The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haniasmuran21.ha, 2019-04-12 22:38:18

PIMK2042 - Tahsin al-Qurani

PIMK2042 - Tahsin al-Qurani

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MODUL PENDIDIKAN ISLAM

PIMK2042

TAHSIN TILAWAH AL-QURAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA
Berkuat Kuasa Mulai November 2018

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang
tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa
juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii

KANDUNGAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak MUKA SURAT
Pengarang
i
Kandungan
ii
Panduan Pelajar iii
v
Pengenalan vi
1
Agihan Tajuk dan Unit 9
19
UNIT 1 PENGENALAN TILAWAH 32
39
UNIT 2 RASM UTHMANI 44
46
UNIT 3 TAJWID AL-QURAN 57

UNIT 4 TARANNUM

UNIT 5 HAFAZAN AL-QURAN

Bibliografi

Panel

Simbol

iii

PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran
agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Menengah dan
Sekolah Rendah yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidkan Malaysia (IPG KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran
yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
(PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di
mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah
/tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah
pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

iv

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah
dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam
talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK)
mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai enam eleman asas yang
konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada
sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh
dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini
akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar
pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan dalam talian.

v

PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan tahsin al-Quran untuk
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan pengenalan tilawah al-Quran.
2. Menganalisis rasm Uthmani dan hukum tajwid al-Quran
3. Membaca secara bertarannum dan hafazan surah pilihan dengan fasih dan bertajwid

vi

AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali
dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah
pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

JUMLAH JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

KESELU- 18 JAM
RUHAN
TAJUK/ TOPIK 30 JAM KULIAH/

1. Pengenalan Tilawah TUTORIAL/ DALAM MODUL
40%
 Rukun tilawah (K) AMALI TALIAN
- Menepati mashaf rasm 12 JAM
Uthmani (K) 40% 20%
- al-Tawatur (DT)
- Menepati kaedah nahu 12 JAM 6 JAM
bahasa Arab (K)
3 21
 Maratib tilawah (K/M)
- Tahqiq (K/M)
- Tartil (K/M)
- Tadwir (K/M)
- Hadar (K/M)

 Bentuk tilawah yang dilarang
(DT)

2. Rasm Uthmani 6 2 13

 Rasm Uthmani (M/K)
- Definisi rasm Uthmani (M/K)
- Sejarah rasm Uthmani (M/K)
- Kelebihan rasm Uthmani
(DT)

vii

JUMLAH JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

KESELU- 18 JAM
RUHAN
TAJUK/ TOPIK 30 JAM KULIAH/

TUTORIAL/ DALAM MODUL
40%
AMALI TALIAN
12 JAM
40% 20%

12 JAM 6 JAM

 Kaedah penulisan rasm
Uthmani (K/M)
- al-hazf (K/M)
- al-ziyadah (K/M)
- al-badal (K/M)
- al-fasl wa al-wasl (K/M)
- al-hamz (K/M)
- mafihi qiraatain (K/M)

 Dhabt al-Quran

- Definisi dan sejarah dhabt

al-Quran (K/M)
- Nuqat al-i’rab dan nuqat al-

i’jam (K/M)

3. Tajwid al-Quran

 Makhraj dan sifat huruf (K/M)
- Pengenalan makhraj huruf
(K/M)
- Makhraj jauf, halq, lisan, dua
bibir dan rongga hidung
(K/M)
- Pengertian sifat huruf (K/M)
- Sifat tunggal dan sifat yang
berlawan (DT)

9 4 23
 Hukum nun, mim dan lam

sakinah
- Pengertian dan

pembahagian hukum nun
sakinah (K/M)
- Pengertian dan
pembahagian hukum mim
sakinah (K/M)
- Pengertian dan
pembahagian hukum lam
sakinah (K/M)

viii

JUMLAH JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

KESELU- 18 JAM
RUHAN
TAJUK/ TOPIK 30 JAM KULIAH/

TUTORIAL/ DALAM MODUL
40%
AMALI TALIAN
12 JAM
40% 20%

12 JAM 6 JAM

 Hukum tarqiq, tafkhim dan

taghliz
- Takrif tarqiq, tafkhim dan

taghliz (K/M)
- Hukum lam dan ro’ (K/M)

 Al-mudgham
- Idgham mutamasilain (K/M)
- Idgham mutaqaribain (K/M)
- Idgham mutajanisain (K/M)

 Al-mudud
- Pengenalan hukum mad
(K/M)
- Pembahagian hukum mad
(K/M)
- Jenis-jenis mad (K/M)

 Waqaf dan Ibtida’
- Hukum waqaf (K/M)
- Bahagian-bahagian waqaf
(waqaf ikhtiari, (K/M)
- waqaf idhtirari, waqaf
intizhari, waqaf ikhtibari)
(K/M)
- Jenis-jenis waqaf ikhtiari
(tam, kafi,) (K/M)
- hasan, qabih) (KM)
- Hukum ibtida’ dan
pembahagiannya (K/M)

 Bacaan surah al-Insan dan al-
Sajadah (DT)

4. Tarannum 6 3 3

 Pengenalan taranum al-Quran
secara murattal (K/M)

ix

JUMLAH JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

KESELU- 18 JAM
RUHAN
TAJUK/ TOPIK 30 JAM KULIAH/

 Pengenalan tarannum bayyati TUTORIAL/ DALAM MODUL
- Sifat tarannum bayyati dan 40%
peranannya (K/M) AMALI TALIAN
- Amali tarannum bayyati dalam 12 JAM
surah pilihan (K/M) 40% 20%

12 JAM 6 JAM

 Pengenalan tarannum nahwand
- Sifat tarannum nahwand dan
peranannya (K/M)

 Amali tarannum nahwand dalam
surah pilihan (K/M)

5. Hafazan al-Quran 6 3 12

 Aplikasi hafazan dengan kaedah
- Talaqqi musyafahah (K/M)
- Kaedah chunking (K/M)
- Kaedah memahami makna
ayat (M/K)
- Kaedah gundal (K/M)
- Kaedah tikrar (DT)
- Kaedah simbol (DT)

 Tasmik dua surah pilihan
- Surah al-Sajadah (K)
- Surah al-Insan (K)

JUMLAH 30 JAM 12 JAM 6 JAM 12 JAM

Nota:
K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

x

UNIT 1 PENGENALAN TILAWAH

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :
1. Menghuraikan adab dan rukun tilawah al-Quran
2. Membaca ayat-ayat al-Quran dengan bentuk-bentuk (maratib) bacaan yang
diizinkan oleh syarak.

Sinopsis

Unit ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menguasai ilmu tajwid,
gaya bacaan al-Quran dan bacaan-bacaan khusus bagi riwayat hafs Torik Syatibi. Di
samping itu tajuk ini memberi penekanan kemahiran pelajar tentang maratib (bentuk-
bentuk) bacaan yang muktabar.

KERANGKA TAJUK

1.1 Pengenalan Tilawah
1.2 Rukun tilawah
1.3 Maratib tilawah
1.4 Bentuk tilawah yang dilarang
1.5 Tugasan
1.6 Pembelajaran Dalam Talian

Pengenalan
Tajuk ini sangat penting untuk seorang guru kerana ia berkaitan dengan keagungan al-
Quran sendiri. Untuk memelihara kemuliaannya tuhan memperturunkan melalui malaikat

1

jibril peraturan-peraturan bacaannya. Diharapkan melalui peraturan-peraturan tersebut isi
kandungan al-Quran akan terus terpelihara sehingga akhir zaman.

2

1.1 RUKUN-RUKUN TILAWAH (BACAAN) AL-QURAN
Setiap ibadat mempunyai rukun-rukun yang tersendiri, begitu juga dengan bacaan Al-Quran.
Rukun bacaan Al-Quran ada tiga. Ringkasannya seperti dalam grafik di bawah

Sah sanad.
Sanad secara mudah bermakna sandaran , sijil tauliah atau syahadah. Secara
lebih khusus Iaitu sesaorang membaca Al-Quran sehingga khatam daripada
bimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-

sanad bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat
penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi s.a.w.
Definasi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut
adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-Quran di hadapan
guru yang thiqoh (dipercayai) , serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran
diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam masyarakat. Inilah
dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran.
Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah
merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya ilmu daripada hati
manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika diimbas kepada sirah rasulullah
kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang sangat amanah
(sahabat-sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah
tidak diragui kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk
perakuan bertulis yang lain.

3

Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim
hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan penerimaan di
dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang. Adakah bacaannya menepati sepenuhnya
sebagaimana bacaan Rasulullah mengajar para sahabatnya iaitu membaca mengikut
kaedah-kaedah tajwid yang ditentukan. Adakah kita membuat kepastian terhadap guru yang
mengajar al-Quran kepada kita. Adakah guru tersebut mengambil dan menerima sanad
daripada pembacaan al-Quran beliau sebelum ini.

Bertepatan dengan mushaf resm Othmani
Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-
mushaf Resm Othmani. Mushaf kufi adalah salah satu mushaf Resm Othmani
dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. Penggunaan mushaf

ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan
Imam Asim , Riwayat Hafs Torik (aliran bacaan) Syatibi. Penulisan resm Othmani
merupakan sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan daripada ijtihad (buah fikiran)
mana-mana pihak.

Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Othmani akan menyebabkan bacaan kurang
tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-Quran,
penghentian (waqaf) bacaan kurang tepat.

Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.
Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk)
kaedah nahu Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati
atau yang tidak disepakati selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.

Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa arab
tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijmak menerimanya.
Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh menolaknya
dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah sunnah
muttabaah yang mesti diterima.
Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang
meragukan).

4

1.2 . ADAB-ADAB AL-QURAN.
Terdapat banyak adab-adab yang perlu dijaga ketika berinteraksi dengan al-Quran . Adab-
adab itu merangkumi adab-adab membaca, mendengar , belajar dan guru al-Quran

Adab membaca dan mendengar bacaan al-Quran
Untuk menjaga kedudukan al-Quran ulama-ulama telah menyatakan melalui dalil-dalil naqli
adab berkaitan mendengar dan membaca al-Quran. Antara adab-adab tersebut ialah ;

Adab membaca dan mendengar al-Quran
 Ikhlas kerana Allah
 Menghadirkan hati dan aqal
 Membaca istiazah
 Membaca basmalah
 Berkeadaan suci
 Membaca di tempat suci & bersih
 Membersih mulut
 Memakai pakaian bersih & suci
 Membaca dengan khusuk & tawaduk
 Duduk dengan sopan & mengadap
kiblat
 Tidak diselangi dengan percakapan
yg tdk perlu
 Memohon kebajikan (ayat rahmat)
 Membaca ucapan tertentu (ayat
tertentu)

5

Adab-adab pelajar al-Quran
1. ikhlaskan niat kerana Allah
2. Merendah diri kepada guru dan bersopan dengannya walaupun gurunya muda ,
kurang mashur dan seumpamanya
3. Belajar daripada guru yang berkeahlian dan diyakini ilmunya
4. Belajar bersungguh-sungguh berdasarkan kemampuan.
5. Memandangnya dengan rasa penuh hormat.

Adab guru al-Quran
1. Ikhlaskan niat kerana Allah
2. Menjauhi perasaan bermegah-megah dengan ramai bilangan murid.
3. Menjauhi perasaan membenci murid yang pergi belajar kepada orang lain.
4. Berakhlak dengan akhlak terpuji.
5. Berlembut dengan pelajar
6. Menasihati pelajar supaya berbuat kebaikan.
7. Membimbing mengikut kemampuan pelajar
8. Mendahulukan pelajar yang datang dahulu.

1.3. MARATIB TILAWAH
Untuk memuliakan dan menjaga al-Quran yang berstatus mukjizat Islam menentukan
4 maratib atau kelajuan bacaan al-Quran. Empat bentuk tersebut diharuskan dan
dirumuskan dalam rajah di bawah

6

Tahqiq
Iaitu kelajuan bacaan seperti tartil cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini biasanya
dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar membaca al-Quran

Tartil
Ialah bacaan perlahan-lahan , tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya
dan dengan memberikan hak (sifat semula jadi huruf) dan mustahaknya (sifat-sifat yang
mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya.

Hadar
Iaitu bacaan cepat serta tetap menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan oleh
orang yang mentasmik hafazan di depan gurunya.

Tadwir
Iaitu kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar.

1.4. BENTUK BACAAN AL-QURAN YANG DILARANG
Akibat daripada terdedah dengan berbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan al-
Quran juga semakin berubah dan untuk mengawal keadaan itu Islam sudah lama
menentukan cara-cara bacaan yang ditegah. Di sini dinyatakan beberapa keadaan tersebut.

1. Tatrib iaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan bukan
pada tempatnya

2. Tamtit iaitu bacaan dengan melebihkan-lebihkan harakat pada hokum mad.
3. Tarkis iaitu bacaan dengan melenggok-lenggok nada suara sehingga melebihkan

pada harakat huruf mad bertujuan menyesuaikan rentak
4. Tahzin bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan

membawa sifat riyak
5. Tatrid iaitu bacaan yang menggentarkan suaru keterlaluan seperti orang

kesejukan atau ditimpa sakit.
6. Tahrif iaitu bacaan al-Quran secara serentak dan berhenti secara serentak
7. Membaca bersama alat muzik.

7

LATIHAN

1. Gunakan pita rakaman audio atau radio dan bandingkan kelajuan bacaan al-Quran bagi
setiap maratib bacaan al-Quran
2. Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad imam asim riwayat hafs torik Syatibi.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PDPC dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Pengenalan Tilawah

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. At Tawatur
ii. Bentuk Tilawah yang dilarang

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

8

UNIT 2 RASM UTHMANI

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :
1. Mendefinasikan Rasm al-Quran.
2. Menyusur galur secara ringkas sejarah penulisan atau Rasm al-Quran
3. Menyenaraikan kelebihan dan kepentingan pemeliharaan penulisan (rasm) al-
Quran.
4. Mengaplikasikan kaedah-kaedah penulisan Rasm Uthmani dalam ayat-ayat
Quran berkaitan.

Sinopsis

Unit ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang asas-asas penguasaan ilmu rasm
atau penulisan al-Quran bagi riwayat Hafs Torik Syatibi. Ia merangkumi tajuk-tajuk definasi,
sejarah, kelebihan dan kaedah-kaedah rasm. Di samping memberi penekanan kepada
aspek-aspek teori ia juga membina kemahiran pelajar mengaplikasikan kaedah-kaedah
rasm di dalam ayat-ayat al-Quran yang berkaitan.

KERANGKA TAJUK

2.1 Rasm Uthmani
2.2 Rasm Uthmani
2.3 Kaedah penulisan rasm Uthmani
2.4 Dhabt al-Quran

Pengenalan

Sudah menjadi sunnah ilmu dipelihara dikawal dan dijaga melalui kedua-dua cara iaitu
secara lisan dan penulisan. Begitu juga dengan al-Quran. Bersama-sama bentuk-bentuk
bacaan mutawatir yang diiturunkan melalui Malaikat Jibril Allah juga menentukan kaedah-
kaedah tertentu membentuk kalimah-kalimah al-Quran. Ulama-ulama Al-Quran telah
mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-Quran dan kaedah-kaedah
tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani.

9

2.1 Rasm dan Rasm Uthmani
Rasm ialah pembentukan (taswir) kalimah melalui huruf-huruf Hijaiyah. Rasm Uthmani pula
ialah bentuk-bentuk tulisan al-Quran yang digunakan dan dipersetujui Saidina Uthman ketika
penulisan dan penyalinan al-Quran. Ada yang mentakrifkan sebarang bentuk penulisan
yang berlainan dengan cara penulisan lafaz-lafaz al-Quran. Ini disebabkan adanya
penambahan, pembuangan, penggantian dan sebagainya dalam struktur kalimah tertentu
al-Quran. Dr Syaaban Mohd Ismail memperincikan sebagai suatu keterangan yang
membincangkan mengenai cara penulisan mushaf-mushaf pada zaman saidina Uthman.
Ia juga dikenali dengan Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada sahabat-sahabat yang
bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu.
Ia juga dinamakan Rasm Tauqifi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasm
tersebut merupakan manifestasi kaedah-kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah dan
bagindalah juga memerintahkan supaya digunakan di dalam penulisan al-Quran Ketika itu.

2.2. Sejarah Rasm Uthmani

10

2.2.1 Penulisan .
Umum diketahui bangsa Arab adalah bangsa ummiy tidak mengenal tulisan. Keadaan ini
berlaku di kalangan Quraisy kecuali beberapa orang yang belajar menulis menjelang
kedatangan Islam. Hal ini juga menjadi isyarat daripada Allah mengenai akan datang
seorang nabi iaitu Nabi Muhammad s.a.w mengukuhkan Islam dan mempersiapkan
dokumentasi yang dia akan turunkan kepadanya. Media tulisan merupakan media
penjagaan yang lebih teliti dan berkemungkinan minima mengalami perubahan.

Para sejarawan hampir bersepakat bahawa kaum Quraisy di Makkah tidak mengambil
tulisan kecuali melalui Harb b Umaiyah Ibn Abi Syam. Mereka cuma berbeza pendapat
mengenai daripada siapa dia mempelajarinya. Dari sumber inilah dijumpai sejumlah orang
yang mampu menulis menjelang kedatangan Islam. Jumlah mereka sangat sedikit
dibanding dengan sekian besar jumlah yang masih buta huruf.

Adapun warga Madinah ada di antara mereka terdapat sejumlah ahli Kitab yang mampu
menulis. Ketika nabi memasuki Madinah terdapat sebilangan orang Yahudi yang mengajar
anak-anaknya menulis. Di sini juga terdapat dua puluh orang yang pandai menulis
antaranya Munzir ibn Amr, Ubay ibn Wahb, Amr ibn Said, Zaid b Thabit yang kesemuanya
belajar tulis menulis daripada kalangan Yahudi atas perintah Nabi s.a.w.
Kemudian datanglah Islam. Ia memerangi buta huruf bangsa Arab, dan menghapuskannya
demi mempertingkatkan martabat mereka. Ayat-ayat 1 dan 4-5 surah al-Alaq dan ayat-ayat
1-2 surah al-Qalam membuktikan keadaan tersebut. Peringatan melalui ayat-ayat tersebut
membuktikan keperluan penulisan dalam mengangkat martabat umat Islam. Oleh sebab itu
Rasul s.a.w sangat menggalakkan sahabatnya untuk belajar manulis. Ia menyedia berbagai
media untuk mencapai hasrat tersebut. Tawanan perang Badar yang pandai menulis
diarahkan mengajar sepuluh sahabat nabi sebagai bahan tebusan. Sedikit demi sedikit
hilangnya buta huruf dan digantikan dengan celik huruf. Ini membuktikan bahawa Islam
adalah agama ilmiah, berbudaya dan bertamadun.

2.2.2 Penulisan Al-Quran

Rasulullah mengambil berat terhadap penulisan al-Quran. Ini dibuktikan melalui perlantikan
nabi s.a.w terhadap para penulis wahyu antaranya keempat-empat Khalifah rasyidah,
Muawiyah, Abbas b Said, Khalid b Walid, Ubai b Kaab, Zaid b Thabit, Thabit b Qais, Arqam
ibn Ubai dan lain-lain sahabat. Setiap kali ada wahyu turun baginda menyuruh menulisnya
demi memperkukuh dokumentasinya, di samping menambah kepercayaan dan berhati-hati
terhadap Kitab Allah sehingga penulisannya mendukung hafazan. Mereka mencatat tulisan-

11

tulisan al-Quran menggunakan pelbagai sumber yang ada pada masa itu yang juga
menunjukkan besarnya perhatian mereka terhadap penulisan al-Quran. Kemudian tulisan-
tulisan itu disimpan di rumah Rasulullah s.a.w. Jadi di masa kenabian al-Quran telah
dihimpun sempurna melalui cara seperti itu. Hanya ia belum ditulis dalam sahifah-sahifah
atau mushaf-mushaf. Ia tertulis berserakan di atas tulang-tulang dan media-media lain yang
seumpamanya.

2.2.3 Penulisan pada masa Saidina Abu Bakar.

Abu Bakar menjalankan urusan Islam sesudah kewafatan Rasulullah. Ia menghadapi
masalah kemurtadan sebahagian orang arab. Peperangan Yamamah mensyahidkan ramai
para hafiz al-Quran dan saidina Umar melahirkan kebimbangan terhadap al-Quran. Setelah
saidina Umar memujuk saidina Abu Bakar dan juga Allah membuka hati Abu Bakar Zaid b
Thabit mengumpul al-Quran. Ia menjalankan tugas tersebut berdasarkan hafazan yang ada
dalam hati para Qurra dan catatan-catatan yang ada pada para penulis. Kemudian
lembaran-lembaran itu disimpan di tangan Abu Bakar, seterusnya Saidina Umar dan
kemudian berpindah ke tangan Hafsah (anak saidina Umar).

2.2.4 Penulisan Quran pada masa Saidina Uthman.

Penyebaran Islam bertambah luas dan para Qurra tersebar di pelbagai wilayah, dan
penduduk di setiap wilayah mempelajari qiraat daripada Qari yang dikirim kepada mereka.
Cara pembacaan mereka berbeza-beza seiring dengan perbezaan “huruf” yang dengannya
al-Quran diturunkan. Apabila mereka berkumpul di suatu pertemuan sebahagian mereka
merasa hairan perbezaan-perbezaan Qiraat tersebut.

Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia dan
Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan. Para sahabat
perihatin terhadap masalah ini kerana takut kalau perbezaan ini menimbulkan
penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin lembaran-lembaran pertama
yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat Islam pada lembaran itu dengan bacaan
yang tetap pada satu huruf. Al-imam Abu Abdillah al-Muhasiby dalam kitabnya “fahm as-
sunan” menjelaskan “Abu Bakar memerintahkan menyalinnya dari satu tempat ke tempat
lain atau dari satu media ke media lain secara kolektif. Media yang digunakannya ibarat
media yang digunakan oleh rasulullah s.a.w yang masih berserakan , kemudian ia
mengumpulkannya dan mengikatnya dengan benang sehingga tidak ada yang terabai”.

12

2.2.5 Penulisannya di masa Saidina Uthman.

Semasanya kawasan Islam semakin luas dan kaum muslimin bertaburan diberbagai daerah.
Umat Islam jauh daripada masa kerasulan dan turunnya wahyu. Masing-masing daerah
Islam mengambil qiraat sahabat terkenal daripada kalangan mereka. Di antara mereka
terjadi perbezaan wajah-wajah qiraat yang memungkinkan timbulnya pertikaian dan
perpecahan. Pertikaian itu menjadi sengit kerana mereka telah jauh daripada masa
kenabian. Keadaan itu semakin parah sehingga saling mengkafirkan antara sesama sendiri.
Pertikaian itu merebak ke darah-daerah lain seperti Hijaz dan Madinah.

Kerana peristiwa-peristiwa tersebut saidina Uthman mengumpulkan para pakar untuk
menyelesaikannya. Mereka akhirnya bersepakat untuk menyalin beberapa mushaf untuk
dikirimkan di daerah dan mengeluarkan perintah agar selainnya dibakar dan hanya
bertumpu kepadanya.

Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun kedua puluh empat dan
awal tahun kedua puluh lima Hijriah. Untuk menyalin al-Quran mereka dibantu oleh
beberapa sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang al-Quran antaranya Zaid b
Thabit, Zaid b Al-Ash dan Abdurrahman ibn Al-Haris. Akhirnya terhasillah beberapa naskhah
mushaf Uthmani dan di hantar naskhah tersebut ke beberapa daerah Islam bersama
seorang Qari yang mewakili qiraat-qiraat tertentu. Mushaf-mushaf Uthmani memiliki kaedah-
kaedah penulisan tertentu. Para pakar di bidang ini meringkaskan kaedah-kaedah tersebut
ke dalam enam kaedah dasar. Kaedah-kaedah tersebut akan diperincikan kemudian.

2.3. Kelebihan Rasm Uthmani

Daripada beberapa takrifan di atas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat perlu
diambil berat dan didalami keilmuannya khususnya apabila hendak menulis dan membaca
kitab suci al-Quran.
Terdapat pelbagai faktor daripada pelbagai sudut yang dijadikan sandaran ulama-ulama
untuk memperkukuhkan kenyataan tersebut. Antara terpenting ialah penulisannya bersifat
Tauqifi.

2.3.1 Rasm Uthmani tauqifi.

13

Ia bermaksud kaedah-kaedah tersebut adalah daripada Rasulullah. Lebih jelas ia
bermaksud Rasm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti dimaklumi Rasulullah
tidak mengajar sesuatu kepda sahabatnya melainkan setelah mendapat wahyu daripada
Allah.

Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau Khalaf semenjak
dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan sahabat-sahabat dan mereka
tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa pendapat yang berbeza
dengan kenyataan di atas pendapat ini perlu ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah
kepada kesilapan kerana tiada sandaran kaedah yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga
sering berubah dan sekiranya berlaku kepada al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang
merosakkan kefahaman al-Quran.

Fakta yang perlu jelas disedari juga ialah setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat
tersendiri yang sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya diketahui oleh Allah.
Sebarang pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan mengurangkan keagungan
dan mukjizat al-Quran.

2.4. Rasm Uthmani salah satu rukun bacaan Al-Quran.

Ulama bersepakat rukun bacaan al-Quran ada tiga dan salah satunya bacaannya menepati
salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani samada yang dihantar ke Mekah, Madinah,
Kufah, Basrah, Syam atau pun mushaf Imam yang disimpan oleh beliau sendiri.

2.4.1 Merangkumi tujuh huruf.

Antara faktor mendasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan ialah
berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang
diajarkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.

Terdapat banyak hadith berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat ulama mengenai
maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara
bacaan yang merangkumi kata nama samada ia mufrad, mutahanna atau jamak dan
samada ia muzakar atau muannas, perselisihan pada cara i’rab, perselisihan cara tasrif,
perselisihan mendahulu atau mentakhir huruf atau kalimah, perselisihan dari segi ibdal,
perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan
perselisihan pada lahjah samada tebal atau nipis, imalah, tashil, ismam dan sebagainya.

14

Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan al-Quran pasti mushaf yang
dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai
digunakan untuk membaca qiraat mutawatirah tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat
mutawatirah yang lain.

2.4.2 Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.

Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah Islam Rasul
melakukan semakan terakhir al-Quran dengan malaikat Jibril dan Zaid b Thabit seorang
sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Dengan keadaan tersebut
Zaid b Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul al-Quran oleh dua
khulafa’ al-Rashidin Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman. Ia menulis berdasarkan
kepada pembentangan tersebut.

Oleh itu beliau meyakini bahawa kesemua ayat al-Quran yang diturunkan semasa hayat
nabi tetapi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang
dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf tersebut. Begitu juga apa
yang terkandung dalam mushaf-mushaf para sahabat seperti Mushaf Saidatina Aisyah,
Umar, Ubai b Kaab dan lain-lain sahabat kerana sebahagiannya tidak terdapat semasa
pembentangan terakhir.

2.4.3. Kaedah penulisan yang istimewa.

Mengikut penelitian dan pengkajian ulama al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani banyak
keistimewaan yang tidak terdapat pada rasm lain. Antaranya

1. keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah.
Selain daripada mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah sahaja,
huruf-huruf ziyadah mempunyai beberapa keistimewaan antaranya;
a. mengetahui baris asal sesuatu huruf. Contohnya “ ‫ ”إيتاءي‬ditambah huruf ya
selepas huruf hamzah untuk menunjukkan hamzah sebelumnya berbaris
kasrah, “ ‫ ”ساورييم‬ditambah huruf wau selepas huruf hamzah menunjukkan
baris huruf hamzah ialah dhommah, “‫ ”رلأارضاورا‬pula ditambah alif selepas
hamzah untuk menunjukkan bahawa hamzah berbaris fathah.
b. Menggambarkan sesuatu makna. Contohnya ziyadah huruf ya pada kalimah
“ ‫ ”بوييا‬untuk memperteguhkan lagi mengenai kebesaran dan kekuasaan Allah
yang mencipta langit atau cakarwala dengan begitu kukuh dan sempurna.

15

2. keistimewaan huruf-huruf Ibdal.
a. Panduan mengetahui kata asal/akar sesuatu kalimah. Contohnya kalimah
“ ‫( ”الصاور‬jamak “ ‫ )”الصاورا‬dan seumpamanya dituliskan dengan huruf wau
menggantikan huruf alif disebabkan wau merupakan sebahagian daripada
huruf dalam struktur asal kalimah tersebut. Begitu juga kalimah “ ‫”اله ى ان فتوقا‬
ditulis dengan huruf ya menggantikan huruf alif disebabkan huruf ya adalah
huruf asal daripada kalimah tersebut.

3. keistimewaan hazaf.
a. Petunjuk dua atau lebih wajah Qiraat. Contohnya “ ‫رتايى الما إ إ ا عووا تاوري عان‬

‫ ”مهفه ا الي يندان‬kalimah ‫ توري‬dibaca dengan tiga wajah (‫ َت َوا َر ُي تو َا َر ُي‬،‫) َ ََ ََ ََ ْو َري‬

.
b. Mempunyai maksud tertentu yang khusus. Contohnya dihazaf wau pada

kalimah "‫ "ري ع الانسن‬untuk memperkukuhkan kenyataan bahawa doa seorang
hamba sangat mudah dan cepat sampai kepada Allah.

4. keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah).
a. Kalimah-kalimah al-Quran yang dibaca sama ada yang ditulis secara terpisah
dan ada yang berangkai. Ia juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dari
segi makna terdapat perbezaan contohnya “ ‫ ”أ ان ي ما‬dengan “‫”أ ان يمارن‬
apabila ditulis terpisah bermakna “‫ ”بل‬tetapi jika bersambung bermakna ‫"أر‬

Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri
sehinggakan sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya akan dapat
mentafsirkan sebahagian daripada keunikannya.

Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di kalangan
mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan yang wajib dan
dipelihara dan diamalkan.

Walaupun pendapat mengatakan kaedah Rasm Uthmani tidak wajib diamalkan namun
pendapat tersebut berbentuk minoriti dan ditolak oleh kebanyakan ulama kerana ia boleh
membawa perubahan atau pengurangan huruf-huruf al-Quran dan dalam jangka panjang
mendedahkan al-Quran kepada perubahan.

16

TUGASAN

1. Rujuk pada mana-mana kitab Ulum al-Quran dan catatkan bukti-bukti daripada hadith-
hadith sahih yang menunjukkan Rasm Al-Quran adalah Rasm Tauqifi dan bukan Rasm
Ijtihadi.

2. Hasilkan rajah yang menggambarkan perbezaan pengumpulan al-Quran di zaman Nabi
s.a.w., zaman Saiyyidina Abu Bakar dan zaman Saiyyidina Uthman.

3. Kemukakan LIMA buah Hadith Sohih yang menjelaskan maksud Tujuh Huruf di dalam
pengajian Al-Quran.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

B. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PDPC dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Rasm Uthmani

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Kelebihan Rasm Uthmani

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk

17

iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

18

UNIT 3 TAJWID AL-QURAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Menghuraikan hukum-hukum tajwid asas bacaan al-Quran
2. Mengaplikasi hukum-hukum tajwid ke dalam bacaan ayat-ayat al-Quran
3. Membaca ayat-ayat al-Quran dengan bentuk-bentuk (maratib) bacaan yang

diizinkan oleh syarak.

Sinopsis

Tajuk ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya menguasai ilmu tajwid,
gaya bacaan al-Quran dan bacaan-bacaan khusus bagi riwayat hafs Torik Syatibi. Di
samping itu tajuk ini memberi penekanan kemahiran pelajar tentang maratib (bentuk-
bentuk) bacaan yang muktabar.

KERANGKA TAJUK

3.1 Tajwid al-Quran
3.2 Makhraj dan sifat huruf
3.3.Hukum nun, mim dan lam sakinah
3.4 Hukum tarqiq, tafkhim dan taghliz
3.5 Al-mudgham
3.6 Al-mudud
3.7 Waqaf dan Ibtida’
3.8 Bacaan surah al-Insan dan al-Sajadah
3.9 Tugasan
3.10 Pembelajaran dalam talian

19

Pengenalan

Tajuk ini sangat penting untuk seorang guru kerana ia berkaitan dengan keagungan al-
Quran sendiri. Untuk memelihara kemuliaannya tuhan memperturunkan melalui malaikat
jibril peraturan-peraturan bacaannya. Diharapkan melalui peraturan-peraturan tersebut isi
kandungan al-Quran akan terus terpelihara sehingga akhir zaman.

3.1. MAKHRAJ DAN SIFAT HURUF

Makhraj
Pada bahasa tempat keluar.
Pada istilah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah yang membezakan antara satu huruf dengan
huruf yang lain
Mengikut pendapat terpilih makhraj huruf am terbahagi kepada lima bahagian iaitu makhraj
jauf, makhraj halk, makhraj lisan, makhraj dua bibir dan makhraj rongga hidung.
Bagi makhraj am jauf hanya terdapat satu makhraj khas dan huruf-huruf yang terlibat ialah
ketiga-tiga huruf mad. Bagi makhraj am halk terdapat tiga makhraj khas iaitu pangkal,tengah
dan hujung halkum dan huruf-hurufnya pula ialah hamzah dan ha keluar daripada pangkal
halkum, ain dan ha kecil keluar daripada tengah halkum dan khain dank ho terbit daripada
hujung halkum.

Makhraj am lidah pula mengandungi sepuluh makhraj khas yang meliputi pangkal, tengah,
tepi dan hujung lidah. Huruf-huruf yang terlibat ialah Tak,Tho,Jim,Dal,Dzal,Ra
Zai,Sin,Syin,Shad,Dhad,Tok, Zha’,Qaf,Kaf,Lam,Nun dan ya.

Makhraj am dua bibir mempunyai dua makhraj khas dan huruf yang terlibat ialah
ba,wau,mim dan fa. Makhraj am jauf pula mengandungi satu makhraj khas dan keluar
daripadanya ghunnah.

Sifat huruf.
Pada bahasa bermaksud sesuatu yang wujud pada sesuatu benda seperti hitam, putih,
kuat, lemah dan sebagainya.
Pada istilah bermaksud cara mengawal dan menekan udara ketika huruf-huruf dilafazkan
samada tinggi, nyaring, kuat dan sebagainya. Sifat-sifat huruf ketara kedengaran ialah ketika
ia mati berbanding ketika ia berbaris.

20

Mengikut pendapat yang mashur huruf-huruf hijaiyah mempunyai tujuh belas sifat lazim. Ia
merangkumi sifat-sifat tunggal dan sifat-sifat yang mempunyai lawan. Sifat-sifat tunggal ialah
sofir bermakna siulan/berdesir dan huruf-hurufnya ialah zai sin sod ,lin bermaksud lembut ,
takrir bermaksud berulang/ulang dan hurufnya ialah ro , istitolah bermaksud memanjang dan
hurufnya ialah dod,Qolqolah bermaksud berdetak dan huruf-hurufnya digabung dalam
ungkapan “qutubun jaddun” , Inhiraf bererti melencong dan huruf-hurufnya ialah lam dan ro
dan tafassi bererti menghembur dan hurufnya ialah syin. Sifat yang mempunyai lawan ialah
jahar (nyaring) lawannya hamas (berbisik) , syiddah (kuat) lawannya rokhowah (lembut) dan
di antaranya tawassut/bayyinah, istikla (meninggi) lawannya istifal (merendah), itbak
(melekap) lawannya infitah (terbuka), ismat (tersekat) lawannya izlak (tergelincir/lancar).

3.2. HUKUM-HUKUM NUN DAN MIM SAKINAH

Nun Sakinah iaitu nun yang tidak berbaris dan ia akan menerima baris jika bertemu dengan
huruf sukun. Tanwin pada bahasa bermakna suara dan pada istilah lafaz (suara) nun
sakinah yang terdapat (tersirat) di akhir kata nama isim.

Apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah hukumnya terbahagi
kepada empat iaitu Izhar, idgham, ikhfak dan iqlab.

Izhar.
Izhar bererti nyata dan terang dan pada istilah ialah mengeluarkan setiap huruf daripada
makhrajnya dengan terang tanpa dengung. Terdapat enam huruf izhar yang digabungkan
dalam ungkapan “ighin goahu”. Kejauhan nun sakinah atau tanwin dengan huruf-huruf
halkum menyebabkan bacaannya diizharkan.

Idgham.
Pada bahasa bererti memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu dan pada istilah bermaksud
memasukkan huruf yang sukun ke dalam huruf berbaris seolah-olah menjadi satu huruf
bertasdid. Huruf-hurufnya digabungkan ke dalam ungkapan “yarmaluna”. Sebab-sebab
bacaan diidgamkan kerana pertama nun sakinah dan tanwin adalah dua huruf mislain/
mutamasilain, kedua nun sakinah dan tanwin dengan mim adalah dua huruf yang bersekutu
pada segala sifat dan ketiga nun sakinah dan tanwin dengan huruf-huruf lam,ra,wau dan ya
adalah dua huruf mutaqaribain.Idgham terbahagi dua iaitu idgham tanpa dengung dan
idgham dengan dengung. Idgham tanpa dengung mempunyai dua huruf yang digabungkan

21

dalam ungkapan “ralla” dan huruf-huruf idgham maal ghunnah digabungkan dalam
ungkapan “yumin”.

Martabat idgham juga terbahagi dua iaitu idgham kamil dan naqis. Ulama bersepakat
mengatakan idgham kamil nun sakinah dan tanwin berlaku pada dua huruf iaitu lam dan ro
dan kebanyakan ulama juga mengatakan idgham kamil juga berlaku pada huruf-huruf nun
dan mim.

Iqlab

Iqlab bererti memalingkan sesuatu dan pada istilah bermaksud menukarkan lafaz sesuatu
huruf kepada yang lain dengan mengekalkan dengung serta ikhfak.(Dikhfakkan mim kepada
ba)
Sebab-sebab ditukarkan nun sakinah dan tanwin kepada mim kerana kedua-dua huruf itu
mempunyai persamaan iaitu; persamaan pada makhraj dan sifat-sifat kedua-duanya.

Ikhfak

Pada bahasa Ikhfak bererti tersembunyi dan pada istilah mennyembunyikan huruf sukun
dengan satu sifat antara izhar dan idgham tanpa tasdid serta kekal ghunnah pada huruf
pertama. Huruf-hurufnya digabungkan dalam rangkaikata “ ‫”ستجو ص ك فثق ضعظ م‬. Sebab-sebab
diikhfakkan kerana makhraj nun sakinah atau tanwin tidak berjauhan dan tidak berhampiran
dengan makhraj huruf-huruf ikhfak. Jadi ia berada di pertengahan di antara izhar dan
idgham.
Ikhfak mempunyai tiga martabat.

1. Martabat tertinggi iaitu ikhfak kepada huruf to dan ta.
2. Martabat terendah iaitu ikhfak terhadap huruf-huruf “kof” dan “kaf”
3. Martabat pertengahan iaitu ikhfak terhadap huruf-huruf selain daripada huruf-

huruf di atas.

3.3. TARQIQ, TAFKHIM DAN TAGHLIZ

Makna tafkhim ialah menebalkan sebutan huruf dengan mengangkat lidah ke lelangit
manakala tarkik ialah menipiskan sebutan huruf dengan membuka ruang antara lidah
dengan lelangit.

Tebal nipis huruf-huruf hijaiyah terbahagi tiga;
1. huruf yang tebal selama-lamanya iaitu huruf-huruf istilak
2. huruf yang sentiasa tipis ialah huruf-huruf istifal kecuali huruf-huruf alif ro dan lam.

22

3. huruf-huruf yang boleh nipis dan tebal (bergantung kepada keadaannya) iaitu huruf-
huruf alif lam dan ro.

Hukum huruf alif.

Ditebalkan jika sebelumnya huruf istiklak dan ditarkikkan jika sebelumnya huruf-huruf istifal
contohnya ‫قءل ان فتءب‬

Hukum lam lafazul jalalah.

Dibaca taghliz atau tebal apabila didahului huruf berbaris fathah atau dhommah dan dibaca
tarqiq jika didahului huruf berbaris kasrah atau baris dua di atas atau baris dua di hadapan
seperti ‫اح ن الله‬،‫قر ن الله‬

Hukum huruf Ro.

Berdasarkan tafkhim dan tarqiq ro dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;
1. yang mesti dibaca tebal dan ia berlaku dalam 10 keadaan berikut;
a. berbaris fathah
b. berbaris dhommah
c. ro mati dan sebelumnya berbaris fathah
d. ro mati dan sebelumnya berbaris dhommah
e. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak
f. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah yang mendatang samada
dalam satu kalimah atau kalimah berasingan
g. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris fathah
h. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya berbaris dhommah
i. ro mati kerana waqaf , huruf sebelumnya juga sukun (selain ya) dan huruf
sebelumnya berbaris fathah.
j. Ro mati kerana waqaf huruf sebelumnya sukun (selain ya) dan huruf
sebelumnya berbaris dhommah.

2. yang mesti dibaca nipis dan ia berlaku 9 keadaan berikut;
a. berbaris kasrah
b. berbaris kasrah arid (mendatang)
c. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah
d. ro mati huruf sebelumnya berbaris kasrah dan selepasnya huruf istiklak
dalam kalimah berasingan
e. ro mati kerana waqaf dan huruf sebelumnya mati serta huruf sebelumnya
berbaris kasrah

23

f. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya Mad
g. ro mati kerana waqaf dan sebelumnya ya Lin
h. ro yang dimalahkan
i. ro yang diqaqaf secara raum

3. ro yang harus tipis atau tebal tetapi tebal lebih utama dan hanya berlaku pada kata
‫ صي‬di dalam surah-surah yusuf (2) yunus dan Zukhruf.

4. ro yang harus tebal atau tipis tetapi nipis lebih utama dan berlaku dalam keadaan
berikut;
a. ro mati dan huruf sebelumnya berbaris kasrah serta selepasnya huruf istiklak
yang juga berbaris kasrah contoh ‫فيق‬
b. ro sukun kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan huruf sebelumnya huruf
istiklak yang juga berbaris sukun ‫القعي‬
c. ro mati kerana waqaf (asalnya berbaris kasrah) dan selepasnya ya mahzufah
iaitu pada kalimah ‫الاسي ان ن ي‬

3.4. AL-MUDGHAM

Idgham mutamasilain.

Iaitu idgham yang berlaku antara dua huruf yang bersamaan sifat dan makhraj. Idgham ini
terbahagi dua iaitu dengan ghunnah dan tanpa ghunnah. Idgham mutamasilain tanpa
dengung berlaku pada beberapa huruf sahaja iaitu huruf ba, ta, dal, dzal, ro, ain, fa, kaf,
lam, wau dan ha. Idgham mutamasilain dengan ghunnah berlaku pada antara huruf -huruf
mim sakinah pada mim dan nun sakinah pada Nun.

Idgham mutaqaribain.

Ialah idgham yang berlaku pada dua huruf yang berhampiran sifat dan makhraj. Ia juga
terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Idgham mutaqaribain tanpa dengung
berlaku antara huruf-huruf qaf sakinah pada kaf, nun sakinah pada ra, dan nun sakinah
pada lam. Idgham mutaqaribain dengan dengung berlaku pada antara huruf-huruf nun
sakinah pada wau dan nun sakinah pada ya.

Idgham mutajanasian.

Iaitu idgham yang berlaku pada dua huruf yang bersamaan makhraj tetapi berlainan sifat. Ia
juga terbahagi dua tanpa dengung dan dengan dengung. Ia berlaku pertemuan antara huruf-
huruf tak sakinah dan dal, ta sakinah dan to, tak sakinah pada dzal, dal sakinah pada ta,
dzal sakinah pada zho dan to sakinah pada ta. Idgham mutajanisain dengan ghunnah pula
hanya berlaku pada antara huruf-huruf ba sakinah dan mim.

24

3.5. AL-MUDUD
Mad
Mad pada bahasa bererti pertambahan. Pada istilah mad diertikan memanjang suara melalui
salah satu huruf mad atau huruf-huruf lin. Dalil bacaan mad terdapat melalui hadith nabi
yang diriwayatkan oleh ibnu masud di mana seorang lelaki membaca ayat 60 surah taubah
tanpa bacaan mad.
Huruf mad ada tiga iaitu alif wau dan ya tetapi dengan syarat-syarat berikut; pertama alif
yang didahului oleh baris fathah, kedua wau sakinah yang didahului baris dommah dan
ketiga ya sakinah yang didahului baris kasrah. Contoh bagi keadaan-keadaan mad tersebut
terdapat pada kalimah "‫ "نرحيهء‬, manakala huruf lin terdapat dua iaitu wau dan ya yang
berkehendakkan syarat-syarat ; wau sakinah didahului baris fathah dan ya sakinah yang
didahului baris fathah seperti contoh-contoh "‫ "ليس ان سرف‬.
Pembahagian mad.
Mad terbahagi dua mad asli dan mad farei. Mad asli iaitu mad yang terjadi dengan sebab
utama mad iaitu kewujudan huruf mad. Ia juga dikenali mad tabie dan mad zati. Mad asli
terbahagi kepada dua pula iaitu mad asli harfi atau mad asli thunai. Ia hanya terdapat di
huruf-huruf tertentu pembukaan surah yang dikumpulkan dalam ungkapan "‫"حي عهي‬. Mad asli
kedua ialah mad asli kalimi atau mad asli mutlak seperti contoh sebelum ini.
Mad farie pula terhasil daripada sebab kewujudan hamzah atau sukun yang mengiringi
huruf-huruf mad atau lin. Ia juga dikenali dengan nama mad mazidi. Terdapat tiga jenis yang
terhasil dengan sebab kewujudan hamzah. Mad-mad itu ialah mad wajib muttasil, mad jaiz
munfasil dan mad badal. Mad arid lissukun, mad lin dan mad lazim pula terhasil daripada
kewujudan sukun.

25

Jenis mad akibat kewujudan hamzah.

Mad wajib muttasil.
Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam satu kalimah sama ada
ketika bacaan wasal atau ketika waqaf. Mengikut imam asim riwayat hafs torik Syatibi wajib
dibaca 4 atau 5 harakat ketika bacaan wasal dan harus dibaca 6 harakat ketika waqaf.
Ketiga contoh bagi hukumnya terdapat pada kalimah-kalimah "‫ سوء دان سيء‬،‫ "ساء‬.
Mad jaiz munfasil.
Ia terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika
bacaan wasal sahaja. Hukumnya mengikut imam asim riwayat torik syatibi harus dibaca 4
atau 5 harakat ketika wasal dan hanya dibaca dua harakat ketika waqaf. Contohnya
terdapat pada kalimah "‫ وفى أنفسكم‬،‫ قالو إنا معكم‬،‫ "ومآانزل‬.
Mad badal.
Ia terjadi apabila hamzah mendahului huruf mad dengan syarat tiada hamzah atau sukun
selepas huruf mad tersebut. Ia juga digelar mad badal asli. Mengikut riwayat hafs Torik
Syatibi ia dibaca dua harakat. Contoh-contohnya terdapat pada kalimah-kalimah ‫أوتي‬،‫"ءامن‬
"‫ دان إيمنا‬. jika huruf mad terdapat selepas huruf hamzah asli ia dinamakan mad syabih bil
badal. Contonya : "‫القرءان‬.

26

Mad arid lilsukun.
Ia terjadi apabila huruf mad bertemu sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja.
Bacaannya harus 2,4 dan 6 harakat.

Mad lin.
Ia terjadi apabila huruf lin bertemu dengan sukun yang mendatang iaitu ketika waqaf sahaja.
Ia harus dibaca 2 , 4 atau 6 harakat.

Mad lazim.
Secara am mad lazim terbahagi kepada dua kategori kalimi dan harfi. Mad lazim kalimi
apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam kalimah-kalimah al-Quran dan mad
lazim harfi berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf-huruf
pembukaan (fawatih) al-Quran. Setiap mad lazim harfi dan kalimi terbahagi kepada dua
bahagian pula iaitu muthaqqal dan mukhaffaf. Maksud muthaqqal ialah huruf sukun selepas
huruf mad diidghamkan ke dalam huruf selepasnya manakala mukhaffaf ialah huruf sukun
selepas huruf mad tidak diidghamkan ke dalam huruf selepasnya.

Mad-mad farie yang lain.

Mad shilah.
Terjadi ketika membaca wasal pada hak domir yang berada di antara dua huruf berbaris dan
ia terbahagi dua iaitu qosirah dan towilah. Mad silah qosirah ialah apabila hak domir
mendahului huruf hijaiyyah selain daripada hamzah. Ia dibaca 2 harakat ketika wasal dan
ketika waqaf dimatikan hak domir tersebut. Mad silah towilah pula ialah apabila hak domir

27

mendahului hamzah. Mengikut riwayat hafs torik Syatibi ia dibaca 4 atau 5 harakat ketika
wasal dan apabila waqaf ia dimatikan.

Mad tamkin.
Apabila berhimpun dua huruf ya dengan syarat ya yang pertama bertasdid dan berbaris
kasrah dan ya kedua sukun.
Mad iwad.
Ia terjadi apabila waqaf pada huruf bertanwin mansub kecuali ta marbutoh. Bacaannya 2
harakat kerana ia mad tabie yang terjadi ketika waqaf.
Mad faraq.
Ia terjadi apabila hamzah wasal yang berada sebelum lam takrif dimasuki hamzah istifham.
Ia sebahagian daripada mad lazim kalimi sama ada muthaqqal dan mukhaffah.

Mad takzim
Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu hamzah pada kalimah "‫"إله‬.
Hukumnya harus dibaca 4 atau 5 harakat kerana ia sebahagian daripada mad jaiz munfasil.

Mad tabriah.
Terjadi apabila huruf mad pada kalimah la nafiah bertemu dengan huruf hijaiyyah selain
daripada hamzah. Hukumnya wajib dibaca 2 harakat kerana ia sebahagian daripada mad
asli.

3.6. HUKUM WAQAF DAN IBTIDA’
Waqaf
Waqaf pada bahasa : menahan.
Waqaf pada istilah : memutuskan suara bacaan di akhir perkataan pada kadar masa boleh
bernafas mengikut adatnya serta berniat untuk menyambung semula bacaan.

Hukum Belajar : Wajib pada pandangan setengah ulama’

Bahagian Waqaf
Waqaf boleh di bahagikan kepada empat bahagian;

1. Waqaf Ikhtiari iaitu waqaf pilihan yang dilakukan oleh pembaca tanpa sebarang
sebab yang tertentu.

28

2. Waqaf Idhtirari iaitu waqaf terpaksa ( darurat) yang dilakukan pembaca kerana
kehabisan nafas, terbersin, menguap dan sebagainya.

3. Waqaf Intizhari iaitu waqaf tangguh yang dilakukan oleh pembaca kerana membaca
wajah ( qiraat) yang lain daripada wajah bacaan yang diterima.

4. Waqaf Ikhtibari iaitu waqaf pengetahuan yang dilakukan oleh pembaca bertujuan
untuk menerangkan perbezaan antara maqtu’ dan maushul. Ithbat dan mahdzuf,
menyoal dalam peperiksaan atau mengajar.

Waqaf Ikhtiari dibahagikan kepada jenis;
1. Waqaf Tam ( berhenti dengan sempurna) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak
mempunyai hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.
2. Waqaf Kafi ( berhenti memadai ) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak mempunyai
hubungan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz tapi mempunyai hubungan dari
segi makna.
3. waqaf Hasan(berhenti yang baik ) iaitu waqaf pada kalimah yang boleh memberi
faham akan maknanya yang jelas tetapi mempunyai hubungan dengan kalimah atau
ayat selepasnya dari segi lafaznya.
4. Waqaf Qabih ( berhenti yang tidak baik) iaitu waqaf pada kalimah yang tidak
memberi faham akan maknya kerana berhubung kuat deengan kalimah selepasnya
kecuali darurat dan ( jika berlaku) wajib memulakan dengan kalimah sebelumnya.

Ibtida’
Makna Ibtida’ pada bahasa : permulaan.
Pada istilah : Memulakan bacaan al-Quran sama ada selepas waqaf atau qata’

Hukum Ibtida’ terbahagi dua jenis;
1. Ibtida’ Jaiz ( permulaan yang harus) iaitu memulakan bacaan pada kalimah yang
dapat memberi faham akan maknnya serta tidak bersalahan dengan apa yang
dikehendaki Allah Ta’ala
2. Ibtida’ Tidak Jaiz ( permulaan yang tidak harus) iaitu memulakan bacaan pada
kalimah yang tidak menyampaikan maksud yang sebenar atau boleh mengubah
makna yang dikehendaki.

29

LATIHAN

1. Gunakan CD holy Quran versi 6.5 dan amati bagaimana makhraj dan sifat
huruf-huruf hijaiyyah diamalikan.

2. Tatbiqkan bacaan idgham kamil dan naqis dalam bacaan surah al-insan

3. Rujuk kepada guru al-Quran tertentu dan praktikkan bacaan ikhfak yang nun
sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf isti’lak.

4. Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro yang boleh
di baca dua wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham
5. mutamasilain,mutaqaribain dan mutajanisain

6. Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut :
mad wajib, mad lazim , mas jaiz , mad farq , mad tamkin dan mad takzim

7. Senaraikan waqaf-waqaf jibril yang disepakati yang terdapat di dalam al-Quran
dan kenapakah di tempat-tempat tersebut kita disunnahkan Waqaf.

8. Tasmi’kan bacaan khas imam Asim riwayat hafs torik Syatibi di depan
sesaorang guru al-Quran yang mahir.

9. Aktiviti Tutorial: Berdasarkan satu suroh yang ditentukan oleh pensyarah anda
dalam juzuk Amma:
a) Analisakan hukum-hukum tajwid yang sudah dipelajari dalam modul,
dan
b) Tasmi’kan suroh tersebut di hadapan pensyarah anda.

Layari laman web qquran (www.qquran.com).
a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama qori-qori mesir

10. yang terkenal.
b) Pilih satu tokoh Al-Quran Mesir yang anda minati dan nyatakan
sumbangannya terhadap Al-Quran

30

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
iii. WhatsApp
iv. Masa 2 jam. Pelaksanaan PDPC dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Tajwid al-Quran
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Sifat tunggal dan sifat yang berlawanan
ii. Bacaan surah al-Insan dan surah al-Sajadah.
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
v. Semakan kehadiran
vi. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
vii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
viii. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

31

UNIT 4 TARANNUM

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat;
1. Menjelaskan pengertian tarannum Bayyati dan Nahwand serta sejarah

perkembangannya.
2. Menghuraikan perincian sifat dan peranan tarannum Bayyati dan Nahwand serta

tarannum yang sesuai diwuslahkan..

Sinopsis

Unit ini membolehkan pelajar menjelaskan latarbelakang, sifat, peranan dan tarannum yang
boleh diwuslahkan dengan tarannum Bayyati mengikut keadaan persembahan tarannum
Bayyati. Konsep ilmu tarannum dari sudut istilah, bentuk dan peranan yang berkaitan dalam
bidang ini para pelajar juga sepatutnya boleh menerangkan hukum tarannum al-Quran
berdasarkan dalilnya dan membaca al-Quran dengan tarannum secara murattal.

Di antara tarannum yang masyhur dan sering dilagukan dalam persembahan bacaan al-
Quran serta mendapat perhatian daripada kalangan Qari dan Qariah adalah tarannum
Nahawand.Perkara ini mungkin disebabkan oleh sifat kesederhanaan dalam mengalunkan
rentak dan irama Nahawand ini mampu memukau dan menarik minat serta dekat di hati
para Qari seterusnya melembutkan hati mereka apabila mendengarkannya.

KERANGKA TAJUK

4.1 Tarannum
4.2 Pengenalan taranum al-Quran secara murattal
4.3 Pengenalan tarannum bayyati
4.4 Pengenalan tarannum nahwand
4.5 Amali tarannum nahwand dalam surah pilihan

32

Pengenalan
Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa Tarannum Bayyati adalah ibu bagi alunan
seni lagu atau maqam tarannum yang terdapat dalam bacaan al-Quran. Ini kerana fungsi
maqam ini adalah sebagai pembuka dan penutup rentak dan irama kepada sesuatu
persembahan bacaan al-Quran.

Di Malaysia, amalan bacaan para Qari dan Qariah masa kini telah mempopularkan bacaan
al-Quran dengan susunan tarannum yang tertentu di samping meletakkan tarannum Bayyati
sebagai maqam pertama yang bertindak sebagai pembuka atau permulaan persembahan.
4.1 Tarannum Bayyati

4.1.1 Definisi
Dari sudut bahasa, perkataan “Bayyati” adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari
wazan (asas pertimbangan asal perkataan) baytun yang bermaksud rumah atau tempat
kediaman.
Dari sudut istilah pula bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau
maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab khususnya dari Mesir.

33

4.1.2 Sejarah Perkembangan
Tarannum Bayyati mula diperkenalkan di Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah
Melayu kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan permulaan perkembangan
tarannum lahjah Arab Misri.
Di antara faktor tersebarnya seni tarannum khususnya maqam Bayyati di Tanah Melayu
ketika itu adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang
pengajian Islam di Universiti al-Azhar, Mesir. Ini kerana setelah tamat pengajian mereka di
sana, sebilangan daripada bilangan pelajar ini bukan sahaja pulang dengan segulung ijazah
bahkan membawa bersama mereka pelbagai jenis ilmu dan fikrah khususnya dalam bidang
tarannum al-Quran.
4.1.3 Sifat-sifat tarannum Bayyati

34

4.1.4 Peranan tarannum Bayyati
35

4.2 Tarannum Nahwand

Dari sudut bahasa, perkataan Nahawand adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah
Hamadan, Parsi.

Manakala dari sudut istilah pula Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan
tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut
citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri.

4.2.1 Sejarah Perkembangan

Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan
yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran.

Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu
di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun
Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah
Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina. Sebagaimana berlaku perubahan
dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum
Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan ini.

36

Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para Qurra’ dari Mesir yang
mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun, identiti asalnya iaitu
alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.
4.2.2 Sifat-sifat tarannum Nahwand

37

4.2.3 Peranan tarannum Nahwand

TUGASAN
1. Cari dua bacaan daripada Qari atau Qariah, sama ada dalam bentuk CD atau kaset.

Nilaikan bacaan tarannum Bayyati mereka
2. Sila rujuk bacaan tarannum Nahawand sama ada dalam bentuk CD atau Kaset.

Perdengarkan bacaan tersebut dan praktikannya dalam kumpulan
38

UNIT 5 HAFAZAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat;
1. Menjelaskan kaedah menghafaz Al-Quran yang digunakan sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran.
2. Menghuraikan perincian teknik menghafaz Al-Quran dan penilaian yang sesuai
dalam kemahiran menghafaz Al-Quran.

Sinopsis

Unit ini membolehkan pelajar memahami kaedah dan teknik menghafaz Al-Quran dengan
berpandukan kepada pelbagai kaedah yang sesuai dan memudahkan. . Kaedah dan teknik
menghafaz Al-Quran yang dipelbagaikan yang berkaitan dalam bidang ini membolehkan
para pelajar memiliki kemahiran yang mantap untuk untuk mencapai tujuan asas bagi
menghafaz Al-Quran.

Di antara kaedah dan teknik yang diamalkan bagi tujuan menghafaz Al-Quran seperti
kaedah Tikrar, kaedah Chungking, teknik Mindmapping, teknik “pointers” dan “keyword” dan
seumpamanya memberikan pelbagai cara membantu para huffaz.

KERANGKA TAJUK
5.1 Hafazan al-Quran
5.2 Aplikasi hafazan dengan kaedah
5.3 Tasmik dua surah pilihan

39

5.0 Hafazan

Bidang hafazan al-Quran bermula semenjak penurunan ayat al-Quran yang pertama. Ketika
Rasulullah SAW beumur 40 tahun dan sedang beribadat di Gua Hira’, Allah SWT telah
memerintahkan Jibril AS untuk mengajarkan al-Quran kepada Baginda SAW. Ayat pertama
yang dibaca adalah iqra’ yang diulang sebanyak tiga kali oleh Malaikat Jibril AS dan
kemudian dibaca kembali oleh Baginda secara hafazan.

5.1 Adab sebelum menghafaz Al-Quran

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafaz Al-Quran
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz
4. Berada dalam keadaan yang tenang
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafaz
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf yang lain
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafaz.

5.2 Teknik menghafaz

5.2.1 Teknik “Chunking”
1. Memisahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang
sesuai mengikut arahan guru
2. Memisahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian ( 2 atau 3
bahagian ) yang sesuai
3. Memisahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut
pertukaran cerita
4. Memisahkan juzuk kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizb, rubu’,
cerita dan sebagainya
5. Memiahkan Al-Quran kepada kelompok surah, setiap 10 juzuk dan
sebagainya

5.2.2 Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali

sebelum menghafaz Al-Quran

2. Membaca ayat yang telah dihafaz berulang-ulang kali ( 10 atau lebih )

sebelum berpeindah kepada ayat yang seterusnya

40


Click to View FlipBook Version