The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kolokium Amalan Terbaik Kepimpinan & Pengurusan Pendidikan (e-CoOLBP) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021

Semua warga pendidikan dijemput hadir secara dalam talian untuk menyertai Kolokium Amalan Terbaik Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Tahun 2021 (e-CoOL BP) anjuran Pegawai SIPartners+ negeri Sabah dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah yang akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin (Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2020) akan menyampaikan Ucaptama berkaitan tema kolokium iaitu ‘Mencemerlangkan Kepimpinan Pendidikan Dalam Norma Baharu’.

Sila layari program ini secara langsung di saluran YouTube SSTP JPN Sabah pada 17 & 18 November 2021, Jam 8.00 pagi.

Pendaftaran SPLKPM dan e-Sijil akan disediakan.

Info Buku Program, Maklumat Pembentangan, Siaran Majlis Perasmian Pembukaan, Ucaptama, Pembentangan Selari & Majlis Perasmian Penutupan e-CoOLBP 2021:
https://bio.link/ecoolbp2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMLY BIN ALI AMAT, 2021-11-13 04:53:18

BUKU ATURCARA eCoOLBP 2021

Kolokium Amalan Terbaik Kepimpinan & Pengurusan Pendidikan (e-CoOLBP) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021

Semua warga pendidikan dijemput hadir secara dalam talian untuk menyertai Kolokium Amalan Terbaik Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Tahun 2021 (e-CoOL BP) anjuran Pegawai SIPartners+ negeri Sabah dengan kerjasama Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah yang akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin (Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2020) akan menyampaikan Ucaptama berkaitan tema kolokium iaitu ‘Mencemerlangkan Kepimpinan Pendidikan Dalam Norma Baharu’.

Sila layari program ini secara langsung di saluran YouTube SSTP JPN Sabah pada 17 & 18 November 2021, Jam 8.00 pagi.

Pendaftaran SPLKPM dan e-Sijil akan disediakan.

Info Buku Program, Maklumat Pembentangan, Siaran Majlis Perasmian Pembukaan, Ucaptama, Pembentangan Selari & Majlis Perasmian Penutupan e-CoOLBP 2021:
https://bio.link/ecoolbp2021

Keywords: ecoolbp

PROGRAM JOM PDPR

YUSRI BIN WARISO
SK Apin-Apin, Keningau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kehadiran murid dalam mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan penglibatan guru dalam
PdPR norma baharu pendidikan SK Apin-Apin, Keningau tidak mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan oleh
JPN. Hal ini berlaku kerana terdapat dua isu utama PdPR yang telah dikenal pasti iaitu isu murid dan isu guru. Kajian
awal ke atas kehadiran murid dan penglibatan guru di sekolah ini mendapati hanya 20% murid boleh belajar secara
dalam talian, 92% murid berkongsi peranti dengan keluarga, 92% capaian internet di tahap sederhana atau lemah
dan hanya 70% murid ada akses kepada TV pendidikan. Kajian isu guru mendapati 80% guru kurang faham tentang
PdPR, 15% kurang mahir mengurus masa semasa PdPR, 79% capaian internet di tahap sederhana atau lemah dan
80% sahaja konsisten menghantar RPH dan laporan PdPR. Oleh itu, pentadbir telah memperkenalkan satu amalan
iaitu ‘Program Jom PdPR’ yang memperkenalkan beberapa intervensi efektif dan juga penggunaan modul bagi
membantu murid mengikuti PdPR secara optimum dan 100% guru dapat melaksanakan PdPR secara berstruktur dan
terancang melalui carta alir kerja dan pembahagian guru kepada kumpulan kecil kawalan barisan pentadbir. Impak
amalan menunjukkan kehadiran murid bagi bulan Jun dan Julai 2021 dan penglibatan guru dalam PdPR mencapai
100%. Ini mencapai KPI yang telah ditetapkan. Perancangan akan datang, program ini akan diteruskan dengan
memberi ganjaran kepada semua murid yang aktif dan juga penghargaan kepada guru-guru yang telah menjalankan
amalan terbaik PdPR. Penglibatan PIBG dan komuniti juga akan di masukkan dalam program ini.

Kata Kunci: kehadiran murid, penglibatan guru, pelaksanaan berstruktur dan terancang

Page49

PROJEK SEKOLAH TAMAN KEMENJADIAN MURID Page50

JULIUS BIN MOJIKON
Guru Besar S.K Tetagas Nabawan, Pensiangan Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Projek Sekolah Taman Kemenjadian murid merupakan inovasi Transformasi Sekolah (TS25) yang dilaksanakan pada
tahun 2020-2021 dalam usaha penambahbaikan sekolah berterusan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran
bermakna di semua kawasan sekolah. Program ini berkonsepkan bahawa setiap lokasi di kawasan sekolah adalah
taman pembelajaran yang berlakunya proses pembelajaran murid. Berdasarkan kajian keperluan sekolah, mendapati
bahawa amalan terbaik yang dilaksanakan oleh subordinat di sekolah dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti
sekolah dan kemenjadian murid yang unggul di sesebuah sekolah. Amalan baik yang berimpak tinggi terhadap
kemenjadian murid dan meningkatkan kualiti sekolah akan terus menjadi inspirasi amalan terbaik sekolah yang perlu
didapatkan dan dilestarikan. Sekolah Sebagai Taman Kemenjadian murid menyediakan platform yang luas bagi semua
sub ordinat atau semua bidang pengurusan di sekolah untuk meningkatkan kefungsiannya secara berfokus untuk
membantu meningkatkan kemenjadian murid. Matlamat utama projek ini adalah menjadikan sekolah sebagai taman
kemenjadian murid yang dapat mempamerkan kepelbagaian pencapaian sama ada dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah, dan seni budaya . Inovasi projek ini adalah membudayakan warga sekolah bermuafakat untuk
mengurus persekitaran sekolah dan aktiviti pembelajaran murid dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran
bermakna di mana-mana bahagian di dalam kawasan pagar sekolah. Konsep Sekolah sebagai Taman Kemenjadian
Murid merujuk kepada pencapaian dan kemenjadian murid yang akan dilestarikan, didokumentasi serta dipamerkan
dalam persekitaran pembelajaran di kawasan sekolah. Pelaksanaan Projek Sekolah Taman Kemenjadian murid
dikenalpasti sebagai suatu terapi kecemerlangan yang akan meningkatkan motivasi dan penglibatan murid dalam
aktiviti Kurikulum, Ko akademik, meningkatkan kreativiti dan inovasi guru serta meningkatkan penglibatan komuniti
dalam aktiviti sekolah secara bersemuka ataupun secara maya. Pembudayaan Pembelajaran aktif melalui tindakan
yang proaktif dan harmoni yang dilaksanakan secara bersemuka atau secara maya di sekolah taman kemenjadian
murid merupakan pendekatan strategik yang dapat mempelbagaikan kaedah pentaksiran murid secara berkesan dan
menjamin keseronokan untuk terus belajar di mana-mana. Selain daripada itu, Penglibatan dan Pencapaian murid
unggul yang dipamerkan dalam ruang atau sudut khas di sekitar Sekolah pula merupakan evidens realistik yang
menggambarkan tahap kualiti kemenjadian murid serta tahap kualiti sekolah itu sendiri. Projek ini akan terus di
transformasikan dengan penambahbaikan serta disesuaikan amalan dengan norma baharu pendidikan semasa. Pada
masa hadapan diharapkan inspirasi amalan terbaik sekolah ini akan merealisasikan impian sekolah sebagai Sekolah
Taman Kemenjadian Murid secara holistik dalam bidang kurikulum, ko-akademik, sahsiah dan seni budaya yang
cemerlang sepanjang masa.

Kata kunci : Sekolah Taman Kemenjadian Murid, Mengurus Persekitaran, Inspirasi amalan terbaik, warga sekolah,
Pembelajaran Kepelbagaian,Terapi kecemerlangan, Pentaksiran.

‘KIT ALL U MAAG’

MASNI SULAIMAN, SUSANNA SUHAIMIN DAN JAIDAH BINTI WASILI@MION
Sekolah Kebangsaan Timbua,Ranau
[email protected]

ABSTRAK

Kit All U Maag dibangunkan untuk mengatasi masalah kawalan disiplin murid serta mewujudkan pembelajaran
bermakna dan berkesan kepada murid yang kurang minat belajar subjek BI semasa kelas ganti (relief class). Sampel
kajian melibatkan Kelas Tahun 5 dan Tahun 6 pada awal tahun 2019. Penggunaan aktiviti permainan bahasa yang
menarik menerusi Kit All U Maag yang disediakan bagi kegunaan guru ganti semasa Kelas Ganti (relief classI).
Kajian telah dibuat melalui beberapa kaedah bagi membuktikan kesahihan maklumat kajian. Dapatan menunjukkan
bahawa murid yang bermasalah disiplin semasa kelas ganti adalah murid yang mempunyai pencapaian akademik
rendah. Justeru itu, Kumpulan inovasi telah menetapkan perancangan untuk pembinaan inovasi. Hasil dapatan Kit
All U Maag dapat memaksimumkan pengisian aktiviti seterusnya mewujudkan pembelajaran yang bermakna dan
berkesan semasa kelas ganti. Bahan inovasi yang telah dihasilkan ini telah berjaya menunjukkan peningkatan minat
dan motivasi murid untuk belajar subjek BI. Kawalan disiplin murid semasa Kelas Ganti juga dapat diatasi dan ia
juga telah membantu meringankan beban kerja guru untuk menyediakan ABM/BBM. Impak seterusnya dapat dilihat
melalui data pencapaian PAT dan PPT sekolah.

Kata Kunci : Pembelajaran berkesan, Kelas Ganti(relief class),disiplin, pencapaian,kit All U Maag, PAT. PPT

Page51

PENDEKATAN“BACK TO THE RULES” DALAM MEMPERKASAKAN PBD
BAGI KEMENJADIAN MURID DI SEKOLAH

SABERIL BIN TANGAN
Guru Besar SK Ulu Sapi Tongod Telupid

[email protected]

ABSTRAK

Dalam mentransformasikan sistem pendidikan khususnya sekolah, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan strategi dan inisiatif yang menyokong usaha tersebut.
SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) adalah intrumen yang telah diberi nafas baharu menjadi
SKPMg2 dimana dengan format baharu ini, PGB serta warga sekolah boleh menggunakan SKPMg2
sebagai panduan pengoperasian sekolah dan tidak hanya sebagai instrumen penilaian semata. Oleh yang
demikian, pemimpin perlu menguasai dan memahami kandungan SKPMg2 serta membuat amalan
kepimpinan berdasarkan Tahap Tindakan dan Tahap kualiti demi kemenjadian sekolah dan murid. Justeru
itu, perkongsian ini bertujuan melihat kepimpinan Pengetua/Guru Besar yang menjadikan SKPMg2 sebagai
panduan dan amalan dapat menganalisis, merancang dan membimbing serta menjadi pendorong kepada
transformasi sekolah. Analisis persekitaran, dapatan SWOT, dan penambahbaikan Pelan Strategik Sekolah
perlu dibuat dengan melihatkan kepimpinan PGB itu sendiri. Dengan amalan kepimpinan yang ditunjukkan,
satu pelan strategik yang lebih teratur dapat disediakan bagi mengubah pencapaian serta meningkatkan
kemenjadian murid dalam akademik menyentuh pencapaian PBD serta akar umbi (Pra sekolah dan
pemulihan tahap 1). Budaya kerja pentadbir dapat ditingkatkan, amalan kerja Let's Work Together dapat
diwujudkan dalam kalangan warga sekolah dan pembudayaan Dialog Prestasi yang lebih berimpak dapat
diamalkan. Hasil transformasi yang berlaku, kemenjadian murid dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih
baik. Peningkatan pada tahap pengurusan pentadbiran (penolong-penolong kanan), kualiti guru dan
sokongan PIBG dan komuniti dapat dilihat. Ini juga sudah meliputi kerangka TS25 dalam kita memastikan
Transformasi Sekolah 2025 berada pada landasannya.

Kata kunci: SKPMg2, Panduan, Amalan, Kepimpinan, Berimpak

Page52

AHLI JAWATAN INDUK KOLOKIUM AMALAN TERBAIK
KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2021

Penaung: YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Pengerusi: Tuan Haji Abidin bin Marjan
Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Timbalan Pengerusi I: Puan Hajah Bernadette John
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Timbalan Pengerusi II: Puan Faridah binti Timbol
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Naib Pengerusi I: Encik Amirudin bin Haji Abd Rashid
Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Naib Pengerusi II: Encik Sabin bin Sinusun
Pegawai SIPartners+ PPD Ranau
(Pengerusi PRISMA Sabah)

Setiausaha I: Puan Agnes@Noorazeannie binti Abdullah
Pegawai SIPartners+ PPD Tuaran
(Setiausaha PRISMA Sabah)

Setiausaha II: Dr. Faridah binti Mat Noor
Pegawai SIPartners+ PPD Tawau
(Ketua Biro Latihan PRISMA Sabah)

Setiausaha III: Puan Jahiah@Jalilah binti Apiang
Pegawai SIPartners+ PPD KK
(Naib Setiausaha PRISMA Sabah)

Bendahari: Encik Ariffin bin Antikoh
Pegawai SIPartners+ PPD Pensiangan
(Bendahari PRISMA Sabah)

AJK Teknikal (Induk): Encik Amirudin bin Haji Abd Rashid Page53

Suntingan Video & Grafik Encik Amly bin Ali Amat

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
PERINGKAT NEGERI SABAH
TAHUN 2021

Moderator: Puan Hajah Saripah binti Haji Ghul Hassan
Encik Halim bin Hj. Bidin @ Bibin
Encik Abdul Hadi Wong bin Abdullah
Encik Zahari bin Lorong
Datin Dr. Siti Raisah binti Bungsu
Puan Jahiah @ Jalilah binti Apiang
Encik Mistoh@Mastan bin Gaga
Encik Peter Paun

Teks Ucapan Puan Lian Fee Choo
dan Kata Kata Aluan: Encik Saiful Ridhuan bin Mahali

Bacaan Doa: Tuan Haji Razuwanda bin Darman
Encik Mohd Yahya bin Mohd Juda

Juruacara: Encik Salim bin Tahir
Puan Halimah binti Haji Ag. Kanak

Sijil / Cenderahati: Puan Winnie Phan
Puan Clarice @ Lily Mumpin
Encik Sipin @ William bin Gunsiang

Perhubungan dan Jemputan: Encik Sabin Sinusun
Puan Agnes @ Noorazeannie Abdullah
Puan Hajah Saripah binti Haji Ghul Hassan

Pendaftaran Kehadiran Encik Ariffin bin Antikoh
/ Sijil Online: Encik Justin bin Dumin
Encik Johnny Apin
Encik Awang bin Dani

Promosi: Puan Yong Ka Moi @ Yong Nyuk Moi
Puan Lee Li Leng
Puan Lily Chong

Buku Program: Dr. Faridah binti Mat Noor
Puan Halimah binti Abd Hamid
Puan Roslinah binti Suhailin

Page54

Dokumentasi / Puan Hajah Kamariah binti Lapaturusi
Pelaporan Kolokium: Puan Hajah Saliza binti Zahari @ Johari
Gimik / Montaj: Puan Solingkoi Sidi
Siaraya / LCD / Audio: Puan Rabiatul Adawiyah binti Abdullah
Kertas Projek dan
Prosiding Kolokium: Encik Rashidi bin Mohamad Yassin
Encik Injan bin Malul
Ketua Bilik Selari:
Encik Emran bin Madrus
AJK Rakaman & Encik Frank Bahaman bin Haji Ismail
Penyiaran
Dr. Zakaria bin Othman
Penilaian Program Dr. Sarkauvi bin Maseri
Puan Weddia Kimpul
Encik Azmy bin Hj. Ahmad
Encik Jackson Sigo @ Siga
Cik Halimah Ag. Kanak
Puan Lee Li Leng
Dr. Faridah binti Mat Noor
Encik Sabin Sinusun
Encik Rashidi Muhamad Yassin
Encik Ariffin Antikoh
Encik Abdul Hadi Wong bin Abdullah

Tuan Hj. Saridih @ Seridih bin Ahmad
Encik Rukimin bin Sulit
Encik Jaiman bin Lumak
Encik Jamaludin @ Razif bin Matzin @ Madzin
Encik Kaipin @ Hajipin bin Sahimin
Tuan Haji Ismail bin Tukimin
Encik Mohd Khuraini bin Khuzaimah
Encik Abdul Waris bin Iman Goy

Encik Salleh bin Linggam
Encik Kassim Alias Suhaifuddin
Encik Suhaimi bin Sani
Encik Arsat bin Dandin
Encik Jamaluddin Diner
Encik Azrul bin Mohamad

Encik Amirudin bin Haji Abd Rashid
Encik Sabin bn Sinusun

Page55

Masa MAJLIS PEMBUKAAN
17 November 2021
8.00 pagi
hingga Perkara
10.30 pagi
Pendaftaran

Taklimat Kolokium

Perasmian Pembukaan

YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah Pendidikan

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Ucaptama

YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin
Tokoh Kepimpinan Kebangsaan 2020
Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Masa MAJLIS PENUTUPAN
18 November 2021
2.00 petang
hingga Perkara

3.00 petang Rumusan Kolokium

Tuan Haji Abidin bin Marjan Page56
Timbalan Pengarah

Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Perasmian Penutupan

YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah Pendidikan

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

SEKALUNG PENGHARGAAN

Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
YBhg. Datuk Dr. Amin Senin

Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPNS
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber &
Teknologi Pendidikan, JPNS
PRISMA Malaysia
Pegawai Pendidikan Daerah, JPNS
SIPartners+ Sabah
Pembentang Amalan Terbaik
Warga Pendidikan

Page57


Click to View FlipBook Version