1
BIL TAJUK M/S
1 PENGENALAN 3
2 OBJEKTIF PROGRAM 4
3 MATLAMAT PROGRAM 4
4 JAWATANKUASA PELAKSANA
5 ATUR CARA PROGRAM 5-6
6 TEMA HARI GURU 2022 7
7 POSTER SEKOLAHKU SEJAHTERA 8
7 IKRAR HARI GURU 9
8 LAGU HARI GURU 10
9 LAGU SEKOLAHKU SEJAHTERA 11
10 POSTER SELAMAT HARI GURU 12
11 SAJAK HARI GURU 13
12 PANTUN GURU 14
13 PENGHARGAAN 15
16
2
Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun
bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru
di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.
Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi,
maka lahirlah warganegara yang berjaya dalam
hidup dan seterusnya mampu membangunkan
negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan
tema Hari Guru pada tahun ini iaitu “Guru Tunjang
Sekolah Sejahtera”. Kerjaya suci dan murni
seorang guru sememangnya tiada tandingan dan
tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun.
Di dalam agama Islam sendiri seorang guru itu
adalah berada di kedudukan yang tinggi dan
utama selepas kedua ibu bapa .
3
v Meraikan guru-guru SK Trosor sempena sambutan
Hari Guru pada 16 Mei 2022.
v Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang
mencurahkan bakti mendidik murid-murid SK
Trosor.
v Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan
muhibah di antara guru.
v Mengeratkan dan merapatkan hubungan
silaturrahim antara guru dan murid SK Trosor.
v Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan
murid .
Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat
sekolah 2022 adalah untuk meraikan guru-guru SK
Trosor di samping dapat mengeratkan hubungan
silaturahim diantara guru, kakitangan dan murid-murid.
4
PENASIHAT :
PUAN NOR LAILA BINTI ABDUL SAMAD
PENGERUSI :
ENCIK ZULKIFLI BIN MOHD ZAINI
NAIB PENGERUSI 1 :
ENCIK ROHIZAT BIN AHMAD
NAIB PENGERUSI 2 :
ENCIK MOHD BADRUL HISAM BIN HAMIDI
PENYELARAS :
PUAN KHAIRUN NISA BINTI SARKAWI
BENDAHARI :
ENCIK ISHAK BIN SAIDUKUTTEY
Pengacara Majlis Persembahan
En Ahmad Termizi bin Abd Rahim Pn Sarinah binti Md Kaus
Pn Robakyah binti Idris
Bacaan Doa Pn Nur Azwa binti Sanudin
En Mohd Hawari bin Mohd Yunos
Buku Program
Pn Nur Azwa binti Sanudin
5
Jamuan Persiapan Tempat
Pn Zaimah binti Md Shahid En Mohd Zubadi bin Mohd Sufi
En Mohamed Ibrahim bin Abdul Fatah En Mohd Hawari bin Mohd Yunos
Pn Asiah binti Idris Pn Haliza binti Abdul Hamid
Pn Asma binti Hasan Pn Balkish binti Ahmad Sahimi
En Anuar Pn Dermawati binti Abdul Mutalib
Pn Norrazima binti Lob Othman
Permainan
En Zulkefli bin Jidin Persiapan Pentas
En Ishak bin Saidukuttey En Mohd Zubadi bin Mohd Sufi
Pn Norfaizah binti Mohd Puad En Mohd Hawari bin Mohd Yunos
Pn Haliza binti Abdul Hamid
Siaraya Pn Balkish binti Ahmad Sahimi
En Zulkefli bin Jidin Pn Dermawati binti Abdul Mutalib
En Ahmad Termizi bin Abd Rahim Pn Norrazima binti Lob Othman
Fotografi Hadiah & Cenderamata Guru
En Mohd Zubadi bin Mohd Sufi Pn Nor Faizah binti Zainall Abidin
Pn Nor Rashidah binti Yusoff
6
7:40 am Murid berkumpul
8.30 am Perarakan guru
Ucapan Alu-aluan oleh Pengacara Majlis
10.10 am Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah
1.10 pm Bacaan Doa
Bacaan Perutusan Hari Guru
Ucapan Wakil Murid
Ucapan Pengerusi Kelab Guru
Ucapan Guru Besar
Gimik sambutan hari guru
Upacara menaiikkan bendera hari guru
Ikrar Hari Guru
Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia oleh guru-guru
Jamuan
Persembahan murid
Permainan
Pertukaran Hadiah Guru
Penyampaian hadiah
Bersurai
7
HURAIAN KATA KUNCI
TEMA SAMBUTAN HARI GURU 2022 – Guru Tunjang
Sekolah SEJAHTERA
1.Guru : Merupakan individu penting serta berperanan
sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan
membentuk kemenjadian murid
2.Tunjang : Seorang guru menjadi asas atau titik punca untuk
mendidik dan membentuk sahsiah murid supaya menjadi
insan berperibadian unggul.
3.Sekolah : Merupakan institusi pendidikan yang menyediakan
persekitaran pembelajaran yang penuh dengan nilai-nilai, dan
merangsang minda serta meningkatkan kecekapan murid menimba
ilmu dalam situasi pembelajaran yang menyeronokkan
4.SEJAHTERA : Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai- nilai
murni.
•S – Selamat, seronok dan sihat •T – Tekun, teliti dan terampil
•E – Etika dan empati •E – Eskplorasi
•J – Jati diri •R – Rasional
•A – Adab sopan •A – Artikulasi
•H – Harmoni
8
9
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
10
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
11
•Verse:
Di sini bermula, mengenal dunia
Bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA
•Pre-Chorus 1:
Kesihatan di utama, kebersihan di jaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni
•Chorus:
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah,
Generasi pewaris negara
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia
•Post Chorus:
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama
•Pre-Chorus 2:
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti
12
13
Bunga Sirih untuk Guru
Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.
Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.
Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.
Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.
J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu
14
Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga berjaya.
Pergi ke hutan hendak berburu,
Pulang ke rumah singgah di kota,
Kalau kita sayangkan guru,
Jagalah adab dan tutur kata.
Bunga melati bunga kemboja,
Harum mewangi di ruang tamu,
Jasa guru tidak terkira,
Mendidik kami tanpa jemu.
Pergi ke sawah menanam padi,
Pulang ke rumah lewat petang,
Jasa guru sentiasa di hati,
Akan sentiasa kami kenang.
Jalan-jalan ke Samarinda
Pulangnya membeli pepaya
Hai guruku yang ku cinta
Kau adalah pahlawan tanpa tanda jasa
Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan,
Guru kita sentiasa di hati,
Moga hidup sejahtera dan aman.
15
Setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua pihak yang telah bekerjasama
untuk menjayakan Majlis Sambutan
Hari Guru Tahun 2022 ini. Terima
kasih tidak terhingga terutamanya
kepada Cikgu Norlaila Bt Abdul
Samad ,Guru Besar SK Trosor di atas
kesudian menyempurnakan majlis ini.
Seterusnya tidak dilupakan setinggi-
tinggi ucapan terima kasih kepada
para pentadbir, AJK PIBG, guru-
guru, murid-murid dan seluruh warga
SK Trosor samada yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan majlis yang penuh
bermakna ini.
SEKIAN.
16