TOKOH-TOKOH
MUHADDITH LELAKI
DAN WANITA
PENDIDIKAN ISLAM 4 PPISMP AMBILAN JUN 2021 IPGKDA
PENSYARAH BIMBINGAN : USTAZ ASYRAF BIN ABDUL GHANI @
MOHD AZMI
ABU BIODATA
HURAIRAH
Abu Hurairah atau nama sebenarnya Abd al-Rahman bin
Sakhr al-Dusi Yamani merupakan perawi hadis yang tidak
asing lagi. Beliau diberi gelaran dengan nama “Abu
Hurairah“karena kegemarannya bermain dengan anak
kucing. Diceritakan pada suatu hari ketika Abu Hurairah
bertemu Rasulullah, beliau bertanya pada Abu Hurairah
tentang apa yang ada di dalam lengan bajunya, lalu Abu
Hurairah memperlihatkan bahwa di dalam lengan bajunya
ada seekor anak kucing. Setelah itu beliau diberi gelar oleh
Rasulullah` dengan nama “Abu Hurairah” dan semenjak itu
beliau lebih suka di panggil nama gelar tersebut. Beliau
sebelum memeluk Islam dikenali dengan nama Abd Syams,
dilahirkan di Dus yang terletak di negeri Yaman. Beliau
dilahirkan pada tanggal 7 Hijrah ketika Rasulullah SAW
berada di Khaibar. Abu Hurairah telah memeluk Islam pada
tahun ke 7 Hijrah iaitu ketika Rasulullah SAW telah
berangkat menuju ke Khaibar. Sejak kecil lagi, beliau telah
menjadi anak yatim dan merupakan seorang ahli suffah di
Madinah al-munawarrah iaitu orang- orang miskin atau
sedang menuntut ilmu yang tinggal di halaman masjid. Pada
tahun 59 hijrah, beliau telah wafat iaitu ketika usianya
mencecah 78 tahun.
AKHLAK
ABU
HURAIRAH Beliau merupakan seorang yang memiliki peribadi mulia.
Akhlaknya yang dapat dilihat merupakan seorang yang taat
kepada suruhan Allah SWT dan Rasulullah. Hal ini terbukti
apabila beliau mempamerkan nilai kesabaran yang tinggi
dalam menghadi kesusahan hidup. Ketika tidak mempunyai
makanan, namun beliau tidak pernah meminta. Beliau
bahkan pernah dianggap gila kerana mengikat perut dan
tidur di perkarangan masjid hingga Rasulullah datang dan
memberinya makan. Selepas pembukaan empayar Islam,
kehidupan Abu Hurairah semakin membaik. Walaupun telah
dikurniakan isteri, anak dan harta namun, sikapnya tidak
pernah berubah. Beliau giat menuntut ilmu, tawaduk dan
tekun beribadat kepada Allah SWT. Selain itu, beliau
merupakan seorang yang sangat cintakan ilmu
pengetahuan. Walaupun beliau seorang miskin, namun itu
tidak membataskannya untuk tekun mempelajari ilmu dan
menghafaz al- Quran dan Hadis. Beliau sentiasa
mendampingi Rasulullah untuk menuntut ilmu. Di samping
itu, ketaatannya kepada kedua-dua orang tuanya tidak
berbelah bagi. Beliau tetap menghormati ibunya walaupun
ketika dia memeluk Islam ibunya masih lagi dalam agama
asal. Seterusnya, dia juga seorang yang sangat mengasihi
binatang. Diceritakan bahawa, beliau sangat suka bermain
dengan seekor anak kucingnya yang dimasukkan dalam
lengan bajunya. Minatnya terhadap binatang timbul apabila
mendengar kisah seorang wanita yang dimasukkan ke
dalam neraka oleh Allah SWT kerana mengurung seekor
kucing sehingga kelaparan.
ABU SUMBANGAN
HURAIRAH
Terdapat banyak sumbangan besar Abu Hurairah
terutamanya dalam periwayatan hadis. Beliau
meriwayatkan sebanyak 5374 hadis dan terkenal sebagai
sahabt yang paling banyak meriwayatkan hadis baginda
Nabi Muhammad SAW. Beliau mempunyai 800 orang anak
murid dan sangat giat mengembangkan Islam melalui
periwayatan hadis. Antara hadis yang diriwayatkan dalam
kebanyakan hadis seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim,
Sunan al-Tarmizi, Sunan Ibnu Majah, Sunan an-Nisaie dan
Sunan Abu Daud.
FAKTOR KEJAYAAN
Kerajinan beliau menghadiri majlis ilmu bersama sahabat
serta tekun menyebarkan hadis kepada orang ramai
merupakan faktor kejayaan terbesar dalam periwayatan
ilmu hadis. Beliau merupakan ahli Suffat yang tidak sibuk
dengan urusan pentadbiran di zaman Rasulullah maka
beliau dapat menumpukan sepenuh tenaga terhadap
periwayatan hadis. Abu Hurairah meriwayatkan banyak
Hadis disebabkan beliau mendampingi Rasulullah selama
tiga tahun, sejak Abu Hurairah memeluk Islam. Abu Hurairah
berkata, “sesungguhnya saudara kami dari golongan
muhajirin sibuk dengan urusan mereka dipasar dan orang-
orang Anshar sibuk bekerja diladang mereka, sementara
aku seorang yang miskin sentiasa bersama Rasulullah di
mil’i batni. Aku hadir di majlis yang mereka tidak hadir dan
aku hafal pada saat mereka lupa” (Hadits Riwayat Bukhari).
IMAM AL-
Adalah Abu Amru Abdurrahman bin Amru bin
AUZA'IE Muhammad Al-Auza’i Ad-Dimasyqi, ulama ahli fiqh
besar dari Syam . Madzhab yang didirikan ulama yang
akrab disebut Imam Abdurrahman Al-Auza’i itu
sempat bertahan selama 220 tahun sebelum tergusur
oleh madzhab lain yang lebih populer.
Beliau lahir pada masa sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w
Beliau dilahirkan di Ba’labaka, Syam pada tahun
masih hidup. Nama Al-Auza’ie merupakan nama sebuah desa
88 Hijrah dan mengalami zaman kanak-kanak
yang terkenal di kota Hamadan, Damsyiq yang bernama Al
dalam keadaan yatim. Namun, sejak kecil beliau
Auza’ie. Beliau terkenal sebagai seorang yang berperibadi baik,
sentiasa berusaha memperbaiki diri.
soleh, memiliki banyak ilmu, baik dalam bidang hadith dan feqh.
Sebagaimana layaknya ulama lainnya, beliau
Dan semua ucapan beliau digunakan sebagai hujjah. melakukan perjalanan menuju Yamamah dan
Bashrah sebagai petualangan dalam menuntut
ilmu. Beliau adalah ulama dari Syam yang
kemudian pindah ke Beirut sampai wafatnya
dan mendapat julukan Syaikhul Islam. Imam
Auza’ie mempunyai jalur kekerabatan dengan
imam Yahya bin Amar Asy-Syaibani, iaitu imam
Yahya adalah sepupu kepada imam Auza’ie.
NASIHAT-NASIHAT IMAM AL-AUZA'IE kepada Walid
-antaranya ialah beliau pernah mengatakan
b“AAilnlpaaMhbamilzaeidAm,llbauhkma esantguhpeinndtuaksiukkeabbuerurdkkeabnatudnatunkAslleashu
atu ,
Selain itu, beliau adalah seorang yang pakar dalam bidang
hadith. Beliau juga sangat tegas akan ke absahan hadis,
sulitkan mereka untuk beramal.” Sebagaimana
sehingga beliau tidak segan-segan untuk menegur siapa pun
Beliau juga menjelaskan akidah Ahli Sunnah. Al-Mashishi
demi ke absahan hadis nabi Muhammad s.a.w.
yang diceritakan oleh Muhammad bin Katsir Kecenderungan beliau terhadap method sunnah dan
b“bkBdbKaeeeeianhtrlnemiaaaYgrdwuiaaaapnnsamaadgmsfreaiaabannebtatandtaahsedasbianehiANw’tnaianragatsnkbasybgarei,enSdmAAlAialalalu-WnagAuahauk.nmrzaySymaameea’nbinaebigadnbemgetueraenpsreirigiemnmdaangaasradapnenAatanaalptt-tkeAdaidaartuiarnshbzila,waaaadmb’ahieaeya
pasrwputskaeneagnAmnaallnuAhagah.m”
ir
berpegang kuat padanya di samping al-Quran . Maka
disebabkan hal ini, beliau tidak banyak menerima kaedah
akal dan qias dalam menyelesaikan permasalahan feqh,
mungkin kerana pada zaman itu masih belum banyak
perkara baru yang timbul, maka mudah baginya untuk
menyelesaikannya dengan al-Quran mahupun as-Sunnah
m“kaAadepmanaluagbhaimltamaekkunaabgnmaa,umligmbhieliapniedtunednpagepayraathmoaprd
aaisinbgdealarriiitnaN, adkbeairriaSAnAlaWlab,hej.a”linagua
nlah
Sahelliasinasftartawjau-gfaatswearifniqgihm,eImnyaammApal-iAkaunzan’iaysaenhgatj-ungaasetehraktennyaaldsaelbaamg
ai
bahasa yang indah. Diantara nasehatnya adalah, “Barangsiapa yang
METODE FIQH AL-AUZA’IE lebih banyak mengingat kematian maka kehidupan cukup mudah
-sangat benci sekali dengan Qiyas dalam fiqih
baginya (mencari bekal dengan beramal shalih). Dan barangsiapa
mereka. Corak ini jelas terpengaruh oleh Imam
berucap dengan ilmunya maka dia akan sedikit bicara.” Al-Auza’i
al-Auza’ie sendiri yang merupakan seorang
juga berkata, “Barangsiapa yang lama dalam shalat malam, maka
Muhaddits (Ahli Hadits). Allah akan memudahkan urusannya dan menaunginya pada hari
kiamat”. Al-Walid bin Mazid mendengar Al-Auza’i berkata, “Apabila
Menurut Syaikh Muhammad Fauzi, Imam Al- Allah menghendaki suatu kaum kejelekan, maka Allah akan
Auza’i termasuk tokoh yang mengedepankan
membukakan baginya pintu berdebat dan enggan untuk beramal.”
nash (hadits) dan menolak penggunaan logika
Dan juga berkata, “Sesungguhnya orang Mu’min itu sedikit bicara
dalam bentuk qiyas. Demikian juga yang
banyak beramal dan orang munafiq itu banyak bicara dan sedikit
diceritakan oleh Imam Syafi’i dalam kitab Al- beramal.”
Umm-nya.
Huzaifah al-Yaman
Siapakah Huzaifah al-Yamani? Huzaifah ibn Al-Yaman (Bahasa Arab: )حذيفة بن اليمان
merupakan seorang sahabat nabi dan penjaga rahsia Rasulullah yang dilahirkan di kota
Madinah. Namun, beliau juga memiliki kampung halaman yang lain iaitu kota Mekah. Kisahnya
bermula daripada ayah beliau, Husail bin Jabir yang merupakan seorang lelaki yang
berketurunan ‘Abs di Mekah. Diceritakan bahawa Husail telah melakukan kesalahan
membunuh. Lalu beliau terpaksa melarikan diri ke kota Yathrib (Madinah). Beliau telah
menetap di sana dan mendapatkan perlindungan daripada puak Bani Abdul Asyhal yang
kelak tergolong menjadi golongan Ansar. Bukan itu sahaja, beliau juga turut berkahwin
dengan wanita puak tersebut sehingga memperoleh seorang anak lelaki. Anak lelaki
tersebut kemudiannya dinamakan sebagai Huzaifah.
”Maka, dari situlah datangnya gelaran al-Yaman
kepada Husail memandangkan puak-puak Ansar
sebenarnya berasal dari Yaman.”
Begitulah sedikit latar belakang tokoh sahabat kita ini yang berasal dari kota Mekah tetapi
dibesarkan di kota Yathrib.
Sebelum Nabi SAW berhijrah ke Yathrib, sekumpulan delegasi dari kaum ‘Abs yang turut disertai
oleh al-Yaman telah menemui Baginda di Mekah.
Mereka kemudiannya memeluk Islam. Justeru, boleh dikatakan keluarga Huzaifah di antara
keluarga terawal memeluk Islam di Yathrib sebelum ketibaan Baginda SAW.
Oleh kerana belum pernah melihat Rasulullah, beliau sangat teringin untuk bertemu
baginda. Setiap kali mendengar khabar Rasulullah dari bapanya yang berulang-alik antara
Mekah dan Madinah, hatinya semakin rindu dengan batang tubuh manusia agung itu.
Dek kerinduan yang tidak tertahan, akhirnya pada suatu hari pergilah beliau ke Mekah bagi
bertemu baginda. Alangkah gembiranya tatkala dapat berjumpa insan yang sangat dirindui itu.
Antara soalan pertama yang ditanya: Suatu ketika, Huzaifah bertemu Nabi SAW di Mekah dan
bertanya baginda, “Wahai Rasulullah, adakah saya ini seorang Muhajir atau Ansar?”
Jawab baginda, “Kamu boleh memilih di antara keduanya.” Lalu, beliaupun memilih untuk
menjadi golongan Ansar.
Mengetahui Siapa Munafik
Imam Ibn al-Athir dalam Usd al-Ghabah fi Ma’rifah al-Sahabah menceritakan bahawa
Huzafah bin al-Yaman ini merupakan seorang sahabat yang terpilih untuk menjadi penyimpan
rahsia Rasulullah SAW. Rahsia tersebut adalah berkenaan dengan orang Munafik di Madinah.
Hanya beliau seorang sahaja yang mengetahuinya.
Suatu ketika Umar bin al-Khattab yang ketika itu berupakan khalifah bertanya kepada
beliau, “Adakah di dalam kalangan pegawaiku tergolong dalam kalangan orang
Munafik?” Huzaifah menjawab, “Ya, ada seorang.” Umar bertanya lagi, “Siapakah dia?”
Huzaifah menjawab, “Saya tidak akan menyebutkan siapa.” Setelah beberapa ketika,
Huzaifah berkata, “Orang tersebut sudahpun dipecat oleh Umar.
Sepertinya beliau telah mendapat petunjuk tentang siapakah dia.”
Betapa sahabat nabi ini dihormati sehingga menjadi kayu ukur untuk seorang pemimpin
seperti Khalifah Umar. Buktinya, apabila ada sahaja berita tentang kematian seseorang, beliau
pasti akan bertanya tentang Huzaifah. Sekiranya Huzaifah menghadiri solat jenazah tersebut,
barulah beliau akan turut hadir. Begitulah sebaliknya.
keperibadiannya Menjadi Kenangan
Huzaifah bin al-Yaman tergolong bersama rakannya Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan Muadz
bin Jabal sebagai orang yang dikenang oleh Umar bin al-Khattab.
Suatu ketika, beliau berkata kepada para sahabatnya, “Berharaplah kamu semua. Berharaplah
kamu semua untuk mendapatkan sebuah rumah yang dipenuhi dengan harta dan
perhiasan. Semua itu kamu semua dapat infakkan di jalan Allah.” Kemudian, Umar berkata lagi,
“Tetapi, saya berharap agar adanya orang seperti Abu Ubaidah, Muadz bin Jabal dan Huzaifah bin
al-Yaman.” Sebelum ini, Umar pernah mengirimkan sejumlah wang kepada Abu Ubaidah.
Beliau berkata: “Kita lihat apakah yang akan dilakukan olehnya dengan wang tersebut.” Sebaik
sahaja menerima wang pemberian khalifah itu, Abu Ubaidah terus membahagikannya kepada
fakir miskin tanpa tinggal sedikitnya untuknya. Setelah itu, Umar mengirimkan pula wang
kepada Huzaifah.
Kata beliau, “Kita lihat apakah yang akan dilakukan olehnya dengan wang tersebut.”
Seperti Abu Ubaidah, Huzaifah pun turut sama membahagikan wang tersebut tanpa tersisa
untuknya. Setelah selesai bercerita, Umar berkata kepada rakan-rakannya: “Bukankah saya sudah
katakan kepada kamu semua sebelum ini mengapa saya mengharapkan adanya orang seperti
mereka?”
Huzaifah bin al-Yaman akhirnya meninggal dunia 40 hari selepas kesyahidan Khalifah
‘Uthman bin ‘Affan pada tahun 36H. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau
menangis dengan kuat. Lalu ada orang bertanya kepadanya, “Apakah yang membuatkan kamu
menangis?” Beliau menjawab, “Tidaklah saya menangis disebabkan aku akan meninggalkan dunia
bahkan kematian itu amatlah saya sukai. Namun, saya sedih kerana saya tidak tahu adakah saya
akan menghadap Allah SWT dalam keadaan Dia reda atau murka terhadapku.” Beliau juga
sempat berdoa, “Ya Allah sesungguhnya Engkah mengetahui bahawa aku mencintai-Mu.
Maka berkatilah aku ketika aku bertemu dengan-Mu.”
ABDULAH Sahabat Nabi Muhammad dan orang
IBN keenam yang masuk Islam
Beliau dilahirkan di Mekah
MASUD Hidup di zaman nabi sehingga pada
zaman pemerintahan Khalifah Saidina
Usman Bin Affan dan meninggal pada
usia yang tua
Beliau dimakamkan di Jannatul Baqi,
Madinah
Memegang jawatan sebagai pentadbir
awam pada masa pemerintahan
Saidina Umar bin Khattab dan Usman
bin Affan
Ketokohan ilmu:
Pelajarilah Al-Quran dari empat orang ini iaitu Abdullah bin Mas’ud,
Salim Maula Abi Huzaifah, Ubay bin Ka’ab dan Muaz bin Jabal.
Ibnu Mas’ud terkenal dengan ketinggian ilmu dan kefahaman
dalam menghurai rahsia Al-Quran. Butir-butir kalimat yang beliau
ucapkan seperti ungkapan dari lisan kenabian. Beliau amat fasih
dalam menjelaskan ayat-ayat mutasyabihat (strategi) Al-Quran
serta menggunakan formulanya di dalam urusan agama.Ibnu
Mas’ud juga salah seorang penyusun lembaran-lembaran dan
catitan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W mengikut
asbabun nuzul. Beliau disebut oleh Rasulullah S.A.W sebagai salah
seorang yang paling memahami setiap ayat yang diturunkan,
asbab diturunkan, bila dan di mana ia berlaku. Kebijaksanaannya
membolehkan beliau menulis dan menyusun seluruh kandungan
Al-Quran menurut Mushaf atau susunannya. Ibnu Mas'ud sentiasa
bertadarus bersama Rasulullah S.A.W dan Baginda sendiri
sentiasa menyemak bacaan Al-Quran Ibnu Mas’ud sehingga
bacaannya sangat diyakini. Beliau menerima AI-Quran langsung
dari mulut Rasulullah S.A.W sendiri dan membacanya
sebagaimana didengarnya dari baginda. Rasulullah S.A.W bertutur
tentangnya. "Barang siapa ingin mendengarkan Al-Qur’an dalam
keadaan segar sebagaimana ia turun, maka dengarkanlah bacaan
Abdullah bin Mas’ud." (HR. Tirmidzi)
Kejujuran:
Pada masa remajanya Abdullah merupakan seorang penggembala kambing.
Sikap kejujurannya menyebabkan Rasulullah SAW dan Abu Bakar menawarkan
kepada beliau untuk menjadi pembantu peribadi Rasulullah. Kejujuran ini dapat
dilihat ketika Abdullah bin Mas’ud mengembala kambing, datang Rasulullah SAW
bersama Abu Bakar yang cuba mengelak daripada kejaran kaum musyrikin. Oleh
kerana mereka berjalan tanpa membawa bekal, maka ketika berjumpa Abdullah
bin Mas’ud, Rasulullah SAW bertanya kepadanya jika boleh diberikan sedikit susu
kambing? Abdullah bin Mas’ud pun menjawab, “Saya ini diamanahkan menjaga
kambing, dan bukannya pemilik kambing ini”. Walaupun belum menjadi seorang
Islam, Abdullah bin Mas’ud merupakan seorang yang amanah. Lalu baginda
Rasulullah SAW pun bertanya sekiranya ada kambing yg berusia setahun ke atas,
yang masih belum mempunyai susu (kambing dara). Abdullah bin Mas’ud pun
berkata ada dan dibawa kambing itu kepada Rasulullah SAW. Baginda SAW pun
menepuk pada kambing lalu keluarlah susu dengan deras daripada kambing itu.
Maka, terkejutlah Abdullah bin Mas’ud melihat kejadian itu. Rasulullah SAW dan
Abu Bakar pun minum dan diberi juga Abdullah bin Mas’ud meminumnya. Setelah
puas meminumnya, Rasulullah SAW pun mengarahkan agar susu kambing itu pun
kembali kepada bentuk asalnya (yang tiada susu).
Keistimewaan Abdullah Bin Masud
• Orang yang tahu perkara yang rahsia kepada Rasulullah SAW, iaitu orang yang amat
hampir kepada Rasulullah SAW. Contohnya, jikalau Rasulullah SAW tidur , yang
berani mengejutkan baginda ialah Abdullah bin Mas’ud , kalau Rasulullah SAW mandi,
Abdullah bin Mas’ud yang akan memegang kain menutupinya, kalau Rasulullah SAW
berjalan seorang diri tanpa teman, yang boleh menemaninya hanyalah Abdullah bin
Mas’ud, orang yang diizinkan masuk rumah Rasulullah SAW ialah Abdullah bin Mas’ud
. Perkara-perkara ini bersifat ‘privacy’ dan tidak diberi kelebihan ini kepada sahabat
yang lain.
• Menjaga bantal Rasulullah SAW, sama ada bantal untuk baginda SAW duduk atau
bersandar atau meletak alas tempat duduknya.
• Menjaga siwak Rasulullah SAW – Setiap kali Rasulullah SAW ingin bersiwak atau
menyimpan siwaknya, Abdullah bin Mas’ud yang akan memegangnya.
• Menjaga selipar Rasulullah SAW. Ada beberapa riwayat menceritakan bahawa
apabila berjalan bersama Nabi SAW, Abdullah bin Mas’ud akan berjalan di hadapan
Nabi SAW, tetapi bukan kerana ingin mendahului Nabi SAW, tetapi adalah untuk
menyediakan selipar dan tongkat Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW ingin
memakai selipar, Abdullah bin Mas’ud menyediakan sehingga Nabi SAW tinggal
menyarungnya saja. Apabila Nabi SAW berhenti, Abdullah bin Mas’ud sudah menanti
untuk membuka selipar Nabi SAW, tanpa Nabi SAW perlu menundukkan dirinya, dan
dia juga mengambil tongkat baginda. Bila Nabi SAW sudah masuk ke dalam majlis,
Abdullah bin Mas’ud pun ikut masuk bersama selipar Nabi SAW yang diletak dicelah
jarinya. Begitulah hebatnya cara sahabat melayan baginda Rasulullah SAW.
• Menjaga keperluan wudhuk atau bersuci Rasulullah SAW, daripada bekas airnya,
batunya dan sebagianya.
Aisyah
Abu Bakr
‘Aisyah juga dikenal sebagai perempuan yang banyak menghapalkan hadist-
hadist Rasulullah. Sehingga beliau mendapat gelar Al-mukatsirin (orang yang
paling banyak meriwayatkan hadist). Ada sebanyak 2210 hadist yang
diriwayatkan oleh Aisyah ra. Diantaranya terdapat 297 hadist dalam kitab
shahihain dan sebanyak 174 hadist yang mencapai derajat muttafaq ‘alaih.
Bahkan para ahli hadist menempatkan beliau pada posisi kelima penghafal
hadist setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas bin Malik, dan Ibnu Abbas.
Kecerdasan dan keluasan ilmu yang dimiliki Aisyah ra sudah tidak diragukan
lagi. Bahkan beliau dijadikan tempat bertanya para kaum wanita dan para
sahabat tentang permasalahan hukum agama, maupun kehidupan pribadi
kaum muslimin secara umum.
‘Aisyah .ra meninggal pada malam selasa, tanggal 17 Ramadhan setelah shalat
witir, pada tahun 58 Hijriyah. Para sahabat Anshar berdatangan pada saat itu,
bahkan tidak pernah ditemukan satu hari pun yang lebih banyak orang-orang
berkumpul padanya daripada hari itu, sampai-sampai penduduk sekitar
Madinah turut berdatangan. ‘Aisyah .ra dikuburkan di Pekuburan Baqi’. Shalat
jenazahnya diimami oleh Abu Hurairah dan Marwan bin Hakam yang saat itu
adalah Gubernur Madinah. Sosok Aisyah ra merupakan teladan yang tepat bagi
muslimah tanpa perlu menggembar-gemborkan masalah emansipasi yang
terjadi saat ini. Keberadaan Aisyah sudah membuktikan bahwa perempuan
juga diberikan posisi yang layak di zaman Rasulullah saw dan para shahabat.
www.hafiydanial.com
UMMU SALAMAH
BIODATA
Berikut merupakan biodata seorang wanita terpilih,
terhormat dan mulia yang selalu ditimpa ujian, tetapi
sentiasa bersabar dan tabah. Beliau ialah Ummu
Salamah. Nama sebenar beliau ialah Hindun binti Abu
Umayyah bin al-Mughirah bin Abdullah bin Amr bin
Makhzum. Beliau berasal dari keluarga yang terhormat
kerana beliau berasal dari Bani Makhzum dan lahir 24
tahun sebelum hijrah dan wafat pada tahun 61 H.
Beliau merupakan salah seorang isteri Rasulullah SAW.
Ummu Salamah seorang wanita terhormat, berhijab
dan suci. Ummu Salamah merupakan sepupu kepada
Khalid bin Walid yang digelar Saifullah (Pedang Allah)
dan Abu Jahal bin Hisyam. Ummu Salamah termasuk
wanita pertama sekali berhijrah ke Madinah. Hindun
bin Abu Umayyah kemudiannya dikenali sebagai Ummu
Salamah. Sejak dari kecil, Ummu Salamah sudah
menampakkan keperibadian yang kuat untuk menjadi
wanita terhormat. Ummu Salamah seorang yang
berparas yang sangat cantik, terhormat dan bijaksana.
Selain itu Ummu Salamah banyak memberikan
pandangannya yang bijak kepada Rasulullah S.A.W
(Seperti dalam peristiwa Hudaibiyah). Ummu Salamah
meriwayatkan sebanyak 387 Hadis (Terdapat 3 Hadis
disepakati bersama al-Bukhari dan 10 Hadis bersama
Muslim). Hadis yang diriwayatkannya mengenai
bimbingan dan pendidikan untuk kaum wanita.
UMMU SALAMAH
Sebelum bernikah
dengan Rasulullah S.A.W
Sebelum menjadi Ummul Mukminin isteri Rasulullah
S.A.W, Ummu Salamah telah bernikah dengan Abdullah
bin Abdul Asaad bin Hilal bin Makhzum, seorang Sahabat
yang mulia serta seorang lelaki yang soleh dan terkenal
dengan kemampuan menunggang kuda. Mereka hidup
bahagia. Kemudian beliau mesra dikenali sebagai Abu
Salamah. Beliau juga saudara sesusuan Rasulullah S.A.W.
Ibu Abu Salamah ialah Barrah binti Abdul Muthalib. Abu
Salamah dan isterinya Ummu Salamah antara Sahabat
yang awal memeluk Islam dan beriman dan mengikuti
dua kali Hijrah. Di ketika beratnya seksaan dan
penganiayaan menimpa Sahabat-sahabat yang awal
memeluk Islam, maka Rasulullah S.A.W mengizinkan
mereka Hijrah ke Habasyah termasuk sepasang suami
isteri ini. Tatkala mereka mendengar Islamnya Hamzah
bin Abdul Muthalib dan Umar bin al-Khattab, ramai
Sahabat yang hijrah kembali balik semula ke Makkah
termasuk sepasang suami isteri ini. Hanya sebentar,
kemudian kaum Quraisy kembali menyeksa mereka
dengan hebat dan sekali lagi Rasulullah S.A.W
mengizinkan mereka hijrah ke Madinah pula.
UMMU SALAMAH
SELEPAS bernikah
dengan Rasulullah S.A.W
Setelah iddahnya selesai, Abu Bakar dan Umar bin al-khattab
meminang Ummu Salamah, namun kedua-duanya ditolak.
Kemudian Ummu Salamh dipinang oleh Rasulullah S.A.W. Ummu
Salamah pun menerima lamaran Rasulullah S.A.W. Mereka
bernikah pada tahun 4H dengan walinya putera Ummu Salamah
sendiri. Indahnya perancangan Allah S.W.T, Allah S.W.T telah
anugerahkan penghormatan kepada Ummu Salamah,
penghormatan yang tiada tolok bandingnya dengan dunia dan
seluruh isinya. Ummu Salamah telah menjadi isteri yang sangat
baik, Beliau banyak membantu kerja dakwah Rasulullah S.A.W
dengan sumbangan idea-idea dan pandangan-pandangan yang
bijak dan matang. Ummu Salamah ini pernah dianggap sebagai
ulamak di generasi para Sahabat kerana beliau sentiasa
mendengar bacaan al-Quran secara langsung dari Rasulullah
S.A.W dan beliau juga dijadikan rujukan oleh para Sahabat dalam
persoalan hukum dan fatwa terutama persoalan yang berkaitan
dengan perempuan. Beliau telah meriwayatkan 378 Hadis yang
dihafalnya dengan baik. Beliau wafat ketika berumur lingkungan
84 tahun. Ummu Salamah adalah Ummul Mukminin yang paling
akhir meninggal dunia. Abu Hurairah juga ikut melakukan solat
jenazahnya di Baqi’. Ummu Salamah sangat menyayangi orang-
orang yang di sekelilingnya. Beliau sangat bahagia dan gembira
bila orang di sekelilingnya juga bahagia dan gembira. Ummu
Salamah meninggalkan dunia setelah memberikan contoh
terbaik kepada semua kaum wanita dalam persoalan
kesetiaannya sebagai isteri solehah, dalam persoalan jihad,
dalam persoalan kecerdasan atau kebijaksanaan pemikiran dan
keilmuan yang luas, seorang yang empati terhadap
permasalahan orang di sekelilingnya dan keindahan kesabaran
dan ketabahan yang tinggi yang dimilikinya.
IMAM ABU HANIFAH (150H)
Abu Hanifah ( )ابو حنيفهatau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit ()نعمان ن ثابت
dilahirkan pada 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi dalam sebuah kampung bernama
Anbar di Kufah, Iraq ketika zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
Beliau berasal dari keturunan Parsi dan merupakan ulama terkenal Islam yang
mengasaskan Mazhab Hanafi. Gelaran beliau sebagai “Abu Hanifah” diambil kerana
beliau sentiasa membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi untuk mencatat ilmu
yang dicari. Beliau juga mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang
anak bernama Hanifah dan Hanifah juga bermaksud cenderung agama. Beliau terkenal
dengan sifatnya yang suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuannya dan rajin berusaha serta mempunyai cita-cita yang tinggi
dalam hidupnya. Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya sehinggakan sering
memberi hadiah kepada guru-gurunya dan guru-guru yang mengajar anaknya. Beliau
pernah dipujuk oleh khalifah untuk memegang jawatan dalam kerajaan tetapi
ditolaknya kerana bimbang dirinya dipergunakan oleh khalifah. Beliau meninggal dunia
pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di penjara ketika berusia 70 tahun dan
dikebumikan di Baghdad. Mazhab beliau tersebar di negara-negara Islam dan
berpengaruh di Iraq. Selain itu, mazhab ini juga merupakan mazhab rasmi kerajaan
Uthmaniyah serta jajahan takluknya seperti Mesir, Lubnan, dan Syria.
http
s://youtu.be/wIduBHK1DzQ
Pendidikan
Beliau sempat belajar dengan beberapa orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
termasuklah Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin
Al-Harith dan Abdullah bin Anas. Kecintaan beliau terhadap ilmu telah membawa
beliau untuk menuntut ilmu dengan 200 orang ulama termasuk para sahabat dan
tabiin. Ilmu yang dipelajari beliau termasuklah ilmu tauhid, ilmu al-Quran, dan ilmu
hadis selain mahir dalam bidang sastera. Beliau pernah berguru dengan Hamad bin
Sulaiman selama 20 tahun sebelum mengambil alih tempat gurunya itu setelah
gurunya itu meninggal dunia.
Sumbangan
Beliau banyak menghabiskan masa di masjid untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
tertutama berkenaan bidang agama kepada orang ramai. Beliau juga terkenal dengan
kebijaksanaan beliau dalam membezakan hadis sahih dan juga sebaliknya kerana beliau
sangat berhati-hati dalam menentukan sesuatu hukum mengikut martabat hadis. Imam
Abu Hanifah terkenal sebagai ahli fikir dalam Islam kerana menggunakan akal
fikirannya dalam memutuskan sesuatu hukum apabila sesuatu hukum tidak terdapat di
dalam al-Quran. Berbekalkan kebolehan yang dimiliki beliau, beliau berjaya menyusun
ilmu-ilmu berkenaan hukum fikah sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat
pada masa kini dan beliau merupakan ulama pertama yang menyusun kitab fikah secara
tersusun mengikut bab dan fasal. Beliau juga menyusun kitab “Al-Faraid” (harta
pusaka) dengan lengkap. Cara pemikiran beliau mempengaruhi anak-anak muridnya
yang menyebarkan ilmu mengikut aliran pendapat melalui kuliah dan penulisan. Beliau
acapkali menegah murid-muridnya bertaklid tetapi menggalakkan menggunakan akal
fikiran mengenai sesuatu hukum dan menegah umat Islam beramal dengan perkara-
perkara bidaah dalam ibadat.
Karya :
-Fikah Akbar
-Al-alim wal al-
muta'alim
-Masnad Fikah Akbar
Sufyan al-Thauri
Sufiyan bin Said bin Masruq bin Habib bin Rafi’ bin Abdillah bin
Muhibah bin Abi Abdillah bin Munqiz bin Nashr bin Al-Harith bin
Tsa’labah bin Amir bin Milkan bin Tsur bin Abdi Manah Uddi bin
Thabikhah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan.
Lahir pada tahun 97 Hijrah di Kufah pada zaman khalifah
Sulaiman bin Abdul Malik. Ayahnya juga merupakan seorang ahli
hadith yang masyhur, iaitu Said bin Masruq Al-Thauri.
Antara guru beliau ialah Abi Ishak al-Syaibani,Ismail bin Abi
Khalid, Hammad bin Abi Sulaiman (Kufah). Ziyad bin Ilaqah
Sulaiman al-Taimiy Ibrahim bin Maisarah (Basrah). Zaid bin
Aslam, Ayyub bin Musa, Abi Zannad (Hijaz).
Banyak ulama menyanjungi beliau. Antaranya:
Imam al-Zahabi: “Sanad yang paling baik bagi orang Iraq ialah:
Sufiyan daripada Mansur daripada Ibrahim daripada ‘alqamah
daripada Abdullah bin Mas’ud”.
Telah berkata Syu’bah, Ibn Ulayyah, Abu Asim, Yahya bin Main
dan ramai lagi: “Sufiyan adalah Amir al-Mukminin dalam hadith”.
Ibn Uyainah: “Aku tidak pernah melihat orang yang lebih
mengetahui akan halal dan haram daripada Sufiyan al-Thauri”.
Kata-kata Sufyan al-Thauri
“Sanad itu senjata orang yang beriman. Jika dia tiada senjata,
bagaimanakah dia akan berperang”?.
Imam Malik
bin Anas
PENGENALAN RINGKAS
NAMA SEBENAR
Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith
TEMPAT LAHIR
Di Kota Madinah
TARIKH LAHIR
93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi.
TARIKH MENINGGAL
10 Rabiulawal 179 Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun.
SIFAT PERIBADI
Beliau mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih muda dan beliau
terkenal dengan sifat mulia, sopan, suka memakai pakaian yang bersih,
kemas serta bau-bauan yang harum. Selain itu juga, beliau seorang yang
pendiam dan hanya berkata perkara perkara yang berfaedah apabila perlu
sahaja. Di samping itu juga, beliau seorang hartawan yang tidak lokek
membelanjakan hartanya ke jalan Allah dan tabah dalam mengharungi
kehidupan serta rajin mengerjakan ibadat kepada Allah.
TAHAP PENDIDIKAN
Beliau telah menghafal ayat-ayat al-Quran dan hadis semenjak kecil. Baginda
telah mendapat pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang ulama
terkenal di sana serta beliau pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30
buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja. Akhir sekali,
beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’
tabiin
Imam Malik
bin Anas
Kitab Al-Muwatta
Bermaksud yang disepakati atau panduan tentang ilmu dan
hukum-hukum agama.
Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik
terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis
tertentu.
Mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh Imam
Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin.
Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan
menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya.
Imam Syafie pernah berkata, "Tiada sebuah kitab di muka bumi
ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selepas Al-Quran
selain daripada kitab al-Muwattak karangan Imam Malik.
Imam Shafie
(204 H)
1.Riwayat hidup
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris bin al-Abas bin Uthman bin Syafi’ bin as-
Saib. Salasilah keturunannya bertemu dengan salasilah Nabi S.A.W. pada datuknya abdul
manaf. Al-Imam asy-Syafie dilahirkan di Ghizzah, daerah Asqalan, Palestin pada tahun 150
hijrah bersamaan 767 masihi. Ayahanda dan bundanya berasal dari Mekkah al-Mukarramah.
Mereka menziarahi Palestin dan ketika itu al-Imam asy-Syafie masih dalam kandungan
ibunya. Dengan takdir Allah ayandanya meninggal dan tidak lama selepas itu al-Imam asy-
Syafie dilahirkan. Setelah berusia dua tahun mereka Kembali semula ke Mekah dan
menetap di Syi’bu al-Haif.
Gelaran asy-Syafie yang menjadi panggilan masyhurnya adalah sempena nama datuknya
iaitu Syafi’ bin as-Saib. Beliau seorang yang kuat ingatan, terang hati, rajin serta mempunyai
peribadi yang sangat tinggi. Ibunya Fatimah binti Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Thalib.
Beliau meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204 hijrah bersamaan 820 masihi di Mesir.
2.Pendidikan
Al-Imam asy-Syafie mula-mula belajar al-Qur’an Ketika berusia lima tahun dan dapat
menghafaz keseluruhan al-Qur’an Ketika berusia sembilan tahun. Kemiskinan keluarganya
tidak sedikit pun menjejaskan pengajiannya, malah beliau lebih giat meneruskan cita-
citanya mempelajari ilmu pengetahuan. Bagi melaksanakan tujuan ini. Al-imam asy-Syafie
sentiasa berada disamping gurunya mengajar dan memberi syarahan.
Al-Imam asy-Syafie mempunyai ingatan yang kuat, berkebolehan tinggi, dapat mengikuti
dan menghafaz kesemua pelajaran yang diajar. Apabila gurunya tidak dapat mengajar
kerana suatu urusan, beliau diamanahkan mengambil tempat gurunya untuk mengajar
murid-murid meghafaz dan juga mengajar mata pelajaran lain.
Disamping mendalami ilmu al-Qur’an, ilmu hadis dan selok-belok bahasa arab
daripada pelbagai puak dan kabilah, beliau turut menguasai semua lahjah bahasa dan
kebudayaan arab, mahir dalam bidang penulisan dan mampu mengubah syair-syair dan
sajak yang amat indah.
Semasa di Mekah beliau belajar hadis daripada Sufyan bin Uyainah, Muslim bin Khalid
az-Zanji, Said bin Salam al-Qadah, Daud bin Abdul Rahman al-‘Athar dan Abdul Majid bin
Abdul Aziz. Manakala dalam ilmu al-Qur’an beliau belajar daripada Ismail bin Qanstantin.
Di Madinah beliau belajar daripada beberapa orang tokoh ulama’ hadis yang masyhur,
antaranya ialah al-Imam Malik bin Anas, Ibrahim bin Abi Yahya as-Sama, Muhammad bin
Said bin Abi Fadil dan Abdullah bin Nafi’ as-Sana’. Beliau dapat menghafaz kitab “al-
Muwattha’” karangan al-Imam Malik Rahimatullah ketika berusia 10 tahun sedangkan
Ketika itu beliau belum lagi berguru dengan al-Imam Malik.
3. Sumbangan
Al-Imam asy-Syafie banyak memberi sumbangan antaranya mengasaskan kaedah-
kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum seperti menggunakan hadis yang sahih
untuk mengistinbatkan hukum tanpa melihat statusnya. Kedua, tidak menerima
kaedah istihsan. Ketiga, mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan
sesuatu hukum. Selain itu, berijtihad mengikut tempat dan suasana, Ini terbukti dengan
lahirnya Qaul Qadim di Baghdad dan Qaul Jadid di Mesir. Seterusnya, beliau berhujah
dengan golongan anti-Hadis. Perdebatan ini disebutkan dalam kitab “al-Risalah”. Akhir
sekali, beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah
ibadat.
Al-Imam asy-Syafie bukan sahaja sebagai ulama’, malah beliau juga seorang
pengarang terkenal. Hasil karangannya bermutu tinggi dan memberi manfaat kepada
dunia Islam sehingga kini. Pengajaran beliau disusun dan dibukukan ke dalam kitab
yang merangkumi berbagai-bagai bidang ilmu dan yang paling masyhur ialah dalam
bidang fiqh. Antara kitab karangan al-Imam asy-Syafie ialah al-risalah, al-Umm, Ikhtilaf
al-Hadis, al-Musnad dan lain-lain.
IMAM AHMAD (240h)
RIWAYAT HIDUP
Ahmad bin Muhammad bin Hanbal adalah Imam terakhir di kalangan Imam 4 Mazhab yang utama. Imam
Ahmad mempunyai perwatakan yang zuhud, budi pekerti yang mulia, kepintaran yang luar biasa dan juga
mempunyai memori hafalan yang kuat. Nama lengkapnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal
bin Asad bin Idris bin ‘Abdillah bin ibnu Hayyan bin ‘Abdillah bin Anas bin ‘Auf bin Qasit bin Mukhazin bin
Syaiban bin Zahl bin Sa’labah bin Ukabah bin Sa’ab bin Ali bin Bakr bin Wa’il bin Qasit bin Hanb bin Aqsa bin
Du’ma bin Jadilah bin Asad bin Rabi’ah. Beliau dilahirkan di Iraq pada bulan Rabi’ul awal 164H bersamaan 780
masihi pada zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dipimpin oleh khalifah al-Mahdi. Ayahnya bernama
Muhammad Al Syaibani telah meninggal dunia sebelum Imam Ahmad dilahirkan. Oleh itu sebutan Hanbal
bukanlah berasal daripada ayahnya tetapi diambil daripada nama datuk beliau. Jadi sejak dari kecil beliau
digelar dengan nama Ahmad bin Hanbal.Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat bersamaan 12 Rabiul
Awwal 241H di usia 77 tahun. Beliau dimakamkan di Baghdad.
PENDIDIKAN
Walaupun Imam Ahmad seorang yang miskin dan yatim sejak dari kecil, perkara itu tidak menjadi penghalang
untuk beliau terus menuntut ilmu. Beliau tinggal di Baghdad, Iraq yang menjadi pusat kepesatan dan
perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman tersebut. Beliau mula menekuni ilmu-ilmu keislaman seperti al-
Quran, Hadis, Bahasa Arab dan sebagainya dengan ulama-ulama di Baghdad. Imam Ahmad pernah menjahit dan
menjual baju, menulis, mengutip gandum dan mengangkut barang sebagai upah untuk menampung keperluan
hidup beliau. Ketika Imam Ahmad mencecah 16 tahun, iaitu semasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid, beliau
mula mendampingi gurunya Hasyim bin Basyr bin Khazin al-Wasiti untuk mempelajari ilmu hadis secara khusus. Di
atas semangat yang jitu untuk menghimpun hadis telah mendorongnya mengembara ke Basrah, Yaman, Mekah,
Kufah dan Hijaz yang menjadi pusat keilmuan islam. Dalam pengembaraan tersebut beliau telah mendampingi
pelbagai ulama besar seperti Ali bin Mujahid, Abd ar-Razzaq bin Humam, Jarir bin Abd al-Hamid, Sufyan bin
Uyainah, Abu Yusuf Ya’kub, Imam Syafie dan ramai lagi. Beliau banyak mempelajari ilmu tentang fekah, usul fiqh,
ilmu nasakh dan mansukh serta beberapa cabang ilmu disiplin hadis. Tumpuan yang mendalam tentang ilmu
hadis telah menghasilkan kajian yang bermutu dan memberi impak yang berlainan terhadap kaedah pemikiran
fekah beliau. Imam Ahmad sangat mementingkan penggunaan hadis sebagai rujukan dalam memberi pandangan
fekah beliau. Beliau jatuh sakit setelah beberapa tahun bebas dari penjara.
GURU & MURID SUMBANGAN
Guru pertama yang bertanggungjawab Imam Ahmad meletakkan semua hadis yang
membentuk pandangan Imam Ahmad ialah pernah beliau terima tanpa menyaring dan
Husen bin Bashir bin Abi Hazim lahir pada tahun menerangkan taraf hadis-hadis tersebut.
104 hijrah dan wafat pada 183 hijrah. Inilah guru Musnad Ahmad merupakan kitab terkemuka
pertama beliau dalam bidang hadis. Untuk yang disusun pada abad ketiga Hijrah. Kitab ini
mendalami ilmu istinbat hukum dan mengasah melengkapi kitab-kitab hadis yang wujud
pemikiran fiqh beliau, beliau turut berguru dengan sebelumnya dan merupakan satu kitab yang
Imam Syafie. Tokoh-tokoh terkenal yang dapat memenuhi keperluan umat islam dalam
bertanggungjawab mengembangkan pemikiran hal agama pada zaman tersebut. Beliau
fekah Imam Ahmad pada kurun yang jauh meninggalkan beberapa kitab yang mashyur
daripadanya ialah Ibn Qudamah Muwaffiquddin seperti al-Musnad, Kitab Tafsir al-Quran, Kitab
(w. 620 H) penulis kitab al-Mughni dan Ibn al-Nasikh wa al-Mansukh, Kitab al-Tarikh dan
Qudamah, Syamsuddin al-Maghsi (w. 682 H) Kitab Jawabatu al-Quran.
penulis kitab al-Syarh al-Kabir.
IMAM BUKHARI
Nama sebenar Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin
Ibrahim bin Al-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari. Beliau lahir di
Bukhara Uzbekistan, Asia Tengah pada hari Jumaat iaitu 13 Syawal
bersamaan 194H (21 Julai 810M). Datuknya bernama Bardizbeh, berketurunan
Parsi yang masih beragama Zoroaster manakala ibu bapanya, Mughirah
telah memeluk Islam di bawah asuhan al-Yaman el-Ja'fiy. Ayahnya adalah
seorang ulama bermazhab Maliki dan merupakan ketua kepada Mazhab
Imam Malik, seorang ulama besar dan fiqh. Ayahnya meninggal dunia
ketika Imam Bukhari masih kecil. Imam Bukhari menjadi anak yatim dan
beliau juga tidak dapat melihat kerana buta. Ibunya sentiasa berusaha
dan berdoa untuk kesembuhan beliau. Apabila beliau berumur 10 tahun,
matanya telah pulih sepenuhnya. Imam Bukhari adalah ahli hadis yang
termasyhur di antara para ahli hadis lain sejak dulu sehingga kini
bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam
An-Nasai dan Ibnu Majjah. Selain itu, beliau juga masyhur dalam kitab-
kitab Fiqh dan hadis. Sebahagian menggelarkannya dengan gelaran
Amirul Mukminin Fil Hadis iaitu pemimpin kaum mukmin dalam perkara ilmu
hadis.
Perhatiannya kepada ilmu hadis yang sukar dan rumit itu sudah LAHIR
sejak 10 tahun hingga dalam usia 16 tahun beliau sudah hafal dan
menguasai buku-buku seperti "Al-Mubarak" dan "Al-Waki". IMAM Bukhari
berguru kepada Syeikh Ad-Dakhili, ulama ahli hadis yang masyhur di
Bukhara. Pada usia 16 tahun bersama keluarganya, beliau mengunjungi
kota suci Makkah dan Madinah, di mana di kedua kota suci itu beliau
mengikuti kuliah para guru-guru besar ahli hadis. Pada usia 18 tahun
beliau menerbitkan kitab pertamanya, "Qudhaya As-Sahabah Wat Tabi'ien".
(Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman sahabat dan tabi'in).
KEBIJAKSANAAN
IMAM BUKHARI
Imam Bukhari memiliki daya hafalan yang tinggi dan diakui oleh abangnya Rasyid bin Ismail.
Abangnya menyatakan bahawa Bukhari pernah mengikuti kuliah dan ceramah cendekiawan
Balkh ketika muda bersama beberapa murid lainnya. Tidak seperti murid yang lain, Bukhari
tidak pernah membuat catatan kuliah. Beliau sering diejek kerana membuang masa dan tidak
mencatat, namun Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, kerana beliau merasa kesal
terhadap ejekkan itu, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka,
kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan selama dalam
kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua, lantaran Bukhari ternyata telah
menghafal 15,000 hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catatkan.
Ketika sedang berada di Baghdad, Imam Bukhari pernah didatangi oleh 10 orang ahli hadis
yang ingin menguji ketinggian ilmu beliau. Dalam pertemuan itu, 10 ulama tersebut
mengajukan 100 buah hadis yang sengaja "diputar-balikkan" untuk menguji hafalan Imam
Bukhari. Ternyata hasilnya mengagumkan. Imam Bukhari mengulang kembali secara tepat
hadis-hadis yang "diputar-balikkan" itu lalu membetulkan kesalahannya, kemudian membaca
hadis yang sebenarnya. Beliau menyebutkan seluruh hadis yang salah tersebut secara
hafalan, secara berurutan, sesuai dengan urutan penanya dan urutan hadis yang ditanyakan,
kemudian membetulkannya. Inilah yang sangat luar biasa daripada Sang Imam, kerana beliau
mampu menghafal hanya dengan satu kali dengar.
Selain terkenal sebagai seorang ahli hadis, Imam Bukhari ternyata tidak melupakan kegiatan
lain, iaitu olahraga. Beliau sering belajar memanah sampai mahir, sehingga dikatakan
sepanjang hidupnya, sang Imam tidak pernah terlepas dalam memanah kecuali dua kali.
Keadaan itu timbul sebagai pengamalan sunnah Rasulullah S.A.W yang mendorong dan
menganjurkan kaum Muslimin belajar menggunakan anak panah dan alat-alat perang lainnya.
HASIL KARYA KEWAFATAN BELIAU
IMAM BUKHARI Suatu ketika penduduk Samarkand mengirim surat
kepada Imam Bukhari. Isinya meminta dirinya agar
al-Jamik al-Sahih al-Musnad min Hadis Rasulullah menetap di negeri itu (Samarkand). Beliau pun pergi
SAW wa Sinatihi wa Iyamihi (Sahih Bukhari) memenuhi permohonan mereka. Ketika perjalanannya
Al Adab Al Mufrad الأدب المفرد sampai di Khartand, sebuah desa kecil terletak di dua
al-Tarikh al-Kabir (sejarah besar), lengkap dengan farsakh (sekitar 10 KM) sebelum Samarkand, beliau
biografi periwayat singgah terlebih dahulu untuk mengunjungi beberapa
al-Tarikh al-Saghir -(sejarah kecil) ahli keluarganya. Namun di sana beliau jatuh sakit selama
al-Tarikh al-Ausat beberapa hari. Dan akhirnya beliau meninggal dunia
al-Tafsir al-Kabir pada tanggal 1 Syawal 256 H pada malam Aidilfitri dalam
Kitab al-Wahdan usia 62 tahun kurang 13 hari. Beliau dimakamkan selepas
Kitab al-Mabsut solat Zuhur pada hari Aidilfitri. Sebelum meninggal dunia,
Kitab al-Habah beliau berpesan bahawa jika beliau meninggal dunia
Kitab al-Kuni nanti jenazahnya dikafankan dengan tiga helai kain,
Kitab al-Fawa'id tanpa baju dalam dan tidak memakai serban. Pesanannya
itu dilaksanakan dengan baik oleh masyarakat setempat.
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang
zuriat.
Imam Muslim.
Nama lengkap beliau ialah Imam Abdul Husain bin al-
Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi.
Dia dilahirkan di Naisabur tahun 206 H. Sebagaimana
dikatakan oleh al-Hakim Abu Abdullah dalam kitabnya
"Ulama’ul Amsar. Imam Muslim adalah penulis kitab
syahih dan kitab ilmu hadits. Dia adalah ulama terkemuka
yang namanya tetap dikenal sampai kini.
Wafatnya-Setelah mengarungi kehidupan yang penuh
berkah, Muslim wafat pada hari Ahad sore, dan di
makamkan di kampung Nasr Abad daerah Naisabur pada
hari Senin, 25 Rajab 261 H. dalam usia 55 tahun. Selama
hidupnya, Muslim menulis beberapa kitab yang sangat
bermanfaat.
Para gurunya-Imam Muslim mempunyai guru hadits
sangat banyak sekali, diantaranya adalah: Usman bin Abi
Syaibah, Abu Bakar bin Syaibah, Syaiban bin Farukh, Abu
Kamil al-Juri, Zuhair bin Harab, ’Amar an-Naqid,
Muhammad bin Musanna, Muhammad bin Yasar, Harun
bin Sa’id al-Aili, Qutaibah bin sa’id dan lain sebagainya.
Murid yang meriwayatkan Haditsnya-Banyak para
ulama yang meriwayatkan hadits dari Muslim, bahkan di
antaranya terdapat ulama besar yang sebaya dengan dia.
Di antaranya, Abu Hatim ar-Razi, Musa bin Harun, Ahmad
bin Salamah, Abu Bakar bin Khuzaimah, Yahya bin Said,
Abu Awanah al-Isfarayini, Abi isa at-Tirmidzi, Abu Amar
Ahmad bin al-Mubarak al-Mustamli, Abul Abbas
Muhammad bin Ishaq bin as-Sarraj, Ibrahim bin
Muhammad bin Sufyan al-Faqih az-Zahid. Nama terakhir
ini adalah perawi utama bagi Syahih Muslim. Dan masih
banyak lagi muridnya yang lain.
Kehidupan dan
Pengembaraannya
Imam Muslim.
.
Kehidupan Imam Muslim penuh dengan kegiatan mulia. Beliau
meran-tau ke berbagai negeri untuk mencari hadits. Dia pergi ke
Hijaz, Irak, Syam, Mesir dan negara-negara lainnya. Dia belajar
hadits sejak masih kecil, yakni mulai tahun 218 H.Dalam
perjalanannya, Muslim bertemu dan berguru pada ulama hadis.
Di Khurasan, dia berguru kepada Yahya bin Yahya dan Ishak bin
Rahawaih. Di Ray, dia berguru kepada Muhammad bin Mahran
dan Abu Ansan. Di Irak, dia belajar kepada Ahmad bin Hanbal
dan Abdullah bin Maslamah. Di Hijaz, berguru kepada Sa’id bin
Mansur dan Abu Mas’ab. Di Mesir, belajar kepada ’Amar bin
Sawad dan Harmalah bin Yahya dan berguru kepada ulama
hadits lainnya.Imam Muslim berulangkali pergi ke Bagdad untuk
belajar hadits, dan kunjungannya yang terakhir tahun 259 H.
Ketika Imam Bukhari datang ke Naisabur, Muslim sering berguru
kepadanya. Sebab dia mengetahui kelebihan ilmu Imam Bukhari.
Ketika terjadi ketegangan antara Bukhari dengan az--Zuhali, dia
memihak Bukhari. Sehingga hubungannya dengan az-Zuhali
menjadi putus. Dalam kitab syahihnya maupun kitab lainnya,
Muslim tidak memasukkan hadits yang diterima dari az-Zuhali,
meskipun dia adalah guru Muslim. Dan dia pun tidak
memasukkan hadits yang diterima dari Bukhari, padahal dia juga
sebagai gurunya. Bagi Muslim, lebih baik tidak memasukkan
hadits yang diterimanya dari dua gurunya itu. Tetapi dia tetap
mengakui mereka sebagai gurunya.
Pujian para Ulama-Apabila Imam Bukhari sebagai ahli hadits
nomor satu, ahli tentang ilat--ilat (cacat) hadits dan seluk beluk
hadits, dan daya kritiknya sangat tajam, maka Muslim adalah
orang kedua setelah Bukhari, baik dalam ilmu, keistimewaan dan
kedudukannya. Hal ini tidak mengherankan, karena Muslim
adalah salah satu dari muridnya.
Al-Khatib al-Bagdadi berkata: "Muslim telah mengikuti jejak
Bukhari, mengembangkan ilmunya dan mengikuti jalannya."
Pernyataan ini bukanlah menunjukkan bahwa Muslim hanya
seorang pengikut saja. Sebab ia mempunyai ciri khas tersendiri
dalam menyusun kitab, serta memperkenalkan metode baru yang
belum ada sebelumnya.
Imam Muslim mendapat pujian dari ulama hadis dan ulama
lainnya. Al--Khatib al-Bagdadi meriwayatkan dari Ahmad bin
Salamah, katanya "Saya me-lihat Abu Zur’ah dan Abu Hatim selalu
mengutamakan Muslim bin al-Hajjaj dari pada guru-guru hadits
lainnya.
Ishak bin Mansur al-Kausaj berkata kepada Muslim: "Kami tidak
akan kehilangan kebaikan selama Allah menetapkan engkau bagi
kaum muslimin."
Ishak bin Rahawaih pernah mengatakan: "Adakah orang lain
seperti Muslim?". Ibnu Abi Hatim mengatakan: "Muslim adalah
penghafal hadits. Saya menulis hadits dari dia di Ray." Abu
Quraisy berkata: "Di dunia ini, orang yang benar-benar ahli hadits
hanya empat orang. Di antaranya adalah Muslim." Maksudnya,
ahli hadits terkemuka di masa Abu Quraisy. Sebab ahli hadits itu
cukup banyak jumlahnya.
Kitab tulisan Imam Muslim-Al-Jamius Syahih, Al-Musnadul
Kabir Alar Rijal, Kitab al-Asma’ wal Kuna, Kitab al-Ilal, Kitab al-Aqran
dan banyak lagi.
Imam Ibnu Majah(273 H)
Abu Abdullah Muhammad bin Yazid Ar-Rabi bin Majah Al-Qazwini Al-Hafidz, atau lebih dikenali sebagai Ibn
Majah, dengan Kuniyah Abu Abdullah adalah seorang ahli hadis yang telah mengumpulkan hadis dan karyanya
yang paling terkenal ialah kitab Sunan Ibnu Majah. Kitab karangannya ini termasuk dalam golongan Kutub al-
Sittah(Enam Kitab Utama Hadis). Ibnu Majah dilahirkan pada tahun 207 H / 209 H di kawasan Qazwin (salah satu
kota yang terkenal di wilayah 'Iraq). Gelaran Majah disandarkan kepada bapanya Yazid, yang juga dikenali
sebagai Majah Maula Rab'at. Ada juga yang mengatakan bahawa Majah adalah bapa kepada Yazid. Namun,
pendapat pertama itu lebih sahih.
Imam Ibnu Majah mula menjejakkan kaki ke dunia pendidikan sejak kecil dan menekuni bidang hadis sejak
berumur 15 tahun bersama seorang guru terkenal ketika itu iaitu Ali bin Muhammad At-Tanafasy (wafat 233 H).
Bakat dan minat yang besar itulah yang akhirnya membawa Imam Ibnu Majah menjelajah ke seluruh negara
untuk mendalami ilmu hadis. Kesan daripada penjelajahan dan minat yang mendalam tersebut, Imam Ibn Majah
dapat menghimpun dan menulis puluhan bahkan ratusan hadith dari sumber-sumber yang dipercaya
kesahihannya.Tidak hanya itu, dalam pelbagai kunjungannya itu, ia juga berguru dengan banyak ulama setempat
seperti, Abu Bakar bin Abi Syaibah, Muhammad bin Abdullah bin Numayr, Hisyam bin Ammar, Ahmad bin Al-
Azhar, Basyar bin Adam dan para pengikut perawi dan ahli hadith, Imam Malik serta Al-Lays. Dari
pengembaraannya ini, banyak ulama yang akhirnya meriwayatkan hadith dari Ibn Majah. Antara ulama tersebut
ialah Ishaq bin Muhammad, Ali bin Ibrahim bin Salamah al-Qattan, Ahmad bin Ibrahim dan sebagainya.
Sepanjang hayat Ibn Majah, beliau telah menulis puluhan buku bukan sahaja dalam bidang hadith, malah
bidang sejarah, fiqh dan tafsir. Didalam bidang tafsir, beliau telah mengarang Kitab Tafsir Al-Quran Al-Karim.
Kitab tafsir beliau telah mendapat pujian daripada seorang ahli tafsir terkenal iaitu Ibn Kathir.Sementara itu,
dalam bidang sejarah, Ibn Majah telah mengarang Kitab At-Tarikh. Kitab ini telah menghuraikan tentang biografi
para perawi hadith sejak awal hingga pertengahan abad ke-3 H. Karya terbesar beliau ialah dalam bidang hadith
iaitu Sunan Ibnu Majah. Kitab ini mengandungi empat ribu buah hadith yang disusun secara rapi dan dimulakan
dengan bab yang menyatakan keharusan mengikut sunnah Rasulullah serta dalil-dalil. Beliau membahagikan
susunannya kepada pembahagian kitab dan bab,kitab atau pun tajuk besar di dalam Sunannya dijadikan hingga
32 kitab dan jumlah bab di dalamnya pula mencapai kepada 1500 bab.Di dalam ‘Sunan’nya mengandungi 4000
buah hadith mengikut tertib ilmu fiqh. Manakala setiap hadithnya pula adalah yang koleksi terbaik dan tersahih
sebagai hujah dari sunnah untuk diikuti dan dilaksanakan oleh setiap individu muslim. Namun kitabnya ini
diletakkan sebagai kitab yang keenam selepas kitab sunan yang lain yang bermula dari kitab Sahih al-Bukhari
dan Muslim, Sunan Abu Daud, al-Nasaie, al-Tirmizi dan barulah kitab beliau.
Metodologi yang digunakan oleh Imam Ibn Majah adalah mengumpul hadith dan menyusun menurut kitab
atau bab-bab yang berkenaan dengan masalah fiqh.Seterusnya, Imam Ibn Majah juga tidak terlalu menfokuskan
ta’liqul al-Hadith yang terdapat pada kitab-kitab fiqh tersebut. Beliau juga turut mengkritik hadith dan
memasukkkan pendapat para ulama fiqh. Selain itu, beliau juga tidak melakukan pengulangan hadith berulang
kali kecuali hanya sebahagian sahaja dan penting bagi pendapat beliau
Imam Ibnu Majah meninggal dunia pada hari isnin 22 Ramadan 273 H/887 M. Almarhum dikebumikan pada
hari Selasa di tanah airnya Qazwin, Iraq. Ada pendapat yang mengatakan beliau wafat pada tahun 275 H, tetapi
pendapat pertama diambil kerana lebih sahih.
Imam Al- Nasa'i
Biodata
Nama penuh Imam Nasa'i ialah Abu Abd Rahman Ahmad bin Syuaib bin Ali bin Sinan
bin Bahr bin Dinar al- Khurasani al- Nasa'i yang juga dikenali sebagai al-Nasai dan
Abu Abd Rahman.Dilahirkan pada 215 H di sebuah desa yang terkenal di Khurasan
yang bernama Nasa dan meninggal dunia pada hari Isnin 13 Safar tahun 303 H di
Kota al- Ramalah, Palestin ketika berusia 88 tahun. Beliau lebih terkenal dengan
panggilan al-Nasa'i adalah berdasarkan kepada nisbah tempat beliau dilahirkan iaitu
Nasa.
Al- Nasai ini merupakan seorang yang kacak,segak dan berkulit cerah serta memiliki
wajah yang bercahaya. Beliau amat mementingkan kesihatan badan, cara pemakanan
serta tatacara berpakaian. Oleh sebab itu, beliau lebih suka memakai pakaian yang
berwarna hijau muda sebagai menggantikan warna tumbuhan hijau yang baik untuk
kesihatan mata. Selain itu, beliau seorang yang warak, zuhud, amanah serta tekun
beribadah. Beliau berpuasa seperti puasa Nabi Daud, iaitu puasa sehari dan berbuka
sehari di samping gigih melakukan ibadah haji serta berjuang di jalan Allah. Dari segi
akidah pula, beliau berpegang pada aliran Salaf Ahli Hadith dan menolak sebarang
unsur bid'ah. Manakala dalam persoalan ibadah haji, beliau banyak berpegang pada
mazhab Syafie. Ini dapat dilihat melalui hadith- hadith yang terkandung dalam sunan
al- Nasa'i. Beliau sanggup menghasilkan buku untuk membetulkan fahaman golongan
yang memandang rendah serta menghina sahabat, seperti Ali bin Abu Talib dan
membawa mereka keluar daripada kesesatan dan kembali ke pangkal jalan. Beliau juga
salah seorang penghafaz al- Quran yang baik. Lantaran kepakaran al- Nasa'i dalam
ilmu fiqah, beliau dilantik sebagai Qadi di Mesir dan Hims (sebuah bandar di barat
Syria).
Pendidikan
Sejak kecil lagi, al- Nasa'i sudah mencintai ilmu. Pengembaraan beliau untuk
menuntut ilmu bermula ketika berusia 15 tahun iaitu pada tahun 230 H. Sebagai
permulaan, beliau berguru dengan Qutaibah bin Sa'id al- Balkhi selama setahun
dua bulan yang juga guru Imam Abu Daud. Hasilnya, beliau memperoleh ilmu
yang banyak daripada gurunya itu yang menetap di Balkh (wilayah Balkh,
Afghanistan). Selepas itu beliau meneruskan penjelajahan ke serata daerah dan
negeri unWtukomrkenimba ilmu daripada ulama pada waktu itu. Antara negara yang
smeebnujaahdikEodteaxstpdinieaIsrriiaeqpenyrsacinnegggtaehrlaentabkel1i0aukiilaolmahetKehr udriastai,muBraglhaduat dN, aKjauffadhan(m1e7r0upakan
kilometer di selatan Baghdad) Basrah merupakan bandar kedua terbesar di Iraq.
Bandar ini merupakan pelabuhan utama Iraq serta ibu negeri kegabenoran Basra,
Harran (sebuah bandar utama kuno yang berhampiran perkampungan moden
Altinbasak, Turki. Semenanjung Tanah Arab, Mesir, Syam,al- Thugur dan Hijaz
(merupakan sebuah wilayah di sebelah barat laut Arab Saudi). Kemudiannya al-
Nasa'i menetap di Mesir sehingga tahun 302 H. Ketika di Mesir, beliau sempat
menerbitkan hasil- hasil karyanya dan menyampaikan ilmu kepada penduduk di
sana.Ramai yang sempat berguru dan menimba ilmu daripadanya. Beliau juga
pernah memegang jawatan Qadi di Mesir. Tidak lama kemudian, beliau berpindah
ke Damsyik setelah dilantik sebagai Qadi di Hims sehingga beliau meninggal
dunia.
IMAM AT-TIRMIDZI (279H)
NAMA DAN GELARAN KELAHIRAN
Nama yang diberi ialah Muhammad bin Dilahirkan pada bulan Zulhijjah tahun 209
Isa bin Saurah bin Adh-Dhahak As- Hijrah, iaitu kira-kira 15 tahun setelah
Salami Al-Bughi. Nama ini bersempena kelahiran Imam Bukhari dan tiga tahun setelah
tempat kelahirannya, Turmudz, sebuah kelahiran Imam Muslim. Jumhur Ulama'
pekan kecil di Utara Iran. Beliau sering bersepakat bahawa At-Tirmidzi tidak buta
dipanggil Abu Isa. sejak lahir, tetapi musibah datang kemudian.
Yusuf bin Ahmad al-Baghdadi mengatakan
PENDIDIKAN "Abu Isa mengalami kebutaan pada masa
Sejak kecil, At-Tirmidzi telah gemar menjelang akhir usianya".
mempelajari pelbagai disiplin ilmu Islam
termasuk ilmu hadis. Beliau mula KEWAFATAN
mempelajari ilmu hadis ketika berumur 20 Setelah menjalani perjalanan panjang untuk
tahun di beberapa kota besar dalam wilayah belajar, mencatat, berbincang dan menukar
kekuasaan Islam ketika itu, antaranya kota fikiran sesama mereka,Imam at-Tirmidzi pada
Khurasan, Basrah, Kufah, Baghdad, Mekah, akhir hayatnya beliau menjadi buta, dan
Madinah, Iran, Mesir, dan Syam. beberapa tahun lamanya beliau hidup sebagai
sebagai orang yang buta dan akhirnya at-
Tirmidzi meninggal dunia dan wafat di Tirmiz
pada malam isnin pada 13 Rajab tahun 279 H
dalam usia 70 tahun.
MURID-MURID GURU-GURU
Makhul ibnul-Fadl, Muhammad binMahmud Beliau belajar dan meriwayatkan hadith dari
‘Anbar, Hammad bin Syakir, ‘Aid bin ulama-ulama yang terkemuka. Di antaranya
Muhammad an-Nasfiyyun, al-Haisam bin adalah:
Kulaib asy-Syasyi, Ahmad bin Yusuf an- 1. Imam Bukhari (hadith dan fiqh)
Nasafi, Abul-‘Abbas Muhammad bin Mahbud 2. Imam Muslim
al-Mahbubi, yang meriwayatkan kitab Al- 3. Abu Dawud
Jami’ Guru lainnya ialah Qutaibah bin Sa’id, Ishaq bin
Musa, Mahmud bin Gailan. Said bin ‘Abdur
Rahman, Muhammad bin Basysyar, ‘Ali bin Hajar,
Ahmad bin Muni’, Muhammad bin al-Musanna
KEKUATAN HAFALANNYA
Imam At-Tirmidzi merupakan seorang yang cerdas, tangkas, dapat dipercaya, saleh,
dan takwa. Penguasaannya dalam ilmu hadis diakui oleh para ulama yang hidup
sesudahnya.
Beliau juga terkenal sebagai seorang yang kuat menghafal sehingga menjadi rujukan
dalam hafalan dan ketepatan dalam mempelajari hadis, fiqh, dan ilmu-ilmu lain.
Al-Hakim mengatakan, ''Saya pernah mendengar Umar bin Alak memuji peribadi At-
Tirmidzi sebagai seorang yang kuat hafalannya. Kematian Imam Bukhari tidak
meninggalkan muridnya yang lebih pandai di Khurasan selain daripada Abu Isa At-
Tirmidzi dalam ilmunya yang luas serta hafalannya.''
KARYA-KARYA
Imam Tirmidzi banyak menulis kitab-kitab.
Di antaranya:
Jami at-Tirmidzi, terkenal dengan
sebutan Sunan at-Tirmidzi
Kitab Al-‘Ilal
Kitab At-Tarikh
Kitab Asy-Syama’il an-Nabawiyyah
Kitab Az-Zuhd
Kitab Al-Asma’ wal-Kuna
SEKILAS TENTANG AL-JIMA'
Kitab ini adalah salah satu kitab karya Imam Tirmidzi terbesar dan paling banyak
manfaatnya. Ia tergolonga salah satu "Kutubus Sittah" (Enam Kitab Pokok Bidang Hadits)
dan ensiklopedia hadits terkenal. Al-Jami’ ini terkenal dengan nama Jami’ Tirmidzi,
dinisbatkan kepada penulisnya, yang juga terkenal dengan nama Sunan Tirmidzi. Namun
nama pertamalah yang popular.
Setelah selesai menyususn kitab ini, Tirmidzi memperlihatkan kitabnya kepada para ulama
dan mereka senang dan menerimanya dengan baik. Ia menerangkan: "Setelah selesai
menyusun kitab ini, aku perlihatkan kitab tersebut kepada ulama-ulama Hijaz, Irak dan
Khurasan, dan mereka semuanya meridhainya, seolah-olah di rumah tersebut ada Nabi yang
selalu berbicara."
Imam Tirmidzi di dalam Al-Jami’-nya tidak hanya meriwayatkan hadits sahih semata, tetapi
juga meriwayatkan hadits-hadits hasan, da’if, garib dan mu’allal dengan menerangkan
kelemahannya.
IMAM NAWAWI
NNama Lengkap, kelahiran, keturunan dan kegigihannya dalam menuntutilmu.
Imam Nawawi dijuluki dengan Al-imam Al-hafizh al-auhad (satu-satunya) al-qudwah (tauladan) Syaikhul
Islam (syaikh islam) ilmu awliya (pemimpin para wali)Muhyiddin (pemberi kehidupan agama) Abu Zakariya
(Bapaknya Zakaria) Yahyabin Syaraf bin Muri Al-Khuzami Al-Hawaribi As-
Syafi’i. Beliau lahir pada bulan
Muharram tahun 631H.Pada tahun 649, atau pada umur 10 tahun beliau berkelana menuju kotaDamaskus
dan tinggal di sana untuk menuntut ilmu, menghafal kitab at-tanbiihdalam kurun waktu 4,5 bulan,
menghafal kitab al-muhadzdzab dalam kurunsetengah tahun di hadapan gurunya Al-Kamal bin Ahmad,
kemudian menunaikanibadah haji bersama orang tuanya dan tinggal di kota Madinah selama satusetengah
bulan, dan menuntut ilmu di sana. Dikisahkan oleh Syeikh Abul Hasanbin Al-Atthar bahwa imam Nawawi
setiap belajar 12 mata pelajaran danmenghafalnya di hadapan guru-gurunya dengan syarah yang begitu
gamblangdan benar; dua pelajaran pada kitab al-wasith, satu pelajaran kitab al-muhadzab,satu pelajaran
pada kitab al-
jam’u baina as
-shahihain, satu pelajaran pada kitabshahih Muslim, satu pelajaran pada kitab al-
Luma’ karangan Ibnu Jana, satu
pelajaran pada kitab ishlahul mantiq, satu pelajaran pada kitab tashrif, satu
pelajaran pada kitab ushul fiqh, satu pelajaran pada kitab “Asmaur rijal”, satu
pelajaran pada kitab ushuluddin.
Imam Nawawi berkata, “Saya berusaha melekatkan diri dalam menjelaskan
sesuatu yang sulit dipahami, menjelaskan ungkapan yang samar dan menertibkantata bahasa, dan
Alhamdulillah Allah memberkahi waktu yang aku miliki, namunsuatu ketika terbetik dalam hati ingin
bergelut dalam ilmu kedokteran sehingga akupun sibuk dengan ilmu perundang-undangan, sehingga aku
merasa telahmenzhalimi diri sendiri dan hari-hari selanjutnya aku tidak mampu melakukantugas; akhirnya
aku pun rindu pada ilmu yang sebelumnya telah aku pelajari, aku jual kitab perundang-undangan sehingga
hatiku kembali bersinar
.Guru-guru imam Nawawi
Imam Nawawi berguru pada syaikh Ar-Ridha bin al-Burhan, Syaikh Abdul Aziz binMuhammad Al-Anshari,
Zainuddin bin Abdul Daim, Imaduddin Abdul Karim Al-Khurasani, Zainuddin Khalaf bin Yusuf, Taqiyyuddin
bin Abil Yasar, Jamaluddinbin As-Shayarfi, Syamsuddin bin Abi Umar dan ulama-ulama lainnya
yangsederajat.Beliau banyak belajar kitab-kitab hadits seperti kutub sittah, al-Musnad, al-Muwattha,
Syarah Sunnah karangan Al-Baghwi, Sunan Ad-Daruquthni, dan kitab-kitab lainnya.Sebagaimana beliau
juga belajar kitab al-Kamal karangan al-Hafizh Abdul Ghani Alauddin, Syarah Hadits-hadits shahih bersama
para muhaditsin seperti IbnuIshaq Ibrahim bin Isa Al-Muradi. Belajar kitab Ushul dengan ustadz Al-Qadhi
At-tafalisi. Kitab Al-Kamal dengan ustadz ishaq al-
Mu’arri, Syamsuddin Abdurrahmanbin Nuh, Izzuddin Umar bin Sa’ad Al
-Arbali dan Al-Kamal Salar Al-Arbali. Belajarkitab tentang bahasa bersama ustadz Ahmad Al-Masri dan
ustadz lainnya. Lalusetelah itu beliau konsen dalam mengajarkan dan menyebarkan ilmu,
beribadah,berdzikir, berpuasa, bersabar dengan kehidupan yang sederhana, baik makanmaupun pakaian.
Kitab-kitab karangan Imam Nawawi
Di antara kitab karangan Imam Nawawi adalah sebagai berikut: Syarah ShahihMuslim, Riyadlus shalihin, Al-
Adzkar, Al-Arbain, Al-Irsyad Fi ulumil hadits, At-Taqrib, Al-Mubhamat, Tahrirul Al-Alfazh littanbih, Al-Idhah fil
Manasik, At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran, Al-Fatawa, Ar-Raudlatu Arbaati Asfar, Syarah Al-Muhadzab ila
bab al-mirah (4 jilid) Syarah sebagian kitab Al-Bukhari, syarah kitabal-Wasith dan banyak lagi kitab lainnya
dalam bidang hukum, bahasa, adab danilmu-ilmu fiqh
Wafatnya Imam Nawawi
Setelah melakukan perjalanan ke Baitul Maqdis dan kembali ke kota Nawa, ImamNawawi menderita sakit di
samping orang tuanya, lalu meninggal pada tanggal 24Rajab tahun 676 H. dan dikubur di kota Yazar.
Rahimahullah al-imam An-Nawawi.
IMAM ABU DAUD
Imam Abu Daud adalah salah seorang Imam dan
tokoh ahli hadis, yang mengumpulkan sekitar 50 000
hadis lalu memilih dan menuliskan 4 800 di
antaranya dalam kitab Sunan Abu Daud. Abu Daud
adalah seorang tokoh ahli hadis yang menghafal dan
memahami hadis beserta illatnya. Dia mendapatkan
kehormatan dari para ulama, terutama dari gurunya,
Imam Ahmad bin Hanbal.
Abu Daud dilahirkan tahun 202 H di Sijistan. Nama lengkapnya ialah Sulaiman bin
al-Asy’as bin Ishak bin Basyir bin Syidad bin Amar al-Azdi as-Sijistani. Sejak kecil
Abu Daud sangat mencintai ilmu dan sudah bergaul dengan para ulama untuk
menimba ilmunya. Sebelum dewasa, dia sudah mempersiapkan diri untuk
bermusafir ke pelbagai negeri. Dia belajar hadis dari para ulama yang ditemuinya
di Hijaz, Syam, Mesir, Irak, Jazirah, Sagar, Khurasan dan negeri lainnya.
Pengembaraannya ke beberapa negeri itu menunjang dia untuk mendapatkan
hadis sebanyak-banyaknya. Kemudian hadis itu ditapis, lalu ditulis pada kitab
Sunan. Abu Daud sudah berulang kali mengunjungi Baghdad. Di kota itu, dia
mengajar hadis dan fiqh dengan menggunakan kitab sunan sebagai buku
pegangan. Kitab sunan itu ditunjukkan kepada ulama hadis terkemuka, Ahmad
bin Hanbal. Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan bahawa kitab itu sangat bagus.
GURU-GURU BELIAU
Guru Imam Abu Daud sangatlah ramai,
namun beberapa yang paling menonjol
adalah: Ahmad bin Hanbal, al-Qan’abi, Abu
Amar ad-Darir, Muslim bin Ibrahim, Abdullah
bin raja’, Abdul Walid at-Tayalisi dan lain--
lain. Ahmad bin Hanbal, Usman bin Abu
Syaibah dan Qutaibah bin sa’id adalah juga
guru dari Bukhari dan Muslim.
SIFAT DAN KEPERIBADIANNYA
Abu Daud termasuk ulama yang
MURID-MURIDNYA mencapai darjat tinggi dalam
Abu Isa at-Tirmizi, Abu Abdur Rahman an- beribadah, kesucian diri, kesolehan
Nasa’i, puteranya sendiri Abu Bakar bin dan warak yang patut diteladani. Sifat
Abu Daud, Abu Awana, Abu Sa’id aI-Arabi, dan keperibadian seperti ini
Abu Ali al-Lu’lu’i, Abu Bakar bin Dassah, menunjukkan kesempurnaan
Abu Salim Muhammad bin Sa’id al- beragama, perilaku dan akhlak Abu
Jaldawi dan lain-lain. Daud. Abu Daud mempunyai falsafah
tersendiri dalam berpakaian. Salah
satu lengan bajunya lebar dan satunya
lagi sempit. Bila ada yang bertanya,
dia menjawab: "Lengan yang lebar ini
untuk membawa kitab, sedang yang
satunya tidak diperlukan. Kalau dia
lebar, berarti pemborosan."
PUJIAN PARA ULAMA’
Ketika Abu Daud menyusun kitab
sunan, Ibrahim al-Harbi, seorang
Ulama hadis, berkata: "Hadis
telah dilunakkan bagi Abu Daud,
sebagaimana besi dilunakkan
untuk Nabi Daud." Ungkapan itu Seorang Ulama hadis dan fiqh terkemuka yang
adalah perumpamaan bagi
bermazhab Hanbali, Abu Bakar al-Khallal,
keistimewaan seorang ahli hadis. berkata: "Abu Daud Sulaiman bin al-Asy’as as-
Dia telah mempermudahkan yang Sijistani adalah Imam terkemuka pada
rumit dan mendekatkan yang zamannya, penggali beberapa bidang ilmu
jauh, serta memudahkan yang sekaligus mengetahui tempatnya, dan tak
sukar.
seorang pun di masanya dapat menandinginya.
Ibn Hajar al-Asqalani
Nama: Al-Hafiz Shihabuddin Abu'l-Fadl Ahmad
ibn Ali ibn Muhammad
Gelaran: Ibn Hajar al-Asqalani ()ابن حجر العسقلاني
*kerana keluarganya berasal dari tempat itu
( عسقلانˁAsqalān)
Tarikh Lahir: 773 H
Tarikh Wafat: 852 H
Mazhab: Syafii Kehidupan awal
Bidang: Hadis Syeikh al-Islam Ibn Hajar dilahirkan di Kaherah
Pengaruh: Al-Sakhawi[1], al-Suyuti dalam tahun 1372 M, anak kepada sarjana Syafii
dan penyair, Nur al-Din 'Ali. Kedua-dua ibu
bapanya meninggal dunia semasa beliau masih
bayi dan beliau serta kakak, Sitt al-Rakb,
diletakkan di bawah penjagaan abang kepada
isteri pertama bapanya, Zaki al-Din al-Kharrubi,
yang menghantarnya mengaji al-Qur'an semasa
beliau berumur lima tahun. Dikatakan beliau
cemerlang dalam bidang ini dan mempelajari
Surah Maryam dalam satu hari, dan seterusnya
maju kepada penghafalan al-Qur'an, diikuti
dengan karya Ibn al-Hajib berkaitan asas-asas
Fiqah.
Kehidupan peribadi
Dalam tahun 1397 M, pada umur
25 tahun, beliau berkahwin dengan
Anas Khatun, yang merupakan
pakar hadis tersendiri, memiliki
ijazah daripada Hafiz al-Iraqi. Anas
Khatun memberikan syarahan
yang disanjung tinggi kepada para
ulama, termasuk, Imam al-
Sakhawi.
Ibn Hajar al-Asqalani
Pendidikan
Semasa beliau menemani al-Kharrubi ke Makkah ketika
berumur 12 tahun, Imam Ibn Hajar sudah berkebolehan
mengimamkan solat Tarawih dalam bulan Ramadan. Pendidikan
Ibn Hajar di Mesir diserahkan kepada sarjana Hadis Shams al-
Din ibn al-Qattan apabila penjaganya meninggal dunia pada
tahun 1386 M. Ibn al-Qattan memasukkan Ibn Hajar ke dalam
kursus yang diajar al-Bulqini (m. 1404 M) dan Ibn al-Mulaqqin
(m. 1402 M) dalam bidang ilmu fiqah Shafii, dan Abd al-Rahim
ibn al-Husain al-'Iraqi (m. 1404 M) dalam bidang Hadis. Selepas
tamat kajian, beliau pergi ke Damsyik dan Baitulmuqaddis,
untuk belajar di bawah Shams al-Din al-Qalqashandi (m. 1407
M), Badr al-Din al-Balisi (m. 1401 M), dan Fatima bint al-Manja
al-Tanukhiyya (m. 1401 M). Beliau pulang ke Mesir selepas
melakukan lawatan ke Makkah, Madinah dan Yemen.
al-Suyuti berkata: "Dikatakan beliau
meminum air Zamzam bagi menghafal
pada tahap Imam al-Dhahabi, yang
berjaya beliau lakukan, sehingga
melewati kebolehan al-Dhahabi sendiri."
Kedudukan
Ibn Hajar dilantik sebagai ketua Kadi Mesir
beberapa kali.
Kematian
Ibn Hajar meninggal dunia selepas menunaikan
solat Isyak pada Februari 2, 1449 M pada usia 79
tahun. Majlis pengebumian beliau dianggarkan
dihadiri lima puluh ribu orang termasuk sultan
dan khalifah.
Ibn Hajar al-Asqalani
Karya
Ibn Hajar mengarang lebih dari 50 karya berkaitan hadis,
istilah hadis, peniliaian biografi Perawi, history, tafsir al-
Qur'an, puisi dan fikah Syafii.
Fath al-Bari
al-Isaba fi tamyiz al-Sahaba
al-Durar al-Kamina
Tahdhib al-Tahdhib
Taqrib al-Tahdhib
Ta'jil al-Manfa'ah
Bulugh al-Maram min adillat al-ahkam
Nata'ij al-Afkar fi Takhrij Ahadith al-Adhkar
Lisan al-Mizan
Talkhis al-Habir fi Takhrij al-Rafi`i al-Kabir
al-Diraya fi Takhrij Ahadith al-Hidaya
Taghliq al-Ta`liq `ala Sahih al-Bukhari
Risala Tadhkirat al-Athar
al-Matalib al-`Aliya bi Zawa'id al-Masanid al-
Thamaniya
Nukhbat al-Fikar
al-Nukat ala Kitab ibn al-Salah al-Qawl al-Musaddad
fi Musnad Ahmad
Silsilat al-Dhahab
Ta`rif Ahl al-Taqdis bi Maratib al-Mawsufin bi al-
Tadlis
24. Imam As-Suyuthi
Beliau lahir setelah waktu magrib, malam Ahad, pada
permulaan tahun 849 H di daerah Al-Asyuth, atau juga dikenal
dengan “As-Suyuth”. Secara lengkap, ia bernama Abdur Rahman
bin Kamaluddidn Abu Bakar bin Muhammad bin Sabiquddin Abu
Bakar bin Fakhruddin Utsman bin Nashiruddin Muhammad bin
Saifuddin Khidr bin Najmuddin Abu Ash-Shalah Ayyub bin
Nashiruddin Muhammad bin Syekh Hammamuddin Al-Hammam
bin Al-Kamal bin Nashiruddin Al-Mishri Al-Khudhairi Al-Asyuthi
Ath-Thalani Asy-Syafi’i.
Nasab keluarganya bersambung kepada keluarga Persia, yang
pindah ke Mesir di distrik Khudairiyah, sebelah timur Baghdad,
dan kemudian bermukim di daerah Al-Asyuth, sebelum
kelahirannya. Namun, ada keterangan lain yang menyebutkan
bahwa ayahnya berdarah Arab.
Pada umur lima tahun, sang Ayah meninggal dunia. Setelah itu, ia
berada di bawah pengasuhan beberapa ulama besar pada masa
itu. Di antaranya, Kamaluddin bin Al-Hammad. Di tangan ulama
ini, As-Suyuthi kecil menghafal Alquran saat berusia lapan tahun.
Demikian pula, kitab Al-Umdah, Minhajul Fiqh wal Ushul, dan
Alfiyah Ibnu Malik menjadi kitab-kitab berikutnya yang ia hafal.
As-Suyuthi memulai kesibukannya mencari ilmu dalam usia
empat belas tahun. Dia mengaku, “Aku mulai menyibukkan diri
dengan pendalaman ilmu agama sejak permulaan tahun 864 H.
Aku pelajari fikih dan nahwu dari sejumlah guru. Aku mengkaji
ilmu faraidh (ilmu pembagian warisan) dari Allamah Syihabuddin
Asy-Syamashai. Dengan Syekh ini, aku mempelajari kitab Al-
Majmu. Pada tahun 866 H, aku sudah mendapat cadangan untuk
mengajar Bahasa Arab dan sempat menulis kitab pertamaku yang
berjudul Syarah Al-Isti’adzah wal Basmalah.”
Adapun untuk ilmu fikih, ia pelajari dari Sirajuddin Al-Bulqini.
Tafsir, ia reguk dari Asy-Syaraf Al-Manawi. Ilmu Bahasa Arab, ia
pelajari dari Taqiyyuddin Asy-Syumani dan Muhyiddin Ar-Rumi.
Berkaitan dengan ilmu hadis, ia menjumpai ulama-ulama senior
dalam bidang itu, sehingga ia dapat mempelajari kitab ummahatu
kutubil hadits (buku-buku induk hadis) dan mushthalah kepada
ulama-ulama yang kompeten dalam bidang tersebut, misalnya:
Taqiyyuddin Asy-Syibii, Qasim bin Qathlu Bugha, dan Taqiyyuddin
bin Fahd. Ia mempelajari kitab Shahih Muslim dari Syamsuddin As-
Sakrafi. Ia mengkaji kitab Nakhbatul Fikr di hadapan At-Taqiyyi
Asy-Syumani.
Para guru As-Suyuthi juga tidak terbatas kaum lelaki saja. Dia juga
sempat belajar dari beberapa guru wanita yang ahli dalam bidang
hadis maupun fikih pada masa itu. Di antaranya: Ummu Hana Al-
Mishriyyah, Aisyah bin Abdil Hadi, Sarah binti As-Siraj bin Jama’ah,
Zainab binti Al-Hafizh Al-Iraqi, dan Ummu Fadhal binti Muhammad
Al-Maqdisi.
Imam A-Suyutthi merantau banyak negeri, untuk menjumpai
ulama-ulama lainnya yang ahli di bidangnya. Kota-kota di Syam,
Hijaz, India, Maroko, Sudan pernah ia jelajahi.
Pertama kali ia mengeluarkan fatwa terjadi pada tahun 871 H.
Ketika itu, kemampuan ilmiahnya sudah banyak, sehingga banyak
pertanyaan yang diarahkan kepadanya dari banyak tempat. Dari
sini, ia mulai berfatwa dan menjawab permasalahan agama.
Fatwa-fatwa ulama ini bisa dijumpai melalui kitabnya yang
berjudul Al-Hawi.
Pada usia empat puluh tahun, ia mengundurkan diri dari kegiatan
mengajar, untuk menyendiri. Permohonan diri ini ia tulis dalam
bukunya, At-Tanfis. Setelah itu, kesibukannya lebih banyak untuk
ibadah, mengkaji ulang tulisan-tulisannya, dan menjauhi serba-
serbi dunia.
Pada akhir usianya, ia ditimpa penyakit yang ganas, bengkak pada
lengan kirinya. As-Suyuthi meninggal karena pengaruh
penyakitnya ini. Beliau menutup usianya pada malam Jumat, 19
Jamadil Awal 911 H, di kediamannya di Raudhah, dekat dengan
sungai Nil, dalam usia 61 tahun dan 10 bulan. Pemakamannya
dihadiri oleh banyak orang.
Nama penuh Anas bin Malik adalah Anas bin Malik bin Nadri bin
Damdam bin Zaid bin Hiram bin Jundab bin Amir bin Ganam bin Adiyyi
bin al-Najjar al-Anshari al-Najjari. Gelaran atau disebut sebagai
Kunniyah-nya ialah Abu Umayyah, sedangkan laqab-nya adalah al-Ka’bi
al-Qusyairi. Beliau merupakan anak kepada Ummu Sulaim binti Milhan
bin Zaid bin Mihram. Beliau dikenali sebagai salah seorang sahabat
nabi dan juga merupakan pelayan Nabi Muhammad SAW. Anas bin
Malik lahir di Madinah pada tahun 10 H atau 612 M, setelah Nabi
Muhammad saw tiba di Madinah, ibunya menyerahkannya kepada
Baginda untuk menjadi khadam Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah
SAW wafat, Anas bin Malik menjadi khadam Saidina Abu Bakar, Umar
dan Usman ra., setelah itu Anas berhijrah ke Basrah sampai akhir
hayatnya pada tahun 73 H. Pendapat lain mengatakan tahun 71 H dan
pendapat terakhir mengatakan tahun 70 H. Anas bin Malik
meriwayatkan hadis sebanyak 2236 hadis. Kebanyakan hadis beliau
diriwayatkan oleh anak-anaknya sendiri, Musa al- Nadir dan Abu
Bakar. Adapun di antara tabi’in yang meriwayatkan hadisnya ialah
antarnya al-Hasan al-Basri, Sulaiman al-Taimiy, Abu qilabah,Qatadah
dan lain-lain. Guru-guru Anas bin Malik antaranya ialah beliau berguru
langsung kepada Nabi saw,Fatimah binti Rasulullah saw, Abu Bakar,
Umar bin Khattab Usman bin Affan, Ibnu Abbas danlain-lain.
Sedangkan muridnya adalah Ja’far bin Abdullah, Muhamad bin Sirrin,
Ibnu Syihab, Amru bin Abi 'Amru Maisarah dan lain-lain. Dan para
sahabat beliau yang tsiqoh lebih dari 150 orang, sedang yang lemah
sekitar 190 sahabat. Selebihnya adalah orang – orang yang tidak
tsiqoh bahkan hadis dari mereka secara global dibuang seperti:
Ibrahim bin Hadbah, Dinar bin Abu Makis, Khorrosy bin Abdillah, Musa
At-Tahwil. Mereka hidup setelah 200 tahun, mereka tidak dianggap.
Do’a Rasul terhadap Anas
Ibunya datang kepada Rasulullah n dan berkata : “Wahai
Rasulullah n ini adalah Anas, anak yang cerdas mau
menbantumu”. Kemudian Anas diserahkan kepada Rasulullah n
dan beliau pun menerimanya. Ibunya pun memohon kepada
Rasulullah n untuk mendoakan Anas, maka Rasul pun berdoa
untuknya,
“Ya Allah perbanyaklah anak dan hartanya, serta masukkanlah
dia ke dalam surga” dalam riwayat lain, “Ya Allah perbanyaklah
harta dan anaknya, panjangkanlah umurnya dan ampunilah
dosanya”
Anas berkata, “Demi Allah hartaku sangat melimpah, sampai
kurma dan anggurku berbuah dua kali dalam setahun. Jumlah
anak-anak dan cucuku – cucuku mencapai seratus.” dalam
riwayat lain seratus enam. Dalam riwayat lain juga disebutkan
dari anak perempuannya Aminah, mengabarkan tentang anak
beliau yang mati dan dikuburkan saja itu mencapai 120 anak,
selain cucunya, itu pada saat Hajjaj berkuasa di Basrah.
Berkat do’a Rasulullah SAW ia menjadi sahabat yang paling
banyak anaknya serta paling panjang umurnya, dan paling akhir
meninggal dunia.
Wafat
Dikatakan kepada Anas, “Engkau adalah sahabat Rasulullah n yang paling
terakhir yang masih hidup.” Anas menjawab, Kaum Arab masih tersisa,
adapun dari sahabat beliau, maka saya adalah orang yang paling akhir yang
masih hidup. Ketika Anas sakit, ditawarkan kepadanya agar didatangkan
seorang dokter, tapi Anas malah menjawab ” Seorang dokter menyakitiku”
dan dia memohon agar dia ditalkin ‘Laa ilaha illallh, karena dia (Malaikat)
telah datang. Dia senantiasa mengatakannya, sampai Malaikat pencabut
nyawa mencabut nyawanya. Di sisi dia ada tongkat kecil punya Rasulullah
SAW yang kemudian dikubur bersamanya.
Ketika Anas wafat, beliau berumur 107 tahun. Berkata Waqidi dan lainnya”
Anas adalah sahabat di Basrah yang paling terakhir wafatnya.” Para ahli
sejarah selisih dalam menentukan kematian beliau, ada yang mengatakan
wafat pada tahun 90, 91, 92 dan ada pula yang mengatakan tahun 93, dan
inilah yang mashur menurut jumhur. Imam Ahmad berkata : Anas bin Malik
dan Jabir bin Zaid wafat bersamaan pada hari Jum’at, tahun 93.
Qotadah berkata : Ketika Anas wafat, Muariq al ‘Ajli berkata, Hari ini telah
pergi / hilang setengah dari pada ilmu. Dia ditanya, kenapa bisa demikian
wahai Abu Mu’tamar? Ia menjawab : Jika ada orang-orang pengikut hawa
nafsu menyelisihi kita hadits dari Rasulullah n kita katakan pada mereka :
“Mari kita kembalikan pada orang yang mendengar (Anas) darinya (Rasul).”
IMAM IBNU
SOLAH
BIODATA IMAM IBNU
SOLAH
Nama penuh beliau adalah Imam al-Hafiz
Syeikh al-Islam Taqiyuddin Abu Amr Uthman
bin Salahuddin Abu al-Qasim Abd al-Rahman
bin Uthman bin Musa bin Abu Nasr al-Nasari
al-Kurdi al-Syahruzuri al-Shafi’i. Beliau
masyhur dengan gelaran Ibn al-Salah, yang
mana merupakan nisbah kepada bapanya yang
digelar Salahuddin. Beliau lahir pada tahun
577H di Syarakhan, sebuah kampung kecil yang
terletak dalam perkampungan Shahrazur, utara
Iraq. Beliau mendapat didikan terus dari
ayahnya iaitu al-Salah Abd al-Rahman, ulama
terkenal dalam mazhab al-Syafi’i. Ibn al-
Salah dikatakan pernah beberapa kali membaca
kitab al-Muhaddah dari bapanya. Beliau juga
berguru dengan beberapa ulama lain yang rata-
ratanya berketurunan Kurdi. Karya al-Muhaddah
merupakan ringkasan fiqh mazhab al-Syafi'i.
PENGEMBARAAN OLEH IMAM IBNU SOLAH
Ibn al-Salah juga banyak mengembara demi mencari ilmu.
Destinasi rehlah ilmiah pertama beliau adalah Mawsil. Di
sana beliau telah pun berguru beberapa ulama. Antaranya
ialah Musa bin Muhammad al-Mawsuli dan juga Abu Hamid
al-Arbili yang merupakan pengarang kitab al-Muhit iaitu
kitab yang menggabungkan antara kitab al-Muhaddah oleh
al-Syirazi dan al-Wasit oleh al-Ghazali. Kemudian Ibn al-
Salah merantau ke Khurasan, Naysabur, Marw dan Qazwayn
untuk menimba ilmu di sana. Kembara ini berlaku sebelum
serangan Tartar tahun 616H. Di sana beliau menimba ilmu
dari pelbagai ulama seumpama Umar al-Busti, Abu al-
Hasan al-Naysaburi, Mansur bin Abd al-Mun’im al-Farawi
dan beberapa ulama yang lain. Di sinilah beliau mendengar
Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Kubra dan Madkhla
ila al-Sunan al-Kubra. Ibn al-Salah merupakan anak murid
kepada Imam al-Rafi’i, seorang ulama ulung dalam
mazhab Syafi’i. Beliau juga merantau ke Hamadan dan
juga Baghdad. Kemudian beliau merantau ke Syam,
destinasi terakhir beliau. Ketika beliau berada di Syam,
Tartar menyerang negara-negara Islam. Menurut Imam al-
Zahabi, dunia berada di tangan mereka pada tahun 618H.
Di Syam beliau merantau ke Damsyik, Harran, dan juga
Halab untuk menuntut ilmu dari ulama di sana. Hasil dari
rehlah ilmiah yang panjang ini terhasillah kekuatan ilmu
yang hebat dalam diri Imam Ibn al-Salah.
SUMBANGAN BELIAU
Pada kurun 6 hijrah menyaksikan lahirnya
madrasah yang khusus untuk mempelajari hadis
Nabi Muhammad SAW yang lebih dikenali
dalam bahasa arab sebagai Dar al-Hadith.
Madrasah Nuriyyah merupakan Dar al-Hadith
pertama yang dibangunkan di Damsyik.
Manakala Dar al-Hadith pertama di Kaherah
dibina pada tahun 622H. Ibn al-Salah
mengajar di Madrasah Sitti al-Syam Zamrud
setelah diberi mandat oleh Malik al-Asyraf.
Kemudian beliau mula berkhidmat sebagai
tenaga pengajar di Madrasah al-Salahiyyah,
al-Quds. Setelah itu beliau berpindah ke
Damsyik dan berkhidmat di Madrasah al-
Rahawiyyah di sana.
Sumbangan Ibn al-Salah terhadap ilmu
hadith cukup besar. Ini terserlah dalam
karya beliau iaitu Ma’rifat Anwa’ Ilm
al-Hadith yang juga dikenali sebagai al-
Muqaddimah. Ada juga yang menamakannya
sebagai Ulum al-Hadith. Nama yang
popular bagi kitab ini adalah Muqaddimah
Ibn Salah dan Ulum al-Hadith. Menurut Dr
Muwaffaq, nama yang diberikan oleh Ibn
al-Salah adalah Ma’rifat Anwa’ Ilm al-
Hadith. Berdasarkan kandungannya, ramai
ulama termasuk Imam Nawawi, Ibn
Khallikan dan lain-lain menamakannya
sebagai Ilm al-Hadith.
PENDEKATAN HADIS
BELIAU
Beberapa pendekatan telah digunakan oleh Ibn
al-Salah dalam karyanya yang menunjukkan
kreativiti beliau. Antaranya adalah memberi
definisi bagi setiap bahagian hadith yang
dibincangkan. Beliau sangat memberikan
perhatian terhadap aspek ini. Ini termasuk
memberikan definisi baru terhadap hadis hasan,
muallal, mudhtarib, mukhadram dan lain-lain.
Beliau juga memberikan penjelasan yang
terperinci terhadap definisi-definisi tersebut.
Selain itu, beliau mengemukakan perkara-perkara
baru yang belum pernah dikenali sebelumnya
seumpama pembahagian hadis sahih, hasan, syaz,
munkar, al-asma wa al-kuna. Tambahan,
pengalaman beliau digunakan untuk memantapkan
pandangan terdahulu dari beliau seperti
membetulkan yang kurang tepat, menunjukkan
kelemahan, menegur kesilapan, memberikan
pandangan tambahan dan menjelaskan yang kabur.
IMAM AZ-
ZAHABI
BIODATA
Imam az-Zahabi dilahirkan pada tahun
673H di Mayyafariqin Diyar Bakr,
Turkumanistan. Beliau dikenal dengan
kekuatan hafalan, kecerdasan,
kewarakan, kezuhudan, kelurusan aqidah
dan kefasihan lisannya.
MENUNTUT ILMU DAN GURU-GURUNYA
Imam Az-Zahabi menuntut ilmu sejak usia
dini dan ketika berusia 18 tahun
menekankan perhatian pada dua bidang
ilmu iaitu ilmu-ilmu al-Quran dan Hadis.
Beliau menempuh perjalanan yang jauh
dalam mencari ilmu ke Syria, Mesir dan
Hijaz (Makkah dan Madinah). Beliau
mengambil ilmu dari para ulama di negeri-
negeri tersebut.
Di antara para ulama yang menjadi guru-guru beliau
ialah:
1. Ibnu Taimiyah
Beliau meletakkan namannya paling awal di deretan
guru-guru yang memberikan ijazah pada beliau dalam
kitabnya, Mu’jam asy-Syuyukh. Beliau begitu mengagumi
Ibnu Taimiyah dengan mengatakan, “Dia lebih agung
jika aku yang menyifatinya. Seandainya aku bersumpah
di antara rukun dan maqam maka sungguh aku akan
bersumpah bahawa mataku belum pernah melihat yang
sepertinya. Tidak, demi Allah, bahkan dia sendiri belum
pernah melihat yang sepertinya dalam hal keilmuan."
2. al-Hafiz Jamaluddin Yusuf bin Abdurrahman al-Mizzi
Yang dikatakan oleh beliau, “Dia adalah sandaran kami
jika kami menemui masalah-masalah yang musykil.”
3. Al-Hafiz Alamuddin Abdul Qasim bin Muhammad al-
Birzali
Sering memberi semangat kepada beliau dalam belajar
ilmu hadith, beliau mengatakan tentangnya: “Dialah
yang menjadikanku mencintai ilmu hadith.”
Ketiga-tiga ulama diatas banyak memberikan pengaruh
terhadap keperibadian beliau. Adapun guru-guru beliau
yang lainnya adalah Umar bin Qawwas, Ahmad bin
Hibatullah bin Asakir, Yusuf bin Ahmad al-Ghasuli, Abdul
Khaliq bin Ulwan, Zainab bintu Umar bin Kindi, al-
Abrahuqi, Isa bin Abdul Mun’im bin Syihab, Ibnu Daqiqil
‘Id, Abu Muhammad ad-Dimyathi, Abul abbas azh-
Zhahiri, ali bin Ahmad al-Gharrafi, Yahya bin ahmad
ash-Shawwaf, at-Tauzari, masih banyak lagi yang
lainnya.