45 Sheet Wise Sheet wise merujuk kepada cetakan yang menggunakan dua plate yang berasingan untuk helaian hadapan dan helaian belakang. Helaian hadapan mula dicetak kemudian akan bertukar plate untuk helaian belakang dengan posisi sisi yang sama. Sheet wise ini biasanya digunakan kebanyakkan standard printer. Work and Turn Work and turn merujuk kepada cara helaian kertas dibalikkan dari sisi ke sisi untuk dicetak semula. Pengcengkam di sisi tepi kekal sama ketika membalikkan kertas. Kaedah ini digunakan untuk cetakan both sides. Sumber Imej: Google Sumber Imej: Google Imej 17.0 Menunjukkan pusingan kertas untuk work and turn Imej 16.0 Menunjukkan pusingan kertas untuk sheet wise Gripper edge
46 Work and Tumble Work and tumble merujuk kepada pusingan kertas dari bawah ke atas kertas atau lebih jelas memusingkan kertas dari bawah ke kepala kertas. Pusingan kertas ini digunakan untuk cetakan depan belakang. Ganged Ganged adalah imposition yang melibatkan banyak projek cetakan ataupun design dalam satu helaian yang sama. Imposition ini sangat sesuai digunakan pada bahagian kosong helaian cetakan agar dapat menjimatkan proses cetakan. Namun, bagi kombinasikan imposition perlulah dalam speksifikasi cetakan yang sama. Imej 18.0 Menunjukkan pusingan kertas untuk work and tumble Imej 19.0 Menunjukkan ganged imposition yang berada dalam 1 helaian cetakan Gripper edge Sumber Imej: Google Sumber Imej: Google
47 TEKNIKAL ITEM Dalam imposition terdapat teknikal yang perlu diberi perhatian seperti : • Bleed • Crop mark • Folding mark • Registration mark • Cutline Bleed Bleed merujuk kepada ruang yang design melebihi tepi bahagian cetakan (actual size). Maksud yang lebih jelas difahami, design yang dihasilkan akan sengaja melebihi saiz produk sebenar agar terhasilnya bleed. Kebiasaannya, bleed melebihi daripada saiz produk sebenar sebanyak 3mm ataupun lebih. Dalam dunia percetakan, bleed adalah teknikal yang sangat penting. Ini kerana apabila memotong kertas dalam kuantiti yang banyak, bleed akan menyelamatkan dan mengurangkan risiko daripada produk cetakan itu kelihatan tidak sempurna ataupun cacat apabila memotong. Rajah 19.0 Bleed Margin Design Actual size product Bleed
48 Crop Mark Crop mark adalah tanda yang dibuat setiap penjuru produk atau printed sheet. Crop mark adalah tanda untuk memotong bahagian yang tidak perlu seperti bleed supaya produk siap mengikut actual size. Crop mark biasanya akan diletakkan di setiap penjuru bahagian yang ingin dipotong. Folding Mark Folding mark adalah satu garisan putusputus yang bermaksud sebagai tanda untuk lipat. Tanda ini sebagai panduan bahawa bahagian tersebut perlu dilipatkan. Antara produk cetakan yang banyak menggunakan tanda ini adalah pembungkusan. Pada pembungkusan tanda lipat ini tidak akan diletakkan dalam design tetapi tanda ini akan dihasilkan pada block die cut. Rajah 20.0 Crop mark di setiap penjuru menandakan untuk dipotong Rajah 21.0 Folding mark
49 Registration Mark Registration mark adalah tanda yang menjadi rujukan utama kepada operator mesin bagi melihat pertindihan warna CYMK. Tanda ini biasanya menjadikan panduan bahawa cetakan 4 warna sudah bertindih dengan baik ataupun sebaliknya. Apabila 4 warna sudah bertindih dengan baik, tanda ini akan kelihatan kemas tanpa ada warna yang terkeluar daripada register mark. Cutline Cutline adalah garisan lurus yang diletakkan diluar kawasan design untuk memotong secara lurus. Namun sekiranya untuk memotong mengikut bentuk, garisan cutline perlu dibuat mengikut bentuk yang ingin dipotong. Rajah 22.0 Registration Mark Rajah 23.0 Dua contoh menujukkan cutline untuk garisan melintang dan bentuk.
Nyatakan color s e p e r a t i o n m e l i b a t k a n berapa plate? Nyatakan lipatan yang sesuai digunakan untuk m e l e t a k k a n peta. Apakah maksud imposition? 1 2 3 Soalan dan latih tubi
51 Pengimejan Plate PREPRESS 6
52 PENGIMEJAN PLATE Pengimejan plate merupakan proses akhir dalam bahagian prepress. Pengimejan plate ini melibatkan proses expose plate. Proses ini berlaku apabila semua artwork sudah siap proofing agar tiada berlaku kesilapan ketika expose plate bagi mengelakkan pembaziran. Proses ini melibatkan mesin exposer plate ataupun dikenali sebagai imagesetter, di mana mesin imagesetter akan menerima artwork dalam bentuk fail PDF kemudian akan convert dalam bacaan RIP (raster image processor) untuk dihantar kepada mesin imagesetter. PLATE Plate adalah sekeping aluminium yang disaluti dengan bahan photosensitive. Bahan ini sangat sensitif dengan cahaya dan sekiranya dibiarkan plate terdedah pada cahaya, ia akan menjadi rosak dan tidak boleh digunakan untuk expose plate. Plate diperbuat daripada pelbagai jenis mengikut jenis percetakan. Bagi percetakan Offset Lithography, plate yang digunakan diperbuat daripada aluminium, manakala percetakan gravure, plate diperbuat daripada copper. Walaupun pelbagai jenis pembuatan plate, tujuan plate adalah sebagai pembawa imej daripada proses design untuk dicetak ke atas substrate.
53 Imej 24.0 Menunjukkan aluminium plate untuk kegunaan jenis percetakan secara Offset Lithography Sumber Imej: Google Imej 25.0 Menunjukkan copper plate untuk kegunaan jenis percetakan secara gravure Sumber Imej: Google PROSES PENGIMEJAN PLATE Proses pengimejan plate secara cetakan Offset Lithography berlaku apabila mesin menerima bacaan daripada RIP (raster image processor) bagi menghasilkan imej ke atas plate. Imej akan terhasil daripada tembakan laser pada kawasan image area. Selepas expose plate, plate akan dicuci menggunakan fixer, developer dan air bagi menanggalkan kawasan non image area. Proses ini menggunakan mesin imagesetter untuk memindahkan image ke atas plate cetakan. Imej 26.0 Menunjukkan proses pengimejan plate menggunakan laser. Sumber Imej: Google
1 Nyatakan jenis format yang digunakan bagi m em i n d a h k a n data kepada image setter. 2 Apakah fungsi imagesetter? 3 Apakah fungsi dan ciri-ciri plate cetakan? Soalan dan latih tubi
55 Peralatan dalam PREPRESS 7
56 Sumber Imej: Google Sumber Imej: Google JENIS PERALATAN Peralatan adalah kelengkapan yang digunakan dalam melaksanakan dan menguruskan proses prepress. Bermula dari proses rekabentuk sehingga pengimejan plate, setiap peralatan mempunyai tugas hakiki masing-masing dalam melengkapkan proses kerja. Berikut adalah peralatan yang digunakan dalam bahagian prepress: • Computer • Image setter (computer to plate) • Plotter • Plate • Densitometer • Scanner Imej 27.0 Computer yang digunakan untuk design Imej 28.0 Computer to plate adalah mesin imagesetter yang digunakan untuk expose plate
57 Sumber Imej: Google Sumber Imej: Google Sumber Imej: Google Imej 29.0 Mesin plotter yang digunakan untuk membuat proofread imej 31.0 Densitometer yang digunakan untuk mengukur ketetapan warna Imej 30.0 Plate aluminium yang digunakan untuk cetakan jenis Offset Lithography
Nyatakan jenis imagesetter yang digunakan dalam percetakan. Apakah jenis plate yang digunakan dalam percetakan offset lithography? N y a t a k a n mesin yang d i g u n a k a n untuk cetakan proof. 1 2 3 Soalan dan latih tubi
SENARAI RUJUKAN Abhay Sharma. (2018). Understanding Color Management. Wiley. Brantica. (2023).Offset Plate Making. Retrieve 8, Mei 2023, from https://www.britannica. com/topic/printing-publishing/Offset-plate-making Eric Phung. (2023). Layout Design: Getting to Know Its Principles & Why Is It So Important to Visual Designs. Retrieve 7, October 2023, from https://www.socialectric.com/ post/layout-design-getting-to-know-its-principles-why-is-it-so-important-tovisual-designs Holly DiBella-McCarthy. (2021). More Book Folding for Beginners 20 Pattern Pack: Folded Book Art Gifts to Make for Free. Steven Bradly. (2011). 4 Types of Grids And When each Works Best. Retrieve 2, October 2022, form https://vanseodesign.com/web-design/grid-types/ The Offset Pressman (2020). What Are offset Printing Plates?, Retrieve 25, Februari 2022, fromhttp://www.offsetprinting.info/2020/07/what-are-offset-printing-plates. html Warren Crittenden Browne. (2022). Offset Lithograpghy. Legare Street Press. Yuri V. Kuznetsov. (2021). Principles of Image Printing Technology. Springer International Publishing.
Asas Pracetak POLITEKNIK MUADZAM SHAH (online) 9 789672 498919 e ISBN 978-967-2498-91-9