The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohaya sorfina, 2020-11-12 08:31:22

EVIDENS SKPMG II (HEM)

prepared by:Rohaya Hashim

Keywords: UNIT HEM 2020

MAJLIS PELANCARAN BULAN ANTI DADAH PADA 17/02/2020

PENYAMPAIAN SIJIL BAGI KELAS TERBERSIH SETIAP BULAN

PENGURUSAN 3K DAN LAPORAN PROGRAM-PROGRAM 3K
(25/02/2020)

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH
UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS

(Ceramah,Spotcheck dan Smart Look)





PERSIAPAN PECEGAHAN PENULARAN COVID 19























MINIT
MESYUARAT
INDUK HEM

2020

MINIT MESYUARAT INDUK HEM BILANGAN 1 TAHUN 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA

Tarikh : 30 Disember 2019
Hari : Isnin
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Budiman , SK Bukit Sentosa

Kehadiran :

1. Pn Nor Hayati Bt Mohd Zaini PK HEM (pengerusi)
Setiausaha
2. Pn. Rohaya bt Hashim Setiausaha
UBK
3. Pn. Zuraidah Bt Mahamed Zuki UBK
UBK
4. Pn. Khadijah bt Ismail Unit Disiplin
Unit Disiplin
5. Pn. Jaslina Bt Ismail Unit Pengawas
Unit Pengawas
6. Pn. Ramani a/p Ramachandran Unit JPMC
Unit JPMC
7. En. Rosmadi B. Johari Unit Kebersihan dan Keceriaan
Unit Kebersihan dan Keceriaan
8. En. Muhammad Widyan b. Ramli Unit Kebajikan
Unit Kebajikan
9. En. Mohammad Azamuddin B. Abd Aziz Unit Kantin
Unit Kantin
10. Pn. Zanariah Bt Abdul Unit Keselamatan
Unit Keselamatan
11. En. Abdul Wahab b. Hanafi Unit Kesihatan
Unit Kesihatan
12. Pn.Esnainey Bt Ramle Unit RMT & Projek Susu Sekolah
Unit RMT & Projek Susu Sekolah
13. Pn. Hasfalila Bt Hassan Unit SPBT

14. Pn. Norma Bt Yasin

14. Pn. Roslina Bt Wan. Ab Rahim

15. Pn. Rosniza bt Abdul Rahim

16. Pn. Noor Laila Bt Mohd Yusoff

17. Pn. Azlili bt Murad

18. En. Muhammad Syazwan B. Hamdan

19. En. Azmi b. Hassan

19. Pn. Nor Diyana bt Ali

20. Pn. Zairina bt Abd Hamid

21. Pn. Ruzilawati Bt Mahadi

22. Pn. Siti Khadijah Bt Che Mat Rezuan

23. Pn. Miliyana Bt Johari

23. Pn. Anizah Bt Hussin Unit SPBT
24. En. Mohd Zaironi B. Markimin Unit Sistem Online

25. Pn. Rasidah Bt Gulam Mohamad Unit Sistem Online
26. Pn. Mariani bt Mahmud Unit PPS
27. Pn. Sarimah bt Ibrahim Unit PPS
27. Pn. Anis Sabirin Bt Abdul Majid Unit Prosaz
28. Pn. Zurina Bt Bajuri Unit Prosaz
29. Pn. Durar Adilah Bt Mohd Sani Unit Denggi
30. Pn. Rabiatul Adawiyah Bt Mohamad Unit Denggi
31. Pn. Noor Hamilin Bt Baharom Unit KWAMP/e-Kasih
32. Pn. Wardati Binti Harmain Unit KWAMP/e-Kasih

Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn. Rohaya bt Hashim
2. Pn. Zuraidah Binti Mahamed Zuki

1.0 UCAPAN PENGERUSI – EN FIRDAUS BIN HAJI ABU HANIFAH

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan selamat datang.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa unit HEM atas

kerjasama semua dan mengucapkan tahniah atas pelaksanaan program sepanjang 2019.

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Dicadangkan untuk pengesahan oleh En. Rosmadi b. Johari.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh En Muhammad Widyan b. Ramli.
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA –PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 LAPORAN GURU BESAR – EN. FIRDAUS BIN HAJI ABU HANIFAH

4.1.1 Guru besar berharap program yang telah dirancang untuk tahun 2020 akan
4.1.2 berjalan dengan lancar dan mengikut takwim yang ditetapkan.
Kerjasama yang padu dari semua pihak amat penting dalam membentuk disiplin
dan sahsiah murid.

Tindakan :Makluman

4.2 LAPORAN GPK HEM

4.2.1 Pn Norhayati merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa
4.2.2 yang telah memberi komitmen terhadap tugas sepanjang tahun 2019.
4.2.3 Pn Norhayati juga merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat cemerlang Pn
Nora’zzah Binti Bibit sebagai setiusaha unit HEM selama ini.
Ucapan tahniah juga untuk guru-guru yang baru dilantik sebagai jawatankuasa
HEM bagi sesi 2020.

Tindakan:Makluman

4.2.3.1 ENROLMEN
- Jumlah murid setakat 30/12/2019 seramai 2693 orang termasuk
2 kelas Pra Sekolah.
- SKBS mempunyai murid paling ramai di Hulu Selangor.
Tindakan:Makluman

4.2.3.2 JAWATANKUASA INDUK
- Jawatan induk seperti SSDM,APDM,PROSAZ,RMT,SPBT dan EMK
tidak boleh diubah sewenang-wenangnya.
- Ini kerana jawatan-jawatan tersebut akan dipantau secara
online.
- Jawatan-jawatan ini juga akan melibatkan peratus audit prestasi
sekolah.
- Oleh itu,diharap guru yang terlibat dapat melaksanakan tugas
dengan baik.
Tindakan:Ketua Unit SSDM,APDM,PROSAZ,RMT dan SPBT

4.2.3.3 Pengurusan Hari Pertama Sekolah
- Guru bertugas dan guru kelas perlu menyusun murid mengikut
kelas di tapak perhimpunan.
- Ketua guru bertugas mengendalikan perhimpunan sepenuhnya
pada hari pertama serta memberi ucapan aluan yang
bermotivasi agar dapat menarik murid datang ke sekolah.
- Guru bertugas perlu asingkan murid yang tidak tahu kelas
mereka ketika berada di tapak perhimpunan.

- Sambutan murid di pintu pagar bersama 8 orang pengawas dan
guru bertugas.
Tindakan:Guru bertugas dan guru pengawas

4.2.3.4 Guru Kelas
- Pada hari pertama sekolah,guru kelas mengiringi murid naik ke
kelas.
- Pastikan kelas dikemas dengan bersih dan teratur.
- Susun murid di dalam kelas dan ambil kedatangan murid.
- Guru kelas juga perlu melantik Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
- Jika ada murid sakit,guru kelas yang perlu menghubungi penjaga
murid.
- Beri rawatan segera kepada murid yang sakit jika luka yang tidak
serius.
Tindakan : Guru kelas

4.2.3.5 Guru Bertugas Mingguan
- Ketua bertugas menyediakan jadual bertugas sebelum minggu
bertugas.
- Ketua bertugas memastikan ahli bergerak ke bahagian masing-
masing mengikut jadual supaya disiplin murid terkawal.
- Guru yang bertugas dikehendaki datang awal bagi mengawal
murid ditapak perhimpunan.
- Mengawal murid semasa dan selepas waktu rehat. Guru terlibat
digalakkan mengambil sedikit masa bersama-sama pengawas
memantau pakaian dan kekemasan diri murid.
- Apabila tamat pdpc guru waktu akhir keluar selepas semua
murid keluar. Guru juga perlu berada di belakang barisan murid
semasa murid beratur dan mengawal laluan balik murid.
- Lengkapkan laporan bertugas mingguan.
- Surat kehadiran lewat diberi kepada murid yang hadir pada jam
7.30 pagi ke atas.
Tindakan:Guru Bertugas Mingguan

4.2.3.6 Ponteng
- Peringatan kepada guru kelas,jika murid tidak hadir 3 hari
berturut-turut tanpa surat guru kelas perlulah menelefon atau
menghantar teks mesej kepada penjaga.
- Jika penjaga murid tersebut memberi maklum balas secara lisan
atau bertulis.Guru kelas boleh membuat catatan dan diberikan
kepada unit Kaunseling dan JPMC untuk tindakan selanjutnya.

- Sekiranya murid tidak hadir melebihi 3 hari, surat amaran
pertama di keluarkan. Jika tidak menerima sebarang maklum
balas dari ibu bapa murid, guru kelas membuat catatan
berkaitan.

- Setelah 7 hari murid masih belum hadir , surat amaran kedua
menyusul.

- Sekiranya tidak dapat dihubungi juga, surat amaran ketiga
menyusul setelah murid tidak hadir melebihi 10 hari.

- Guru kelas boleh merujuk pada tatacara menangani masalah
ponteng yang ditampal di setiap kelas.

- Murid yang tidak hadir secara konsisten, tindakan segera perlu
diambil seperti menelefon penjaga murid.

- Kes ponteng tegar, terus berhubung dengan Unit Bimbingan
dan Kaunseling.

- Guru kelas merujuk kepada Unit JPMC untuk sesi lawatan ke
rumah murid yang terlibat.
Tindakan: Guru Kelas,Unit UBK dan Unit JPMC

4.2.3.7 APDM Guru kelas diingatkan untuk melengkapkan buku daftar agung.
- Lengkapkan segala maklumat murid.
- Penyelaras aliran diminta untuk mendapatkan kata laluan
- utama(main) dari Pn Rasyidah atau Ustaz Zaironi.
Waktu kemaskini kehadiran APDM pada waktu sekolah atau
- selewat-lewatnya 11.59mlm.
Analisa kehadiran hendaklah dicetak selewat-lewatnya 5hb
- bulan berikutnya untuk disahkan.
Analisa tersebut disahkan setiap bulan dan dicetak untuk
- simpanan folder (pejabat).
Sentiasa mengemaskini e-kehadiran agar tiada lompong
-
Tindakan:Guru kelas

4.2.3.8 Pas Kebenaran Keluar Kelas
- Menjaga Pas Kebenaran Keluar Kelas murid agar tidak rosak
serta dilengkapkan dengan tali agar penggunaan pas tersebut
digunakan oleh murid lebih praktikal
- Sekiranya rosak guru kelas bertanggungjawab menggantikannya
yang baru.
Tindakan:Guru Kelas

4.2.3.9 Tindakan Ketua Unit HEM
- Mengemaskini folder yang masih belum lengkap( Ketua dan
Setiausaha unit).

- Ketua unit membuat pengagihan tugas dikalangan ahli agar
segala aktiviti berjalan lancar.

- Melaksanakan program mengikut perancangan dan tarikh yang
ditetapkan supaya dapat dilaksanakan dengan lancar.

- Setiausaha unit peka dengan tarikh mesyuarat unit masing-
masing.

- Sentiasa rujuk takwim HEM berkaitan program dan mesyuarat
unit supaya tidak terlepas tarikh yang telah dirancang.

- Mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali mengikut tarikh
takwim.

- Bagi unit terlibat laporan secara online hendaklah sentiasa peka
dengan tarikh penghantaran.

- Semua folder sentiasa berada di bilik Hem. Tidak dibenarkan
membawa keluar dari bilik Hem atau dibawa balik ke rumah
kerana dikhuatiri sekiranya ada pemantauan mengejut dari
pihak ppd.

- Kertas kerja program dihantar pada awal tahun dan masukkan
di dalam folder pengurusan program di bilik HEM.

- Setelah selesai program, ketua dan setiausaha unit menyiapkan
laporan seperti berikut,
- Jadual 3 (Pelan Operasi) beserta gambar
- Dokumentasi

- Unit yang ada Papan Kenyataan hendaklah sentiasa
mengemaskini maklumat mengikut keperluan dan isu semasa.
Tempoh mengemaskini papan info(Maklumat Jawatankuasa
2020) adalah sehingga hujung Januari ini
Tindakan:Ketua-Ketua Unit Hem dan Setiusaha Unit

4.2.3.10 Tindakan Semua Guru SKBS
- Semua guru adalah guru disiplin.
- Memasukkan salah laku dan amalan baik murid dalam
sistem SSDM.
ID : BBA5030
PW: SKBSBBA5030
- Penggunaan Pas Kebenaran Keluar - Guru menegur murid yang
keluar tanpa pas kebenaran keluar.
- Menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni kepada
murid.
- Mendidik murid menghargai harta benda sekolah dan
menggunakannya dengan penuh berhemah.
- Apabila murid melakukan salahlaku disiplin, guru terus menegur
murid tersebut agar tidak berulang lagi.

- Sentiasa memantau kekemasan diri murid.
- ‘OPS Smart Look’ (kekemasan diri) dan ‘Spot Check’ boleh

dilaksanakan oleh semua guru pada bila-bila masa . Borang-
borang boleh dapatkan dari guru disiplin dan Setiausaha Hem.
- Guru waktu akhir hendaklah memastikan kebersihan kelas dan
susunan kerusi meja teratur sebelum murid beratur di hadapan
kelas waktu balik.
- Jika ada murid sakit,guru yang berada dalam kelas yang
bertanggungjawab untuk memberitahu guru kelas

Tindakan:Makluman semua guru SKBS

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Norhayati mengingatkan penyelaras aliran untuk membuat tagging mengikut kelas
untuk memudahkan urusan penyusunan murid pada hari pertama sekolah.

5.2 Jumlah perkapita untuk bantuan KWAMP adalah RM240 setelah dikira bersama gaji
pokok dan elaun tetap.Kiraan tanggungan termasuk kedua ibu-bapa murid.

5.3 Guru Besar mengingatkan kepada guru yang terlibat dengan Lawatan e-trip perlu
membuat laporan segera dan memastikan Guru Besar membuat pengesahan sebelum
35 hari dari Tarikh laporan dibuat.

5.4 Bilik kesihatan telah ditambah baik dan diingatkan tidak masuk sesuka hati tanpa
kebenaran

5.6 Jualan di luar sekolah akan dipantau oleh unit PIBG.Unit PIBG akan memastikan tiada
makanan yang tidak berkhasiat dijual kepada murid.

5.7 Vending Machine hanya akan menjual air milo dan air mineral sahaja.Dibenarkan
beroperasi hanya pada hari Sabtu dan Ahad.

6.0 Penutup

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah memberi
kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung .Beliau mengharapkan kerjasama yang
erat dan kerja berpasukan yang berterusan demi memastikan kecemerlangan UNIT Hal
Ehwal Murid.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.17 tengahari dengan bacaan surah
Al-Asr .

Urus Setia:
Setiausaha Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa
Tarikh : 02 Januari 2020

MINIT MESYUARAT INDUK HEM BILANGAN 2 TAHUN 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA

Tarikh : 09 April 2020(Secara atas talian)
Hari : Khamis
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Di rumah masing-masing

Kehadiran :

1. En Firdaus b Hj Abu Hanifah Guru Besar(pengerusi)
PK HEM
2. Pn Nor Hayati Bt Mohd Zaini PK Kurikulum
PK Kokurikulum
3. Pn Hajjah Rosni bt Kassim Penyelia Petang
Setiausaha
4. Pn Anisah bt Jamian Setiausaha
UBK
5. Pn Siti Zaleha bt Ahmad Sahim UBK
UBK
6. Pn. Rohaya bt Hashim Unit Disiplin
Unit Disiplin
7. Pn. Zuraidah Bt Mahamed Zuki Unit Pengawas
Unit Pengawas
8. Pn. Khadijah bt Ismail Unit JPMC
Unit JPMC
9. Pn. Jaslina Bt Ismail Unit Kebersihan dan Keceriaan
Unit Kebersihan dan Keceriaan
10. Pn. Ramani a/p Ramachandran Unit Kebajikan
Unit Kebajikan
11. En. Rosmadi B. Johari Unit Kantin
Unit Kantin
12. En. Muhammad Widyan b. Ramli Unit Keselamatan
Unit Keselamatan
13. En. Mohammad Azamuddin B. Abd Aziz Unit Kesihatan

14. Pn. Zanariah Bt Abdul

15. En. Abdul Wahab b. Hanafi

16. Pn.Esnainey Bt Ramle

17. Pn. Hasfalila Bt Hassan

18. Pn. Norma Bt Yasin

19. Pn. Roslina Bt Wan. Ab Rahim

20. Pn. Rosniza bt Abdul Rahim

21. Pn. Noor Laila Bt Mohd Yusoff

22. Pn. Azlili bt Murad

23. En. Muhammad Syazwan B. Hamdan

24. En. Azmi b. Hassan

25. Pn. Nor Diyana bt Ali

26. Pn. Zairina bt Abd Hamid Unit Kesihatan
27. Pn. Ruzilawati Bt Mahadi Unit RMT & Projek Susu Sekolah

28. Pn. Siti Khadijah Bt Che Mat Rezuan Unit RMT & Projek Susu Sekolah
29. Pn. Miliyana Bt Johari Unit SPBT
30. Pn. Anizah Bt Hussin Unit SPBT
31. En. Mohd Zaironi B. Markimin Unit Sistem Online
32. Pn. Rasidah Bt Gulam Mohamad Unit Sistem Online
33. Pn. Mariani bt Mahmud Unit PPS
34. Pn. Sarimah bt Ibrahim Unit PPS
35. Pn. Anis Sabirin Bt Abdul Majid Unit Prosaz
36. Pn. Zurina Bt Bajuri Unit Prosaz
37. Pn. Durar Adilah Bt Mohd Sani Unit Denggi
38. Pn. Rabiatul Adawiyah Bt Mohamad Unit Denggi
39. Pn. Noor Hamilin Bt Baharom Unit KWAMP/e-Kasih
40. Pn. Wardati Binti Harmain Unit KWAMP/e-Kasih
41. Pn. Rahimah bt Mokhtar Penyelaras Tahun 6
42. Pn. Nor Asmah bt Mohd Amin Penyelaras Tahun 5
43. Pn. Rosmilah bt Badarusamin Penyelaras Tahun 4
44. Pn. Nurul Ain bt Ahmad Jais Penyelaras Tahun 3
45. Pn. Rosmaniza bt Ali Penyelaras Tahun 2
46. Pn. Norbaizura bt Bahrom Penyelaras Tahun 1
47. Pn Sabariah bt Salim Pembantu Tadbir

Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn. Rohaya bt Hashim
2. Pn. Zuraidah Binti Mahamed Zuki

1.0 UCAPAN PENGERUSI – EN FIRDAUS BIN HAJI ABU HANIFAH

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan selamat datang.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa unit HEM dan semua

penyelaras atas kerjasama semua dan mengucapkan tahniah atas pelaksanaan program
yang telah dijalankan.

Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Dicadangkan untuk pengesahan oleh En. Rosmadi b. Johari.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh En Muhammad Widyan b. Ramli.

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA –PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 LAPORAN GURU BESAR – EN. FIRDAUS BIN HAJI ABU HANIFAH

4.1.1 Guru besar memaklumkan kehadiran mesyuarat kali ini diambil kira sebagai PLC
dan boleh di key in dalam SPLKPM. Beliau juga berharap semua guru atau ketua
4.2.2 unit melaksanakan sekurang-kurangnya 5 sesi PLC dalam masa 10 hari, ini
4.1.3 adalah kerana laporan dari pihak PPD , kedudukkan PLC sekolah-sekolah Hulu
4.1.4 Selangor adalah yang terbawah berbanding sekolah daerah lain.
4.1.5 Beliau memaklumkan pihak sekolahtelah mendapat peruntukkan seperti
temperature gun, sabun tangan, hand sanitizer dan topeng pelitup
muka(mask). Beliau berharap ibu bapa dapat menyediakan mini hand sanitizer
kepada setiap murid dan sebaik-baiknya bertali dan diikat pada beg sekolah.
Beliau memaklumkan ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan serta
membuat persediaan sekiranya sekolah di buka. Namun begitu bergantung
pada pengumuman dari Kementerian Pendidikan nanti.
Tindakan seperti Guru bertugas mingguan mengambil suhu murid sebelum
masuk ke kawasan sekolah, murid menggunakan hand sanitizer dan penjarakkan
social dikalangan murid dan seluruh warga SKBS. Guru bertugas dikehendaki
datang awal ke sekolah.
Beliau memaklum juga pihak KPM akan mengeluarkan Garis Panduan berkaitan
pengurusan sekolah.

Tindakan :Makluman

4.2 LAPORAN PK HEM

4.2.1 Pn Norhayati memaklumkan PKP sepatutnya berakhir pada 15 April ini, maka
setiap unit Hem dan penyelaras tahun perlu mengadakan mesyuarat bersama
jawatankuasa masing-masing berbincang tentang persiapan sekiranya sekolah

dibuka semula pada 15 April ini terutama berkenaan kehadiran murid,
pergerakan murid, kedudukkan murid di dalam kelas dan penjarakkan murid di
kantin serta di kawasan sekitar sekolah.
4.2.2 Pn Norhayati juga mengingatkan berkenaan murid yang tidak hadir sekiranya
tiada surat sebab dikira sebagai ponteng.
4.2.3 Beliau memaklumkan Guru memeriksa suhu murid di pintu pagar utama.
sekiranya suhu 37.5° dan ke atas , murid perlu diarahkan pulang ke rumah.
4.2.4 Beliau juga memaklumkan agar Pn Sabariah menyediakan alatan pencegahan
pada hari pendaftaran murid tahun 1 sesi 2021.
4.2.5 Beliau berharap semua unit membuat PLC dan setiap PLC hendaklah disertakan
bukti dan gambar. Sekolah hanya mencapai 38% sedangkan minimum
pencapaian untuk setakat tempoh ini sepatutnya 40%.
4.2.6 Dalam PLC semua unit terlibat hendaklah membincangkan cara atau tindakan
kawalan yang perlu diambil sekiranya sekolah dibuka. Ketua unit
bertanggungjawab masukkan nama ahli mesyuarat dalam SPLKPM. Mesyuarat
boleh secara aplikasi wasap, telegram, video call, google meet dan lain-lain yang
bersesuaian.
4.2.7 Pihak pentadbir telah membeli alatan kawalan COVID -19 mengikut
peruntukkan waran yang dikeluarkan oleh PPD dan Jabatan. Antaranya
peralatan seperti Termometer Digital, hand sanitizer, sabun dan pelitup muka.
4.2.8 Penyusunan semua guru bertugas mingguan akan dilaksanakan oleh setiausaha
bagi melancarkan kawalan murid. Semua guru akan sentiasa mengingatkan
murid tentang SOP norma baharu seperti penjarakkan social, membawa pelitup
muka dan hand sanitizer. Hand Sanitizer dan pelitup muka akan disediakan
untuk guru sahaja.
4.2.9 Pelan kedudukkan murid di dalam kelas dan senarai nama pengagihan gotong
royong kelas akan disiapkan dalam masa terdekat. Semua guru akan menyusun
atur meja dan kerusi mengikut pelan tersebut.
4.2.10 Pihak sekolah menunggu SOP dari pihak KPM berkenaan kehadiran murid.

Tindakan : Ketua Unit Hem

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Zairina mencadangkan Guru kelas disediakan Hand Sanitizer oleh pihak sekolah
sebagai persediaan murid yang tidak membawa hand sanitizer ke sekolah.

5.2 Pn Rahimah mencadangkan guru waktu pertama yang bertanggungjawab murid kelas
itu semua memakai hand sanitzer sebelum masuk ke kelas. Guru bertugas juga
memastikan murid memakai sanitizer selepas rehat.

5.3 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak KPM akan mengeluarkan Garis Panduan
Pengurusan Murid dan sekolah akan melaksanakan megikut Garis Panduan tersebut.

5.4 Pn Norhayati merakamkan rasa syukur kerana setakat ini pihak sekolah belum
menerima panggilan dari pihak hospital. Ini bermakna murid SKBS bebas dari jangkitan
wabak COVID 19.

5.5 Guru Besar berharap semua guru mematuhi semua SOP yang disarankan oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia demi kebaikan bersama.

6.0 Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah memberi
kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung .Beliau mengharapkan kerjasama yang
erat dan kerja berpasukan yang berterusan demi memastikan kecemerlangan Unit Hal
Ehwal Murid. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi dengan bacaan surah Al-Asr
.

Urus Setia:
Setiausaha Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa
Tarikh : 20 April 2020

MINIT MESYUARAT INDUK HEM BILANGAN 3 TAHUN 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA

Tarikh : 12 Ogos 2020
Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi , SK Bukit Sentosa

Kehadiran :

1. Pn Nor Hayati bt Mohd Zaini PK HEM (Pengerusi)

2. Pn. Rohaya bt Hashim Setiausaha

3. Pn. Zuraidah bt Mahamed Zuki Setiausaha

4. Pn. Khadijah bt Ismail UBK

5. Pn. Jaslina bt Ismail UBK

6. En. Rosmadi b. Johari Unit Disiplin

7. En. Muhammad Widyan b. Ramli Unit Disiplin

8. En. Mohammad Azamuddin b. Abd Aziz Unit Pengawas

9. Pn. Zanariah bt Abdul Unit Pengawas

10. En. Abdul Wahab b. Hanafi Unit JPMC

11. Pn.Esnainey bt Ramle Unit JPMC

12. Pn. Norma bt Mohd Yasin Unit Kebersihan dan Keceriaan

13. Pn. Roslina Bt Wan. Ab Rahim Unit Kebajikan

14. Pn. Rosniza bt Abdul Rahim Unit Kebajikan

15. Pn. Azlili bt Murad Unit Kantin

16. En. Muhammad Syazwan B. Hamdan Unit Keselamatan

17. En. Azmi b. Hassan Unit Keselamatan

18. Pn. Nor Diyana bt Ali Unit Kesihatan

19. Pn. Zairina bt Abd Hamid Unit Kesihatan

20. Pn. Ruzilawati Bt Mahadi Unit RMT & Projek Susu Sekolah

21. Pn. Miliyana Bt Johari Unit SPBT

22. Pn. Anizah Bt Hussin Unit SPBT

23. En. Mohd Zaironi B. Markimin Unit Sistem Online

24. Pn. Rasidah Bt Gulam Mohamad Unit Sistem Online

25. En. Mohd Faisal Amree B.Mohamad Unit Sistem Online
26. Pn. Mariani bt Mahmud Unit PPS
27. Pn. Anis Sabirin Bt Abdul Majid Unit Prosaz

28. Pn. Durar Adilah Bt Mohd Sani Unit Denggi
29. Pn. Rabiatul Adawiyah Bt Mohamad Unit Denggi
31. Pn. Noor Hamilin Bt Baharom Unit KWAMP/e-Kasih
32. Pn. Wardati Binti Harmain Unit KWAMP/e-Kasih

Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn. Rohaya bt Hashim
2. Pn. Zuraidah Binti Mahamed Zuki

1.0 UCAPAN PENGERUSI – PN NOR HAYATI BT MOHD ZAINI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan selamat datang.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa unit HEM atas

kerjasama semua dan mengucapkan tahniah atas pelaksanaan program telah dijalankan
bermula Januari hingga Ogos.
1.3 Pengerusi juga mengingatkan kepada semua ahli untuk sentiasa menjaga kebersihan
dan kesihatan semasa musim ini.
1.4 Pengerusi juga menngucapkan tahniah kepada Ustaz Mohd Faisal Amree atas lantikan
menggantikan Ustaz Zaironi.

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Dicadangkan untuk pengesahan oleh En. Rosmadi b. Johari.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn.Mariani bt Mahmud

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA –PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 LAPORAN GPK HEM
4.1.1 KEMASKINI FAIL UNIT

4.1.1.1 Pn.Nor Hayati mengingatkan semua unit untuk mengemaskini minit
mesyuarat unit masing-masing dan serahkan kepada S/U H.E.M dengan
kadar segera.

4.1.1.2 Pada bulan September,Oktober dan November pemantauan akan
diadakan oleh PPD.

4.1.1.3 Unit yang paling hampir untuk dipantau ialah unit SPBT.
4.1.1.4 Peringatan untuk semua unit untuk mengemaskini dan melengkapkan

folder fail masing-masing .
Tindakan:Semua unit

4.1.2 SKPMG2
4.1.2.1 Sekitar September pengisisan SKPMG2 akan bermula yang melibatkan

Unit Disiplin,Unit Kantin dan Unit 3K.
Tindakan : Unit Disiplin,Unit Kantin dan Unit 3K

4.1.3 PEMBINAAN PERANCANGAN STRATEGIK
4.1.3.1 Pengurusan yang dikendalikan oleh unit Kokurikulum akan bergerak ke

Terengganu .
4.1.3.2 Mana-mana unit H.E.M yang berminat untuk menyertai boleh berikan

nama kepada S/U.
Tindakan:Makluman

4.1.4 PLC
4.1.4.1 Sekiranya unit-unit ada membuat PLC antara ahli,sila serahkan laporan

kepada S/U untuk fail induk dan untuk di masukkan dalam cabang TS 25.
Tindakan:Makluman

4.1.5 UNIT PENGAWAS
4.1.5.1 Pengurusan pengawas agak kurang,ini kerana norma baharu.
4.1.5.2 Unit Pengawas boleh mula membuat pemilihan peringkat awal

pemilihan calon pengawas 2021.
4.1.5.3 Unit pengawas digalakkan untuk memilih calon yang benar-benar

berkualiti.
Tindakan:Unit Pengawas

4.1.6 INFO COVID
4.1.6.1 Penggiliran untuk membaca info covid boleh dilaksanakan antara unit

keselamatan dan unit disiplin sekolah.
4.1.6.2 Sebelum ini hanya di kendalikan oleh UBK.

Tindakan:UBK,Keselamatan dan Disiplin

4.1.7 PENUBUHAN JAWATAN KUASA TAMBAHAN (CDA)

4.1.7.1 Unit CDA akan diketuai oleh Puan Diyana iaitu ketua dari unit kesihatan.
4.1.7.2 Unit ini akan menjadi jawatankuasa induk untuk pengurusan

keselamatan dan kesihatan.
Tindakan:Unit Kesihatan

4.1.8 PROGRAM YANG TELAH LEPAS
4.1.8.1 Unit kebajikan telah melaksanakan program bersama unit Asnaf semasa

bulan Ramadhan yang lalu.
4.1.8.2 Jika ada waris pelajar yang ingin meminta bantuan dari guru-guru,boleh

beritahu unit kebajikan.
4.1.8.3 Program peningkatan murid tidak dapat dilaksanakan kerana masih

belum mendapat arahan.Jika ada yang terpaksa dijalankan berbincang
dengan Guru Besar.

Tindakan:Makluman

4.1.9 APDM
4.1.9.1 Peringatan untuk semua guru kelas untuk saling mengingati untuk

pengisian kehadiran murid dalam APDM.
4.1.9.2 Sesi pagi sebelum pukul 9 pagi,manakala sesi petang sebelum pukul 3

petang.

4.1.10 QR KOD
4.1.10.1 Sesi pagi menggunakan e-kehadiran dan QR kod.
4.1.10.2 Jika ada murid baru,diminta Pn. Mariani untuk sediakan QR kod bagi
murid tersebut.
4.1.10.3 Tahap 1 telah disediakan QR kod,cuma belum diaktifkan kerana
masih menunggu arahan.
Tindakan:Makluman

4.2 LAPORAN UNIT-UNIT

4.2.1 UNIT KWAMP
4.2.1.1 Senarai nama murid berjaya terima KWAMP telah dihantar ke sekolah

pada Mac lalu.
4.2.1.2 Murid dikehendaki mengisi boring yang berkaitan dan membuka

akaun Bank Rakyat.
4.2.1.3 Semua dokumen perlu dihantar kepada penyelaras aliran sebelum 5

Ogos untuk urusan kemasukan duit .
Tindakan:Unit KWAMP/e-kasih

4.2.2 UNIT DISIPLIN

4.2.2.1 Walaupun sepanjang tempoh PKPP Jika murid ada melakukan kesalahan
atau amalan baik,guru hendaklah mengisi dalam SSDM .

4.2.2.2 Jika ada murid yang berambut panjang semasa PKPP boleh masukkan
salah laku tersebut dalam SSDM.

4.2.3 UNIT KAUNSELING
4.2.3.1 Puan Khadijah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama
semua unit dalam tempoh PKPP ini.
4.2.3.2 Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah boleh berhubung ke pejabat
melalui telefon .

Tindakan:Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Puan Nor Hayati meminta unit JPMC untuk menangguhkan dahulu tugas mereka .
5.2 Ketidakhadiran bersyarat dengan surat rasmi dari ibu-bapa kerana PKPP adalah sah

sehingga 31 Ogos sahaja.Surat rasmi tersebut perlu dihantar kepada guru kelas.

5.3 Permohonan kipas berdiri dari Unit Kesihatan untuk diletakkan di bilik Isolasi.

5.4 Puan Nor Hayati mengingatkan kepada semua guru untuk mengikut S.O.P di mana
murid tidak boleh ke bilik Isolasi untuk mengambil atau menyimpan antiseptik.

5.6 Guru diingatkan untuk tidak memaksa murid memakai pelitup mulut di kawasan
sekolah.

5.7 Jika murid didapati demam ketika dalam kelas,guru kelas perlu menelefon waris pelajar
dahulu untuk mengambil pelajar tersebut.Jika ibu bapa tersebut tidak mempunyai
kenderaan dan mengizinkan guru berkenaan untuk menghantar pelajar tersebut
,barulah berbuat demikian.Guru-guru tidak dibenarkan menghantar murid pulang ke
rumah tanpa kebenaran waris pelajar.

5.8 Murid digalakkan untuk membawa Hand Sanitizer sendiri.Pihak sekolah hanya
menyediakan mengikut keperluan.

5.9 Pemantauan S.O.P sempena pembukaan sekolah oleh Bapa Angkat dari PPD tiada
komen yang negatf malah kita berjaya melaksanakan dengan baik.

5.10 Rawatan murid tahun 1 ,akan berjalan dari 10 Ogos hingga 17 Ogos.

5.11 Setakat 12 Ogos 2020,seramai 484 yang telah di sahkan bagi kemasukan ke SKBS untuk
tahun 1 2021.

6.0 Penutup

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah memberi
kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung .Beliau mengharapkan kerjasama yang

erat dan kerja berpasukan yang berterusan demi memastikan kecemerlangan Unit Hal
Ehwal Murid.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 petang dengan bacaan surah Al-
Asr .

Urus Setia:
Setiausaha Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version