The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haniasmuran21.ha, 2019-04-12 22:38:18

PIMK2042 - Tahsin al-Qurani

PIMK2042 - Tahsin al-Qurani

3. Setelah menghafaz setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali
sebelum diteruskan bahagian yang kedua

4. Selepas menghafaz satu muka surat diulang berkali-kali sebelum diteruskan
ke muka surat seterusnya

5. Sebelum menghafaz bahagian Al-Quran seterusnya, harus diulang bahagian
yang sebelumnya

5.2.3 Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan pada ayat, muka surat dan lebaran
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf
4. Ulang sehingga dapat melihat ayat dan muka surat tersebut dengan mata
tertutup

5.2.4 Teknik Menghafaz dengan seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat
2. Orang yang pertama membaca, disemak oleh orang yang kedua
3. Orang yang membaca kedua, disemak oleh orang yang pertama
4. Saling menebuk ayat diantara satu sama lain

5.2.5 Teknik “pointer” dan “keyword”
1. Buat beberapa kotak
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi
mukasurat tersebut
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan

5.2.6 Teknik “mindmaping”
1. Bagi setiap juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama
rubu’ tersebut dicabangnya
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil
bagi rubu’

5.2.7 Mengekalkan hafazan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati

41

2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti berbuka puasa, ketika
belayar, selepas azan, dan lain-lain lagi

3. Kerjakan solat hajat kepada Allah
4. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz

dan sebagainya
5. Membaca pada waktu pagi dan megulangnya pada waktu malam
6. Jangan membaca ketika bosan, marah atau mengantuk
7. Menulis setiap ayat yang mutashabih
5.3 Tasmik dua surah pilihan
5.3.1 Surah Al Sajadah
5.3.2 Surah Al Insan

LATIHAN

1. Cuba Fikirkan kaedah-kaedah lain yang boleh membantu anda menghafaz ayat-ayat
al-Quran

2. Bincangkan asas-asas hafazan al-Quran dalam kumpulan dan bentangkan hasil
perbincangan tersebut menggunakan teknik pembelajaran abad 21 yang mudah
difahami.

42

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

B. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PDPC dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi.

B. Tajuk Pembelajaran: Hafazan al-Quran
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Kaedah Tikrar
ii. Kaedah simbol.
D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

43

RUJUKAN
Bahan Cetakan:

Abdul Fattah as-Sayid `Ajmi al-Mursifi. (2001). Hidayah al-qari` ila
tajwidi kalam al-Bari. Madinah al-Munawwarah : Dar al-Fajr al-
Islamiyyah.

Abdul Kadir Muhammad Riyadh Tulaimat. (1997). al-Adabii al-tullab
halaqat wa khalawi wa maàhid tahfiz al-Quran al-karim. Saudi
Arabia: Dar Nur al-Maktabat

Abdul Kadir Leong. (2011). Tajwid al-Quran rasm uthmani. Kuala Lumpur
: Pustaka Salam

Abu Mardhiyah. (2013). Tajwid al-Quran ‘Aashim, riwayat hafsh toriq
al-Syatibi. (Jilid 1 & 2). Kuala Lumpur : Al-Jenderaki Enterprise.

Abdullah al-Qari bin Hj. Salleh (1990), Kursus Qari dan Qariah. Kuala
Lumpur: DBP

Buku Kaedah Hattawiah 1&2

Buku Kaedah Iqra’ 1-6

Buku Kaedah Qira’ati 1-5

Jamaluddin Ridhuan (2000), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Al-
Quran, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
j-QAF: Panduan Pelaksanaan Model dan Modul Pengajaran &
Pembelajaran, 2004

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
(2004), Buku Panduan Dasar Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum
j-QAF, Kuala Lumpur: JAPIM KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah
Pendidikan Islam, 2003

Mehdi Mohd al-Hirozi, (2001), Bughyahtul Murid min ahkami tajwid, Beirut :
Darul Basyair al-Islamiah.

Mohd Khalid Abdul Aziz Mansur, Dr. (1999), Al-Wasit fi illmi Tajwid,Urdun:
Darun Nafais.

Mohd Yusuf Ahmad (2000), Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran,
Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Mohd Fathi’ Said, (2016 ) Buku Penilaian Hafazan, Bangi Selangor :

44

Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah IPGKPI
Muhyiddin Abi Zakaria Yahya Syaraf al-Nawawi dan al-Imam al-Hafiz

Sheikh al-Islam. (1999). At-Tibyan fi adab hamlati al-Quran. Beirut
: Muassasah al-Raiyan
Nik Jaafar Nik Ismail. (2014). Qawaid al-tarannum. Kuala Lumpur : Dar
al-Fikr.
Surur Shihabuddin. (2010). Ilmu tajwid menurut riwayat hafs an asim
melalui toriq asy syatibiyyah. Batu Caves : Pustaka Salam.
Urusetia Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran
Kementerian Dalam Negeri. (2007). Buku panduan rasm uthmani.
Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad

45

PENYELARAS MODUL PDPP (PENDIDIKAN ISLAM)

Nama Pegawai Akademik

En. Othman bin Loman Bidang Pendidikan Islam

PANEL PENGGUBAL MODUL PDPP
PIMK2042

TAHSIN TILAWAH AL-QURAN

Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Hasim Bin Harun
2 Ahmad Kamarudin Bin Ibrahim B.A Hons ( Al-Quran & Al-Sunnah ) UKM
3 Mahdzir Bin Nor Sijil Perguruan Malaysia (PAI) MPI

4 Mohd Zulkifli Bin Saari M.Mgmt. Universiti Malaya 2000
B.A (Hons) Pendidikan Islam UM 1986
Sijil Perguruan MPI 1982
Sarjana Pendidikan Islam, UKM
Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM
Diploma Pendidikan
Sarjanamuda Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Diploma Maktab perguruan Islam Bangi. Selangor D.E
Sijil Qiraat dan Tarannum Maktab Perguruan Islam Bangi
Selangor D.E

46

SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting
dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam
modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

47

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang
lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Bahan Pembelajaran

Pembelajaran dalam talian

Media Sosial

48

‫‪UNIT 5‬‬ ‫‪ANALISIS KANDUNGAN KURIKULUM KSSR‬‬

‫تاريخ ‪________ :‬‬ ‫لمفيرن ‪2‬‬

‫نام ‪_____________________:‬‬
‫كلس ‪________________ :‬‬

‫سامبوغ ضاريس فوتوس دان توليس سمولا حروف برايكوت‪.‬‬

‫‪49‬‬

‫تاريخ ‪________ :‬‬ ‫لمفيرن ‪3‬‬

‫نام ‪_____________________:‬‬
‫كلس ‪________________ :‬‬

‫ورناكن حروف يغ سام‪.‬‬

‫‪50‬‬

TUGASAN

1. Anda dikehendaki manjawab semua soalan-solan dalam nota di atas?

UNIT 6 Isu-isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menghuraikan Pendidikan bertaraf dunia
ii Kepelbagaian sistem Pendidikan Islam
ii Kesepaduan ilmu

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah isu-isu semasa kurikulum
Pendidikan Islam.

51

KERANGKA TAJUK

6.1 Pendidikan bertaraf dunia
6.2 Kepelbagaian sistem Pendidikan Islam
6.3 Kesepaduan Ilmu
6.4 Tugasan
6.5 Pembelajaran dalam talian. (bagi yang ada PnP dalam talian seperti dinatakan

dalam Agihan Tajuk)

6.1 Pendidikan Bertaraf Dunia

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan
mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic
excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti
memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf
dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis
pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari
perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori
perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu:

 Pembangunan tenaga manusia
 Kepesatan pertumbuhan ekonomi
 Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
 Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
 Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
 Pembangunan teknologi dan sains
 Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan
bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu
standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara

52

yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu
berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf
baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat
martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR PENDIDIKAN

Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan
pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan apakah
langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:

1. Pengkorporatan Universiti.

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang terlibat
dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa
berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan
perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan
kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang
mengorak langkah mencapai status negara maju.

Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukan
sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan
tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi
menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamis perkembangannya. Selaras
dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti
mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan,
pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan
dan produktiviti.
Kerenah birokrasi dan pelbagai ‘red tape’ yang mengekang perjalanan universiti akan dapat
diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan bertenaga
meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era

53

pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan
korporat.

Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan ke
negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris
sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti
pendidikan tinggi tempatan.

2. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan

Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai
aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan.

Ini termasuklah membaiki:

 Kualiti pengajaran
 Kualiti perkhidmatan
 Kualiti kurikulum
 Kualiti penilaian dan pensijilan
 Kualiti pensyarah
 Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar
 Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi
 Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti
 Kualiti kepimpinan universiti
 Kualiti penyeliaan
 Kualiti mentoring
 Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

3. Perubahan Sistematik

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat
mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti
dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020
kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia
dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada
hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk
mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

54

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang
disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia
mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan
iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah
sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif.
Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih
luas.

Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian
Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang
Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.

Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan:

 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan
kebangsaan

 Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun
 Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
 Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan
 Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem
pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan
pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah
kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru,
sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira.

Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan
Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan
peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk
melahirkan insan yang cemerlang.

Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu
pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme
yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam
merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.

55

Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran
kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah
merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status profesyen perguruan.

4. Penggredan Universiti

Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian Pendidikan adalah
satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti
pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak
langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan
mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan
profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi
dan asas kaedah pengajaran.

Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi
maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi
meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan
staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara
progresif dan dinamis.

5. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi yang
besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar
oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih
tinggi dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program
berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.

Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada
universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk
melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana
Menteri dapat direalisasikan.

6. Kelonggaran Sistem Pendidikan

Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk
melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi
pembangunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan
negara. Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan merangka satu

56

paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun
sepenuhnya dalam bidang perindustrian.

Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan
pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta dasar
liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin,
tekun dan produktif.

Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Malaysia di London, Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan
kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan pelajar
dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran pada
peringkat pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang
berilmu. Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara
kekurangan pekerja yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali
dalam era teknologi maklumat abad ke 21.

Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah secara
percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan tinggi, Malaysia
dikira akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia. Malaysia juga dikira
mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan negara-negara membangun
yang lain.

Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang
kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia
mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara
yang produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan
ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan bertaraf
dunia.

Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan tenaga
mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan pendidikan yang
merupakan agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak
bagi meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja
berilmu.

Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukan
pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori

57

Modal Manusia (Human Capital Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi
penting bagi meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran, kemahiran,
berpengetahuan, efisyen, produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja
dan sebagainya.

CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada
cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di antara cabaran-
cabaran tersebut ialah:

1. Penghijrahan pensyarah (brain drain)

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru.
Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf (Y.D.P. Persatuan
Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa yang sering
berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan
kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar
dengan perkembangan pendidikan negara ini.

Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada pendidikan di
negara ini? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya
satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam menghadapi saingan untuk
memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang tidak
dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang
menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.

Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi ruang
kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier masing-masing dan
tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berada di bawah naungan
Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan sahaja disebabkan oleh gaji
pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk
peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat
pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan
pensyarah sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta

58

sahaja, malahan ia juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan
atau bekerja sendiri.

2. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan

Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesyen
perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang menunjukkan
profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli
oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita
dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti
kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas
berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani
masalah sosial yang semakin mencabar.

Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus
menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah asas
pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke-21.
Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan kebelakangan ini
telah meningkat dengan begitu tinggi.

Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan oleh
guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk
pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu, kaum guru tidak dapat melarikan diri
daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada
penilaian dan akauntabiliti pelbagai pihak.

Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di negara
ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani masalah rumit yang
berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang berlaku dari masa ke semasa
mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan psikologi dan
mental yang memerlukan semangat kental dan kesabaran kaum guru.

3. Peperiksaan Mengikut Keupayaan

Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang
memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan,
dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di
sekolah.

59

Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini,
sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar.
Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini
menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu
pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan
lembab.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada
pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor
sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan
pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid.
Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut
keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan
cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal
bagi tahap-tahap tertentu.

Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan
sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan
pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada
kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.

Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan memberi
peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki
mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia.
Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah boleh membina keyakinan mereka untuk
menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka akan berjaya dalam peperiksaan.

Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan
dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem
peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan
kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf
kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.

Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada
yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah
rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan

60

berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa
depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.

Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka ideologi yang
mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini? Adakah ia
boleh dikira satu perubahan yang penting ke arah menyumbang reformasi sistem
peperiksaan yang sedia ada? Setakat manakah falsafah dan konsep peperiksaan mengikut
keupayaan ini memberi faedah dan mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan
warga negara yang seimbang serta berketrampilan?

Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan
pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk
buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun
ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya sesuatu peperiksaan.
Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam
peperiksaan yang sukar dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar
mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga
dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah
mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan
pelajar di tahap yang sama.

Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen
yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa
demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan
pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan
sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin
kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu
bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka
semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.

Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang
pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi
pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan
pencapaian akademik seseorang pelajar.

61

Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan
mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan
realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan
falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang
mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan
untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu
dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI PENCAPAIAN
MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Meningkatkan profesionalisme perguruan

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan
motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru,
disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang
dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani
masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis
pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara
membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan.
Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi
dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya
dan dalam sektor-sektor lain.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini
perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada
budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan
bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan
ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat
mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi
muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik
dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam
masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di
bataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi

62

mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan
masyarakat dan negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi
mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain,
profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat
kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan
tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih
terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh
memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada
profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan
yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan
mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang
mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri
sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning),
belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.

Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi pengajian
tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah universiti mestilah
memiliki diploma pendidikan bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk mengajar.
Walaupun mendapat reaksi yang "panas dan sinis" daripada pensyarah dan professor,
cadangan ini bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang positif bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi
mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah

Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa yang
dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah
mempunyai banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di
institusi pengajian tinggi.

Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan
yang mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan
Mokhtar mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di

63

luar negara ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia,
sedangkan antara keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.

Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu
perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan
tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat
di atasi. Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah
amat tinggi kedudukannya.

Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan
bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang
dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan
aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan
negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak
memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-
langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif
dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan
dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan
sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria
keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang
di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan
dan penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat
kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya
cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan
mengurangkan tekanan.

Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk
memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti
datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti,

64

penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut
kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN

Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang
betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka
bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan
dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya
sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia
paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan
peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah
daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen,
daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada
reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.

Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara,
apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia?
Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia
bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.

Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR),
subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan pangkat baru
berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi - kasihan generasi remaja kita yang
menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan penghitungan dalam menanam modal
dalam"komoditi pendidikan", ia akan memberi impak jangka panjang. Sebagai contoh, hasil
daripada kegagalan KBSR dan subjek ADM yang dilaksanakan 10 tahun dahulu, bahangnya
kita dapat rasai kini dengan kurangnya pelajar kita (melayu khususnya) yang berminat unutk
memilih sains sebagai bidang pilihan mereka di IPT.

Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan
Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia.
Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut arus reformasi
yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini? Ada baiknya
fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara
total. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh
kepada semua golongan pendidik. Kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas
yang mantap dan teguh.

65

KESIMPULAN

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat
mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama
dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi
untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif,
progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai
golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya
kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh
dan bersepadu. (http://sarjana.tripod.com/taraf1.html)

TUGASAN

1. Bincangkan secara terperinci aspek kesediaan guru dalam menangani isu pendidikan
sebagai seorang pendidik dalam abad ini.


PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 3 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu
sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam (rujuk dalam Agihan Tajuk)
i. Kesepaduan Ilmu (DT)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
i. Konsep kesepapduan Ilimu
ii. Kesepaduan ilmu agama (al-Naql) dan ilmu sains (al-Aql)
iii. Kesepaduan ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran

66

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian

BIBLIOGRAFI
67

Abd Aziz Yusof. (2013). Pengurusan pendidikan Islam, mekanisme transformasi ummah,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Ishak. (2000). Perkembangan pendidikan Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ahmad Mohd. Salleh. (2011). Kurikulum metodologi dan pedagogi pengajian Islam: KPLI
Pengajian islam & j-QAF (Edisi Kedua). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Al-Ghazali. (2013). Mutiara Ihya Ulumuddin. (Al-Syeikh Muhammmad Jamaluddin Al-Qasimi
Ad-Dimasqi. Terj.) Shah Alam: Illusion Network.

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
Tingkatan 1-5. Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Konsepsualisasi semula kurikulum pendidikan Islam.Tanjung
Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. (2015). Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

PENYELARAS MODUL PDPM (PENDIDIKAN ISLAM)

Nama Pegawai Akademik
Othman bin Loman

68

Bidang Pendidikan Islam

PANEL PENGGUBAL PDPM
PIMKD2013

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Dr Nor Kartina bt Tawang
Ijazah Doktor Falsafah (Syariah), UNISZA
Sarjana Pengajian Islam (Syariah) UKM
Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Syariah),
Universiti Al-Azhar, Mesir
Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan, KUSZA

2 Engku Zarihan bt Engku Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam, Universiti
Abdul Rahman Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Syariah),
Universiti Al-Azhar, Mesir.
Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Selangor.

SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan

69

Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting
dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam
modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

70

Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang
lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

71

‫لمفيرن ‪1‬‬

‫نام ‪ _____________________:‬تاريخ ‪________ :‬‬
‫كلس ‪________________ :‬نام ‪-:‬‬

‫_____________________ تاريخ ‪________ :‬‬

‫خاريكلدانس ‪:‬ورن_ا_ك_ن_ح_رو__ف_ي_غ_تر_سم_ب_وث_ي_‪_.‬‬
‫ب ‪ -‬ورنا ميره ت ‪ -‬ورنا بيرو ث ‪ -‬ورنا كونيغ‬

‫‪72‬‬

‫تاريخ ‪________ :‬‬ ‫لمفيرن ‪2‬‬

‫نام ‪_____________________:‬‬
‫كلس ‪________________ :‬‬

‫سامبوغ ضاريس فوتوس دان توليس سمولا حروف برايكوت‪.‬‬

‫‪73‬‬

‫تاريخ ‪________ :‬‬ ‫لمفيرن ‪3‬‬

‫نام ‪_____________________:‬‬
‫كلس ‪________________ :‬‬

‫ورناكن حروف يغ سام‪.‬‬

‫ثثتتبب بتببتثبثثث ث بثبثثتتتت ت بتب‬

‫‪TUGASAN‬‬
‫?‪2. Anda dikehendaki manjawab semua soalan-solan dalam nota di atas‬‬

‫‪74‬‬

UNIT 6 Isu-isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah isu-isu semasa kurikulum
Pendidikan Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menghuraikan Pendidikan bertaraf dunia
ii Kepelbagaian sistem Pendidikan Islam
ii Kesepaduan ilmu

KERANGKA TAJUK

6.6 Pendidikan bertaraf dunia
6.7 Kepelbagaian sistem Pendidikan Islam
6.8 Kesepaduan Ilmu
6.9 Refleksi/ Tugasan
6.10 Pembelajaran dalam talian. (bagi yang ada PdP dalam talian seperti dinatakan

dalam Agihan Tajuk)

6.1 Pendidikan Bertaraf Dunia

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan
mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat

75

menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic
excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti
memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf
dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis
pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari
perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori
perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu:

 Pembangunan tenaga manusia
 Kepesatan pertumbuhan ekonomi
 Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
 Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
 Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
 Pembangunan teknologi dan sains
 Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan
bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu
standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara
yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu
berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf
baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat
martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR PENDIDIKAN

Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan
pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan apakah
langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:

76

7. Pengkorporatan Universiti.

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang terlibat
dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa
berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan
perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan
kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang
mengorak langkah mencapai status negara maju.

Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukan
sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan
tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi
menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamis perkembangannya. Selaras
dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti
mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan,
pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan
dan produktiviti.

Kerenah birokrasi dan pelbagai ‘red tape’ yang mengekang perjalanan universiti akan dapat
diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan bertenaga
meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era
pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan
korporat.

Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan ke
negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris
sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti
pendidikan tinggi tempatan.

8. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan

77

Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai
aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan.

Ini termasuklah membaiki:

 Kualiti pengajaran
 Kualiti perkhidmatan
 Kualiti kurikulum
 Kualiti penilaian dan pensijilan
 Kualiti pensyarah
 Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar
 Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi
 Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti
 Kualiti kepimpinan universiti
 Kualiti penyeliaan
 Kualiti mentoring
 Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

9. Perubahan Sistematik

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat
mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti
dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020
kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia
dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada
hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk
mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang
disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia
mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan
iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah
sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif.
Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih
luas.

78

Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian
Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang
Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.

Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan:

 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan
kebangsaan

 Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun
 Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
 Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan
 Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem
pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan
pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah
kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru,
sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira.

Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan
Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan
peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk
melahirkan insan yang cemerlang.

Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu
pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme
yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam
merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.

Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran
kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah
merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status profesyen perguruan.

10. Penggredan Universiti

79

Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian Pendidikan adalah
satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti
pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak
langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan
mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan
profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi
dan asas kaedah pengajaran.

Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi
maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi
meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan
staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara
progresif dan dinamis.

11. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi yang
besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar
oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih
tinggi dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program
berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.

Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada
universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk
melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana
Menteri dapat direalisasikan.

12. Kelonggaran Sistem Pendidikan

Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk
melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi
pembangunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan
negara. Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan merangka satu
paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun
sepenuhnya dalam bidang perindustrian.

80

Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan
pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta dasar
liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin,
tekun dan produktif.

Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Malaysia di London, Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan
kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan pelajar
dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran pada
peringkat pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang
berilmu. Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara
kekurangan pekerja yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali
dalam era teknologi maklumat abad ke 21.

Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah secara
percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan tinggi, Malaysia
dikira akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia. Malaysia juga dikira
mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan negara-negara membangun
yang lain.

Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang
kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia
mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara
yang produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan
ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan bertaraf
dunia.

Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan tenaga
mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan pendidikan yang
merupakan agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak
bagi meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja
berilmu.

Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukan
pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori
Modal Manusia (Human Capital Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi
penting bagi meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran, kemahiran,

81

berpengetahuan, efisyen, produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja
dan sebagainya.

CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada
cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di antara cabaran-
cabaran tersebut ialah:

4. Penghijrahan pensyarah (brain drain)

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru.
Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf (Y.D.P. Persatuan
Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa yang sering
berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan
kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar
dengan perkembangan pendidikan negara ini.

Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada pendidikan di
negara ini? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya
satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam menghadapi saingan untuk
memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang tidak
dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang
menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.

Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi ruang
kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier masing-masing dan
tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berada di bawah naungan
Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan sahaja disebabkan oleh gaji
pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk
peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat
pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan
pensyarah sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta
sahaja, malahan ia juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan
atau bekerja sendiri.

82

5. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan

Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesyen
perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang menunjukkan
profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli
oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita
dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti
kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas
berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani
masalah sosial yang semakin mencabar.

Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus
menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah asas
pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke-21.
Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan kebelakangan ini
telah meningkat dengan begitu tinggi.

Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan oleh
guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk
pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu, kaum guru tidak dapat melarikan diri
daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada
penilaian dan akauntabiliti pelbagai pihak.

Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di negara
ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani masalah rumit yang
berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang berlaku dari masa ke semasa
mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan psikologi dan
mental yang memerlukan semangat kental dan kesabaran kaum guru.

6. Peperiksaan Mengikut Keupayaan

Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang
memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan,
dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di
sekolah.

83

Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini,
sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar.
Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini
menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu
pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan
lembab.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada
pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor
sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan
pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid.
Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut
keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan
cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal
bagi tahap-tahap tertentu.

Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan
sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan
pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada
kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.

Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan memberi
peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki
mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia.
Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah boleh membina keyakinan mereka untuk
menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka akan berjaya dalam peperiksaan.

Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan
dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem
peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan
kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf
kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.

Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada
yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah
rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan

84

berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa
depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.

Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka ideologi yang
mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini? Adakah ia
boleh dikira satu perubahan yang penting ke arah menyumbang reformasi sistem
peperiksaan yang sedia ada? Setakat manakah falsafah dan konsep peperiksaan mengikut
keupayaan ini memberi faedah dan mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan
warga negara yang seimbang serta berketrampilan?

Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan
pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk
buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun
ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya sesuatu peperiksaan.
Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam
peperiksaan yang sukar dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar
mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga
dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah
mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan
pelajar di tahap yang sama.

Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen
yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa
demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan
pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan
sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin
kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu
bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka
semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.

Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang
pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi
pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan
pencapaian akademik seseorang pelajar.

85

Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan
mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan
realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan
falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang
mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan
untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu
dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI PENCAPAIAN
MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Meningkatkan profesionalisme perguruan

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan
motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru,
disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang
dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani
masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis
pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara
membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan.
Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi
dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya
dan dalam sektor-sektor lain.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini
perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada
budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan
bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan
ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat
mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi
muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik
dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam
masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di

86

bataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi
mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan
masyarakat dan negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi
mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain,
profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat
kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan
tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih
terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh
memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada
profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan
yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan
mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang
mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri
sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning),
belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.

Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi pengajian
tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah universiti mestilah
memiliki diploma pendidikan bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk mengajar.
Walaupun mendapat reaksi yang "panas dan sinis" daripada pensyarah dan professor,
cadangan ini bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang positif bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi
mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah

Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa yang
dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah
mempunyai banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di
institusi pengajian tinggi.

Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan
yang mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan

87

Mokhtar mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di
luar negara ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia,
sedangkan antara keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.

Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu
perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan
tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat
di atasi. Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah
amat tinggi kedudukannya.

Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan
bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang
dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan
aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan
negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak
memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-
langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif
dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan
dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan
sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria
keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang
di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan
dan penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat
kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya
cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan
mengurangkan tekanan.

Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk
memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti

88

datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti,
penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut
kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN

Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang
betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka
bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan
dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya
sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia
paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan
peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah
daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen,
daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada
reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.

Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara,
apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia?
Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia
bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.

Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR),
subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan pangkat baru
berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi - kasihan generasi remaja kita yang
menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan penghitungan dalam menanam modal
dalam"komoditi pendidikan", ia akan memberi impak jangka panjang. Sebagai contoh, hasil
daripada kegagalan KBSR dan subjek ADM yang dilaksanakan 10 tahun dahulu, bahangnya
kita dapat rasai kini dengan kurangnya pelajar kita (melayu khususnya) yang berminat unutk
memilih sains sebagai bidang pilihan mereka di IPT.

Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan
Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia.
Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut arus reformasi
yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini? Ada baiknya
fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara
total. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh

89

kepada semua golongan pendidik. Kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas
yang mantap dan teguh.

KESIMPULAN

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat
mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama
dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi
untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif,
progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai
golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya
kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh
dan bersepadu. (http://sarjana.tripod.com/taraf1.html)

TUGASAN

1. Bincangkan secara terperinci aspek kesediaan guru dalam menangani isu pendidikan
sebagai seorang pendidik dalam abad ini.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
iii. Facebook Live
iv. Masa 3 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu
sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam (rujuk dalam Agihan Tajuk)
ii. Kesepaduan Ilmu (DT)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
iv. Konsep kesepapduan Ilimu
v. Kesepaduan ilmu agama (al-Naql) dan ilmu sains (al-Aql)
90


Click to View FlipBook Version