 RM 24.00
RM 12.00
2. Pertandingan Jom Bola RM 2.00 X 6 RM 18.00
RM 42.00
3. Pertandingan Menyanyi RM 2.00 X 9 RM 30.00
RM 60.00
4. Pertandingan Mewarna RM 2.00 X 21
RM 186.00
5. Pertandingan Sajak RM 2.00 X 15
6. Banting
JUMLAH
Sumber kewangan : PCG kaunseling
10. PENUTUP
Diharap aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. ia juga akan
dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran semua warga sekolah terhadap masalah dadah . Adalah
diharapkan aktiviti - aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari
semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat
sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada seluruh warga sekolah.
Disediakan Oleh. Disemak Oleh, Disahkan Oleh,
……………………… ……………………….. ……………………..
Firdaus B. Abu Hanifah
Ramani Ramachandran Nor Hayati Bt Mohd Zaini Guru Besar
Guru Kaunseling PK HEM
MINIT MESYUARAT UNIT DISPLIN KALI PERTAMA 2020
SK BUKIT SENTOSA
Tarikh : 7 JANUARI 2020
Hari : Khamis
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Al Khawarizmi , SK Bukit Sentosa
Kehadiran :
1. En Rosmadi bin Johari Ketua Disiplin (Pagi)
2. En Mohd Widyan bin Ramli Ketua Disiplin (Petang)
3. Pn. Nur Shahirah binti Mohamad Azmi Setiausaha Disiplin
4. En. Abdul Wahab bin Hanafi AJK Disiplin
5. En. Khaizatul Hisyam bin Miswan AJK Disiplin
6. Pn. Norbaizura binti Bahrom AJK Disiplin
7. Pn. Rosmaniza binti Ali AJK Disiplin
8. Pn. Nurul Ain binti Ahmad Jais AJK Disiplin
9. Pn. Maimunah binti Yusof AJK Disiplin
10. Pn. Norasmah binti Mohd Amin AJK Disiplin
11. Pn. Ruzaimah binti Yusof AJK Disiplin
Tidak Hadir
1. Pn. Rahimah binti Mokhtar (Terlibat mesyuarat pengurusan jadual waktu)
Turut Hadir Guru Besar
1. En. Firdaus Bin Haji Abu Hanifah
Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn. Nur Shahirah binti Mohamad Azmi
1. Perutusan Pengerusi (En. Rosmadi bin Johari)
1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan selamat datang.
1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk yang hadir ke mesyuarat Disiplin kali
Pertama tahun 2020
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Dicadangkan untuk pengesahan oleh En. Abdul Wahab bin Hanafi.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh En Khaizatul Hisyam bin Miswan.
3. Perkara –perkara Berbangkit.
3.1 En. Rosmadi merujuk perkara 4.2.1.3 berkenaan masalah disiplin di mana kesemua masalah
disiplin pada tahun lepas telah selesai dan masalah pada awal tahun ini adalah masalah rambut
murid-murid yang panjang.
3.2 En. Rosmadi merujuk perkara 5.1 berkenaan buku laporan disiplin dan melaporkan bahawa
kesemua kesalahan murid di dalam kelas direkodkan di dalam buku keberadaan murid.
4. Ucapan Guru Besar (En. Firdaus bin Haji Abu Hanifah)
4.1 En. Firdaus menekankan kepentingan semua ahli menepati masa. Beliau mengucapkan
syabas dan terima kasih kepada jawatankuasa disiplin pada tahun 2019 yang telah menjalankan
tanggungjawab dengan cemerlang
4.2 Beliau berharap Unit Disiplin pada tahun 2020 akan lebih baik pada tahun ini supaya tahap
disiplin kekal pada tahap cemerlang.
5. Laporan Pengerusi (En. Rosmadi bin Johari)
5.1 En. Rosmadi menekankan kepada guru-guru disiplin untuk mengingatkan murid-murid
bahawa mereka seharusnya berdisiplin setiap masa terutamanya di rumah kerana disiplin bermula
di rumah.
Tindakan : Makluman
5.2 Beliau membuat pembahagian tugas untuk pengurusan fail Disiplin di mana fail SSDM
diuruskan oleh beliau sendiri bersama En. Widyan dan satu fail diuruskan oleh Pn. Nur Shahirah.
Tindakan : En. Rosmadi, En. Widyan, Pn. Nur Shahirah
5.3 Beliau menyatakan bahawa Bilik Disiplin terbuka kepada semua guru-guru disiplin untuk
digunakan bagi menaip atau mencetak surat berkaitan dengan disiplin
5.4 Beliau menggesa semua ahli unit memberi salinan perlantikan sebagai AJK Unit Disiplin
kepada beliau, Encik Widyan atau Pn. Nur Shahirah untuk dimasukkan ke dalam fail.
5.5 Beliau menyatakan bahawa ‘spot check’ akan diteruskan lagi pada tahun ini dengan dibantu
oleh semua guru-guru disiplin. Beliau melantik ketua yang akan menjalankan ‘spot check’ iaitu Pn.
Rahimah (sesi pagi) dan En. Hisyam dibantu oleh Pn Maimunah (sesi petang).
5.6 Beliau mengagihkan tugasan bagi memeriksa buku keberadaan guru bagi setiap tahun untuk
mengambil tindakan bagi murid-murid yang telah dicatat kesalahan di dalam buku tersebut. Buku-
buku ini mesti diperiksa setiap bulan.
5.6.1 Tahun 1 – Pn. Baizura
5.6.2 Tahun 2 – Pn. Rosmaniza
5.6.3 Tahun 3 – Pn. Nurul Ain
5.6.4 Tahun 4 – Pn. Nur Shahirah
5.6.5 Tahun 5 – Pn. Norasmah
5.6.6 Tahun 6 – Pn. Ruzaimah
Tindakan : Pn. Baizura, Pn. Rosmaniza, Pn. Ain, Pn. Shahirah, Pn. Norasmah, Pn. Ruzaimah)
5.7 Beliau memberitahu tentang ‘Notice Board’ Disiplin yang perlu dikemaskini dan memaparkan
maklumat-maklumat terkini mengenai hal-hal disiplin. Beliau menyatakan jika mana-mana guru
disiplin yang hendak memaparkan apa-apa maklumat, maklumat tersebut boleh diserahkan kepada
beliau dan En. Widyan.
Tindakan : Makluman
5.8 Beliau memaklumkan semua guru-guru disiplin berkenaan kehadiran murid ke sekolah pada
waktu pagi adalah sebelum pukul 7.20am. Sekiranya terdapat murid yang hadir lebih lewat
daripada 7.20am, namanya akan dicatit oleh pengawas yang bertugas. Jika terdapat murid yang
hadir lebih lewat daripada 7.30am pula, borang kehadiran lambat akan diberikan kepada murid
tersebut untuk diisikan oleh ibu bapanya.
Tindakan : Makluman
6. Laporan Ketua Disiplin Sesi Petang (En. Widyan bin Ramli)
6.1 En. Widyan mengingatkan guru-guru mengenai laluan balik ke sekolah untuk tahun 1, 2 dan
3. Pengukuhan laluan ini akan diadakan pada minggu hadapan untuk Tahun 1. Beliau mengagihkan
tugas untuk menjaga laluan-laluan tersebut.
6.1.1 Pagar belakang : En. Khaizatul Hisyam
6.1.2 Pagar depan : Pn. Maimunah dan Pn Nurul Ain
6.1.3 Laluan bilik Kesihatan : Pn. Baizura
6.1.4 Laluan bilik SPBT : Pn. Rosmaniza
Tindakan : En. Hisyam, Pn. Maimunah, Pn. Ain, Pn. Baizura, Pn. Rosmaniza
6.2 Beliau mengingatkan mengenai penggunaan Pas Keluar Kelas yang diselaraskan dan
dikeluarkan oleh penyelaras-penyelaras pada setiap tahun.
Tindakan : Makluman
6.3 Beliau juga menyebut mengenai kawasan-kawasan larangan iaitu di pondok-pondok waktu
tengahari. Beliau menggesa semua guru untuk mengingatkan murid mengenai kawasan larangan ini
dan memberitahu murid-murid bahawa mereka seharusnya terus ke kantin, teduhan kasih atau
dewan terbuka apabila mereka sampai di sekolah.
Tindakan : Makluman
6.4 Beliau memberi ingatan kepada guru-guru untuk mengisi SSDM bagi murid-murid yang telah
dikenalpasti ponteng sekolah atau tidah hadir tanpa sebab. Surat amaran harus dikeluarkan oleh
guru-guru kelas setelah terdapat murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab untuk beberapa hari.
Tindakan : Makluman
6.5 Beliau menyatakan bahawa catatan kesalahan murid-murid di dalam buku Keberadaan
Murid mesti disemak oleh penyelaras-penyelaras tahun 1,2 dan 3. Beliau menyatakan bahasa
masalah-masalah disiplin yang kecil akan diselesaikan oleh penyelaras setiap tahun dan masalah-
masalah disiplin yang besar akan diselesaikan oleh beliau sendiri.
Tindakan : Penyelaras Tahun 1,2,3
6.6 Beliau mengingatkan semua guru untuk tidak menerima apa-apa aduan melalui aplikasi
‘Whatsapp’ atau panggilan telefon. Sekiranya terdapat aduan, aduan itu mesti disalurkan secara
rasmi di pejabat sekolah.
Tindakan : Makluman
7. Hal-hal Lain
7.1 Pn. Rosmaniza mencadangkan mengenai Zon Senyap di mana murid-murid perlu senyap
semasa melalui kawasan tersebut. Kawasan percubaan yang dicadangkan ialah daripada kelas
3USM/6USM sehingga tangga sebelum Dewan terbuka. Sepanduk ‘Tolong Senyap’ akan diletakkan di
kawasan itu untuk mengingatkan murid-murid mengenai kawasan larangan tersebut.
Tindakan : Makluman
7.2 En. Abdul Wahab mencadangkan ‘spot check’ kekemasan diri diadakan setiap bulan secara
mengejut tetapi bagi permulaan iaitu tiga bulan pertama ini, ‘spot check’ diadakan setiap minggu
agar murid-murid sentiasa waspada dan tidak melakukan kesalahan kekemasan diri. Murid-murid
akan diperiksa dari segi rambut, kuku, inai dan juga alat solek.
Tindakan : Makluman
7.3 Pn. Baizura bertanya mengenai ibu bapa tahun 1 yang meminta kebenaran untuk
menghantar buku atau melihat kelas anak mereka selepas Minggu Transisi. En. Firdaus menyatakan
bahawa ibu bapa boleh meninggalkan buku tersebut di pejabat dan tidak dibenarkan ke kelas anak-
anak mereka.
Tindakan : Makluman
7.4 En. Rosmadi menyatakan bahawa tandas di dewan Budiman adalah untuk kegunaan guru-
guru sahaja dan murid-murid tidak dibenarkan menggunakannya. Beliau meminta guru-guru untuk
mengingatkan murid-murid mengenai larang-larangan tersebut.
Tindakan : Makluman
7.5 Pn. Ruzaimah bertanya mengenai prosedur rampasan telefon. En. Rosmadi menyatakan
bahawa telefon akan dirampas dan maklumat murid akan dicatat kemudian diberi kepada En
Rosmadi. Ibu bapa akan dipanggil ke sekolah dan berjumpa dengan PK HEM.
Tindakan : Makluman
7.6 Pn. Ruzaimah juga bertanya mengenai prosedur borang kehadiran lewat. En. Rosmadi
menyatakan bahawa pengawas yang bertugas akan mencatat nama murid yang lewat daripada
7.30am. Murid itu akan diberikan borang untuk diserahkan kepada ibu bapa. Borang tersebut akan
dikutip semula oleh pengawas dan diberi ke En. Rosmadi untuk disimpan di dalam fail.
Tindakan : Makluman
7.7 En. Rosmadi menyatakan mengenai kesalahan mata merit murid-murid. Murid-murid akan
diberi mata merit yang akan dipotong berdasarkan setiap kesalahan disiplin yang dilakukan pada
tahun tersebut. Penerangan mengenai mata merit ini akan diberitahu kemudia n. Beliau juga
mengingatkan semua guru-guru Unit Disiplin untuk membiasakan diri dengan SSDM agar dapat
menjadi rujukan guru-guru lain.
Tindakan : Makluman
8. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada 2.10 petang dengan bacaan Surah Al-Asr.
Urus Setia: Tarikh : 10 Januari 2020
Unit Disiplin
Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa
MINIT MESYUARAT UNIT DISPLIN KALI KEDUA 2020
SK BUKIT SENTOSA
Tarikh : 4 April 2020
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Atas Talian (Google Meet)
Kehadiran :
12. En Rosmadi bin Johari Ketua Disiplin (Pagi)
13. En Mohd Widyan bin Ramli Ketua Disiplin (Petang)
14. Pn. Nur Shahirah binti Mohamad Azmi Setiausaha Disiplin
15. En. Abdul Wahab bin Hanafi AJK Disiplin
16. En. Khaizatul Hisyam bin Miswan AJK Disiplin
17. Pn. Norbaizura binti Bahrom AJK Disiplin
18. Pn. Rosmaniza binti Ali AJK Disiplin
19. Pn. Nurul Ain binti Ahmad Jais AJK Disiplin
20. Pn. Maimunah binti Yusof AJK Disiplin
21. Pn. Norasmah binti Mohd Amin AJK Disiplin
22. Pn. Ruzaimah binti Yusof AJK Disiplin
23. Pn. Rahimah binti Mokhtar AJK Disiplin
Urus Setia Mesyuarat :
2. Pn. Nur Shahirah binti Mohamad Azmi
2. Perutusan Pengerusi (En. Rosmadi bin Johari)
2.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan selamat datang.
2.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk yang hadir ke mesyuarat Disiplin kali
Kedua tahun 2020
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Dicadangkan untuk pengesahan oleh Pn. Norbaizura binti Bahrom.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Ruzaimah binti Yusof.
3. Perkara –perkara Berbangkit.
3.1 En. Rosmadi merujuk perkara 6.4 berkenaan pengisian SSDM dimana semua guru perlu
mengemaskini dan mencatat amalan baik dan salahlaku murid-murid.
3.2 En. Rosmadi merujuk perkara 5.6 berkenaan buku laporan disiplin dan melaporkan bahawa
kesemua kesalahan murid di dalam kelas direkodkan di dalam buku keberadaan murid.
4. Laporan Pengerusi (En. Rosmadi bin Johari)
4.1 En. Rosmadi menekankan mengenai penjarakkan murid selepas pembukaan sekolah. Semua
guru bertanggungjawab memastikan penjarakkan sosial diaplikasikan murid-murid.
Tindakan : Makluman
4.2 Beliau menyatakan bahawa kemungkinan akan ada penggiliran murid ke sekolah kerana
bilangan murid terlalu ramai di dalam kelas dan sukar memastikan penjarakkan sosial antara murid-
murid.
Tindakan : Makluman
4.3 Beliau juga menyatakan bahawa murid-murid akan direhatkan secara bergilir supaya tidak
berlaku kesesakan di kantin dan guru-guru disiplin perlu bersedia untuk bertugas bagi memastikan
murid-murid menjaga jarak antara satu sama lain.
Tindakan : Makluman
4.4 Beliau menyatakan bahawa murid-murid akan diwajibkan membawa sanitizer serta topeng
muka sendiri bagi menjaga diri sendiri dan memastikan kebersihan masing-masing semasa di
sekolah.
Tindakan : Makluman
4.5 Beliau menyatakan bahawa ‘spot check’ tidak akan diteruskan buat sementara waktu
melainkan jika terdapat keperluan seperti kecurian dan sebagainya berikutan wabak Covid-19 dan
semua perlu menjaga jarak antara satu sama lain.
Tindakan : Makluman
4.6 Namun begitu, beliau menegaskan pemeriksaan buku keberadaan masih diteruskan dan
mesti diperiksa oleh guru-guru yang bertugas. Setiap kesalahan juga perlu diisi di dalam sistem
APDM untuk diberi tindakan.
(Tindakan : Pn. Baizura, Pn. Rosmaniza, Pn. Ain, Pn. Shahirah, Pn. Norasmah, Pn. Ruzaimah)
4.7 Beliau memaklumkan semua guru-guru disiplin berkenaan kehadiran murid ke sekolah pada
waktu pagi adalah seperti biasa iaitu sebelum pukul 7.20am. Namun begitu, sekiranya terdapat
murid yang hadir lebih lewat daripada 7.20am, namanya akan dicatit oleh guru yang bertugas
kerana pengawas tidak dibenarkan berada di pintu pagar pada waktu pagi.
Tindakan : Makluman
5. Laporan Ketua Disiplin Sesi Petang (En. Widyan bin Ramli)
5.1 En. Widyan mengingatkan guru-guru bahawa terdapat banyak perubahan selepas sekolah
dibuka kelak. Oleh itu, guru-guru disiplin perlu bertugas bagi memastikan disiplin murid-murid
berada pada tahap yang baik.
Tindakan : Makluman
5.2 Beliau juga memberi peringatan supaya guru-guru disiplin memerhati kekemasan diri murid-
murid seperti rambut dan kuku apabila sekolah mula dibuka nanti.
Tindakan : Makluman
5.3 Beliau memberi ingatan kepada guru-guru untuk mengisi SSDM bagi murid-murid yang telah
dikenalpasti ponteng sekolah atau tidah hadir tanpa sebab. Surat amaran harus dikeluarkan oleh
guru-guru kelas setelah terdapat murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab untuk beberapa hari.
Tindakan : Makluman
6. Hal-hal Lain
6.1 En. Rosmadi menyatakan bahawa kesemua SOP semasa pembukaan sekolah akan
bergantung pada pengumuman KPM kelak dan guru-guru perlu bersedia kerana terdapat banyak
perubahan bagi norma baharu.
Tindakan : Makluman
7. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada 11.30 pagi dengan bacaan Surah Al-Asr.
Urus Setia: Tarikh : 12 April 2020
Unit Disiplin
Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa
MINIT MESYUARAT UNIT DISPLIN KALI KETIGA 2020
SK BUKIT SENTOSA
Tarikh : 17 September 2020
Hari : Khamis
Masa : 12.30 – 1.30pm
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :
24. En Rosmadi bin Johari Ketua Disiplin (Pagi)
25. En Mohd Widyan bin Ramli Ketua Disiplin (Petang)
26. Pn. Nur Shahirah binti Mohamad Azmi Setiausaha Disiplin
27. En. Abdul Wahab bin Hanafi AJK Disiplin
28. En. Khaizatul Hisyam bin Miswan AJK Disiplin
29. Pn. Norbaizura binti Bahrom AJK Disiplin
30. Pn. Rosmaniza binti Ali AJK Disiplin
31. Pn. Nurul Ain binti Ahmad Jais AJK Disiplin
32. Pn. Maimunah binti Yusof AJK Disiplin
33. Pn. Norasmah binti Mohd Amin AJK Disiplin
34. Pn. Ruzaimah binti Yusof AJK Disiplin
35. Pn. Rahimah binti Mokhtar AJK Disiplin
Urus Setia Mesyuarat :
3. Pn. Nur Shahirah binti Mohamad Azmi
3. Perutusan Pengerusi (En. Rosmadi bin Johari)
3.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan selamat datang.
3.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk yang hadir ke mesyuarat Disiplin kali
Ketiga tahun 2020
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Dicadangkan untuk pengesahan oleh Pn. Rosmaniza binti Ali.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Maimunah binti Yusof
3. Perkara –perkara Berbangkit.
Tiada perkara berbangkit.
4. Laporan Pengerusi (En. Rosmadi bin Johari)
4.1 En. Rosmadi menekankan mengenai penjarakkan murid semasa di sekolah. Semua guru
bertanggungjawab memastikan penjarakkan fizikal diaplikasikan murid-murid.
Tindakan : Makluman
4.2 Beliau menyatakan bahawa sistem kehadiran murid adalah seperti awal tahun Cuma
bertukar waktu iaitu bermula 7.30am. Murid-murid yang lewat daripada masa tersebut akan
diambil nama dan surat akan diberi kepada ibu bapa.
Tindakan : Makluman
4.3 Beliau menyatakan bahawa operasi Ops Smart Look akan dijalankan semula di mana guru-
guru disiplin akan memantau kuku, rambut, tanda nama, uniform, stokin dan kasut murid-murid.
Tindakan : Makluman
4.4 Beliau meminta guru-guru untuk sama-sama membantu memantau keadaan murid-murid
pada waktu rehat kerana murid-murid didapati tidak menjaga penjarakan fizikal masing-masing
semasa mencuci tangan selepas waktu rehat. Guru-guru diharapkan dapat menggalakkan murid-
murid menggunakan sudu.
Tindakan : Makluman
4.5 Beliau menyatakan bahawa “Spot Check” akan diteruskan dengan kerjasama unit Disiplin
kerana beliau mendapat aduan bahawa terdapat murid-murid yang membawa barang-barang
larangan ke sekolah.
Tindakan : Makluman
4.6 Beliau menegaskan pemeriksaan buku keberadaan masih diteruskan dan mesti diperiksa
oleh guru-guru yang bertugas. Setiap kesalahan juga perlu diisi di dalam sistem APDM untuk diberi
tindakan.
(Tindakan : Pn. Baizura, Pn. Rosmaniza, Pn. Ain, Pn. Shahirah, Pn. Norasmah, Pn. Ruzaimah)
5. Laporan Ketua Disiplin Sesi Petang (En. Widyan bin Ramli)
5.1 En. Widyan mengingatkan memerhati kekemasan diri murid-murid seperti rambut dan kuku
kerana terdapat murid yang berambut panjang dan berkuku panjang serta memakai inai.
Tindakan : Makluman
5.2 Beliau memberi ingatan kepada guru-guru untuk mengisi SSDM bagi murid-murid yang telah
dikenalpasti ponteng sekolah atau tidah hadir tanpa sebab. Surat amaran harus dikeluarkan oleh
guru-guru kelas setelah terdapat murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab untuk beberapa hari.
Tindakan : Makluman
6. Hal-hal Lain
6.1 Pn. Maimunah bertanya tentang ketidakhadiran murid ke sekolah atas sebab masih takut
dengan virus Covid-19. Adakah murid-murid ini dibenarkan untuk tidak hadir dan memberi surat ke
pohak sekolah. En. Rosmadi menyatakan bahawa Pekeliling berkaitan ketidakhadiran ke sekolah
hanya berkuatkuasa sehingga 31 Ogos 2020 dan belum ada pekeliling yang baru. Oleh itu, jika
terdapat murid yang masih tidak hadir, murid itu boleh dikenakan tindakan disiplin.
Tindakan : Makluman
7. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 petang dengan bacaan Surah Al-Asr.
Urus Setia: Tarikh : 20 September 2020
Unit Disiplin
Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa
3.3.3
PENGURUSAN
KESELAMATAN MURID
PELAN LALUAN
KECEMASAN & PELAN
LALUAN COVID-19
SK BUKIT SENTOSA
MINIT MESYUARAT KALI KEDUA
JAWATANKUASA KESELAMATAN
TARIKH / HARI : 6 Julai 2020 / Isnin
MASA : 12.00 – 1.00 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Bukit Sentosa
KEHADIRAN :
1. En Muhammad Syazwan bin Hamdan
2. En Azmi bin Hassan
3. Pn Wan Faiza binti Wan Yusoff
4. En Mohamad bin Kamari
5. Pn Rohaya binti Hamidi
6. Pn Mariani binti Aziz
7. En Saifuddin bin Johari
8. En Muhamad Ezhar bin Zawawi
AGENDA MESYURARAT
1.0 Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat menghadiri
mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan kali kedua. Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru
yang terlibat dengan mesyuarat ini memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan
sekolah terutama ketika Negara masih menghadapi wabak COVID-19 ketika ini.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti yang dirancang akan ditambah baik supaya
sesuai dengan keadaan semasa.
2.0 Program Keselamatan
2.1 Pengerusi memperingatkan semula tanggungjawab guru keselamatan terutamanya ketika
menghadapi wabak COVID-19 ketika ini. Beberapa pendekatan seperti penjarakan fizikal dan
sanitasi meja dan tempat duduk murid perlu dilakukan setiap hari. Ini melibatkan juga kelab yang
termasuk dalam unit 3K.
Tindakan : Ketua dan AJK Keselamatan
2.2 Program gotong-royong akan diadakan bagi menyusun kedudukan tempat duduk murid ketika
era COVID-19 berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh KPM. Program ini akan melibatkan semua
guru, terutamanya guru – guru kelas.
Tindakan : Guru – guru SK Bukit Sentosa
3.0 Maklumat Tambahan
3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pelan pergerakan murid – murid perlu dirangka supaya
terdapat penjarakan fizikal ketika murid pergi dan balik ke sekolah.
Tindakan : Ketua dan AJK Keselamatan
3.2 Cikgu Azmi menyuarakan pandangan beliau supaya penutup longkang yang rosak dilaporkan
segera kepada pihak pentadbir supaya tiada kecederaan berlaku kepada murid mahupun guru.
Tindakan : Ketua dan AJK Keselamatan
4.0 Hal Hal Lain
4.1 Gotong royong untuk menyediakan laluan murid akan diadakan dan melibatkan semua AJK
Keselamatan pada 9 Julai 2020. Guru – guru diminta memakai pakaian yang bersesuaian.
Tindakan : Ketua dan AJK Keselamatan
5.0 Ucapan Penangguhan
5.1 Pengerusi berharap semua guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program
keselamatan pasca COVID-19 kerana bekerja sebagai satu pasukan amatlah penting dalam setiap
aktiviti sekolah, terutamanya gotong royong yang akan diadakan tidak lama lagi.
5.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat hadir dan memberi perhatian
terhadap maklumat dalam mesyuarat kali ini.
5.3 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 1.00 petang.
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
______________________________________ _______________________________
(EN.MUHAMMAD SYAZWAN B HAMDAN) (PN NOR HAYATI BT MOHD. ZAINI)
Ketua Unit Keselamatan Pen Kanan HEM,
SK Bukit Sentosa, SK Bukit Sentosa,
48300 Rawang, 48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan. Selangor Darul Ehsan.
SK BUKIT SENTOSA
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA
JAWATANKUASA KESELAMATAN
TARIKH / HARI : 27 Januari 2020 / Isnin
MASA : 1.10 – 2.30 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Bukit Sentosa
KEHADIRAN :
1. En Muhammad Syazwan bin Hamdan
2. En Azmi bin Hassan
3. Pn Wan Faiza binti Wan Yusoff
4. En Mohamad bin Kamari
5. Pn Rohaya binti Hamidi
6. Pn Mariani binti Aziz
7. En Saifuddin bin Johari
8. En Muhamad Ezhar bin Zawawi
AGENDA MESYURARAT
1.0 Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat menghadiri
mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan . Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru yang
terlibat dengan mesyuarat ini memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan
sekolah.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa aktiviti yang dirancang adalah selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2015-2025 , di bawah anjakan 3 (Melahirkan rakyat Malaysia
dengan penghayatan nilai) dan untuk mencapai aspirasi murid yang beretika dan memiliki
kerohanian yang tinggi.
2.0 Program Keselamatan
2.1 Pengerusi menerangkan pengurusan keselamatan yang meliputi objektif, carta organisasi
dan senarai tugas. Unit Keselamatan diketuai oleh pengerusi iaitu En Muhammad Syazwan bin
Hamdan untuk sesi pagi dan En Azmi bin Hassan untuk sesi petang. Jawatankuasa ini dibantu oleh
beberapa orang guru sebagai AJK .
Tindakan : Ketua dan AJK Keselamatan
2.2 Program Latihan Kebakaran perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada 2 Mac 2020 dan 3 Ogos
2020. Latihan ini akan melibatkan semua murid, guru dan staf SK Bukit Sentosa. Bagi memastikan
keberkesanan program ini, pihak Jawatankuasa Keselamatan sekolah akan meminta bantuan
daripada Bomba daerah Bukit Beruntung untuk ceramah dan latihan kebakaran.
Tindakan : Ketua dan AJK Keselamatan
3.0 Maklumat Tambahan
3.1 Pengerusi memaklumkan pintu pagar utama sentiasa ditutup, pelawat mesti melapor diri di
pondok pengawal sebelum masuk ke sekolah dengan berpakaian sopan.
Tindakan : Ketua Keselamatan
3.2 Cikgu Mohamad mengharapkan pihak tertentu dapat melupuskan perlatan rosak seperti meja
dan kerusi di belkang kelas tahun 6 bagi memastikan keselamatan pelajar-pelajar semasa melintas.
Tindakan : Pentadbir
4.0 Hal Hal Lain
4.1 Gotong royong kali kedua akan diadakan ,melibatkan persekitaran kawasan sekolah.
Pelaksanaannya akan dimaklumkan kemudian.
Tindakan : Ketua dan AJK Keselamatan
5.0 Ucapan Penangguhan
5.1 Pengerusi berharap semua guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program
keselamatan. Bekerja sebagai satu pasukan amatlah penting dalam setiap aktiviti sekolah,
terutamanya gotong royong yang akan diadakan tidak lama lagi.
5.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat hadir dan memberi perhatian
terhadap maklumat dalam mesyuarat kali ini.
5.3 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 2.30 petang.
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
______________________________________ ________________________________
(EN.MUHAMMAD SYAZWAN B HAMDAN) (PN NOR HAYATI BT MOHD. ZAINI)
Ketua Unit Keselamatan Pen Kanan HEM,
SK Bukit Sentosa, SK Bukit Sentosa,
48300 Rawang, 48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan. Selangor Darul Ehsan.
3.3.4
PENGURUSAN
KESIHATAN MURID
DCA SQUAD
(DESTROY
COVID AGENT)
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA
JALAN BUKIT SENTOSA 7, BUKIT SENTOSA
48300 RAWANG, SELANGOR
Tarikh MINIT MESYUARAT UNIT KESIHATAN
Hari BILANGAN 1 TAHUN 2020
Masa
Tempat : 14 Januari 2020
: Selasa
: 12:30 tengah hari
: Bilik Mesyuarat
Kehadiran :
1. Pn Nor Diyana Bt Ali (Pengerusi)
2. Pn Zairina Bt Abd Hamid
3. Pn Hamidah Bt Abdullah
4. Pn Zariyati Laili Binti Zakaria
5. Pn NurSyazana Binti Shahrom
6. Pn Sayyidah Adilah Binti Mohd Ramli
Turut Hadir :
1. Pn. Nor Hayati Bt Mohd Zaini – PK HEM
Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn Rohana Bt Harun ( Setiausaha Unit Kesihatan)
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan alu-aluan kepada AJK yang hadir dan mengucapkan
tahniah kepada AJK baru yang telah dilantik dalam Unit Kesihatan bagi sesi
2020.
2. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT
- Tiada
3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
- Tiada
4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN
4.1 Unit Kesihatan
4.1.1 Pengerusi memaklumkan Unit Kesihatan sekolah dan Kelab Doktor Muda
(KDM) akan bergabung dalam melaksanakan atau melibatkan program
kesihatan.
Tindakan: Makluman
4.1.2 Pengerusi menegaskan info kesihatan akan disampaikan pada setiap hari
Khamis (7.20-7.30 pagi) seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Topik
yang disampaikan mengikut kesesuaian tahap murid. Tugasan untuk
penyampaian info akan bermula pada bulan Februari 2020. (Rujuk
Lampiran)
Tindakan: Semua AJK Pagi
4.2 Program Rekod Kesihatan Murid (RKM)
4.2.1 Semua murid wajib ada buku RKM kecuali tahun 1 dan tahun 2 kerana
data mereka diisi secara atas talian (online). Guru-guru perlu memastikan
setiap murid mempunyai buku RKM. Jika murid yang tiada buku RKM,
guru kelas perlu memberitahu ajk Unit Kesihatan untuk membelinya
dengan harga RM1.00. Guru kelas juga perlu memastikan segala
maklumat dalam RKM dilengkapi dan dikemaskini.
Tindakan: Semua Guru Kelas
4.3 Program Kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
4.3.1 Lawatan kesihatan dan pergigian sekolah.
Pengerusi memaklumkan lawatan kesihatan dan pergigian akan
dimaklumkan oleh doktor yang mengendalikan lawatan ke sekolah.
Pengerusi memberitahu borang kebenaran rawatan imunisasi dan
pergigian akan direzo dan di edarkan kepada guru-guru kelas sesi 2020.
Tindakan: Makluman