pujian para ulama kepadanya
Ibnu Nashruddin ad-Dimasyqi berkata, “Beliau
adalah Ayat (tanda kebesaran Allah) dalam
ilmu rijal, sandaran dalam jarh wa ta’dil (ilmu
kritik hadith) lantaran mengetahui cabang
dan pokoknya, imam dalam qiraat, faqih
dalam pemikiran, sangat faham dengan
mazhab-mazhab para imam dan para pemilik
pemikiran, penyebar sunnah dan mazhab
salaf di kalangan generasi yang datang
belakangan.”
Ibnu Katsir berkata, “Beliau adalah Syeikh al-
Hafiz al-kabir, Pakar Tarikh Islam, Syeikhul
muhadditsin. Beliau adalah penutup syuyukh
hadis dan huffaznya.”
Tajuddin as-Subki berkata, “Beliau adalah
syaikh Jarh wa Ta’dil, pakar Rijal, seakan-
akan umat ini dikumpulkan di satu tempat
kemudian beliau melihat dan mengungkapkan
sejarah mereka.”
An-Nabilisi berkata, “Beliau pakar zamannya
dalam hal perawi dan keadaaan-keadaan
mereka, tajam pemahamannya, cerdas, dan
ketenarannya sudah mencukupi daripada
menyebutkan sifat-sifat nya.”
BIODATA
BAIHAQI
Nurul Izzah Binti Anas
BAIHAQI
Imam Al Baihaqi adalah seorang ulama ahli fiqh, usul fiqh,
hadis, dan salah seorang ulama besar mazhab Syafi’i. Beliaulah
penulis kitab Sunan Al Baihaqi yang terkenal itu.
NAMA BELIAU
Imam Al-Baihaqi bernama lengkap Imam Al-Hafizh Al-
Muttaqin Abu Bakar Ahmad bin Al-Husain bin Ali bin Musa Al-
Khusrauijrdi Al-Khurasani Al-Baihaqi. Baihaq adalah sejumlah
perkampungan di wilayah Naisabur. Beliau adalah seorang
ulama besar dari Khurasan (desa kecil di pinggiran kota Baihaq)
dan penulis banyak kitab terkenal.
KELAHIRAN BELIAU
Al-Baihaqi lahir di bulan Sya’ban tahun 384 H yang bertepatan
dengan bulan September 994 Masihi 1. Lahir di desa
Khusraujirdi, termasuk daerah Baihaq, Naisabur.
PERJALANAN MENUNTUT ILMU
Imam Al-Baihaqi hidup pada masa Daulah Al-‘Abbasiyah.
Beliau mengembara mencari ilmu ke Khurasan, Iraq, dan Hijaz.
Dalam Siyar A’lam An-Nubala, Imam Adz-Dzahabi bercerita
tentang perjalanan Imam Al-Baihaqi dalam menuntut ilmu.
Beliau mengatakan bahwa Imam Al-Baihaqi ketika berusia 15
tahun telah mendengar dari Abu Al-Hasan Muhammad bin Al-
Husain Al-Alawi, sahabat dari Abu Hamid bin Asy-Syarqi dan
beliau adalah guru yang paling dahulu bagi Imam Al-Baihaqi.
Beliau luput dari menyimak secara langsung dari Abu Nu’aim
Al-Isfarayini, sahabat Abu ‘Uwanah, dan meriwayatkan darinya
secara ijazah mengenai jual beli. Beliau juga mendengar dari
Imam Al-Hakim Abu Abdillah Al-Hafizh lalu memperbanyak
riwayat darinya dan lulus darinya.
BAIHAQI
PANDANGAN TERHADAP BAIHAQI
At-Taj As-Subki mengatakan, “Imam Al-Baihaqi adalah salah satu
imam kaum muslimin dan penyeru kepada tali Allah yang kukuh.
Beliau adalah penghafal besar, ahli ushul yang tiada bandingnya,
zuhud, wara’, taat kepada Allah, membela mazhab, baik ushul
maupun furu’-nya, salah satu bukit ilmu.”4
Abdul-Ghaffar Al-Farsi Al-Naisaburi dalam bukunya “Dzail Tarikh
Naisaburi” memuji imam Al-Baihaqi setinggi langit dengan
mengatakan, “Abu Bakr Al-Baihaqi Al-Faqih Al-Hafizh Al-Ushuli Ad-
Din Al-Wari’, orang nombor satu pada zamannya dalam hal hafalan,
orang yang tiada bandingannya di antara para sejawatnya dalam hal
kesempurnaan dan ketelitian, salah satu pemuka murid Al-Hakim,
dan dia mengunggulinya dengan berbagai macam ilmu. Beliau
menulis hadis, menghafalkannya semenjak kecil, mendalaminya,
serta menguasainya. Beliau mengambil ilmu usul dan melakukan
perjalanan menuntut ilmu ke Iraq, daerah berbukit dan Hijaz,
kemudian menulis karya ilmiah. Karyanya hampir mencapai seribu
juz, yang belum pernah didahului oleh seorang pun sebelumnya.
Beliau menghimpun ilmu hadis dan fiqh, menjelaskan tentang ‘illat
hadis dan meninjau tentang perbedaan-perbedaan hadis-hadis. Para
ulama meminta beliau untuk berpindah dari daerah An-Nahiyah ke
Naisabur untuk mendengar kitab-kitabnya. Beliau pun datang pada
tahun 314 H, lalu mereka bermajelis untuk mendengarkan kitab Al-
Ma’rifah dan para ulama menghadirinya. Dia mengikuti jalan ulama,
merasa puas dengan yang sedikit.”5
Imam Adz-Dzahabi pun memuji beliau dengan mengatakan,
“Seandainya Al-Baihaqi mahu membuat mazhab untuk dirinya di
mana dia berijtihad, nescaya dia mampu melakukannya karena
keluasan ilmu dan pengetahuannya tentang perselisihan ulama.
Karena itu, kalian melihatnya membela permasalahan-permasalahan
yang didukung oleh hadis sahih.”6
BAIHAQI
AKHLAK BELIAU
Ibnu ‘Asakir berkata, Syekh Abu Al-Hasan Al-Farisi berkata, “Al-Baihaqi
berjalan di jalan para ulama, qanaah terhadap yang sedikit, dihiasi
dengan zuhud dan wara’,serta tetap seperti demikian sampai
meninggal.”7
Ibnu Katsir berbicara tentang akhlak beliau, “Al-Baihaqi adalah orang
yang zuhud dan menerima sesuatu yang sederhana, banyak beribadah
dan wara’.”8
KARYA BELIAU
Sejumlah kitab penting telah ditulisnya dan mempunyai nilai tinggi di
sisi para ulama-ulama setelahnya. Bahkan ada yang berpendapat
bahawa karyanya mencapai seribu jilid9. Kitab-kitab karangan beliau
pun mempunyai keistimewaan dibandingkan yang lainnya, karena
diurutkan dengan urutan yang begitu teliti dan cermat dan tidak ada
yang seperti beliau. Karena itu tidak ada yang seperti beliau sebelumnya
(10). Di antara karya beliau:
Kitab As-Sunan Al-Kubra dalam 10 jilid
Kitab Syu’ab Al-Iman dalam 2 jilid
Kitab Dala’il An-Nubuwwah dalam 4 jilid
Kitab Al-Asma wa Ash-Shifat dalam 2 jilid
Kitab Ahkam Al-Qur’an dalam 2 jilid
Kitab Takhrij Ahadits Al-Umm
Kitab Al-Ma’rifat fi As-Sunan wa Al-Atsar dalam 4 jilid
Kitab Al-Mu’taqad dalam 1 jilid
Kitab Al-Ba’tswa An-Nusyur dalam 1 jilid
MENINGGALNYA BELIAU
Imam al-Baihaqi meninggal pada hari Sabtu di Naisabur, Iran, tanggal
10 Jumadil Ula 458 H (9 April 1066 M). Dia lantas dibawa ke tanah
kelahirannya iaitu Baihaq dan dimakamkan di sana. Beliau hidup selama
74 tahun.