The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbitan PMS, 2023-12-19 03:10:02

ebook Asas Prepress

ebook Asas Prepress

Prepress Asas NORHIDAYAH BINTI ISMAIL JABATAN REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL POLITEKNIK MUADZAM SHAH


Editor Pengurusan Haizatul Akma binti Hazali Editor Norhidayah binti Ismail Penulis Norhidayah binti Ismail Pereka Grafik Norhidayah binti Ismail Application Publisher and Developers Norhidayah binti Ismail Terbitan Edisi 2023 Hakcipta terpelihara tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat sama ada dengan cara elektronik gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti KementerianPendidikan Malaysia terlebih dahulu. Diterbitkan oleh: Politeknik Muadzam Shah, Lebuhraya Tun Abdul Razak, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur. e ISBN 978-967-2498-91-9 JAWATANKUASA EDITOR


PENGHARGAAN Saya merakam penghargaan dan terima kasih kepada pihak institusi kerana memberi peluang dalam penerbitan buku Asas Prepress ini. Saya juga merakam ribuan terima kasih kepada ahli keluarga dalam membantu dan memberi ruang kepada saya dalam menulis dan menyiap karya ini. Diharap ebook yang berjudul Asas Prepress ini dapat memberi impak kepada pembaca dalam mendalami ilmu pengetahuan berkaitan pra cetak dalam bidang percetakan khususnya.


KATA PENGANTAR Asas Prepress adalah sebuah karya berkaitan bidang percetakan yang khususnya dalam bahagian pracetak (prepress). Walaupun bidang percetakan mempunyai tiga bahagian utama iaitu pracetak (prepress), cetak (press) dan post cetak (postpress), fokus ebook ini diterbitkan adalah memberi tumpuan dan penekanan berkaitan pengetahuan bahagian pracetak. Penumpuan ebook ini adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan pembaca dalam mendalami dan memahami bahagian pracetak dengan lebih jelas. Ebook Asas Prepress diterbitkan mengandungi kandungan berkaitan pengenalan, proses kerja, aturan kerja, elemen, teknikal, pengimejan plate dan peralatan dalam pracetak. Ebook Asas Prepress juga adalah merupakan salah satu sukatan pembelajaran dalam intitusi pengajian tinggi di Malaysia. Penulis: Norhidayah binti Ismail Pensyarah DH44 Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual Politeknik Muadzam Shah, Pahang Ijazah Sarjana Pengajian Penerbitan, UM Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan (Kepujian), UiTM


KANDUNGAN PENGENALAN PREPRESS Pengenalan Proses Percetakan Terminologi Dalam Prepress PROSES KERJA PREPRESS Proses Prepress ATURAN KERJA PREPRESS Aturankerja Dalam Bahagian Prepress ELEMEN DALAM PREPRESS Elemen Rekabentuk Dalam Prepress Grid Prinsip Susun Atur Anatomi Susun Atur TEKNIKAL DALAM PREPRESS Imej Folding Imposition Teknikal Item PENGIMEJAN PLATE Pengimejan Plate Plate Proses Pengimejan Plate PERALATAN DALAM PREPRESS Jenis Peralatan SENARAI RUJUKAN 1 2 4 7 8 17 18 21 22 22 27 30 37 38 39 44 47 45 46 47 48 55 56 59


Pracetak (prepess) adalah bahagian permulaan dalam proses percetakan.


Pengenalan PREPRESS 1


2 PENGENALAN PROSES PERCETAKAN Pracetak (prepress) adalah proses yang dilaksanakan sebelum proses percetakan (press) dan post cetak (postpress). Prepress melibatkan pelbagai proses seperti suntingan, fotografi, tipografi, susun atur halaman, pecahan warna (seperation color), proses pengimejan plat (plate making) dan lain-lain. Proses prepress ini sangat memberi kesan dan impak kepada perjalanan proses percetakan seterusnya. Sebelum penjelasan yang jelas mengenai proses prepress, percetakan melibatkan tiga proses utama iaitu pracetak (prepress), cetak (press) dan post cetak (postpress). Tiga bahagian yang utama ini akan menghasilkan produk cetakan yang berkualiti kerana setiap bahagian utama ini mempunyai bidang kepakaran masing-masing. Proses Percetakan PraCetak (Prepress) Rajah 1.0 Carta alir proses percetakan Post Cetak (Post-Press) Percetakan (Press)


3 Proses percetakan bermulanya dengan bahagian prepress iaitu memulakan tugasan dengan rekabentuk produk, proofing sehingga expose plate. Tiga perkara ini adalah perkara utama dalam prepress. Hanya plate dan color proof atau product dummy yang akan diberikan kepada bahagian press untuk tindakan selanjutnya. Walaupun terdapat tiga perkara utama dalam prepress, prosedur kerja yang lain juga sebahagian dalam tiga perkara utama ini seperti page layout, color proofing dan lain-lain lagi. Apabila bahagian press menerima plate dan color proof atau dummy daripada bahagian prepress, bahagian press akan memulakan proses seterusnya. Bahagian ini lebih kepada penggunaan mesin percetakan dalam penghasilan kuantiti cetakan yang lebih banyak. Bahagian ini melibatkan pekerja seperti operator mesin dan quality control dimana output yang dikeluarkan bahagian ini dikenali sebagai printed sheet. Produk cetakan mempunyai pelbagai warna namun asas warna dalam percetakan adalah 4 warna iaitu Cyan, Magenta, Yellow dan Black. Mesin yang terdapat dalam bahagian ini adalah mesin cetakan 1 warna, mesin cetakan 2 warna, mesin cetakan 4 warna serta mesin cetakan digital. Antara jenama mesin yang terkenal dalam mesin percetakan adalah Heildeberg, Konica Minolta dan banyak lagi. Postpress adalah bahagian penyudahan ataupun lebih dikenali bahagian penjilidan. Bahagian ini menerima printed sheet daripada bahagian press untuk proses seterusnya. Postpress ini adalah bahagian terakhir dalam penghasilan suatu produk percetakan. Proses yang terdapat dalam bahagian ini menjurus kepada proses akhir seperti lipat, potong, jilid, gam, liminate dan lain-lain lagi.


4 TERMINOLOGY PERCETAKAN Dalam percetakan mempunyai istilah atau dikenali sebagai terminologi yang digunakan di dalam bidang percetakan. Setiap bidang mempunyai istilah ataupun perkataan yang sinonim dalam bidang tersebut. Contohnya dalam bidang percetakan mempunyai istilah seperti prepress, press, postpress, page layout, fixer, developer, imagesetter, plate, CYMK, bleed dan pelbagai lagi. Istilah adalah kata nama yang boleh diterjemahkan namun maksud yang dinyatakan mungkin tidak sama dengan istilah dalam bidang yang disebut. Oleh demikian, sebaiknya istilah yang digunakan dikekalkan dalam bidang tersebut agar pemahaman dalam bidang tersebut dapat dikuasai. Terdapat banyak istilah digunakan dalam bidang percetakan, namun istilah ini fokus kepada bahagian prepress. Berikut antara istilah-istilah yang digunakan dalam bahagian prepress. Dummy Naskah yang dijadikan sebagai sampel produk yang digunakan sebagai tanda persetujuan diantara pelanggan dan pencetak sebagai rujukan pada bahagian press. Page layout Susun atur halaman yang melibatkan pemilihan font, leading, grid dan lain-lain dengan menggunakan software. PDF Format yang sering digunakan kerana ia mudah merentas platform tanpa ada perubahan pada dokumen asal. Color proof Panduan kepada operator mesin untuk menyemak ketetapan warna.


5 Software Perisian yang digunakan dalam membuat rekabentuk. Imposition Susunan halaman yang dipratikkan untuk mencetak agar apabila halaman dilipat dan dipotong, mukasurat berada pada kedudukan yang betul serta menjimatkan kos. Separation Color Proses pemisahan warna CYMK untuk printing plate. Computer to plate Satu sistem yang digunakan untuk penghasilan plate secara terus tanpa penglibatan film. Postscript Standard bahasa yang digunakan untuk komunikasi antara software dan imagesetter yang diciptakan oleh Adobe. Plate Plate adalah pembawa imej bagi proses percetakan yang diperbuat daripada aluminium, copper, rubber dan lain-lain. Expose plate Proses yang dilakukan untuk penghasilan image area pada plate. Imagesetter Mesin yang digunakan untuk expose plate. Fixer dan Developer Fixer dan developer adalah bahan chemical yang digunakan untuk membersihkan kawasan non image area pada plate aluminium seperti offset lithography.


1 Apakah definisi pracetak? 2 M e n g a p a k a h perlu ada t e r m i n o l o g y dalam sesuatu bidang? 3 Nyatakan 3 t e r m i n o l o g y dalam bidang percetakan. Soalan dan latih tubi


Proses kerja dalam PREPRESS 2


8 PROSES PREPRESS Bahagian prepress adalah permulaan proses dalam aturan kerja bagi menghasilkan produk cetakan. Prepress merupakan proses awal dimana proses kerja ini akan melibatkan bahagian press dan post press secara tidak langsung. Setiap proses yang dilakukan dalam bahagian prepress memberi kesan kepada produk cetakan berikutan bahagian ini adalah permulaan yang melibatkan rekabentuk yang akan dicetak. Justeru, skop pekerja pada bahagian prepress melibatkan proses kerja seperti: • Typesetting • Proofreading • Rekabentuk (design) • Susun atur halaman (page layout) • Kedudukan halaman (imposition) • Colorproof • Penghasilan plat (plate making)


9 Typesetting Typesetting adalah satu proses menyusun huruf atau lebih dikenali menyusun blok-blok huruf bagi membentuk satu perkataan atau satu text. Pada permulaan dunia percetakan, proses typesetting adalah satu proses penting dalam proses percetakan. Proses ini melibatkan menyusun blok-blok huruf. Setiap 1 huruf akan diukir atas 1 blok ataupun dikenali sebagai movable type. Pada zaman Bi Sheng, beliau telah mengukir huruf di atas tanah liat kecil. Individu yang terlibat menguruskan proses ini dikenali sebagai typesetter. Pada era kini, typesetting berlaku ketika proses Desktop Publishing (DTP) namun ia tidak melibatkan pengukuran seperti era movable type, hanya melibatkan penggunaan software. Sumber: Google Imej 1.0 Movable Type yang digunakan untuk typesetting


10 Proof Reading Proofreading merupakan suatu proses semakan yang dilakukan oleh editor untuk mencari kesalahan seperti format, tanda baca, ayat, ejaan dan kesilapan lain agar proses mencetak kelak tiada kesilapan yang berlaku. Proses ini adalah langkah akhir oleh editor sebelum proses seterusnya. Proofreading mempunyai simbol tersendiri untuk menggantikan maksud perubahan yang perlu dibuat. Contoh simbol yang digunakan boleh rujuk pada Imej 2.0. Kebiasaanya proofreader menggunakan simbolsimbol daripada rujukan The Chicago Manual of Style. Sumber: Google Imej 2.0 Hasil proof read yang dilakukan oleh proof reader


11 Design Design merupakan proses di mana menyusun atur gambar, text dan sebagainya. Apabila proses design dilaksanakan, designer perlu mengetahui saiz produk, jenis produk, penggunaan warna dan penjilidan produk agar produk yang dihasilkan dalam posisi yang betul. Antara produk cetakan adalah buku, majalah, poster, flyer, pembungkusan dan sebagainya. Bagi proses design biasanya menggunakan software tertentu seperti Adobe Illustrator dan Adobe Indesign. Kedua-dua software ini mempunyai kepakarannya tersendiri seperti Adobe Illustrator penggunaannya lebih kepada produk yang tidak melibatkan mukasurat yang banyak berbanding Adobe Indesign yang mana software ini cenderung menghasilkan produk yang mempunyai helaian mukasurat yang banyak seperti majalah dan buku. Sumber: Google Imej 3.0 Design dalam merekabentuk dan menyusun atur maklumat


12 Page Layout Page layout adalah suatu proses atur halaman dimana proses ini melibatkan body text, margin, header, sub header, column, typeface dan sebagainya. Ia adalah proses perancangan yang dilakukan oleh designer dalam susun atur perkara berikut agar setiap mukasurat mempunyai page layout yang menarik dan kemas. Page layout ini adalah istilah yang digunakan dalam proses design buku kerana perletakkan item-item layout perlu dipertimbangkan agar memberi kesan pembacaan yang sempurna. Page layout merupakan susun atur halaman seperti margin, pemilihan typeface dari aspek saiz font, leading yang bersesuaian, column yang bersesuaian dengan pembacaan sama ada single column ataupun lebih. Pada kebiasaanya, novel menggunakan single column berbanding majalah yang hanya mempratikkan 2 ataupun 3 column. Page layout ini bergantung kepada kreativiti designer supaya kekemasan sesuatu produk yang dihasilkan tampak lebih menarik dan mudah dibaca. Sumber: Google Imej 4.0 Proses susun atur yang dilakukan untuk bentukkan majalah


13 Imposition Imposition merupakan langkah asas yang perlu dibuat agar produk yang dihasilkan berada pada kedudukan, posisi atau muka surat yang betul. Definisi imposition adalah kedudukan bagi sesuatu maklumat diletakkan pada kedudukan yang betul agar apabila produk siap dipotong, dilipat dan dijilidkan berada pada kedudukan yang tepat dan mengikut turutan. Produk seperti buku, brochure dan majalah memerlukan imposition yang tepat agar mukasurat dan maklumat berada dalam turutan yang betul. Kebiasaan pekerja di bahagian prepress akan membuat dummy terlebih dahulu untuk melihat maklumat mengikut turutan yang betul. Imposition juga penting untuk penjimatan warna, mukasurat dan kertas. Sumber: Google Imej 5.0 Contoh imposition untuk 8 muka surat


14 Color proof Color proof adalah kertas yang dicetak menggunakan mesin plotter untuk dijadikan rujukan warna kepada operator mesin cetak offset agar warna yang dikehendaki tercapai. Ia seperti satu rujukan warna yang tepat agar dapat warna yang dikehendaki oleh pelanggan. Densitometer digunakan untuk menilai bacaan warna yang tepat. Biasanya, mesin plotter yang digunakan untuk cetak color proof perlu calibaration dengan mesin cetakan offset agar warna yang diperolehi masa mencetak color proof sama hasil warna dengan cetakan offset. Sumber: Google Imej 6.0 Proses susun atur yang dilakukan untuk bentukkan majalah


15 Penghasilan Plat (Plate Making) Proses penghasilan plate adalah proses terakhir dalam bahagian prepress kerana bahagian cetak akan mengambil plate yang disediakan dari bahagian prepress untuk dicetak. Kebiasaan penghasilan plat menglibatkan 4 proses warna iaitu Cyan, Magenta, Yellow dan Black. Penghasilan 4 plate juga hanya terlibat pada mukasurat yang melibatkan warna. Sekiranya dalam sebuah buku ada penggunaan tulisan berwarna hitam sahaja pada mukasurat yang lain. Mukasurat ini hanya melibatkan penghasilan plate 1 warna iaitu hitam. Untuk penjimatan, sekiranya sebuah buku tidak melibatkan semua mukasurat berwarna, imposition memainkan peranan penting dalam menyusun pengeluaran plate berwarna. Sumber: Google Imej 7.0 Proses susun atur yang dilakukan untuk bentukkan majalah


1 S e n a r a i k a n proses kerja yang terdapat dalam prepress. Soalan dan latih tubi 2 S i a p a k a h p e n c i p t a movable type yang pertama? 3 Apakah item yang akan diberikan oleh b a h a g i a n p r e p r e s s k e p a d a b a h a g i a n press?


Aturan kerja PREPRESS 3


18 ATURAN KERJA DALAM BAHAGIAN PREPRESS Aturan kerja merupakan proses kerja yang dilakukan mengikut turutan. Proses kerja perlu mengikut turutan agar kerja yang dihasilkan memperolehi kualiti. Sekiranya proses kerja tidak mengikut turutan kerja ia akan menghadapi masalah dan merugikan masa. Aturan kerja perlu dipatuhi mengikut turutan yang ditetapkan contohnya proses kerja B tidak boleh dilakukan sebelum proses kerja A dilakukan. Dalam prepress terdapat pecahan aturan kerja iaitu aturan kerja secara konvensional (conventional workflow) dan aturan kerja secara digital (digital workflow). Imej 8.0 menunjukkan perbezaan diantara keduadua jenis aturan kerja tersebut. Computer to film dan computer to plate merupakan aturan kerja yang terdapat dalam proses prepress. Setiap aturan kerja mempunyai proses tertentu yang melibatkan peralatan, bahan kimia dan bahan lupus. Bahan dan peralatan yang digunakan adalah untuk proses penghasilan imej (image carrier). Aturan kerja secara coventional menggunakan film serta bahan tambahan plastic foil dan silotape bagi menampalkan imej pada film sebelum di expose plate. Proses expose plate menggunakan plate exposure atau imagesetter. Selepas plate selesai expose, plate akan melalui proses mencuci dengan menggunakan bahan kimia iaitu developer dan fixer serta air. Selepas mencuci, plate sedia dihantar kepada bahagian cetak bersama color proof.


19 Computer to Film Computer to film adalah aturan kerja secara konvensional dimana proses prepress secara konvensional melibatkan penghasilan film. Apabila melibatkan penghasilan film, ia akan mengambil masa dan tenaga kerja yang lebih banyak berbanding secara computer to plate. Computer to Plate Computer to plate adalah aturan kerja terkini yang kebanyakkan digunakan dalam industri percetakan berikutan aturan kerja ini tidak melibatkan penghasilan film. Oleh demikian, proses penghasilan plate akan lebih menjimatkan masa dan kos. Sumber Imej: Google Imej 8.0 Perbezaan aturan kerja computer to film dan computer to plate


1 A p a k a h k e p e n t i n g a n a t u r a n kerja dalam p e n g h a s i l a n imej? Soalan dan latih tubi 2 A p a k a h p e r b e z a a n antara aturan kerja CTF dan CTP? 3 A t u r a n kerja yang manakah lebih mudah untuk dikendalikan?


21 PREPRESS Elemen dalam 4


22 ELEMENT DALAM PREPRESS Proses prepress mempunyai elemen dan prinsip seperti grid dan susun atur. Tanpa elemen ini, susun atur yang dilakukan tampak kurang kemas dan kesinambungan yang kurang baik. Contohnya, majalah yang terdapat dipasaran sekiranya tidak menggunakan elemen yang tepat, bahan bacaan dalam satu mukasurat majalah akan menjadi kurang kemas dan pembacaan menjadi tidak sekata. GRID Produk percetakan memerlukan elemen design agar produk yang dihasilkan dapat berkomunikasi dan menarik perhatian pembaca, pengguna ataupun pembeli. Apabila melakukan design tanpa menjadikan grid sebagai panduan, susun atur akan berterabur dan menggangu pembacaan kerana tiada fokus pembacaan atau kesinambungan yang jelas dalam pembacaan. Pemahaman grid sangat membantu dalam susun atur. Grid terbahagi kepada 4 jenis iaitu: • Manuscript grid • Coloumn grid • Modular grid • Hierachical grid Grid-grid yang digunakan akan mempengaruhi design yang dihasilkan.


23 Manuscript Grid Manuscript grid juga dikenali sebagai single column. Single column kebanyakkan dipratikkan dalam produkproduk cetakan seperti poster, majalah, suratkhabar, novel, komik, brosur dan pelbagai lagi kerana ia merupakan asas grid yang mempunyai margin. Kebanyakkan produk cetakan yang menggunakan proses percetakan offset ataupun digital, perlulah mempratikkan margin supaya susun atur tampak lebih kemas dan tersusun. Manuscript grid ini merupakan grid yang paling asas. Kebesaran atau keluasan manuscript grid bergantung kepada centimeter margin yang digunakan. Tiada kiraan keluasan yang spesifik terhadap margin kerana ia bergantung kepada saiz product yang dihasilkan. Single coloumn juga akan menentukan kawasan yang aktif untuk disusun atur terutamanya text. Justeru, diluar manuscript grid tidak boleh disusun atur kecuali muka surat. Novel dan buku cerita kanak-kanak antara produk yang menggunakan manuscript grid sahaja. Rajah 2.0 Manuscript grid atau dikenali sebagai single coloum


24 Column Grid Column grid adalah garisan menegak atau garisan Y yang dikaryakan dalam sesuatu layout. Kebiasaanya, column grid ini digunakan dalam susun atur suratkhabar. Setiap column yang dibahagikan akan menentukan keluasan body text. Ruang body text ini juga menentukan kelebaran pembacaan. Oleh demikian, semasa membuat pembahagian jumlah column, graphic designer perlulah peka dengan produk yang akan dihasilkan kerana ia akan mempengaruhi pada pembacaan yang sempurna. Jangan amalkan pembahagian column yang banyak sehingga menyebabkan pembacaan menjadi tidak sekata. Rajah 3.0 Menunjukkan column grid yang mempunyai 3 column keluasan body text


25 Modular Grid Modular grid adalah grid yang lebih complex. Bagi membezakan modular grid dengan grid yang lain adalah grid ini mempunyai module. Terjadinya modular grid apabila coloum grid dilintasi dengan garisan X. Secara tidak langsung column grid yang dilintasi dengan garisan X akan menghasilkan module. Penggunaan grid ini sangat bersesuaian untuk rekabentuk produk yang dipenuhi dengan design seperti kombinasi text dan gambar. Produk yang menggunakan modular grid contohnya surat khabar, poster dan lain-lain lagi. Rajah 4.0 Modular grid


26 Hierachical Grid Hierachical grid adalah grid yang biasanya digunakan dalam web design. Sekiranya diperhatikan web design mempunyai gaya grid tersendiri. Penggunan grid ini juga bersesuaian bagi mempamerkan maklumat agar kelihatan tersusun dan kemas supaya menarik perhatian pengguna laman web. Laman web juga mempunyai gaya grid tersendiri berbanding produk bercetak yang lain. Grid yang digunakan bersesuaian dengan sudut pandangan monitor komputer atau laptop yang bersifat landscape. Rajah 5.0 Contoh-contoh layout hierachical grid


27 PRINSIP SUSUN ATUR Susun atur halaman merupakan rekaletak yang dilakukan oleh graphic designer ataupun editor dalam sesuatu halaman. Setiap rekabentuk yang dibuat perlu ada perancangan agar susun atur yang dilakukan berada dalam keadaan baik agar susun atur tersebut dapat memberi impak dan aura pada produk yang dihasilkan. Contohnya apabila design poster, graphic designer perlu memikirkan setiap anatomi dalam rekabentuk supaya berada dalam perletakan yang baik seperti header, body text, sub-topic dan lain-lain agar pembacaan tampak tersusun dan teratur. Susun atur mempunyai ciri-ciri asas yang perlu diperhatikan seperti: • Imbangan (balance) • Imbangan simetri (symmetrical balance) • Imbangan asimetri (asymmetrical balance) • Contrast


28 Imbangan (Balance) Balance dalam design merujuk kepada pengagihan elemen rekabentuk grafik seperti text, imej dan bentuk yang disusun secara teratur ataupun sama rata dalam arah yang tertentu. Balance adalah prinsip susun atur yang paling penting agar design yang terhasil lebih effektif dan mempunyai titik tumpuan (titik fokus) yang jelas. Apabila merancang susun atur, graphic designer perlu memikirkan bahan kandungan di dalam halaman yang ingin dihasilkan. Kemudian kenalpasti titik tumpuan pada design yang akan dihasilkan. Selepas mengenalpasti graphic designer perlu memikirkan agihan untuk elemen lain. Imbangan Simetri (Symmetrical balance) Symmetrical balance berlaku apabila pemberat yang sama berada dalam posisi yang sama atau seimbang di sekeliling titik fokus. Imbangan seperti ini lebih kepada keseimbangan yang formal. Walaupun, keseimbangan ini menghasilkan sebuah design namun ia tampak susun atur ini seperti statik dan agak membosankan. Imej 10.0 Contoh yang dimaksudkan symmetrical balance Imej 9.0 Contoh susun atur balance Sumber: Google Sumber: Google


29 Imbangan Asimetri (Asymmetrical balance) Asymmetrical balance merujuk kepada komposisi visual yang mempunyai pemberatan yang tidak sama. Komposisi seperti ini akan ada unsur yang dominan yang boleh diimbangi dengan unsur yang lebih kecil namun perlu ada titik fokus. Asymmetrical balance ini akan lebih dinamik, menarik dan membangkitkan susun atur yang modenisme. Secara tidak langsung, kepelbagaian visual akan terhasil walaupun ia boleh menjadi lebih sukar dicapai kerana hubungan antara elemen adalah lebih kompleks. Contrast Contrast adalah prinsip susun atur yang menggunakan komposisi yang berbeza daripada aspek saiz, warna, kedudukan ataupun pemberatan. Perspektif yang berbeza ini akan menghasilkan titik fokus terhadap susun atur yang menjadikan pemberat dalam satu design tersebut. Sumber: Google Imej 11.0 Perbezaan diantara symmetric dan asymmetric Sumber: Google Imej 12.0 contoh-contoh perbezaan contrast


30 ANATOMI SUSUN ATUR Anatomi adalah sifat-sifat yang sering dan wajib dipratikkan dalam susun atur halaman. Setiap halaman yang mempratikkan anatomi dalam susun atur, pasti akan tampak kemas produk yang dihasilkan. Anatomi ini juga perlu dipratikkan, serta perlu tahu penggunaannya supaya memperolehi hasil rekabentuk yang tersusun. Anatomi susun atur terdiri daripada: • Margin • Gutter • Column • Module • Flowline • Markers • Spatial zones Sumber Imej: Google Rajah 6.0 Anatomi susun atur


31 Margin Margin adalah ruang kosong disekeliling mukasurat. Ruang kosong ini berada di tepi halaman yang bertujuan menampung kandungan dokumen agar tampak lebih timbul dan mengelak daripada tulisan dipotong ketika proses penjilidan yang melibatkan proses cutting. Ruang margin ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu atas, bawah, luar dan dalam dan setiap saiz margin bergantung kepada graphic designer. Kadangkala ukuran margin boleh sama rata setiap bahagian dan ada juga berbeza. Biasanya, dalam ruangan margin tidak mengandungi perkataan atau text kecuali header dan footer sahaja yang berada dalam ruangan margin. Margin Top Margin left Margin right Margin Bottom Rajah 7.0 Margin biasanya terbahagi kepada 4 bahagian iaitu top, bottom, left dan right


32 Gutter Gutter adalah ruang kosong diantara body text. Gutter adalah ruang pemisah diantara column yang dihasilkan. Sifir bagi penggunaan gutter adalah kurang 1 daripada jumlah column yang digunakan dalam susun atur. Sekiranya column mempunyai 3, jumlah gutter yang terlibat adalah 2. Penggunaan gutter ini adalah sangat penting dalam susun atur halaman berikutan ia memberi ruang agar maklumat yang disusun tidak serabut dalam pandangan. Kebiasaannya, jarak yang digunakan untuk gutter tidak melebihi 1 cm. Gutter Rajah 8.0 Gutter


33 Column Column adalah ruang text yang dibahagikan dalam satu halaman agar susun atur yang dihasilkan tampak lebih tersusun dan skala pembacaan lebih bersesuaian dengan saiz font yang digunakan. Column digunakan mengikut kesesuaian produk seperti suratkhabar dan majalah yang mempunyai maklumat yang banyak untuk disusun atur. Column tiada had dalam rekabentuk halaman, namun kelebaran saiz column menjadi penentuan pembacaan text tersebut. Sekiranya kelebaran column itu pendek, ia akan memberi kesan kepada pembacaan. Column Column Column Rajah 9.0 Column


34 Module Module adalah kotak-kotak kecil yang terhasil daripada coloum gird dan flowlines. Pecahan module biasanya akan seimbang dan ia juga sebagai panduan kepada ruang yang kita rancang untuk susun atur agar kandungan text lebih teratur mengikut header ataupun sub header. Flowlines Flowlines adalah garisan melintang yang memisahkan garisan column untuk pembentukan module. Apabila menggunakan flowlines ia dapat menghasilkan pembahagian ruang agar dapat mengayakan susun atur yang lebih kreatif dan teratur. Module Module Module Module Module Module Module Module Module Module Module Module Flowlines Rajah 10 Module


35 Markers Markers adalah tanda yang dibuatkan di sisi tepi muka surat bagi memudahkan pencarian kepada bahagian tertentu secara terus. Markers dibuat dalam bentuk kotak yang berwarna agar memberi kesan pandangan pada bahagian tepi kertas hasil daripada cetakan berwarna tersebut. Spatial Zones Spatial zones adalah gabungan beberapa module bagi membentuk kumpulan baharu dalam lingkungan zon yang terpilih. Kebiasannya, spatial zones digunakan untuk mengumpul cerita bagi membentuk kawasan cerita tersendiri. Contohnya, apabila dalam 1 mukasurat suratkhbar terlihat pelbagai kelompok berita yang dipisahkan diantara cerita tersebut dengan menggunakan spatial zones. Module Module Module Spatial Zones Module Module Module Module Module Module Module Module Module Rajah 11 Markers dan Spatial Zones Markers


1 Senaraikan grid yang digunakan semasa rekabentuk. Soalan dan latih tubi 2 Nyatakan grid yang sering digunakan dalam susun atur novel. 3 Apakah ciri-ciri margin?


Teknikal dalam PREPRESS 5


38 Imej Imej sangat sinonim dengan warna. Ia juga sering digunakan dalam design berikutan ia bersifat menarik perhatian. Dalam percetakan, imej kan dihasil daripada gabungan warna CYMK iaitu Cyan, Yellow, Magenta dan Key color (black). Seperation Color Dalam percetakan, seperation color merupakan perkara yang utama untuk penghasilan produk cetakan yang berwarna. Pelbagai warna dihasilkan dalam produk cetakan berasaskan kepada 4 warna asas dalam percetakan iaitu CYMK. Proses seperation color ini dibuat semasa penghasilan plate. Sumber Imej: Google Imej 13 Gambar burung itu merupakan imej full color. Manakala gambar burung yang mempunyai 4 color tersebut dipanggil Seperation Color


39 Folding Folding merupakan teknik yang perlu diberi perhatian dalam produk cetakan. Sesuatu produk cetakan akan tampak lebih kreatif apabila lipatan yang digunakan mempunyai sentuhan yang kreatif. Jenis lipatan akan membuatkan hasil cetakan terhasil dengan pelbagai gaya. Jenis lipatan juga menunjukkan arah buka sesuatu produk cetakan tersebut agar produk tersebut dalam keadaan tersusun. Imposition yang melibatkan lipatan akan turut berubah mengikut jenis lipatan yang dipilih. Justeru, graphic designer perlu peka dalam lipatan yang dipilih sebelum mula susun atur. Antara folding yang boleh digunakan dalam produk cetakan seperti berikut : • Half fold • Tri fold / letter fold • Z fold • Half + letter fold • Gate fold • Roll fold • Eight page right angle fold


40 Half Fold Half fold adalah lipatan ditengah kertas. Ia biasanya digunakan untuk kad ucapan dan brosur. Dalam percetakan, lipatan half fold ini juga digunakan pada kulit buku yang menggunakan finishing secara perfect binding. Imposition yang dibuat pada buku perfect binding memerlukan kertas cover lain bagi menutupi tepi signature. Tri Fold / Letter Fold Tri fold adalah lipatan yang mempratikkan 2 lipatan yang pembahagian adalah sama rata bagi 3 bahagian. Lipatan ini juga sering digunakan dalam produk cetakan seperti brosur. Lipatan ini juga dikenali sebagai letter fold dalam urusan rasmi. Sumber Imej: Google Sumber Imej: Google Rajah 12 Lipatan half fold Rajah 13 Lipatan tri/letter fold


41 Z Fold Lipatan Z adalah lipatan yang sama seperti trifold, namun arah panel kertas yang dilipat bertentang dengan lipatan trifold. Brosur antara produk cetakan yang menggunakan lipatan ini. Apabila menggunakan lipatan ini graphic designer boleh lebih kreatif dalam susun atur maklumat dengan pembahagian kepada 2 kulit cover. Half + Letter Fold Half + letter fold adalah gabungan dua lipatan. Biasanya lipatan ini digunakan untuk template yang lebih besar dan saiz kertas besar daripada A4 seperti organisasi zoo memilih lipatan jenus ini dimana apabila membuka bahagian halfold tersebut akan terbentang peta zoo secara luas. Sumber Imej: Google Sumber Imej: Google Rajah 14 Lipatan Z fold Rajah 15 Lipatan half + letter fold


42 Gate Fold Gate fold adalah lipatan seperti tingkap yang terbuka. Lipatan ini di antara lipatan yang ringkas namun kreatif. Sekiranya memilih lipatan ini designer perlu bijak dalam susun atur tersebut agar tampak sempurna. Produk yang menggunakan lipatan seperti ini adalah kad ucapan, brosur dan pelbagai lagi. Roll Fold Roll fold adalah lipatan yang seakan gulungan. Lipatan ini mempunyai banyak lipatan dan ruang khas. Lipatan ini amat sesuai untuk produk yang mempunyai maklumat yang banyak seperti buku manual kepada peralatan elektronik, telefon bimbit dan pelbagai lagi. Sumber Imej: Google Sumber Imej: Google Rajah 16 Contoh lipatan gate fold Rajah 17 Contoh lipatan roll fold


43 Eight Page Right Angle Fold Lipatan Eight Page Right Angle Fold adalah lipatan yang khusus kepada produk yang mempunyai bilangan mukasurat yang banyak seperti buku, majalah, novel dan lain-lain lagi. Lipatan ini sangat penting untuk menentukan kedudukan (imposition) bagi sesuatu mukasurat. Apabila satu kertas menggunakan lipatan ini secara tidak langsung mempunyai 8 mukasurat. 4 mukasurat di bahagian hadapan dan 4 lagi di bahagian belakang. Lipatan ini akan membuatkan kedudukan mukasurat kelihatan tidak tersusun apabila dibentangkan, namun apabila dilipat, mukasurat tersebut akan mengikut turutan mukasurat yang betul. Lipatan ini juga mewakili kepada 1 signature. Sekiranya sebuah buku memiliki mukasurat yang banyak, akan terdapat banyak signature dalam sebuah buku tersebut. Sumber Imej: Google Rajah 18 Contoh lipatan eight page right angle fold


44 IMPOSITION Imposition adalah suatu proses menyusun mukasurat untuk produk cetakan. Kebiasaannya, imposition dijadikan sebagai panduan kepada pencetak dalam menentukan kedudukan mukasurat ataupun produk. Sekiranya produk cetakan adalah buku, imposition yang dilipat akan menghasilkan signature. Signature tersebut akan dipotong mengikut crop mark dan akan menghasilkan buku. Imposition bagi sebuah buku biasa dalam gandaan 8, 16, 24 dan banyak lagi mengikut sifir 8. Terdapat 4 jenis imposition iaitu: • Sheet Wise • Work and Turn • Work and Tumble • Ganged Imposition bukan sahaja penting untuk kedudukan mukasurat tetapi juga penentuan kepada finishing yang dipilih sama ada saddle stich ataupun perfect binding. Ketetapan jenis finishing juga mempengaruhi teknikal dalam imposition. Sumber Imej: Google Sumber Imej: Google Imej 14.0 Contoh imposition 8 pages dan cara lipat bagi membentuk signature Imej 15.0 Perbezaan diantara saddle stich dan perfect binding


Click to View FlipBook Version