The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kba2038.ppdkotasetar, 2019-12-22 02:38:28

MANIFESTASI ISMAILIANS 2020

MANIFESTASI ISMAILIANS 2020

10.BUKU / FAIL REKOD MENGAJAR
10.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar atau menyediakan Fail Persediaan Mengajar dan
bertanggungjawab terhadap keselamatan buku / fail tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas
dan lengkap. Buku / fail ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari KHAMIS untuk disemak dan ditandatangani oleh
Guru Besar dan Penolong Kanan.
10.2 Lima perkara utama yang perlu ditulis dalam persediaan mengajar yang disediakan ialah Tajuk, Objektif, Aktiviti, Bahan
dan Refleksi.

10.3 Jika seseorang guru bercuti, persediaan mengajar untuk hari tersebut hendaklah dibuat dan buku / fail tersebut
hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan untuk tindakan seterusnya.

10.4 Buku / Fail Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.

11.JADUAL WAKTU

11.1 Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

12.JADUAL KEDATANGAN MURID
12.1 Setiap guru kelas akan diberi sebuah Buku Kedatangan Murid. Guru Kelas bertanggungjawab memasukkan maklumat-
maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di
bahagian dalam kulit hadapan.
12.2 Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis dengan teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru kelas atau
guru pertama setiap kelas.

12.3 Maklumat kehadiran murid setiap kelas perlu dimaklumkan kepada penyelaras / guru yang dipertanggungjawabkan
untuk mengisi dan menghantar maklumat kehadiran murid secara online bagi direkod dalam Dashboard Kementerian
Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya waktu KEDUA jadual pembelajaran.

12.4 Buku Kedatangan Murid hendaklah sentiasa berada di pejabat.
12.5 Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang seli dalam seminggu, ibu bapa / penjaga hendaklah
dihubungi secara bertulis.

12.6 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan HEM.

12.7 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Murid.

13.KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid
yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan
pihak sekolah.

13.2 Ketua Panitia dan guru yang bertanggungjawab terhadap bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel, pusat sumber dan
lain-lain hendaklah memastikan ada peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik berkenaan.

14.KEBERSIHAN
14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh
guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
14.2 Guru bilik-bilik khas bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik-bilik berkenaan.
14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf dan murid.

15.SURAT MENYURAT
15.1 Semua surat rasmi hendaklah ditandatangan oleh Guru Besar untuk disampaikan untuk disampaikan kepada pihak
berkenaan.

16.SURAT YANG DITERIMA
16.1 Surat-surat yang diterima oleh pihak sekolah akan diedar kepada guru dan pegawai berkenaan perlu mengambil
tindakan berhubung dengannya.
16.2 Jika surat yang dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh
disimpannya setelah diambil tindakan.

17.PELAWAT
17.1 Semua pelawat dimestikan mendapatkan pas pelawat di pondok pengawal dan terus berurusan dengan pihak
pengurusan sekolah kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan.

18.PEMBELIAN BARANG / BAHAN
18.1 Guru yang hendak membeli barang / bahan / peralatan perlu mengisi Borang Nota Minta yang boleh didapati di pejabat
sekolah.
18.2 Borang tersebut mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh
Guru Besar.
18.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (LO).
18.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang memerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

19.KEGIATAN KOKURIKULUM
19. Semua guru akan dilibatkan dalam kegiatan Kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur
menerusi kerjasama dalam jawatankuasa yang dibentuk.

20. PERHIMPUNAN SEKOLAH
20.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan.
20.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan kemeja berlengan panjang.
20.3 Perhimpunan dikendalikan oleh guru bertugas mingguan.
20.3 Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Sekolah.
20.4 Perkara-perkara yang disampaikan dalam perhimpunan perlu dicatat oleh guru bertugas dalam buku laporan yang
disediakan.

21. MESYUARAT GURU
21.1 Mesyuarat guru akan diadakan dari masa ke masa oleh Guru Besar dan Penolong Kanan. Kedatangan guru ke
mesyuarat ini adalah diwajibkan.

22. BUKU STOK / INVENTORI BUKU
22.1 Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok, inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok dan
inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemas kini. Buku akan disemak dari masa ke semasa oleh pihak pengurusan /
Pembantu Tadbir.
.
23. TANDA NAMA
23.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah / luar sekolah.

24. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG
24.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG. Jumlah yuran Kelab Guru tertakluk kepada
keputusan mesyuarat.

25. PENGGUNAAN ALATAN
25.1 Penggunaan alatan hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
25.2 Bertanggungjawab menggunakan peralatan dan memulangkan dengan segera serta berkeadaan baik.
25.3 Jika rosak hendaklah melaporkan dengan segera.

26. ARAHAN DAN PEKELILING
26.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM / JPN melalui Guru Besar / Penolong Kanan hendaklah dibaca
dengan teliti serta dipatuhi.
26.2 Sekiranya arahan / pekeliling itu diberi terus kepada guru, maka hendaklah disimpan dalam fail yang bersesuaian.

27. TELEFON SEKOLAH / TELEFON BIMBIT
27.1 Penggunaaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.
27.2 Penggunaan telefon bimbit semasa PdP dan mesyuarat hanyalah untuk keperluan mendesak / kecemasan.

28. KUNCI
28.1 Semua kunci terutama bilik-bilik khas perlu diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir cuti persekolahan.

29. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
29.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis / acara rasmi sekolah.
29.2 Tugasan yang telah diberi dalam sesuatu majlis perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.


Click to View FlipBook Version