Umumnya falsafah ukiran Melayu terbahagi kepada dua iaitu, Falsafah Ketuhanan dan Falsafah Kemasyarakatan. Klasifikasinya dijelaskan dalam rajah di bawah: AWAN LARAT UKIRAN MELAYU FALSAFAH KETUHANAN Dimulai dengan kepala kala. Dimulai dengan punca beribu. Punca Rahsia – punca yang terlindung. Punca Pasu – punca yang dikenali. Punca Tanah – punca yang tidak dikenali. FALSAFAH KEMASYARAKATAN Bahagian tumbuhan yang tajam tidak menikam bahagian lain tumbuhan. Batang muda perlu tumbuh dibawah atau dibelakang batang tua. Sibar dayang. Ruang. Lilit tidak memaut kawan. Falsafah dalam ukiran kayu Melayu [Sumber: Malaysia. Journal of Design and Built Environment] 45
Sebenarnya terdapat beberapa teknik ukiran yang boleh digunakan dalam proses seni mengukir peralatan kayu. Penggunaannya bergantung kepada kebolehan dan kemahiran bagi setiap pengukir. Bagaimanapun kaedah yang menjadi kelaziman yang sering digunapakai oleh seniman Melayu ialah dengan menggunakan kaedah berikut. JENIS-JENIS UKIRAN KAYU Teknik Tebuk Tembus/Terus Tembus pada sekeping papan. Menghasilkan ukiran yang berlubang-lubang pada ruang negatif (ruang yang tidak diisi dengan ukiran/berlubang). Kebiasaannya berfungsi sebagai laluan udara dan pencahayaan kepada ruang tertentu seperti bangunan, istana dan rumah-rumah tradisional. Contoh Seni Ukiran tebuk tembus [Sumber: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities] Teknik Ukiran Larik Ukiran yang biasanya dibuat pada kayu berbentuk bulat namun ada juga pada batang kayu bersegi, kebiasaannya dibuat pada tiang, hulu senjata, perabot, tongkat dan birai tingkap. Contoh Seni Ukiran Larik 46
Teknik Ukiran Tebuk Separuh Lazimnya teknik ini tidak menghasilkan lubang tetapi bersifat rata dan menyerlahkan keindahan permukaan kayu. Contohnya pintu gerbang, papan tanda madrasah atau masjid, rehal dan sebagainya. Contoh Seni Ukiran tebuk separuh [Sumber: Jurnal 3-Dimensional Design in Traditional Malay’s Art] INFO SENI Terdapat sejenis lagi teknik ukiran. Teknik ini dari segi istilahnya agak jarang diketengahkan atau digunakan kepada umum iaitu teknik arca. Ia merupakan satu teknik ukiran berbentuk 3 dimensi seperti yang boleh dilihat pada hulu keris dan juga kukuran. Teknik Tebuk Timbul / Silat Papan atau kayu yang diukir tidak ditebuk tembus. Ukiran menampakkan pergerakan visual seakan beralun dan menyerupai bunga-bunga persilatan seperti peti-peti kayu, daun pintu, tiang-tiang rumah Melayu tradisonal dan sebagainya. Ia lebih menekankan nilai seni hiasan dan estetika berbanding kegunaan. Contoh Seni Ukiran tebuk timbul bersilat daun pintu [Sumber imej: Warisan Seni Ukir Kayu] Contoh Seni Ukiran Kayu Melayu Langkasuka Pada Hulu Keris Tajong [Sumber: Koleksi Galeri Akademik Nik Rashiddin] 47
Pada zaman pengaruh kebudayaan Hindu yang bermula pertembungan di antara kebudayan Hindu dengan kebudayaan Melayu asli. Beberapa bentuk dari kebudayaan Hindu seperti bahasa, kesusteraan, pertukangan, seni ukiran dan sebagainya. Seni ukiran kayu berkembang luas ke istana-istana raja, ke rumah orang-orang besar dan kenamaan, rumah-rumah ibadat, pintu-pintu gerbang pada kota dan sebagainya. Berdasarkan peninggalan artifak dan daripada sumber-sumber sejarah motif perubahan ukiran juga dapat dilihat Seni ukiran juga menerima perubahan apabila agama Islam sampai ke semenanjung Tanah Melayu kira-kira abad ke 14 sebagaimana tercatat di Batu bersurat Terengganu. [Abdul Halim Nasir, 2016] MOTIF SENI UKIRAN Motif Bunga Melayu Tua (Kelopak Maya) Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif ini adalah transformasi dari motif Langkasuka setelah kemasukkan pengaruh asing dari Cina dan barat serta seniman ukiran pada masa itu. Motif Melayu (Daun Hidup) Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif ini adalah transformasi dari motif Langkasuka setelah kemasukkan pengaruh asing dari Cina dan barat serta seniman ukiran pada masa itu. Motif Melayu Langkasuka (Kelopak Dewa) Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Berasaskan gaya sezamannya umpamanya ‘lidah api’ untuk kerajaan Ayuthaya Siam dan motif Majapahit di Jawa, motif ini tidak menjurus kepada bunga dan daun alami, tetapi lebih kepada unsur tenaga pada bumi tanah, air api dan angin. 48
Motif Kontemporari (Bebas) Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif yang kita lihat pada masa kini yang mengutarakan elemen moden, serius dan sebagainya Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Teknik Ukuran Jenis kayu Asal : : : : : : Buah Delima Acuan kuih tradisional Teknik: Tebuk timbul Ukuran: 16 x 30 x 5.5 sm Jenis kayu: Chengal Asal: Kelantan, abad ke-19 Acuan Putu Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Corak Teknik Ukuran Jenis kayu Karya : : : : : : : Sulur kacang Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria Gubahan awan larat dan kaligrafi Khat Thuluth Surah, ayat As-Saff, 13 Tebuk tembus 93 x 43 sm Chengal Hj. Muhammad bin Hj. Idrus Sisir Angin Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Corak Teknik Ukuran Jenis kayu Asal : : : : : : : Bunga pandan laut, bunga jambu laut dan pintalan tali Hiasan perahu di sebelah Pantai Timur Awan larat Tebuk timbul bersilat 122 x 134 x 7 sm Chengal Kelantan, abad ke-18 Bangau Perahu Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Corak Teknik Ukuran Jenis kayu Asal : : : : : : : Bunga bakawali, Naga Memarut isi kelapa Awan larat Tebuk timbul bersilat 77 x 16 x 28 sm Halban Kelantan, abad ke-19 Kukuran Jantan Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Corak Teknik Ukuran Jenis kayu Asal : : : : : : : Bunga kerak nasi, daun kerak nasi Memarut isi kelapa Awan larat Tebuk timbul bersilat 70 x 13 x 25 sm Halban Kelantan, abad ke-18 Kukuran Betina Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Corak Teknik Ukuran Karya Tahun Bahan : : : : : : : : Bunga dala Hiasan pada tebar layar rumah Awan larat Tebuk timbul bersilat 113 x 53 x 5 sm Hj. Abdul Latif Long 1979 Kayu chengal Sulur Bayur Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] 49
Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Corak Teknik Ukuran Karya Tahun Bahan : : : : : : : : Bunga sukun, pucuk kacang dan bunga dala Perangkap burung puyuh Awan larat Tebuk timbul bersilat 32 x 30 x 22 sm Allahyarham Abd. Rahman Long 1979 Kayu angsana Jebak Puyuh Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Corak Teknik Ukuran Asal Bahan : : : : : : : Bunga bayam peraksi Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria Awan larat Tebuk tembus bersilat 24 x 43 sm Terengganu, abad ke-18 Kayu chengal Sisir Angin Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Ukuran Karya Tahun Bahan : : : : : : Daun putik Mencedok nasi dan lauk pauk 33 x 9.5 sm Hj. Abdul Latif Long 1979 Kayu kemuning dan tempurung kelapa Senduk Tempurung Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Corak Teknik Ukuran Asal Bahan : : : : : : : Daun mempelas Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria Awan larat Tebuk tembus bersilat 41 x 17 sm Kelantan, abad ke-18 Kayu chengal Sisir Angin Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Corak Teknik Ukuran Asal Bahan : : : : : : : Bunga ketumbit Pencahayaan dan pengudaraan bahagian atas dinding jandaria Awan larat Tebuk tembus bersilat 59 x 28 sm Terengganu, abad ke-18 Kayu chengal Sisir Angin Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] Motif Fungsi Corak Teknik Ukuran Karya Tahun Bahan : : : : : : : : Daun petola (bangau), Bentara Guru (okak) Hiasan perahu di sebelah Pantai Timur Awan larat Tebuk timbul bersilat 66 x 80 x 3.5 sm Allahyarham Wan Su Osman 1979 Kayu chengal Bangau Perahu dan Okak Contoh Motif Ukiran [Sumber: Koleksi Ukiran Kayu di Muzium Seni Asia UM] 50
BENTUK-BENTUK SILAT Silat berasal daripada perkataan ‘SILAT’ iaitu gerak dalam seni mempertahankan diri. Penggunaan istilah tersebut merupakan simbolik kepada kelembutan gerak geri dalam tarian seni mempertahankan diri. Terdapat beberapa jenis silat dalam ukiran melayu tradisional. Ia dinamakan mengikut rupa keratan rentasnya. Bentuk silatnya menyerupai keratan rentas rotan yang dibelah dua. Contoh Silat [Sumber: Institut Kraf Negara] Silat Belah Rotan Bentuk silat yang diserongkan dari tempat tinggi ke tempat rendah. Contoh Silat [Sumber: Institut Kraf Negara] Silat Serong Bentuk silatnya hampir menyerupai silat belah rotan tetapi permukaan atasnya lebih lebar dan ini menyebabkan bentuknya menjadi leper. Contoh Silat [Sumber: Institut Kraf Negara] Silat Leper Bentuk asas silatnya menyerupai dada serangga yang dikenali sebagai Tuma. Bahagian tengah silatnya agak cekung. Contoh Silat [Sumber: Institut Kraf Negara] Silat Dada Tuma Bentuk asas silatnya menyerupai bentuk atap rumah minangkabau. Ia mempunyai batas ditengahnya serong dikedua-dua tepinya. Contoh Silat [Sumber: Institut Kraf Negara] Silat Minangkabau 51
POLA CORAK UKIRAN Silat berasal daripada perkataan ‘SILAT’ iaitu gerak dalam seni mempertahankan diri. Penggunaan istilah tersebut merupakan simbolik kepada kelembutan gerak geri dalam tarian seni mempertahankan diri. Terdapat beberapa jenis silat dalam ukiran melayu tradisional. Ia dinamakan mengikut rupa keratan rentasnya. Motif Bunga Matahari Motif Parang Rusak Motif Bunga Cina Pola Bentuk Bujang Bersifat terasing, bebas, tidak terikat atau berkait dan tidak bersambung. Motif Itik Pulang Petang Motif Itik Pucuk Rebung Pola Bentuk Pemidang Menampilkan motif pergerakan sederhana dan tidak berbelit. Lazimnya mempunyai bingkai. Motif Sulur dan Daun Motif Bunga Semangat Pola Bentuk Pelengkap Kombinasi ukiran bentuk bujang dan pemidang. Antara unsur yang digunakan seperti tubuh tumbuhan merangkumi akar, barang, buah, dahan, daun, putik dan sulur. 52
AfiTAN DAN BAHAN SENI UKIRAN ALATAN Menebuk, membuang dan melicinkan bahagian dasar kayu. PAHAT Membuat silat, mengikis dan melicinkan silat. PISAU WALI Memotong bahagian kayu. GERGAJI KECIL Memotong dan menebuk bahagian lengkungan. MESIN JIGSAW Merata dan melicinkan permukaan kayu. KETAM KAYU Mengetuk pahat. GANDIN KAYU Membentuk kayu. GETAR/CETAR Merata dan melicinkan ukiran. KIKIR PARI Melicinkan permukaan ukiran. DAUN MEMPELAS DAN KERTAS PASIR 53
BAHAN Kayu adalah merupakan bahan utama dalam penghasilan seni ukiran. Pengukir haruslah mempunyai kemahiran dalam memilih kayu yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan ukiran bergantung kepada jenis kayu yang dinilai dari liat urat, kepadatan, ketahanan tahap kekeringan kayu tersebut. Antara sifat-sifat kayu yang diberi keutamaan dalam proses pemilihan dan bahan ukiran adalah kepadatan, kekerasan, ira atau urat kayu serta kilauan permukaan. Kayu yang ditebang dan dibelah kepada saiz kecil akan dikeringkan tanpa perlu dijemur di bawah sinaran cahaya matahari. Proses pengeringan perlu dilakukan secara perlahan untuk mengelakkan kerosakan pada kayu, seperti kerekahan, menggeleding atau melentur. 54
Cengal merupakan salah satu jenis kayu terkeras di dunia yang dihasilkan dari pokok cengal. Pokok cengal Neobalanocarpus heimii dikategorikan sebagai kayu balak jenis keras, padat, tahan lama, mahal dan berkualiti paling tinggi. Kayu cengal biasanya tumbuh di dalam hutan hujan tropika dan hutan hujan Khatulistiwa. Kayu cengal adalah antara kayu termahal dalam pasaran kayu kayan dunia. Kayu gubal, teras dan kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak serta boleh digunakan dalam pembuatan varnis. Kayu cengal biasa digunakan untuk membuat rumah, bentuk ukiran, anak tangga, perahu, jambatan dan produk lasak kerana ia juga tahan serangan anai-anai. Kayu Meranti merupakan jenis kayu paling popular dan komersil di kawasan Asia Tenggara. Umumnya, Kayu Meranti sering digunakan sebagai bahan asas dalam pembinaan dan bahan perabot. Kayu ini dikenal sebagai kayu anti anai-anai. Meranti boleh dikenali dari permukaannya yang berwarna merah. Terdapat tiga peringkat warna merah kayu yang akan menandakan usia kayu tersebut. Semakin gelap warnanya, bermakna semakin tua usianya dan semakin baik mutunya. Umumnya, ada 3 jenis meranti yang dikenal secara luas. Meranti merah lebih mudah ditemui di hutan Asia Tenggara, terutamanya Indonesia. Jenis meranti ini bercampur dengan lebih mudah dengan tumbuh-tumbuhan lain, jadi ia boleh tumbuh di mana sahaja dengan keadaan tanah. Ciri-cirinya ialah ia mempunyai warna kemerahan gelap dan coklat ungu dengan garis putih resin antara gentian di dalamnya. Akar kayu ini memilih rintangan yang baik daripada membusuk, jadi ia tidak terdedah kepada perosak. Jika meranti merah mempunyai bijirin lurus yang saling berkaitan, meranti putih pula mempunyai tekstur yang lebih licin dan kelihatan licin walaupun ia mempunyai permukaan yang sedikit kasar. Secara amnya, kayu ini digunakan untuk perabot seperti kabinet, meja, kerusi dan perabot yang menghiasi bahagian dalam rumah. Ciri khas Meranti Kuning ialah warna kuning kecoklatannya. Semakin tua umur, semakin gelap warna yang dihasilkan. Tekstur meranti jenis ini lebih kasar, dengan liang besar yang mudah dilihat. Oleh itu, ia memerlukan usaha dan tenaga tambahan untuk mengubahnya menjadi perabot atau bahagian rumah. Kayu ini lebih mudah terdedah kepada kerosakan dan serangan serangga berbanding meranti merah. Kayu pokok Merbau terkenal dengan sifat keras, tahan lasak dan berkualiti tinggi. Kayu merbau mampu menangani kelembapan dan tidak lapuk sehingga boleh dijadikan sebagai perahu dan bahan asas kepada bangunan. Kayu merbau juga termasuk dalam golongan kayu berat pada kadar air 15% dan mempunyai penyusutan yang sangat rendah sehinggakan ianya tidak akan Jelutong atau Dyera costulata tergolong dalam famili Apocynaceae. Pokok ini amat mudah dikenali melalui daun-daunnya yang tersusun berkelompok cara “terminalia” atau berpecah menjadi cabang baru daripada hujungnya. Jelutong mempunyai getah cair yang berwarna putih yang sering dilihat meleleh daripada bahagian pokok yang terluka. Pada masa dahulu, getah jelutong diguna pakai sebagai bahan asas gula-gula getah, gam racun sumpitan dan pengganti getah. Jelutong membesar dengan pantas, sebab itulah kayunya agak lembut. Batangnya lurus bagaikan tiang dan boleh mencapai ketinggian 60 m. Semasa kecil, silaranya berbentuk “monopodial” atau seperti pagoda dengan dahan-dahan yang berlapis. Bila matang, silara pokok jelutong mula berkembang menjadi bentuk terbuka supaya boleh mendapat lebih cahaya matahari. Kayu jelutong bertekstur halus dan berwarna putih krim, sesuai dijadikan pensil, batang mancis, model kayu, ukiran dan peralatan-peralatan kayu yang lain. KAYU CENGAL KAYU MERANTI MERANTI MERAH MERANTI PUTIH MERANTI KUNING KAYU MERBAU KAYU JELUTONG 55
Bahan kemasan digunakan bagi menyempurnakan lagi hasil seni ukiran serta menjadikannya tahan lebih lama. Antara bahan yang sering digunakan adalah syelek dan juga varnis. BAHAN KEMASAN Syelek merupakan rembesan yang didapati dari sejenis kumbang. Ia bersifat semula jadi, dan mudah untuk digunakan dan juga untuk dilarutkan. Ia biasanya dicampur dengan pigmen warna untuk dapatkan warna yang menarik. Kelebihannya menggunakan syelek akan menjadikan rupa permukaan lebih cantik, mempunyai pilihan warna, tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menggunakannya, mempunyai lapisan perlindungan yang kuat iaitu kalis air dan kalis anai-anai. Namun begitu, terdapat kekurangan dari segi ‘feel’ kayu serta tidak tahan lama sekiranya didedahkan kepada pencair syelek atau alkohol. Syelek Varnish pula merupakan satu lapisan perlindungan yang keras dan lutsinar untuk melindungi permukaan kayu. Biasanya ia mempunyai permukaan yang berkilat, dan bersifat lebih berat. Kelebihannya adalah tahan lama, mempunyai lapisan perlindungan yang kuat juga kalis air serta kalis anai-anai. Manakala, kelemahannya permukaan atau warna kayu mestilah cantik, kerana varnish tidak memberi sebarang warna kepada kayu. Biasanya varnish digunakan untuk permukaan lantai kayu, kerana sifatnya yang keras dan tahan lama. Varnish Bagi mereka yang ingin mengekalkan corak urat kayu, biasanya minyak akan digunakan. Antara jenis minyak yang digunakan adalah seperti Tung Oil dan Linseed Oil. Minyak akan menampakkan corak kayu dan memberikan ‘feel’ kayu. Kekurangan penggunaan minyak adalah tiada lapisan perlindungan dan tidak tahan lama perlu di sapu berulang kali untuk mengekalkannya. Biasanya minyak digunakan untuk barangan dapur atau hiasan rumah kerana sifatnya yang lebih alami. Minyak Danish Oil Danish Oil merupakan campuran minyak, varnish dan lain-lain bahan. Ia dicipta untuk mengatasi kekurangan minyak dengan memberikan perlindungan lebih. Juga untuk mengatasi kekurangan varnish dengan memberikan rasa semula jadi kayu. Penggunaanya akan menampakkan corak kayu dan memberikan ‘feel’ kayu, mempunyai sedikit lapisan perlindungan. Kekurangannya pula adalah lapisan perlindungan tidak sesempurna varnish, polyurethane atau lacquer. Juga tidak tahan lama dan perlu di sapu berulang kali supaya kekal lama. 56
PffSES UKIRAN KAYU 1 Melukis corak pada kertas. 2 Proses menerap corak pada kayu. 3 Proses memahat kayu menggunakan pahat. 4 Proses melurut dan mengukir menggunakan pisau wali. 5 Proses melicinkan ukiran menggunakan kertas pasir. 6 Proses mengilat menggunakan bahan kemasan pada ukiran. 57
LATIHAN SUMATIF Soalan Objektif 5. A B C D Layang Timbul Tebuk tembus bersilat Tebuk tembus tanpa silat Rajah di bawah merupakan motif ukiran yang terdapat pada cucur atap rumah melayu tradisional. Apakah jenis ukiran yang dihasilkan? 6. A B C D Cucuran atap Kekisi tingkap Tangga rumah Dinding rumah Ilustrasi dibawah, menunjukkan ukiran kayu, Dibahagian manakah ukiran tersebut ditempatkan pada rumah melayu tradisional? 2. A B C D Ukiran larik Ukiran leper Ukiran layang Ukiran tembus Apakah jenis ukiran yang sedang dihasilkan di atas? 3. A B C D Memotong papan ukiran Membuat corak papan ukiran Membentuk motif silat di papan ukiran Melicinkan papan ukiran sebelum ukiran dilakukan Sila pilih fungsi alat ukiran kayu di atas. 1. A B C D Memotong papan ukiran Membentuk ukiran secara kasar Membentuk motif silat di papan ukiran Melicinkan papan ukiran sebelum ukiran dilakukan Nyatakan fungsi alat ukiran kayu di atas. 4. Pilih padanan yang betul mengikut alat dan fungsi dalam jadual di bawah. ALAT FUNGSI A Getar Melurus, merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum diukir. B Ketam Kayu Membentuk ukiran kayu secara kasar untuk mendapatkan permukaan yang baik. C Daun Mempelas Membentuk dan melicinkan corak ukiran kayu. D Pisau Wali Mengukir dan membentuk silat ukiran kayu. 58
7. A B C D Kikir. Cetar Ketam Pisau wali Apakah nama alatan dalam gambar rajah di atas? 8. A B C D Menggaris dasar. Melicinkan dasar. Melicinkan permukaan. Melicinkan bahagian silat. Apakah kegunaan peralatan dalam gambar rajah di atas? 10. I. II. III. IV. Kayu Jelutung Kayu Cengal Kayu Getah Kayu Ara A B C D I dan II I dan IV II dan III III dan IV Manakah antara berikut merupakan kayu yang sesuai untuk menghasilkan ukiran? 9. A B C D cucur atap bilik tidur serambi dapur Ukiran di bawah biasanya terdapat pada bahagian __________ rumah. 59
TAJUK 6 SENI BATIK Seni tradisi batik merupakan salah satu kraf tangan yang sinonim dengan masyarakat di Malaysia khususnya kaum Melayu dan sangat dihargai di negara kita. Dahulu, permintaan dan penggunaan tekstil batik adalah terhad kepada seni pakaian tradisional sahaja. Namun, setelah mencapai kemerdekaan pelbagai usaha telah dilakukan untuk memartabatkan seni batik ke peringkat yang lebih tinggi antaranya ialah pengiktirafan pihak kerajaan dengan menjadikan batik sebagai pakaian rasmi negara pada tahun 1970. Badan-badan kerajaan seperti MARA dan Kraftangan Malaysia telah memainkan peranan penting sama-sama membantu dan mempertingkatkan perkembangan industri ini ke peringkat antarabangsa. 60
Pemahaman terhadap konsep Seni Batik. Eksplorasi dan aplikasi proses Seni Batik bagi pengukuhan pemahaman terhadap prinsip asas Seni Batik. 6.1 6.2 Standard KANDUNGAN 61
PRINSIP ASAS SENI BATIK Seni batik ialah hasil kerja tangan tekstil yang menggunakan lilin sebagai bahan perantara. Ia bertujuan untuk memisahkan dan menjadi halangan kepada kepelbagaian warna yang dicelup atau disapukan ke atas permukaan fabrik. Proses ini juga dikenali sebagai “wax resist dyeing” iaitu proses melilin sama ada menggunakan teknik canting ataupun teknik menerap dalam menghasilkan reka corak dan motif yang diinginkan. Penggunaan dan aplikasi dari Bahasa Seni Visual seperti garisan, rupa, jalinan, warna, imbangan, irama dan pergerakan, harmoni dan kepelbagaian dapat memberikan kesempurnaan dalam penghasilan seni batik. Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul hingga ke saat ini, dan ianya berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Terdapat beberapa jenis batik yang sinonim di Malaysia antaranya ialah :- Contoh proses melilin. JENIS – JENIS BATIK Batik pelangi atau batik ikat celup merupakan batik yang tertua di Malaysia. Teknik ikat celup ini juga dikenali sebagai “tie and dye” di mana teknik ini adalah hasil daripada manipulasi ikatan pada fabrik dan melakukan proses pencelupan menggunakan Reactive dye dalam batik. Terdapat beberapa jenis warna yang lazimnya digunakan dalam teknik batik ikat celup iaitu Remazol dan Naphthol . Penggunaan pewarna jenis Naphthol tidak perlu melakukan proses mematikan warna. Penentuan corak dan warna pada kain bergantung kepada bilangan ikatan dan celupan warna. BATIK IKAT CELUP/PELANGI Batik Terap merupakan salah satu proses penghasilan batik yang masih unggul dalam warisan masyarakat di Malaysia. Batik Terap juga dikenali sebagai batik blok yang menggunakan teknik mengecap atau menerap kain batik menggunakan blok tembaga atau besi. Bagi menghasilkan blok, corak batik dilukiskan atas permukaan kertas. Kemudian, ia dibentuk dan disusun kepingan tembaga atau zink dengan ketinggian satu inci, dicantum dan dipateri sehingga lengkap menjadi satu reka corak. Untuk menghasilkan sehelai kain batik, pembatik akan mencelup blok tembaga/besi ke atas lilin yang telah dicairkan dan menerap ke atas kain putih atau yang telah diwarnakan. Teknik ini dilakukan secara berulang-ulang kali berpandukan susunan yang tertentu sehingga siap susunan diatas kain tersebut. BATIK TERAP (BLOK) Persepsi SENIREKA 62
Batik Skrin adalah salah satu kaedah pembuatan batik menggunakan kain sutera saring (silk screen) yang bertujuan memindahkan corak dan motif ke atas kain yang telah dihamparkan. Penggunaan teknik batik skrin adalah lebih efisien dan produktif berbanding menggunakan kaedah lain kerana pengeluaran dan penghasilan batik lebih cepat. Teknik ini sesuai digunakan bagi menjimat kos pengeluaran untuk menghasilkan batik dalam kuantiti yang tinggi dengan harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai teknik pewarnaan yang boleh digunakan bagi mendapatkan kesan warna dan motif lebih unik dan menarik dalam penghasilan batik. Namun, teknik-teknik ini hendaklah disertakan dengan penggunaan teknik blok, canting atau lukis dan skrin mengunakan lilin bagi ia dikenali sebagai batik Malaysia. BATIK SKRIN Batik Canting juga dikenali sebagai Batik Lukis mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dimana setiap corak batik hanya dihasilkan sekali sahaja dan mempunyai kelainan dengan corak walaupun pelukisnya adalah sama. Boleh dikatakan yang pemakai batik jenis tulis/lukis cuma satu dalam beribu. Canting adalah alat yang dihasilkan menggunakan kepingan tembaga nipis dan dibentuk berupa kepala burung, periuk, kasut dan sebagainya. Canting dihasilkan dengan pelbagai jenis saiz yang akan menentukan kehalusan lilinan @ cantingan di atas fabrik dalam proses membatik. BATIK CANTING / BATIK LUKIS 63
AfiTAN DAN BAHAN SENI BATIK 1. ALAT DAN BAHAN BATIK IKAT CELUP / PELANGI 2. ALAT DAN BAHAN BATIK TERAP (BLOK) 64
3. ALAT DAN BAHAN BATIK CANTING/LUKIS 4. ALAT DAN BAHAN BATIK SKRIN 65
Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini dihasilkan kerana kepekaan masyarakat tradisional terhadap lingkungan. Bagi mereka, apa sahaja yang menarik dan mengandung falsafah sendiri boleh dijadikan corak. Di Malaysia, terdapat empat jenis motif yang selalunya digunakan oleh para artis dalam menghasilkan corak-corak batik. Ianya adalah Motif Flora, Motif Fauna, Motif Geometri dan Motif Abstrak. MOTIF – MOTIF SENI BATIK MOTIF FLORA Motif Flora, ianya diinspirasikan dari tumbuh-tumbuhan seperti pucuk rebung, bunga kenanga, cempaka dan lain-lain. Semua motif ini berubah mengikut peredaran masa. Motif Bunga Raya Motif Tampuk Manggis MOTIF FAUNA Motif unsur fauna terdiri daripada haiwan dan serangga seperti motif tapak sulaiman, motif burung merak, motif siput dan motif ayam. Motif Tapak Sulaiman Motif Siput 66
MOTIF GEOMETRI Motif Geometri, diubah dalam pelbagai variasi seperti pengulangan motif. Antara motif geometri ialah manipulasi bentuk bulat, segi tiga dan lain-lain. Contoh motif geometri yang biasa digunakan ialah seperti banji, swastika, kawung dan jalur. MOTIF ABSTRAK Motif abstrak merujuk kepada kepelbagaian unsur yang diolah seperti gabungan unsur flora, fauna dan geometri. Motif abstrak ini memperlihatkan kreativiti pelukis dalam memberi idea dan nafas baharu dalam penghasilan batik kontemporari. Motif Banji Motif Swastika Motif Kawung Motif Jalur Motif Mega Mendung Motif Mega Abor Motif Jaring Ikan 67
PffSES PEMBUATAN BATIK PROSES BATIK PELANGI 01 02 03 04 05 Ikat, jahit atau lipat mengikut rekaan. Warnakan (celup, titis atau sapuan berus). Keringkan kain. Buka ikatan atau jahitan kain. Bilas atau matikan warna mengikut kesesuaian. PROSES BATIK TERAP (BLOK) 01 02 03 04 Sediakan meja terap. Proses menerap lilin menggunakan blok tembaga. Celup keseluruhan kain dengan pewarna. Rebus, bilas dan keringkan. 68
PROSES BATIK CANTING 01 02 03 04 05 Melukis rekaan motif. Mencanting dan mewarna. Mematikan warna dengan sodium silikat. Rebus dengan soda ash. Bilas dan keringkan. PROSES BATIK SKRIN 01 02 03 04 05 Memasang sutera saring. Sapukan photo emulsion pada sutera saring. Dedahkan imej pada cahaya. Cucikan imej rekaan dengan semburan air. Cetak imej. 69
LATIHAN SUMATIF Soalan Objektif 4. A B C D Flora. Geometri. Abstrak. Fauna. Apakah jenis motif yang ditunjukkan dalam gambar di atas? 5. A B C D Batik terap (blok). Batik canting. Batik skrin. Batik ikat celup. Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan? “ Mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri iaitu setiap corak batik hanya dihasilkan sekali sahaja walaupun individu yang sama yang menghasilkannya” 2. A B C D I, II, III, dan IV I, III, II dan IV I, IV, III dan II III, IV, II dan I I II III IV Sediakan meja terap. Rebus, bilas dan keringkan. Celup keseluruhan kain dengan pewarna. Proses menerap lilin menggunakan blok tembaga. Susun semula proses penghasilan batik terap blok mengikut urutan yang betul. 3. A B C D Untuk mencanting motif pada kain. Untuk mengekalkan warna pada kain. Digunakan semasa merebus kain. Diperlukan untuk mencampurkan warna pada kain. Apakah keguanaan alatan yang ditunjukkan dalam gambar di bawah? 1. A B C D Gambar rajah manakah yang menunjukkan batik ikat celup? 70
BIDANG KOMUNIKASI VISUAL 71
TAJUK 7 SENI REKA GRAFIK ILUSTRASI SENI REKA GRAFIK Seni reka grafik merupakan satu bidang yang semakin berkembang pesat pada masa kini selari dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini. Selain daripada logo dan tipografi, ilustrasi juga merupakan elemen yang penting dalam bidang komunikasi visual. Pelajar sering terdedah dengan karya-karya ilustrasi melalui bahan bacaan seperti buku teks, buku cerita, komik dan pelbagai medium lagi. Ilustrasi mampu mengolah informasi yang ingin disampaikan agar lebih jelas, menjadikan fantasi seakan-akan alam realiti serta dapat menghidupkan watak dan jalan cerita melalui karakter yang menarik dapat menarik minat pelagai golongan termasuk kanak-kanak. Aspek kemahiran asas seperti lukisan, komposisi, penceritan, imaginasi dan kreativiti menjadi elemen utama dalam penghasilan karya ilustrasi yang kreatif dan inovatif. 72
Pemahaman terhadap Seni Reka Grafik Eksplorasi dan aplikasi rekaan ilustrasi bagi pengukuhan pemahaman terhadap Seni Reka Grafik. Penzahiran idea dan konsep melalui pelbagai sumber dan teknologi dalam penjanaan tugasan. Penghayatan terhadap hasil karya Seni Reka Grafik dengan menggunakan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual. 7.1 7.2 7.3 7.4 Standard KANDUNGAN 73
7.1.1 7.1.2 Menjelaskan definisi ilustrasi. Memerihalkan ilustrasi dari aspek : i) Jenis, media dan Teknik Ilustrasi. ii) Penjanaan idea bergambar. PERSEPSI SENI REKA Standard PEMBELAJARAN Ilustrasi boleh dihasilkan secara manual, digital sepenuhnya atau secara gabungan manual dan digital mengunakan pelbagai aplikasi dan perisian computer serta smartphone dengan pelbagai aplikasi yang terkini. Secara tidak langsung ilustrasi dapat menyampaikan mesej, idea dan pemikiran dengan menarik yang dan mudah. Pelbagai media boleh digunakan dalam menghasilkan ilustrasi. Antaranya ialah dakwat, pensel, cat air, teknik kolaj, seni cetakan, seni foto, media campuran, dan sebagainya. Pada masa kini, penggunaan media digital dengan perisian tertentu juga dapat menghasilkan ilustrasi yang lebih menarik dan terperinci. Antara perisian yang sesuai bagi ilustrasi digital ialah Adobe ilustrator, Adobe Photoshop, Corel Draw dan lain-lain lagi. Ada ketikanya karya ilustrasi menjadi seni komersial kerana hasil karya perlu dibayar bagi tujuan komunikasi visual. Karya ilustrasi juga amnya dikaitan dengan seni komersial kerana ilustrator dibayar oleh pelanggan bagi menghasilan karya visual dan mencari penyelesaian kepada isi yang berkaitan komunikasi visual. Contoh jenis ilustrasi yang biasa dihasilkan ialah : JENIS ILUSTRASI Ilustrasi ialah gambaran imej melalui lukisan, catan, foto dan apa juga hasil seni bagi tujuan dekorasi, interpretasi dan komunikasi secara visual kepada teks. Ilustrasi juga merujuk kepada lakaran visual semasa penjanaan idea bergambar dihasilkan. Ilustrasi berfungsi menjelaskan kandungan yang terdapat pada sesebuah cerita, sajak, rencana, berita dan sebagainya. Ilustrasi membantu menarik minat untuk melihatnya kerana gambaran visual yang jelas dan mudah difahami. Oleh itu, ilustrasi bukan sahaja merujuk kepada karya akhir yang dipersembahkan , tetapi juga lakaran visual yang dihasilkan melalui proses penjanaan idea bergambar. Ilustrasi boleh dihasilkan dengan pelbagai media, medium dan teknik selagi karya ini menunjukkan representasi visual kepada sesuatu yang ingin digambarkan. DfiINISI ILUSTRASI Ilustrasi Industri dan Teknikal Ilustrasi Sains dan Perubatan Ilustrasi Dekoratif Ilustrasi Imaginasi Ilustrasi Pengiklanan Ilustrasi Fesyen Ilustrasi Penerbitan (Editorial) Ilustrasi Ekspresi Ilustrasi Komik dan Animasi Persepsi SENIREKA 74
ILUSTRASI INDUSTRI DAN TEKNIKAL Digunakan untuk mengkaji dan menghasilkan reka bentuk hasil ciptaan dalam bidang industri. Lakaran teknikal, lukisan mekanikal dan reka bentuk berkomputer merupakan bahagian penting dalam industri teknikal. Penekanan ilustrasi ini mempunyai unsur garisan, geometri, skala dan nisbah yang tepat serta reka bentuk berkomputer. Ia dapat memberi maklumat lebih terperinci seperti lukisan dalaman kereta, enjin, perabot dan sebagainya. ILUSTRASI SAINS DAN PERUBATAN Berfungsi sebagai satu bentuk pendidikan serta kefahaman dalam bidang perubatan dan bidang-bidang yang berkaitan. Ilustrasi berdasarkan kajian anatomi tubuh manusia dan bidang sains perubatan. Contohnya, ilustrasi realistik bagi menunjukkan fungsi jantung dan ilustrasi organ dalaman manusia dengan lebih terperinci. Ilustrasi ini digunakan dalam kajian anatomi tubuh manusia dan sains perubatan dengan meluas seluruh dunia. Membantu memudahkan kefahaman dan kerjasama dalam bidang perubatan dan bidang lain yang berkaitan. 75
ILUSTRASI DEKORATIF Berfungsi sebagai menghiasi objek dengan suatu reka bentuk yang disederhanakan atau dilebihkan dengan gaya tertentu. Ilustrasi Dekoratif ini menjadikan sesuatu karya lebih kreatif dan menarik dengan penggunaan pelbagai medium dalam seni reka grafik. Setiap penghasilan ilustrasi ini, ilustrator akan mengaplikasikan ciri khas objek seperti bentuk kelopak bunga dan daun yang digayakan serta dihasilkan secara berulang. ILUSTRASI IMAGINASI Ilustrasi imaginasi ini dikenali juga sebagai ilustrasi khayalan dan fantasi. Ilustrasi ini dihasilkan daripada pengolahan daya cipta secara imaginatif (khayalan). Idea olahan yang terhasil daripada imaginasi pereka dan pengkarya. Ia sering digunakan dalam ilustrasi cerita, novel dan komik. 76
ILUSTRASI EKSPRESI Ekspresi bererti pengungkapan atau proses memperlihatkan atau menyatakan maksud, perasaan dan sebagainya. Ilustrasi ekspresi juga bererti air muka pada wajah yang memperlihatkan perasaan seseorang itu. Ekspresi bermaksud pengungkapan atau proses memperlihatkan maksud, perasaan reaksi dan sebagainya. Ilustrasi ekspresi ini memperlihatkan air muka atau reaksi pada wajah yang dihasilkan terutama karakter watak animasi yang diciptakan. ILUSTRASI PENERBITAN Ilustrasi penerbitan digunakan pada kulit buku, buku cerita kanak-kanak, risalah, surat khabar, kulit novel, kartun ilustrasi cerpen dan lain-lain lagi. Ilustrasi ini dapat menyampaikan maklumat dan juga menggambarkan tentang penceritaan bahan tersebut. Ilustrasi veteran seperti Jaafar Taib dan ilustrasi kontemporari seperti Mohd Khairul Azman adalah antara ilustrasi buku cerita kanak-kanak tanah air yang terkenal. 77
ILUSTRASI FESYEN Ia mula popular sejak tahun 1920-an lagi. Ia menggambarkan pakaian yang popular pada masa itu. Perkembangan bidang fesyen masa kini membuatkan ilustrasi ini amat penting. Ilustrasi fesyen ini memaparkan rekaan pakaian dan mempamerkan gaya rekaan pereka fesyen. Bagi seorang pereka fesyen, ilustrasi ini amat membantu serta memberi gambaran sebenar sebelum menghasilkan rekaan yang sebenar. Ilustrasi ini menunjukkan ketelitian pereka terhadap rekaanya. ILUSTRASI KOMIK DAN ANIMASI Ia sering dikaitkan dengan penceritaan ilustrasi. Ilustrasi ini juga menggunakan satu atau lebih panel yang dihasilkan secara berturutan (sequential art). Watak animasi ini juga dikaitkan dengan cerita lucu, novel grafik dan adiwira. Terdapat banyak karya animasi dan filem yang diadaptasi daripada komik atau sebaliknya. 78
ILUSTRASI PENGIKLANAN Dikenali sebagai ilustrasi produk kerana berfungsi mempromosikan produk, perkhidmatan dan menyampaikan maklumat. Berfungsi untuk menaikkan imej produk supaya dapat menarik perhatian pengguna. Terdapat pada surat khabar, majalah, cerpen, kulit buku, risalah, poster, televisyen dan sebagainya. Selain sebagai penerangan pada teks, ilustrasi tersebut dapat menarik minat orang ramai untuk membaca bahan tersebut. ILUSTRASI FLORA DAN FAUNA Ilustrasi ini menggambarkan alam sebenar dengan penghasilan teknik lukisan dan catan berdasarkan gambaran yang realistik flora dan fauna. Selain itu juga ilustrasi alam turut memaparkan gambaran alam fantasi. Tumbuh-tumbuhan, serangga dan haiwan menjadi subjek yang popular untuk diilustrasikan. Ilustrasi alam biasanya dihasilkan pada setem, buku bergambar, majalah dan sebagainya. Ramai pelukis yang berminat dalam menghasilkan ilustrasi flora dan fauna. 79
Media ialah alat atau perantara dalam komunikasi dan perhubungan. Media cetak pula ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan, karya ilustrasi boleh didapati melalui pelbagai media secara bercetak mahupun digital, seperti poster, pengiklanan, pembungkusan, buku cerita, buku teks, buku manual, komik dan lain-lain lagi. Seiring dengan perkembangan teknologi digital masa kini, medium dan teknik penghasilan ilustrasi turut mengalami perubahan. Ilustrator menggunakan pelbagai medium dan teknik bagi menghasilkan karya ilustrasi yang menarik. Karya ilustrasi juga boleh menjadi asas kepada penghasilan karya kreatif yang lain, contohnya animasi dan permainan digital. Medium merupakan bahan dan alatan yang digunakan dalam penghasilan karya ilustrasi. Contoh mediun yang digunakan : MEDIA & ffKNIK MEDIA Contoh ilustrasi dalam pelbagai media. DAKWAT DAN CAT AIR GOUACHE DAN AKRILIK PENSEL DAN WARNA PENSEL PERANTI DIGITAL 80
Teknik penghasilan karya imaginasi sering berubah mengikut peredaran masa, zaman dan kemajuan teknologi dalam menghasilkan bahan dan alatan. Teknik atau stail ialah cara sesuatu medium diaplikasikan dalam penghasilan ilustrasi. Teknik boleh dikategorikan sebagai tradisional dan moden atau lama dan baru. Teknik tradisional ialah aplikasi bahan dan alatan secara manual, manakala teknik moden menggunakan peranti dan perisian digital ataupun gabungan kedua-dua teknik. TEKNIK CONTOH TEKNIK LAMA ATAU TRADISIONAL : CONTOH TEKNIK MODEN ATAU TERKINI : Sapuan berus kering atas basah. (cat air) Garisan selari (hetching). Potongan kayu dan gurisan besi. Tampal dan kolaj kertas. Air brush. Digital vektor. Digital fotomontaj. Digital model 3D. Contoh teknik garisan selari (hetching). Contoh teknik dan karya ilustrasi. 81
Penjanaan Idea Bergambar FASA PENJANAAN IDEA 1 Thumbnail 2 Rough 3 Comprehensive Proses awal penjanaan idea bergambar. Dihasilkan dalam bentuk-bentuk kecil dengan kuantiti yang banyak. Biasanya menggunakan teknik lakaran media pen dan pensel sahaja. Pemilihan satu atau beberapa ilustrasi daripada Thumbnail. Lakaran yang terpilih akan dibuat dengan lebih jelas dengan menampakkan bentuk dan rupa idea yang dikehendaki. Proses terakhir dalam menjana idea. Penekanan kepada ilustrasi yang lengkap dan penggunaan media serta teknik ilustrasi yang sesuai menjadi pilihan. Soalan Individu Hasilkan sebuah ilustrasi dekoratif wallpaper untuk sebuah ruang makan. Anda boleh menggunakan aplikasi seperti Powerpoint, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator atau mana-mana aplikasi percuma di atas talian. Contoh dekoratif wallpaper di ruang makan. 82
LATIHAN SUMATIF Soalan Objektif A B C D Ilustrasi dekoratif. Ilustrasi komik dan animasi. Ilustrasi ekspresi. Ilustrasi penerbitan. 5. Kenyataan ini merujuk kepada? “ Ilustrasi ini menggunakan satu atau lebih panel yang dihasilkan secara berturutan." 2. A B C D Siti Rogayah. Noh Mahmud. Jaafar Taib. Muhammad Kasa. Tokoh ilustrasi penerbitan veteran iaitu__________________. 3. A B C D Garisan selari (hatching) Digital Semburan angin (air brush) Kolaj Gambar di atas menunjukkan teknik _______________. 1. A B C D Khayalan dan fantasi. Angan-angan. Rekaan. Pura-pura Ilustrasi imaginasi juga dikenali sebagai ilustrasi________________. 4. A B C D Fashion. Komik dan animasi. Pengiklanan. Flora dan fauna. Gambar di atas merujuk kepada ilustrasi ? 83
4. A B C D Krayon Pensel Cat minyak Krayon Media yang digunakan untuk penghasilan seni catan ialah ? 5. A B C D Menceritakan pangalaman Menyampaikan mesej Hasil jualan Menghasilkan cetakan Antara fungsi utama catan adalah untuk _________________. 1. A B C D Seni Catan Seni Lukisan Seni Halus Seni Cetakan Teknik menggambar atau hasil karya seni yang menggunakan media kering atau warna yang minimum adalah definisi bagi? 2. A B C D Basah atas basah Kering atas kering Teknik titikan Kering atas basah Berikut adalah teknik seni catan kecuali ? 3. Antara berikut, yang manakah adalah media basah ? A B C D TAJUK 01 SENI CATAN JAWAPAN 84
1. Seni arca merupakan hasil produk seni dalam bentuk _______ . A B C D 1 Dimensi 2 Dimensi 3 Dimensi 4 Dimensi 2. Perkataan arca dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai______. A B C D sculpture raw arch dimension 3. Antara berikut, yang manakah bukan berkaitan dengan proses dalam penghasilan arca ? A B C D mengukir memotong menggores melempar 4. Senario aktiviti seni arca di Malaysia masa ini mungkin tidak akan terjelma tanpa inisiatif arcawan awal seperti .........................., Latiff Mohidin,dan Anthony Lau . A B C D Syed Anas Manap Syed Ahmad Jamal Syed Ali Alibi Syed Abu Jalil 5. Apakah jenis arca dalam gambarajah di atas ? A B C D Asemblaj Stabail Mobail Besi / Kimpalan TAJUK 02 SENI ARCA 85
TAJUK 03 REKAAN DALAMAN 3. A B C D Memilih reka bentu yang terbaik Menghasilkan berskala Menentukan konsep dan imej Menhasilkan model Apakah perkara penting dalam penghasilan lakaran awal? 5. A B C D Tidak menggunakan bahan yang sesuai. Binaan kukuh dan ukuran yang tepat. Menggunakan warna secara rawak. Saiz perabut yang pelbagai . Model Reka Bentuk Ruang Dalaman mestilah __________. 2. A B C D Bilik Tidur Bilik Bacaan Ruang Makan Ruang tamu Perabot di atas sesuai bagi kegunaan di 4. A B C D Lukisan titik lenyap Lukisan sudut pandangan Lukisan pelan lantai Lukisan 3D Lukisan di atas merupakan sebuah lukisan digital menggunakan perisian AutoCad. Apakah jenis lukisan tersebut? 1. A B C D Ruang bilik tidur Ruang makan Ruang tamu Ruang dapur Lakaran hiasan dalaman di atas menunjukkan sebuah _____________. 86
TAJUK 04 REKAAN INDUSTRI 2. A B C D I dan II I dan IV III dan IV Semua kemahiran diatas I II III IV Pengetahuan aliran seni halus. Reka bentuk dan fungsi. Kemahiran mengedit gambar. Kemahiran melukis dan perisian computer. Apakah pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada bagi seorang Pereka Bentuk Produk? 4. A B C D I dan II II dan III II dan IV III dan IV I II III IV Pereka Kostum Pembuat model Pelukis pelan Pereka barang kemas Antara berikut yang manakah melibatkan kerjaya dalam bidang reka bentuk perindustrian? 5. A B C D I dan IV I, II dan III II dan III Semua di atas I II III IV Rekaan dan menarik dan moden. Produk yang selamat. Sesuai dengan anatomi manusia. Pilihan warna yang menarik perhatian. Antara berikut adalah fungsi utama bagi penghasilan model egronomic dalam reka bentuk perindustrian. 3. A B C D Mudah Alih Pasang siap Egronomik Teknologi hijau Manakah konsep produk reka bentuk industri yang betul berdasarkan kenyataan di atas? 1. A B C D Mencari pasaran baru Menentukan jenis bahan Membaiki produk rosak Mengubahsuai produk sedia ada Selain menghasilkan produk baru, apakah pendekatan yang digunakan dalam reka bentuk Perindustrian? Produk yang efisen, selesa, serasi dan selamat digunakan 87
5. A B C D Layang Timbul Tebuk tembus bersilat Tebuk tembus tanpa silat Rajah di bawah merupakan motif ukiran yang terdapat pada cucur atap rumah melayu tradisional. Apakah jenis ukiran yang dihasilkan? 6. A B C D Cucuran atap Kekisi tingkap Tangga rumah Dinding rumah Ilustrasi dibawah, menunjukkan ukiran kayu, Dibahagian manakah ukiran tersebut ditempatkan pada rumah melayu tradisional? 2. A B C D Ukiran larik Ukiran leper Ukiran layang Ukiran tembus Apakah jenis ukiran yang sedang dihasilkan di atas? 3. A B C D Memotong papan ukiran Membuat corak papan ukiran Membentuk motif silat di papan ukiran Melicinkan papan ukiran sebelum ukiran dilakukan Sila pilih fungsi alat ukiran kayu di atas. 1. A B C D Memotong papan ukiran Membentuk ukiran secara kasar Membentuk motif silat di papan ukiran Melicinkan papan ukiran sebelum ukiran dilakukan Nyatakan fungsi alat ukiran kayu di atas. 4. Pilih padanan yang betul mengikut alat dan fungsi dalam jadual di bawah. ALAT FUNGSI A Getar Melurus, merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum diukir. B Ketam Kayu Membentuk ukiran kayu secara kasar untuk mendapatkan permukaan yang baik. C Daun Mempelas Membentuk dan melicinkan corak ukiran kayu. D Pisau Wali Mengukir dan membentuk silat ukiran kayu. TAJUK 05 SENI UKIRAN 88
7. A B C D Kikir. Cetar Ketam Pisau wali Apakah nama alatan dalam gambar rajah di atas? 8. A B C D Menggaris dasar. Melicinkan dasar. Melicinkan permukaan. Melicinkan bahagian silat. Apakah kegunaan peralatan dalam gambar rajah di atas? 10. I. II. III. IV. Kayu Jelutung Kayu Cengal Kayu Getah Kayu Ara A B C D I dan II I dan IV II dan III III dan IV Manakah antara berikut merupakan kayu yang sesuai untuk menghasilkan ukiran? 9. A B C D cucur atap bilik tidur serambi dapur Ukiran di bawah biasanya terdapat pada bahagian __________ rumah. 89
4. A B C D Flora. Geometri. Abstrak. Fauna. Apakah jenis motif yang ditunjukkan dalam gambar di atas? 5. A B C D Batik terap (blok). Batik canting. Batik skrin. Batik ikat celup. Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan? “ Mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri iaitu setiap corak batik hanya dihasilkan sekali sahaja walaupun individu yang sama yang menghasilkannya” 2. A B C D I, II, III, dan IV I, III, II dan IV I, IV, III dan II III, IV, II dan I I II III IV Sediakan meja terap. Rebus, bilas dan keringkan. Celup keseluruhan kain dengan pewarna. Proses menerap lilin menggunakan blok tembaga. Susun semula proses penghasilan batik terap blok mengikut urutan yang betul. 3. A B C D Untuk mencanting motif pada kain. Untuk mengekalkan warna pada kain. Digunakan semasa merebus kain. Diperlukan untuk mencampurkan warna pada kain. Apakah keguanaan alatan yang ditunjukkan dalam gambar di bawah? 1. A B C D Gambar rajah manakah yang menunjukkan batik ikat celup? TAJUK 06 SENI BATIK 90
A B C D Ilustrasi dekoratif. Ilustrasi komik dan animasi. Ilustrasi ekspresi. Ilustrasi penerbitan. 5. Kenyataan ini merujuk kepada? “ Ilustrasi ini menggunakan satu atau lebih panel yang dihasilkan secara berturutan." 2. A B C D Siti Rogayah. Noh Mahmud. Jaafar Taib. Muhammad Kasa. Tokoh ilustrasi penerbitan veteran iaitu__________________. 3. A B C D Garisan selari (hatching) Digital Semburan angin (air brush) Kolaj Gambar di atas menunjukkan teknik _______________. 1. A B C D Khayalan dan fantasi. Angan-angan. Rekaan. Pura-pura Ilustrasi imaginasi juga dikenali sebagai ilustrasi________________. 4. A B C D Fashion. Komik dan animasi. Pengiklanan. Flora dan fauna. Gambar di atas merujuk kepada ilustrasi ? TAJUK 07 GRAFIK ILUSTRASI 91