The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU-TUGASAN 1- NUR SYAFIQAH BINTI HASNAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 809-3-syafiqah, 2022-03-26 10:12:52

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU-TUGASAN 1

BMMB1104-KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU-TUGASAN 1- NUR SYAFIQAH BINTI HASNAN

KESUSASTERAAN
DAN
KEBUDAYAAN

MELAYU ❧

KOD KURSUS: BMMB1104
NAMA PENSYARAH: PUAN NORMI BINTI
MOHD DALI

BIODATA DIRI

NAMA: NUR SYAFIQAH BINTI HASNAN
KELAS: F2H

ANGKA GILIRAN: 2021252310154

NOMBOR KAD PENGENALAN: 030412-08-0412
PROGRAM: PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
SARJANA MUDA (PPISMP)
AMBILAN: JUN 2021
PROGRAM: BAHASA MELAYU

TAKRIF KESUSASTERAAN
MELAYU

Kesusasteraan ditakrifkan sebagai satu ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa
manakala jika menurut kamus pula sastera ditakrifkan sebagai hasil seni ataupun karya
tulisan dalam bentuk prosa ataupun puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) perkataan kesusasteraan ini terbentuk daripada
perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah namun jika dari
segi makna umu ianya bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Seterusnya jika
dalam konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu ialah sebuah karya asal yang tertulis
dalam Bahasa Melayu yang mempunyai unsur seperti keindahan serta kehalusan sama ada
berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional ataupun puisi tradisional untuk
memberi keseimbangan dalam aspek seperti intelek, rohani, emosi dan juga jasmani. Hal ini
kerana perkara ini juga dpat memaparkan nilai kemanusiaan dan juga citra masyarakat.
Jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu didefinisikan sebagai sebuah hasil karya daripada
masyarakat Melayu yang mempunyai kata yang indah, memberi mesej dan menggambarkan
perasaan serta keadaaan mengenai diri pekarya mahupun sekelompok masyarakat.

JENIS DAN BENTUK
KESUSASTERAAN MELAYU

Prosa Tradisional Prosa Moden

- Sastera Rakyat (Lisan) & Sastera - Cerpen, Novel, Drama
Istana (Tulisan)

Puisi Tradisional Puisi Moden

- Pantun, Gurindam, Syair, Seloka - Sajak

Prosa
Tradisional

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) tradisional diertikan sebagai serius dan abadi
nilainya, tertinggi mutunya serta menjadi standard kepada yang lain, mempunyai gaya
yang sederhana dan mempunyai ciri-ciri yang lazim yang tidak berubah mengikut
masa. Di samping itu, prosa tradisional juga berbeza dengan sastera lama. Hal ini kerana
sastera lama itu bersifat sementara maka jika datang sastera yang baharu hilanglah
sastera yang lama. Walau bagaimanapun prosa tradisional ini mempunyai sifat yang
boleh diwarisi secara turun-temurun walaupun dari segi jangka masa sastera itu telah
lama dihasilkan oleh perkarya. Prosa tradisional ini juga terbahagi kepada dua genre
iaitu sastera rakyat (lisan) dan juga sastera istana (tulisan).

Bentuk Prosa Tradisional

I. Sastera Rakyat (Lisan)

- Sastera rakyat didefinisikan sebagai satu hasil karya yang
diinspirasikan dan disampaikan melalui lisan manakala menurut Zaidan (2000: 182)
sastera lisan ialah ugkapan dari mulut ke mulut, hasil kebudayaan dalam
masyarakat tradisional yang dapat disejajarkan dengan sastera tulisan dalam
masyarakat moden. Contoh, pantun, nyanyian rakyat dan cerita rakyat. Selain itu,
sastera rakyat ini juga terbahagi kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif. Sastera
naratif ini terdiri daripada mitos, legenda dan juga cerita rakyat manakala bukan
naratif puisi rakyat.

Bentuk Prosa Tradisional

- Mitos ialah cerita yang dianggap betul-betul terjadi dan dianggap suci oleh
empunya cerita dan masyarakat. Hal ini kerana mitos ini mengisahkan mengenai
kejadian alam semesta , manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, bentuk muka bumi
dan juga kejadian alam. Manakala tokoh yang terlibat ialah makhluk halus, dewa
atau separuh dewa yang telah berlaku pada zaman dahulu. Selain itu, mitos juga
terdiri daripada tiga jenis iaitu asal usul, institusi sosial dan politik. Mitos asal usul
ialah mitos yang telah berlaku pada masa lampau. Mitos institusi sosial pula adalah
mitos yang mengisahkan asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat
Melayu contohnya mitos kedatangan Islam. Mitos politik pula ialah mitos yang
berkait dengan struktur pemerintahan dan juga kerajaan misalnya mitos penubuhan
kerajaan Pasai, Melaka dan juga Samudera.

Bentuk Prosa Tradisional

- Legenda pula mengisahkan tentang sebuah cerita yang dipercayai benar-benar

terjadi namun tidak dianggap suci. Hal ini kerana tokohnya adalah daripada
manusia yang mempunyai sifat luar biasa. Selain itu, legenda juga terdiri daripada
legenda keagamaan iaitu sebuah cerita mengenai orang alim dan penyebar agama
misalnya Tok Kenali. Seterusnya legenda perseorangan iaitu mengenai tokoh-tokoh
tertentu yang dianggap peristiwa berkait dengan tokoh tersebut betul-betul berlaku
contohnya tokoh Hang Tuah dan Tun Perak. Selain itu, legenda tempat iaitu kisah
atau cerita yang berkaitan dengan asal usul sesuatu tempat yang saling berkait
dengan nama tokoh atau binatang. Akhir sekali, legenda tokoh misalnya cerita
mahsuri.

Bentuk Prosa Tradisional

- Cerita rakyat ialah sebuah cerita yang berbentuk prosa dan tidak dianggap

benar-benar terjadi. Hal ini kerana cerita rakyat ini hanya dianggap sebagai sumber
hiburan, menegakkan kebenaran dan juga mengandungi moral ataupun sindiran. Di
samping itu cerita rakyat juga terdiri daripada cerita binatang, cerita penglipur lara,
cerita jenaka dan cerita teladan.

Ii. Sastera Istana (Tulisan)

- Sastera istana (tulisan) ini mula berkembang di dalam istana apabila
berlakunya penerimaan Islam pada abad yag ke-15. Sastera ini terbahagi
kepada lima jenis iaitu sastera hikayat, sastera undang-undang, sastera epik,
sastera panji dan sastera agama.

Prosa Moden

Hasil karya selepas pada tahun 1800 Masihi masih dianggap sebagai sastera
moden (Annas Hj. Ahmad, 1988: 152). Pembahagian ini belaku bertujuan untuk
memudahkan masyarakat pada hari ini memahami bentuk dan unsur perbezaan yang
terdapat dalam sastera Melayu. Contohnya, sajak bebas yang ada pada hari ini
merupakan suatu penyimpangan daripada puisi lama misalnya pantun dan syair.

Bentuk Prosa Moden

- Prosa moden ini terdiri daripada cerpen, novel dan juga drama. Yang pertama

cerpen, cerpen ialah campuran daripada dua perkataan iaitu cerita dan pendek.
Cerpen juga kebiasaannya menceritakan tentang sesuatu kejadian ataupun peristiwa
yang menjadi fokus utama dan hanya membawa satu tema sahaja serta beberapa
persoalan yang boleh memberikan kesan tertentu kepada pembaca. Yang kedua
ialah novel. Novel ialah sebuah prosa rekaan yang panjang yang dimana isi
kandungan novel itu mempunyai sebahagian daripada kehidupan penulis. Manakala
menurut Shahnon Ahmad (1972:4) novel merupakan sebuah penafsiran rencam
hidup manusia yang di dalamnya terbina sastera berbentuk sastera cereka. Hal ini
kerana sesebuah novel itu merangkumi tiga faktor utama iaitu pengalaman peribadi,
realiti rencam hidup serta imaginasi. Akhir sekali, drama. Drama merupakan sebuah
karya sastera yang dibangunkan oleh unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang
membentuk karya secara keseluruhan (Erwan Juhara, 2014).

Puisi Tradisional

Puisi ialah sebuah genre sastera yang paling awal bagi semua bangsa di dunia. Hal ini
kerana masyaraakat Eropah menggunakan puisi bagi menghasilkan dua buah epik yang
berjudul Iliad dan Odyssey.Manakala menurut Harun Mat Piah (1989) menyatakan bahawa
antara genre yang terdapat dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka,
talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya.
Namun empat puisi tradisional yang utama ialah pantun, gurindam, syair dan juga seloka.

Puisi Tradisional

Puisi ialah sebuah genre sastera yang paling awal bagi semua bangsa di dunia. Hal ini
kerana masyaraakat Eropah menggunakan puisi bagi menghasilkan dua buah epik yang
berjudul Iliad dan Odyssey.Manakala menurut Harun Mat Piah (1989) menyatakan bahawa
antara genre yang terdapat dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka,
talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya.
Namun empat puisi tradisional yang utama ialah pantun, gurindam, syair dan juga seloka.

BENTUK PUISI TRADISIONAL

Menurut Harun Mat Piah (1989) mendefinisikan pantun berdasarkan aspek dalaman
dan juga luaran struktur visualnya. Aspek dalaman pantun ini meliputi unsur estetik dan isi
iaitu tema serta persoalan. Di samping itu, pantun juga mengandungi dua rangkap, empat
rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap, dan akhir sekali pantun berkait.
Akhir sekali, pantun mengandungi fizikal iaitu unsur pembayang maksud dan maksud. Yang
kedua ialah gurindam. Gurindam adalah sejenis syair yang melarat iaitu yang tetap sukatan
ataupun rangkapnya (Za’aba). Isi yang terdapat di dalam gurindam ini juga mengandungi
fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang dan suka sebagai nyanyian. Bentuk puisi
tradisional yang kedua terakhir ialah syair. Syair ialah sebuah puisi yang berlagu dan
dikatakan berasal daripada Parsi yang telah dibawa masuk ke Nusantara akibat kedatangan
Islam. Walaupun syair pada ketika itu telah diubahsuai mengikut kesesuaian bahasa Melayu
Klasik namun A. Teeuw tetap berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang
telah ada tetapi namanya sahaja telah ditukar. Akhir sekali, ialah seloka yang bermaksud
berseloroh, berjenaka ataupun menyindir (Harun Mat Piah, 1989). Seloka lebih dikenali
dengan pepatah, bidalan, ataupun perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau
senda dan sebagainya.

Puisi Moden

Sajak merupakan satu-satunya genre yang terdapat di dalam puisi moden ini.
Sajak ini lebih mengutamakan keberkesanannya di dalam pengucapan seperti
perasaan melalui pemilihan dan pemakaian kata-kata yang saling menumpang
dan terjalin. Manakala menurut Hashim Awang (1984) sajak ialah sebuah puisi
yang baharu dan lahir sebagai pilihan kepada puisi tradisional. Jika menurut H. B.
Jassing (1983) pula sajak merupakan sebuah pengucapan perasaan dengan
perasaan dimana di dalamnya mengandungi fikiran serta tanggapan. Hal ini
bermakna sajak merupakan satu suara hati daripada sebuah jiwa dan perasaan.
Walau bagaimanapun sebuah sajak yang baik membawa satu gagasan serta
pemikiran yang dapat memberikan pengajaran kepada masyarakat.

CIRI KESUSASTERAAN
MELAYU ❧

Ciri Kesusasteraan Melayu

Keindahan jika suatu hasil karya Karya seni membezakan
itu memenuhi keutuhan, karya sastera dalam sifat
keselarasan, keseimbangan dan fiksyen, nilai estetika
fokus. dan pengayaan yang
khusus.
Mencerminkan
pengalaman yang lahir
dari jiwa penulis secara
realiti dan dimasukkan
ke karya sendiri.

FUNGSI
KESUSASTERAAN
MELAYU ❧

This can be the part of the presentation where
you introduce yourself, write your email…

Fungsi Sastera Melayu

Fungsi kesusasteraan Melayu ini mewujudkan pemikiran yang bijaksana dan sentiasa
akan memimpin manusia untuk mencapai kemajuan yang sesuai demi kemaslahatan hidup.
Oleh itu fungsi kesusasteraan yang pertama ialah sebagai alat pendidikan.
Pengalaman-pengalaman para pengarang yang mereka terjemahkan melalui kisah yang
ditulis oleh mereka merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, politik, sosiologi dan juga
agama ini dijadikan sebagai sebuah prosa yang mengandungi unsur pengajaran. Hal ini telah
menyebabkan kesusasteraan Melayu mampu menjadi bahan pendidikan untuk masyarakat
di negara kita. Tegasnya, dengan adanya pendidikan sastera ini ianya dapat mencerminkan
kesenian yang terdapat dalam diri masyarakat yang kreatif kerana mampu mengkaji
keindahan karya sastera.

Fungsi sastera Melayu yang kedua pula adalah sebagai instrumen perpaduan.
Pengajaran perpaduan nasional yang ada dalam kesusasteraan Melayu ini telah menjadi
matlamat utama dalam pendidikan. Hal ini kerana menurut Mantan Timbalan Perdana
Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sastera ini ialah instrumen yang penting
bagi mewujudkan semangat kekitaan atau ‘esprit de corp’ dalam kalangan rakyat. Tujuannya
ialah untuk membina sebuah negara dan bangsa yang bersatu padu. Jelaslah bahawa sastera
negara ini amat menekankan nilai perpaduan dan menjadikannya sebagai satu bentuk budaya
agar dapat dikongsi bersama dan menyatupadukan rakyat.

Seterusnya, fungsi sastera yang ketiga ialah sebagai alat kawalan sosial dalam
kehidupan harian. Hal ini dapat dilakukan melalui cerita rakyat umpamanya setiap anggota
masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam sesuatu
perkara. Misalnya, jika seseorang anak itu derhaka kepada ibu bapanya, anak tersebut akan
mendapat malapetaka contohnya Si Tanggang. Walaupun perkembangan masyarakat yang
dipengaruhi oleh pelbagai perubahan cerita rakyat ataupun legenda itu jugalah yang banyak
memberikan pengajaran dalam kehidupan masyarakat.

Fungsi sastera yang keempat ialah dakwah. Hal ini kerana anatar ciri-ciri yang penting
yang dapat membentuk pandangan sastera ialah nilai ijabiyah (positif) dan waqi’iyah (realistik)
iaitu yang mendalami atau menilik sesuatu dengan caranya. Manakala menurut Siddiq Fadzil
2012 pula sastera di dalam Islam itu perlulah jelas dan mempunyai ciri seperti waqi’iy, realistik
dalam melihat apa adanya. Hal ini kerana melalui prinsip inikah yang melahirkan pandangan
kosmologi yang ampuh dan berakar dari kefahaman nilai yang jelas sekaligus boleh
menggerakkan transformasi kemanusiaan. Oleh itu, cereka Islam ini mementingkan
kepentingan serta fungsi cereka tersebut.

Fungsi yang kelima ialah sebagai medium protes dan juga kritik sosial. Hal ini kerana
sastera merupakan rakaman kehidupan yang mengali mengenai kehidupan manusia daripada
pelbagai dimensi dan sudut pandangan yang berbeza. Karya sastera ini juga berfokuskan
tentang masyarakat, kehidupan dan manusia. Malah jika dilihat dalam konteks masyarakat
yang mempunyai pelbagai susun lapis ini ianya boleh mewujudkan jurang dalam kalangan
masyarakat. Hal ini akan memberi pengaruh yang besar dalam tindakan dan susila adab sama
ada untuk menegur, mengkritik atau menyampaikan mesej.

Fungsi sastera yang terakhir ialah hiburan. Hiburan ini terhasil daripada keindahan
kata-kata yang diungkapkan, irama ataupun rentak yang indah dan jika sesebuah karya itu
mempunyai unsur hiburan ianya dapat membelai emosi para pembaca dan pendengar apabila
mereka membaca atau mendengar sesebuah karya sastera itu. Hal ini kerana fungsi hiburan
ini menjadikan sebuah karya sastera seperti cerita penglipurlara akan diterima oleh
masyarakat sama ada kanak-kanak atau dewasa sekaligus dianggap sebagai sebuah karya
yang diminati dan digilai.

Manifestasi Akal Budi Pantun

Pantun dua kerat Melalui pantun dua kerat ini pembayang
“banyak udang banyak garam” pengarang ingin
Banyak udang banyak menyatakan maksud bahawa udang ini
garam, mempunyai pelbagai jenis dan duduk di kelompok
Banyak orang banyak yang tertentu. Jadi pengarang
ragam. mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
manusia seperti dalam maksud “banyak orang
banyak ragam” yang dimana jumlah masyarakat
yang berada di Malaysia ini tidak terkira
banyaknya dan setiap manusia mempunyai
perangai atau kemahuannya tersendiri. Akhir
sekali, dari segi pertuturan pengarang lebih suka
menggunakan bahasa kiasan seperti “udang”
untuk melambangkan kehidupan manusia yang
hidup dalam kelompok dan banyak jenisnya.

Manifestasi Akal Budi Syair

Syair Manifestasi bagi syair pula ialah pengarang
membuat kiasan bahawa apabila tiba waktu pagi
Ketika hari masih pagi, ibu bapa akan bersiap untuk pergi bekerja bagi
Engkau sudah bersiap pergi, mencari rezeki di tempat kerja masing-masing.
Menuju ladang tiap hari, Walaupun lelah dirasakanPengarang juga
Mengusir lelah dalam diri. membuat kiasan iaitu walaupun mereka dalam
keadaan letih tetapi mereka tetap pergi bekerja
Demi kami anak-anakmu, demi mencari rezeki untuk anak-anak mereka.
Kami yang masih sering Pada rangkap kedua pula pengarang membuat
jemu, kiasan ibu bapa sanggup membuat apa-apa
sahaja demi memberi kebahagiaan dan
Masih enggan untuk kesenangan kepada anak-anak mereka.
membantu, Walaupun begitu masih terdapat sebahagian
Dari rumah hanya termangu. anak-anak yang tidak menghargai jasa mereka
dan tidak membantu mereka membuat
kerja-kerja di rumah. Oleh itu, sebagai seorang
anak kita mestilah menghargai jasa kedua ibu
bapa kita dengan membantu mereka membuat
kerja-kerja di rumah.

Manifestasi Akal Budi Seloka

Seloka Manifestasi akal budi masyarakat
Melayu yang terdapat dalam seloka ini
Aduhai malang Pak Kaduk, ialah menyindir individu yang bersikap
Ayamnya menang kampung mengutamakan diri sendiri. Sikap negatif
tergadai, seperti ini mestilah ditinggalkan kerana
Ada nasi dicurahkan, ianya akan merugikan diri sendiri serta
Awak pulang kebuluran, keluarga terdekat. Buktinya “ayam
Mudik menongkah surut, menang kampung tergadai” seloka Pak
Hilir menongkah pasang, Kaduk ini menerangkan bahawa jika
Ada isteri dibunuh, seseorang itu menang dalam sesuatu
Nyaris mati oleh tak makan, pertandingan maka dia akan
Masa berlayar kematian angin, mengabaikan tanggungjawabnya kerana
Sauh dilabuh bayu berpuput, perkara yang ada dalam fikirannya
Ada rumah bertandang duduk. adalah ingin mempunyai nama di
sesuatu tempat. Oleh itu, sebagai seorang
rakyat yang hidup dalam kelompok yang
ramai kita tidak boleh mementingkan diri
sendiri dan perlu memegang amanah
dengan baik.

Manifestasi Akal Budi Gurindam

Gurindam Manifestasi bagi akal budi gurindam
pula jika dari segi pemikiran pengarang
barang siapa tiada memegang agama ingin pembaca sentiasa merendah diri. Hal
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama ini kerana Allah adalah satu-satuNya
barang siapa mengenal yang empat pemilik alam dan pencipta yang berkuasa.
maka yaitulah orang yang makrifat Selain itu, pengarang juga ingin
barang siapa mengenal Allah mengingatkan kepada para pembaca agar
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah sentiasa mengingat alam akhirat kerana itu
barang siapa mengenal diri tempat abadi setiap insan. Dari aspek
maka telah mengenal akan tuhan yang pertuturan pula pengarang menggunakan
bahri bahasa yang tinggi supaya dapat membuka
barang siapa mengenal dunia akal fikiran pembaca dan menimbulkan
tahulah ia barang yang terperdaya keinsafan di dalam diri. Dari segi gaya
barang siapa mengenal akhirat hidup pula masyarakat pada hari ini juga
tahulah ia dunia mudharat menitikberatkan mengenai agama.
Contohnya, masyarakat Melayu pergi
menunaikan solat jumaat apabila tiba
waktunya.

Sumber Rujukan

Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan &
Hasnah Awang (2022). Pengenalan kesusasteraan & kebudayaan melayu. Pustaka
Al-Ehsan.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2015).

Md Hasri Rajali (2013). Keunikan dan keistimewaan kesusasteraan. Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan. https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi (2015). Kesusasteraan melayu
tradisional sebagai wadah komunikasi massa : suatu analisis. Jurnal komunikasi. (2),
183-194. http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf

Norazimah Zakaria (2017). Akal budi dan cerminan jati diri melayu dalam pantun.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_Cerminan_Jati_
Diri_Melayu_dalam_Pantun

SEKIAN
TERIMA
KASIH❧

CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by Flaticon
and infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version