The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pok Jick, 2024-03-23 20:44:32

BUKU TEKS SENIREKA TINGKATAN 4 MRSM

BukuTeks#Senireka#FULL#Compressed-2

MISI MRSM EDISI PERTAMA 2024 PENGENALAN MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka. VISI MRSM Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia. Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.


KETUA PANEL Razaly bin Mohd Zain (KPP) PENULIS Mohd Jasmin bin Mohd Jamel Sahrul Anuar bin Mohd Din Khairul Nazmi bin Bakhari Mohd 'Aizat bin Khairuddin Rizalman bin Mohd. Nasir Ismi Zakini bin Ismail EDITOR Ketua Editor Kamal Ihsan bin Kamaruzaman Penolong Ketua Editor Fauzi bin Ahmad TUGAS-TUGAS KHAS Muhamad Shuhdimi bin Sahedin Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat. Maktab Rendah Sains MARA seluruh Malaysia. Univesiti Teknologi MARA (UiTM), Merbok, Kedah. Univesiti Teknologi MARA (UiTM), Seri Iskandar, Perak. Galeri Akademi Nik Rashiddin. Universiti Malaysia Kelantan, Fakulti Senibina dan Ekistik. Semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan penerbitan buku. PENGHARGAAN SENIREKA SENIREKA TINGKATAN i


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya percubaan untuk mewujudkan buku teks Senireka Tingkatan 4 yang merupakan subjek khas yang hanya wujud di Maktab Rendah Sains MARA ini berjaya diterbitkan oleh Unit Senireka Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas bantuan dan dorongan sehingga buku teks Senireka Tingkatan 4 ini diterbitkan dengan jayanya. Tujuan majalah ini dihasilkan adalah untuk menyelaraskan silibus subjek senireka serta mempertingkatkan potensi pelajar ke arah penjanaan modal insan holistik yang berteraskan pengetahuan dan kemahiran senireka. Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kekhilafan yang dilakukan sepanjang proses pembikinan buku teks Senireka ini. Harapan saya agar guru-guru unit Senireka dapat memberi komitmen bagi memantapkan pengetahuan & kemahiran pelajar-pelajar mereka supaya dapat menghayati nilai estetik bagi menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat dan pembangunan negara. Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah dan kekurangannya dari pihak kami sendiri. Sekian. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. UCAPAN KETUA PANEL RAZALY BIN MOHD ZAIN KETUA PENOLONG PENGARAH UNIT SENIREKA BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA ii


ISI KANDUNGAN iii 01 02 03 04 05 06 07 TAJUK SEJARAH SENI CATAN DEFINISI SENI CATAN ALIRAN SENI CATAN I MEDIA DAN TEKNIK ALIRAN SENI CATAN II PENJANAAN IDEA BERGAMBAR LATIHAN SUMATIF TAJUK SEJARAH SENI ARCA DEFINISI SENI ARCA ALIRAN SENI ARCA MEDIA DAN TEKNIK JENIS-JENIS ARCA PROSES PENGHASILAN ARCA PENJANAAN IDEA BERGAMBAR EKSPLORASI SENI LATIHAN SUMATIF TAJUK FAKTOR REKA BENTUK TUJUAN REKA BENTUK PROSES REKA BENTUK MENCADANGKAN MODEL MENGHASILKAN MODEL EKSPLORASI SENI LATIHAN SUMATIF TAJUK CARTA ALIR PROSES REKA BENTUK DEFINISI REKA BENTUK INDUSTRI KONSEP PRODUK PERANAN PEREKA BENTUK PROSES MELAKAR MENGHASILKAN MODEL EKSPLORASI SENI LATIHAN SUMATIF TAJUK PRINSIP ASAS SENI BATIK JENIS-JENIS BATIK ALATAN DAN BAHAN SENI BATIK MOTIF SENI BATIK PROSES PEMBUATAN BATIK LATIHAN SUMATIF TAJUK PRINSIP SENI UKIRAN JENIS-JENIS UKIRAN KAYU MOTIF SENI UKIRAN BENTUK-BENTUK SILAT POLA CORAK UKIRAN ALATAN DAN BAHAN SENI UKIRAN PROSES UKIRAN KAYU LATIHAN SUMATIF TAJUK DEFINISI ILUSTRASI JENIS ILUSTRASI MEDIA DAN TEKNIK PENJANAAN IDEA BERGAMBAR LATIHAN SUMATIF 2 4 4 4 5 9 10 11 12 14 15 15 16 18 18 20 21 22 24 26 26 26 29 29 30 31 32 34 35 36 37 37 38 39 40 60 62 62 64 66 68 70 42 44 46 48 51 52 53 57 58 72 74 76 80 82 83 SENI CATAN SENI ARCA SENI UKIRAN SENI BATIK GRAFIK ILUSTRASI REKAAN DALAMAN REKAAN INDUSTRI Seni Halus REKA BENTUK SENI TRADISI Komunikasi Visual BIDANG TAJUK PANDUAN PENGGUNAAN ICON iv JAWAPAN 84


PANDUAN PENGGUNAAN IKON PERSEPSI SENIREKA Memberi gambaran atau pandangan pada sesuatu tajuk. STANDARD KANDUNGAN Memberi gambaran atau pandangan pada sesuatu tajuk. STANDARD PEMBELAJARAN Kemahiran yang akan dicapai setelah mempelajari sesuatu tajuk. INFO SENI Maklumat tambahan yang berkaitan seni dan budaya yang menarik. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Matlamat pembelajaran yang akan dicapai pada sesuatu tajuk. LATIHAN SUMATIF Menguji tahap pemahaman murid setelah mempelajari setiap tajuk. EXPLORASI SENI Aktiviti penerokaan artistik murid berkaitan sesuatu tajuk yang dipelajari. iv


BIDANG SENI HALUS 1


TAJUK 1 SENI catan Ihsan daripada MRSM Arau Catan Cat Minyak Ihsan daripada MRSM Arau Catan Cat Minyak TAJUK 1 SENI catan 2


1.1.1 1.1.2 Menjelaskan definisi Seni Catan Memerihalkan bahan dari aspek : i)Jenis, media dan Teknik Catan ii) Penjanaan idea dan olahan bergambar PERSEPSI SENI REKA Standard PEMBELAJARAN pada MRSM Arau n Cat Minyak pada MRSM Arau n Cat Akrilik Pemahaman terhadap Seni Catan Eksplorasi dan teknik yang digunakan bagi pengukuhan pemahaman terhadap Seni Catan Pemahaman idea dan konsep melalui pelbagai sumber dan bahan dalam menjalankan tugasan Catan. Penghayatan terhadap hasil karya 1.1 1.2 1.3 1.4 Standard KANDUNGAN 1.1.1 1.1.2 Menjelaskan definisi Seni Catan. Memerihalkan bahan dari aspek : i) Jenis, media dan teknik catan. ii) Penjanaan idea dan olahan bergambar. PERSEPSI SENIREKA Standard PEMBELAJARAN Pemahaman terhadap Seni Catan. Eksplorasi dan teknik yang digunakan bagi pengukuhan pemahaman terhadap Seni Catan. Pemahaman idea dan konsep melalui pelbagai sumber dan bahan dalam menjalankan tugasan Catan. Penghayatan terhadap hasil karya Seni Catan dengan mengunakan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual. 1.1 1.2 1.3 1.4 Standard KANDUNGAN 3


SEJARAH SENI CATAN Seni Catan merupakan satu bidang yang semakin berkembang pesat pada masa kini selari dengan perkembangan memaparkan perubahan positif pada era masa kini. Selain itu Seni catan juga merupakan seni yang mencerminkan identiti dan intipati seni rupa di Malaysia. Sejarah awal seni Catan mula dikesan sejak 15,000 hingga 20,000 tahun dahulu yang dirakamkan pada sekitar dinding-dinding gua. Lukisan tersebut banyak menggambarkan Bison, Kuda dan Rusa masih dikekalkan di gua yang terdapat di Sepanyol dan Selatan Perancis. Media yang digunakan terdiri daripada pebagai jenis tanah yang diserbuk dan dicampurkan dengan lemak binatang, putih telur atau jus tumbuhan. Kebanyakkan warna yang dihasilkan adalah warna-warna yang terang dan kontra. DEFINISI SENI CATAN Catan ialah proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Ianya juga menunjukkan gambaran imej melalui pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata ataupun abstrak yang dihasilkan melalui lakaran lukisan, foto dan apa juga hasil seni bagi tujuan menyampaikan mesej, interpretasi dan komunikasi secara visual kepada sesebuah hasil catan. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus Catan juga merujuk kepada lakaran visual semasa penjanaan idea bergambar yang dihasilkan. Lukisan catan juga berfungsi menjelaskan kandungan yang terdapat pada sesebuah cerita, sajak, rencana, berita dan sebagainya. Catan dapat membantu menarik minat untuk melihatnya kerana gambaran visual yang jelas dan mudah difahami. Oleh itu, catan bukan sahaja merujuk kepada karya akhir yang dipersembahkan , tetapi juga lakaran visual yang dihasilkan melalui proses penjanaan idea bergambar. Catan boleh dihasilan dengan pelbagai media, medium dan teknik selagi karya ini menunjukkan representasi visual kepada sesuatu yang ingin digambarkan atau mesej yang disampaikan. ALIRAN SENI CATAN Terdapat beberapa aliran dan gaya yang dihasilkan melalui catan mengikut abad pilihanantaranya seperti aliran Renaissance (1350-1600), Barouque (1600=1750), Rococo (1710=1790), Neoklasisisme (1740-1035), Romantisisme (1782-1830), Naturalisme (1820-1880), Realisme (1840-1870), Impresionisme (1860-1895). Pelbagai media boleh digunakan dalam menghasilkan Catan. Antaranya ialah akrilik, cat minyak, cat poster, dakwat, pensel, cat air, teknik kolaj, seni cetakan, seni foto, media campuran, dan sebagainya. Ada ketikanya karya catan menjadi seni komersial kerana hasil karya perlu dibayar bagi tujuan komunikasi visual atau sebagai bahan pameran untuk ditonjolkan kepada khalayak ramai terutama sekali peminat seni catan tersebut. Contoh jenis dan teknik catan yang biasa dihasilkan ialah : Impasto Scumbling Glazing Persepsi SENIREKA 4


MEDIA Cat Air Cat Poster Cat Tempera Cat Minyak MEDIA & fiKNIK Media catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basah dan disapukan pada sesuatu pemukaan yang menjadikan sebagai bahan, alat atau perantara dalam menghasilkan sesebuah karya lukisan. Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik, cat poster, cat minyak dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah kertas atau kanvas. Walau bagaimanapun, penghasilan catan tidak terbatas di atas kertas dan kanvas. Contohnya, bagi seni catan kontemporari pelbagai permukaan boleh digunakan seperti pada permukaan kayu atau besi dan sebagainya. Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus. Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna. Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yang sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin. Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik impasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut. 5


fiKNIK-fiKNIK SENI CATAN fiKNIK IMPASTO Impasto adalah teknik lukisan cat minyak yang akan dilapiskan dengan sangat tebal di atas kanvas sehingga arah sapuan cat minyak sangat mudah dilihat. Apabila kering, teknik impasto akan menghasilkan tekstur atau kesan yang jelas. Ianya juga akan menunjukkan kesan ketara apabila disentuh dan akan lebih terasa. Impasto akan memberikan dua kesan iaitu yang pertama akan memberikan kesan pantulan cahaya yang berbeza berbanding dengan sapuan cat minyak yang biasa. Seterusnya yang kedua akan memberikan kesan ekspresi yang lebih kuat. Tujuan teknik impasto ini sering dipakai oleh pelukis klasik seperti Rembrandt, seperti untuk memperlihatkan lipatan kain atau pantulan cahaya dari perhiasan. Sementara tujuan kedua sering digunakan oleh pelukis pada era moden seperti Vincent van Gogh. Frank Auerbach menggunakan teknik impasto secara berlebihan untuk menampilkan kesan trimatra yang benar-benar kuat. fiKNIK SCUMBffNG Dalam teknik ini,warna disapu secara terus ke atas lapisan yang sebelumnya yang mana boleh disapu secara rata, lut sinar atau impasto. Ciri penting dalam teknik ini ialah bahagian yang tidak dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza. Teknik scumbling ini boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas permukaan gelap atau gelap atas permukaan gelap. Ia boleh diaplikasikan dengan menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. Van Gogh - The Starry Night, 1889. Cat Minyak. 29 x 36 1/4 in. Adraa Aufiyaa binti Fakhrul Azman - 9 Koi Fish, 2023. Cat Akrilik. (MRSM Arau) Edvard Munch: The Scream Safwan Afif : Sabung I Safwan Afif : Sabung 2 6


fiKNIK GfflZING Teknik Glazing merupakan teknik sapuan warna yang bertindih secara lembut, licin menampakkan kesan seolah-olah kilauan yang berkaca kerana lut sinar. Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih lapisan ke lapisan nipis warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah. Safwan Afif : Sacrifice II Rizalman Nasir Safwan Afif : Sacrifice I : Kenyir I Safwan Afif : Sacrifice III 7


CATAN CAT MINYAK PffiSES PENGHASIfflN KARYA MENGGUNAKAN fiKNIK GfflZING Alat dan Bahan Minyak Lenseed Berus Cat Minyak Turpentine Pencuci Berus Cat Palet Sediakan canvas Membuat lakaran dan mewarnakan lapisan pertama Seterusnya mewarna lukisan dengan mengikut lapisan dan mewarnakan lakaran mengikut teknik Glazing. Seterusnya, warnakan latar belakang dengan menggunakan warna gelap untuk mencipta subjek pada latar belakang. Selepas selesai mewarna latar belakang, seterusnya warnakan gambar subjek hendak kita fokus. Ianya dilakukan dengan berulang-ulang lapisan warna tersebut. Akhir sekali, proses untuk memperkemaskan hasil karya supaya nampak kemas. 1 2 3 4 5 8


AffRAN SENI CATAN • Pelukis aliran seni berpendapat bahawa warna yang tidak terikat dengan warna alam lebih memperlihatkan hubungan peribadi antara pelukis dengan alam tersebut. • Menolak idea peniruan terhadap alam. • Menghargai ekspresi untuk menggambar suasana yang hendak dilukis ekspresionisme. • Menggunakan warna yang terang dan dramatik bagi menyampaikan mesej. • Mewujudkan pengalaman emosional. • Menolak ciri-ciri tradisi klasik seperti realisme. • Manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. • Menggambarkan luahan perasaan secara spontan dan bebas. FAUVISME • Penggunaan warna yang terang dan mempunyai perspektif. • Merujuk semua gaya abstrak. kubisme • Proses peniruan semula alam fizikal kepada alam maya. • Mementingkan kebenaran dan ketetapan terhadap apa yang dilihat oleh mata secara visual dan tepat. • Berkaitan dengan rakaman alam semula jadi dan situasi sebenar kehidupan seharian. realisme • Menggunakan bentuk dan satah seperti segi tiga, kubus, segi empat, kon, silinder, bulat serta bentuk kotak. • Mengubah bentuk sebenar objek kepada bentuk geometri. geometri • Terbahagi kepada dua iaitu abstrak dan figuratif. • Lebih kepada kesan emosi daripada bentuk organik sama ada nyata atau imaginasi. • Penggunaan warna yang tidak dititikberatkan. • Fokus kepada imaginasi daripada realiti. • Benda yang wujud dalam kehidupan dan lingkungan manusia menjadi tumpuan utama. surelisme Jean Metzinger, Soldier at a Game of Chess 1914–15, Kubisme. Henri Matisse, Woman with a Hat, 1905, Fauvisme. Gustave Courbet, Bonjour, Monsieur Courbet, 1854, Realisme. Piet Mondrian, Composition No. 10, 1939–1942, Geometri. Max Ernst, The Elephant Celebes, 1921, Surelisme. 9


Penjanaan Idea Bergambar Fasa Penjanaan Idea Proses penjanaan idea dan penghasilan karya catan media campuran. 1. Pemilihan tema catan media campuran; • Tema catan media campuran adalah mengikut kesesuaian mesej yang ingin disampaikan. 2. Pemilihan hal benda; • Kesesuaian hal benda bergantung kepada tema yang dipilih. • Kajian kepelbagaian hal benda daripada tema yang sama dibuat dengan mengumpulkan data daripada pelbagai sumber. • Kajian bertulis berkaitan dengan hal benda sangat diperlukan melalui pembacaan daripada media cetak dan elektronik. Rujukan • Menggunakan imej bergambar dan teknik hard-edge serta fotografi. • Gabungan foto dan simbol untuk menyampaikan mesej pengkarya. • Sumber diperoleh daripada budaya popular dan pengiklanan. • Artis seni pop memberikan fokus kepada imej-imej budaya popular seperti billboards, komik daripada lukisan , pengiklanan majalah dan produk pasar raya. •Seni op berfungsi sebagai rekaan hiasan seperti reka corak kasut dan reka corak tekstil. • Dianggap sebagai reaksi kepada 'action painting’. • Menghasilkan karya tiga dimensi (3d) daripada permukaan dua dimensi (2d). • Menampakkan unsur ruang dan prinsip pergerakan. • Kebanyakannya menggunakan rupa geometri. • Menghasilkan ilusi pergerakan melalui penggunaan warna dan corak geometri. • Memberikan kesan kepada penglihatkan penonton. abstrak • Titikan , percikan , dan lelehan cat secara spontan. • Berbentuk abstrak. • Luahan emosi berdasarkan kesedaran bawah minda, seni pop. • Menggunakan warna primer , warna kontras dan terang. • Reaksi kepada ekspresionisme. EKSPRESIONISME ABSTRAK Arshile Gorky, The Liver is the Cock's Comb, 1944, Ekspresionisme Abstrak Kurt Schwitters, Das Undbild, 1919, Abstrak 10


LATIHAN SUMATIF Soalan Objektif Soalan Individu 4. A B C D Cat air Pensel Cat minyak Krayon Media yang digunakan untuk penghasilan seni catan ialah ? 5. A B C D Menceritakan pangalaman Menyampaikan mesej Hasil jualan Menghasilkan cetakan Antara fungsi utama catan adalah untuk _________________. 1. A B C D Seni Catan Seni Lukisan Seni Halus Seni Cetakan Teknik menggambar atau hasil karya seni yang menggunakan media kering atau warna yang minimum adalah definisi bagi? 2. A B C D Basah atas basah Kering atas kering Teknik titikan Kering atas basah Berikut adalah teknik seni catan kecuali ? 3. Antara berikut, yang manakah adalah media basah ? A B C D Hasilkan sebuah karya landskap bertemakan pemandangan Alam Sekitar. Anda boleh menggunakan pelbagai media & teknik berdasarkan apa yang anda pelajari, selepas itu bentangkan hasil karya anda untuk dibincangkan. 11


TAJUK 2 SENI arca SENI arca 12


Pemahaman terhadap Seni Arca. Eksplorasi dan teknik yang digunakan bagi pengukuhan pemahaman terhadap Seni Arca. Pemahaman idea dan konsep melalui pelbagai sumber dan bahan dalam menjalankan tugasan Arca. Penghayatan terhadap hasil karya Seni Arca dengan mengunakan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual. 2.1 2.2 2.3 2.4 Standard KANDUNGAN 2.1.1 2.1.2 Menjelaskan definisi Seni Arca. Memerihalkan bahan dari aspek : i) Jenis, media dan teknik arca. ii) Penjanaan idea dan olahan. PERSEPSI SENI REKA Standard PEMBELAJARAN 13


SEJARAH SENI ARCA Seni arca merupakan hasil seni yang bersifat tiga dimensi yang boleh diamati dalam ruang realiti atau ruang sebenar. Arca wujud diantara pemerhati dengan ruang realti. Ianya diamati dalam ruang 360 darjah. Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu arca berfungsi dan arca estetika. Terdapat beberapa kategori arca yang wujud iaitu arca binaan, luakan, asemblaj, instalasi, mobil, stabil, lembut, timbulan serta arca acuan. Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan ‘sculpture’ yang bererti mengukir, memotong, menebuk atau melarik. Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknya dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk relistik atau abstrak. Arca bermula di Greece Yunani Purba. Kebanyakan arca adalah dalam bentuk patung. Pada zaman Renaissance, hasil karya arca terkenal ialah bertajuk 'David' dihasilkan oleh Michelangelo. Michelangelo, David, 1504, Batu Marmar F.J. Wilcoxson Francis Light, 1938, Gangsa Charles Leonard Hartwell, Frank Swettenham, 1921, Gangsa Di Malaysia, arca awal adalah patung tokoh (tugu) yang dihasilkan oleh penjajah British. Antara tugu yang dibina ialah tugu 'Francis Light' di Pulau Pinang (1938), 'Frank Swettenham' (1921), di Kuala Lumpur, 'Robert Walker' (1910) di Perak dan 'Stamford Raffles' (1887). Selepas merdeka, pengaruh abstrak expressionist, expressionist dan pop tersebar melalui pelukis muda yang memperolehi pendidikan dari luar negara. Kebanyakan arcawan yang meneroka ke luar negara, seringkali dipengaruhi konsep semasa. Misalnya, Anthony Lau ghairah dengan aliran Vitalisme Henry Moore dan Barbara Hepworth, Latiff Mohidin dengan German ekspressionisnya, Piyadasa dengan arca Marchel Dunchampnya dan Syed Ahmad Jamal dengan pengaruh Raushenberg. Charles L. Hartwell, Robert Walker, 1910, Gangsa Thomas Woolner, Stamford Raffles, 1887, Tembaga Persepsi SENIREKA 14


Definisi Arca AfiRAN SENI ARCA Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan ‘sculpture’ yang membawa maksud mengukir, memotong, menebuk atau melarik. Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknya dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak. Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kategori arca boleh dibahagikan kepada dua iaitu arca estetik dan arca berfungsi. Ciri-Ciri Arca yang baik dan kreatif haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang ingin di ketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yang dihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui penghasilan setiap karya. Seni arca atau seni pahat merupakan cabang seni tampak yang berkait dengan karya dalam bentuk tiga dimensi dan merupakan bidang di bawah seni plastik. Terdapat satu aliran yang seringkali digunakan dalam menghasilkan seni arca. Aliran ini dikenali sebagai “Konstruktivisme”. Untuk makluman anda, aliran ini lebih memberi tumpuan kepada susun atur, teknik dan penggunaan bahan bagi membolehkan penghasilan sesuatu karya tersebut. Aliran ini telah dipelopori di Rusia oleh Vladimir Tatlin pada tahun 1914. Aliran ini memberi nafas baru dengan menggunakan konsep nilai-nilai estetika dalam penyusunan sesuatu karya yang dihasilkan. Beliau menyatakan bahawa; “The Constructivists dealt with such a wide range of material that anything was possible; wood, celluloid, nylon, Plexiglas, tin, cardboard and early form of plastic were used through a variety of constructing and joining methods from glue through a welding. As the century progressed, new material, construction and joining methods were used including aluminum, electronic components and chrome-plating”. Vladimir Tatlin (1885-1953) Proses-proses awal dalam seni arca termasuk ukiran, iaitu pembuangan bahan dan pemodelan, iaitu penambahan bahan seperti batu, tanah liat, besi dan kayu. Namun begitu, sejak zaman modenisme, kaedah dan bahan dalam seni arca telah menjadi lebih bebas. Seni arca daripada batu biasanya bertahan lama berbanding dengan karya seni pada bahan-bahan mudah reput dan merangkumi banyak dalam kalangan karya seni purba yang bertahan hingga kini, meskipun kebanyakan seni arca kayu telah menghilang secara hampir keseluruhan. Karya-karya seni arca purba juga biasanya berwarna-warni, tetapi kini, ciri ini sudah tiada. 15


MEDIA Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. arca ini juga mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to NewYork”, karya Jean Tinguely. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah. Arca Asemblaj Marcel Duchamp, Bicycle wheel, 1931, Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini. Arca Timbulan Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak. Arca Mobail Henri Matisse, The Back Series, 1930-1931 Alexander Calder, Red Mobile, 1956 MEDIA & ffKNIK 16


Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling. Arca Stabail Alexander Calder, CALDER, 2020, Karya yang dihasilkan juga daripada gabungan kepingan besi-besi yang dikimpalkan menggunakan besi yang lain. Dalam penggunaan kimpalan ini ianya diaplikasikan pada arca besi. Di Malaysia pengarca yang membuat arca menggunakan kimpalan besi adalah seperti Raja Sariman, Ramlan Abdullah, Mad Anuar dan lain lagi. Namun begitu mereka sekarang lebih kepada meggunakan acuan untuk menghasilkan karya Arca Besi/Kimpalan Arca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat didinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . Di Malaysia antara arca dinding yang terkenal ialah “Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin”. Arca Dinding Abdul Latiff Mohidin, Langkawi, 1977, Safwan Afif, Ayam Sabung ‘Malaysia Artis', 2015 Daud Rahim , Kumbang, Aluminium & Besi, 2012 Safwan Afif, Keayuan Tersirat, 2014 17


JENIS-JENIS ARCA PfflSES PENGHASIffiN KARYA MENGGUNAKAN ffKNIK WELDING/KIMPAffiN :- PENGOLAHAN BAHAN DALAM TEKNIK BERKARYA Teknik Penghasilan Karya Arca estetik Merupakan arca yang diperagakan dengan tujuan penghayatan nilai keindahannya sahaja. Ia mempunyai nilai intelek yang amat tinggi untuk difahami. Arca Berfungsi Arca yang bukan sahaja mempunyai nilai estetik tetapi digunakan juga untuk tujuan atau kepentingan seperti sebuah kerusi untuk tempat duduk. Donald Judd, Desk Set, 1992 Safwan Afif, Ayam Sabung , 2015 Untuk permulaan menghasilkan karya arca kita haruslah membuat lakaran terlebih dahulu. 1 18


Arca yang sedia dipamerkan. Setelah selesai membuat lakaran tersebut kita akan teruskan dengan membuat dengan menghasilkan mock up arca. Seterusnya, penyediaan bahan dan proses pembentukkan arca menggunakan mesin mengimpal. 2 3 Alat utama dalam membuat arca kimpalan ialah kita perlulah menyediakan mesin mengimpal. Akhir sekali, proses membuat kekemasan setelah arca siap dibentuk. 4 5 19


Penjanaan Idea Bergambar KESIMPUffiN Fasa Penjanaan Idea Membentuk arca menggunakan kemahiran tangan seperti pembuatan model. Bahan terbuka seperti tin, dawai, doh dan tanah liat boleh digunakan untuk penghasilan arca tiga dimensi. Menggunakan satu jenis bahan utama sahaja untuk dibina, ditambah atau dicantumkan sehingga menghasilkan satu struktur yang lebih besar, Dua teknik yang biasa digunakan ialah berkerangka. Arca yang berkerangka seperti arca simen, kerangkanya menggunakan dawai dan akan diliputi dengan lapisan simen. Arca yang tiada kerangka dibina dengan kaedah cantuman bahan seperti besi yang boleh dicantumkan dengan teknik kimpalan. Kaedah mengukir dan membuang bahagian berlebihan pada bahan yang digunakan seperti bongkah kayu, Plaster of Paris, atau batu marmar, lilin atau tanah liat sehingga pengarca berpuas hati dengan rupa, ruang, jalinan dan bentuk yang tinggal. Antara peralatan yang diperlukan ialah pahat, penukul, gergaji, dan pengikis. Manipulasi binaan luakan acuan Kaedah ini menggunakan bahan cecair yang kemudiannya dikeraskan melalui acuan seperti plaster paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Acuan tertentu dicipta mengikut ciptaan pengarcanya. Dapat disimpulkan bahawa perkembangan seni arca ini membawa kepada banyak perubahan seni arca dari dahulu hinggalah sekarang. Dengan berpandukan arca zaman dahulu maka ia dapat membuka minda membentuk sesuatu karya seni arca yang baharu. Selain itu juga, dengan wujudnya pelbagai bidang dalam arca ini, maka pengkarya berhak memilih mana satu aliran ikutan yang mahu dijadikan bimbingan untuk mengolah arca sendiri. Misalnya arca pemasangan yang baru-baru ini mula bertapak di hati para pengkarya di Malaysia. Ditambah dengan itu lagi, arca lembut juga mula menambat hati para peminat seni untuk meghasilkan sesuatu yang baharu bagi rakyat Malaysia. Tetapi sesuatu yang biasa bagi golongan seni Eropah. 20


EKSLORASI SENI Dalam aktiviti eksplorasi seni, murid telah mempelajari kaedah asas membentuk arca dengan pelbagai bahan. Berdasarkan pengetahuan dan kefahaman tersebut, murid diminta menghasilkan produk seni arca berdasarkan media dan kaedah yang dipilih. Penzahiran idea dan konsep melalui pelbagai sumber dan teknologi dalam penghasilan produk seni arca. 1) Aktiviti ini dijalankan secara individu. 2) Murid diminta menghasilkan sebuah karya arca berdasarkan media yang telah diberitahu dan kaedah yang telah dipelajari dengan membuat pilihan subjek seperti berikut :- • Alam semula jadi. • Objek buatan manusia. • Separa realistik (semi realistic). • Gabungan- alam semula jadi dan objek buatan manusia. Modelling Tool, NT-Cutter, Span Bunga, Cat Akrilik, Gesso dan Surat Khabar. Aktiviti Alat dan Bahan : arahan Contoh hasil yang belum diwarnakan. 21


LATIHAN SUMATIF Soalan Objektif 1. Seni arca merupakan hasil produk seni dalam bentuk _______ . A B C D 1 Dimensi 2 Dimensi 3 Dimensi 4 Dimensi 2. Perkataan arca dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai______. A B C D sculpture raw arch dimension 3. Antara berikut, yang manakah bukan berkaitan dengan proses dalam penghasilan arca ? A B C D mengukir memotong menggores melempar 4. Senario aktiviti seni arca di Malaysia masa ini mungkin tidak akan terjelma tanpa inisiatif arcawan awal seperti .........................., Latiff Mohidin,dan Anthony Lau . A B C D Syed Anas Manap Syed Ahmad Jamal Syed Ali Alibi Syed Abu Jalil 5. Apakah jenis arca dalam gambarajah di atas ? A B C D Asemblaj Stabail Mobail Besi / Kimpalan 22


BIDANG REKA BENTUK 23


TAJUK 3 Reka bentuk dalaman merupakan salah satu disiplin ilmu yang menggabungkan seni kreativiti dan teknikal. Bidang reka bentuk semakin penting dan memfokuskan kepada reka bentuk dan persekitaran dalaman bagi semua aspek struktur, ruang dan susun atur bahan. Pelajar akan mempelajari konsep reka bentuk dalaman berdasarkan konteks fizikal, budaya, alam sekitar dan sejarah reka bentuk senibina dalaman di samping membangunkan reka bentuk dalaman yang kreatif dan berdaya cipta samada bagi ruang awam atau peribadi. Reka bentuk dalaman merupakan perancangan ruang dalaman agar lebih selesa, harmoni dan sesuai dengan cita rasa pengguna. Secara tidak langsung kemahiran mengolah ruang berdasarkan pengetahuan seni visual, menyesuaikan perabot, warna, barang hiasan, peredaran udara dan pencahayaan supaya lebih menarik dan selesa. REKA BENTUK DALAMAN 24


3.1.1 3.1.2 3.1.3 Menyatakan faktor reka bentuk. Menjelaskan tujuan reka bentuk. Mengaplikasi proses reka bentuk proses mereka bentuk ruang dalaman. PERSEPSI SENI REKA Standard PEMBELAJARAN 25


Faktor Reka Bentuk Proses Reka Bentuk TUJUAN REKABENTUK Reka bentuk didefinisikan sebagai proses menghasilkan sesuatu ciptaan yang baharu atau memperbaharui yang lama menjadi rekaan yang kreatif dan inovatif. Penghasilan sesebuah reka bentuk, pereka mestilah menitikberatkan dari segi aspek keselamatan kepada pengguna. Dalam menghasilkan reka bentuk yang baik, proses mereka bentuk perlu dititikberatkan. Tujuan utama proses reka bentuk ini adalah untuk membuat perancangan awal dan proses mereka bentuk ruang dalaman, melalui manipulasi ruang. Reka bentuk hiasan dalaman menjurus kepada aspek psikologi, seni bina, dan reka bentuk alam sekitar selain aksesori hiasan. Menyelesaikan masalah secara bersistem dan memenuhi kehendak pelanggan. Penambahbaikan daripada segi fungsi dan reka bentuk. Menghasilkan reka bentuk dalaman yang menarik untuk pelanggan. 1 2 3 Contoh lakaran Persepsi SENIREKA 26


Menghasilkan carta alir proses reka bentuk berdasarkan fungsi setiap proses mengikut urutan : Contoh lakaran PROSES 01 MENDAPATKAN MAKLUMAT REKA BENTUK (BRIEF) Pelanggan yang berminat untuk melantik perekabentuk Dalaman akan membuat pertemuan terlebih dahulu. Pelanggan perlu mengenalpasti segala kehendak, keperluan taklimat reka bentuk akan dibuat bagi mencadangkan konsep dan imej yang dipilih. PROSES 02 MENGENAL PASTI MASALAH Mengenal pasti masalah dan kehendak pelanggan dengan merujuk kepada keadaan, saiz, kedudukan dan fungsi ruang perlu diambil kira sebelum sesuatu reka bentuk dibuat. PROSES 03 SUMBANG SARAN DAN PENGUMPULAN Sumbang saran dan pengumpulan maklumat boleh diambil daripada pelbagai sumber seperti: i. Maklumat dari pelanggan atau pengguna akhir. ii. Lawatan ke tapak. iii. Kajian kes ( case study) atau kes rujukan (reference study). iv. Sumber lain - Internet, majalah, buku rujukan, bimbingan guru dan lain-lain. PROSES PENGEMBANGAN IDEA REKABENTUK (IDEA DEVELOPMENT PROCESS) DAN LAKARAN IDEA AWAL Pengembangan idea rekabentuk dilakukan setelah proses pengumpulan dan analisa maklumat-maklumat asas rekabentuk selesai. Lakaran awal melibatkan analisa daripada aspek fungsi (functional) dan konsep rekabentuk secara lakaran. Ia ialah suatu proses rekabentuk secara bersistematik bagi menghasilkan pelan awal yang dikenali sebagai pengaturcaraan projek (project programming) merangkumi inventori ruang dan keperluan, carta matrik, gambarajah gelembung (bubble diagram), zonasi ruang (space zoning) dan lakaran pelan ruang. Penentuan konsep dan imej akan ditetapkan setelah pengumpulan maklumat dan kajian secara terperinci dilaksanakan. PROSES 04 27


PENGEMBANGAN IDEA DAN KONSEP REKA BENTUK Idea reka bentuk pada pelan ruang dikembangkan kepada lukisan keratan rentas atau pandangan sisi yang masih berbentuk 2 dimensi. Ia kemudian dikembangkan kepada lukisan berbentuk tiga dimensi seperti penghasilan lukisan perspektif dan sebagainya. Pada peringkat ini idea dan konsep rekabentuk diperincikan . PROSES 05 MODEL REKA BENTUK RUANG DALAMAN Model reka bentuk ruang dalaman adalah salah satu kaedah yang digunakan bagi memberikan pemandangan lebih jelas dalam bentuk 3 dimensi kepada pengguna berkaitan ruang bagi ruang dalaman. Melalui model, pelanggan lebih peka terhadap keluasan ruang tersebut. Model reka bentuk menggunakan skala kecil tetapi mewakili keluasan sebenar. Setelah pelanggan bersetuju dengan penghasilan lukisan persembahan, pereka bentuk dalaman akan menghasilkan model yang berskala kecil. PROSES 07 PROSES 06 IDEA PENYELESAIAN DAN PERINCIAN MELALUI LUKISAN TERPERINCI Di peringkat ini, rekabentuk yang telah dimuktamadkan diterjemahkan di dalam lukisan persembahan akhir. Proses ini perlu dimuktamadkan oleh pelanggan sekiranya lukisan yang dihasilkan memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan. Sekiranya di persetujui oleh pelanggan, kontrak projek akan dihasilkan dan suatu set lukisan kerja terperinci akan dihasilkan bagi proses pembinaannya. PROSES 08 PENDOKUMENTASIAN Pendokumentasian ialah proses penyediaan satu reka bentuk hiasan dalaman dari awal hingga akhir dalam bentuk folio. 28


Mencadangkan Model Reka Bentuk Ruang Dalaman Menghasilkan Model Reka Bentuk Ruang Dalaman Model yang dicadangkan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut: Menggunakan bahan yang sesuai. Binaan kukuh dan ukuran yang tepat. Bahagian atas model tidak ditutup dengan sebarang objek. Tapak model adalah berukuran 28cm X 40cm Penggunaan warna yang sesuai. Pemilihan perabot. Pemilihan aksesori dan kemasan ruang. Penghasilan model merupakan proses untuk menggambarkan keadaan sebenar sesebuah reka bentuk yang bertujuan untuk memastikan reka bentuk yang telah dipilih dapat menyelesaikan permasalahan dan memenuhi kehendak pelanggan. Langkah-langkah penghasilan model reka bentuk ruang dalaman adalah seperti di bawah: Persediaan bahan dalam pembuatan. LANGKAH 01 Menyediakan tapak model berdasarkan pelan yang diberi. LANGKAH 02 Menentukan skala pada model yang akan dibina. LANGKAH 03 Mendirikan dinding model mengikut ruang-ruang yang telah dibahagi termasuk kedudukan pintu dan tingkap mengikut skala. LANGKAH 04 Melengkapkan model dengan perabot yang berskala dan kemasan berdasarkan konsep yang dipilih. LANGKAH 05 Kemasan akhir. LANGKAH 06 29


EKSLORASI SENI Pelajar dikehendaki melukis pelan lantai dan mereka bentuk model ruang perpustakaan maktab berkonsepkan moden kontemporari yang mempunyai ruang santai, ruang kafe, dan ruang digital berpandukan langkah-langkah penghasilan model dan mengikut skala yang bersesuaian. Contoh hasil model reka bentuk dalaman. 30


LATIHAN SUMATIF Soalan Objektif 3. A B C D Memilih reka bentu yang terbaik Menghasilkan berskala Menentukan konsep dan imej Menhasilkan model Apakah perkara penting dalam penghasilan lakaran awal? 5. A B C D Tidak menggunakan bahan yang sesuai. Binaan kukuh dan ukuran yang tepat. Menggunakan warna secara rawak. Saiz perabut yang pelbagai . Model Reka Bentuk Ruang Dalaman mestilah __________. 2. A B C D Bilik Tidur Bilik Bacaan Ruang Makan Ruang tamu Perabot di atas sesuai bagi kegunaan di 4. A B C D Lukisan titik lenyap Lukisan sudut pandangan Lukisan pelan lantai Lukisan 3D Lukisan di atas merupakan sebuah lukisan digital menggunakan perisian AutoCad. Apakah jenis lukisan tersebut? 1. A B C D Ruang bilik tidur Ruang makan Ruang tamu Ruang dapur Lakaran hiasan dalaman di atas menunjukkan sebuah _____________. 31


Reka Bentuk Perindustrian adalah satu bidang yang mengetengahkan seni, reka bentuk dan sentuhan pengguna dalam proses yang melibatkan perkembangan idea, lakaran, rekaan dan pembuatan. Ianya adalah satu proses merekabentuk sesuatu produk baharu hasil dari penyelesaian masalah kreatif dan penambahan teknologi untuk menjadikan produk lebih menarik, berfungi lebih baik, memudahkan penggunaannya dan meningkatkan kualiti alam sekitar dan ekosistem. Pelajar akan didedahkan dengan berilmu pengetahuan tentang reka bentuk, berkemahiran, berfikiran kritis dalam penyelesaian masalah reka bentuk, mempertingkatkan kreativiti dan berdaya inovatif serta, berkebolehan merancang dan mengurus projek reka bentuk perindustrian dengan efektif. TAJUK 4 REKA BENTUK INDUSTRI 32


4.1 Faktor Reka Bentuk. 4.2 Reka Bentuk Industri. Standard KANDUNGAN 4.1.1 4.1.2 4.1.3 Menyatakan maksud reka bentuk industri. Peranan pereka bentuk perindustian. Mengaplikasi elemen reka bentuk dalam proses melakar. PERSEPSI SENI REKA Standard PEMBELAJARAN 33


Reka bentuk perindustrian ialah amalan profesional untuk membangunkan produk pengeluaran, peranti dan perkhidmatan dengan perhatian khusus kepada bentuk dan fungsi. Pereka industri biasanya menyelidik bagaimana pengguna mungkin menggunakan produk tertentu, dan kemudian bekerjasama dengan profesional lain seperti jurutera dan pemasar untuk mencipta konsep dan reka bentuk untuk ciptaan tersebut. Pereka industri biasanya pakar dalam satu kategori produk, seperti kereta, perabot atau peralatan rumah. Mereka memberi tumpuan kepada segala-galanya daripada kefungsian dan kebolehkilangan produk kepada sama ada ia memenuhi keperluan dan jangkaan pengguna sasaran. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Menjelaskan definisi reka bentuk dan proses reka bentuk. Mengetahui Peranan pereka bentuk industri. Mengaplikasi Elemen Reka Bentuk Dalam Proses Melakar. Menghasilkan Lakaran Seni Reka Perindustrian. 1) 2) 3) 4) Menerangkan carta alir proses reka bentuk Menghasilkan carta alir proses reka bentuk berdasarkan fungsi setiap proses mengikut urutan yang betul berdasarkan: Menganalisis reka bentuk. Mencadangkan model reka bentuk. Menghasilkan model reka bentuk. 04 01 02 03 08 05 06 07 Situasi dan masalah Taklimat reka bentuk (brief) Sumbangsaran dan pengumpulan maklumat Lakaran idea awal Pengembangan idea Kajian Warna Model reka bentuk Idea penyelesaian dan perincian melalui lukisan persembahan ( Lukisan perspektif ) Persepsi SENIREKA 34


Reka bentuk industri Seni reka perindustrian ialah perkhidmatan professional dalam mencipta dan membangunkan konsep dan spesifikasi yang mengoptimumkan fungsi, nilai dan rupa barangan dan sistem bagi manfaat pengguna dan pegeluar. Terdapat tiga subbidang utama dalam senireka perindustian iaitu : Reka bentuk pengangkutan merupakan subbidang terakhir bagi seni reka perindustrian. Reka bentuk perindustrian terdiri daripada kenderaan darat, udara dan laut. Contoh kenderaan darat ialah basikal, kereta, bus, lori. Manakala kenderaan laut adalah seperti bot, kapal, kapal selam, kayak dan sebagainya. Contoh bagi kenderaan udara pula ialah seperti kapal terbang, dron, jet, helikopter dan sebagainya. Antara jenama yang popular untuk reka bentuk pengangkutan ialah Proton, Produa, Honda, Toyota, BMW, Volkswagen, Mercedes Benz, Tesla dan sebagainya. Reka Bentuk Pengangkutan Reka bentuk produk merangkumi barang kegunaan harian sama ada dalam bentuk tanpa kuasa seperti berus gigi atau penyangkut baju ataupun dengan kuasa elektrik seperti mesin basuh, lampu meja, seterika dan lain-lain. Antara jenama popular dalam menghasilkan reka bentuk produk adalah seperti Samsung, Apple, Sony, Toshiba, Casio, Roland, Bosch dan sebagainya. Reka bentuk perabot ialah penghasilan kerusi, meja, almari dan lain-lain sama ada untuk keguaan di rumah, pejabat atau komersial. Reka bentuk perabot juga boleh dikaitkan dengan subbidang reka bentuk hiasan dalaman. Antara jenama yang terkenal dalam reka bentuk perabot seperti IKEA, Fella Design furniture, Tekkashop dan sebagainya, Reka Bentuk Perabot Reka Bentuk Produk 35


Konsep-konsep Produk Konsep dalam reka bentuk boleh membantu menjana idea bagi menyelesaikan masalah rekaan agar dapat memenuhi kehendak pasaran dan pengguna. konsep produk i. Mudah alih Keupayaan sesuatu produk untuk dibawa ke mana-mana, selamat dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Konsep ini bercirikan produk pintar (smart product) dan ringkas tetapi kompleks pembuatannya. Saiz dan berat sesuatu produk itu menjadi fokus utama dalam rekaan. ii. Ergonomik Berkaitan dengan anatomi manusia dan persekitaran. Ciri-ciri penting ergonomik ialah rekaan yang efisen, selamat, selesa dan serasi apabila pengguna menggunakan sesuatu alatan dan produk. Sesuatu rekaan yang memiliki ciri-ciri ergonomik yang baik, mampu mengurangkan kadar kemalangan atau kecederaan pada pengguna. Oleh sebab itu pereka perlu menitikberatkan aspek kemanusiaan dan faktor keselamatan dan rekaan mereka. iii. Mesra Alam Melibatkan proses pembuatan, penggunaan dan pelupusan produk yang tidak menjejaskan alam sekitar dan kehidupan lain. Pelbagai dasar dan peraturan dibuat bagi memastikan pengeluar menghasilkan produk yang mesra alam dan melalui penggunaan bahan bersifat kitar semula. Penggunaan bahan baharu juga diteroka untuk menggantikan bahan berasaskan sumber alam semulajadi. Contoh produk mudah alih. Contoh produk ergonomik. Contoh produk mesra alam. 36


Peranan Pereka Bentuk Perindustian Mengaplikasi Elemen Reka Bentuk Dalam Proses Melakar Berperanan penting sebagai pencetus idea dalam penghasilan rekaan bagi gaya reka bentuk yang dikehendaki oleh pelanggan. Penglibatan pereka bentuk dalam proses reka bentuk bermula daripada idea konsep kepada proses perkembangan idea sehingga penghasilan fizikal produk. Sebelum pereka bentuk memulakan sesuatu lukisan, pekara asas perlu diberi perhatian dalam proses melakar ialah kaedah melukis berpandukan titik lenyap. Dalam lukisan perspektif, terdapat tiga jenis lukisan perspektif iaitu satu titik, dua titik, dan tiga titik lenyap. SATU TITIK LENYAP TIGA TITIK LENYAP DUA TITIK LENYAP 37


Proses membentuk dan membuat model merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian bentuk model tersebut. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pereka. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap bentuk model yang akan dipersembahkan. Penampilan model yang kontemporari akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan bentuk-bentuk model yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Menghasilkan Model Jenis Mock-up (model olokan) Penghasilan Bahan Skala Kefungsian Dihasilkan sebelum produk berfungsi sebahagian dibina. Tidak mengikut saiz sebenar. Tidak berfungsi sepenuhnya. Bukan menggunakan bahan sebenar. Boleh direka bentuk menggunakan kertas, gabus, kadbod, polistirena, kayu lembut dan lain-lain. Produk berfungsi sebahagian (model) Tidak mengikut saiz sebenar. Dihasilkan selepas mock-up dibina. Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk 3D yang lebih realistik. Tidak semestinya direka bentuk menggunakan bahan sebenar. Boleh direka bentuk menggunakan foam, kadbod, paip PVC, MDF, polistirena, kayu, papan lapis dan lain-lain. Tidak menunjukkan fungsi sebenar produk. Hanya sebahagian komponen berfungsi. Produk hanya dinilai dari segi reka bentuk luaran. Jenis Penghasilan Bahan Skala Kefungsian Produk berfungsi (prototaip) Direka bentuk menggunakan bahan sebenar. Mengikut saiz produk sebenar. Dihasilkan selepas produk berfungsi sebahagian dibina. Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk yang sebenar. Berfungsi sepenuhnya. Diuji dalam situasi sebenar dari segi reka bentuk dan kefungsian. Jenis Penghasilan Bahan Skala Kefungsian Contoh gambaran model. Contoh gambaran prototaip. Contoh gambaran mock-up. 38


EKSLORASI SENI Penghasilan Portfolio i. Perbincangan secara berkumpulan . 1. 2. 3. Kajian bahan pembelajaran (subject matter). Kajian soal selidik (questionnaire). Pemilihan bahan pembelajaran (subject matter). 4. Penerokaan Melalui Lakaran Dan Lukisan. (Contoh Subjek kajian ) 6. Persembahan dan pameran. Model dan Portfolio dipamerkan di dalam kelas atau ruang terbuka di kawasan maktab. i. ii. Produk - Trak makanan (food truck) dengan tiga fungsi inovasi. Produk - Rak buku serbaguna mudah alih dengan tiga fungsi inovasi. 5. Penghasilan Produk Akhir dalam Reka Bentuk Produk. i. ii. Mock-up daripada (kadbod/foam/bod PVC) Pemilihan mock-up oleh guru (Final mock-up) Lakaran: i. ii. iii. iv. Lakaran idea. Olahan perkembangan idea. Lakaran cadangan rekaan. Kajian warna pada lakaran rekaan. Contoh kandungan portfolio. 39


LATIHAN SUMATIF Soalan Objektif 2. A B C D I dan II I dan IV III dan IV Semua kemahiran diatas I II III IV Pengetahuan aliran seni halus. Reka bentuk dan fungsi. Kemahiran mengedit gambar. Kemahiran melukis dan perisian computer. Apakah pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada bagi seorang Pereka Bentuk Produk? 4. A B C D I dan II II dan III II dan IV III dan IV I II III IV Pereka Kostum Pembuat model Pelukis pelan Pereka barang kemas Antara berikut yang manakah melibatkan kerjaya dalam bidang reka bentuk perindustrian? 5. A B C D I dan IV I, II dan III II dan III Semua di atas I II III IV Rekaan dan menarik dan moden. Produk yang selamat. Sesuai dengan anatomi manusia. Pilihan warna yang menarik perhatian. Antara berikut adalah fungsi utama bagi penghasilan model egronomic dalam reka bentuk perindustrian. 3. A B C D Mudah Alih Pasang siap Egronomik Teknologi hijau Manakah konsep produk reka bentuk industri yang betul berdasarkan kenyataan di atas? 1. A B C D Mencari pasaran baru Menentukan jenis bahan Membaiki produk rosak Mengubahsuai produk sedia ada Selain menghasilkan produk baru, apakah pendekatan yang digunakan dalam reka bentuk Perindustrian? Produk yang efisen, selesa, serasi dan selamat digunakan. 40


BIDANG SENI TRADISI 41


TAJUK 5 SENI UKIRAN Sukar untuk melihat catatan dan mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. [Ukiran Melayu Warisan Melayu, 2009] 42


5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5 Menjelaskan prinsip asas seni ukiran. Mengenal pasti alat dan bahan seni ukiran. Mengkategorikan motif seni ukiran. Menyenaraikan jenis seni ukiran. Menerangkan proses dan kaedah penghasilan seni ukiran. PERSEPSI SENIREKA 5.2.1 5.2.2 Mengolah motif seni ukiran. Meneroka jenis seni ukiran. EKSPLORASI SENIREKA 5.3.1 Menghasilkan produk seni ukiran secara kreatif dan inovatif. EKSPRESI SENI Standard PEMBELAJARAN 5.1 5.2 5.3 Pemahaman terhadap konsep Seni Ukiran. Eksplorasi dan aplikasi proses Seni Ukiran bagi pengukuhan pemahaman terhadap prinsip asas Seni Ukiran. Penzahiran idea dan konsep melalui pelbagai sumber dan teknologi dalam Penjanaan tugasan. Standard KANDUNGAN 43


PRINSIP SENI UKIRAN Ukir menurut Kamus Dewan bermaksud lukisan yang dibuat dengan cara memahat, menggores, menorah dan lain-lain pada bahagian tertentu manakala ukiran pula adalah sesuatu yang telah siap diukir. Kepelbagaian ragam seni hiasan yang digunakan bukan sahaja menyerlahkan keindahan dan kehalusan hasil ukiran tetapi juga menonjolkan kemahiran dan nilai kesabaran si tukang ukir. Sesungguhnya jika diamati hasilnya mengukir bukan suatu kerja yang mudah. Apatahlagi pengukir juga perlu menerapkan elemen kegunaan atau fungsi setiap satunya. Ukiran kayu atau seni ukir juga merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali. Falsafah seni ukiran Melayu sepertimana diungkapkan oleh Abdullah Mohammed (1978) sebagai, ‘Tumbuh berpunca, punca penuh rahsia, tajam tidak menikam lawan, lilit tidak membelit kawan’, adalah penjelasan terhadap pegangan dasar aqidah yang kukuh. Memahami falsafah seni ukiran Melayu adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kerana jiwa setiap artisan memiliki sifat-sifat kehambaan, penyuluh diri dan suasana, pemerhati dan pemikir, dan juga berjiwa pendakwah. Allahyarham Abd. Rahman Long, Jebak Puyuh, 1979, Koleksi Muzium Seni Asia UM Contoh Seni Ukiran Kayu Melayu Pada Mimbar, Koleksi Galeri Akademik Nik Rashiddin Abdullah Mohammed @ Nakula (No. 2) dari kiri bersama orang kampung di aliran Sungai Tok Uban-Lemal, 1960. Sumber : Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan Persepsi SENIREKA 44


Click to View FlipBook Version