The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kolokium Amalan Terbaik Kepimpinan & Pengurusan Pendidikan (e-CoOLBP) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021

Semua warga pendidikan dijemput hadir secara dalam talian untuk menyertai Kolokium Amalan Terbaik Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Tahun 2021 (e-CoOL BP) anjuran Pegawai SIPartners+ negeri Sabah dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah yang akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin (Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2020) akan menyampaikan Ucaptama berkaitan tema kolokium iaitu ‘Mencemerlangkan Kepimpinan Pendidikan Dalam Norma Baharu’.

Sila layari program ini secara langsung di saluran YouTube SSTP JPN Sabah pada 17 & 18 November 2021, Jam 8.00 pagi.

Pendaftaran SPLKPM dan e-Sijil akan disediakan.

Info Buku Program, Maklumat Pembentangan, Siaran Majlis Perasmian Pembukaan, Ucaptama, Pembentangan Selari & Majlis Perasmian Penutupan e-CoOLBP 2021:
https://bio.link/ecoolbp2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMLY BIN ALI AMAT, 2021-11-13 04:53:18

BUKU ATURCARA eCoOLBP 2021

Kolokium Amalan Terbaik Kepimpinan & Pengurusan Pendidikan (e-CoOLBP) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021

Semua warga pendidikan dijemput hadir secara dalam talian untuk menyertai Kolokium Amalan Terbaik Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Tahun 2021 (e-CoOL BP) anjuran Pegawai SIPartners+ negeri Sabah dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah yang akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin (Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2020) akan menyampaikan Ucaptama berkaitan tema kolokium iaitu ‘Mencemerlangkan Kepimpinan Pendidikan Dalam Norma Baharu’.

Sila layari program ini secara langsung di saluran YouTube SSTP JPN Sabah pada 17 & 18 November 2021, Jam 8.00 pagi.

Pendaftaran SPLKPM dan e-Sijil akan disediakan.

Info Buku Program, Maklumat Pembentangan, Siaran Majlis Perasmian Pembukaan, Ucaptama, Pembentangan Selari & Majlis Perasmian Penutupan e-CoOLBP 2021:
https://bio.link/ecoolbp2021

Keywords: ecoolbp

PRAKATA

YBHG. DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN
PENGARAH PENDIDIKAN,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Salam Sejahtera
Salam Sabah Maju Jaya.

Saya amat bersyukur dan berbangga atas penganjuran
Kolokium Perkongsian Amalan Terbaik Kepimpinan dan
Pengurusan Pendidikan Peringkat Negeri Sabah Tahun
2021. Kolokium yang julung kali diadakan ini
mengetengahkan amalan kepimpinan dan pengurusan
pemimpin instruksional terdiri daripada PGB, pegawai
SIPartners+ dan para pegawai di PPD negeri Sabah.
Dengan tema “Mencemerlangkan Kepimpinan Pendidikan
Dalam Norma Baharu”, kolokium ini diharapkan menjadi
suatu medan pembelajaran dan perkongsian ilmu yang
efektif untuk semua pemimpin pendidikan di negeri Sabah.

Bak kata orang bijak pandai “Knowledge shared is knowledge squared”. Lazimnya amalan
terbaik di sesebuah organisasi lahir daripada isu atau masalah yang berlaku di organisasi
tersebut. Pemimpin yang bijak dan berwawasan lazimnya pantas mengesan dan menangani
isu tersebut dengan melaksanakan pelbagai pendekatan atau inovasi, sama ada melalui cuba
jaya atau meniru amalan terbaik orang lain. Pendekatan yang berjaya menghasilkan impak
positif seharusnya dikongsikan kepada orang lain agar mereka tidak perlu melalui pengalaman
cuba jaya, sebaliknya mengambil inisiatif “adopt and adapt” hasil usaha orang lain.

Dalam norma baharu ini, kita sepatutnya berasa bertuah kerana pandemik yang berlaku di
seluruh dunia ini tidak menghalang usaha kita untuk berkongsi ilmu dan pengalaman
walaupun kita berada beratus-ratus kilometer di antara satu sama lain. Kita hanya memerlukan
set minda yang positif untuk memburu ilmu dan kemahiran secara maya dan memilih yang
terbaik untuk diamalkan di sekolah. Adalah diharapkan kolokium seumpama ini tidak akan
terhenti di sini, tetapi sebaliknya diteruskan untuk tahun-tahun akan datang agar lebih banyak
amalan terbaik dapat diketengahkan. Tahniah kepada Jawatankuasa Kolokium atas daya
usaha dan penggemblengan tenaga padu dalam menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih

KATA ALU-ALUAN

TUAN HAJI ABIDIN BIN MARJAN
TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ucapan terima kasih kepada semua warga School
Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan Sektor
Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN
Sabah) kerana menganjurkan Kolokium Amalan Terbaik
Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan, Peringkat Negeri
Sabah bagi tahun 2021.

Program yang diilhamkan oleh SIPartners+ ini adalah
bertujuan memperkasakan kepimpinan instruktional PGB
melalui perkongsian ilmu. Kolokium ini bertemakan
“MENCEMERLANGKAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
DALAM NORMA BAHARU” yang mengetengahkan 42
orang pembentang dalam kalangan pengetua, guru besar,
pegawai SIPartners+ dan pegawai di PPD untuk berkongsi amalan terbaik mereka di
organisasi masing-masing.

Kolokium ini mewujudkan ruang dan peluang perkongsian amalan terbaik dalam kalangan
pemimpin instruksional seterusnya dapat membuka minda dan mencetus idea pemimpin-
pemimpin sekolah dalam merancang dan melakukan perubahan yang memberi impak kepada
kemenjadian murid.

Kolokium dan penerbitan ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada warga pendidik
ke arah peningkatan profesionalisme dan kompetensi kepimpinan dan pengurusan
pendidikan. Bahan perkongsian amalan terbaik ini diterbitkan dalam bentuk e-Prosiding
sebagai perkongsian kepada semua pemimpin sekolah di seluruh Pejabat Pendidikan Daerah
di negeri Sabah.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pembentang dan urusetia atas
kejayaan cemerlang penganjuran kolokium ini. Semoga hasrat murni perkongsian amalan
terbaik ini memberi impak kepada matlamat Anjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM): Menempatkan Pemimpin Berprestasi Tinggi di Setiap Sekolah. Semoga
program ini akan dapat diteruskan bagi memacu kepimpinan pendidikan negara ke arah lebih
cemerlang.

Sekian dan terima kasih.

Page1

KATA ALU-ALUAN

TUAN SABIN SINUSUN
PRESIDEN
PASUKAN PROFESSIONAL SIPartners+ MALAYSIA (PRISMA) SABAH

Salam Sejahtera.

Syukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan limpah
kurnia-Nya, Pasukan Profesional SIPartners+ Malaysia
(PRISMA) Sabah dengan kerjasama Sektor Pengurusan
Sekolah (SPS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS)
dapat merancang dan seterusnya melaksanakan Kolokium
Amalan Terbaik Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan
(e-CoOL BP) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021. Terima
kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua pegawai di SPS
yang terlibat secara langsung dan memberi sokongan penuh
kepada pegawai SIPartners+ dalam penganjuran kolokium
yang julung diadakan.

Kolokium bertemakan “MENCEMERLANGKAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
DALAM NORMA BAHARU” ini merupakan satu inisiatif untuk mengetengahkan amalan
terbaik kepimpinan dan pengurusan Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta pegawai-pegawai
SIPartners+ di negeri Sabah. Seramai 42 PGB, pegawai-pegawai di PPD termasuk pegawai
SIPartners+ daripada 24 buah PPD di Sabah akan membentang dalam kolokium ini.
Penulisan bahan pembentangan akan dijilidkan dalam eProsiding dan e SBN menggunakan
ID JPNS.

Diharap kolokium ini menjadi suatu medan dan wadah untuk perkongsian amalan terbaik
pemimpin-pemimpin pendidikan di negeri Sabah. Program ini tentu sekali akan membuka
ruang dan peluang kepada PGB dan pegawai SIPartners+ untuk membentang amalan terbaik
yang telah mereka laksanakan di organisasi tempat mereka bertugas. Syabas, tahniah dan
terima kasih kepada semua pembentang yang menjayakan kolokium ini. Semoga usaha-
usaha murni tuan puan diberkati. Diharapkan dengan terlaksananya program ini akan
memberi impak positif, mewujudkan silaturrahim dan kerjasama padu dalam kalangan
semua pemimpin pendidikan di Sabah. Semoga program ini dapat meningkatkan kualiti dan
kuantiti kepada kemenjadian murid dengan jayanya.

Sekian. Terima kasih.
Selamat berkolokium

Page2

UCAPTAMA

YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN
TOKOH KEPIMPINAN KEBANGSAAN 2020
MANTAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk:
Pemerkasaan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan
Fasa Pandemik Melalui Perkongsian Amalan Terbaik

Page3

SENARAI PEMBENTANG

SIP01 Persepsi Pemimpin Sekolah Terhadap Datin Dr. Siti Raisah SIPartners+
SIP02 SIPartners+ bt. Bungsu PPD Tuaran
Keberkesanan Pengurusan Asrama
SIP03 Dan Kemenjadian Murid Sekolah Dr. Losius Goliong SISC+
Menengah Luar Bandar: Kajian Kes PPD Ranau
SIP04 Di Daerah Ranau Puan Lee Li Leng /
SIP05 Pengaplikasian Teknologi Maklumat Encik Salim bin Tahir SIPartners+
Komunikasi Dalam Urusan Bimbingan PPD Papar
SIP06 & Pementoran Kepimpinan Sekolah Puan Jahiah @ Jalilah
Semasa Pandemik bt. Apiang SIPartners+
SIP07 Bimbingan Melalui Pendekatan e- Puan Hajah Saripah PPD Kota Kinabalu
SM01 Close To Me 2.0 bt. Haji Ghul Hassan SIPartners+
SM02 Amalan Terbaik Pengurusan: Satu PPD Kota Kinabalu
SM03 Perkongsian Bimbingan Norma Encik Suhailin bin
SM04 Baharu SIPartners+ Mengupayakan Lajimin Penolong Pegawai
SM05 Kepimpinan Sekolah Pendidikan Daerah
Meningkatkan Pencapaian Bahasa Puan Halimah bt. Haji PPD Ranau
SM06 Arab Dalam Peperiksaan Sijil Ag. Kanak
SM07 Pelajaran Malaysia (SPM) Puan Faridah Binti SIPartners+
Menggunakan Model Road To A+ Raimin PPD Beaufort
Pendekatan 3S+ Dalam Memotivasi Pengetua,
Dan Memantapkan Pengurusan. SMK Kota Marudu
6 Starting Points Penarafan Sekolah Kota Marudu
Cemerlang KBAT Pengetua
SMK Pekan
Sepakat Hala 3S Telipok Tuaran
Pengetua
Dr. Rutil Taising SMK Bongawan II
Papar
Google Form Lead To CPD And PLC Datin Hajah Masniah Pengetua
SMK Kinarut,
Swob Binti Tarah Papar
Pengetua
Di Sinilah Permata Digilap: Encik Zamharir bin SM St Joseph
Transformasi Kecemerlangan Pusat Haji Ahmad Papar
Sumber Al’ Khawarizmi Puan Jenith Mahibol
Pengetua
Pemimpin Instruksional Puan Mak Yuk Kiew SM St. James
Membudayakan PBL Dalam PdPR @ Evelyn Tenghilan, Tuaran
Melalui PBL Collaborative Pengetua
Communities (PBL CLC) SMK Kudat II
Kudat
Projek Mengapai Bintang: 3 In 1

Penggunaan Sistem Bersepadu Puan Nurul Izzati
Pengurusan Dokumen Murid Adlina Abdullah
(SisPADU) Ke Arah Peningkatan
Kualiti Perkhidmatan Kaunter Page4

SM08 e-RPH SMK Gadong: Memperkasa Puan Siti Jubaidah Pengetua
SM09 Sekolah TS25 binti Karia SMK Gadong
SM10 Beaufort
SM11 Pembudayaan PILL Meningkatkan Encik Sofrie Anuar Pengetua
SM12 Kualiti Guru bin Abdullah SMK Nambayan
Tambunan
SM13 Program e-Hadir PdPR Sekolah Encik Abd. Majis bin Pengetua
SM14 Menengah Kebangsaan Tawau Saprin SMK Tawau
SM15 Tawau
SM16 Co-Curricular Lesson Plan (COLP) Hj. Hamzah bin Hj. Pengetua
SM17 Wahid @ Abdul SMK Paris
Amalan Terbaik Pengurusan Sekolah : Wahid Kinabatangan
SK01 Satu Perkongsian Norma Baharu Datin Hasnah binti Pengetua
SK02 Penggunaan Modul TKTC 2.0 Guru Mohd Yakob SMKA Kota
SK03 Tahfiz Kinabalu
SK04 Formative And Interventif Encik Jackson Sigo @ Kota Kinabalu
SK05 Consultation (FIC) Mengurus Prestasi Siga Pengetua
Guru Semasa Pandemik SMK Limbanak
Reach For The Star Puan Wong Vui Hang Penampang
Pengetua
SMART (Susun Mengikut Sistem Puan Bernadeth De SM St. Dominic
Agar Rekod Teratur) Guzman Lahad Datu
Pengetua
No Franciscan Left Behind : Puan Betty Leong SMK Libaran
Perkongsian Amalan Terbaik Sandakan
Dr. Mary Gambidau Pengetua
Penggunaan Teknologi Bagi SM St Francis
Mengatasi Isu PdP Bersemuka Semasa Puan Atiah binti Xavier Keningau
Pandemik Covid19 Di SM All Saints Awang Pengetua
Kota Kinabalu SM All Saints
Meningkatkan Penglibatan Ibu Bapa Puan Wong Eh Chun Kota Kinabalu
Melalui Aktiviti EKSA Di SK
Melangkap, Kota Marudu, Sabah Puan Rosmi binti Gata Guru Besar
Program Sekolah Penyayang SK. Melangkap
Penggerak Kecemerlangan Puan Hinawati binti Kota Marudu
Kemenjadian Murid Md. Japar Guru Besar
Amalan Terbaik "Flipped Calssroom" SJKC Chi Vun
(FC) Untuk Membudayakan KBAT Di Encik Abdul Mumin Tenom
Sekolah bin Haji Hassan Guru Besar
Modul 5 Jari Menggunakan Konsep SK. Lok Yuk
Fiset, Inovasi Murid Prasekolah Sikuati Kudat
Guru Besar
Tabung Durian Belanda SKDS SK. Batandok
Membantu Mewujudkan Persekitaran Beaufort
Sekolah Yang Ceria Dan Kondusif. Guru Besar
SK. Desa Subur
Tawau

Page5

SK06 Amalan Kepimpinan RM7Kh Guru Puan Sinon binti Guru Besar
SK07 Besar Dalam Pengurusan Sekolah Longguyu SK. Labuan
SK08 Kota Belud
Jendela Menara Gading Encik Halani bin Guru Besar
SK09 Asilani SK. Menampilik
Semporna
SK10 Pembudayaan Meningkatkan Hajah Siti Suriyatie Guru Besar
SK11 Kesedaran Dikalangan Guru Baharu Lau bt. Abdullah SK. Singgah Manis
SK12 Dalam Penyediaan Dan Penghantaran Kinabatangan
SK13 RPH Menggunakan Kaedah Opulokis. Encik Emran
SK14 Infrstruktur Asas Pemangkin Sumanggil @ Anggir Guru Besar
Kemenjadian Murid. SK Rancangan
SK15 Suan Lamba
SK16 Go Digital! Pengurusan Sekolah Puan Rosidah binti Kinabatangan
SK17 Reading Hut Project Abdul Murat Guru Besar
SK18 SK Pendidikan
Puan Roslia Selamat Khas Tuaran
Guru Besar
Program Tunaikan Janjimu Encik Lai Hui Ming SK St. Stephens
Lahad Datu
Halat Tuju Ke Arah Pemantapan Encik Hassan bin Guru Besar
Akademik Jamali SJKC Pui Gin
Sandakan
Melestarikan Transformasi) : Model Encik Mohd Shukari Guru Besar
Kotter’s (Pengurusan Dan Kepimpinan bin Ismail SK Madai
Kunak
Organisasi) Guru Besar
SK Tanjuk
Program Jom PdPR Encik Yusri bin Keramat
Wariso Kunak
Guru Besar
Projek Sekolah Taman Kemenjadian Encik Julius bin SK Apin-Apin
Keningau
Murid Mojikon Guru Besar
SK Tetagas
‘Kit All U Maag’ Puan Masni bt. Pensiangan
Sulaiman Guru Besar
Pendekatan“Back To The Rules” SK. Timbua
Dalam Memperkasakan PBD Bagi Encik Saberil bin Ranau
Kemenjadian Murid Di Sekolah Tangan Guru Besar
SK Ulu Sapi
Tongod Telupid

Page6

17 JADUAL PEMBENTANGAN
November BILIK SELARI 1

2021 Hari ke - 1

Masa Moderator
Encik Abdul Hadi Wong bin Abdullah

Perkara

08.00-10.00 Perasmian Pembukaan

10.00-10.30 SIP01 Datin Dr. Siti Raisah Persepsi Pemimpin Sekolah Terhadap
10.30-11.00 SIP02 binti Bungsu SIPartners+
Dr. Losius Goliong Keberkesanan Pengurusan Asrama Dan
11.00-11.30 SIP03 Kemenjadian Murid Sekolah Menengah Luar
Puan Lee Li Leng / Bandar: Kajian Kes Di Daerah Ranau
11.30-12.00 SIP04 Encik Salim bin Pengaplikasian Teknologi Maklumat
12.00-12.30 SM01 Tahir Komunikasi Dalam Urusan Bimbingan &
12.30-01.00 SM02 Pementoran Kepimpinan Sekolah Semasa
Puan Jahiah @ Pandemik
Jalilah binti Apiang Bimbingan Melalui Pendekatan e-Close To Me
Puan Faridah binti 2.0
Raimin 6 Starting Points Penarafan Sekolah Cemerlang
Dr. Rutil Taising KBAT

Sepakat Hala 3S

01.00-02.00 Rehat

02.00-02.30 SM03 Datin Hajah Google Form Lead To CPD And PLC SWOB
02.30-03.00 SM04 Masniah binti Tarah
03.00-03.30 SM05 Encik Zamharir bin Di sinilah Permata Digilap: Transformasi
Haji Ahmad Kecemerlangan Pusat Sumber Al’ Khawarizmi
03.30-04.00 SM06 Puan Jenith Mahibol Kepimpinan Instruksional Berimpak Dalam
04.00-04.30 SM07 Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
Puan Mak Yuk Kiew (PBL) Versi PKP
04.30-5.00 SM08 @ Evelyn
Puan Nurul Izzati Projek Mengapai Bintang: 3 In 1
Adlina Abdullah
Penggunaan Sistem Bersepadu Pengurusan
Puan Siti Jubaidah Dokumen Murid (Sispadu) Ke Arah Peningkatan
binti Karia Kualiti Perkhidmatan Kaunter
e-RPH SMK Gadong: Memperkasa Sekolah
TS25

Page7

JADUAL PEMBENTANGAN
BILIK SELARI 1

18 Hari ke - 2
November
Moderator
2021 Puan Hajah Saripah Binti Haji Ghul Hassan

Masa SM09 Encik Sofrie Anuar Perkara
08.00-08.30 SM10 bin Abdullah
08.30-09.00 SM11 Encik Abd. Majis bin Pembudayaan PILL Meningkatkan kualiti guru
09.00-09.30 Saprin
SM12 Hj. Hamzah bin Hj. Program e-Hadir PdPR Sekolah Menengah
09.30-10.00 Wahid @ Abdul Kebangsaan Tawau
SM13 Wahid
10.00-10.30 SM14 Datin Hasnah binti Co-Curricular Lesson Plan (COLP)
10.30-11.00 SM15 Mohd Yakob
11.00-11.30 SM16 Amalan Terbaik Pengurusan Sekolah : Satu
11.30-12.00 SM17 Encik Jackson Sigo @ Perkongsian Norma Baharu Penggunaan Modul
12.00-12.30 Siga TKTC 2.0 Guru Tahfiz
Puan Wong Vui Hang Formative and Interventif Consultation(FIC)
Puan Bernadeth De Mengurus Prestasi Guru Semasa Pandemik
Guzman Reach For The Star
Puan Betty Leong SMART (Susun Mengikut sistem Agar Rekod
Teratur)
Dr. Mary Gambidau No Franciscan Left Behind : Perkongsian
Amalan Terbaik
Penggunaan Teknologi Bagi Mengatasi Isu PdP
Bersemuka Semasa Pandemik Covid19 Di SM
Alll Saints Kota Kinabalu

12.30-02.00 Rehat

02.00-04.30 Majlis Perasmian Penutupan

Page8

JADUAL PEMBENTANGAN
BILIK SELARI 2

17 Hari ke - 1
November
Moderator
2021 Encik Zahari bin Lorong

Masa Perkara

08.00-10.00 Perasmian Pembukaan

10.00-10.30 SIP0 Puan Hajah Amalan Terbaik Pengurusan: Satu Perkongsian
10.30-11.00 5 Saripah bin Haji Bimbingan Norma Baharu SIPartners+
Ghul Hassan Mengupayakan Kepimpinan Sekolah
SIP06 Encik Suhailin Meningkatkan Pencapaian Bahasa Arab Dalam
bin Lajimin Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Menggunakan Model Road To A+
11.00-11.30 SIP07 Puan Halimah
11.30-12.00 SK01 binti Haji Ag. Pendekatan 3S+ Dalam Memotivasi Dan
Kanak Memantapkan Pengurusan.
Puan Atiah binti
Awang Meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui
aktiviti EKSA di SK Melangkap, Kota Marudu,
12.00-12.30 SK02 Puan Wong Eh Sabah
12.30-012.00 Chun Program Sekolah Penyayang Penggerak
Kecemerlangan Kemenjadian Murid

Rehat

02.00-02.30 SK03 Puan Rosmi binti Amalan Terbaik "Flipped Calssroom" (FC)
02.30-03.00 SK04 Gata Untuk Membudayakan KBAT Di Sekolah
03.00-03.30 SK05 Modul 5 Jari Menggunakan Konsep FISET,
Puan Hinawati Inovasi Murid Prasekolah
03.30-04.00 SK06 binti Md. Japar Tabung Durian Belanda SKDS membantu
04.00-04.30 SK07 mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan
04.30-5.00 SK08 Encik Abdul kondusif.
Mumin bin Haji Amalan Kepimpinan RM7Kh Guru Besar Dalam
Hassan Pengurusan Sekolah

Puan Sinon binti Jendela Menara Gading
Longguyu
Pembudayaan Meningkatkan Kesedaran
Encik Halani bin Dikalangan Guru Baharu Dalam Penyediaan Dan
Asilani Penghantaran RPH Menggunakan Kaedah
OPULOKIS.
Puan Hajah Siti
Suriyatie Lau
Abdullah

Page9

JADUAL PEMBENTANGAN
BILIK SELARI 2

18 Hari ke - 2
November
Moderator
2021 Encik Halim Bin Hj. Bidin @ Bibin

Masa SK09 Encik Emran Perkara
08.00-08.30 SK10 Sumanggil @ Anggir Infrstruktur Asas Pemangkin Kemenjadian
08.30-09.00 SK11 Puan Rosidah binti Murid.
09.000-9.30 SK12 Abdul Murat GO Digital! Pengurusan Sekolah
9.30-10.00 SK13 Puan Roslia bt.
10.00-10.30 Selamat READING HUT PROJECT
Encik Lai Hui Ming
10.30-11.00 Program Tunaikan Janjimu
11.00-11.30 Encik Hassan bin
Jamali Halatuju Ke Arah Pemantapan Akademik

SK14 Encik Mohd Shukari Melestarikan Transformasi) : Model Kotter’s
SK15 bin Ismail (Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi)

Encik Yusri bin Program Jom PdPR
Wariso

11.30-12.00 SK16 Encik Julius bin Projek Sekolah Taman Kemenjadian Murid
Mojikon

12.00-12.30 SK17 Puan Masni binti ‘Kit All U Maag’
12.30-1.00 Sulaiman
Pendekatan“Back To The Rules” Dalam
SK18 Encik Saberil bin Memperkasakan PBD Bagi Kemenjadian
Tangan Murid Di Sekolah

12.30-02.00 Rehat

02.00-04.30 Majlis Perasmian Penutupan

Page10

PERSEPSI PENGETUA DAN PENOLONG KANAN
TERHADAP GERAK KERJA SIPartners+

(SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS PLUS) DAERAH TUARAN

DATIN DR SITI RAISAH BUNGSU, DR ZAKARIA OTHMAN,
AGNES@NOORAZEANNIE ABDULAH & LEE TAN YEN PANG

Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
[email protected]

ABSTRAK

Program SIPartners Plus (SIPartners+) mula diperkenalkan pada tahun 2013 di Negeri Sabah dan Kedah. Inisiatif
baharu ini diperkenalkan setelah SIPartner dibawah Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang dilaksanakan
pada tahun 2010 hingga 2012 menunjukkan impak yang membanggakan apabila 77% sekolah rendah yang dirintis
berjaya keluar daripada band 6 dan 7. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian bimbingan berdasarkan
keperluan sekolah, mengenal pasti halangan dan penambahbaikan secara praktikal selepas pelaksanaan coaching
& mentoring (C&M). Weathers dan White (2015) menegaskan bahawa kejayaan program coaching sebahagian besar
bergantung kepada gerak kerja coach itu sendiri. Dengan kepercayaan ini, SIPartners+ PPD Tuaran dengan
kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah PPD Tuaran melakukan kajian ini untuk mendapatkan persepsi pengetua dan
penolong kanan (Pentadbiran dan HEM) 9 buah sekolah menengah di Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran. Seramai
21 responden yang terdiri daripada 9 orang pengetua dan 13 orang penolong kanan telah menjawab soalan soal
selidik yang diedarkan. 27 item soal selidik digunakan untuk mengukur persepsi pengetua dan penolong kanan
terhadap gerak kerja pegawai SIPartners+.Kajian ini menggunakan analisis deskriptif. Analisis min menunjukkan
tahap persepsi pengetua dan penolong kanan terhadap gerak kerja SIPartners+ adalah tinggi. Ini membuktikan
bahawa pengetua dan penolong kanan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan Pegawai SIPartners+
dalam membantu meningkatkan tahap kemahiran kepimpinan mereka.

Kata Kunci: Persepsi, Pengetua, Penolong kanan, Kajian deskriptif, SIPartners+

Page11

KEBERKESANAN PENGURUSAN ASRAMA DAN KEMENJADIAN MURID SEKOLAH
MENENGAH LUAR BANDAR: KAJIAN KES DI DAERAH RANAU

DR. LOSIUS GOLIONG, MAJUS MUNSING, SANDY KARIKI, MARCELUS JOHNY
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan pengurusan asrama dan kemenjadian murid dalam konteks
pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah menengah luar bandar di daerah Ranau. Sampel kajian melibatkan dua
sekolah menengah iaitu SMK Bundu Tuhan dan SMK Timbua, Ranau. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dan
kualitatif dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan pengurusan asrama terhadap kemenjadian murid. Data-data
akademik dan kokurikulum diperoleh dengan menggunakan instrumen borang maklumat, tinjauan dan semakan
dokumen. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan
pengurusan asrama yang berkesan memberi impak kepada kemenjadian murid dalam konteks kecemerlangan akademik
dan kokurikulum dalam kalangan murid tinggal di asrama sekolah menengah harian luar bandar.

Kata Kunci: Pengurusan asrama, kemenjadian murid, luar bandar

Page12

PENGAPLIKASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI DALAM URUSAN
BIMBINGAN DAN PEMENTORAN KEPIMPINAN SEKOLAH SEMASA PANDEMIK

LEE LI LENG, SALIM TAHIR, LILY CHONG, JAMAL RAMLEE, SUHAIMI MATSHAH
Pejabat Pendidikan Daerah Papar
[email protected]

ABSTRAK

Pandemik COVID-19 di Malaysia mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020.
Keadaan ini bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan korona virus yang membawa Sindrom Pernafasan Akut.
Amalan norma baharu membawa perubahan drastik dalam dunia pendidikan. Aktiviti bersemuka terpaksa dihentikan
untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard penjarakan fizikal. Tugas dan tanggungjawab bimbingan dan pementoran
School Improvement Partners+ (SIPs+) yang sangat diperlukan tidak dapat dilaksanakan. Pemimpin pendidikan dan
pemimpin sekolah tertekan, kerana tanggungjawab memastikan kualiti pengajaran guru, kadar pembelajaran murid dan
standard pengoperasian sistem persekolahan dilaksanakan. Satu langkah inovasi dengan mengaplikasikan 10 ciri
Google Workspace telah diaplikasikan dalam tempoh PKP untuk memastikan kerja bimbingan dan pementoran SIPs+
dapat dilaksanakan dengan lebih selamat, berkualiti dan efisien. Analisis data kepuasan pelanggan telah dibuat, dengan
persampelan secara rawak di kalangan pemimpin sekolah di Daerah Papar. Maklumbalas 67 orang pelanggan juga
menunjukkan, lebih 80.6% responden pemimpin sekolah mengakui pengaplikasian Google dapat memudahkan kerja,
menjimatkan masa dan kos pelaksanaan. Namun begitu, pengaplikasian Google dalam sistem bimbingan & pementoran
memerlukan tiga komitmen utama, iaitu komitmen teknologi, organisasi dan penggunaan peranti elektronik, Komitmen
teknologi memerlukan peranti, perisian dan sistem komunikasi yang baik; manakala komitmen Organisasi memerlukan
pengamplikasian yang sistematik serta berimpak. Akhirnya pengguna dapat menikmati manfaat dan impak
pengaplikasian dalam tugas seharian mereka.

Kata Kunci : COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Norma Baharu, Google Workspace, School Improvement
Partners+ (SIPs+), Bimbingan & Pementoran.

Page13

PERKONGSIAN BIMBINGAN PENGUPAYAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
SEKOLAH: AMALAN BIMBINGAN ‘CLOSE TO ME 2.0’

JAHIAH @ JALILAH APIANG
Pegawai SIPartners+

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu,Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Peratus Calon Layak mendapat Sijil (LMS)
merupakan KPI utama JPN Sabah dalam Program Sekolah ‘Priority’ yang menjadi fokus bimbingan keluar daripada
GPS 6 SPM. Dua sekolah terlibat dalam OK9 TOPAZ PPD Kota Kinabalu ialah SMK Likas dan SMK Pulau Gaya. GPS
SPM 2019 SMK Likas adalah 6.12 dan 6.52 untuk SMK Pulau Gaya. Calon LMS SPM 2019 pula adalah 84.00% bagi
SMK Likas dan 62.39% untuk SMK Pulau Gaya. Amalan Bimbingan ‘Close To Me 2.0’ OK9 TOPAZ PPD Kota Kinabalu
berfokuskan Kepimpinan Instruksional Pengetua dan SLT serta berasaskan PDCA dan SKPMg2 sebagai panduan telah
dilaksanakan bermula Jun 2020 sehingga Januari 2021 untuk membantu meningkatkan pencapaian GPS dan LMS SPM
2020 bagi sekolah-sekolah terlibat. Bimbingan menumpu kepada pemilihan, perancangan, pelaksanaan, pemantauan
dan penilaian program intervensi sekolah dengan menerapkan konsep-konsep ‘White Ocean Mix strategy’ iaitu Social,
Sustainable, Profit dan Survival’ melalui aktiviti-aktiviti bimbingan bersemuka dan secara maya kepada Individu,
Berkelompok dan Siri-siri Diskusi Akademik kepada SLT( Senior Leader Team) sekolah. Impak amalan bimbingan ini
telah berjaya mengeluarkan SMK Likas daripada sekolah ‘Priority’ dengan peningkatan GPS 0.58 kepada 5.54 SPM
2020 berbanding 6.12 pada tahun 2019, dan peratus peningkatan LMS 6.68% kepada 90.86%. Sementara SMK Pulau
Gaya pula walaupun GPS menurun 0.02 kepada 6.54 tetapi LMS meningkat 12.25% kepada 74.64%. Berasaskan impak
keberkesanan yang baik dan refleksi Amalan Bimbingan ‘Close To Me 2.0’ ini, amalan ini akan diperluaskan kepada
sekolah-sekolah berprestasi sederhana, sementara penambahbaikan bimbingan pengurusan subjek-subjek lain perlu
dilaksanakan untuk SMK Pulau Gaya.

Kata Kunci : Gred Purata Sekolah , Calon Layak mendapat Sijil, ‘Close To Me 2.0’, Senior Leader Team (SLT),
Oasis Kecemerlangan Sembilan (OK9) TOPAZ

Page14

6 STARTING POINTS: PENARAFAN SEKOLAH CEMERLANG KBAT

FARIDAH BINTI RAIMIN, DAYANG KHURSIAH BINTI DATU KADIR,
JENNY GAI, MELANY JINIH, HALIM BIN HJ.BIDIN,
BARBARA RANTAI & JOSIL BIN KIDUTAH.
SMK Kota Marudu
[email protected]

ABSTRAK

SMK Kota Marudu telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Membudayakan Amalan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pada akhir tahun 2016. Hasil verifikasi pertama pada bulan Oktober 2016 oleh
Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) KPM dan Jemaaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada bulan Mei 2017
mendapati bahawa sekolah ini belum berjaya mendapat penarafan Sekolah Cemerlang KBAT. Puncanya ialah skor
elemen Pengurusan dan Kepimpinan tidak mencapai tahap cemerlang iatu hanya 79.48%. Untuk mencapai skor
cemerlang, dua penetapan sasaran telah dipilih iaitu memantapkan Jawatankuasa KBAT dan membina Perancangan
Strategik KBAT yang sebelum ini belum dibuat. Oleh yang demikian, Senior Leaders Team (SLT) dan Middle Leaders
Team (MLT) telah merancang intervensi untuk penambahbaikan berdasarkan ulasan dan cadangan daripada pihak
JNJK bagi meningkatkan skor elemen tersebut dengan menggunakan pendekatan 6 Starting Points (6 Titik Permulaan).
Titik permulaan 1 ialah Reflevtive Questioning (Penyoalan Reflektif), Titik 2 ialah Thinking Skill (Kemahiran Berfikir)
, Titik 3 Visual Mapping (Peta Visual), Titik 4 ialah Collaborative Networking (Rangkaian Kolaboratif), Titik 5 ialah
Developing Disposition 8(Membangunkan Kecenderungan peribadi/amalan) dan Titik 6 ialah Structuring Environment
(Membentuk persekitaran/pelestarian). Analisis daripada soal selidik yang dibuat kepada semua guru dijadikan sebagai
bukti utama mengenal pasti kelemahan sebelum pelaksanaan intervensi dan keberkesanan selepas intervensi dilakukan.
Pada tahun 2019, pihak sekolah telah menerima Sijil Pengiktirafan sebagai Sekolah Cemerlang Pembudayaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bertarikh 18 Disember 2018 dengan pencapaian cemerlang (90%).
Rumusannya, 6 Starting Points (6 Titik Permulaan) telah membantu sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah
Cemerlang Pembudayaan KBAT dan seterusnya dipilih menjadi Sekolah Mentor KBAT pada tahun 2020 .

Kata Kunci : verifikasi, KBAT, Penarafan Cemerlang KBAT, 6 Starting Points , skor

Page15

SEPAKAT HALA 3S

DR. RUTIL BIN TAISING
Pengetua

SMK Pekan Telipok, Tuaran, Sabah Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Ketidakhadiran murid semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan Tahap Penguasaan (TP)
yang rendah dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan isu yang perlu diatasi oleh pihak sekolah.
Oleh itu, Program Sepakat Hala 3S dengan strategi berfokus Mantap DP, Sederap Prihatin, Sulap
Sumbangsih dan Jom PLC merupakan inisiatif kepimpinan sekolah bagi mengatasi isu ini. Kaedah
pemerhatian dan kutipan data sebelum dan selepas intervensi ini dilaksanakan di kelas 2K3 dan 2K5 yang
melibatkan 66 orang murid. Kehadiran PdPR dan pencapaian TP PBD bagi subjek Bahasa Inggeris dan
Matematik adalah rendah. Pelaksanaan program Sepakat Hala 3S ini melibatkan pentadbir, guru-guru, ibu
bapa dan PIBK sekolah. Dapatan menunjukkan intervensi ini telah memberi impak terhadap peningkatan
kehadiran murid semasa PdPR bagi subjek Bahasa Inggeris daripada 33.46% kepada 71.15%, dan
Matematik daripada 31.15% kepada 68.85%. Selain itu berlaku juga peningkatan TP PBD murid, bagi subjek
Matematik sebelum intervensi 18 murid masih berada bawah TP3, 35 murid TP3 dan hanya 13 murid
mencapai TP4. Selepas intervensi, hanya 12 murid yang masih berada bawah TP3, 22 murid TP3, 25 murid
sudah mencapai TP4 dan 7 murid telah berada di TP5. Bagi subjek Bahasa Inggeris pula sebelum intervensi
54 murid masih bawah TP3, 9 murid TP3 dan hanya 3 murid mencapai TP4. Walau bagaimanapun, selepas
intervensi bilangan murid berada bawah TP3 berkurang kepada 35 murid, 13 murid mencapai TP3, 17 murid
TP4 dan seorang murid TP5. Harapan penulis agar impak positif amalan program Sepakat Hala 3S
berterusan dan dapat diperluaskan dengan beberapa penambahbaikan pelaksanaannya.

Kata Kunci: Sepakat, Hala 3S, PBD

Page16

GOOGLE FORM LEADS TO CPD AND PLC (INOVASI SWOb)

DATIN HAJAH MASNIAH BT TARAH
Pengetua SMK Bongawan II, Bongawan, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Berdasarkan dapatan kajian Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013), hanya 12% daripada pengajaran disampaikan pada standard yang tinggi, 38% mencapai
standard memuaskan dan 50% pengajaran tidak disampaikan dengan memuaskan berdasarkan pemerhatian terhadap
125 pengajaran di 41 sekolah di seluruh Malaysia kerana pengajaran tidak melibatkan murid sepenuhnya apabila guru
lebih bergantung pada kaedah syarahan yang pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran (Rahimah Embong
et. al, 2018). Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan Google Form-SWOb dalam meneruskan kelestarian
amalan empat belas kompetensi dan PAK 21 di kalangan guru. Kaedah kajian adalah dengan menggunakan Google
Form-SWOb untuk memperolehi data dengan kaedah pemerhatian, temubual, kajian dokumen serta analisis data
statistik berdasarkan kepada kompetensi yang tertentu sahaja. Hasil dapatan data Google Form-SWOb pada Julai 2019
menunjukkan Kompetensi 6: Strategi Maklumbalas daripada pelajar adalah sebanyak 84% manakala guru pula adalah
78.9%. Bagi Kompetensi 7: Penilaian Berterusan dan Kompetensi 8: Penilaian Kendiri dan Rakan Sebaya menunjukkan
sebanyak 78.9 %. Kompetensi 9: Pembelajaran Kooperatif serta Kompetensi 10: Kolaborasi menunjukkan peratus yang
rendah iaitu sebanyak 47.8 %. Oleh itu, pihak SLT dan MidLed akan menumpukan CPD dan PLC pada Kompentensi 9
dan 10 dalam Pelan Penambahbaikan Sekolah Amanah (TSIP) pada tahun berikutnya. Dengan adanya penggunaan
Google Form-SWOb ini dapat membantu pihak sekolah khususnya SLT untuk mengesan, menilai dan merancang
program bersama para guru bagi melestarikan PDP secara berterusan.

Kata Kunci: Kelestarian, Google Form-SWOb, Empat Belas Kompetensi, CPD, PLC

Page17

DI SINILAH PERMATA DIGILAP: TRANSFORMASI KECEMERLANGAN
PUSAT SUMBER AL’KHAWARIZMI

ZAMHARIR AHMAD
SMK Kinarut, Papar, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah ruang fizikal dan digital yang sering digunakan sebagai salah satu platform untuk
sesi pengajaran dan pembelajaran cemerlang (PdPC) melalui aktiviti capaian maklumat menerusi pembacaan,
perbincangan serta penyelidikan bagi peningkatan pengetahuan kepada pertumbuhan peribadi, sosial dan budaya
warga sekolah (Majid, 2020). Justeru itu, penekanan terhadap keberkesanan peranan PSS dapat memberikan kesan
secara langsung kepada peningkatan taraf profesionalisme keguruan dan prestasi pencapaian akademik pelajar.
Dalam memastikan pencapaian objektif ini, pihak pengurusan SMK Kinarut (SMKK) telah mengambil inisiatif
peningkatan dan pemantapan PSS melalui tiga fasa. Dalam fasa pertama, usaha telah dijalankan untuk memastikan
kepelbagaian sumber maklumat dan bahan bacaan, peningkatan keceriaan serta sokongan ahli jawatankuasa sebagai
nadi utama PSS. Seterusnya, fasa kedua dijalankan dengan memberi penumpuan kepada usaha mengoptimumkan
fungsi PSS secara holistik, membuka ruang kepada warga SMKK untuk menggunakan PSS sebagai sumber informasi
serta mengubah persepsi konservatif warga sekolah tehadap fungsi dan peranan PSS yang dianggap terhad kepada
peminjaman buku dan ruang bacaan sahaja. Fasa ketiga pula menyaksikan usaha menaik taraf prasarana PSS yang
berterusan untuk faedah maksimum pengguna. Keseluruhan usaha transformasi ini dihebahkan melalui penjenamaan
PSS SMKK kepada Pusat Sumber Al’ Khawarizmi (PSAK). Selepas transfromasi, data menunjukkan peningkatan yang
signifikan dari segi jumlah pengunjung, penggunaan bahan sumber, peminjaman bahan bacaan serta tempahan ruang
digital untuk aktiviti PdPC. Dapatan dari inisiatif ini telah memberi kesan langsung terhadap perubahan positif warga
SMK Kinarut terhadap aktiviti-aktiviti akademik. Seterusnya menjadi harapan sebagai faktor penyumbang kepada
aspirasi sekolah untuk melahirkan pelajar dan guru bertaraf dunia dan di sinilah permata digilap.

Kata Kunci: inisiatif peningkatan, pusat sumber sekolah, transformasi

Page18

PEMIMPIN INSTRUKSIONAL MEMBUDAYAKAN PBL DALAM PdPR MELALUI PBL
COLLABORATIVE COMMUNITIES (PBL CLC)

JENITH MAHIBOL

Pengetua SMK St.Joseph, Papar, Sabah.
[email protected]

ABSTRAK

Kepimpinan instruksional adalah usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi
kurikulum dan untuk memperkembang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat
sekolah. (Hussein, 1989) Surat siaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bertarikh 21 April 2020 telah mengarahkan
supaya Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dibudayakan dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Setiap subjek teras harus diberi ruang untuk melaksanakan PBL secara
penggiliran. Bahan-bahan PBL yang telah siap diminta untuk dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-
masing untuk dikumpul dalam bentuk eBook. Arahan ini telah mewujudkan satu budaya pembelajaran yang baru dalam
kalangan guru mahupun murid. Hal ini kerana PBL masih lagi berada dalam peringkat awal pelaksanaan dalam
kalangan warga SMK St Joseph, Papar dan PBL belum dibudayakan sepenuhnya dalam PdPc. PKP telah memberikan
dua cabaran serentak pada ketika itu. Pertama ialah cabaran untuk melaksanakan PdPc dari rumah/ tidak bersemuka.
Kedua, ialah perlaksanaan PBL melalui PdPR. Reaksi yang diberikan oleh kebanyakan guru adalah negatif dan berlaku
banyak penolakan. Kajian ini mengetengahkan tindakan pentadbir untuk mengurus dan mengupayakan tenaga serta
kemahiran guru untuk mencapai matlamat 1 murid 1 projek dalam tempoh PKP tersebut melalui PBL Collaborative
Learning Communities (PBL CLC). Menurut Abdul Ghani (2011), sebagai pemimpin pengajaran atau instruksional,
pengetua memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelia, penilai dan pembekal sumber bagi menggalakkan dan
membaiki pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Demikianlah proses yang telah dilaksanakan dalam PBL
CLC iaitu Bimbing-Pantau-Susul-Iktiraf terhadap guru-guru yang terlibat sehingga berjaya menghasilkan sebanyak 314
buah projek yang melibatkan 45 orang guru dan 310 orang murid dalam tempoh 2 bulan. Impak kajian ini akan dijadikan
amalan untuk meneruskan pelaksanaan PBL dalam situasi bersemuka semasa PdPc.

Kata kunci: pemimpin instruksional, pembelajaran berasaskan projek

Page19

PROJEK MENGGAPAI BINTANG: 3 DALAM 1

MAK YUK KIEW @ EVELYN
Pengetua SM St. James Tenghilan

[email protected]

ABSTRAK

Pandemik Covid-19 mengubah norma dan gaya hidup manusia keseluruhannya. Impak sosial sangat ketara terhadap
sektor pendidikan kerana ramai murid kehilangan momentum belajar. Mereka tidak dapat memberikan tumpuan kepada
kelas atas talian disebabkan oleh faktor persekitaran dan masalah logistik. Keadaan ini dibimbangi akan mewujudkan
kumpulan “Lost Generation” dalam kalangan murid. Dapatan data PdPR sekolah pada 17 sehingga 28 Mei 2021
menunjukkan bahawa murid yang mengikuti kelas PdPR hanya 78% sahaja. Temu bual Guru Bimbingan dan Kaunseling
dengan murid mendapati bahawa murid tidak bermotivasi mengikuti kelas PdPR, “burn out” disebabkan masalah
ekonomi dan masalah sosial. Data ini merupakan indikator perlunya sekolah mendepani masalah ini dengan mengambil
langkah yang lebih proaktif agar masalah ini dapat diminimakan iaitu melalui Projek Menggapai Bintang: 3 In 1. Projek
ini bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran dan penglibatan aktif murid semasa PdPR/PdPc serta memberi
penghargaan kepada usaha gigih mereka. Setelah projek ini dilaksanakan didapati peratus kehadiran murid meningkat
kepada 84%. Impak yang diharapkan ialah dapat meningkatkan motivasi ekstrinsik dan intrinsik murid untuk mengikuti
kelas PdPR/PdPc, memupuk sifat kepimpinan, menyuburkan budaya persaingan sihat di samping meningkatkan
kerjasama dan semangat setiakawan. Sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah keciciran dalam pelajaran
dan akhirnya membantu meningkatkan kemenjadian murid melalui peningkatan prestasi dan minat murid secara holistik
dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Kata kunci: Norma baharu, Impak Pandemik Covid-19, PDPR, penglibatan aktif murid dalam kurikulum, kokurikulum
dan sahsiah

Page20

PENGGUNAAN SISTEM BERSEPADU PENGURUSAN DOKUMEN MURID (SisPADU)
KE ARAH PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN KAUNTER

NURUL IZZATI ADLINA ABDULLAH, NUR AAINAA MUHAMMAD
SMK. Kudat II, Kudat, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Pengurusan kaunter yang cekap dan baik memberi gambaran yang positif terhadap imej organisasi. Sistem Bersepadu
Pengurusan Dokumen Murid (SisPADU) yang digunakan di SMK. Kudat II, Kudat, Sabah merupakan satu sistem yang
dilengkapi dengan data murid bagi memudahkan pelbagai urusan kaunter seperti Surat Pengesahan Murid, Surat
Rawatan, Sijil Berhenti, dan Surat Akuan. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan Pembantu Tadbir sekolah
menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan murid dan ibu bapa tanpa merujuk kepada Guru Kelas. Selain itu,
sistem ini juga dibangunkan untuk menjimatkan masa menunggu ibu bapa yang berurusan di kaunter. Sebelum
penggunaan SisPADU ini, Pembantu Tadbir perlu merujuk kepada Guru Kelas untuk mendapatkan maklumat murid dan
hal ini mengambil masa yang lama untuk menyediakan dokumen segera yang diperlukan. Berdasarkan penggunaan
SisPADU, sistem ini bukan sahaja memudahkan kerja Pembantu Tadbir malah dapat menjimatkan masa menunggu
pelanggan yang berurusan di kaunter. Secara keseluruhannya, dengan penggunaan sistem ini imej sekolah bertambah
baik dan dapat mencapai Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan. Sistem ini berpotensi untuk dikomersialkan kerana
memudahkan dan berkesan dari segi masa dan kos.

Kata Kunci: SisPADU, murid, perkhidmatan kaunter, perkhidmatan efisien, piagam pelanggan

Page21

e-RPH SMK GADONG: MEMPERKASA SEKOLAH TS25

SITI JUBAIDAH @ MARIAM BINTI HAJI KARIA DAN ROSIADI BIN TAJUDIN
Pengetua SMK Gadong
[email protected]

ABSTRAK

Perkongsian Amalan Terbaik SMK Gadong (SMKG) Beaufort, berkaitan dengan pembangunan dan pelaksanaan e-RPH
sebagai langkah memperkasa Program Transformasi Sekolah (TS25) yang telah bermula pada tahun 2017. Sepanjang
tempoh pelaksanaan Program TS25, pengetua sekolah telah berjaya memandu pasukan untuk melaksanakan beberapa
perubahan besar seiring dengan keperluan keberhasilan TS25. Namun demikian sebagai sekolah TS25, perlu ada
penambahbaikan dari segi pengurusan kurikulum berkaitan Buku Rekod Mengajar Guru. Oleh itu, Sistem e-RPH telah
dibangunkan dan dilaksanakan, sekaligus bermatlamatkan penyelesaian beberapa isu yang berkaitan dengan
pemantapan dan peningkatan prestasi Pengurusan Buku Rekod Mengajar Guru (BRM) SMK Gadong. Perubahan
penulisan RPH daripada manual kepada salinan lembut (soft copy)) merupakan satu evolusi yang tidak dapat dielakkan
selaras dengan cetusan Revolusi Industri 4.0. Sistem e-RPH SMKG yang telah memasuki fasa ke-2 pada tahun 2021,
telah mencatatkan penambahbaikan atau inovasi bagi memenuhi keperluan perubahan semasa kandungan RPH.
Kekangan utama yang dihadapi antaranya adalah penguasan ICT dalam kalangan segelintir guru, isu profesionalisme
dan isu logistik. Namun demikian, kekangan telah berjaya diselesaikan dengan menggunakan kaedah “Coaching dan
Mentoring”. Perkongsian ini membuka rahsia pengoperasian, kekangan, langkah penyelesaian serta impak positif
terhadap peningkatan kapasiti guru. Pelaksanaan Kitaran “Plan, Do, Check, Action” (PDCA) dalam operasi e-RPH
telah menyerlahkan pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang menjadi salah satu elemen sekolah
TS25. Kejayaan pengoperasian e-RPH SMKG ini, telah menjustifikasikan bahawa matlamat sistem e-RPH memperkasa
SMK Gadong sebagai Sekolah TS25 telah dipenuhi.

Kata Kunci: e-RPH, Memperkasa, Salinan Lembut (Soft Copy), Evolusi, Inovasi

Page22

PEMBUDAYAAN PILL MENINGKATKAN KUALITI GURU

SOFRIE ANUAR B ABDULLAH
Pengetua SMK Nambayan
[email protected]

ABSTRAK

Penulisan ini adalah berkaitan dengan isu guru-guru subjek yang masih lemah dalam menyediakan perancangan yang
terancang dan sistematik. Mereka lebih selesa dengan pendekatan mencipta program kecemerlangan secara ikut suka
tanpa berdasarkan kepada data dan maklumat dalam perancangan. Impaknya, prestasi pelajar-pelajar selalu bersifat
“yoyo”. Kalau meningkatpun, peningkatannya sangat kecil. Oleh sebab itu, tujuan intervensi ini dilaksanakan ialah
untuk menjadikan guru-guru subjek tingkatan satu hingga tingkatan lima sebagai perancang kecemerlangan pelajar
yang lebih sistematik berdasarkan data. Melalui data dan maklumat yang tepat, guru-guru akan dapat merancang
menggunakan medium yang lebih saintifik iaitu menggunakan pendekatan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL).
Intervensi ini dilaksanakan adalah berdasarkan pemerhatian dan analisis SPM. Berdasarkan semakan dan pemerhatian,
kebanyakan guru masih tidak mempunyai pendekatan yang sistematik untuk meningkatkannya. Justeru, mereka tidak
dapat menyediakan satu pelan tindakan yang konkrit untuk dijadikan asas menetapkan intervensi meningkatkan kualiti
kemenjadian pelajar dalam peperiksaan. Atas kesedaran itu pengetua telah memperkenalkan satu pendekatan yang lebih
konkrit kepada semua guru iaitu PILL. PILL telah membantu guru-guru subjek merancang intervensi yang lebih tepat
dan praktikal kerana merekalah yang lebih mengenali prestasi pelajar masing-masing. PILL telah diperkenalkan kepada
semua guru subjek tingkatan lima pada bulan September 2020. Hasil pengenalan PILL kepada guru-guru SPM,
pencapaian pelajar-pelajar dalam SPM tahun 2020 telah meningkat sebanyak 0.47% berdasarkan gred purata sekolah
(GPS). Jelaslah bahawa peningkatan prestasi pelajar perlulah dirancang secara sedar dan sistematik. Perancangan
mestilah melalui peringkat-peringkat yang saintifik atau boleh diuji berdasarkan prinsip “Plan, Do, Check,
Action”(PDCA). Inovasi atau amalan baharu PILL telah dapat menjadikan guru-guru subjek sebagai perancang
kejayaan pelajar dan sekolah.

Kata kunci : PILL, kualiti guru, PDCA, saintifik, sistematik

Page23

PROGRAM 'e-HADIR PdPR’ SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU

ABD. MAJIS BIN SAPRIN
Pengetua SMK Tawau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa kerajaan mengubah sistem
pendidikan yang konvensional secara bersemuka kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam
talian. Namun, peratus kehadiran murid semakin merosot sejak PdPR dijalankan atas sebab-sebab yang tertentu.
Sehubungan dengan itu, pihak SMK Tawau telah mengambil satu inisiatif untuk menghasilkan satu inovasi yang
memudahkan guru-guru untuk mengambil kehadiran murid semasa kelas dijalankan bagi meningkatkan peratus
kehadiran murid dalam kelas PdPR dan memastikan murid dapat mengikuti kelas PdPR agar tidak berlaku keciciran
dalam pelajaran. Berdasarkan kepada rekod kehadiran murid yang merosot semasa PdPR dijalankan, kaedah
pengambilan rekod kehadiran yang tidak seragam dan juga disiplin murid yang semakin menurun menyebabkan guru
mengambil inisiatif untuk melaksanakan inovasi program “e -Hadir PdPR”. Inovasi ini menggunakan platform utama
iaitu Google Form, Google Sheet dan Data Studio hasil kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Disiplin
SMK Tawau bagi mengatasi masalah dan meningkatkan kemenjadian murid dalam akademik dan sahsiah. Amalan ini
berjaya menunjukkan kemenjadian murid kerana guru mampu mengisi kehadiran dengan komitmen yang tinggi setiap
kali kelas PdPR dijalankan. Malah, guru-guru mata pelajaran juga mudah mengenalpasti dan mengesan murid yang
tidak hadir semasa kelas PdPR.

Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, peratus kehadiran, kemenjadian murid, rekod prestasi murid.

Page24

CO-CURRICULAR LESSON PLAN (COLP)

HAJI HAMZAH BIN HAJI WAHID @ ABDUL WAHID
Pengetua SMK Paris

[email protected]

ABSTRAK

Amalan terbaik di SMK Paris, Kinabatangan, Sabah bertajuk Co-Curricular Lesson Plan (COLP) menumpukan kepada
kegiatan kokurikulum yang terancang dan mampu dilaksanakan secara tekal dan bermakna. Hal tersebut juga sangat
berkait rapat dengan menjaga dan melindungi masa instruksional (MMI) bagi kegiatan kokurikulum di sekolah.
Berdasarkan dapatan kajian melalui kaedah soal selidik, pemantauan kegiatan kokurikulum sekolah dan dokumen
berkaitan kegiatan kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), didapati kegiatan kokurikulum di sekolah
tidak dilaksanakan secara terancang dan tidak mengikut garis panduan umum yang dikeluarkan oleh KPM. Justeru
suatu kaedah terancang telah diperkenalkan iaitu Rancangan Aktiviti Tahunan (RAT) dan Rancangan Aktiviti Mingguan
(RAM) bagi membantu para guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum yang lebih terancang dan bermakna. Bagi
mencapai maksud tersebut beberapa siri kursus dan bengkel telah diatur dan dilaksanakan bagi memberikan
pendedahan ilmu dan kemahiran berkaitan kegiatan kokurikulum pembinaan RAT dan RAM. Setelah sebulan
diperkenalkan pelaksanaan kaedah RAT dan RAM tersebut, kegiatan kokurikulum menjadi lebih teratur, berkesan,
bermakna dan dapat meningkatkan kehadiran, penyertaan serta pencapaian pelajar.

Kata Kunci : Co-curricular Lesson Plan (COLP), Rancangan Aktiviti Tahunan (RAT), Rancangan Aktiviti Mingguan
(RAM)

Page25

AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SEKOLAH: SATU PERKONGSIAN NORMA
BAHARU PENGGUNAAN MODUL TKTC 2.0 GURU TAHFIZ

DATIN HASNAH BINTI MOHD YAKOB
Pengetua SMKA Kota Kinabalu
[email protected]

ABSTRAK

Intervensi amalan terbaik ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran guru tahfiz dalam menguasai
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Modul TKTC 2.0 adalah kesinambungan TKTC 1. Pemilihan
kumpulan sasaran penulisan saya ialah guru-guru tahfiz melalui dapatan Dialog Prestasi Pentaksiran Sumatif pada
bulan Jun 2021 dalam penguasaan pentaksiran dan analisis item. Saya menggunakan Modul TKTC 2.0 sebagai
instrumen penelitian untuk melihat keberkesanan Modul TKTC 2.0. Objektif umum guru dapat menguasai DSKP ketika
penyediaan RPH manakala objektif utama guru dapat menguasai pembinaan item berdasarkan DSKP dan guru dapat
menyediakan bahan maujud Modul TKTC 2.0. Dapatan intervensi, murid mengenali tajuk setiap bab dan format
pentaksiran serta aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang boleh digunakan sama ada secara bersemuka atau PdPR.
Penyediaan Modul TKTC 2.0 berjaya disimpan dalam bentuk “Padlet”atau “Flip” yang mudah diakses guru dan
murid. Perkongsian kreativiti dalam kalangan guru dapat diwujudkan dengan mudah. Modul ini juga dimuatkan
dengan soalan-soalan latihan yang boleh digunakan oleh murid terutama sekali ketika ulangkaji, membuat latihan
serta perbincangan. Senarai pautan untuk modul ini diberikan dalam talian. Selain itu bahan maujud juga dibekalkan
sebagai bahan pembelajaran alternatif. Dapatan intervensi ini diharap mampu memberikan pengajaran guru lebih
bermakna, khasnya guru-guru baharu, panitia mata pelajaran yang lain dan juga boleh dijadikan panduan untuk
penilaian atau pencerapan oleh pengurusan sekolah dalam usaha meningkatkan prestasi Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) murid dan Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah secara keseluruhannya.

Kata kunci: Modul TKTC 2.0 , Penguasaan guru DSKP, pentaksiran, analisis item, guru tahfiz

Page26

FORMATIVE AND INTERVENTIVE CONSULTATION (FIC)
MENGURUS PRESTASI GURU SEMASA PANDEMIK

JACKSON SIGO@SIGA
Pengetua SMK Limbanak Penampang

[email protected]

ABSTRAK

Pandemik Covid-19 telah memberikan pelbagai impak terhadap bidang pendidikan. Ini termasuk prestasi guru dalam
meningkatkan pencapaian pelajar. Melalui analisis terhadap SKPMg2 Standard 4, didapati bahawa terdapat 30 (30%)
orang guru daripada 105 orang mempunyai skor di bawah 90%. Peratusan ini agak tinggi dan perlu dirungkaikan
kerana membabitkan pembelajaran dan seterusnya kemenjadian pelajar. Oleh itu, perkara ini telah dijadikan sebagai
isu strategik yang perlu diselesaikan. Amalan terbaik ini bertujuan untuk mengekalkan prestasi guru kekal pada tahap
maksima meskipun dalam situasi pandemik. Maka bagi mengatasi isu tersebut, teknik FIC atau Formative and
Interventive Consultation telah dihasilkan bagi membantu guru kekal fokus terutama daripada segi teknik pengajaran di
samping aspek emosi serta psikologi. Teknik FIC ini bertunggakkan kepada 3 aspek bagi mengurus prestasi guru, iaitu
coaching dan mentoring, intervensi dan konsultasi. Sesi-sesi FIC telah dilaksanakan secara individu dan berkumpulan
mengikut unit atau subjek dengan membincangkan 5 aspek utama FIC iaitu Root Cause Analysis (RCA), analisis item,
Headcount, intervensi dan Traffic Light System setiap subjek bagi setiap guru. Melalui teknik ini, proses coaching dan
mentoring serta konsultasi dan pemantauan yang berterusan telah dapat dilaksanakan secara sistematik, khusus dan
berfokus. Akhirnya, teknik ini telah menampakkan hasil apabila keputusan SPM dan STPM telah meningkat bagi tahun
2020, setiap guru mempunyai intervensi yang konkrit dan guru mempunyai kesediaan secara emosi dan psikologi.

Kata kunci : Intervensi, Konsultasi, Pandemik

Page27

KAJIAN TINDAKAN : PENINGKATAN AKADEMIK
“REACH FOR THE STAR”

WONG VUI HANG, SHAMSIR NUREDDIN,
LEE MEI AY, JULIANAH SAGUNI DAN JUMANI MOHAMMAD

SM St. Dominic, Lahad Datu
[email protected]

ABSTRAK

Adalah didapati bahawa ada murid Tingkatan 5 yang tidak tahu teknik menjawab soalan SPM. Motivasi diri mereka
juga rendah. Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan program “Reach For The Star’ yang dirancang khas
untuk murid-murid yang GALUS dalam peperiksaan SPM. Program ini dibahagikan kepada 4 siri yang terdiri daripada
empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Program ini dirancang bagi
meningkatkan motivasi diri dalam menguasai subjek teras dalam kalangan murid Tingkatan 5 tahun 2019 untuk
meningkatkan lagi prestasi diri kepada tahap yang lebih tinggi sekaligus mencetuskan motivasi dalaman dalam kalangan
murid bahawa semua murid berhak mencapainya. Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian kami ini dilakukan melalui
penilaian skor markah di bawah 30% dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kaedah yang digunakan adalah bengkel
menjawab soalan, teknik menjawab soalan, strategi mendapat skor mengikut soalan dalam peperiksaan sebenar,
peneguhan positif melalui pemberian hadiah kepada murid, membuat perbezaan markah sebelum dan selepas program,
melapangkan fikiran dan memotivasikan murid (self-esteem) untuk menghadapi SPM. Setiap aktiviti yang disediakan
dalam kaedah bengkel berfokus ini membolehkan murid sendiri menguasai bentuk soalan SPM sebenar dalam suasana
memberangsangkan dan menyeronokkan. Hasil daripada kajian tindakan ini mendapati berlaku perbezaan peratus
pencapaian gred Peperiksaan Pertengahan Tahun (pra) dengan pencapaian SPM sebenar (pasca) yang diperolehi oleh
murid sasaran. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu sesiapa saja yang
berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama.

Kata kunci : GALUS, motivasi, self-esteem

Page28

PROGRAM & PEMBUDAYAAN SMART MEMANTAPKAN
PENGURUSAN REKOD SEKOLAH

BERNADETH DE GUZMAN
Pengetua SMK Libaran, Pejabat Pendidikan Sandakan

[email protected]

ABSTRAK

Rekod adalah aset intelektual yang merupakan sumber strategik pengurusan yang sangat diperlukan oleh Pejabat Awam.
Rekod adalah perakam kepada seluruh transaksi pentadbiran yang menjadi ‘institutional memory’ di peringkat Pejabat
Awam dan seterusnya menjadi ‘national memory’ di peringkat Negara. Justeru, rekod perlu diurus dengan cekap,
sistematik dan kos efektif agar ianya boleh digunakan sepanjang masa (Arkib Negara Malaysia, 2016). Kebolehan
sesebuah sekolah dalam menyampaikan perkhidmatan, membuat keputusan dan melaksanakan amanah dan
tanggungjawab bergantung kepada sejauh mana maklumat yang perlu dapat diurus dengan sistematik dan berkualiti.
Berikutan dengan isu kesukaran memperoleh fail dan pengurusan fail yang lemah telah mencetuskan idea Program
SMART (Susun Mengikut sistem Agar Rekod Teratur) bagi mengatasi isu ini. Objektif Program SMART ini adalah untuk
mewujudkan serta membudayakan sistem pengurusan rekod yang berkualiti dan boleh diteladani. Program SMART yang
diamalkan di sekolah ini sejak tahun 2020 telah memberi kesan yang positif kepada gaya kerja staf serta meningkatkan
kecekapan staf dalam pengurusan rekod. Hasil soal selidik yang dijalankan mendapati 100% staf berpuas hati dengan
Program SMART. Pengurusan rekod secara digital akan diusahakan demi untuk menambah nilai program SMART
sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dewasa ini. Amalan Program SMART ini akan
dikongsikan kepada sekolah-sekolah lain yang berdekatan demi membantu dalam pengurusan rekod sekolah di Daerah
Sandakan yang berkualiti.

Kata Kunci : Pengurusan Rekod, Pengurusan Fail, SMART, sistematik, kualiti

Page29

‘NO FRANCISCANS LEFT BEHIND’: PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

BETTY LEONG
SM St. Francis Xavier, Keningau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Semasa Pandemik Covid-19, sekolah ditutup dan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dari rumah secara dalam
talian atau luar talian. Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) amat bergantung kepada
penglibatan aktif murid, penggunaan teknologi dalam pengajaran guru dan kerjasama serta pemantauan ibu bapa
semasa PdPR. Walau bagaimanapun, kehadiran dan penglibatan murid dalam PdPR dan penggunaan teknologi oleh
guru dalam PdPR norma baharu pendidikan SM St. Francis Xavier, Keningau adalah pada tahap sederhana dan belum
mencapai sasaran yang ditetapkan oleh sekolah. Tiga isu utama PdPR yang telah dikenal pasti ialah isu murid, isu ibu
bapa dan isu guru. Kajian awal mendapati purata kehadiran murid hanya 60% setiap hari dan penglibatan murid
dalam PdPR adalah sangat rendah, iaitu hanya 20% murid yang menghantar tugasan yang diberikan oleh guru. Ini
juga memberi implikasi bahawa kerjasama ibu bapa dalam memastikan anak-anak mengikuti PdPR masih boleh
ditingkatkan. Bagi isu guru, kajian sekolah mendapati hanya 20% guru menggunakan teknologi terkini dalam PdPR dan
80% guru menyatakan tidak cekap dalam mengendalikan PdPR secara dalam talian. Penggunaan teknologi amat
penting untuk menarik minat untuk hadir dan melibatkan diri secara aktif dalam PdPR. Oleh itu, pentadbir telah
memperkenalkan satu program iaitu ‘No Franciscans Left Behind’ yang memperkenalkan beberapa intervensi berkesan
yang telah berjaya meningkatkan kehadiran murid, penglibatan murid dan penggunaan teknologi dalam PdPR guru
pada tahap optimum serta peningkatan kerjasama dan penglibatan. Program ini akan ditambahbaik dengan memberi
ganjaran yang lebih menarik dan penghargaan kepada murid, guru dan ibu bapa yang aktif dalam PdPR. Jaringan dan
jalinan dengan komuniti dan pemimpin setempat akan dibuat dengan lebih meluas.

Kata Kunci: kehadiran murid, penglibatan murid, kaedah pengajaran guru, intervensi sekolah, teknologi dalam PdPR,
kerjasama ibu bapa

Page30

PENGGUNAAN S-TECH BAGI MENGATASI ISU PdP BERSEMUKA SEMASA
PANDEMIK COVID-19 DI SM ALL SAINTS, KOTA KINABALU, SABAH

DR. MARY GAMBIDAU
SM All Saints, Kota Kinabalu

[email protected]

ABSTRAK

Pandemik Covid-19 telah mengubah landskap peradaban manusia termasuk di bidang pendidikan. Ketika KPM
mengumumkan pembukaan semula sekolah secara berperingkat bermula dengan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6
pada bulan 24 Jun 2020, sekolah menghadapi masalah untuk mematuhi SOP COVID-19 dari segi penjarakan fizikal
di dalam kelas disebabkan jumlah pelajar dalam sebuah kelas adalah ramai.Tambahan pula, jika pelajar di dalam
sesebuah kelas tersebut dipisahkan menjadi dua buah kelas, ini akan melibatkan pertambahan jumlah tenaga pengajar
guru sebanyak dua kali ganda untuk mengajar kelas tersebut. Ini juga akan menjejaskan kualiti pdp yang disampaikan
sekiranya guru tambahan tersebut tidak mengajar subjek yang sama. Oleh itu, sekolah telah memperkenalkan
penggunaan Smart-Technology (S-Tech) untuk mengatasi kedua-dua isu ini. Penggunaan S-Tech membolehkan pelajar
mengikuti PdP daripada guru subjek mereka sendiri dan tidak menjejaskan kualiti pdp yang disampaikan. Peralatan
S-Tech yang digunakan adalah LCD Projectors, splitters, digital visualizer, laptops, smartphones dan mobile speakers.
Penggunaan S-Tech telah membantu mengatasi isu yang dihadapi oleh guru, meningkatkan amalan pengintegrasian
ICT serta pembudayaan ICT dalam PdP guru.

Kata kunci: Standard Operating Procedure (SOP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Coronavirus Disease 2019
(COVID-19), S-Tech (Smart-Technology), Information communication and Technology (ICT).

Page31

AMALAN TERBAIK PENGURUSAN: SATU PERKONGSIAN BIMBINGAN
NORMA BAHARU SIPARTNERS+ MENGUPAYAKAN KEPIMPINAN SEKOLAH

SARIPAH BINTI GHUL HASSAN
Pegawai SIPartners+

Pejabat Pendidikan Kota Kinabalu
[email protected]

ABSTRAK

Bermula awal tahun 2020 dunia dilanda pandemik covid-19, ia telah mengubah landskap pengurusan pendidikan
sekolah di Malaysia ke arah pendigitalan. Situasi ini telah mempengaruhi pendekatan bimbingan dan sokongan
pegawai SIPartners+ di lapangan kepada kepimpinan sekolah khusus kepada Senior Leader Team(SLT). Saya
selaku pegawai SIPartners+ Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPD KK) akan berkongsi pendekatan
Oasis Kecemerlangan Sembilan (OK9) Ruby dalam mengupayakan kepimpinan sekolah dalam norma baharu. OK9
PPD KK bertujuan mengupayakan sumber manusia meliputi Pengetua, Guru Besar, Penolong kanan SLT), guru,
PIBG dan komuniti sekolah ke arah sekolah berkualiti demi menghasilkan kemenjadian murid. Dalam perkongsian
ini, tumpuan diberikan kepada pengupayaan SLT dan OK9 Ruby. Pengkaji selaku Penggerak Utama(PU) pada tiga
kumpulan secara Profesional Learning community(PLC). PU OK9 Ruby telah melaksanakan pelbagai skop
bimbingan kepada SLT dalam norma baharu menggunakan Teknik Goal Reality Option Way Forward(GROW).
Standard Kualiti Pendidkan Malaysia gelombang2 (SKPMg2) dijadikan panduan dalam kecemerlangan sekolah
dan memastikan aspek tahap tindakan dan tahap kualiti berlaku dengan baik. Teknik Plan do check Action(PDCA)
diterapkan kepada pemimpim sekolah dalam memastikan program dan aktiviti dapat disemak untuk
penambahbaikan. Impak melalui bimbingan OK9, mengupayakan pengurusan pemimpin sekolah dan membantu
peningkatan dalam skor SKPMg2 ke arah sekolah berkualiti, menyumbang pada pencapaian tertinggi, skor lima
dalam Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah dan peningkatan Gred Purata Daerah.

Kata kunci: Senior Leader team(SLT), Oasis Kecemerlangan Sembilan(OK9) Ruby, Profesional Learning
community(PLC). Goal Reality Option Way Forward(GROW), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang2(SKPMg2).

Page32

MENINGKATKAN PENCAPAIAN BAHASA ARAB DALAM PEPERIKSAAN SIJIL
PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MENGGUNAKAN
MODEL ROAD TO A+

SUHAILIN BIN LAJIMIN, SABIN SINUSUN, LOSIUS GOLIOG
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
[email protected]

ABSTRAK

Bahasa Arab merupakan mata pelajaran elektif dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon yang
mengambil mata pelajaran ini mestilah mendapat sekurang-kurangnya gred E untuk memperoleh tahap lulus. Dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020, sasaran Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang
ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ialah 4.86. Bagi mencapai sasaran tersebut, Unit Pendidikan Islam,
Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau telah memperkenalkan inovasi Model Road To A+. Inovasi
ini bertujuan untuk membantu meningkatkan gred pencapaian calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab
dalam peperiksaan SPM. Melalui inovasi ini, guru-guru dibimbing mengaplikasikannya dalam pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka dan dalam talian (online). Perlaksanaan inovasi Model Road To A+ dilaksanakan
berdasarkan konsep kitaran Plan, Do, Check dan Act (PDCA). Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan
metode induktif dan deduktif. Kesimpulannya, model ini berjaya membantu meningkatkan keupayaan guru-guru
Bahasa Arab mengurus pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ini juga berjaya
menunjukkan impak dalam meningkatkan pencapaian subjek Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.

Kata Kunci: pencapaian, Bahasa Arab, Sijil Pelajaran Malaysia, Road To A+

Page33

PENDEKATAN 3S+ DALAM MEMOTIVASI DAN MEMANTAPKAN PENGURUSAN
SEKOLAH

HALIMAH BINTI HJ. AG. KANAK
Pegawai SIPartner+

Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort
[email protected]

ABSTRAK

Penulisan tentang Pendekatan 3S+ ini merupakan satu cara pendekatan Pegawai SIPartner+ semasa
pelaksanaan selia bantu dalam sesi Coaching & Mentoring dijalankan di sekolah-sekolah yang dilawati.
Pendekatan ini adalah satu cara yang menjadi amalan baik Pegawai SIPartner+ untuk meningkatkan
motivasi, daya saing, komitmen dan membangunkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk
memantapkan lagi 9 bidang utama dalam pengurusan di sekolah, terutama 5 perkara yang menjadi fokus
penulis iaitu Pengurusan Instruksional, Pelan Strategik, PKS-SKPMg2, Sistem Fail, dan PAK-21.
Pendekatan 3S+ ini adalah 3 pendekatan berasaskan kemahiran atau ‘Skill’ iaitu ‘Soft Touch Skill’,
‘Friendship Skill’, dan ‘Collaborative Skill’. Penulis membuat kutipan data dengan cara pemerhatian dan
pemeriksaan dokumen yang berkaitan. Kemudian, penulis merekodkan perkembangan peningkatan
pengurusan pengurus sekolah dalam kad peningkatan pengurusan PGB. Daripada hasil pemerhatian dan
penelitian dokumen menunjukkan banyak perubahan dan peningkatan dalam pengurusan pemimpin
sekolah. Penulis kemudiannya merekodkan hasil dapatan ke dalam kad sistem peningkatan pengurusan
yang menggunakan skala likert 1 hingga 5 direkabentuk sendiri oleh penulis dengan bantuan pegawai
SISC+. Penulis mengumpul dan menganalisis data tersebut hanya secara pengiraan biasa dalam bentuk
‘Average’ untuk melihat peningkatan pengurusan, kesan penggunaan pendekatan 3S+. Akhirnya, penulis
mendapati bahawa 5 fokus utama yang diperhatikan telah menunjukkan peningkatan yang baik dan
memberangsangkan. Pendekatan ini diharapkan sedikit sebanyak akan menjadi panduan dan dapat
dimanfaatkan oleh pegawai-pegawai SIPartner+ dalam menjalankan Coaching dan Mentoring di sekolah.

Kata kunci; Pendekatan 3S+, Coaching & Mentoring, Memantapkan, Pengurusan Sekolah

Page34

MENINGKATKAN PENGLIBATAN IBU BAPA MELALUI AKTIVITI EKSA
DI SK MELANGKAP KOTA MARUDU, SABAH

ATIAH BINTI HJ. AWANG,MASTAN @ MISTOH BIN GAGA,
DR.MOHD AZIZUAN ABDULLAH, SAZURIATUL BINTI SAMSURI, ZAINI ITHONG@ETONG

SK Melangkap, Kota Marudu
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa di SK.Melangkap Kota Marudu, Sabah. Kajian ini
dilaksanakan berdasarkan pemerhatian pada tahun 2017 (berdasarkan kehadiran ibubapa dalam mesyuarat dan
aktiviti di sekolah). Berdasarkan kajian ini didapati penglibatan ibu bapa pada tahap rendah iaitu 47% sahaja
daripada jumlah bilangan ibubapa 120 orang (Data APDM 2017). Satu intervensi telah saya laksanakan pada tahun
2018 diperingkat sekolah iaitu aktiviti EKSA. Sasaran saya ialah ibu bapa seramai 120 orang yang tinggal di kawasan
lima buah kampung di persekitaran sekolah ini. Objektif kajian ini adalah untuk memastikan berlaku peningkatan
penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah yang sudah pasti akan memberi impak kepada sekolah iaitu kemenjadian
murid secara holistik. Dapatan kajian saya hasil pemerhatian melalui data penglibatan ibubapa pada tahun 2018
(Data kehadiran aktiviti sekolah-gotong-royong EKSA) mendapati terdapat peningkatan penglibatan ibubapa iaitu
60%(2018) dan peningkatan yang tinggi pada tahun 2019 iaitu 90%. Impak keseluruhan aktiviti EKSA ini telah
menjadikan ibu bapa proaktif dalam setiap aktiviti sekolah yang juga memberi impak pencapaian murid dalam
akademik, sahsiah dan KoKurikulum. Ibu bapa (PIBG) telah menerima anugerah cemerlang pada tahun 2019 di
peringkat PPD Kota Marudu. Sebagai rumusan aktiviti EKSA telah meningkatkan penglibatan ibubapa dalam aktiviti
sekolah dengan jayanya.

Kata Kunci : pemerhatian, intervensi, EKSA

Page35

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG PENGGERAK
KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID

WONG EH CHUN
Guru Besar SJK (C) Chi Vun Tenom

[email protected]

ABSTRAK

SJK (C) Chi Vun, salah sebuah sekolah kurang murid yang terletak di luar bandar Daerah Tenom, kurang mendapat
perhatian orang ramai kerana tiada inisiatif atau program menonjolkan imej sekolah. Sesebuah sekolah boleh berubah
wajah apabila berlakunya perubahan dinamik kepada kepimpinan sekolah. Mulai tahun 2012, sekolah ini telah mula
mendapat perhatian warga pendidikan di Daerah Tenom dan masyarakat sekitarnya. Bukan sahaja lanskap fizikalnya
berubah, malahan prestasi murid di sekolah juga turut berubah. Justeru, kita tidak dapat menafikan bahawa
kepimpinan di sesebuah sekolah adalah amat penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah sekolah. Guru
Besar sekolah ini, Puan Wong Eh Chun berjaya menggembleng tenaga semua warga sekolah, khususnya ibu bapa dan
komuniti dalam menggerakkan Program Sekolah Penyayang yang memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Program ini dilaksanakan berdasarkan adaptasi konsep “world with love” dan “unity knowledge and
practice” Hubungan yang positif dengan ibu bapa dan komuniti telah membawa sekolah ini ke satu tahap yang amat
membanggakan dan sekaligus menghasilkan kecemerlangan dalam bidang akademik dengan pencapaian UPSR
sekolah 100 peratus pada tahun 2019.

Kata Kunci: Sekolah penyayang, Prestasi murid, PdP, UPSR, PIBK

Page36

AMALAN TERBAIK FLIPPED CLASSROOM
(FC) DALAM MEMBUDAYAKAN KBAT DI SEKOLAH

ROSMI BINTI GATA
SK Lok Yuk Sikuati, Peti Surat 188, 89057 Kudat, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Dalam usaha mencapai pembelajaran bermakna, keupayaan murid berkomunikasi dan berkolaboratif perlu
dititikberatkan. Tambahan pula, kaedah tradisional seperti “chalk and talk” serta “spoon-feed” telah
menemui titik penghujung dalam mencapai hasrat tersebut. Bagi mengatasi masalah SK Lok Yuk Sikuati
mengaplikasikan kaedah Flipped Classroom (FC). Kaedah Flipped Classroom ini adalah satu kaedah
mengalih waktu pembelajaran di luar bilik darjah dengan cara menggalakkan murid mencari maklumat
awal tentang isi pembelajaran sebelum kelas bermula. Guru berperanan sebagai fasilitator di dalam sesi
pembelajaran dengan menghadkan penyampaian maklumat berorientasikan guru. Kaedah pembelajaran
ini terbukti mampu merapatkan jurang perbezaan aras pemikiran murid SK Lok Yuk Sikuati dengan
wujudnya perkongsian maklumat dan kolaboratif sesama mereka. Selain itu, impak positif kaedah ini dapat
dilihat dengan peningkatan tahap penguasaan (TP) murid di dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Pelibatan
pihak SISC+ sebagai tenaga pakar dalam sesi pencerapan guru-guru telah mengiktiraf kaedah ini sebagai
amalan terbaik sesi PdPC di sekolah. Pihak SISC+ turut memberi saranan kepada guru-guru SK Lok Yuk
Sikuati untuk membudayakan amalan KBAT dalam Flipped Classroom. Penglibatan murid telah berjaya
dioptimumkan dan guru berperanan sebagai fasilitator. Selain itu, impak positif amalan terbaik pendidikan
ini juga perlu disebar luas ke sekolah-sekolah lain dalam usaha memperkukuh serta melestarikan amalan
pendidikan ini. Kesimpulannya, amalan terbaik Flipped Classroom adalah salah satu amalan terbaik dalam
usaha menangani permasalahan penguasaan pelajar di dalam PdPC serta membudayakan KBAT dalam
kalangan murid itu sendiri.

Kata Kunci :Flipped Classroom; kolaboratif; fasilitator, Pentaksiran Bilik Darjah, KBAT

Page37

MODUL PEMBELAJARAN 5 JARI: KONSEP FISeT

HINAWATI BINTI MD JAPAR DAN NORIDA AHMAT
SK Batandok,

Pejabat Pendidikan Daeraah Beaufort
[email protected]

ABSTRAK

Modul pembelajaran ini terhasil apabila pengkaji melihat keperluan dalam menghasilkan satu bentuk inovasi
pengajaran baru yang paling mudah dan difahami oleh murid melalui konsep FISeT (Faham, Ingat, Sebut, Tulis).
Modul pembelajaran ini juga dilaksanakan bagi membantu mengatasi masalah buta huruf serta meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis huruf dengan cara yang betul dan meningkatkan pemahaman murid mengenai 26
huruf. Kajian ini melibatkan 42 orang murid prasekolah SK. Batandok dari tahun 2019 hingga 2021 dan ianya
berbentuk kualitatif yang melibatkan pemerhatian langsung dan penilaian melalui hasil kerja murid yang direkod
serta analisis dokumen IPPK (Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan) dan pentaksiran kendiri senarai semak
murid. Kajian mendapati bahawa peningkatan penguasaan kemahiran 2M (membaca dan menulis) berlaku setiap
tahun, iaitu sebanyak 87% murid telah menguasai kemahiran membaca pada tahun 2019 dan sedikit peningkatan iaitu
sebanyak 88% (2020). Pencapaian kemahiran menulis murid sebanyak 88% (2019) dan 100% (2020). Kajian
mendapati bahawa pengunaan modul pembelajaran ini telah memberikan kesan positif kepada guru dan murid.
Melalui modul pembelajaran ini, guru dapat mengenal pasti murid yang bermasalah dalam pembelajaran yang
melibatkan kemahiran 2M dan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Kajian ini juga mendapati bahawa modul
pembelajaran ini juga telah membantu murid untuk menguasai kemahiran 2M (membaca dan menulis) dengan
mengaplikasikan konsep FISeT (Faham, Ingat, Sebut, Tulis). Kesimpulannya, modul pembelajaran ini diharap dapat
membantu menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran 2M (membaca dan menulis) dalam kalangan murid pada
peringkat awal pembelajaran dan seterusnya dapat membantu mengurangkan jumlah kemasukan murid ke kelas
pemulihan apabila murid berada di sekolah rendah kelak.

Kata kunci: modul pembelajaran, prasekolah, konsep FISeT

Page38

TABUNG DURIAN BELANDA SKDS MEMBANTU MEWUJUDKAN
PERSEKITARAN SEKOLAH YANG CERIA DAN KONDUSIF

ABDUL MUMIN BIN HASSAN
Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Desa Subur, Tawau, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Persekitaran sekolah yang ceria amat penting bagi mewujudkan iklim dan persekitaran kondusif bagi semua
warga sekolah terutamanya guru dan murid-murid. Namun, setiap usaha untuk mewujudkan suasana yang
ceria dan kondusif ini biasanya akan memerlukan kos perbelanjaan yang agak tinggi. SK. Desa Subur
merupakan sebuah sekolah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Pada umumnya mengetahui bagi
sekolah kategori ini, isu utamanya adalah kekangan dari segi kewangan. Oleh itu, untuk menjayakan
program menceriakan dan menjadikan sekolah lebih kondusif, amat perlu satu mekanisme yang dapat
menjana dana bagi mencapai hasrat sekolah. Berdasarkan data analisis persekitaran, SK Desa Subur
memanfaatkan kesuburan tanah anugerah tuhan sebaik-baiknya. Pelbagai jenis tanaman yang terdapat di
persekitaran sekolah telah mencetuskan idea untuk mewujudkan Tabung Durian Belanda SKDS untuk
pembangunan fizikal dan keceriaan sekolah pada tahun 2020. Hasil tanaman dipromosikan kepada PIBG
dan individu yang berminat untuk menyumbang kepada tabung ini. Hasil sumbangan ini digunakan untuk
membeli dan menyediakan peralatan bagi program menceriakan persekitaran sekolah. Sejak tabung ini
diwujudkan persekitaran sekolah semakin ceria dan kondusif dengan wujudnya beberapa buah taman.
Secara tidak langsung tabung ini telah dapat menjimatkan kos pengurusan dan penyelenggaraan sekolah.

Kata kunci: persekitaran sekolah ceria dan kondusif, penjimatan kos pengurusan, penyelenggaraan sekolah,
PIBG.

Page39

AMALAN KEPIMPINAN RM7Kh GURU BESAR DALAM PENGURUSAN SEKOLAH

SINON BINTI LONGGUYU
SK Labuan, Kota Belud
[email protected]

ABSTRAK

Kepimpinan RM7Kh merupakan satu amalan kepimpinan untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti organisasi..
Kepimpinan RM7Kh lebih mentransformasikan organisasi iaitu Guru Besar sebagai Role Model atau sebagai teladan
kepada warga sekolah. PGB berdepan dengan satu cabaran iaitu mengupayakan tujuh ketua utama dalam organisasi.
Dalam amalan terbaik ini, tujuh ketua yang dimaksudkan ialah Penolong Kanan Pentadbiran (PKP), Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid (PK. HEM), Penolong Kanan Kokurikulum (PK Kokum), Ketua AKP, Ketua Pekerja Pembersihan
dan Ketua Pengawal Keselamatan dan akhir sekali Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dalam

penulisan ini, h-happy, bermakna mewujudkan kegembiraan, kemesraan dan keharmonian tanpa tekanan kepada

semua lapisan warga dalam organisasi ketika berkomunikasi. Terdapat tiga cabaran dalam kepimpinan RM7Kh iaitu,
PGB sebagai Role Model, mengupaya tujuh ketua dan melestarikan keharmonian dan kesejahteraan dalam organisasi.
Keyakinan, kesabaran, kefahaman dan perhatian adalah ciri-ciri integriti kepimpinan RM7Kh

Kata kunci: Kepimpinan RM7K ,Guru besar, Membimbing, Komunikasi, Organisasi.

Page40

PROGRAM JENDELA MENARA GADING

HALANI BIN ASILAN
SK Menampilik, Pejabat Pendidikan Semporna

[email protected]

ABSTRAK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) merupakan asas kepada Kemenjadian Murid dan
Aspirasi Negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. SK Menampilik merupakan sekolah kurang murid
dan permasalahan timbul disebabkan kekurangan daya tarikan kepada murid dan komuniti sekeliling itu sendiri.
Sesuai dengan anjakan 6 dan 10 dalam PPPM iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan dan memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah serta
autonomi kepada sekolah untuk memenuhi kriteria prestasi minimum. Manakala anjakan 10 iaitu memaksimumkan
keberhasilan murid bagi setiap ringgit selaras dengan mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang
jelas dan rasional program berimpak rendah pada setiap tahun, Program Jendela Menara Gading dihasilkan bagi
menangani isu tersebut. Program ini dihasilkan berdasarkan masalah sekolah kurang murid dan keceriaan sekolah
yang kurang menarik minat dan perhatian ibubapa, murid dan komuniti sekolah itu sendiri. Berdasarkan data APDM
yang diperolehi, jumlah murid adalah sedikit berbanding kapasiti sekolah yang mampu menampung sehingga 40
orang murid. SWOT analisis dan gantt chart diaplikasikan dalam penelitian data sesuai dengan keadaan permasalah
yang timbul serta hubungkait antara keceriaan kelas, keupayaan staf SK Menampilik dan minat murid untuk belajar
di sekolah ini. Hasil daripada program ini, dapat dilihat jumlah murid telah meningkat dan suasana sekolah
terutamanya keceriaan kelas telah menarik minat murid serta komuniti sekeliling dan staf SK Menampilik
menampakkan perubahan positif. Keceriaan kelas, keupayaan staf SK Menampilik, kerjasama dengan agensi luar iaitu
PIBG, Pos Tentera Pulau Menampilik dan komuniti sekeliling membantu dalam menjayakan program ini.

Kata Kunci: Sekolah kurang murid, keberhasilan murid, daya tarikan, komuniti sekeliling, keceriaan kelas

Page41

PEMBUDAYAAN MENINGKATKAN KESEDARAN DALAM KALANGAN
GURU BAHARU DALAM PENYEDIAAN DAN PENGHANTARAN RPH

MENGGUNAKAN KAEDAH OPULOKIS
DI SEKOLAH KEBANGSAAN SINGGAH MANIS, KINABATANGAN.

SITI SURIYATIE LAU ABDULLAH
Sekolah Kebangsaan Singgah Manis, Kinabatangan.

[email protected]

ABSTRAK

Penulisan buku rekod mengajar adalah penting disediakan oleh guru-guru kerana ianya sudah termaktub
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999. Kini penulisan rekod persediaan mengajar dipermudahkan
dimana guru-guru boleh menyediakan dalam apa juga bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi
semasa. Pada tahun 2015 (Jun) pengkaji mendapati seramai 6 orang guru tidak dapat mematuhi prosedur
penyediaan dan penghantaran Rekod Pengajaran Harian (RPH) kepada pihak pentadbir dan ketidakakuran
ini sudah pasti melanggar SPI Bil.3/1999 dan amalan profesionalisme keguruan. Susulan daripada itu,
tercetuslah kaedah Opulokis iaitu kaedah Traffic Light menggunakan sticker 3 warna iaitu merah, kuning
dan hijau yang bertujuan untuk memberi teguran secara halus. Dapatan kajian ini mendapati perubahan
pada penerimaan pembudayaan dalam penyediaan dan penghantaran RPH yang lebih berkualiti dari segi isi
kandungannya dan waktu penghantaran yang menepati masa kepada seramai 3 orang guru baharu dan
seramai 3 orang guru lama. Kaedah ini juga didapati memberi impak yang berkesan kepada penghayatan
penyediaan RPH dikalangan guru lama dan juga guru baharui, barisan (Senior Leader Team) SLT dan
(Middle Leader Team) MLT serta juga kemenjadian murid dalam penilaian PBD.

Kata Kunci : Pembudayaan, Rekod Pengajaran Harian (RPH), Traffic Light, Kualiti guru

Page42

INFRASTRUKTUR ASAS PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID

EMRAN BIN SUMANGGIR @ ANGGIR
Guru Besar SK Rancangan Suan Lamba, Kinabatangan

[email protected]

ABSTRAK

Segala permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah sesuatu yang subjektif untuk diselesaikan.
Kepelbagaian sumber yang menjadi penyokong kepada penyelesaian itu perlu dibuat penelitian dan tindakan yang
akan menyelesaikan semua isu yang berkala. Pencapaian lulus penuh dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) di bawah 20 % dan kehadiran murid yang tidak mencapai KPI 95 % adalah isu pilihan yang menjadi
keutamaan untuk diselesaikan di peringkat SK Rancangan Suan Lamba berdasarkan keputusan UPSR serta data
kehadiran murid tahun 2017. Melalui isu ini juga pihak sekolah telah membuat perancangan strategik yang menyentuh
aspek kemenjadian murid dengan memastikan semua kemudahan infrastruktur asas yang daif dibaiki dan diselenggara
segera bagi memastikan murid berminat untuk hadir ke sekolah. Mengupaya kekuatan hubungan dengan agensi luar
serta komuniti yang tekal serta bersifat holistik akan menyelesaikan isu malah menjadikan sekolah sebuah institusi
pendidikan yang menyeronokkan untuk diangkat di mata komuniti,masyarakat dan organisasi. Penglibatan Ibu bapa
dan Komuniti (PIBK) serta Pejabat Pendidikan Daerah adalah tunjang sokongan keberadaan sekolah dan
kemenjadian murid secara realistik.

Kata Kunci : Hubungan, Kemudahan asas, Kemenjadian murid

Page43

GO DIGITAL! PENGURUSAN SEKOLAH

ROSIDAH BINTI ABDUL MURAT
Guru Besar

SK Pendidikan Khas Tuaran, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Dunia kini memasuki Revolusi Digital atau Revolusi Industri 4.0. Sebahagian besar rakyat Malaysia adalah pengguna
internet dan sebahagian besar melayarinya melalui telefon bimbit. Masyarakat kini lebih cenderung dihubungkan
melalui media digital dalam menjalani urusan seharian. Secara langsung dan tidak langsung, sekolah juga turut
bergerak mengikut perubahan semasa khususnya dalam dunia digital. Pengurusan maklumat dan data dahulunya
lebih banyak secara manual dan disimpan menggunakan sistem fail tetapi kini berubah kepada penyimpanan data ke
sistem data digital. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Pandemik COVID-19, masalah seperti kekurangan bekalan kertas
dan fail, berhadapan dengan mesin fotostat yang kadang kalanya tidak boleh digunakan, kos barang semakin hari
semakin meningkat dan banyak lagi perkara yang berkaitan, yang akhirnya akan mengakibatkan sistem pengurusan
sekolah tidak dapat dijalankan dengan lebih efisien dan sistematik. Maka dengan itu, tercetuslah program untuk
membudaya pengurusan sekolah yang lebih banyak menggunakan sistem dunia digital. Objektif utama program ini
adalah memantapkan sistem pengurusan sekolah agar dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan sistematik serta
memastikan maklumat sekolah yang berkaitan dapat diurus dan bersifat lestari. Analisis persekitaran SWOC telah
digunakan untuk mengenalpasti isu dan juga menggunakan metodologi secara temubual di kalangan warga sekolah
dan pemerhatian untuk mendapatkan data tentang impak program ini iaitu penggunaan bahan digital dalam aktiviti
pengurusan sekolah. Program ini merangkumi pengurusan data dan maklumat sekolah, sistem eRPH dan PSS
Digital. yang lebih sistematik, bersifat lestari dan mudah diakses untuk kegunaan sekolah pendidikan khas. Hasil
dapatan mendapati bahawa terdapat peningkatan yang sangat positif untuk produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
pengurusan sekolah melalui pengintegrasian ICT serta banyak membantu memudahkan pengurusan sekolah. Hasrat
pada masa hadapan untuk menambah baik program ini seperti Sistem Mesra OKU / MBK, Sistem Ganjaran atau
Penghargaan dan Sistem mentor-mentee serta menjadi sumber rujukan semua sekolah pendidikan khas di seluruh
negara.

Kata Kunci: pengurusan sekolah, dunia digital, budaya sekolah

Page44

HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) READING HUT PROJECT Page45

ROSLIA BINTI SELAMAT
Guru Besar

SK St. Stephens, Lahad Datu

[email protected]

ABSTRAK

Selaras dengan Program Highly Immersive Programme (HIP) yang merupakan sebuah program yang
diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid dan oleh itu sesuai dengan isu meningkatkan prestasi penguasaan Bahasa Inggeris
dan merealisasikan program tersebut maka tercetuslah sebuah dapatan atau idea bagi pemimpin sekolah
untuk melaksanakan program. Bagi mencapai objektif tersebut, pembinaan pondok Bahasa Inggeris
(Reading Hut Projek) telah dilaksanakan dengan jaya. Dalam program ini, saya sebagai pemimpin sekolah
telah memastikan aktiviti Reading Log tahap 1 dan Book Review tahap 2 dijalankan mengikut perancangan
pelaksanaan. Program Reading Hut Project telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan penuh daripada
pegawai pendidikan Daerah Lahad Datu, kerjasama PIBG, dan Lembaga Pengurusan Sekolah dalam
memberi sokongan dana dan khidmat untuk mendirikan Pondok Bacaan. Jaringan kerjasama rakan
pengetua S.M.K Sepagaya juga turut membantu dengan memberi bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris
kepada murid-murid. Sumbangan adalah dalam bentuk bahan pembinaan pondok dari Alumni SK.St.
Stephen serta khidmat bantuan ibu bapa setempat yang berdekatan seperti kampung Segangan dan
kampung Bikang membolehkan pondok dibina mengikut tempoh perancangan. Semua kerjasama ini
membantu menjayakan program HIP sekolah dengan jayanya. Pelibatan semua pihak dalam program ini
telah meningkatkan semangat dan motivasi guru-guru dan murid-murid dalam meningkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris. Impak positif yang dapat dilihat dari pelibatan guru dan murid dalam program yang
dilaksanakan. Program pondok ini telah berjaya meningkatkan sikap positif dan menunjukkan peningkatan
peretasi pencapaian Bahasa Inggeris di SK St. Stephen. Program ini juga telah diteruskan dan
ditambahbaik dengan keterlibatan ibu bapa dalam usaha untuk outreach (parents in house) di mana bahan
diambil secara drive thru dan evidence dilakukan melalui aplikasi dalam talian. Usaha ini mampu
memastikan program diteruskan semasa Pandemik Covid-19 ini bagi memastikan peningkatan prestasi
Bahasa Inggeris ini terus meningkat tanpa gagal.

Kata Kunci: Penguasaan Bahasa Inggeris, HIP, Jaringan dan Jalinan

PROGRAM TUNAIKAN JANJIMU

LAI HUNG MING
Guru Besar SJK (C) Fui Gin, Pejabat Pendidikan Sandakan .

[email protected]

ABSTRAK

Program Tunaikan Janjimu ini merupakan hasrat Guru Besar SJK (C) Pui Gin yang dilaksanakan pada 1 Januari
2021 untuk menggalakkan para guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) datang ke sekolah tepat dan pulang
pada masanya. Program ini dapat merekodkan kedatangan kakitangan sekolah mengikut waktu persekolahan atau
menghadiri tugas rasmi luar. Program ini dapat memastikan guru berada di premis sekolah sepanjang hari bekerja.
Sebelum ini, kakitangan di SJK (C) Pui Gin mengisi kehadiran mereka di buku kehadiran dengan menulis masa hadir
dan pulang serta menurunkan tandatangan sahaja. Sesiapa yang lewat datang boleh menulis masa yang disukai dan
boleh dibantu menandatangani kehadiran di buku rekod kehadiran harian. Tidak ada orang mengawal dan memeriksa
buku rekod kehadiran setiap hari. Ini menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam buku rekod kehadiran ini. Sistem
rekod kehadiran guru yang masih menggunakan buku rekod kehadiran harian mengikut senarai nama dalam kolum
yang tersedia memang terdapat banyak kelemahan. Inovasi yang dilaksanakan adalah Guru dan AKP perlu
mengimbas ibu jari sendiri sahaja ketika hadir dan pulang dari sekolah. Mereka tidak dapat mengubah masa hadir
dan masa pulang dalam mesin ini. Laporan persendirian memaparkan tanda merah pada masa yang lewat atau pulang
awal, bercuti atau sakit pada hari tersebut. Rekod kehadiran dapat dirujuk dalam komputer pada bila-bila masa
sekiranya dipantau. Laporan kehadiran persendirian harian dan bulanan dapat dicetak untuk simpanan fail sekolah
dengan mudah. Mesin ini dapat merekodkan kehadiran kakitangan dengan baik dan sistematik.

Kata kunci : Akauntabiliti, kunci kejayaan, Tunaikan Janjimu, Rekod, Kehadiran

Page46

HALA TUJU KE ARAH PEMANTAPAN AKADEMIK

HASSAN BIN JAMALI
Guru Besar SK Madai, Kunak

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hala tuju ke arah pemantapan akademik di sekolah Kebangsaan
Madai Kunak. Persepsi halatuju ini dilihat pada kepimpinan guru besar, di mana dalam aspek pengurusan
kurikulum, membawa hala tuju sekolah yang jelas adalah sangat penting bagi sesebuah organisasi
pendidikan. Secara khususnya, ianya adalah signifikan apabila pemimpin sekolah merancang dan
meletakkan nilai tambah dalam pengurusan kurikulum bagi menentukan pencapaian sekolah dapat diukur,
dijangkau dan ditetapkan melalui indeks pengurusan dengan melaksanakan kaedah pengurusan akademik
tertentu yang berinovasi dan melibat warga guru yang berupaya dan juga komited. Amalan kepimpinan guru
besar untuk mengaplikasi dan menggunakan kaedah tertentu dalam proses perubahan adalah menjadi
keutamaan agar dapat mengatur strategi pengurusan kurikulum dalam norma baharu di tengah-tengah
penularan Pandemik Covid-19 ketika ini. Kebanyakan isu yang dihadapi oleh sekolah adalah prestasi
akademik yang masih tidak mencapai sasaran KPI (Key Performance Index) yang dihasratkan sebagai target
sekolah. Oleh yang demikian, objektif utama projek ini adalah berfokus kepada bagaimana seorang
pemimpin sekolah boleh menjayakan aspek pengurusan kurikulum agar signifikan dengan metodologi kajian
ini yang berasaskan analisis sumber data yang relevan. Hasil kajian adalah berdasarkan kepada data asas
dari dapatan penilaian yang dikumpul dan dianalisis oleh pemimpin sekolah sendiri bermula dari fasa 1
hingga fasa 2 sepanjang tahun. Dapatan hasil dari perbandingan data yang dikumpul menunjukkan
peningkatan dari 50% kepada 60%. Melalui pemerhatian, semua analisis data yang dibuat secara
keseluruhannya projek ini telah memberikan sumbangan dan menampakkan hasil yang memberi impak
positif selepas tempoh pelaksanaannya. Secara optimis, projek ini boleh terus dilaksanakan pada masa akan
datang.Sekolah yang berkesan biasanya dipimpin oleh guru besar yang berkesan.

Kata Kunci: Hala Tuju, kepimpinan guru besar, pengurusan kurikulum menentukan pemantapan
akademik sekolah

Page47

MELESTARIKAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN SEKOLAH:
MELALUI MODEL KOTTER’S

MOHD SHUKARI BIN ISMAIL
Guru Besar SK. Tanjung Keramat, Kunak

[email protected]

ABSTRAK

Sekolah yang berkualiti biasanya diterajui oleh guru besar dan pentadbir yang berkemahiran. Tugas dan
tanggungjawab mengurus dan memimpin sesebuah sekolah, amat kompleks dan mencabar. Guru besar sebagai
pemimpin sekolah yang hendaklah sentiasa bersedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi
menangani cabaran dunia pendidikan hari ini, disamping pengurusan sumber manusia yang ada di sekolah. Perlunya
persiapan dan pengetahuan yang mantap dalam kaedah kepimpinan, serta dilengkapi dengan jenis-jenis gaya
kepimpinan yang bersesuaian, penguasaan dalam 9 bidang pengurusan yang disarankan bagi Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). Elemen ini di nilai berdasarkan dapatan data yang diperolehi. Kajian ini
dilakukan di sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat, dan di dapati melalui hasil analisis persekitaran dan analisis
SWOT yang di buat, menunjukkan kurang kompeten. Dangkal dengan kecetekan ilmu di kalangan pentadbir,
khususnya dikalangan Penolong Kanan lebih menjurus ke arah pengupayaan sekolah yang agak lemah, dari segi
pencapaian dan pengurusan Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Kaedah temu bual dan bimbingan
yang dilaksanakan menemukan hasil dapatan yang tinggi bagi Guru Besar menyelaraskan tugasan dan penyampaian
ilmu kepada para Penolong Kanan di sekolah ini. Susulan itu, beberapa strategi utama telah dirancang untuk
mengupayakan pemimpin pertengahan sekolah. Memberi panduan dan pendedahan mengikut keperluan dari masa ke
semasa. Perkongsian dan perkecambahan dari segi ilmu memimpin, ilmu pengurusan organisasi dan
pendokumentasian merupakan matlamat yang perlu diperkasakan. Impak yang diharapkan dari usaha ini akan dapat
meningkatkan potensi dan kemenjadian murid secara amnya serta warga sekolah secara keseluruhannya.

Kata kunci : Sekolah berkualiti, Pemimpin pertengahan, cabaran, dan percambahan ilmu

Page48


Click to View FlipBook Version