The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saharkchannel, 2023-03-01 03:50:06

Mesyuarat Peguam Syarie

Mesyuarat Peguam Syarie

KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 32 of 106 Kedah, Selangor : Selama sembilan bulan di mana-mana firma guaman syarie. Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang dan telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun sebelum sahaja latihannya bermula. WP : Selama enam bulan dengan seorang pengajar yang sedang menjalankan dan telah menjalankan amalan secara aktif di Wilayah-Wilayah Persekutuan selama suatu jumlah tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun sebaik sebelum tarikh permulaan pelatihan pelatih dalam kamar itu. Melaka : tamat latihan sebagai Pelatih Dalam Kamar selama tempoh enam bulan dengan mana-mana peguam syarie yang berkelayakan. Sabah : Seseorang itu hendaklah menyempurnakan pelatihan sebagai pelatih guaman selama dua belas bulan di mana-mana firma guaman syar’ie atau mana-mana peguambela dan peguamcara yangs edang beramal sebagai Peguam Syar’ie.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 33 of 106 Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syar’ie yang sedang dan telah menjalankan amalan secara aktif di Negeri Sabah bagi tempoh tidak kurang daripada lima tahun sebelum sahaja latihannya bermula. Pengecualian Latihan Dalam Kamar : Perlis, Kedah, Selangor, Perak : Tiada dinyatakan WP : Boleh dengan alasan khas, atas kuasa Majlis Peguam Syarie Melaka : Jawatankuasa boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan seseorang yang berkelayakan daripada menjalani latihan sebagai Pelatih Dalam Kamar. Sabah : Jawatankuasa boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan seseorang daripada menjalani sepenuhnya atau sebahagian daripadanya, apabila permohonan dibuat dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan bahawa ada hal keadaan yang mewajarkan tempoh pelatihan itu dikecualikan. 13. Permohonan bagi Penerimaan Masuk Kepada siapa Permohonan dibuat dan Borang yang digunakan. Perlis : (1) Seseorang yang berhasrat supaya dia dilantik sebagai Peguam Syarie hendaklah membuat permohonan kepada Majlis dengan menggunakan Borang 1 yang ditetapkan dalam Jadual 1. (2) Setiap permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen yang perlu.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 34 of 106 Kedah, Selangor, Melaka : (1) Permohonan untuk dilantik sebagai Peguam Syarie hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi dengan menggunakan borang yang ditetapkan dalam Jadual 1. Perak : (1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk diterima sebagai Peguam Syarie hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang A dalam Jadual. (2) Tiap-tiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Jawatankuasa dengan melampirkan salinan dokumendokumen yang perlu WP : 15. (1) Suatu permohonan bagi penerimaan masuk sebagai seorang Peguam Syarie oleh seorang orang berkelayakan atau seorang Peguam Syarie Negeri hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah. 16. (1) Seseorang pemohon hendaklah memfailkan salinan permohonannya bagi penerimaan masuk sebagai seorang Peguam Syarie di bawah seksyen 15 di Pejabat Ketua Pendaftar yang disertakan dengan suatu notis yang menyatakan butir-butir permohonannya dalam tempoh tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran permohonan bagi penerimaan masuk atau apa-apa tempoh yang lebih singkat yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Penyampaian salinan permohonan 17. Pemohon hendaklah menyampaikan suatu salinan permohonannya bagi penerimaan masuk sebagai seorang Peguam Syarie di bawah seksyen 15 kepada Lembaga, Ketua Pendakwa Syarie dan Majlis Peguam Syarie dalam tempoh tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk pendengaran permohonan bagi penerimaan masuk atau apa-apa tempoh yang lebih singkat yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 35 of 106 Sabah : Permohonan untuk diterima masuk sebagai Peguam Syar’ie hendaklah difailkan dalam Mahkamah Tinggi Syariah melalui Notis Permohonan dengan Afidavit Sokongan dan hendaklah mengepilkan dalam permohonan tersebut..... Salinan Permohonan itu dan dokumen sokongan hendaklah disampaikan kepada Jabatan Peguam Besar Negeri dan Jawatankuasa. Fi bagi permohonan. Perlis, Kedah, Selangor : tidak dinyatakan Perak : RM10.00 WP : (3) Permohonan, afidavit, pengesahan, apa-apa dokumen dan keterangan yang dinyatakan dalam seksyen ini hendaklah mengikut cara yang ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Melaka : RM50.00 (Jadual 8) Sabah : RM50.00 Sokongan terhadap permohonan. Perlis dan Selangor : 2 orang (a) Peguam Syarie; (b) Peguambela atau Peguamcara yang berdaftar di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976[Akta 166]; (c) Ahli Dewan-Dewan Undangan Negeri; (d) Ahli Parlimen; atau (e) Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan A.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 36 of 106 Kedah : 2 orang (a) Peguam Syarie yang berdaftar; (b) peguam bela atau peguam cara yang berdaftar di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166]; atau (c) pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional. Perak : tidak dinyatakan (rujuk Borang A) WP : tidak dinyatakan (rujuk Fasal 15(2)) (2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong oleh afidavit yang melampirkan— (a) dalam perkara permohonan oleh seseorang orang berkelayakan— (i) salinan diperakui apa-apa keterangan dokumentar yang menunjukkan bahawa dia merupakan seorang orang berkelayakan; (ii) dua perakuan terkini mengenai kelakuan baiknya; (iii) suatu perakuan ketekunan daripada pengajar yang dengannya pemohon itu menjalani pelatihannya dalam hal jika dia dikehendaki untuk menjalani suatu tempoh pelatihan, atau jika perakuan itu tiada apa-apa keterangan lain yang dikehendaki oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang menunjukkan bahawa dia telah menjalani pelatihan itu dengan tekun; (iv) jika terpakai, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Setiausaha Lembaga bahawa pemohon telah menghadiri kursus pengajaran, latihan, pendidikan, temu duga atau peperiksaan yang ditetapkan oleh Lembaga; dan (v) salinan diperakui apa-apa keterangan dokumen yang menunjukkan bahawa pemohon telah mencapai umur dua puluh satu tahun, beragama Islam dan merupakan sama ada seorang warganegara atau seorang pemastautin tetap Malaysia; atau (b) dalam perkara permohonan oleh seseorang Peguam Syarie Negeri— (i) suatu salinan diperakui perintah mahkamah syariah atau salinan perakuan amalan bagi Negeri yang menerimanya masuk sebagai seorang Peguam Syarie;


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 37 of 106 (ii) suatu salinan diperakui pengesahan yang diberikan oleh seorang Peguam Syarie yang telah menjalankan amalan di Negeri itu sekurang-kurangnya lima tahun, bahawa pada pengetahuannya, pemohon telah melibatkan diri dalam menjalankan amalan secara aktif sebagai seorang Peguam Syarie di mana-mana Negeri sebelum dia memohon bagi penerimaan masuk; dan (iii) suatu salinan diperakui pengesahan yang diberikan oleh setiausaha atau pegawai lain bagi Jabatan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai kelakuan dan tatatertib seseorang Peguam Syarie di Negeri itu, bahawa pemohon itu tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan tatatertib. Melaka : 2 orang akuan berhubung kelakuan baik yang disokong oleh dua orang pengadil yang beragama Islam berumur 21 tahun ke alas dengan menggunakan borang dalam Jadual 3 Sabah : Dua testimoni terkini berkelakuan baik Penampalan permohonan : Perlis : (4) Tiap-tiap pemohon selepas permohonannya diserahkan kepada dan diaku terima secara bertulis oleh Pengerusi Jawatankuasa hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan notis setiap Mahkamah Syariah di Perlis selama satu bulan.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 38 of 106 Kedah : (3) Tiap-tiap pemohon, selepas permohonannya diserahkan kepada dan diakuterima secara bertulis oleh Pengerusi, hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan notis Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Kedah selama satu bulan. Selangor : (3) Tiap-tiap pemohon, selepas permohonannya diserahkan kepada dan diakuterima secara bertulis oleh Pengerusi Jawatankuasa, hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan notis setiap Mahkamah Syariah di Selangor selama satu bulan. Perak : (3) Pemohon hendaklah menyebabkan ditampalkan suatu salinan permohonannya di tiap-tiap Mahkamah di Negeri Perak selama tempoh satu bulan selepas permohonannya dihantarserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa. WP : (2) Ketua Pendaftar hendaklah menyebabkan ditampal notis yang disebut dalam subseksyen (1) di Mahkamah Tinggi Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya selama tiga puluh hari sebelum pendengaran pemohonan penerimaan masuk pemohon itu. Melaka : (2) Tiap-tiap pemohon, selepas permohonannya didaftarkan, hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan notis setiap Mahkamah selama satu bulan. Sabah : tiada


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 39 of 106 Siasatan ke atas perilaku pemohon. Perlis, Kedah, Selangor, Perak, Melaka, Sabah : tidak dinyatakan WP : 18. (1) Majlis Peguam Syarie hendaklah, apabila menerima sesalinan permohonan daripada pemohon, membuat atau menyebabkan dibuat suatu siasatan penuh ke atas perilaku pemohon dan, apabila permohonan itu ditetapkan untuk pendengaran, mengemukakan kepada Ketua Pendaftar suatu laporan sulit hasil siasatan itu. (2) Sekiranya apa-apa laporan itu tidak memihak kepada pemohon, Ketua Pendaftar hendaklah mengemukakan laporan sulit itu kepada Ketua Hakim Syarie dan Ketua Hakim Syarie boleh, jika difikirkannya patut dan munasabah, mengarahkan supaya laporan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah dan sesalinan laporan itu disampaikan kepada pemohon dan, tertakluk kepada apa-apa arahan yang boleh diberikan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, laporan itu hendaklah diambil kira semasa pendengaran permohonan itu. (3) Semua laporan dan komunikasi di bawah seksyen ini hendaklah dianggap sebagai rahsia. Bantahan terhadap permohonan. Perlis : (1) Apa-apa bantahan mengenai permohonan seseorang untuk dilantik sebagai Peguam Syarie hendaklah dibuat kepada Majlis. (2) Bantahan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 40 of 106 Kedah, Selangor : Apa-apa bantahan mengenai permohonan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa. Perak : (1) Sesuatu permohonan untuk diterima sebagai Peguam Syarie boleh dibantah oleh mana-mana orang melalui Setiausaha Jawatankuasa. (2) Sesuatu bantahan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa berserta alasan-alasan bantahan itu dan Setiausaha Jawatankuasa hendaklah mengemukakan bantahan tersebut kepada Jawatankuasa. WP : 19. Bantahan permohonan oleh Ketua Pendakwa Syarie atau Majlis Peguam Syarie. 20. Bantahan permohonan oleh orang lain Melaka : (3) Selepas tampalan disempurnakan dan tiada bantahan dibuat, pemohon perlu mengikuti: (a) ujian bertulis; dan (b) temuduga jika telah lulus ujian bertulis; atau (c) mengemukakan keterangan bagi yang telah diterima masuk sebagai peguam syarie di negeri lain. Sabah : tiada


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 41 of 106 Prosedur terhadap bantahan. Perlis, Kedah, Selangor, Melaka, Sabah : tidak dinyatakan Perak : Kaedah 11 (3) (4) (5) Bantahan WP : 19. Bantahan permohonan oleh Ketua Pendakwa Syarie atau Majlis Peguam Syarie. 20. Bantahan permohonan oleh orang lain 14. Penetapan bagi Temuduga atau ujian bertulis atau keduaduanya Perlis, Kedah, Selangor : tidak dinyatakan Perak : 12. Temu duga atau peperiksaan bertulis (1) Jika sesuatu permohonan yang diterima di bawah kaedah 10 tidak dibantah atau jika ada bantahan dibuat menurut kaedah 11 tetapi Jawatankuasa berpuas hati dengan penjelasan atau jawapan bertulis oleh pemohon, Jawatankuasa hendaklah memanggil pemohon untuk menghadiri temu duga atau menduduki peperiksaan bertulis atau kedua-duanya. (2) Pemohon hendaklah hadir temu duga atau menduduki peperiksaan bertulis atau kedua-duanya pada tarikh dan di tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. (3) Jawatankuasa boleh menolak permohonan seseorang pemohon yang tidak hadir temu duga atau menduduki peperiksaan bertulis atau kedua-duanya pada tarikh dan di tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa tanpa alasan yang munasabah. (4) Jawatankuasa boleh mengubah tarikh atau tempat temu duga atau peperiksaan bertulis atas permintaan pemohon jika alasan yang munasabah diberikan olehnya.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 42 of 106 (5) Setelah temu duga atau peperiksaan bertulis diadakan, Jawatankuasa hendaklah memperakukan kepada Majlis mengenai pemohon yang berjaya dan yang boleh dipertimbangkan untuk diterima sebagai Peguam Syarie. (6) Majlis hendaklah membuat keputusan tentang penerimaan mana-mana pemohon yang diperakukan sedemikian di bawah subkaedah (5) sebagai Peguam Syarie. (7) Keputusan Majlis hendaklah diberitahukan kepada Pengerusi. WP : Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie, dsb. 9. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat kaedahkaedah yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat bagi maksud yang berikut: (a) kelayakan seseorang untuk diterima masuk sebagai seorang Peguam Syarie; (b) kursus pengajaran, latihan, pendidikan, temu duga dan peperiksaan seseorang untuk diterima masuk sebagai seorang Peguam Syarie; (c) pengalaman amali yang dikehendaki untuk diterima masuk sebagai seorang Peguam Syarie; (d) fi atau caj lain yang boleh dikenakan oleh Lembaga dalam penjalanan fungsinya dan pelaksanaan kuasanya; dan (e) apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan oleh Lembaga di bawah Akta ini. Melaka : (4) Selepas tampalan disempurnakan dan tiada bantahan dibuat, pemohon perlu mengikuti: (a) ujian bertulis; dan (b) temuduga jika telah lulus ujian bertulis; atau (c) mengemukakan keterangan bagi yang telah diterima masuk sebagai peguam syarie di negeri lain.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 43 of 106 Sabah : (1) Sebaik menamatkan pelatihan di bawah subkaedah 10(1) pelatih gumanan hendaklah memaklumkan kepada Jawatankuasa melalui Peguam Syar’ie tempat latihannya mengesahkan latihannya telah tamat. (2) Jawatankuasa hendaklah memanggil pelatih guaman untuk temuduga dan/atau menduduki peperiksaan atau kedua-duanya pada tarikh dan di tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. (3) Jawatankuasa boleh menolak pelatih guaman yang tidak hadir temuduga atau tidak menduduki peperiksaan atau kedua-duanya pada tarikh dan di tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa tanpa alasan yang munasabah. (4) Jawatankuasa boleh mengubah tarikh atau tempat temuduga atau peperiksaan atas permintaan pelatih guaman jika alasan yang munasabah diberikan olehnya. (5) Setelah lulus temuduga atau peperiksaan, Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan Sijil pengesahan penyempurnaan. 15. Perakuan Perlis, Kedah, Selangor : Jawatankuasa hendaklah mengemukakan perakuannya dalam masa empat belas hari selepas perakuan dibuat kepada Majlis Perak dan WP : tidak dinyatakan. (WP : Perakuan Peguam Syarie)


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 44 of 106 Melaka : (1) Selepas menerima senarai nama pemohon yang telah lulus ujian bertulis dan temuduga termasuk Peguam Syarie yang telah diterima masuk di negeri lain, Jawatankuasa hendaklah mengemukakan perakuannya kepada Majlis. (2) Majlis boleh selepas berpuas hati menerima masuk nama-nama Peguam Syarie yang diperakukan oleh Jawatankuasa sebagai Peguam Syarie. Sabah : tiada 16. Pemakluman / Pemberitahuan Keputusan Permohonan Perlis : 12. Majlis hendaklah memberitahu keputusannya kepada pemohon dan kepada hakim tiap-tiap Mahkamah Syariah di Negeri Perlis dalam masa empat hari selepas keputusan dibuat. Kedah : 13. (1) Majlis hendaklah memaklumkan keputusannya kepada Jawatankuasa tidak lewat tiga bulan dari tarikh membuat keputusan. (2) Setelah menerima pemakluman daripada Majlis, Pengerusi hendaklah memberitahu kepada pemohon keputusan tersebut dalam tempoh satu bulan. Selangor : 12. (1) Majlis hendaklah memaklumkan keputusannya kepada Jawatankuasa.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 45 of 106 (2) Setelah menerima pemakluman daripada Majlis, Pengerusi Jawatankuasa hendaklah memberitahu kepada pemohon keputusan tersebut. Perak : (1) Jawatankuasa hendaklah memaklurnkan pemohon dan semua Mahkamah di Negeri Perak mengenai keputusan Majlis di bawah subkaedah 12 (6) dalam tempoh empat belas hari selepas keputusan itu dibuat. WP, Melaka : tidak dinyatakan Sabah : Setelah lulus temuduga atau peperiksaan, Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan Sijil Pengesahan penyempurnaan. 17. Perisytiharan / Penerimaan Masuk oleh Mahkamah Tinggi Syariah Perlis : tiada Kedah, Selangor, Perak : 1) Kecuali mereka yang dilantik menurut subperaturan 9(4), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Peraturan-Peraturan ini, tiap-tiap orang yang telah dilantik oleh Majlis sebagai Peguam Syarie hendaklah sebelum dia boleh menjalankan amalan sebagai seorang Peguam Syarie, memohon supaya suatu perisytiharan pelantikannya sebagai seorang Peguam Syarie hendaklah terlebih dahulu dibuat oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. (2) Perisytiharan itu hendaklah dilakukan di mahkamah terbuka.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 46 of 106 WP : Penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie 21. Mahkamah Tinggi Syariah boleh, setelah mempertimbangkan permohonan di bawah seksyen 15, laporan siasatan di bawah seksyen 18 dan bantahan di bawah seksyen 19 atau 20, menerima masuk pemohon sebagai seorang Peguam Syarie atau sebaliknya. Melaka : (1) Tiap-tiap orang yang telah diterima masuk oleh Majlis sebagai Peguam Syarie hendaklah sebelum dia boleh menjalankan amalan sebagai seorang Peguam Syarie, memohon supaya suatu perisytiharan pelantikannya sebagai seorang Peguam Syarie hendaklah terlebih dahulu dibuat oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. (2) Perisytiharan itu hendaklah dilakukan oleh Hakim itu di Mahkamah terbuka. Sabah : (1) Penerimaan sebagai Peguam Syar’ie hendaklah didengar dalam Mahkamah terbuka dengan kehadiran Peguam Besar Negeri atau wakilnya dan jawatankuasa untuk mengusulkan persetujuan atau bantahan terhadap permohonan Pemohon. (2) Sekiranya Ketua Hakim Syar’ie Negeri berpuas hati – (a) Pemohon di bawah kaedah 12 yang layak di bawah kaedah 8,9,10 dan 11 diterima masuk sebagai Peguam Syar’ie; (b) Pemohon adalah orang yang layak dan sesuai untuk diterima masuk, Setelah pembayaran dua ratus ringgit, Ketua Hakim Syar’ie hendaklah mengeluarkan perintah mengarahkan Ketua Pendaftar menyebabkan nama pemohon dimasukkan dalam daftar Peguam Syar’ie.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 47 of 106 Setiausaha Jawatankuasa adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan perintah yang dikeluarkan kepada semua Mahkamah Syariah di Negeri Sabah. Rayuan terhadap Keputusan Permohonan Perlis, Kedah, Selangor, Perak, Melaka : tiada WP : Hak merayu 22. Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di bawah seksyen 21 boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan, merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah. Sabah : Sekiranya permohonan pemohon ditolak di bawah kaedah 13 maka pemohon boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan Syariah merujuk kepada seksyen 139 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2004 dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah dikeluarkan. 18. Sijil Peguam Syarie *bentuk sijil (Jadual 2) kandungan berkenaan perakuan Nama Sijil : Perlis : Sijil Perakuan Syarie / Sijil Peguam Syarie Kedah : Sijil Peguam Selangor, Melaka : Sijil Peguam Syarie Perak : Sijil Amalan Guaman Syarie WP : Perakuan Peguam Syarie Sabah : tiada


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 48 of 106 sebagai peguam syarie sejak bila. Bentuk Sijil dan Kandungan : Perlis : (Kaedah 11) BORANG 2 (Kaedah 13) SIJIL PEGUAM SYARIE Dengan ini diperakui bahawa- No. Siri Pendaftaran: Nama: No. Kad Pengenalan: Alamat: Yang telah mematuhi kehendak-kehendak Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1995 telah berdaftarkan sebagai seorang Peguam Syarie di bawah Seksyen 24 Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991. ..................... hb ............................. 19 .............. SijiI ini adalah sah untuk satu tahun mulai dari tarikh pengeluarannya, iaitu sah sehingga .................... METERI M Tarikh dikeluarkan: ................................... H ....................................... Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Perlis


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 49 of 106 Bertarikh pada 27 Mac 1996. [SUK(Ps.) 01/413 Jld. 3.] AHMAD BIN ZAKARIA, Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan, Negeri PerliS Kedah : [Subperaturan 14(2)] SIJIL PEGUAM SYARIE Bahawasanya dengan ini diperakukan bahawa ………………………………………………………………………………………………………………………... No. Kad Pengenalan: ………………………………… No. Siri Daftar: ……………………………………… telah diterima sebagai Peguam Syarie di bawah Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Kedah Darul Aman) 2016 pada ………………… hari bulan ………………… 20 ……………… dan sah sehingga dibatalkan oleh Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Kedah Darul Aman. METERAI Tarikh dikeluarkan Masihi ………………………… Hijrah ………………………… ………………………………… Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 50 of 106 Selangor : [Subkaedah 13(2)] ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM(NEGERI SELANGOR) 2003 Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 SIJIL PEGUAM SYARIE Bahawasanya dengan ini diperakukan bahawa ................................................ .......................................................................................................................... No. Kad Pengenalan: ..................................... No. Siri Daftar:....................... telah diterima sebagai Peguam Syarie di bawah Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 pada .......... hari bulan .................. 20.... dan sah sehingga dibatalkan oleh Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor. METERAI Tarikh dikeluarkan M .............................................. H ............................................... ............................................... Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 51 of 106 Perak : ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992 KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003 BORANG B [Subkaedah 13(2)] SIJIL PEGUAM SYARIE BAHAWASANYA dengan ini diperakukan bahawa .................................... Kad Pengenalan No : ...................................... No. Siri Daftar ............................. telah diterima sebagai Peguam Syarie di bawah Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak) 2003 pada ...................... haribulan ......................... 20 .................. METERAI Tarikh dikeluarkan H ........... M ......................................... Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 52 of 106 Melaka : JADUAL 5 [Peraturan 21] ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGER! MELAKA) 2002 PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PEGUAM SYARIE) NEGERI MELAKA 2022 SlJ!L PEGUAM SYARIE BAHAWASANYA dengan ini diperakukan bahawa............................ ,, No. Kad Pengenalan:................................................. No. Siri Daftar.......... ,, telah diterima sebagai Peguam Syarie di bahawa Peraturan-Peraturan Pentadbiran Agama Islam (Peguam Syarie) Negeri Melaka 2021 pada hari............bulan........Tahun...dan sah sehingga dibatalkan oleh Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Melaka. METERAI Tarikh dikeluarkan H ......................... M.......................... Dibuat pada haribulan Tahun PENGERUSI JAWATANKUASA PEGUAM SYAR!E NEGERI MELAKA


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 53 of 106 Pihak yang Tandatangan Sijil : Perlis : Yang Dipertua Majlis Kedah : Setiausaha Majlis Selangor : Pengerusi Majlis Perak : Yang Dipertua Majlis WP : Tidak dinyatakan Melaka : Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie Sabah : tiada Fi Pendaftaran Sijil : Perlis : RM100.00 Kedah, Selangor, Melaka : RM500.00 Perak : RM300.00 WP : Dikenakan fi, tidak dinyatakan Sabah : RM200.00


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 54 of 106 19. Sijil Amalan Guaman Syarie / Perakuan Amalan Tahunan Perlis : Jadual 2 terpakai (Tiada Jadual 3) Kedah, Selangor, Perak : (1) Setiap Peguam Syarie yang telah diisytiharkan penerimaannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah, sebelum dia hadir dan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah, memohon untuk mendapatkan Sijil Amalan Guaman Syarie. (2) Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan Sijil Amalan Guaman Syarie menurut borang dalam Jadual 3 WP : Bahagian IV : Perakuan Amalan Guaman Tahunan Permohonan melalui Ketua Pendaftar dengan cara permohonan yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar sendiri Pengesahan Sokongan dari Majlis Peguam Syarie Ada Daftar Pengamal Melaka : Jadual 6 Sabah : Borang A


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 55 of 106 Bentuk Sijil dan Kandungan : Perlis : Jadual 2 terpakai Kedah : [Subperaturan 16(2)] SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE Dengan ini diperakui bahawa: Nama: No. Kad Pengenalan: No. Siri Daftar: Alamat Firma /Pejabat: Adalah dibenar menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie dalam Mahkamah Syariah di seluruh Negeri Kedah Darul Aman berkuat kuasa dari …………………hari bulan ………………… 20 ………… hingga ……………… hari bulan ……………… 20 ………… METERAI Tarikh dikeluarkan Masihi ………………………… Hijrah …………………………. …………………………………… Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie Kedah Darul Aman


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 56 of 106 Selangor : [Subkaedah 15(2)] ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE Dengan ini diperakui bahawa: Nama: No. Kad Pengenalan: No. Siri Daftar: Alamat Firma: Adalah bebas menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie dalam Mahkamah Syariah di seluruh Negeri Selangor berkuat kuasa dari .............. hari bulan .................... 20............ hingga ............. hari bulan ...................... 20............ METERAI Tarikh dikeluarkan M .............................................. H ............................................... ............................................... Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 57 of 106 Perak : ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992 KAEDAH-KAEDAH PENGUAM SYARIE (PERAK) 2003 BORANG C [Subkaedah 15(2)] SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE JAWATANKUASA PENERIMAAN PEGUAM SYARIE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN dengan ini memperakuikan bahawa: Nama ......................................................... No. Kad Pengenalan ..................................... No. Siri Daftar .............................................. adalah bebas menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie dalam Mahkamah Syariah di seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan mulai dari ................. haribulan ............................ 20 ........................ hingga............................ haribulan ......................... 20 ................ METERAI Tarikh dikeluarkan H ................. M ........................................................... Pengerusi untuk dan bagi pihak Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie Negeri Perak Darul Ridzuan


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 58 of 106 Melaka : JADUAL 6 [Subperaturan 22(2)1] ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002 PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN AOAMA ]SLAM (PEGUAM SYAR!E) NEGER! MELAKA 2022 SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE Dengan ini saya mempernkui bahawa Encik/Puan .. No. Kad Pengenalan : adalah bebas menja!ankan amalan sebagai Peguam Syarie dalam Mahkamah Syariah di seluruh Negeri Melaka bcrkuatkuasa dari..........hari...........bulan............tahun hingga hari ....... bulan ....tahun.......... Tarikh dikcluarkan H M.......,.. , SETIAUSAHA JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE NEGERI MELAKA Fi Sijil Amalan Guaman Syarie / Perakuan Amalan Tahunan : Perlis : Tiada diperuntukkan (hanya sekali bayaran-pendaftaran)- [Amalan :RM100.00] Kedah : RM250.00 Selangor, Perak, Melaka, Sabah : RM100.00 WP : Ada fi, tidak dinyatakan


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 59 of 106 Pihak yang Tandatangan Sijil Amalan Guaman Syarie : Perlis : Tiada diperuntukkan Kedah : Pengerusi Jawatankuasa Peguam Selangor : Pengerusi Jawatankuasa Peguam Perak : Pengerusi Jawatankuasa Peguam WP : Ketua Pendaftar Melaka : Setiausaha Jawatankuasa Peguam Syarie Sabah : Ketua Hakim Syar’ie Negeri Tempoh Sah Sijil Amalan Guaman Syarie : Perlis : Tiada diperuntukkan Kedah : sah bagi tempoh dua belas bulan bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun dan boleh diperbaharui dengan membayar fi yang ditetapkan Selangor, Perak : sah bagi tempoh dua belas bulan dan boleh diperbaharui dengan membayar fi yang ditetapkan WP : tempoh dari 1 Januari dalam mana-mana tahun kalendar hingga 31 Disember dalam tahun kalendar yang sama. Melaka : sah bagi tempoh dua belas (12) bulan dan boleh diperbaharui tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dari semasa ke semasa


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 60 of 106 Sabah : sah bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh ianya dikeluarkan dan boleh diperbaharui dengan membayar fi yang ditetapkan 20. Daftar Peguam Syarie Pihak yang bertanggungjawab menyimpan dan menyelenggara. Perlis, Kedah, Selangor, Perak, Melaka, Sabah : Setiausaha Jawatankuasa WP : Ketua Pendaftar (setiausaha) Butiran Daftar Peguam Syarie : Perlis : (a) Nama Peguam Syarie; (b) Nombor Kad Pengenalan; (c) Kelulusan; (d) Nama di bawah ia menjalankan amalan atau nama firma; (e) Alamat surat-menyurat; (f) Tarikh dilantik sebagai Peguam Syarie; (g) Tarikh-tarikh pembaharuan pendaftaran; (h) Tarikh pengguguran pendaftaran (Jika ada); (i) Maklumat mengenai apa-apa tindakan tatatertib (jika ada) ke atas Peguam Syarie; (j) Lain-lain butir-butir sebagaimana diarahkan oleh Majlis atau Jawatankuasa dari masa ke semasa. Kedah, Selangor : (a) nama; (b) nombor kad pengenalan; (c) kelulusan; (d) nama firma/pejabat; (e) alamat surat menyurat; (f) tarikh dilantik sebagai Peguam Syarie; (g) satu salinan perintah perisytiharan diterima masuk oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah; (h) Sijil Amalan Guaman Syarie; (i) tarikh pengguguran pendaftaran (jika ada);


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 61 of 106 (j) maklumat mengenai apa-apa tindakan tata tertib (jika ada) ke atas Peguam Syarie; dan (k) butir-butir lain sebagaimana diarahkan oleh Majlis atau Jawatankuasa dari semasa ke semasa. Perak : (a) nama Peguam Syarie; (b) nombor kad pengenalan; (c) nama yang di bawahnya dia menjalankan amalan atau nama firma; (d) alamat surat-menyuratnya; (e) tarikh penerimaan sebagai Peguam Syarie; (f) tarikh perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi Syariah; (g) tarikh Sijil Amalan Guaman Syarie dikeluarkan dan tarikh pembaharuannya, jika ada; (h) apa-apa tindakan yang telah diambil oleh Jawatankuasa; dan (i) apa-apa maklumat yang difikirkan perIu oleh Jawatankuasa. WP : Daftar Peguam Syarie 24. (2) Nama dan tarikh penerimaan masuk sebagai seorang Peguam Syarie hendaklah dicatatkan dalam Daftar mengikut susunan tarikh penerimaan masuk. Melaka : (a) nama; (b) nombor kad pengenalan; (c) kelulusan akademik; (d) nama di bawah mana ia menjalankan amalan atau nama fil'ma; (e) alamal surat menyurat; (f) tarikh diterima masuk sebagai Peguam Syarie; (g) tempoh sah Sijil Amalan Guaman Syarie; (h) tarikh pembatalan pendaftaran, jika ada; (i) maklumat mengenai apa-apa tindakan tatatertib, jika ada kc alas Peguam Syarie; dan (j) butir-butir lain sebagaimana diarahkan oleh Majlis atau Jawatankuasa dari semasa ke semasa.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 62 of 106 Sabah : (a) nama; (b) nombor kad pengenalan; (c) kelulusan; (d) nama firma/pejabat; (e) alamat surat menyurat; (f) tarikh diterima masuk sebagai Peguam Syar’ie; (g) tempoh sah Sijil Amalan Tahunan Guaman Syar’ie; (h) tarikh pembatalan pendaftaran (jika ada); (i) maklumat mengenai apa-apa tindakan tatatertib (jika ada) ke atas Peguam Syar’ie; dan (j) butir-butir lain sebagaimana dikehendaki oleh Jawatankuasa dari semasa ke semasa. Tindakan jika ada perubahan pada butiran Daftar Peguam Syarie. Perlis, Kedah, Selangor, WP, Melaka, Sabah : Tiada diperuntukkan Perak : (2) Jika terdapat apa-apa perubahan mengenai butir-butir Peguam Syarie sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (1), maka Peguam Syarie itu hendaklah, dalam tempoh empat belas hari kemudiannya, memberitahu Setiausaha Jawatankuasa dan perubahan itu hendaklah dicatatkan dalam Daftar. Akses terhadap Daftar Peguam Syarie dan fi berkaitan. Perlis, Kedah, Selangor, Melaka, Sabah : Tiada dinyatakan Perak : (3) Mana-mana orang boleh memeriksa Daftar dalam waktu pejabat tanpa apa-apa bayaran.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 63 of 106 WP : (3) Daftar hendaklah terbuka bagi pemeriksaan oleh manamana orang tanpa bayaran. (4) Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa permohonan bagi suatu cabutan atau salinan daripada Daftar hendaklah tertakluk kepada fi yang ditetapkan. Pengeluaran (bukan oleh Peguam) Nama Peguam Syarie dari Daftar. Perlis, Kedah, Selangor, Perak : Hanya bagi hukuman dari tindakan tatatertib WP : Pengeluaran nama Peguam Syarie daripada Daftar 25. (1) Sekiranya pada bila-bila masa selepas penerimaan masuk seorang Peguam Syarie, terdapat bukti yang memuaskan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa afidavit, pengesahan atau dokumen lain yang telah difailkan oleh Peguam Syarie itu mengandungi pernyataan palsu atau mengelirukan dalam bahagian isinya atau menyembunyikan apa-apa fakta material, nama Peguam Syarie itu boleh dikeluarkan daripada Daftar. (2) Sekiranya nama seseorang Peguam Syarie telah dikeluarkan daripada Daftar di bawah subseksyen (1), Ketua Pendaftar hendaklah, apabila apa-apa permohonan untuk diterima semula sebagai Peguam Syarie dibuat, membawa fakta itu kepada pengetahuan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah itu hendaklah, jika tiada hal keadaan yang khas, menolak permohonan itu. Melaka : tiada Sabah : tiada


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 64 of 106 Permohonan untuk dikeluarkan nama Daftar Peguam Syarie (oleh peguam Syarie). Perlis, Kedah, Selangor : (1) Seseorang Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada Peraturan-peraturan ini, memohon kepada Majlis supaya namanya dikeluarkan daripada daftar Peguam Syarie. (2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Pengerusi serta disokong dengan afidavit. (3) Jawatankuasa boleh, atas sebab yang baik, menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Jawatankuasa. (4) Permohonan itu hendaklah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dan Jawatankuasa kemudiannya hendaklah mengemukakan syornya kepada Majlis Perak : (1) Mana-mana Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada kaedah ini, memohon kepada Jawatankuasa supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar. (2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar. (3) Jawatankuasa boleh, jika diflkirkannya perlu, menghendaki Peguam Syarie itu menyiarkan suatu notis permohonannya supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar mengikut apa-apa cara atau bentuk yang diarahkan oleh Jawatankuasa. WP : (1) Mana-mana Peguam Syarie boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 65 of 106 (2) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang menyatakan sebab bagi pengeluaran namanya daripada Daftar. (3) Peguam Syarie itu hendaklah menyampaikan permohonannya untuk mengeluarkan namanya di bawah subseksyen (1) kepada Majlis Peguam Syarie dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas hari sebelum permohonan itu didengar. (4) Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bersidang di dalam kamar. (5) Setelah mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat perintah— (a) mengarahkan Ketua Pendaftar untuk memotong nama Peguam Syarie itu daripada Daftar; (b) menangguhkan pendengaran permohonan itu kepada suatu tarikh yang difikirkan adil dan munasabah oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah itu; atau (c) menolak permohonan itu jika— (i) suatu tindakan tatatertib belum selesai terhadap Peguam Syarie itu di bawah Bahagian IX Akta ini; atau (ii) kelakuan Peguam Syarie itu merupakan perkara yang disiasat di bawah Bahagian IX Akta ini; dan (d) bagi pembayaran apa-apa kos. Melaka : (1) Seseorang Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini, memohon kepada Majlis supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar Peguam Syarie. (2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dengan disokong oleh afidavil dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum permohonan itu didengar. (3) Sebaik sahaja menerima permohonan ini, Jawatankuasa hendaklah mengemukakan perakuannya kepada Majlis. (4) Majlis boleh selepas menerima perakuan Jawatankuasa memerintahkan agar setiausaha mengeluarkan nama Peguam Syarie tersebut dari Daftar Peguam Syarie.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 66 of 106 Sabah : (1) Seseorang Peguam Syar’ie boleh, tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, memohon kepada Mahkamah supaya namanya dikeluarkan daripada Daftar Peguam Syar’ie. (2) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis Mahkamah serta disokong dengan afidavit dan salinan diserahkan kepada Jawatankuasa. 21. Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie Tempoh Mengemukakan Permohonan Pembaharuan. Perlis : hendaklah dibuat kepada Majlis tidak lewat dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu. Kedah, Selangor : hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa tidak lewat dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu. Perak, Sabah : hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa tidak lewat daripada satu bulan sebelum habis tempoh Sijil itu. WP : tiada Melaka : hendaklah dibuat kepada Pengerusi selewat-lewatnya pada 31 haribulan Disember pada setiap tahun.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 67 of 106 Borang yang digunakan. Perlis : Borang 1 sebagaimana ditetapkan dalam Jadual 1 dan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie (Jadual 1 : BORANG PERMOHONAN UNTUK DITERIMA MASUK SEBAGAI PEGUAM SYARIE) Kedah, Selangor, Perak) : Jadual 4 (Jadual 4 : PERMOHONAN PEMBAHARUAN SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE) WP : tidak dinyatakan Melaka : Jadual 7 (Jadual 7 : PERMOHONAN MEMBAHARUI SIJIL AMALAN GUAMAN SYARIE) Sabah : Borang B (Borang B : PERMOHONAN P EMBAHARUAN SIJIL AMALAN T A H U N A N GUAMAN SYAR’IE)


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 68 of 106 Fi Permohonan Pembaharuan Sijil Amalan Guaman Syarie. Perlis Kedah Selangor Perak Melaka Sabah dalam tempoh yang ditetapkan RM100.00 RM250.00 RM100.00 RM100.00 RM100.00 RM100.00 selepas tempoh yang ditetapkan tempoh kurang dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil RM200.00 RM300.00 RM200.00 RM150.00 *sebelum tarikh habis tempoh Sijil tempoh satu bulan selepas tamat tempoh sijil RM200.00 RM350.00 RM300.00 RM200.00 tempoh dua bulan selepas tamat tempoh sijil RM200.00 RM400.00 RM400.00 RM200.00 tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh sijil RM200.00 RM500.00 RM500.00 RM200.00 Permohonan sijil dibuat dalam tempoh satu tahun RM200.00 Permohonan sijil dibuat melebihi tempoh satu tahun RM500.00 WP : tiada dinyatakan


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 69 of 106 Tempoh gagal perbaharui dan Kesan gagal perbaharui. Perlis : (4) Seseorang Peguam Syarie yang gagal memperbaharui Sijil Peguam Syarienya sehinggalah tamat tempoh tiga bulan untuk memperbaharui sijilnya dan namanya hendaklah dianggap sebagai telah dikeluarkan oleh Majlis dari Daftar Peguam Syarie; dan jika dia berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia hendaklah memohon mengikut sepertimana yang ditetapkan oleh subkaedah (2). Kedah : (4) Seseorang Peguam Syarie yang gagal memperbaharui Sijil Amalan Guaman Syarienya sehinggalah tamat tempoh dua belas bulan tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui sijilnya dan namanya hendaklah dianggap sebagai telah dikeluarkan oleh Majlis dari daftar Peguam Syarie; dan jika dia berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia hendaklah memohon menurut peraturan 23. Selangor : (4) Seseorang Peguam Syarie yang gagal memperbaharui Sijil Amalan Guaman Syarienya sehinggalah tamat tempoh tiga bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh subperenggan (3)(b)(iv) tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui sijilnya dan namanya hendaklah dianggap sebagai telah dikeluarkan oleh Majlis dari Daftar Peguam Syarie; dan jika dia berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia hendaklah memohon mengikut sepertimana yang ditetapkan oleh kaedah 22. Perak, WP, Melaka : tiada


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 70 of 106 Sabah : Seseorang Peguam Syar’ie yang gagal untuk memperbaharui Sijil Amalan Tahunan Guaman Syar’ienya sehingga tamat tempoh dua belas bulan tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui sijilnya dan namanya hendaklah dianggap sebagai telah dikeluarkan oleh jawatankuasa dari Daftar Peguam Syar’ie, dan jika dia berhasrat untuk dilantik semula sebagai Peguam Syar’ie, dia hendaklah memohon menurut kaedah 19. Pengecualian permohonan pembaharuan (fi, gagal daftar etc..) Perlis, Selangor, Perak, WP, melaka, Sabah : Tiada diperuntukkan Kedah : (5) Jawatankuasa boleh mengecualikan mana-mana Peguam Syarie daripada mana-mana subperaturan (1), (2), (3) dan (4) jika difikirkan wajar. WP : tiada dinyatakan, tertakluk 22. Pengecualian Permohonan Perlis, Kedah, Selangor, Sabah : tiada dinyatakan Perak : Penasihat Undang-Undang dan tiap-tiap Peguam Persekutuan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak atau manamana Pegawai Undang-Undang, Pegawai Undang-Undang Syariah atau Pembantu Undang-Undang di Biro Bantuan Guaman Negeri Perak hendaklah disifatkan telah dilantik sebagai Peguam Syarie oleh Majlis di bawah Kaedah-Kaedah ini dan peruntukan kaedah 10, 12, 14, 15 dan 16 tidak terpakai bagi Pegawai-Pegawai itu dan Pegawai-Pegawai itu boleh, jika tugas rasmi memerIukan, mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 71 of 106 WP : (1) Walau apa pun seksyen 35, orang yang berikut boleh bertindak sebagai seorang Peguam Syarie: (a) Peguam Negara atau Peguam Cara Negara atau mana-mana orang lain yang bertindak di bawah kuasa salah seorang daripada mereka; (b) Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau mana-mana orang yang dilantik untuk membantu Ketua Pengarah Bantuan Guaman di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman 1971 yang bertindak semasa menjalankan kewajipannya; (c) Pegawai Syariah, Pendakwa Syarie dan Pegawai Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bertindak semasa menjalankan kewajipan mereka di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan jawatan mereka; (d) mana-mana orang yang bertindak secara sendiri untuk dirinya sahaja dalam apa-apa perkara atau prosiding yang dia menjadi pihak; dan (e) mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang belum dewasa atau orang yang tidak berkeupayaan yang berada di bawah tanggungannya dalam apa-apa perkara atau prosiding yang orang yang belum dewasa atau orang yang tidak berkeupayaan menjadi pihak. (2) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah merupakan seorang Islam. Melaka : Penasihat Undang-Undang Negeri, Peguam Persekutuan dan Pegawai Syariah di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka atau mana-mana Pegawai Undang-Undang, Pegawai Syariah atau Penolong Pegawai Undang-Undang di Jabatan Bantuan Guaman Negeri Melaka atau anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan Negeri Melaka atau Pegawai Syariah di Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Melaka hendaklah disifatkan telah dilantik sebagai Peguam Syarie oleh Majlis di bawah Peraturan-Peraturan ini dan peruntukan Peraturan 18, 19, 20, 21, 22 dan 23 tidak terpakai bagi Pegawai-Pegawai itu dan Pegawai-Pegawai itu boleh, jika tugas rasmi mernerlukan, mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 72 of 106 PROSIDING TATATERTIB / KELAKUAN PEGUAM SYARIE 23. Tindakan tatatertib Sebab-sebab wajar yang boleh dikenakan tindakan. Perlis : (a) Telah disabit atas suatu kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang menjadikan ia tidak layak menjadi seorang anggota profesionnya; (b) Telah bersalah atas kelakuan curang pada menjalankan kewajipan profesionalnya atau atas kelakuan curang atau kelakuan yang tidak sesuai sebagai seorang Peguam Syarie; (c) Telah dihukum menjadi bankrap dan telah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) Seksyen 33 (6) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 55 1967.]; (d) Telah menawarkan atau memberi atau bersetuju memberi suapan kepada mana-mana orang kerana telah mendapatkan pekerjaan bagi dirinya atau bagi mana-mana Peguam Syarie lain dalam apa-apa urusan undang-undang; (e) Telah secara langsung atau secara tidak langsung mendapatkan atau cuba mendapatkan pekerjaan bagi dirinya atau bagi seseorang Peguam Syarie lain melalui atau dengan arahan seseorang yang kepadanya sesuatu saraan kerana mendapatkan pekerjaan itu telah diberi olehnya atau dipersetujui atau dijanjikan untuk diberi sedemikian; (f) Telah menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan undang-undang melalui seorang penarik langganan; (g) Membenarkan mana-mana kerani atau mana-mana orang lain yang tidak berkuasa mengusaha atau menjalankan urusan undang-undang atas namanya, manakala kerani atau orang lain yang tidak berkuasa itu tidak berada di bawah kawalan terus dan langsung pengetuanya yang dapat mempastikan supaya ia tidak bertindak tanpa pengawasan yang wajar; (h) Menjalankan dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain yang diguna khidmat olehnya apa-apa tred, perniagaan atau pekerjaan yang pada pendapat Majlis adalah tidak sesuai dengan profesion undang-undang atau ia adalah diguna khidmat dalam mana-mana tred, perniagaan atau pekerjaan itu; (i) Telah melanggar atau mungkir mematuhi mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Akta ini jika pada pendapat Majlis pelanggaran atau kemungkiran itu memerlukan tindakan tatatertib.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 73 of 106 Kedah : (a) telah berkelakuan mengikut apa-apa cara yang bertentangan dengan Hukum Syarak; (b) telah membuat apa-apa pernyataan awam sama ada secara lisan atau bertulis yang semunasabahnya boleh ditafsirkan sebagai menghina agama Islam atau Majlis; (c) telah disabitkan oleh mana-mana Mahkamah di Malaysia atau di mana-mana negara lain atas apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (d) telah dengan sengaja atau tanpa apa-apa sebab yang munasabah enggan menjalankan kewajipannya terhadap kliennya; (e) telah melanggar tanggungjawabnya kepada Mahkamah yang termasuk apa-apa kegagalannya untuk mematuhi aku janji yang diberikannya kepada Mahkamah; (f) telah melakukan dengan perbuatan atau perkataan atau dengan apa-apa cara yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menghina Mahkamah; (g) mengenakan fi atau kos yang melampau mengikut semua hal keadaan, dalam ketiadaan apa-apa persetujuan bertulis, berhubung dengan perkhidmatan profesional yang diberikan kepada kliennya; (h) tidak jujur atau bertingkah laku secara fraud dalam melaksanakan tugasnya; (i) telah menawarkan atau memberi atau bersetuju memberi suapan kepada mana-mana orang kerana telah mendapatkan pekerjaan bagi dirinya atau mana-mana Peguam Syarie lain dalam apa-apa urusan undang-undang; (j) telah secara langsung atau secara tidak langsung mendapatkan atau cuba mendapatkan pekerjaan bagi dirinya atau bagi seseorang Peguam Syarie lain melalui atau dengan arahan seseorang yang kepadanya sesuatu saraan kerana mendapatkan pekerjaan itu telah diberi olehnya atau dipersetujui untuk diberi sedemikian; (k) membenarkan mana-mana orang yang bukan seorang Peguam Syarie mengusahakan atau menjalankan urusan perundangan atas namanya atau firmanya tanpa orang itu berada di bawah kawalannya; (l) menjalankan dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain yang diguna khidmat olehnya apa-apa tred


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 74 of 106 (perniagaan) atau kerjaya yang pada pendapat Majlis adalah tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Peguam Syarie; (m) telah didapati bersalah oleh lembaga disiplin yang ditubuhkan di bawah subseksyen 93(1) Akta Profesion Undangundang 1976 [Akta 166]; (n) telah diisytiharkan sebagai bankrap dan belum dilepaskan; atau (o) telah melanggar atau mungkir mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana undangundang bertulis, jika pada pendapat Majlis pelanggaran atau kemungkiran itu memerlukan tindakan tata tertib. Selangor, Perak : (a) telah berkelakuan mengikut apa-apa cara yang bertentangan dengan Hukum Syarak; (b) telah membuat apa-apa pernyataan awam sama ada secara lisan atau bertulis yang semunasabahnya boleh ditafsirkan sebagai menghina agama Islam atau Majlis; (c) telah disabitkan oleh mana-mana Mahkamah di Malaysia atau di mana-mana negara lain atas apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (d) telah dengan sengaja atau tanpa apa-apa sebab yang munasabah enggan menjalankan kewajipannya terhadap kliennya; (e) telah melanggar tanggungjawabnya kepada Mahkamah yang termasuk apa-apa kegagalannya untuk mematuhi akujanji yang diberikannya kepada Mahkamah; (f) telah melakukan dengan perbuatan atau perkataan atau dengan apa-apa cara yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menghina Mahkamah; (g) mengenakan fi atau kos yang melampau mengikut semua hal keadaan, dalam ketiadaan apa-apa persetujuan bertulis, berhubung dengan perkhidmatan profesional yang diberikan kepada kliennya; (h) tidak jujur atau bertingkah laku secara fraud dalam melaksanakan tugasnya;


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 75 of 106 (i) telah menawarkan atau memberi atau bersetuju memberi suapan kepada mana-mana orang kerana telah mendapatkan pekerjaan bagi dirinya atau mana-mana Peguam Syarie lain dalam apa-apa urusan undangundang; (j) telah secara langsung atau secara tidak langsung mendapatkan atau cuba mendapatkan pekerjaan bagi dirinya atau bagi seseorang Peguam Syarie lain melalui atau dengan arahan seseorang yang kepadanya sesuatu saraan kerana mendapatkan pekerjaan itu telah diberi olehnya atau dipersetujui untuk diberi sedemikian; (k) telah menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan melalui seorang penarik langganan; (l) membenarkan mana-mana orang yang bukan seorang Peguam Syarie mengusahakan atau menjalankan urusan perundangan atas namanya atau firmanya tanpa orang itu berada di bawah kawalannya; (m) menjalankan dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain yang diguna khidmat olehnya apa-apa tred, perniagaan atau kerjaya yang pada pendapat Majlis adalah tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Peguam Syarie; (n) telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin yang ditubuhkan di bawah subseksyen 93(1) Akta Profesion Undangundang 1976; (o) telah diisytiharkan sebagai bankrap dan belum dilepaskan; atau (p) telah melanggar atau mungkir mematuhi mana-mana peruntukan Kaedah ini atau mana-mana undang-undang bertulis, jika pada pendapat Majlis pelanggaran atau kemungkiran itu memerlukan tindakan tatatertib. WP : (3); “salah laku” ertinya apa-apa kelakuan, atau ketinggalan untuk bertindak sebagai, Peguam Syarie atas sifat profesionalnya atau selainnya yang dikira sebagai perbuatan tidak patut yang serius dan termasuklah— (a) sabitan atas kesalahan jenayah yang menjadikan dia tidak layak menjadi anggota profesionnya; (b) pelanggaran kewajipan kepada mahkamah syariah termasuk apa-apa kegagalan untuk mematuhi suatu aku janji yang diberikan kepada mahkamah syariah itu; (c) kelakuan kecurangan atau fraud dalam melaksanakan kewajipannya;


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 76 of 106 (d) pelanggaran apa-apa kaedah-kaedah amalan dan etika profesion yang dibuat oleh Majlis Peguam Syarie di bawah Akta ini atau selainnya; (e) diisytiharkan bankrap; (f) menawarkan atau memberikan apa-apa suapan kepada mana-mana orang yang telah mendapatkan pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan syariah bagi dirinya sendiri atau bagi mana-mana Peguam Syarie lain; (g) secara langsung atau tidak langsung mendapatkan atau cuba mendapatkan pekerjaan bagi dirinya sendiri atau mana-mana Peguam Syarie lain melalui atau atas arahan mana-mana orang yang kepadanya apa-apa saraan bagi memperoleh pekerjaan itu telah diberikan olehnya atau dipersetujui atau dijanjikan untuk diberikan sedemikian; (h) menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan syariah melalui penarik langganan; (i) membenarkan mana-mana orang yang tidak diberi kuasa menjalankan urusan perundangan syariah atas namanya tanpa kawalan terus dan terdekat olehnya selaku ketua atau tanpa penyeliaan yang sepatutnya; (j) menjalankan sendiri, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa profesion, tred, perniagaan atau urusan yang tidak bersesuaian dengan profesion perundangan syariah atau diguna khidmat bagi ganjaran atau selainnya dalam apa-apa profesion, tred, perniagaan atau urusan itu; (k) pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini atau apa-apa arahan atau keputusan Majlis Peguam Syarie; (l) pengeluaran atau pemotongan namanya daripada Daftar, penggantungan atau teguran atas sifatnya sebagai Peguam Syarie di mana-mana Negeri lain atau telah melakukan kesalahan salah laku yang boleh menyebabkan dia dihukum di mana-mana Negeri lain; (m) mengenakan, tanpa perjanjian bertulis, berkenaan dengan perkhidmatan profesional yang diberikan kepada anak guam, fi atau kos yang terlalu berlebihan dalam semua hal keadaan; (n) terlalu mengabaikan kepentingan anak guamnya; dan (o) bertindak dalam apa-apa perkara yang tidak sepadan dengan seorang Peguam Syarie atau yang menyebabkan atau dijangka akan menyebabkan profesion perundangan syariah dipandang hina.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 77 of 106 Melaka : (a) telah berkelakuan bertentangan dengan Hukum Syarak; (b) telah membuat apa-apa pernyataan awam sama ada secara lisan atau bertulis yang semunasabahnya boleh ditafsirkan sebagai menghina Agama Islam atau Majlis; (c) telah disabitkan oleh mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil di Malaysia atau di mana-mana negara lain atas apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (d) telah dengan sengaja atau tanpa apa-apa sebab yang munasabah enggan menjalankan kewajipannya terhadap kliennya; (e) telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada Mahkamah termasuklah kegagalan untuk mematuhi apa-apa akujanji yang telah diberikan kepada Mahkamah; (f) telah menghina Mahkamah; (g) tidak jujur atau melakukan penipuan dalam melaksanakan tugasnya; (h) telah menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan melalui seorang penarik langganan; (i) membenarkan mana-mana orang yang bukan seorang Peguam Syarie mengusahakan atau menjalankan urusan perundangan alas namanya atau firmanya; (j) menjalankan dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain yang diguna khidmat olehnya apa-apa perdagangan, perniagaan atau kerjaya yang pada pendapat Jlawatankuasa adalah tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Peguam Syarie; (k) telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin yang ditubuhkan di bawah subseksyen 93(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta /66]; (l) Lelah diisytiharkan sebagai bankrap dan belum dilepaskan; atau (m) telah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan- Peraturan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika pada pendapat Jawatankuasa pelanggaran atau kegagalan itu memerlukan tindakan tatatertib.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 78 of 106 Sabah : (a) telah berkelakuan bertentangan dengan Hukum Syarak; (b) telah membuat apa-apa pernyataan awam sama ada secara lisan atau bertulis atau apa-apa perlakuan lain yang semunasabahnya boleh disifatkan sebagai menghina agama Islam atau Institusi Kehakiman Syariah Negeri atau Hakim-Hakim Syar’ie; (c) telah disabitkan oleh mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil di Malaysia di mana-mana negara lain atas apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis; (d) telah dengan sengaja atau tanpa apa-apa sebab yang munasabah enggan menjalankan kewajipannya terhadap kliennya; (e) telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada Mahkamah untuk mematuhi apa-apa aku janji yang telah diberikan kepada Mahkamah; (f) telah menghina Mahkamah atau mana-mana hal ehwal agama Islam; (g) tidak jujur atau atau melakukan fraud dalam melaksanakan tugasnya; (h) telah menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan melalui seorang penarik langganan; (i) telah melakukan atau menyebabkan atau membiarkan sesuatu dilakukan, apa-apa tujuan menarik langganan secara langsung atau tidak langsung atau yang sekira-kiranya menunjukkan bahawa ia dilakukan untuk tujuan tersebut; (j) membenarkan mana-mana orang yang bukan Peguam Syar’ie mengusahakan atau menjalankan urusan perundangan atas namanya atau firmanya; (k) menjalankan dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain yang diguna khidmat olehnya apa-apa tred perniagaan atau kerjaya yang pada pendapat Jawatankuasa adalah tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Peguam Syar’ie;


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 79 of 106 (l) telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin yang ditubuhkan di bawah seksyen 12A Ordinan Peguambela [Sabah Bab 2]; (m) telah diisytiharkan sebagai bankrap dan belum dilepaskan; atau (n) telah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini atau mana-mana undangundang bertulis yang lain, jika pada pendapat Jawatankuasa pelanggaran atau kegagalan itu memerlukan tindakan tatatertib. (o) melakukan pelanggaran terhadap apa-apa Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh ketua Hakim Syar’ie Negeri atau Garis Panduan berkaitan etika dan kelakuan seseorang Peguam Syar’ie yang telah dan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh mahkamah atau Jawatankuasa. Siapa yang boleh mengambil tindakan : Perlis, Kedah, Selangor : Majlis boleh, atas sebab yang wajar, mengenakan tindakan tatatertib ke atas mana-mana Peguam Syarie mengikut peruntukan Bahagian ini. Perak : Jawatankuasa boleh atas aduan, mengambil tindakan tatatertib terhadap seseorang Peguam Syarie WP : Majlis Peguam Syarie tubuhkan LembagaTatatertib Pihak Berkuasa Tatatertib 77. (1) Majlis Peguam Syarie hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua Peguam Syarie dan pelatih dalam kamar. (2) Majlis Peguam Syarie boleh menjalankan bidang kuasa tatatertib ke atas apa-apa aduan berkenaan dengan salah laku manamana Peguam Syarie dan pelatih dalam kamar. (3) Majlis Peguam Syarie hendaklah menubuhkan suatu cara, termasuk menubuhkan Lembaga Tatatertib untuk menguruskan aduan atau maklumat yang diterima terhadap seseorang Peguam Syarie dan apa-apa jawatankuasa lain untuk membantu Lembaga Tatatertib.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 80 of 106 (4) Bagi maksud Bahagian ini— “Lembaga Tatatertib” ertinya Lembaga Tatatertib yang ditubuhkan oleh Majlis Peguam Syarie di bawah subseksyen (3); Melaka : Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan "Jawatankuasa Tatatertib Peguam Syarie Negeri Melaka" dan hendaklah melantik ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada- (a) Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah; ( b) Seorang Pegawai Syariah yang bertugas di Mahkamah; dan (c) Dua orang Peguam Syarie yang telah beramal melebihi tempoh 5 tahun. Sabah : Jawatankuasa boleh, atas sebab-sebab yang wajar, mengenakan tindakan tatatertib ke atas mana-mana Peguam Syar’ie Aduan terhadap seorang Peguam Syarie. Perlis : (1) Apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya hendaklah dibuat kepada Majlis. (2) Aduan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie. Kedah, Selangor : Apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya hendaklah dibuat kepada Pengerusi Jawatankuasa secara bertulis.


KAJIAN PERBANDINGAN : Semakan Terhadap Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 Page 81 of 106 Perak : (1) Apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesional atau peribadinya hendaklah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha. (2) Mahkamah atau Ketua Pendakwa Syarie boleh membuat aduan secara bertulis kepada Setiausaha berkenaan dengan apaapa perkara yang menyentuh kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya. (3) Apabila menerima aduan di bawah subkaedah (1) atau (2) Setiausaha boleh, pada bila-bila masa, mendapatkan secara bertulis apa-apa maklumat daripada mana-mana orang yang difikirkannya mengetahui tentang fakta kes itu yang menyentuh kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesional atau peribadinya. (4) Setiausaha hendaklah mengemukakan aduan itu kepada Majlis dan Jawatankuasa dengan seberapa segera yang praktik berserta dengan apa-apa maklumat yang diperolehnya di bawah subkaedah (3), jika ada. WP : Aduan kepada peguam syarie, pelatih dalam kamar atau firma Aduan terhadap Peguam Syarie atau pelatih dalam kamar 78. (1) Apa-apa aduan mengenai salah laku mana-mana Peguam Syarie atau mana-mana pelatih dalam kamar hendaklah secara bertulis kepada Lembaga Tatatertib. (2) Mana-mana mahkamah syariah, Hakim Mahkamah Syariah atau Pendakwa Syarie boleh pada bila-bila masa merujuk apaapa aduan terhadap mana-mana Peguam Syarie atau pelatih dalam kamar kepada Lembaga Tatatertib. (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dikira menghalang Majlis Peguam Syarie daripada membuat apa-apa aduan atas usulnya sendiri kepada Lembaga Tatatertib terhadap mana-mana Peguam Syarie atau pelatih dalam kamar. (4) Semua aduan yang dibuat atau dirujuk kepada Lembaga Tatatertib di bawah seksyen ini hendaklah diuruskan mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.


Click to View FlipBook Version