e-KOMPILASI MEI 2023 51
52 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 22 Jun 2023 - “Pendidikan mampu membawa perubahan kepada nasib seseorang” itu kata-kata yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf dalam ucapan beliau pada sesi Townhall yang berlangsung di Anjung Korporat, Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA pada 20 Jun 2023. Majlis yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan itu diadakan secara diskusi melalui Bicara Eksklusif. Antara topik perbincangan adalah mengenai anjakan dalam Sektor Pendidikan selepas negara kita dilanda pandemik COVID-19. PERUBAHAN LANDSKAP PENDIDIKAN BERI IMPAK POSITIF Landskap pendidikan berubah sangat ketara dimana kita telah diperkenalkan dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Dalam sesi yang sama beliau turut menyentuh Program TVET yang dahulunya dianggap sepi tetapi TVET kini merupakan bidang yang menjadi tumpuan dan pilihan untuk menyambung pengajian. Tambahan pula konsep “teaching factory” yang dibangunkan dengan kerjasama industri telah ditambah baik dan kini lebih 90% bekas pelajar MARA mendapat pekerjaan dalam industri.
e-KOMPILASI MEI 2023 53 Pada masa yang sama, ramai pelajar-pelajar TVET MARA turut merangkul pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa. Pengiktirafan dan penganugerahan yang diterima oleh TVET MARA merupakan kerja keras semua pihak dalam memperkasakan bidang itu. Selain itu, beliau turut berbangga dengan pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains MARA teutamanya di MRSM Ulul Albab iaitu MRSM Kepala Batas dan MRSM Semporna . Pada majlis yang sama, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf turut melancarkan Buku Uprisers dan Tvet TITAN, Sistem MyEduloan Versi 4.0, Platform Kursus Atas Talian, MARA Flexible Training dan Pelancaran 5 Manual dan Modul MRSM. Beliau juga turut menyampaikan Sijil Penyertaan Worldskills Asean (WS ASEAN) 2023 Singapore, Penyerahan Pingat dan Sijil Malaysia Technology Expo (MTE), Sijil ISO/ IEC 27001:2013, Sijil Penghargaan System Developer (MARAFlet) dan Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Content Creator (MARAFlet). Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), Encik Razlan bin Haji Samsuri, Pengarah Kanan (Pelaburan), Encik Mohd Diah bin Abas serta Ahli Pengurusan dan Subsidiari MARA.
54 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang berlangsung Walkabout Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, ke Showcase Bas Hino Poncho ZEV dan Progran MARA Brew ‘23 yang diadakan di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur. Bas Hino Poncho ZEV merupakan bas elektrik pertama beroperasi di dunia keluaran HINO Motors yang akan menjalani ujian keberkesanan di laluan terpilih Pulau Langkawi. Operasi bas akan dikendalikan oleh MARALINER Sdn Bhd. Beliau turut mengadakan Walkabout ke Program MARA Brew ‘23 yang diadakan serentak di lokasi yang sama. WALKABOUT PENGERUSI MARA KE BAS HINO PONCHO ZEV DAN PROGRAM MARA BREW ‘23 Program ini adalah inisiatf MARA bagi memperkenal serta mempromosikan usahawan kopi serta menarik lebih ramai usahawan bumiputera terutamanya belia untuk menceburi perniagaan ini. Turut hadir, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Pengarah Urusan Motors Sales (M) Sdn Bhd, Mr. Atsushi Uchiyama, barisan Ahli Majlis MARA serta Pengurusan MARA.
e-KOMPILASI MEI 2023 55
56 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 22 Jun 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melaksanakan temuduga bagi Program Penempatan Silang (Cross Fertilization Program) bersama PETRONAS dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Ibu Pejabat MARA pada 21 Jun 2023. Seramai 13 orang calon telah ditemuduga secara individu oleh wakil PETRONAS dan TNB untuk pemilihan diperingkat agensi bagi mengenalpasti calon yang sesuai mengikut jawatan yang ditawarkan. Secara dasarnya program penempatan silang ini merupakan salah satu inisiatif strategik MARA untuk mentransformasikan PROGRAM PENEMPATAN SILANG FOKUS ASPEK KEBERHASILAN perkhidmatan yang mengutamakan aspek keberhasilan dan budaya berprestasi tinggi. Bahagian Sumber Manusia (BSM) berhasrat agar program penempatan silang ini dapat membangunkan pegawai yang berdaya tahan, profesional dan dinamik dalam mewujudkan ekosistem kerja positif, serta meningkatkan kebolehan kepimpinan pegawai dan seterusnya menjayakan perancangan Pelan Penggantian MARA.
e-KOMPILASI MEI 2023 57
58 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 22 Jun 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menerima dua (2) buah bas elektrik pertama beroperasi di dunia keluaran HINO Motors. Bas ini akan menjalani ujian keberkesanan di laluan terpilih Pulau Langkawi bagi tempoh 2 tahun sekaligus menyokong Matlamat Pengangkutan Mampan (SDG) Malaysia. Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki berkata, Inisiatif projek perintis ini bukan sahaja menggalakkan pengangkutan mampan tetapi juga mengurangkan pelepasan karbon di Pulau itu. MARA, HINO PERKENAL BAS ELEKTRIK PERTAMA Inisiatif ini juga merupakan kesinambungan dan komitmen kedua-dua pihak selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada bulan Mac tahun lalu. Poncho ZEV dijadual akan beroperasi bermula September tahun ini bagi menguji kesesuaian cuaca dan keadaan jalan raya di Malaysia. Bas yang boleh memuatkan 11 tempat duduk yang boleh menampung sehingga 32 penumpang itu merupakan bas mesra pengguna kerana saiznya yang kecil dan rendah itu memudahkan untuk penumpang masuk dan keluar dari bas.
e-KOMPILASI MEI 2023 59 Bas yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan serta sistem pendorong sifar pelepasan itu, akan mengurangkan pelepasan karbon dengan ketara, meningkatkan kualiti udara, dan menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan hijau. Pada hari yang sama, MARA juga menganjurkan Program MARA Brew’ 23 bagi memperkenal dan mempromosikan usahawan kopi yang berada di bawah industri makanan dan minuman dan merupakan salah satu industri utama sedang dibangunkan oleh agensi itu. Dr. Asyraf berkata, program ini akan dijadikan platform bagi menarik lebih ramai usahawan bumiputera terutamanya belia untuk menceburi perniagaan yang mempunyai ramai penggemar ini. Tambah beliau, Hasrat itu sejajar dengan trend dan permintaan kebanyakan warga kota masa kini yang menjadikan minuman berkenaan sebagai sebahagian daripada gaya hidup. Kita perlu mengambil trend itu sebagai peluang yang boleh memberi impak kepada ekonomi negara termasuk membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.
60 e-KOMPILASI MEI 2023 YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA telah menerima kunjungan hormat daripada 10 orang Exco Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM). Pada pertemuan yang diadakan khusus untuk memperkenalkan exco baharu itu, Ketua Pengarah MARA turut menyarankan agar barisan Exco KEKAM yang dilantik akan terus bergerak aktif dan menerima setiap usul yang dicadangkan oleh ahli KEKAM tanpa prejudis. KUNJUNGAN HORMAT EXCO KEKAM SESI 2022/2024 KE PEJABAT KETUA PENGARAH MARA Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA, Encik Mohd Salleh bin Abdullah bersama Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA, Encik Azar Hairussani bin Mohd Lud.
e-KOMPILASI MEI 2023 61
62 e-KOMPILASI MEI 2023 MELAKA, 24 Jun 2023 - Seramai 40 orang peserta telah menyertai Kursus Teknikal Pro Solar yang diadakan di Ladang Solar Gading Kencana, Ayer Keroh pada 20 hingga 22 Jun 2023. Kursus tiga (3) hari itu, memberi penekanan terhadap pembelajaran teori dan latihan teknikal industri di ladang solar selain melengkapkan peserta dengan pengetahuan berkenaan asas elektrik dan tenaga solar, teknik pemasangan dan penyelenggaraan sistem solar. Program yang disifatkan sebagai Latihan Di tempat Kerja (OJT) itu adalah bagi melatih dan menyediakan pekerja baharu dengan kemahiran yang relevan dan memudahkan pemindahan kemahiran dan pengetahuan di tempat kerja. Pada masa yang sama, Pengarah MARA Negeri Melaka, Encik Nurul Azmi Bin Johari, turut meluangkan masa mengadakan sesi libat urus bersama peserta Pro Solar.Turut bersama beliau, Dato’ Ir Muhamad Guntor Mansor Tobeng, Pengarah Urusan Gading Kencana, Encik Mohd Fakharadzi Bin Idris, Timbalan Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial dan wakil Pengarah MARA Negeri Selangor. 40 PESERTA SERTAI KURSUS TEKNIKAL PRO SOLAR
e-KOMPILASI MEI 2023 63
64 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang berlangsung Walkabout Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Encik Razlan bin Hj. Samsuri ke Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) di Terengganu Trade Centre. Karnival IPMA ini berlangsung selama dua (2) hari bermula 24 hingga 25 Jun 2023 melibatkan 34 pempamer terdiri daripada IPMA serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S). Karnival berkonsepkan 4 P iaitu Penerangan, Permohonan, Penawaran dan Penajaan itu KARNIVAL INSTITUSI PENDIDIKAN MARA - KUALA TERENGGANU akan menyediakan maklumat tentang pengajian di setiap IPMa dan IPTA/S yang terlibat dan pelajar berpeluang membuat permohonan terus di setiap pempamer tersebut. Turut mengiringi beliau, Encik Adham Hatta bin Ab Samad, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MARA dan Encik Abdul Wahab bin Mustaffa, Pengarah MARA Negeri Terengganu.
e-KOMPILASI MEI 2023 65
66 e-KOMPILASI MEI 2023 Seramai 47 orang anak kakitangan MARA menerima bantuan persekolahan dan seorang pesara MARA diraikan dalam Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Anak Kakitangan MARA 2023 dan Apresiasi MARA Negeri Selangor yang berlangsung di UTC Selangor @ Anggerik Mall, Shah Alam. Majlis yang diadakan hari ini adalah bagi menyantuni warga kerja, ahli keluarga dan juga masyarakat setempat yang memerlukan, melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan menghargai jasa pesara MARA negeri SOROTAN MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN ANAK KAKITANGAN MARA 2023 DAN APRESIASI MARA NEGERI SELANGOR Selangor itu disempurnakan oleh Pengarah Kanan Pelaburan dan Pengerusi Interim Yayasan Pelajaran MARA, Encik Mohd Diah bin Abas. Turut hadir ke majlis ini, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Encik Abdul Manap bin Abdul Majid, Pengarah MARA Negeri Selangor, Dr. Ahmad Sabri bin Kassim, Setiausaha Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM), Puan Norbaizura Binti Kamal Rusli dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin.
e-KOMPILASI MEI 2023 67
68 e-KOMPILASI MEI 2023 KOTA SAMARAHAN, 24 Jun 2023 - Karnival Institusi Pendidikan MARA yang diadakan di Summer Hall, Kota Samarahan selama dua (2) hari pada 24 dan 25 Jun mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan. Senario ini turut mendapat perhatian Puan Ajar@Siti Ajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA yang hadir mengadakan Walkabout ke karnival itu. Ini menunjukkan kepentingan Pendidikan terutama dalam bidang TVET semakin mendapat tempat di kalangan anak muda kini. KARNIVAL INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMA) OPTIMIS MENINGKATKAN PENGARUH PENDIDIKAN TVET DI SARAWAK Karnival IPMA kali ini melibatkan 34 pempamer terdiri daripada IPMA serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S). Karnival berkonsepkan 4P iaitu Penerangan, Permohonan, Penawaran dan Penajaan itu menyediakan maklumat tentang pengajian di setiap IPMa dan IPTA/S yang terlibat dan pelajar berpeluang membuat permohonan terus daripada beberapa institusi yang mengambil bahagian. YBhg. Puan Ajar turut menyampaikan surat tawaran melanjutkan pelajaran dari Kolej PolyTech MARA (KPTM) dan UniKL kepada pengunjung yang berjaya.
e-KOMPILASI MEI 2023 69 Pada majlis tersebut, Puan Ajar turut berbesar hati menyampaikan Sijil Kecemerlangan SPM 2022 kepada Pelajar MRSM, Sijil Kecemerlangan Warga Kerja IPMA, Sijil Pentauliahan IKM Kuching sebagai Pusat Peperiksaan Pipe Filters And Mainslayers, Sijil Penghargaan Kolaborasi PRIME Kepada Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan selain menyantuni penerima Dana Program SEEDS MRSM dan juga penerima Watikah Tawaran Peserta PRIME 2023. Beliau juga turut menyerahkan bantuan persekolahan sumbangan Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Pengunjung turut teruja apabila berpeluang meyaksikan kemahiran dan hasil hebat yang ditonjolkan oleh pelajar GIATMARA dalam pertandingan tata rias solekan wajah yg dianjurkan oleh GIATMARA. Turut mengiringi beliau pada sesi walkabout itu, Encik A.Razu bin Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Sarawak dan Encik Mohd Sahidi bin Yaakob yang sedang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej PolyTech MARA (KPTM).
70 e-KOMPILASI MEI 2023 PUTRAJAYA, 25 Jun 2023 – Dalam usaha meningkat dan memantapkan operasi usahawan restoren dan kafetaria, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Restoran (PROPER) melibatkan 20 orang usahawan. Program yang telah memasuki siri ketiga itu dilaksanakan selama 3 hari bermula 24 hingga 26 Jun 2023 di Park Inn by Radisson. Para peserta akan didedahkan dengan pengurusan operasi restoren dan kafetaria yang betul terutamanya dalamn aspek keselamatan makanan “Food Security”, Kebersihan, Pengurusan Operasi, Pemasaran dan Kewangan bersama pakar dalam industri iaitu Tuan Haji Jamalludin HM PROPER MANTAPKAN OPERASI USAHAWAN RESTOREN DAN KAFETARIA dari Hakim Academy Sdn. Bhd. dan YBhg. Datuk Abdul Malik Abdullah dari D’Tandoor International Group of Companies. PROPER merupakan Program Khas yang dibangunkan oleh sektor keusahawanan MARA dalam mewujud dan menaiktaraf usahawan pengurusan makanan dan minuman ke arah dapur berpusat atau “Central Kitchen” serta mempunyai persekitaran yang selamat dalam sistem sedia ada. Encik Mohd Khaizan Bin Dahlan, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Selangor, meluangkan masa hadir beramah mesra bersama peserta-peserta kursus.
e-KOMPILASI MEI 2023 71
72 e-KOMPILASI MEI 2023 Seramai lebih 50 warga kerja MARA meluangkan masa ke kayuhan santai sempena Program MARA Brew 23 yang sedang berlangsung di Ruang Legar, Ibu Pejabat MARA selama 4 hari bermula 22 hingga 25 Jun 2023. Kayuhan santai sejauh 10 km yang bermula di Bangunan Medan MARA itu dianjurkan bersama oleh Pejabat MARA Negeri Selangor dan Kelab Sukan dan Rekreasi MARA (KSRM). Selain daripada meraikan Program MARA Brew, kayuhan itu juga bagi menyemai SOROTAN KAYUHAN SANTAI MARA BREW 23 budaya hidup sihat di kalangan warga kerja. Turut serta dalam acara kayuhan tersebut, Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, barisan Timbalan Ketua Pengarah, Pengurusan MARA, Pengarah MARA Negeri, ahli-ahli KSRM dan warga kerja MARA.
e-KOMPILASI MEI 2023 73
74 e-KOMPILASI MEI 2023 Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan telah menganjurkan Program Latihan Usahawan Digital Siri Kedua pada 24 Jun 2023 bertempat di Casa Lagenda Convention Centre, Paroi, Negeri Sembilan. Progam yang yang berjaya menarik penyertaan seramai 100 orang usahawan itu fokus dalam memberi pendedahan kepada usahawan tentang teknik-teknik pemasaran yang mampu menarik minat pembeli melalui platform Tik Tok Shop. Usaha ini adalah sejajar dengan saranan SOROTAN PROGRAM LATIHAN USAHAWAN DIGITAL SIRI KEDUA kerajaan agar usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu segera beradaptasi dengan penggunaan teknologi digital untuk terus bertahan. Hadir menyempurnakan majlis penutupan program, Dato’ Seri Hasan bin Malek, Ahli Majlis MARA diiringi Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Timelow ak Jauk, Pengarah Bahagian Pembiayaan, Encik Zahrail Affenday bin Mohamad, Pengarah MARA Negeri Sembilan dan wakil Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah, Encik Syarul Emy.
e-KOMPILASI MEI 2023 75
76 e-KOMPILASI MEI 2023 Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang hari ini mengadakan walkabout ke Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang sedang berlangsung di Summer Hall, Kota Samarahan, Sarawak. Beliau yang diiringi Cikgu Siti Ajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA dan Pengarah MARA Negeri Sarawak, Encik A Razu bin Abdul Razak telah menyantuni para pengunjung dan pempamer di karnival tersebut. SOROTAN WALKABOUT TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH KE KARNIVAL IPMA SARAWAK Karnival IPMA di Summer Hall, Kota Samarahan, Sarawak itu berlangsung selama 2 hari bermula 24 hingga 25 Jun 2023 melibatkan 34 pempamer terdiri daripada IPMA serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S).
e-KOMPILASI MEI 2023 77
78 e-KOMPILASI MEI 2023 Kolej Poly Tech MARA (KPTM) Bangi muncul juara keseluruhan Sukan Kolej Poly-Tech MARA (SUPTEM) Kali Ke-9 2023 yang merupakan acara dwi tahunan bagi mencungkil bakat para atlet seluruh KPTM dan juga Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). Pada tahun ini, Kolej Poly-Tech MARA Kuantan telah dipilih menjadi tuan rumah SUPTEM ke-9. Kejohanan ini telah berlangsung dari 22 sehingga 25 Jun 2023 di tiga lokasi iaitu di KPTM Kuantan, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan dan Sergio Aguera Futsal, Semambu. Sebanyak 10 acara telah dipertandingkan dan melibatkan 567 orang atlet dan 77 pengurus. KPTM BANGI JUARA KESELURUHAN SUKAN KOLEJ POLY-TECH MARA (SUPTEM) KALI KE- 9 Pada kejohanan kali ini, KPTM Bangi telah dinobatkan sebagai Johan keseluruhan, Naib Johan dimenangi tuan rumah sendiri iaitu KPTM Kuantan manakala tempat Ketiga keseluruhan ialah UPTM. Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang dan semua kontinjen. Tidak dilupakan syabas kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semoga kejohanan kali ini meninggalkan kenangan manis buat semua. Dua tahun lagi, harap kita berjumpa semula untuk SUPTEM kali ke-10 di UPTM!
e-KOMPILASI MEI 2023 79
80 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 26 Jun 2023 - Ms. Ong Li Yan @ Yannise Ong daripada Brown Dots Coffee Roastery telah memenangi Cabaran “Latte Art Throwdown” mengalahkan 31 orang peserta yang lain. Pertandingan itu diadakan bersempena Program MARA Brew’23 yang berlangsung selama 4 hari bermula 22 hingga 25 Jun 2023. Peserta yang telah melalui pusingan saringan itu menunjukkan kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam mencipta reka bentuk yang menarik pada permukaan latte. Membuat seni latte bukan hanya sekadar mencari rasa kopi yang sedap tetapi juga berdasarkan seni menuang latte. Cabaran “Latte Art Throwdown” itu telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman. Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA. 32 PESERTA BERENTAP DALAM CABARAN LATTE ART THROW DOWN SEMPENA MARA BREW ‘23 Dato’ Zulfikri ketika diminta untuk mengulas tentang penganjuran MARA Brew 23 itu berkata, kemunculan kedai-kedai kopi masa kini bukanlah satu trend tetapi lebih kepada satu peluang untuk usahawan bumiputera menerokai bidang itu. “Penglibatan LOCCA, yang merupakan salah sebuah restoren yang dibangunkan oleh MARA di bawah program khas keusahawanan itu merupakan satu “benchmark” dalam industri makanan dan minuman (f&b) milik usahawan bumiputera. Saya mahu lebih banyak pesaing baharu dalam industri f&b milik bumiputera selepas ini,” ujarnya.
e-KOMPILASI MEI 2023 81
82 e-KOMPILASI MEI 2023 YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diketuai oleh YBhg Prof. Datuk Dr Roziah binti Mohd Janor, Naib Canselor UiTM. Kunjungan hormat ini merupakan pertemuan “simbolik tautan kasih” UiTM bersama pengasasnya iaitu MARA. Antara agenda yang dibincangkan adalah mewujudkan kerjasama strategik antara MARA dan UiTM dalam aspek pendidikan Bumiputera peringkat pasca siswazah dan profesional. KUNJUNGAN HORMAT NAIB CANSELOR UITM KE ATAS KETUA PENGARAH MARA
e-KOMPILASI MEI 2023 83 Dalam pertemuan yang sama, UitM mengalu-alukan MARA sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Turut hadir, Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Pengurusan MARA dan UiTM.
84 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 27 Jun 2023 - Seramai 39 warga kerja MARA telah terpilih untuk menyertai MARA GO CHALLENGE (MGC) 2.0 yang menjalani pembentangan akhir di Hotel Ideas hari ini. Warga kerja ini mewakili 8 pasukan yang membuat kajian bagi 4 sektor utama di MARA iaitu, sektor keusahawanan, pendidikan, pelaburan dan khidmat pengurusan. Pasukan MGC 2.0 ini dikawal selia oleh 8 orang mentor yang terdiri dari kalangan doktor falsafah dan 8 orang penasihat bagi membantu peserta menjalankan kajian masing-masing. Sesi pembentangan kepada Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, barisan Pengurusan Tertinggi serta Pengurusan MARA hari ini membuktikan komitmen yang tinggi oleh ahli pasukan dalam mengenalpasti punca sesuatu 8 PASUKAN MARA GO CHALLENGE 2.0 BENTANG HASIL KAJIAN masalah dan mencadangkan penyelesaian terbaik dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang melalui pendekatan yang lebih berkesan dan profesional. Hasil pembentangan pada hari ini akan dinilai kesesuaiannya untuk pelaksanaan dalam memastikan program-program MARA dapat dilaksanakan secara holistik dan berkesan terutamanya kepada kumpulan sasaran dan stakeholder MARA. Untuk rekod, Program MGC 2.0 dilaksana bagi mencungkil bakat baharu, membina keyakinan serta keberanian dalam mengeluarkan pendapat. Melalui inisiatif ini, para peserta berpeluang melalui proses pembelajaran berdasarkan pernyataan masalah dalaman MARA, di samping, menggalakkan peserta untuk menjadi lebih kreatif dalam mengutarakan pandangan kajian.
e-KOMPILASI MEI 2023 85
86 e-KOMPILASI MEI 2023 Slot bual bicara melalui webinar Building Leaders And Entrepreneurial Society Talk MARA bersama panel jemputan Encik Amran bin Abdullah, Pengarah Urusan JHC Group Malaysia dan Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA telah diadakan pada 26 Jun 2023. Sesi perkongsian ilmu keusahawanan daripada tokoh dan pemain industri hebat itu adalah bagi berkongsi pengalaman serta menyuntik inspirasi dalam mendepani cabaran pada masa kini yang memberi manfaat kepada usahawan dan warga kerja MARA. SOROTAN WEBINAR BUILDING LEADERS AND ENTREPRENEURIAL SOCIETY TALK MARA JHC Group Malaysia merupakan syarikat penyedia perkhidmatan perundingan, pengangkutan dan logistik yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam industri serta mempunyai lebih 500 orang pekerja. Slot bual bicara secara fizikal yang diadakan di Ibu Pejabat MARA itu telah dihadiri oleh 150 peserta terdiri daripada usahawan dan warga kerja MARA serta menerima 2,500 tontonan menerusi platform FB Live Majlis Amanah Rakyat
e-KOMPILASI MEI 2023 87
88 e-KOMPILASI MEI 2023 Seramai 35 orang usahawan yang terpilih bagi menyertai program Prudence Consulting Group (PACCT) dan Program Locca Cafe 2.0 telah menghadiri kursus Latihan Pembentukan Usahawan, Kursus Teknikal dan Rancangan Perniagaan yang diadakan selama 8 hari di Port Dickson bermula 19 hingga 26 Jun 2023. Modul kursus yang merangkumi latihan berstruktur yang melibatkan latihan keusahawanan dan latihan teknikal bersama rakan strategik itu adalah bagi melengkapkan peserta dengan ilmu keusahawanan untuk bersaing dalam pasaran. SOROTAN KURSUS KEUSAHAWANAN BAGI PROGRAM PRUDENCE CONSULTING GROUP (PACCT) DAN LOCCA CAFE 2.0 Hadir menyempurnakan penutupan kursus, Pengarah Bahagian Industri Komersial, MARA, Encik Zahari bin Aziz diiringi Pengarah MARA Negeri Sembilan, Encik Zahrail Affenday bin Mohamed serta Dekan Fakulti Perniagaan, Perakaunan dan Sains Sosial, Universiti Poly-Tech Malaysia, Dr Norehha binti Othman.
e-KOMPILASI MEI 2023 89
90 e-KOMPILASI MEI 2023 Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan telah mengadakan forum “HOW TO ENTER AUSTRALIA, NEW ZEALAND & FIJI MARKET, IT’S A BIG OPPORTUNITY” secara webinar pada 27 Jun 2023. Webinar ini memberi tumpuan kepada usahawan Malaysia yang berminat untuk menerokai pasaran halal Australia, New Zealand dan Fiji. Program ini telah menampilkan wakil-wakil agensi yang terlibat dalam membantu usahawan memasarkan produk ke negara berkenaan antaranya, Encik Mohamad Faizal bin Mohamad Zin, Pengarah MARA Australia sebagai moderator bersama panel jemputan, Puan Azimatul Masriyah, Trade SOROTAN PROGRAM WEBINAR HOW TO ENTER AUSTRALIA, NEW ZEALAND & FIJI MARKET, ITS A BIG OPPORTUNITY Commissioner MATRADE Melbourne dan Cik Noraisyah binti Nordin, Pengarah MIDA Australia. Usaha ini adalah sejajar dengan saranan kerajaan dalam membantu usahawan menerokai pasaran baharu luar negara bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran dan jualan usahawan bumiputera sekaligus melestarikan perniagaan mereka agar lebih mampan dalam pasaran terbuka dunia. Webinar ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 113 orang usahawan yang aktif mengutarakan pelbagai soalan berkaitan pasaran, produk dan peraturan negara berkaitan.
e-KOMPILASI MEI 2023 91
92 e-KOMPILASI MEI 2023 www.fb.com/majlisamanahrakyat www.instagram.com/majlisamanahrakyat www.twitter.com/maragov www.youtube.com/c/mupdates t.me/majlisamanahrakyat www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat