KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 82 of 106 Aduan terhadap firma 79. (1) Apa-apa aduan kepada Lembaga Tatatertib terhadap sesebuah firma hendaklah secara bertulis dan aduan itu hendaklah disifatkan telah dibuat— (a) dalam hal seorang tuan punya tunggal, terhadap Peguam Syarie yang pada masa yang material merupakan tuan punya tunggal firma itu; atau (b) dalam hal suatu perkongsian, terhadap semua Peguam Syarie yang pada masa yang material merupakan pekongsi firma itu, melainkan jika firma itu memuaskan hati Lembaga Tatatertib tentang identiti Peguam Syarie dalam firma yang terhadapnya aduan itu telah berbangkit. (2) Jika pada mana-mana peringkat prosiding Lembaga Tatatertib berpuas hati bahawa suatu aduan yang dibuat terhadap suatu firma hendaklah dibuat terhadap seorang Peguam Syarie yang tertentu, Lembaga Tatatertib hendaklah dengan serta-merta menggantikan nama firma itu dengan nama Peguam Syarie yang berkenaan. (3) Semua aduan terhadap mana-mana firma hendaklah diuruskan mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini. Melaka : Apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya hendaklah dibuat kepada Pengerusi Jawatankuasa secara bertulis. Mahkamah atau Pendakwa Syarie boleh, pada bila-bila masa, merujukkan kepada Jawatankuasa apa-apa maklumat yang menyentuh kelakuan Peguam Syarie atas sifat profesionalnya. Sabah : Apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang Peguam Syar’ie atau pelatih guaman atas sifat profesionalnya hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 83 of 106 Siasatan : Perlis, Selangor : (1) Setelah Pengerusi Jawatankuasa menerima sesuatu aduan itu dia hendaklah menyebabkan suatu mesyuarat jawatankuasa diadakan. (2) Tiap-tiap siasatan oleh Jawatankuasa hendaklah dijalankan secara dan setakat yang difikirkan adil dan munasabah menurut budi bicara mutlaknya dengan syarat bahawa sebelum ia menentukan bahawa siasatan hendaklah diadakan, ia hendaklah- (a) Mengepos atau menyampaikan kepada Peguam Syarie yang berkenaan- (i) Suatu pertanyaan bertulis menyatakan isi aduan itu; dan (ii) Suatu notis meminta Peguam Syarie yang berkenaan dalam suatu masa (tidak kurang daripada empat belas hari) memberi kepada jawatankuasa apa-apa jua penjelasan bertulis yang hendak diberinya dan memberitahu jawatankuasa itu sekiranya ia suka supaya didengar oleh Jawatankuasa itu; dan (b) Membiarkan masa yang dinyatakan dalam notis itu luput dan memberi Peguam Syarie yang berkenaan peluang yang berpatutan untuk didengar jika ia suka dan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penjelasan yang mungkin dibuatnya. (3) Apabila siasatan telah selesai, Jawatankuasa hendaklah memberi suatu laporan tentang pendapatnya kepada Majlis; dan hendaklah juga membuat perakuannya sama ada Peguam Syarie berkenaan adalah bersalah atau tidak atas kesalahan yang diadukan itu. (4) Jika Jawatankuasa membuat perakuan bahawa Peguam Syarie berkenaan didapati bersalah atas kesalahan yang diadukan itu, Jawatankuasa hendaklah juga membuat perakuan mengenai hukuman yang patut dikenakan ke atas Peguam Syarie tersebut. (5) Tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini, Jawatankuasa adalah berkuasa untuk mengawalselia prosedurnya sendiri berhubungan dengan perjalanan siasatannya ke atas apa-apa aduan.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 84 of 106 Kedah : disebutkan tempoh (1) Setelah menerima sesuatu aduan itu, Pengerusi hendaklah mengarahkan suatu siasatan diadakan tidak lewat dari satu bulan dari tarikh aduan. (2) Tiap-tiap siasatan oleh Jawatankuasa hendaklah dijalankan secara dan setakat yang difikirkan adil dan munasabah menurut budi bicara mutlaknya dengan syarat bahawa sebelum ia menentukan bahawa siasatan hendaklah diadakan, ia hendaklah: (a) mengepos atau menyampaikan kepada Peguam Syarie yang berkenaan- (i) suatu pernyataan bertulis menyatakan isi aduan itu; dan (ii) suatu notis meminta Peguam Syarie yang berkenaan, dalam sesuatu masa (tidak kurang daripada empat belas hari) memberi kepada Jawatankuasa apa-apa jua penjelasan bertulis yang hendak diberinya dan memberitahu Jawatankuasa itu supaya didengar oleh Jawatankuasa itu; dan (b) membiarkan masa yang dinyatakan dalam notis itu luput dan memberi Peguam Syarie yang berkenaan peluang yang berpatutan untuk didengar dan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penjelasan yang mungkin dibuatnya. (3) Apabila siasatan telah selesai, Jawatankuasa hendaklah memberi suatu laporan tentang pendapatnya kepada Majlis dan hendaklah juga membuat syor sama ada Peguam Syarie berkenaan adalah bersalah atau tidak atas kesalahan yang diadukan itu. (4) Jika Jawatankuasa membuat syor bahawa Peguam Syarie berkenaan didapati bersalah atas kesalahan yang diadukan itu, Jawatankuasa hendaklah juga membuat syor mengenai hukuman yang patut dikenakan ke atas Peguam Syarie tersebut. (5) Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini, Jawatankuasa adalah berkuasa untuk mengawal selia prosedurnya sendiri berhubungan dengan perjalanan siasatannya ke atas apa-apa aduan. Perak : (1) Jika didapati oleh Jawatankuasa setelah menimbangkan aduan yang dibuat dengan mengambil kira maklumat yang dikemukakan di bawah subkaedah 20(4), jika ada, bahawa aduan terhadap seseorang Peguam Syarie adalah tidak bermerit, maka Jawatankuasa hendaklah menolak aduan itu.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 85 of 106 (2) Jika didapati oleh Jawatankuasa setelah menimbangkan aduan yang dibuat dengan mengambil kira maklumat yang dikemukakan di bawah subkaedah 20(4), jika ada, bahawa wujud satu kes prima facie terhadap Peguam Syarie yang berkenaan, Jawatankuasa hendaklah- (a) mengarahkan supaya suatu pertuduhan yang mengandungi fakta kelakuan yang diadukan dan alasanalasan yang Peguam Syarie berkenaan dicadangkan dikeluarkan daripada Daftar atau digantung daripada menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau dicela, dihantar kepada Peguam Syarie itu; dan (b) memanggil Peguam Syarie itu untuk membuat, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia menerima pertuduhan itu, suatu representasi bertulis yang mengandungi alasan-alasan yang padanya dia bergantung untuk melepaskan dirinya. (3) Jika, setelah menimbangkan representasi bertulis yang dibuat menurut perenggan 2 (b) berserta segala maklumat lain, jika ada, Jawatankuasa mendapati bahawa Peguam Syarie itu tidak bersalah, Jawatankuasa hendaklah membebaskannya. (4) Jika Peguam Syarie berkenaan tidak membuat apa-apa representasi bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b) atau jika Peguam Syarie itu telah membuat representasi bertulis sedemikian tetapi representasi bertulis itu tidak dapat membersihkan dirinya sehingga memuaskan hati Jawatankuasa dan Jawatankuasa mendapati bahawa Peguam Syarie itu bersalah, Jawatankuasa hendaklah membuat keputusan tentang pengeluaran daripada Daftar, penggantungan daripada menjalankan amalan atau pencelaan Peguam Syarie itu. (5) Jika Jawatankuasa berpendapat bahawa kes terhadap Peguam Syarie itu menghendaki penjelasan lanjut, Jawatankuasa boleh menubuhkan suatu Jawatankuasa Penyiasatan bagi maksud mendapatkan penjelasan lanjut sedemikian. Kaedah 22. Jawatankuasa Penyiasatan Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua anggota yang dinamakan oleh Jawatankuasa. Kaedah 23. Tatacara yang hendaklah diikuti oleh Jawatankuasa Penyiasatan (1) Jawatankuasa Penyiasatan-
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 86 of 106 (a) hendaklah memberitahu Peguam Syarie yang disiasat itu tarikh persoalan mengenai kesnya akan dibawa di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan; dan (b) boleh memanggil dan memeriksa mana-mana saksi atau mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang difikirkannya perIu atau patut untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kes itu. (2) Jika Jawatankuasa Penyiasatan berpandangan bahawa Peguam Syarie itu patut dibenarkan hadir di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan untuk membersihkan dirinya, Peguam Syarie itu hendaklah menghadirkan dirinya di hadapan Jawatankuasa itu bagi maksud itu. (3) Jika saksi-saksi telah dipanggil dan diperiksa oleh Jawatankuasa Penyiasatan, Peguam Syarie itu hendaklah diberi peluang untuk hadir dan untuk menyoal balas saksi-saksi bagi pihak dirinya. (4) Tiada keterangan dokumentar boleh digunakan terhadap seseorang Peguam Syarie melainkan jika dia telah sebelum itu dibekali dengan satu salinan keterangan itu atau telah diberikan akses kepada keterangan itu. (5) Setelah tamat penyiasatannya, Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah mengemukakan laporan tentang penyiasatan itu kepada Jawatankuasa. (6) Jika setelah menimbangkan laporan Jawatankuasa Penyiasatan dan representasi Peguam Syarie Jawatankuasa mendapati- (a) bahawa Peguam Syarie itu tidak bersalah, maka Jawatankuasa hendaklah membebaskannya; (b) bahawa Peguam Syarie itu bersalah maka Jawatankuasa hendaklah membuat keputusan tentang pengeluaran daripada Daftar, penggantungan daripada menjalankan amalan atau pencelaan Peguam Syarie itu. WP : ada had masa Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan prosiding tatatertib 85. (1) Majlis Peguam Syarie boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia— (a) penerimaan aduan atau maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Lembaga Tatatertib; (b) tatacara bagi penubuhan jawatankuasa lain untuk membantu Lembaga Tatatertib dalam menjalankan siasatan yang berhubungan dengan apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Lembaga Tatatertib; dan (c) tatacara yang berhubungan dengan penjalanan prosiding tatatertib.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 87 of 106 (2) Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang berlanggaran dengan kaedah-kaedah sebagai satu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu. Had masa bidang kuasa tatatertib 80. (1) Apa-apa aduan berkenaan dengan salah laku mana-mana Peguam Syarie atau mana-mana pelatih dalam kamar tidak boleh disiasat oleh Lembaga Tatatertib selepas habis tempoh enam tahun dari tarikh hak tindakan terakru. (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika— (a) aduan itu berasaskan kepada fraud Peguam Syarie atau ejennya atau mana-mana orang yang melaluinya Peguam Syarie itu atau ejennya membuat tuntutan; atau (b) hak tindakan untuk membawa aduan tersembunyi akibat fraud Peguam Syarie atau ejennya atau mana-mana orang yang melaluinya dia atau ejennya membuat tuntutan, had masa tidak bermula sehingga pengadu mengetahui fraud itu, atau dengan usaha yang munasabah mengetahui fraud itu. Melaka : (1) Setelah menerima sesualu aduan itu, Pengerusi Jawatankuasa hendaklah merujuk aduan tersebut kepada Jawatankuasa Tatatertib bagi tujuan siasatan. (2) Tiap-tiap siasatan oleh Jawatankuasa Tatatertib hendaklah dijalankan secara dan setakat yang difikirkan adil dan munasabah menurut budi bicara mutlaknya dengan syarat bahawa sebelum ia menentukan bahawa siasatan hendaklah diadakan, ia hendaklah- (a) membuat penyampaian secara kediri kepada Peguam Syarie yang berkenaan dan sekiranya penyampaian kediri tidak dapat dilakukan memadai dengan meninggalkan notis itu di alamat terakhir Peguam Syarie itu; dan (b) meminta Peguam Syarie yang berkenaan, dalam tempoh empat belas hari selepas penyampaian notis memberi kepada Jawatankuasa Tatatertib apa-apa jua penjelasan bertulis yang berhubung dengan aduan itu dan memberitahu Jawatankuasa Tatatertib itu sekiranya ia mahu supaya didengar oleh Jawatankuasa Tatatertib itu; atau (c) membiarkan masa yang dinyatakan dalam notis itu luput dan memberi Peguam Syarie yang berkenaan peluang yang berpatutan untuk didengar jika ia mahu dan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penjelasan yang mungkin dibuatnya.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 88 of 106 (3) Selepas mendengar penjelasan di bawah perenggan 30(2)(c) dan siasatan wajar dilakukan, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah merekodkan dapatannya berhubung dengan aduan itu dan menyediakan laporan kepada Jawatankuasa. (4) Sekiranya Peguam Syarie berkenaan gagal memberikan apa-apa jua penjelasan bertulis yang munasabah atau gagal untuk memberikan apa-apa jua penjelasan setelah tamat tempoh masa empat belas (14) hari bekerja, maka Jawatankuasa Tatatertib bolehlah mengadakan siasatan atau membuat penilaian dan rumusan terhadap aduan itu dan melaporkan kepada Jawatankuasa. (5) Tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa Tatatertib adalah berkuasa untuk menetapkan dan mengawal selia prosedurnya sendiri berhubungan dengan pe1jalanan siasatannya ke atas apa-apa aduan. Pertimbangan oleh Jawatanknasa tentang laporan Jawatankuasa Tatatertib (1) Selepas menerima laporan daripada Jawatankuasa Tatatertib,Jawatankuasa hendaklah memberikan pertimbangan dan menyediakan suatu laporan serta pendapatnya kepada Majlis, dan hendaklah juga membuat perakuannya sama ada Peguam Syarie berkenaan adalah bersalah. (2) Jika Jawatankuasa membuat perakuan bahawa Peguam Syarie berkenaan didapati bersalah alas kesalahan yang diadukan itu, Jawatankuasa hendaklah juga membuat perakuan mengenai hukuman yang patut dikenakan ke atas Peguam Syarie tersebut. (3) Walau apa pun subperaturan (1), Jawatankuasa boleh mengembalikan semula laporan dan mengarahkan Jawatankuasa Talatertib menjalankan siasatan lanjut sekiranya perlu. Sabah : (1) Setelah menerima sesuatu aduan itu, Pengerusi Jawatankuasa hendaklah menyebabkan suatu siasatan diadakan. (2) Tiap-tiap siasatan oleh Jawatankuasa hendaklah dijalankan secara dan setakat yang difikirkan adil dan munasabah menurut budi bicara mutlaknya dengan syarat bahawa sebelum ia menentukan siasatan hendaklah diadakan, ia hendaklah- (a) Mengepos atau menyampaikan kepada Peguam Syarie yang berkenaan- (i) meminta Peguam Syar’ie yang berkenaan, dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas hari memberi kepada Jawatankuasa apa-apa jua penjelasan bertulis berhubung dengan aduan itu; dan
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 89 of 106 (ii) membuat penyampaian notis di subkaedah (a) secara kendiri kepada Peguam Syar’ie yang berkenaan sekiranya penyampaian kendiri tidak dapat dilakukan memadai dengan meninggalkan notis itu di alamat terakhir Peguam Syar’ie itu. (3) Sekiranya Peguam Syar’ie yang berkenaan gagal memberikan apa-apa jua penjelasan bertulis yang munasabah atau gagal untuk memberikan apa-apa jua penjelasan setelah tamat tempoh masa empat belas hari, maka Jawatankuasa bolehlah mengadakan siasatan terhadap aduan itu. (4) Apabila siasatan telah selesai, Jawatankuasa hendaklah menyediakan suatu laporan dan pendapatnya dalam mesyuarat Jawatankuasa, dan hendaklah juga membuat perakuannya sama ada Peguam Syar’ie berkenaan bersalah atau tidak atas kesalahan yang diadukan itu. (5) Jika Jawatankuasa membuat perakuan bahawa Peguam Syar’ie berkenaan didapati bersalah atas kesalahan yang diadukan itu, Jawatankuasa hendaklah juga membuat perakuan mengenai hukuman yang patut dikenakan ke atas Peguam Syar’ie tersebut. (6) Tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini, Jawatankuasa adalah berkuasa untuk mengawal selia prosedurnya sendiri berhubungan dengan perjalanan siasatannya ke atas apa-apa aduan. Kuasa mengeluarkan perintah. Perlis, Kedah, Selangor : (1) Majlis apabila menerima laporan dan perakuan Jawatankuasa mengikut kaedah 16, hendaklah membuat mana-mana daripada perintah-perintah yang berikut sebagaimana difikirkan adil dan munasabah- (a) Membuat perintah supaya nama Peguam Syarie berkenaan digugurkan daripada Daftar Peguam Syarie; (b) Membuat perintah menggantung Peguam Syarie itu daripada menjalankan amalan bagi suatu tempoh yang difikirkan adil dan munasabah; (c) Memberi amaran kepada Peguam Syarie itu; atau (d) Membuat apa-apa perintah yang lain yang difikirkan adil dan munasabah.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 90 of 106 (2) Dalam membuat apa-apa perintah di bawah Kaedah-kaedah ini, Majlis boleh, selain daripada fakta-fakta kes itu, mengambil kira kelakuan dan watak orang yang berkenaan itu pada masa yang untuk menentukan apakah perintah yang patut dibuat. Perak : (a) dikeluarkan daripada Daftar; (b) digantung daripada menjalankan amalan selama tempoh tidak melebihi lima tahun; atau (c) dicela. WP : Penalti atau hukuman tatatertib 82. (1) Lembaga Tatatertib boleh, setelah memuktamadkan mana-mana peringkat prosiding tatatertib, mengenakan satu atau lebih penalti atau hukuman yang berikut: (a) mencatatkan teguran atau celaan bersetentang dengan nama Peguam Syarie itu dalam Daftar; (b) pengenaan suatu denda yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; (c) penggantungan Peguam Syarie itu daripada menjalankan amalan bagi tempoh yang tidak melebihi lima tahun; atau (d) pemotongan nama Peguam Syarie itu daripada Daftar. (2) Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga Tatatertib juga boleh membuat perintah restitusi wang pengadu sekiranya terbukti wang itu telah atau sedang dipegang oleh Peguam Syarie itu dalam kapasiti profesionalnya dan pengadu berhak untuk memulangkan wang itu atau sebahagian wang itu. (3) Lembaga Tatatertib hendaklah, sebelum mengenakan mana-mana satu atau lebih penalti atau hukuman di bawah subseksyen (1) atau membuat perintah restitusi di bawah subseksyen (2), memberitahu Peguam Syarie mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan memberinya peluang untuk didengar yang munasabah. (4) Jika Lembaga Tatatertib membuat perintah bahawa Peguam Syarie perlu membuat restitusi kepada pengadu, Lembaga Tatatertib boleh menyatakan masa yang restitusi itu hendaklah dibuat.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 91 of 106 (5) Pemulangan wang atau sebahagian wang yang disebut dalam subseksyen (3) boleh didapatkan oleh pengadu sebagai suatu hutang sivil. Penggantungan Peguam Syarie 83. (1) Jika seseorang Peguam Syarie— (a) telah didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah atas suatu kesalahan yang melibatkan kecurangan, penyalahgunaan atau pelesapan wang atau harta anak guam atau manamana orang lain; (b) telah dikeluarkan namanya daripada Daftar; (c) telah dikeluarkan, digantung, dicela atau ditegur atas sifatnya sebagai seorang Peguam Syarie di mana-mana Negeri lain; (d) merupakan subjek kepada apa-apa aduan mengenai apa-apa perbuatan curang yang dilakukan olehnya atas kapasitinya sebagai seorang Peguam Syarie; (e) telah meninggalkan negara atau tidak hadir di pejabatnya dalam apa-apa hal keadaan yang Majlis Peguam Syarie boleh menganggap dengan munasabahnya bahawa dia telah melarikan diri; atau (f) selainnya tidak berdaya kerana kelemahan tubuh atau akal atau atas apa-apa sebab lain untuk melaksanakan dengan berkesan tugasnya sebagai Peguam Syarie, dan Majlis Peguam Syarie berpendapat bahawa adalah demi kepentingan awam atau kepentingan anak guamnya atau profesion yang Peguam Syarie tersebut digantung daripada menjalankan amalan, Majlis Peguam Syarie boleh memohon kepada Lembaga Tatatertib bagi suatu perintah menggantung Peguam Syarie itu daripada menjalankan amalan sehingga notis selanjutnya diberikan. Melaka : (1) Majlis, apabila menerima laporan dan perakuan Jawatankuasa mengikul subperaturan 31(1), hendaklah membuat mana-mana daripada perintah yang berikut sebagaimana difikirkan adil dan munasabah- (a) membuat perintah supaya nama Peguam Syarie berkenaan dibatalkan daripada Daftar Peguam Syarie dan Sijil Amalan Guaman Syarie Peguam Syarie itu juga dibatalkan; (b) membuat perintah menggantung Peguam Syarie ilu daripada menjalankan amalan bagi suatu tempoh
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 92 of 106 yang difikirkan adil dan munasabah; (c) mengenakan denda tidak melebihi RM5,000.00; (d) memberi amaran kepada Peguam Syarie itu; (e) mencela Peguam Syarie itu; atau (f) membuat apa-apa perintah lain yang difikirkan adil dan munasabah. (2) Dalam membuat apa-apa perintah di bawah Peraturan-Peraturan ini, Majlis boleh, selain dari fakta kes itu, mengambil kira kelakuan dan watak orang yang berkenaan itu pada masa yang lalu untuk menentukan perintah yang patut di buat. Sabah : (1) Jawatankuasa apabila mendengar sesuatu permohonan atau aduan yang dibuat kepadanya di bawah kaedah 22, adalah berkuasa membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil dan munasabah, dan sesuatu perintah itu boleh khususnya termasuk peruntukan bagi mana-mana daripada perkara-perkara yang berikut - (a) membuat perintah supaya nama Peguam Syar’ie berkenaan digugurkan daripada daftar Peguam Syar’ie; (b) menggantung Peguam Syar’ie itu daripada menjalankan amalan bagi suatu tempoh yang difikirkan adil dan munasabah; (c) memberi amaran bertulis kepada Peguam Syar’ie itu; atau (d) membuat apa-apa keputusan lain yang difikirkan adil dan munasabah.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 93 of 106 Pemakluman Keputusan hukuman. Perlis, Kedah, Selangor, Melaka, Sabah : tiada dinyatakan Perak : Kaedah 24. Keputusan hendaklah dimaklumkan (1) Jawatankuasa hendaklah memaklumkan keputusannya yang dibuat di bawah kaedah 21 dan 23, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Peguam Syarie itu, Ketua Pendaftar, Ketua Pendakwa Syarie dan Setiausaha melalui pos berdaftar. (2) Pengerusi hendaklah menandatangani setiap keputusan Jawatankuasa yang dibuat dibawah kaedah 21 atau 23. (3) Pengerusi hendaklah memastikan bahawa setiap prosiding dicatatkan dan rekod prosiding disimpan dengan sempurna. Permohonan bagi mengeluarkan nama dari Daftar Peguam Syarie. Perlis, Kedah, Selangor : (1) Seseorang Peguam Syarie boleh tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini, memohon kepada Majlis supaya namanya dikeluarkan dari Daftar Peguam Syarie. (2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa serta disokong dengan afidavit. (3) Jawatankuasa boleh atas sebab yang baik menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa yang diarahkan oleh Jawatankuasa. (4) Permohonan itu hendaklah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dan Jawatankuasa kemudiannya hendaklah mengemukakan perakuannya kepada Majlis.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 94 of 106 Perak : (1) Mana-mana Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada kaedah ini, memohon kepada Jawatankuasa supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar. (2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar. (3) Jawatankuasa boleh, jika diflkirkannya perlu, menghendaki Peguam Syarie itu menyiarkan suatu notis permohonannya supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar mengikut apa-apa cara atau bentuk yang diarahkan oleh Jawatankuasa. WP : Peguam Syarie boleh memohon supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar 26. (1) Mana-mana Peguam Syarie boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar. (2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan afidavit yang menyatakan sebab bagi pengeluaran namanya daripada Daftar. (3) Peguam Syarie itu hendaklah menyampaikan permohonannya untuk mengeluarkan namanya di bawah subseksyen (1) kepada Majlis Peguam Syarie dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas hari sebelum permohonan itu didengar. (4) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah didengar oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bersidang di dalam kamar. (5) Setelah mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat perintah— (a) mengarahkan Ketua Pendaftar untuk memotong nama Peguam Syarie itu daripada Daftar; (b) menangguhkan pendengaran itu kepada suatu tarikh yang difikirkan adil dan munasabah oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah itu; atau (c) menolak permohonan itu jika— (i) suatu tindakan tatatertib belum selesai terhadap Peguam Syarie itu di bawah Bahagian IX Akta ini; atau
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 95 of 106 (ii) kelakuan Peguam Syarie itu merupakan perkara yang disiasat di bawah Bahagian IX Akta ini; dan (d) bagi pembayaran apa-apa kos. Melaka : (1) Seseorang Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini, memohon kepada Majlis supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar Peguam Syarie. (2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dengan disokong oleh afidavil dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa tidak kurang daripada liga puluh hari sebelum permohonan itu didengar. (3) Sebaik sahaja menerima permohonan ini, Jawatankuasa hendaklah mengemukakan perakuannya kepada Majlis. (4) Majlis boleh selepas menerima perakuan Jawalankuasa memerintahkan agar setiauasaha mengeluarkan nama Peguam Syarie lersebul dari Daftar Peguam Syar'ie. Sabah : (1) Seseorang Peguam Syar’ie boleh, tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, memohon kepada Mahkamah supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar Peguam Syarie. (2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Mahkamah serta disokong dengan afidavit dan salinan diserahkan kepada Jawatankuasa. Permohonan untuk dilantik semula sebagai Peguam Syarie. Perlis, Kedah, Selangor : (1) Tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini atas perakuan Jawatankuasa Majlis boleh jika difikirkan adil dan munasabah melantik semula seseorang itu yang namanya telah dikeluarkan atau digugurkan dari Daftar Peguam Syarie, sebagai Peguam Syarie.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 96 of 106 (2) Sesuatu permohonan supaya seseorang itu dilantik semula sebagai Peguam Syarie hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh Kaedah-kaedah ini bagi seseorang yang berhasrat untuk dilantik menjadi Peguam Syarie bagi kali pertamanya; tetapi bagi permohonan yang dibuat di bawah Kaedah ini, permohonan itu hendaklah disokong dengan afidavit yang menerangkan mengapa pemohon ingin dilantik semula untuk menjadi Peguam Syarie. Perak : (ada tempoh) (1) Seseorang yang namanya telah dikeluarkan daripada Daftar boleh, selepas tempoh lima tahun dari tarikh namanya dikeluarkan, memohon untuk dimasukkan semula sebagai Peguam Syarie. (2) Sesuatu permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat mengikut cara yang sama yang ditetapkan oleh KaedahKaedah ini bagi seseorang yang berhasrat untuk diterima sebagai Peguam Syarie, tetapi bagi permohonan yang dibuat di bawah kaedah ini, permohonan itu hendaklah disokong dengan afidavit yang menerangkan mengapa pemohon ingin dimasukkan semula sebagai Peguam Syarie. WP : Pemasukan semula nama Peguam Syarie dalam Daftar 27. (1) Mana-mana orang yang namanya telah dikeluarkan atau dipotong daripada Daftar boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah bagi pemasukan semula namanya dalam Daftar. (2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan afidavit. (3) Pemohon hendaklah menyampaikan salinan permohonan di bawah subseksyen (1) itu kepada Majlis Peguam Syarie dalam masa empat belas hari sebelum pendengaran permohonan itu. (4) Majlis Peguam Syarie hendaklah, apabila menerima salinan permohonan itu, menyediakan suatu laporan yang termasuklah salinan rekod apa-apa prosiding yang kesan daripadanya nama pemohon itu dikeluarkan atau dipotong daripada Daftar. (5) Majlis Peguam Syarie hendaklah diwakili semasa pendengaran permohonan bagi pemasukan semula itu dan mengemukakan laporan yang disediakan di bawah subseksyen (4) kepada Mahkamah Tinggi Syariah sebelum pendengaran permohonan itu.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 97 of 106 (6) Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika difikirkannya adil dan munasabah, memerintahkan Ketua Pendaftar untuk memasukkan semula nama pemohon dalam Daftar. (7) Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Melaka : (1) Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini, alas perakuan Jawatankuasa, Majlis boleh, jika difikirkan adil dan munasabah menerima semula seseorang itu, yang namanya telah dikeluarkan atau dibatalkan dari Daftar Peguam Syarie sebagai Peguam Syarie. (2) Permohonan untuk diterima masuk semula sebagai Peguam Syarie hanya boleh dibuat setelah tamat tempoh tiga puluh enam bulan daripada tarikh namanya dikeluarkan atau dibatalkan daripada Daftar Peguam Syarie, (3) Permohonan untuk diterima masuk semula sebagai Peguam Syarie hendaklah disokong dengan alasan-alasan atau sebab yang munasabah mengapa dia perlu diterima semula sebagai Peguam Syarie Sabah : (1) Mana-mana orang yang namanya telah dikeluarkan daripada Daftar Peguam Syar’ie dibawah subkaedah 18(1) boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah bagi pemasukan semula namanya dalam Daftar Peguam Syar’ie. (2) Permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah difailkan dengan notis permohonan dan disokong dengan Afidavit. (3) Salinan permohonan hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa dalam masa empat belas hari sebelum pendengaran permohonan itu. (4) Jawatankuasa hendaklah, apabila menerima salinan permohonan itu, menyediakan satu laporan yang termasuklah salinan rekod apa-apa prosiding yang kesan daripadanya nama pemohon itu dikeluarkan dari Daftar Peguam Syar’ie. (5) Ketua Hakim Syar’ie Negeri boleh, jika difikirkannya adil dan munasabah, dengan bayaran lima ratus ringgit, memerintahkan Ketua Pendaftar untuk memasukkan semula nama Pemohon dalam Daftar Peguam Syar’ie. (6) Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan mahkamah Tinggi Syariah boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 98 of 106 Fi bagi Permohonan untuk dilantik semula sebagai Peguam Syarie. Perlis : RM700.00 Kedah, Selangor : RM1,000.00 Perak, Sabah : RM500.00 Melaka : tiada dinyatakan Rayuan terhadap Keputusan tatatertib. Perlis, Kedah, Selangor, Melaka : tidak dinyatakan Perak : Termasuk dalam Kuasa Jawatankuasa Rayuan Peguam Syarie WP : Rayuan terhadap perintah atau keputusan Lembaga Tatatertib 84. Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah atau keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib dalam menjalankan bidang kuasa tatatertibnya boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan pemberitahuan perintah atau keputusan itu. Sabah : Rayuan daripada perintah akhir atau Keputusan Jawatankuasa Peguam Syar’ie yang terkilan dengan mana-mana keputusan Jawatankuasa boleh merayu kepada Ketua Hakim Syar’ie Negeri dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan diterima.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 99 of 106 24. Penubuhan Jawatankuasa lain berkaitan Perlis, Kedah, Selangor, Sabah : tiada Perak : Jawatankuasa Penyiasatan, Jawatankuasa Rayuan Peguam Syarie WP : Majlis Peguam Syarie, Badan Peguam, dll. Melaka : Jawatankuasa Tatatertib PERUNTUKAN AM 25. Mengemukakan Sijil Peguam Syarie. Perlis, Kedah, Selangor, Perak, Melaka, Sabah : Tiap-tiap Peguam Syarie hendaklah mengemukakan Sijil Amalan Guaman Syarie jika dikehendaki oleh mana-mana Mahkamah. WP : Pengemukaan Perakuan Amalan Tahunan 32. Seseorang Peguam Syarie hendaklah mengemukakan Perakuan Amalan Tahunannya jika dia dikehendaki oleh mana-mana mahkamah syariah untuk berbuat sedemikian. 26. Sekatan / Kesalahan Perlis, Kedah, Selangor, Sabah : (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie melainkan dia adalah menurut kaedah 8 (3) dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie oleh Kaedah-kaedah ini, atau dia telah dilantik dengan sempurnanya sebagai Peguam Syarie mengikut Kaedah-kaedah ini. (2) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie jika suatu perintah penggantungan ke atasnya di bawah kaedah 19 (b) masih berkuasa.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 100 of 106 Perak : (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie melainkan jika dia telah diterima sebagai Peguam Syarie mengikut Kaedah-Kaedah ini dan dia mempunyai Sijil Amalan Guaman Syarie yang sah. (2) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie jika suatu perintah di bawah perenggan 19 (2) (a) atau (b) masih berkuat kuasa. (3) Seseorang Peguam Syarie tidak boleh menjalankan amalan atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie jika Sijil Amalan Guaman Syarienya telah habis tempoh. Melaka : (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie melainkan dia telah diterima masuk menjadi Peguam Syarie di bawah Peraturan-Peraturan ini dan memiliki Sijil Amalan Guaman Syarie yang masih sah. (2) Tiada seseorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie jika perintah penggantungan ke atasnya di bawah perenggan 32(1)(b) masih berkuat kuasa. 27. Penalti Perlis : Mana-mana orang yang melanggar subkaedah (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 101 of 106 Kedah : Sub Peraturan asing Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit. Selangor : Mana-mana orang yang melanggar subkaedah 25(1) atau (2) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dengan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Perak : Mana-mana orang yang melanggar subkaedah (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Melaka : Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan Mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah subperaturan 34(1) atau (2) hanya boleh didakwa setelah mendapal kebenaran bertulis Ketua Pendakwa Syarie.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 102 of 106 Sabah : Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua ribu ringgit. 28. Kandungan khas bagi Kaedah-Kaedah Peguam Syar’ie (Negeri Sabah) 2021 Kaedah 27. Kebenaran untuk beramal dalam kes-kes khas (1) Ketua Hakim Syar’ie Negeri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, atas permohonan oleh atau bagi pihak mana-mana Peguam Syar’ie negeri-negeri lain di Malaysia, membenarkan Peguam Syar’ie tersebut untuk beramal dalam mana-mana kes tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan sesuai oleh Ketua Hakim Syar’ie Negeri dan setelah dibayr fi yang ditetapkan jika- (a) Peguam Syar’ie tersebut dicadangkan oleh Peguam Syar’ie tempatan; dan (b) Mengambilkira semua keadaan yang berkaitan, Ketua Hakim Syar’ie Negeri berpendapat bahawa ianya adalah untukkepentingn keadilan. (2) Permohonan di bawah subkaedah (1) oleh mana-mana Peguam Syar’ie hendaklah disokong oleh afidavit sendiri dan afidavit Peguam Syar’ie yang mencadangkannya dengan menyatakan – (a) Bahawa dia telah dicadangkan oleh Peguam Syar’ie tempatan; (b) Semua keadaan yang berkaitan dengan hal perkara yang mana pemohon niat untuk hadir; (c) Alasan atau sebab kenapa ianya menjadi kepentingan keadilan kepada pemohn untuk diterima beramal di bawah Kaedah ini; dan (d) Kelayakan dan pengalaman khas pemohon. (3) Permohonan hendaklah juga diserahkan kepada Peguam Besar Negeri dan jawatankuasa;
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 103 of 106 (4) Sebeum membenarkan mana-mana Peguam Syar’ie untuk beramal di bawah Kaedah ini, Ketua Hakim Syar’ie Negeri hendaklah mengambil kira pandangan Peguam Besar Negeri dan Jawatankuasa; (5) Ketua Pendaftar hendaklah, setelah dibayar fi satu ribu ringgit, mengeluarkan kepada setiap Peguam Syar’ie yang dibenarkan untuk beramal di bawah Kaedah ini, satu sijil beramal mengikut Borang C dalam Jadual Ketiga yang menyatakan di dalamnya hal atau perkara yang mana Peguam Syar’ie itu dibenarkan untuk hadir; (6) Ketua Pendaftar hendaklah menyimpan satu daftar lain nama Peguam-Peguam Syar’ie yang dibenarkan beramal di bawah Kaedah ini. 29. Kandungan khas bagi Akta Profesion Guaman Syarie 2019 BAHAGIAN V – HAK DAN KEISTIMEWAAN PEGUAM SYARIE BAHAGIAN VI – NAMA FIRMA BAHAGIAN VII – BADAN PEGUAM SYARIE DAN MAJLIS PEGUAM SYARIE Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan 42. Penubuhan Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan 43. Matlamat Badan Peguam Syarie 44. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan tatacara mesyuarat, dsb. 45. Anggota Badan Peguam Syarie 46. Kelayakan sebagai anggota 47. Yuran tahunan dan levi Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan 48. Penubuhan Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan 49. Pemilihan anggota Majlis Peguam Syarie yang pertama, dsb.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 104 of 106 50. Pemilihan anggota Majlis Peguam Syarie berikutnya 51. Kelayakan untuk dinamakan dan dilantik sebagai anggota Majlis Peguam Syarie 52. Penamaan 53. Penamaan tidak mencukupi 54. Tempoh memegang jawatan anggota Majlis Peguam Syarie 55. Kekosongan luar jangka Pemegang Jawatan 56. Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan Bendahari Badan Peguam Syarie 57. Pengosongan jawatan anggota Majlis Peguam Syarie Kehilangan kelayakan anggota Majlis Peguam Syarie atau mana-mana Jawatankuasanya 58. Kehilangan kelayakan anggota Majlis Peguam Syarie atau mana-mana Jawatankuasanya Kuasa Majlis Peguam Syarie Kuasa Majlis Peguam Syarie 59. Kuasa Majlis Peguam Syarie 60. Penubuhan jawatankuasa 61. Penyata, laporan, akaun dan maklumat 62. Hak untuk memeriksa fail dan salinan prosiding kebankrapan 63. Nama anggota Majlis Peguam Syarie, dsb., hendaklah disiarkan dan Kerahsiaan pertimbangtelitian BAHAGIAN VIII – AMALAN, ETIKA, KELAKUAN DAN TATATERTIB PROFESIONAL PEGUAM SYARIE 64. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mengawal selia amalan, dsb. 65. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan pembukaan dan penyimpanan akaun, dsb. 66. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan tanggung rugi profesional 67. Peguam Syarie hendaklah mengemukakan laporan akauntan 68. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan pemeriksaan laporan akauntan, dsb.
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 105 of 106 69. Peguam Syarie tidak boleh dengan sengaja dan dengan diketahuinya bertindak sebagai ejen 70. Peguam Syarie tidak boleh mengguna khidmat seorang bankrap yang belum dilepaskan, dsb Harta, dokumen, wang, dsb., anak guam 64. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mengawal selia amalan, dsb. 65. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan pembukaan dan penyimpanan akaun, dsb. 66. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan tanggung rugi profesional 67. Peguam Syarie hendaklah mengemukakan laporan akauntan 68. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan pemeriksaan laporan akauntan, dsb. 69. Peguam Syarie tidak boleh dengan sengaja dan dengan diketahuinya bertindak sebagai ejen 70. Peguam Syarie tidak boleh mengguna khidmat seorang bankrap yang belum dilepaskan, dsb BAHAGIAN X – KUMPULAN WANG TATATERTIB 86. Penubuhan Kumpulan Wang Tatatertib 87. Pembayaran kos, dsb., daripada Kumpulan Wang Tatatertib 88. Pembayaran denda, dsb., ke dalam Kumpulan Wang Tatatertib BAHAGIAN XI – PELBAGAI 89. Tiada tindakan terhadap Badan Peguam Syarie, Majlis Peguam Syarie, Lembaga Tatatertib, dsb., bagi tindakan yang dilakukan 90. Kerahsiaan 91. Peguam Syarie yang dikeluarkan daripada Daftarai Peguam Bela dan Peguam Cara 92. Kuasa untuk menetapkan fi 93. Kuasa untuk meminda Jadual JADUAL PERTAMA : PERUNTUKAN TAMBAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN LEMBAGA KELAYAKAN PROFESION GUAMAN SYARIE JADUAL KEDUA :
KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 106 of 106 PERUNTUKAN TAMBAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN BADAN PEGUAM SYARIE DAN MAJLIS PEGUAM SYARIE JADUAL KETIGA : KAWALAN HARTA, DOKUMEN, WANG, DSB., ANAK GUAM DALAM HAL TERTENTU Disediakan oleh, Nurul Wazeera binti Ahmad Dahalan Setiausaha Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Perlis Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis
FI PEGUAM SYARIE DAN SALURAN KUTIPAN HASIL BAGI PEGUAM SYARIE MENGIKUT NEGERI BIL TUJUAN NEGERI / FI YANG DIKENAKAN MENGIKUT KAEDAH/PERATURAN (RM) PLS KDH PP PRK SLG WP MLK PHG JHR KLT TGN N9 SBH SRW 1. Fi Permohonan Masuk 10 / 50 10 20 50 2. Fi Pendaftaran Sijil 100 500 200 300 500 / 500 100 30 250 500 500 200 100 3. Fi Sijil Amalan Guaman 250 100 100 / 100 50 30 100 100 100 / 4. Fi Permohonan Pembaharuan 4.1 DALAM TEMPOH 100 250 100 100 100 / 100 50 30 250 100 100 100 50 4.2 SELEPAS TEMPOH 4.2.1 tempoh kurang dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil 200 300 200 150 200 / 200 4.2.2 tempoh satu bulan selepas tamat tempoh sijil 200 350 300 200 300 / 300 4.2.3 tempoh dua bulan selepas tamat tempoh sijil 200 400 400 200 400 / 400 4.2.4 tempoh lebih dua bulan selepas tamat tempoh sijil 200 500 4.2.5 tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh sijil 200 500 500 200 500 /
PLS KDH PP PRK SLG WP MLK PHG JHR KLT TGN N9 SBH SRW 4.2.6 permohonan sijil dibuat dalam tempoh satu tahun 200 200 4.2.7 permohonan sijil dibuat melebihi tempoh satu tahun 200 500 5. Fi Permohonan Untuk Dilantik Semula 700 1,000 700 500 1,000 / 1,000 500 6. Fi Salinan/Cabutan Daftar Peguam Syarie / 7. Kebenaran Beramal bagi Kes Khas 1,000 8. Denda Tidak lebih 1,000 Tidak lebih 2,000 Tidak lebih 1,000 Tidak lebih 1,000 Tidak lebih 5,000 / Tidak lebih 5,000 Tidak lebih 5,000 Tidak lebih 5,000 Tidak lebih 2,000 SALURAN HASIL KUTIPAN Negeri Majlis Agama Islam PIHAK YANG MENGURUS JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE Mahkamah Syariah Majlis Agama Islam