The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI APRIL 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-05-19 03:35:56

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI APRIL 2023

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI APRIL 2023

e-KOMPILASI APRIL 2023 MAJLIS AMANAH RAKYAT EDISI APRIL 2023 MEDIA SOSIAL & ADVERTORIAL e-KOMPILASI


2 e-KOMPILASI APRIL 2023 PENERBIT EKSEKUTIF Adham Hatta Ab. Samad Pengarah PENERBIT Abdul Fareas Noew Hanzah Timbalan Pengarah EKSEKUTIF EDITOR Haryati Husin Muhd Fadhly Hamzah EDITOR Muhammad Akmal Mohamad Azlan Azilawati Mat Amin Zahemi Azul Islami Syamimi Kamarul Zaman Raja Elyna Zurin Raja Azli KREATIF Ernie Yusnida Mohamed Yunus Muhd Fadhly Hamzah JURUFOTO Mohd Irwan Shah bin Ahmad Norsuhaimie Musa Muhammad Akmal Syafiq Ahmad Tarmizi Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif TEKNIKAL & HEBAHAN Azrina Abdul Aziz Natrah On Puteri Khairul Anieza Che Kamarudin TENAGA SOKONGAN Warga Kerja BKOM Sidang Editor e-KOMPILASI berhak meminda mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat-menyurat, rencana dan ulasan ke meja sidang Redaksi atau email ke: [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-2613 4600 Faks: 03-2692 7386 Emel: [email protected] Hak cipta terpelihara. PENERBIT : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT Edisi April 2023 e-KOMPILASI


e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA LUMPUR, 1 April 2023 – Sistem pendidikan yang tersendiri serta berkualiti tinggi diterapkan oleh Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyebabkan permintaan dalam kalangan pelajar ke maktab itu sentiasa tinggi. Justeru, proses pengambilan pelajar bagi mengikuti pendidikan menengah di MRSM masih mengekalkan dasar untuk menyediakan kuota 60% kepada pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga B40. Selain itu, proses pemilihan juga akan dibuat berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) yang menguji kecenderungan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta keperibadian pelajar. Sistem pendidikan MRSM bertujuan membuka peluang pendidikan menengah bagi melahirkan pelajar yang holistik, cemerlang dalam bidang akademik, sains, teknologi dan keusahawanan. Ini juga seperti yang dimaklumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 6 Mac 2023 yang lalu. SISTEM PENDIDIKAN MRSM BERKUALITI TINGGI


4 e-KOMPILASI APRIL 2023 Pengerusi MARA, YBhg. Dato Dr. Asyraf Wajdi bin Dato Dusuki telah mengadakan lawatan kerja ke UniKL Royal College Of Medicine Perak (UNIKL RCMP) pada 31 Mac 2023. Program ini merupakan sebahagian daripada lawatan kerja Pengerusi MARA ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Semasa sesi lawatan, YBhg. Pengerusi telah diberikan taklimat ringkas mengenai peranan UniKL RCMP dalam bidang pendidikan dan latihan perubatan, farmasi dan sains kesihatan serta prestasi terkini institusi itu. SOROTAN LAWATAN KERJA PENGERUSI MARA KE UNIKL ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK (UNIKL RCMP) Beliau kemudiannya bertemu dengan lebih kurang 100 orang warga RCMP yang terdiri daripada warga kerja serta wakil-wakil pelajar bagi menyampaikan amanat ringkas. Dato’ Dr. Asyraf turut dibawa ke makmal farmaseutikal bagi meninjau projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan di institusi tersebut.


e-KOMPILASI APRIL 2023


6 e-KOMPILASI APRIL 2023 Pelajar-pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gerik, Perak bertuah pagi ini kerana dapat bersahur bersama Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki. Pengerusi yang tiba ke maktab itu jam 5.00 pagi duduk semeja bersama-sama pelajar bagi menikmati juadah bersahur di dewan makan maktab itu. Mereka kemudiannya menunaikan solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Dato’ Dr. Asyraf yang turut menyampaikan tazkirah Subuh selepas itu. SOROTAN PROGRAM SINGGAH SAHUR DI MRSM GERIK Program turun padang sebegini, dapat mengeratkan ukhuwah di kalangan pelajar dan pemimpin di samping menyuntik semangat pelajar untuk terus berjuang ke arah kecemerlangan diri masing-masing. Turut bersama, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Encik Abd Manab bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah dan Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah MARA Negeri Perak.


e-KOMPILASI APRIL 2023


8 e-KOMPILASI APRIL 2023 Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki berbuka puasa bersama pelajar dan warga kerja pada Majlis Berbuka Puasa di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Hulu Perak malam tadi. Beliau kemudiannya mengimamkan Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih bersama pelajar dan warga kerja MRSM Pengkalan Hulu. Dato’ Dr. Asyraf turut menyampaikan tazkirah yang berbentuk nasihat agar pelajar terus menanamkan semangat juang yang tinggi dalam menempuhi cabaran sebagai pelajar yang berjauhan dari keluarga. SOROTAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA MRSM PENGKALAN HULU Turut hadir,YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Abd Manab bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah dan Encik Rizalmi bin Dahaman, Pengetua MRSM Pengkalan Hulu.


e-KOMPILASI APRIL 2023


10 e-KOMPILASI APRIL 2023 Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki pada 1 April 2023 telah menyantuni masyarakat di sekitar Gerik melalui program Ziarah Kasih. Beliau turut menyampaikan sumbangan berbentuk bakul makanan kepada 50 orang penduduk bersempena Ramadan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dan rakyat. Dato’ Dr. Asyraf yang turut meluangkan masa melawat beberapa premis usahawan di bawah MARA itu juga turut menyampaikan Surat Tawaran kemudahan pensijilan MARA serta mock cheque pembiayaan perniagaan kepada usahawan berkaitan. SOROTAN PROGRAM ZIARAH KASIH SERTA LAWATAN USAHAWAN Turut serta dalam Program Ziarah Kasih, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Abd Manab bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah dan Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah MARA Negeri Perak.


e-KOMPILASI APRIL 2023


12 e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA LUMPUR, 3 April 2023 – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Asia Rail Centre menjalinkan kolaborasi strategik bersama Institution of Signal Engineers (IRSE), United Kingdom bagi menawarkan sijil kompetensi dalam bidang industri rel kepada pelajar peringkat Diploma yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Tingkat 3, UniKL Malaysia Italy Design Institute telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Dr. Roziah Binti Omar, Presiden/CEO UniKL dan Mr. Andy Knight, Presiden IRSE serta disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA UniKL, IRSE JALIN KERJASAMA TINGKAT KOMPETENSI PELAJAR DALAM BIDANG REL dan His Excellency Charles Hay, British High Commissioner to Malaysia. Pemeteraian MoU ini dicapai melalui perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak semasa kunjungan hormat delegasi UniKL ke Ibu Pejabat IRSE pada Jun 2022. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi, Pengerusi MARA berkata “Saya percaya kerjasama ini mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan yang pakar dalam bidang rel kereta api bukan sahaja di dalam negara malahan juga di peringkat ASEAN dan juga global. “Bagi merancakkan lagi jumlah graduan dalam bidang rel, MARA telah meluluskan kemudahan pembiayaan pelajaran


e-KOMPILASI APRIL 2023 khususnya kepada pelajar dalam bidang Diploma Kejuruteraan Teknologi Sistem Rel. Pengajian selama 3 tahun ini turut diintegrasikan dengan pensijilan kompetensi IRSE yang boleh meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan UniKL sekaligus mampu memiliki pekerjaan yang berpendapatan tinggi,” katanya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Encik Mohd Shahriman bin Shafein, Ketua Pengarah Keretapi, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Dato’ Julainie Bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn Bhd dan Cik Jennifer Lopez, Ketua Pegawai Eksekutif, British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC). Turut Bersama, pemain-pemain industri rel Malaysia seperti Malaysia Rail Link, Hartasuma Sdn Bhd, KTK DOM Sdn Bhd, Malaysia Railway Development Corporation dan Alstom (M).IRSE yang ditubuhkan sejak tahun 1912 kini memiliki lebih 5,000 keahlian daripada 53 buah negara dan telah melahirkan 5,759 pakar dalam bidang Sistem Kawalan Semboyan dan Telekomunikasi Pengangkutan Rel. UniKL Asia Rail Centre telah ditubuhkan pada tahun 2016, diiktirafkan sebagai institusi pendidikan tinggi negara yang pertama memfokuskan kepada penawaran program teknologi, pelesenan dan kursus khas bagi pembangunan program rel di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai TVET Collaboration Hub oleh Malaysia TVET Council atas pengkhususan pengajian rel bermula Jun 2022.


14 e-KOMPILASI APRIL 2023 Ketua Pengarah MARA, Dato’ Seri Azhar Abdul Manaf pada 4 April 2023 telah menerima kunjungan hormat daripada Kulim Hi-Tech Park, Kedah yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama tiga wakil syarikat. Satu pembentangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hi-Tech Park telah dibentangkan bagi perkembangan terkini pembangunan zon perindustrian Kulim kepada MARA. SOROTAN KUNJUNGAN HORMAT KULIM Hi-TECH PARK KE ATAS KETUA PENGARAH MARA Turut bersama bagi sesi taklimat ini, Encik Mohd Diah Abas, Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Puan Rafida Ab Manan, Pengarah Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan serta Shahrizal Iskandar Mohd Hir, Pengurus Kanan, Pembangunan Hartanah MARA Incorporated.


e-KOMPILASI APRIL 2023


16 e-KOMPILASI APRIL 2023 YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA berkesempatan mengadakan lawatan ke Universiti PolyTech MARA (UPTM) selepas menghadiri Majlis MoU UniKL-IRSE pada 3 April 2023. Dato’ Dr. Asyraf turut menyantuni pelajarpelajar UPTM, melawat perpustakaan Al-Khawarizmi, dan meninjau sekitar fasiliti-fasiliti UPTM. Walkabout tersebut telah disertai oleh YBhg. Encik Razlan Bin Hj Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, YBhg. En Mohd Diah Bin Abas, Pengarah Kanan Pelaburan SOROTAN KUNJUNGAN HORMAT KULIM Hi-TECH PARK KE ATAS KETUA PENGARAH MARA MARA, Dato’ Julainie Bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn Bhd, Datuk Dr. Rodziah Binti Omar, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UniKL dan diiringi oleh pengurusan UPTM.


e-KOMPILASI APRIL 2023


18 e-KOMPILASI APRIL 2023 Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Kemahiran MARA, Alor Setar, Kedah pada 5 April 2023. Beliau yang meluangkan masa selama satu jam di institusi itu, sempat menyampaikan amanat kepada warga kerja dan usahawan yang merupakan alumni institusi tersebut. Turut mengiringi, Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Ir. Tuan Haji Nuriman bin Yusop, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal serta Encik Razak bin Aziz, Pengarah MARA Negeri Kedah. SOROTAN LAWATAN KERJA PENGERUSI MARA KE INSTITUT KEMAHIRAN MARA ALOR SETAR, KEDAH


e-KOMPILASI APRIL 2023


20 e-KOMPILASI APRIL 2023 ALOR SETAR, 5 April 2023 –Program Teknousahawan yang dilaksanakan Institut Kemahiran MARA (IKM) Alor Setar sejak tahun 2016 telah melahirkan usahawanusahawan yang berjaya menjalankan perniagaan sendiri dengan peratusan 91% daripada jumlah keseluruhan graduan. Terbukti, perubahan lanskap IKM Alor Setar daripada institusi latihan arus perdana kepada institusi latihan berteraskan keusahawanan dan perniagaan merupakan satu langkah tepat MARA dalam mendepani arus pendidikan yang semakin kompleks. IKM ALOR SETAR PLATFORM PELAJAR JADI USAHAWAN Buat masa ini, IKM Alor Setar menawarkan dua program Diploma Teknousahawan iaitu Diploma Teknousahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot (UPP) dan Diploma Teknousahawam Rekabentuk dan Pengeluaran Fabrik (UPF). Institusi ini turut dilengkapi dengan pelbagai peralatan terkini yang memenuhi spesifikasi kursus serta kemudahan lain yag boleh dimanfaatkan oleh pelajar. Selain itu, barisan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing turut membantu pelajar meraih keputusan cemerlang.


e-KOMPILASI APRIL 2023 Baru-baru ini, IKM Alor Setar turut menerima kunjungan daripada Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki yang turun padang bagi mengadakan lawatan kerja ke institusi itu. “Saya bangga apabila dimaklumkan lebih 90% graduan daripada institusi ini telah berjaya menjalankan perniagaan sendiri,” katanya selepas melancarkan produk beberapa orang usahawan antaranya jenama REBURQA, A&A APPAREL, QASEH SCARVES, THEJAZLEY SCARVES, ZYAN dan juga TBR GLOBAL. Beliau juga mengharapkan agar IKM Alor Setar terus konsisten dalam menyampaikan ilmu keusahawanan kepada para usahawan agar mereka bersedia menghadapi cabaran dan risiko sebenar dalam dunia perniagaan.


22 e-KOMPILASI APRIL 2023 Nuzul Al-Quran adalah sebuah peristiwa besar dan penuh hikmah buat dunia umat Islam. Semoga kita mendapat syafaat dengan beramal membaca Al-Quran. Salam Nuzul Al-Quran buat seluruh umat Islam di Malaysia.


e-KOMPILASI APRIL 2023 Nuzul Al-Quran adalah sebuah peristiwa besar dan penuh hikmah buat dunia umat Islam. Semoga kita mendapat syafaat dengan beramal membaca Al-Quran. Salam Nuzul Al-Quran buat seluruh umat Islam di Malaysia. Syabas dan tahniah kepada 24 kumpulan warga kerja MARA yang telah berjaya mencipta kemenangan dalam pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE) 2023. MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2023 Pasukan MARA telah memenangi beberapa anugerah dalam kategori International Innovation Awards, Asian Youth Innovations Awards dan Public Service Innovation Asia.


24 e-KOMPILASI APRIL 2023 MARA telah menghantar 24 produk inovasi melalui penyertaan dalam MTE 2023 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Mac 2023 secara hybrid iaitu secara fizikal dan dalam talian. MTE 2023 telah dianjurkan oleh Protemp Exhibitions & Conferences Sdn Bhd dan disertai oleh 658 penyertaan dari 67 negara serata dunia dan sebanyak 911 pempamer telah terlibat.


e-KOMPILASI APRIL 2023 YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir MAS. Beliau berkesempatan untuk melihat perkembangan kerja-kerja pemulihan pasca banjir yang terjejas teruk semasa bencana banjir pada Disember 2022. LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH MARA KE KKTM PASIR MAS


26 e-KOMPILASI APRIL 2023 Papar, 9 April 2023 – Sesi Ramah Mesra Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki dengan warga kerja MARA Negeri Sabah telah diadakan hari ini bertempat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Kinabalu. Sesi perjumpaan dan interaksi pada hari ini merupakan yang pertama diadakan di negeri itu setelah beliau dilantik sebagai Pengerusi MARA. Terdahulu dalam ucapan amanatnya, Dato’ Dr. Asyraf menyeru agar warga kerja MARA dapat membudayakan etika kerja yang baik dalam pelaksanaan tugasan masing-masing dan dapat bertindak pantas serta sentiasa SESI RAMAH MESRA PENGERUSI MARA BERSAMA WARGA KERJA MARA SABAH menambah baik sistem penyampaian kepada pelanggan supaya lebih diyakini dan dihormati. Selain itu, beliau turut memberikan penekanan terhadap prinsip 3K iaitu Kebersamaan, Keikhlasan dan Keberkatan yang perlu diamalkan oleh semua warga kerja MARA. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah pengawal-pengawal pusat dan ahli pengurusan MARA Negeri Sabah yang terdiri daripada Pejabat MARA Negeri Sabah, Institut Kemahiran Kota Kinabalu, Maktab Rendah Sains MARA negeri Sabah dan juga GIATMARA Sabah.


e-KOMPILASI APRIL 2023 SESI RAMAH MESRA PENGERUSI MARA BERSAMA WARGA KERJA MARA SABAH Pada hari yang sama, Dato’ Dr. Asyraf turut menyerahkan Surat Tawaran Rumah kepada salah seorang pelajar daripada keluarga B40 MRSM Kota Kinabalu, Masyitah binti Yamat. Projek pembinaan rumah dengan kerjasama GIATMARA Sabah ini telah mula dibina pada 30 Januari 2023 dan siap sepenuhnya pada 1 April 2023 dengan kos sebanyak RM79,000.00. Rumah berkeluasan 22x30 kaki ini mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air. Pihak MARA sentiasa cakna dan prihatin akan kebajikan masyarakat bagi memastikan semua pihak berpeluang mendapat peluang pendidikan yang terbaik dan keluar dari kelompok kemiskinan.


28 e-KOMPILASI APRIL 2023 Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA turut berkesempatan berkunjung ke Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang. Pelajar dan pensyarah KPM Beranang juga mengambil peluang berdialog bersama Dato’ Dr. Asyraf dalam mengemukakan pendapat mengenai kemudahan pembelajaran serta fasiliti sukan yang disediakan. Selain itu, Dato’ Dr. Asyraf turut berkongsikan pengalaman dan menitipkan kata-kata semangat kepada anak-anak KPM untuk terus menjadi anak bangsa yang berjaya di bawah naungan MARA. LAWATAN KERJA PENGERUSI MARA KE KPM BERANANG


e-KOMPILASI APRIL 2023 LAWATAN KERJA PENGERUSI MARA KE KPM BERANANG


30 e-KOMPILASI APRIL 2023 Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA mengadakan lawatan kerja ke MARA-Japan Industrial Institute (MJII) untuk melihat fasiliti serta menyantuni kakitangan dan pelajar MJII. Dato’ Dr. Asyraf turut diberikan taklimat ringkas mengenai informasi institusi itu serta kejayaan yang telah dicapai MJII oleh pegawai perhubungan industri Encik Najwan di Galeri Narita. LAWATAN KERJA PENGERUSI MARA KE MJII MJII merupakan sebuah institusi yang memiliki 474 pelajar dengan menawarkan bidang seperti Robotic Automation, Data Transmission & Network, Embedded System, Microelectronic, dan Electronics Measurment & Control. Dato’ Dr. Asyraf teruja melihat inovasi teknologi yang dihasilkan oleh pelajarpelajar institusi tersebut.


e-KOMPILASI APRIL 2023 LAWATAN KERJA PENGERUSI MARA KE MJII


32 e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA LUMPUR, 12 April 2023 - Bahagian Sumber Manusia MARA telah mengadakan program Knowledge Sharing yang bertajuk The Essence of Leadership di Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA semalam. Program ini menghimpunkan semua pegawai MARA yang telah mengikuti kursus di luar negara di bawah program Overseas Short Course Training (OSCT) pada tahun 2022 bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama-sama warga kerja MARA yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) dan Puan Rohayah Binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan). THE ESSENCE OF LEADERSHIP BERI NILAI TAMBAH KE ATAS KOMPETENSI PEGAWAI MARA Seramai enam (6) orang pegawai telah membuat taklimat berkaitan pengurusan kepimpinan melibatkan Puan Aniyah binti Abdullah, Pengarah IKM Jasin, Melaka yang mengikuti Program 9th Governance, Management & Leadership Training di United Kingdom anjuran Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor yang mengikuti High Performers Leadership Development Program di Australia anjuran ADFIM. Manakala Encik Shahrizal bin Mohd Saderi, Timbalan Pengarah I, Bahagian Pendidikan Menengah, Encik Rizal Effendi bin Razali, Pengarah Bahagian Industri Pengangkutan


e-KOMPILASI APRIL 2023 THE ESSENCE OF LEADERSHIP BERI NILAI TAMBAH KE ATAS KOMPETENSI PEGAWAI MARA dan Encik Mohd Halmishahril bin Ahmad Jamir, Pengarah Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari telah mengikuti Program Leading for Results dan Program Leading Successful Change di Singapura anjuran INSEAD. Pegawai terakhir yang turut memberikan taklimat ialah Encik Meor Mohd Khairy bin Meor Abdullah Zawawi, Pengarah Bahagian Kawalan Kredit yang telah mengikuti 9th Islamic Practices & Development Training 2022 di Arab Saudi anjuran Persatuan Badan Berkanun Malaysia. Program OSCT telah dikenalpasti sebagai nilai tambah untuk merapatkan jurang dalam membangunkan kualiti dan kompetensi kepimpinan pegawai. Melalui program ini, MARA menilai bakat bakal pemimpin masa hadapan yang berpotensi tinggi dalam mengisi jawatan-jawatan kepimpinan utama, jawatan strategik serta jawatan kritikal.


34 e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA LUMPUR, 11 April 2023 - Badan Ugama Dan Kebajikan MARA (BUKM) hari ini menyantuni warga kerja MARA serta pengunjung Bazar Aidilfitiri MARA melalui pengagihan sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk secara percuma di ruang legar Ibu Pejabat MARA. Ustaz Ahmad Sofi Hj. Abdullah berkata, program agihan bubur lambuk secara percuma ini merupakan antara program tahunan yang dilaksanakan oleh BUKM dalam usaha menyemarakkan sambutan bulan Ramadan. BUKM AGIH 1,000 BEKAS BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN Yang Dipertua BUKM itu turut sama mengagihkan bubur lambuk dan disertai bersama Ustaz Asri Hassan, Timbalan Yang Dipertua serta barisan EXCO BUKM. Realisasikan cita-cita anda bersama kami. Jom sambung belajar di Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA Kuala Nerang. Layari https://hi-edu.my/ untuk permohonan dalam talian bagi sesi kemasukan 2023/2024.


e-KOMPILASI APRIL 2023 BUKM AGIH 1,000 BEKAS BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN Realisasikan cita-cita anda bersama kami. Jom sambung belajar di Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA Kuala Nerang. Layari https://hi-edu.my/ untuk permohonan dalam talian bagi sesi kemasukan 2023/2024.


36 e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA LUMPUR, 13 April 2023 - Program Perspektif yang dianjurkan Sektor Keusahawanan MARA pada 12 April 2023 fokus dalam menyuntik semangat warga kerja sektor itu dalam melaksanakan tugas sebagai agen pembangunan usahawan Bumiputera. Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri Osman yang hadir menyempurnakan program itu, turut menerangkan secara terperinci programprogram keusahawanan yang akan dilaksana sektor itu sepanjang tahun 2023 yang memberi tumpuan kepada empat (4) strategi utama iaitu memperkasa corporate governance dalam perniagaan, PROGRAM PERSPEKTIF FOKUS LAKSANA EMPAT STRATEGI UTAMA BANGUNKAN USAHAWAN mempertingkatkan penyertaan usahawan dalam sektor ekonomi baru muncul, mengadaptasi perniagaan ke arah automosi dan pendigitalan dan pembangunan perniagaan graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Selain itu, beliau turut mengingatkan warga kerja di bawah Sektor Keusahawanan agar terus memberikan perkhidmatan yang mengutamakan rakyat dengan penuh profesional, apatah lagi dalam era yang mencabar dan penuh ketidaktentuan. Jelasnya lagi, dalam memberikan perkhidmatan, kita hendaklah sentiasa ada penambahbaikan sama ada dari segi sistem,


e-KOMPILASI APRIL 2023 PROGRAM PERSPEKTIF FOKUS LAKSANA EMPAT STRATEGI UTAMA BANGUNKAN USAHAWAN peraturan, proses kerja serta penghasilannya agar ia memberi manfaat kepada golongan sasar terutamanya usahawan. Turut memberikan taklimat berkaitan bahagian di bawah sektor tersebut ialah Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial dan Encik A Razu bin Razak, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan.


38 e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA LUMPUR, 14 April 2023 - Bersempena World #QuranHour, seramai 40 orang warga kerja MARA terdiri daripada Exco dan ahli Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) hadir ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor bagi menunjukkan sokongan ke atas usaha menyemarak dan menyematkan gelombang gerakan membaca Al-Quran di kalangan masyarakat. Bertemakan “Memanusiakan Ummah”, World #QuranHour tahun ini mengajak seluruh umat Islam menghayati dan memahami misi untuk memasuki syurga sekeluarga serta melahirkan insan berkebajikan berdasarkan 11 karakter AlAbrar melalui tadabbur Surah Al Insan. BUKM SEMARAK WORLD #QURANHOUR Program turut diserikan dengan keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haji mencemar duli menjayakan World #QuranHour pada kali ini. Di akhir program, semua peserta yang hadir telah berikrar (baiah) sebagai susulan tindakan memastikan Al-Quran akan dijadikan panduan bagi membentuk kerangka fikir dan sistem operasi diri berpandukan Surah Al-Insan seperti amanah, taqwa, infaq, ikhlas, berorientasikan akhirat, teguh, sabar, mengawal diri dari dosa, taat, membina jiwa dengan tahajud dan syukur. #kkdw


e-KOMPILASI APRIL 2023 BUKM SEMARAK WORLD #QURANHOUR


40 e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA LUMPUR, 13 April 2023 – Berlangsungnya Program Jalinan Kasih Ramadan RCB yang telah dimeriahkan oleh para pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur bersama kakitangan Rural Capital Berhad. Pada petang ini, turut diadakan ceramah ringkas daripada Imam Muda Hassan dan majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Program anjuran Rural Capital Berhad (RCB) ini turut mendapat kerjasama dari pihak MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) yang menaja bas pengangkutan para pelajar dan guru serta Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Turut bersama dalam program ini adalah YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (U), Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (KP), Encik Mohd Diah bin Abas, Pengarah Kanan Pelaburan, Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad dan Pengurusan Kanan MARA. PROGRAM JALINAN KASIH RAMADAN RCB


e-KOMPILASI APRIL 2023 PROGRAM JALINAN KASIH RAMADAN RCB


42 e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA LUMPUR, 15 April 2023 – Baru-baru ini negara dihangatkan lagi dengan polemik tuntutan agar Doktor-Doktor Kontrak KKM diserap ke jawatan tetap Kerajaan. Terbaru, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pelantikan 20,333 doktor lantikan kontrak ke jawatan tetap Kerajaan secara berfasa dalam tempoh 3 tahun, dengan pengambilan pertama seramai 4,300 orang. MARA prihatin dengan nasib doktor-doktor lantikan kontrak ini, dan terpanggil untuk membantu mereka mereka menceburi bidang keusahawan di bawah program MARA SEDIA BANTU DOKTOR JADI USAHAWAN Skim Pembiayaan Usahawan Professional (ProSPEC) bidang perubatan dan kesihatan awam. Melalui program ini, MARA akan menyediakan bantuan pembiayaan perniagaan, latihan keusahawan dan jenama rangkaian klinik, U.n.i (You and i) KLINIK, FARMASI dan DENTAL bagi doktor-doktor kontrak dan pengamal yang berminat untuk mewujudkan outlet klinik persendirian yang diuruskan sendiri. Terkini, MARA telah membimbing seramai 86 usahawan yang mengoperasikan 88 outlet klinik U.n.i fizikal di seluruh negara.


e-KOMPILASI APRIL 2023 MARA SEDIA BANTU DOKTOR JADI USAHAWAN Sebagai contoh, saya berkesempatan hari ini untuk merasmikan klinik U.n.i DENTAL milik Dr. Muhammad Hafiz yang telah beroperasi sejak Disember 2021. Klinik beliau kini mempunyai 4 orang pekerja dengan jumlah jualan bagi tahun 2022 sahaja telah mencapai RM 439,984.50. Malahan prestasi jualan bagi tahun 2023 setakat Mac telah mencecah lebih RM150,000. MARA yakin dengan pengalaman, kepakaran dan eko-sistem keusahawan MARA yang ada, wujud peluang yang luas bagi doktordoktor kontrak ini untuk membina klinik swasta mereka sekaligus mengurangkan tekanan bagi Kerajaan di masa depan.


44 e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA TERENGGANU, 18 April 2023 Warga kerja Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu merangkul tempat pertama , kedua dan ketiga dalam pertandingan Pencarian Qurra Terbaik Peringkat MARA Negeri Terengganu Tahun 2023 yang diadakan pada 12 April 2023 di Pejabat MARA Daerah Kuala Terengganu. Pencarian Qurra Terbaik anjuran bersama Pejabat MARA Negeri Terengganu dengan kerjasama Badan Ugama dan Kebajikan MRSM KUALA TERENGGANU BOLOT KEMENANGAN PERTANDINGAN PENCARIAN QURRA TERBAIK PERINGKAT MARA NEGERI TERENGGANU


e-KOMPILASI APRIL 2023 MARA itu telah disertai oleh 14 orang peserta itu adalah bersempena bulan Ramadan dan memperingati bulan diturunkan kitab suci Al-Quran. 14 orang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini terdiri daripada warga kerja MARA Negeri Terengganu, Institut Kemahiran MARA Besut, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman dan Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu.


46 e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA LUMPUR, 18 April 2023 - Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) menzahirkan keperihatinan melalui pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menghulurkan sumbangan wang tunai berjumlah RM4,000 serta mengadakan aktiviti gotong-royong di Warung Makan Sahabat pada 13 April 2023 bagi menyediakan juadah berbuka puasa kepada 500 orang asnaf dan gelandangan sekitar ibu kota. Warung Makan Sahabat merupakan sebuah pusat komuniti untuk rakan jalanan (asnaf dan gelandangan) yang diuruskan oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan. Pusat komuniti ini juga turut BUKM LAKSANA CSR SANTUNI GOLONGAN ASNAF DAN GELANDANGAN SEKITAR IBU KOTA beroperasi sebagai platform penyebaran dakwah kasih sayang kepada masyarakat sekitar melalui inisiatif pemberian makanan percuma serta kelas-kelas peningkatan kemahiran termasuklah fardu ain kepada komuniti rakan jalanan. Yang Dipertua BUKM, Ustaz Ahmad Sofi bin Haji Abdullah bersama barisan Exco BUKM turut sama mengagihkan makanan kepada rakan jalanan malah sempat berbuka puasa di Warung Makan Sahabat. Hampir 30 orang pelajar Kolej Teknologi Bestari serta pengasas Warung Makan Sahabat, Wan Kamariah Daud atau lebih dikenali sebagai Mak Wan turut serta dalam aktiviti ini.


e-KOMPILASI APRIL 2023


48 e-KOMPILASI APRIL 2023 KUALA LUMPUR, 18 April 2023 Dr. Malar Santhi yang viral dengan segmen Celoteh Dr. Malar telah berkongsi ilmu bertajuk Kesedaran Kanser dan Strok bersama 200 warga kerja MARA di Anjung Korporat, Ibu Pejabat MARA semalam. Dalam sesi selama 2 jam yang mendapat sambutan hangat itu, Dr. Malar menerangkan tentang punca-punca penyebab kanser dan strok, kepelbagaian jenis-jenis kanser serta simptom yang perlu diketahui sebagai langkah penjagaan kesihatan diri dan keluarga. DR. MALAR KONGSI ILMU KESEDARAN KANSER DAN STROK Untuk itu, Dr. Malar berharap warga kerja MARA yang hadir akan mendapat manfaat dari program ini dan menyebar luaskan ilmu kepada rakan-rakan yang lain.


e-KOMPILASI APRIL 2023 DR. MALAR KONGSI ILMU KESEDARAN KANSER DAN STROK


50 e-KOMPILASI APRIL 2023 MARA menawarkan Program GEAR UP untuk mendapatkan pengalaman suasana pembelajaran dan kehidupan di universiti. Kali ini, untuk pelajar lepasan SPM di Wilayah Persekutuan. Kami akan bawa anda ke International Medical College (IMU), selama 3 hari 2 malam secara percuma. Pengangkutan juga bakal disediakan. BERITA BAIK UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM ! ! ! Rebut peluang ini dengan mengisi link pendaftaran, https: //forms. office. com/r/ Z0CXzE6ZPK Pertanyaan lanjut sila hubungi Pn Mimi Haniza bt Jaafar, Pegawai Latihan dan Kerjaya, Pejabat MARA Negeri Wilayah Persekutuan di talian 019-3107973.


Click to View FlipBook Version