The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI JUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-07-13 21:23:48

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI JUN 2023

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI JUN 2023

e-KOMPILASI MEI 2023 1 MAJLIS AMANAH RAKYAT EDISI JUN 2023 MEDIA SOSIAL & ADVERTORIAL e-KOMPILASI


2 e-KOMPILASI MEI 2023 PENERBIT EKSEKUTIF Adham Hatta Ab. Samad Pengarah PENERBIT Abdul Fareas Noew Hanzah Timbalan Pengarah EKSEKUTIF EDITOR Haryati Husin Muhd Fadhly Hamzah EDITOR Muhammad Akmal Mohamad Azlan Azilawati Mat Amin Zahemi Azul Islami Syamimi Kamarul Zaman Raja Elyna Zurin Raja Azli KREATIF Ernie Yusnida Mohamed Yunus Muhd Fadhly Hamzah JURUFOTO Mohd Irwan Shah bin Ahmad Norsuhaimie Musa Muhammad Akmal Syafiq Ahmad Tarmizi Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif TEKNIKAL & HEBAHAN Azrina Abdul Aziz Natrah On Puteri Khairul Anieza Che Kamarudin TENAGA SOKONGAN Warga Kerja BKOM Sidang Editor e-KOMPILASI berhak meminda mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat-menyurat, rencana dan ulasan ke meja sidang Redaksi atau email ke: [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-2613 4600 Faks: 03-2692 7386 Emel: [email protected] Hak cipta terpelihara. PENERBIT : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT Edisi Jun 2023 e-KOMPILASI


e-KOMPILASI MEI 2023 3 BERITA BAIK BUAT ADIK-ADIK LEPASAN SPM! KARNIVAL INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023 KINI KEMBALI DI 12 LOKASI TERPILIH. *Surat Tawaran Belajar (asasi, diploma, degree & seterusnya) *Pinjaman Pelajaran MARA (yuran pengajian & belanja bulanan) Anda berminat? Temui kami di: KARNIVAL INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023 Tarikh: 10 JUN - 16 JULAI 2023 Masa: 10 pagi hingga 6 petang Lokasi: 12 lokasi terpilih di seluruh negara • Karnival ini menawarkan penerangan yang jelas dan permohonan sambung pengajian ke IPMA yang diminati. • Menariknya, anda bakal ditawarkan surat sambung pengajian secara terus di lokasi. • Boleh juga dapatkan maklumat tajaan pengajian (boleh buat semakan kelayakan). • Sesi penerangan program pendidikan dan kemudahan yang ditawarkan oleh MARA serta IPT yang mengambil bahagian. • Khidmat kaunseling laluan kerjaya turut disediakan. • Rebut peluang keemasan ini dan cipta masa depan gemilang bersama MARA!


4 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang berlangsung Majlis Pelancaran Laluan Baharu Bas Henti-Henti Maraliner di Bagan Datuk, Perak. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Laluan baharu bas henti-henti ini akan menghubungkan ML89 Bagan Datuk ke Teluk Intan dan laluan ML90 Bagan Datuk ke Kg Gajah itu merupakan inisiatif MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) bertujuan memperkasa mod sistem pengangkutan awam, meningkatkan mobiliti serta memudahkan pergerakan masyarakat desa ke bandar dan seterusnya meluaskan liputan perkhidmatan Kenderaan Bas MARA (KBM) di Semenanjung Malaysia. MAJLIS PELANCARAN LALUAN BAHARU BAS BERHENTI-HENTI MARALINER, BAGAN DATUK Turut hadir, Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf, Pengarah MARA Negeri Perak, Puan Lailatul Asmah Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif (Kumpulan) MARA Corp., Dato, Julainie Mohd Salleh, Pengerusi MLSB, Dato’ Sumali Reduan dan Ketua Pegawai Eksekutif MLSB, Encik Zachary Ismail Zee Ismail.


e-KOMPILASI MEI 2023 5


6 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 1 Jun 2023 - Seramai 40 peserta telah hadir ke Sesi Taklimat dan Temuduga Program Pembangunan Usahawan Profesional – Prudence Consulting Group (PACCT) yang diadakan semalam di Hotel Ideas. Sesi taklimat dan temuduga ini adalah bagi memilih bakal usahawan yang akan dibangunkan di bawah Program PACCT seterusnya membina rantaian usahawan Bumiputera firma perakaunan bersekutu di dalam pasaran. Peserta yang terpilih untuk mengikuti program ini akan dibimbing dan dilengkapi 40 PESERTA HADIRI TAKLIMAT & TEMUDUGA PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN PROFESIONAL PRUDENCE CONSULTING GROUP (PACCT) dengan ilmu keusahawanan melalui beberapa siri latihan keusahawanan yang ditetapkan dan seterusnya MARA turut menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada kumpulan sasar yang berkelayakan dan berpotensi. PACCT merupakan program pembangunan usahawan profesional dalam bidang perakaunan dengan konsep rangkaian firma akauntan Bumiputera bersekutu yang dibangunkan oleh MARA. Antara objektif lain pembangunan Program PACCT adalah meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang profesional khususnya di dalam bidang perakaunan


e-KOMPILASI MEI 2023 7 sekaligus meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam bidang tersebut. Untuk rekod, MARA telah membangunkan 14 usahawan yang mana 10 daripadanya telah memulakan operasi perniagaan sejak tahun lalu dengan dana pembiayaan sebanyak hampir RM2 Juta.


8 e-KOMPILASI MEI 2023 BAGAN DATUK, 1 JUN 2023 - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan laluan baharu bas henti – henti MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB). Laluan baharu bas henti-henti yang menghubungkan ML89 Bagan Datuk ke Teluk Intan dan laluan ML90 Bagan Datuk ke Kg Gajah itu merupakan inisiatif MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) bertujuan memperkasa mod sistem pengangkutan awam, meningkatkan mobiliti serta memudahkan pergerakan masyarakat desa ke bandar dan seterusnya meluaskan liputan perkhidmatan Kenderaan Bas MARA (KBM) di Semenanjung Malaysia. TPM LANCAR LALUAN BAHARU MARA LINER DI BAGAN DATUK Laluan baharu yang telah memulakan operasi pada 12 April 2023 dan beroperasi sepenuhnya bermula hari ini itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 151,539 orang masyarakat setempat yang merangkumi 11 buah Institusi pengajian/sekolah, lima (5) buah klinik kesihatan, Felcra, estet, hospital, balai polis dan pelbagai lagi. Sebanyak dua (2) buah bas disediakan bagi laluan ini dan bas – bas ini akan ditempatkan di Cawangan MARA Liner Teluk Intan. Cawangan seluas 3 ekar ini juga menyediakan perkhidmatan pembaikan bas dengan peralatan yang lengkap dan terkini bagi kelancaran pengoperasian harian.


e-KOMPILASI MEI 2023 9 Dalam perkembangan lain, MLSB turut membantu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperluaskan sektor pengangkutan murid sekolah Orang Asli di negeri Perak, Pahang dan Johor. Seramai 9,429 orang murid Orang Asli di 20 daerah telah mendapat kemudahan ini sejak 1 April 2023 dimana ia melibatkan 284 laluan perkhidmatan. MLSB yang menyambut ulang tahun pengkorporatan yang ke-10 tahun ini telah melancarkan aplikasi Journey Planner di mana para penumpang boleh melihat kedudukan bas secara langsung serta mengetahui waktu ketibaan bas di perhentian bas yang berdekatan dengan kedudukan mereka. Aplikasi ini akan memudahkan para penumpang untuk merancang masa perjalanan mereka dan boleh dimuat turun melalui paparan Google Play carian MARA Liner Plus.


10 e-KOMPILASI MEI 2023 Tahniah! MRSM Kepala Batas telah berjaya mewakili Zon Utara dalam pertandingan “Young Achievers’ Award (YAA) 2023 anjuran Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM). Sebanyak 9 pasukan dari seluruh negeri bertanding dan layak ke peringkat akhir. Nur Auni Aqilah, pelajar Tingkatan 4 telah berjaya diangkat sebagai pembentang terbaik dalam pertandingan ini dan telah mendapat tajaan biasiswa RISM beserta wang tunai sebanyak RM 500. Pasukan maktab juga berjaya mendapat Tempat pertama acara Treasure Hunt. Syabas juga diucapkan kepada guru pembimbing dan guru pengiring, Cikgu Adilah dan Cikgu Zurina serta semua yang terlibat.


e-KOMPILASI MEI 2023 11 DIRGAHAYU TUANKU Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RIAYATUDDIN ALMUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTAIN BILLAH Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 5 Jun 2023 Bersamaan 16 Zulkaedah 1444H Sembah takzim daripada seluruh warga MARA


12 e-KOMPILASI MEI 2023 SELANGOR, 4 Jun 2023 - Get Ready For University Programme (Gear-Up! 2023) bantu persiapkan pelajar lepasan SPM tempuh alam universiti. Program Gear Up! 2023 ini merupakan inisiatif MARA untuk melahirkan lebih ramai graduan atau pelajar yang cemerlang serta memiliki ciri-ciri kepimpinan dari kalangan pelajar B40. Program ini dapat meningkatkan nilai kepimpinan dan keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi pelajar sebagai ‘global player’ untuk bersaing dengan pelajar lain . GEAR UP! 2023, BANTU PERSIAPKAN PELAJAR TEMPUH ALAM UNIVERSITI Kesedaran mengenai kepentingan Bahasa Inggeris juga ditekankan sebagai persediaan memasuki alam universiti kelak. Program Gear Up! 2023 ini telah diadakan bermula dari bulan Mac 2023 lagi dan MARA telah berkolaborasi dengan 13 buah universiti dalam penganjuran program ini. Pada kali ini, 4 lokasi telah dipilih iaitu Manipal University College Malaysia Melaka, Sunway University Selangor, International Medical University, Kuala Lumpur dan German Malaysian Institute Bangi yang berlangsung pada 2 hingga 4 Jun 2023.


e-KOMPILASI MEI 2023 13 Di samping itu, program ini menjadi platform untuk menyalurkan maklumat mengenai bidang pengajian dan penajaan MARA terutamanya Young Talent Development Programme (YTP), Tertiary Education Sponsorship Programme dan Asasi Kolej MARA kepada pelajar lepasan SPM. Majlis Penutupan Program Gear Up! kali ini telah diadakan di Sunway University Selangor yang disempurnakan oleh YB Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA. Turut hadir, Puan Hartini Binti Mustaffa, Timbalan Pengarah II Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA dan Prof. Teo EE Sing, CEO Sunway University.


14 e-KOMPILASI MEI 2023 Tahniah dan Syabas Syabas dan tahniah kepada pasukan KKTM Kuantan atas kejayaan mencatat kemenangan tempat ketiga keseluruhan dalam Kejuaraan Silat Terbuka ini. Semoga terus meraih kemenangan dalam acara sukan yang diceburi.


e-KOMPILASI MEI 2023 15 PENCAPAIAN PELAJAR MRSM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022 Follow Telegram MARA >> https://t.me/majlisamanahrakyat


16 e-KOMPILASI MEI 2023 Syabas dan Tahniah kepada semua pelajar MRSM SPM 2022 atas kejayaan yang diperolehi. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar.


e-KOMPILASI MEI 2023 17 Gapai impian kecemerlangan anda bersama Young Talent Programmes (YTP), MARA. Permohonan melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara di universiti terbaik dunia kini dibuka. Layari permohonan https://educationloan.mara.gov.my


18 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang berlangsung walkabout dan Perasmian Pavilion Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Pavilion KKDW@WTC 2023 yang berlangsung 7 hingga 10 Jun 2023 memberi peluang merasai pengalaman metaverse dan pemanduan keretapi secara virtual dengan Simulator UNIKL, Khidmat Nasihat dan Pemeriksaan Kesihatan di Kaunter U.n.i KLINIK, Servis Jahitan Segera oleh Tukang Jahit dari Medan MARA Kuala WALKABOUT TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH, PAVILION WTC Lumpur, peluang menyertai GIATMARA dan menyaksikan sendiri Seni Kraf Sulaman dari Pengajar GIATMARA. Selain itu terdapat juga panduan kemasukan dan pinjaman ke Institusi Pendidikan MARA, kaunter pertanyaan bagi urusan pinjaman pelajaran, pembiayaan perniagaan dan peluang pelaburan bersama MARA. Turut hadir Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Pengurusan KKDW, MARA dan Subsidiari MARA.


e-KOMPILASI MEI 2023 19


20 e-KOMPILASI MEI 2023 Sekitar Program Pembangunan Usahawan Locca Cafe yang diadakan pada 1 Jun 2023 di Hotel Ideas, Kuala Lumpur. Program yang diadakan sehari itu, melibatkan 45 peserta yang akan dipilih melalui proses temuduga untuk membangunkan sebuah kefetaria di bawah rangkaian Locca Cafe. Sebelum sesi temuduga dijalankan peserta telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang perniagaan tersebut melalui forum SOROTAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN LOCCA CAFE bersama panel dari MARA dan wakil dari Malaysia Design Development Centre. Hadir menyempurnakan program tersebut, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri Osman.


e-KOMPILASI MEI 2023 21


22 e-KOMPILASI MEI 2023 MARA mengucapkan tahniah dan syabas kepada Institut Kemahiran MARA Alor Setar atas penerimaan Anugerah Khas Juri: Pendidikan (Penyedia Latihan) sempena Sambutan Jubli Emas Malaysian Timber Industry Board (MTIB). Anugerah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Perladangan dan Komoditi pada 8 Jun 2023 di Dewan Perdana FELDA Kuala Lumpur.


e-KOMPILASI MEI 2023 23 4 PELAJAR MRSM ULUL ALBAB BERTANDING DALAM MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2023M Seramai 4 orang pelajar MRSM Program Ulul Albab telah muncul johan dalam kategori yang disertai pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran peringkat negeri. Pemenang-pemenang ini akan mewakili kontingen negeri masing-masing ke Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK) yang sedang berlangsung pada 11 hingga 16 Jun ini. Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK) akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang. Seluruh warga MARA mendoakan semoga para peserta dikurniakan ketenangan dan kelancaran dalam mempersembahkan bacaan serta membawa kejayaan di MTHQK tahun ini.


24 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang berlangsung Walkabout Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA ke Karnival IPMA di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA, Kuala Kumpur. Karnival IPMA merupakan platform kepada pelajar lepasan SPM dan STPM 2022 bagi mengenal pasti peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui kemudahan pendidikan yang disediakan oleh MARA. Karnival kali ini berjaya menghimpunkan 40 buah institusi pendidikan termasuk IPMA serta beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta diadakan pada 10 hingga 11 Jun 2023. Turut hadir, Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), Dr. Ahmad Sabri bin Kassim, Pengarah MARA Negeri Selangor, Encik Hishamudin bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah MARA Negeri Wilayah Persekutuan dan Encik Mohd Sahidi bin Yaakob, Menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif KPTM. WALKABOUT KETUA PENGARAH MARA KE KARNIVAL INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) 2023


e-KOMPILASI MEI 2023 25


26 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 12 Jun 2023- Lebih 1,000 pelajar terima surat tawaran melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan Institusi Pendidikan Swasta sempena Karnival IPMA 2023 yang diadakan di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA. Karnival yang diadakan pada 10 hingga 11 Jun 2023 itu menghimpunkan 40 institusi pendidikan termasuk IPMA dan beberapa universiti awam dan swasta serta berjaya menarik kehadiran lebih 22,000 pengunjung. Karnival IPMA 2023 mengetengahkan konsep 4P iaitu penerangan, permohonan, penawaran dan penajaan. Penganjuran karnival ini bukan sekadar untuk mempromosikan ekosistem pendidikan MARA tetapi juga bagi memberi 1000 PELAJAR TERIMA SURAT TAWARAN SAMBUNG PENGAJIAN DI KARNIVAL IPMA maklumat yang lebih jelas mengenai bidang pengajian yang ditawarkan serta kemudahan pendidikan yang disediakan secara lebih dekat. Rata-rata pengunjung amat berpuas hati dengan penganjuran karnival IPMA ini kerana mereka berpeluang mendapatkan khidmat nasihat dan surat tawaran secara terus sekiranya layak. Karnival IPMA Kuala Lumpur turut menyaksikan YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA turun padang bagi menyantuni pengunjung dan pempamer yang hadir. Nantikan siri jelajah Karnival IPMA 2023 di 11 lokasi negeri yang lain. Maklumat lanjut sila layari www.mara.gov.my.


e-KOMPILASI MEI 2023 27


28 e-KOMPILASI MEI 2023 MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB) telah memperkenalkan satu aplikasi pintar baharu yang dikenali sebagai MARA Liner Plus. MARA Liner Plus ini merupakan ‘Journey Planner’ yang mempamerkan ciri yang efisien bagi memudahkan penumpang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh MARA Liner. Aplikasi ini dapat memudahkan penumpang mengetahui kedudukan bas secara langsung serta jadual ketibaan bas di perhentian yang berdekatan dengan kedudukan lokasi mereka. Pada masa ini, aplikasi MARA Liner Plus telah dapat dimanfaatkan sepenuhnya di laluan bas henti-henti MARA Liner iaitu di daerah Rembau, Negeri Sembilan & Bagan Datuk, Perak. Ironinya kewujudan MARA Liner Plus ini adalah sejajar dengan saranan kerajaan APLIKASI JOURNEY PLANNER MARA LINER PLUS MEMUDAHKAN PENUMPANG untuk mendigitalkan daerah luar bandar setanding dengan kemajuan di bandar. Inisiatif ini juga adalah seiring dengan visi dan misi MARA Liner dalam memperkasakan mod sistem pengangkutan awam, meningkatkan mobiliti serta memudahkan pergerakan masyarakat dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Dengan itu, penggunaan aplikasi dapat diperluas bukan sahaja untuk bas luar bandar, tetapi juga untuk bas ekspres dan pelbagai lagi kemudahan pada masa akan datang. Sila muat turun aplikasi ini melalui Google Play dengan carian ‘MARA Liner Plus’ atau imbasQR di poster.


e-KOMPILASI MEI 2023 29 Bersama kita meriahkan Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2023 Jom datang beramai - ramai ! ! Temui kami di Suria Mall Kota Kinabalu, Sabah pada 17 & 18 Jun 2023 (Sabtu & Ahad) jam 10.00 pagi hingga 6.00 Petang. Bawa bersama slip keputusan peperiksaan untuk permohonan kemasukan ke program ipma. Jumpa anda di sana ya!


30 e-KOMPILASI MEI 2023 Bersama kita meriahkan Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2023 Jom datang beramai - ramai ! ! Temui kami di Plaza Larkin, Johor Bahru pada 17 & 18 Jun 2023 (Sabtu & Ahad) jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bawa bersama slip keputusan peperiksaan untuk permohonan kemasukan ke program ipma. Jumpa anda di sana ya!


e-KOMPILASI MEI 2023 31 Bersama kita meriahkan Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2023 Jom datang beramai - ramai ! ! Temui kami di Berjaya Megamall Kuantan, Pahang pada 17 & 18 Jun 2023 (Sabtu & Ahad) jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bawa bersama slip keputusan peperiksaan untuk permohonan kemasukan ke program ipma. Jumpa anda di sana ya!


32 e-KOMPILASI MEI 2023 SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED) Program pembiayaan luar bandar bagi membiayai kos menaik taraf perniagaan yang berlandaskan syariah ke arah pembangunan perniagaan usahawan Bumiputera luar bandar.


e-KOMPILASI MEI 2023 33


34 e-KOMPILASI MEI 2023 Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) selaku Ketua Pegawai Maklumat (CIO) telah menyampaikan sijil latihan kepada seramai 20 orang Penganalisa dan Pengaturcara MARA yang telah mengikuti latihan Pengaturcaraan Microsoft ASP.Net Core MVC yang dianjurkan Bahagian Teknologi Maklumat, MARA pada 16 Jun 2023 di Ibu Pejabat MARA. Latihan yang telah dijalankan selama dua (2) minggu itu bertujuan untuk memberi pemahaman serta memantapkan penguasaan pegawai ICT MARA dalam pembangunan sistem aplikasi berasaskan web. SOROTAN MAJLIS PENYERAHAN SIJIL LATIHAN PENGATURCARAAN MICROSOFT ASP.NET CORE MVC Turut hadir, Puan Mimi Mazlin binti Mohamad Yusof, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat serta wakil dari Iverson Associates Sdn Bhd , Cik Cha Jee Inn , Corporate Account Executive dan Encik Selvakumar a/l Arunsalam, Tenaga Pengajar.


e-KOMPILASI MEI 2023 35


36 e-KOMPILASI MEI 2023 YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA hari ini hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, Badan Ugama dan Kebajikan MARA (BUKM) Kali Ke-27 bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kuantan, Pahang. Pada mesyuarat agung kali ini, perwakilan telah sebulat suara mengundi untuk mengekalkan pimpinan sedia ada bagi terus mengetuai urus tadbir BUKM dalam pengurusan aspek pendidikan dan kebajikan warga kerja MARA. SOROTAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN BUKM KALI KE27 Turut hadir Encik Mohd Salleh bin Abdullah, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Encik Soffian bin Hj. Mustafa, Pengarah MARA Negeri Pahang, Encik Ahmad Lukman bin Hitam, Timbalan Pengarah KKTM Kuantan serta ahli-ahli BUKM.


e-KOMPILASI MEI 2023 37


38 e-KOMPILASI MEI 2023 YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA hari ini mengadakan walkabout ke Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) di Berjaya Megamall, Kuantan. Siri jelajah Karnival IPMA ini berlangsung selama dua (2) hari bermula 17 hingga 18 Jun 2023 dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang menghimpunkan 30 buah institusi pendidikan termasuk IPMA serta beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Sehingga jam 12 tengahari tadi, seramai lebih 3,000 pengunjung hadir membanjiri karnival tersebut. SOROTAN WALKABOUT KETUA PENGARAH MARA KE KARNIVAL INSTITUSI PENDIDIKAN MARA 2023 BERJAYA MEGAMALL, KUANTAN Karnival IPMA merupakan platform kepada pelajar lepasan SPM dan STPM 2022 bagi mengenal pasti peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui kemudahan pendidikan yang disediakan oleh MARA. Turut hadir, Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara, Encik Soffian bin Haji Mustafa, Pengarah MARA Negeri Pahang serta Wakil-wakil Pengurusan dan Subsidiari MARA.


e-KOMPILASI MEI 2023 39


40 e-KOMPILASI MEI 2023 Siri Jelajah Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang diadakan di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu mensasarkan kehadiran 8,000 pengunjung. Manakala sebanyak 300 surat tawaran peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di bawah IPMA akan dikeluarkan terus kepada pelajar yang layak. Karnival IPMA yang diadakan di Sabah merupakan siri kedua selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang bertujuan menyediakan informasi laluan melanjutkan pengajian peringkat tinggi dalam pelbagai bidang akademik, 300 SURAT TAWARAN INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) BUAT PELAJAR SABAH KE KARNIVAL IPMA profesional dan kemahiran tinggi (TVET MARA). Ajar Yasin, Ahli Majlis MARA menyatakan, Karnival IPMA yang berlangsung di Sabah pada kali ini mensasarkan 8,000 orang pengunjung dengan menyediakan 300 surat tawaran secara langsung kepada anak-anak lepasan SPM 2022 untuk mendapat tempat pengajian di bawah IPMA. “Siri jelajah Karnival IPMA di Sabah tahun ini merupakan saluran penting kepada orang ramai mendapatkan konsultasi dan maklumat kemudahan pendidikan MARA. Melalui Konsep 4P iaitu Penerangan,


e-KOMPILASI MEI 2023 41 Permohonan, Penawaran dan Penajaan, membantu pelajar mengenalpasti minat dan kecenderungan serta membolehkan mereka untuk terus membuat permohonan di setiap booth pempamer tersebut.” “Saya ingin menyeru kepada anak pelajar dari Sabah untuk merebut peluang kemudahan pendidikan ini yang bukan sahaja menyediakan institusi pengajian malah menawarkan pinjaman pelajaran MARA boleh ubah kepada mereka yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan.” ujar Ajar Yasin dalam sesi walkabout semalam. Dalam Karnival tersebut, turut disampaikan penyerahan bantuan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada 50 pelajar B40 tingkatan 5 iaitu seramai 20 pelajar dari SMK Tamparuli, 20 pelajar dari SMK Takis, Papar dan 10 pelajar dari Rumah Anak Yatim As Sakinah, Papar. Karnival IPMA dilaksanakan di dua belas (12) lokasi terpilih di seluruh negara bermula 10 Jun hingga 16 Julai 2023 selepas keputusan SPM dikeluarkan. Sabah, Johor dan Pahang merupakan jelajah lokasi kedua yang terpilih selepas Karnival IPMA berlangung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Program yang dilaksanakan selama dua (2) hari iaitu pada 17 dan 18 Jun 2023 ini melibatkan 30 buah booth yang terdiri daripada Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMA), Bahagian Penganjuran Pelajaran, Bahagian Kawalan Kredit, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta.


42 e-KOMPILASI MEI 2023 Siri Jelajah Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) di Plaza Larkin, Johor Bahru, Johor menyasarkan seramai 6,000 orang pengunjung sepanjang 2 hari berlangsung. Karnival tersebut turut menyasarkan 300 surat tawaran melanjutkan pelajaran ke pelbagai Institusi Pendidikan yang akan ditawarkan secara terus kecuali bagi permohonan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Profesional MARA (KPM) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). Permohonan ke tiga pusat tajaan penuh MARA tersebut perlu melalui permohonan Unit Pusat Institusi MARA (UPIM). KARNIVAL INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (KIPMA) NEGERI JOHOR BERI PELUANG LANJUTKAN PENGAJIAN DI SEMUA PERINGKAT Peluang ini mampu membuka peluang lebih luas kepada ramai pemohon dari lepasan Siijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam pelbagai bidang tertiari, profesional dan juga kemahiran (TVET). YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA, berkata, siri jelajah Karnival IPMA di Johor tahun ini melihat jangkauan (outreach) program mampu menyediakan pendedahan dan penerangan lebih terperinci melalui konsep 4P iaitu Penerangan, Permohonan, Penawaran


e-KOMPILASI MEI 2023 43 dan Penajaan yang membantu bakal pelajar mengenal pasti kecenderungan dan kredibiliti diri dalam memilih bidang pengajian mereka. Permohonan boleh terus dibuat di tapak pameran (booth) karnival tersebut. Pendekatan berstruktur ini dijangka mampu menyediakan platform kepada pemohon dari kalangan mereka, sama ada cemerlang akademik mahu pun cemerlang ‘tangan’ atau, erti kata lain, dalam bidang kemahiran (TVET), mengetahui secara mendalam akan peluang dan laluan kerjaya mereka sejurus tamat pengajian kelak. Pihak MARA turut mencadangkan peluang pengajian yang bersesuaian dengan minat mereka. “Ekosistem Pendidikan MARA menawarkan pelbagai peluang pengajian dalam pelbagai bidang dari peringkat sijil sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. MARA terus menjadi antara agensi terbesar menyediakan peluang pengajian ke luar negara seperti program Young Talent Programme (YTP), yang mana permohonan tersebut telah pun dibuka pada hari keputusan SPM diumumkan tempoh hari. YTP adalah progam khas bagi mereka yang cemerlang akademik yang menyediakan peluang ke luar negara berserta kemudahan pinjaman pendidikan ke universiti terkemuka dunia. Ini turut ditambah lagi dengan program World Top Universiti (WTU) kepada pelajar universiti sedia ada.” ujar beliau. Siri jelajah kedua karnival yang turut berlangsung serentak di Sabah dan juga di Pahang dari 17 hingga18 Jun ini, melibatkan pempamer terdiri daripada IPMA, IPTA dan IPTS. Mereka turut mempamerkan produk inovasi dan kejayaan yang diterima mereka bagi menarik minat pengunjung. Karnival IPMA 2023 pertama telah pun berlangsung di ruang legar MARA, Kuala Lumpur minggu lepas.


44 e-KOMPILASI MEI 2023 Negeri Johor menjadi antara negeri pilihan bagi mereka melanjutkan pelajaran di bawah IPMA dengan sebuah kampus Institut Kemahiran MARA (IKM), dua buah kampus Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), sebuah kampus Kolej Profesional MARA (KPM), sebuah kampus Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), sebuah kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta 26 buah Pusat GIATMARA. Ini tidak termasuk pelbagai institusi pendidikan awam dan swwasta yang lain di Johor. Tahun ini, MARA menawarkan 9,300 tempat pengajian peringkat lanjutan meliputi 3,300 bidang profesional dan 6,000 bidang TVET. Manakala, sebanyak 20,000 peluang penajaan baharu (pinjaman pelajaran) akan ditawarkan mengikut peringkat pengajian bermula pada pengambilan penggal baharu pada Julai ini. MARA sehingga hari ini memiliki 287 buah Institusi Pendidikan MARA di seluruh negara dengan 269 buah daripadanya adalah dalam bidang TVET. Pengerusi MARA berbesar hati menyampaikan replika cek kepada usahawan MARA melalui pelbagai skim kemudahan pinjaman usahawan MARA terpilih di samping turut meninjau tapak pameran dan merasmikan beberapa premis perniagaan di situ seperti Spa La Renie yang menyediakan perkhidmatan spa dan kecantikan. Turut berlangsung pada masa yang sama adalah Program of Mind (POM) 5.0, Siri Jelajah Negeri Johor. POM mampu menyediakan khidmat runding cara pengurusan kemudahan kredit secara terus dan lebih baik melalui perbincangan dan rundingan di lapangan termasuklah perkara berkaitan pinjaman pelajaran dan pembiayaan perniagaan. Matlamat POM adalah sebagai salah satu alternatif cadangan penyelesaian pinjaman yang terbaik melalui Program Pemulihan Kredit, Pengurangan Bayaran (Conversion), dan potongan bayaran balik melalui KWSP terutama kepada peminjamn yang mempunyai jumlah tunggakan tinggi. Mereka turut juga menyantuni pelanggan bagi mendapatkan maklum balas berkaitan


e-KOMPILASI MEI 2023 45 isu dan permasalahan yang dihadapi dalam membuat bayaran balik kemudahan kredit MARA. Pelaksanaan POM bagi tahun 2023 ini menyaksikan kolaborasi MARA bersama Rural Capital Berhad (RCB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Portal Pekerjaan Nasional Malaysia (MYFutureJobs). Pelaksanaan POM menyasarkan kehadiran seramai 150,000 orang pelanggan MARA sementara di Johor menyasarkan seramai 4,500 orang kehadiran pelanggan sepanjang berlangsungnya POM di Plaza Larkin Johor Bahru, Johor dari 17 hingga 19 Jun ini. Hadir bersama dalam Karnival ini ialah YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, EXCO Belia Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Negeri Johor, Encik Razlan bin Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor dan Dato’ Julainie binti Mohd Salleh, .Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation berserta pengurusan tertinggi dari MARA dan Institusi Pendidikan yang dijemput.


46 e-KOMPILASI MEI 2023 YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA hari ini amat teruja dan kagum akan kesungguhan dan komitment pelajar MRSM Johor Bahru yang menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada usia 16 tahun dan meneruskan pengajian mereka selama setahun lagi bagi persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dedikasi yang ditonjolkan oleh pelajar bagi mencapai kejayaan dalam dwipersijilan ini membuktikan MARA sentiasa komited dalam meletakkan kepentingan sektor pendidikan dan kebolehpasaran pelajar antara agenda utama MARA di pentas global. SOROTAN PENGERUSI MARA SANTUNI PELAJAR MRSM JOHOR BAHRU, JOHOR MRSM Johor Bahru adalah antara MRSM menjalankan pengajian kluster IGCSE yang membuka laluan pendidikan tinggi terus ke luar negara pada usia yang lebih muda. Kunjungan beliau ke MRSM, Johor Bahru hari ini adalah antara sesi lawatan kerja beliau pertama ke negeri Johor bagi menyantuni dan beramah mesra dengan pelajar MRSM Johor Bahru. Pengerusi MARA turut berbesar hati apabila secara bersama menyaksikan penyampaikan replika cek berjumlah RM50,000.00 kepada Koperasi MRSM Johor Bahru yang disampaikan oleh YB


e-KOMPILASI MEI 2023 47 Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, EXCO Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia kepada Encik Ahmad Bazli bin Mokhtar, selaku Pengerusi Koperasi MRSM Johor Bahru. Peruntukan ini adalah bagi penggunaan dan pembangunan sistem pintar atau smart system yang menggunakan pendekatan pendigitalan pengurusan kewangan tanpa tunai. Sistem ini adalah yang pertama diperkenal dan digunakan di koperasi sekolah di Johor dengan kerjasama Mondo Sdn. Bhd.


48 e-KOMPILASI MEI 2023 “Kebolehpasaran graduan dalam bidang rantaian penawaran pembekalan (supply chain networking) dan bidang kejuruteraan berasaskan kawalan kualiti menjadi salah satu bidang pekerjaan yang dijangka mendepani spektrum industri global dalam tempoh 10 tahun akan datang atau lebih awal,” ujar Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi yang juga Pro Canselor UniKL semasa lawatannya ke UniKL MITEC hari ini. Beliau yakin hala tuju yang dibawa oleh universiti itu dalam menerajui bidang logistik dan kawalan kualiti akan memberi impak yang besar kepada nilai modal insan dalam industri global termasuklah Malaysia. SOROTAN LAWATAN RASMI PENGERUSI MARA KE UNIKL MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY (UNIKL MITEC) Lawatan rasmi Pengerusi MARA hari ini adalah antara agenda beliau bagi melihat secara lebih dekat kehebatan dan kesungguhan UniKL dalam menerajui bidang kemahiran TVET selain daripada beberapa pusat pengajian TVET lain di bawah MARA seperti Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). Beliau berasa bangga dan kagum melihat infrastruktur dan fasiliti moden dan peralatan terkini di UniKL MITEC dalam menawarkan pelbagai program berkaitan Kejuruteraan Kualiti dan Logistik Perindustrian yang terletak di kawasan perindustrian Pasir, Gudang, Johor Bahru.


e-KOMPILASI MEI 2023 49 Dalam lawatan tersebut juga, Pengerusi MARA turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan Perwakilan Mahasiswa UniKL MITEC usai merasmikan ruang rehat baharu pelajar atau ‘Students’ Lounge’. Turut mengiringi beliau ialah YBhg. En. Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, YBhg. Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor, YBhg. Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn Bhd, YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Presiden Universiti Kuala Lumpur dan Yang Berusaha Prof. Madya Ts. Dr. Haji Ishamuddin bin Mustapha dan juga Dekan UniKL Malaysian Institute Of Industrial Technology.


50 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang berlangsung Town Hall bersama Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf di Anjung Korporat, Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Town hall ini diadakan bagi mendengar amanat daripada Dato’ Sri Ketua Pengarah serta berkongsi informasi berkenaan Lanskap Pendidikan MARA, pengiktirafan dan penganugerahan yang diterima, kejayaan-kejayaan sektor Pendidikan MARA,Pelancaran Buku Ikon Tvet Uprisers dan Tvet TITAN dan Sistem Myeduloan Versi 4.0. Turut hadir, barisan pengurusan tertinggi MARA serta wakil-wakil subsidiari. TOWN HALL BERSAMA KETUA PENGARAH MARA


Click to View FlipBook Version